inputs
stringlengths 9
3.4k
| targets
stringlengths 1
10.2k
| language
stringclasses 1
value | language_code
stringclasses 1
value | annotation_type
stringclasses 2
values | user_id
stringlengths 64
64
|
---|---|---|---|---|---|
Apakah maksud "bagai alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar"? | Bergaduh kerana mungkir janji. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah maksud 'berminyak biar lecak'? | Ia bermaksud tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pada akhir kesudahannya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai bangsi buluh perindu"? | Ia bermaksud suara yang lemah lembut dan merdu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan. |
baris....patah | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah maksud "babi merasa gulai"? | Menyama-nyamai orang yang berpangkat tinggi atau kaya. merasa gulai | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak'? | Ia bermaksud kebiasaan semasa kecil menjadi tabiat yang sukar diubah apabila telah dewasa | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'ikut hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang'? | Maksudnya adalah hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Kasih sayang Puan Aida ________ anaknya tidak pernah padam.
| terhadap | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah maksud "ayam pulang ke pautan"? | Sudah pada tempatnya | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tunjukkan resipi untuk tart nanas gulung dengan langkah-langkah yang terperinci. | Bahan Untuk Pastri: 2½ cawan tepung gandum, ¼ cawan tepung jagung, 3 sudu besar tepung kastad, 1 buku (250gm) mentega (butter), 2 sudu besar minyak sapi, 2 sudu besar gula kastor, 1 biji kuning telur, ¼ sudu kecil garam
Bahan Inti Tat Nanas: 1 kg isi nenas (anggaran 2 biji nenas saiz besar), 1½ cawan gula pasir, 1 batang kulit kayu manis, 3 titik pewarna kuning
Bahan Untuk Sapuan: 1 biji telur, 1 sudu kecil air, 1 titis pewarna kuning
Cara penyediaan:
1. Kupas nenas, buang mata, kemudian belah empat memanjang. Pegang pada empulur, parut dan berhenti bila sampai empulur. Asingkan empulur dan tuskan parutan nenas.
2. Keluarkan mentega dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik.
3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard dan ketepikan.
Cara memasak:
1. Sediakan inti jem nenas
a. Masak nenas yang telah diparut bersama gula dengan api perlahan.
b. Apabila hampir kering, masukkan kulit kayu manis dan pewarna kuning.
c. Masak inti sehingga jernih dan kental seperti jem. Ini mengambil masa kira-kira 1.5 jam. Bila masak,
biarkan sejuk.
d. Kemudian ambil ½ sudu kecil (lebihkurang 6 gram) inti dan gentel membujur. Ulangi sehingga habis
inti.
2. Sediakan sapuan telur: Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk, tembah setitis pewarna kuning kemudian kacau sebati.
3. Pukul butter bersama gula sehingga ringan.
4. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sebati.5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga menjadi doh.
6. Rehatkan doh selama kira-kira 30 minit. Sementara itu panaskan oven kepada 170°C.
7. Ambil sedikit doh, masukkan ke dalam acuan tat dan tekan. Letakkan inti dan gulung.
8. Susun di atas loyang yand dilapik dengan baking paper. Ulangi sehingga habis doh.
9. Sapukan kuning telur ke atas setiap tart, kemudian bakar pada suhu 170°C selama 20-25 minit atau
sehingga sapuan berwarna perang keemasan.
10. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
Tip:
- Gunakan mentega berkualiti tinggi untuk mendapatkan rasa butter pada pastri.
- Pastikan tart betul-betul sejuk sebelum disimpan di dalam bekas untuk mengelakkan ia dari berkulat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki ini: Ikan yang hidup di atas jalan raya? | Jawapannya ialah Kelisa. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bongkok kail nak mendapat'? | Ia bermaksud tipu muslihat itu ialah untuk mencari keuntungan bagi diri sendiri | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah kata yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat berikut? Ayah belum membuat keputusan ____________ bercuti di dalam negara _________ di luar negara. | Jawapannya ialah "sama ada" dan "atau". | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah soalan untuk: "Give me liberty, or give me death!" adalah petikan yang dikaitkan dengan Patrick Henry dari ucapan yang di Konvensyen Virginia."? Topiknya adalah Give me liberty, or give me death! | "Siapakah yang mengucapkan "Give me liberty, or give me death!"?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "adat teluk timbunan kapar"? | Biasanya orang berpangkat (berkuasa dan lain-lain) menjadi tempat tumpuan orang meminta pertolongan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah'? | Ia bermaksud berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'berseleleran bagai getah di lalang'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud percakapan yang tidak berkesudahan dan tidak beraturan. Contohnya, dia berseleleran bagai getah di lalang kerana terkejut dengan kejadian yang traumatik itu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "adat diisi, lembaga dituang"? | Dilakukan menurut aturan yang biasa | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Sila berikan resipi untuk bebola ubi kayu dengan langkah-langkahnya. | Bahan A: 2 batang ubi kayu (disagat), 8 sudu gula, sedikit garam, satu paket serbuk agar-agar, sedikit pewarna (pilihan)
Bahan-bahan lain: Kelapa parut (untuk salutan), lidi
Langkah-langkah penyediaan:
1. Satukan kesemua bahan A dan gaul rata.
2. Bahagikan mengikut warna (jika diwarnakan). Gaul dan kepalkan adunan menjadi bebola sebesar bola ping-pong.
3. Kukus selama 20 atau 25 minit sehingga masak.
4. Ketika masih panas, golekkan di atas kelapa parut yang telah ditambah sedikit garam.
5. Cucukkan bebola mengikut susunan warna dengan lidi.
6. Sedia untuk dihidangkan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai kambing dalam biduk"? | Ia bermaksud "dalam keadaan yang ketakutan dan gelisah." | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tukarkan ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
Ayat aktif: Ibu memasak nasi lemak.
| Ayat pasif yang betul ialah 'Nasi lemak dimasak oleh ibu.' | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'bermuka-muka'?Apakah maksud 'bermulut besar'? | Ia bermaksud pembelot atau tidak jujur.Ia bermaksud suka berbual | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'jong pecah yu kenyang'? | Maksudnya adalah dalam keadaan kacau atau huru-hara tentu ada orang yang mendapat keuntungan | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Apakah benda yang bila sejuk ia cair, bila panas ia beku? | Jawapannya ialah telur. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 1210da06dd0804cb4b21bee57860c879c91dda5b61257cdc98a2b650a83c307b |
Apakah jawapan untuk teka-teki yang bertemakan permainan berikut: Bola apa yang digunakan di padang? | Jawapannya ialah bola sepak | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Dia____________ayah saya | Bukan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Berikan jawapan kepada soalan yang rumit ini: Apakah contoh senapang serbu? | StG 44 | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut: Apakah cara pemanduan yang betul ketika memandu di lebuh raya berdasarkan konsep pemanduan berhemah di Malaysia?
A. Meneruskan cara pemanduan walaupun mengantuk
B. Memandu di mana-man lorong sesuka hati
C. Memandu di lorong kiri jika tidak memotong | Jawapannya ialah C. Memandu di lorong kiri jika tidak memotong | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
Ayat pasif: Perintah itu dititahkan oleh sultan kepada Laksamana Khoja Hassan.
| Ayat aktif yang betul ialah 'Sultan menitahkan perintah itu kepada Laksamana Khoja Hassan.' | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Perbuatan terhadap hadiah sebelum hantar. | Jawapannya ialah membalut. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Ayat 1: Ia ditulis oleh penulis lirik terkenal Vairamuthu, disusun oleh pengarah muzik terkenal Dhina, yang menangkap tema sejarah dengan kata-kata yang mudah dan berkesan. Ayat 2: Ia dicipta oleh penulis lirik terkenal Vairamuthu, ditulis oleh pengarah muzik terkenal Dhina. Ia merangkumi tema cerita dengan kata-kata yang mudah dan berkesan. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak? | Tidak | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki ini: Rumah dikenali oleh orang Inggeris sebagai House. Terbakar dikenali sebagai Burn. Kalau rumah terbakar orang panggil apa? | Jawapannya ialah bomba | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tuliskan satu karangan yang bertajuk Kebaikan Amalan Makan Bersama-Sama Keluarga. | Budaya makan bersama-sama dengan keluarga kini semakin kurang diamalkan. Dalam kehidupan manusia yang berkeluarga, waktu makan merupakan masa yang paling istimewa dapat dilakukan sekiranya ada perancangan yang teliti. Hal ini telah diperjelaskan oleh William J. Siegel, iaitu manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi sebenarnya mereka gagal untuk merancang. Meluangkan masa makan bersama-sama dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali sehari memberikan kesan besar kepada kesejahteraan minda dan emosi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah membentuk budaya makan di rumah. Galakan agar setiap ahli keluarga duduk bersama-sama di meja makan perlulah diberi keutamaan. Malangnya, budaya makan bersama-sama keluarga yang menjadi teras ikatan kekeluargaan semakin dipinggirkan. Anak-anak pada zaman sekarang makan tanpa mengikut waktu makan yang sepatutnya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa amat sukar untuk mencari masa makan bersama, terutamanya pada waktu siang namun kita boleh berkumpul sekeluarga pada waktu makan malam. Punca utama yang dikenalpasti fenomena ini berlaku kerana bersikap mementingkan diri sendiri bagai “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dalam menggalakkan anak-anak makan bersama-sama. Lazimnya, kebaikan makan bersama dengan keluarga sememangnya tiada penghujungnya untuk dibincangkan.
Pertama sekali, manfaat utama apabila sesebuah keluarga dapat makan bersama-sama ialah budaya ini dapat meningkatkan disiplin dan adab ketika makan dalam ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana adab ketika di meja makan kini semakin hilang dalam kalangan generasi muda. Anak-anak pula lebih gemar menikmati makanan sambil menonton televisyen atau mendengar muzik. Anak-anak pula akan tergesa-gesa untuk menghabiskan makanan bagi mengejar rancangan hiburan masing-masing yang tiada penghujungnya. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menetapkan disiplin atau adab di meja makan. Ketika makan bersama, ibu bapa dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik supaya boleh menjadi teladan atau ikutan anak-anak. Ibu bapa boleh mengajar anak-anak untuk menyediakan hidangan, membasuh pinggan mangkuk dan mengemas meja apabila selesai makan. Kesannya, didikan ini akan menyebabkan ibu bapa akan pulang ke rumah untuk makan bersama dengan anak-anak. Selain itu, kelazatan dan kebersihan makanan serta minuman tersebut akan terjamin. Tambahan pula, kesihatan dengan makan bersama-sama keluarga dapat ditingkatkan. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa “mencegah lebih baik daripada mengubatinya” dalam soal pengambilan makanan ini. Hakikatnya, makan bersama dengan keluarga mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah dalam soal pemakanan.
Selain peningkatan disiplin dan adab ketika makan, budaya makan bersama-sama juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin renggang pada masa kini dek kesibukan dunia. Hal ini begitu kerana waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Dengan demikian, ibu bapa boleh berinteraksi sambil berbual dengan anak-anak ketika makan. Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Mereka boleh berterima kasih kepada perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan belajar. Selain itu, ibu bapa dan anak-anak boleh berbincang tentang sesuatu perkara yang menggembirakan atau menyedihkan yang telah berlaku dalam tempoh masa yang terdekat. Ibu bapa juga boleh bertanya tentang masalah yang dihadapi sama ada masalah peribadi ataupun masalah pembelajaran mereka. Perbincangan ketika masa makan juga dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti berlaku.Tamsilnya, anak-anak dapat belajar perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu, keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar kepada kehidupan anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan bersama-sama dengan keluarga perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah. Untuk menjadi lebih menyeronokkan, ahli-ahli keluarga boleh memasak bersama-sama untuk menyediakan makanan. Anak-anak boleh membantu mengupas bawang dan memotong sayur. Dengan itu, ibu bapa dapat mengesan pergerakan harian anak-anak jika mereka sentiasa bersama. Kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial dapat dikurangkan. Seterusnya, rumah akan dijadikan tempat yang menyeronokkan untuk tinggal dengan lebih lama. Tradisi makan bersama-sama ini dapat mengekalkan institusi keluarga daripada runtuh. Benarlah orang cerdik pandai berkata bahawa “Rumahku Syurgaku” dapat disemai dalam diri anak-anak. Sesungguhnya, makan bersama-sama ini dapat melahirkan suasana yang aman damai dan harmoni.
Budaya makan bersama-sama jika diamalkan secara rutin dalam aktiviti harian keluarga akan dapat meningkatkan tahap komunikasi dalam sesebuah keluarga. Hal ini kerana, waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronokkan. Ketika makan, ibu bapa boleh berinteraksi dengan anak-anak. Ibu bapa mesti meluangkan masa makan bersama dengan anak sekurang-kurangnya lima kali seminggu dalam meningkatkan komunikasi. Antara topik yang boleh dibincangkan ialah peristiwa menarik di sekolah, perkara yang menggembirakan atau menyedihkan anak-anak atau rakan-rakan rapat mereka. Selain itu, meja makan ialah tempat yang sempurna untuk berbincang mengenai hal atau sesuatu yang berlaku dalam kehidupan setiap anggota keluarga. Oleh hal demikian, ibu bapa boleh berkongsi perbualan dengan ahli keluarga yang lain. Ketika berbual-bual ini maka suasana ini akan memberi kesempatan berkomunikasi kepada mereka. Hal ini juga membolehkan anak-anak memerhatikan kelakuan orang lain, khususnya perbuatan yang positif akan dijadikan contoh dan panduan untuk mengharungi hidup yang semakin mencabar di luar sana. Sekiranya komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan berhemah maka sudah tentu tradisi makan bersama-sama ini dapat menjalin ikatan dan perhubungan mesra antara satu sama lain. Secara tidak langsung, ibu bapa juga dapat mengesan pergerakan harian anak-anak, terutamanya yang sudah masuk usia remaja. Pepatah Melayu ada menyebut bahawa hubungan “bagai aur dengan tebing” dapat diterapkan dalam institusi keluarga yang seterusnya akan membentuk keharmonian keluarga itu sendiri. Kajian juga menunjukkan lebih kerap keluarga makan bersama, lebih rendahlah kemungkinan anak-anak untuk terbabit dalam gejala sosial seperti merokok, mengambil minuman keras, penyalahgunaan dadah, dan pergaulan bebas. Pendek kata, makan bersama dengan keluarga merupakan satu wahana ataupun kaedah komunikasi yang lebih canggih dalam pembentukan institusi keluarga yang mapan.
Kebaikan seterusnya, amalan makan bersama-sama keluarga ialah aktiviti ini dapat mendedahkan anak-anak tentang kepentingan pemakanan seimbang yang menjadi tunjang kesihatan diri. Hal ini disebabkan anak-anak lebih mengutamakan pemakanan ringan ataupun makanan segera sebagai menu makanan utama mereka. Anak-anak juga perlu tahu bahawa pengambilan buah-buahan, sayuran dan makanan yang ada nutrien patut lebih kerap diambil dalam sajian makanan harian. Oleh sebab itu, anak-anak akan memilih makanan yang lebih menyihatkan ketika mereka makan bersama. Seterusnya, anak-anak akan kurang mengambil makanan goreng, lemak tepu dan pengambilan minuman manis. Tradisi makan bersama-sama ini akan dapat menunjukkan cara pengambilan makanan yang sihat dijadikan keutamaan. Sebagai kesannya, anak-anak dan ahli keluarga akan melebihkan pengambilan makanan berserat dan menyihatkan. Secara tidak langsung, pemakanan yang sihat dapat menurunkan kadar masalah obesiti dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan cara pemakanan yang sihat kepada anak-anak kerana mereka merupakan uswatun hasanah yang paling rapat dengan anak-anak. Jelaslah bahawa, ibu bapa sebagai pemimpin sesebuah keluarga perlu memastikan anak-anak membuat pilihan yang baik tentang pemakanan apabila makan bersama-sama.
Ada kalanya anak-anak mempunyai pandangan negatif terhadap ibu bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. Mereka boleh berterima kasih kepada perlakuan baik atau kerajinan mereka dalam membantu keluarga dan belajar. Perbincangan ketika masa makan juga dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur kerana perbualan panjang antara ibu bapa dengan anak-anak pasti berlaku. Tamsilnya, anak-anak dapat belajar perkataan baharu yang diperoleh ketika perbualan di meja makan. Selain itu, keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. Keakraban hubungan ini memberikan kesan besar kepada kehidupan anak-anak dan akan mempengaruhi tabiat makan mereka. Tegasnya, makan bersama-sama dengan keluarga perlu menjadi amalan dalam masyarakat kita. Amalan ini mampu membentuk adab sopan anak-anak demi menjadikan mereka anggota masyarakat yang berhemah.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kebaikan dengan mengamalkan tabiat makan bersama-sama keluarga adalah tidak ternilai harganya. Ibu bapa terutamanya perlu menjadikan tradisi makan bersama-sama keluarga menjadi agenda dan keutamaan dalam hidup kita seharian. Bill Gates ada berkata bahawa sekiranya kita tidak mahu berubah, sedangkan orang lain sudah berubah sebenarnya kita belum berubah. Oleh hal demikian, setiap ahli keluarga mesti mengamalkan tabiat makan bersama-sama dalam keluarga mereka. Pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya“. Dalam erti lain, budaya makan bersama-sama ini sewajarnya dijadikan amalan dan budaya yang berkekalan. Selayaknya, amalan makan bersama-sama ialah resipi kebahagiaan sesebuah keluarga. Individu yang sihat akan mampu memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara. Slogan “Rakyat Sihat Negara Sejahtera“, haruslah tersemat dalam diri semua insan yang cinta akan ketenteraman dan kebahagian rumah tangga. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Cuba jawab teka-teki berikut: Ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang lurus, ada yang bergulung, ada yang tebal, ada yang lipis, ada yang hitam, ada yang putih. | Jawapannya ialah rambut kerana semua jenis rambut yang diterangkan dalam teka-teki tersebut dapat ditemui oleh manusia. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai bajak wangkang makan diangkat"? | dikatakan kepada orang yang suka kena puji | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai layang-layang putus tali"? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud putus harapan untuk meneruskan hidup. Kehidupan Salimah bagai layang-layang putus tail sejak kematian suaminya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Turun lambat, naik cepat. Siapakah dia? | Jawapannya ialah hingus. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'lemah liat kayu akar, dilenturkan boleh, dipatah tak dapat'? | Ia bermaksud orang yang berakal itu nampaknya menurut kehendak orang, tetapi tidak dapat dibodohkan | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan mutu sukan negara. | 1. Kemudahan sukan yang lengkap
1.1 memudahkan atlet berlatih.
1.2 membolehkan atlet mendapat latihan yang diperlukan dengan sepenuhnya
1.3 semua atlet berpeluang untuk mendapat latihan yang berkualiti.
2. Latihan yang berterusan
2.1 meningkatkan penguasaan kemahiran atlet
2.2 menguatkan stamina
2.3 meningkatkan keserasian antara ahli pasukan.
3. Jurulatih yang mahir
3.1 dapat mendedahkan strategi yang lebih efisien
3.2 merangsang motivasi atlet
3.3 merancang latihan yang lebih sistematik | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699 |
Apakah maksud 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'? | Ia bermaksud suka ikut campur dalam urusan orang lain, dan menonjol-nonjolkan diri. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
A saiz rumah seseorang
B taraf hidup seseorang
C lokasi tempat tinggal seseorang
D bilangan ahli keluarga seseorang | Jawapannya ialah C lokasi tempat tinggal seseorang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Hujan yang turun __ tidak menghalang mereka untuk terus bermain bola sepak di padang. Pilihan:
A) jarang-jarang
B) putus-putus
C) renyai-renyai
D) halus-halus | Jawapan yang betul ialah C) renyai-renyai. "Renyai-renyai" adalah istilah dalam bahasa Melayu yang merujuk pada gerimis atau hujan yang sangat lembut dan ringan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "beralih tempat"? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud berpindah ke tempat lain. Contohnya, Fatimah sudah beralih tempat ke Kuala Lumpur dua tahun yang lalu. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'cepat tangan'? Berikan satu contoh ayat untuk simpulan bahasa ini. | Simpulan bahasa ini bermaksud orang yang suka mencuri.
Contoh ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Yang mana dari dua ayat berikut tidak masuk akal? Pilihan: - Ayat A: "pergi ke hospital dan minta doktor datang ke sini" - Ayat B: "pergi ke hospital dan minta polis datang ke sini" | Hospital bukan tempat untuk mencari polis. Jawapannya ialah Ayat B. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Siapakah Afdlin Shauki? Huraikan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 200 patah perkataan. | Dato' Afdlin Shauki Aksan (lahir 19 Mei 1971) atau dikenali sebagai Chief Kodok dan juga Sedey Malas oleh peminatnya merupakan seorang pelakon, pelawak, pengarah, penerbit, penulis skrip, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penyanyi di bawah Roslan Aziz Productions (RAP) dan berpengalaman menjadi pengacara bagi Anugerah Industri Muzik (AIM) sebanyak 5 kali. Pada tahun 2003, beliau melancarkan album studio sulungnya, Fuuyo! yang mana Afdlin turut mencipta beberapa lagu.
Selain itu, beliau juga menjadi pengacara untuk beberapa rancangan TV seperti Golden Dreams (1999), Golden Dreams Extreme (2000), TV: ISM (2003), Ah-ha (2004), Liga Lawak Superstar (2013) dan Arena Panggang (2018). Afdlin terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Anna and the King (1999), Soal Hati (2001), Soalnya Siapa? (2002), Biar Betul (2004), Cuci (2008), Nasi Lemak 2.0 (2011), Kami Histeria (2014) dan Bikers Kental 2 (2019). Beliau juga terkenal dengan filem-filem arahannya seperti Buli (2004), Baik Punya Cilok (2005), Buli Balik (2006), Sumolah (2007) dan Misteri Jalan Lama (2011).
Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam industri hiburan seperti Anugerah Industri Muzik dan Festival Filem Malaysia. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan untuk teka-teki berikut: Mata yang paling besar dan panas, tanpanya tiada orang boleh hidup? | Jawapannya ialah matahari. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai ketam menyuruh anaknya berjalan betul"? Berilah satu contoh ayat. | Ia bermaksud orang yang menyuruh orang lain berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul.
Contoh ayat: "Kamus menyuruh adik-adik kamu bersembahyang, tetapi kamu sendiri tidak sembahyang. Kamu seperti ketem menyuruh anaknya berjalan betul," kata Encik Zaki kepada anaknya, Firdaus. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Saya diperbuat daripada telur, panjang lagi boleh gulung sesuka hati, ada kepala, mata dan mulut tetapi tiada kaki dan tangan. | Jawapannya ialah ular | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Sambal merah dan sambal hijau Padang (Minang) merupakan menu sampingan pelengkap yang wajib bagi masyarakat Minang bila mereka makan nasi. Ia adalah sejenis sambal goreng yang dibuat menggunakan campuran lada segar, bawang merah dan asam (biasanya tomato). Sedap dimakan dengan nasi panas, ia adalah pembangkit selera sepertimana sambal belacan dan budu.
Sambal merah padang juga sesuai diletak ke atas sebarang lauk goreng seperti ayam goreng, ikan keli goreng, daging goreng, atau ikan bilis goreng. Apakah resipi untuk sambal merah padang/minang? Tunjukkan langkah-langkah terperinci. | Bahan: 10 biji cili merah segar, 5 biji cili padi, 5 biji bawang merah, 1 biji buah tomato merah, 3 sudu besar minyak masak (lebih sedap kalau guna minyak bekas menggoreng ayam), Air, Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
1. Buang tangkai dan potong cili merah dan cili padi. Tumbuk kasar.
2. Hiris bawang merah dan potong dadu tomato.
Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang sehingga layu.
2. Masukkan cili yang telah ditumbuk dan tomato. Tumis bahan-bahan sehingga pecah minyak.
3. Tambah air kalau sambal terlalu kering.
4. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
5. Padamkan api dan angkat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan kepada teka-teki yang susah ini: Bom apakah yang tidak boleh meletup? | Jawapan: Bomba
| Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat berikut:
1. Murid-murid yang lemah dalam aspek membaca itu akan dapat menguasai aspek itu kalau diajar dengan baik kerana __________________________.
2. Azzam dinasihati supaya berhati-hati ketika memandu kereta ke Bukit Tinggi, Pahang kerana jalan itu _______________.
3. “Saya rasa saya tidak perlu menyebut nama-nama orang yang melakukan perbuatan itu kerana _______________" kata Aina.
4. Ayah berpesan kepada Ali,"Apabila kamu ke kolej nanti, jangan memandu kereta terlalu laju kerana __________________
5. Mak Cik Senah mendidik anaknya supaya berjimat cermat sejak kecil lagi kerana beliau berpendapat ______________
| Jawapan untuk ayat-ayat adalah seperti berikut:
1. belakang parang kalau diasah akan tajam jua
2. seperti ular kena palu
3. sepintar-pintarnya bangkai ditutupi, baunya tetap tercium
4. malang tidak berbau
5. sehari selembar benang lama-lama menjadi kain | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'dalam madu berisi hempedu'? | Ia bermaksud jangan mudah percaya akan perkataan yang manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yang jahat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Ayat 1: Cape Don dinamakan pada tahun 1818 oleh Phillip Parker King sebagai pujian kepada Jeneral Sir George Don, gabenor Gibraltar, Leftenan. Ayat 2: Cape Don dinamakan pada tahun 1818 oleh George Don sebagai pujian kepada Jeneral Sir Phillip Parker King, Leftenan Gabenor Gibraltar. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? | Tidak | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Apakah resipi untuk kuih nagasari yang merupakan kuih-muih tradisional Melayu? Tunjukkan langkah-langkah terperinci. | Kuih Nagasari ialah salah satu kuih tradisional yang popular di Malaysia dan Indonesia. Kuih ini dibalut dengan daun pisang dan kemudiannya dikukus sehingga masak. Tekstur kuih Nagasari adalah lembut, sedikit kenyal, dan inti pisang memberikan rasa manis serta aroma yang unik. Kuih ini biasanya disajikan semasa majlis-majlis keraian atau sebagai snek petang.
Bahan-bahan: 1 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum, 1 senduk nasi tepung ubi, 5 sudu makan gula, 1 sudu teh garam, 5 cawan santan, Beberapa biji pisang awak ranum (dipotong bulat)
Cara-cara:
1. Panaskan pengukus.
2. Satukan semua bahan kecuali pisang. Kacau sebati dan tapis.
3. Oleskan loyang dengan minyak. Alaskan loyang dengan plastik.
4. Susun pisang dalam loyang ikut kreativiti. Tuang aduan separas pisang dan kukus 5 minit.
5. Susun pisang ikut kesukaan anda. Tuang lagi adunan hingga separas pisang. Kukus 5 minit.
6. Ulangi proses 5 hingga pisang/adunan habis, atau hingga penuh loyang.
7. Kukus adunan terakhir selama 30 minit.
8. Sejukkan dan sedia untuk dipotong dan dihidang. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah jawapan untuk teka-teki ini? Kuda yang berwarna hitam putih. | Jawapannya ialah kuda belang | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan jawapan kepada teka-teki yang susah ini: Dalam banyak-banyak ikan, ikan apa yang tidak tahan sejuk? | Jawapan: Ikan jaket | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah soalan untuk: "Triumph Engineering Co Ltd, sebuah pengeluar motosikal British yang telah pupus"? Topiknya adalah Motosikal Triumph. | "Pengeluar manakah yang menghasilkan motosikal Triumph?" | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Tulis satu karangan yang membincangkan kebaikan kelas tambahan dan tuisyen kepada pelajar. | Era pasca globalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah membuatkan sektor pendidikan di negara kita dipertingkatkan dari tahun ke tahun. Jumlah universiti awam ditambah bagi melahirkan graduan berkelulusan pendidikan tinggi yang mampu bersaing untuk menjadi tenaga kerja professional di dalam mahupun luar negara. Wawasan yang telah diuar-uarkan olah pemimpin negara untuk menjadikan anak bangsa Malaysia berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi menjadikan ruang pendidikan di peringkat rendah sangat kompetitif. Para pelajar bersaing untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau pentaksiran. Ibu dan bapa pula berusaha untuk menghantar anak-anak menyertai tuisyen atau kelas tambahan supaya anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Persoalannya, apakah kelebihan mengikuti kelas tambahan dan tuisyen kepada pelajar?
Salah satu kebaikan menyertai kelas tambahan atau tuisyen kepada pelajar adalah mendapat perhatian yang lebih daripada pengajar. Umum mengetahui bahawa nisbah anak murid dan guru di kebanyakan sekolah tidak seimbang dan sesuai kerana kita kekurangan tenaga kerja dan infrastruktur sekolah. Kesan daripada situasi tersebut, anak-anak murid di dalam bilik darjah tidak mendapat perhatian penuh daripada guru kerana guru perlu memberi tunjuk ajar kepada 30 hingga 40 orang pelajar dalam satu tempoh masa yang singkat. Oleh yang demikian, pelajar yang menyertai kelas tambahan boleh mendapat perhatian yang lebih baik dengan pengajar atau guru apabila tidak memahami sesuatu topik pembelajaran. Jika perhatian secara bersemuka diperoleh daripada pelajar, mereka mampu untuk memahami setiap mata pelajaran dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bak kata pepatah, belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam. Izharnya, pelajar akan mendapat perhatian yang penting daripada pengajar jika menyertai kelas tambahan.
Pada masa yang sama, pelajar akan terdedah kepada kaedah atau teknik pembelajaran yang berbeza apabila menyertai tuisyen. Hal ini kerana, setiap pelajar mempunyai cara untuk memahami dan menghadam sesuatu pengajaran yang berbeza. Kita tidak boleh memukul rata kaedah pengajaran guru di bilik darjah akan difahami oleh pelajar secara seratus peratus. Inisiatif menyertai tuisyen akan membantu pelajar untuk mengetahui kaedah atau teknik yang lebih mudah untuk difahami untuk menjawab soalan. Sebagai contoh, soalan matematik mempunyai banyak formula yang boleh digunakan untuk pelajar mencari jawapan kepada soalan yang diberikan. Justeru, ibu dan bapa boleh menghantar anak-anak ke tuisyen sekiranya mereka mempunyai masalah pembelajaran di sekolah. Manfaatnya anak-anak akan dibuka mata untuk memahami mata pelajaran yang mereka sukar fahami sebelum ini menjadi mudah dengan kaedah atau teknik pembelajaran yang lain.
Di samping itu, pelajar digalakkan menyertai kelas tambahan sebagai persediaan sebelum menduduki peperiksaan awam. Kita sedia maklum bahawa peperiksaan awam seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) merupakan satu ujian yang penting bagi menentukan masa hadapan pelajar. Jika keputusan yang cemerlang berjaya diperoleh, permohonan untuk melanjutkan pelajaran diperingkat universiti atau kolej akan menjadi lebih mudah. Maka, ramai di antara ibu dan bapa akan menghantar anak-anak ke kelas tambahan sebagai persediaan. Dari sudut pelajar pula, ia akan membantu dari segi fokus dan norma untuk menghadapi peperiksaan yang besar. Pelajar akan diberi contoh-contoh soalan tahun sebelum untuk dijawab dan soalan yang dijangka keluar pada peperiksaan tahun tersebut. Apabila pelajar berusaha memberikan perhatian kepada setiap mata pelajaran yang akan diuji dan melakukan latihan yang banyak, nescaya pelajar mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Tuntas, menyertai kelas tambahan sangat signifikan sebelum menduduki peperiksaan awam atau pentaksiran sekolah.
Akhir sekali, manfaat menyertai tuisyen oleh pelajar adalah mereka dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang sangat berfaedah. Mutakhir ini, ledakan teknologi telah menjadikan kita terjerumus dalam lembah hiburan yang mudah dinikmati hanya dengan pilihan di hujung jari. Generasi muda gemar untuk menonton video di internet dan bermain permainan di virtual world. Perilaku ini tidak sehaursnya dilarang tetapi perlu dikawal supaya mereka menumpukan perhatian yang lebih baik kepada perkara seperti pencapaian akademik mereka. Oleh sebab itu, ibu dan bapa boleh menghantar anak-anak untuk menyertai tuisyen yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau swasta dalam menjamin masa yang digunakan oleh anak-anak ke arah sesuatu yang bermanfaat. Masa itu diibaratkan seperti emas, jika dibazirkan maka kita akan kerugian. Tambahan pula, gejala sosial dalam kalangan anak-anak dapat dibendung kerana mereka sibuk dalam menyertai kelas tuisyen. Jelasnya, pengisian masa lapang dengan menyertai tuisyen adalah salah satu faedah yang diperoleh pelajar.
Kesimpulan daripada perbincangan di atas, banyak kebaikan yang diperoleh apabila seorang pelajar menyertai kelas tambahan atau tuisyen. Seiring dengan visi negara untuk menjadi peneraju ekonomi di rantau Asia dan dunia, sektor pendidikan dalam kalangan generasi muda wajar diberi perhatian. Pihak berkuasa perlu menyediakan infrastruktur yang lengkap dan pelan yang jelas dalam perkembangan sektor pendidikan negara. Jika polemik seperti nisbah guru dan murid yang tidak seimbang tidak diselesaikan maka pendidikan di negara ini tidak akan ke mana. Ibu dan bapa pula perlu menambah pendapatan untuk menghantar anak ke kelas tambahan di dalam tempoh ketidak tentuan ekonomi dan kenaikan kos sara hidup masa kini. Semoga setiap pihak berganding bahu memastikan nusa bangsa kita memperoleh pendidikan yang terbaik kerana ilmu boleh diibaratkan seperti laut yang ditimba tidak akan kering. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud ayat 'kijang dirantai dengan rantai emas, jikalau ia lepas, lari juga ia ke hutan'? | Ia bermaksud seseorang itu akan ingat juga negeri asalnya sekalipun senang hidupnya di negeri orang | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa "air di daun keladi". | Ibu Maya berasa sangat sedih dengan sikap nakalnya yang tidak berubah walau telah dinasihati berulang kali. Setiap tegurannya tidak mempunyai kesan ibarat air di daun keladi. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Menurut zodiak Cina, apakah sifat baik and buruk untuk kambing?
| Sifat baik untuk kambing menurut zodiak Cina ialah soleh, ikhlas, bersimpati, lemah lembut, pemalu, berjiwa seni, kreatif, lembut, belas kasihan, bertimbang rasa, keibuan, tekad, mencintai kedamaian, murah hati, dan mencari perlindungan. Namun begitu, sifat buruk bagi kambing ialah ada angin, tidak tegas, terlalu pasif, perisau, pesimis, mudah tersinggung, dan suka merungut.
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Jawab soalan teka-teki ini: Saya tangkap orang dengan saat saja dan buat apa-apa pun boleh terhadap mereka sesuka hati, siapa saya? | Jawapannya ialah juru gambar | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung'? Berikan satu contoh ayat. | Ia bermaksud orang yang berusaha dalam senyap memperolehi hasil yang banyak berbanding dengan yang sedikit diperoleh tetepi diheboh-hebohkan.
Contoh ayat: Jangan mengheboh-hebohkan kejayaan awak agar tidak terjadi seperti penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah maksud "bagai kerbau terkejut oleh gong"? | Ia bermaksud bercengang-cengang kehairanan. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tunjukkan resipi untuk singgang daging Kelantan dengan langkah-langkah yang terperinci. | Singgang daging Kelantan merupakan hidangan tradisional yang berasal dari negeri Kelantan di Malaysia. Ini ialah sejenis sup daging yang diperap dengan rempah dan herba tradisional.
Bahan: ½ kg daging lembu segar, 1 inci lengkuas. ½ inci halia, 5 biji bawang merah kecil, 3 ulas bawang putih, 2 keping asam gelugor, 3 biji cili kering, 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar budu, garam dan gula secukup rasa, air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya cepat empuk.
2. Mayang bawang merah dan bawang putih. Potong juliene (seperti batang mancis) lengkuas dan halia.Potong dua cili kering.
3. Tumbuk kasar ketumbar.
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali garam, gula dan budu ke dalam periuk. Masukkan air.
2. Tutup periuk dan rebus dengan api sederhana sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu.
3. Perasakan dengan garam, gula dan budu. Biarkan seketika, kemudian bolehkan tutup api.
4. Angkat dan hidangkan
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput'? | Ia bermaksud lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "ada umur ada rezeki"? | Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "Kasih sayang Puan Aida ________ anaknya tidak pernah padam."
| Jawapannya ialah terhadap. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c |
Apakah maksud "air didih menganak sungai"? | Hiburan yang sangat mewah | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "berbentar langit"? | Ia bermaksud mengharapkan langit. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud 'ke mana dialih, lesung berdedak juga'? | Ia bermaksud pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan itu walaupun di mana dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bak menanti orang dahulu, bak melalah orang kemudian"? | Ia bermaksud membuat kerja yang sia-sia. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Berikan jawapan untuk soalan yang rumit ini: Industri apakah yang William Todd Field dan Zoltan Korda bekerja dalam? | Mereka berkerja dalam industri perfileman | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai anak sepat ke tohor"? Berikan satu contoh ayat. | Maksudnya adalah orang yang bermalas di tempat orang lain. Contoh ayat: Mak Ti selalu berpesan kepada kakak supaya tidak malas ketika di rumah sepupunya bagai anak sepat ke tohor. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'ringan kepala'? Berilah satu contoh ayat untuknya. | Ia bermaksud mudah memahami atau mengerti ajaran. Contoh ayat: Izyan memang bijak dan ringan kepala. Semua formula yang diajar oleh guru dapat difahaminya. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "bagai ayam berlaga sekandang"? | Berkelahi dengan orang serumah | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Jawab soalan berikut. Bila kali terakhir Michigan memenangi kejuaraan kebangsaan dalam bola keranjang? | Kali terakhir Michigan memenangi kejuaraan kebangsaan dalam bola keranjang adalah pada tahun 1989 | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Jawab soalan teka-teki berikut: Daunya masuk dalam air, sedap diminum. Apakah ia? | Jawapannya ialah teh. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
| Speedometer bas lah | Standard Malay | zsm | original-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Jawab soalan teka-teki ini: Siapa cukur 20 kali sehari tetapi masih ada misai? | Jawapannya ialah tukang gunting. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud 'durian runtuh'? | Ia bermaksud mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Tulis satu karangan yang membincangkan langkah-langkah untuk membentuk akhlak mulia terpuji. | Mutakhir ini, masyarakat kita sering kali tersentak dengan laporan berita yang menceritakan permasalahan sosial dan salah laku jenayah yang tidak berperikemanusiaan. Insiden yang meragut nyawa dan merosakkan segelintir masyarakat kita ini wajar dibendung supaya tidak membarah kepada generasi akan datang. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh yang demikian, penting untuk kita memastikan golongan muda di tanah air ini dididik dengan penuh inteligensia dan budi pekerti. Setiap di antara kita sebenarnya memainkan obligasi yang signifikan dalam membentuk keperibadian seseorang terutamanya diri sendiri dan orang sekeliling. Bagi memastikan nusa bangsa kita menjadi insan berminda kelas pertama, baik untuk kita huraikan langkah-langkah untuk membentuk keperibadian terbaik dalam kalangan masyarakat hari ini.
Langkah pertama untuk membentuk akhlak terpuji dalam diri setiap individu adalah dengan memastikan ahli keluarga sebagai teladan terbaik. Segalanya bermula di rumah. Kenyataan ini jelas mencerminkan ibu, bapa dan ahli keluarga merupakan insan yang bertanggungjawab membentuk keperibadian ahli keluarganya yang lain. Ibarat kain putih, merekalah yang mencorakkan kain tersebut dengan warna-warna keindahan dalam kehidupan. Sebagai contoh, jika anak-anak melihat ibu dan bapa saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain, mereka juga akan mengikuti sikap tersebut dan mempraktikannya apabila berhadapan dengan orang dewasa yang lain. Situasi ini lebih cenderung apabila terdapat adik-beradik dalam sebuah keluarga di mana adik yang kecil pasti akan mencontohi sikap abang atau kakaknya dalam pelbagai situasi. Tegasnya, ibu dan bapa yang mendirikan rumah tanga perlu sedar akan amanah yang besar ini untuk membesarkan zuriat mereka supaya mempunyai akhlak yang mulia dan disegani.
Pembentukan akhlak yang mulia juga merupakan tanggungjawab masyarakat umum. Dewasa ini, kita pasti tertanya-tanya kenapa terdapat diantara kita yang melakukan perkara yang sia-sia atau memalukan hanya untuk mendapatkan perhatian dan keuntungan diri sendiri. Tepuk dada dan tanya selera, adakah perilaku seperti membuat lawak bodoh dan mentertawakan perkara yang tidak biasa dalam budaya kita sebagai orang Malaysia yang penuh sopan dan santun merupakan sikap generasi masa kini? Maka, kita sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab supaya perkara seperti ini tidak akan berulang dan mendapat perhatian yang ramai daripada khalayak ramai terutamanya para pemuda negara. Tidak dinafikan kita tidak mempunyai kawalan terhadap penggunaan media sosial tetapi kita berhak untuk membuat laporan dan juga tidak berkongsi video atau hantaran yang kontriversi dan hanya akan memberikan pelaku kontroversi tersebut perhatian yang mereka inginkan. Bak kata pepatah Melayu, kita perlu tahu bagaimana untuk membezakan antara intan dengan kaca, antara batu dan permata. Tuntasnya, sebagai masyarakat umum, kita juga berperanan menjadi contoh atau pemimpin kepada generasi muda untuk membentuk keperibadian dan lebih baik daripada kita.
Pendidikan agama dan moral juga adalah salah satu langkah untuk membentuk keperibadian yang mulia dalam seseorang. Ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut. perumpamaan ini jelas menunjukkan tanpa agama dan nilai moral, kita boleh tenggelam dalam ragam kehidupan. Setiap agama menggalakkan pembentukan sahsiah diri yang baik dan menggalakkan nilai-nilai positif. Sebagai contoh, konsep dosa dan pahala memberikan indikasi kepada penganut agama Islam dalam melakukan sesuatu perkara yang baik atau jahat. Sekiranya mereka mempunyai iman yang kukuh dan ilmu yang mendalam terhadap hukum syariat Islam, pasti segala tindakan atau pilihan dalam kehidupan mereka berlandaskan kebaikan dan kebenaran agama yang dipelajari. Jika golongan remaja di Malaysia memiliki nilai agama dan moral yang tinggi, pasti perpaduan dan keharmonian negara akan terus terjamin. Jelaslah bahawa didikan agama dan moral dapat membentuk keperibadian terpuji seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Salah satu langkah lain untuk membentuk akhlak terpuji adalah dengan membaca. Melalui pembacaan, seorang individu dapat meluaskan horizon pemikiran dan melihat sesuatu perkara daripada pelbagai aspek. Bak kata pepatah melayu, laut yang ditimba tidak akan kering. Begitu juga dengan ilmu yang kita peroleh apabila kita membaca bahan bacaan yang bermanfaat. Dengan membaca, kita dapat melihat sudut pandang penulis yang mempunyai kepakaran dan pendapat tertentu tentang tajuk atau isu di dalam buku tersebut. Golongan remaja yang merasakan membaca itu suatu perkara yang bosan boleh beralih untuk menonton video yang mengandungi intipati yang bermanfaat. Misalnya, video animasi Ejen Ali dan Upin Ipin yang sarat dengan mesej serta imitasi nilai yang baik dalam kehidupan. Golongan muda khususnya kanak-kanak diharap dapat mengambil iktibar dan menjana keperibadian akhlak mulia seperti yang ditunjukkan oleh watak-watak di dalam animasi tersebut dan meninggalkan aksi-aksi yang tidak boleh dilakukan di dalam imaginasi sendiri. Izharnya, membaca dan menonton kandungan yang bermanfaat dapat membentuk keperibadian yang mulia.
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk membentuk akhlak mulia terpuji pada setiap lapisan umur masyarakat di dunia. Sebagai individu kita perlu sentiasa bermuhasabah diri dan menilai sama ada tindakan atau pilihan yang kita lakukan pada hari ini adalah betul dan bermanfaat atau sebaliknya. Fitrah kita sebagai manusia untuk melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang diulang-ulang adalah memudaratkan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jika setiap diantara kita menjadikan perumpamaan di atas sebagai satu ingatan pasti akhlak dan keperibadian kita bertambah naik dari hari ke hari. Apabila diri kita mampu menunjukkan akhlak yang mulia nescaya golongan muda dan kanak-kanak dapat mencontohi dan mempamerkan sikap yang sama. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Bagaimanakah kita tahu itu bahagian belakang atau depan sebatang pokok?
| Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok, kita mesti menyorok di belakang pokok. | Standard Malay | zsm | re-annotations | fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2 |
Apakah jawapan untuk teka-teki yang bertemakan permainan berikut: Kereta apa yang takkan akan rosak apabila dilanggar? | Jawapannya ialah kereta mainan. | Standard Malay | zsm | re-annotations | a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893 |
Apakah maksud "bagai alah pinta dibuat sempena"? | Walaupun sangat mengharapkan, kalau bukan hak, takkan dapat | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah nama lagu kebangsaan negara Korea Selatan? | Nama lagu kebangsaan negara Korea Selatan ialah Aegukga (애국가) | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan penerangan ringkas untuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam satu perenggan yang tidak melebihi 90 perkataan. | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali sebagai Institut Perguruan Sultan Idris. Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman". | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Berikan maksud peribahasa "Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket". | Maksud peribahasa tersebut ialah kegagalan bukanlah disebabkan persekitaran tetapi kemahiran atau kebolehan seseorang individu. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 3d037d39fe52fc2d61988bbde115a11413426f692673ee121d490aa51a21b067 |
Jawab soalan berikut. Siapakah mempunyai gol terbanyak dalam bola sepak 2018 | Ali Daei | Standard Malay | zsm | re-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah etnik majoriti yang terdapat di daerah Sipitang, Sabah?
A) Kedayan
B) Bisaya
C) Iban
D) Melanau | B) Bisaya | Standard Malay | zsm | original-annotations | bb00f8149c4bf1840570e06547d3aec4840044e974484eff409aca0d78554acd |
Soalan: Siapakah pelakon A Good Day to Die Hard? | Mary Elizabeth Winstead ialah pelakon A Good Day to Die Hard. | Standard Malay | zsm | re-annotations | 59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb |
Berikan maklumat tentang buku yang bertajuk Atas Nama Kasih. | Di bawah adalah maklumat mengenai buku bertajuk Atas Nama Kasih:
Tajuk : Atas Nama Kasih
Penulis : Salina Ibrahim
Penerbit : Creative Enterprise
Sinopsis Belakang Buku:
Nur Kasih, ini adalah buah hatiku. Yang selama ini memberiku kekuatan untuk menghadapi hari-hari depan yang lebih gemilang. Memberikan nyawa - tragedi hitam sering-seringnya bertebaran dan bersipongan di setiap penjuru kenangan. Melumpuhkan impian dan cita-cita. Bersama duka dan air mata. Nur Kasih ini adalah waris tunggal yang perlu dipertahankan. Dan si kecil itu, Suria melampias resah yang meruntun segenap keinginan yang telah sekian lama Suria lupakan.
Nur Kasih idamkan kehadiran seorang lelaki bergelar bapa. Lalu diceruk mana Suria harus mencari lelaki impian Nur Kasih itu? Lelaki mana yang sudi beristerikan gadis beranak satu sepertinya? Berkecil hati Nur Kasih, kecil lagi hati seorang Suria bila mana lelaki impian bakal tunangan orang. Lalu Suria membiarkan jodohnya ditentukan Nur Kasih. Kerana Suria percaya ... seorang bapa yang baik, adalah suami yang terbaik untuk dirinya... | Standard Malay | zsm | re-annotations | 11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f |
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Apa yang bermula dengan "p", ahkir dengan "s", dan mempunyai banyak isi tersurat? | Jawapannya ialah pejabat pos. | Standard Malay | zsm | re-annotations | cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd |
Apakah resipi untuk kari tulang rusuk? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci. | Kari tulang rusuk ialah sejenis hidangan kari yang dibuat menggunakan tulang rusuk, biasanya tulang rusuk lembu, sebagai bahan utamanya. Hidangan ini popular di beberapa negara, termasuk Malaysia, dan dikenali dengan kekayaan rasanya serta tekstur daging yang lembut.
Bahan untuk kari tulang rusuk: 1 kg tulang lembu (rusuk), 2 sudu besar atau 1 paket kecil rempah kari daging, 1 cawan santan pekat segar, 4 cawan air (tambah atau kurangkan ikut suka), ½ inci lengkuas, 2 biji ubi kentang - opsyenal, Gula pasir / gula melaka dan garam secukup rasa, Air asam jawa
Bahan tumis: 1 tangkai daun kari - dilurut, 5 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, ½ inci halia, 2 sudu besar cili kisar/boh, 2 sudu besar minyak masak
Cara penyediaan:
1. Cuci tulang, buang lemak yang berlebihan. Kemudian tuskan.
2. Kupas dan potong dadu ubi kentang.
3. Ketuk lengkuas.
4. Bancuh serbuk rempah kari dengan sedikit air supaya menjadi pes.
5. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
Cara memasak:
1. Masukkan tulang ke dalam periuk, tambah air dan lengkuas. Tutup periuk, kemudian rebus sehingga daging pada tulang empuk. Kalau menggunakan periuk tekanan (Noxxa, Philips), rebus dengan tekanan tinggi selama 15 minit *. Kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam periuk lain dengan api sederhana. Tumis bahan kisar dan daun kari
sehingga garing dan naik bau.3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambah pes rempah kari, dan tumis hingga pecah minyak juga.
4. Masukkan tulang, gaul sebati dan biarkan seketika (5-10 minit) supaya tulang mesra dengan rempah.
5. Masukkan air rebusan yang telah ditapis (untuk membuang buih kotoran dan serpihan tulang), kentang, santan dan air asam jawa.
6. Masak sambil mengacau sehingga kentang empuk dan kuah pecah minyak.
7. Perasakan dengan gula dan garam, kemudian padamkan api, angkat dan dihidang.
* 15 minit adalah masa memasak high pressure untuk tulang rusuk. Kalau guna tulang gearbox, set pada 25
minit
| Standard Malay | zsm | re-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah maksud "bagai cendawan kememeh"? | Mudah sahaja menangis | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |
Apakah pembelajaran dalam? | Pembelajaran dalam adalah salah satu cabang dari ilmu pemelajaran mesin yang terdiri algoritme pemodelan abstraksi tingkat tinggi pada data menggunakan sekumpulan fungsi transformasi non-linear yang ditata berlapis-lapis dan mendalam. Teknik dan algoritme dalam pemelajaran dalam dapat digunakan baik untuk kebutuhan pemelajaran terarah (supervised learning), pembelajaran tidak diarah (unsupervised learning) dan semi-terarah (semi-supervised learning) dalam berbagai aplikasi seperti pengenalan citra, pengenalan suara, klasifikasi teks, dan sebagainya. Model pada pembelajaran dalam pada dasarnya dibangun berdasarkan Jaringan saraf tiruan, yang risetnya sudah berlangsung sejak era 80-an namun baru-baru ini kembali bangkit dengan adanya komputer yang semakin cepat apalagi ditambah dengan kemampuan KAD grafiK moden yang mampu melakukan perkiraan berasaskan matriks secara serentak. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah resipi untuk Kuih Kasturi (Kacang Hijau Sedap) sebagai biskut raya? Tunjukkan langkah-langkah terperinci. | Bahan-bahan : Kacang hijau, 6-7 sudu makan gula membukit, Setengah biji kelapa putih sahaja,
1 sudu tepung gandum, ½ cawan tepung rangup campuran, ½ cawan tepung gandum, 1 sudu planta (jangan banyak agak-agak sahaja), Garam secukup rasa, Air sedikit.
Cara-cara :
1. Mula-mula rebus kacang hijau sehingga lembut dan kering air (kacang kira lembut apabila ditekan akan hancur).
2. Masukkan gula ke dalam kacang tadi, kacau sampai kering dan berkilat. Gunakan api kecil.
3. Masukkan kelapa dan gaulkan sampai sebati. Jika sudah sebati tutup api. Sejukkan sebentar.
Jika sudah sejuk, taburkan 1 sudu tepung gandum. Jangan banyak nanti keras.
4. Gaulkan sebati kemudian bulat-bulatkan dan leper. Supaya mudah 32 gram untuk satu biji.
5. Untuk bancuhan tepung celup masukkan tepung rangup campuran, tepung gandum, planta, garam secukup rasa dan air sedikit. Bancuhan tidak pekat dan tidak cair.
6. Kemudian panaskan minyak (minyak harus panas). Bila ingin masukkan kuih kacang baru perlahankan api.
7. Celup kuih tadi dalam bancuhan tepung.
8. Siap. Hidangkan.
Nota : Penting kuali kena cuci betul-betul bersih supaya tidak melekat. Kalau kuali bersih kacang akan turun sendiri dalam minyak. Kalau tidak turun curah minyak atas kacang, baru tolak masuk dalam minyak. Pastu alihkan perlahan-perlahan sampai masak. | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Berikan maklumat tentang buku yang bertajuk Takdir Itu Milik Kita. | Tajuk : Takdir Itu Milik Kita
Penulis : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
Muka surat : 1057
Sinopsis Belakang Buku :
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku! | Standard Malay | zsm | original-annotations | 4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795 |
Apakah maksud "api nan tak kunjung padam"? | Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas | Standard Malay | zsm | original-annotations | 0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5 |