inputs
stringlengths
9
3.4k
targets
stringlengths
1
10.2k
language
stringclasses
1 value
language_code
stringclasses
1 value
annotation_type
stringclasses
2 values
user_id
stringlengths
64
64
Apakah maksud dengan 'rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud seseorang yang berkelakuan buruk akan memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga serta bangsanya. Contoh ayat: Rakyat Malaysia harus bersemangat dan sedar bahawa rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana leka.
Standard Malay
zsm
re-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud 'hidung tinggi'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud orang yang sombong. Contoh ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Ejaan nama negara yang aneh, iaitu empat puluh dua perempuan?
Jawapannya ialah Portugal. Nama negara Portugal terdiri daripada tiga suku kata yang seakan-akannya berbunyi "four", "two" dan "gal". Perkataan "four" dan '"two" bermaksud empat dan dua dalam bahasa Inggeris. Perkataan "gal " bermaksud perempuan dalam bahasa Inggeris. Dengan meletakan nombor 4 dan nombor 2 bersama, ia menjadi nombor 42, maka empat puluh dua perempuan dalam konteks ini.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Perdana Menteri yang manakah digelarkan Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia?
Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau juga dikenali sebagai Pak Lah
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah soalan untuk: ""Stand by Me" adalah lagu yang asalnya dari Ben E. King dan ditulis oleh King, Jerry Leiber, dan Mike Stoller, yang diilhamkan oleh rohani "Lord Stand by Me", ditambah dua baris yang berakar pada Mazmur 46:2? Topiknya ialah Stand by Me (lagu).
Apakah itu lagu "Stand by Me"?
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Keluarga Encik Izzamie sedang berkelah di tepi ________ .
air terjun
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Apakah maksud "bagai ayam disambar helang"? Berikan satu contoh ayat.
Maksudnya adalah orang yang hilang dengan tiba-tiba. Contoh ayat: Kes itu masih menjadi bualan penduduk setempat kerana mangsa hilang secara tiba-tiba bagai ayam disambar helang.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Terdapat tiga kawan pergi mandi-manda di kolam renang. Selepas mandi, hanya dua orang yang rambutnya basah. Kenapa yang seorang tidak basah?
Ini kerana dia botak dan tidak mempunyai rambut.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'malu-malu kucing'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud pura-pura malu. Contoh ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Ayat 1: Dia dilantik sebagai uskup titular di Nisa di Lycia pada 25 Jun, 1866, dan Uskup Velletri. Ayat 2: Dia dilantik sebagai uskup titular di Nisa di Lycia dan uskup pembantu Velletri pada 25 Jun 1866. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya, betul.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Namakan filem yang diarahkan oleh Yasmin Ahmad tetapi tidak ditulis oleh beliau?
Yasmin Ahmad hanya mengarah Mukhsin dan Muallaf, beliau bukan penulis kedua-dua filem tersebut.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan : Tulis satu karangan yang bertajuk ‘ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan’
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek. Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang. Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan. Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri. Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "anjing kampung"?
Anjing yang tidak dipelihara orang, anjing liar.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Bagaimanakah kita menjaga keselamatan kanak-kanak di taman permainan? Berikan cadangan yang terperinci.
Semasa bermain di taman, kanak-kanak haruslah ditemani oleh orang dewasa supaya dapat menjamin keselamatan mereka. Seterusnya, kanak-kanak tidak boleh mendekati orang yang tidak dikenali agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selain itu, kita hendaklah memastikan peralatan permainan berada dalam keadaan baik untuk mengelakkan kecederaan. Akhir sekali, kita perlulah memakai pakaian yang sesuai semasa bermain di taman permainan untuk mengurangkan risiko kemalangan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
5423b19d05acbf49d6aa5cf45f20f0013ba3d283b0f8133d35c88cab43993044
Apakah maksud "bagai bulan penuh purnama"?
Wajah yang sangat cantik.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan"?
Maksudnya ialah setiap pekerjaan dirundingkan masak-masak sebelum dijalankan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Saya tinggal di luar bandar, kerbau adalah pekerja saya, siapa saya?
Jawapannya ialah petani.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah soalan untuk: "Lauratan natrium hipoklorit, juga dikenali sebagai peluntur, sering digunakan sebagai penyahjangkitan atau agen peluntur."? Topiknya ialah Natrium hipoklorit.
"apakah larutan natrium hipoklorit?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat?
Hang Tuah
Standard Malay
zsm
original-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud "bercerai kasih"?
Ia bermaksud putus percintaan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Jika tekan loceng bas, apa yang akan turun sebelum berhenti?
Jawapannya ialah spedometer.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah ciri-ciri ayat pasif?
1. Ayat pasif ialah ayat di mana frasa nama yang menjadi subjek dalam ayat tersebut menjadi penerima sesuatu perbuatan 2. Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya 3. Ayat pasif terbentuk daripad ayat aktif transitif 4. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur keterangannya 5. Ayat pasif mengandungi kata kerja yang berawalan di- dan diikuti dengan kata sendi nama oleh atau kata kerja tanpa awalan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk ayat berikut: Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan .... A. saiz rumah seseorang B. taraf hidup seseorang C. lokasi tempat tinggal seseorang D. bilangan ahli keluarga seseorang
Jawapannya ialah C. lokasi tempat tinggal seseorang.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bersekutu bertambah mutu'?
Ia bermaksud berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah Maggi goreng?
Maggi goreng merupakan sejenis mi segera yang dibuat dengan jenama mi Maggi yang diperbuat oleh Nestlé (M) Sdn. Bhd., dan ia biasanya dihidangkan di gerai makanan India Muslim (atau Mamak) di Malaysia. Cara tradisional memasak mi Maggi adalah dengan cara mendidihnya di dalam air panas dan kemudian tambah satu pek perisa yang dimasukkan dengan mi ke dalam air untuk membuat persediaan. Walau bagaimanapun, Maggi goreng dimasak dengan menggorengnya dengan sayur-sayuran dan telur. Kadang-kadang, bahan-bahan lain seperti tauhu, sambal (cili pedas), soya gelap, dan kadang-kadang daging ditambah. Satu keping kapur biasanya diletakkan di sebelah plat sebagai hiasan. Pengguna juga boleh menambah perisa tambahan seperti serbuk kari atau apa sahaja pasta yang dibuat untuk meningkatkan rasa. Tiada kaedah piawai dalam penyediaan mi, kerana setiap gerai mempunyai teknik dan bahan yang berbeza-beza. Ia sering diiringi dengan teh ais, teh lemon ais, ayam goreng dan telur goreng.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki ini: Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan roti canai?
Bahan-bahan: 600 g tepung gandum, 1 sudu garam, 1 sudu gula halus, 2 biji telur yang dipukul, 125 ml susu segar, 125-130 ml air, 3-4 camb minyak, 3-4 camb minyak sapi dan minyak/minyak sapi untuk menggoreng
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'padi masak jagung mengupih'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud keuntungan yang berlipat ganda. Contoh ayat: Peniaga pasar malam itu didapati padi masak jagung mengupih setiap kali berniaga.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut: Apa yang bermula dengan p, ahkir dengan s, dan mempunyai beribu-ribu huruf?
Jawapannya ialah pejabat pos.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Di manakah terletaknya Pahang?
Pahang ialah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas, negeri Pahang bersempadan dengan: Kelantan di utara; Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat; Johor di selatan; dan Terengganu dan Laut China Selatan di timur.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Isi tempat kosong dalam ayat berikut dengan perkataan yang sesuai: Samad rajin belajar ______________ abangnya malas
Jawapan yang betul ialah "tetapi".
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'jadi abu arang'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Ia bermaksud barang yang telah rosak. Contoh ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai"?
Ia bermaksud keinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "awak menangis diberi pisang"?
Pujukan yang tepat pada masa
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah nasi kandar?
Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim. Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi. Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah objektif penubuhan Persatuan Francais Malaysia (MFA)?
Objektif penubuhan MFA adalah untuk: 1. Membantu kebajikan ahli francais yang bernaung di bawah MFA 2.Menggalakkan amalan perniagaan yang beretika 3. Mengekalkan imej francais yang baik di mata dunia 4. Menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan penglibatan aktif lebih ramai Bumiputra dalam bisnes francais 5. Memastikan hubungan perniagaan yang jelas antara francais dalam negara dan luar negara
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan: berapakah jumlah langkah untuk ketingkatan Menara CN? Jawapan:
2,579
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah skim pengekodan aksara pada tahun 2008? Berdasarkan soalan sebelumnya, tulis konteks yang mengandungi jawapannya. Ia boleh menjadi 1 - 20 ayat. Konteks:
ASCII (i/ˈæski/ ASS-kee), singkatan daripada American Standard Code for Information Interchange, adalah skim pengekodan aksara (IANA lebih suka nama US-ASCII). Kod ASCII mewakili teks dalam komputer, peralatan komunikasi, dan peranti lain yang menggunakan teks. Kebanyakan skim pengekodan aksara moden adalah berdasarkan ASCII, walaupun mereka menyokong banyak aksara tambahan. ASCII adalah pengekodan aksara yang paling biasa di World Wide Web sehingga Disember 2007, ketika ia telah dilampaui oleh UTF-8, yang sepenuhnya serasi dengan ASCII.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Buah-buahan mengandungi __ yang penting kepada tubuh badan kita Pilihan: A) langkah-langkah B) ciri-ciri C) wakil-wakil D) zat-zat
Jawapan yang betul ialah D) zat-zat
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Negeri manakah yang tidak bersempadan antara satu sama lain? Pilih jawapan yang betul dari pilihan berikut. A. Negeri Sembilan, Johor B. Perak, Kelantan C. Pahang, Terengganu D. Perlis, Pulau Pinang
Jawapannya ialah D. Perlis, Pulau Pinang. Perlis bersempadan dengan Wilayah Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Negeri Pulau Pinang mempunyai sempadannya dengan Kedah di sebelah utara dan timur, serta bersempadan dengan Perak di bahagian selatan.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Jawab soalan teka-teki berikut: Neraka di luar, tapi syurga di dalam?
Jawapannya ialah durian.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai pelita kehabisan minyak"?
Ia bermaksud keadaan yang sudah tidak berseri lagi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai apabila patah tumbuh nyiur itu, tumbuh nyiur jua akan gantinya"?
Ia bermaksud yang hilang mesti diganti dengan yang serupa.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Jawab soalan yang rumit ini: Blinding Edge Pictures menghasilkan satu filem yang dibintangi Bruce Willis pada tahun 2000. Apakah tajuk filem ini?
Filem yang dibintangi oleh Bruce Willis tersebut bertajuk Unbreakable.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Siapakah Nicol Ann David?
Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional warga Malaysia yang juga wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang mempunyai pencapaian demikian sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diberi penghormatan untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Tunjukkan resipi untuk sambal bilis kering dengan langkah-langkah yang terperinci.
Bahan-bahan: 3 cawan ikan bilis yang telah dikopek, 1 cawan kacang tanah, 20 biji cili kering, ½ cawan minyak masak, 7 biji bawang merah kecil, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia, 4 sudu besar gula, sedikit air asam jawa, dan garam secukup rasa Cara penyediaan: 1. Bilas ikan bilis, tuskan, kemudian keringkan dengan tuala kertas. 2. Potong cili kering, buang biji dan rebus atau rendamkan dalam air panas hingga kembang. Kemudian, kisar bersama halia, bawang merah, bawang putih dan sedikit air. Cara memasak: 1. Goreng kacang tanah dengan api sederhana kecil sehingga kekuningan (4 minit). Keluarkan kacang tanah, lepas itu terus gaulkan dengan sedikit garam. 2. Besarkan api. Bila minyak mula berasap masukkan ikan bilis. Goreng sehingga perang keemasan, kemudian kecilkan api, angkat dan tuskan. 3. Keluarkan minyak di dalam kuali, gantikan dengan minyak yang baharu untuk menumis. Masukkan bahan kisar dan tumis menggunakan api kecil. 4. Bila tumisan garing dan pecah minyak, masukkan gula dan teruskan menumis sehingga sambal berwarna merah gelap dan berkilat. 5. Masukkan garam (jika perlu sahaja, sebab biasanya ikan bilis dah cukup masin) dan air asam jawa. Kacau sehingga sambal agak pekat, kemudian pindahkan ke dalam mangkuk. 6. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam kuali. Bila gula mencair, masukkan ikan bilis dan kacang goreng. Kacau rata untuk menyira kacang dan ikan bilis dengan sekata. 7. Tutup api dan masukkan sambal. Gaul rata sehingga keseluruhan kacang dan ikan bilis disaluti sambal.8. Bila sejuk sepenuhnya, masukkan sambal ikan bilis ke dalam bekas kedap udara. 9. Simpan pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Standard Malay
zsm
re-annotations
cff171e2aef4fe4e598b40a077eb8e2e712df107fad11bfc7593cbcf1103cafd
Apakah jawapan kepada teak-teki ini: Boleh nampak, tak boleh pegang. Tanpanya, manusia tak boleh hidup.
Jawapan: air
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan berikut. Berapakah jumlah penduduk Morgan Hill CA?
44,155 orang
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Ayat 1: Ketidakpercayaan terhadap kemerdekaan dan pengambilan keputusan yang kuat dari CCA kekal sebagai isu yang dipoltikkan dan tidak jelas. Ayat 2: CCA's 'perceived lack of independence and strong decision-making' kekal sebagai isu yang dipolitikkan dan tidak jelas. Soalan: Apakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Ya, betul.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Menurut zodiak Cina, apakah sifat baik and buruk untuk ular?
Sifat baik ular adalah bijaksana kerana ia berfikir panjang dan sensual kerana ia lemah lembut. Sebaliknya, sifat buruk ular adalah komunikasi teruk kerana ia hanya tahu berdesis apabila menghadapi bahaya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai anjing menyalak kafilah lalu"? Berikan satu contoh ayat untuk peribahasa ini.
Maksudnya adalah terus mara tanp mempedulikan rintangan. Contoh ayat: Sejak kecederaan itu, dia berusaha untuk berlatih bagai anjing menyalak kafilah lalu dengan matlamat untuk mara ke pusingan akhir.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bongkok dek menganyam, sesat mengelarai'?
Ia bermaksud sungguhpun telah cekap dalam sesuatu pekerjaan masih juga membuat kesilapan
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Berilah contoh ayat yang menggunakan peribahasa "bagai bulan dengan matahari".
Contoh ayat yang menggunakan peribahasa "bagai bulan dengan matahari": Pasangan pengantin yang bersanding itu sama cantik sama padan seperti bulan dengan matahari.
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Rakyat Malaysia menggunakan aplikasi Waze sebagai panduan untuk mencari lokasi yang dituju. Apakah sistem setelit yang digunakan oleh Waze? A. Sistem Penentu Negeri (State Positioning System) B. Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System) C. Sistem Penentu Daerah (District Positioning System) D. Sistem Penentu Tempatan (Local Positioning System)
Jawapan yang betul ialah B. Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System). Sistem ini merujuk kepada sistem yang menentukan kedudukan seseorang melalui rujukan silang dengan satelit yang mengelilingi Bumi. Pada mulanya GPS direka untuk tujuan ketenteraan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi mengendali sistem pensasaran peluru berpandu semasa Perang Dingin, tetapi kini ia telah digunakan bagi kegunaan awam.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'mata duitan'? Berilah satu contoh ayat untuknya.
Makud simpulan bahasa tersebut ialah orang yang tamakkan wang. Contoh ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.
Standard Malay
zsm
re-annotations
f48bcb8192129db7dcebe9f20b64a09f14e15a25118dcec0df72f36f21859261
Apakah soalan untuk: "Dikenali sebagai Bangunan RCA sehingga 1988, ia paling terkenal untuk menempatkan ibu pejabat rangkaian televisyen NBC."? Topiknya ialah bangunan GE.
"apakah nama asal bangunan GE di Rockefeller Plaza?"
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Pilih jawapan yang betul untuk soalan berikut. Apakah cara pemanduan yang boleh menyebabkan kemalangan berlaku? A. Memandu dengan berhati-hati B. Mengikut arahan lampu isyarat dengan selamat C. Memandu secara melulu tanpa timbang rasa
Jawapan yang betul ialah C. Memandu secara melulu tanpa timbang rasa
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan saya rangka yang mempunyai isi-isi penting untuk karangan yang bertajuk Cara-Cara Mempopularkan Permainan Tradisional
Isi -isi pentingnya adalah seperti berikut: 1. Menyertai program pertukaran budaya di peringkat antarabangsa 2. Memasukkan elemen permainan tradisional dalam drama atau filem tontonan umum 3. Mewujudkan minggu atau bulan mengharga permainan tradisional 4. Mengadaptasi permainan tradisional dengan teknologi terkini 5. Menganjurkan pertandingan permainan tradisional dengan lebih kerap dan berprestij 6. Ibu, bapa dan ahli masyarakat memperkenalkan permainan tradisonal kepada golongan muda
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud pemanduan berhemah? A. Cara membaiki kenderaan B. Cara memandu yang dapat mengelakkan kemalangan C. Cara berlumba di jalan raya.
Jawapan yang betul ialah B. Cara memandu yang dapat mengelakkan kemalangan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apabila bendalir melalui kawasan sempit, halaju bendalir akan meningkat dan tekanan di kawasan tersebut berkurang. Prinsip manakah yang menghubungkan halaju bendalir dengan tekanan yang dihasilkan> A. Inersia B. Momentum C. Prinsip Pascal D. Prinsip Bernouli
Jawapannya ialah D. Prinsip Bernouli. Dalam dinamik bendalir, prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kenaikan kelajuan sesuatu bendalir berlaku secara serentak dengan penurunan tekanan mahupun tenaga keupayaan tersebut
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Beriakan jawapan kepada soalan rumit ini: Dalam siri manakah Jacky Ickx, pemandu Ferrari Belgium, memenangi lebih banyak perlumbaan - Formula Satu atau 24 Heures du Mans?
Formula Satu
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan: Di manakah Hope dalam The Bold and the Beautiful pergi? Jawapan:
Milan, Itali
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai terpijak bara hangat"?
Ia bermaksud gelisah kerana sesuatu perkara.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "banyak mulut"? Berikan satu contoh ayat bagi peribahasa tersebut.
Ia bermaksud orang yang suka berleter. Contoh ayat: Sikap Nora yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Apakah maksud 'kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan'?
Ia bermaksud kasih ibu tidak putus-putus tetapi kasih anak dapat hilang
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah resipi untuk kailan ikan masin? Tunjukkan langkah-langkah secara terperinci.
Bahan: 1 ikat sayur kailan (lebihkurang 300 gm), 1 keping ikan masin (ikan tenggiri atau jenis lain), 3 ulas bawang putih, 3 biji bawang merah, 1 keping dada ayam, 1 biji cili hijau / cili merah, sos tiram, serbuk perasa, garam secukup rasa, minyak masak untuk menumis Cara penyediaan: 1. Potong kailan ikut suka, bersihkan dan tuskan. 2. Mayang bawang putih. 3. Potong ikan masin dan ayam kecil-kecil. 4. Potong serong cili hijau. Cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Masukkan ikan masin, ayam, sos tiram dan sedikit air. Kacau goreng sehingga ayam masak. 3. Kemudian masukkan sayur kailan, cili hijau, cili merah, garam dan serbuk perasa. Masakkan sebentar sahaja agar sayur kailan tidak terlalu layu sehingga menghilangkan zatnya. 4. Segera angkat ke dalam pinggan hidangan, tabur lada sulah dan hidangkan panas-panas.
Standard Malay
zsm
re-annotations
11f42559b45b0487c015cf9a393dcafe65510e4423ecc7c167c1912a8765b96f
Di manakah terletaknya Sarawak?
Sarawak terletak di Timur Malaysia di kepulauan Borneo, dan merupakan satu daripada kedua-dua negeri yang membentuk timur Malaysia. Dengan keluasannya 124,449.51 kilometer persegi, Sarawak menjadi negeri yang terbesar dan meliputi 37.5 peratus daripada seluruh Malaysia.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud dengan memberikan isyarat dengan batul semasa memandu bagi mengelakkan kemalangan? A. Menyalakan lampu tinggi semasa berpusing B. Memberikan isyarat lampu atau isyarat tangan dengan betul C. Mrmbuinyikannnn hon di sepanjang malam.
Jawapan yang betul ialah B. Memberikan isyarat lampu atau isyarat tangan dengan betul
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Berikan penerangan ringkas untuk Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 80 perkataan.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. Kampus utama terletak di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan manakala kampus di Pandan Indah, Kuala Lumpur pula dikhaskan untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan dan Kesihatan (FPSK) serta Fakulti Pergigian (FPg). USIM merupakan Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia.
Standard Malay
zsm
re-annotations
98059253ea480e25f21316a05274d9661220257317081ebd44bb733aa3d6f94c
Berikan saya resipi untuk sup tulang merah, tunjukkan langkah-langkahnya.
Bahan-bahan: 1 kilogram tulang bahagian kaki kambing atau tulang lembu., 1/4 senduk tomato sos, 1/2 senduk cili sos, 1/4 senduk minyak untuk menumis., 5 ulas bawang merah, 5 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar jintan putih, 1 sudu besar serbuk ketumbar, sedikit rempah kasar 4 beradik (bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan kayu manis), garam secukup rasa. Langkah penyediaan: 1. Rebus daging sehingga empuk. 2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan empat beradik sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar. 4. Setelah pecah minyak, masukkan air anggaran satu liter. 5. Apabila air sudah mendidih masukkan sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. 6. Boleh masukkan daging dan masak sehingga sedikit pekat. 7. Sedia untuk dihidangkan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Natrium klorida, biasanya dipanggil "garam meja", terdiri daripada natrium dan klorin yang telah digabungkan secara kimia. Manakah istilah yang paling sesuai untuk menerangkan natrium klorida? Pilih daripada yang berikut. (I) Asid; (II) Atom; (III) Unsur; (IV) Sebatian;
(IV)
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai apa payahnya menaupkan bibir atas bawah"?
Maksudnya ialah banyak janji, tetapi tidak ditepati
Standard Malay
zsm
re-annotations
27db4412a926dd214ddf7224fcf5eefe87936c50de5ef53ad5eb8a4f5838d362
Apakah faedah dan kegunnan cengkih?
Bunga cengkih merupakan sejenis rempah ratus yang sangat popular dalam masyarakat kita. Cengkih mempunyai rasa yang unik dan berfungsi dengan baik dalam masakan Asia, India dan Mediterranean, seperti kari dan rebusan. Cengkih digunakan untuk meringankan kesan pelbagai penyakit dan kesihatan. Jenis rempah ratus ini dapat memberi kelegaan sakit mulut dan sakit kepala. Rempah ini juga dipercayai mempunyai manfaat penting dari segi mengekalkan ketumpatan tulang.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah peribahasa yang bermaksud "Ada tanda-tanda akan jadi sesuatu."?
Jawapannya ialah ada riak
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah diet keto? Jelaskan dalam ayat-ayat yang tidak melebihi 320 patah perkataan.
Diet ketogenik, atau keto diet, merupakan pendekatan pemakanan rendah karbohidrat, tinggi lemak yang menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Ia melibatkan pengurangan pengambilan karbohidrat secara drastik dan menggantikannya dengan lemak. Pengurangan ini meletakkan tubuh dalam keadaan metabolik yang disebut ketosis. Apabila ini berlaku, badan menjadi sangat cekap untuk membakar lemak untuk tenaga. Proses ketogenesis ini akan mengubah lemak menjadi sumber tenaga berbanding keadaan biasa dimana glukosa di urai menjadi tenaga. Peraturann asas menu keto diet adalah cukup mudah. Pastikan anda mengambil makanan yang tinggi lemak, rendah karbohidrat, dan sederhana dalam protein. Dalam diet keto, karbohidrat hanya menyumbang 5–10% kalori yang anda makan, manakala lemak sihat harus membentuk sebahagian besar pengambilan kalori anda, iaitu kira-kira 60-80%. Protein pula perlu diambil dalam jumlah sekitar 10–30% dari keperluan tenaga. Pengurangan karbohidrat ini memaksa badan untuk bergantung kepada lemak sebagai sumber tenaga utama, bukan glukosa. Proses ini dikenali sebagai ketosis. Ketosis adalah keadaan semula jadi dalam metabolisme. Apabila mencapai ketosis, tubuh membakar lemak simpanan sebagai sumber tenaga, bukannya glukosa. Ketosis membantu mengeluarkan lemak yang tidak diingini kerana tubuh mula memecahkan simpanan lemak, bukan bergantung kepada karbohidrat untuk tenaga. Kajian juga menunjukkan bahawa ketosis boleh membantu mengawal selera makan dan dengan itu, membantu dalam penurunan berat badan. Namun, mencapai tahap ketosis bukanlah perkara mudah dan mungkin memerlukan pengamalan diet keto. Jika anda ingin mencuba menu keto semasa bulan Ramadan, ia dikenali sebagai diet ketofastosis. Ini adalah gabungan diet ketogenik dan fastosis (puasa). Diet keto melibatkan pengambilan rendah karbohidrat manakala ketofastosis melibatkan berpuasa untuk mencapai ketosis. Dalam fasa ketosis, tubuh mendapatkan tenaga dari lemak, sedangkan sebelum diet, tenaga diperolehi dari kalori karbohidrat. Contohnya, anda mungkin akan melaksanakan puasa berterusan selama beberapa hari, di mana pengambilan kalori dihadkan secara drastik, dan hanya lemak dan keton yang digunakan sebagai sumber tenaga. Diet keto tidak memerlukan puasa seperti dalam ketofastosis. Walau bagaimanapun, kedua-duanya mengamalkan komposisi makanan dengan lemak (80%), protein (15%), dan karbohidrat (5%).
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud 'bekas kaki'?
Ia bermaksud jejak yang tertinggal.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Soalan: Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir dengan ayat berikut : ………. Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.
Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun dengan lebat, kilat sabung-menyabung. Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan. Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pintu. Sebaik sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ. Wajahnya amat mengerikan. Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku. Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka mata , aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah jawapan untuk teka-teki berikut? Penilik nasib dapat menilik masa depan anda. Tetapi kenapa dia tanya nama anda pada mula-mula?
Jawapannya ialah entah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah resipi untuk dalca Kelantan? Tunjukkan langkah-langkah penyerdiannya secara terperinci.
Bahan: 300 gm daging lembu atau daging ayam, 1 paket kecil rempah dalca / rempah kari daging, 1 cawan santan pekat, 1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 1 batang carrot/lobak merah - dikupas, dipotong Batonnet (macam french fries, cuma lebih pendek), 5 batang putik jagung - dipotong serong, 2 biji cili hijau - dibelah atau potong dua, 2 biji terung- dibelah dua kemudian potong, 2 biji cili merah - dibelah atau potong dua, 10 batang bendi, 5 batang kacang panjang - dipotong dua inci, Air asam jawa, Gula melaka secukup rasa, Garam secukup rasa Bahan kisar: 1 biji bawang besar, 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 cm halia Cara penyediaan: 1. Bersihkan dan potong nipis daging / potong kecil ayam. Kemudian tuskan. 2. Bancuh serbuk kari/dalca dengan sedikit air supaya menjadi pes. 3. Kisar gabungan bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia. 4. Cuci dan potong sayur seperti dinyatakan di atas (atau ikut suka), kecuali bendi. Kalau nak potong bendi, tunggu masa nak masukkan ke dalam dalca baru potong. Cara memasak: 1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi. 2. Masukkan bawang besar, bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.3. Kemudian kecilkan api dan masukkan pes rempah kari/dalca dan tumis sambil kacau sehingga garing. 4. Masukkan daging daging dan gaul sebati. Kacau sehingga daging kecut dan mesra dengan rempah. 5. Kuatkan api, tambah air dan masak sehingga daging empuk. 6. Lepas tu masukkan santan, air asam jawa, garam, carrot dan putik jagung. Tambahkan air untuk kepekatan kuah yang diinginkan. 7. Bila carrot dan putik jagung empuk, masukkan kacang panjang, bendi, terung, cili merah dan cili hijau. 8. Bila kuah dalca mendidih matikan api dapur dan hidangkan
Standard Malay
zsm
re-annotations
a302e40e5f326a353ccc67cc9bb97f2d454557a62d6e56f785715cbf9b120893
Apakah maksud "asalnya dari kubangan"?
(orang yang) terlalu hina
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu"? Berilah satu contoh ayat.
Ia bermaksud kehidupan seseorang yang sentiasa susah dan menderita. Contohnya, sejak putus mata pencariannya hidup Pak Bakar tidak ubah bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Rujuk petikan di bawah dan kemudian jawab soalan selepas itu dalam bahasa yang sama seperti petikan: Marga Faulstich (16 Jun 1915- 1 Februari 1998) adalah seorang ahli kimia kaca Jerman. Dia bekerja untuk Schott AG selama 44 tahun. Dalam tempoh ini, dia bekerja dalam lebih daripada 300 jenis cermin mata optik. Empat puluh paten didaftarkan atas namanya. Beliau adalah eksekutif wanita pertama di Schott AG. Soalan: Apakah profesion Marga Faulstich?
ahli kimia kaca
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud peribahasa "ada sampan hendak berenang" ?
Maksudnya adalah sengaja menyusahkan diri.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah kegunaan benih fennel?
Benih Fennel juga digunakan dalam banyak hidangan yang lazat, dan merupakan bahan biasa yang terdapat dalam sosej. Untuk pengetahuan anda, jenis rempah ratus ini juga sering digunakan dalam masakan india.
Standard Malay
zsm
re-annotations
fcadf9e40f9953d0f33eb3b2bdcbe2eca26c8adc5b1ad66613225cad5e9713e2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Abang Reza __ terjun ke dalam kolam renang untuk menyelamatkan budak yang hampir lemas itu. Pilihan: A) kemas-kemas B) cepat-cepat C) malas-malas D) rajin-rajin
Jawapan yang betul ialah B) cepat-cepat
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Senaraikan bank di Malaysia.
Malaysia mempunyai beberapa buah syarikat bank yang terdiri daripada bank tempatan dan bank asing. Contoh bank tempatan di Malaysia ialah Maybank, Bank Simpanan National (BSN), CIMB, Bank Islam, Affin Bank, AmBank, Hong Leong Bank, Agro Bank, Bank Rakyat, RHB, Public Bank, Bank Muamalat dan Alliance Bank. Contoh bank asing di Malaysia ialah HSBC Bank, OCBC Bank, Standard Chartered Bank, UOB dan Al Rajhi Bank.
Standard Malay
zsm
re-annotations
f48bcb8192129db7dcebe9f20b64a09f14e15a25118dcec0df72f36f21859261
Berikan contoh ayat untuk peribahasa "bagai dihiris dengan sembilu".
Perasaan Cikgu Murad bagai dihiris sembilu apabila anak yang dibangga-banggakannya telah ditangkap oleh polis kerana mencuri di pasar raya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "bagai diiris dengan sembilu"?
Ia bermaksud perasaan yang sangat pedih
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah keistimewaan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah?
Masjid ini mempunyai kubah yang terbesar di dunia. Empat menara tinggi dibina di keliling kubah. Pembinaan masjid menggunakan teknologi terbaru. Kubah luar berdiri 300 kaki dari paras bumi dan garis pusat 170 kaki menjadi kubah agama yang terbesar pernah dibina sehingga kini. Bahagian luar kubah diperbuat daripada kepingan aluminium berlipat dan mempunyai panel yang menarik berwarna biru, tidak akan karat dan tahan beratus tahun. Bahan aluminium berukuran 35 kaki tinggi disaluti dengan emas. Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu. Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat. Bagaimanapun selepas 26 tahun, wujud kecacatan yang ketara pada kubah masjid hingga mencemarkan pandangan mata. Kecacatan itu mungkin berpunca dari kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan sebelum ini yang menggunakan cecair kimia khas untuk membersihkan kulat dan kulapok yang akhirnya lama kelamaan mengakibatkan panel-panel kubah masjid mula kelihatan kusam dan berkarat. JKR Selangor telah mengeluarkan tender bagi mengganti kesemua panel lama yang berkeluasan 5,184.72 meter persegi itu dengan panel kemasan kubah baharu dari jenis Vitrous Enamel yang ditempah khas dari Jerman dengan kos projek yang agak kontroversial berjumlah RM32.4 juta. Pemilihan panel dari bahan yang lebih berkualiti tersebut dibuat kerana kemasan baharu ini tahan lasak, sama dengan panel sedia ada dan mempunyai jaminan selama 30 tahun dari pengeluarnya. Bahan tersebut juga ringan selain struktur lama tidak perlu diganti. Dari keseluruhan jumlah kos tender ini turut termasuk didalamnya ialah kerja-kerja pemasangan paip-paip khas pada kubah yang menyediakan punca air bagi memudahkan kubah dicuci dimasa depan serta pemasanagan tangga untuk akses cepat naik ke kubah. Punca air di kubah akan memudahkan kerja penyelenggaraan dan akan menjimatkan kos serta mengelakkan kontraktor dari menggunakan cecair kimia atas alasan sukar untuk mendapatkan bekalan air dari bawah menggunakan paip getah yang terlalu banyak dan sangat panjang hingga berselirat ekoran keluasan dan ketinggian kubah.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah resipi untuk Nestum Bar yang merupakan sejenis biskut raya? Tunjukkan langkah-langkah terperinci.
Bahan-bahan: 250 gram coklat masak (saya guna Berlys Dark), 150 gram Nestum keluarga Cara memasak: 1. Double boil coklat hingga cair. 2. Sejukkan coklat pada suhu bilik. 3. Masukkan nestum. 4. Kacau sebati dan masukkan ke dalam acuan atau loyang dan potong mengikut saiz yang dimahukan.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Orang yang diharap dalam sesuatu permainan
Jawapanya ialah ayam tambatan
Standard Malay
zsm
original-annotations
4e6044ee4e060eceace958da87ba94f9e5dcf305dc180d47fb0c315c2564b699
Jawab soalan yang rumit ini: Di manakah Nicole Gordon memenangi pingat perak dengan Sara Petersen dalam pertandingan berpasangan wanita?
Manchester
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah maksud "bagai sirih pulang ke gagang"?
Ia bermaksud kembali ke tempat asalnya.
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Apakah maksud "adat pulau limburan pasang"?
Kehidupan manusia hendaklah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah
Standard Malay
zsm
original-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5
Jawab soalan teka-teki ini: Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Jawab soalan teka-teki ini: Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.
Standard Malay
zsm
original-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Soalan: bilakah kereta api pertama digunakan di England? :
Seawal tahun 1671
Standard Malay
zsm
re-annotations
59718b44f4f69dfb303470c162a16e51820644f5d1e24817edd55da96c2a26fb
Apakah roti canai? Apakah asal-usul makanan ini?
Roti canai ialah roti kudapan India jenis leper yang berbentuk bulat yang boleh dijumpai di beberapa negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia dimakan sebagai sarapan, makanan tengah hari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Roti ini dibawa masuk ke Malaysia oleh orang-orang yang berasal dari Kesultanan Aceh pada abad ke-17. Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini berasal dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Berdasarkan versi yang lain, perkataan canai ini berasal dari nama bandar Chennai, India. Roti canai di India dan Singapura, lebih dikenali sebagai roti prata. Bentuk roti prata dengan roti canai bentuknya hampir sama.
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Ayat 1: Pandangan beliau mengenai kematian Greg Dyke dalam sinetron radio, The Archers, yang dipetik oleh Grace Archer dalam McTaggart Lecture pada tahun 2000. Ayat 2: Pandangan beliau mengenai kematian Grace Archer dalam sinetron radio, The Archers, yang dipetik oleh Greg Dyke dalam kuliah McTaggart pada tahun 2000. Soalan: Adakah ayat 1 dan ayat 2 menyatakan makna yang sama? Ya atau tidak?
Tidak
Standard Malay
zsm
re-annotations
4977fdbb24e59a2920a4c3c4c8b4f02e8b94058f34b86d79ca9d192b30206795
Apakah kata yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat berikut? Para tetamu telah ___________ sesama mereka sebelum majlis pembukaan dilangsungkan.
Jawapannya ialah beramah mesra.
Standard Malay
zsm
re-annotations
0ef1b0d9969c48380daca938f40e13fcc8e130ec50daf2326415906414c91fd5