url
stringlengths 23
111
| headline
stringlengths 36
164
| content
list |
---|---|---|
https://bidadari.my/ayuh-menggilap-potensi-anak-yang-minat-gadget/
|
Keluarga
Tips Menggilap Potensi Anak Yang Minat Gadget
Oleh Dr Siti Ujila
|
[
"Selalu ibu bapa pening bila anak asyik-asyik nak mengadap phone, ipad, laptop. Saya menerima pertanyaan dari ibu bapa yang risau,",
"‘Macam mana nak buat supaya anak saya taknak main game?’",
"Saya ingin kongsikan satu aktiviti yang bukan saja membuang kerisauan kita jauh-jauh, malah jangan pelik jika kita pula yang akan galakkan anak untuk ber-gadget.",
"Sebenarnya pasal gadget ni, saya juga melalui kerisauan yang sama. Saya perasan bila saya sibuk buat kerja menggunakan laptop, yaya pun sibuk nak ber-gadget juga. Tapi, bila fikir-fikir balik memang ada logiknya. Kalau kita mak ayah selalu dengan laptop dan smartphone, anak pun mesti nak tahu ‘apa yang bestnya laptop ni? Saya nak try juga’.",
"Aha, dari situ saya terfikir why not saya gunakan minatnya, rasa ingin tahunya untuk menggilap potensi yang ada dalam diri anak?",
"Sejak itu sesuatu yang terbalik berlaku: saya yang offer yaya untuk guna laptop hehe. Saya kata ‘yaya nak guna laptop mama kan? Yaya tulis-tulis macam mama buat, nak?’",
"Saya ajar dia guna Microsoft Word. Macamana nak tulis, nak tukar warna tulisan, saiz",
"Yang memeranjatkan saya ialah, kalau selalunya yaya liat untuk belajar mengeja, kali ini dia sangat seronok menaip itu dan ini. Saya beri kebebasan apa yang dia ingin tulis dan dia perlu tahu bagaimana ejaannya.",
"There you go, latihan mengeja yang paling berkesan.",
"Gambar: yaya sedang menulis ucapan selamat hari raya untuk cikgu-cikgu di sekolahnya. Esok kan anak akan ke sekolah. Jadi saya cadangkan kepadanya untuk tuliskan ucapan. Dah siap kita print, esok bagi kat cikgu.",
"Yang paling best pada saya ialah, kita sedang menggilap potensi dalam diri anak. Mungkin saja anak kita boleh menjadi seorang penulis hebat, yang menulis banyak buku-buku yang memberi manfaat kepada orang lain. Mungkin ini caranya untuk menyumbang kepada masyarakat apabila dewasa kelak?",
"Ayuh kita gilap potensi itu sejak mereka kecil tanpa perlu risau bila anak suka gadget."
] |
https://bidadari.my/cara-selesaikan-hutang/
|
Keluarga
8 Tips Cara Selesaikan Hutang, Tiada Alasan Untuk Lari Lagi
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Jom ketahui cara selesaikan hutang. Perkara yang paling menyerabutkan otak ialah apabila kita dibebani hutang yang bertimbun. Masalah hutang bukan saja dihadapi oleh golongan dewasa tetapi juga para pelajar. Kebanyakan orang akan berhutang apabila keadaan kewangan mendesak.",
"Namun, yang menjadi masalah ialah orang yang menerima hutang seakan-akan lupa pada janji mereka. Pemberi hutang pula yang terpaksa meminta wang mereka tanpa malu. Perkara sebegini tak sepatutnya berlaku.",
"Dalam artikel ni, penulis akan mengupas topik tentang hutang. Yang paling menarik, cara-cara selesaikan hutang dengan cara yang mudah juga akan dikongsikan. Sebelum tu, jom kita baca hukum hutang dari konteks agama Islam.",
"Dalam Islam, perbuatan memberi dan meminta hutang dibenarkan dalam syarak. Jika kita dalam kesempitan wang, kita dibenarkan dan disunatkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Biasanya kita akan berhutang dengan ahli keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan.",
"Mengapa Islam membenarkan perbuatan berhutang? Hikmahnya ialah Islam amat menggalakkan umatnya untuk bersikap tolong-menolong untuk tujuan kebaikan. Malahan, dengan bantuan yang diberikan, hubungan sesama umat Islam akan lebih kukuh.",
"Selain itu, hikmah pensyariatan amalan memberi hutang dapat mengajak mereka yang berkemampuan menghulurkan bantuan kepada orang yang susah. Justeru, amalan memberi hutang digalakkan dalam Islam dengan tujuan kebaikan.",
"Apabila penerima hutang tak membayar wang yang dipinjamnya, perbuatan mereka amat berdosa di sisi agama. Ini kerana membayar hutang adalah wajib. Amalan yang awalnya bertujuan memberi pertolongan berakhir dengan persengketaan yang boleh memutuskan hubungan siraturrahim.",
"Bukan saja ia membawa keretakan dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan, tetapi juga memusnahkan kepercayaan yang diberi. Jika pemberi hutang pula yang mengalami masalah kewangan, sudah tentu mereka mengharapkan duitnya dipulangkan semula.",
"Oleh itu, janganlah kita mengambil mudah isu ni sehingga mengabaikan amanah yang diberikan. Dalam Hadis Riwayat Muslim (1886), “Diampunkam semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).”",
"Begitu besar tanggungjawab orang yang berhutang untuk membayar hutangnya dalam Islam. Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah untuk membayar hutang tak kiralah pada adik-beradik atau kawan-kawan, bank dan pinjaman pendidikan, boleh amalkan tips-tips ini.",
"Kita sedia maklum untuk membayar hutang bukanlah mudah. Lebih-lebih jika kita tiada sumber kewangan yang banyak. Namun, jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan keluar.",
"Apa yang anda perlu lakukan ialah berusaha untuk membayar hutang dengan 8 tips cara selesaikan hutang di bawah. Pastikan anda bersungguh-sungguh dan jangan separuh jalan pula.",
"Ini merupakan langkah pertama yang perlu dibuat iaitu menulis semua punca pendapatan. Anda boleh menulis semua maklumat tentang hutang anda di dalam sebuah buku. Ia berguna sebagai rujukan pada masa akan datang.",
"Pendapatan yang perlu disenaraikan termasuklah gaji bersih, elaun, bonus, pendapatan sampingan dan sebagainya. Cara ini memberi pandangan yang jelas kepada anda tentang jumlah pendapatan yang anda terima setiap bulan.",
"Langkah seterusnya ialah menyenaraikan semua komitmen bulanan. Komitmen bulanan ini bermaksud apa sahaja bayaran yang perlu dijelaskan secara bulanan. Antaranya ialah:",
"d. Ansuran rumah atau sewa rumah",
"h. Bayaran pakej perkhidmatan televisyen berbayar",
"j. Perbelanjaan pendidikan anak-anak (bas, buku, duit makan dan sebagainya)",
"Setelah membuat senarai semua pendapatan dan komitmen bulan yang anda tanggung, kira baki pendapatan yang tinggal. Misalnya selepas membayar kesemuanya, baki wang anda tinggal RM500.",
"Pastikan sekurang-kurangnya separuh (RM250) atau suku (RM125) daripada jumlah itu dibuat tabungan. Cara yang paling baik ialah simpan di dalam bank. Wang inilah yang akan digunakan untuk membayar semula hutang anda itu.",
"Jika baki selepas ditolak pelbagai perbelanjaan masih tidak mencukupi atau baki menjadi negatif, anda perlu melakukan sesuatu. Caranya ialah membuat pekerjaan sampingan.",
"Jika sudah berumah tangga, anda bersama-sama pasangan boleh membuat bisnes online dari rumah. Jika mempunyai kepakaran dalam membuat kek, biskut atau masakan, anda boleh menggunakan kelebihan itu. Selain itu, anda juga boleh menjual tudung, pakaian, minyak wangi dan sebagainya.",
"Jika mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi, kenapa tidak mencuba untuk menjadi tutor secara part time? Malah banyak lagi pekerjaan yang boleh anda lakukan dari rumah sahaja. Sudah tentu, anda dapat meningkatkan pendapatan keluarga.",
"Sehingga anda melunaskan semua hutang, pastikan anda berbelanja secara berhemah. Potong perbelanjaan yang tak perlu seperti bercuti di luar negara, tukar kereta baru, membuat ubah suai rumah dan sebagainya.",
"Fokus untuk menyimpan duit. Anda perlu menganggap dalam pendapatan anda, ada wang milik orang lain yang bukan hak anda. Anda perlu pulangkan semula wang tersebut sebagai amanah yang dipikul.",
"Langkah seterusnya ialah senaraikan kesemua hutang bermula yang paling sedikit hingga yang paling banyak. Anda boleh membayar hutang yang paling sedikit dahulu. Kemudian, barulah fokus untuk bayar hutang-hutang yang lain.",
"Setelah memperoleh pendapatan yang selesa, anda boleh membuat bayaran hutang secara ansuran jika tak mampu bayar penuh. Yang paling penting ialah usaha anda untuk keluar daripada beban hutang.",
"Tindakan lari dari hutang adalah tidak wajar sama sekali. Malahan, orang yang memberi hutang boleh saja menuntut wang mereka bila-bila masa. Namun, sebaliknya pula berlaku, orang yang memberi hutang pula terpaksa memujuk untuk mendapatkan wang mereka kembali.",
"Jika tak mampu dan masih berusaha untuk mengumpul wang, maklumkan pada pihak terbabit. Ini dapat mengelakkan permusuhan dan salah faham. Malahan tindakan berdiam diri dan tidak memberi respons, boleh menyebabkan anda diheret ke muka pengadilan.",
"Jika anda membuat pinjaman pendidikan, namun masih belum dapat pekerjaan yang sesuai atau gaji yang rendah, maklumkan kepada institusi terbabit. Tulis surat formal dan nyatakan masalah yang anda hadapi. Pihak terbabit akan memberi nasihat dan pandangan cara anda boleh membayarnya kelak.",
"Sentiasa berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Jika tak mampu pulangkan wang yang dipinjam, cari jalan untuk menyelesaikannya. Walaupun Islam tak melarang amalan memberi dan menerima hutang, jangan jadikan ia sebagai tabiat dalam diri.",
"Jika anda mampu memulangkan semula wang tersebut, tak jadi masalah. Namun, yang memeningkan kepala bila anda berhutang keliling pinggang tapi tiada usaha untuk membayarnya semula.",
"Jika sudah keluar dari bebanan hutang, tekad dalam hati untuk berusaha sendiri tanpa meminta-minta. Paling penting berdoa dan tawakal kepada Allah.",
"Diharapkan kesemua 8 tips yang diberikan ini memberi panduan berguna untuk anda yang dibebani hutang. Paling penting berdisiplin dan berusaha untuk selesaikan hutang-hutang tersebut. Semoga bermanfaat.",
"Jemput juga baca artikel tentang tips isteri boros dan punca kemurungan"
] |
https://bidadari.my/resepi-crab-rangoon/
|
Resepi
Viral! Resepi Crab Rangoon Mendapat 12K Perkongsian di Facebook
Oleh Rahayu Z
|
[
"Baru-baru ini dunia kudapan dikejutkan dengan menu baharu yang amat tular di mana-mana. Makanan ini berasaskan ketam dihancurkan dan dibungkus dengan kulit popia. Nampak sederhana namun ianya amat sedap dan lazat.",
"Crab Rangoon nama diberi di negara omputih sana, dekat sini pula biasa dipanggil dumpling. Ada dua cara biasa dilakukan untuk masak crab Rangoon ini sama ada dibakar mahupun digoreng. Makanan ini memang simpel sebab menggunakan kulit popiah sahaja untuk bungkusnya. Namun, kelazatan sesungguhnya kudapan ini bergantung kepada resepi inti ketam yang ada di dalamnya.",
"Memandangkan ramai yang tercari-cari resepi crab rangoon sedap. Maka kami ingin berkongsi resepi crab Rangoon yang terpaling sedap yang mendapat perkongsian seramai 12K di laman Facebook. Gerenti tidak akan menyesal jika ikut cara Fienaz Shafie ini. Justeru anda akan dapat crab Rangoon yang rangup sedap menjilat jari. Sila cubakan.",
"Selain resepi Crab Rangoon, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/kenali-diri-sendiri/
|
Rohani
5 Tips Kenali Diri Sendiri Anda Wajib Amalkan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Sejauh mana anda kenali diri sendiri? Adakah anda tahu kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri? Adakah anda yakin bahawa anda benar-benar mengetahui potensi yang ada dalam diri? Kebanyakan daripada kita mendakwa sangat mengenali diri sendiri namun hakikatnya masih ramai yang tidak mengenali diri sendiri.",
"Tidak mengenali diri sendiri adalah punca kenapa ramai yang mengalami masalah kurang yakin dan tidak berusaha sebaiknya kerana merasakan diri tidak mampu atau tak layak untuk melakukannya.",
"Jemput baca artikel tips kenali diri sendiri yang boleh anda amalkan untuk membantu anda lebih mengenali siapakah anda yang sebenarnya dan dalam masa yang sama akan membantu membuka kunci potensi diri yang telah lama terkurung di dalam. Malah ia juga akan membantu anda untuk lebih memahami kelemahan serta kelebihan yang ada dalam diri. Semoga bermanfaat.",
"Sebagai orang islam yang melafazkan syahadah dan berpegang bahawa Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah, perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengenali diri sendiri adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Pastinya anda tertanya-tanya bagaimana mendekatkan diri kepada Allah membantu kita untuk mengenali diri dengan lebih baik?",
"Cuba perhatikan, berapa ramai yang berasa tidak tenang dan tercari-cari erti sebenar kehidupan? Salah satu daripada puncanya ialah kerana kita lupa kepada Allah dan tidak beribadat kepadanya. Ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan sebagainya adalah makanan jiwa yang akan membuatkan kita berasa lebih tenang.",
"Semakin banyak kita beribadat, semakin dekat diri kita dengan Allah. Secara automatik kita akan berasa lebih tenang dan akan lebih melihat dengan jelas apakah hala tuju hidup kita. Malah seseorang yang dekat dirinya dengan tuhan akan berasa seolah-olah diberikan hidayah dalam membuat keputusan dalam aktiviti harian. Kita akan lebih mengenali diri sendiri apabila mendekatkan diri kepada Allah.",
"Terima segala kekurangan yang ada dalam diri",
"Sebagai manusia, kita tidak sempurna. Pastnya ada banyak kekurangan dalam diri kita. Salah satu cara untuk mengenali diri sendiri ialah dengan cara menerima segala kekurangan yang ada dalam diri dengan seadanya dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengatasi kekurangan tersebut. Bagaimana cara untuk melakukannya? Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah senaraikan segala kekurangan diri yang anda rasakan.",
"Setelah disenaraikan, baca semula dengan tenang dan pilih kekurangan yang boleh diatasi. Usaha untuk mengatasi masalah tersebut dan menjadi manusia yang lebih baik. Sebagai contoh, katakana salah satu daripada kekurangan yang anda senaraikan ialah suka menipu. Jika anda sudah mengaku kelemahan yang ini, langkah seterusnya ialah dengan berusaha untuk tidak menipu lagi. Cuba untuk menjadi seorang yang jujur apabila berkata-kata. Ianya tak mudah namun tak mustahil.",
"Senaraikan kelebihan yang ada dalam diri",
"Tips kenali diri yang seterusnya ialah dengan cara menyenaraikan semua kelebihan yang ada dalam diri. Tak perlu bimbang kalau anda menjadi seorang yang perasan diri sendiri bagus. Senaraikan setiap kebaikan dalam diri yang anda boleh fikirkan. Lagi panjang senarainya lagi bagus. Apabila anda sudah habis menulis tentang kebaikan diri, baca semula. Anda boleh tampal kertas tadi di tempat yang anda selalu lihat. Melihat senarai kebaikan diri adalah salah satu cara yang terbaik untuk anda mengenali diri.",
"Ia membantu anda untuk lebih mengenali diri dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan keyakinan diri. Selepa sini pastinya anda tidak akan mudah rasa tidak yakin diri atau memandangan rendah kepada diri sendiri lagi.",
"Tidak dinafikan bahawa dalam hidup kita, ada manusia bertoksik yang sentiasa membuatkan kita berasa rendah diri dan menyebabkan potensi dalam diri kita tidak dapat diasah. Siapakah manusia bertoksik yang kami maksudkan? Meraka adalah manusia yang memberikan pengaruh buruk kepada diri anda, seperti rakan-rakan yang mengajak anda melakukan perkara negatif. Mereka membuatkan anda menjadi manusia yang semakin negatif dan bukannya menjadi seorang yang lebih baik.",
"Manusia bertoksik juga adalah manusia yang selalu membuatkan anda berasa rendah diri, tidak yakin pada diri sendiri, malah malu dengan diri sendiri melalui kata-kata dan layanan mereka kepada anda. Kalau ada manusia sebegini dalam hidup anda, sila jauhkan diri daripada mereka. Ini kerana mereka memberikan kesan yang sangat negative kepada diri anda dan akan menyebabkan anda tidak kenal diri sendiri.",
"Jangan terlalu fokus kepada kekurangan diri sehingga terlupa kelebihan yang ada",
"Tips kenali diri yang terakhir ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dengan cara jangan terlalu fokus kepada kekurangan diri sehingga terlupa kepada kelebihan yang ada. Ketahuilah bahawa walau pun mempunyai banyak kekurangan, anda juga mempunyai terlalu banyak kelebihan dan kebaikan dalam diri. Anda adalah seorang yang istimewa dan hebat. Jangan pernah lupa!",
"Jika anda terlalu fokuskan keburukan yang anda, akan menjadi seorang yang rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri. Anda tidak akan berani mencuba dan akhirnya akan sentiasa berada di tahap yang sama dalam hidup tanpa sebarang perkembangan. Sedangkan yang sebenarnya ada potensi yang besar dalam diri anda. Sayang sungguh jika potensi yang ada dalam diri anda dibazirkan semata-mata kerana anda terlalu memikirkan tentang kekurangan diri.",
"Itulah dia perkongsian tentang tips kenali diri sendiri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang kata-kata semangat dan ayat motivasi untuk wanita"
] |
https://bidadari.my/jenis-pisang/
|
Petua Tips
Kenali Jenis-Jenis Pisang di Malaysia Dan Gambarnya
Oleh zulrina
|
[
"Pisang adalah buah yang membekalkan tenaga banyak dan amat digemari ramai. Sebagai tanaman botani yang sama seperti beri (berry), ia tergolong dalam beberapa jenis tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. ",
"Di sesetengah negara, pisang yang digunakan dalam masakan dipanggil “plantains” dimana ia membezakan antara pisang dan pencuci mulut. ",
"Buahnya bervariasi dalam pelbagai saiz, warna dan rupa. Biasanya buah pisang ini mempunyai bentuk memanjang dan melengkung, dengan isi lembut yang kaya dengan kanji yang ditutupi dengan kulit. ",
"Warna jenis pisang mungkin berubah kepada hijau, kuning, merah, ungu atau coklat ketika matang. Pisang tumbuh di dalam tandan yang tergantung dari puncak pokoknya.",
"Selain itu, terdapat juga pisang yang tidak boleh dimakan iaitu berasal dari dua spesies liar, Musa acuminata dan Musa balbisiana.",
"Sebut sahaja mengenai pisang, pasti ada antara anda yang belum mengenali jenis pisang ini kan? Baiklah, mari kami kongsikan jenis pisang yang terdapat di Malaysia dan gambar-gambarnya. ",
"Ada yang menyangkakan pisang rastali ini dan pisang emas adalah jenis pisang yang sama. Namun sebenarnya ia merupakan dua jenis pisang yang berbeza. Pisang emas isinya berwarna kuning-kuningan manakala pisang rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga mempunyai kelainan.",
"Di pantai Timur, jenis pisang ini lebih popular dengan nama pisang kelat keling. Sebahagian tempat pula menyebutnya dengan nama pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan bahawa pisang ini terdapat 3 jenis. Pisang tersebut adalah pisang kelat keling, pisang kelat air dan pisang kelat lega. ",
"Perbezaannya dengan pisang kelat lega adalah pisang kelat lega biasanya dibuat goreng pisang atau disira manakala pisang rastali tidak sesuai untuk digoreng.",
"Ada juga yang mengelar pisang ini dengan nama pisang Perak, pisang kelat siam dan pisang kelat lega. Pisang ini sangat enak dibuat cekodok, pengat pisang dan sebagainya. Pisang ini juga amat sedap jika direbus dan dibuat lempeng pisang, tak sabar nak mula buat kan.",
"Pisang raja boleh dimakan segar dan ianya lebih sedap jika digoreng. Jenis pisang ini tidak banyak di pasaran tempatan. Ianya juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih ataupun kek. Ia kelihatan agak besar berbanding dengan pisang yang lain.",
"Pisang tanduk biasanya hanya mempunyai satu atau dua sisir buah sahaja. Jenis pisang ini memerlukan masa lebih kurang lapan bulan untuk berbunga manakala buahnya memerlukan tiga bulan untuk masak. Pisang tanduk sesuai disajikan sebagai pisang goreng dan dijadikan kerepek. Ianya juga boleh direbus dan amat sedap dimakan dengan kelapa parut.",
"Struktur isi jenis pisang ini sangat halus dan rasanya amat manis dan sedikit masam. Ia boleh dimakan sebagai pembersih mulut. Selain itu, ianya boleh dibuat cekodok pisang, lempeng atau kek pisang sama seperti pisang kapas. ",
"Buahnya yang belum masak boleh dibuat kerepek tetapi tidak sesuai dijadikan pisang goreng. Ada pelbagai cerita tentang asal usul warnanya dan ada juga yang mengatakan jenis pisang ini tidak boleh dimakan oleh mereka yang berketurunan Melayu Rawa. Pisang ini sangat jarang ditemui.",
"Apabila buah ini masih muda, buah ini akan berwarna unggu atau kemerahan-merahan seolah-olah udang yang sedang dibakar. Pisang ini juga sering dikaitkan dengan kisah tahyul dalam zaman masyarakat Melayu dahulu kala. Pisang ini mempunyai khasiat dan keistimewaan tersendiri iaitu penambahan tenaga kepada manusia. ",
"Jika anda sering melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga, pastikan anda mengamalkan dua buah pisang sebagai penambahan tenaga pada waktu pagi.",
"Jenis pisang ini sememang enak, manis dan rasanya berlemak. Pisang ini jarang dilihat dan dimakan, amat sukar untuk ditemui. Pisang susu mempunyai saiz yang sederhana yang sama seperti pisang emas atau pisang berangan. ",
"Ketinggian pokoknya amat rendah dan biasanya boleh dicapai dengan tangan. Warna buahnya apabila matang adalah berwarna kuning terang. Ianya mudah dikupas dan tidak sesuai digoreng tetapi amat sesuai dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.",
"Jenis pisang ini kulitnya amat tebal tetapi mudah dikupas. Pisang berangan biasanya disajikan di majlis-majlis keramaian dan jamuan. Ia juga sesuai dijadikan bahan untuk membuat roti canai berperisa pisang. ",
"Pisang berangan juga enak dijadikan pisang goreng kerana teksturnya tidak lembik. Buah pisang berangan mengandungi pelbagai nutrien. Secara umumnya, ia dapat memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada kita semua.",
"8. Pisang Nipah / Pisang Abu",
"Seringkali kita melihat pisang bewarna hijau, salah satunya adalah pisang nipah. Pisang nipah merupakan salah satu jenis pisang yang popular untuk digoreng dan dibuat kerepek pisang. Jantung ini sesuai untuk dijadikan sayuran atau ulam-ulaman. Ini kerana rasanya tidak pahit atau kelat.",
"Pisang emas biasanya ditanam untuk mendapatkan buah yang sangat sedap. Nama saintifiknya ialah Musa acuminata Colla atau dikenali sebagai ‘Lady’s Finger’. Ia sangat terkenal dalam masyarakat Malaysia malah ada pantun yang dicipta juga menyebut pisang emas dibawa belayar.",
"Pisang Embun merupakan jenis pisang yang besar dan sedap yang turut digemari ramai serta boleh dimakan secara mentah. Untuk pengetahuan anda, biarpun sedap namun pisang ini tidak tahan lama dan perlu dimakan dengan cepat sebelum isinya menjadi lembik dan tidak sedap.",
"Rupa bentuk pisang ini mungkin pernah dilihat oleh sesiapa sahaja. Namanya mungkin kedengaran sedikit unik dan janggal. Kulit pisang yang berwarna hijau dan kuning pucat ini akan mudah ditanggalkan setiap kali dikupas apabila sudah masak. Rasa manis dan segar membuatkan pisang toman ini sesuai dijadikan bahan kuih atau kek.",
"Pasti anda tak percaya melihat pelbagai jenis pisang yang wujud bukan? Itulah dia 11 jenis pisang yang terkenal di Malaysia. Jom baca juga Resepi Pisang Kastard Sos, Resepi Muffin Pisang, Resepi Pisang Goreng Cheese dan Resepi Pancake Pisang."
] |
https://bidadari.my/resepi-kuih-lapis/
|
Keluarga, Resepi
Resepi Kuih Lapis Lembut (Sedap dan Mudah Buat)
Oleh Nabilah Ruza
|
[
"Anda pernah makan kuih lapis yang istimewa? Yang biasa biasa mungkin banyak tapi untuk jumpa yang sedap mesti susah bukan. Ayuh cuba resepi kuih lapis ini!",
"Bukan mudah untuk mendapatkan kuih lapis yang sedap. Selalunya pasti akan ada masalah dari segi tekstur kuih lapis itu sama ada terlalu keras atau pun terlalu lembik.",
"Jika susah untuk di jumpa di kedai, apa kata anda buat sendiri kuih lapis dengan menggunakan resepi ini.",
"Memang terbukti kesedapan resepinya hinggakan mendapat 6.1 ribu share di media sosial. Apa anda tunggu lagi. Ayuh ke dapur segera untuk mencuba resepi ini!",
"Resepi ini dikongsikan oleh Suharni Yusof dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.",
"Kuih lapis. Pertama kali cuba. Alhamdulillah.",
"Ini resepi yang saya guna. Sedap. Campuran santan dan susu cair. Kalau guna santan original sahaja pun sedap jugak, lemak manis amboi. Sesiapa yang ingin mencuba boleh guna resepi ni.",
"Selain resepi kuih lapis, kami juga mempunyai beberapa resepi kuih yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.",
"Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
] |
https://bidadari.my/resepi-bingsu-mangga-korea/
|
Resepi
Resepi Bingsu Mangga Korea Mudah Segar Lazat
Oleh Rahayu Z
|
[
"Jika selama ini telah sibuk dengan resepi ayam pedas Korea, kali ini apa kata pula kami akan sibukkan anda dengan resepi bingsu Korea pula.",
"Makan ayam goreng Korea dengan bingsu mangga ala Korea jadi makin sedap tiada imbangan.",
"Jika dilihat tampilan bingsu mangga yang pekat, berais, creamy, lengkap dengan potongan mangga yang manis dan segar, seakan sukar untuk dibuat bukan?",
"Namun sebenarnya, resepi bingsu mangga Korea ini senang dibuat.",
"Kalau beli di kafe Korea, harga bleh jadi lebih kurang sekitar RM20-RM40. Buat sendiri di rumah lagi puas dan jimat. Jom cubakan resepi bingsu mangga ala Korea dikongsikan oleh Nor Diyana Zakariya di laman Facebook.",
"Selain resepi bingsu mangga Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-rendang-ayam/
|
Keluarga
Resepi Rendang Ayam (Gerenti Menjadi!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Jom cuba resepi rendang ayam ini.",
"Kalau dengar tentang rendang ayam sudah tentunya akan mengingatkan kita tentang hari raya. Walaubagaimanapun, ianya juga boleh dimakan pada bila bila masa.",
"Warnanya yang keemasan berserta ayam yang empuk dimasak amat enak dimakan bersama nasi putih. Selain daripada nasi putih, ianya juga boleh digabungkan bersama dengan nasi lemak, nasi minyak atau boleh sahaja dicicah bersama roti. Sedapnya!",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Miya Aira dan post beliau telah mendapat sebanyak 2.8 ribu perkongsian.",
"Bahan bahan A (untuk seekor ayam):",
"Nota : Sekiranya hendak buat untuk dua atau tiga ekor ayam, lebihkan kuantiti bahan ya. Kuantiti saya buat khas untuk seekor ayam.",
"14.1 .Masak kuah sahaja. Masukkan asam keping\n14.2. Masukkan satu sudu besar kerisik\n14.3. Sentiasa kacau rendang tersebut. Amaran keras! Proses ini mengambil masa yang sangat lama.\n14.4. Rendang mulai pecah minyak.\nNota : Step ini memang mengambil masa dalam satu jam atau satu jam lebih bagi mendapatkan pecah minyak. Ingat jangan dibiarkan dan sentiasa kacau rendang itu. Gunakan api kecil untuk memasak.",
"Resepi – Resepi Lain Yang Menarik:",
"Selain daripada resepi rendang ayam ini, terdapat banyak lagi resepi yang menarik dan mudah untuk anda mencuba. Selamat mencuba!"
] |
https://bidadari.my/purdah/
|
Petua Tips
Hukum Pakai Purdah Mengikut Mazhab Syafi’ie (8 Tips Mula Memakai Purdah)
Oleh zulrina
|
[
"Di dalam Bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Arab-Melayu Dewan, purdah itu bermaksud kain penutup muka perempuan. Orang Indonesia pula menggelarkannya sebagai cadar, asalkan ia bertutup.",
"Secara lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka sesorang perempuan melainkan matanya sahaja.",
"Hukum memakai Purdah mengikut Mazhab Syafi’ie",
"Mengikut mazhab imam Syafi’ie, “aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan”.",
"Maksudnya disini, Sebilangan ulama berpendapat bahawa muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Ya, memang benar memakai purdah itu tidak digalakkan tetapi memakai purdah dapat mengelakkan diri dari difitnah. ",
"Jadi tidak salah untuk anda cuba memakai purdah. Jom lihat beberapa tips mula memakai purdah.",
"1. Berkawan Dengan Rakan-Rakan Berniqab/ Berpurdah",
"Kawan adalah pengaruh paling besar dalam dunia ini. Apabila kita sudah berkawan dengan orang yang memakai purdah, sudah tentunya kita mula merasa minat untuk memakainya. Sebagai manusia, pastinya ada rasa sifat ingin mencuba dalam diri. ",
"Berkawan dengan yang mereka yang memakai purdah mungkin memudahkan seseorang untuk berubah. Kita dapat melakukan aktiviti bersama dengan mereka. Aktiviti bersama mereka selalunya berfaedah seperti membaca al-quran, mendengar ceramah dan pergi kuliah.",
"Walaupun ini adalah pertama kali memakai purdah, pasti akan ada yang tidak menyukai kita. Pasti mereka mencaci, mengejek, mengutuk dan sebagainya. Itu adalah perkara biasa bagi orang yang hendak berubah ke jalan Allah. Jangan risau, kawan yang baik pasti akan menyokong kita dari belakang untuk kita teruskan berhijrah.",
"Berdasarkan pengalaman, kita dapat belajar tentang sesuatu perkara. Bak kata orang dulu-dulu, ilmu itu berada dimana-mana sahaja. Oleh itu, carilah ilmu dengan mendengar pengalaman orang lain. ",
"Anda boleh mendengar pengalaman dari mereka yang telah memakai purdah. Ini juga merupakan permulaan untuk anda mula memakainya. Bacalah kisah-kisah pengalaman si pemakai purdah yang lain.",
"3. Belajar Cara Berpurdah Dan Cara Makan Di Youtube",
"Memang penting untuk anda melihat cara berpudah di Youtube. Apatah lagi jika tiada siapa yang mengajar anda. Semua maklumat berkaitan purdah harus anda cari sendiri. Cara menggayakan purdah dan cara makan dengan memakai purdah boleh dipelajari melalui video.",
"Medium terbaik untuk anda gunakan adalah youtube. Belajar memakai purdah dan makan dengan memakai purdah di Youtube sedikit sebanyak membantu anda untuk lebih mahir dan cekap dengan mengenakan purdah.",
"4. Hadiri Kelas Agama Untuk Kuatkan Diri ",
"Dengan menghadiri kelas agama, anda dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan purdah dan istiqamah. Pelbagai faedah yang diperolehi dengan menghadiri kelas agama.",
"Antaranya adalah anda akan lebih istiqamah, kuatkan pendirian dan lebih selesa mengenakan purdah kerana ramai rakan-rakan yang menyokong dan serupa seperti anda.",
"Selain itu, kita dapat mengenali agama dengan lengkap dan berdakwah di jalan Allah. Sambil itu, anda dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. ",
"Adakah kita memakai purdah hanya untuk mengikut trend atau fesyen semata-mata? Sekiranya anda berniat begitu maka berubah lah. Niat untuk memakai purdah ini adalah untuk memelihara diri dari perkara yang mendatangkan maksiat dan untuk menjaga keselamatan diri bukan sekadar mengikut trend semata-mata.",
"Bagi pemula pemakai purdah, buatlah hal yang wajib dahulu. Sekurang-kurangnya purdah adalah sehelai kain menutupi wajah bagi menjaga kemaslahatan agama anda. Ia adalah untuk menjaga luaran sekaligus dalaman anda.",
"Purdah atau niqab ini adalah pakaian sunnah para isteri Rasulullah SAW. Jadi, kita wajib untuk memeliharanya. Jangan jadikan pakaian sunnah ini sebagai fitnah. ",
"Sebagai contoh, masih ada sebahagian muslimah ini yang memakai niqab untuk tutup muka tetapi lengannya masih nampak, bentuk dada nampak, pakaian ketat, jarang, akhlak tak dijaga. Ia sudah mendatangkan fitnah buat para niqabi yang lain kerana nila setitik rosak susu sebelanga.",
"Menjalankan aktiviti lasak tidak menghalang kita daripada memakai purdah. Biasakan persekitaran anda dengan sentiasa memakai purdah. Sesetengah tempat belajar seperti di universiti ada yang mengizinkan untuk berpurdah manakala sesetengah lagi tidak mengizinkannya atas sebab tertentu. ",
"Ia tidak menjadi masalah,anda boleh sahaja memakai purdah di luar sana. Mungkin anda boleh sesuaikan diri dengan persekitaran luar selain dari universiti atau kolej. Sebaiknya, pakailah dimana sahaja anda pergi dan ketika keluar.",
"Bagi pemula pemakai purdah, anda harus berfikiran positif untuk memulakan hidup baru. Adakalanya kehidupan kita tidak sama seperti dulu lagi. Mungkin ada rakan yang tidak menyenangi kita dan kita tidak boleh bersosial seperti dulu lagi.",
"Namun begitu, anda harus berfikiran positif kerana anda melalukan benda yang baik. Fikiran positif juga akan membuat seseorang menerima keadaan dirinya dengan besar hati. Apa yang ada pada dirinya adalah sumber motivasi luar biasa yang dapat menampung diri dan hatinya untuk tetap bertahan dalam keadaan apa pun.",
"Jadikanlah niat memakai purdah ini sebagai sebuah titik permulaan hijrah untuk diri anda. Semoga semuanya dipermudahkan! Semoga artikel kali ini bermanfaat dan menjadi panduan buat anda.",
"Jemput baca juga Aurat Perempuan, Kisah Nabi Yusuf yang lengkap dan Pengasas Sendayu Tinggi."
] |
https://bidadari.my/resepi-nasi-goreng-telur/
|
Resepi
Resepi Nasi Goreng Telur Masin (Sedapnya Untuk Sarapan)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Pagi ini sarapan dengan nasi goreng telur masin mesti sedap. Resepi daripada chef Eka ZahraFiza di laman Facebook memang terbaik.",
"Resepinya mudah dan pantas. Menyediakannya juga mudah. Sangat sesuai untuk ibu yang ingin masak pantas dan cepat untuk sarapan.",
"Jika ada nasi yang tidak habis dan sejuk, daripada nasi jadi basi dan terbuang, baik buat nasi goreng telur masin saja.",
"Di bawah ini kami sediakan resepi mudahnya. Selamat mencuba.",
"Selain resepi nasi goreng telur masin, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/bayi-kerap-menangis/
|
Keluarga
7 Sebab Bayi Kerap Menangis Yang Ibu Bapa Selalu Tak Perasan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Tangisan bayi adalah di antara perkara yang paling merisaukan dan menyusahkan hati ibu bapa. Sebaik sahaja bayi anda menangis, pastinya anda akan memujuk bayi anda sambil memeriksa apakah punca bayi anda menangis. Jika bayi anda terlalu kerap menangis, pastinya anda tertanya-tanya jika ada yang tidak kena dengan bayi anda.",
"Tangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan anda memandangkan mereka masih belum boleh bercakap. Istimewa untuk ibu bapa prihatin seperti anda, kali ini kami ingin kongsikan sebab bayi kerap menangis sebagai panduan anda.",
"Tahukah anda bahawa bayi adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat dahagakan kasih sayang. Bayi dilahirkan dengan naluri untuk disayangi dan ingin dibelai selalu. Oleh itu, mungkin anda perasan bahawa jika anda terlalu sibuk dengan urusan lain dan kurang memberikan perhatian kepada bayi anda, bayi anda akan mula menangis untuk menarik perhatian anda.",
"Malah, jika anda meninggalkan bayi anda untuk tempoh yang lama, katakan untuk pergi bekerja, setelah anda pulang ke rumah dah berjumpa semula bayi anda, bayi anda akan asyik menangis ingin dipeluk dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh anda.",
"Punca bayi kerap menangis yang seterusnya ialah disebabkan oleh kebosanan. Walau pun dia hanya seorang bayi, ketahuilah bahawa bayi juga pandai untuk berasa bosan. ",
"Pada zaman moden ini ramai ibu bapa yang memberikan gadget kepada bayi dengan harapan agar bayi anda duduk diam dan anda boleh menyelesaikan urusan lain. Namun jika diperhatikan, lama-kelamaan bayi anda akan mula bosan dan menagis inginkan perhatian dari anda.",
"Begitu juga jika anda tinggal kan bayi anda untuk bermain dengan mainan kegemarannya untuk tempoh yang lama. Akhirnya dia akan berasa bosan lalu menangis inginkan perhatian dari anda.",
"Selain kebosanan, kepenatan juga adalah punca bayi anda kerap menangis. Sekiranya anda membawa bayi anda membeli-belah dalam masa yang terlalu lama, akhirnya bayi anda akan mula meragam dan menangis untuk memberitahu anda bahawa dia sudah kepenatan diletakkan di dalam stroller atau digendong. ",
"Begitu juga jika anda membawa bayi anda dalam perjalanan yang lama. Bayi anda akan mula menangis akibat kepenatan diletakkan di dalam carseat atau dipangku untuk masa yang lama. Bayi anda ingin berbaring di atas tilam yang rata atau dipeluk untuk meluruskan pinggangnya.",
"Persekitaran juga boleh menyebabkan bayi anda kerap menangis. Suasana yang terlalu bising, suasana yang terlalu gelap atau terang, malah cuaca yang terlalu sejuk atau panas juga akan menyebabkan bayi anda menangis. Bayi anda memerlukan suasana yang selesa agar dia berasa selamat. Oleh itu, sentiasa pastikan bayi anda berasa selesa agar dia tidak meragam dan mengganggu urusan anda.",
"Tempat baru akan menyebabkan bayi anda bersa tidak selesa lalu menangis untuk menceritakan ketidak selesaan yang dialami. Sebagai contoh, jika anda menghantar bayi ke taska atau pengasuh baru, bayi anda akan menangis dengan kerap untuk beberapa hari yang pertama memandangkan dia masih belum biasa dengan tempat baru.",
"Malah, jika anda membawa bayi anda pulang ke kampung atau bercuti, bayi anda mungkin akan menangis untuk beberapa jam yang pertama memandangkan dia belum biasa dengan tempat baru tersebut. Namun, jika bayi anda berterusan menangis dan tidak berjaya dipujuk, mungkin ada sebab lain yang menjadi punca bayi anda kerap menangis.",
"Kerap menangis adalah cara untuk bayi memberitahu anda bahawa dia berada dalam kesakitan. Jika bayi anda tiba-tiba menangis dengan kerap dengan suara yang keras tanpa henti, ia mungkin petanda bahawa ada yang tidak kena dengan bayi anda. Periksa seluruh tubuh badannya untuk mengesan jika anda yang tidak kena.",
"Di antara masalah kesihatan dan kesihatan yang biasa dialami oleh bayi ialah:",
"Bayi yang mengalami masalah kembung atau kolik akan kerap menangis tak kira siang atau malam, namun tangisannya akan semakin teruk menjelang malam sehingga ke awal pagi. Bayi yang kekembungan akan menangis dengan kerap kerana perutnya sentiasa berasa sakit, pedih, dan tidak selesa.",
"Jika bayi anda kerap menangis disebabkan oleh masalah kembung, ini adalah apa yang boleh anda lakukan:",
"Itulah dia info tentang sebab bayi kerap menangis yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang muntah susu , urutan bayi dan ujian personaliti anak"
] |
https://bidadari.my/hamil-minggu-5/
|
Hamil
Trimester Pertama: Tips Kehamilan Minggu 5
Oleh Editor Bidadari.My
|
[
"“Hmmm, tidak datang bulan”, fikir anda. “Adakah saya hamil?”",
"Sekarang mungkin masa terbaik untuk melakukan ujian kehamilan di rumah jika anda terlewat haid anda dan pada masa yang sama, anda aktif melakukan hubungan seks.",
"Ujian kehamilan memeriksa jumlah hormon yang dipanggil sebagai Human Chorionic Gonadotropin (HCG). Kit yang berbeza menunjukkan hasil dengan cara yang berbeza. Jadi, baca dan ikutlah arahan dengan berhati-hati.",
"Untuk kebanyakan wanita, hamil adalah sesuatu untuk diraikan. Untuk sesetengah wanita, ia boleh membawa kepada kejutan. Walaupun anda sudah merancang untuk mendapat bayi, berita anda hamil boleh membawa pelbagai emosi atau ketidaktentuan tentang apa yang akan berlaku pada masa depan.",
"Pengalaman kehamilan anda boleh dipengaruhi oleh perkata-perkara lain yang berlaku di dalam hidup anda seperti:",
"Minggu ini anda mungkin akan mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan, termasuklah:",
"Setiap wanita berbeza dalam hal mabuk hamil. Sesetengah wanita tidak mengalaminya langsung, dan sesetengahnya pula mengalaminya sepanjang hari. Sedikit sahaja (kira-kira 1%) yang mengalami mabuk hamil yang amat teruk sehingga tidak boleh menyimpan makanan dan apa jua cecair. Ini dipanggil hyperemesis gravidarum.",
"Jika anda mengalami simptom-simptom yang amat teruk, jumpalah GP anda.",
"Bayi Anda Semasa Anda Hamil 5 Minggu",
"Mulai dari hari ini, bayi anda dipanggil sebagai embrio. Di dalam kantung amnion ini, dari kepala kepada ekornya, ia sepanjang 2.5mm pada hujung minggu ini. Otaknya, jantung dan tulang belakangnya sudah mulai terbentuk."
] |
https://bidadari.my/jenis-rezeki/
|
Rohani
8 Jenis Rezeki (Bentuk Rezeki Dari Allah Kita Tidak Sedar)
Oleh Nik Fatin Fuadi
|
[
"Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan ianya adalah berbeza-beza mengikut setiap manusia. Janganlah, kita merungut atau angkuh apabila dikurniakan rezeki. Sebagai manusia, kita hendaklah yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amat luas. Kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa. ",
"Mari kita lihat serba sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis rezeki daripada Puan Nora Zyan agar minda kita akan lebih terbuka tentang rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita iaitu hambaNya.",
"8 Jenis Rezeki yang patut diketahui ialah:",
"*Kita hendaklah sentiasa yakin bahawa rezeki dikurniakan oleh Allah itu selalu ada cuma ianya daripada pelbagai bentuk. Tidak semestinya rezeki itu merupakan rezeki yang boleh nampak dengan mata kasar tetapi harus dilihat dengan mata hati.",
"Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
] |
https://bidadari.my/resepi-almond-cluster/
|
Resepi
Resepi Almond Cluster (Kudapan Untuk Si Manja)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Antara menu yang digilai ramai. Kami hadirkan resepi Almond Cluster namanya. Menurut yang punya resepi puan Lyla Qaishah di laman Facebook, kudapan ini ialah menu wajib dibuat setiap tahun.",
"Selain hanya semata menggunakan kacang badam, anda boleh juga berkreativiti dengan menambah cornflakes sekali. Bahan dan cara menyediakan memang paling senang.",
"Ramai juga permintaan menu ini terutamanya kanak-kanak sebab ada coklat manis dan kacang garing, kanak-kanak suka. Kalau buat menu ini kena senyap-senyap kalau tidak nanti banyak masuk mulut daripada masung cup. Jomlah kita cuba buat resepinya.",
"Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya."
] |
https://bidadari.my/kedai-perabot-terpakai/
|
Keluarga, Petua Tips
Kedai Perabot Terpakai Popular Di Malaysia (Mengikut Negeri)
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Kedai perabot terpakai sering menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan perabot ketika berpindah rumah, pejabat dan sebagainya. Suatu ketika dulu, kedai perabot terpakai atau secondhand ini dianggap menjual perabot atau barangan lama dan murah.",
"Kini, anggapan sebegini tidak boleh dipakai lagi. Jika anda bercadang hendak mencari kerusi kayu jati buatan tahun 1960-an, tidak mustahil di sinilah tempatnya. Perabot yang dijual ada yang baru dipakai, keluaran lama yang sudah tiada lagi dan rare.",
"Harganya bergantung kepada tempoh digunakan, kualiti dan tahap permintaan. Misalnya, pada suatu ketika dulu pada tahun 1980-an, kerusi rotan tidaklah begitu mahal. Jangan terkejut jika harga kerusi rotan terpakai lebih mahal daripada sofa baru.",
"Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan beberapa buah kedai perabot terpakai yang popular di seluruh negeri. Untuk memudahkan para pembaca, senarai yang diberikan adalah mengikut negeri. Sebelum, mari kita fahamkan dulu maksud barangan terpakai.",
"Barangan terpakai juga disebut sebagai secondhand atau preloved. Ia merujuk sebagai apa saja barang yang pernah dimiliki oleh orang lain terlebih dulu sebelum berubah tangan. Barangan terpakai ini biasanya dijual dengan harga yang rendah oleh pemilik asal kepada syarikat barangan terpakai.",
"Antara barangan yang dijual ialah perabot, barangan elektrik, gadget, buku, pakaian dan sebagainya. Kini, terdapat pelbagai jenis kedai barangan terpakai sama ada di kedai fizikal atau secara online. Kalau di kedai perabot terpakai, ada yang mencari sofa yang unik dan klasik atau sekadar untuk mendapatkan perabot yang murah.",
"Nak tahu antara kedai-kedai perabot terpakai yang popular di Malaysia? Jom semak!",
"Kedai Perabot Terpakai Popular Di Malaysia",
"Alamat: 14, Jalan Satria , Taman Perindustrian JB Perdana, 81300 Johor Bahru, Johor.",
"Alamat: 33, Jalan Sri Perkasa 2/1 Tampoi Utama, 81110 Johor Bahru, Johor.",
"Alamat: 59, Jalan ASR 1, Taman Arked Seri Rambai, 75250 Bukit Rambai, Melaka.",
"Alamat: 4, Jalan TTC 12 A/1, Taman Teknologi Cheng, Melaka",
"Alamat: 22, Jalan Desa Dahlia 1/8, Taman Desa Dahlia, 70450 Senawang, Negeri Sembilan",
"Alamat: Jalan Lingkaran Tengah, Kampung Pasir Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan",
"Alamat: 23, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor",
"Alamat: 32, 34 Jalan Rugbi 13/30, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor",
"Alamat: 67 Lorong Scott, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur",
"Alamat: 7, Lorong 2A, Off, Jalan 2, Kampung Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur",
"Alamat: Perkampungan Kempadang Perdana 2, 26060 Kuantan, Pahang",
"Alamat: Lot 2467/B2, Batu 6, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang",
"Alamat: Lot 3599, Jalan Tawang, Kampung Budi, 16020, Kelantan",
"Alamat: AH18, 17030 Pasir Mas, Kelantan",
"Alamat: 7710, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, Kampung Banggul Tuan Muda, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu",
"Alamat: PT 37824, Tingkat 1, Jalan Rimba Square, Kawasan Perindustrian Gong Badak, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu",
"Alamat: Lot 1330, 75, Lorong Am 6, Changkat Jering, 34850 Taiping, Perak",
"Alamat: 35, Jalan Putra D/1, 31200 Chemor, Perak",
"Alamat: Batu 18, Gurun, 06900 Guar Chempedak, Kedah",
"Alamat: 12, Plaza Gunung Indah, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah",
"Alamat: 1, Jalan Arowana 1, Kawasan Perniagaan Arowana, 13500 Permatang Pauh, Pulau Pinang",
"Alamat: TS 7110 Mukim 20 Guar Perahu, Jalan Arumugan Pillai, 14400 Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang",
"Alamat: Lot 492/1, Kampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis, Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis",
"Alamat: 5, Taman Putera Puteri, Jalan Santan Repoh, Kangar, 01000 Kangar, Perlis",
"Alamat: KM 11, Jalan Tuaran, Kampung Tebobon, 88450 Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah",
"Alamat: Lot 1 Mile, 10, Jalan Tuaran, Menggatal, 88450, Kota Kinabalu, Sabah",
"Alamat: 89, Jalan Burung Rawa, Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak",
"Alamat: Min Chu Garden, 93200 Kuching, Sarawak",
"Senarai yang diberikan ini merupakan antara kedai-kedai perabot terpakai yang terkenal di Malaysia. Jika anda tinggal jauh dari kedai-kedai tersebut, jangan risau. Biasanya perkhidmatan penghantaran dan pengeposan disediakan. Anda cuma perlu membayar kos pengangkutan dan pos.",
"Biasanya perabot yang dijual masih elok dipakai dan jauh lebih murah. Bagi pasangan yang baru berkahwin, pengusaha homestay atau chalet, inilah tempatnya. Tentunya lebih menjimatkan dan anda tak perlu mengeluarkan kos yang tinggi.",
"Jika terdapat kerosakan pun biasanya tak begitu ketara dan masih boleh dibaiki. Jika terdapat perabot yang calar atau terkopek, anda boleh mengecatnya menggunakan cat kayu. Gunakan kreativiti anda untuk menyembunyikan kekurangan itu. Biasanya perabot yang ada kecacatan minimum dijual dengan harga yang agak murah.",
"Diharapkan perkongsian ini memberikan idea untuk anda mencari kedai perabot terpakai yang terbaik. Rata-rata kedai tersebut mendapat rate tinggi dalam Google Review. Untuk mendapatkan lebih maklumat tentang perabot yang ingin dibeli anda boleh menghubungi nombor telefon yang disertakan.",
"Jangan lupa juga baca tentang tips kemas rumah cara KonMari dan tips urus rumah dengan efektif. Moga bermanfaat."
] |
https://bidadari.my/resepi-nue-nam-tok/
|
Resepi
Resepi Nue Nam Tok (Daging Lembu Panggang Pedas)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Hari ini kami ingin bagi resepi Nue Nam Tok. Nue nam tok ialah makanan yang berasal dari Thailand yang bermaksud hirisan daging lembu panggang pedas dengan taburan bawang merah dan pudina.",
"Ada 2 jenis hidangan nam tok di Thailand iaitu sup yang menggunakan darah lembu mentah dan kedua iaitu daging panggang pedas. Kedua-dua hidangan ini amat tersohor di Thailand. Oleh kerana itu rasa teruja sangat untuk berkongsi resepi nue nam tok, daging panggang pedas yang ditulis Puan Nora Azni di laman Facebook, di mana resepi ini halal lagi menyihatkan tentunya.",
"Mengingat betapa lazatnya hidangan ini jika dimakan dengan nasi putih panas-panas, ada rasa pedas, masam, manis dan segar khas masakan Thailand. Kami tuliskan resepi lengkapnya di bawah ini, selamat mencuba.",
"Resepi Nue Nam Tok @ Kerabu Daging Pedas",
"Semua bahan di atas dicampur sekali dengan daging yang sudah dipanggang dan dipotong. Pastikan semua rasa dia cukup. Sedap, pedas, masam,manis dan segar gituu.",
"Selain nue nam tok, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/negeri-sembilan/
|
Keluarga, Travel
20 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan. Tak Pergi Memang Tak Sah!
Oleh Aniuna
|
[
"Negeri Sembilan popular dengan tempat bernamaPort Dickson. Namun, selain daripada Port Dickson, banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Negeri Sembilan untuk anda lawati. Negeri Sembilan terdiri daripada 7 buah daerah. Setiap daerah ada tempat-tempat menarik yang anda kunjungi.",
"Muzium Negeri Sembilan terletak di Kompleks Taman Seni Budaya, di Jalan Sungai Ujong, Seremban. Tidak lengkap sekiranya anda melawat ke Seremban tanpa mengetahui sejarah Negeri Sembilan dengan lebih dekat. Di muzium ini, anda dapat lihat pelbagai artifak sejarah berkenaan Negeri Sembilan. Bangunan utama kompleks ini dikenali sebagai Teratak Perpatih yang dibina berdasarkan kediaman Minangkabau tradisional, seperti yang ditunjukkan oleh senibina atapnya.",
"Lokasi: Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, Seremban",
"Waktu Operasi: Selasa-Ahad (10.00pagi – 6.00petang)",
"Masjid Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1966. Uniknta masjid ini kerana senibinanya seperti sebuah stadium. Binaan bangunan ini juga agak simbolik dengan sembilan buah tiang, sembilan anjung tambahan, dan sembilan ruang yang mencerminkan sembilan daerah pentadbiran yang dimiliki Negeri Sembilan. Masjid yang memiliki reka bentuk Minangkabau ini memiliki 3 tingkat dengan ruangan solatnya yang menawarkan pemandangan indah Taman Tasik Seremban.",
"Taman Tasik Seremban merupakan salah satu tasik yang tertua di Malaysia, Taman Tasik Seremban ini dihiasi dengan pohon-pohon tropika yang menghijau dan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Di samping itu, di sini juga terdapat dua buah tasik indah dan wakaf untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan.",
"Lokasi: Taman Tasik Seremban, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban",
"4) IJM Hill Park Seremban 2 Height",
"Hill Park Seremban 2 Heights adalah taman yang dibina dan diselengara oleh IJM Land khusus untuk aktiviti rekreasi keluarga, bersantai dan untuk menikmati pelbagai aktiviti luar yang disediakan kepada pengunjung.",
"Hill Park ini terbahagi kepada 3 zon. Setiap zon dibahagikan ikut ketinggian. Zon 1 berwarna hjau, Zon 2 warna biru dan Zon 3 berwarna pink.",
"Di Zon 1 terdapat taman permainan untuk anak-anak. Zon 2 terkenal sebagai Dinosaur Zone. Di kawasan ini, anda dapat melihat pelbagai jenis dinasour. Dinasour ini tidak bergerak-gerak, ia statik sahaja. Tetapi pihak IJM ada sediakan informasi seperti nama dan asal-usul bagi setiap dinasour yang terdapat disitu.",
"Di Zon 2 juga, pihak IJM menyediakan Flying Fox untuk kanak-kanak. Selain itu, Climbing Cube untuk anak-anak juga disediakan di sini. Sekiranya anak anda bermain aktiviti lasak ini, pastikan mereka dibawah pantauan orang dewasa untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.",
"Zon 3 adalah tempat untuk bersantai. Di sini disediakan tempat Picnic Pavilions iaitu tempat berkelah, dan tempat duduk untuk pengunjung. Selain berehat dan bersantai anda boleh lihat pemandangan 360 darjah daripada Zon 3 ni.",
"Lokasi: Hill Park Seremban 2 Heights",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (6.30pagi – 9.00malam)",
"Pantai Teluk Kemang merupakan pantai paling besar dan popular di Port Dickson. Banyak tempat penginapan terdapat di sepanjang pantai ini. Hal ini membuatkan Pantai Teluk Kemang menjadi sasaran pelancong yang menginap di Port Dickson.",
"Selain daripada aktiviti mandi-manda di laut, Pantai Teluk Kemang juga menawarkan pelbagai aktiviti air seperti jet ski, banana boat dan macam-macam lagi.",
"Lokasi: Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson",
"Studio 3D sering menjadi pusat tumpuan di mana-mana tempat pelancongan, termasuklah Port Dickson. Sekiranya anda seorang peminat selfie atau suka menangkap gambar menarik semasa bercuti, Alive 3D Art Gallery wajib menjadi tempat untuk anda lawati.",
"Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D yang beraneka tema di sini. Antara 5 tema yang anda boleh jumpai di sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan eksotik.",
"Lokasi: No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson",
"Bayaran: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10",
"Muzium Tentera Port Dickson terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia. Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari sedikit sebanyak mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera negara kita.",
"Disini terdapat 9 galeri berbeza yang membawa anda pulang ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Disamping itu, anda juga dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium.",
"Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan",
"Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00pagi – 5.00petang)",
"Kompleks Baitul hilal merupakan balai cerap yang terletak bersebelahan dengan resort Klana Beach Resort. Kompleks Baitul Hilal menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting bagi pelbagai kegiatan seperti melihat anak bulan, kaji bintang dan planet terutama bagi menjana pembangunan dan kemajuan ilmu astronomi.",
"Pada mulanya ia didirikan sebagai tempat penyelidikan astronomi dan kemudian dibuka kepada orang awam dengan tujuan mempromosi edu tourism di Port Dickson. Tempat ini menampilkan pameran artifak yang digunakan pengkaji ilmu falak dari zaman dahulu hingga ke zaman moden.",
"Lokasi: Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai, 5, Tanjung Tanah Merah",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 12.00 tgh hari)",
"Sebelum ini, rumah terbalik popular di Borneo. Kini, bagi orang Semenanjung, anda tidak perlu naik kapal terbang untuk melawat rumah terbalik. Ini kerana rumah terbalik kini sudah ada di Port Dickson, Negeri Sembilan.",
"Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai namun telah diubah suai menjadi tarikan pelancong. Disini anda boleh menjumpai semua bilik yang ada di rumah biasa, bezanya semua bilik terbalik seolah-olah anda berjalan di atas bumbung.",
"Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10.00pagi – 9.00malam)",
"Bayaran: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15",
"10) Taman Tema Wild West Cowboy",
"Antara tarikan luar biasa yang terdapat di Port Dickson adalah Taman Tema Wild West Cowboy. Terdapat 4 tayangan 5D yang boleh anda tonton di sini. Setiap tayangan berdurasi 7 minit.",
"Di sini juga terdapat 4 Escape Room dimana anda diberi masa yang singkat untuk menyelesai teka-teki untuk bebas dari bilik tersebut.",
"Lokasi: 59-64, Jalan Ds 2/1, Bandar Dataran Segar",
"Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11.00pagi – 10.00malam)",
"Bayaran: Dewasa RM35 | Kanak-kanak RM25",
"11) Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang",
"Buat anda yang meminati hidupan air dan ikan hiasan, Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang pasti menjadi tempat wahib untuk anda lewati. Ini kerana, di sini menampilkan pameran ikan laut tempatan yang eksotik.",
"Tidak ramai tahu tentang Pusat Ikan yang di urus oleh Jabatan Perikanan Port Dickson ini. Ia merupakan sebuah tempat tertutup yang penuh dengan akuarium dan mempamerkan berbagai jenis hidupan laut yang menarik.",
"Ikan-ikan ini bukan sahaja untuk dilihat, tetapi anda juga berpeluang untuk menyentuh beberapa jenis ikan terpilih.",
"Lokasi: Batu 7, Jln Pantai, Teluk Kemang",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)",
"Sungai Timun Fireflies dikatakan antara kawasan melihat kunang-kunang yang terbesar di Malaysia.",
"Di sini, anda bukan sahaja boleh melihat kunang-kunag berterbangan diwaktu malam, tetapi juga anda boleh memancing udang galah.",
"Kalau malas nak memancing, anda singgah sahaja ke kedai-kedai makanan laut yang terdapat di sekitar Sungai Timun. Banyak makanan laut yang sedap dihidangkan sebagai contoh ikan bakar, udang galah dan kupang.",
"Lokasi: Sungai Timun Fire Flies, Rembau",
"Bayaran: RM15-RM200 (bergantung saiz bot dan pekej)",
"Rembau Crystal yang terletak di Perkampungan Kristal ini menawarkan pelbagai kraftangan yang diperbuat daripada kristal oleh rakyat Malaysia sendiri.",
"Bagi anda yang meminati dekorasi rumah, pasti Rembau Crystal menjadi tempat wajib untuk anda membeli-belah.",
"Alamat: Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia",
"Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 5.30petang)",
"Muzium Diraja Seri Menanti merupakan sebuah istana lama iaitu kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1908 hingga 1931 (Selepas tahun 1931, kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dipindahkan ke istana baharu yang tidak jauh dari istana lama).",
"Istana Lama Seri Menanti adalah bangunan kayu yang mempunyai 99 batang tiang dan juga 4 batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki (panjang tiap-tiap satu tiang seri). Kayu yang digunakan ialah kayu penak. Istana Lama Seri Menanti dibuat tanpa menggunakan paku. Setiap sambungan yang perlu dibuat menggunakan kayu pasak.",
"Istana Lama Seri Menanti pernah digunakan sebagai bangunan Sekolah Menengah Agama Tinggi dari tahun 1959 hingga 1964.Istana Lama Seri Menantikan dijadikan Muzium Diraja pada 14 Julai 1992.",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8.00pagi – 6.00petang)",
"Gunung Angsi yang menyajikan anda dengan panorama indah banjaran-banjaran gunung yang menyejukkan pandangan mata.",
"Terdapat dua jalan yang anda bolehigunakan untuk menakluki Gunung Angsi. Pertama, melalui trek Hutan Lipur Ulu Bendul dan yang kedua adalah melalui trek Bukit Putus. Kalau anda inginkan cabaran, anda boleh menggunakan trek Ulu Bendul.",
"Pusat Rekreasi Ulu Bendul terletak di kaki Gunung Angsi. Hutan lipur ini dipenuhi pepohon rendang dan aliran sungai yang menyegarkan. Di samping panoraman yang menenangkan jiwa, anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang turut dialirkan oleh air sungai.",
"Selain itu, anda juga boleh mendaki ke atas bukit untuk ke Snake Garden yang menempatkan beberapa ekor ular dan unggas. Yang paling best sekali, anda berpeluang melihat depan mata ular besar Anaconda! Ya, sangat besar. Namun jangan risau, ular-ular diletakkan ditempat yang selamat dan tidak akan membahayakan pengunjung.",
"Lokasi: Pusat Rekreasi Ulu Bendul, Tanjong Ipoh, Kuala Pilah",
"Muzium Adat Jelebu terbahagi kepada empat buah galeri berbeza iaitu, Pengenalan Adat di Malaysia, Kitar Hidup yang mempamerkan adat berkaitan kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain, Galeri Tradisi Intelektual/ Kerajaan serta akhir sekali adalah Galeri Adat Perpatih iaitu adat yang hanya wujud di Negeri Sembilan kalau di Malaysia.",
"Bukan sekadar bahan pameran, malah pusat sumber yang dipenuhi koleksi buku tentang adat pun ada di muzium ini.",
"Lokasi: Muzium Adat Jabatan Muzium Malaysia 196, Jalan Dato’ Umbi, Kuala Klawang, Jelebu",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9.00pagi – 5.00petang)",
"Teratak Za’ba yang dibina dengan menggunakan kayu Cengal. Walaupun dibina pada zaman moden dan dirasmikan pada tahun 2001, tapi seni binanya nampak klasik, tambahan lagi dengan hasil pertukangan Melayu yang ditonjolkan pada sekitar bangunan ini.",
"Di sini, anda dapat melihat pameran bibliografi,pPeribadi dan pakaian Pendeta Zaa’ba. Selain itu, terdapat juga Sudut Umum yang menempatkan barangan klasik yang wujud sewaktu kehidupan Pendeta Za’ba.",
"Alamat: Teratak Za’ba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol",
"Rantau Eco Park merupakan taman yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang indah untuk anda dan keluarga menjalankan aktiviti rekreasi. Malah, di sini juga terdapat mini zoo yang menempatkan pelbagai jenis binatang seperti rusa, ayam, kuda dan banyak lagi. Aktiviti lasak juga turut disediakan seperti berkayak. Lengkap pelbagai aktiviti untuk anda lakukan hanya di dalam 1 taman.",
"Lokasi: Rantau Eco Park, Kampung Kuala Sawah Pasir, Rantau",
"Waktu Operasi: Isnin-Ahad (12.00tgh hari – 11.30malam)",
"Bayaran: RM5.00 (Kolam mandi) |RM10-RM15 (Kayak)",
"Pasar Borong Nilai 3 merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) bagi jualan borong, dan syurga membeli belah kepada para pelancong yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.",
"Inilah dia syurga membeli-belah buat kaum wanita. Pelbagai barangan dijual di sini antaranya pakaian, barangan hantaran dan perkahwinan, langsir, dan segala keperluan rumah ada di sini.",
"Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Negeri Sembilan yang dikongsikan? Anda teruja?",
"Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
] |
https://bidadari.my/teknik-mengajar-anak-jadi-fokus/
|
Anak, Petua Tips
Ketahui 3 Teknik Asas Cara Mengajar Anak Jadi Fokus Dan Tenang
Oleh aqirah
|
[
"Kita lihat sekarang, bagaimana kanak-kanak yang berusia 3 tahun tahu untuk menggunakan aplikasi Youtube? Ia kerana mereka fokus dan mudah tangkap dengan perkara yang selalu dilihat di depan mata mereka setiap hari. Begitu hebat sekali tahap mereka belajar pada usia yang muda. Namun, daya fokus mereka di salah gunakan.",
"Kita lihat kanak-kanak kini akan lebih menjadi lasak dan susah untuk ajar mereka untuk fokus melakukan aktiviti indoor. Sebagai contoh, aktiviti mewarna, melukis, bina lego, menyusun puzzle dan lain-lain lagi. Pening kepala ibu bapa yang ingin melakukan aktiviti indoor bersama mereka. Tetapi ada caranya kita boleh mengajar anak-anak untuk lebih fokus. Bagaimana?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 teknik asas mengajar anak jadi fokus dan tenang. Info ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim. Puan Aishah pakar dalam membantu kanak-kanak yang lambat bercakap dan dapat membantu kanak-kanak untuk mengatasi masalah lambat bercakap.",
"3 Teknik asas mengajar anak jadi fokus",
"1) Kenal pasti jangka masa anak untuk fokus",
"Fokus yang normal adalah dalam lingkungan (3-5 minit x umur anak ) : iaitu jika anak berumur 1 tahun, fokus yang sepatutnya mereka perlu adalah 3-5 minit dan anak yang berumur 2 tahun mereka boleh memberikan tumpuan selama 6-10 minit. Jadi tingkatkan sedikit demi sedikit fokus anak semasa melakukan aktiviti.",
"2) Mainan yang sesuai dan disukai anak",
"Mainan juga mempengaruhi fokus anak. Cari mainan yang anak gemari tetapi ibu bapa harus kawal rentak permainan.",
"3) Guna intonasi dan interaksi yang menarik",
"Anak-anak memang sukakan intonasi, sebab itu mereka tertarik apabila tengok Youtube. Jadi gunakan intonasi dan berinteraksi dgn menarik dalam tarik perhatian dan fokus anak.",
"*Anak-anak akan mudah fokus apabila ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak menjadi fokus apabila melakukan sesuatu perkara. Musim PKP ini, harap ibu bapa akan banyak luangkan masa bersama anak di rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/resepi-kacang-panjang/
|
Resepi
Resepi Kerabu Kacang Panjang (Lebih Selera Makan)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mungkin sebahagian orang terbiasa dengan kerabu manga, kerabu timun dan lain-lain. Tapi pernahkah anda cuba resepi kerabu kacang panjang?",
"Sedap rasa kerabu kacang panjang. Saya Lieynda berkongsikan resepi kerabu kacang panjang di Facebook. cara mudah buat kerabu kacang panjang. Kacang panjang dihiris kecil-kecil. Jika ingin banyak boleh dicampur dengan sedikit kubis.",
"Macam kerabu biasa, kerabu kacang panjang dibuat dengan mencampurkan kacang panjang dengan ikan, bawang, halia dan lada yang dihancurkan. Kacang pula mentah tidak perlu direbus dulu.",
"Jom buat resepi kerabu kacang panjang dengan resepi di bawah. Makan dengan nasi panas-panas memang tidak sedar makan bertambah. Resepi untuk sukatan makan 2-3 orang sahaja. Selamat mencuba.",
"Selain resepi kerabu kacang panjang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/punca-bayi-dalam-kandungan-kurang-aktif/
|
Hamil, Kesihatan
Ketahui 5 Punca Bayi Dalam Kandungan Kurang Aktif, Ini Kata Doktor
Oleh aqirah
|
[
"Semasa hamil, kita selalu mengusap-usap di kawasan perut kita,bukan? Ia sebenarnya bagus untuk kesihatan bayi dalam kandungan dan ibu hamil tersebut. Lebih-lebih lagi apabila perut kita mula masuk ke fasa trimester ketiga. Waktu itu kita sudah mula rasa pergerakan bayi dalam kandungan. Rasa seronok bila ada pergerakan bayi dalam kandungan.",
"Kita biasa rasa bayi dalam kandungan bergerak aktif setiap hari. Tetapi bagaimana jika bayi kita kurang aktif hari ini? Adakah ia disebabkan aktiviti harian kita atau pemakanan kita? Semestinya ia membuatkan kita rasa bimbang dan membuat kita rasa tak keruan. Apakah puncanya bayi kurang aktif?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca bayi dalam kandungan kurang aktif. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.",
"5 Punca bayi dalam kandungan kurang aktif",
"Bayi dalam kandungan biasanya ada rutin tidur. Sama la macam kita kan. Kebiasaannya bayi tidur dalam 20-40 minit, dan tidak lebih daripada 90 minit. Masa tidur, memang bayi akan kurang bergerak. Kalau perasan la, semakin kita sibuk dan aktif bergerak, bayi akan semakin kurang bergerak. Ini adalah normal. Tapi jika ibu risau akan keadaan bayi, segera hubungi doktor anda ok!",
"☑ Kekurangan Nutrisi dan Stress Semasa Hamil",
"Perasan tak, emosi dan keadaan fizikal ibu sangat mempengaruhi pergerakan bayi? Kalau ibu stress, anak dalam kandungan pun akan kurang aktif. Sebab hormon yang dikeluarkan oleh ibu yang sedang stress akan mempengaruhi pergerakan bayi. Haa baru tau ke?",
"Selain itu, ibu-ibu yang kekurangan air dan sedang berpuasa juga akan membuatkan bayi kurang aktif dalam kandungan. Sebab tu ibu hamil digalakkan minum air kosong banyak. Jika berpuasa, semasa sahur, pastikan ibu mengambil makanan yang boleh menjadi sumber tenaga seperti KURMA dan lain-lain.",
"Ada sesetengah kes berlaku air ketuban ibu leaking sebelum masanya. Leaking atau bocor ini kadang-kadang agak bahaya sebab kita tak perasan. Kita sangka kan hanya air kencing biasa. Bila leaking, air ketuban tak keluar dengan banyak sekaligus, tapi akan keluar sedikit-sedikit. Jadi sebab itu ibu kena selalu pantau pergerakan bayi.",
"Salah stau kemungkinan serius yang berlaku ialah “Placental Abruption”, situasi di mana placenta atau uri terpisah dari dinding rahim. Jika ini berlaku, situasinya adalah sangat serius dan akan menyebabkan bleeding. Situasi ini kadang kala berlaku bila si ibu terlampau lasak dan aktif semasa hamil atau mengalami tekanan perasaan yang mendalam yang boleh memberi kesan kepada kandungan.",
"Dalam sesetengah kes, bila berlaku placental abruption, bayi akan terputus bekalan oksigen dan darah dan boleh menyebabkan kematian. Pantau pergerakan bayi ye ibu-ibu.",
"Biasa dengar tak tali pusat terbelit? Haa itu antara punca utama yang menyebabkan Fetal Hypoxia ini. Ia berlaku bila tali pusat yang membekalkan oksigen kepada bayi telah terbelit dan menyebabkan bekalan oksigen terputus. Situasi ini boleh menyebakan kesan jangka panjang kepada perkembangan otak dan tumbesaran bayi.",
"*Pemakanan dan aktiviti harian perlu dipantau dan dijaga dengan baik. Setiap pergerakan yang kita lakukan akan memberi kesan kepada kandungan. Lakukan senaman ibu mengandung untuk mengekalkan kesihatan kandungan. Pemakanan seperti makanan yang berminyak perlu dielakkan dan banyakkan makan sayur-sayuran. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/cupcake-chocolate-moist/
|
Resepi
Cupcake Chocolate Moist (Paling sedap dan Moist)
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Bagi Khadijah Jaafar, dalam banyak-banyak resepi yang beliau sudah cuba. Resepi ini merupakan resepi cupcake chocolate yang sangat sedap dan moist sesungguhnya. Menurut beliau lagi, rugi kalau tak mencubanya. Cumanya kalau nak kurang manis, boleh kurangkan sukatan gulanya.",
"Resepi menarik selain resepi Cupcake Chocolate Moist, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/khasiat-habbatus-sauda/
|
Kesihatan
9 Khasiat Habbatus Sauda Serta Dapatan Kajian Pakar
Oleh Aniuna
|
[
"Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.",
"Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis penyakit secara tradisional.",
"Jenis tanaman ini digelar sebagai tanaman ubat dalam sejarah perkembangan awal agama Islam.",
"Habbatus sauda mempunyai banyak nama lain, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, bijan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru dan lain-lain.",
"Ia digunakan sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi.",
"Khasiat habbatus sauda banyak tercatat dalam catatan ilmuwan terdahulu. Ibnu Sina adalah antara pengkaji manfaat habbatus sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah mencatat manfaat habbatus sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.",
"9 Kebaikan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan",
"Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard pada tahun 2010, mereka mendapati habbatus sauda kaya dengan vitamin B dan zat besi. Manakala, kebanyakan orang yang kekurangan vitamin B dan zat besi dalam badan akan menunjukkan simptom seperti rambut cepat beruban, rambut gugur dan kurang daya ingatan. Simptom-simptom ini menunujukkan ciri-ciri penuaan. Jadi, habbatus sauda yang kaya dengan vitamin B dan zat besi dapat membantu melambatkan proses penuaan.",
"Selain itu juga, orang Cina turut mempercayai bahawa nutrisi dalam jintan hitam mampu melambatkan proses penuaan. Ia membantu mencegah pembentukan pigmen dan kedut. Malah, ia juga melindungi kulit daripada kesan sinar ultra violet matahari.",
"2. Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman",
"Dr. Amol Ghosh dari N.R.S. Hospital di Kolkata, berkata, “Jintan hitam dapat membantu mengubati sembelit kerana serat yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang terkandung di dalamnya. Minyak yang terdapat dalam habbatus sauda dapat melicinkan usus anda, sementara seratnya pula membantu melancarkan pergerakan usus.",
"Biji-bijian ini juga membantu membersihkan cacing di saluran usus anda dan memperbaiki proses pencernaan.” Habbatus sauda yang dikisar dan direndam semalaman akan menyebabkan ia mudah dicerna.",
"Habbatus sauda kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi. Lemak poli tidak tepu dan sebatian sesamin yang terdapat pada minyak bijan hitam diketahui dapat mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.",
"4. Kulit dan Tulang Yang Sihat",
"Kalsium dalam habbatus sauda membantu tulang menjadi kuat. Manakala, zink membantu menguatkan dan meningkatkan ketumpatan tulang. Bijan hitam ini sangat digalakkan kepada lelaki tua dan wanita menopause kerana golongan ini berisiko tinggi untuk menghidap osteoporosis.",
"Habbatus sauda juga kaya dengan Vitamin E, yang menjadikan kulit anda sihat dan bertenaga. Minyak bijan hitam juga disyorkan untuk digunakan pada bayi. Bayi yang diurut dengan minyak bijan akan merasa selesa dan dapat tidur yang lena. Selain itu, ia juga baik untuk kulit bayi yang naik ruam.",
"Jintan hitam kaya dengan sesamolin dan sesamin, iaitu bahan-bahan yang dikenal pasti mampu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah. Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam kebanyakan biji dan kacang yang digunakan di Amerika Syarikat, habbatus sauda adalah biji yang mengandungi jumlah phylosterols tertinggi.",
"Phylosterols menurunkan tahap kolesterol. Phylosterols dari tumbuh-tumbuhan dan kolesterol daripada haiwan mempunyai struktur kimia yang serupa. Namun, jika anda makan makanan yang kaya kandungan phylosterols, maka hanya sedikit kolesterol yang akan diserap ke dalam darah anda. Secara tidak langsung, anda telah mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung.",
"Antioksidan (serat dan lignans) dan phytochemicals (phylosterol) dalam habbatus sauda memberi perlindungan terhadap kanser tertentu seperti kanser kolon.",
"Biji ini juga mengandungi sesamin yang dapat melindungi hati dari kesan radikal bebas. Hati yang sihat sangat penting untuk menyahtoksin dan melawan penyakit seperti kanser. Phylosterols pula membantu menurunkan risiko kanser dengan menguatkan sistem imun.",
"Magnesium dan kalsium dalam bijan hitam dapat melegakan tekanan.",
"Tryptophan dan thiamin dalam bijan hitam membantu dalam pengeluaran serotonin, iaitu sejenis sebatian dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan kesakitan, mengimbangi mood, dan membuatkan tidur lebih lena.",
"8. Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi",
"Habbatus sauda memang terkenal dalam kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu semulajadi.",
"Kandungan kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein dalam habbatus sauda semuanya bermanfaat, terutamanya dalam membantu wanita untuk menyusukan bayi mereka.",
"Sekumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ada membuat tinjaun terhadap pengalaman ibu-ibu yang mengamalkan pemakanan sunnah antaranya amalan pemakanan habatus sauda untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mereka mendapati peningkatan yang berkadar terus dan mencadangkan kajian lebih saintifik untuk terus membuktikan korelasi ini.",
"9. Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain",
"Kalsium dalam jintan hitam ini sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah sindrom pramenstruasi dan migrain.",
"Terdapat ramai ilmuwan dalam bidang kesihatan membuat kajian mengenai habbatus sauda, antaranya:",
"Ibnu Sina – Habbatus sauda dapat merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina “Canon of Medicines“)",
"Ibnu Qayyim – Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk bronchitis, masalah perut dan cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim “Medicine of the Prophet“)",
"Dr Ahmad Elkadi – Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).",
"Professor G. Rietmuller – Bahan ekstrak habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai “bio-regulator’. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)",
"Dr. Haq – Beliau menjalankan kajian terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Riyadh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa habbatus sauda berupaya meningkatkan kadar di antara ‘helper T-cells’ dan ‘suppresser T-cells’ sebanyak 55%. Aktiviti ‘natural killer cells’ juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.",
"Dr. Peter Schleicher – Habbatus sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit alahan. Kebanyakan pesakit-pesakit ini menghidap alahan terhadap debunga dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher seorang pakar immunisasi di Munich. Beliau telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)",
"Professor Michael Meurer – Habbatus sauda berupaya menghentikan keradangan dan masalah saraf kulit (neurodermitis). (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany) Telah banyak kajian yang membuktikan habbatus sauda mempunyai khasiat yang sangat banyak kepada kesihatan. Namun, bagi anda yang mengalami sakit kronik, disarankan untuk berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan harian anda.",
"Bagi anda yang ingin mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan kesihatan optimum, terdapat banyak cara untuk masukkan habbatus sauda dalam diet harian anda. Anda boleh tabur habbatus sauda di atas roti. Anda juga boleh mencampurkannya ke atas bijirin atau salad. Boleh juga ditabur pada pencuci mulut seperti kek dan ais krim. Malah, anda juga boleh menggabungkan habbatus sauda ke dalam minuman ringan atau memakannya dengan yoghurt.",
"Selain khasiat habbatus sauda, kami juga menulis khasiat sumber lain yang tidak diketahui ramai. Jom baca dan jangan lupa untuk share di Facebook jika artikel yang dikongsi menarik.",
"Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
] |
https://bidadari.my/doa-mudah-dapat-kerja/
|
Keluarga
3 Doa Mudah Dapat Kerja Untuk Golongan ‘Job Hunting’
Oleh Siti Awadah
|
[
"KERJA! Kerja kerja kerja. Ya masing-masing berlumba cari kerja untuk kehidupan masing-masing. Mendapatkan pekerjaan saat ini bukanlah perkara yang mudah. Kerja memang ada tetapi banyak yang kurang sesuai dengan tahap pendidikan dan minat. ",
"Masih ramai graduan yang menjadi penganggur akibat belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Walau bergelar lepasan universiti dengan segulung ijazah namun belum tentu dapat menjamin pekerjaan dengan cepat untuk masa depan. Kerana itu, bila dah dapat peluang untuk interview kerja jangan sesekali disia-siakan peluang tersebut. ",
"Terus Usaha Lamar Kerja Tanpa Putus Asa",
"Selain daripada berusaha memohon pekerjaan di sana sini, janganlah lupa yang rezeki dalam pekerjaan ini juga ada kaitan dengan Allah SWT. Allah suka mendengar rintihan hambaNya dan Dia-lah juga tempat kita bergantung harapan. Maka apalah salahnya jika turut berdoa agar dimurahkan rezeki untuk mendapat pekerjaan.",
"Terdpat juga amalan doa mendapatkan pekerjaan yang boleh diamalkan. Doa ini sangat elok dipraktik oleh golongan ‘job hunting’. Manalah tahu asbab dengan doa yang di baca kerja tersebut berjaya diperolehi. ",
"Terdapat 3 Doa Mudah Dapat Kerja Yang Bagus Untuk Dibaca",
"Inilah dia 3 (TIGA) amalan doa yang anda boleh dibaca dan praktikkan sebelum anda pergi ke mana-mana temuduga kerja. Doa-doa ini juga sesuai dibaca sebagai doa dapat kerja baru, doa supaya dapat diterima kerja, doa agar lulus interview kerja baru, doa agar cepat dipanggil kerja dan sebagainya. Tiga doa mudah dapat kerja tersebut adalah;",
"Doa #1 – Baca Sebelum Temuduga (Supaya Temuduga Berjalan Lancar)",
"Bacalah doa ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Ingat matlamat anda untuk cari kerja demi rezeki yang halal. Sebelum melakukan apa-apa niat tu kena betul-betul jelas ya. ",
"Doa #2 – Doa Selepas Temuduga (Supaya Diterima Kerja)",
"Doa mudah dapat kerja yang kedua pula elok di baca selepas temuduga. Bacalah doa ini selepas anda tamat temuduga sesuai dengan maksud doa yang dikenali sebagai membuka pintu,. Bukan pintu rumah ya tetapi doa ini adalah untuk membuka pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan dan sebagainya.",
"Banyak mafaat doa ini dan dengan membacanya harap dapatlah juga di buka pintu hati bakal majikan untuk menerima anda sebagai salah seorang pekerjanya. ",
"Doa #3 – Doa Setelah Diterima Kerja (Agar Mendapat Rezeki Yang Banyak)",
"Selain Doa, Faktor Penampilan Dan Persediaan Diri Juga Penting!",
"Doa mudah dapat kerja yang ketiga adalah doa yang paling utama doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Rezeki itu memang di tangan tuhan tapi Allah SWT tak suka hambaNya yang malas. Allah SWT lebih suka akan hambaNya yang rajin berusaha. Jadi jangan mengharap yang rezeki itu bagai bulan boleh jatuh ke riba. Usaha itu tangga kejayaan.",
"Selain daripada bacaan doa tadi, anda juga harus menitikberatkan soal penampilan dan persediaan diri. Ini bagi memastikan anda lebih bersedia untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Di sini turut disertakan juga beberapa tips ringkas yang boleh anda praktikkan demi untuk berdepan dengan pegawai yang akan menemuduga anda. ",
"7 Tips Untuk Berdepan Dengan Pegawai Temuduga Kerja ",
"Tahniah kerana berjaya mendapat panggilan untuk temuduga kerja. Jaga-jaga, jangan pergi temuduga tanpa persediaan yang cukup! Persiapkan diri juga penting kerana ia boleh menjadi salah satu faktor untuk anda diterima berkerja.",
"Tips #1 : Kemaskan Penampilan Diri Sendiri ",
"Setelah mendapat panggilan untuk pergi temuduga kerja, perkara nombor satu anda perlu buat adalah kemaskan penampilan diri. Rambut yang panjang eloklah di potong kemas bagi si lelaki. ",
"Misai dan janggut juga elok dirapikan supaya diri anda nampak lebih segak dan sedap mata memandang. Barulah si penemuduga juga berasa lapang dada saat bertentang mata dengan anda nanti. ",
"Tips #2 : Berpakaian Kemas Mengikut Etika Yang Sesuai Dan Betul ",
"Setelah siap merapikan diri kini soal berpakaian pula. Ciri-ciri ini sangat penting kerana ia adalah perkara pertama yang akan di lihat dalam temuduga tersebut. ",
"Bila anda berpakaian kemas begini ia turut dapat memberi gambaran kepada personaliti diri anda untuk penilaian yang baik termasuk soal disiplin dalam berkerja.",
"Tips #3 : Sediakan Resume Yang Lengkap Sepenuhnya",
"Banyak yang sambil lewa tentang resume sedangkan resume itu sangat penting sebagai pengenalan diri anda. Resume yang kemas dan lengkap sangat penting dalam temuduga dan jangan lupa untuk turut kepilkan bersama sekeping gambar diri sendiri bersaiz pasport yang terkini.",
"Tips #4 : Baca Maklumat Profile Syarikat / Bakal Majikan Tersebut ",
"Ohya, jangan lupa juga untuk turut membaca profile syarikat yang bakal anda pergi temuduga itu. Ini bagi memastikan anda mempunyai info yang cukup dan ini semua boleh digunapakai semasa sedang melalui proses temuduga tersebut. ",
"Jawapan yang tepat sesuai dengan situasi syarikat tersebut pastinya dapat membuat si penemuduga berasa lebih yakin dengan jawapan yang di beri. ",
"Tips #5 – Jadi Diri Sendiri Dengan Tampilkan Kelebihan Peribadi",
"\n\nPekara pertama jadilah diri sendiri semasa temuduga, jawab soalan dengan penuh keyakinan dan bersedia, jadilah diri anda dan tidak perlu berpura-pura.\n\n",
"Tips #6 – Jawab Soalan Dengan Tenang Dan Yakin",
"Semasa menjawab soalan ketika interview, jangan sesekali kelam kabut dan gopoh. Fokuskan minda untuk dengar dengan jelas soalan yang di tanya dan ambil sedikit masa untuk memikirkan jawapan yang sesuai. Setelah itu jawablah dalam ayat yang tersusun dengan suara yang jelas dan terkawal. ",
"Tips #7 : Minta Restu Dan Doa Dari Ibubapa Dan Pasangan ",
"Tak lupa juga, dapatkan restu dan doa dari ibu bapa serta pasangan. Ingatlah yang doa seorang ibu itu tiada hijab. Apapun anda perlu terus usaha dan janganlah pernah berputus asa. Banyak peluang kerja di luar sana cuma mungkin belum menjadi rezeki anda. ",
"Jangan Terlalu Memilih Kerja Dan Semoga Rezeki Menyebelahi",
"Perlu percaya yang satu hari nanti anda akan dapat kerja yang baik kerana rezeki itu milik Allah SWT. Mintalah dari-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan janganlah pernah berhenti berdoa. ",
"Semoga dengan perkongsian 3 doa mudah dapat kerja dalam artikel ini, anda akan dapat kerja yang diidam-idamkan. Semoga juga anda dapat kerja dari bos yang baik berserta dengan rakan-rakan kerja yang baik juga. ",
"Jadi juga terlampau memilih kerja dan bersyukurlah dengan apa saja peluang kerja yang datang. Anda juga boleh menimba pengalaman baru dan jangan pula terlalu kuat berkerja sehingga orang kesayangan merasa terabai. Apapun, semoga anda berjaya dalam temuduga nanti. Aamiin. "
] |
https://bidadari.my/resepi-banana-lumpia/
|
Resepi
Resepi Banana Lumpia (Pergh Sedap!)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Kali ini kami akan berkongsi menu ringkas iaitu banana lumpia. Siapa pernah makan menu ini?",
"Nama menu ini Turon atau juga dikenali dengan nama “banana lumpia”, selalunya orang Filipino buat untuk kudapan waktu petang atau Meryenda kata diorang. Selain untuk kudapan petang, banana lumpia sedap juga untuk sarapan. Gerenti kanak-kanak suka.",
"Menyediakan banana lumpia amatlah mudah. Letak pisang dan buah nangka, kemudian dibalut dengan kulit popia. Sesiapa suka pisang dan nangka, ini ialah resepi yang patut anda cuba. Jom cek resepi banana lumpia yang dikongsikan oleh Haslinda Johari di laman Facebook.",
"Makan panas-panas sedap sangat. Kalau makan dengan ice-cream pun sedap, drizzle caramel atau chocolate sauce pun sedap.",
"Selain banana lumpia, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/minyak-argan/
|
Petua Tips
7 Khasiat Minyak Argan, Rugi Kalau Anda Tak Amalkan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Jom ketahui khasiat minyak argan yang boleh dijadikan amalan harian kita.",
"Minyak argan atau argan oil adalah salah satu minyak kecantikan yang terkenal di kalangan wanita Malaysia. Kebiasaannya ia digunakan sebagai salah satu bahan dalam produk kecantikan kulit dan rambut.",
"Tahukah anda bahawa yang sebenarnya minyak argan telah digunakan untuk kecantikan sejak zaman dahulu lagi?",
"Sebelum bercerita tentang khasiatnya, apa kata kalau kami ceritakan tentang dari mana minyak berkhasiat ini datang.",
"Mungkin anda tak tahu bahawa yang sebenarnya, minyak argan dibuat daripada buah pokok Argan (Argania spinosa). Uniknya, pokok argan hanya terdapat di Moroccco, Afrika Utara dan tidak akan dijumpai di tempat lain di seluruh dunia. Pokok argan telah ditemui dan digunakan sejak 200 tahun yang lalu.",
"Oleh kerana keunikannya, tak hairanlah kalau pokok ini dilindungi oleh UNESCO. Kenapa minyak argan mahal harganya? Harganya mahal kerana minyak tersebut agak susah untuk diperolehi.",
"Pokok argan hanya mula berbuah ketika berumur 30 hingga 50 tahun. Malah, untuk mendapatkan 1 liter minyak argan, kira-kira 30 kilogram buah argan diperlukan.",
"Proses untuk mengekstrak minyak argan dari buahnya pula mengambil masa selama 15 jam.",
"Patutlah minyak argan mahal harganya. Ok, sekarang jom kami kongsikan kepada anda apakah khasiat minyak argan yang sangat terkenal dalam dunia kecantikan di seluruh dunia. Di antaranya ialah:",
"Kulit yang sihat akan menghasilkan kulit yang berseri, bercahaya, bersinar, dan tidak kelihatan kusam. Kulit sihat adalah idaman setiap wanita. Tak cerah tak mengapa, yang penting kulit kesihatan sihat dan cantik.",
"Oleh itu, tak hairanlah mengapa pada hari ini banyak produk penjagaan kulit yang menjadikan minyak argan sebagai salah satu daripada bahan utamanya.",
"Jika anda nakkan kulit yang sihat, cantik, dan berseri, sapukan minyak argan ke wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Bukan sahaja untuk wajah, malah anda boleh sapukan minyak argan ke seluruh tubuh badan untuk kecantikan kulit.",
"Tambah menarik, sekumpulan penyelidik dari universiti-universiti terkemuka di Morocco membentangkan hasil kajian mereka tentang kesan pengambilan minyak argan dalam diet makanan dan penggunaan luaran oleh wanita yang sudah menopause di jurnal Clinical Intervention of Aging pada tahun 2015.",
"Seramai 60 wanita mengambil bahagian ini untuk melihat kesan penggunaan minyak argan ke atas keelastikan kulit wajah. Hasilnya, terbukti secara saintifik bahawa minyak argan menjadikan kulit lebih elastik dengan penggunaan terus secara sapuan pada kulit. ",
"Kulit kelihatan lebih anjal elastik dan apabila dilihat dari segi biologi, keelastikan kulit ternyata bertambah baik. ",
"2. Melembutkan, memerahkan dan mencantikkan bibir",
"Selain kulit, bibir juga merupakan di antara aset seorang wanita. Wanita mana yang tidak mahukan bibir yang merah, mungil, dan lembut.",
"Amalan menyapu minyak argan ke bibir setiap hari membantu mengatasi masalah bibir yang hitam dan lebam. Malah kalau anda mempunyai masalah bibir pecah dan merekah, minyak argan juga dapat membantu. Kini terdapat gincu bibir yang mengandungi minyak argan.",
"Ia adalah di antara kosmetik yang wajib ada dalam beg tangan anda.",
"3. Mencantikkan, menyihatkan, dan menguatkan kuku",
"Kecantikan kuku tidak kurang pentingnya bagi seorang wanita.",
"Masyarakat di Morocco telah menggunakan minyak argan sebagai rejim kecantikan untuk penjagaan kuku sejak 200 tahun yang lalu. Caranya sangat mudah, sapukan minyak argan ke kuku anda dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan setiap hari. Hasilnya? Anda akan mendapat kuku yang cantik, berkilat, sihat, dan kuat.",
"4. Melebatkan, menghitamkan, dan mencantikkan rambut",
"Ada perumpamaan yang mengatakan bahawa rambut adalah mahkota seorang wanita. Ianya sangat benar kerana rambut yang rosak, jarang, dan tidak cantik boleh menyebabkan wanita hilang serinya. Oleh itu, anda boleh jadikan minyak argan sebagai salah satu rutin kecantikan setiap hari.",
"Amalkan menyapu minyak argan ke rambut yang telah dikeringkan setiap kali selepas mandi. Anda juga boleh menggunakan syampu dan perapi yang mengandungi minyak argan.",
"Jika anda konsisten menyapu minyak argan ke rambut setiap hari, lama-kelamaan anda akan mendapati bahawa rambut anda kelihatan cantik, bersinar, lembut, mudah diurus, berkilat. lebat, dan kelihatan hitam menawan. Siapa yang taknak, kan? Rugi sangat kalau anda tak jadikan minyak argan sebagai sahabat baik rambut anda.",
"Menurut hasil penemuan kajian sekumpulan penyelidik Perancis dan Morocco pada tahun 2010, minyak argan memberikan nilai kosmetik yang tinggi dan diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat di sana berikutan kandungan sebatian bioaktif yang tinggi dan berkualiti.",
"Antara sebatian bioaktif minyak argan yang membantu memberikan kesan kosmetik yang baik ialah polyphenols, tocopherols, sterols, squalene dan alkohol triterpene.",
"5. Melebat dan memanjangkan bulu mata",
"Khasiat minyak argan yang seterusnya ialah ia mampu melebatkan, memanjangkan, dan mencantikkan bulu mata. Dewasa ini ramai wanita yang memilih untuk melakukan prosedur eyelash extension iaitu memanjangkan dan melebatkan bulu mata dengan cara melekatkan bulu mata palsu secara kekal.",
"Malah ramai yang menggunakan bulu mata palsu dan memakai maskara dengan tebal untuk mencantikkan bulu mata.",
"Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya amalan menyapu minyak argan ke bulu mata sebelum tidur setiap malam boleh menjimatkan wang anda. Tak perlu lagi keluarkan duit yang banyak untuk melakukan eyelash extension atau membeli maskara dan bulu mata palsu yang mahal.",
"Hasilnya bulu mata anda akan semakin lebat dan panjang.",
"Oleh kerana minyak argan kaya dengan vitamin A, vitamin E, anti oksidan, Omega 6 dan asid linoleik, ia adalah sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit yang serius seperti:",
"Caranya ialah sapukan minyak argan ke kawasan kulit yang bermasalah sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Cara yang terbaik ialah sapukan minyak argan setiap kali selepas mandi.",
"Anda juga boleh memilih sabun mandi dan syampu yang mengandungi minyak argan. Dewasa ini ada banyak produk penjagaan kulit yang berasaskan minyak argan di pasaran.",
"Pemerhatian keberkesanan minyak argan untuk merawat penyakit kulit tersebut adalah berdasarkan petua tradisional masyarakat Morocco. Belum ada kajian klinikal yang menyeluruh untuk mengesahkan perkara ini tetapi masih boleh dijadikan amalan selagi tidak mendatangkan mudarat. ",
"Menurut ulasan dalam artikel saintifik di European Journal of Lipid Science and Technology pada tahun 2008, minyak argan mengandungi lemak cis tidak tepu yang sangat dicadangkan untuk mencegah penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung atau pembuluh darah tersumbat.",
"Kandungan asid oleik dan asid linoleik telah banyak dibuktikan menerusi kajian lepas dalam model haiwan makmal yang berupaya mencegah tahap kolesterol yang tinggi dan bersifat hipotensif (melancarkan peredaran darah dengan menurunkan tekanan darah tinggi).",
"Itulah dia khasiat minyak argan yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat gamat, khasiat peria, dan khasiat kacip fatimah",
"Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
] |
https://bidadari.my/resepi-daging-bakar-dan-sos-homemade/
|
Resepi
Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade (Viral dan Mesti Cuba)
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Daging bakar merupakan hidangan berkhasiat yang sesuai dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja bersama-sama sos homemade. Bau nya yang harum dan wangi serta rasanya yang ‘kaya’ dengan ‘manis’ daging sememangnya mampu untuk menaikkan selera sesiapa pun. Menu ini sangat-sangat sesuailah dengan sesiapa yang nak diet.",
"Cara nak sediakan menu ini pun mudah sangat. Hanya perapkan daging dengan bahan perapan. Lagi lama perap lagi sedap. Terasa perapannya pada daging. Kemudian bakar daging secara perlahan supaya lebih juicy. Sambil-sambil menunggu daging dibakar, bolehlah sediakan sos homemadenya.",
"Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade yang dikongsi oleh Diaz Yushazlina di laman muka buku ini mudah dan sedap. Jadi apa lagi? Jom cuba resepinya. ",
"Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade",
"# daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib (20 hingga 30 minit) dengan api yang perlahan# Untuk daging cepat lembut bila nak masak. Perap semalaman dan hiris halia keping2-keping.. Perap sekali dgn daging.",
"Selain resepi Resepi Daging Bakar dan Sos Homemade ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih. "
] |
https://bidadari.my/ini-senarai-guru-fonik-hebat-wajib-follow-mereka-di-media-sosial/
|
Anak, Featured
Ini Senarai GURU FONIK Hebat. Wajib FOLLOW Mereka Di Media Sosial!
Oleh Faz
|
[
"Kaedah fonik memang terkenal pada masa kini jika ingin mengajar kanak-kanak membaca diawal usia. Kenapa kaedah fonik amat sesuai untuk mengajar si cilik?",
"Menurut kajian yg dijalankan di Universiti Yale, otak membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf (gabungan bunyi) yang dilihat bagi membaca perkataan tersebut.",
"Kaedah fonik itu pula membawa maksud mengajar kanak-kanak membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan. Jadi, jelas kaedah fonik ini sesuai untuk mengajar anak kecil membaca dan selaras dengan fungsi otak manusia itu sendiri.",
"Tambahan lagi, tidak mustahil bagi sesetengah kanak-kanak boleh membaca diawal usia kerana setiap manusia mempunyai kecerdasan, potensi dan kecenderungan sendiri terhadap sesuatu perkara berdasarkan teori yang dibahaskan oleh Howard Gardner tentang Multiple Intelligences (MI).",
"Mereka mungkin dikategorikan sebagai kanak-kanak yang ‘word smart’, kecerdasan linguistik dimana gaya pembelajaran lebih berkesan dalam bentuk penulisan, pembacaan dan percakapan.",
"Namun, pentingnya sebagai ibu bapa, guru, pengasuh untuk mengetahui kaedah yang betul dalam memberi pendedahan literasi awal kepada si kecil agar selaras dengan perkembangan otak mereka.",
"Tiada PAKSAAN dalam mendidik anak membaca. Pastikan mereka telah BERSEDIA untuk memulakannya kerana tahap kesediaan kanak-kanak itu berbeza. Sesi pembelajaran juga perlu dalam suasana yang SERONOK buat mereka.",
"Untuk mengetahui kaedah yang betul dalam mengajar kanak-kanak membaca, kita perlulah ‘berguru’ dengan mereka yang pakar dalam bidang ini dan terlatih melalui kursus-kursus yang dianjurkan.",
"Mari saya kongsikan latar belakang mereka bagi memudahkan ibu bapa dan guru mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dalam mengajar anak membaca terutamanya dengan menggunakan kaedah fonik.",
"1. Puan Nik Eliani Nik Nawi",
"Merupakan penulis dan pengasas Bacalah Anakku & Readeasy Phonics hasil daripada kajian serta pengalaman berkenaan perkembangan intelek kanak-kanak.",
"Pengalaman lebih 20 tahun membesarkan anak-anak sendiri ditambah dengan pengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris selama 7 tahun serta pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan tadika sendiri telah menjadi faktor utama dalam diri beliau merangka satu kaedah yang efektif dalam mengajar anak kecil membaca.",
"Beliau aktif mengendalikan kursus dan bengkel pengajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menggunakan kaedah fonetik kepada guru-guru di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.",
"2. Puan Azlina Nawi @Mofazz Readerz (Lisensi Phonicsmart Skudai, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Setelah mengikuti pelbagai kursus intensif berkaitan Kaedah Mengajar Bacalah Anakku dan Readeasy, Puan Azlina telah dlantik sebagai Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy Readnetwork pada 13 April 2018.",
"Seterusnya dengan bimbingan dan ilmu fonik yang dipelajari, beliau telah membantu lebih 170 orang pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis sehingga kini. Semoga terus sukses!",
"3. Encik Fazli Ghazi @ Mofazz Readerz (Lisensi Phonicsmart Skudai, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Merupakan pengasas bersama Mofazz Readerz Phonicsmart Centre di Skudai, Johor. Pemegang Program Lisensing berdaftar Phonicsmart sejak 1 Mei 2016.",
"Dilantik sebagai Certified Trainer Bacalah Anakku dan Readeasy Readnetwork pada 13 April 2018.",
"Beliau bersama isteri sebagai pengasas bersama Mofazz Readerz juga telah menghadiri kursus sebagai pengusaha Bacalah Anakku Playschool di Readnetwork pada 5-8 Sept 2017.",
"Antara pencapaian En. Fauzi selepas menceburkan diri dalam dunia fonik ini ialah beliau telah membantu lebih 170 orang pelajar yang mempunyai masalah membaca dan menulis sehingga kini.",
"Sebagai seorang pendidik pula, beliau turut memainkan peranan dalam membantu guru Bahasa Melayu memulihkan murid yang tercicir bagi menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah fonik Bacalah Anakku.",
"4. Puan Nur Atikah Ishak @Read Republic Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Jerantut, Pahang, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Beliau telah memulakan karier sebagai Guru Tabika Kemas (2009 – Dec 2017) dan Jurulatih Utama Bahasa Inggeris Kemas Daerah Jerantut (2015-Jun 2017).",
"Dengan berlatar belakangkan dunia pendidikan, beliau telah menggunakan modul Bacalah Anakku dan Readeasy sejak tahun 2012 lagi. Sejak dari itu, beliau mula aktif berkongsi video-video kejayaan anak-anak kecil di tadika membaca di laman sosial.",
"Akhirnya, atas kesungguhan dan usaha berterusan dalam menyebarkan ilmu fonik ini, pada tahun 2017 beliau telah diberi kepercayaan oleh Pihak Readnetwork untuk menjadi Certified Trainer untuk menyebarkan ilmu fonik melalui kursus-kursus anjuran pihak syarikat di seluruh negara.",
"5. Puan Masturah A.Latib @Magic Phonics (Lisensi Phonicsmart Johor Bahru, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Siapa tidak kenal dengan Teacher Mas?, Kelatahnya dalam mendidik anak-anak kecil membaca sangat mencuit hati. Jika tidak kreatif, masakan perkongsian beliau di media sosial sering sahaja menjadi viral oleh netizen.",
"Beliau sangat kreatif dalam menyampaikan ilmu fonik dan sangat gigih dalam memastikan anak-anak prasekolah boleh membaca diawal usia. Semoga Teacher Mas sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ilmu fonik dan mendidik anak bangsa!.",
"6. Puan Rohani Anie Wahab @ Kelas Cepat Baca Cik Ani (Lisensi Phonicsmart Cheras, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Merupakan pemilik, pengurus dan guru di Kelas Cepat Baca Cik Ani Easyphonics Kajang, Selangor.",
"Mula menggunakan Kaedah Fonik Gabung Bunyi Bacalah Anakku dengan mengajar anak sendiri membaca. Hasilnya, dua orang anak beliau telah boleh membaca pada usia 3 tahun lagi.",
"Beliau menyebarkan lagi kebaikan dan manfaat ilmu fonik ini dengan mula mengajar anak-anak jiran dan rakan-rakan terdekat sehinggalah dapat membuka kelas membaca sendiri di rumah. Kelas sentiasa penuh hanya melalui iklan mulut ke mulut dari bekas pelajar dan ibu bapa.",
"Beliau berpegang dengan jelas visinya dalam menyebarkan ilmu fonik ini iaitu,",
"7. Puan Nor Azleen Abd Rahim @Whiztots Cepat Baca (Lisensi Phonicsmart Pasir Gudang, Johor, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy, Bekas Guru Pemulihan Khas KPM)",
"Menetap di Pasir Gudang, Johor.\nPemilik dan pengurus Whiztots Cepat Membaca, Taman Kota Masai Johor.",
"Memulakan Whiztots Cepat Membaca secara sambilan di rumah bermula November 2016 dengan 18 orang pelajar untuk Program Intensif Bacalah Anakku Cuti Sekolah.",
"Kini, Whiztots beroperasi di premis perniagaan sendiri dengan lebih 70 orang pelajar dalam Program Bacalah Anakku dan Readeasy yang dikendalikan oleh 4 orang tutor.",
"Antara kelayakan fonik yang dimiliki beliau ialah:",
"8. Puan Shima Aziz @Miema Heaven Reading Centre (Lisensi Phonicsmart Bangsar, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Merupakan pemilik Miema Heaven Reading Center yang terletak di Bangsar. Telah mendidik ramai kanak-kanak untuk mahir membaca dengan menggunakan kaedah fonik yang dipelajari.",
"Lihat sahaja gambar dan video yang dimuatnaik oleh beliau di media sosial, dimana anak-anak sangat seronok belajar membaca dengn kaedah fonik. Kaedah belajar sambil bermain yang diamalkan telah berjaya menarik minat si kecil untuk mahir membaca. Tahniah!",
"9. Puan Yusfiza Mazni Ishak @Phonics Education Family Yusfiza (Lisensi Phonicsmart Putrajaya, Certified Trainer Bacalah Anakku & Readeasy)",
"Puan Yusfiza merupakan Lisensi bagi Phonicsmart Presint 9, Putrajaya. Aktif dalam menyampaikan ilmu fonik di media sosial melalui video-video sesi pembelajaran bersama anak-anak didik beliau.",
"10. Puan Siti Haryani Mohd @Cahayaku Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Jerantut, Pahang, Guru Pemulihan Khas KPM)",
"Merupakan pemilik Kelas Seronoknya Membaca by Cikgu Yani di Jerantut, Pahang. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan bermula dengan menjadi guru di SK Abai, Kinabatangan, Sabah dan kini menjadi Guru Pemulihan Linus NKRA, SK LKTP Tekam Utara, Jerantut.",
"Memulakan kelas membaca secara sambilan pada awal Januari 2018 setelah melihat kejayaan anak sendiri dan murid pemulihan asli dalam membaca Bahasa Melayu pada tahun 2017.",
"Kini, bercadang akan membuka cawangan kelas membaca di Bandar Pusat Jengka,Pahang tidak lama lagi. Semoga dapat membantu lebih ramai anak-anak yang tidak boleh membaca.",
"11. Puan Nur Hafizah Rahman @GeniusKids Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Bukit Mertajam, P. Pinang)",
"Puan Nur Hafizah menjadi Lisensi Phonicsmart Malaysia pada Ogos 2017. Beliau merupakan pemilik dan pengurus Geniuskids Phonicsmart Reading Centre di Taman Penanti Indah, Bukit Mertajam.",
"Beliau dan rakan-rakan sangat komited dalam membantu anak-anak untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.",
"Pada Disember 2017, beliau telah diberi peluang oleh ReadNetwork menjadi Personal Coaching dalam membantu memberi pendedahan kepada ibu bapa berkenaan Fonik Gabung Bunyi.",
"Bukan setakat itu sahaja, beliau sangat aktif dalam berkongsi Alat Bantu Mengajar(ABM) di Facebook dan turut menjual ABM permainan Dadu dan Bingo untuk membantu cikgu-cikgu dan ibu yang ingin mengajar anak-anak di rumah sambil bermain.",
"12. Puan Nass Zawawi @Nasskidz Reading Centre (Lisensi Phonicsmart Pasir Putih, Kelantan)",
"Pemilik dan pengurus NassKidz Reading Centre, Pasir Puteh Kelantan. Mempunyai pengalaman menjadi tutor Kelas Cepat Membaca di Skudai, Johor selama 2 tahun.",
"Sekaligus telah melebarkan sayap dengan menubuhkan NassKidz Reading Centre bermula bulan April 2018 di premis sendiri dengan 15 orang pelajar untuk Kelas Cepat Membaca Bacalah Anakku.",
"Kini, NassKidz mempunyai 28 orang pelajar dan telah juga berjaya membantu pelajar kelas pemulihan untuk belajar membaca.",
"13. Puan Ema Anuar @PhonicSmart Edukids (Lisensi Phonicsmart Putrajaya)",
"Pemilik dan Pengurus PhonicSmart Edukidz Read di Presint 11, Putrajaya. Memulakan Kelas membaca Edukidz Read pada Disember 2017 secara sambilan di rumah dengan 10 orang pelajar.",
"Kini, Kelas Membaca Edukidz Read telah pun beroperasi di premis perniagaan sendiri dengan pelajar seramai 25 orang untuk Program Bacalah Anakku dan ReadEasy dan dikendalikan oleh 2 orang tutor separuh masa.",
"14. Puan Khadijah Kamaluddin @Aulad Readers (Lisensi Phonicsmart Setia Alam)",
"Puan Khadijah merupakan pemilik dan pengurus Aulad Reader yang terletak di Bandar Setia Alam.",
"Bermula dengan menjual produk pendidikan awal kanak-kanak sejak 2013. Kini telah membuka kelas membaca sejak awal tahun 2018 dan mempunyai lebih 30 orang pelajar dan 2 tutor.",
"15. Puan Siti Zuraidah A Razak @NZ Gen-Phonics Reading Centre (Lisensi Padang Setai, Kedah)",
"Merupakan Pemilik dan Pengurus NZ Gen-Phonic Reading Centre (Kelas Cepat Membaca Taman Lagenda Padang Serai). Beliau mula mengikuti kursus Certified Tutor bagi Program Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan Read Easy pada bulan Ogos 2018.",
"Memulakan Kelas Cepat Membaca secara sambilan di rumah bermula 2018, dengan 10 orang pelajar dan setiap kelas dikendalikan sepenuhnya oleh beliau sebagai Reading Tutor.",
"16. Encik Saini Bolly (Guru Pemulihan Khas KPM), (Certified Trainer Bacalah Anakku & Read Easy)",
"Berasal dari Sarawak, Encik Saini merupakan seorang Guru Pemulihan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.",
"Beliau menggunakan kaedah fonik sejak tahun 2014. Kerap berkongsi aktiviti fonik bersama anak-anak murid di sekolah dan turut mengadakan bengkel intensif di sekitar Sarawak bersama guru-guru fonik yang lain.",
"17. Raja Erniyanti @ BStar Phonicsmart (Lisensi Phonicsmart Kempas, Johor)",
"Pemilik dan Pengurus BStar PhonicSmart yang sebelum ini dikenali sebagai Kelas Cepat Membaca Cikgu Yanti. Merupakan Certified Reading Tutor Bacalah Anakku & ReadEasy, BARE sejak tahun 2017 sehingga kini.",
"Bermula dengan mengenali buku Bacalah Anakku ketika mengajar di sebuah tadika dan mengalami sedikit ‘tekanan’ dengan prestasi murid yang lambat membaca, beliau mula mencari dan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan fonik Bacalah Anakku dan Readeasy yang dianjurkan.",
"Sejurus itu, tertubuhlah Bstar PhonicSmart bermula pada awal tahun 2017 secara sambilan dengan 2 orang anak-anak jiran sahaja. Pada Ogos 2017 sehingga kini BStar PhonicSmart beroperasi sepenuhnya di kediaman sendiri dengan lebih 20 orang pelajar bersama seorang tutor.",
"Beliau juga merupakan Certified Coach BARE dengan mengadakan sesi personal coaching buat ibubapa yang tiada peluang dan ruang untuk ke kursus intensif BARE.",
"18. Puan Hasnizom @Ummi Read 4 Learn (Lisensi Phonicsmart Batu Berendam, Melaka)",
"Merupakan pemilik dan pengurus Ummi Read4Learn Center, Melaka. Mula berkenalan dengan fonik pada hujung tahun 2016 apabila anak pertama ketika itu berumur 5 tahun mempunyai masalah untuk membaca perkataan walaupun sudah menghafal suku kata dengan kaedah mengeja.",
"Setelah mengikuti kursus intensif yang dianjurkan oleh ReadNetwork di Setapak, dalam masa 3 bulan, anak pertama berjaya membaca dengan lancar tanpa perlu mengeja suku kata lagi.",
"Secara tidak langsung, beliau terus jatuh cinta dengan kaedah fonik ini. Puan Hasnizom mula melibatkan diri dengan membuka kelas cepat membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy pada Mei 2017.",
"Satu keseronokan dan kepuasan buat dirinya apabila anak-anak mudah membaca dengan mengikut kaedah fonik. Dengan kaedah yang betul dan tidak mengabaikan fitrah anak yang suka bermain, kaedah fonik yang diajar adalah menggunakan kaedah belajar sambil bermain.",
"Beberapa orang ibu prihatin yang telah mengambil personal coaching dengan beliau untuk mengajar anak di rumah juga telah berjaya mengajar anak mereka sendiri sehingga dapat membaca.",
"Hasil sepanjang setahun lebih penglibatan dengan kelas cepat membaca kaedah fonik gabung bunyi ini, ramai anak yang mempunyai pelbagai masalah dan pelbagai latar belakang telah dapat dibantu untuk menjadi pembaca yang berdikari.",
"Satu analogi bagi kaedah fonik iaitu ibarat sebuah kereta automatik dimana ianya sangat membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk memandu kereta menuju ke sesuatu tempat seperti orang normal.",
"Apatah lagi kalau orang normal sendiri yang memandu kereta automatik, pastilah sangat memudahkan mereka yang memandu. Jadi, mengapa perlu menggunakan kereta manual lagi kalau kereta automatik lebih memudahkan.",
"Begitulah dengan kaedah fonik gabung bunyi, dimana sangat memudahkan semua anak-anak tidak mengira masalah dan latar belakang untuk belajar membaca dengan baik dan menjadi pembaca berdikari.",
"Sumber: Buku Ajar Anak Kecil Membaca Awal oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi dan Encik Othman Ahamad"
] |
https://bidadari.my/khasiat-durian/
|
Petua Tips
23 Khasiat Durian Untuk Kesihatan (Raja Buah Malaysia)
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Jom kenali khasiat durian, yang dikenali sebagai raja buah ini.",
"Durian atau nama saintifiknya Durio zibethinus Murr berasal dari keluarga Bombaceae. Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.",
"Buah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Buah durian kaya dengan karbohidrat, lemak dan protein.",
"Selain itu, buah durian juga mengandung zat-zat lain seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, kalium, magnesium, fosfor, thiamin, riblofavin, omega 3 dan 6. Selain itu durian juga banyak mengandung phytonurient, polyphenol, phytosterol, antioksidan, organosulfur, dan tryptophan.",
"Durian kaya dengan sumber vitamin C. Vitamin C merupakan sumber antioksidan yang baik yang bersifat mencantikkan kulit malah melambatkan proses penuaan kulit.",
"Tambah menarik, menurut hasil kajian daripada sekumpulan penyelidik bersama dari Chile, Poland dan Korea Selatan pada tahun 2011, kandungan antioksidan seperti polifenol, flavonoid, anthosianin dan flavanol adalah meningkat dengan keranuman buah durian.",
"Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi antioksidan tinggi yang mampu mencerahkan kulit.",
"Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.",
"Malah, berdasarkan kajian daripada Jabatan Farmasi di Universiti Jambi, Indonesia, kulit buah durian mengandungi bahan organik yang mempunyai kesan antibakteria, khususnya membasmi bakteri penyebab acne dan masalah kulit seperti bakteria Propionibacterium acne.",
"Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan petua tradisi menggunakan buah durian.",
"Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.",
"Wanita yang sedang dilanda PMS akan lebih mudah marah dan emosional. Emosi mereka tidak dapat dikawal. Mereka menjadi sangat sensitif jika hati dan perasaannya terganggu. Lain kali, kalau anda mengalami PMS, cepat-cepat makan durian.",
"Vitamin B6 yang ada dalam durian membantu memberikan mood baik sekali gus mengurangkan efek PMS.",
"Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan.",
"Selain itu, trypopan yang terdapat dalam durian juga membantu meningkatkan produksi hormon kebahagiaan seperti serotonin, melatonin, dan dopamine.",
"Jadi buah durian dapat bertindak untuk menjadi ubat tekanan secara semulajadi.",
"Kandungan vitamin B1 dalam buah durian juga bermanfaat untuk menaikkan selera makan. Takde selera makan? Jom cari durian.",
"Bagi yang pernah mencuba sambal durian, hal ini turut membuka selera anda, lebih-lebih lagi jika dihidangkan dengan nasi panas!",
"Kandungan riboflavin atau vitamin B2 dalam durian bermanfaat untuk mencegah terjadinya migrain.",
"Kandungan riboflavin yang seimbang membantu proses penguraian oksigen untuk kegunaan tubuh yang lebih baik.",
"Kandungan serat dalam durian adalah sangat tinggi dan membantu organ pencernaan berjalan dengan lebih lancar.",
"Dalam hidangan 100 gram durian, terdapat 9 gram serat dan",
"Bagi mereka yang sentiasa sembelit dan sukar buang air besar, boleh cuba makan buah durian.",
"Dalam satu kajian, 200 pelajar di Twickenham Middlesex School diberi makan durian ketika sarapan, tengahari dan juga waktu rehat.",
"Hasil kajian menunjukkan kandungan kalsium dalam buah durian yang tinggi berjaya membantu pelajar untuk lebih fokus kepada pelajaran.",
"Durian tinggi dengan karbohidrat. 100 gram durian bersamaan 21% karbohidrat. Badan kita memerlukan karbohidrat untuk menghasilkan tenaga.",
"Selain itu, setiap 100 gram hidangan durian akan membekalkan sebanyak 84-185 kcal tenaga.",
"Di dalam buah durian terdapat zat phytonutrient yang berfungsi merencatkan perkembangan sel kanser dalam badan.",
"Kehadiran zat ini akan menyebabkan sel kanser lambat membesar dan tidak dapat merebak.",
"Selain itu, menurut ulasan daripada penyelidik UniSZa Terengganu, kandungan polifenol dalam durian membantu memberi kesan antikanser.",
"13. Mengawal paras kolesterol dalam badan",
"Nutrisi yang bernama organosulfur yang terdapat dalam buah durian berfungsi untuk mengawal paras kolesterol dalam darah.",
"Menarik sekali, menurut analisis, durian mengandungi sifar gram kolestrol.",
"Nutrisi dalam buah durian juga membantu mengurangkan risiko strok.",
"Dengan kandungan mineral dan vitamin yang kaya dalam durian, gejala awal dan simptom risiko strok boleh dikurangkan.",
"Selain mengurangkan risiko strok, buah durian juga mengurangkan gejala diabetes.",
"Kandungan potassium dalam durian dipercayai membantu homeostasis glukosa atau kawal aturan gula dalam darah bagi menjaga tahap gula di paras normal bagi tubuh.",
"Kandungan phytonutrient dalam buah durian membantu meningkatkan imuniti sekali gus melawan bakteria dan virus yang menjadi punca anda mendapat jangkitan.",
"Imuniti yang kuat juga menghalang anda daripada kerap jatuh sakit.",
"Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian.",
"Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.",
"Perasan tak, lepas makan durian badan kita akan terasa panas. Ini kerana dalam durian mempunyai satu bahan yang hampir menyerupai alkohol, contohnya fenol.",
"Sebab tu juga kalau banyak makan durian, kita boleh jadi kemabukan.",
"Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi.",
"Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.",
"20. Menjaga kesihatan sendi dan tulang",
"Kandungan potasium dan kalsium dalam durian sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan sendi dan tulang.",
"Kalsium dalam durian sebanyak 6 gram bagi setiap 100 gram hidangan dan ini setanding dengan kandungan kalsium dalam buah-buahan import lain seperti epal (6 mg).",
"21. Mengawal keseimbangan gula dalam darah",
"Buah durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal. Organosulfur yang terdapat dalam durian merupakan salah satu komponen yang ada di dalam insulin.",
"Fungsinya ialah untuk meningkatkan penyerapan glukosa dan membantu menstabilkan metabolisma gula dalam darah. Ia juga menstabilkan paras gula dalam darah.",
"Selain organosulfur, kandungan mangan dalam durian juga membantu menstabilkan darah.",
"Durian sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah tekenan darah tinggi dan rendah.",
"Kandungan folat dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh atau anemia. Bagi anda penghidap anemia, sila makan durian banyak-banyak.",
"Itulah dia khasiat durian yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda enjoy membaca artikel ini? Anda juga mungkin akan menyukai artikel tentang khasiat petai, khasiat aloe vera dan khasiat tembikai susu",
"Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
] |
https://bidadari.my/resepi-puding-raja/
|
Resepi
Resepi Puding Raja (Citarasa Tradisi Diraja)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Jom cuba resepi puding raja. Berpuding pula kita hari ini. Puding raja merupakan hidangan tradisi orang Pahang. Sejarahnya puding ini dihidangkan untuk keluarga diraja negeri Pahang.",
"Bahan asasnya ialah pisang lemak manis, pisang ini ialah yang terbaik untuk membuat puding raja, susu, buah prun, ceri dan kacang mete. Puding dihiasi dengan jala mas dan dihidangkan dengan sos yang dibuat dari susu.",
"Pada masa kini pula, puding raja popular dihidangkan semasa Ramadan serta menikmati teh petang khas untuk keluarga pada hujung minggu.",
"Mari rasakan kenikmatan puding raja dengan resepi yang dikongsikan oleh Shikin Jaiz di laman Facebook. Resepi sangat sedap yang menggamit selera. Selamat mencuba.",
"Sangat mudah dan menarik bukan? Selamat mencuba. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.",
"Selain resepi puding raja, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya."
] |
https://bidadari.my/bagaimana-untuk-respon-apabila-anak-bersikap-kurang-ajar/
|
Anak, Keluarga
Bagaimana Untuk Respon Apabila Anak Bersikap Kurang Ajar
Oleh Ummu Hatim
|
[
"Anda membawa anak-anak bermain di rumah sepupunya. Separuh hari berlalu, dan anda harus pulang kerana anda mempunyai urusan penting yang harus dilakukan.",
"Anda sudah mengingatkan pada anak-anak, “siap cepat. Lagi 10 minit kita balik”.",
"Anda berharap semuanya berjalan dengan lancar.",
"Menjelang waktu pulang, salah seorang anak mula membuat perangai.",
"“Taknak balik! Saya benci mak!”, katanya sambil menjerit.",
"Darah memuncak naik. Anda menjerit kembali “Berani cakap macam tu dengan mak!”.",
"Dia menyambung, “Saya benci mak! Mak jahat! Semua tak boleh! Semua tak boleh!”.",
"Anda sudah mula geram dan malu pada saudara lain. Anda mengheretnya ke dalam kereta dan bergelut dengannya yang mengamuk dan menendang semua benda.",
"Semestinya sebagai ibu bapa, kita mahu mendidik anak-anak melayan orang lain dengan baik dan penuh hormat.",
"Namun, mendidik mereka haruslah kena pada masanya. Mereka tidak boleh dididik dalam suasana yang tegang seperti dalam situasi yang saya gambarkan tadi.",
"Jadi, bagaimana untuk respon apabila anak anda bersikap kurang ajar?",
"Disini saya kongsikan 7 perkara yang patut anda lakukan apabila keadaan tersebut berlaku selain dari memalukan mereka dengan menengking dan memukul mereka didepan orang lain.",
"Kedengaran mudah tetapi hakikatnya, inilah yang paling sukar kan? Lebih-lebih lagi apabila anak sendiri kurang ajar.",
"Namun, memberi respon yang negatif pada mereka menyebabkan tiada bezanya kita dengan mereka.",
"Ingat, kita adalah ketua di dalam rumah ini. Memimpinlah melalui teladan, bukan dengan paksaan.",
"Tunjukkan contoh yang baik dengan cuba tarik nafas dalam-dalam, dan banyakkan berzikir di dalam hati.",
"#2 Cuba Lihat Dari Sudut Perspektif Anak",
"Fikirkan sejenak, adakah kita juga akan memberikan respon sedemikian sekiranya kita berada ditempatnya?",
"Adakah dia rasa dimalukan dihadapan orang ramai? Adakah dia terlalu penat? Adakah apa yang anda suruh itu sesuatu yang sukar untuk dia lakukan?",
"Hakikatnya, respon anak anda sebenarnya menggambarkan perasaan sebenarnya. Cuma adakalanya, dia tidak mampu menzahirkannya dengan perkataan yang lebih sesuai.",
"#3 Menyelami Dan Fahami Perasaan Anak",
"Bantu anak anda memahami sendiri perasaannya dengan memberi respon yang berbentuk empati.",
"“Umi tahu, memang susah nak balik bila along tengah syok bermain dengan kawan-kawan. Lagipun, bukan selalu jumpa, kan?”",
"Tidak semestinya anda kena bersetuju dengan semua tindakannya. Tetapi sekurang-kurangnya, anda boleh cuba untuk menyelami perasaannya dan cuba buatnya tahu bahawa anda memahami perasaannya.",
"Cuba fikirkan sebentar, apa sebenarnya yang tidak kena. Adakalanya anak terlalu leka bermain dan terlupa untuk makan sehingga mereka akhirnya baru tersedar mereka terlalu lapar atau dahaga.",
"Ada juga yang terlalu penat dan tidak cukup tidur. Kenalpasti punca masalah. Hanya anda mengetahui karekter anak anda.",
"#5 Dengar Apa Yang Dia Luahkan",
"Lebih mudah untuk mengamuk dan marah dalam situasi itu. Tetapi adalah lebih baik sekiranya anda mendengar apa yang dia mahu luahkan.",
"Suruh anak anda bertenang, dan beritahu padanya untuk meluahkan apa yang terbuku dihati.",
"Adakalanya, tidak memberi respon lansung adalah respon yang terbaik – lebih-lebih lagi apabila anda tahu dia berperangai sedemikian akibat terlalu lapar atau penat.",
"Nanti apabila dia sudah bertenang, anda boleh berbincang dengannya mengapa dia bertindak sedemikian dan menerangkan padanya nilai negatif tersebut adalah tidak elok untuk dilakukan.",
"Apabila anak bersikap kurang ajar, semestinya perkara terakhir yang anda lakukan adalah mahu memeluknya. Pasti terasa bagai mahu dirotan-rotan sahaja untuk memuaskan hati anda. Jangan!",
"Api dibalas dengan api akan menyemarakkan lagi api tersebut. Menghukumnya dengan cara yang kasar boleh menyebabkannya lebih menyimpan dendam di dalam hati. Ia tidak akan mengubahnya menjadi insan yang lebih baik.",
"Tahukah anda, ikatan yang kuat adalah perkara yang paling dia perlukan di saat itu. Peluklah dia dan tenangkannya dengan membaca ayat suci al-Quran padanya.",
"Ketepikan ego anda. InshaAllah anda akan dapati anak anda boleh bertenang dengan cepat.",
"Jangan terburu-buru menghukum apabila anak bersikap kurang ajar. Tidak terus menghukum bukan bermakna anda ibu bapa yang dipijak anak atau tidak tegas. Bukan juga bermakna anda bertolak ansur dengan sikap tersebut.",
"Otak yang tenang memudahkan si anak dan anda sendiri menyerap informasi dengan lebih baik.",
"Tugas ibu bapa adalah menghukum anak dengan bertujuan untuk mendidik mereka, bukan untuk membalas perbuatan mereka atau melepaskan geram kita.",
"Walau apa pun, mereka masih anak-anak – individu yang belum mencapai kematangan seperti orang dewasa. Di mana kematangan kita sebagai orang dewasa, jika tidak mampu menahan nafsu dan amarah sendiri?",
"Oleh itu, mendidik dalam keadaan tenang memudahkan lagi proses pembelajaran tersebut.",
"Sebaik sahaja kedua-dua pihak bertenang, bincangkan semula dengannya mengapa dia bertindak sedemikian. Beritahunya perbuatan tersebut adalah tidak elok. Bincang dengannya respon yang lebih baik sekiranya situasi tersebut berlaku lagi.",
"InshaAllah, anak anda akan mudah menerima dan lebih menghormati anda."
] |
https://bidadari.my/resepi-apam-beras-gebu-gebas-yang-cantik/
|
Resepi
Resepi Apam Beras Gebu Gebas Yang Cantik
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Terdapat pelbagai jenis apam yang berbeza bentuk, rupa dan rasa yang popular. Di antaranya adalah apam balik, apam pisang, apam beras, apam berkuah, apam manis dan sebagainya. Tetapi kalau ada sedikit nasi lebihan semalam, nak buat nasi goreng tak lepas, cubalah buat Apam Beras.",
"Apam Beras ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan pemanis mulut untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun. ",
" Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Kartini Ismail Apam Beras sentiasa nampak cantik dan gebu. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak buat itu jadi dengan sempurna. Jom tengok resepi nya. ",
"Ringkas dan mudah kan? Bahan-bahan pun tak banyak perlu disediakan. Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi Apam Beras ini dan resepi kami yang lain ya. "
] |
https://bidadari.my/punca-dan-tips-menangani-anak-yang-suka-menyepak-adiknya/
|
Anak
Punca dan Tips Menangani Anak Yang Suka Menyepak Adiknya
Oleh Dr Rozieta Shaary
|
[
"fashiondujourdaily\n\nYang ini tiada magiknya. Ini adalah suatu yang bersangkut dengan akhlak.",
"Jika anda mendapati anak-anak pada usia ini masih buruk akhlaknya, maka sesuatu perkara perlu anda lakukan walaupun payah.",
"Pertama, walaupun susah muhasabah diri. Cari dan ingat kembali bagaimana cara anda menangani anak ini semasa dia masih kecil, masih di dunia 2 tahunnya. Bila dia mengamuk, memukul orang, mengigit orang, menendang atau menangis minta dibelai, bagaimana cara anda melayan dia?",
"” Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.",
"Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam ‘dunia’ dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun – 3 tahun.”",
"Anak itu masih keliru dan masih duduk di dalam dunia itu.",
"HARAP MEMAHAMI JUGA…bila pada usia 2 tahun itu bila dia menendang tidak dilarang dengan baik dan diberitahu bahawa perbuatan itu tidak baik, ianya juga boleh menyebabkan keadaan ini.",
"Maksudnya ; cara keibubapaan yang terlampau keras tau terlampau lembut tidak ‘bertulang belakang’, boleh menyebabkan keadaan ini.",
"Cuba perhatikan dari mana dia ambil perangai ini. Ada tidak orang dewasa atau kawan-kawan yang melakukan kepadanya atau kepada orang lain, meyepak, menerajang, bercakap kasar dan yang sama dengan itu. Jika ada, maka itulah puncanya.",
"Tidak ditegur dan dibetulkan semasa anak itu berusia 4 tahun ke atas. Kerana pada masa ini, dia sudah boleh memahami dan boleh diterangkan kesan dan natijah.",
"Dia ada masalah yang merundung perasaan dan perbuatan itu adalah ledakan emosinya.",
"Apa Yang Hendak Dibuat Untuk Membetulkan Keadaan Ini?",
"Pertama apa yang anda perlu tahu, anak itu telah mempunyai hati yang tertutup. Tertutup disebabkan oleh luka atau manja yang berlebihan.",
"Oleh itu untuk membuka balik hati ini perlu bersabar dan berstrategi.",
"Ini caranya…Sedutan dari Buku Ibu ‘ Membina Anak-anak Cemerlang’.",
"Apabila anda telah melakukan kesalahan, tiada perbuatan lain yang lebih baik melainkan dengan meminta maaf. Sekiranya anda tahu hati anak anda telah terluka kerana perbuatan anda dan anda sedar anda bersalah, minta maaf daripadanya atas segala kesilapan anda.",
"Saya tahu, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana anda terpaksa menelan ego dan maruah anda. Walau bagaimanapun, sekiranya saya diberikan dua pilihan, iaitu menyebabkan tertutupnya hati dan semangat anak saya atau mengetepikan perasaan ego, saya akan memilih pilihan yang kedua itu.",
"Anak yang telah tertutup semangatnya akan mencetuskan kacau-bilau dan memporak-perandakan kehidupan keluarga anda dengan berbagai-bagai masalah seperti dadah, arak, merokok dan pelbagai masalah lagi.",
"Dr. Gary Smalley di dalam bukunya The Key to Your Child’s Heart memberi anda lima langkah untuk membuka kembali pintu hati anak-anak kita. Saya akan berkongsi dengan anda secara ringkas apa yang tertulis di dalam bukunya.",
"Namun, saya amat mengesyorkan agar anda membaca buku ini kerana buku ini sangat baik sebagai panduan keibubapaan dalam membina hubungan kekeluargaan yang erat dan mantap.",
"Langkah 1 –Jadilah seorang yang lembut hati",
"Gunakan nada suara, bahasa tubuh, dan berkomunikasilah dengan lembut. Biarkan dia merasai dirinya penting kepada anda dan pada masa yang sama anda sedar ada sesuatu yang tidak kena.",
"Akuilah kesakitan di jiwanya dan fahamilah pandangannya tentang bagaimana dia melihat tindakan kasar anda terhadapnya.",
"Langkah 3 – Kenali perbuatan kasar anda",
"Akuilah kesalahan anda. Perkara ini mungkin sesuatu yang sukar, terutama bagi kita yang dibesarkan dengan kepercayaan di mana kita tidak patut mengakui kesalahan-kesalahan kita di hadapan anak-anak kita kerana bimbang dia tidak akan menghormati kita.",
"Sebaliknya, anak-anak akan lebih menghormati kita apabila kita berani mengakui kesalahan kita kerana mereka sedar bahawa seseorang itu lebih budiman sekiranya dia mengaku bahawa dia telah membuat kesilapan.",
"Langkah 4 – Berusaha melakukan sentuhan",
"Sentuhan fizikal ialah satu daripada bahasa kasih sayang yang cukup berkesan. Sentuhlah dengan kelembutan.",
"Walau bagaimanapun, pastikan telah wujud tanda-tanda anak anda telah bersedia untuk menerima sentuhan kasih yang sedemikian. Lebih mudah sekiranya hubungan anda dengan anak anda baik sebelum ini dan sentuhan dan pelukan kasih ialah sesuatu yang lumrah dalam keluarga.",
"Walau bagaimanapun, sekiranya hubungan anda dengan anak anda telah tegang sekian lama, ambillah sedikit masa. Perhatikan tanda-tanda yang dia semakin pulih dan hadirkan diri kepadanya secara perlahan-lahan. Usap dan sentuhlah tangannya dahulu, selain terus mendakapnya. Ini boleh diumpamakan seperti memecahkan dahulu air batu yang wujud yang memisahkan dunia anda dengan dunianya.",
"Mohon kemaafan dengan seikhlas hati dan beri masa kepadanya untuk bertindak balas. Sekiranya dia berdiam diri, ini ialah petunjuk ada sesuatu perkara yang lebih parah. Oleh itu, tanyakan kepadanya perlahan-lahan, apakah wujud masalah yang lebih parah daripada apa yang anda ketahui?",
"Jangan terhenti di situ sahaja dan hanya berkata, “Sekiranya kamu tidak mahu memaafkan, tidak mengapalah, ibu/ayah telah melakukan tanggungjawab ibu/ayah. Sekiranya kamu mahu berdendam, itu pilihan kamu.”",
"Sikap yang sebegini tidak akan membawa keharmonian dalam keluarga dan sebagai ibu bapa, kita yang sepatutnya menjadi contoh. Memohon kemaafan bukanlah bererti kita lemah, tetapi satu petanda bahawa kita seorang yang berhati besar.”",
"Jika setelah anda berlembut dan berusaha membetulkan keadaan tetapi anak anda masih dengan perangai buruknya, di sini anda perlu tegas dan claim your leadership. Anda perlu tegas menghukumnya jika dia berperangai buruk.",
"Kerana ada anak-anak yang menyangka bila ibu bapa mereka meminta maaf, bermaksud mereka selepas itu boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu lakukan termasuk membuli ibu bapa.",
"Oleh itu, berdiri tegap dan bertindak tegas dalam masa yang sama penuh kasih sayang. Itulah yang dinamakan TOUGH LOVE."
] |
https://bidadari.my/ayam-3budak-gemok/
|
Resepi
Resepi Ayam 3 Budak Gemok (Fuh Lazat!!)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Tercari-cari resepi 3 budak gemok? Jom baca perkongsian resepi di bawah.\nSejak kebelakangan ini telah viral resepi ayam ala 3 budak gemok. Ada yang panggil resepi ayam kicap ala 3 budak gemok. Apa yang buat resepi ini jadi tular sangat?",
"Lauk ini bukan sama macam ayam masak kicap biasanya. Rempah dan bahan yang dipakai lebih bermacam-macam sehingganya rasa hidangan ini lebih mengancam. Sesiapa yang tidak sabar boleh terus tengok resepi di bawah dikongsikan oleh ர்.சார்மிளா ராமசாமி di laman Facebook.",
"Sungguh resepi ini amat sedap, dapat pula makan dengan nasi putih panas-panas makin seronok makan. Menu yang tampak simple namun lazat sangat. Tidak hairan ianya jadi tular di enjin gelintar.",
"Resepi Ayam Ala 3 Budak Gemok",
"Sedia dihidang bersama nasi panas. Ok jom makan.",
"Selain ayam 3 budak gemok, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/jarak-umur-anak-yang-ideal/
|
Keluarga
Jarak Umur Anak Yang Ideal Menurut Pakar Parenting
Oleh Dr Rozieta Shaary
|
[
"Nota Editor: Perkara ini merupakan antara soalan popular yang sering ditanya oleh kebanyakkan ibu bapa yang ingin menambah bilangan anak.Jadi di sini kami kongsikan jarak umur anak yang ideal menurut pakar parenting iaitu Ibu Rose.",
"Dari Al-Quran, kita boleh dapati anak-anak digalakkan disusu badankan hingga 2 tahun penuh. Penyusuan badan adalah salah satu cara birth control yang semula jadi.",
"Oleh itu jika kita ambil dari situ; setelah usia anak itu 2 tahun, maka bolehlah untuk merancang anak seorang lagi. Pada ketika ini, kesihatan ibu pun sudah lebih baik. Seorang ibu itu sudah boleh tidur malam yang tidak begitu ternganggu.",
"Ini bermakna, jika bermula dari usia anak itu 2 tahun, anak itu akan mendapat adik usia dia sudah hampir 3 tahun. Pada usia ini, anak itu sudah boleh lebih memahami perasaan dan arahan. Dia juga boleh mengawal gerakan tangan dan kakinya dengan lebih baik.",
"Oleh itu, tidaklah terjadi kes seperti dia berniat untuk membelai adik, terkasar jadi macam nak pukul adik.",
"Dari segi perkembangan otak, bahagian tengah dari 3 bahagian otaknya sudah berkembang. Ini adalah bahagian otak emosinya. Dan bahagian otak tertingginya iaitu otak berfikir sudah mula berkembang. Ini bermaksud, keupayaan berfikir sudah mula terbina.",
"Ini bermakna, anda lebih senang memberi dia faham apa yang dia boleh lakukan kepada adiknya dan apa yang tidak.",
"Dalam masa yang sama kebijaksanaan ibu bapa dan orang di sekelilingnya menyediakan dirinya untuk menerima adiknya adalah juga penting. Sebenarnya, memang ada naluri untuk anak itu cemburu. Perasaan itu datangnya dari ‘keinginan untuk survive’ yang memang wujud dalam diri setiap kita manusia ini.",
"Namun, ibu bapa yang bijak, akan menangani perasaan ini dengan keupayaan mengawal diri – ‘self-control’ pada anak-anak sekecil 3 tahun, dengan limpahan kasih sayang dan penerangan penuh kasih sayang kepada si abang atau si kakak.",
"Anak boleh tidak cemburu, malah akan membantu ibu bapa menjaga adiknya. Tentu ramai diantara anda yang melalui pengalaman indah ini. Sharelah pengalaman anda di sini.",
"Supaya apa yang Ibu katakan di atas ini tidak disalah fahamkan, Ibu nyatakan di sini, bahawa Penyusuan badan adalah SALAH SATU cara birth control yang semula jadi. Namun ada yang mengatakan hanya efektif untuk 6 bulan pertama.",
"Namun, ada yang berjaya ada yang tidak. Sama seperti memakai condom dan ubat perancang. Ada yang efektif, ada yang tidak.",
"Oleh itu anda boleh lakukan bersama itu, other options yang suitable.",
"Namun, jika anak itu hendak lahir juga, dia akan terjadi juga. Kerana kita hanya mampu merancang namun Allahlah Maha Berkuasa. Jika ia berlaku, maka terimalah dengan hati terbuka anugerah itu.",
"Namun, perbincangan kita bukan mengenai cara untuk birth control. Perbincangan kita mengenai jarak anak yang sesuai untuk better handling anank dan kesihatan badan ibu."
] |
https://bidadari.my/resepi-kuih-makmur/
|
Resepi
Resepi Kuih Makmur Lejen (Mudah Amat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Tidak hanya pada hari raya, hari biasa pun kuih makmur sentiasa dicari. Kali ini kami ingin berkongsikan resepi kuih lejen dambaan ramai iaitu resepi kuih makmur.",
"Kuih Makmur popular di Kelantan dan Terengganu. Ialah sejenis kuih kering berbentuk bebola agak bulat diperbuat daripada ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan berintikan kacang tanah goreng, badam dan sebagainya.",
"Kuih makmur menggunakan gula aising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga kadang dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula aising.",
"Fatimah Az Zahra berkongsikan resepi kuih makmur sedap dan mudah di laman Facebook. Tanpa tunggu lama, mari tengok resepinya di bawah ini.",
"Nota : Untuk rasa yang sedap guna susu tepung full-cream/whole milk. Biasa di kedai bakery jual 2 jenis, skim milk/whole milk. Skim milk warnanya lebih pucat daripada whole milk.",
"Selain resepi kuih makmur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-aiskrim-coklat/
|
Resepi
Resepi Aiskrim Coklat (Manis dan Segar)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mencari resepi aiskrim paling mudah? Anda berada di laman web yang tepat. Hari ini kami akan suguhkan untuk anda resepi aiskrim coklat paling senang dan mudah.",
"Resepi aiskrim ini menggunakan bahan Hershey’s Chocolate Syrup sebagai bahan utama perisa coklat. Berganding susu dan coklat, sangat sedap manis memikat. Resepinya sangat senang cuma 5 minit sahaja dapat menghasilkan aiskrim sedap memikat.",
"Para ibu yang ada masa boleh cuba buat aiskrim ini petang-petang untuk anak-anak di rumah. Konfirm anak-anak anda akan sangat suka. Resepi perkongsian ramai daripada Azarimah Ismail di Facebook. Jom buat resepinya.",
"Selain resepi kek batik nestum, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.",
"Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/punca-kerap-kencing/
|
Kesihatan
8 Punca Kerap Kencing Ramai Tak Sedar
Oleh Samsiah Ahmad
|
[
"Anda mungkin biasa membuang air kecil sebanyak 4 hingga 8 kali sehari. Ia mungkin disebabkan anda minum banyak air sebelum itu. ",
"Tapi, jika anda membuang air kecil lebih daripada 10 kali sehari dan tidak rasa puas semasa kencing, mungkin anda sedang menghadapi masalah kencing yang lebih serius. Ini juga mungkin tanda yang anda mempunyai masalah kesihatan yang lain.",
"Contohnya\njika kekerapan membuang air kecil ini disertai dengan demam dan rasa ingin\nkencing dengan segera serta rasa tidak selesa atau sakit pada abdomen, anda mungkin\nmengalami infeksi trek kencing.",
"Inilah masa terbaik untuk anda berjumpa dengan doktor. Bagi memastikan yang anda benar-benar mempunyai masalah kerap kencing dan bukan sekadar kerana minum banyak air, doktor akan bertanya soalan-soalan seperti berikut terlebih dahulu:",
"Masalah\nkerap kencing juga datang dengan simptom-simptom tertentu. Antara\nsimptom-simptom lain yang anda boleh perhatikan dan turut diambil perhatian\noleh doktor ialah;",
"Perkara\nyang turut diberi perhatian juga adalahsejarah perubatan pesakit. Doktor lebih\nmudah mengetahui tentang masalah anda sekiranya mereka jelas dengan sejarah\nperubatan pesakit. Selepas itu, barulah doktor menjalankan ujian yang lain bagi\nmemastikan sekiranya masalah kerap kencing itu ada. Antara ujian yang\ndijalankan ialah;",
"Terdapat banyak sebab yang menjadi punca kepada kekerapan membuang air kecil. Antaranya adalah kerana anda mungkin sedang menghadapi antara masalah kesihatan yang berikut;",
"Jika\nanda kencing pada jumlah banyak yang lebih daripada biasa, anda berkemungkinan sedang\nmengalami simptom awal diabetes jenis 1 atau jenis 2. Anda kerap kencing pada\nmasa ini kerana tubuh anda cuba membuang glukosa yang tidak digunakan menerusi\nair kencing anda.",
"Hamil\nboleh menyebabkan anda lebih kerap membuang air kecil. Dari awal kehamilan,\nuterus yang mengembang memberikan tekanan kepada pundi, lalu menyebabkan anda\nkerap kencing. Menurut kajian, hampir 40% wanita mengalami masalah kerap\nkencing semasa hamil.",
"Prostat\nyang membesar boleh menekan uretra dan menghalang aliran air kencing. Ini\nmenyebabkan dinding pundi merengsa. Pundi mula mengecut walaupun apabila ia\nhanya mengandungi air kencing yang sedikit. Ini menyebabkan anda lebih kerap\nkencing.",
"Keadaan\nyang tidak diketahui puncanya ini digambarkan dengan kesakitan pada bahagian pundi\ndan pelvis. Antara simptomnya ialah kerap membuang air kecil.",
"Ubat\nini digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan pembentukan cecair di\ndalam buah pinggang dan membuang lebihan cecair dari dalam tubuh. Ini\nmenyebabkan mereka kerap kencing.",
"Kerosakan\npada saraf pada pundi boleh membawa kepada masalah fungsi pundi termasuk kerap\nmembuang air kecil.",
"Punca-punca\nlain berlakunya kerap kencing juga termasuk:",
"Kerap\nkencing juga mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing aktif atau OAB.Sebanyak\n64% rakyat Malaysia mengalami masalah pundi kencing aktif. Manakala, jika\ndilihat statistiknya di seluruh dunia, 17% orang dewasa mengalami masalah ini.",
"Penghidap\nOAB menerima rangsangan daripada pundi kencing terlalu cepat walaupun pundi\nkencing masih tidak penuh. Pundi kencingnya akan mengecut secara tidak sedar dan\nboleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran. Ini menyebabkan pesakit kerap\nkencing. Untuk masalah yang lebih serius, pesakit mengalami ketirisan air\nkencing di luar kawalan dan terpaksa memakai pad atau lampin. ",
"Masalah\nkerap kencing boleh diatasi dengan bantuan daripada doktor. Doktor akan\nmembantu pesakit dengan memberikan nasihat dalam mengubah gaya hidup selain\nrawatan perubatan yang bersesuaian.",
"Pesakit\njuga akan diminta untuk menurunkan berat badan sekiranya berat badan mereka yang\nberlebihan menjadi punca kekerapan kencing itu berlaku. Teradapat juga latihan\nfisioterapi kepada sesetengah pesakit bagi mengatasi masalah ini.",
"Jika\nanda tiada masalah kencing pada masa ini, anda pasti mahu mengelakkan masalah\nitu daripada berlaku kepada anda. Ini kerana masalah kerap kencing boleh\nmenjejaskan emosi, mengganggu kerja anda dan urusan harian anda. Ia sekaligus\nmenjadikan anda kehilangan keyakinan diri dalam hubungan anda dengan orang\nlain. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengatasinya daripada merawatinya. Terdapatbeberapa\ncara yang anda bolehlakukan iaitu;",
"Walau apa pun puncanya, masalah kerap kencing adalah masalah yang boleh dirawati. Ini menolak sangkaan sesetengah orang yang menyangkakan bahawa masalah kerap kencing ini tidak dapat diubati. Apa yang penting adalah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai dengan punca berlakunya masalah tersebut.",
"Kami juga menulis artikel lain. Jemput baca artikel seperti punca sakit belakang , punca cyst dan punca senggugut."
] |
https://bidadari.my/salted-egg-spaghetti/
|
Resepi
Resepi Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti (Lezat Sangat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Perkongsian kali ini kami akan membawa anda melawat hidangan western iaitu spaghetti. Ramai juga rakyat Malaysia yang suka makan hidangan asal Italia ini. Adakah anda antara yang suka makan spaghetti?",
"Spaghetti ialah sejenis pasta yang menyerupai mee. Spaghetti memiliki rasa sedap yang nyaman di lidah dan disukai banyak orang. Banyak cara penyajian spaghetti dengan menggunakan pelbagai jenis sos tertentu. Berbagai-bagai sos spaghetti yang terkenal ialah sos Bolognese, carbonara, marinara, agilo olio, sos kerang, puttanesca, sos tomato dan basil, dan bebola daging.",
"Namun kali ini resepi menarik yang dikongsikan oleh Herawati Basri di laman Facebook menuai perhatian ramai. Pasalnya spaghetti resepi ini dimasak dengan spicy salted egg creamy. Dengar macam menarik bukan? Ada creamy dan pedas telur masin dalam spaghetti anda. Adakah anda penasaran resepinya? Jom tengok di bawah.",
"Resepi Spicy Creamy Salted Egg Spaghetti",
"Selain spicy salted egg spaghetti, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/cara-simpan-susu-ibu/
|
Keluarga
Cara Simpan Susu Ibu Yang Terbaik Agar Susu Tahan Lama Dan Tak Mudah Rosak
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Bagi ibu yang memerah susu untuk anak yang tersayang, adalah sangat penting untuk anda mengetahui cara simpan susu ibu dengan betul agar susu perahan kekal segar dan nutrisinya terjamin selain mengelakkannya daripada tidak tahan lama dan cepat rosak. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara simpan susu ibu yang terbaik.",
"Terlebih dahulu, anda perlu tahu apakah senarai alatan yang anda perlukan bagi memudahkan proses memerah dan menyimpan susu ibu. Di antara alatan paling asas yang anda perlukan ialah:",
"Bagaimanakah cara simpan susu ibu dengan betul agar tahan lama, kekal berkhasiat, dan tidak cepat rosak?",
"Untuk memastikan susu perahan anda kekal segar dan tidak dijangkiti kuman dan bakteria, adalah sangat penting untuk anda menyimpan susu perahan dengan cara yang betul. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan:",
"Tips menyimpan susu ibu secara efektif",
"Berikut adalah tips menyimpan susu ibu secara efektif yang boleh anda lakukan bagi memastikan stok susu perahan anda terkawal, mengelakkan pembaziran, dan mengelakkan berakunya kejadian susu perahan anda rosak akibat tamat tempoh dan terpaksa dibuang. Apa yang anda perlu lakukan ialah:",
"Itulah dia info tentang cara simpan susu ibu yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang tips penyusuan susu ibu, masalah penyusuan susu ibu dan cara penyimpanan susu perahan. "
] |
https://bidadari.my/wrap-telur/
|
Resepi
Resepi Wrap Telur (Menu Makan Bersih Untuk Diet)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Salah satu menu makan bersih yang favorit untuk menu diet. Menu sihat berbahan asas telur diwrap dengan sayur, timun dan wrapper. Menu ini amat simple bahan dan penyediaannya.",
"Telur diwrap dengan sayur yang banyak. Jika anda suka banyak sayur, boleh letak banyak salad dan timun. Jika suka boleh letak sos juga. Wrap telur ini boleh dimakan sebagai pengganti makan pagi atau makan malam.",
"Jika ingin diet, pastikan hidangan utama cukup nutrisi, ada karbohidrat ada protein ada fiber. Kurangkan makan/minum gula, minyak, garam dan aji. Jangan lupa senaman juga ya. Resepi dikongsikan oleh Syafiqah Nasuha di laman Facebook.",
"Selain wrap telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/daging-salai-masaklemak/
|
Resepi
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api (GUNA OVEN)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Teringin buat daging salai tapi duduk rumah 25 tingkat? Kalau bakar kayu nanti sampai pulak bomba. Mari-mari siapa yang sudah teringin sangat buat, kami tulis resepi daging salai cara oven yang konfirm tidak berasap.",
"Resepi ini didatangkan dari Farah Wahida Mostaf di laman Facebook. Dengan idea masak daging salai guna oven, semua masalah bakar-bakar selesai. Maka terhasil lah resepi daging salai oven khas untuk pengguna oven sahaja yang mengelakkan bakar-bakar di dalam rumah. Kalau di luar rumah ada kawasan lapang senang boleh bakar dengan arang bukan? Resepi sama sahaja tetapi beza guna oven atau tidak.",
"Lama bakar untuk dapatkan daging masak sekata diperlukan masa 1 jam 30 minit, bergantung oven masing-masing. Daging salai masak lemak cilipadi sesuai untuk jadi lauk makan tengah hari. Makan dengan nasi putih dan ulam. Selamat mencuba.",
"Resepi Daging Salai (Oven) Masak Lemak Cilipadi",
"Selain daging salai masak lemak cili api, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/resepi-roti-pita/
|
Resepi
Resepi Roti Pita Daging (Sedap dan Mudah)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Anda tercari resepi roti pita yang sedap? Kali ini akan kami kongsikan resepi roti pita sedap mudah daripada Mazira Hassan di laman Facebook.",
"Roti pita selalunya menghiasi tapak makanan di pasar malam. Makan roti pita sekeping dua boleh tahan kenyang dari malam sampai ke pagi.",
"Roti pita berbentuk bulat. Apabila dihidang selalunya dipotong setengah seperti poket doraemon. Kemudian diisikan inti ke dalamnya.",
"Roti pita biasanya diisi daging, sayur dan sos ke dalamnya. Ianya jadi tebal, sedap dan mengenyangkan. Isi roti pita menambah kesedapannya.",
"Malas pergi ke pasar malam, boleh buat roti pita di rumah. Selamat mencuba.",
"Selain resepi roti pita, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/petua-hilangkan-fungus-kulit/
|
Kesihatan, Petua Tips
Petua Hilangkan Fungus Kulit Menurut Sains
Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
|
[
"Masalah fungus atau kulat dan jangkitan fungus pada kulit boleh mendatangkan rimas dan mengganggu urusan seharian. Malah, ada jangkitan fungus yang boleh menyebabkan ancaman penyakit berbahaya dan mengakibatkan kematian.",
"Ayuh baca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan fungus kulit dan petua yang boleh diamalkan untuk hilangkan fungus kulit.",
"Fungus atau kulat merupakan organisma hidup yang tidak boleh menghasilkan makanannya sendiri, tidak seperti tumbuh-tumbuhan.",
"Oleh itu, fungus perlu menumpang hos yang mengandungi bahan organik untuk mendapatkan makanan seperti kayu reput, bangkai haiwan atau menumpang mana-mana hos hidupan.",
"Fungus boleh wujud sebagai parasit yang memudaratkan hos yang ditumpangnya atau hidup sebagai organisma hidup bebas yang memerlukan sumber organik sahaja sebagai sumber nutriennya.",
"Berdasarkan laporan para penyelidik dari Insttitut Farmasi SAFE, India pada tahun 2010, jangkitan fungus pada kulit boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu",
"1. Superficial/cutaneous – kehadiran fungus pada permukaan kulit, rambut dan kuku",
"2. Subcutaneous – jangkitan pada tisu di bawah kulit",
"3. Sistemik – mendominasi dan menyebabkan penyakit pada kawasan yang ditumpangnya apabila bertindak sebagai parasit",
"Fungus yang menjangkiti kulit akan menyebabkan”ringworm” atau kurap kerana pembentukan bentuk seperti gegelang “ring.” Kulit akan menjadi berwarna merah, berbentuk seperti cacing yang membuat bulatan dan gatal-gatal.",
"Kurap boleh berlaku melalui sentuhan dan perkongsian barangan peribadi mereka yang sudah dijangkiti fungus ini.",
"Antara jangkitan kurap yang biasa dilihat ialah:",
"Masalah ini adalah disebabkan kehadiran fungus jenis yis, Candida albicans yang menyerang permukaan lidah dan mukus di bahagian pipi.",
"Bentuk tompok putih seperti ‘plak’ yang sering disalah anggap sebagai kurap susu akan muncul.",
"Untuk membezakannya dengan kurap susu yang tidak berbahaya itu, plak jangkitan ini menyebabkan bengkak dan kemerahan di kawasan yang dijangkiti.",
"Penggunaan antibiotik dan steroid yang berlebihan di kawasan mulut telah mengganggu keseimbangan mikrob lalu menyebabkan yis Candida albicans mengambil peluang untuk tumbuh dan merebak dalam mulut.",
"Jangkitan fungus daripada keluarga Candida ini menyerang kawasan punggung terutamanya bagi bayi yang memakai lampin, menyebabkan ruam-ruam yang gatal.",
"Ruam lampin yang tidak hilang selepas 3 hari mungkin merupakan jangkitan candidiasis yang berbahaya.",
"Jangkitan fungus kulit ini boleh berpunca daripada sistem penghadaman melalui air kencing dan najis atau dijangkiti daripada pengasuh yang menguruskan bayi atau pesakit yang memakai lampin.",
"Melalui kulit, fungus tertentu akan memasuki sistem saluran tubuh melalui kapilari darah untuk hidup di dalam sistem tubuh dan mendatangkan penyakit.",
"Antara organ yang menjadi tumpuan fungus setelah memasuki tubuh melalui kulit ialah:",
"Selain mendapatkan khidmat nasihat dan ubatan yang disyorkon doktor perubatan dan ahli farmasi bertauliah, terdapat beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan sebagai petua hilangkan fungus kulit.",
"Menariknya, terdapat penyelidikan saintifik yang dijalankan bagi membuktikan dan menerangkan penemuan ini. Namun, jika masalah fungus kulit ini berlarutan, adalah sangat disarankan untuk berjumpa dengan doktor perubatan terdekat.",
"Artikel ini sekadar menyenaraikan petua tradisional yang diajarkan secara turun-temurun oleh masyarakat kita khususnya.",
"Antara bahan yang boleh dijadikan ekstrak dan disapu pada permukaan kulit sebagai petua hilangkan fungus kulit ialah:",
"Kajian Saintifik Penggunaan Bahan Semula Jadi sebagai Anti Kulat",
"Pada tahun 2012, sekumpulan penyelidik Turki telah menerbitkan penemuan mereka di Turkish Journal of Biology, yang mengkaji 21 bahan yang boleh digunakan dalam bentuk ekstrak untuk menjadi ramuan anti kulat atau bahan hilangkan fungus kulit yang berkesan, antaranya:",
"Sementara itu, penyelidik daripada UTM, Skudai pada tahun 2014 ada mengulas 10 senarai bahan semula jadi yang serimg digunakan dalam perubatan tradisional yang boleh dijadikan alternatif bahan antioksidan, seperti",
"Risiko jangkitan fungus pada kulit boleh dikurangkan sekiranya amalan kebersihan yang betul diamalkan. Antara tips yang boleh dikongsi ialah tidak berkongsi peralatan kebersihan peribadi seperti tuala, berus gigi dan sabun jenis ketul.",
"Sentiasa berkasut atau berselipar terutamanya jika berada di kawasan awam seperti kolam renang. Penggunaan tuala yang kering untuk mengelap badan selepas mandi juga boleh mencegah jangkitan fungus.",
"Manfaat daripada alam semula jadi bukan sahaja dilihat dari aspek masakan untuk menambah rasa dan aroma, malah boleh dijadikan sebagai ramuan petua hilangkan fungus kulit."
] |
https://bidadari.my/ayam-goreng-seringgit/
|
Resepi
Resepi Ayam Goreng Seringgit Garing Diluar Berjus Didalam Rahsia Peniaga
Oleh Rahayu Z
|
[
"Tiada yang mampu tahan godaan ayam goreng seringgit. Jangan pandang sebelah mata, walaupun murah, ayam bajet seringgit selalu jadi favorit ramai sebab ianya sedap, rangup dan berbaloi juga.",
"Sekarang pun makin ramai orang yang jual ayam goreng seringgit di kedai-kedai tepi jalan atau pasar malam. Namun dengan mengesampingkan harga yang murah, anda juga mesti ingin beli ayam goreng seringgit yang sedap punya, rangup, rempah terasa, dan daging ayam yang lembut, betul?",
"Oleh kerana kami tidak ingin anda kecewa, kami datangkan resepi ayam goreng seringgit terus daripada peniaga ayam goreng tersebut. Jangan sangsi jangan bimbang, resepi dijamin seratus peratus sedap kerana cik Murni Rahmat telah membuktikan sendiri dengan jualan dia yang laris manis.",
"Di bawah ini kami ringkaskan untuk anda resepi yang dikongsikan cik Murni di laman Facebook. Ayam goreng yang terhasil memang sedap sangat, rangup, ayam lembut, rempah terasa tidak lebih tidak kurang. Sesuai dijadikan kudapan, malah lebih sedap dari ayam goreng puluh-puluh ringgit. Selamat mencuba.",
"Selain ayam goreng seringgit, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-ayam-panggang-madu/
|
Resepi
Resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam Versi Oven
Oleh Rahayu Z
|
[
"Siapa yang tidak suka makan ayam?!Confirm anda semua menyukai ayam apalagi dimasak dengan resepi yang powerkan. Seperti resepi yang kami kongsikan di bawah ini iaitu resepi ayam panggang madu lada hitam.",
"Hmm, mendengar namanya sahaja sudah membuat orang yang membacanya meneteskan air liur. Yep, ayam panggang memang sangat digemari orang ramai kerana rasanya yang memang sedap sangat. Apalagi ayam panggang madu, satu keluarga mesti suka masakan ini.",
"Rasanya yang tidak terlalu pedas, membuat anak-anak juga menyukai ayam panggang madu lada hitam ini. Resepi yang dikongsikan oleh Rosma Ros di facebook ini sangat mudah dan senang. Ia tidak perlu dibakar namun hanya memakai oven. Tidak perlu ditunggu di dapur. Jimat masa kan.",
"Baiklah, sila mencuba resepi di bawah ini.",
"Resepi Ayam Panggang Madu Lada Hitam Versi Oven",
"Cara Memasak Ayam Panggang Madu Lada Hitam versi Oven",
"Sangat senang dan jimat masa bukan? Sila mencubanya..",
"Selain resepi ayam panggang madu lada hitam versi oven, kami juga telah menulis resepi menarik lainnya. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-cempedak-goreng/
|
Resepi
Resepi Cempedak Goreng (Rangup Sangat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Cempedak goreng rangup, sedap dimakan petang-petang sebagai camilan. Makan sambil layan cerita, berkumpul dengan keluarga. Makan cempedak goreng ditemankan teh o sejuk. Sedap tiada terkata.",
"Cempedak goreng manis dan lazat, ianya juga lembut. Cempedak yang biasa dibuat untuk goreng ialah yang bersaiz kecil-kecil. Jangan tersilap pula membezakan cempedak dengan nangka ya. Nangka lebih besar dan selalunya dimakan macam itu sahaja jika sudah masak ataupun digulai jika masih muda.",
"Adunan tepung untuk cempedak juga tidak boleh sembarang buat. Haruslah adunan tepung goreng yang tepat rasionya untuk menghasilkan cempedak goreng rangup yang garing, lazat dan tidak membosankan untuk dimakan.",
"Resepi cempedak goreng rangup kami hadirkan untuk anda pada perkongsian kali ini. Didatangkan daripada Tuan Adriana Arissa di Facebook. Resepi bancuhan tepung goreng rangup boleh buat untuk goreng ikan, seafood, pisang, ubi, tauhu begedil dan lain-lain. Sentiasa rangup walaupun sejuk.",
"Selain resepi cempedak goreng, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/kenapa-wanita-perlu-belajar-tinggi-tinggi/
|
Keluarga
Kenapa Wanita Perlu Belajar Tinggi-Tinggi?
Oleh Wan Asrul Al-Kalantani
|
[
"Suatu ketika, TIAF didatangi oleh satu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang membawa serta ibubapa mereka, termasuk anak-anak kecil.",
"Seperti biasa, kehadiran mereka bertujuan untuk diagnos dan mendapatkan khidmat rundingcara berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi.",
"Wanita adalah antara tonggak utama keluarga. [UKM]",
"Setelah selesai sesi Diagnos, sang faqir mula disoal oleh ibu kepada pasangan suami isteri ini, yang sang faqir panggil Makcik K. Gaya Makcik K ini tidak ubah seperti gaya seniwati Mariani, dengan gaya bercakap, berjalan dan memandang orang. Dan kelihatan dirinya lebih dominan berbanding suaminya yang pendiam. Makcik K mula menyoal sang faqir.",
"Makcik K : Ustaz umur berapa sekarang?",
"Makcik K : Ooo muda lagi. Dah ada anak?",
"Sang faqir : AlhamduLILLAH, sudah, insyaALLAH Januari tahun depan (2015) nak masuk 4 orang.",
"Makcik K : Boleh tahan. Nie mesti kahwin muda nie. Orang rumah umur berapa?",
"Makcik K : Muda lagi. Rugi je masa, masa muda nielah nak kerja besar, cari duit. Belajar sampai peringkat mana? Kerja apa dia (merujuk kepada isteri sang faqir)? (Makcik K dicuit oleh anak\nperempuannya)",
"Sang faqir : (Dalam hati, sabo je la) AlhamduLILLAH makcik, isteri saya berjawatan besar sekarang, besar dari saya. Kalau ikutkan gaji, memang tak terjangkaulah dengan gaji saya.",
"Makcik K : (Terbuka luas mata) Bagus tu, kerja apa tu? Kalau ikut umur dia, sebaya dengan anak makcik yang tengah sambung belajar sekarang.",
"Sang faqir : Kerja dia memang saya pun tak mampu nak buat. Memang tak terdaya, sebab tu gaji dia tak terjangkau banding dengan gaji saya.",
"Makcik K : Company mana dia kerja? (Anak dan menantu Makcik K mula menunjukkan keadaan yang tidak senang dengan situasi ibu mereka).",
"Sang faqir : Company pun besar makcik, kena urus macam-macam.",
"Makcik K : Bagus tu, muda-muda dah gaji besar, kerja company besar. Kat mana tu? Kot-kot satu company dengan anak makcik.",
"Sang faqir : Company Baitiy Jannatiy.",
"Makcik K : Tak pernah dengar pun, kat mana tu? Melaka juga ke?",
"Sang faqir : Yer, di Melaka je.",
"Makcik K : Dekat ke tempat kerja dia dengan rumah?",
"Sang faqir : Dekat sangat, dalam rumah je pun. (Anak dan menantu Makcik K tergelak, suaminya yang dari tadi diam tanpa reaksi, turut tersenyum)",
"Makcik K : Laa, duk rumah saja. Kenapa dia tak keluar bekerja, kan sekarang bagus kalau orang perempuan bekerjaya. Tengok macam anak saya nie, (menunjukkan kepada anaknya) kerja pensyarah, yang no 3 kerja di petronas. Zaman dah berubah, orang perempuan kena keluar bekerja.",
"Sang faqir : (Sambil senyum ‘cool’, walaupun dalam hati ALLAH saja yang tahu) Beginilah makcik, memang saya tidak galakkan dia bekerja, walaupun tahap pengajian dia memang bagus dan tinggi. Nak tanya anak makcik yang sebaya isteri saya sekarang, masih belajar, dia ambil pinjaman atau bayar sendiri?",
"Makcik K : Ooo yang tu, dia ambil PTPTN. (waktu ini terbayang iklan, PTPTN kan adoo)",
"Sang faqir : Ok, buat pengetahuan makcik, isteri saya dapat pinjaman MARA dulu, habis pengajian dia, pinjaman tu dia tak perlu bayar, bertukar jadi biasiswa. Makcik faham tak maksudnya?",
"Makcik K : Hmm, tak berapa faham.",
"Sang faqir : Maksudnya, dia tak perlu bayar semula pinjaman yang dibuat semasa belajar dulu, pasal pencapaian CGPA dia. Mudahnya makcik, dia cemerlang.",
"Makcik K : Haa, habis tu mesti boleh dapat kerja besar kan? Kenapa tak pergi kerja je (Makcik K tidak puas hati)",
"Sang faqir : Pasal dia belajar tinggi-tingi semata-mata untuk jaga makan minum suami dan jaga pendidikan anak-anak.",
"Makcik K : Saya tak setuju tu, buat apa buang masa lama-lama kat U kalau setakat duduk rumah jaga suami dengan anak? Kan ke buang masa tu.",
"Sang faqir : Makcik, saya pinjam ayat makcik semula, zaman dah berubah. Itulah hakikatnya. Zaman sekarang, sudah tiba masanya kembali kepada asalnya, iaitu tempat orang perempuan di rumah. Maksudnya kepentingan utama orang perempuan di rumah. Belajar tinggi-tinggi tu, tak lain dan bukan semata-mata untuk jadi cikgu, pensyarah, ustazah, professor, doctor, chef dan jurutera kepada anak-anak di rumah.",
"Sebab itu saya bagitahu, gaji saya tidak terjangkau dengan gaji dia, memang saya tak mampu bayar semua tu, pasal tinggi. Tapi lebih tinggi makcik, ialah dia tak pernah minta balasan untuk semua tu, itulah gaji yang saya tak mampu langsung untuk bayar.",
"Makcik K : ( Makcik K terdiam dan hanya menjawab pendek) Dah macam tu, nak buat macam mana, itu dah pilihan dia.",
"Sang faqir : Dan disebabkan pilihan itulah makcik, saya tidak pernah rasa malu isteri saya tidak bekerja, malahan lebih bangga, kerana anak-anak saya bersama-sama JAMINAN masa depan mereka. Jadi, kalau orang tanya saya, kenapa belajar tinggi-tinggi kalau semata-mata hendak duduk di rumah sahaja? Jawab saya mudah makcik, zaman sudah berubah.",
"Dari dulu kaum ibu jadi tonggak dalam keluarga, tulang belakang untuk suami, maka samalah juga sekarang nie. Tapi tak bermaksud yang bekerja tu, tak layan keluarga dengan baik, boleh jadi mereka ada tanggungan besar, itu sudah ketentuan hidup.",
"Sebab itu, saya tidak pernah bimbang anak-anak saya tidak ke sekolah, pasal saya yakin dan tahu, anak-anak saya ada cikgu, prof, doctor dan pensyarah yang terbaik bersama mereka.",
"Makcik K terdiam, ahli keluarga lain khusyuk mendengar bebelan demi bebelan sang faqir. Berbetulan azan Asar sudah berkumandang, maka mereka meminta diri untuk pulang. Makcik K kelihatan seperti tidak puas hati. Anak dan menantu Makcik K memohon maaf pada sang faqir kerana kelakuan ibu mereka.",
"Bagi sang faqir, ianya tiada masalah dan sudah menjadi lali, itu belum makcik-makcik yang ‘kepoh’ di kampung, jadi pertanyaan dan pandangan Makcik K sudah menjadi nasi dan lauk sang faqir hadapi.",
"Sekadar perkongsian kepada yang masih beranggapan bahawa tugas seorang Ibu di rumah hanya sekadar memasak, membasuh baju dan melipat baju. Walaupun pada hakikatnya, sang faqir tidak pernah membenarkan isteri tersayang membasuh dan menjemur pakaian sejak dari awal perkahwinan, kerana itu sudah menjadi tugas sang faqir.",
"Jadi, wahai sekalian suri rumah, berbanggalah kalian dengan ‘pekerjaan’ kalian, kerana tidak semua yang mampu menanggung pekerjaan seperti kalian. Wahai suami kepada suri rumah, berbanggalah dengan isteri kalian, kerana mereka bekerja tanpa gaji, malahan tanpa meminta gaji.",
"Hakikatnya kalian tidak akan mampu membayar gaji mereka, walaupun dengan sekalung rantai berlian Habib Jewels atau sepasang gelang wah chan setiap bulan."
] |
https://bidadari.my/perbezaan-anak-mengadu-dengan-anak-bercerita/
|
Anak
Perbezaan Anak Mengadu Dengan Anak Bercerita
Oleh Dr Rozieta Shaary
|
[
"Ibu ingin kongsi mengenai anak mengadu.",
"Mengadu di sini maksud Ibu ialah mengadu adik jahat ke, kakak garang dan pukul ke. Iaitu satu perbuatan menjatuhkan satu sama lain. Yang boleh membuatkan ibu atau bapa yang baru balik jadi berserabut.",
"Jika anak-anak hendak bercerita perihal apa yang dia lalui seharian sebelum berjumpa dengan anda hari itu, itu BUKANlah dinamakan mengadu. Itu bercerita. Dan SANGAT PENTING anda memberi perhatian kepadanya semasa itu.",
"Kerana sekiranya anda menangguhkan, ia tidak akan datang balik. Selepas itu mereka sudah lupa atau tidak minat hendak berkongsi lagi kerana mereka sudah ada perkara lain yang menarik perhatian mereka.",
"Namun, jika di dalam dia bercerita itu terselit aduan, maka ambillah masa menyatakan kepadanya. Yang ini nanti kakak cakap sekali lagi kat mama ya.",
"Dengan cara itu anda sudah tahu apa yang hendak diadu dan anda boleh khaskan masa mendengarnya nanti.",
"Ibu harap ini membantu anda dari keliru."
] |
https://bidadari.my/cara-menghilangkan-sunburn/
|
Kesihatan
Cara Menghilangkan Sunburn Serta Cara Mengelakkannya
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Bercuti di tepi pantai? Semua orang suka. Memandang air laut yang biru kehijauan, deruan ombak yang mendamaikan dan pasir putih yang membenamkan kaki. Aaarggghhh, semua orang pasti teruja.",
"Kegembiraan bercuti pasti tak kekal lama. Mana taknya, bila balik rumah pening kepala cara nak hilangkan sunburn pada wajah dan tubuh. Pastinya kita tak selesa apabila kulit menjadi merah kehitaman, pedih dan kering.",
"Nak naik kerja atau jumpa kawan-kawan pun segan dibuatnya. Cara yang paling mudah, pakai foundation tebal-tebal. Tahukah anda, sunburn perlu dielakkan dan dirawat? Ramai orang yang memandang ringan perkara ni.",
"Serba tak kena apabila kulit muka terbakar. Solekan pun tak akan kekal lama, tona kulit nampak pelik dan kita juga berasa tak selesa sepanjang masa. Ini ialah berita baik untuk semua yang suka bercuti. Penulis akan kongsikan cara-cara untuk hilangkan sunburn.",
"Tips ni boleh digunakan bagi sesiapa saja yang ada masalah sunburn seperti ingin mengetahui cara menghilangkan sunburn. Mereka yang aktif bersukan di luar, yang bekerja di bawah terik matahari malahan untuk surirumah juga. Jangan ingat duduk dalam rumah, anda bebas sepenuhnya daripada sunburn.",
"Sebelum itu, mari kita mengambil tahu sebab berlakunya sunburn pada kulit wajah dan tubuh. Sunburn terjadi akibat selaran matahari akibat terdedah kepada pancaran matahari dalam tempoh yang lama.",
"Jika kerap terdedah kepada cahaya matahari tanpa krim pelindung sinaran radiasi (UV), ia akan meningkatkan risiko kerosakan kulit dan penyakit tertentu. Antaranya ialah jangkitan, kulit mengalami penuaan pramatang, jeragat, kanser kulit dan kerosakan mata.",
"Radiasi ultraviolet ni akan menyebabkan kulit menjadi merah, sedikit bengkak, gatal, kering dan mungkin kesakitan pada otot. Selepas beberapa hari, kulit juga akan mula mengelupas.",
"Bagi kes yang lebih teruk kulit akan menjadi bengkak yang sakit apabila disentuh, demam, loya dan sakit kepala. Ada juga orang yang mengalami lemah badan dan berasa seram sejuk.",
"#1 Pastikan Pakai Krim Pelindung UV",
"Sebelum keluar dari rumah, pastikan anda menggunakan krim pelindung sinaran matahari. Walaupun anda mengenakan solekan yang tebal, ia tetap tidak akan menghalang sinar UV daripada menembusi kulit. Malahan, anda digalakkan memakainya walaupun tak keluar rumah.",
"Terdapat 2 jenis krim pelindung kulit iaitu sunscreen dan sunblock. Ramai yang keliru tentang kedua-dua krim ni. Sebenarnya, fungsi kedua-duanya tak sama.",
"Sunscreen berfungsi untuk menyerap sinaran UV kerana sinaran matahari membekalkan vitamin D. Pada masa yang sama, ia juga mengehadkan jumlah sinaran UV untuk menyerap pada kulit.",
"Manakala, sunblock pula menghalang sinaran UV sampai ke kulit. Biasanya kita akan mencari krim sumblock atau produk wajah yang mempunyai Sun Protection Factor (SPF) yang tinggi.",
"SPF digunakan untuk menganggarkan jumlah sinaran UV untuk melindungi kulit kita. Bagaimana kita nak tahu sama ada SPF tersebut benar-benar berkesan?",
"Jumlah SPF x Masa (untuk kulit terbakar tanpa perlindungan) = Masa (untuk kulit terbakar dengan perlindungan)",
"SPF 50 x 10 minit = 500 minit kulit akan dilindungi",
"#2 Pakai Minyak Bayi atau Minyak Zaitun",
"Sapukan dengan tipis beberapa titik minyak bayi atau minyak zaitun sebelum menyapu krim pelindung. Ia dapat mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan akibat pancaran matahari yang kuat. Boleh juga gunakan losyen pelembap.",
"Jika anda bercadang untuk berkelah di tepi pantai atau membuat aktiviti luar seperti hiking dan sebagainya, elakkan mengenakan solekan. Walaupun ada alat solekan yang mempunyai SPF seperti foundation, bedak dan sebagainya, ia akan merumitkan keadaan.",
"Bayangkan dengan wajah yang terbakar dan sakit, anda perlu pula menanggalkan solekan. Tugas tu bukan mudah. Beberapa langkah perlu dibuat agar solekan benar-benar tertanggal. Ini akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih sensitif.",
"Apabila anda terdedah terlalu lama di luar, cepat-cepat buat langkah pencegahan di bawah untuk mengelakkan kulit menjadi semakin teruk.",
"#1 Segarkan Tubuh dengan Air Sejuk",
"Segera mandi atau berendam di dalam air sejuk. Jangan sesekali gunakan pemanas air. Ia akan membuat kulit menjadi semakin kering.",
"Jika bahagian muka terbakar teruk, gunakan mask kosong yang direndam dengan air sejuk. Kemudian letakkan pada wajah. Mask kosong ni boleh dibeli di Daiso, Watson dan sebagainya. Ia hanyalah tisu kosong yang tak mempunyai sebarang bahan di dalamnya.",
"Anda juga boleh gunakan tisu biasa, sapu tangan, tuala muka dan sebagainya. Jika tangan dan kaki anda mengalami sunburn yang teruk, boleh gunakan selimut yang dibasahkan untuk menutup tubuh.",
"Anda perlu menggunakan krim atau losyen pelembap sebelum dan selepas terkena sunburn. Ia dapat melegakan kulit muka daripada merekah dan mengelupas.",
"Kesan sunburn akan menyebabkan kulit menjadi kering. Oleh itu, minum air yang banyak untuk membantu menghidrasi kulit.",
"Jika kulit menjadi melepuh, jangan pecahkannya. Anda perlu segera ke klinik atau hospital. Dikhuatiri bahagian yang luka tu akan dijangkiti bakteria dan masalah menjadi lebih teruk.",
"Jangan gunakan mentega atau marjerin, putih telur dan jeli petroleum atau apa-apa produk berasaskan minyak pada kulit. Apabila kulit mengalami sunburn, penggunaan bahan berasaskan minyak akan lebih sukar dibersihkan dan meninggalkan kotoran pada kulit.",
"Bahan semula jadi dalam aloe vera ni terbukti boleh merawat dan menyembuhkan sunburn. Ia juga dapat melembapkan kulit muka dengan berkesan. Rajinkan diri menyapu lendiran aloe vera sehingga kulit menjadi seperti sediakala.",
"Diharapkan dengan perkongsian ni, para pembaca Bidadari.my mendapat info dan tips untuk mengelak dan merawat sunburn. Jika kita mengambil langkah pencegahan dan rawatan yang sepatutnya, tempoh masa untuk sunburn hilang juga cepat.",
"Jangan lupa kongsikan artikel ni dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Kalau ada tips yang lain, boleh juga maklumkan kepada kami. Semoga tips cara menghilangkan sunburn ini membantu. Jemput juga baca scub muka terbaik sunblock terbaik dan cara penjagaan kulit muka artis Korea"
] |
https://bidadari.my/resepi-makaroni-goreng-daging/
|
Resepi
Resepi Makaroni Goreng Daging (Sesuai untuk Semua!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Resepi kali ini adalah resepi makaroni goreng daging. Resepi ini amat sesuai untuk dijadikan hidangan bila bila masa. Selain itu, bukan orang dewasa sahaja menggemarinya, malahan, kanak – kanak juga boleh makan. ",
"Resepi ini tidak pedas sangat dan mudah untuk disediakan. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan di majlis keramaian. Makaroni daging ini juga boleh dijadikan bekal ke sekolah buat anak anak. ",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Hazwani Mohamed Shadli. Kata beliau, resepi ini boleh jadikan daging lebih juicy. Wah tak sabar mendengarnya. Jom kita lihat!",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya! "
] |
https://bidadari.my/vitamin-untuk-mata/
|
Keluarga
15 Vitamin Untuk Mata Terbaik Digunakan
Oleh zulrina
|
[
"Pasti ramai percaya bahawa kekurangan vitamin akan menyebabkan pelbagai gangguan organ penglihatan. Namun dengan pengambilan vitamin kompleks multi-komponen untuk mata, anda dapat memperbaiki masalah mata anda. ",
"Apakah vitamin terbaik untuk mata? Jom kami kongsikan 15 vitamin untuk mata terbaik digunakan.",
"Active Doppelherz adalah vitamin yang berfungsi meningkatkan trofisme bola mata. Setiap kapsul mengandungi serbuk blueberry, suspensi lutein, zink oksida, vitamin A mata dan bioflavonoid.",
"Bioflavonoid adalah buah lemon yang mengandungi hesperin untuk meningkatkan aliran mikro dan aliran keluar vena. Untuk pengetahuan anda, golongan dewasa disyorkan untuk mengambil satu kapsul sekali sehari, selama satu atau dua bulan.",
"Superoptic adalah kompleks vitamin lengkap yang mengandungi lutein dan zeaxanthin, vitamin dan unsur seperti zink, selenium dan tembaga, suplemen mangan, vitamin B. ",
"Vitamin untuk mata ini sesuai diambil oleh orang yang berusia lebih dari 40 tahun dan mereka yang memandu lama, membaca serta bekerja dengan komputer. Cara pengambilannya adalah satu kapsul sehari selepas makan. ",
"Okuvayt Forte adalah kompleks vitamin dan mineral untuk mata yang mengandungi lutein, vitamin antioksidan kumpulan C, E dan zat yang bermanfaat. ",
"Dengan pengambilan vitamin untuk mata terbaik ini, kelebihannya adalah ia dapat mengukuhkan saluran fundus. Selain itu, vitamin ini juga bertidak sebagai pencegah gangguan mata yang berkaitan dengan usia dan juga anti-radang.",
"Strikes forte disebut sebagai vitamin yang dapat memulihkan trofisme optik dan mengandungi beta-karoten serta ekstrak blueberry kering. ",
"Sebagai tambahan kepada bahan aktif ini, ia juga mengandungi asid askorbik, vitamin E, selenium dan lutein. Bagi orang dewasa, pengambilannya adalah dari 1 hingga 2 tablet sehari, selepas makan selama 1 hingga 3 bulan.",
"Ophthalmo Complivit adalah vitamin yang disyorkan untuk orang berusia lebih dari 18 tahun untuk meningkatkan penglihatan. Menurut pakar, vitamin ini sesuai untuk menjaga kesihatan seperti rabun dan sebagainya. Bagi wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak disyorkan pengambilan vitamin ini.",
"Vitalux Plus Alcon adalah vitamin tambahan yang dihasilkan oleh Alcon dalam bentuk tablet. Keistimewaannya adalah ianya kaya dengan nutrien dan mengandungi semua elemen penting untuk meningkatkan penglihatan.",
"Kandungan terbaik vitamin ini adalah seperti lutein, vitamin B, A, C, E, K1, minyak ikan dan banyak lagi. Satu pek mengandungi 28 tablet dan perlu dimakan 2 biji tablet sehari.",
"Blueberry Forte Evalar adalah salah satu vitamin yang paling popular untuk mata dan terbukti dengan baik dalam rawatan dan pencegahan penyakit oftalmologi. Ia diperkaya dengan vitamin dan zink yang baik untuk penglihatan dan dapat melindungi mata dari kegatalan dan keletihan.",
"Focus Forte pula adalah sejenis vitamin yang mengandungi lutein, ekstrak buah blueberry, zink, zeaxanthin dan banyak bahan yang bermanfaat. Anthocyanin bertujuan untuk menguatkan mata manakala Lutein pula dapat mencegah jangkitan lensa, mengurangkan risiko kemerosotan dan kemusnahan retina. ",
"Cara pengambilannya adalah satu tablet sehari dan tidak melebihi dua bulan. Vitamin ini amat sesuai untuk kanak-kanak berumur lebih dari 14 tahun dan orang dewasa.",
"Tahukah anda, Ascorutin adalah salah satu ubat tertua untuk menjaga kesihatan mata. Ia dapat memulihkan tisu mata yang rosak dan memperbaiki peredaran darah kepada mata. ",
"Selain itu, vitamin untuk mata yang terbaik ini juga dapat mengurangkan lebam di bawah mata dan meningkatkan pengeluaran kolagen. Setiap pek mengandungi 50 tablet dan mesti diambil dua kali sehari.",
"Vitamin dalam bentuk titis ini terbukti dapat mengurangkan mata kering, menghilangkan rasa terbakar dan kerengsaan. Gabungan asid hyaluronik dan hidroksipropilguara ini justeru membantu membentuk pelincir seperti gel cair di permukaan mata, yang tidak mengering untuk jangka masa yang panjang. Pada masa yang sama, ia juga dapat melembabkan mata anda.",
"Tauphon pula adalah vitamin yang mengandungi Taurine. Taurine adalah asid amino yang mengandungi sulfur dan merupakan produk metabolisme dalam badan. ",
"Khasiatnya diketahui dapat merangsang pembaikan pelbagai tisu, meningkatkan metabolisme tenaga, melambatkan proses distrofi dan menyumbang kepada normalisasi fungsi membran sel.",
"Caranya mudah sahaja dimana anda perlu menggunakan satu hingga dua titis vitamin ini 4 kali sehari selama tiga bulan. Ia sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti katarak. Setiap botol Taufon mengandungi 10 ml vitamin.",
"Katahrom dihasilkan untuk mereka yang lebih tua dan golongan berumur. Khasiatnya juga dapat mencegah perkembangan penyakit, mengurangkan simptom dan menenangkan mata. ",
"Ubat ini mempunyai kesan positif pada keradangan yang tidak berkaitan dengan jangkitan pada mata. Dengan penggunaan biasa, vitamin untuk mata yang terbaik ini berfungsi mencegah pertumbuhan katarak.",
"Vitamin bayi Alfivit pula direka khas untuk kanak-kanak sehingga tiga tahun. Dengan pengambilannya, ia dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dan dapat mencegah beberapa penyakit, termasuklah penyakit mata.",
"Vision Vitrum dianggap sebagai salah satu vitamin khas yang dapat meningkatkan penglihatan dan memelihara fungsi struktur ruang anterior mata. Anterior mata berfungsi mengalirkan cahaya dan retina. ",
"Vitamin untuk mata ini digunakan pada orang yang bekerja dalam kondisi cahaya rendah, pada usia tua, berisiko katarak, diabetes dan sebagainya. Selain itu, ia juga digunakan pada orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih dari 12 tahun dan pengambilannya adalah satu biji untuk dua kali sehari.",
"Children’s Lutein Complex adalah versi yang diubahsuai dari produk yang sama bagi orang dewasa yang mengandungi vitamin seperti zink, lutein, antosianin, zeaxanthin, dan likopen. ",
"Ia ditujukan khas untuk kanak-kanak yang berusia 7 hingga 11 tahun dan untuk orang dewasa. Children’s Lutein Complex ini mengandungi ekstrak buah blueberry dan manfaatnya adalah dapat mengurangkan risiko terkena penyakit mata pada kanak-kanak. ",
"Itulah antara vitamin untuk mata terbaik digunakan. Jom baca juga Sunbock terbaik, moisturizer terbaik, serum terbaik dan hadiah untuk suami.",
"Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my."
] |
https://bidadari.my/kisah-imam-hanafi-dengan-sepatu-kayu-2/
|
Rohani
Kisah Imam Hanafi Dengan Sepatu Kayu
Oleh Hasnan Kasan
|
[
"Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan Abu Hanifah, atau popular disebut Imam Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.",
"“Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir.”",
"Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.",
"“Bolehkah saya tahu namamu, tuan?”, tanya si anak kecil.",
"“Jadi, tuan lah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Imam Al-A’dhom (Imam Agung) itu..?”, tanya si anak kecil.",
"“Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku.”",
"“Wahai Imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran.”",
"“Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaran mu itu dapat menjerumuskan mu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya.”",
"Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.",
"Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan, tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan"
] |
https://bidadari.my/biodata-al-khawarizmi/
|
Keluarga, Rohani
Al-Khawarizmi; Sumbangannya yang Menarik
Oleh Rabiatul Adaweeyah Othman
|
[
"Ayuh kenali al-Khawarizmi dan sumbangannya yang menarik.",
"Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al- Khawarizmi atau Abu Ja’far Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi atau kini dikenali sebagai Khiwa (Khiva) Uzbekistan. Gelaran Al-Khawarizmi diberikan kepadanya bersempena nama tempat kelahirannya iaitu, Khawarizm yang terletak di selatan Laut Aral.",
"Beliau juga dikenali dengan nama Abu Abdullah dan di barat, juga terkenal sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa nama lain lagi.",
"Al-Khawarizmi meninggal dunia pada tahun 840M dan sesetengah sumber yang mengatakan sekitar tahun 850M.",
"Beliau muncul sebagai tokoh ilmuan matematik paling cemerlang semasa kekhalifahan Bani Abassiyah. Al-Khawarizmi juga pernah diamanahkan sebagai pustakawan sewaktu bekerja di Bayt al-Hikmah (House of Wisdom) di Baghdad dan bertanggungjawab mengumpul dan menterjemah buku-buku Yunani ke dalam bahasa Arab. Sehinggalah beliau mendapat kepercayaan memimpin perpustakaan khalifah.",
"Al-Khawarizmi seterusnya menjadi tokoh yang paling tersohor bukan sahaja dalam ilmu matematik, tetapi juga dalam bidang astronomi dan geografi. Beliau juga sangat berpengetahuan luas dalam bidang sejarah Islam, kejuruteraan, aritmetik, falsafah, geometri, logik, muzik, dan kimia.",
"Bahkan beliau turut digelar sebagai ‘Bapa Algebra’ yang sangat berpengaruh ketika itu sehingga berzaman, bahkan sehingga kini.",
"Antara keperibadian yang terpuji al-Khawarizmi yang turut diakui oleh kebanyakan sarjana Barat seperti Wiedmann dan G.Sarton. Antaranya;",
"Al-Khawarizmi memulakan persekolah rendah seawal usia 6 tahun, selain membaca dan menulis beliau turut menghafaz al-Quran dan mempelajari ilmu syariah. Sejak kecil lagi al-Khawrizmi sangat meminati bidang matematik, algebra, dan geometrid dan sastera.",
"Sehingalah beliau mempelajari bidang matematik dengan lebih mendalam dan ilmunya itu diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah.",
"Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmum pula, al-Khawarizmi dilantik sebgai sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah buku-buku di Perpustakaan Baitul Hikmah tersebut. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.",
"Al-Khawarizmi banyak mengahsilkan karya dalam pelbagai bidang selain Matematik. Antara karya beliau yang terkenal ialah :",
"Buku ini menyatakan bahawa beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.",
"Dalam buku ini beliau telah menunjukkan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian dikemukakan oleh Neo Babylian dan telah dibuktikan kebenarannya oleh Al-Khawarizmi.",
"Buku ini diterjemahkan dalam bahasa latin sebagai ‘De Numero Indorum’. Melalui buku ini beliau telah memperkenalkan konsep sifar dan kaedah penggunaannya.",
"Karya beliau ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.",
"Karya mengenai algebra ini dihasilkan pada tahun 820M.",
"Nama ‘algebra’ telah diinspirasikan daripada karya ini.",
"Penutup: Al-Khawarizmi, ilmuan Matematik yang dibanggakan oleh Islam dan disegani dunia. ",
"Terbukti bahawa al-Khawarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang bijak serta berpengetahuan luas, bukan sahaja dalam bidang matematik tetapi dalam bidang-bidang lain juga.",
"Segala ilmu dan penemuan serta karya al-Khawarizmi bukan sahaja termasyur semasa zamannya sahaja, tetapi sehingga kini masih dipelajari dan dirujuk sebagai ilmu penting, termasuklah di negara-negara barat yang menghargai kehebatan ilmuan Islam ini.",
"Al-Khawarizmi bukan sahaja kebanggaan umat Islam, tetapi beliau adalah permata yang begitu sukar ditemui lagi dalam dunia moden ini, semoga lebih ramai anak muda Islam yang menjadikan beliau sebagai idola dalam mengembalikan semula kegemilangan matematik Islam di mata dunia.",
"Jika anda menyukai artikel ini, pasti anda juga menyukai perkongsian kami yang lain tentang; 3 Tokoh Islam Yang Hebat (Jom Didik Anak Jadi Seperti Mereka)"
] |
https://bidadari.my/khasiat-air-barli/
|
Kesihatan
10 Khasiat Air Barli Buat Orang Ketagih, Bersama Resepi Viral Air Barli Homemade
Oleh hannani
|
[
"Air barli memang antara minuman yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Malah kebanyakan kedai atau restoran di luar sana kini banyak menyediakan menu air barli atas permintaan yang mengalakkan. Bukan sahaja kerana rasanya yang unik, khasiat air barli sangat lengkap untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang. ",
"Barli adalah sejenis bijirin yang didapatkan daripada pokok padi-padian. Nama lain bagi barli adalah padi belanda atau juga dikenali secara saintifik sebagai Hordeum vulgare. ",
"Yang selalu kita jumpa di pasaran itu namanya beras barli. Ia berasal dari beras yang telah dibuang kulit luar (sekam) dan bahagian brannya. Khasiatnya air barli memang sangat banyak. Air barli sendiri sedap diminum dalam keadaan sejuk mahupun panas. ",
"Bila sebut pasal barli, kita pastinya tidak melupakan topik untuk menguji sama ada barli mendatangkan manfaat yang lebih besar kepada manusia berbanding nasi. Perbandingan yang paling dekat dengan barli adalah beras perang.",
"Barli dan beras perang, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika anda sedang mengelak dari gluten, beras perang adalah pilihan yang tepat kerana barli mempunyai gluten. ",
"Dari segi folik asid, dan vitamin E, ia banyak ditemukan dalam beras perang. Namun barli sangat tinggi fiber dan kalsium untuk tubuh badan kita. ",
"Khasiat air barli bermula dari kepelbagaian nutrisi yang ada padanya. Setiap 100gram bijiran barli yang telah dimasak, berikut adalah kandungan nutrisi yang terkandung:",
"Dari konteks kadar kalori pula, setiap 100gram barli adalah bersamaan dengan 123kcl. Di mana kadar ini sangat tinggi oleh kerana kandungan karbohidratnya yang baik. ",
"2. Mengurangkan rasa lapar dan bantu menurunkan berat badan",
"Minum barli mudah rasa kenyang? Memang betullah kenyataan itu. Hal ini kerana, kandungan serat dalam air barli yang tidak ditapis boleh membantu penghadaman dan menjadikannya lebih teratur. ",
"Kesannya, kita akan berasa kenyang lebih lama berbanding biasa. Sudahlah kalori yang sedikit, karbohidrat sebagai pembekal tenaganya pula tinggi. Memang patut pun perut kita terasa cepat kenyang dan badan cepat bertenaga. ",
"The Mayo Clinic sendiri mencadangkan barli dalam diet pemakanan kerana ia adalah sumber fiber yang boleh larut. Barli mempunyai jumlah serat yang sangat tinggi bagus untuk pencernaan. ",
"Badan kita justeru memang sangat memerlukan serat untuk proses penghadaman bagi memindahkan makanan melalui perut dan keluar dari usus. Menariknya, setiap kali kita minum air barli yang tidak ditapis, ia akan menambah komponen penghidratan kepada kepekatan serat yang tinggi.",
"4. Mengelakkan dari masalah batu karang",
"Khasiat air barli yang ramai orang tidak tahu adalah ia membantu dalam memberi keseimbangan pH dalam tubuh badan kita dengan menjadikan ia alkali. ",
"Justeri, air barli bukan sahaja boleh menghancurkan batu karang malah menghentikan terus pembentukan batu karang. ",
"Khasiat air barli selanjutnya adalah menjadi solusi untuk merendahkan tahap kolestrol. Bahan kimia dalam barli iaitu tocols didapati dapat menekan kolesterol LDL dan menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular yang lebih baik secara keseluruhan. ",
"Menurut kajian, sumber antioksidan dalam air barli dapat menghilang radikal bebas, yang boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang dirasai jantung kita daripada terdedah kepada toksin. ",
"Air barli telah diuji kebolehannya dalam menngawal gula dalam darah. Minuman air barli tanpa manisan tambahan akan membuatkan gula dalam darah kita turun secara mendadak. ",
"Bukan itu sahaja, malah air barli membantu dalam mengurangkan kesan teruk diabetes.",
"Kanser kolon atau kanser usus adalah kanser yang menyerang bahagian kolon, usus dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).",
"Ia secara umumnya bermula dari polip, iaitu bonjol kecil pada permukaan dalam usus yang kebanyakannya tidak berbahaya. Namun apabila terus dibiarkan berpotensi untuk membesar dan menjadi kanser.",
"Fiber dalam air barli dikatakan mampu untuk melindungi kolon dengan membuang toksin yang tidak disingkirkan semasa penghadaman biasa. Di luar serat yang terkandung di dalamnya, barli juga mempunyai asid ferulik yang sebenarnya boleh menghalang tumor daripada membesar. ",
"Bagi yang menghidap darah tinggi, tekanan darah memang menjadi perkara utama yang buat kepala runsing. Kadang kita jadi keliru dengan diet pemakanan sendiri untuk pastikan tekanan darah sentiasa dalam keadaan normal dan baik.",
"Jangan risau, kajian mengatakan air barli mempunyai kandungan serat larut seperti beta-glucan untuk menurunkan tekanan darah menjadi normal. ",
"Serat larut ini berfungsi dalam menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik. Justeru, pengambilan air barli dapat membantu dalam menangani masalah darah tinggi. ",
"Khasiat air barli bukan sahaja pada kandungan vitamin dan mineral yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. ",
"Malah fungsi prebiotik pada setiap bijiran barli sangat berupaya dalam menguatkan sistem imun bagi seseorang sehingga membolehkan ia melawan penyakit dengan mudah.",
"Resepi air bali viral untuk kesihatan wanita",
"Berikut adalah resepi air barli yang mudah untuk dibuat sendiri di rumah.",
"Jika air barli tidak habis diminum, boleh simpankannya dalam peti ais. Bagi mengelakkan barli terlalu kembang, anda boleh asingkan baji barli dengan air rebusan tersebut. Sebelum minum, jangan lupa panaskan dahulu agar lebih sedap!",
"Selain dari khasiat air barli ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:"
] |
https://bidadari.my/resepi-apam-nasi/
|
Resepi
Resepi Apam Nasi Gebu (Senang Sangat Buat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Nak kami kongsikan resepi apam nasi yang gebu?",
"Anda di rumah mesti pernah punya masalah apabila nasi yang dimasak tidak habis dimakan. Hujung-hujungnya nasi jadi sejuk, kalau dibiarkan lama-lama boleh jadi basi. Nasi lebih selalu orang buat jadi nasi goreng. Lama-lama bosan pula makan nasi goreng.",
"Maka itu, jika anda punya nasi lebih sebaiknya jangan dibuang kerana kami menyediakan satu resepi untuk anda menghadapi permasalahan ini, di mana nasi lebih boleh dibuat jadi apam gebu. Dengan mengikuti resepi daripada Achik Ita Jsd Kelantan di Facebook. Anda boleh merubah nasi sejuk menjadi apam yang sedap.",
"Resepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.",
"Apam nasi sedap dimakan sebagai camilan pagi mahupun petang. Boleh juga anda jadikan menu untuk jualan. Untuk mendapatkan apam nasi gebu dan sedap, sila ikuti resepi di bawah ini.",
"✔ 2 cawan nasi blend dengan 3 cawan air.\n✔ 3 cawan tepung beras.\n✔ 1 cawan tepung gandum.\n✔ 3/4 cawan gula (nak manis boleh tambah gula).\n✔ 1/2 pek yis (Mauripan 11g letak separuh).",
"1. Campur semua bahan, kacau sebati.",
"2. Tutup adunan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Boleh bancuh malam dan kukus esok pagi. Simpan di luar sahaja).",
"3. Lepas perap, kacau adunan dan asingkan untuk letak pewarna. Nak warna asal pun tak apa.",
"4. Letak sedikit minyak pada acuan kecil-kecil untuk elakkan melekat.",
"5. Kukus 5 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan semua adunan sekaligus ke dalam loyang besar, anggaran 45 minit atau sehingga masak.",
"Apam nasi sudah jadi. Untuk lebih lazat cicah dengan kelapa parut putih yang telah gaul sedikit garam.",
"Selain resepi apam nasi, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-tepung-talam-gula-merah/
|
Resepi
Resepi Tepung Talam Gula Merah (Manis dan berlemak)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Tepung talam gula merah ini adalah kuih yang sangat senang untuk didapati di pasar malam berhampiran dengan rumah kita. Ianya juga sangat murah dan sedap. Kuih ini sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berada di Malaysia. Rasa kuih tepung talam gula merah yang sedap ialah manis dan berlemak. Semakin berlemak kuih ini semakin sedaplah ia. ",
"Tetapi, tahukah anda kuih ini adalah antara kuih yang mudah dan sangat sesuai untuk dibuat di rumah memandkan ianya tidak memerlukan bahan dan masa yang diambil untuk membakarnya tidaklah memakan masa yang lama. Jadi mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kuih tepung talam gula merah yang manis dan sangat berlemak. ",
" Resepi ini telah dikongsikan oleh Azlin Fazlina dan telah mendapat banyak like dan komen yang memberangsangkan di Facebook. ",
"Nota: Masukkan bahan * sehingga larut, kemudian tapis dan masukkan tepung. Kacau sebati dan kukus dalam 15 minit. Lorekkan bahagian atas sebelum tuang lapisan putih. ",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
" Selain daripada resepi Tepung Talam Gula Merah ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! "
] |
https://bidadari.my/resepi-popia-2/
|
Resepi
10 Resepi Popia Yang Viral Kena Cuba
Oleh Saiful Izzuan
|
[
"Siapa yang tak pernah makan popia? Popia merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai. Lagi-lagi popia carbonara. Sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bagi setiap keluarga. Tapi inti yang sama pastinya membuatkan keluarga anda muak. Kepelbagaian inti popia pastinya akan menarik nafsu makan keluarga anda.",
"Terdapat banyak resepi popia yang dapat anda cuba. Popia juga boleh menjadi menu tetap petang anda. Anda boleh mencuba pelbagai jenis inti yang sesuai untuk dimakan dengan popia. Antara inti yang dapat dimasukkan dalam popia adalah sayur-sayuran, ayam, udang, isi ketam dan banyak lagi. Resepi di bawah merupakan antara resepi popia yang dapat anda cuba dan resepi yang mudah untuk diikuti.",
"Bagi mereka yang merupakan golongan vege, pemilihan makanan dan kandungan dalam resepi merupakan antara perkara yang penting. Bagi penggemar popia, anda mungkin boleh mencuba menu ini. Direka khas bagi mereka yang tidak sukakan sayur dan golongan vege. Resepi ini diambil dari Daily Makan.",
"1) Sediakan bahan-bahan dan rebus telur hingga masak. Buangkan kulitnya.",
"2) hancurkan telur tadi dengan garfu dan taburkan serbuk lada sulah.",
"3) Gaulkan telur hancur tadi dengan sayur kubis dan lobak, gaul sehingga sebati",
"4) Ambil kulit popia dan letakkan inti ditengah-tengah dan gulung.",
"5) Sapu sedikit air dihujung kulit popia supaya bercantum elok semasa digulung.",
"6) Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sampai garing.",
"Siapa yang tak suka dengan cheese? Popia ini dibuat berdasarkan bahan-bahan yang biasa dijadikan makanan ringan bagi kanak-kanak. Apa yang menarik mengenai popia ini ialah terdapatnya cheese yang diletakkan sebagai bahan asas popia. Rasa manis jejari ketam dan cheese yang masin pastinya melengkapkan rasa popia tersebut. Resepi dikongsi oleh Rizani Absbullah. ",
"1) Potong kepingan cheese menjadi 3 bahagian",
"2) Ambil kulit popia letakkan crab stick dan cheese kemudian gulung dan lekatkan hujung popia dengan air",
"Kalau bercakap tentang rendang, pasti ramai yang teringatkan hari raya. Siapa yang tak suka dengan rendang yang sedap dimakan dengan lemang atau ketupat. Tapi rendang juga sesuai untuk dijadikan inti popia. Jom tengok resepi di bawah. Dikongsi oleh Ziana Chesaad.",
"1) Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan rempah rendang yg dibancuh dengan sedikit air.",
"3) Masukkan santan, isi ayam cincang, daun kunyit dan daun limau.",
"4) Masak dan kacau rendang sehingga kuah rendang kering.",
"5) Setelah rendang sejuk. Letakkan sesudu rendang diatas kulit popia.",
"6) Balut dan gamkan dengan air dihujung kulit supaya popia tidak terbuka ketika menggoreng.",
"7) Goreng didalam minyak yang panas sehingga kekuningan dan rangup. Selamat mencuba.",
"Peminat makanan pedas pasti menyukai resepi popia ini. Rasa yang baru dengan bahan-bahan yang simple. Anda boleh mencubanya sendiri! Resepi popia ini dikongsi oleh Zaky Mat Ali.",
"1) Pertama sekali, gaulkan kobis, sengkuang, lobak merah dan taugeh sehingga sebati.",
"2) Setelah itu, letakkan inti ke atas kulit popia yang kering.",
"3) Gulungkan dengan kemas. (Pastikan gulungan kemas untuk elakkan inti terkeluar semasa menggoreng).",
"4) Panaskan api di dalam kuali.",
"5) Apabila api sudah betul-betul panas, boleh masukkan popia.",
"6) Tunggu sehingga kulit popia bertukar warna kuning keemasan, boleh tutupkan api dan angkat.",
"1) Panaskan minyak dan masukkan 9 sudu cili giling.",
"3) Tambahkan 10 sudu gula, 2 sudu sos cili dan setengah sudu garam.",
"5) Apabila sudah masak, boleh taburkan biji bijan.",
"Siapa yang tak suka dengan cheese? Bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai makanan termasuk kulit popia. Jom tengok resepi popia cheese ni. Boleh jadi snek untuk anda bila nak tengok movie. Resepi dikongsi oleh Farah Subhi.",
"1) Gunting kulit popia, jemurkan sekejap dan goreng sehingga kulit popia kekuningan.",
"2) Kisarkan serbuk cheese, serbuk cili, garam dan gula.",
"3) Gaulkan bahan yang dikisar dengan kulit popia yang dah digoreng tadi",
"4) Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.",
"Nak buat kudap-kudap untuk anak? Jangan risau, jom tengok resepi popia ni. Anak-anak pasti suka dengan gabungan rasa rangup dan manis milo serta nestum. Resepi ini dikongsi oleh Komando Fairus.",
"1) Ambil kulit popia, potong 4 bahagian dan bahagi kepada 2 bahagian lagi",
"1) Blander nestum bersama gula dan milo sehingga halus.",
"2) Salutkan nestum dengan kulit popia semasa kulit popia masih panas.",
"Siapa yang tidak tahu dengan resepi popia viral ni. Resepi popia ini dikongsi oleh Abdullah Kadir. Rasa carbonara yang sememangnya berlemak menjadikan resepi ini terkenal. Kanak-kanak juga sangat menyukai popia carbonara cheese ini. Jom tengok cara penyediaannya.",
"1) potong semua bahan seperti cendawan, sosej dan cili bengala.",
"2) hancurkan daging kisar ke dalam bekas.",
"3) tumis bawang besar yang dipotong tadi",
"5) masukkan sos prego dan sos campbell",
"6) masukkan sosej dan cili belanga",
"8) masukkan sos carbonara cheese tadi ke dalam kulit popia dan bungkus. Ulang proses yang sama sehingga habis",
"9) goreng popia ke dalam minyak yang panas. Popia sedia untuk dihidangkan!",
"Kalau fikir nak minum-minum petang tu, apa kata buat resepi ni je. Mesti semua suka. Lagi-lagi kalau musim makanan laut dapat udang yang besar-besar. Resepi dikongsi oleh MyResipi.",
"1) Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau",
"2) Masukkan sayur campur. Gaul sehingga sayur separuh masak.",
"3) Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan 1 minit",
"4) Masukkan cendawan dan masukkan garam dan gula.",
"5) Pecahkan telur ke dalam bekas kecil dan kacau sehingga rata untuk dijadikan gam.",
"6) Bungkus inti dengan kulit popia. Gam popia dengan menggunakan telur.",
"7) Goreng dalam minyak penuh, pastikan minyak betul-betul panas untuk elakkan minyak masuk kedalam popia.",
"1) Masukkan semua bahan dan didihkan sehingga cili masak dan sos sedikit pekat.",
"Anda pernah cuba tak popia ayam cendawan? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba sekarang. Gabungan antara ayam dan cendawan pastinya akan membuatkan anak-anak anda suka. Jadikan popia ini sebagai menu petang anda. Dikongsi dari Rasa.",
"1) Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, masukkan garam dan kiub ayam.",
"2) Bila bahan masak, masukkan cendawan dan charambells cream.",
"3) Masukkan cheese dan kacau sebati.",
"4) Tutup api dan masukkan dalam bekas bila dah sejuk.",
"2) Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum.",
"4) Panaskan minyak dan goreng sehingga popia menjadi keperangan.",
"Resepi popia yang lain ialah popia bolognese. Makan spaghetti dengan sos menggunakan sos Bolognese adalah sesuatu yang biasa. Tapi apa kata anda cuba resepi popia Bolognese ni? Sos yang kaya dengan rasa tomato pastinya memikat deria rasa anda. Resepi ini dikongsi oleh Guesteaus Bistro.",
"1) Panaskan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan api yang sederhana.",
"2) Goreng telur seperti scrambled egg, asingkan dari kuali.",
"3) Goreng daging cincang bersama bawang besar yang telah dicincang halus.",
"4) Masukkan semula scramble tadi bersama sayur campur.",
"5) Masukkan sos prego dan sos tomato.",
"6) Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam.",
"1) Sebelum inti diletakkan ke dalam kulit popia, letak cheese dahulu.",
"2) Ulang proses yang sama sehingga inti habis.",
"3) Goreng ke dalam minyak yang panas. Siap untuk dihidangkan.",
"Senarai di atas merupakan antara resepi yang dapat anda cuba. Resepi ini pastinya akan menarik deria rasa setiap genesrasi sama ada tua mahupun muda. Resepi ini merupakan antara resepi yang mudah untuk diikuti dan menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk and cari. Selamat mencuba!",
"Anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi kami yang lain seperti:"
] |
https://bidadari.my/petua-hilangkan-kelemumur/
|
Petua Tips
20 Petua Hilangkan Kelemumur Menggunakan Barang Di Rumah Sahaja
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Kelemumur adalah masalah yang sangat susah untuk diatasi. Sekali anda mempunyai kelemumur pada kulit kepala, amat susah untuk menghilangkannya walau pun dengan menggunakan sampu mahal.",
"Kelemumur bukan sahaja menyebabkan kegatalan malah ia juga membuatkan anda berasa tidak selesa. Jom kami kongsikan petua hilangkan kelemumur yang boleh anda amalkan.",
"Ambil beberapa sudu santan kelapa dan sapukan ke seluruh rambut, dan pastikan kulit kepala juga diselaputi oleh santan. Urut buat seketika dan balut dengan tuala atau shower cap. Biarkan selama dua jam. Basuh rambut dan bersyampu sehingga tiada lagi sisa santan tertinggal di kepala.",
"Biasa kita dengar orang gunakan daun inai untuk mewarnakan rambut yang putih sebab uban. Sebenarnya, daun inai juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, tumbuk daun inai sehingga lumat. Sapukan ke kulit kepala dan balut selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.",
"Limau nipis bukan sahaja menyegarkan kulit kepala dan membantu menghilangkan sakit kepala, malah ia juga membantu mengatasi masalah kelemumur. Caranya, potong 3 biji limau nipis dan campurkan dengan satu gayung air. Perah limau supaya jusnya keluar. Selepas anda selesai mandi, basahkan kepala dengan air limau nipis tadi, ramaskan rambut dan pastikan sampai ke kulit kepala. Tidak perlu dibilas. Lakukan sekerap yang boleh.",
"Selain limau nipis, lemon juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti limau nipis di atas. Jika di rumah anda ada limau nipis, boleh gunakan limau nipis. Jika cuma lemon yang ada, anda boleh gunakan lemon sebagai pengganti.",
"Aloe vera sememangnya pokok berkhasiat pelbagai guna yang wajib ada di setiap rumah. Sekiranya anda mempunyai masalah kelemumur, ambil sedikit jel aloe vera dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut seketika bagi memastikan jel tadi diserapmoleh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, dan cuci bersih.",
"Buah durian belanda sedap dimakan. Rasanya yang masam masam manis pastinya membuatkan anda menelan air liur sekarang. Tahukah anda, daun durian belanda boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil 5 helai daun durian belanda. Ramas sehingga lumat, campurkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Sapukan ke seluruh rambut termasuk kulit kepala. Biarkan selama satu jam, dan cuci sehingga bersih.",
"Selain mengatasi masalah keguguran rambut dan melebatkan semula rambut, minyak argan juga berfungsi untuk menghilangkan kelemumur yang kronik. Caranya, sapukan minyak argan ke seluruh kulit kepala setiap kali selepas mandi. Insya Allah, kelemumur anda akan berkurangan sedikit demi sedikit.",
"Minyak zaitun juga mempunyai 1001 khasiat, termasuk menghilangkan kelemumur. Untuk menghilangkan kelemumur, sapukan minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur setiap malam.",
"Tak ramai yang tahu bahawa minyak almond juga membantu menghilangkan kelemumur. Sapukan minyak almond ke rambut sekerap yang mungkin, anda akan melihat kesannya.",
"Selain minyak almond, minyak hazelnut juga membantu mengatasi masalah kelemumur.",
"Jangan terkejut, bawang juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, potong sebiji bawang dan sapukan ke permukaan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit dan basuh sehingga bersih dan tiada lagi bau bawang yang melekat pada rambut anda.",
"Baking soda juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil satu sudu kecil baking soda dan sapukan ke kulit kepala yang basah. Seeloknya dilakukan sambil anda mandi. Urut kulit kepala untuk seketika dan bilas. Sambung mandi seperti biasa.",
"Garam bukit bukan sahaja baik untuk kesihatan malah boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, larutkan 2 sudu kecil garam bukit dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 30 minit, cuci sehingga bersih.",
"Cuka makanan yag bersifat asid boleh membantu menghilangkan kelemumur yang menghantui anda sejak sekian lama. Caranya, larutkan sesudu cuka bersama satu cawan air. Sapukan ke seluruh kulit kepala. Biarkan selama 5 minit, dan cuci sehingga bersih.",
"Selain cuka makanan, cuka epal atau apple cider vinegar juga boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya sama seperti penggunaan cuka makanan.",
"Anda juga boleh menggunakan daun pandan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang tua. Kisar sehingga halus, dan sapukan ke kulit kepala. Urut selama 15 minit dan basuh.",
"Ambil 5 biji belimbing buluh, tumbuk sehingga halus dan campurkan dengan 3 sudu santan. Sapukan pada kulit kepala. Bungkus kepala dan biarkan selama 30 minit. Basuh sehingga bersih.",
"18. Jerami padi, santan, dan limau nipis",
"Ambil beberapa batang jerami padi dan bakar. Kemudian hancurkan jerami padi tadi dan camourkan dengan 3 sudu santan, dan jus dari sebiji limau nipis. Jadikan sebagai masker dan sapukan ke seluruh kulit kepala. Urut dan biarkan selama satu jam. Kemudian cuci sehingga bersih.",
"Kelemumur terjadi kerana lambakan minyak yang terkumpul pada kulit kepala. Oleh itu, anda wajib bersyampu setiap kali mandi bagi memastikan semua minyak yang terkumpul dibersihkan dari kulit kepala. Selepas bersyampu, pastikan anda bersihkan dengan betul sehingga tiada sisa syampu tertinggal pada kulit kepala.",
"Selepas mandi, pastikan anda keringkan rambut sehingga betul-betul kering sebelum mengikat rambut atau memakai tudung. Gunakan hairdryer kalau ada. Mengikat rambut atau memakai tudung semasa rambut basah atau masih lembab akan menyebabkan kelemumur anda menjadi semakin banyak.",
"Itulah dia 20 petua hilangkan kelemumur yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang petua rambut gugur, tips elakkan kebotakan, dan khasiat aloe vera."
] |
https://bidadari.my/punca-haid-tidak-teratur/
|
Featured, Kesihatan
9 Punca Haid Tidak Teratur Mengikut Kajian
Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
|
[
"Bagi golongan wanita, kitaran haid yang tidak teratur boleh mengganggu urusan seharian dan perancangan tertentu. Kadang-kadang, boleh memberi kesan psikologi dan emosi apabila memikirkan punca haid tidak teratur. Ayuh teruskan bacaan artikel ini untuk lebih mengetahui mengenai punca haid tidak teratur.",
"Kitaran haid atau menstruasi yang normal ialah setiap 24 hingga 35 hari sekali. Tempoh masa 3 hingga 7 hari sebulan sekali merupakan kitaran yang dianggap normal.",
"Haid merupakan tempoh penyingkiran dinding rahim (endometrium) dan telur ovum yang tidak disenyawakan yang keluar melalui vagina alat sulit wanita.",
"Jumlah isipadu darah haid yang keluar pula ialah sebanyak lebih kurang 80 ml.",
"Seseorang wanita dianggap mengalami kitaran haid yang tidak normal atau tidak teratur apabila mereka datang haid secara kerap dalam sebulan atau lewat beberapa bulan daripada tempoh yang sepatutnya.",
"Masalah kesihatan yang boleh dihadapi seseorang sekiranya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur ialah:",
"Secara umumnya, masalah kitaran haid tidak teratur ini dialami oleh para wanita di seluruh dunia dengan kadar peratusan 5 – 36.5% bergantung kepada usia, pekerjaan dan negara.",
"Sekumpulan penyelidik dari Padang, Indonesia ada menerbitkan kertas kajian berkaitan punca haid tidak teratur pada tahun 2019. Berikut merupakan antara faktor kitaran haid tidak normal:",
"1. Pemakanan yang Tidak Seimbang Tinggi Lemak",
"Kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan diet yang tidak seimbang seperti tinggi lemak dan makanan proses telah mengakibatkan kitaran haid yang tidak tetap.",
"Secara saintifiknya dibincangkan, kandungan lemak tinggi tersebut mengganggu penghasilan hormon estrogen dan progesteron yang mengawal kitaran haid seseorang.",
"Responden yang mengakui kurang mendapatkan makanan dan sumber vitamin C melalui buah dan sayur, telah menunjukkan trend kitaran haid yang tidak teratur.",
"Selain bertujuan untuk menguatkan sistem imun tubuh, vitamin C diperlukan oleh sistem tubuh bagi membantu penyerapan zat besi.",
"Vitamin C juga penting untuk memindahkan zat besi dari plasma transferin ke feritin hati. Keseimbangan selular ini adalah penting untuk mencapai kestabilan hormon bagi kitaran hadi yang teratur.",
"Kandungan lemak yang tinggi dalam kalangan mereka yang mengalami obesiti telah mengganggu penghasilan hormon estrogen.",
"Malah, dilaporkan bahawa mereka yang obesiti mempunyai lebih tinggi risiko masalah haid tidak teratur berbanding mereka yang mempunyai BMI yang normal.",
"Sementara itu, mereka yang mempunyai berat badan yang kurang atau underweight turut menjadi punca haid tidak teratur.",
"Penghasilan hormon memerlukan kehadiran sel lemak yang diperlukan bagi proses ovulasi dan menstruasi.",
"Punca haid tidak teratur yang seterusnya ialah stres atau tekanan perasaan yang dialami.",
"Dalam keadaan tertekan akibat masalah seperti perhubungan, keluarga, pelajaran, beban kerja dan sebagainya, hormon kortisol dihasilkan tubuh sebagai isyarat badan sedang mengalami tekanan.",
"Namun, kehadiran hormon kortisol ini telah menyebabkan gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh. Malahan, kortisol berupaya menghalang proses ovulasi dan melambatkan kitar menstruasi.",
"Penyakit atau masalah kesihatan seseorang turut mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Maka, kualiti kesihatan wanita boleh dinilai berdasarkan kitaran haid mereka, secara amnya.",
"Antara penyakit yang sering dikaitkan dan memainkan peranan dalam mengganggu kitaran haid ialah endometriosis dan kencing manis.",
"Pengambilan ubatan moden sedikit sebanyak akan mempengaruhi keseimbangan hormon dalam tumbuh dan mengganggu sistem peranakan seseorang.",
"Antara jenis ubatan yang dilaporkan mempunyai kesan sampingan ke atas kitaran haid seseorang ialah ubatan yang berkait dengan masalah kemurungan dan antiandrogen.",
"Asap rokok sama ada dihisap secara terus atau terdedah kepada asap rokok (perokok pasif) boleh menyebabkan keadaan hipoestogenik atau kekurangan hormon estrogen.",
"Tambahan pula, menurut kajian para penyelidik dari Korea Selatan pada tahun 2018, aktiviti merokok mahupun perokok pasif boleh mempercepatkan proses menopause atau putus haid.",
"Selain itu, kurang tidur yang berkualiti iaitu 6 – 8 jam sehari boleh menjadi punca kitaran haid tidak teratur.",
"Kajian lepas melaporkan bahawa individu yang tidak mendapat tidur yang mencukupi cenderung untuk mengalami gangguan hormon yang mengganggu kitaran haid.",
"Punca ini turut dikaitkan dengan gaya hidup seseorang yang perlu diubah bagi mendapatkan tidur yang mencukupi dengan melakukan senaman fizikal, pemakanan sihat, kurangkan tekanan hidup dan menyediakan tempat tidur yang kemas dan bersih.",
"Antara punca haid tidak teratur ialah diet makanan tinggi lemak, kekurangan vitamin C, masalah obesiti, kurang berat badan. tekanan hidup, penyakit, ubatan, aktiviti merokok dan tidak mendapat tidur yang berkualiti.",
"Oleh itu, bersama-samalah mengubah gaya hidup yang lebih sihat bagi mengelakkan lebih banyak ancaman kesihatan. Pakar sakit puan atau gynecologist juga boleh dirujuk bagi mendapatkan nasihat dan bimbingan yang lebih tepat. Jemput juga baca artikel punca haid tidak teratur dan perbezaan darah haid dan istihadah"
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-oren/
|
Resepi
Resepi Kek Oren Moist Sunquick (Mudah dan Lazat)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Terdapat banyak kedai-kedai yang menjual perlbagai jenis kek berdekatan dengan kita. Tetapi banyak juga yang tidak menepati selera kita seperti terlalu manis, terlalu keras ataupun terlalu mahal. Jika begitu bolehlah anda membakar kek sendiri kerana kosnya tidaklah terlalu mahal. Selain itu, anda boleh memastikan ianya mengikut selera anda.",
"Pada hari ini, kita akan berkongsikan resepi kek oren moist sunquick yang sudah pastinya mudah untuk dibuat di rumah dan lazat apabila sudah siap dibakar nanti. Apabila sudah siap nanti, bolehlah anda hidangkan kepada seisi keluarga untuk makan petang ataupun menjadi kudap-kudap semasa menonton televisyen.",
"Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi kek oren sunquick yang telah dikongsikan oleh Wan Siti Halijah Dzulkifly di laman Facebook dan telah mendapat banyak reaksi positif dan juga perkongsian.",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Selain daripada resepi kek oren moist sunquick ini, kami telah berkongsi banyak lagi resepi lain. Bolehlah anda mencuba resepi lain yang telah kami kongsikan selepas ini dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan kenalan terdekat anda."
] |
https://bidadari.my/punca-kerap-sembelit/
|
Kesihatan
10 Punca Kerap Sembelit Dan Cara Untuk Mengatasinya
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Sembelit bukan sahaja sering berlaku kepada kanak-kanak malah ia juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang dihadapi oleh ramai orang dewasa. Sembelit ialah keadaan di mana kekerapan seseorang individu membuang air besar berkurangan dan mengalami kesukaran untuk membuang najis. ",
"Kebiasaannya mereka yang sembelit akan mengambil julap untuk melegakan masalah tersebut namun tahukah anda bahawa penggunaan julap dengan terlalu kerap boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda selalu sembelit, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca sembelit agar anda boleh mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku lagi. Di antara punca kerap sembelit yang paling selalu terjadi ialah:",
"1. Kurang mengambil serat dalam diet seharian",
"Serat atau fiber merupakan kumpulan makanan yang sangat penting kepada tubuh badan manusia. Kerap sembelit merupakan salah satu daripada kesan yang akan dialami oleh tubuh badan sekiranya anda tidak mengambil serat yang secukupnya dalam diet seharian. ",
"Oleh itu, jika anda kerap sembelit, pastikan anda meningkatkan pengambilan serat. Di antara sumber serat yang terbaik ialah bijirin oat. ",
"2. Kurang makan herba dan rempah ratus",
"Kurang makan herba dan rempahratus juga boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Ini kerana di antara fungsi herba dan rempah ratus ialah untuk membantu proses penghadaman dan mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam organ seperti hati, buah pinggang, perut dan limpa. Jika anda kerap sembelit, tingkatkan penggunaan herba dan rempah ratus seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar, jintan manis, halda campur, dan sebagainya ke dalam masakan anda.",
"3. Protein yang berlebihan dalam diet seharian",
"Mungkin info ini akan mengejutkan anda. Pengambilan protein secara berlebihan boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Ini kerana protein yang berlebihan akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu menyebabkan sembelit terjadi. Oleh itu kurangkan protein dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.",
"4. Trauma disebabkan oleh proses bersalin",
"Ibu yang baru bersalin mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengalami sembelit. Keadaan ini berlaku kerana ibu tersebut masih trauma dengan proses bersalin dan kesakitan yang dialami sepanjang proses tersebut. Trauma yang dialami akan menyebabkan ibu tersebut takut untuk membuang air besar. Jika keadaan ini berlarutan, ia akan menyebabkan najis menjadi keras lalu berlakunya sembelit.",
"Punca kerap sembelit yang seterusnya ialah kurang minum air. Apabila anda tidak minum air kosong dengan secukupnya setiap hari, tubuh badana anda akan mengalami kekeringan dan kekurangan cecair. Kekeringan dan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan anda mengalami sembelit. Oleh itu, pastikan anda minum air kosong yang cukup setiap hari.",
"6. Kurang zat besi dalam badan",
"Masalah kekurangan zat besi dalam badan juga adalah salah satu punca sembelit yang ramai orang tak tahu. Bagaimana kekurangan zat besi boleh menjadi punca sembelit? Apabila tubuh badan anda kekurangan zat besi, ia akan menyebabkan najis anda menjadi keras. ",
"Najis keras adalah punca sembelit. Oleh itu, jika anda terlalu kerap sembelit, anda boleh elakkan ianya daripada berulang dengan cara meningkatkan zat besi dalam diet seharian anda. Di antara sumber zat besi yang baik ialah hati ayam, pedal ayam, hati lembu, kerang, ikan bilis, dan jambu batu.",
"Masalah sembelit yang berulang biasanya sangat sinonim dengan golongan tua dan mereka yang berusia emas. Keadaan ini berlaku kerana semakin tua umur seseorang individu, tubuh badan akan menjadi semakin lemah malah organ dalaman termasuk sistem penghadaman tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dan efisyen. ",
"Oleh itu, jika anda seorang yang sudah berusia dan kerap sembelit, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air secukupnya setiap hari.",
"Punca kerap sembelit yang seterusnya ialah kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang aktif. Jika anda malas bersenam dan cuma duduk sepanjang hari ti tempat kerja dan apabila sampai di rumah lebih banyak menghabiskan masa depan tv, anda mempunyai risiko untuk kerap mendapat sembelit. ",
"Ini kerana mereka yang tidak aktif dan tidak bersenam akan menyebabkan masalah pergerakan usus yang lambat. Pergerakan usus yang lambat akan menyebabkan najis menjadi keras dan sembelit.",
"Tekanan perasaan atau stress juga boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Keadaan ini berlaku kerana apabila anda stress, hormon dalam tubuh badan anda akan terganggu dan menjadi kucar-kacir. ",
"Stress dan tekanan perasaan juga akan menyebabkan sistem tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik, termasuklah sistem pencernaan dan sistem penghadaman. Apabila kedua-dua sistem tersebut tidak berfungsi dengan baik, anda akan mengalami masalah sembelit.",
"Sesetengah orang suka menahan diri daripada membuang air besar. Kadang-kadang ada yang tidak membuang air selama berhari-hari. Tabiat ini akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu terjadinya sembelit. ",
"Oleh itu jika anda kerap sembelit, sila ubah tabiat buruk tersebut. Pastikan anda membuang air besar setiap hari. Sebaiknya, buang air besar sebaik sahaja anda bangun tidur setiap hari. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan keadaan ini dan menjadi tabiat setiap pagi.",
" Itulah dia punca pedih ulu hati yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca pedih ulu hati, punca bibir kering, dan punca ulser dalam mulut"
] |
https://bidadari.my/bau-petai/
|
Petua Tips
16 Cara Hilangkan Bau Petai Dalam Masakan & Nafas
Oleh hannani
|
[
"Petai memang banyak khasiatnya tetapi kadang kala bau yang dihasilkan oleh petai boleh memberi ketidakselesaan pada diri seseorang. Justeru, bagaimanakah cara hilangkan bau petai yang perlu anda tahu?",
"Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda beberapa tips berkesan untuk hilangkan bau tersebut dalam masakan dan mulut. ",
"Tips hilangkan bau petai dalam masakan",
"Untuk menghilangkan bau dalam masakan yang menggunakan petai, berikut adalah beberapa tips yang dapat anda cuba:",
"Pilih petai dengan biji yang keras dan berwarna hijau muda. Hindari memilih petai yang berwarna coklat atau bijinya sudah bercambah, kerana ia dapat mempengaruhi aroma dan rasa petai.",
"2. Rendam petai dalam air garam",
"Sebelum digunakan, rendam petai dalam air garam selama 15-20 minit. Air garam dapat membantu mengurangi bau yang kuat pada petai. Setelah direndam, bilas petai dengan air bersih sebelum dimasak.",
"Ketika memasak petai, tambahkan bahan-bahan yang dapat membantu mengurangi bau. Beberapa bahan yang efektif adalah halia, serai, bawang putih, daun limau purut, atau asam kandis. ",
"Bahan-bahan ini dapat memberikan aroma yang segar dan mengurangi bau petai yang kuat.",
"Ketika memasak petai, tambahkan santan ke dalam masakan. Santan dapat membantu meneutralkan bau dan memberikan rasa yang lazat pada petai.",
"Sebelum memasak petai, tumis bawang merah terlebih dahulu. Bawang merah memiliki aroma yang kuat dan dapat mengurangi baunya. Tambahkan petai setelah bawang merah berubah warna menjadi kecoklatan.",
"Gunakan rempah-ratus seperti kunyit, jintan, atau ketumbar ketika memasak petai. Rempah-ratus ini dapat memberikan aroma yang memukau dan menyamarkan kehadiran petai dalam masakan.",
"7. Menggunakan air limau nipis atau cuka",
"Setelah memasak petai, letakkan sedikit air limau nipis atau cuka pada petai. Asam pada limau nipis atau cuka dapat membantu menghilangkan bau yang kuat pada petai.",
"Jika anda masih risau tentang bau yang menyengat pada petai, anda dapat menyajikannya dengan makanan sampingan yang memiliki aroma yang kuat seperti bawang goreng, ikan masin, atau sambal. ",
"Aroma makanan sampingan ini dapat membantu mengurangi dominasi bau pada petai.",
"9. Membersihkan peralatan masak dengan betul",
"Setelah memasak petai, pastikan untuk membersihkan peralatan masak dengan betul. Gunakan sabun yang efektif untuk menghilangkan bau yang melekat pada kuali, periuk, dan alat memasak lainnya.",
"Tips hilangkan nafas berbau kerana petai",
"Dengan mengikuti tips ini, anda dapat mengurangkan bau nafas yang busuk selepas makan petai. Berikut adalah beberapa tips yang dapat anda cuba:",
"Setelah makan petai, berus gigi anda dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi peppermint atau mint untuk membantu menyegarkan nafas. ",
"Pastikan, berus gigi secara menyeluruh termasuk lidah, langit-langit mulut, dan gusi.",
"Selain memberus gigi, penggunaan benang gigi secara teratur sangat penting untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang melekat di antara gigi. ",
"Hal ini akan membantu mengurangkan bakteri dan bau yang terkait dengan petai.",
"Bakteri dapat berkumpul pada permukaan lidah dan menjadi penyebab bau mulut yang tidak sedap.",
"Gunakan alat pembersih lidah atau berus gigi dengan ujung lidah untuk membersihkan lidah secara lembut dan menghilangkan bakteri yang mungkin melekat.",
"4. Berkumur dengan larutan kumur antiseptik",
"Gunakan larutan kumur antiseptik yang mengandung bahan aktif seperti klorheksidin atau cetylpyridinium chloride. ",
"Berkumur selama 30-60 detik setelah memberus gigi dapat membantu membunuh bakteri penyebab bau mulut dan memberikan rasa segar pada mulut.",
"5. Mengunyah daun mint atau peterseli",
"Mengunyah daun mint atau peterseli segar dapat membantu menyegarkan nafas dan menghilangkan bau petai di mulut. ",
"Daun mint atau peterseli memiliki sifat yang mengurangi bau tidak sedap dan memberikan aroma yang segar.",
"6. Mengonsumsi makanan atau minuman segar",
"Makan makanan segar seperti buah-buahan atau sayuran mentah, seperti epal atau lobak merah, dapat membantu membersihkan mulut secara alami dan mengurangkan bau tidak sedap.",
"Banyakkan minum air putih juga penting untuk menjaga kelembapan mulut dan mengurangi bau yang disebabkan oleh kekeringan mulut.",
"Jika bau mulut yang disebabkan oleh petai terus berlanjut atau tidak boleh diatasi dengan langkah-langkah di atas, sebaiknya berkonsultasilah dengan dokter gigi. ",
"Mereka dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh dan memberikan saranan serta perawatan yang sesuai.",
"Kesimpulannya, amatlah penting untuk menjaga kebersihan mulut secara umum dengan memberus gigi dan perawatan yang tepat bagi menjaga nafas segar sepanjang hari.",
"Selain artikel berkenaan dengan tips hilangkan bau tidak sedap pada petai ini, anda juga boleh baca artikel kami yang lain berkenaan masalah mulut berbau seperti:"
] |
https://bidadari.my/petua-sakit-perut/
|
Kesihatan
14 Petua Hilangkan Sakit Perut Dengan Cepat Tanpa Makan Ubat
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Anda sedang mencari petua sakit perut tanpa ubat? Jom kami kongsikan beberapa petua sakit perut untuk senggugut, sembelit, kembung, dan pedih ulu hati yang boleh anda amalkan.",
"Semua orang sedia tahu bahawa halia merupakan ejen pembuangan angin yang berkesan. Sifat halia yang panas menekan angin yang terperangkap di dalam perut untuk keluar, baik dengan bersendawa atau melalui kentut. Angin yang terperangkap ini wujud akibat sifat makan secara berlebihan atau tidak terkawal.",
"Jadi, jika anda mendapati perut anda terasa berangin dan kembung selepas anda mengunjungi rumah terbuka rakan anda, cepat-cepat buat teh halia supaya angin yang mula bertukar menjadi ribut dalam perut dapat dikeluarkan segera.",
"Teh herba kamomil sudah lama digunakan sebagai bahan pelega untuk sakit perut. ini kerana sifat kamomil yang sejuk dan beralkali dapat mengawal kadar keasidan dalam perut yang melampau dan menyebabkan kesakitan. Seperti halia, kamomil bukan sahaja enak diminum dalam campuran teh.",
"Jika anda seorang yang tidak kisahkan rasa yang kurang enak demi mendapatkan kelegaan pantas, bahan inilah yang paling sesuai untuk anda. Serbuk penaik atau soda bikarbonat mempunyai sifat yang sama seperti antasid. Serbuk penaik boleh dilarut dalam air untuk membantu anda menurunkan kadar keasidan dalam perut dan mengelakkan anda mengalami rasa pedih ulu hati.",
"Jika anda rasa larutan soda bikarbonat ini sangat tidak sedap, tambahkan sedikit jus lemon untuk membantu anda menelan larutan tersebut.",
"Minyak dari jintan hitam boleh mengurangkan masalah angin dalam perut dan rasa loya. Ada beberapa cara untuk anda makan jintan hitam sebagai bahan pelega perut anda. Anda boleh:",
"Cuka epal bersifat alkali dan mampu meneutralkan kandungan asid tinggi dalam perut yang menyebabkan perut anda berasa kurang selesa. Cara untuk makan cuka sider ini mudah sahaja. Hanya perlu:",
"Daun jambu juga boleh digunakan untuk menghilangkan sakit perut. Caranya:",
"1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.",
"2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.",
"3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.",
"Akar bunga matahari juga boleh menghilangkan sakit perut dengan cepat. Caranya keringkan akar bunag matahari. Ambil sedikit akar bunga matahari kering dan masukkan ke dalam segelas air panas seperti membancuh teh. Minum apabila air tadi suam.",
"Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun cermai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.",
"Petua lain untuk menghilangkan sakit perut ialah dengan menggunakan bawang merah. Ambil bawang merah dan ramas-ramas pada bahagian pusat. Lakukan beberapa kali dan anda pasti akan berasa lega sendiri. Rasa sakit perut akan hilang.",
"Buah kapulaga bukan sahaja sedap dimakan malah boleh membantu menghilangkan sakit perut. Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebus kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk, buahnya dimakan.",
"Sekiranya anda sakit perut disebabkan oleh senggugut, anda boleh amalkan petua berikut:",
"12. Petua menghilangkan sakit perut akibat stomach flu",
"Antara simptom anda terkena ‘stomach flu’ adalah sakit perut yang disertai dengan mual, muntah, cirit-birit dan demam. Sekiranya anda terkena stomach flu:",
"13. Petua menghilangkan sakit perut akibat sembelit",
"Sembelit juga boleh menyebabkan anda sakit perut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh sembelit, amalkan:",
"14. Petua menghilangkan sakit perut akibat kembung",
"Angin yang banyak dalam badan boleh menyebabkan rasa kembung, senak, sering sendawa dan kentut. Jika anda sakit perut disebabkan oleh kembung, amalkan:",
"Itulah dia 14 petua sakit perut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat jambu batu, khasiat lobak putih, dan khasiat lobak merah."
] |
https://bidadari.my/resepi-nasi-goreng-kampung-daging/
|
Resepi
Resepi Nasi Goreng Kampung Daging (Mudah dan lazat)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Terdapat pelbagai jenis nasi goreng yang boleh kita sediakan di rumah dengan mudah. Antaranya nasi goreng kampung, nasi goreng cina dan lain-lain. Cara menyediakannya juga amat mudah dan hasilnya juga pastinya sedap. Pada hari ini kita akan membawakan nasi goreng kampung daging.",
"Resepi ini pastinya akan memikat selera sesiapa sahaja yang mencubanya. Anda bolehlah mencuba resepi ini apabila mempunyai masa lapang atau apabila sudah ketandusan idea untuk memasak. Nasi goreng ini juga sesuai untuk dihidangkan bila-bila masa sahaja.",
"Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita lihat resepi nasi goreng kampung daging yang telah dikongsikan oleh Arbi Mohd Arbi di laman Facebook dan telah mendapat banyak perkongsian dan like.",
"Menarik bukan resepi nasi goreng kampung daging ini? Jika anda rasakan resepi ini menarik bolehlah anda kongsikan resepi ini bersama dengan kenalan anda. Klik pautan di bawah untuk melihat resepi-resepi lain yang telah kami kongsikan di sini."
] |
https://bidadari.my/biji-kolestrol/
|
Kesihatan
Biji Kolestrol : Jenis, Punca Serta Cara Merawat
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Pernah dengar tentang biji kolestrol atau milia? Ia bukanlah seperti jerawat yang mempunyai isi dan boleh dipicit. Biasanya biji kolestrol tumbuh di bawah mata dan sekitarnya. Namun, ia juga boleh tumbuh pada bahgaian siku, lutut, tangan sendi, tendon dan punggung.",
"Jika dibiarkan, wajah nampak kusam dan mencacatkan kecantikan wajah. Masalah ini boleh menyerang sesiapa sahaja tak kira golongan bayi, kanak-kanak mahupun dewasa tanpa mengira jantina.",
"Bagaimana biji kolestrol ini boleh tumbuh? Adakah biji kolestrol berkaitan dengan paras kolestrol yang tinggi dalam badan? Ramai yang sudah salah faham tentang biji kolestrol. Walaupun namanya kolestrol, ia tak terjadi disebabkan oleh paras kolestrol di dalam badan.",
"Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang biji kolestrol dari aspek punca dan cara rawatan. Salah faham masyarakat tentang biji kolestrol perlu diperbetulkan. Itulah sebabnya biji kolestrol juga tumbuh pada bayi dan juga orang yang sihat tanpa kolestrol tinggi.",
"Biji kolestrol ialah sista yang mengandungi keratin. Ketulan kecil berwarna putih berisi keratin akan berkumpul pada liang peluh. Lama-kelamaan, ia akan membentuk benjolan kecil di permukaan kulit.",
"Menurut Dr. Rohaya Ramli dari Doktor Perubatan Keluarga, keratin ialah protein berstruktur di dalam badan manusia yang membentuk kuku, rambut dan lapisan kulit.",
"Pada bahagian lapisan kulit (epidermis), akan mengalami kitaran proses membuang sel kulit mati (keratin) secara semula jadi. Proses ini akan berlaku setiap 30 hari untuk menghasilkan kulit yang baru.",
"Namun, kitaran ini boleh terganggu apabila pori-pori peluh tersumbat dan menjadi tempat pengumpulan sel-sel kulit mati. Lama-kelamaan, ia akan membentuk benjolan di permukaan kulit yang dipanggil biji kolestrol. ",
"Biji kolestrol terbahagi kepada 2 jenis iaitu:",
"Jenis primer ini sering terjadi pada golongan bayi. Ia adalah masalah kulit yang normal bagi bayi. Malahan, hampir 50 peratus bayi yang baru lahir akan ada masalah ni.",
"Selepas seminggu kelahiran, biasanya biji-biji kolestrol akan kelihatan pada bayi. Biasanya ia akan tumbuh pada bahagian kening, pipi, hidung dan lelangit. Apabila usia bayi mencecah 2 hingga 4 minggu, ia akan hilang. Ia adalah perkara normal dan ibu bapa tak perlu risau.",
"Biji kolestrol sekunder terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti terkena pancaran cahaya matahari (sunburn) atau kulit melepuh. Biasanya peringkat ini terjadi pada orang dewasa.",
"Malahan, jika anda membuat rawatan wajah untuk membuang sel-sel kulit mati (dermabrasion) untuk dapatkan kulit yang cerah dan berseri, masalah ini juga boleh berlaku.",
"Jika kaedah dan peralatan yang digunakan menyebabkan kecederaan pada kulit, biji kolestrol juga boleh tumbuh di kawasan yang mengalami trauma. Malahan, kesan terbakar atau melepuh pada kulit juga boleh menyebabkan biji ini tumbuh.",
"Namun, pertumbuhan biji kolestrol pada bahagian mata masih lagi tidak dapat dikenal pasti puncanya. Namun begitu, biji kolestrol ini tidak akan membesar dan tidak menyebabkan masalah kulit yang lain.",
"Walaupun biji kolestrol tidak berbahaya, namun kemunculannya pada bahagian wajah akan mengganggu penampilan dan keyakinan. Oleh itu, sekiranya anda menghadapi masalah ini, lebih-lebih lagi pada bahagian wajah, boleh dapatkan rawatan berikut.",
"Teknik ini hanya boleh dilakukan oleh doktor atau pakar kulit di klinik atau hospital sahaja. Biji kolestrol akan dipecahkan menggunakan jarum steril yang telah dinyah kuman. Caranya gumpalan keratin akan dicungkil keluar menggunakan alat pengekstrak akne.",
"Jangan sesekali membuat rawatan ini di rumah untuk mengelakkan jangkitan bakteria yang akan merosakkan kulit.",
"Untuk membuang milia yang besar dan degil, rawatan yang paling berkesan ialah rawatan laser. Jika anda mempunyai duit lebih, boleh cuba rawatan ini. Pastikan anda membuat temu janji dengan klinik dan hospital yang mempunyai pakar kulit yang terlatih.",
"Pastikan pakar tersebut diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelakkan risiko komplikasi. Namun begitu, rawatan laser tak sesuai bagi individu yang mempunyai masalah jerawat kronik, mengambil ubat isotretinoin dan mempunyai sistem imun yang lemah.",
"Kini terdapat banyak produk pengelupasan kimia yang menggunakan Asid Alfa Hidroksi (AHA) sebagai bahan utama di pasaran. AHA merupakan asid yang mempunyai kesan pengelupasan kulit lapisan epidermis atau keratolitik.",
"AHA akan menembusi lapisan kulit dan merosakkan ikatan antara sel-sel keratin dan akan disingkirkan melalui pengelupasan. Hasilnya ia akan beri kesan rejuvenasi, membersihkan kulit dan menghilangkan biji kolestrol yang kecil.",
"Anda boleh menggunakan produk penjagaan wajah yang diperkaya dengan asid buah-buahan (asid glikolik) terutama AHA dan Asid Polihidroksi (PHA).",
"Kita disarankan memakai krim tabir suria (sunblock) setiap hari walau di mana sahaja. Tak kiralah anda sedang bercuti, bekerja dalam bangunan atau sekadar suri rumah sahaja. Jika anda bekerja di kawasan panas yang terdedah, gunakan krim sunblock dengan kerap.",
"Sinaran ultraviolet yang tinggi akan merosakkan kulit dan menyebabkan kulit terbakar, merosakkan kolagen dan menyebabkan pori-pori menjadi besar. Ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan biji kolestrol pada bahagian wajah.",
"Anda boleh membeli retinol di kebanyakan farmasi. Retinol terhasil daripada vitamin A yang efektif untuk merangsang penggantian sel-sel kulit. Retinol terdapat dalam produk penjagaan kulit.",
"Namun, jika anda mempunyai kulit yang sensitif, sapukan dulu retinol pada bahagian siku semalaman. Jika tiada sebarang kesan sampingan, anda boleh menyapunya di bahagian wajah. Anda perlulah mendapatkan nasihat pakar kulit sebelum menggunakannya.",
"Walaupun bagaimanapun pakar perubatan mengatakan bahawa biji kolestrol bukan disebabkan oleh faktor genetik dan stres. Namun begitu, untuk mengelakkan berlakunya masalah ini, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga iaitu:",
"Setakat ini saja perkongsian tentang biji kolestrol. Diharapkan para pembaca sekalian telah mendapat maklumat yang berguna tentang biji kolestrol. Tanggapan yang salah selama ini perlu dibetulkan. Biji kolestrol langsung tiada kaitan dengan paras kolestrol dalam tubuh badan.",
"Jemput baca tentang punca kolestrol dan senaman muka untuk awet muda"
] |
https://bidadari.my/resepi-tauhu-kukus/
|
Resepi
Resepi Tauhu Kukus Goreng Viral (Sedap Sangat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Antara resepi viral lain yang akan kami kongsikan pada tulisan kali ini ialah tauhu jepun kukus. Hidangan viral yang memikat hati orang ramai.",
"Hidangan ini menggunakan tauhu jepun dan sedikit tauhu biasa. Namun apabila dimakan terasa lembut tauhu jepun lebih dominan semasa digigit dan lumat dalam mulut.",
"Tauhu dikukus terlebih dulu sebelum digoreng. Tujuannya dikukus ialah supaya tauhu jadi lembut, maka masa gorengnya pula tidak perlu lama sehingga tauhu tidak garing dan terlampau keras.",
"Zie Aries berkongsikan resepi tauhu kukus yang viral di Facebook. Jom cubakan resepinya sekarang.",
"Selain resepi tauhu kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/bubur-ayam-oat/
|
Resepi
Resepi Bubur Ayam Oat (Makanan Sihat Masa Kini)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Tercari resepi makanan sihat berasaskan oat? Ayuh tengok dulu tulisan kami di bawah iaitu perkongsian resepi bubur oat ayam. Sihat gerenti seratus peratus.",
"Bubur oat ayam pula sesuai untuk orang yang berdiet sebenarnya, sebab makanan ini penuh fiber, dapat lancarkan sistem penghadaman di dalam tubuh.",
"Selain daripada berkhasiat dan sedap, makanan ini pula amat cepat dan mudah penyediaannya. Sesuai untuk sarapan atau makan malam. Terutamanya untuk orang yang tengah berdiet. Jom cubakan resepi yang dikongsikan oleh MrsMoon MJ di laman Facebook.",
"Selain bubur oat ayam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/suami-outstation/
|
Keluarga
Tips Suami Isteri : Apabila Suami Outstation
Oleh Pak Utih
|
[
"Memang adat bekerja, adakalanya terpaksa keluar daripada tempat tinggal biasa. Suami/isteri terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu kerana urusan kerja. Ianya mungkin melibatkan beberapa hari tanpa bersama.",
"Adakalanya suami isteri terpaksa berjauhan untuk seketika kerana urusan kerja. [time4sleep]",
"Kebanyakan isteri apabila mendengar sahaja suaminya hendak pergi outstation lebih daripada dua hari, jiwanya mula risau, kelam kabut, tak senang duduk dan macam-macam perasaan bimbang.",
"Dia takut kesunyian dan rasa pilu jika terjadi apa-apa terhadapnya kerana tiada siapa untuk dirinya meminta tolong atau perlindungan. perkara yang paling terseksa ialah terpaksa tidur sendirian.",
"Rindunya mula terasa pada saat apabila diberitahu oleh suami yang dia diarah pergi outstation. Bukan pada hari perjalanan suaminya.",
"Orang lelaki lain pula mindanya. Dia rasa ‘excited’ hendak pergi outstation atas urusan kerja, kerana inilah peluang dia berjalan ditanggung oleh organisasinya.",
"Dia berasa megah kerana terpilih untuk menjalankan kerja di luar. Lebih lama, lebih kerap dan lebih jauh tempat outstationnya, lebih ‘macho’ dia rasainya.",
"Oleh itu untuk mengimbangi keperluan dan kehendak yang bertentangan suami isteri ini, berikut adalah tipnya:",
"Jangan tunjukkan sangat “excitement” nak pergi outstation di hadapan isteri. Tunjukkan muka sedih juga kerana terpaksa meninggalkan isteri demi tugas.",
"Tujuan supaya isteri rasa sikit lega kerana suaminya mengiktiraf perasaan sedihnya kerana ditinggalkan.",
"Penuhi keperluan isteri sebelum tinggalkan dia sendirian. Tanyalah apa yang dia perlukan sepanjang ketiadaan anda.",
"Seperti contoh barang dapur atau belanja hariannya. Dengan ini boleh meringankan bebannya dan dia tidak perlu meminta pertolongan orang lain nanti.",
"#3 Beritahu kepada isteri keperluan anda",
"Beritahu dia keperluan yang anda perlukan semasa outstation agar dia juga boleh menyediakan keperluan itu lebih awal. Dia rasa terhibur jika dia yang mengemaskan barangan dan pakaian yang anda perlukan.",
"Semasa hendakberpisah, cium dia dan unggapkan perkataan yang dia rasai anda juga sudah mula merinduinya.",
"Di pertengahan perjalanan dan sampai ke tempat yang dituju, hubungi dan beritahu keadaan anda. Ini boleh mengurangkan kerisauannya. Dia lega apabila tahu anda selamat.",
"Buat ketetapan untuk menghubungi dirinya setiap malam (contoh setiap selepas Isya atau jam 11.oo mlm). Ini boleh mengubati kegelisahannya kerana tidur sendirian.",
"Jangan lupa beli cenderamata. Yang murah pun tidak mengapa. Barang yang sama pun tidak mengapa jika tempat outstation adalah tempat yang selalu pergi kerana yang penting bukan barangan itu, tetapi tanda ingatan anda kepada dia yang menjadi ukurannya.",
"Sentiasa berdoa untuk diri dan keluarga kerana orang bermusafir mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.",
"Apaila sampai di rumah sekembali daripada outstation, terus berjumpa isteri dahulu (peluk cium). Utamakan dia daripada anak-anak sendiri.",
"Walaupun pada masa itu, ibu kita ditakdirnya ada di rumah sedang bertandang, jumpa isteri kita dahulu. Tindakan ini membuktikan yang dialah orang yang kita rindui, hormati dan hargai.",
"#1 Kongsi perasaan bangga dengan suami",
"Tunjukkan perasaan gembira dan megah pada peringkat awal apabila suami memberitahu yang dia akan ke outstation. Kemudian barulah nyatakan kerinduan dan kerisauan di hati.",
"Dengan ini suami rasai dirinya dihormati dan barulah mindanya dapat berfikir perasaan isterinya.",
"Sebelum dia pergi, banyakkan bertanya urusannya oustation daripada kesusahan dan kebimbangan diri anda semasa ketiadaan dia.",
"Bincang alternatif dan sokongan yang perlu anda perlukan semasa ketiadaannya. Apabila semua plan A, plan B telah dirancang barulah sesuai menyatakan perasaan, kerisauan dan emosi anda kepada dia. Pendekatan ini memudahkan dia empati kepada anda.",
"Jika terlalu rindu semasa ketiadaan dia, hubungi dia menggunakan pesanan ringkas dahulu. Jangan telefon menggunakan suara.",
"Mungkin hal ini mengganggu dirinya yang sedang melaksana tugasnya. Ataupun dia akan malu jika rakan-rakan yang ada bersamanya mendengar isterinya menelefon. Dia mungkin diejek sebagai “Queen Control” atau “kena buat report”.",
"#4 Ingatkan dirinya dengan pesanan ringkas",
"Ingatkan barangan yang ada pesan, agar dia tidak lupa membelinya. Eloknya menggunakan pesanan ringkas. Kalau bercakap melalui telefon, dia mudah lupa.",
"Berdoalah agar dia selamat pergi dan balik",
"#6 Menyambut dengan senyuman pabila dia pulang",
"Sambutlah dia dengan senyuman. Jika ada masalah di rumah, jangan terus mengadu. Tunggu dia tenang paling kurang 10 minit agar dia dapat menukar kotak mindanya daripada oustation kepada sampai rumah."
] |
https://bidadari.my/resepi-kuih-tart-telur-yang-mengancam/
|
Resepi
Resepi Kuih Tart Telur (Yang Popular dan Disukai Ramai)
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Ada yang berminat dengan Kuih Tart Telur ini? Rasanya yang enak dan lemak berkrim itu pasti mampu buatkan anda tersenyum sepanjang hari. Boleh jadi hancur plan nak diet kalau nampak tart telur nih.",
"Nak belajar buat Tart Telur ? Bahan asas untuk buat kuih ini tidaklah renyah mana pun. Hanya memerlukan telur dan kastard. Penyediannya pun tak sampai 40 minit. Mudah kan? Lepas tuh, sekali buat boleh dapat banyak. Bolehlah buat stock dalam peti nanti. Makan masa bosan-bosan. Ataupun masa menonton TV. Kan seronok macam tuuuu.",
"Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Kuih Tart Telur nih agak popular juga di kalangan orang ramai terutamanya di kalangan orang muda. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga. ",
"Resepi Tart Telur yang dkongsikan oleh Rosimah Bt A Rahman , bukan sahaja mudah dibuat tetapi memang sedap. Tak puas makan satu, kena makan lebih. Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.",
"Tada… Dah siap. Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kuih Tart Telur ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. "
] |
https://bidadari.my/skill-komunikasi-anak-anak/
|
Keluarga
7 Skill Komunikasi Perlu Ada Pada Anak-Anak, Ibu Bapa WAJIB Baca!
Oleh Nik Fatin Fuadi
|
[
"Kita dapat melihat bahawa generasi kini mempunyai kurang kemahiran dalam komunikasi ketika berbicara dengan orang lain tidak mengira usia. Mereka lebih berminat untuk mengunakan bahasa yang kurang sesuai ataupun dipanggil bahasa pasar. ",
" Perkara ini amat membimbangkan kerana kemahiran komunikasi amat diperlukan dalam sesuatu pekerjaan. Dibawah ini adalah beberapa kemahiran komunikasi yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka:",
"1. Mengajar anak menggunakan bahasa tubuh yang betul semasa berkomunikasi .",
"2. Mengajar anak cara untuk memulakan perbualan.",
"3. Mengajar anak cara hendak menghadapi dan mengurus konflik dalam pergaulan seperti dibuli dan pergaduhan.",
"4. Teknik berkomunikasi di dalam kelas.",
"5. Cara memberikan pujian kepada orang lain.",
"6. Mengajar anak cara menghindari & menghadapi pemangsa seksual kanak kanak ( pedophile).",
"7. Mengetahui membezakan sentuhan selamat dan tidak selamat.",
"*Kami berharap bahawa tips ini boleh memberikan manfaat kepada ibu bapa diluar sana.",
"*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis iaitu Encik Taufiq Razif(Parenting Coach). Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini. "
] |
https://bidadari.my/khasiat-ubi-kayu-rebus/
|
Kesihatan
7 Khasiat Ubi Kayu Rebus Makanan Orang Dulu-Dulu Rupanya Bagus Untuk Kesihatan
Oleh hannani
|
[
"Zaman dulu ketika zaman penjajahan, ubi kayu rebus dianggap makanan mewah yang tidak ramai orang mampu untuk makan. Orang terdahulu terpaksa merebus ubi kayu dengan menggunakan dapur kayu api berbanding dapur gas yang kita gunakan hari ini. Tanpa kita sedar, banyak sebenarnya khasiat ubi kayu rebus kepada kesihatan diri. ",
"Artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda khasiat ubi kayu rebus untuk anda jadikan panduan pemakanan yang sihat.",
"Hidangan ubi kayu rebus kenangan zaman penjajahan",
"Makanan ubi kayu rebus adalah sejenis makanan tradisional yang telah lama dijadikan sajian dalam masyarakat tempatan. Tanaman ubi atau nama saintifiknya, Manihot esculenta Crantz adalah sejenis tanaman umbisi yang mudah ditanam dan dijaga.",
"Negara barat memanggilnya sebagai “cassava” atau “tapioca”. Di Malaysia tanaman ubi kayu biasanya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan.",
"Sedangkan di kawasan pendalaman di Malaysia seperti perkampungan orang asli di Semenanjung dan pribumi di Sarawak dan Sabah, penanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit sebagai bekalan makanan yang penting.",
"Hari ini ubi kayu bukan sahaja dijadikan satu sajian sahaja malah variasi resepi yang ada seperti ubi pedas, ubi bakar, unkep ubi, ubi gula merah, ubi goreng cicah sambal kicap, ubi rebus cicah sambal tumis, dan banyak lagi. ",
"Bagi setiap 100gram ubi kayu, berikut adalah komposisi nutrien yang ada di dalamnya:",
"Setiap 100gram ubi kayu akan membekalkan 162 kcl tenaga kepada tubuh badan kita. Hal ini semua kerana dipengaruhi oleh kadar kandungan karbohidratnya yang tinggi sekitar 38.2 g.",
"Orang terdahulu tidak menjadikan nasi sebagai makanan ruji setiap hari tidak seperti kita. Mereka hanya mempunyai ubi kayu untuk dijadikan santapan sehari-hari.",
"Dari perspektif luaran tampak ubi kayu biasa sahaja malah mungkin jauh hendak dibandingkan dengan nasi. Tetapi hakikatnya ubi kayu tinggi karbohidrat dan penyumbang tenaga yang pantas kepada tubuh badan.",
"Ubi kayu kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem pencernaan lebih lancar dan berfungsi dengan baik. Serat tidak larut membantu dalam meningkatkan sistem pencernaan kita dengan menyerap semua racun yang disimpan dalam usus.",
"Dalam masa yang sama ia juga dapat mengurangkan keradangan dalam saluran penghadaman perut.",
"Anemia adalah adalah masalah kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Faktor yang sering berlaku sehingga menyebabkan kita terkena anemia adalah kerana kekurangan zat besi. ",
"Khasiat ubi kayu rebus dikatakan mampu mencegah penyakit ini. Hal ini kerana, ia diperkaya dengan kandungan zat besi yang tinggi bagi pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah.",
"Justeri, apabila kandungan zat besi dalam badan mencukupi, penyakit anemia yang disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dan zat besi dapat dicegah.",
"Ramai orang yang hendak kurus lalu bersenam tetapi masih tidak dapat bentuk badan yan dimahukan. Mengapa?",
"Diet pemakanan harian juga sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam menurunkan berat badan. Ubi kayu yang kaya dengan serat makanan adalah pilihan yang tepat jika anda tidak sabar untuk menurunkan berat badan. ",
"Ia boleh membuatkan kita berasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama. Jadi tidak adalah kita makan snek-snek ringan atau makanan yang tidak berkhasiat untuk mengurangkan rasa lapar setiap hari. ",
"Kehadiran vitamin B2 dan riboflavin dalam ubi kayu berguna dalam menyembuhkan sakit kepala dan migrain. Tambahan lagi, ia justeru dapat mengurangkan serangan migrain yang berterusan. ",
"Sifat ubi kayu yang antioksidan dapat membantu mengatasi masalah cirit-birit. Ia bertindak untuk menyingkirkan bakteria yang menjadi penyebab masalah perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.",
"Apa kena mengena ubi kayu dan penglihatan seseorang? Kehadiran vitamin A dan mineral dalam ubi kayu secara tidak langsung meningkatkan penglihatan kita dan menghalang dari buta atau masalah penglihatan yang lain. ",
"Semoga dengan perkongsian mengenai khasiat ubi kayu rebus ini dapat memberikan anda informasi yang bermanfaat untuk kekal sihat setiap hari. ",
"Selain dari khasiat ubi kayu rebus ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain seperti:"
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-orange-sunquick/
|
Resepi
Resepi Kek Orange Sunquick (Semudah 1..2..3!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Resepi kek orange sunquick ini sesuai untuk dihidangkan untuk santapan minum petang bersama seisi keluarga. Resepi kek orange ini akan menghasilkan kek yang sangat empuk dan cair dimulut. Pastinya kek ini dapat mengikat selera orang ramai terutamanya anak-anak dan suami. ",
"Kek orange sunquick ini sangat mudah untuk dihasilkan di rumah. Anda hanya memerlukan beberapa bahan sahaja untuk mencuba resepi ini sendiri di rumah. Jika anda mempunyai masa lapang dan suka untuk mencuba resepi baharu jadi resepi ini sangatlah disyorkan untuk anda. Jadi mari kita lihat cara-cara untuk membuat kek orange sunquick yang sangat lazat dan mudah ini.",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Siti Suraya Mohamad Zahir dan telah mendapat banyak like dan komen yang positif.",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Selain daripada resepi Kek Orange Sunquick ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! "
] |
https://bidadari.my/resepi-blueberry-cheese-tart/
|
Resepi
Resepi Blueberry Cheese Tart (Montok dan Sedap)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Cheese tart memiliki rasa dan pesona yang tersendiri. Bentuknya yang cantik dan comel serta rasa yang sedap membuat blueberry cheese tart sangat digemari.",
"Pada resepi ini kami akan mengongsikan resepi blueberry cheese tart yang terlajak sedap dan mendapat perkongsian sangat ramai di Facebook, resepi ini dikongsikan oleh Khairil Bariah.",
"Dipanggil blueberry cheese tart kerana ia menggunakan blueberry jam dan krim cheese sebagai filling. Tart ini dapat dijadikan makanan pencuci mulut untuk majlis-majlis mewah.",
"Anda yang memiliki bisnes niaga kek atau tart dapat mencuba resepi ini untuk menjual tart yang menarik. Anda boleh juga membuat blueberry cheese tart ini untuk dimakan bersama keluarga. Konfirm tart anda akan laku dan habis dalam sekejap sebab terlampau sedap.",
"1. Pukul butter dan gula aising sampai sebati.\n2. Setelah sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla/esen lemon.\n3. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh.\n4. Kemudian simpan dalam peti ais selama 20 minit.\n5. Selepas 20 minit boleh tekan dalam acuan dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 150°C.",
"1. Pukul cheese cream, gula kastor dan butter sampai kembang dan gebu.\n2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla/esen lemon.\n3. Akhir sekali pipe ke dalam shell yang telah dimasukkan filling dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 120°C.",
"Selain resepi blueberry cheese tart, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-brownie-cookies/
|
Resepi
Resepi Brownie Cookies Kedut Cantik dan Sedap
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Harum semerbak bau brownie cookies. Ada ke yang suka makan brownies cookies nih sampai tak paling kiri kanan? Sedap sangat lah katakan? Tapi sekarang nih dah tak perlu dah nak order atau cari kat luar semata-mata nak makan brownie cookies nih. Boleh jer cuba buat sendiri kat rumah.",
"Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Brownie cookies nih agak popular juga di kalangan orang muda sekarang. Selain dijadikan snack, cookies ini juga dijadikan sebagai doorgift untuk majlis-majlis tunang, akad nikah, kahwin dan sebagainya. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan. Untung kan? ",
"Resepi daripada Dasyarilawati Suzirah Daud ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Silap haribulan tetamu, jiran tetangga dan sanak saudara yang merasainya syak kita beli dekat luar padahal buat sendiri. Tak ke bangga. Apa lagi, jom layan resepinya.",
"Dah siap. Takde lah susah sangat pun kan? Pejam mata pun boleh buatkan? Dah boleh makan Brownie cookies walaupun tak keluar rumah. Bolehlah cuba resepi Brownie Cookies nih dan kami juga mempunyai beberapa resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share kan ya. Terima kasih."
] |
https://bidadari.my/pakej-bulan-madu/
|
Travel
Pakej Bulan Madu Bali dan Maldives (Best dan Berbaloi)
Oleh Nur Syafiqah
|
[
"Mencari pakej bulan madu luar negara yang murah, berbaloi dan seronok? Jangan risau, banyak pakej yang pasti sesuai dengan bajet anda!",
"Sebut sahaja tentang lokasi menarik di luar negara untuk berbulan madu, pasti Bali dan Maldives termasuk dalam senarai tersebut. Tapi apa yang merisaukan ramai pasangan baru berkahwin semestinya bajet yang diperlukan untuk ke sana.",
"Ramai yang berfikir bahawa kedua-dua lokasi percutian bertaraf dunia ini memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana. Namun jangan risau, kami telah jumpa agensi pelancongan yang menawarkan pakej berbulan madu yang sangat berbaloi dan eksklusif iaitu D Asia Travels.",
"D Asia Travels yang terletak di Rawang merupakan agensi pelancongan Malaysia yang menawarkan pakej pelancongan menarik bukan sahaja di Malaysia, malah ke seluruh dunia. Sudah lama berkecimpung dalam dunia pelancongan, agensi pelancongan ini memang pakar bab pakej berbulan madu termasuk di Bali dan Maldives.",
"Ramai pelanggan memberikan komen positif terhadap perkhidmatan mereka dalam menyusun segala keperluan pelancongan dari segi tiket, hotel, pengangkutan, aktiviti dan sebagainya sepanjang pelancongan mereka. Semuanya menjadi mudah dengan adanya agensi pelancongan terbaik seperti ini!",
"Namun kali ini, kami akan berkongsikan tentang pakej bulan madu di lokasi idaman ramai iaitu Bali dan Maldives. Nak tahu apa yang menarik di lokasi tersebut serta pakej yang ditawarkan? Ini pasti membantu anda dalam merancang bulan madu akan datang!",
"Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa Bali merupakan destinasi pelancongan idaman ramai. Jika ada yang tak tahu, Bali adalah destinasi pelancongan yang kaya dengan pelbagai tempat menarik yang memukau serta alam semula jadi yang mempersona.",
"Bukan itu saja, Bali kaya dengan budaya dan tradisi masyarakat setempat. Hal ini dapat dilihat dari segi rutin harian, pemakaian, gaya hidup dan makanan tempatan. Tambahan pula, masyarakat yang tinggal di Bali sangat peramah dengan pelancong.",
"Jika anda mengambil pakej berbulan madu dengan D Asia Travels, antara tempat menarik di Bali yang anda bakal kunjungi mengikut pakej adalah Nusa Penida yang terkenal dengan keindahan pantai dan pemandangan sekeliling. Sama ada di Diamond Beach mahupun Atuh Beach, sangat terkenal dengan air lautnya kebiruan dan jernih.",
"Bukan itu sahaja, ada pakej yang termasuk dengan menonton persembahan secara langsung Kecak Dance di Uluwatu. Persembahan tradisional ini sangat terkenal di Bali. Tarian yang diiringi nyanyian dan sketsa ini dipersembahkan oleh majoritinya lelaki dan beberapa watak memakai topeng dan pakaian tradisional Bali. ",
"Di Uluwatu juga, pengunjung boleh menonton persembahan api, melihat matahari terbenam, bergambar dengan latar lautan luas dan mempersona dan sebagainya.",
"Selain itu, Ubud juga termasuk dalam beberapa pakej honeymoon di Bali yang ditawarkan oleh D Asia Travels. Rata-rata yang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dan mencuba Bali swing. Pemandangan di sini sangat memukau dengan berlatarkan sawah padi berteres.",
"Nak sebut tentang keunikan Bali memang tiada penghujung kerana terlampau banyak keistimewaan apabila berada di sini. Tidak hairanlah, ramai yang menjadikan destinasi ini sebagai lokasi berbulan madu idaman.",
"Untuk pakej berbulan madu di Bali, D Asia Travels menawarkan lebih 30 pakej menarik sepanjang berada di sana. Sehingga kini, pakej terendah Bali bermula RM 1 950 untuk 4 hari 3 malam termasuk penginapan, pengangkutan ke lapangan terbang, makan dan beberapa tempat menarik.",
"Namun jika mahu bercuti di Bali, empat hari memang tidak cukup untuk menikmati semua keunikan terdapat di sini. Pakej percutian terpanjang di Bali adalah selama 7 hari 6 malam. Lebih santai dan lebih banyak tempat yang boleh diterokai.",
"Ini pakej berbulan madu di Bali yang ditawarkan oleh D Asia Travels:",
"Maldives juga antara pilihan destinasi berbulan madu terbaik dan menarik untuk dikunjungi. Bercuti di negara Islam ini, pasti memberi banyak kelebihan lebih-lebih lagi dari segi pemakanan. Memang mudah untuk mencari makanan yang halal.",
"Sebab utama ramai yang ingin berbulan madu di sini semestinya pemandangan yang cantik dengan laut kebiruan dan jernih. Penuh dengan privasi, sesuai untuk mereka yang baru berkahwin dan menginginkan masa bersama untuk berehat.",
"D Asia Travels menawarkan empat pakej berbulan madu di Maldives yang menyeronokkan dengan harga yang mampu milik.",
"Percutian berbulan madu ini serendah RM 4 875 untuk empat hari tiga malam. Ada juga pakej selama lima hari empat malam serendah RM 5 550. Pakej termasuk penginapan, pertukaran bot, aktiviti air, makan, candle light dinner dan lain-lain.",
"Kebanyakan pasangan yang bercuti di Maldives hanya mahu bersantai dan menikmati suasana menenangkan bersama. Namun ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk melakukan aktiviti atau sukan air serta meneroka tempat menarik di kawasan sekitar.",
"Dengan pakej yang ditawarkan oleh agensi ini, pengunjung dapat menyertai beberapa sukan air termasuk snorkeling, kayak, menaiki jetski dan parasailing. Bagi aktiviti snorkeling, ada pakej untuk pelancong melihat pelbagai hidupan marin di tiga check point berbeza.",
"Banyak lagi aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di setiap pakej di Maldives seperti yang berikut:",
"Sebarang maklumat lanjut mengenai pakej percutian atau lain-lain, layari laman berikut:",
"Facebook: D Asia Travels Sdn Bhd",
"Setelah penat merancang dan menyiapkan majlis perkahwinan, setiap pengantin pasti memerlukan percutian yang mendamaikan untuk merehatkan mental dan fizikal. Jadi, Bali dan Maldives sesuai untuk anda kerana penuh dengan privasi, menimbulkan suasana yang romantik serta kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi.",
"Banyak pakej bulan madu yang sangat berpatutan ditawarkan oleh D Asia Travels. Sebut sahaja negara atau negeri mana yang mahu anda pergi, mereka akan membantu anda dalam merealisasikan percutian bulan madu anda dengan baik.",
"Sudah jumpa pakej bulan madu di Bali dan Maldives yang memenuhi citarasa anda? Lakukan tempahan segera!"
] |
https://bidadari.my/makanan-rendah-kalori-yang-mengenyangkan/
|
Kesihatan
6 Senarai Makanan Rendah Kalori Yang Mengenyangkan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Sekiranya anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan, perkara paling penting untuk anda lakukan ialah menjaga pemakanan. Ini kerana formula untuk kurus ialah 80% pemakanan dan 20% senaman. ",
"Dari segi pemakananan, anda perlu pastikan kalori yang masuk ke dalam tubuh badan anda adalah kurang daripada kalori yang digunakan setiap hari atau dikenali sebagai kalori defisit.",
"Oleh itu, mengambil makanan rendah kalori yang mengenyangkan adalah sangat membantu anda kurus dengan cepat. Sebelum kami senaraikan makanan rendah kalori yang terbaik untuk anda, jom fahami apa yang dimaksudkan dengan kalori makanan. Kalori makanan adalah sejenis unit tenaga. ",
"Kalori merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Perancis iaitu calor yang bermaksud haba. Ini bermaksud, kalori adalah tenaga yang dihasilkan apabila makanan yang masuk ke dalam perut anda dihadam oleh sistem pencernaan. Jadi, apakah makanan rendah kalori yang mengenyangkan yang terbaik untuk anda kurus dan hilang inci dengan cepat?",
"Teh hijau adalah sahabat baik bagi mereka yang mengamalkan diet makanan rendah kalori yang mengenyangkan. Ini kerana jumlah kalori dalam teh hijau adalah cuma 0 ke 1 kalori per 100 gram sahaja. ",
"Apa yang lebih menarik, kandungan polifenol dalam teh hijau meningkatkan proses pembakaran lemak dalam badan anda dan dalam sama membantu menyingkirkan toksin dari badan.",
"Tomato ceri adalah makanan popular untuk merka yang berdiet. Ini kerana kadar kalorinya adalah 29 kalori per 100 gram. Sungguh rendah! Dan tomato ceri adalah sayuran yang mengenyangkan malah kaya dengan pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan seperti Magnesium, Kalsium, vitamin C dan vitamin B9.",
"Selain itu, sifat diuretik yang ada dalam tomato ceri membantu proses penyingkiran toksin dalam badan. Apabila toksin dikeluarkan dari badan, anda akan kurus dengan cepat. Oleh itu, kalau anda masih mencari makana rendah kalori yang mengenyangkan, jadikan tomato ceri sebagai makanan pilihan anda.",
"Ramai yang tahu bahawa lobak merah sangat baik untuk kesihatan mata. Namun tak ramai yang tahu bahawa lobak merah adalah salah satu makanan rendah kalori yang mengenyangkan dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kurus dengan cepat. Ini kerana jumlah kalori lobak merah ialah cuma 36 kalori per 100 gram.",
"Bukan itu sahaja, lobak merah juga kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan seperti:",
"Nanas adalah makanan rendah kalori yang mengenyangkan yang wajib anda masukkan dalam menu diet harian anda. Ini kerana jumlah kalori dalam nanas ialah cuma 33 kalori per 100 gram. Malah ia akan memberikan anda rasa kenyang yang lama. Oleh itu, rugi sangat kalau anda taknak makan nanas.",
"Bagaimana nanas memberikan anda rasa kenyang dan dalam amsa yang sama membantu anda untuk kurus? Dalam nanas terdapat sejenis enzim yang bernama bromelain iaitu enzim pembakar lemak yang sangat efisyen dalam membantu anda untuk kurus dengan cepat. ",
"Dalam masa yang sama, enzim bromelain juga membantu proses penyingkiran lemak dari tubuh badan anda.",
"Lemon sememangnya sangat sinonim dengan mereka yang berdiet. Ramai yang mengamalkan air detox yang mengandungi lemon dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Walau pun ada yang mengatakan bahawa air detox tidak membantu mengawal berat badan, namun mengikut kajian sains, lemon membantu untuk anda kurus. Jumlah kalori yang ada dalam lemon adalah sangat rendah iaitu cuma 33 kalori per 100 gram. ",
"Bagaimana lemon membantu anda untuk kurus? Asid sitrik yang ada dalam lemon akan meningkatkan keupayaan badan anda untuk membakar lemak dan protein dengan cepat. Selain itu, lemon adalah sejenis sitrus yang kaya dengan antioksidan dan mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. ",
"Kombinasi bahan antioksida dan kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon akan membantu mengaktifkan rembesan hempedu dalam tubuh badan anda. Keaktifan rembesan hempedu adalah sangat membantu proses pencernaan makanan. Amalan minum air detox lemon akan memberikan anda rasa kenyang yang lama dan dalam masa yang sama membantu anda untuk kurus. ",
"Mungkin anda tak percaya, tapi ketahuilah bahawa tembikai merupakan sejenis buah yang rendah kalori namun mengenyangkan anda untuk tempoh yang lama. Kebanyakan mereka yang mengamalkan Intermittent Fasting (IF) untuk kurus akan makan tembikai dengan banyak semasa mereka berada dalam eating window. Ini kerana tembikai terbukti membantu menurunkan berat dan menghilangkan inci dengan cepat. Malah tembikai mendapat jolokan buah pengempis perut.",
"Walau pun ianya sejenis buah yang rendah kalori iaitu cuma 38 kalori per 100 gram, namun dalam masa yang sama tembikai sangat kaya dengan perlbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seperti:",
"Apa yang lebih menarik, tembikai mempunyai sifat laksatif atau julap yang membantu sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih baik dan dalam masa yang sama mencegah badan anda daripada penyimpanan lemak, lalu membantu anda untuk kurus dengan cepat. Sifat laksatif tembikai juga membantu anda lebih lawas.",
"Itulah dia tadi info tentang makanan beralkali yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang diet atkins, kelebihan jintan manis dan makanan untuk diet"
] |
https://bidadari.my/resepi-pan-cake/
|
Petua Tips, Resepi
Resepi Pan Cake Extra Fluffy Memikat!
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Mahukan resepi pan cake yang sedap?",
"Bulan Ramadhan telah tiba lagi untuk tahun ini. Sudah semestinya, ramai diantara kita yang sudah berkeluarga ataupun masih bujang mencari resepi resepi mudah yang boleh kita cuba semasa sahur.",
"Waktu sahur adalah waktu yang sesuai untuk kita makan sesuatu yang ringkas akan tetapi masih lagi mendapat khasiat dan tenaga yang boleh dibekalkan sepanjang waktu berpuasa.",
"Pancake adalah salah satu masakan barat, walaubagaimanapun, ianya juga kerap dimakan semasa sarapan pagi. Pada bulan Ramadhan ini, menghidangkan pancake sewaktu sahur juga salah satu idea bernas yang boleh anda cuba. Walaupun orang kita masih mengemari menu tempatan setiap pagi, sekali sekala kita ubah selera apa salahnya kan? Jom cuba resepi ini!",
"Resepi ini telah dikongsi Habibah Amin dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook!",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Selain daripada resepi pancake ini, terdapat juga resepi lain yang anda boleh cuba untuk dihidangkan kepada keluarga dan yang tersayang. Variasikan juadah anda dengan mencuba resepi yang sedia ada ini dan jangan lupa untuk dikongsikan bersama rakan – rakan anda."
] |
https://bidadari.my/rendam-kaki-dalam-ais/
|
Kesihatan
Rendam Kaki Dalam Ais: Apa 4 Manfaatnya Yang Perlu Anda Tahu?
Oleh hannani
|
[
"Di antara semua bahagian tubuh badan manusia, kaki adalah anggota yang sering mengalami tekanan dan keletihan paling kerap. Hal ini kerana di tapak kaki mempunyai banyak hujung-hujung saraf yang bertindak kepada aliran darah di badan. Teori perubatan dari timur mencadangkan solusi terbaik dengan rendam kaki dalam ais bagi mengurangkan rasa sakit dan bengkak. ",
"Dua jenis rawatan yang selalu kita dengar dalam konteks fisioterapi adalah terapi panas (hot pack) dan terapi sejuk (cold pack). Antara contoh terapi panas adalah seperti ultrasound dan Infarered. Manakala terapi sejuk pula seperti rendam kaki dalam ais, ice massage, mandi ais, dan sebagainya.",
"Rawatan ais adalah sejenis rawatan yang bersifat terapeutik yang membolehkan suhu turun dalam tisu. Justeri itu, rawatan ini berupaya dalam mengurangkan proses inflamasi, bengkak, mengurangkan pengaliran darah akibat luka dan ketegangan tisu.",
" Kesan patofisiologi rawatan ais dan haba",
"Mandi air sejuk atau rendam kaki dalam ais dapat meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik. Ini semua dari kombinasi pemulihan badan yang dapat berehat dengan tenang dan penurunan suhu badan seseorang agar tubuh menjadi lebih selesa.",
"Petua zaman dulu ada mengatakan bahawa rendam kaki dengan air yang dicampur dengn sedikit ais batu mampu mengelakkan dari gangguan jin. Menurut perubatan Islam, sekiranya seseorang itu mengalami gangguan jin yang kronik mereka pasti berasa sakit seperti menyucuk-nyucuk pada kaki yang direndam itu.",
"Antara tanda lain, tubuh diserang dengan gangguan jin adalah seperti:",
"Ada juga yang mengatakan campuran air rendaman kaki tersebut lebih mujarab apabila dicampur sekali dengan daun bidara, limau nipis, garam bukit dan air berais. Bacakan sekali surah Al-Fatihah (7 kali), surah Al-Ikhlas (7 kali), dan selawat (7 kali) sebelum rendam kaki dalam ais. ",
"Sakit badan perkara biasa yang berlaku pada semua peringkat umur. Ia tidak berbahaya dan ketegangan otot sering menjadi punca masalah ini berlaku.",
"Rendaman kaki dalam ais boleh digunakan sebagai alternatif untuk mengembalikan kesegaran badan. Pendedahan air sejuk memberi tindak balas kesakitan automatik yang disebut analgesia disebabkan tekanan (SIA).",
"SIA adalah tindak balas kesakitan yang berkurang semasa atau selepas terdedah kepada rangsangan tekanan, seperti rendaman air sejuk. Ia berupaya untuk memberi rasa rileks pada otot badan yang tegang.",
"Masalah angin dalam badan biasanya bertitik tolak dari aspek pemakanan harian dan sistem penghadaman seseorang. Menurut Dr Zubaidi Ahmad, masalah angin kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.",
"Rendam kaki dalam ais sedikti sebanyak dapat membuang angin dan toksik dalam badan. Teknik ini biasa juga kita lihat di pusat-pusat refleksologi atau spa.",
"Cara untuk rendam kaki dalam ais",
"Berikut adalah panduan yang boleh anda semak untuk melakukan proses rendam kaki dalam ais:",
"Rendam kaki dalam air berais atau mandi air panas, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang banyak untuk kesihatan tubuh badan kita. Namun dinasihatkan, seseorang harus mengelakkan diri dari mandi air yang sangat sejuk atau terlalu panas, kerana ia boleh membahayakan kesihatan.",
"Selain dari artikel berkenaan dengan manfaat rendam kaki dalam ais, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan kesihatan seperti:"
] |
https://bidadari.my/cara-atasi-ketagihan-internet/
|
Anak, Kesihatan
Cara Atasi Ketagihan Internet Untuk Kanak-Kanak
Oleh Nabilah Ruza
|
[
"Dua tahun lalu, seorang pemuda di China meninggal dunia akibat bermain permainan komputer atas talian selama tiga hari berturut-turut di sebuah kafe siber di pinggir bandar Beijing. Pemuda berusia 30 tahun itu dilaporkan tidak tidur dan makan tetapi hanya duduk di depan komputer selama tiga hari.",
"Bulan lalu, seorang pemuda berbangsa Cina berusia 23 tahun di Pulau Pinang meninggal dunia dipercayai bermain permainan komputer tanpa henti selama 15 jam.",
"Ini antara beberapa kes yang dilaporkan di akhbar dan didapati daripada Internet.",
"Masalah ketagihan Internet walaupun belum terdapat kajian terperinci di negara ini tetapi beberapa negara seperti Korea dan China telah mempunyai klinik khusus untuk merawatnya.",
"Di negara ini, Internet serta gajet bukanlah sesuatu yang asing bagi generasi Y kerana sebaik sahaja ‘celik mata’ mereka sudah didedahkan dengan teknologi berkenaan.",
"Internet tidak mendatangkan masalah jika digunakan dengan baik oleh mereka yang menggunakannya. Internet mampu menyampaikan maklumat dengan pantas menjadikan dunia tanpa sempadan yang tidak pernah kita terfikir suatu masa dulu.",
"Bagaimanapun ledakan maklumat boleh menyebabkan seseorang menjadi leka dengan pelbagai laman yang terdapat di dalam Internet.",
"Akses mudah kepada Internet menjadikan remaja dan kanak-kanak terutama generasi Y menjadi ketagih kepada teknologi maklumat mudah alih ini.",
"Pensyarah yang juga pakar runding psikitris, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, masalah penggunaan Internet berlebihan boleh disebabkan oleh permainan dalam talian, pornografi, judi Internet dan sosial media.",
"“Seseorang boleh dikategorikan mempunyai masalah ketagihan Internet apabila menggunakan Internet secara berlebihan sehingga mengabaikan makan, minum, rehat dan tidur,” katanya semasa ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.",
"Mereka yang ketagihan Internet biasanya mempunyai unsur ‘withdrawal’ iaitu timbul perasaan resah gelisah apabila tidak dapat menggunakan Internet.",
"Mereka juga mempunyai sifat ‘tolerance’ iaitu jumlah penggunaan Internet yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.",
"“Mereka ini juga cenderung menukar gajet yang lebih canggih bagi mendapatkan akses Internet lebih mudah,” katanya.",
"Selain itu mereka yang dikategorikan ketagihan Internet akan mengabaikan keperluan asas seperti makan, minum, tidur, bersosial dan lebih suka menghabiskan masa di depan komputer atau gajet.",
"Dr. Muhsin berkata, akibatnya penagih Internet akan memberikan kesan negatif kepada produktiviti sama ada di pejabat atau sekolah.",
"“Mereka akan menghabiskan masa dengan Internet dan mengabaikan tugasan sama ada di pejabat atau di sekolah.",
"“Malah lebih teruk terdapat pelajar yang mencuri bagi mendapatkan duit ke siber kafe,” katanya.",
"Jelas Dr. Muhsin, mereka ini akan mengalami gangguan emosi dan mengabaikan kesihatan serta ponteng kerja dan sekolah.",
"Penggunaan Internet yang berlebihan juga akan menyebabkan keletihan yang menjejaskan kesihatan melibatkan mata, jantung, obesiti dan emosi tertekan.",
"“Bagaimanapun masalah ini tidak disedari oleh individu berkenaan tetapi dapat dikenal pasti oleh orang sekeliling.",
"“Ibu bapa, adik beradik atau kawan-kawan perlu menegur atau memberikan nasihat jika terdapat tanda-tanda ini pada anak atau rakan mereka,” katanya.",
"Dr. Muhsin berkata, biasanya individu yang terlibat dengan ketagihan Internet tidak mempunyai aktiviti riadah, kurang berkawan dan bersikap introvet iaitu sukar untuk berinteraksi dengan orang sekeliling.",
"“Mereka lebih gemar meluahkan perasaan kepada media sosial yang disangka hanya perbualan sehala. Tetapi sebenarnya media sosial hanya mendatangkan masalah lebih besar kerana mempunyai audien yang ramai,” katanya.",
"Tambah Dr. Muhsin, remaja memerlukan kehidupan sosial yang sihat bagi mempelajari emosi serta bahasa badan.",
"Pendedahan kepada gajet yang berlebihan akan menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang.",
"“Kanak-kanak yang terdedah kepada Internet pada peringkat awal boleh menyebabkan kurangnya interaksi secara fizikal dengan keluarga dan akan memberikan kesan buruk terhadap emosi bagi jangka panjang,” katanya.",
"Tumpuan kepada Internet yang berlebihan boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi longgar dalam jangka masa panjang.",
"“Sepatutnya perlu ada interaksi dengan ahli keluarga sekurang-kurangnya semasa makan,” katanya.",
"Dr. Muhsin menambah, bagi mengatasi masalah berkenaan ibu bapa perlu memberikan perhatian mengenai penggunaan Internet di kalangan anak-anak kerana pada usia kanak-kanak dan remaja tidak dapat menilai maklumat di dalam Internet.",
"“Sesetengah negara menyediakan perisian yang sesuai bukan saja untuk mengehadkan penggunaan Internet dan menapis kandungan tetapi juga memantau apa yang dilihat oleh anak mereka.",
"“Dengan ini ibu bapa boleh memastikan apa yang diakses oleh anak mereka di Internet kerana ini penting bagi perkembangan kanak-kanak,” katanya.",
"Dr. Muhsin berkata, di Korea misalnya, ramai remaja membunuh diri kerana mereka mendapat maklumat mengenainya di Internet.",
"Justeru remaja dan kanak-kanak perlu dididik mengenai Internet sama ada di sekolah atau di rumah.",
"Tanpa didikan atau bimbingan, kanak-kanak tidak dapat memilih mana yang benar atau salah."
] |
https://bidadari.my/emosi-ibu-mengandung/
|
Hamil, Keluarga
Emosi Ibu Mengandung : Punca, Kesan dan Rawatan
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Tidak dapat digambarkan perasan bersyukur dan gembiranya pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Berita gembira tu pastinya ditunggu-tunggu oleh semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.",
"Namun, proses yang bakal ditempuh oleh si ibu sepanjang kehamilan bukannya mudah. Lebih-lebih lagi, bagi wanita yang baru pertama kali merasai pengalaman mengandung. Sudah menjadi lumrah, ada bakal ibu yang tiada sebarang masalah seperti morning sickness, alahan dan sebagainya.",
"Ada pula yang tiba-tiba mendapat masalah kesihatan seperti diabetes. Malah, ada juga bakal ibu yang menghadapi perubahan fizikal yang ketara seperti kegemukan, masalah kulit dan sebagainya. Namun, yang paling ketara dihadapi ialah masalah berkaitan emosi ketika mengandung.",
"Oleh itu, dalam artikel ni, penulis ingin berkongsi emosi-emosi yang mengganggu ibu mengandung. Tujuannya supaya si ibu boleh menjadikan tips-tips yang akan dikongsikan ni sebagai panduan. Tak lupa juga untuk membantu bakal-bakal ayah menghadapi emosi isteri mereka ketika hamil.",
"Sesetengah wanita yang hamil mengalami emosi yang bercelaru, berasa tertekan, mudah sensitif atas perkara remeh-temeh dan suka marah-marah. Situasi ni merupakan sesuatu yang normal kerana disebabkan oleh perubahan hormon.",
"Pakar sakit puan berpendapat bahawa perubahan emosi ni biasanya berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan. Selepas tempoh itu iaitu pada trimester, emosi si ibu akan lebih terkawal dan kembali seperti biasa.",
"Bagi merungkai isu emosi ibu mengandung ni, penulis menyenaraikan beberapa punca lain yang menyebabkan masalah ni. Antaranya ialah:",
"Walaupun rezeki mengandung adalah impian semua wanita yang berumah tangga, namun ada juga yang belum bersedia memikul beban sebagai ibu. Hal ni mungkin disebabkan oleh faktor umur yang muda, perkahwinan yang diatur oleh keluarga, terlanjur, persekitaran dan sebagainya.",
"Wanita yang belum ‘rela’ menjadi ibu akan berasa tertekan, tak gembira dengan kehamilan dan tak menikmati pengalaman sepanjang tenpoh tu. Mereka akan mudah marah, sering menangis, menjauhkan diri dan berasa stres.",
"Bagi wanita yang bekerjaya, tugas di tempat kerja dan di rumah amat meletihkan. Di tempat kerja, mereka perlu menghadap bebanan kerja, karenah bos dan rakan sekerja. Di rumah pula, mereka perlu memasak, mengemas rumah dan menyediakan keperluan suami dan anak-anak yang lain.",
"Hal ni menyebabkan mereka mudah tertekan dan letih kerana membawa kandungan yang semakin membesar. Tak hairanlah ada yang suka marah-marah anak, malas nak uruskan rumah tangga dan tak menjaga penampilan di rumah.",
"Semasa proses kehamilan, wanita mendapat perhatian yang terbaik daripada suami mereka. Itulah sebabnya apa saja yang diminta pasti akan ditunaikan. Namun, ada juga wanita yang teringin nak makan makanan pelik-pelik dengan alasan mengidam.",
"Jika yang diidamkan tak dapat, jawabnya sedepa panjangnya muncung isteri. Maka, kelam-kabutlah para suami yang menyayangi isteri mereka mencari makanan yang diidamkan. Boleh saja minta apa-apa. Yang penting jangan susahkan suami dengan permintaan yang tak masuk akal dan pelik-pelik.",
"Tanyalah mana-mana wanita, walaupun anak dah berderet, proses untuk melahirkan adalah sesuatu yang sangat ngeri dan menakutkan. Mana taknya, melahirkan anak merupakan perkara antara hidup dan mati.",
"Oleh itu, bermacam-macam gambaran yang menerjah kepala. Disebabkan hal ni, ada juga wanita yang risau melampau, mengalami panic attack dan mudah menangis. Mereka takut sekiranya anak mereka meninggal dunia atau nyawa mereka sendiri tak dapat diselamatkan.",
"Perkahwinan yang tak mendapat restu keluarga atau kurangnya sokongan moral daripada suami juga akan menyebabkan emosi bakal ibu terganggu. Kelahiran anak diharapkan menjadi penghubung keluarga, namun sebaliknya pula berlaku.",
"Bakal ibu memerlukan nasihat, bimbingan, perhatian dan kasih sayang keluarga. Jika suami terlalu sibuk dengan urusan kerja atau kerap keluar dengan kawan-kawan sehingga si isteri keseorangan di rumah, ia akan mengganggu emosi mereka.",
"Kita sedia maklum bukan semua wanita mampu mengandung secara semula jadi. Ada yang perlu membuat rawatan untuk mendapatkan anak. Umum mengetahui bahawa kos untuk membuat rawatan seperti permanian beradas (IUI) dan persenyawaan IN-Vitro (IVF) bukannya murah.",
"Selepas melalui proses rawatan yang mahal, pasangan suami isteri pastinya menyimpan hasrat yang tinggi agar ia berhasil. Malahan, harapan pasangan dan ahli keluarga yang tinggi agar kehamilan itu berjaya. Tekanan seperti ni akan mengganggu emosi wanita hamil.",
"Bagi pasangan yang menghadapi masalah kewangan, ia juga boleh menjadi punca emosi isteri yang mengandung terganggu. Kos sebelum, semasa dan selepas melahirkan sangat tinggi. Suami yang bergaji kecil mungkin ada masalah untuk menyediakan persiapan untuk isterinya.",
"Risau memikirkan pelbagai kos yang perlu dibayar, emosi isteri kemungkinan mudah terusik. Mereka menjadi risau jika bayi yang dikandung tak dapat makanan yang berkhasiat, pakaian yang mencukupi dan rawatan yang terbaik.",
"Emosi si ibu yang tak stabil dan bercelaru memberi kesan bukan saja pada diri mereka tetapi juga kepada bayi yang dikandung. Perkara ni tak boleh dipandang ringan kerana mereka terdedah kepada masalah mental seperti kemurungan, depresi dan sebagainya.",
"Antara kesan lain yang disebabkan oleh emosi ibu mengandung ialah:",
"a. Implikasi kepada kelahiran bayi pramatang.\nb. Risiko kegagalan tumbesaran peringkat awal yang menyebabkan berat badan bayi rendah.\nc. Mempengaruhi perlakuan anak yang bakal dilahirkan seperti kuat meragam pada 2 tahun pertama dilahirkan.",
"Bagi menangani masalah yang berkaitan dengan emosi ketika mengandung, bakal ibu perlulah:",
"a. Bagi wanita yang mempunyai masalah mental, ubatan perlu diambil seperti biasa atas nasihat doktor. Hadir temu janji yang ditetapkan.",
"b. Mendapatkan tidur dan waktu rehat yang mencukupi. Ia dapat mengelakkan mood swing jika kurang tidur.",
"c. Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Boleh juga amalkan pemakanan sunnah seperti madu, susu kambing, buah delima, badam, kismis dan sebagainya. Yang paling penting lebihkan sayur dan buah-buahan.",
"d. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan dan ahli keluarga berkaitan masalah yang dihadapi.",
"e. Amalkan gaya hidup sihat dengan elakkan stres dan bersenam. Lakukan senaman yang konsisten namun tak terlalu berimpak tinggi.",
"f. Jauhi rokok dan minuman alkohol.",
"g. Sentiasa ingatkan diri bahawa anak yang dikandung merupakan rezeki dan amanah yang diberi oleh Allah. Belajar untuk menerima pemberiaan ni.",
"h. Dapatkan sistem sokongan daripada suami dan ahli keluarga. Jika anda dan suami berjauhan disebabkan faktor kerja, anda boleh berpindah ke tempatnya atau duduk dengan ahli keluarga sendiri.",
"Setakat ni saja perkongsian tentang perubahan emosi wanita ketika mengandung. Selain bakal ibu perlu mengawal sendiri emosi mereka, sokongan dan perhatian daripada suami dan ahli keluarga tetap diperlukan.",
"Semoga artikel ni memberi manfaat kepada semua. Jemput juga baca artikel diet ibu mengandung dan kesihatan ibu mengandung"
] |
https://bidadari.my/hikmah-perkahwinan/
|
Keluarga
15 Hikmah Perkahwinan Pasangan Perlu Tahu [PENTING]
Oleh zulrina
|
[
"Perkahwinan adalah satu ibadah serta penyatuan dua jiwa juga pasangan amanah untuk kita. Perkahwinan adalah menyatukan dua buah keluarga dengan satu ikatan. Allah SWT menjadikan perkahwinan ini bertujuan mendapatkan zuriat dan jalan bagi memenuhi tuntutan seksual manusia. ",
"Terdapat tiga jenis dimensi perkahwinan iaitu perkahwinan fitrah manusia, kepentingan dalam masyarakat serta pemilihan hati. Ia telah dinyatakan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan didalam kitabnya iaitu ‘Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam’.",
"Hukum asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Imam As-Syafi’e, namun para fuqaha menyatakan bahawa hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang. ",
"Jika niat berkahwin adalah untuk menzalimi pasangannya, maka hukum kahwin tersebut boleh jatuh kepada haram. Akan tetapi jika seseorang berkeinginan untuk berkahwin tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukum untuk dia berkahwin adalah sunat.",
"“Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah” (Surah Adz-Dzariyaat 51, Ayat 49)",
"Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia yang bermaksud sifat manusia sebagai makhluk Allah S.W.T. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis yang dapat memenuhi keperluan biologi seperti cinta mencintai. ",
"“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.”",
"Manusia akan sekaligus bekerjasama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga. Dalam Agama Islam, perkahwinan itu harus bagi mereka yang mampu. Selain itu, terdapat banyak lagi hikmah perkahwinan pasangan perlu tahu.",
"Pasti akan wujudnya kehidupan yang teratur dan berdisiplin di dalam kehidupan berumah tangga. Ia merupakan salah satu hikmah perkahwinan. Ia meliputi rasa tanggungjawab dan pembahagian tugas di antara suami dan isteri, ibu bapa dengan anak-anak dan sebagainya. Anda pasti akan menjadi lebih berdisiplin kelak!",
"Tahukah anda, salah satu punca murah rezeki juga adalah dari hikmah perkahwinan? Perkahwinan dapat menambahkan rezeki anda dan pasangan, serta rezeki dari segi ketenangan, kesihatan dan lain-lain lagi. ",
"Rezeki yang dimaksudkan bukan terletak kepada wang dan harta benda sahaja, malahan boleh jadi keceriaan dan kebahagiaan ataupun rezeki menimang cahaya mata yang ramai. Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah S.W.T. dan kita hendaklah istiqamah, berusaha serta berdoa untuk mendapatkan rezeki yang diberikan olehNya kepada kita.",
"Dari Aisyah R.A., Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :",
"“Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta dan boleh menjimatkan harta”",
"Hikmah perkahwinan juga adalah dapat melahirkan zuriat dan meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah yang bertaqwa, mudah-mudahan ia sungguh disukai oleh Rasulullah S.W.T.. ",
"Rasulullah S.A.W. amat berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat nanti dan semoga kita dapat melahirkan zuriat yang beriman serta bertaqwa. Daripada Ma’qal bin Yasar, Rasulullah S.A.W. bersabda :",
"“Berkahwinlah kamu dengan wanita pengasih dan subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kamu yang ramai.”",
"4. Sunnah Para Nabi dan Rasul",
"Salah satu hikmah perkahwinannya adalah mengikuti sunnah para rasul dan nabi. Rasul dan para nabi telah diutuskan oleh Allah S.W.T. sebagai pemimpin umat manusia ke jalan kebenaran. Firman Allah yang bermaksud:",
"“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan Rasul sebelum kamu dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan juga keturunan.”",
"Untuk pengetahuan anda, para nabi dan rasul adalah model yang harus kita ikuti demi keamanan, kebahagiaan dan kedamaian dalam kehidupan dunia akhirat. Dengan mengikuti sunnah mereka melalui perkahwinan, kita akan memperolehi kebaikan dan keselamatan berpanjangan.",
"Daripada Aisyah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda :",
"“Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.”",
"5. Kehidupan Menjadi Tenang Dan Tenteram",
"Melalui ikatan perkahwinan, hikmah perkahwinan adalah dapat membuatkan seseorang itu berasa lebih aman, bahagia, tenang dan tenteram dalam kalangan suami isteri serta menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang.",
"“Dan antara tanda-tanda membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra bersamanya, dan jadikanlah antara kamu perasaan cinta dan kasih sayang.”",
"Apabila telah berkahwin maka pasangan tersebut telah terselamat daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa, terutama berkaitan dengan nafsu syahwat dan ia merupakan hikmah perkahwinan yang amat bermakna kan? ",
"Selain itu, hikmah perkahwinan adalah lelaki secara fitrahnya mempunyai keinginan terhadap wanita dan begitu juga dengan wanita. Kerana itulah syaitan sentiasa mencari jalan untuk menggoda kedua-duanya agar melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah S.W.T. Dengan perkahwinan, kita akan terpelihara diri daripada hal-hal yang sedemikian.",
"Hikmah perkahwinan melalui perkahwinan adalah dapat membina persekitaran keluarga. Ia termasuklah mengutamakan perkembangan kanak-kanak. Anak-anak ini mampu membesar menjadi umat Islam yang berjaya serta mereka akan membesar dengan baik dalam persekitaran berkeluarga.",
"9. Menjaga Masyarakat Dari Penyakit Fizikal",
"Perkahwinan dapat melindungi sesebuah keluarga dari penyakit fizikal dan akhlak yang tidak baik kerana zina dapat mendatangkan pelbagai penyakit. Hikmah perkahwinan ini amat besar dalam masyarakat kita. Antara penyakit dapat dielakkan adalah AIDS, sifilis dan sebagainya.",
"10. Melindungi Diri Dari Keruntuhan Moral",
"Hikmah perkahwinan dapat menutup pintu fitnah dan maksiat yang menjadi punca kerosakan akhlak dalam kalangan masyarakat. Ia juga dapat mengelakkan perbuatan maksiat. Oleh itu, apabila berkahwin, pasangan sudah halal dalam sesebuah hubungan dan boleh bersama ke mana sahaja serta tiada fitnah yang bakal berlaku lagi.",
"Dengan perkahwinan, hikmah perkahwinan adalah dapat memelihara berkurangnya jumlah manusia di muka bumi ini. Dewasa kini, ramai yang tidak berkahwin kerana mengutamakan kerjaya berbanding memiliki keluarga. Ada juga memilih untuk membujang dan sebagainya. Bagi menyelamatkan jumlah penurunan manusia, anda yang mampu wajib berkahwin okey?",
"Hikmah perkahwinan ramai tak sedar adalah semua rasa cinta yang terbit serta hubungan yang halal di samping peluang menambah amal, serta kehidupan bertambah harmoni dengan kehidupan dalam perkahwinan. Kini, seorang lelaki dan wanita mempunyai teman bagi menghadapi susah senang kehidupan. Hikmah perkahwinan juga mungkin akan menyebabkan segala masalah dapat diselesaikan.",
"Apabila sudah berkahwin dan bergelar suami isteri, tiada lagi kebimbangan dalam menghampiri perkara haram dalam hubungan kerana sudah halal. Apabila bersama pasangan pula, sentiasa mendapat pahala. Seronoknya!",
"14. Mengekalkan Ikatan Silaturrahim Dalam Kalangan Keluarga Masing-masing",
"Dengan perkahwinan, hikmah perkahwinan juga dapat mengeratkan dua keluarga serta mengikat tali silaturrahim sesama saudara Islam. Selain itu, ia dapat menambahkan lagi bilangan keluarga dan saudara-mara. Suasananya juga amat meriah!",
"15. Dapat Membaiki Diri Ke Arah Yang Lebih Baik",
"Hikmah perkahwinan turut dapat membina motivasi dalam kalangan pasangan untuk sama-sama berbuat amal kebaikan serta membaiki diri ke arah perbuatan yang lebih baik. ",
"Jika dahulu solat bersendirian, kini seorang isteri menjadi makmum kepada suaminya dan sentiasa mengejutkan suaminya untuk solat bersama. Maka dapatlah dia pahala solat berjemaah. Setiap yang dilakukan bagi pasangan masing-masing mendapat pahala. Anda pasti rasa ‘sweet’ jika sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik dan sentiasa mengingati antara satu sama lain.",
"Kesimpulannya, perkahwinan mendatangkan pelbagai hikmah dan kemanisan, namun setiap individu lelaki dan perempuan mestilah bersedia untuk menempuh ke alam perkahwinan. Jom baca juga Idea doorgift kahwin, Jenis design pelamin kahwin dan Jenis rawatan kesuburan."
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-minyak-cantik-dan-menawan/
|
Resepi
Resepi Kek Minyak (Cantik dan Menawan)
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Kebiasaanya selalu kek yang selalu kita buat adalah kek span, kek marble, kek coklat dan sebagainya. Apa kata kali ini kita tukar kepada Kek Minyak. Bahan dan cara-caranya pun mudah.",
"Kek Minyak ini boleh dijadikan sebagai makanan semasa santai-santai, minum petang bersama teh ‘O’ panas. Perghh padu rasanya. Lepas tuh, kalau mak-mak kena buat sesuatu untuk bawa ke jamuan anak. Tak payah pening-pening nak fikir dah. Bolehlah buat Kek Minyak nih. Cepat dan Mudah. Nak nampak menarik dan tertarik adunkan adunan yang berwarna mengikut kreativiti anda. Senang kan?",
"Nak lagi senang, cubalah resepi dari Nur Amirah . InsyaAllah sekelip mata dah siap. Yeay.",
"Selain resepi Kek Minyak, kami juga mempunyai beberapa resepi kek yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Boleh baca dan mencubanya. Jangan lupa share ya. Terima kasih."
] |
https://bidadari.my/punca-cyst/
|
Kesihatan
10 Punca Cyst Yang Ramai Perempuan Tak Sedar
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Cyst merupakan ketumbuhan dalam badan yang tidak mempunyai sel kanser. Cyst boleh tumbuh di mana-mana bahagian badan manusia, namun bagi kalangan wanita di antara cyst yang paling ditakuti ialah cyst yang tumbuh dalam ovari atau dalam payudara. ",
"Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan punca cyst yang telah dikenal-pasti supaya anda boleh menjauhi perkara-perkara tersebut.",
"Dewasa ini, pasaran di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai produk kolagen dalam pelbagai jenama sama ada dalam bentuk pil atau serbuk. Rakyat Malaysia terutamanya wanita berlumba-lumba mengambil kolagen setiap hari dengan harapan supaya wajah menjadi muda dan kelihatan flawless. Namun tahukah anda bahawa pengambilan kolagen setiap hari adalah di antara punca cyst.",
"Bagaimana pengambilan kolagen boleh menjadi punca cyst? Apabila anda mengamalkan mengambil kolagen setiap hari, ia akan mengganggu hormon anda lalu menggalakkan pertumbuhan cyst. Inilah puncanya hari ini semakin ramai yang disahkan mempunyai cyst. Kalau anda mengamalkan kolagen setiap hari, tiba masanya untuk anda berfikir semula.",
"2. Hormon dalam haiwan ternakan yang dimakan setiap hari",
"Pastinya anda tahu tentang hal ini. Haiwan ternakan seperti ayam, lembu, dan ikan diberikan suntikan hormon supaya cepat membesar dan cepat dijual di pasaran untuk mendapatkan untung yang lebih. Suntikan hormon yang diberikan kepada haiwan ternakan terbabit akan kekal di dalam daging dan isinya dan akan masuk ke dalam tubuh badan manusia apabila dimakan.",
"Hormon untuk mencepatkan tumbesaran haiwan ternakan telah dikenal-pasti sebagai salah satu punca cyst. Oleh itu, sebagai alternatif anda boleh beli ayam organik atau ikan laut yang tidak diternak.",
"3. Suntikan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan",
"Selain hormon untuk mencepatkan tumbesaran haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing, pengusaha haiwan ternakan juga biasanya memberikan suntikan antibiotik kepada haiwan ternakan mereka untuk mengelakkan daripada terkena penyakit berjangkit lalu menyebabkan mereka kerugian.",
"Tahukah anda, suntikan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan yang kemudiannya dimakan oleh manusia juga merupakans alah satu punca cyst yang ramai orang tak tahu.",
"Punca cyst yang seterusnya ialah stress dan tekanan perasaan. Gaya hidup kita pada hari ini yang penuh dengan kesibukan dan tekanan telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor kenapa kes cyst di Malaysia khususnya semakin meningkat. Oleh itu, pastikan anda mampu untuk mengawal tahap tekanan perasaan yang dihadapi bagi mengelakkan risiko mendapat cyst.",
"5. Ketidak seimbangan hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh badan",
"Hormon dalam tubuh badan manusia sememangnya memainkan peranan utama dalam menentukan kesihatan individu tersebut. Hormon yang tidak seimbang dan bercelaru akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan termasuk pertumbuhan cyst dalam badan. Salah satu punca cyst yang telah dikenal pasti ialah lebihan hormon estrogen dan kekurangan hormon progesteron dalam tubuh badan.",
"Ketidak seimbangan di antara dua hormon tersebut yang tidak dirawat dengan segera dan dibiarkan berlarutan sehingga menjadi semakin serius akan menyebabkan cyst tumbuh di dalam badan anda. Jika masih tidak dirawat, ketidak seimbangan hormon tersebut akan menyebabkan cyst anda menjadi semakin besar.",
"6. Lebihan hormon Xenostogen dalam badan",
" Punca cyst yang seterusnya ialah lebihan hormon Xenoestrogen dalam tubuh badan. Hormon Xenostrogen adalah estrogen sintetik seperti estrohen palsu yang masuk ke dalam badan melalui makanan, minuman, dan juga persekitaran yang tercemar. Hormon Xenostrogen akan berfungsi seperti hormon estrogen lalu menyebabkan hormon extrogen tidak mampu berfungsi dengan baik. ",
"Menurut rekod, wanita yang lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyain risiko yang lebih tinggi untuk mendapat cyst. Oleh itu, jika anda sudah agak berumur dan belum mempunyai anak, anda adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat cyst.",
"Berat badan berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan anda berasa kurang yakin pada diri dan mengundang pelbagai penyakit, malah ia juga merupakan salah satu daripada punca cyst tumbuh dalam tubuh badan. Apabila anda mengalami masalah berat badan berlebihan, secara automatik anda akan mempunyai lebihan lemak di badan.",
"Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid system. Apabila sistem ini diaktifkan, ia akan mengganggu fungsi-fungsi hormon dalam tubuh badan. Jika keadaan ini tidak dikawal, lama-kelamaan akan menyebabkan berlakunya radang. Radang akan menyebabkan ketumbuhan cyst malah sel kanser juga.",
"Oleh itu, jika anda mempunyai berat badan berlebihan, tiba masanya untuk anda mulakan cara hidup yang sihat dan menjaga pemakanan bagi mengurangkan risiko terkena cyst.",
"Semua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Malah bahan kimia merbahaya yang ada dalam rokok juga boleh menjadi punca cyst. Jika anda tidak merokok, jauhi orang yang merokok kerana perokok sekunder juga akan mendapat bahana dari asap rokok yang disebut oleh paru-paru.",
"Punca cyst yang terakhir ialah genetik. Sekiranya ibu bapa anda atau nenek moyang mempunyai sejarah cyst, kemungkinan besar anda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat cyst. Seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis, cyst juga dianggap sebagai penyakit keturunan. Oleh itu, jika anda mengetahui bahawa ada ahli keluarga anda yang disahkan mempunyai cyst, elakkan semua punca cyst yang kami senaraikan di atas dan amalkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko anda mempunyai masalah yang sama.",
"Itulah dia 10 punca cyst yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Smeoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca susah dapat anak dan masalah rahim jatuh."
] |
https://bidadari.my/dekorasi-rumah/
|
Petua Tips
10 Tips Dekorasi Rumah Yang Bajet Tetapi Menarik
Oleh zulrina
|
[
"Dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik tidak mustahil! Ya, anda boleh melakukan perubahan untuk rumah anda dengan harga rendah dan bajet tanpa membazir. Terdapat banyak cara untuk anda melakukan dekorasi rumah yang bajet tetapi memberi kesan menarik bagi sesiapa sahaja yang melihat rumah anda. ",
"Sebelum melakukan dekorasi rumah mengikut cara anda sendiri, penting untuk anda ketahui tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik. Anda juga boleh membandingkan harga sebelum membuat pilihan kedai dan barang yang akan anda gunakan. Jom lihat 10 tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik.",
"Tips pertama dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik adalah anda harus tentukan terlebih dahulu tema dekorasi rumah anda. Sebagai contoh, tema dekorasi rumah yang sering digunakan adalah tema taman, semulajadi, bunga dan lain-lain lagi. Dengan adanya tema dekorasi rumah, anda dapat menjimatkan wang daripada membeli barang yang tidak penting. ",
"Pilih warna yang sesuai untuk disepadankan dengan dinding, lantai, langsir dan lain-lain barang yang terdapat dalam rumah anda. Warna dan barang-barang yang terdapat di dalam rumah boleh anda gunakan barang-barang bajet sahaja. Ia akan tampak mewah jika anda pandai padankan warna barangan dengan warna dekorasi rumah.",
"3. Letak Cermin Besar di Dinding",
"Anda boleh juga meletakkan cermin besar di bahagian dinding yang luas untuk menampakkan rumah lebih luas dan cantik. Perasan tak, kebanyakan rumah kecil yang kelihatan cantik dan besar adalah kerana terdapat cermin besar di dindingnya. Inilah tips dekorasi rumah yang ramai tak tahu!",
"Bagi menampakkan rumah anda berseri-seri dan cantik, gunalah warna yang pastel atau eksklusif. Anda boleh menggunakan warna yang sedikit gelap, tetapi rumah akan tampak gelap dan kusam. Ada waktunya ia kelihatan romantik juga. Namun, rumah adalah tempat yang anda selalu meluangkan masa, anda harus gunakan tips dekorasi rumah ini dengan tepat.",
"5. Barangan DIY Sebagai Hiasan Rumah",
"Tahukah anda, rumah-rumah cantik di luar negara kebanyakannya dihiasi dengan barang-barang yang diperbuat dari bahan DIY? Barangan DIY juga membantu dekorasi rumah anda untuk kelihatan lebih menarik walaupun sebenarnya ia adalah barang-barang bajet. Apa kata sekali-sekala anda pergi ke kedai DIY melihat barang-barang yang sesuai untuk digunakan.",
"6. Lampu Dan Pencahayaan Rumah Yang Bersesuaian",
"Ramai orang salah memilih lampu untuk dekorasi rumah bagi menerangi kediaman anda. Tidak semestinya semua sudut rumah anda harus letakkan lampu yang terang benderang. Ada tempat yang boleh anda gunakan lampu bajet dan biasa sahaja, tetapi ia akan nampak lebih menarik dan sesuai. Tips dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik ini sangat penting untuk anda ketahui!",
"Jangan lupakan hiaskan rumah anda dengan barang kraftangan atau koleksi kegemaran anda. Koleksi anda yang sedia ada akan dekorasi rumah yang bajet tetapi menarik. Antara jenis koleksi adalah seperti buku, gambar-gambar, medal dan piala, koleksi motosikal mini dan lain-lain lagi. Pasti rumah anda tampak menarik walaupun menggunakan dekorasi bajet.",
"8. Karpet Atau Lantai Mozek Menarik",
"Sekiranya anda tidak mahu keluarkan modal yang banyak tetapi ingin menggunakan bajet yang berpatutan, anda boleh dekorasi rumah anda di bahagian lantai dengan pelbagai karpet yang menarik. ",
"Ada karpet yang sesuai dan menampakkan rumah anda tenang, hipster dan pelbagai emosi apabila tetamu melihatnya. Dekorasi rumah sebegini bajet tetapi menarik bukan?",
"Jangan gunakan perabot yang berlebihan untuk dekorasi rumah. Cukuplah anda gunakan perabot yang ala kadar dan tidak berlebihan. Perabot yang banyak menjadikan rumah anda sempit dan semak manakala perabot yang sederhana dan bajet pula akan mencantikkan rumah anda. Pasti ia akan nampak lebih eksklusif dan mewah!",
"Percaya atau tidak, anda juga boleh memilih wallpaper untuk dijadikan hiasan corak dinding. Anda boleh mendapatkan wallpaper murah dari kedai RM 2 sahaja. Terdapat pelbagai corak yang menjadi idaman dekorasi rumah boleh anda pilih. Semuanya berkualiti, cantik dan sangat menarik.",
"Anda boleh meletak wallpaper di bahagian dinding ruang tamu, bilik tidur, dapur dan lain-lain lagi. Ada juga pilihan wallpaper berupa corak sahaja di mana wallpaper objek seperti kucing, bunga dan sebagainya. Letaklah di mana sahaja yang anda inginkan mengikut kesesuaian rumah anda.",
"Tempat Yang Menjadi Pilihan Utama Bagi Dekorasi Rumah Yang Bajet Tetapi Menarik",
"Banyak lagi tempat yang boleh anda kunjungi untuk mencari barang bagi dekorasi rumah, terutamanya platform online. Ambillah masa dahulu untuk bandingkan harga dan kualiti barangan bajet untuk menjadikan dekorasi rumah anda sesuatu yang menarik.",
"Jemput baca juga 10 Smartphone Terbaik di Malaysia, 10 Power Bank terbaik dan Pilihan Bedak Compact Terbaik di Malaysia."
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-nyok-nyok/
|
Resepi
Makan Sedap Dengan 10 Resepi Ikan Nyok Nyok
Oleh Rahayu Z
|
[
"Ikan nyok nyok kalau dipanggil ikan cupak, gerepoh mesti ramai yang kenal. Ikan nyok nyok sejenis ikan isi putih yang hidup di air masin, badan besar dan mata bulat besar.",
"Ikan nyok nyok ini selalu orang buat lauk untuk orang tengah berpantang lepas bersalin atau untuk anak-anak lelaki yang berkhatan, juga untuk sesiapa yang ada luka pembedahan.",
"Kebiasannya ikan nyok nyok dimasak gulai atau kari bersama terung dan bendi. Paling sedap kalau dapat masak gulai kepala ikan nyok nyok. Namun sebenarnya terdapat pelbagai resepi ikan nyok nyok selain masak kari seperti 10 resepi nyok nyok yang kami hadirkan di bawah.",
"Ikan nyoknyok masak asam pedas sedap dimakan untuk makan tengah hari. Dapat makan dengan telur dadar pun makin sedap. Normilawati Nordin berkongsikan resepi asam pedas di laman Facebook.",
"Nampak macam asam pedas tapi bukan. Resepi dia lebih kurang saja hanya ada penambahan rempah. Resepi dari Moku Mokuseihin di laman Facebook. Rasa pedas-pedas amat bangkitkan selera.",
"Kalau ingin masak tumis boleh, tidak tumis pun boleh. Guna ikan nyoknyok lagi sedap. Chik Sakira dan Siti Hajar berkongsi resepi gulai putih nyoknyok di laman Facebook. Cara masak tumis lagi sedap sebab wangi bahan tumis itu amat menyelerakan.",
"Kari ikan cara tumis ala Isniza Mohamad di laman Facebook. Guna rempah [email protected] campur dan jangan lupa serbuk kari ikan. Dapat makan bersama nasi putih dan keropok, lazat macam di kedai.",
"Rugi sungguh tidak cuba masak ikan cuka ini. Bawang-bawang tidak perlu kisar atau tumis. Terus masuk saja bulat-bulat atau potong dua sahaja. Resepi lazat ini dikongsikan oleh Murni Rahmat di laman Facebook.",
"Ikan Nyoknyok Bakar Cicah Air Asam Kerisik",
"Ikan nyoknyok bakar cicah air asam kerisik. Ikan dibakar kosong macam itu sahaja. Yang buat sedap itu ialah air asam nya, sekali cuba mesti makan bertambah. Resepi dikongsikan oleh سيداتول حليم di laman Facebook.",
"Ikan Nyok Nyok Goreng Tumis Asam",
"Lauk yang ada rasa masam-masam itu memang membangkitkan selera betul. Rasa masam itu boleh kecurkan liur. Ikan nyoknyok goreng tumis asam ada wangi yang menaikkan selera. Makan macam itu sahaja dengan nasi putih panas tidak pandang kiri kanan. Resepi dikongsikan oleh Sani Stapha di laman Facebook.",
"Nyok nyok Pindang Santan A.K.A. Kari Bercuka",
"Lauk ini sedap mesti ada rasa pedas, masam, dan manis boleh dikata macam lauk 3 rasa. Tapi dulu rempah giling saja, itu yang buat lagi terangkat. Sabariah Bahasar berkongsikan resepi di laman Facebook.",
"Makan lauk sihat-sihat, kurangkan makanan berminyak, jom masak kari ikan nyoknyok tanpa santan. Boleh guna rempah kari ikan macam EnaZamri Rashid yang berkongsi di laman Facebook.",
"Masak Lemak Cili Padi Kepala Nyoknyok Putih",
"Seterusnya masakan asal dari Pahang pula. Cuba buat sekali mesti teringin lagi dan lagi. Masak pagi makan malam, dan masak malam makan pagi. Lagi sedap bila sudah semalaman masakkan ini. Boleh cicah dngan lempeng atau roti canai. Kalau minat lauk ini sila cuba resepi daripada Zee Basir di laman Facebook.",
"Selain kumpulan resepi ikan nyoknyok, kami juga ada kumpulan resepi lain yang menarik untuk dicuba. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya. Selamat mencuba."
] |
https://bidadari.my/kelebihan-kahwin-muda/
|
Keluarga
9 Kelebihan Kahwin Muda Yang Tak Dapat Disangkal Oleh Sesiapa
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Perasan tak, sejak akhir-akhir ini makin ramai penduduk Malaysia yang memilih untuk berkahwin awal. Malah ramai pelajar universiti yang sudah memegang status sebagai isteri orang.",
"Pastinya anda tertanya-tanya kenapa makin ramai memilih untuk kawin awal? Apakah puncanya? Apakah kelebihan kahwin muda?",
"Ini adalah kelebihan kahwin muda yang paling utama. Tidak dapat dinafikan, pasangan yang sedang dilamun cinta akan mempunyai rasa sayang dan rindu yang membuak-buak dan tidak tertahan. Anda akan selalu berjumpa dan berdua-duaan. Apabila sering berdua-duaan, anda akan mula duduk rapat, berpegangan tangan, kemudian mula berpelukan dan berciuman. Akhir sekali anda akan terlanjur berzina. Kenapa?",
"“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, jangan sekali-kali ia berdua-duaan dengan wanita (ajnabiyah/ yang bukan mahram) tanpa disertai oleh mahram si wanita karena yang ketiganya adalah setan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)",
"Ini lah jawapannya, apabila anda berdua-duaan dengan pasangan, orang yang ketiga adalah syaitan. Syaitan akan menggoda dan menaikkan nafsu anda berdua untuk melakukan maksiat dan zina. Oleh itu, sekiranya anda terlalu menyanyangi di antara satu sama lain dan tidak mampu untuk menahan rindu, kami nasihatkan anda supaya berkahwin walau pun umur anda masih muda.",
"Berkahwin awal akan menyelamatkan anda dan pasangan daripada terjebak ke lembah zina. Ingatlah, zina adalah di antara dosa besar dan akan diazab dengan siksaan di dunia & akhirat. Sabda Rasulullah SAW: “Berhati-hatilah kamu tentang zina. Sesungguhnya pada zina itu ada enam hukuman iaitu tiga semasa di dunia dan tiga lagi di akhirat. iaitu:",
"2. Menjaga kesucian nasab dan keturunan",
"Belebihan kahwin awal yang kedua ialah dapat menjaga kesucian nasab dan keturunan anda daripada anak tidak sah taraf atau selalu dipanggil sebagai anak luar nikah yang lahir akibat zina. Anak luar nikah akan mencemarkan nasab anda. Oleh itu, sekali lagi kami tegaskan, sekiranya anda tidak mampu menjauhi zina, berkahwinlah walau pun anda masih muda.",
"3. Menurunkan statistik kes buang bayi",
"Anda pasti bersetuju, kahwin muda akan membantu menurunkan sttaistik kes buang bayi yang semakin kronik di Malaysia. Saban tahun, terlalu banyak kes buang bayi hasil sambutan malam merdeka dan sambutan malam baru yang dicatatkan. Lebih menyedihkan, bayi tak berdosa dijumpai dalam keadaan yang menyayat hati.",
"4. Menurunkan statistik anak tidak sah taraf",
"Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan di Malaysia meningkat saban tahun. Menggalakkan anak muda berkahwin awal adalah salah satu daripada usaha untuk menurunkan statistik anak tidak sah taraf di Malaysia.",
"Mungkin anda tidak terfikir tentang perkara ini, tapi percayalah bahawa berkahwin muda akan menjadikan pelajaran anda lebih cemerlang. Apabila berkahwin, anda tidak lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat, oleh itu hati anda akan menjadi bersih lalu lebih mudah menghafal pelajaran.",
"Selain itu, selepas berkahwin anda suami isteri akan tinggal serumah dan tdak perlu lagi menghabiskan masa berpeleseran di luar untuk berdating. Anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk belajar bersama-sama di rumah sambil berkasih sayang secara halal.",
"6. Jarak tidak terlalu jauh di antara ibu dan anak",
"Satu lagi kelebihan kahwin muda ialah anda akan mendapat anak dengan awal. Oleh itu, jarak umur di antara anda dan anak tidak akan terlalu jauh. Nanti bila anak dah besar, orang mungkin akan menyangka anda berdua adik-beradik, bukannya anak-beranak. Beranak awal membolehkan anda settle down dengan lebih awal. Takdelah nanti umur dah 40, baru nak hantar anak ke tadika. Sempat tak anda hidup untuk melihat anak anda berkahwin dan menimang cucu?",
"Memikul tanggung jawab sebagai seorang suami & seorang isteri akan menjadikan anda lebih matang dan bertanggung jawab. Jika dulu anda hidup seorang, sekarang apa sahaja yang anda lakukan akan memberi kesan kepada pasangan dan keluarga. Oleh itu, anda akan lebih matang dan berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan yang penting.",
"Percayalah, selepas selamat diijab kabulkan, anda suami isteri akan diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan berkat kerana anda tidak lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat.",
"9. Membeli aset dengan lebih awal",
"Pasangan yang berkahwin awal akan membeli aset seperti tanah dan rumah dengan lebih awal berbanding mereka yang masih bujang. Ini kerana, apabila sudah berkeluarga, lebih-lebih lagi apabila sudah mendapat anak, anda akan mula serius memikirkan tentang rumah yang selesa untuk anda sekeluarga kerana kematangan dan sikap tanggung jawab yang ada pada diri anda sekarang.",
"8. Lebih awal menyimpan untuk masa hadapan",
"Selain membeli aset dengan lebih awal, pasangan yang berkahwin awal akan menyimpan wang untuk masa hadapan dengan lebih awal berbanding rakan-rakan bujang yang masih berseronok ke sini-ke sana menghabiskan duit gaji setiap bulan.",
"“Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21) Inilah janji Allah kepada kita semua.",
"Itulah dia 9 kelebihan kahwin muda yang ingin kami kongsikan kepada anda. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips pilih barang hantaran, hadiah untuk suami, dan tips keluarga bahagia."
] |
https://bidadari.my/resepi-cucur-udang/
|
Resepi
Resepi Cucur Udang Kuah Kacang (Paling Meletup)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mesti anda tengah terpikir mahu masak apa untuk menu camilan petang ini. Jika anda punya stock udang mentah dalam peti, baik anda buat cucur udang saja.",
"Kali ini akan kami berkongsikan resepi cucur udang lengkap dengan pencicah kuah kacang tanpa santan. Macam sedap bukan? Memang sedap pun. Bahkan resepi yang dikongsikan oleh Norfarhana Ariffin di Facebook ini telah mendapat perkongsian sangat ramai.",
"Resepi cucur udang gebu ini selalunya dipakai oleh orang tua penulis untuk berniaga dulu. Selalunya laku sampai licin cucur udang beliau ini. Resepi ini tidak guna yis pun, hanya guna soda dan campuran bawang kisar sahaja.",
"Sesiapa yang mahukan resepi, sila tengok pada perkongsian di bawah ini. Gerenti makan satu bikin anda ketagih selamanya. Selamat mencuba.",
"Bahan Membuat Kuah Kacang Tanpa Santan :",
"Selain resepi cucur udang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/sebab-anak-menjadi-si-tanggang/
|
Anak, Keluarga
Ketahui Sebab Anak Menjadi Si Tanggang Moden
Oleh Dr Rozieta Shaary
|
[
"Pertama kita perlu faham, perjalanan hidup anak kita adalah kepunyaan dia dan dia sendiri. Kita sebagai ibu bapa hanyalah bertugas sebagai pemimpin yang terbaik yang kita boleh jadi.",
"Namun, walau begitu, ia adalah perjalanan hidup anak itu, kita bertanggung-jawab memberi dan menanam nilai murni dan prinsip hidup mulia ke dalam diri anak-anak kita.",
"Untuk nilai murni dan prinsip hidup mulia ini boleh masuk ke dalam diri anak-anak kita dan dihayati oleh mereka seumur hidup, maka di sinilah perlunya kompetensi kita di dalam keibubapaan.",
"Apa yang perlu kita mahirkan diri adalah membina sikap yang betul, skil yang efektif dan ilmu yang luas dan membangunkan. Itu sebab sebelum bermula menjadi ibu bapa perlu berusaha melengkapkan diri dahulu dan terus-menerus belajar ilmu keibubapaan dan memperluaskan ilmu supaya menjadi ibu bapa bijaksana.",
"Berhentilah berkata, “takutlah anak akan jadi lupa daratan”, takut hanya mengundang realiti itu terjadi. Kerana hukum alam bertindak ke atas semua ciptaan Allah tanpa kecuali melainkan kemahuanNya.",
"Bila kita takut tenaga takut itu akan menjadi perkara yang paling kuat di minda kita. Lantaran hukum penarikan ialah ia menarik ke dalam hidup kita apa yang paling kita fikirkan, maka, apa yang paling kita fikirkan iaitu yang kita takut itulah yang menjadi kenyataan.",
"Sebaliknya, dari sekarang, semasa anak masih kecil, belajarlah apa yang perlu dikuasai agar dapat mendidik anak-anak dengan lebih sedar dan bijak dan bukan ikut ikut orang tanpa faham.",
"Ibu mendoakan kejayaan kita bersama mendidik generasi sedar diri, menghormati ibu bapa, berjasa dan berjaya dunia akhirat."
] |
https://bidadari.my/resepi-sup-sayur-cendawan/
|
Resepi
Resepi Sup Sayur Cendawan (Rahsia Jadi Kurus)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mencari resepi untuk diet yang gerenti berjaya? Kami ada solusinya. Resepi diet yang boleh anda cuba.",
"Sup sayur cendawan, ialah antara resepi sup yang amat berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Khairuzetti Zaini ialah pemilik resepi yang berkongsikan cara diet sihat dengan sup sayur cendawan di laman Facebook.",
"Menurutnya, makan sup sayur cendawan 3-4 kali seminggu untuk dapatkan keberkesanan yang optimum. Jika mengamalkan cara ini, anda dapat mempertahankan berat badan tetap kurus sampai bila-bila.",
"Bagaimana tidak, cik Zaini mampu mempertahankan berat 45 kg walaupun umur sudah mencecah 40 dan 4 anak. Anda pula mesti boleh!",
"Amalkan gaya hidup sihat dengan makan sup sayur cendawan. Semoga berjaya.",
"Selain resepi sup sayur cendawan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/petua-hilangkan-panas-dalam-badan/
|
Petua Tips
5 Petua Hilangkan Panas Dalam Badan Ketika Demam Cubalah
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Panas dalam badan ketika demam adalah sesuatu yang merisaukan, lebih-lebih lagi jika yang demam adalah anak kecil. Tak sampai hati melihat mereka mengerang akibat tidak selesa. Apa yang lebih merisaukan, jika suhu badan menjadi terlalu panas ia boleh membahayakan kesihatan kerana berpotensi menyebabkan seseorang mengalami sawan malah boleh menyebabkan berlakukan kecacatan kekal pada otak.",
"Jom kongsikan petua hilangkan panas dalam badan ketika demam secara natural yang boleh anda amalkan.",
"Apakah punca seseorang mengalami demam? Yang sebenarnya ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami demam. Di antaranya ialah:",
"Apakah petua hilangkan panas dalam badan ketika demam yang boleh anda amalkan?",
"Jangan pakai pakaian yang tebal dan ketat",
"Elakkan daripada memakain pakaian yang tebal dan ketat melekat pada badan. Pakai pakaian yang nipis dari jenis kain kapas dan pastikan pakaian yang dipakai adalah longgar agar badan anda mendapat pengudaraan yang baik supaya haba panas dari badan dapat keluar. Elakkan juga daripada berselimut kerana apabila anda berselimut, haba panas dari dalam badan tidak dapat dibebaskan malah anda sedang meningkatkan suhu badan dengan berselimut.",
"Semakin lama anda berselimut, makin tinggi suhu badan anda maka semakin sukar untuk anda pulih dari demam. Anda akan berasa sejuk semasa demam lalu memilih untuk berselimut dan memakai stokin namun yang sebenarnya berselimut akan membuatkan demam anda semakin teruk. Oleh itu pakai pakaian yang nipis dan longgar semasa demam dan jangan sesekali berselimut atau berstokin.",
"Bilik di mana anda berehat juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan anda sihat dengan cepat. Ada yang menyangkan bahawa duduk di dalam bilik yang panas tanpa membuka kipas angin adalah cara yang terbaik untuk menurunkan panas dalam badan semasa demam namun yang sebenarnya amalan ini adalah tidak tepat sama sekali. Cuba bayangkan, anda sedang demam panas, ditambah lagi dengan duduk di dalam bilik yang panas. Macam mana suhu badan nak turun? Oleh itu untuk cepat kebah dari demam, pastikan anda duduk di dalam bilik yang tidak panas.",
"Buka kipas dan penghawa dingin jika ada. Turunkan suhu sehingga ke paras yang anda berasa selesa. Jangan terlalu panas dan jangan juga terlalu sejuk. Dapatkan suhu yang anda selesa untuk baring sambil memakai pakaian nipis dan longgar tanpa berselimut atau memakai stokin kaki. Ini adalah persekitaran yang paling ideal untuk menurunkan panas dalam badan ketika demam.",
"Lap badan atau mandi dengan kerap",
"Semasa demam, pastikan anda mengelap badan anak dengan kerap. Untuk orang dewasa, pastikan anda mandi dengan kerap. Jika anak kecil anda demam, anda boleh lap badan mereka menggunakan:",
"Selain itu anda juga boleh tampal pelekat cool fever pada bahagian dahi, belakang leher dan belakang badan untuk mengurangkan panas.",
"Air rebusan barli juga sangat berkesan untuk menurunkan suhu panas ketika demam. Caranya juga sangat mudah. Beli sepeket barli dari kedai, rebus di atas dapur bersama air kosong sehingga barli tadi mengembang. Semakin lama anda rebus, semakin kembang barli tadi.",
"Anda boleh masukkan gula batu atau madu untuk memberikan rasa manis kepada air rebusan barli tadi. Anda boleh rebus dalam kuantiti yang banyak dan simpan di dalam peti ais agar tahan lama. Minum air rebusan barli sejuk untuk menyejukkan dan menyegarkan badan.",
"Petua turunkan panas dalam badan semasa demam yang terakhir ialah pastikan anda minum air kosong dengan banyak. Ini kerana air kosong akan membantu mengeluarkan segala toksin dari badan. Semakin banyak anda minum air, semakin kerap anda membuang air kecil. Air kecil akan keluar bersama segala toksin sekali gus membantu demam anda cepat kebah.",
"Itulah dia info tentang petua hilangkan panas dalam badan ketika demam yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mencegah demam denggi, tips turunkan demam kuning bayi, dan bayi demam campak."
] |
https://bidadari.my/tidur-menurut-islam-doa-serta-adab/
|
Rohani
Tidur Menurut Islam (Doa serta Adab)
Oleh Aniuna
|
[
"Tidur adalah perbuatan semula jadi yang sangat penting oleh tubuh. Betapa lengkapnya ajaran Islam, sehinggakan cara untuk tidur juga turut diberikan panduan. Itulah sebabnya, Islam disebut sebagai cara hidup. Ia bukan sekadar satu agama yang mempunyai ritual keagamaan semata-mata.",
"Tetapi memandu umatnya untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik bermula bangun tidur di waktu pagi sehinggalah kita tidur semula pada waktu malam.",
"Tidur adalah cara untuk kita memberi hak kepada badan setelah ia bekerja di siang hari. Tidur memberi tubuh kerehatan. Dengan waktu tidur yang cukup, badan akan kembali cergas dan bertenaga. Namun, berlebihan waktu tidur pula akan menyebabkan badan kita menjadi lesu dan lemah.",
"كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ. وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ",
"Maksudnya, “Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).” (Surah az-Zariyat, Ayat 17-18)",
"#1 Berdoa dan Berzikir Sebelum Tidur",
"Al-Baro’ bin Azib ra berkata, “Adalah Rasulullah saw jika akan tidur, baginda mengiring ke sebelah kanan kemudian membaca: ",
"اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَآمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ",
"Maksudnya “Ya Allah aku serahkan diriku kepadaMu dan mengadapkan wajah ku padaMu dan menyerahkan semua urusanku kepadaMu dan menyandarkan punggungku kepadaMu kerana mengharap dan takut kepadaMu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksaMu kecuali kembali kepadaMu. ",
"Aku percaya kepada Kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utuskan.”",
"Hal ini berdasarkan hadis Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi saw bersabda,",
"إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ",
"Maksudnya, “Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.” (HR Bukhari & Muslim)",
"Berdasarkan hadis Al Baro’ bin ‘Azib, Nabi saw bersabda,",
"إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ",
"Maksudnya, “Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu.” (HR Bukhari & Muslim)",
"Menurut Ibnul Qayyim, “Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak susah untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat untuk jantung. Manakala, tidur pada sisi kiri juga bagus untuk badan, tetapi membuat seseorang semakin malas.” (Zaadul Ma’ad, 1/321-322)",
"كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ) وَ (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ) وَ (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ) ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ",
"Maksudnya, “Nabi saw ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau menadah kedua tapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (suraa al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin nas’ (surah an-Nas). ",
"Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”",
"Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata,",
"أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم, كَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا",
"Maksudnya, “Rasulullah saw melarang tidur sebelum solat ‘Isya dan berbual kosong sesudahnya.” (HR. Bukhari)",
"Ibnu Baththol menjelaskan, “Nabi saw tidak suka berborak-borak setelah solat ‘Isya kerana Baginda sangat berhajat melaksanakan solat malam dan bimbang jika tidak dapat menunaikan Solat Subuh berjemaah.",
"Umar al-Khattab pernah memukul orang yang berbora-borak kosong setelah solat Isya’, beliau mengatakan, “Apakah kalian sekarang begadang di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?” (Syarah al-Bukhari, Ibnu Baththol, 3/278, asy-Syamilah)",
"Dari Hudzaifah ra, ia berkata bahawa Nabi saw jika ingin tidur di malam hari, maka beliau meletakkan tangannya di pipi kanan, kemudian mengucapkan,",
"Maksudnya, “Ya Allah, dengan nama-Mu. Aku mati dan aku hidup.”",
"Jika Baginda bangun dari tidur, beliau mengucapkan,",
"اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ",
"ALHAMDULILLAHILLAZI AHYANA BA’DA MA AMATANA WA ILAIHIN NUSYUR",
"Maksudnya, “Segala puji bagi Allah, yang telah membangunkan kami setelah menidurkan kami dan kepada-Nya lah kami dibangkitkan.” (HR Bukhari)",
"Namun begitu, terdapat juga beberapa hadis yang meriwayatkan lafaz-lafaz lain untuk doa tidur. Antaranya:",
"BISMIKA AMUTU WA AHYA (HR. Bukhari, no. 6312)",
"BISMIKA ALLAHUMMA AMUTU WA AHYAA (HR. Bukhari, no. 6324)",
"BISMIKA NAMUTU WA NAHYA (HR. Bukhari, no. 7395)",
"ALLAHUMMA BISMIKA AMUUTU WA AHYAA (HR. Bukhari, no. 6314, 6325)",
"ALLAHUMMA BISMIKA AHYAA WA AMUT (HR. Bukhari, no. 7394)",
"ALLAHUMMA BISMIKA AHYA WA BISMIKA AMUT (HR. Muslim, no. 2711)",
"Setiap perbuatan yang kita lakukan setiap hari sunat jika dimulakan dengan nama Allah. Begitu juga tidur. Nabi saw, mengajar kita beberapa amalan sunnah serta adab ketika tidur. Begitu juga bacaan doa ketika hendak tidur dan setelah bangun tidur.",
"Walaupun lafaz doa tidur ada sedikit perbezaan menurut riwayat hadis, namun makna doa tersebut adalah sama. Tiada masalah untuk anda mambaca mana-mana doa sekalipun. Yang lebih mustahak adalah kita berusaha semampu yang boleh untuk mencontohi sunnah Nabi walaupun ketika tidur. Wallahu a’lam.",
"Bagaimana dengan artikel berkenaan Adab Dan Doa Tidur yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?",
"Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-kelapa-pandan-blender/
|
Resepi
Resepi Kek Kelapa Pandan Blender (Sedap dan menyelerakan)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Terdapat pelbagai resepi kek yang menarik yang boleh didapati di internet. Pada hari ini, kami ingin kongsikan resepi kek yang sangat sedap dan menyelerakan yang boleh anda cuba bakar di rumah. ",
"Kita membakar kek sendiri di rumah kerana kita dapat membuat kek yang mengikut selera kita. Jika kita beli, mungkin kek ini terlalu manis atau terlalu mahal. Cara-cara membuat kek ini sangat mudah dan murah. Kek ini juga sesuai jika mahu disediakan pada hujung minggu sambil menonton Netflix bersama seisi keluarga. ",
" Resepi ini telah dikongsikan oleh Yuniza Yusuff dan telah mendapat banyak like dan komen di Facebook.",
"Nota: Tepung diayak bersama 1 sudu kecil baking powder dan serbuk santan",
"Resepi – resepi lain yang menarik: ",
"Selain daripada resepi Kek Kelapa Pandan Blender ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya! "
] |
https://bidadari.my/senarai-barang-persediaan-bayi/
|
Hamil, Petua Tips
Senarai Barang Persediaan Bayi Dan Ibu Sebelum Ke Hospital
Oleh aqirah
|
[
"Persediaan untuk menyambut bayi yang baru lahir perlulah lengkap dan tiada barang yang tertinggal. Bagi pasangan suami isteri yang sudah ada pengalaman, mereka sudah tahu apa yang perlu dibawa untuk ke hospital. Begitu juga persediaan mental juga kerana mereka bukannya menyambut anak pertama.",
"Pasangan suami isteri yang ada pengalaman, mereka akan kelihatan sedikit tenang berbanding suami isteri yang tiada pengalaman dalam menyambut bayi yang baru lahir. Sudah pasti mereka akan rasa gementar dan agak kelam kabut kerana tidak tahu perlu buat apa. Maklumlah, sambut anak pertama memang begitu, semua orang mengalami pengalaman yang sama.",
"Jadi, sebelum bawa isteri ke hospital untuk bersalin, suami perlu tahu barang apa yang perlu dibawa bersama. Apakah barang-barang tersebut?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai senarai barang persediaan untuk bayi dan ibu sebelum ke hospital. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.",
"Senarai barang persediaan sebelum ke hospital",
"Bawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Jangan bawa baju tebal atau baju yang susah di pakai seperti jumpsuit. Kadang- kadang nurse hanya pakaikan baju dan bedung sebab saiz anak yang kecil. Baju saja pun dah labuh hingga kaki.",
"2. Kain bendung, baby wipes, newborn diapers",
"Ada hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Hari pertama lepas bersalin, kain bedung, dypers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini. Kalau ke hospital kerajaan tue ada la diorg bagi 3 keping. Boleh la standby guna dulu sementara nk tunggu beli yg lain. Sebaiknya beli dypers yang pack kecil 10 keping sahaja.",
"Kalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.",
"Jangan lupa Buku Rekod Kesihatan / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.",
"Untuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital",
"Set ini dah cukup lengkap untuk bayi. Ada minyak telon, mandian baby, massage oil baby dan paling penting semuanya semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben atau SLS. Tasneem kit baby spa ini adalah yang pertama di Malaysia. Didatangkan dengan kotak khas dan ianya kecil senang di bawa ke mana sahaja walaupun dalam labour room atau wad selepas bersalin.",
"Boleh terus dapatkan baby kit spa di sini",
"Ibu jangan lupa bawa baju salin ye. baju tshirt longgar lengan panjang atau blouse. Yang suka pakai kain batik boleh bawa kain balik, atau skirt longgar. Baju yang kita pakai sebelum masuk labour room tu kadang- kadang boleh hilang tanpa dapat dijejak.",
"2. Bra menyusu dan seluar dalam",
"Boleh bawa 3-4 helai bra menyusu kerana susu akan meleleh dan kita tidak akan selesa memakai bra yang basah. Seluar dalam juga kena bawa banyak sebab biasa akan lekat darah bila kira berbaring",
"Selepas bersalin nurse akan pakaikan pad bertali untuk kita. Pad bertali ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ibu dan anak. Kemudian bila darah makin kurang kita akan mula pakai seluar dalam dan pad biasa. Boleh beli pad overnite untuk cover darah yang banyak.",
"Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka perlu dibawa ke dalam wad. Jika tidak mahu bawa sabun mandi boleh gunakan pencuci muka sebagai sabun mandi.",
"Perlu sediakan beberapa pasang stokin juga. Takut nanti stokin basah dan kita akan kesejukan. Sebelum pakai stokin boleh sapu minyak panas pada tapak kaki atau betis supaya tidak kejang dengan suhu wad yang sejuk atau berangin.",
"*2 minggu sebelum tarikh bersalin itu, perlu siap sedia semua barang dalam sebuah beg. Jadi, senang apabila tiba masanya, tidak perlulah kelam kabut mahu ambil baju itu ini, barang bayi semua. Hanya angkat saja beg yang sudah siap sedia semua keperluan untuk bayi dan ibu semasa tinggal di hospital. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.",
"Jemput juga baca artikel checklist barang baby ke hospital"
] |
https://bidadari.my/resepi-ayam-masak-kicap-berempah/
|
Resepi
Resepi Ayam Masak Kicap Berempah Versi Mudah dan Sedap
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Ayam masak kicap merupakan salah satu menu masakan yang sangat mudah dimasak. Menu ini boleh disantap pada waktu petang mahupun malam. Kanak-kanak sangat menyukai masakan ini kerana rasanya tidak pedas. Kadang-kadang menu juga dihidangkan untuk kenduri atau majlis kahwin.",
"Pada tulisan di bawah ini kami kongsikan resepi Ayam Masak Kicap Berempah sedap yang mendapat perkongsian ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Haslina Amat di Facebook. Jom cuba buatnya.",
"Selain resepi Ayam Masak Kicap Berempah ini, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-kari-daging/
|
Resepi
Resepi Kari Daging Sedap Hingga Menjilat Jari
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Masakan kari nih agak popular dikalangan akyat Malaysia tambah-tambah kaum India. Mereka ini memang tak boleh tinggal kari. Kari ialah sejenis masakan yang menggunakan rempah ratus dalam penyediaannya. Aroma rempah ratus sangat wangi dan boleh membangkitkan selera untuk makan. Lagi-lagi jika tengah lapar di waktu tengah hari, Makan dengan nasi panas, tersangatlah Umph!",
"Biasanya, kalau kita nak makan roti canai atau capatti atau roti seumpamanya, mesti wajib ada kari ni kan sebab gandingannya sangat sedap. Bukan sebiji je roti, dua ke tiga biji pun sanggup habiskan tanpa fikirkan kolestrol ye dakk??",
"Tak percaya kari ini antara masakan kegilaan ramai? Buktinya, tengoklah dekat kedai-kedai dan pasaraya, ada jual kari tin tau. Untuk masakan kari, anda boleh cuba untuk pelbagai lauk seperti kari ayam, kari daging, sotong, udang dan lain-lain. Yang paling kaw adalah kari daging sebab apabila dimasak, air daging akan keluar dan memberikan rasa manis semulajadi pada gulai kari tersebut. Jika ditambah dengan ubi kentang, lagilah bertambah sedap kari anda itu.",
"Jadi, pada hari ini, kami akan paparkan satu resepi kari daging yang telah dikongsikan oleh saudari Siti Fatimah . Anda patut cuba ni tau, boleh lah nanti cicah dengan roti ker atau makan dengan nasi. Selamat mencuba!"
] |
https://bidadari.my/resepi-cucur/
|
Resepi
25 Resepi Cucur Menarik Untuk Ibu Cuba Di Rumah
Oleh Rahayu Z
|
[
"Jom baca koleksi aneka resepi cucur.",
"Petang-petang memang paling seronok kalau bercucur. Buat cucur kesukaan anda untuk dihidangkan pada masa petang mahupun sebagai hidangan sarapan pun boleh.",
"Masakan cucur adalah paling simple kerana bahan-bahannya mudah didapat dan menyediakannya pula tidaklah memakan masa. Paling sesuai untuk anda-anda yang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk memasak.",
"Terdapat pelbagai jenis cucur dan kesemua jenis itu telah kami sediakan di bawah ini untuk memudahkan anda memilih idea untuk masak cucur. Resepi-resepi di bawah ini gerenti sedap dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.",
"Makan cucur pula paling sedap cicah dengan sos seperti sos cili, sos kacang dan sos lainnya. Cucur dan sos memang selalu bergandingan. Dan tanpa merisaukan hal itu di bawah ini juga tersedia resepi sos makan bersama cucur. Tunggu apa lagi, jom cuba 25 resepi cucur di bawah ini.",
"Cucur jagung yang super rangup, rasa lemak manis jagung 100%, kekal lembut walaupun sudah sejuk dan paling penting tidak serap minyak. Yang ini wajib cuba sebab sedap sangat! Resepi daripada Fatin Najwa Misuan di Facebook.",
"Cucur badak paling legend, adakah peminat cucur badak di sini. Merujuk kepada resepi yang didatangkan dari Dainisha Sudahia Darwish di laman Facebook konfirm cucur badak anda cantik kejadiannya. Boleh buat stok frozen.",
"Cara Buat Doh Cucur Badak :",
"3. Resepi Cucur Ikan Bilis Stick",
"Kudapan untuk petang-petang. Cucur ikan bilis versi stick dicicah dengan sos cili ala Thai. Resepi dikongsikan oleh Rose Eatie di laman Facebook.",
"Bahan Sos Cili Ala Thai :",
"Sangat mudah buat cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam. Resepi daripada Mazitah Ahmad Nur Solehah di laman Facebook.",
"Resepi berikutnya ialah cucur balak. Tapi mesti ramai yang tidak tahu resepi ini. Resepi mudah didatangkan daripada Roslina Shaari Ina Kie di laman Facebook.",
"Cucur yang manis dan lembut ialah cucur kembung atau cucur manis. Dainisha Sudahia Darwish di laman Facebook pula membuat cucur kembung susu yang lemak manis. Resepi simple sangat dan sedap.",
"Menu petang hari dengan cucur telur. Susah jumpa orang jual kuih ini. Tidak ramai orang pandai buat cucur telur supaya dapatkan kerangupannya. Namun Bisneswomen Fiza di laman Facebook membagikan resepi cucur telur yang boleh diikuti oleh semua orang.",
"Nampak seperti sosej bukan? Tapi ini bukan sosej, ini cucur nasi versi stick. Anak-anak sangat suka makan ini terutamanya yang jenis susah makan nasi. Resepi daripada Rose Eatie di laman Facebook ini boleh dijadikan rujukan jika ada yang mahu berjualan.",
"Memasak kuih tradisional memang kena bersabar. Cucur jawa masak dari bahagian tepi terus perlahan-lahan ke tengah. Resepi cucur jawa comel dikongsikan oleh Zuraita Mohd Anua di Facebook.",
"Siapa pernah makan cucur topi Kelantan? Selain daripada orang Kelantan, anda mesti jarang makan cucur topi ini bukan? Sedap rasanya dan anda patut cuba buat sendiri. Resepi daripada Fa Ra yang dikongsikan di laman Facebook.",
"Budak-budak kalau jumpa makanan ini konfirm terus habis dan licin. Buat untuk potluck ataupun buat menu petang pun boleh. Resepi daripada Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook. Resepi ini tidak menggunakan tepung.",
"Resepi yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di laman Facebook ini amat mudah untuk dicubakan di rumah. Makan cucur bawang bilis petang-petang sebagai kudapan dicicah sos cili sedap sungguh. Cucur bawang bilis sedap dimakan panas-panas. Boleh kenyang makan camilan ini.",
"13. Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral!",
"Membuat cucur itu sangat senang, gaul-gaul lepas tu goreng. Tetapi, terkadang chef-chef kat rumah ni ada terkendala dengan macam mana nak buat cucur bulat dan cantik tu, guna sudu, guna tangan pun masih gagal juga, tidak menjadi bulat dan cantik. Resepi dikongsikan oleh Fiesya Tahir di facebook. Ini ialah resepi cucur manis yang sangat simple dan menghasilkan bentukan cucur yang lagi cantik seperti stick.",
"1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam\n2. Masukkan kedalam tepung gandum\n3. Gaul sebati\n4. Biarkan sejuk seketika\n5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.\n6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.",
"Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.\nGuna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.",
"Selamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick",
"Sarapan pagi bersama cucur sosej kentang. Cucur sosej kentang amat lembut kejadiannya. Suhana Adila Abd Rahman berkongsikan resepi cucur sosej kentang di laman Facebook. Selain sebagai menu sarapan, cucur sosej kentang pula sedap untuk dijadikan kudapan petang-petang.",
"Kentang dipotong panjang-panjang. Masa digoreng, kentang akan jadi lembut tapi rangup. Cucur ubi kentang cukup mengenyangkan, sesuai sanga untuk menu sarapan. Setiap gigitan aka nada bunyi krupkrap! Terliur? Cuba masak sendiri resepi dikongsikan oleh Marziah Mahidin II di laman Facebook.",
"Pernahkah anda merasa cucur kicap? Cucur kicap ini sebenarnya ialah cucur yang dibuat dengan adunan tepung dan sayur kemudian disiram sos kicap di ke atasnya. Sos kicap ada resepinya lagi sedap dan lazat. Kudap-kudap petang cucur kicap resepi dikongsikan oleh Mason Maur di laman Facebook.S",
"Cucur labu ini kegemaran ramai kerana ianya sangat lembut, sangat sedap dan lemak manis. Siapa-siapa pun mesti cuba resepi yang dikongsikan Fauziah Yahya di laman Facebook ini.",
"Serawa durian sudah biasa apalagi pulut durian sudah sangat biasa. Kalau cucur durian macam mana pula sudah biasa makan kah? Wan Muhammad Hafiz Satar berkongsiakan resepi cucur durian di laman Facebook. Agak-agak sedap tidak? Mestilah sedap sudahpun dapat perkongsian ramai di Facebook. Kena sediakan inti durian terlebih dulu. Resepi lengkap di bawah ini.",
"Cucur sayur atau ada yang panggil bakwan. Merupakan sayur-sayuran yang dihiris dan dicampur dalam adunan tepung cucur. Selalunya pakai kobis dan lobak merah. Dimakan dengan sos cicah sangat menyelerakan. Jom buat cucur sayur resepi dikongsikan oleh Hernee Nazir di laman Facebook.",
"20. Resepi Cucur Sosej dan Isi Ketam",
"Seterusnya kami berkongsi resepi cucur sosej dan isi ketam yang didatngkan daripada Rosma Ros di laman Facebook. Kudapan ini merupakan kegemaran anak kerana ada sosej da nisi ketam membuat rasanya makin menarik.",
"Kalau cucur udang sahaja macam sudah biasa. Kali ini pula cucur udang jagung. Rangup udang dan manis jagung jadi kombinasi yang melazatkan. Mari cuba buat cucur jagung udang oleh Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.",
"Kami pastikan anda yang sekali cuba mesti teringin lagi makan cucur roti. Cucur roti rangup di luar namun lembut di dalam. Lagi ianya bukan cucur roi biasa melainkan cucur roti berlauk. Jadi menu sarapan cicah dengan sos sedap betul. Resepi dikongsikan oleh Mleisya Scarf Comel Sokmo di laman Facebook.",
"Makanan tin satu ini memang boleh dipelbagaikan dalam hidangan. Salah satunya yang menarik ialah cucur. Cucur sardin dibuat dengan menggunakan sardin dalam tin yang dilenyek dengan adunan tepung kemudian digoreng. Rasanya jadi macam cucur ikan tapi versi lain dan lebih sedap. Sila cuba resepi cucur sardine daripada Norhamidah Abdul Hamid di laman Facebook.",
"Petang-petang kalau tidak ada idea masak cubalah buat resepi ini. Sekadar mengambil inspirasi untuk dijadikan idea dalam menu kita tidak salah kan. Resepi cucur udangg maggi memang sedap cara membuatnya pula amat mudah. Resepi dikongsikan oleh Ila Najwa di laman Facebook.",
"25. Resepi Cucur Tofu Lembut Berlauk",
"Resepi terakhir yang tidak kalah menarik ialah cucur tofu. Benda putih nan lembik ini sesuai untuk dimasak macam mana pun termasuklah cucur. Semestinya cucur tofu teramatlah sedap. Rangup di luar namun sentiasa lembut dan wangi soya di dalam. MrsMoon MJ berkongsikan resepi cucur tofu di laman Facebook.",
"Tips : Jangan goreng deep fry nanti hancur. Guna pan fried (minyak sedikit), macam lempeng supaya tidak pecah.",
"Selain resepi cucur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/ajar-anak-jadi-survivor/
|
Anak, Keluarga
Usah Terlalu Manjakan Anak, Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Jadi ‘Survivor’
Oleh Siti 'Aisyah Rozalli
|
[
"Sebagai ibu ayah, tidak dinafikan, melepaskan anak untuk berdikari adalah suatu perkara yang sukar.",
"Namun, mahu atau tidak mahu, apabila sudah tiba masanya, kita terpaksa juga melepaskan mereka suatu hari nanti.",
"Oleh itu, anak perlu diajar dan belajar berdikari untuk ‘survive’ dalam dunia baru mereka tanpa kita ibu ayah di sisinya.",
"‘Survivor’ adalah seseorang yang tahu menguruskan diri sendiri dari segi emosi, keperluan sosial, keperluan fizikal, barangan harian, dan sebagainya.",
"Ya, anak-anak wajib diajar menjadi ‘survivor’ agar mereka dapat berdikari apabila kita tidak bersama mereka kelak.",
"Menguasai kemahiran pengurusan diri seiring dengan tahap perkembangan anak adalah sangat penting.",
"Jika anak berusia 3 tahun, sepatutnya mereka sudah boleh diajar untuk mengemas permainannya ke dalam bekas.",
"Jika anak berusia 5 tahun, sepatutnya mereka sudah tahu mengemas barangnya sendiri di pra-sekolah tanpa bantuan guru.",
"Jika anak berusia 6 tahun, mereka sepatutnya sudah tahu menjaga kebersihan diri yang asas dan tahu menyesuaikan keperluan dirinya dengan keperluan persekitaran. Sebagai contoh, jika di tadika, anak ini sudah tahu untuk menyimpan baju persalinannya di dalam beg sendiri.",
"KENAPA PENTING UNTUK ANAK BELAJAR MENJADI ‘SURVIVOR’?",
"Mempunyai keupayaan mengurus diri adalah ‘essential’ atau keperluan yang sangat penting untuk anak-anak. Seorang anak yang tahu menguruskan dirinya akan :",
"Sekiranya anak tidak diajar untuk menjadi ‘survivor’, perkara sebaliknya akan berlaku dan anak pasti akan berasa tertekan.",
"BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH MEMBANTU ANAK MENJADI ‘SURVIVOR’?",
"Lakukan 3 perkara ini untuk membantu anak menjadi ‘survivor’ :-",
"Ibu bapa yang bersikap terlalu ‘protective’ akan menyebabkan anak menjadi takut-takut dan kurang keyakinan diri.",
"TANDA-TANDA ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI",
"Berikut merupakan tanda-tanda anak yang kurang keyakinan diri :-",
"Anak yang mempunyai tanda-tanda di atas memerlukan perhatian yang sewajarnya dalam usaha membentuk mereka untuk menjadi ‘survivor’.",
"TIPS MENANGANI ISU ANAK YANG KURANG YAKIN DIRI DI TASKA / SEKOLAH",
"Setiap kali anak mengadu dibuli rakan, tanya kepada guru akan hal sebenar (bukan di hadapan anak, kerana anak akan menganggap ibunya sedang ‘back up’ dirinya dan seterusnya memberi anak idea bahawa ibunya boleh dimanipulasi).",
"Jika guru maklumkan bahawa benar, memang rakan ada membuli anak tetapi anak hanya pasif tanpa mempertahankan diri, ajar anak ‘social story’ bagaimana untuk mempertahankan diri. (Contoh : pergi dari situ dan jangan dekati rakan yang suka membuli, beritahu rakan yang membulinya untuk berhenti membuli, beritahu guru setiap kali rakan mula membulinya).",
"Setiap kali anak mengadu dimarahi guru, tanya kepada guru hal sebenar (tetapi bukan di hadapan anak). Cuba dapatkan punca anak dimarahi atau ditegur (ada anak-anak yang tidak biasa ditegur kesalahannya mendefinisikan teguran sebagai marah). Berikan ‘social story’ dan latihan di rumah bagi membantu anak memahami mengapa dia ditegur oleh guru.",
"AJAR ANAK JADI ‘SURVIVOR’ MULAI SEKARANG",
"Aktiviti pengurusan diri sering dipandang ringan, tetapi impaknya adalah amat besar buat anak. Pastikan anak menguasai kemahiran pengurusan diri selari dengan usianya.",
"Biar anak belajar ‘survive’. Usah terlalu manjakan mereka dengan melakukan semua perkara untuk mereka.",
"Lebih baik ianya susah untuk anak buat masa sekarang, berbanding mereka susah di kemudian hari kerana tidak tahu cara untuk ‘survive’.",
"Ayuh ibu ayah, kita ajar anak untuk menjadi ‘survivor’. Jom mulakan sekarang!",
"Nota : Disertakan ‘screenshot’ ‘milestone’ perkembangan kemahiran pengurusan diri dari buku Senarai Semak & Aktviti Pengukuhan Pengurusan Diri untuk rujukan anda.",
"Sumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli",
"Sumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli",
"Sumber : Laman Facebook OT AisyahRozalli"
] |
https://bidadari.my/makanan-tambah-darah/
|
Hamil, Petua Tips
6 Makanan Tambah Darah Atasi Anemia Untuk Ibu Hamil Wajib Baca!
Oleh Noor Hazreen Mohd Mokhtiar
|
[
"Buat para wanita terutamanya ibu hamil yang mengalami anemia, pastikan anda terus membaca perkongsian ini untuk mengetahui 6 makanan tambah darah bagi mengatasi anemia.",
"Di kalangan wanita istilah hemoglobin(HB) rendah atau kekurangan darah merah cukup sinonim terutamanya bagi wanita hamil.",
"Sebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai petua untuk mengatasi masalah anemia, jom kita cerita serba sedikit mengenai anemia.",
"Adakah anda tahu apa itu Anemia?",
"Anemia merupakan situasi dimana sel darah merah kurang dari paras normal. Kekurangan sel darah merah atau lebih sinonim dengan kekurangan hemoglobin banyak terjadi di kalangan wanita hamil",
"Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu sistem badan. Nilai hemoglobin normal untuk wanita adalah 12-14g/dl.",
"Hemoglobin adalah protein di dalam sel darah merah yang berfungis untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh badan.",
"Antara tanda-tanda yang boleh dilihat atau dikesan apabila seseorang itu menghidapo anemia adalah ;",
"Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, amat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada doktor dan mengambil langkah pencegahan yang sebaiknya.",
"Anemia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor dan kita akan bincangkan mengenai faktor utama kepada gejala anemia.",
"Anemia berlaku apabila badan kekurangan zat besi yang menyebabkan hemoglobin di dalam darah berkurangan.",
"Seperti yang kita sedia maklum, zat besi merupakan elemen penting dalam penghasilan sel darah merah. Wanita hamil sering mengalami masalah anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi.",
"Vitamin B12 atau juga dikenali sebagai cobalamin merupakan vitamin yang diperlukan untuk memastikan sel darah merah berada dalam keadaan baik. Vitamin B12 berfungsi untuk membina sel darah yang sihat.",
"Haemolytic anemia adalah keadaan di mana sel darah merah dihapuskan. Penghapusan sel darah merah yang lebih cepat berbanding penghasilan sel darah merah . Ini berlaku ketika seseorang itu menghidapi penyakit ‘auto-immune’. Di mana sistem imunisasi badan akan menyerang badan dan menyebabkan sistem badan keliru .",
"Berlaku apabila sumsum tulang tidak dapat menghasilkan sel darah merah akibat sumsum tulang tidak dapat berfungsi dengan baik. Penyebab kepada ‘Aplastic anemia’ adalah terdedah kepada racun dan jangkitan virus seperti HIV.",
"Bagi mereka yang menderita akibat thalassemia akan mengalami pigmen hemoglobin di dalam sel darah merah tidak terbentuk secara normal. Namun thalassemia merupakan penyakit yang disebabkan oleh genetik.",
"Walaupun anemia ini adalah penyakit berkaitan dengan sel darah merah di dalam badan kita, ia masih boleh dirawat dengan kaedah yang tepat.",
"Langkah awal dalam proses pemulihan daripada anemia adalah memastikan pola pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.",
"Kekurangan asid folik atau vitamin B12 antara penyebab utama kepada masalah anemia. Untuk mengatasi kekurangan asid folik, ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12.",
"Elakkan pengambilan minuman beralkohol . Minuman beralkohol akan menganggu penyerapan asid folik.",
"Sekiranya bilangan darah anda terlalu rendah dan keadaan anda sangat membimbangkan, doktor akan menjalankan proses transfusi darah. Darah yang bersesuaian dengan jenis darah anda akan dimasukkan ke dalam tubuh badan anda.",
"Sekiranya anda adalah penghidap ‘aplastic anemia’ , sekiranya sumsum tulang anda sudah tidak berfungsi. Penyelesaian terakhir untuk merawata anemia anda adalah pemindahan sumsum tulang. Penderma akan mendermakan sumsum tulang kepada pesakit.",
"Seperti yang kita sedia maklum ibu mengandung yang mengalami HB rendah boleh menghadapi komplikasi serius seperti kelahiran pramatang dan perkembangan tumbesaran bayi terencat.",
"Ibu mengandung disarankan untuk mengambil makanan tambah darah seperti;",
"Vitamin A di dalam tembikai dapat membantu proses penambahan jumlah bilangan sel darah merah sekaligus dapat memastikan bekalan oksigen ke seluruh tubuh badan mencukupi.",
"Jambu batu sangat kaya dengan vitamin C. Menurut kajian, kandungan vitamin di dalam jambu batu dua kali ganda daripada vitamin C didalam buah oren. Vitamin C membantu dalam proses penyerapan zat besi.",
"Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi sangat kaya dengan zat besi. Bayam memang terkenal sebagai sumber sayuran yang kaya dengan zat besi sama ada bayam merah mahupun bayam hijau. Namun menurut kajian , bayam merah mempunyai kandungan zat besi dua kali ganda daripada bayam hijau.",
"Ikan merupakan antara sumber protein yang penting. Vitamin B12 di dalam ikan terutamanya ikan salmon dapat meningkatkan pembentukan sel darah merah. Selain ikan salmon terdapat juga ikan seperti ikan kembong.",
"Mengikut kajian dari sebuah universiti di Indonesia, daging mempunyai kandungan hemoglobin yang tinggi. Vitamin B12 di dalam daging merah dapat meningkatkan kandungan zat besi di dalam tubuh badan. Namun pengambilan daging lembu yang berlebihan akan menyebabkan kandungan kolesterol semakin meningkat. Ambillah dalam kuantiti yang sederhana sahaja.",
"Kacang juga antara koleksi makanan yang kaya dengan zat besi. Antara kekacang yang disarankan adalah kacang merah dan kacang dal.",
"Secara keseluruhannya, langkah terbaik bagi mengatasi masalah anemia atau kekurangan darah merah adalah dengan memastikan kita mendapat bekalan zat besi yang mencukupi . Zat besi merupakan elemen paling penting dalam pembentukan hemoglobin.",
"Diharapkan rencana ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat buat para wanita diluar sana terutamanya ibu yang sedang hamil."
] |
https://bidadari.my/resepi-nasi-tomato/
|
Resepi
Resepi Nasi Tomato Paling Sedap (Macam Kenduri!)
Oleh Nabilah Ruza
|
[
"Tak semua orang suka dengan Nasi Tomato. Mungkin kerana rasanya yang kadang kala terlebih masam dan memedihkan perut. Anda mungkin patut cuba resepi menarik ini yang memang dijamin tidak berapa masam menurut empunya resepi.",
"Nasi Tomato boleh dihidangkan pada kenduri kendara, atau pun untuk makan tengah hari mahupun makan malam bersama seisi keluarga anda.",
"Resepi ini dikongsikan oleh Nasariah Aziz dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.",
"2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia",
"*Tips nak ayam masak merah sedap serai dikisar bersama bahan kisar lain",
"Siap untuk dihidang nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar, selamat mencuba",
"Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya."
] |
https://bidadari.my/resepi-tempe-goreng-kicap-pedas/
|
Resepi
Resepi Tempe Goreng Kicap Pedas (Rangup dan Lazat)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Tempe, makanan yang tidak asing lagi bagi kita. Prosesnya diperbuat daripada fermentasi kacang soya menghasilkan satu juadah yang amat lazat untuk dimakan. ",
"Tempe boleh digoreng begitu sahaja akan tetapi, tempe goreng kicap pedas pasti akan memberi kick kepada sesiapa yang merasainya. Tempe juga merupakan satu sumber protein yang baik. Jadi, ianya amatlah disarankan untuk dimakan. ",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Raja RosElyza Tengku Muhammad dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial.",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
] |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.