url
stringlengths 23
111
| headline
stringlengths 36
164
| content
list |
---|---|---|
https://bidadari.my/ajar-anak-baca-alquran/
|
Keluarga, Petua Tips
10 Tips Ajar Anak Baca Dan Cinta AlQuran Sejak Kecil
Oleh Siti Awadah
|
[
"Berapa ramai dari kita yang benar-benar membaca Al Quran dan mengamalkan ajarannya? Jika di zaman Rasulullah SAW dulu tidak dinafikan yang AlQuran ini di baca setiap hari dek kerana rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT. ",
"Namun di zaman ini terang lagi bersuluh yang Al-Quran lebih banyak dibiarkan tersadai sebagai perhiasan tanpa di sentuh dan dibaca. Debu menutupi sebagaimana dosa yang semakin meluak di dalam diri. ",
"Jika bukan diri sendiri yang memperbetulkannya, siapa lagi yang boleh di harap? Ya benar, kita tidak mudah untuk masuk campur urusan orang lain tetapi kita boleh saja bantu anak sendiri untuk membaca dan mencintai al-Quran. Selaku ibu bapa pada anak-anak, kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang terbaik untuk mereka maka siapa lagi yang boleh diharapkan. Tak kan semua benda nak di harap pada guru saja. ",
"Bayangkan, betapa indahnya jika anak-anak tersayang ini bukan hanya tahu menyintai dan membaca al-Quran, bahkan menghafal, memahami dan mengamalkan al-Quran sebagai gaya hidup dan semua ini sememangnya perlu bermula dari rumah sejak mereka masih kecil lagi. Sambil kita mengajar anak-anak menghafal, secara tidak langsung kita pun sebenarnya turut membaca Al-Quran",
"AlQuran Itu Pelita Hidup Yang Boleh Menerangi Jalan Seorang Manusia",
"Untuk anak-anak, ajarkan mereka sejak kecil bermula dari peringkat yang awal terlebih dulu. Seterusnya membaca Al Quran akan meningkat dan berkembang dari kesungguhan yang dilakukan. Jadi apa yang perlu dilakukan untuk anak-anak mendekati Al Quran ini? Jom cuba dengan mengamalkan 10 Tips Ajar Anak Baca Dan Cinta AlQuran Sejak Kecil ini sebagai panduan.",
"Pentingnya ayah ibu berdoa pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak-anak kita baca dan cinta AlQuran. Antara lambat atau cepat Allah akan beri pada waktu yang paling sesuai. Dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya.",
"2. Kenalkan Al Quran Bermula Dari Dalam Kandungan Lagi",
"Bilakah masa yang paling tepat untuk Al-Quran ini diperkenalkan pada anak-anak? Bolehkah mengajar anak membaca Al Quran seawal bayi? Jawapannya adalah anak ini boleh diajar mengenal alQuran seawal usia mereka masih di dalam kandungan ibu lagi. Adalah sangat bagus jika anak yang bakal lahir ini sudah terbiasa dengan bunyi bacaan ayat al-Quran. ",
"Jika si ibu dapat baca adalah lebih bermanfaat. Ini kerana si ibu yang sedang mengandung ini apabila rajin membaca al-Quran bukan saja dapat dijadikan sebagai doa untuk semuanya selamat bahkan dapat juga menambah pahala dan memberi asbab untuk anak yang bakal lahir itu membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. ",
"3. Luangkan Masa Yang Sesuai Demi AlQuran",
"Pastikan kita adakan masa bersama al-Quran bersama keluarga tapi mengikut keadaan masing-masing. Contohnya, antara waktu Maghrib dan Isyak atau selepas Subuh asalkan ia dapat dilakukan dalam masa yang ditentukan itu.",
"4. Dengarkan Ayat Bacaan Melalui Youtube Bila Perlu",
"Cara ini juga boleh dilakukan melalui youtube. Zaman sekarang zaman teknologi. Anak-anak kecil banyak belajar melalui youtube. Apa salahnya jika mereka belajar Al Quran melalui youtube. Buka dan perdengarkan mereka ayat-ayat Al Quran melalui Youtube.",
"5. Mencungkil Dan Merangsang Bakat Anak Dalam Bacaan AlQuran",
"Salah satu cara nak bagi anak-anak baca dan cinta Al Quran adalah dengan menghantar anak ke kelas pengajian dan masukkan mereka ke pertandingan yang berkaitan Al Quran. Contohnya pertandingan baca atau hafal Al Quran. Dengan cara itu anak-anak akan terus berdamping dengan Al Quran.",
"6. Bacakan Mereka Dengan Ayat Al Quran Selepas Solat",
"Biasakan anak-anak dari kecil dengan ayat Al Quran. Lebih bagus jika ayah dan ibu berdamping dengan Al Quran untuk ibu dan ayah duduk membaca al-Quran sehingga anak tertarik. Lama kelamaan anak-anak akan tertarik lalu akan turut bersama membaca dan menyintai Al Quran.",
"7. Memperdengarkan Dari CD Juga Boleh",
"Ada teori mengatakan bahawa anak boleh mendengar sejak dari dalam kandungan lagi. Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan dengan memainkan CD. Memperdengarkan al-Quran juga boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja, tidak mengenal batas usia anak.",
"8. Hantar Anak Ke Kelas Membaca Al Quran Untuk Lebih Pandai",
"Jadikan satu rutin bagi anak-anak untuk baca Al Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Jika anak-anak yang masih belum boleh membaca ajaklah untuk bersama-sama mendengar abang dan kakaknya yang sedang membaca al-Quran. ",
"Paling afdal hantar anak ke kelas belajar AlQuran dari mana-mana ustaz ustazah yang layak dan berpengalaman. Jika tidak tahu di mana nak dapatkan guru yang baik, boleh tanya di masjid-masjid yang berdekatan dengan kediaman masing-masing.",
"9. Wujudkan Ruang Solah Untuk Baca AlQuran Di Dalam Rumah Sendiri",
"Boleh juga sediakan suasana dan ruang untuk anak-anak lebih mudah dan meminati AlQuran. Adakan ruang yang biasa Ayah dan Ibu baca Al Quran dan rak-rak menyimpan Al Quran yang mudah dicapai. Boleh juga sediakan AlQuran dan papan rehal khas untuk mereka lebih tertarik untuk mendekati AlQuran ini.",
"10. Ceritakan Kisah Dalam AlQuran Supaya Anak Makin Faham Isinya",
"AlQuran bukan sekadar bacaan tetapi juga satu bentuk pengajaran berkisarkan kisah nyata yang pernah berlaku dan akan berlaku. Maka anda boleh ceritakan kisah sirah dalam bentuk penceritaan biasa dengan menyelitkan sekali bacaan AlQuran yang terlibat. ",
"Cari surah yang berbentuk jalan cerita yang mudah untuk mereka baca dan memahami. Lebih mudah cari buku cerita yang ada kisah dalam Al Quran ni. Ayah ibu boleh bercerita, cerita dalam Al Quran agar mereka lebih memahami isi AlQuran itu sendiri. Barulah anak-anak makin faham apa itu AlQuran sebenarnya.",
"Coraklah Anak Dengan Garis Panduan Islam Agar Mereka Selamat Di Dunia Dan Di Akhirat",
"Anak-anak ini asalnya suci, seumpama sehelai kain putih, kitalah yang mencorakkan mereka. Lembutkan hati dan sahsiah mereka dengan al Quran. Jika acuannya sempurna, maka insyaAllah cantiklah hasilnya.",
"Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud.)",
" Bagaimana jika ada ibu bapa yang tidak tahu membaca al-Quran? Jangan malu jangan segan, mula belajar dari sekarang dan semoga anak-anak kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah."
] |
https://bidadari.my/resepi-roti-jala-jelita/
|
Petua Tips, Resepi
Tips Resepi Roti Jala Jelita Kekal Lembut Cantik Sayang Nak Makan
Oleh Faten Asnida
|
[
"Roti jala memang sinonim dimakan bersama kuah kari. Boleh dimakan tak kira waktu dan tempat. Ada juga yang selalu membawanya ketika port luck mungkin kerana ramai yang menyukainya. Kali ini kami bawakan anda resepi roti jala jelita yang pasti buatkan anda sayang nak makan.",
"Sesuai dengan namanya ini, roti jala jelita ini mempunyai bentuk yang cantik. Pasti anda tak toleh dan sayang nak makan. Pelbagai bentuk yang boleh diolah dengan roti jala. Jika anda kreatif pasti pelbagai hasil yang anda boleh buat. Mungkin kerana kecantikan roti jala ini, ramai yang memilih roti jala ini sebagai buah tangan atau hantaran.",
"Pelbagai rupa yang ada antaranya ialah bunga, love dan pelbagai lagi. Warna-warni pada roti jala ini lah yang membuatkan ramai jatuh hati dengan keunikan roti jala jelita. Apa yang pasti bukan mudah untuk mendapatkan hasil yang cantik ini, ia memerlukan kesabaran dan ketelitian pada setiap pemprosesanya. Jom ikuti resepi roti jala cantik dari Dapur Dak Maz di laman Facebook beliau.",
"Cantik jelitakan roti jala ini. Rasa nak simpan sayang nak makan. Nak kan lagi resepi yang menarik dan mudah nak buat? Baca sahaja di laman web kami. Kami menyediakan pelbagai resepi untuk anda. Terima kasih dan jangan lupa share dan like!"
] |
https://bidadari.my/petua-hilangkan-selsema-bayi/
|
Petua Tips
7 Petua Hilangkan Selsema Bayi Tanpa Ubat, Selamat Dan Berkesan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Ibu mana yang tak susah hati apabila anak kesayangan dilanda selsema. Risau kalau selsema makin melarat sampai anak demam. ",
"Pastinya ibu-ibu juga sedia maklum bahawa bayi dibawah umur 2 tahun tidak sesuai diberikan ubat selsema. Jangan susah hati ibu, jom kami kongsikan petua hilangkan selsema bayi tanpa ubat yang dijamin selamat dan berkesan.",
"Salah satu petua berkesan untuk mengatasi masalah selsema pada bayi kesayangan anda ialah dengan cara mandi wap. Ianya bukan sahaja berkesan malah langsung tidak menyakitkan. Apa yang anda perlukan ialah:",
"Satu lagi petua hilangkan bayi tanpa ubat yang dijamin selamat dan berkesan ialah dengan menggunakan kunyit hidup. Cara ini juga tidak akan menyakitkan bayi anda. Apa yang anda perlukan ialah sedikit kunyit hidup. Itu sahaja. Caranya:",
"Ikhtiar dengan menggunakan kunyit hidup ini merupakan petua tradisional yang telah diamalan sejak nenek moyang kita pada zaman dahulu lagi. Bolehlah anda cuba.",
"Satu lagi petua orang lama yang ingin kami kongsikan bersama anda ialah menghilangkan selsema bayi dengan daun sireh. Caranya sangat mudah. Apa yang anda perlukan cuma sehelai daun sireh. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:",
"Petua hilangkan selsema bayi yang seterusnya sememangnya sangat mudah, dan bahannya pasti ada di setiap rumah. Anda hanya perlukan garam, ya garam. Tak kisah sama ada garam halus atau garam kasar, kedua-duanya boleh digunakan untuk petua ini. Caranya ialah:",
"Petua seterusnya yang ingin kami kongsikan juga menggunakan bahan yang ada di dapur setiap rumah, iaitu bawang merah. Untuk petua hilangkan selsema bayi menggunakan bawang merah ini, terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:",
"6. Minyak zaitun dan bawang putih",
"Petua hilangkan selsema bayi tanpa ubat yang dijamin berkesan dan selamat yang seterusnya ialah dengan menggunakan minyak zaitun dan bawang putih. Caranya mudah sahaja iaitu:",
"7. Suhu bilik yang tidak terlalu sejuk",
"Petua hilangkan selsema bayi yang terakhir ingin kami kongsikan kepada anda ialah dengan cara memastikan suhu bilik yang dihuni bayi anda tidak terlalu sejuk. Ini kerana suhu yang terlalu sejuk, terutamanya jika anda memasang alat penghawa dingin akan menyebabkan selsema bayi anda menjadi semakin teruk dan hidung bayi akan tersumbat.",
"Itulah dia 7 petua hilangkan selsema bayi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat! Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga pastinya sukakan artikel kami berkenaan petua hilangkan selsema dan petua hilangkan cirit birit. "
] |
https://bidadari.my/resepi-tom-yam-thai-lazat-dan-mudah/
|
Resepi
Resepi Tom Yam Thai (Lazat dan Mudah)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Jom cuba resepi tom yum ini!",
"Tomyam ialah masakan yang berasal dari negara jiran utara Malaysia, tidak lain dan tidak bukan, Thailand.",
"Pada sekitar tahun 1990an, ianya mula popular diutara semenanjung apabila rakyat selatan Thailand mula memasuki negara ini dan mempopularkan menu sup tomyam yang enak ini. Pergi sahaja gerai dan restoran sekitar kita, pasti akan ada yang menjual Tomyam.",
"Semestinya, tomyam menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya di Semenanjung sebagai juadah makan malam.",
"Dan dengan itu, sebagai rakyat yang mempunyai citarasa baik, masakan yang suatu masa dulunya dipanggil sebagai masakan diraja Thailand dengan mudah menjadi makanan kegemaran kita. Jadi mari cuba resepi tomyam yang mudah ini.",
"Resepi yang telah mendapat perkongsian ramai ini telah dikongsi oleh Nora Asikin Mahmed Remali di Facebook.",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Terdapat beberapa juga resepi lain yang menarik dan semestinya untuk dicuba. Jangan lupa untuk menekan butang share dan berkongsi resepi ini bersama yang tersayang."
] |
https://bidadari.my/cara-didik-anak-perempuan/
|
Keluarga
5 Cara Mudah Didik Anak Perempuan Sebelum Usia Remaja Patut Ibu Bapa Tahu
Oleh aqirah
|
[
"Menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga 100 ekor lembu, itu kata-kata orang dulu-dulu. Walaupun susah untuk menjaganya, tetapi mudah untuk kita mendidik anak perempuan kita dari kecil.",
"Adakah kita sebagai ibu bapa sudah cukup untuk mendidik anak perempuan kita? Mari kami kongsikan 5 cara didik anak perempuan sebelum usia remaja yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif",
"5 cara mudah untuk mendidik anak perempuan sebelum usia remaja.",
"1 – Latih mereka untuk MENGADU pada kita kerana banyak masalah sosial berlaku bila anak perempuan merasa kekok untuk mengadu pada ibupanya sendiri",
"2 – Latih mereka untuk MALU bila berhadapan dengan orang asing dan ajnabinya kerana malu adalah benteng pertahanan terkuat seorang wanita",
"3 – Latih mereka untuk MENGAWAL & MENGURUS EMOSI kerana masalah emosi adalah masalah terbesar seorang wanita",
"4 – Latih mereka sifat EMPATI & MEMAHAMI kerana ianya sangat diperlukan ketika mereka berumahtangga nanti",
"5 – Latih mereka untuk MERASAI KESUSAHAN kerana ianya cara terbaik untuk mengajar mereka resilien, iaitu kemampuan dan daya tahan diri untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran hidupnya nanti",
"*Kita sebagai ibu bapa dinasihatkan untuk menjaga anak perempuan sebaik mungkin kerana di dalam islam mereka adalah pelindung dari api neraka untuk ibu bapa, jika dididik dengan baik. Maka, kita sebagai ibu bapa jangan mengambil mudah tentang cara dididik anak. Begitu juga, jangan letakkan harapan penuh kepada sekolah untuk mendidik anak-anak kita.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/dijangkiti-ketuat/
|
Kesihatan
5 Nasihat Jika Dijangkiti Ketuat Perlu Kita Tahu
Oleh aqirah
|
[
"Apabila kita sebut ketuat akan ada beberapa reaksi yang akan kita lihat. Sebagai contohnya, ada yang tidak ambil kisah tentang ketuat, diabiarkan sahaja ketuat begitu, tetapi ada juga yang begitu risau sehinggakan pergi ke seluruh klinik yang ada untuk mendapatkan rawatan segera.",
"Ada ketuat yang perlukan nasihat doktor dan ada ketuat yang akan baik sendiri dalam satu tempoh. Jika ingin tahu ketuat yang kita ada itu berbahaya atau tidak, pergilah berjumpa doktor untuk lihat tahap bahaya ketuat tersebut.",
"Mari kami kongsikan info mengenai ketuat daripada Dr. Suhazeli Abdullah. ",
"Info Ketuat Yang Mungkin Kita Tidak Sedar",
"Statistik menunjukkan kanak-kanak dan umur belasan tahun adalah paling ramai di jangkiti ketuat. Ketuat boleh berjangkit antara satu sama lain kerana penyebab Ketuat adalah dari virus bernama Human Papiloma Virus (HPV).",
"Budak remaja dan kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan dan selalu bersentuhan antara satu sama lain berpotensi ketuat merebak. Bagi orang dewasa hanya 3-5% sahaja dijangkiti. Orang dewasa lebih pandai menjaga kebersihan.",
"Doktor yang melihat kes ketuat akan memberi keyakinan kepada pesakit bahawa ketuat itu akan ambil masa untuk sembuh dengan sendirinya. Kadangkala tidak perlu ubat pun dan tidak perlu dirisaukan sangat. Paling awal, ketuat akan hilang selama setahun. Manakala ada juga ambil masa 5 tahun untuk sembuh.",
"Tetapi ingat! Pastikan doktor yang mahir memeriksa dahulu ketuat anda. Jangan pula pandang ringan ketuat yang tumbuh di badan anda.",
"Pesakit yang diperiksa oleh doktor perlu dirujuk segera kepada pakar kulit atau sewaktu dengannya jika:",
"1. Sangsi ketulan seperti ketuat itu bukan ketuat. Bentuk nampak agresif dan lain dari biasa.",
"2. Ketuat terletak di muka atau kemaluan (genitalia). ",
"3. Anda mungkin pernah dengar HPV, ketuat yang terletak di genitalia dari HPV spesies 6, 11, 16, 18, dan 35 adalah punca kanser. Ianya boleh menjangkiti wanita dan juga perempuan. Terdapat vaksin HPV untuk mencegah virus ini menjangkiti manusia.",
"4. Terlalu banyak ketuat dan berangkai.",
"5. Ketuat yang sakit, gatal, rasa panas pedih atau berdarah tanpa sebab.",
"6. Ketuat bagi pesakit yang sistem imuniti badan rendah seperti pesakit HIV, Kencing Manis dan seumpamanya.",
"Jika anda dihinggapi ketuat, 5 nasihat berikut amat berguna :",
"1. Jangan cucuk dengan jarum menjahit, korek, cuba potong atau garu dengan kuat.",
"2. Tidak kongsi alatan awam selipar tandas awam, tuala kolam mandi awam dan kain lap muka. Jika nak guna, pastikan yang bersih.",
"3. Jangan sesuka picit atau sentuh ketuat orang lain kecuali pakai sarung tangan getah.",
"4. Ketuat senang berjangkit jika kulit anda basah atau lembab. Kulit kering boleh cegah ketuat merebak.",
"5. Tanya dulu doktor sepatah dua jika ingin “membunuh” ketuat anda samada nak bakar api, letak asid, letak getah betik, potong sendiri dengan pisau atau jerut dengan benang. Jika tidak kena cara, boleh berlaku jangkitan silang atau perdarahan.",
"*Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Boleh baca artikel di sini. "
] |
https://bidadari.my/petanda-rahim-jatuh/
|
Hamil, Kesihatan
9 Petanda Menunjukkan Rahim Jatuh, Info Penting Untuk Ibu Hamil
Oleh aqirah
|
[
"Semua wanita dikurniakan rahim sejak lahir lagi. Rahim ini tujuannya adalah untuk menghasilkan anak dan wanita dapat mengandung. Rahim ini amat penting untuk semua wanita kerana jika rahim rosak, mereka tidak akan dapat mengandung.",
"Jadi, sebagai wanita kita perlu menjaga rahim kita sebaik mungkin agar kekal subur dan mudah untuk mengandung. Apabila sudah mengandung, perhatian lebih perlu diberikan kepada si ibu.",
"Wanita hamil tidak digalakkan mengangkat barang berat kerana takut rahim jatuh. Jadi, perlu berhati-hati. Apakah tanda-tanda rahim jatuh?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 tanda rahim jatuh. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. ",
"5) Kerap Kencing / kencing tidak lawas",
"9) Bawah Sentiasa Basah, Berair dan Berbau ",
"*Si ibu yang sedang sarat mengandung, jika mengalami salah satu tanda-tanda seperti di atas, cepat pergi berjumpa dengan doktor pakar. Si suami juga perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada si isteri, jangan biarkan si isteri mengangkat benda yang berat-berat.",
"Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/diy-rak-kasut/
|
Petua Tips
5 Idea DIY Rak Kasut: Mudah Dan Jimat!
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Di Malaysia, biasanya kasut akan disusun di depan pintu masuk ke rumah memandangkan budaya orang kita ialah untuk membuka kasut sebelum masuk ke rumah. Oleh itu, di antara perkara pertama yang akan dilihat oleh para tetamu semasa datang ke rumah ialah susunan kasut para penghuni yang tinggal di rumah. Semakin ramai penghuni rumah, semakin banyak kasut yang bersusun di muka pintu.",
"Kebanyakan ibu-ibu memilih untuk menyusun kasut di atas rak berbanding membiarkan kasut disusun di atas lantai kerana kasut di atas rak akan kelihatan lebih kemas dan teratur. Namun ketahuilah bahawa harga rak kasut bukannya murah. Kalau anda teringin nak ada rak kasut tapi belum ada bajet untuk membeli yang baru, apa kata kalau anda buat sendiri rak kasut untuk kegunaan di rumah?",
"Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan cara buat DIY rak kasut dengan kos yang murah dan cara yang mudah. Mak-mak boleh buat sendiri tanpa perlukan bantuan suami, asalkan cukup semua bahannya boleh terus buat. Nak tahu cara DIY rak kasut? Jom kami ceritakan.",
"Anda kenal paip pvc? Papip pvc ialah paip air yang selalu digunakan dibawah sinki. Kalau anda tak kenal, minta saja suami tolong belikan atau pergi ke kedai hardware dan minta paip pvc. Rak kasut dengan menggunakan paip pvc ialah di antara DIY rak kasut yang paling mudah untuk anda lakukan. Bahan dan cara untuk menyediakannya adalah seperti berikut:",
"Selain menggunakan paip pvc, anda juga boleh menjadi kreatif dengan membuat rak kasut DIY dari bakul. Bahan-bahan dan cara-caranya adalah seperti berikut:",
"Tahukah anda bahawa anda boleh membuat rak kasut sendiri dengan menggunakan botol air plastic bersaiz 1.5 liter. Biasanya lepas minum anda akan terus membuang botol tadi ke dalam tong sampah bukan? Lepas ni sila simpan botol air selepas habis diminum. Untuk menyediakan rak kasut dari botol air, apa yang anda perlukan lakukan ialah:",
"4. DIY rak kasut dengan tin milo",
"Anda suka minum milo? Tahukah anda bahawa anda boleh menggunakan tin milo untuk dijadikan sebagai rak kasut DIY. Apa yang anda perlukan ialah:",
"5. DIY rak kasut dari kotak terpakai",
"Idea DIY rak kasut terakhir yang ingin kami kongsikan pada hari ini ialah dari kotak terpakai. Anda boleh gunakan mana-mana kotak dengan mana-mana saiz asalkan kotaknya keras dan tidak mudah kemek. Malah anda juga boleh gunakan semula kotak yang anda dapat semasa membeli kasut baru. Apa yang anda perlu lakukan ialah menghias kotak tadi supaya kelihatan cantik. Di antara idea hiasan yang boleh anda lakukan ialah:",
"Susun kotak yang telah dihias tadi di tepi dinding dan simpan kasut anda ke dalam kotak tersebut. Mudah sahaja, kosnya pun murah namun sangat membantu untuk membuatkan rumah anda kelihatan lebih kemas dan teratur.",
"Itulah dia perkongsian tentang DIY rak kasut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tips tambah pendapatan dan tips dekorasi rumah"
] |
https://bidadari.my/resepi-telur-dadar/
|
Resepi
Rahsia Resepi Telur Dadar Thai (Rangup, Garing, Gebu)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Jika stok ayam, daging dan ikan telah habis, memang kena buat telur lah agaknya. Sekalinya ingin buat telur dadar ala restaurant Thai. Ada apa dengan telur dadar Thailand itu ya?",
"Telur dadar yang rangup dan garing, sedap, lazat, krup.. krap masa makan. Rupanya ada rahsia untuk buat telur dadar seperti itu. Bukan sama macam resepi telur dadar biasa.",
"Sebahagian orang mesti ada yang rasa percaya tak percaya dengan resepi ini. Tapi sebagai pencinta hidangan telur dadar maka anda patut cuba resepi ini.",
"Resepi daripada Murni Rahmat ini telah mendapat ramai perkongsian di laman Facebook. Sekarang masanya anda pula cubakan resepi telur dadar ala Thai ini. Selamat mencuba.",
"Selain resepi telur dadar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/adakah-anda-ektrovert/
|
Rohani
Ektrovert VS Introvert? Mari Kenali Wanita Pendiam
Oleh Saiful Izzuan
|
[
"Introvert. Alamak, adakah ini perkataan baru dalam dunia zaman sekarang? Oh tidak. Ianya adakah perkataan yang biasa digunkan dalam ilmu personaliti dan psikologi. Intovert dan Ektrovert adalah dua perkataan yang digunakan untuk mewakili dua golongan umum. Siapakah Si Introvert dan siapa pula Si Ektrovert?",
"Introvert adalah golongan yang hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai bola kawasan yang tersendiri. Secara umumnya mereka ini adalah golongan yang lebih gemar untuk mendiamkan diri. Mereka mendapat tenaga daripda diri sendiri. Cara mereka berehat adalah dengan membiarkan diri mereka hidup sendiri untuk seketika. Tips mudah untuk mengetahui seseorang itu introvert adalah melihat adakah mereka jenis pendiam atau tidak. Biasanya, Si Introvert ini adalah seorang yang pendiam.",
"Berbeza dengan ektrovert. Mereka ini adalah golongan yang periang. Biasanya kita akan lihat merekalah yang paling kecoh atau bising dalam sesuatu kumpulan. Mereka gemar bersosial dengan masyarakt daripada membuat hal sendiri. Bagi mereka kehidupan adalah kosong jika tidak dapat berinteraksi dengan orang sekeliling. Dengan berkomunikasi dengan ruang sekeliling membuatkan mereka lebih bertenaga.Kebiasaannya mereka mempunyai ramai kawan berbanding Si Introvert.",
"Disebabkan perbezaan personaliti ini, inilah yang membuatkan cara kita melihat seseorang itu berbeza. Bagi seorang yang intovert, mereka mungkin melihat golongan ektrovert sebagai seorang yang kecoh. Mereka merasa pelik, bagaimana ektorvert boleh hidupdengan begitu bertenaga apabila berinteraksi dengan orang ramai. Tidakkah ektovert ini berasa letih?",
"Berbeza pula dengan ektrovert, mereka merasakan kehidupan introvert ini bosan. Jadi mereka cuba membuatkan diri introvert seperti mereka. Mereka cuba membuatkan diri intovert sebagai seorang yang suka ber’sosial’. Perkara yang kurang digemari oleh introvert. Walau bagaimanapun bukan bermakna si introvert ini tidak suka bersosial dan hidup dalam kumpulan.",
"Tips Berdepan Dan Berkomunikasi dengan Introvert",
"Disini saya kongsikan bagaimana untuk berkomunikasi dengan intovert. Walaupun mereka mendapat tenaga dari dalam, ini tidak bermakna mereka seorang yang tidak suka bergaul. Antara tips yang dapat dibuat adalah.",
"1. Menegur mereka secara baik dan mengalu-alukan kedatangan mereka.",
"2. Tidak terlalu kelihatan mendesak untuk memaksa mereka bercakap.",
"3. Membiarkan diri mereka seketika untuk memberikan mereka ruang bertenang.",
"4. Sekali-sekala cuba tanya pendapat mereka ketika berkomunikasi",
"5. Menerima mereka sebagai introvert. Yakni faham mereka sedikit kurang memberi respon berbanding orang lain.",
"Kongsi link di bawah untuk lebih memahami dalam bentuk gambar bagaimana berinterasksi dengan Introvert."
] |
https://bidadari.my/elak-dijangkiti-penyakit/
|
Kesihatan
4 Cara Elak Seisi Rumah Dijangkiti Penyakit (Mudah Je Tau!) – Dr Ezairy
Oleh Dr Ezairy M. Salih
|
[
"Khuatir ahli-ahli keluarga lain dijangkiti penyakit yang sama? Apabila sudah berkeluarga, hendaklah lebih berhati-hati apabila jatuh sakit. Apatah lagi kalau ada budak kecil di dalam rumah, alahai kesiannya.",
"Jikalau yang dewasanya semua sakit, si suami sakit, si isteri sakit, si abang sakit, si kakak sakit, hujung-hujungnya nanti siapa yang akan jagakan si kecil. Tidak cukup kudrat dibuatnya. Contohnya apabila terkena selesema, tahu-tahulah ubatnya bikin mengantuk.",
"Sebenarnya, jangkitan sesama ahli-ahli keluarga boleh dielak jika perkara-perkara berikut dilakukan, di mana info pencegahan ini dikongsi dari Facebook peribadi Dr Ezairy M.Sallih.",
"1. Kerap membasuh tangan. Ini bagi mengelakkan cecair titisan daripada batuk atau ketika kita bersin merebak kepada anak.",
"2. Elak ke tempat ramai orang. Risiko jangkitan lebih rendah.",
"3. Segera bawa periksa doktor jika simptom anak semakin teruk. Jangan tunggu sehingga anak lemah dan tidak aktif ketika di rumah.",
"4. Nasihat mereka yang sedang alami masalah batuk dan selesema supaya tidak dekat dengan anak kecil seperti mencium, memeluk, mendukung dan seumpamanya.",
"*Mahu kekalkan keluarga yang sihat dan harmoni? Ia hendaklah bermula dari tindak-tanduk yang dipraktikkan oleh ahli-ahli rumah itu sendiri. Jadi, share ya info ini!",
"*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini."
] |
https://bidadari.my/resepi-bubur-nasi-sedap-lazat-dan-berkhasiat/
|
Resepi
Resepi Bubur Nasi (Sedap, Lazat dan Berkhasiat)
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Alamak! Tak berselera nak makan? Tak boleh makan makanan pejal? Bolehlah masakkan bubur nasi. Kebiasaannya, ramai yang berfikir akan bubur ini hanya ketika sakit. Padahal menu ini boleh jer makan bila-bila pun. ",
"Terdapat pelbagai jenis bubur nasi yang boleh di buat. Antaranya adalah bubur nasi bersantan, ayam, daging, ikan, seafood dan sayur-sayuran. Sedapnya makan panas-panas. Bubur ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malahan seluruh pelosok dunia. Yang berbezanya hanya resepi dan cara memasaknya.",
"Resepi dari Ellyin Tan ini sangat mudah difahami dan diikuti. Jom tengok resepinya. Silap-silap bila dah cuba buat, tetiba rasa bubur ini macam bubur McD pula. Lagilah seronok, tak payah beratur panjang kat McD. Hahaha.",
"1. Masakkan bubur kosong sampai nasi separuh kembang.2. Masukkan isi ayam seketul, ayam yg dicincang, halia dan kiub ayam.3. Biarkan bubur sampai masak. Jika kurang air tambahkan lagi sedikit air. Keluarkan isi ayam. Ketepikan.4. Masukkan garam secukup rasa. Tutup api.5. Masukkan bubur dalam mangkuk, carik-carikan isi ayam. Hiaskan dgn bahan sampingan.",
"Senang dan mudahkan? Sekiranya ingin menggantikan ayam dengan yang lain seperti daging, udang atau ikan pun tiada masalah. Tambahan sayuran seperti lobak merah pun boleh. Bolehlah pelbagaikan bubur nasi nya. Jadi walaupun hari-hari bubur nasi, tapi hari ini ayam, esok daging dan seterusnya. Tentu orang yang memakannya tidak bosan dan bertambah selera.",
"Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Bubur Nasi ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencubanya."
] |
https://bidadari.my/manfaat-daun-sirih/
|
Petua Tips
13 Petua Manfaat Daun Sirih Untuk Wanita dan Lelaki
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Jom lihat tips petua manfaat daun sirih.",
"Daun sirih dianggap simbolik penting dalam upacara pertunangan dan perkahwinan masyarakat Melayu. Sirih junjung yang dihias cantik dengan bunga-bungaan segar akan diletakkan pada kedudukan depan sekali berbanding hantaran yang lain.",
"Begitu pentingnya sirih junjung dalam tradisi masyarakat Melayu. Namun, dalam artikel ni, penulis bukan nak mencungkil makna simbolik sirih junjung. Contoh ni diberikan untuk memberi gambaran bahawa pentingnya sirih dalam kehidupan kita.",
"Sirih atau nama saintifiknya ialah Piper betel Linn berasal dari keluarga Piperaceae. Biasanya selain digunakan dalam upacara adat, ia juga menjadi snek yang cukup terkenal dalam kalangan orang tua.",
"Khasiatnya dalam bidang perubatan tak perlu dipertikaikan lagi. Di negara kita, masyarakat Melayu dan India banyak menggunakan sirih dalam pelbagai aspek kehidupan.",
"Daun sirih sangat kaya dengan tannin, protein, karbohidrat, kalium, mineral, kalsium, zat besi, vitamin A, B dan C. Siapa sangka di dalam sehelai daun sirih mempunyai sebegini banyak khasiat.",
"Menurut Felo Penyelidik Pasca Doktoral di Pusat Penyelidikan Sebatian Semula Jadi dan Penemuan Dadah, Universiti Malaya, Nor Hisam Zamakshshari, daun sirih telah digunakan sejak zaman-berzaman seperti yang tertulis dalam Kitab Tibb.",
"Lazimnya, daun sirih hanya sinonim dengan kaum wanita. Itulah sebabnya banyak produk kesihatan dan kebersihan diri khas untuk wanita yang menggunakan sirih sebagai bahan utama.",
"Sebenarnya, sirih juga mempunyai banyak khasiat bagi kaum lelaki. Oleh itu, bagi menjelaskan perkara ni dengan lebih lanjut, kami akan senaraikan petua manfaat daun sirih bagi kaum wanita dan lelaki.",
"Ada sesetengah orang yang mempunyai bau badan yang kuat disebabkan masalah berat badan, hormon, pemakanan, penyakit, ketagihan rokok dan sebagainya. Daun sirih mampu mengatasi masalah ni.",
"Kandungan antioksidan betiephenol, eugenol dan chavicol mampu membunuh kuman dan mencegah bau kurang enak. Bau kurang enak di mulut, badan dan organ intim juga dapat diatasi.",
"Caranya minum air rebusan daun sirih yang telah tua.",
"Daun sirih mempunyai antioksidan dan bersifat antimikrob yang mempercepat penyembuhan luka. Jika ada kecederaan pada tangan misalnya, bersihkan luka tersebut. Letakkan daun sirih yang telah ditumbuk. Kemudian, balut luka dengan kain yang bersih.",
"Menurut para penyelidik dari India, daun sirih kaya dengan eugenol yang memberi sifat antimikrob dan antikeradangan bagi proses penyembuhan luka yang lebih cepat.",
"Kandungan chavicol yang tinggi berfungsi sebagai zat antiradang untuk orang yang ada masalah pencernaan. Masalah pencernaan akan menyebabkan muntah, perut kembung, pedih dan loya .",
"Cara atasi masalah ini menurut petua tradisi ialah minum air rebusan daun sirih.",
"Lelaki yang mempunyai masalah di bahagian zakar akan membuat mereka berasa rendah diri. Lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin.",
"Masalah ereksi menyebabkan zakar tak mampu menegang atau mempertahankan ereksi ketika melakukan hubungan seks.",
"Masalah ni boleh diubati dengan cara minum air rebusan daun sirih dengan kerap. Daun sirih dilaporkan mampu mengembangkan pembuluh darah di bahagian zakar.",
"Tahukah anda dengan mengamalkan air rebusan daun sirih, metabolisme badan dapat ditingkatkan. Dengan cara ni berat badan akan mudah turun. Anda juga akan berasa cergas dan sihat.",
"Selain itu, ada kajian yang melihat pengaruh kandungan bahan fenolik dalam bentuk allylpyrocatechol yang meningkatkan kepekaan pankreas bagi metabolisme karbohidrat yang lebih baik.",
"Selain mengawal berat badan melalui kawalan kandungan karbohidrat, daun sirih ternyata mampu mengawal tahap gula dalam darah.",
"Jika anda mempunyai alergi atau digigit serangga, daun sirih ada jalan penyelesaian. Caranya ialah rendam beberapa helai daun sirih ke dalam air panas. Biarkan sehingga benar-benar sejuk. Kemudian, guna air tersebut untuk mandi.",
"Sebatian bioaktif dalam sirih mampu melawan serangan mikrob dan alahan yang disebabkan bisa serangga melalui kehadiran banyak kumpulan fenolik.",
"Kajian seawal tahun 1984 lagi dari Amerika Syarikat melaporkan sebatian seperti chavicol, chavibetol, allylpyrocatechol, chavibetol acetate dan allylpyrocatechol diacetate yang berkesan melawan serangan kulat dan nematoda (ulat/cacing).",
"Hasil kajian Institute of Chemical Biology (IICB), Institute of Haematology & Transfusion Medicine, Kolkata dan Piramel Life Sciences, Mumbai menyatakan bahawa daun sirih bagus untuk pesakit kanser.",
"Dengan mengunyah daun sirih mampu menjadi potensi untuk mencegah dan mengatasi kanser sumsum tulang dan leukemia.",
"Masalah gusi berdarah disebabkan oleh jangkitan dan keradangan gingvitis yang boleh diatasi dengan komponen-komponen bioaktif yang bersifat anti radang.",
"Bagi mereka yang ada masalah ni, anda boleh merebus 10 helai daun sirih. Air rebusan boleh digunakan untuk kumur 3 kali sehari.",
"Daun sirih mengandungi saponin, tanin dan hydroxychavicol yang mampu mengaktifkan sel-sel di kelenjar prostat.",
"Caranya ialah rebus beberapa helai daun sirih yang masih muda bagi mengeluarkan ekstrak bioaktif dalam sirih. Minum bersama-sama air masak sebanyak 3 kali sehari.",
"Bagi pesakit darah tinggi, mereka perlu sentiasa mengawal tekanan darah daripada melepasi paras normal. Apa kata anda cuba petua ni. Campurkan air rebusan daun sirih dengan sedikit madu asli. Minum 2 kali sehari.",
"Kandungan minyak pati dan fenol di dalamnya mampu menstabilkan tekanan darah. Namun, jangan lupa untuk makan ubat yang diberikan oleh doktor dan sentiasa jaga pemakanan.",
"Bagi wanita yang mengalami masalah bengkak susu, pasti berasa terseksa dan tak selesa sepanjang masa. Bengkak susu berlaku apabila payudara mengeras dan membengkak tetapi susu hanya keluar sedikit atau tak keluar langsung.",
"Selain mengurut dan menuam payudara yang bengkak, anda juga boleh mencuba petua menggunakan daun sirih.",
"Caranya ialah bakar daun sirih hingga layu. Kemudian, tampalkan pada payudara yang bengkak ketika daun masih sedikit panas.",
"Berbanding kaum lelaki, wanita paling mudah hadapi masalah jangkitan saluran kencing (UTI). Penyakit ni boleh berlaku apabila saluran kencing dijangkiti bakteria. Jika dibiarkan, air kencing menjadi tak lawas, sakit sekitar pinggang dan menjejaskan aktiviti harian.",
"Jangan risau. Anda boleh mencuba petua mudah ni.",
"Ambil beberapa helai daun sirih dan kisar halus.. kemudian, tapis air sirih dan campurkan dengan segelas susu dan sesudu madu. Minum seminggu sekali.",
"Kajian membuktikan golongan lelaki lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding wanita. Selain menjaga pemakanan, menjalani gaya hidup sihat dan bebas stres, anda juga boleh mencuba petua tradisional ini.",
"Caranya ialah kisar 3 helai daun sirih, 3 biji bawang merah dan secubit jintan. Kemudian, tuangkan air mendidih ke dalam bahan-bahan kisa tadi. Biarkan hingga suam. Minum airnya 2 kali sehari.",
"Diharapkan 13 tips petua manfaat daun sirih yang dikongsikan tentang manfaat daun sirih bagi kaum lelaki dan wanita ni menambahkan ilmu tentang perubatan tradisional. Jelas terbukti daun sirih mempunyai banyak khasiatnya kepada kita.",
"Tak hairanlah masyarakat zaman dulu, menganggap sirih sebagai simbolik yang positif. Kajian demi kajian perlu terus dijalankan untuk membuktikan khasiatnya bagi kesihatan manusia.",
"Jemput juga baca artikel khasiat kacip fatimah dan khasiat arabic gum",
"Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
] |
https://bidadari.my/doa-selepas-azan/
|
Rohani
Doa Selepas Azan Dan Amalan Sunat Ketika Azan
Oleh Aniuna
|
[
"Jom kita hafal doa selepas azan.",
"Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara’ pula diertikan sebagai pemberitahuan tentang masuknya waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.",
"Lafaz azan yang kita baca sekarang ini diperoleh dari hadis.",
"Abdullah bin Zaid berkata, “Ketika cara memanggil kaum muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang sedang menenteng (membawa) sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. ",
"Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepadaku saja. Orang tersebut malah bertanya, Untuk apa?” Aku menjawabnya, “Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan solat.” ",
"Orang itu berkata lagi, “Mahukah kau kuajari cara yang lebih baik?” Dan aku menjawab “Ya!” Lalu dia berkata lagi dan kali ini dengan suara yang amat lantang:",
"Allahu Akbar Allahu Akbar (2 kali)",
"Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad saw, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad saw, berkata, “Itu mimpi yang sebetulnya nyata. ",
"Berdirilah disamping Bilal dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang.” Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal.” ",
"Rupanya, mimpi serupa dialami pula oleh Umar dan dia juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad saw. (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)",
"5 Amalan Sunat Dilakukan Ketika Azan",
"Lima amalan ini telah disebutkan oleh Ibnul Qayyim seperti berikut:",
"#1 Mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh muadzin.",
"#2 Berselawat pada Nabi saw (Allahumma sholli ‘ala Muhammad atau membaca selawat ibrahimiyyah seperti yang dibaca sewaktu tahiyat akhir solat.",
"#3 Memohon pada Allah untuk Rasulullah saw wasilah dan keutamaan sebagaimana yang disebutkan dalam hadis: Daripada Jabir bin ‘Abdillah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan:",
"اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ",
"(Maksudnya) Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan. Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.” (HR Bukhari)",
"#4 Membaca zikir selepas muazzin seleasi azan.",
"Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas ra, daripada Rasulullah saw, baginda bersabda: “Sesiapa yang menyebutkan bacaan tersebut apabila dia mendengar muazzin melaungkan azan:",
"أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا",
"(Maksudnya) Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah selain Allah. Dia Maha Esa dan tiada sekutu untukNya, dan Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Aku redha Allah sebagai tuhan, dan Muhammad sebagai utusan dan Islam sebagai agama. Maka diampuni dosanya.” (HR Muslim)",
"#5 Memanjatkan doa sesuai yang diinginkan. Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda:",
"الدُّعَاءُ لَا يُرَدُّ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالْإِقَامَةِ",
"Maksudnya, “Doa yang tidak ditolak ialah doa antara azan dan iqamah.” (HR at-Tirmizi)",
"Amalan-amalan ini bersesuaian dengan hadis Nabi saw.",
"Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah saw bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. ",
"Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Muslim)",
"Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk meninggalkan segala aktiviti yang sedang dilakukan. Dalam masa yang sama perlulah menjawab azan sebagai satu bentuk penghormatan.",
"Dari Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda:",
"إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ",
"Maksudnya: “Apabila kalian mendengar azan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muazzin”.",
"Bercakap ketika azan dibolehkan dan ia tidaklah menjadi satu kesalahan. Namun begitu, jika percakapan kitab oleh mengganggu orang lain sehingga orang lain tidak dapat focus untuk menjawab azan yang dilaungkan oleh muazzin, maka lebih elok jika kita hentikan percakapan.",
"Ini kerana, perbuatan menjawab azan itu adalah lebih utama kerana ianya adalah amalan sunnah.",
"Di dalam al-Muwatha’, Imam Malik telah meriwayatkan sebuah athar daripada Tha’labah, beliau berkata:",
"أَنَّهُمْ كَانُوا فِي زَمَانِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يُصَلُّونَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَخْرُجَ عُمَرُ فَإِذَا خَرَجَ عُمَرُ وَجَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُونَ قَالَ ثَعْلَبَةُ جَلَسْنَا نَتَحَدَّثُ فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُونَ وَقَامَ عُمَرُ يَخْطُبُ أَنْصَتْنَا فَلَمْ يَتَكَلَّمْ مِنَّا أَحَدٌ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَخُرُوجُ الْإِمَامِ يَقْطَعُ الصَّلَاةَ وَكَلَامُهُ يَقْطَعُ الْكَلَامَ",
"Maksudnya, “Mereka menunaikan solat Jumaat di zaman Umar bin al-Khattab sehingga Umar keluar. Apabila Umar keluar dan duduk di atas mimbar maka azan dilaungkan oleh muazzin. ",
"Telah berkata Tha’labah: Kami duduk dan bercakap. Apabila muazzin selesai dan Umar pun berdiri untuk menyampaikan khutbah maka kami pun diam dan tidak ada seorang daripada kami pun yang bercakap. Telah berkata Ibn Syihab: Keluarnya imam menghentikan solat dan khutbah imam menghentikan percakapan.”",
"Berdasarkan athar di atas, jelas menunjukkan bahawa para sahabat ra bercakap ketika azan sedang dilaungkan. Walaupun kita dibenarkan untuk bercakap ketika azan, tetapi adalah lebih baik meninggalkannya melainkan apa yang diucapkan itu merupakan hal atau perkara yang penting.",
"Dan dalam masa yang sama ia tidak mengganggu orang lain itu menjawab apa yang dilaungkan oleh muazzin. Ini kerana menjawab azan adalah sunnah yang dituntut di dalam agama.",
"Setiap hari kita mendengar 5 kali azan berkumandang. Sebanyak itu jugalah kita berpeluang untuk mengamalkan sunnah untuk menjawab azan dan membaca doa selepas azan. Mudah-mudahan amalan kita ini diterima oleh Allah swt. Amin.",
"Bagaimana dengan artikel berkenaan Doa Selepas Azan Dan Amalan Ketika Azan yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?",
"Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:"
] |
https://bidadari.my/aktiviti-kemahiran-motor-halus-anak/
|
Anak
10 Aktiviti Untuk Tingkatkan Kemahiran Motor Halus Anak
Oleh Faz
|
[
"Jika kita sering membaca atau menghadiri kursus-kursus yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak, pasti kita sering mendengar akan perkataan motor halus. ",
"Apa itu kemahiran motor halus? Menurut Pn Siti ‘Aisyah Rozalli, seorang terapis carakerja, kemahiran motor halus adalah kefungsian pergerakan yang melibatkan bahagian jari dan pergelangan tangan.",
"Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen di bawah iaitu:",
"Kemahiran motor halus ini bukan sahaja untuk membantu anak belajar memegang dan menyentuh sesuatu objek malah kemahiran ini sangat penting dalam persediaan mereka untuk menulis kelak. ",
"Tapi, mesti ibu bapa tertanya-tanya bagaimana untuk merangsang kemahiran ini? Nah! saya kongsikan 10 aktiviti menarik untuk anak-anak anda.",
"Aktiviti ini akan membolehkan anak menggunakan jari jemarinya untuk mengutip setiap bola pom pom tersebut dan memasukkannya\nke dalam lubang tissue roll yang terlekat di dinding. Anak pasti teruja apabila melihat bola pom pom yang keluar dan terjatuh ke bawah ?",
"Jahitkan beberapa zip pada kain felt yang besar. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup zip-zip yang ada. Kemahiran ini juga dikenali sebagai pincer grasp iaitu kemahiran menggunakan ibu jari dan jari telunjuk dalam masa yang sama. Aktiviti ini juga menguji kekuatan jari apabila membuka dan menutup setiap zip tersebut.",
"Ambil sahaja tapis-tapis yang ada di dapur anda, kemudian ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak. Bukan senang ye aktiviti ini bagi anak kecil, memang sangat menguji kesabaran mereka ?",
"Aktiviti ini paling mudah dan seronok bagi si kecil. Mereka akan leka memasukkan setiap batang aiskrim tersebut dalam bekas yang disediakan. Anak juga secara tidak langsung boleh belajar mengira sambil memasukkan batang aiskrim satu demi satu.",
"Ajarkan anak untuk memasukkan satu demi satu getah yang berwarna-warni pada setiap batang aiskrim yang ada pada polistren tersebut. Aktiviti ini juga boleh memperkenalkan anak akan kemahiran pengelasan iaitu memasukkan getah pada batang aiskrim yang mempunyai warna yang sama.",
"Disamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini juga adalah satu kemahiran hidup yang sangat penting dalam kehidupan seharian mereka. Pernah tengok bertapa sukarnya anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya. Namun, apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah!",
"Aktiviti ini akan membantu anak untuk menggunakan jari bagi menarik dan menekan picagari tersebut. Daya kekuatan jari amat memainkan peranan untuk membolehkan air itu keluar dan masuk dari dalam picagari.",
"Sediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol- botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka. ",
"Anak akan belajar berapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut. Jika daya yang dikenakan tidak kuat, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.",
"Aktiviti ini membolehkan anak untuk memasukkan fur stick ke dalam lubang-lubang tapis yang disediakan. ",
"Adalah lebih baik pada permulaannya ibu ayah menyediakan tapis yang mempunyai lubang yang lebih besar sebelum beralih ke lubang yang lebih kecil. Ini adalah untuk mengelakkan anak anda mengalami tekanan dan bosan diawal permainan ?",
"Tanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut. ",
"Namun, terdapat kanak- kanak yang geli untuk memegang tanah liat. Mereka perlulah diberi pendedahan dengan permainan sensori yang pelbagai seperti pasir, buih, tepung dan lain-lain bagi merangsang sensori mereka dengan baik."
] |
https://bidadari.my/resepi-aiskrim-yogurt/
|
Resepi
Resepi Aiskrim Yogurt Lazat Creamy (Buah Buahan)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Yogurt merupakan makanan yang terhasil daripada penapaian susu oleh bakteri. Umumnya susu yang diolah ialah susu lembu.Yogurt memiliki banyak kebaikan untuk bayi, kanak-kanak mahupun warga emas.",
"Yogurt rasanya agak masam, namun yogurt komersil ada yang berperisa buah sehingganya selain orang dewasa, kanak-kanak juga mesti suka makan yogurt.",
"Untuk lebih menarik, aiskrim yogurt mulai dibuat untuk memenuhi keinginan orang ramai makan yogurt. Aiskrim berperisa yogurt ini mestinya akan jadi favorit ramai.",
"Siti Aisyah di laman Facebook berkongsikan resepi aiskrim yogurt yang sedap, segar dan mudah. Selamat mencuba.",
"Selain resepi aiskrim yogurt, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/punca-anak-menangis-selepas-bangun-tidur/
|
Anak, Rohani
Ketahui 5 Punca Anak Menangis Sejurus Selepas Bangun Tidur
Oleh aqirah
|
[
"Biasa selalu kalau anak sudah bangun, mereka akan mula menangis dan merengek-rengek. Ibu bapa yang sudah biasa akan terus memujuk anak yang menangis dengan memeluk mereka dan mengucapkan kata-kata sayang. Cara ini adalah cara yang paling mudah dan biasa dilakukan oleh ibu bapa.",
"Pada mulanya ia agak menjengkelkan bagi ibu bapa kerana anak selalu menangis sejurus selepas bangun tidur. Tetapi bukan semua anak-anak akan mula menangis selepas bangun tidur, ada juga yang tidak menangis selepas bangun tidur. Setiap anak ada ragamnya, bukan.",
"Apakah punca anak mudah menangis selepas bangun tidur?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 punca anak menangis sejurus selepas bangun tidur. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.",
"5 Punca anak menangis sejurus selepas bangun tidur",
"Tilam tak sesuai, pampers terlampau penuh, panas dan berpeluh pun boleh buatkan anak kita menangis masa dia bangun. Rasa tak selesa tu yang buatkan anak kita nak melalak je bila bangun.",
"Bila anak dah tidur 8-10 jam tanpa makan minum ni memang buatkan perut anak bagi signal untuk diisi lah. Tu yang bangun bangun je terus melalak mintak susu tu. Pedih perut la katakan.",
"Bila bangun bangun je mak ayah dah tak ada depan mata memang boleh trigger rasa cemas anak. Ni normal je. Lebih kurang Separation Anxiety juga macam anak jadi cemas bila kita hantar dia ke rumah pengasuh atau dia tak nampak kita bila kita ke tandas atau ke dapur.",
"Cuma Anxiety Awakening ni adalah anak rasa cemas bila bangun tidur sebab kita tak ada depan mata dia. Tu yang dia melalak cari kita tu.",
"Bila anak bangun bangun je dia rasa groggy, rasa mengantuk sangat sangat dan rasa nak melalak, tu mungkin anak kita tengah kena Sleep Inertia.",
"Sleep Inertia ni terjadi sebab :",
"💤 Kita bangunkan dia masa dia tengah dalam fasa Rapid Eye Movement Sleep (REM sleep). Bahasa mudahnya adalah kita bangunkan dia masa dia tengah nyenyak sangat tidur",
"💤 Masa kita kejut tu level hormon Melatonin yang menyebabkan anak kita mengantuk tu masih banyak lagi. Tu yang anak kita melalak sebab dia masih mengantuk sangat lagi",
"Biasanya akan ambil masa 30 minit – 1 jam juga untuk anak kita betul betul recover daripada Sleep Inertia tu. Fuh!",
"#5 – Lack of Quality Sleep",
"Bila kualiti tidur anak tak cukup, emosi anak akan mudah terganggu. Tu yang dia jadi irritable sikit. Contohnya jadi mudah nangis tanpa sebab setiap hari ataupun jadi mudah mengamuk tanpa sebab setiap hari.",
"Sebab tu lah sebelum tidur tu :",
"💤 JANGAN main gadget atau tengok TV beberapa jam sebelum waktu tidur. Takutnya bila kita tutup lampu pun mata anak masih terkebil kebil tak boleh tidur sebab ‘blue light’ daripada gadget tu boleh buatkan anak susah tidur",
"💤 Jangan bagi anak terlalu penat sangat sebelum tidur. Berpada pada lah kalau nak bagi anak bermain sebelum tidur sebab bila anak terlalu penat pun tidurnya boleh terganggu sebab badan dan otak dah jadi Overtired.",
"*Selepas ini, jika anak menangis selepas bangun tidur, janganlah kita marah-marahkan mereka atau biarkan mereka menangis. Pujuk mereka dengan memeluk dan ucapkan kata-kata sayang kepada mereka. Mereka hanya memerlukan kasih sayang ibu bapa mereka selepas bangun tidur. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/risau-anak-ke-konsert-apabila-sudah-besar/
|
Anak, Keluarga
Risau Anak Ke Konsert Apabila Sudah Besar?
Oleh Dr Siti Ujila
|
[
"Saya percaya di luar sana, memang banyak konsert-konsert diadakan, samada artis luar negara mahupun dalam negara sendiri. Yang menyedihkan, walau anak itu nampak baik, bertudung litup, berbaju labuh, tapi kaki mereka tetap melangkah ke program seperti itu.",
"Mungkin keterujaan dan minat terhadap artis-artis itu menyebabkan mereka terlupa yang Tuhan tidak menyukai perkara lagha, penuh maksiat, tidak mengingatkan kita kepadaNya.",
"Tidak menjadikan kita manusia lebih baik. Lupa apa maksud tudung yang tersarung di kepalanya. Tapi itulah realiti sekarang. Seperti sudah tidak jauh beza, solat atau tidak. Bertudung atau tidak.",
"Ya saya memang risau. Kalau anak saya bertudung, itu bukan lagi tiket untuk meyakinkan saya bagaimana dia menjaga diri di luar sana. Walaupun anak-anak saya masih kecil, belum pun masuk sekolah rendah, saya fikir ia perlu dibendung dari awal.",
"Memang lumrah manusia untuk suka menyertai sesuatu. Program, acara, karnival, aktiviti. Dan apa yang anak sertai, kebiasaannya bergantung kepada minat anak itu sendiri. Kalau minatnya artis Korea, maka dia akan membeli tiket konsert kPop. Jika minatnya sukan bola sepak, dia akan teruja untuk menyokong pasukan pilihannya. Lengkap dengan baju pasukan.",
"Saya cadangkan, jom kita tengok semula, apakah minat anak kita?",
"Minat itu memang kecenderungan manusia. Berdasarkan apa yang mereka biasa lakukan, apa yang didedahkan kepada mereka.",
"Jadi, sebelum anak kita minat artis kPop, bahkan artis tempatan sekalipun, lebih baik kita yang tanamkan minat mereka untuk menyertai program kepimpinan, ceramah agama, seminar-seminar yang memberikan ilmu pengetahuan, seminar kesedaran berkenaan sesuatu topik, kem motivasi, program kemanusiaan, program gotong-royong, program rekreasi yang menyihatkan badan.",
"Jangan kita hanya fokus pada mengulangkali pelajaran anak pada waktu malam, atau berfikir yang anak-anak sudah penat dan esok kena bangun awal untuk ke sekolah, atau hujung minggu ialah waktu berehat.",
"Percayalah, anak akan lebih bijak, terdidik, matang dan hebat bila terdedah dengan lebih banyak kebaikan dan pengalaman dari program-program yang bermanfaat. Keberkatan dari program itu sendiri akan menyisi jiwa anak-anak kita.",
"Kalau kita pergi ke program seumpama ini, bawa mereka sekali. Walaupun mereka masih kecil dan hanya tahu berkejaran ke sana ke sini dengan kawan baru.",
"Kalau kita menghadiri kelas bacaan Quran, bawa satu keluarga. Biar anak-anak tahu, Quran itu penting dan seronok baca beramai-ramai.",
"Bawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah, untuk dengar ceramah sehingga ia menjadi habit keluarga. Bawa mereka ke program selawat, mengunjungi rumah anak-anak yatim, menyertai program gotong-royong dan membantu orang susah.",
"InsyaAllah, nanti minatnya akan terbentuk pada pengisian rohani dan juga membantu orang lain. Mereka akan membeli tiket untuk ke seminar yang mendekatkan diri kepada Tuhan dan bukan tiket konsert-konsert lagha."
] |
https://bidadari.my/resepi-kacang-pool/
|
Resepi
Resepi Kacang Pool Johor (Aroma Tradisi Yang Menyelerakan)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Kali ini kami akan berkongsikan resepi kacang pool yang popular di Johor dan Singapura. Asalnya makanan ini dibawa masuk orang-orang Arab. Menu ini dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau dipanggil ‘foul medammas. Boleh guna yang jenis dalam tin jenama Kimball ada jual kat Giant, Tesco atau pun kedai-kedai arab.",
"Selain kacang pool, boleh juga masukkan kacang-kacang lain. Antaranya ialah baked beans, red beans atau pun chick peas. Terdapat bermacam-macam resepi kacang pool. Guna kacang pool sahaja pun boleh.",
"Apa-apa resepi pun kita boleh olah ikut kesuaian tekak kita. Perkongsian oleh Marina Ismail di laman Facebook ini letak red beans sebenarnya, jadi ia menggunakan 2 jenis kacang saja.",
"Kacang pool ini biasanya kita hidang dengan telur mata, bawang besar yang didadu, limau kasturi dan cili hijau (kak M tambah cili merah bagi cantik).",
"Masak kacang pool pun mudah saja tidak perlu bahan yang banyak sangat. Cicah kacang pool dengan roti. Sapu roti dengan butter dan panaskan dulu dalam kuali sebelum makan dengan kacang pool. Mari tengok resepi yang digunakan oleh kak M. selamat mencuba.",
"Resepi Kacang Pool Sedap Dan Mudah",
"Selain resepi kacang pool, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.",
"Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/banyak-manfaat-membiarkan-anak-bermain-ketika-hujan/
|
Featured, Petua Tips
Banyak Manfaat Membiarkan Anak Bermain Ketika Hujan Sebenarnya
Oleh aqirah
|
[
"Jika hujan mula turun, mulalah ibu bapa memanggil anak-anak masuk ke dalam rumah kerana takut sakit demam. Selepas itu, ibu bapa menyuruh anak-anak terus pergi mandi dan bersihkan badan dari air hujan tadi untuk mengelakkan daripada demam.",
"Tetapi tahukah anda sebagai ibu bapa, ada kebaikannya membiarkan anak bermain hujan? Ini kedengaran agak pelik tetapi ia adalah benar. Mengapa dan apakah manfaat membiarkan anak bermain ketika hujan?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai manfaat membiarkan anak bermain ketika hujan. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. ",
"Sebelum membiarkan anak-anak bermain ketika hujan, ibu bapa perlu lihat dahulu keadaan hujan tersebut. Pastikan hujan tersebut bukan hujan kilat, guruh dan angin yang kuat. Selepas sudah pastikan tiada jenis-jenis hujan tersebut baru boleh membiarkan anak bermain ketika hujan.",
" 1. Hujan adalah salah satu “platform” untuk anak form a deeper connection with nature. ",
"2. Hujan let the kids learn and play through their senses. Anak dapat LIHAT dan DENGAR bunyi hujan yang jatuh di atas permukaan yang berbeza (atas atap, atas tanah, atas daun, dan pelbagai lagi), dapat RASA air hujan pada lidah, dapat SENTUH hujan di seluruh badan, dapat HIDU bau alam yang sedang basah.",
"3. Hujan stimulates motor skills anak-anak. Sebagai contoh, they move, they dance, they learn to balance their body on slippery surface. ",
"4. Hujan sangat membantu dalam character development anak. It encourages children to be adventurous, independent and more able to asses risks. Kalau ada isu anak low self esteem, let them have fun in the rain!",
"5. Hujan adalah peluang untuk ibu bapa fahamkan anak tentang BUKTI kewujudan dan kekuasaan Allah. Tanya anak, dari mana agaknya hujan ni datang? Siapa agaknya yang kawal hujan? Bagaimana hujan boleh jadi rezeki dan rahmat kepada alam. ",
"6. Hujan meletakkan alam di dalam alpha state iaitu tenang dan mendamaikan. Alpha state adalah salah satu waktu mustajab untuk menadah tangan dan berdoa. ",
"*Dalam kita sibuk marah anak-anak kita bermain ketika hujan, ada kebaikannya. Apa kata ibu bapa bermain sekali bersama mereka, selain dapat mengajar mereka tentang alam semula jadi, kita boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Tetapi pastikan hujan yang turun tidak merbahaya, hanya hujan yang ringan-ringan sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/koleksi-resepi-mee/
|
Resepi
11 Koleksi Resepi Mee Patut Cuba (Sedap, Mudah, Viral)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Ramai peminat mee di sini? Artikel kali ini adalah tentang koleksi resepi mee yang enak untuk dicuba.",
"Untuk sebahagian orang, menu makanan mee boleh menjadi pilihan ketika tiada selera untuk makan nasi. Kadang-kala, nafsu makan boleh bertambah jika makan mee.",
"11 resepi mee dibawah ini patut anda cuba. Menjamu selera dengan resepi mee ala kedai yang sedap. Hidangan ini boleh dijadikan hidangan untuk kendara-kenduri dan pelbagai majlis lain. Mee sedap makan panas-panas, berpeluh satu badan meleleh air hidung.",
"Tanpa buang masa, jom tengok dan simpan resepi ini. Masak mee untuk satu keluarga dengan resepi yang viral dan famous. Selamat menjamu selera.",
"Rupanya ramai yang nak resepi ini. Tapi resepi ini main agak-agak sahaja maklum la resepi orang dulu-dulu. Kalau nak manis bubuh lebih gula, dan kalau nak masin bubuh lebih garam ikut citarasa masing-masing. Resepi yang dikongsikan oleh Zai Nasir di laman Facebook ini memikat hati pecinta mee khususnya. Jom tengok resepinya.",
"Resepi mee kesukaan keluarga. Resepi ini boleh jadi referensi untuk anda yang ingin makan mee berkuah. Nikmatnya makan mee dan menghisap tulang-tulang dengan kuah yang sedap. Resepi daripada AizaSuzila ShahrulNizam di laman Facebook ini mampu mencecah beribu perkongsian.",
"Resepi ini kena pakai sotong kering, kalau tak ada tak kick lah kuah sup ini. Bone broth bagus untuk kesihatan kita. Rebus tulang dan daging lembu agak lama untuk mendapatkan bone broth. Sup ini sangatlah sedap jika makan panas-panas. Sila tengok resepi yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali di Facebook. Sekali cuba mesti nak lagi",
"Nota :\nMasa nak makan boleh taruh kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ini lah penyedap mee sup.",
"Resepi Mee Kicap @ Mee Wantan",
"Resepi mee kicap yang marbeles daripada Puan Jue ini patut anda cuba. Resepi mee [email protected] wantan yang sangat membangitkan selera. Jom cuba resepinya. ",
"Mee kari berhantu, sekali makan mesti nak lagi. Mee kari sedap berlemak, sedap dimakan petang-petang. Hidangan untuk kendara-kenduri sangat sesuai. Resepi mee kari yang amat sedap daripada Miya Aira di laman Facebook. Sila cuba resepinya.",
"Step pertama rebus kepala udang dan kulit udang. Blend hingga halus menggunakna air rebusan tadi. Selepas hancur, jangan lupa tapiskan bhan kisar stock udang tai.",
"Nur Ramizah di laman Facebook berkongsi resepi masak mee/bihun sup siam yang menjadi dan yang penting sedap. Resepi ini untuk keluarga 5-6 orang makan.",
"Mee hailam versi Khairul Irwan yang dikongsikan di Facebook ini patut anda cuba. Rasanya sama macam restaurant punya.",
"Siapa yang mahu cuba mee udang mabeles? Resepi sedap daripada Siti Aisyah di laman Facebook. Resepi mudah dan enak patut cuba.",
"Siapa suka makan mee sizzling? Kalau makan di luar mesti tidak puas sebab ayam sedikit, cendawan sedikit bahkan sayur sedikit. Masak sendiri barulah puas makan. Resepi daripada Anna Rozza di Facebook.",
"Resepi yang selalu dipakai untuk berniaga mee rebus. Resepi dikongsikan oleh Roziana Jalani di laman Facebook. Serius sedap.",
"Selepas tahu resepi ini mesti anda mahu masak mee celup hari-hari. Kadang susah jumpa kedai mee celup kan. Baik masak mee celup homemade saja di rumah. Resepi daripada Mar Immar di laman Facebook. Puas hati makan, boleh letak lauk banyak.",
"Resepi-resepi di atas sangat mudah dan menarik kan? Selain resepi mee, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/online-disinhibition/
|
Kesihatan, Rohani
Ketahui Penyakit Mengenai Online Disinhibition Di Kalangan Masyarakat
Oleh aqirah
|
[
"Media sosial kini tidak asing lagi dari masyarakat kita. Hampir 90% rakyat Malaysia mempunyai media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp mahupun Telegram dan banyak lagi jenis media sosial. Paling tidakpun sekarang paling-paling memerlukan adalah Whatsapp untuk berkomunikasi dengan orang lain mengenai kerja dan hal-hal tertentu.",
"Media sosial ini diwujudkan bertujuan untuk membantu individu berkomunikasi dari seluruh pelusuk dunia dan menyampaikan maklumat mengenai negara luar ataupun negara sendiri. Namun, ia disalah gunakan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab. Media sosial kini digunakan untuk menyampaikan maklumat palsu, berita fitnah dan sebagainya.",
"Perlakuan ini dikatakan satu penyakit iaitu dinamakan Online Disinhibition. Apakah itu Online Disinhibition?",
"Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai penyakit Online Disinhibition. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.",
"Disinhibition bermaksud nyahsekatan, atau kehilangan sekatan. Dalam konteks topik yang dibicarakan, ia membawa erti hilang kawalan diri daripada menjaga sahsiah berlandaskan ciri-ciri sosio-budaya dan agama yang diterima masyarakat setempat(Malaysia).",
"Disinhibition syndrome ini boleh berlaku atas banyak sebab, antaranya: kecederaan otak, dementia, serta komunikasi alam maya(online). Di sini saya nak fokus kepada faktor “online”, kerana kita semua terdedah kepda faktor ini.",
"Bagaimana “online” boleh menyumbang kepada pembentukan masalah sosial ini?",
"6 perkara tentang interaksi atas talian yang menyumbang “online disinhibition”",
"Di atas talian, seseorang boleh berinteraksi dengan orang lain tanpa dikenali. Bila kita rasa tak dikenali, kita rasa tak perlu bertanggungjawab atas perilaku kita, dan ia mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang tidak akan kita lakukan di alam nyata. Antaranya adalah memberi komen lucah, memaki hamun, menyakat atau bergurau tanpa batasan.",
"2. Invisilibity (tak nampak depan mata)",
"Bila kita menulis, kita tak nampak audiens. Dalam situasi interaksi alam nyata, ketika kita sedang bercakap, audiens memberi reaksi. Bila kata-kata kita dapat respon emosi negatif, kita akan cuba tukar ayat yang lebih berlapik, atau berhenti daripada teruskan bercakap tentang perkara itu. Ini tak berlaku bila dalam komunikasi atas talian yang tiada video.",
"Komunikasi di media sosial tak semesti berlaku secara langsung, kadang-kadang tertunda. Contohnya, kita mungkin tulis status atau komen yang prokatif di Facebook kerana emosi tak terkawal, kemudian kita log off, atau buat tak endah (tak baca) komen orang pada status kita tadi. Ini membolehkan kita lepaskan tanggungjawab terhadap kelakuan kita.",
"Di media sosial, biasanya komunikasi dalam bentuk teks. Bila kita baca komen, kita baca di dalam hati. Kemudian ketika menaip komen, kita berfikir guna suara hati juga. Kita akan rasa seperti kita bermonolog dalaman. Bila kita bermonolog dalaman, kita cenderung untuk tak tapis apa yang kita nak cakap. Itu yang menyebabkan mudah terlanjur kata.",
"5. Dissociative Imagination (permainan atau gurau)",
"Ada orang tidak lihat alam maya setara dengan dunia nyata. Bagi mereka, alam maya ni tidak mempunyai batasan sahsiah, undang-undang dan peraturan. Mereka tak anggap netizen yang berada di media sosial ini sebagai manusia yang punya hati dan perasaan. Oleh itu berlakulah hasut maya yang tak terbatas, makian melampau, dan kelakuan lain yang tak sepatutnya.",
"6. Minimization of Status dan Autority (perkecil status dan autoriti)",
"Di media sosial, kita tak nampak autoriti dan status seseorang. Ini kerana autoriti biasanya dipamerkan melalui usia, pakaian seragam, bahasa tubuh, perwatakan dan sebagainya. Bila tak tahu, maka kita mudah maki hamun sesuka hati kerana kita cenderung untuk memandang rendah orang lain. Kita rasa lebih pandai, berpengalaman, dan berani daripada mereka.",
"*Berikut adalah keterangan mengenai penyakit Online Disinhibition. Disinhibition syndrome adalah sangat tidak sihat dan jika anda ada ciri-ciri tersebut, cepat-cepatlah ubah demi kebaikan sendiri dan orang sekeliling. Gunakan lah media sosial ini untuk kebaikan dan bukannya keburukkan.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/khasiat-pokok-kelulut/
|
Petua Tips
13 Khasiat Pokok Kelulut Dan Petua Orang Lama
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Pokok kelulut ialah sejenis tumbuhan yang meliar di kawasan terbiar. Ketika zaman kanak-kanak penulis dulu, buahnya digunakan untuk main masak-masak. Jika anda berjalan di tepi pokok kelulut, habis kain atau seluar terlekat buahnya yang mempunyai bulu-bulu halus.",
"Pokok kelulut atau nama saintifiknya urena lobata mempunyai banyak keistimewaan dari aspek perubatan herba dan tradisional. Siapa sangka tumbuhan tropika yang hidup di tepi-tepi jalan, hutan dan belukar mempunyai banyak manfaat kepada manusia dan haiwan.",
"Khasiatnya diakui oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed. Menurutnya, ramai pengamal perubatan tradisional yang menggunakan pokok kelulut untuk merawat beberapa jenis penyakit.",
"Khasiat dan Petua Menggunakan Pokok Kelulut",
"Dalam artikel ni, akan dikongsikan khasiat pokok kelulut. Selain itu, beberapa petua yang boleh diamalkan juga akan diberikan.",
"Jika anak-anak terjatuh ketika bermain, anda boleh menggunakan daun pokok kelulut untuk hentikan pendarahan dan merawat luka. Caranya ialah bersihkan luka tersebut dengan air yang bersih. Kemudian, lap kawasan luka dengan sehelai kain.",
"Ambil beberapa helai daun kelulut yang telah dicuci. Kemudian, tumbuk daun tersebut sehingga lumat. Lekatkan daun tadi pada bahagian yang luka tu.",
"Apabila terkena sakit gigi, memang tak senang duduk dibuatnya. Bahagian yang sakit itu akan terasa berdenyut-denyut. Anda boleh mencuba petua tradisional jika belum berkesempatan untuk berjumpa dengan doktor.",
"Caranya ialah ambil bahagian akar pokok kelulut saja. Cuci akar tersebut bersih-bersih daripada kesan tanah. Kemudian, kunyah akar tersebut secara perlahan-lahan. Ekstrak daripada akar pokok kelulut mampu melegakan kesakitan gigi.",
"Kalau anda menghidap demam yang tak kebah-kebah, seelok-eloknya ke klinik dan hospital dulu untuk dapatkan rawatan. Dikhuatiri dijangkiti demam denggi, kepialu dan sebagainya.",
"Namun, anda juga boleh mencuba petua ni sebagai rawatan alternatif. Caranya ialah ambil akar kelulut dan cuci bersih-bersih. Selepas itu, tumbuk akar yang dicuci hingga agak lumat.",
"Tujuan menumbuk akar tersebut adalah untuk memudahkan anda mengisarnya dengan sedikit air. Minum airnya dengan sedikit madu asli.",
"Apabila membuang air besar, najis yang disertai dengan sedikit lendiran adalah normal. Namun, jika berlebihan dan disertai dengan darah pastinya adalah masalah di bahagian usus. Ia akan mengakibatkan perut terasa senak dan tak selesa.",
"Anda boleh amalkan petua tradisional ni. Caranya ialah ambil beberapa helai daun dan akar kelulut. Kemudian, rebuskan dengan beberapa air dan tambahkan sedikit garam. Minum air rebusan sehingga sakit berkurangan.",
"Jika berasa sakit perut atau perut kembung, dapatkan akar pokok kelulut yang bunganya berwarna putih (jarang-jarang dijumpai berbanding bunga ungu). Kemudian, rebus akarnya dan diminum setiap hari.",
"Jangkitan di bahagan saluran kencing sama ada di bahagian ginjal, ureter, pundi kencing dan urethra disebabkan oleh jangkitan kuman. Penyakit ini berlaku disebabkan bakteria memasuki saluran kencing.",
"Jika jangkitan menjadi kronik ia akan melibatkan buah pinggang yang mengakibatkan darah dan nanah dalam air kencing. Petua untuk mengurangkan masalah ni ialah kisar daun kelulut dengan sedikit air dan ditapis. Minum perahan air pokok kelulut selama 3 hari berturut-turut.",
"Penyakit gonorea ialah jangkitan penyakit kelamin yang disebabkan oleh sejenis bakteria. Bakteria ini boleh berjangkit kepada individu yang lain melalui seks vagina, seks anal dan seks oral.",
"Penyakit gonorea akan menyebabkan sakit semasa membuang air kecil dan keluar nanah dari saluran kencing. Masalah ni boleh dirawat dengan merebus daun dan akar pokok kelulut. Kemudian, minum air tersebut sehingga gejala berkurangan.",
"Wanita yang baru lepas bersalin biasanya akan berpantang. Dikatakan pokok kelulut bagus untuk kesihatan dalaman wanita yang sedang berpantang. Ia dapat menguatkan rahim, mengecutkan luka dan memberikan tenaga.",
"Caranya ialah ambil akar dan daun pokok kelulut. Rebus bersama-sama dengan ubat periuk. Minum air rebusan tersebut sepanjang tempoh berpantang.",
"Apabila disengat atau digigit haiwan berbisa seperti lipan, labah-labah, lebah, tebuan dan sebagainya pasti bahagian tersebut akan berasa pedih dan berdenyut-denyut. Sebelum ke klinik untuk mendapatkan rawatan, anda boleh mencuba petua tradisional untuk kurangkan kesakitan.",
"Caranya ialah tumbuk akar pokok kelulut bersama-sama sirih pinang. Esktrak yang terhasil bolehlah disapukan di bahagian yang sakit.",
"Penyakit puru ialah sejenis penyakit kulit yang biasa menyerang haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan sebagainya. Ia berpunca daripada virus pox dan mudah berjangkit pada ternakan yang lain. Gejalanya akan mengakibatkan lepuhan berisi air pada bahagian mulut, gusi, bibir dan kulit.",
"Selain diberikan ubatan moden, masalah ni boleh diatasi dengan pokok kelulut. Tumbuk akar dan daun pokok kelulut. Ekstrak tersebut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih, cuka makan dan minyak tanah. Sapukan di bahagian yang bermasalah.",
"Bagi individu yang mudah berasa letih, selalu sakit-sakit badan dan berasa kurang bermaya. Anda boleh menjadikan air rebusan pokok kelulut sebagai mandian.",
"Sakit kepala biasanya berlaku apabila kita kurang tidur, terlalu letih, lambat makan, stres, terlalu panas dan sebagainya. Jika anda mengalami sakit kepala, bolehlah cuba petua ni.",
"Caranya ialah tumbuk daun pokok kelulut kasar-kasar. Sapukan di bahagian kepala yang berasa sakit. Biarkan hingga kering.",
"Jika anda mengalami sakit tekak dan batuk, kisar bunga kelulut dengan sedikit garam dan air suam. Kumur beberapa kali sehingga sakit tekak hilang.",
"Mesti anda tak sangka, setiap bahagian pokok kelulut iaitu akar, bunga dan daunnya mempunyai sebegini banyak manfaat. Jika ada di sekeliling rumah, boleh anda cuba petua-petua yang diberikan ni.",
"Namun, jangan lupa. Ni hanyalah persediaan tradisional. Jika simptom penyakit masih tak berkurangan, anda perlulah merujuk klinik atau hospital. Tiada salahnya mencuba, mana tahu ia mampu mengurangkan masalah.",
"Jom baca juga artikel khasiat daun semambu khasiat taugeh dan khasiat daun lemuni"
] |
https://bidadari.my/resepi-roti-canai/
|
Petua Tips, Resepi
Resepi Roti Canai Ala Kedai Mamak (Semudah ABC!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Biasanya untuk menikmati roti canai,kita akan ke kedai mamak.Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang inginkan variasi dan kelainan, anda juga boleh menucba resepi roti canai ini dirumah. Tahukah anda, pembuatan roti canai sangat mudah?",
"Kita juga tahu, roti canai bukan sahaja boleh dimakan bersama kuah dal dan kari, malah ianya juga boleh dimakan dengan apa-apa kuah atau juadah yang kita masak dirumah. Kali ini kami akan bawakan resepi roti canai yang sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja.",
"Resepi ini dikongsikan di dalam Koleksi Resepi Sedap di laman Facebook dan telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian!",
"Nota: Anda juga boleh bekukan lebihan roti canai dan jadikannya sebagai homemade instant roti canai. Selamat mencuba!",
"Resepi – resepi menarik lain yang anda boleh cuba:",
"Terdapat juga beberapa resepi – resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba dirumah. Ini juga menjadi idea terutamanya kepada para surirumah yang kebuntuan idea untuk masak apa pada hari – hari biasa. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang dan selamat mencuba!"
] |
https://bidadari.my/resepi-takoyaki-homemade-yang-enak/
|
Resepi
Resepi Takoyaki Homemade yang Enak
Oleh Fazeeda Abdul Malik
|
[
"Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis juadah dan menu yang boleh didapati dengan mudah. Sebut sahaja ingin makan apa, makanan Malaysia, Indonesia, Thailand atau masakan barat semuanya ada. Lagi-lagi sekarang ni terdapat pelbagai service makanan yang menarik dan siap ada delivery lagi bukan? Kini, semuanya mudah dan cepat dari semua aspek termasuklah makanan. Best ker best?",
"Walaupun kita orang Malaysia dan mempunyai pelbagai jenis makanan yang enak-enak di sini, masyarakat kita sangat gemar untuk mencuba masakan dari negara-negara lain. Salah satunya ialah masakan masyarakat Jepun yang dikenali sebagai Takoyaki. Kuih ini merupakan snek Jepun yang berbentuk bulat. Bahan asas bagi kuih ini adalah tepung gandum dan lauk yang dipilih seperti seafood, ayam atau daging dan ia dimasak khas menggunakan kuali takoyakiyang akan menjadikannya berbentuk bulat.",
"Untuk membuat kuih takoyaki, terdapat beberapa penyediaan yang perlu dilakukan iaitu untuk menyediakan doh, inti, sos dan topping. Jika anda ke kedai bakery, anda boleh dapatkan tepung yang sudah siap dibancuh untuk membuat kuih ini. Jadi, tempoh penyediaan boleh disingkatkan. Tapi of course lah tak boleh lawan tahap keenakan yang kita buat sendiri kat rumah.",
"Rasa susah nak buat kuih takoyaki? Jangan risau, kami sudah menyediakan satu resepi istimewa takoyaki yang telah dikongsikan oleh saudari Norlizah Ramli di Facebook. Ikut je step ni ok, InshaaAllah jadi! Khas untuk penggemar kuih Takoyaki, resepi ini untuk anda! Selamat mencuba.",
"2 ½ cwn tepung gandum\n1 sdb tepung jagung (optional) x letak pon xpe\n1 sdk baking powder\n2 sdb serbuk dashi/bonito\n1 biji telur ayam gred A\nAir 600ml (klu pekat tambah lg skit air)\n**bancuh semua hingga sebati.bancuhan ni tak terlalu pekat atau tak terlalu cair..mcm bancuhan lempeng yg cair.",
"1 cwn sos tomato\n5 sdb kicap manis\n2 cwn sos wostechere ( lea & perrins)\n2 sdb serbuk bonito\n¼ cwn gula\n1 cm halia diparut\n1 ulas bawang putih diparut\nGaram/kicap cair secukup rasa\n**masak bahan sos hingga pekat sikit dan tapiskan.",
"Kubis yang diracik halus\nSotong/udang/sosej/ketam (suka hati)\nDaun bawang kalau suka",
"Mayonis jenama kewpie utk rasa sedap\nBonito flakes\nAonari/seaweed powder(x letak pon xpe)\nSos takoyaki",
" rasaa tu agak2 ye. Kalau masam sangat lebihkan gula dan kalau tawar tambah kicap cair/garam.\n Rasa masam manis secukup rasa\n Kuantiti pon boleh agak2 x semestinya ikut sukatan ni\n BONITO FLAKES FROM AEON JUSCO SUPERMARKET\n SERBUK BONITO & SOS wosteshere from daiso (pastikan beli yg halal)\n TAKOYAKI PAN BOLEH BELI DARI LAZADA",
"Best ke best resepi ini? Haa nak lagi banyak resepi? Jangan lupa untuk melihat pelbagai lagi resepi yang menarik yang kami paparkan buat anda di blog meriah kami ini yer. Lagi satu, jangan lupa untuk LIKE dan SHARE resepi ini ya!"
] |
https://bidadari.my/aktiviti-midline-crossing/
|
Anak, Keluarga
5 Aktiviti ‘Midline Crossing’ Semudah ABC Ini Dapat Bantu Perkembangan Anak
Oleh Eyza Faizah
|
[
"‘Midline’ merupakan garisan tengah imaginasi (imaginary line) yang membahagikan anggota badan di bahagian tengah kepada bahagian kanan dan bahagian kiri.",
"‘Midline crossing’ atau ‘crossing the midline’ pula adalah kemampuan seseorang untuk bergerak secara spontan, ketika melakukan sesuatu perkara yang memerlukannya merentasi bahagian tengah anggota badan.",
"Sebagai contoh, sekiranya seseorang menggunakan tangan kanan sebagai tangan dominan, dia seharusnya boleh menggunakan tangan tersebut untuk melakukan sesuatu perkara atau mencapai sesuatu barang yang berada di sebelah kiri badannya.",
"Dari segi kognitif, ‘midline crossing’ yang baik menunjukkan komunikasi dan koordinasi yang baik antara otak kanan dan otak kiri dalam melakukan sesuatu.",
"Dari segi fizikal, ‘midline crossing’ adalah sangat penting untuk memastikan anak tidak tersekat (stuck) di bahagian tengah badan mereka ketika ingin melakukan sesuatu perkara, sehingga menyebabkan mereka perlu bertukar tangan untuk menyelesaikan perkara tersebut.",
"Ianya juga penting bagi memastikan anak dapat menggerakkan badan mereka ke bahagian berlawanan untuk melakukan sesuatu perkara.",
"Dengan ini, kemahiran motor halus dan motor kasar anggota badan yang dominan ini akan berkembang dengan sangat baik untuk berfungsi sebagai anggota dominan yang benar-benar kuat.",
"Selain itu, ‘midline crossing’ juga mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan anak-anak termasuk dari segi menulis, mewarna, menggunting, menggunakan alatan ketika makan, bermain bola dengan tangan atau kaki, dan sebagainya.",
"5 AKTIVITI ‘MIDLINE CROSSING’ MUDAH UNTUK ANAK",
"Berikut merupakan 5 cadangan aktiviti mudah bagi melatih anak-anak dalam membantu perkembangan ‘midline crossing’ ini. Semoga ianya bermanfaat dan dapat kita praktikkan bersama anak-anak.",
"1. SENTUH ANGGOTA BADAN MENGIKUT ARAHAN",
"Aktiviti ini cukup mudah untuk dilakukan kerana ianya tidak memerlukan sebarang peralatan.",
"Anak hanya perlu mendengar arahan ibu atau ayah, kemudian anak perlu menyentuh anggota badan mengikut arahan ibu atau ayah sebentar tadi.",
"Bagi membantu perkembangan ‘midline crossing’ anak, anggota badan yang perlu disentuh oleh mereka seharusnya merentasi bahagian anggota badan berlawanan.",
"2. TULIS NOMBOR 8 SECARA MELINTANG",
"Minta anak menulis nombor 8 dengan saiz yang besar secara melintang sama ada di atas kertas, papan hitam atau papan putih.",
"Dengan cara ini, ianya dapat melatih tangan dominan yang digunakan untuk menulis itu, merentasi bahagian anggota badan yang kurang dominan, tanpa menukar tangan untuk menulis di bahagian anggota badan yang kurang dominan tersebut.",
"Aktiviti ini hanya memerlukan dua helai kertas yang dilekatkan di atas lantai.",
"Anak perlu mula berdiri di tengah-tengah antara dua kertas tersebut, dan kemudian minta anak gerakkan sebelah kaki sahaja untuk memijak kedua-dua helai kertas secara bergilir-gilir. Selepas itu, teruskan aktiviti ini dengan sebelah lagi kaki dan ulang aktiviti ini beberapa kali.",
"Melalui aktiviti ini, kedua-dua bahagian kaki anak akan dapat merentasi garisan tengah (crossing the midline) dan ia dapat melatih anak untuk menggerakkan kaki mereka ke bahagian anggota badan yang berlawanan.",
"Ibu bapa boleh memilih untuk bermain ‘memory game’ atau ‘matching game’ dengan menggunakan kad bersama anak-anak.",
"Susun kad di atas meja atau di atas lantai dan perhatikan sama ada anak menggunakan tangan dominan atau tangan yang sebaliknya untuk mengambil kad di bahagian anggota yang kurang dominan.",
"Sekiranya kad tersebut diambil dengan menggunakan tangan yang kurang dominan, bantu anak untuk mengambilnya dengan menggunakan tangan dominan.",
"5. BERMAIN KERETA MAINAN DI TREK",
"DIY trek kereta yang besar serta mempunyai banyak simpang dengan menggunakan pita pelekat untuk anak bermain kereta mainan.",
"Ketika bermain, anak perlu menggunakan tangan dominan terutamanya apabila anak ingin menggerakkan kereta tersebut ke arah bahagian badan yang bukan dominan.",
"Terdapat pelbagai lagi aktiviti dan tugasan harian yang boleh dilakukan bersama-sama anak dalam membantu perkembangan ‘midline crossing’ mereka.",
"Aktiviti-aktiviti sebegini mungkin bukan perkara yang mudah untuk dilakukan oleh anak. Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa membantu dan memberi galakan kepada mereka agar mereka terus bersemangat untuk meneruskan perkara tersebut.",
"Lakukannya secara santai agar objektif aktiviti-aktiviti ini tercapai dalam suasana yang cukup gembira dan menyeronokkan.",
"Semoga dengan kesabaran kita melatih anak-anak, ianya dapat membantu tahap perkembangan mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka kelak."
] |
https://bidadari.my/cacing-rayap/
|
Kesihatan
Bahaya Cacing Rayap Perlu Kita Tahu
Oleh aqirah
|
[
"Jom ketahui info sebenar mengenai cacing rayap.",
"Selalu urat timbul di kaki atau tangan ini kuat bekerja, bersukan dan lain-lain lagi . Itulah yang dikatakan oleh orang-orang sekeliling. Tetapi tahukah anda tidak semua urat yang timbul itu adalah hasil kerja kuat dari bekerja atau aktiviti yang anda lakukan. Mungkin itu adalah cacing rayap.",
"Mari saya kongsikan apakah itu cacing rayap yang telah diterangkan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.",
"Kalau kaki anda nampak berurat sirat seperti rel keretapi seperti di dalam gambar di bawah, sila jumpa doktor segera. Minyak gamat atau minyak cap kapak tak jalan untuk hapuskan makhluk yang menjalar itu.",
"Kami sebut penyakit ni Cutaneous Larvae Migran. Di mana, sejenis cacing yang boleh masuk melalui kulit manusia dan bergerak menjalar di bawah kulit. Tempat jangkitan itu boleh jadi kemerahan dan gatal.",
"Cacing tersebut hidup dalam tanah. Ianya bukan keluar bersama telur lipas. Cacing yang terdapat dalam lipas adalah lain dari yang boleh masuk dalam kulit kita. Ada orang tua kata, cacing boleh naik ke mata. Ya benar, cacing boleh merayap ke dalam bola mata, tetapi bukan jenis cacing CLM ini.",
"Gejala semacam trek keretapi yang menjalar itu boleh bertahan hingga setahun jika tidak dirawat. Kaedah rawatan di klinik kesihatan senang sahaja sebab ubat cacing senang diperolehi di semua premis kesihatan.",
"Memakai alas kaki, jaga kebersihan dan kawal diri kita dari bermain tanah adalah penting untuk mencegah kuman CLM seperti ini menjangkiti kita.",
"*Info yang dikongsikan ini, semoga dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. ",
"Boleh baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/hikmah-berpuasa-di-bulan-ramadan/
|
Rohani
6 Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan Di Musim Covid19
Oleh aqirah
|
[
"Dunia kini diserang dengan virus yang dikenali sebagai Coronavirus atau COVID19. Virus ini amat berbahaya kerana mudah dijangkiti dan boleh membawa maut. Jadi, Menteri di seluruh dunia telah membuat ‘lockdown’ bagi negara yang angka kes dan kematiannya yang tinggi. Malaysia adalah salah satu negara yang angka kes dan kematian yang rendah. Menteri kita telah umumkan PKP untuk mengurangkan angka kes dari semasa ke semasa.",
"Oleh sebab COVID19 ini belum selesai, tetapi ia tidak menghalang umat islam daripada meneruskan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Cuma bezanya seperti bulan puasa sebelum-sebelum ini adalah kita tidak dapat berbuka di luar, terawih dan tiada bazaar Ramadan. Tetapi ada hikmah di sebalik kita berpuasa di bulan Ramadan ini.",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 hikmah berpuasa di bulan Ramadan di musim COVID19. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.",
"5 Hikmah berpuasa di bulan Ramadan",
"1. Mungkin ini kali pertama kita fokus 100% berpuasa di Bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan persiapan Aidilfitri",
"2. Mungkin ini kali pertama kita boleh fokus 100% terawih bersama anak anak dan isteri",
"3. Mungkin ini pertama kali pahala puasa kita tidak terganggu oleh dosa mata ketika mengunjungi Bazar Ramadhan seperti tahun tahun sebelum ini",
"4. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan Uzlah dan bersunyi sunyian hati kita bersama dengan Ilahi",
"5. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita terhindar daripada pergaulan bebas dan waktu solat yang tidak dijagai",
"6. Mungkin ini pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri untuk refleksi hati dan diri kita sendiri.",
"*Di musim PKP ini kita dapat meluangkan masa bersama keluarga lebih daripada sebelum ini. Ini adalah satu kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kita patut bersyukur kepadanya. Jangan pernah putus berdoa kepadanya semoga kes COVID19 ini dapat diselesaikan dengan cepat dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Jemput juga baca artikel makanan tambah susu dan pemakanan untuk ikhtiar hamil Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/buffet-ramadhan-kuala-lumpur/
|
Umum
35 Buffet Ramadhan Kuala Lumpur 2022 yang Menarik
Oleh Saiful Izzuan
|
[
"Buffet Ramadhan Kuala Lumpur untuk tahun 2022 yang kami sediakan pasti membuat anda rambang mata untuk memilihnya. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia ini. Salah satu keseronokan menjelang bulan ini adalah dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat.",
"Tak salah sekiranya berbuka bersama mereka dengan suasana dan tempat yang istimewa. Sesekali menukar selera pasti memuaskan hati dan hilang rasa penat bekerja. Jom raikan bulan ini dengan membawa keluarga atau rakan-rakan berbuka bersama.",
"Jangan risau dan anda tak perlu susah-susah mencari tempat. Kami telah sediakan 35 tempat berbuka untuk anda. Kami sertakan alamat, harga normal dan harga promosi serta info berkaitan. Anda pilih sahaja tempat yang sesuai dengan citarasa anda. Jom tengok dan pilih!",
"Setiap hotel menawarkan harga early bird termasuklah hotel ini. Harga yang ditawarkan tersebut adalah serendah RM 128 sehingga 11 Mac 2022. Pakej berbuka ini disediakan oleh restoran Essance.",
"Restoran Essance menawarkan pakej berbuka dengan tema Selera Rasa Senja. Pihak hotel menyediakan 3 pakej berbuka iaitu pakej berbuka sahaja, pakej penginapan, sahur dan berbuka serta pakej berbuka yang melibatkan sebarang mesyuarat di hotel tersebut.",
"No Telefon: +6012 337 9980 / +603 2717 9933",
"Lokasi: Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Bertema Icip-Icip Kampungku, hotel ini menyediakan menu berbuka yang pasti menyelerakan. Dengar sahaja tema tersebut, pasti masakan dan menu tradisional yang enak berlayar difikiran anda! Namun ada juga menu istimewa yang disediakan seperti Nasi Arab bersama kambing panggang, sup gearbox dan nasi lemak kukus daun teratai.",
"Jadi yang terawal untuk mendapatkan harga istimewa iaitu dengan hanya RM 125 sahaja untuk seorang! Harga ini terhad sehingga 3 April 2022 sahaja. Jom tempah sekarang!",
"Lokasi: Pusat Dagang, 13, Jalan 16/11, Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Selangor",
"Cepat dapatkan voucher dengan harga RM 98 sahaja untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak untuk berbuka di Premiera Hotel Kuala Lumpur. Voucher ini sah bermula 1 Mac 2022 sehingga 5 April 2022. Harga tersebut lebih jimat dan berbaloi dengan pakej yang ditawarkan.",
"Berkonsepkan Sajian Dendang Perantau, anda dapat merasai pelbagai menu terbaik di Premiera Hotel seperti sup gearbox 6 sekawan, kambing bakar 30 hari dan durian dusun kami! Memang terliur melihat menu di atas. Lagi-lagi durian yang sukar untuk dapati ketika bukan musimnya.",
"No telefon: +6011 2385 8094 / +6011 2385 8095 / +603 2615 1000",
"Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur",
"Buffet dari Dapur Binjai di Hotel Perdana KLCC turut menawarkan buffet ramadhan Kuala Lumpur yang menarik dan berbaloi. Pihak restoran telah menawarkan harga promosi dengan hanya RM 100 sahaja untuk seorang. Harga ini sah sehingga 2 April 2022. Jom tukar selera untuk berbuka di sini bersama keluarga!",
"No telefon: 03 7490 3333 / 011 5855 4846",
"Lokasi: 10, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Jika anda ingin berbuka di sini, dapatkan harga early bird dengan hanya RM 118 sahaja yang sah sehingga 31 Mac 2022. Pakej berbuka bermula dari 7 April sehingga 1 Mei 2022. Cepat dapatkan segera selagi voucher masih ada!",
"Aloft Kuala Lumpur Sentral menyediakan buffet ramadhan bertemakan Mari-Mari Makan! Menu yang disediakan berkonsepkan makanan lazat dari seluruh negeri seperti Nasi Briyani Johor, Kambing Bakar Berempah dan Ayam Percik Kelantan! Yummy yummy!",
"Lokasi: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Harga buffet ramadhan yang ditawarkan adalah serendah RM 148.50 untuk dewasa dan RM 88.50 untuk kanak-kanak. Voucher ini sah sehingga 25 Mac 2022 dan anda boleh berbuka pada tarikh yang anda inginkan bermula 3 April sehingga 1 May 2022. Nak berbuka dengan mewah tetapi harga berbaloi? Ini mungkin pilihan anda!",
"No telefon: +603 2782 6325 / +6016 202 4623",
"Lokasi: 165, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Pelbagai menu khas yang terdiri daripada menu tradisional dan menu di seluruh dunia yang pasti menambah selera anda sewaktu berbuka. Antara menu tradisional yang pasti memukau adalah lemang, ketupat palas, murtabak dan sebagainya. ",
"Jom dapatkan voucher Sajian Istimewa Buffet sebelum 31 Mac ini! Harga untuk hari minggu adalah RM 158 manakala RM 214 untuk hujung minggu. Pasti tak akan mengecewakan anda!",
"Lokasi: 11, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Sedap Restaurant yang berada di Pullman Hotels and Resorts tak ketinggalan dalam menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Dengan tema Nikmat Selera Kampung, mereka menyediakan menu kampung yang lazat seperti kambing kuzi, ayam masak seri wangi, itik percik dan lain-lain.",
"Anda boleh dapatkan pakej ini dengan harga promosi iaitu RM 128+ untuk dewasa manakala RM 65+untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun. Cepat dapatkan sebelum harga ini berakhir!",
"Lokasi: No 1, Jalan Pantai Baharu, Jaya Tower 3, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Jangan lupa dapatkan harga promosi iaitu RM 115 untuk seorang sebelum 4 April 2022 jika anda ingin iftar di Thyme Out by Equatorial. Istimewanya jika anda berbuka di sini, anda juga dapat melihat persembahan ghazal secara langsung ketika berbuka.",
"Thyme Out by Equatorial terletak di bangunan AICB menawarkan pakej buffet ramadhan dengan tema Selera Ibunda. Makanan tradisional sudah tentu ada! Anda boleh memilih tarikh berbuka dari 4 April sehingga 30 April 2022.",
"Lokasi: Thyme Out by Equatorial, Ground Floor, Bangunan AICB, No 10, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur",
"Pavilion Hotel Kuala Lumpur turut menyediakan pakej berbuka yang sangat berbaloi dan perkhidmatan yang pasti memuaskan anda yang bertempat di The Courtyard.",
"The Courtyard menyediakan buffet dengan tema Muhibbah Malaysia. Anda boleh dapatkan pakej serendah RM 150 untuk dewasa. Muhibbah Malaysia Dinner Buffet ini dibuka bermula 7 April sehingga 1 May 2022. Sekiranya anda berminat, anda digalakkan membuat pembelian satu hari sebelum tarikh berbuka.",
"Lokasi: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur",
"Jika anda berminat untuk berbuka di sini, buat tempahan awal sebelum 18 Mac 2022 dengan harga RM 108 sahaja! Hubungi nombor yang tertera di Facebook Le Quadri Hotel untuk membuat sebarang tempahan.",
"Terdapat lebih 100 menu akan dihidangkan secara buffet di hotel ini dengan tema Air Tangan Bonda. Antara menu menarik adalah sup gearbox, satay, udang galah masak lemak, patin tempoyak, ayam panggang percik dan menu lain yang pasti menambah selera anda!",
"Lokasi: No 1, Jalan Mandarina Damai 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Citarasa Nipah menyediakan pelbagai menu buffet yang pasti memuaskan hati dan menyelerakan anda! Promosi yang ditawarkan untuk anda yang terawal adalah RM 168 untuk dewasa berbanding harga asal RM 208. Anda boleh tebus voucher ini bermula 3 hingga 7 April 2022! Untuk maklumat lanjut hubungi no yang tertera atau email kepada [email protected].",
"No telefon: 012 278 9239 (WhatsApp)",
"Lokasi: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur",
"Dengan tema The Westin Bazaar, pasti terdapat pelbagai hidangan buffet yang enak sehinggakan anda sukar untuk memilih. Buffet Ramadhan disediakan bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Pihak hotel menawarkan pakej promosi untuk anda yang terawal iaitu serendah RM 128 bermula dari 4 Mac sehingga 5 April 2022. Cepat buat tempahan segera!",
"Citarasa Zaman Berzaman merupakan tema buffet di sini. Dengar saja temanya, sudah tentu juadah tradisional termasuk dalam pakej berbuka ini. Sekiranya anda mendapatkan voucher dari 8 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga yang akan anda peroleh adalah RM 120 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak.",
"Harga akan kembali normal selepas tarikh tersebut iaitu sebanyak RM 150. Lebih jimat dan berbaloi jika anda jadi yang terawal untuk menempah pakej iftar tersebut. Nak maklumat lanjut? Layari laman web www.seripacifichotel.com.",
"Lokasi: Jalan Putra, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Jom dapatkan harga promosi serendah RM 100 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Promosi ini sah sehingga 31 Mac 2022. Jika tidak berkesempatan, anda masih boleh dapatkan pakej berbuka yang berbaloi secara walk-in iaitu RM 118 untuk dewasa manakala RM 60 untuk kanak-kanak. Harga ini ditawarkan dari 4 April sehingga 7 April 2022.",
"Dengan pakej tersebut, anda boleh berbuka di Junior Manhattan Ballroom di tingkat 14. [email protected] Ramadhan Buffet di Berjaya Times Square Hotel menyediakan makanan istimewa bercirikan Iran. Namun terdapat pelbagai juadah lain turut disediakan.",
"Lokasi: Junior Manhattan Ballroom, Level 14 West, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur",
"Jika anda mencari pakej buffet yang turut menyediakan ruang solat, Melia Kuala Lumpur menyediakan kelebihan tersebut. Malah anda juga boleh solat Terawih di sini. Jadi anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mencari tempat lain untuk solat. Pakej buffet Ramadhan bermula 3 April sehingga 2 Mei 2022.",
"Berbeza dengan pakej buffet yang lain, anda boleh dapatkan harga early bird serendah RM 88 untuk dewasa dan RM 50 untuk kanak-kanak. Caranya adalah anda perlu menggunakan code ebmkl2022 dan membuat pembelian pakej sebelum 31 Mac 2022.",
"Lokasi: No 16, Jalan Imbi, Kuala Lumpur",
"Jika anda berbuka puasa di sini, anda boleh membawa anak-anak berumur 5 tahun ke bawah dan mereka boleh menikmati juadah dengan percuma. Sekiranya anda ingin berbuka puasa dengan kelompok yang ramai, dapatkan harga berpatutan dan lebih jimat untuk 50 pax ke atas.",
"Dondang Sayang Coffee House menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Santapan Warisan. Namun begitu, anda boleh dapatkan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa. Pakej buffet ini diadakan pada 5 April sehingga 30 April 2022.",
"Lokasi: Persiaran Hampshire, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Pakej buffet ini disediakan oleh [email protected] yang terletak di Tamu Hotel & Suites. Anda dapat berbuka dan menikmati hidangan eksklusif serta pemandangan Kuala Lumpur yang sangat memukau pada waktu malam.",
"[email protected] yang terletak di Kampong Bharu ini menyediakan pakej berbuka puasa yang berbaloi. Menariknya, pihak hotel menawarkan potongan harga untuk yang terawal iaitu RM 119 untuk pembelian di bulan Februari, manakala RM 135 untuk pembelian di bulan Mac.",
"No telefon: 019 3039360 / 016 6662290 / 017 8839232",
"Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Nak tahu menu utama untuk buffet kali ini di Novotel? Anda dapat merasai kambing bakar percik cheese leleh, ikan siakap kerabu mangga, ayam kapitan, sup huru-hara, char kway teow lambung dan macam-macam lagi! Dengar menu pun sudah rasa terliur!",
"Dapatkan harga promosi serendah RM 100 sahaja! Pakej ini ditawarkan sehingga 31 Mac 2022. Diskaun 40% akan diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas. Memang berbaloi!",
"Lokasi: 2, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Harga promosi yang ditawarkan hanya RM 78 sahaja untuk dewasa. Anda boleh mendapatkan voucher ini bermula 1 Mac sehingga 8 April 2022. Kanak-kanak bawah 6 tahun boleh memasuki dan makan dengan percuma namun terhad untuk seorang dan ditemani dengan 2 orang dewasa.",
"Pasti memuaskan dapat berbuka di Retro Cafe, Vivatel. Pakej berbuka puasa untuk Ramadhan kali ini adalah Ketuk-Ketuk Vivatel. Pakej ini bermula dari 8 April sehingga 27 April 2022.",
"No telefon: 03 9205 8888 / 010 525 4323",
"Lokasi: 85, Jln Loke Yew, Taman Miharja, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA",
"Menu yang disajikan sini sedikit berbeza dengan buffet yang lain kerana menu tempatan disediakan dengan sentuhan Arab yang pasti menyelerakan anda. Pakej buffet Ramadhan ini berlangsung dari 5 April sehingga 1 May 2022. ",
"Istimewanya pakej 1001 Ramadhan Buffet di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA adalah setiap pembelian voucher akan memperoleh sampul raya khas dari hotel ini dan terhad untuk 2000 orang yang terawal. Jom rasai kelainan menu berbuka di Movenpick!",
"Lokasi: Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor",
"Berbuka di sini dan anda berpeluang memenangi penginapan selama 1 malam di Studio Heritage bersama pakej sarapan serta 10 voucher grab. Bagaimana nak menang? Caranya adalah anda perlu mengambil gambar dengan kreatif sewaktu berbuka di sini dengan hashtag #simfoniatmaya.",
"Anda dapat menikmati menu yang bertemakan Citarasa Simfoni Malaysia sekiranya iftar di Hotel Maya. Hotel Maya turut menyediakan pakej buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang amat berpatutan. Pakej berbuka diadakan bermula 3 sehingga 30 April 2022. Dapatkan harga promosi serendah RM 88 yang sah sehingga 5 April 2022.",
"Lokasi: 138, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Terdapat lebih 100 juadah makanan menanti anda jika anda berbuka di The Pearl Kuala Lumpur! Pakej buffet ini bertemakan Sajian Warisan Nusantara. Antara menu istimewa yang disediakan adalah kambing golek, sup ekor, makanan lambak, lemang, nasi beriani dan sebagainya.",
"Sudah tentu ada harga istimewa buat anda! Jika anda mendapatkan pakej berbuka bermula 3 Mac sehingga 31 Mac 2022, harga istimewa tersebut serendah RM 98 untuk dewasa dan RM 58 untuk kanak-kanak.",
"No telefon: 016-331 8437 / 012 389 0690 / 012 276 9835",
"Lokasi: 5th Mile, Jln Klang Lama, 58000 Kuala Lumpur",
"Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal jika ingin berbuka puasa di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur. Hal ini kerana harga yang ditawarkan serendah RM 68.00 sahaja. Anda boleh dapatkan voucher ini bermula 1 Mac sehingga 20 Mac 2022.",
"Istimewanya hotel ini adalah mereka turut menyediakan pakej penginapan dan berbuka puasa untuk dua orang. Lebih seronok, lebih jimat dan lebih memuaskan! Namun pakej ini sah bermula 6 April sehingga 30 April 2022. Jangan lepaskan peluang untuk menginap dan berbuka secara eksklusif di sini!",
"Lokasi: Jln Raja Laut, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur",
"Manor House of Events antara tempat buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang termurah dan berpatutan dengan menu yang disajikan. Sekiranya anda ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama kelompok yang kecil seperti keluarga dan rakan sekerja, tempat ini sangat sesuai untuk anda kerana selesa dan berpatutan.",
"Lokasi: Suite 11-9 & 11-10, Level 11, Wangsa 118, 8, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur",
"Zebra Square menyediakan lebih 50 menu termasuk kambing panggang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Antara juadah istimewa disediakan adalah daging tetel asam pedas, aneka kerabu, aneka kuih dan sebagainya. Nak tengok kesemua juadah yang ada dan nak maklumat lanjut? Anda boleh layari Facebook Zebra Square KL.",
"No telefon: 017-570 7039 / 017-251 6315",
"Lokasi: No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off, Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur",
"Element Kuala Lumpur yang terletak di Menara Ilham menyediakan buffet Ramadhan berkonsepkan Juadah Selera Kita Dinner Buffet. Buffet ini disediakan oleh TRACE Restaurant & Bar. Terdapat lebih 90 menu tempatan disediakan dan menu utama terdiri daripada sup utara, claypot masak lemak cili api dan nasi briyani kambing.",
"Jangan lupa dapatkan harga early bird serendah RM 108 sebelum 31 Mac 2022. Pakej berbuka puasa ini bermula 8 April sehingga 29 April 2022.",
"Lokasi: (IB Tower, 8, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur)",
"Aneka Selera Desa merupakan tema buffet Ramadhan yang diadakan oleh Riverside Restaurant, World Trade Centre Kuala Lumpur. Harga promosi yang ditawarkan adalah RM 108 untuk seorang. Berbaloi buka? Sambil menikmati juadah berbuka, anda juga dapat menikmati suasana menyamankan.",
"Di sini terdapat lebih 300 menu disediakan. Pasti anda rambang mata nak pilih juadah sesuai dengan tekak anda. Lepas berbuka, anda boleh solat Maghrib dan Terawih di masjid yang terletak di tingkat 3.",
"Lokasi: 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Selera Kampung Iftar Buffet adalah tema buffet Ramadhan kali ini di Grand Millennium Hotel. Menu yang disajikan pasti membuat anda terliur. Dengan resepi dan menu turun temurun seperti sambal udang petai, ikan keli masak tempoyak dan rendang tok pasti membuatkan anda bertambah.",
"Sudah tentu harga early bird turut ditawarkan iaitu dengan kadar RM 108+ untuk dewasa. Cukup berbaloi kerana anda mempunyai lebih 100 pilihan menu sewaktu berbuka.",
"Lokasi: 160 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur",
"Restoran yang terkemuka di Malaysia ini menyediakan buffet yang sangat berpatutan dan pasti menyelerakan anda. Pakej berbuka disediakan bermula 3 April sehingga 1 Mei 2022.",
"Restoran Rebung Chef Ismail memang tidak dinafikan sering menyediakan menu yang lazat terutama menu tradisional. Anda yang suka akan hidangan kampung, jangan lepaskan peluang untuk berbuka di sini.",
"No telefon: +603 2276 3535 / 03 2276 2525",
"Lokasi: 5-2, Aras 5. Parking Bertingkat Bukit Aman, No 1 Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Nak harga buffet yang lebih berbaloi untuk berbuka di sini? Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga early bird iaitu potongan sebanyak 20% sebelum 1 April ini! Untuk pengetahuan anda, terdapat dua harga berbeza mengikut tempoh waktu tertentu. Nak maklumat lanjut, hubungi nombor yang tertera.",
"Lokasi: No 6 Jalan Damanlela Bukit Damansara, Kuala Lumpur",
"Tonka Bean bawakan pakej ramadhan berkonsepkan Selera Ramadan bermula 3 April sehingga 2 May 2022. Menu terdiri daripada makanan tradisi dan makanan antarabangsa. Antara menu utama yang ditunggu-tunggu adalah sup gearbox meletop, nasi briyani gam kambing istimewa, durian station dan lain-lain. Amacam? Terliur tak?",
"Lokasi: 13 Jalan Pinang, Kuala Lumpur",
"Pelbagai kelebihan jika anda berbuka di sini yang disediakan oleh Aroma by Eden. Antaranya adalah, ia merupakan salah satu tempat berbuka yang menyediakan ruang solat yang memudahkan pengunjung untuk menunaikan ibadah wajib tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menikmati pelbagai menu buffet sambil didengarkan dengan muzik secara langsung.",
"Anda boleh dapatkan harga promosi serendah RM 60 sahaja dan boleh ditebus sebelum 3 April 2022. Jom berbuka puasa dengan menu unik dan istimewa iaitu menu antarabangsa di Aroma by Eden!",
"No telefon: 011 2302 5904 / 012 551 5904",
"Lokasi: 10476, Jalan Susur Damansara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur",
"Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga buffet Ramadhan serendah RM 98 yang bermula dari 1 Mac 2022 sehingga stok masih ada! Pakej buffet berbuka puasa ini bermula 4 April sehingga 30 April 2022. Diskaun 20% akan diberikan jika anda adalah ahli MPC!",
"Lokasi: No, 42. Tower 2, Petronas Twin Tower, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur",
"Anda mencari pakej berbuka puasa dengan harga bawah RM 100? Dapatkannya di Kontiki Restaurant At The Federal Kuala Lumpur! Harga early bird yang ditawarkan adalah RM 88 sahaja untuk pembelian sepanjang bulan Mac ini.",
"Dengan tema juadah kampung, anda mempunyai lebih 100 pilihan menu untuk iftar bersama yang tersayang. Tak cukup dengan itu, pihak restoran juga membahagikan aneka menu mengikut stesen seperti ruangan juadah kampung bersama aneka kerabu, warung sambal dan salad, warung satay dan lain-lain.",
"Lokasi: 35, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur",
"Ada tak buffet Ramadhan Kuala Lumpur yang sesuai dengan kriteria yang anda cari? Pasti rambang mata untuk buat pilihan. Jom share artikel ini dengan keluarga dan sahabat anda agar mereka dapat membantu anda membuat pilihan! Selamat berpuasa dan selamat berbuka!",
"Kami juga ada menulis artikel lain yang pasti bermanfaat buat anda seperti:"
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-tongkol-masak-kicap/
|
Resepi
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Kari (Lazat Terangkat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mencari hidangan ikan yang disukai anak-anak? Ikan tongkol masak kicap kari jawabnya.",
"Sesuai namanya, ikan tongkol masak kicap kari dibuat menggunakan rempah masak kicap seperti bawang, halia, tomato, kicap, sedikit serbuk kari ikan dan lain-lain.",
"Rasanya hidangan ini lemak manis dan terasa aroma kari. Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Lazat merangsang selera.",
"Tanpa tunggu lagi, jom buat ikan tongkol masak kicap sekarang dengan resepi yang didatangkan daripada Salina Ismail di laman Facebook. Selamat mencuba.",
"Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Kari",
"Selain resepi ikan tongkol masak kicap kari, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/lekor-cheese/
|
Resepi
Resepi Keropok Lekor Cheese Ball (Fuh Sedap!)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Tengok sekali macam bebola daging. Tapi ini bukan bebola daging ya. Ini ialah keropok lekor cheese.",
"Kalau kebiasaannya keropok lekor bentuk panjang-panjang, keropok lekor cheese bentuk bulat-bulat. Cheese pula diletak sebagai inti dan akan cair bila direbus. Syok sangat bila cheese meleleh dalam mulut.",
"Keropok lekor cheese homemade resepi oleh Net Azr boleh dapatkan 500 biji keropok lekor. Tidak usah risau meskipun keropok ini tebal tapi ia tidak keras sama sekali malah lembut di dalam. Jom cubakan resepi menarik ini.",
"Selain lekor cheese, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/resepi-salad-buah/
|
Resepi
Resepi Salad Buah (Segar dan Menyihatkan)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Selamat tengah hari semua.\nSiapa suka makan buah? Kalau suka, cuba anda buat resepi salad buah ini seriously memang sedap dan segar, juga berkhasiat sesuai untuk anda yang ingin diet.",
"Salad buah boleh diisi dengan perlbagai macam buah yang anda suka. Cara membuatnya pun sangat senang. Sesiapa yang suka salad buah mesti selalu beli, tapi bila buat sendiri lagi puas makan.",
"Salad buah sangat baik untuk kesihatan. Anda yang teringin nak diet, sangat digalakkan untuk memakan salad buah kerana tiada kandungan lemak tepu yang tinggi. Salad buah kaya akan protein, vitamin dan mineral sihat lainnya.",
"Jom mulakan hidup sihat dengan memakan salad buah dengan mengikuti resepi yang dikongsikan oleh Ela Eiylaz di Facebook. Banyak manfaat yang akan anda dapatkan, badan sihat dan ideal, kulit bersih, terhindar daripada penyakit dan banyak lagi manfaat lainnya. Sila dicuba resepi ini dan buat salad buah terbaik anda.",
"Resepi Salad Buah (Segar dan Menyihatkan)",
"🍎Buah-buahan ikut suka mahu letak buah apa.",
"🍎 Untuk tambahan boleh letak Nata De Coco dan cheese parut.",
"🍎 Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk. Siap.",
"Salad buah segar sudah jadi. Tampak sangat segar dan lazat kan. Sila cuba resepi ini di rumah anda.",
"Selain resepi Salad Buah ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-pajeri-nenas-lazat-marvellous/
|
Resepi
Resepi Pajeri Nenas (Lazat Marvellous)
Oleh Fazeeda Abdul Malik
|
[
"Pajeri nenas merupakan menu yang sangat digemari khususnya oleh golongan berusia. Ia mampu menambah selera makan seseorang. Jika anda penggemar buah nenas, apa salahnya jika anda mencuba masakan pajeri ini. Jangan risau akan rasa masam nenas kerana rasa masamnya akan hilang apabila siap dimasak nanti.",
"Mungkin ada yang takut untuk mencuba pajeri nenas ini sebab sedikit pelik nenas dimasak bersama rempah ratus seperti kari. Biasanya, nenas dimasukkan ke dalam gulai kuning untuk menyedapkan rasa kuah tersebut. Pajeri nenas ni memang kita masak khas menggunakan nenas semata-mata. Sebab itulah namanya sepecial, pajeri nenas. Hihi",
"Jadi lepas ni, jika ada nenas lebih tu, jangan takut untuk memasak pajeri nenas. Jangan biarkan nenas anda buruk dan dibuang begitu sahaja. Jika dihidang buat kedua orang tua anda, pasti selera mereka bertambah. Nampak macam biasa je, tapi bila pekena dengan nasi panas, huii lain macam sedapnyaa. Tak percaya, cubalah!",
"Anda mahu resepi pajeri nenas yang sedap? Kami paparkan resepi kali ini dari saudari Yusni Abdul Rahman yang sudi berkongsi resepi pajeri nenas beliau di Facebook. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!",
"Nenas (potong ikut suka)\nBwg merah bwg putih halia (hiris halus)\nRempah 3 sekawan (Bunga lawing, kulit kayu manis, dan bunga cengkih)\nUdang kering\nSantan\nKerisik\nSerbuk kari daging(saya guna babas)",
"(1) Tumis bahan yg dihiris hg kekuningan.\n(2) Masukkan rempah 3 sekawan tu sekali ye kemudian bila tumisan dah kekuningan masukkn serbuk kari yg sudah dicampurkn sedikit air.\n(3) Masukkn sedikit udang kering (agak2 lah ye)\n(4) Kacau sehingga rempah masak atau naik minyak\n(5) Kemudian masukkn hirisan nenas..biarkn hingga nenas sebati ngan rempah tu.\n(6) Apabila dah sebati masukkan santan dan kacau sebati lagi\n(7) Kemudian, bolehlah diletakkn kerisik (agak2lah ye)\n(8) Masaklah hingga agak sedikit pekat. Letak garam dan gula secukup rasa. Kepekatan terpulang pada selera masing-masing. Nak pekat lebihkan kerisik dan kalau tak nak pekat kurangkan ok. Siap!",
"Selain resepi ini, kami banyak paparkan resepi-resepi lain juga. Jemput untuk lihat kesemua resepi kami yang semuanya sedap dan mudah untuk dicuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
] |
https://bidadari.my/demam-campak/
|
Petua Tips
11 Petua Demam Campak Yang Terbukti Berkesan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan petua demam campak yang berkesan.",
"Demam campak atau Rubeola berlaku akibat jangkitan virus measles. Biasanya ia disedari apabila ruam mula naik pada kulit.",
"Demam campak berjangkit melalui dua cara iaitu:",
"Virus demam campak akan berumah didalam badan selama 10 – 12 hari sebelum pesakit mula menunjukkkan tanda demam campak seperti:",
"Pada hari ke15, ruam akan mula timbul di permukaan kulit di seluruh badan. Biasanya ruam akan mula tumbuh di bahagian muka dan kepala, kemudian semakin merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 hingga 7 hari.",
"Semasa ruam timbul di seluruh badan, suhu badan akan menjadi sangat tinggi dan anda akan mengalami demam yang teruk. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.",
"Kebiasaannya, demam campak akan sembuh seperti sediakala tanpa sebarang simptom merbahaya. Walau bagaimana pun, pesakit yang mempunyai sistem imuniti yang rendah atau mengalami masalah kekurangan zat makanan mempunyai risiko untuk mengalami komplikasi berikut:",
"Tiada rawatan yang akan diberikan untuk demam campak memandangkan ia akan pulih dengan sendiri. Walau bagaimana pun, rawatan akan diberikan untuk mengurangkan gejala campak seperti:",
"Demam campak boleh dicegah dengan mengambil suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) mengikut dos yang ditetapkan.",
"Apakah petua demam campak yang berkesan?",
"Sekiranya anda atau anak dijangkiti demam campak, berikut adalah petua berkesan yang boleh diamalkan.",
"Bedak sejuk yang disapu pada ruam akan membantu menghilangkan gatal dan membantu ruam untuk hilanng dengan lebih cepat. Sifat bedak sejuk yang menyejukkan menjadikannya petua demam campak yang sangat berkesan.",
"Kata orang tua, kalau kena demam campak, jangan makan kicap selagi ruam di badan tak kering. Tujuannya ialah untuk mengelakkan parut yang hitam, gelap, dan buruk.",
"Selain jangan makan kicap, mereka yang sedang demam campak juga perlu mengelakkan daripada ditimpa hujan bagi mengelakkan parut yang buruk dan tidak cantik.",
"Apabila anda minum air kelapa, ruam akan keluar dengan lebih cepat, sekali gus memendekkan tempoh masa anda terkena demam campak. Lagi cepat ruam habis keluar, lagu cepat anda sihat. Itulah formulanya.",
"Kuning telur rebus membantu mengurangkan kegatalan dan membantu ruam cepat kering.",
"Apabila anda memasak, simpan air cucian beras yang terakhir untuk disapukan pada ruam yang tumbuh akibat demam campak. Seperti bedak sejuk, air cucian beras juga bersifat sejuk dan membantu mengurangkan kegatalan akibat ruam yang tumbuh.",
"Sepanjang tempoh anda ditumbuhi ruam akibat demam campak, elakkan menggunakan sabun mandi kerana baham kimia dari sabun mandi akan menyebabkan kerengsaan pada kulit yang ditumbuhi ruam. Ia juga boleh menyebabkan anda berasa pedih.",
"Calamin lotion adalah losyen barwarna pink yang sejuk. Ia membantu mengurangkan kegatalan pada ruam dan membantu ruam hilang dengan lebih cepat.",
"Daun semambu membantu mengurangkan kegatalan dan mengeringan ruam dengan lebih cepat. terdapat 3 cara untuk menggunakan daun semambu bagi demam campak iaitu:",
"Selain daun semambu, daun inai juga boleh digunakan untuk demam campak. Daun inai mempu mengurangkan kegatalan dan bisa akibat demam campak. Cara menggunakan daun inai ialah:",
"11. Pes daun inai & garam",
"Anda juga boleh campurkan garam kedalam pes daun inai untuk menghilangkan demam campak dengan lebih cepat. Caranya:",
"Itulah dia 11 petua demam campak yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang petua hilangkan migrain, petua hilangkan kayap, dan petua cairkan kahak."
] |
https://bidadari.my/skil-untuk-marah-dan-anak-jadi-lagi-sayang-dan-hormat-kita/
|
Anak
Tips Untuk Marah Tetapi Anak Jadi Lagi Sayang Dan Hormat Kita
Oleh Dr Rozieta Shaary
|
[
"Menjadi lumrah, kita sedikit sukar untuk marah kepada orang yang kita sayang. Dalam kes ini, adalah anak kita. Disini dikongsikan tips dan cara untuk marah dan mendapat hormat dari anak.",
"Jalinkan perhubungan yang rapat dengan anak. Rapat berdasarkan kasih-sayang dan hormat. Ini adalah dasar yang paling penting. Itu sebab jika suka sangat berleter dan membebel, bila marah sudah tiada nilai, sebab apa yang dikata sudah masuk telinga dan keluar serta-merta.",
"Serta leteran dan bebelan akan menjauhkan hubungan! Syarat utama adalah KAMCENG dengan anak atau wujudkan pertalian erat atas dasar percaya antara satu sama lain.",
"Marah perbuatan dan jangan hina anak itu. Maksudnya, cakap yang anda tak suka itu adalah perbuatan bukan anak itu. Selalu ibu bapa bila marah akan menggunakan perkataan seperti ” Ko ni memang tak guna!” atau ” Macamana bodoh sangat ni!”",
"Nampak tak yang kena attack ialah anak itu bukan kesilapannya. Oleh itu, jika yang di attack ialah anak itu, maka bagaimana dia hendak berubah. Oleh itu sia-sia sajalah marah itu.",
"Ia hanya menjadi asid dalam badan anak itu yang akan memamah hatinya yang cantik dan merah itu menjadi mati dan buruk!",
"Katakan begini; ” Apa yang abang buat yang boleh menyebabkan abang salah jawab? Abang tak faham soalan ke?",
"Abang letih ke? Abang kurang ulang kaji ke? ”",
"Atau. ” Abang ni sebenarnya baik dan suka tolong mama, macam ari tu(ambil contoh yang betul). Apa (jangan mengapa) yang membuatkan abang pukul adik tadi?",
"Abang tahu tak perbuatan memukul adik tu sebenarnya tidak baik.",
"Abang ni budak baik dan sayang adik, boleh tak mama minta abang kawal marah abang tu bila adik salah.",
"Macam mama kawal marah mama bila abang salah.Tak pe you do better next time ya!” dan cakap pada adik pula jika adik itu sudah boleh faham. BERSIKAP ADIL!",
"Di dalam hati kuatkan sangkaan baik kepada anak dan tahu dia akan berubah dan membetulkan kesilapannya. Selalu sangat bila kita marah syaitan akan mengmbar-gemburkan lagi perasaan kita sehingga kita merasa anak kita itu teruk sangat dan tidak boleh menjadi baik.",
"Ini menjerut hati kita menyebabkan kita rasa lagi takut, maka apa lagi kita pun menghukumlah seperti orang tidak sedarkan diri. Akhirnya anak menympan dendam, keadaan menjadi lebih teruk.",
"Sebut syukur, puji dan hargainya bila dia berubah dan membetulkan kesilapan.",
"Bila melihat anak melakukan sesuatu yang menyirap darah.",
"1- Tarik nafas dan langkah satu langkah ke belakang. (supaya anda boleh ubah keadaan diri anda ‘state’ dan berfikir jelas tanpa didorong emosi negatif).Terus ingatkan diri anak ini baik dan dia hanya tersilap. Kuatkan perasaan sayang anda kepadanya. Ingat ini peluang anda untuk MEMIMPIN.",
"3- BETUL PERBUATAN dan guna SANDWICH METHOD seperti diatas ,",
"4- AJAK BUAT SESUATU YANG POSITIF yang menyebabkan dia merasai anda sayang pada dia dan memaafkan dia bila dia telah meminta maaf.",
"Nampak saja macam banyak, tapi bila sudah biasa dilakukan, ia menjadi sebati dengan diri anda. Dan orang lain nampak anda sangat bijak dan sabar mendidik anak. Dan yang penting, anak anda rasa selamat dengan anda dan dia dapat membesar dengan baik. Dan kemudiannya menjadi anak yang berjasa dan berjaya."
] |
https://bidadari.my/ayat-positif-self-bagi-isteri/
|
Rohani
Ketahui 7 Ayat Positif Self-Talk Perlu Dilakukan Bagi Seorang Isteri
Oleh aqirah
|
[
"Tugas menjadi seorang isteri atau ibu bukanlah satu kerja yang mudah. Ia mungkin tidak memerlukan sijil atau khusus yang diiktiraf oleh MQA tetapi ia memerlukan tenaga dan kesabaran yang banyak. Kerja-kerja suri rumah tidak semestinya dilakukan oleh isteri sahaja, malah suami juga boleh membantu sedikit dari segi jaga anak, kemas rumah dan jemur baju semasa cuti.",
"Tugas seorang isteri atau ibu ini juga boleh membuatkan si isteri stress kerana penat dan terlalu berfikir perkara yang negatif. Lebih-lebih lagi isteri yang berkerjaya dan mempunyai kerja tetap. Ia bukannya satu perkara yang mudah di mana mereka perlu membahagikan kerja di pejabat dan di rumah. Kadang-kadang ia boleh mengundang rasa stress kepada si isteri.",
"Untuk mengelakkan rasa stress dalam diri, isteri perlu ada self-talk yang positif kepada diri sendiri. Apakah self talk tersebut?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 ayat positif self-talk. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.",
"#1 – Lasaknya anak aku hari ni. Aktifnya dia hari ini. Itu petanda dia sihat. Terima kasih Ya Allah",
"#2 – Melimpahnya rezeki aku dapat hari ini. Bukan sekadar duit tapi kesihatan, kasih sayang, ketenangan dan kehidupan ini pun adalah salah satu daripada rezekiMu juga Ya Allah.",
"#3 – Banyaknya pengorbanmu wahai suami. Walau mungkin kau tak sesempurna yang aku bayangkan tetapi kau adalah titipan dan anugerah terindah daripada Tuhan. Terima kasih Ya Tuhan.",
"#4 – Indahnya hari ini. Ada jutaan manusia di seluruh dunia yang tak dibenarkan lagi untuk hidup pada hari ini sedangkan aku masih diberikan peluang untuk mengecap nikmat hidup ini. Terima kasih sangat Ya Rabbi",
"#5 – Bahagianya aku melihat orang yang aku sayang di sekeliling aku. Mereka masih hidup, masih boleh tersenyum dan masih boleh membahagiakanku. Terima kasih sudi membenarkan mereka berada di sisiku pada hari ini Ya Allah.",
"#6 – Terima kasih Tuhanku atas penderitaan dan ujian ini. Tanpa ujian ini mungkin aku akan lupa padaMu dan berterusan dalam maksiat kepadaMu. Mungkin tanpa ujian ni dosa silamku akan kekal tak terampunkan olehMu. Terima kasih Ya Allah atas kasih sayangMu ini.",
"#7 – Terima kasih atas kesudianMu memberikan rasa syukur ini di hatiku. Tanpa izinMu, hatta untuk bersyukur sekalipun aku tidak mampu. Terima kasih sangat wahai Tuhan yang membolak balikkan hati.",
"*Jika amalkan 7 ayat self-talk ini, Insyaallah si isteri tidak akan rasa stress dan sentiasa berfikiran positif. Pada permulaannya, ia agak susah, oleh sebab itu suami perlu bantu si isteri dengan memberikan kata-kata pujian dan semangat kepada mereka. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/cara-meningkatkan-tumpuan-kanak-kanak/
|
Anak, Keluarga
Cara Meningkatkan Tumpuan Kanak-Kanak
Oleh Tasneem Haneem
|
[
"Pernahkah anda menghadapi keadaan ini? Anak anda hanya menumpukan perhatian hanya bila si dia mahukannya sahaja. Cuba bayangkan keadaan ini.",
"Bayangkan anda sedang menunjukkan kepada anak anda berusia 5 tahun cara menulis huruf “A” yang sudah pun diulang berjuta kali. Anda berkata, “Mulakan dari atas, pergi ke bawah, dan buat satu garisan melintang.”",
"Tetapi malangnya, semasa anda bercakap, dia melihat hampir kesemua disekelilingnya kecuali apa yang sedang dilakukannya. Dia gelisah dan bermain dengan penselnya.",
"Anda sentiasa berusaha menarik perhatiannya semula kepada perkara yang sedang dilakukan dan tidak putus-putus berkata “Adik tumpukan perhatian!” tetapi anda mula kehilangan sabar.",
"Pakar perkembangan kanak-kanak berkata, secara purata, seorang kanak-kanak berusia 4 atau 5 tahun perlu mampu untuk kekal fokus kepada satu atau dua tugasan selama 2 hingga 5 minit didarab dengan usia mereka. Oleh itu, kanak-kanak sepatutnya mampu untuk fokus di antara 4 hingga 20 minit, dan boleh jadi lebih, bergantung kepada tugasan.",
"Prinsip ini bagaimanapun, sepertimana garis panduan untuk membesarkan kanak-kanak, bergantung kepada situasi. Disini dikongsikan tips untuk meningkatkan tumpuan kanak-kanak.",
"Berapa banyak perhatian yang diberikan oleh seorang kanak-kanak terhadap suatu tugasan bergantung sama ada dia menikmatinya atau tidak. Ramai kanak-kanak bergelut apabila diminta untuk melakukan sesuatu yang tidak mahu dilakukan oleh mereka.",
"“Pertama kali anda memperkenalkan suatu aktiviti yang lebih penting kepada anda daripada kepentingannya kepada anak anda, anda sebenarnya sedang diuji kreativiti dan kefleksibelan sebagai ibu bapa dan guru,” jelas Dr. Rojas, seorang pakar kanak-kanak.",
"Ini menjadi satu pergelutan bagi ibu bapa kerana kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan perlu melakukan tugasan yang lebih berstruktur, berulang, dan berbentuk akademik seperti menulis nama mereka atau membunyikan huruf. Pada waktu petang, anda mungkin mahu dia belajar tetapi dia lebih ingin bermain permainan kereta di lantai ruang keluarga. Ini bukan semestinya sesuatu yang buruk.",
"“Bermain dengan kereta secara intrinsiknya memotivasikan kanak-kanak,” kata Margret Nickels, Ph.D., pakar psikologi klinikal dan juga pengarah Pusat Kanak-Kanak dan Keluarga di Erikson Institute di Chicago.",
"“Ada kanak-kanak 5 tahun yang boleh bermain dengan Lego untuk 30 minit tetapi tidak boleh duduk tetap untuk menulis nama mereka.”",
"Jadi, sedikit kreativiti boleh menukarkan sesuatu yang suram kepada sesuatu yang menarik. Sebagai ganti mendesak anak lelaki anda menulis huruf “A” dengan pensel di dalam buku kerjanya, anda juga boleh menyuruhnya menulis dengan kapur, membentuknya dengan Play-Doh, atau menirunya dengan cat di atas kuda-kuda lukisan yang besar.",
"Menurut Mart Doty, seorang guru taman didikan kanak-kanak di Waimea Country School di Kepulauan Hawaii.",
"“Buku kerja boleh menjadi sukar dan mengelirukan kepada kanak-kanak, jadi buatlah buku ABC anda sendiri,” cadang Doty.",
"“Potong gambar daripada suratkhabar atau majalah yang bermula dengan huruf “A” atau buka majalah dan lihat berapa banyak huruf “A” boleh ditemui.",
"Gunakan blok untuk membentuk huruf A. Semua ini akan membantu kemahiran pergerakan dan ia dijamin lebih menarik.”",
"Permainan seperti permainan papan dan permainan yang menggunakan memori juga boleh menguatkan otot penumpuan. Ibu bapa perlu mengambil masa mengenalpasti maklumat terperinci yang kecil dan menarik di persekitaran mereka yang menunjukkan kanak-kanak cara untuk menumpukan perhatian mereka.",
"Semasa berjalan, ibu bapa boleh berhenti dan menunjukkan anak-anak tentang warna bunga atau bercerita tentang bentuk dan rasa batu yang mereka kutip.Untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak, ibu bapa juga perlu memberi perhatian.",
"Jarak Fizikal dan Arahan yang Pendek",
"“Ia mudah untuk ibu bapa terperangkap dalam lubang. Perhatian kita seringkali bertaburan,” kata Dr. Rojas.",
"“Jika perhatian kita juga bertaburan, dan kita tidak boleh membawa diri kita kembali kepada masa itu, kita juga tidak boleh menjangkakan seorang kanak-kanak untuk mampu melakukannya.”",
"Jarak fizikal semasa memberi arahan yang ringkas dan jelas dapat membantu kanak-kanak untuk mempunyai fokus lebih baik.",
"“Cara terbaik untuk mendapatkan perhatian mereka adalah dengan berada rapat secara fizikal dengan kanak-kanak.",
"Jangan menjerit dari dapur sehingga didengari di ruang tamu semasa menyampaikan permintaan,” kata Dr. Nickels.",
"Pergilah ke ruang tamu, berdiri di depan anak anda, pandang matanya, berada pada jarak matanya atau sentuh bahu mereka, dan kata ‘Ibu perlukan kamu untuk melakukan ini sekarang.’",
"Kata Dr. Rojas, “Biasanya apabila melihat anak saya, saya akan berkata, ‘Hei Alex, tengok ibu. Apa yang kamu perlu buat sekarang?’ Dia akan menjawab, ‘Membaca’. Kemudian saya akan katakan kepadanya, ‘Tunjukkan saya apa yang kamu tahu kamu perlu buat sekarang.’",
"Ibu bapa perlu juga menyedari jika ada sesuatu yang mengganggu tumpuan kanak-kanak. Adakah dia lapar atau letih? Untuk melawan kelaparan dan keletihan, berikan anak anda makanan ringan sebelum dia melakukan kerja rumahnya atau tugasan lain yang berstruktur. Pastikan makanan ringan tersebut adalah sihat, dan bukan yang dipenuhi gula dan lemak.",
"Menurut Mayo Clinic, pilihan yang bijak adalah termasuk pretzel bijirin penuh, sayur mentah yang dicelup ke dalam kuah bebas lemak atau hummus, tairu, dan mentega kacang di atas pisang atau epal. Tidur yang baik pada malam hari juga penting, oleh itu pastikan anak anda mendapat rehat yang cukup.",
"Ramai kanak-kanak memerlukan sedikit rehat bila mereka pulang dari sekolah.",
"“Semua orang memerlukan masa di mana mereka tidak perlu melakukan apa-apa. Ia membantu kita untuk kembali segar dan fokus. ",
"Jika kanak-kanak tidak mempunyai masa rehat seperti itu dan mempunyai jadual yang terlampau padat, mereka akan ‘merayu’ dengan cara memaparkannya melalui tingkah laku mereka,” kata Dr. Rojas.",
"“Mereka mungkin menentang rutin atau permintaan yang kita buat, untuk memberitahu kita yang mereka perlukan ruang supaya minda mereka bersiar-siar dan berehat.”",
"Jika terdapatnya adik-beradik mengganggu satu sama lain, asingkan mereka di bilik lain semasa mereka membuat kerja.",
"Tips Hiatt Tentang Meningkatkan Tumpuan Anak",
"Hayati kisah Betsy Hiatt, seorang ibu kepada 6 orang di Olympia, Washington, tentang kepentingan untuk kanak-kanak menumpukan perhatian. 4 orang daripada anak-anaknya yang paling muda adalah 2 pasangan kembar, masing-masing berusia 6 dan 8 tahun.",
"Anak kembarnya yang berusia 6 tahun mempunyai masalah dalam menumpukan perhatian di sekolah dan juga di rumah. Walaupun begitu, salah seorang anaknya yang berusia 8 tahun, yang sebelum ini mempunyai masalah tumpuan perhatian yang rendah menunjukkan peningkatan tumpuan yang semakin bagus apabila meningkat dewasa.",
"Strategi beliau adalah dengan menyediakan rutin yang tegas dan berasingan. Sementara seorang anaknya berlatih bermain piano di ruang tamu, salah seorang anaknya yang lain menyiapkan kerja rumah di bilik yang berlainan bersebelahan dengan dapur, seorang lagi makan makanan ringan di dapur, dan seorang lagi membaca di suatu sudut di dapur.",
"Walaupun strategi ini mungkin nampak seperti kerusi-kerusi muzik, ia berkesan untuk Hiatt kerana beliau mampu memberikan perhatian secara individu kepada setiap anak-anaknya.",
"“Saya sudah cuba meletakkan semua orang di dalam bilik yang sama, dan ia boleh berlaku, tapi ia cenderung untuk menjadi huru-hara dan tidak membantu,” kata Hiatt.",
"“Saya mendapati kanak-kanak itu sudah berada di dalam bilik darjah sepanjang hari dan apa yang mereka mahukan adalah masa bersendirian bersama ibu mereka.”",
"Hiatt ada anak-anak kembarnya yang lebih tua untuk membantu anak-anak kembarnya yang lebih muda untuk kekal fokus. Beliau tidak membenarkan mana-mana anaknya untuk menonton televisyen atau bermain dengan komputer sehingga mereka semua menyiapkan kerja sekolah mereka.",
"Hal ini memotivasikan mereka untuk membantu satu sama lain agar mengekalkan di dalam minda mereka terhadap tugasan-tugasan kerana mereka semua mahukan masa untuk menonton televisyen dan permainan komputer.",
"“Anda perlu sentiasa mengarahkan mereka, tetapi anda juga perlu membiarkan kanak-kanak tersebut memikirkan sendiri tentang sesuatu perkara,” katanya.",
"“Jadi, ibu bapa tidak patut mengalah daripada bercakap dengan anak mereka tentang kepentingan memberikan perhatian. Walaupun jika mereka tidak nampak seperti akan mendengar, sebenarnya mereka sedang mendengar.”",
"Kanak-kanak boleh berhenti memberi respon dan berhenti memberi perhatian bila mereka fikiran mereka mengatakan tugasan tersebut terlalu sukar untuk dilakukan mereka. Mereka mungkin memerlukan arahan yang dipecahkan kepada beberapa langkah kecil.",
"Dr. Nickels berkata, sebagai contoh, daripada memberitahu seorang kanak-kanak untuk membersihkan biliknya, ia mungkin lebih baik untuk mengatakan, “Pertama, tolong kutip semua Lego dan ibu akan kembali dan beritahu kamu apa yang kamu perlu buat seterusnya.”",
"Adakalanya hanya dengan mengilustrasikan rutin itu di atas kertas dan tampalkan ia pada dinding boleh memberikan ingatan visual yang bagus berbanding dengan peringatan secara lisan yang berterusan tetapi tidak berkesan.",
"Letakkan di dalam minda bahawa memberikan peringatan pendek adalah lebih positif dan memberi kesan lebih baik berbanding penerangan panjang lebar, memekik, atau menimbulkan rasa bersalah. Jangan lupa memuji kanak-kanak atas usaha mereka.",
"“Banyak masanya dalam budaya kita, kita memuji hasil. Kita kata ‘Kerja yang bagus, lihat apa yang anda boleh buat.’ Kita tidak fokus kepada bagaimana peritnya kanak-kanak itu telah berusaha untuk melakukan sesuatu,” kata Dr. Nickels.",
"“Daripada mengatakan ‘Awak tak menulis nama awak dengan betul, atau huruf H sepatutnya seperti ini, kita sepatutnya mengatakan ‘Awak memegang pen dengan bersungguh-sungguh dan kekal dengan garisan itu. Itu sangat menarik.”",
"Kajian juga menunjukkan latihan dapat membantu kanak-kanak untuk menumpukan perhatian. Kajian daripada Centers for Disease Control and Prevention dari tahun 2010 mendedahkan bahawa kanak-kanak yang bersekolah rendah mengambil rehat dari kerja di kelas untuk lebih aktif pada waktu siang boleh memberikan penumpuan lebih baik semasa melakukan kerja sekolah.",
"Kajian melaporkan bahawa ibu bapa yang menjadikan senaman sebagai keutamaan dalam keluarga akan mempunyai anak-anak yang lebih aktif secara fizikal. ",
"Ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka mencari sukan yang disukai, menyediakan permainan luar seperti bola dan tali untuk melompat, dan mengasingkan masa pada hari-hari tertentu seperti pergi berjalan atau menunggang basikal bersama.",
"Kaedah lain untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif adalah dengan menghadkan masa menonton TV, yang mana boleh meningkatkan penumpuan kanak-kanak. Kajian pada tahun 2011 yang diterbitkan di dalam Pediatrics mendapati Spongebob SquarePants dan kartun pantas yang lain memendekkan tahap penumpuan kanak-kanak berusia 4 tahun.",
"“Ransangan terlampau dan pendedahan kepada televisyen, komputer, dan permainan video boleh memberi kesan buruk kepada tahap penumpuan.” American Academy of Pediatrics mencadangkan masa yang digunakan tidak lebih dari satu atau dua jam sehari daripada jumlah tontonan tinggi kualiti, termasuk TV, video, komputer, telefon, dan permainan video. (dan kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak sepatutnya didedahkan kepada mana-mana masa tontonan dan media hiburan yang lain).",
"Daripada memasang TV atau memberikan telefon pintar kepada anak-anak anda, pastikan mereka fokus kepada aktiviti lain yang boleh meningkatkan jangka masa tumpuan. Kanak-kanak boleh digalakkan untuk membaca, teka-teki atau ‘puzzle’, membantu menyediakan makan malam, membina kubu pertahanan daripada blok dan kerusi, dan membantu membuat kerja rumah.",
"Matikan TV dan mulakan perbualan dengan seorang kanak-kanak muda boleh membina penumpuan; bila ibu bapa fokus kepada anak mereka dan mendengar, mereka sebenarnya sedang mempamerkan contoh bagaimana menumpukan perhatian kepada anak mereka.",
"Namun adakalanya, seorang kanak-kanak boleh jadi mempunyai masalah penumpuan yang sukar untuk diselesaikan dengan strategi yang mudah. Di sini ibu bapa mungkin memerlukan bantuan daripada seorang guru, pakar pediatrik, atau pun pakar psikologi.",
"Beberapa amaran termasuk seorang kanak-kanak berusia 4 hingga 5 tahun yang mempunyai masalah berterusan melibatkan diri dengan apa saja untuk lebih dari 2 atau 3 minit, memerlukan bimbingan berterusan untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya boleh diuruskan, melompat daripada satu aktiviti kepada aktiviti yang lain, dan tidak mampu untuk mengawal gerak hati.",
"Sebagai contoh, seorang kanak-kanak pra-sekolah mungkin tidak mampu untuk kekal duduk dan memberikan sepenuh perhatian semasa tempoh membaca kerana dia ternampak pembantu kelas menyediakan kudapan. Oleh itu dia akan bangun dari bulatannya kerana dia mahukan kudapan itu.",
"“Jika dia mahu apa yang dia mahukan semasa dia mahukannya setiap masa, itu boleh menjadi satu petanda ketidakmatangan atau penumpuannya tidak berfungsi sepenuhnya pada usia 4 atau 5.” Kata Dr. Rojas.",
"Ibu bapa perlu berhati-hati bila mengandaikan anak mereka mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), satu sindrom yang biasanya didiagnos pada awal kehamilan yang dicirikan oleh gerak hati, aktiviti terlampau, kecuaian, atau kombinasi kesemuanya. ADHD bukan selalunya menjadi punca utama; ada faktor-faktor lain yang mempengaruhinya.",
"“Sebagai orang dewasa, semasa kita bimbang terhadap sesuatu, ia amat sukar untuk kita menumpukan perhatian.",
"Jika seorang kanak-kanak didiagnos dengan ADHD, ibu bapa perlu bekerja dengan pakar kesihatan mental untuk membina satu rancangan yang boleh membantu meningkatkan jangka masa tumpuan kanak-kanak.",
"Isu kesihatan mental, seperti kemurungan, marah, dan kebimbangan, boleh menjadikan kanak-kanak sukar untuk fokus, dan kanak-kanak lebih muda memerlukan bantuan untuk belajar cara-cara menangani perasaan-perasaan ini. Ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak mereka tentang bagaimana perasaan mereka dan membantu mereka menukarkan perasaan mereka kepada perkataan.",
"Sebagai contoh, ibu boleh berkata, “Awak tentu bimbang tentang ayah yang pergi atas urusan perniagaan.” Bila perbualan bermula, langkah seterusnya adalah untuk membantu kanak-kanak itu untuk melakukan sesuatu yang akan membuatkannya merasa lebih baik, seperti melukis gambar untuk dihadiahkan kepada ayahnya apabila ayahnya pulang kelak.",
"Sekarang tiba masanya untuk mengaplikasinya. Gunakan tips dan strategi yang dikongsi untuk meningkatkan tumpuan anak. Berikan masa memberi keajaiban. Semoga membantu.Jangan lupa share ye, penat kami menulis. :-)"
] |
https://bidadari.my/jenis-demam-yang-meninggalkan-ruam/
|
Keluarga, Kesihatan
4 Jenis Demam Yang Meninggalkan Ruam Di Badan, Ibu Bapa Perlu Berjaga-jaga
Oleh aqirah
|
[
"Setiap ibu bapa akan rasa begitu risau apabila anak terkena demam. Hati rasa tidak tenterm sehingga mahu buat kerja pun tidak fokus kerana asyik teringat-ingatkan anak yang demam. Apabila anak disahkan demam, mulalah ibu bapa beli pelbagai ubat dari klinik untuk sembuhkan anak mereka.",
"Selepas itu, lihat anak semakin sihat baru hati tenang dan dapat buat kerja semula dengan fokus. Maklumlah anak adalah buah hati setiap ibu bapa, jika anak sakit begitu juga dengan ibu bapa. Masalah tidak berhenti setakat itu sahaja, timbul pula ruam pada badan si anak. Pening kepala ibu bapa memikirkan ruam apa itu.",
"Tahukah anda, demam mempunyai 4 jenis yang meninggalkan ruam?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 jenis demam yang akan meninggalkan ruam. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.",
"Jenis-jenis demam meninggalkan ruam pada badan",
"Kebanyakkan jangkitan virus, akan dimulai dengan demam dahulu, dan berakhir dengan ruam. Contohnya campak (measles), cacar air (chicken pox), roseola dan HFMD. Jom kita berkenalan dengan keempat-empat jangkitan ini dahulu.",
"Jangkitan ini adalah jarang dijumpai sebenarnya, disebabkan ianya sudah termasuk dalam vaksin MMR yang diberikan pada usia 9 bulan dan 12 bulan, yang memberikan 98% pertahanan dari jangkitan ini. Namun kadangkala dijumpai juga.",
"Kontak pertama anak dengan jangkitan ini boleh terjadi lebih kurang 2 minggu sebelum hari anak muai demam. Dalam masa 2 minggu tersebut, kuman sudah ada dalam badan, namun symptom belum keluar.",
"Anak akan mulai demam panas, berterusan, dan symptom lain seperti batuk, selsema, kurang selera makan, lemah, dan sakit mata akan muncul sedikit demi sedikit. Waktu ini biasanya ibu bapa akan mulai risau, dan untuk anak yang mempunyai system pertahanan yang rendah, lebih mudah untuk pendapat komplikasi seperti dehidrasi, pneumonia (jangkitan paru-paru) ataupun meningitis (jangkitan selaput otak).",
"Tugas ibu bapa adalah untuk pastikan anak makan, cukup cecair dalam badan, berikan nutrisi yang boleh meningkatkan system pertahanan tubuhnya, dan sekiranya nampak terlalu lemah, jangan terlambat bawa ke klinik / hospital.",
"Anak akan sakit dalam masa lebih kurang 10 hari, sehingga akhirnya akan keluar ruam besar dan merah pada badan. Waktu ini biasanya akan akan semakin sembuh, demam semakin kurang.",
"Setelah habis ruam keluar, ia akan perlahan lahan hilang, dan anak akan kembali sihat seperti biasa. Tempoh masa sakit lebih kurang 2 minggu.",
"Biasanya kontak pertama anak dengan jangkitan ini terjadi lebih kurang 10 – 21 hari sebelum tanda pertama keluar.",
"Anak akan mulai tidak sedap badan, merengek, dan demam pada 2 hari pertama sebelum ruam keluar. Kemudian diikuti dengan mula ruam berair, biasanya bermula pada dada, belakang, muka, dan akhirnya merebak ke seluruh badan. Demam boleh makin kurang, namun anak mungkin masih kelihatan lemah, dan kurang selera makan. Pastikan anak mendapat air dan makan yang cukup untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini.",
"Setelah hari ke 4-5, biasanya ruam akan mulai kering. Dan akan membaik dalam masa 1 minggu dari hari pertama timbul symptom.",
"Ini adalah virus yang biasa dijangkiti anak yang berusia kurang dari 2 tahun. Bermula dengan demam yang tinggi, boleh mencecah 40 darjah selsius. Demam boleh berterusan dan naik turun dalam tempoh 3 – 7 hari. Dalam masa yang sama, anak juga mempunyai symptom batuk, selsema, kurang selera makan, dan juga cirit.",
"Setelah hari ke 7, dan demam reda, akan mula naik ruam merah kecil di belakang dan depan dada anak. Yang akan bertahan lebih kurang 12 – 24 jam. Pada masa ini anak sudah mula aktif, dan nampak semakin membaik. Ibu bapa sering risau pada masa ruam ini timbul, dan doktor biasanya akan menerangkan bahawa ini adalah tanda bahawa anak akan kembali sihat.",
"Ini adalah sekumpulan virus yang sering menjangkiti anak anak berusia kurang 5 tahun. Biasanya selepas kontak dengan kuman, 3 – 6 hari seterusnya anak akan kelihatan tidak sihat dan demam pada 2 hari pertama. Setelah itu, akan mulai kelihatan ruam pada hujung jari tangan, kaki, telapak tangan kaki, tepi mulut, ulser dalam mulut, boleh juga ada ruam di punggung dan kelengkang.",
"Masalah dari HFMD adalah ianya boleh menyebabkan anak tidak mahu makan disebabkan ulser dalam mulut, yang mengakibatkan dehidrasi, juga system pertahanan badan yang semakin lemah. Ruam juga boleh mendapat jangkitan sekiranya tidak dijaga betul ataupun diletakkan bahan yang tidak bersih padanya.",
"Bagi anak yang system pertahanan badannya kuat, dan tidak mempunyai komplikasi yang lain, ruam biasanya akan berterusan sehingga lebih kurang seminggu dah menghilang. Anak akan kembali sihat seperti biasa.",
"Selain dari yang 4 ini, banyak lagi jangkitan virus yang akan berakhir dengan ruam, dan akan baik sendiri. Itulah sifat dari virus = self limiting. Sekiranya sudah terjangkit, pantau dan pastikan system pertahanan badan adalah kuat. Namun ada juga keadaan yang mendapat jangkitan sekunder dari bakteria sebelum betul betul sembuh, dan ini harus mendapatkan ubat yang lain.",
"*Sudah kenalkan 4 jenis demam yang akan meninggalkan ruam pada badan. Jangan risau ruam ini akan hilang jika dijaga dengan baik dan makan ubat mengikut yang dijadualkan. Para ibu bapa tidak perlu lagi pening kepala macam mana mahu hilangkan ruam pada badan si anak kerana ia akan hilang cuma mengambil masa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/perbezaan-darah-haid-dan-nifas/
|
Kesihatan
Ketahui Perbezaan Darah Haid Dan Darah Nifas
Oleh aqirah
|
[
"Proses bersalin mengambil masa yang lama. Ada yang mengambil masa 20 jam untuk melahirkan anak. Begitu lama sekali masa yang diambil kerana ia bukannya mudah untuk melahirkan anak. Kita perlu tunggu pangkal rahim terbuka agar senang untuk menolak bayi keluar.",
"Selepas bersalin, darah nifas akan keluar atau dengan bahasa yang senang sepanjang berpantang, darah nifas akan keluar. Maka, wanita tersebut perlu memakai tuala wanita sepanjang berpantang. Ia begitu berbeza sekali dengan darah haid.",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai perbezaan darah haid dan darah nifas. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.",
"Sama ada melahirkan secara normal atau pembedahan, darah nifas adalah perkara normal buat ibu bersalin. Ia adalah (Lochia), discaj normal yang keluar daripada faraj wanita selepas bersalin yang mengandungi darah, mukus & tisu rahim.",
"Darah nifas boleh berlanjutan sehingga 60 hari. Secara amnya, wanita dalam pantang akan mengalami nifas dalam enam minggu selepas bersalin. Pun begitu, jika darah berlanjutan keluar selepas 60 hari, ia mungkin simptom kepada masalah kesihatan yang lain. Bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang topik ini, Pa&Ma sempat menemuramah Dr. Wan Elly Rushima Wan Abdul Rahim, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Hospital UMRA, Shah Alam.",
"Bersalin normal lebih banyak darah nifas",
"👉 Sebenarnya sama sahaja darah nifas yang keluar tidak kira bersalin normal atau pembedahan.",
"👉 Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita mengalami darah nifas yang lebih banyak selepas bersalin normal kerana darah akan keluar secara semulajadi berbanding wanita bersalin melalui pembedahan.",
"👉 Pada minggu pertama, darah keluar dalam bentuk ketulan dan berwarna merah terang. Selepas sepuluh hari, darah nifas akan bertukar warna kepada kecoklatan. Cecair ini boleh berterusan lebih kurang enam minggu (mungkin bagi sesetengah wanita akan datang haid dalam masa terdekat), sama ada menyusu atau tidak menyusukan anak.",
"Jika darah nifas mulai mengering dan sudah bertukar jernih dan kemudiannya didapati keluat semula darah dari faraj, terutamanya selepas 60 hari dan kemudiannya anda dapati keluar semula darah dari faraj, ia dikenali sebagai darah haid.",
"Pun begitu, terdapat beberapa jenis pendarahan yang membimbangkan dan harus diberi perhatian:",
"* Jika pendarahan berterusan dan memenuhi tuala wanita setiap jam dan perlu disalin kerap",
"* Setiap pendarahan disertai dengan rasa sakit yang teruk\n* Ibu mengalami demam secara tiba-tiba",
"* Pendarahan yang banyak berterusan lebih seminggu",
"Warna, Bau Dan Rupa Daraf Nifas Yang Normal",
"🌂Lochia Rubra – selepas bersalin hingga hari keempat dan kelima berwarna merah pekat, darah yang banyak dan mungkin berketul",
"🌂Lochia Serosa – hari keempat hingga kesepuluh berwarna kecoklatan, merah semakin pudar, kurang perdarahan dan lebih banyak mukus",
"🌂Lochia Alba – hari 10- 42 berwarna kekuningan, tiada\ndarah atau sedikit keputihan (discaj biasa)",
"👉 Untuk tiga ke empat hari pertama selepas melahirkan\nanak, ibu akan mengalami pendarahan merah yang terang.\nRupanya lebih kurang sepereti darah haid pada hari-hari pertama. Ini dikenali sebagai darah nifas.",
"👉 Selepas hari keempat dan kelima, darah ini akan menjadi lebih berair dan mulai kelihatan seperti warnanya merah jambu. Jika anda mengalami pendarahan yang banyak pada hari-hari pertama, itu adalah perkara normal.",
"👉 Sekiranya ia berterusan dan semakin banyak atau merah terang, anda perlu berehat dan lihat sama ada ia berkurangan. Jika masih sama, segeralah berjumpa dengan doktor. Sekitar hari kelapan dan kesepuluh selepas kelahiran, aliran darah yang merah jambu tadi akan bertukar kepada pelepasan putih kuning yang banyak. Pendarahan bertompok (spotting) boleh berlaku selepas enam minggu bayi dilahirkan. Tetapi biasanya buat kebanyakan wanita, ia akan tamat lebih awal.",
"👉 Bagi sesetengah ibu, dalam tempoh enam ke lapan minggu selepas bersalin akan datang haid jika tidak menyusukan anak. Bagi ibu yang menyusukan, kedatangan haid mungkin kembali pada masa yang berbeza-beza. Sesetengah wanita mungkin tidak akan datang haid selama dia menyusukan anak, ada yang akan datang dalam tempoh beberapa bulan sama ada menyusukan ataupun tidak.",
"👉 Jika haid datang awal dan ibu tersebut bersalin normal, penggunaan tampon mungkin tidak digalakkan oleh doktor kerana tubuh masih melalui fasa penyembuhan dan penggunaan tampon mungkin boleh mengundang trauma.",
"👉Gunakan tuala wanita yang sesuai dengan keperluan anda\ndan tukarlah secara kerap. Menggunakan tuala wanita yang sama dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan jangkitan pada pundi kencing atau rahim.",
"*Darah nifas berlanjutan sehingga 60 hari berpantang manakala darah haid hanya seminggu sahaja. Tetapi apa yang sama adalah selepas habis darah haid dan nifas, wanita perlu mandi wajib sebelum mula beribadah. Ia adalah untuk membersihkan secara terperinci segala darah yang ada. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/taiping/
|
Keluarga, Travel
25 Tempat Menarik Di Taiping (Best Jalan-Jalan Sini)
Oleh Aniuna
|
[
"Tahukah anda? Terdapat beberapa tempat menarik di Taiping yang dikatakan tempat lagenda yang tertua di negara kita.",
"Istimewanya Taiping kerana tempat-tempat yang anda bakal lawati ini bukan sekadar untuk mengisi waktu cuti sahaja, tetapi juga anda dan keluarga dapat bercuti sambil belajar.",
"Anda boleh mulakan lawatan anda di Taiping dengan mengunjungi tempat-tempat bersejarah. Setelah isi minda dengan fakta-fakta sejarah, anda boleh melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit.",
"Setelah penat beriadah, anda juga boleh ke tempat rekreasi air untuk menyegarkan diri. Cukup lengkap dan pelbagai jenis aktiviti yang ada boleh lakukan di Taiping. Pasti anda akan teruja untuk bercuti di sini.",
"Antara tarikan utama di Taiping adalah Zoo Taiping. Tahukah anda? Zoo Taiping adalah zoo yang pertama di Malaysia. Zoo ini berkeluasan 30 ekar serta memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang bebas bergerak di dalam habitat semula jadi mereka. Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Haiwan-haiwan ini lebih aktif pada waktu malam. Semakin aktif haiwan-haiwan ini, semakin seronok anda dapat melihat pelbagai aksi haiwan di sini.",
"Istimewanya Zoo Taiping adalah aa terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 6.00petang)",
"Bayaran: Dewasa RM16 | Kanak-kanak RM8.00",
"Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping",
"Dengar nama Spritzer, mesti kita terbayang air mineral kan? Ya. Syarikat air mineral ini juga mempunyai hartanahnya tersendiri di Taiping, iaitu Spritzer Eco Park. Di taman rekreasi ini, selain daripada menikmati landskap taman yang cantik dan semulajdi, anda juga boleh mendapatkan info tentang pemprosesan air mineral di ruang The Discovery Tunnel.",
"Malah, terdapat juga ruang Kidz Zone bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang ingin menjalankan aktiviti reka cipta menggunakan barangan kitar semula seperti kotak dan botol minuman.",
"Terdpat juga lapangan mini golf sebanyak 18 lubang untuk anda sekeluarga beriadah bersama dengan bayaran yang berpatutan.",
"Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi & 3.00petang) | Sabtu (11.00pagi)",
"Lokasi: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000, Taiping",
"Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Senibina mangunan muzium ini berentuk neo-klasik Inggeris.",
"Muzium ini mempamerkan lebih daripada 8000 koleksi barangan kebudayaan, arkeologi dan alam semula jadi. Sesetengah daripada bahan yang dipamerkan di sini telah diklasifikasikan sebagai koleksi limited edition yang berusia lebih daripada seratus tahun dan sukar ditemui ataupun semakin pupus. Antara yang dapat dilihat di muzium ini adalah spesimen haiwan, artifak kraftangan, tembikar dan banyak lagi.",
"Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 5.00petang)",
"Bayaran: Dewasa RM2 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun & Berpakaian Sekolah Percuma",
"Lokasi: Jalan Taming Sari, Taiping, 34000",
"Turut dikenali sebagai Cultural Village atau perkampungan warisan, hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari bandar Taiping untuk ke sini. Jika anda sekadar ingin bersantai, anda digalakkan untuk ke sini kerana kawasannya yang kelihatan menenangkan.",
"Anda akan merasakan pengalaman seperti berada di kampung kerana terdapat rumah dan barang unik atau tradisional menghiasi kawasan ini. Bukan itu sahaja, kawasan yang dipenuhi tumbuhan menghijau pasti membuatkan anda rasa tenang dan nyaman.",
"Banyak sudut menarik yang disediakan khas untuk anda bergambar sepuas hati. Ada juga replika gergasi yang besar. Pelbagai kemudahan disediakan dengan percuma seperti tandas dan parking lot. Jika anda lapar, ada kafe dan gerai buah di sini.",
"Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 7.00 malam)",
"Lokasi: MA22 Agro Park Kamunting Perak, Lot 5690, Kampung Teratai Ayer Putih, Kamunting",
"Trong Leisure Farm boleh dikatakan sebagai taman itik kerana terdapat banyak itik dari kecil hingga ke besar. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah melawat dan memberi itik makan, memancing ikan dan menaiki boat itik . ",
"Nak menginap di sini pon boleh kerana ada resort yang selesa untuk anda. Jika anda menginap di sini, anda akan mendapat pakej atau tiket percuma masuk ke ladang ternakan itik. ",
"Jangan lupa bergambar kerana kerana banyak spot ootd yang menarik seperti di replika itik gergasi. Sesuai untuk bawa seisi keluarga bercuti dikelilingi flora dan fauna.",
"Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 6.00 petang)",
"Bayaran: Kanak-kanak (RM 4) | Dewasa (RM 8) *termasuk tiket kasino dan sail boat",
"Lokasi: PT293, Kuala Trong Street, 34800 Trong, Perak, Malaysia.",
"Anda suka akan aktiviti lasak? Apa kata ajak keluarga atau rakan-rakan untuk menunggang ATV sambil meneroka keindahan alam. Dapat legakan stress apabila jauh dari hiruk-pikuk kota.",
"Tak reti menunggang ATV atau pertama kali ingin mencuba? Kurang keyakinan untuk meredah hutan dan sungai? Jangan risau, dengan harga pakej yang sangat berbaloi anda akan dibimbing dan dibantu oleh staff sepanjang perjalanan anda di sana.",
"Lokasi: Lot 3644, Pejabat Rekreasi, Jalan Air Terjun, 34000 Taiping",
"Old House Museum merupakan sebuah rumah kedai lama yang telah dibina pada sekitar tahun 1880 oleh seorang ahli perniagaan Cina, Lim Zi You.",
"Rumah kedai kayu ini terletak berhadapan dengan Market Square Taiping. Rumah kedai ini nampak kecil dari luar, jangan terkejut kerana kawasan di dalamnya besar memanjang ke belakang, malah dilengkapi dengan taman indoor.",
"Old House Museum dipenuhi dengan pelbagai barangan antik yang terdiri daripada perabot, tembikar China, koleksi radio-radio klasik dan banyak lagi. Barang-barang antik ini bukan sahaja untuk dipamerkan, malah ada sesetengahnya boleh dibeli.",
"Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (9.30pagi – 6.00petang)",
"Bayaran: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3 | Bawah 6 Tahun Percuma",
"Lokasi: 2A, Market Square, 34000 Taiping",
"Muzium Matang pada asalnya adalah sebuah rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut. Koleksi pameran di muzium ini terdiri artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu. Secara tidak lagsung, anda akan dapat belajar dan mengetahui sejarah zaman penjajah di Perak.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00pagi – 5.00petang)",
"Lokasi: Kompleks Sejarah Matang, Jabatan Muzium & Antikuiti Kota Ngah Ibrahim, 34750 Matang, Taiping",
"Rumah Rehat Lama yang kini dikenali sebagai Lagenda Inn, terletak berdekatan Stesen Keretapi Taiping.",
"Rumah Rehat Lama mula dibina pada 1887. Asalnya, ia sebuah bangunan satu tingkat yang dibina untuk dijadikan rumah kediaman gabenor Perak. Kemudian, ia dinaiktaraf oleh Pihak British menjadi bangunan batu dua tingkat pada tahun 1894.",
"Terpahat tulisan ‘Rest House 1894’ pada pediment rumah klasik ini, seterusnya menjadikan ia rumah rehat yang pertama di Tanah Melayu.",
"Lokasi: Rest House, Station Road, Taiping",
"Ke mana-mana tempat bercuti yang anda lawati, pasti pusat bandarnya wajib anda singgah untuk melihat latar belakang tempat tersebut. Begitu juga sekiranya anda bercuti di Taiping. Bandar Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh merupakan ibu kota kepada daerah Matang, Larut dan Selama.",
"Di bandar ini, anda akan dapat lihat banyak bangunan-bangunan lama tinggalan zaman penjajah British. Oleh kerana Taiping menjadi tempat pengeluaran bijih timah, maka haruslah bandar ini dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada ketika itu. Tidak hairanlah, Taiping mempunyai banyak tempat yang menarik dan tertua dibina di Tanah Melayu.",
"Masjid Lama Bandar Taiping terletak di tengah kesibukan bandar Taiping iaitu di Jalan Kota, Kampung Jambu di bandar tengah Taiping. Masjid Lama Bandar Taiping ini telah dibina pada tahun 1893 oleh keluarga Ngah Ibrahim sendiri.",
"Masjid ini sebenarnya telah dibina untuk menggantikan bangunan asal yang merupakan sebuah madrasah yang berdindingkan kayu. Pengaruh seni bina budaya Belanda telah menjadi inspirasi kepada arkitek untuk membina masjid pertama yang dibina daripada batu di bandar Taiping.",
"Masjid yang tertua di Taiping ini telah dibina lebih daripada 100 tahun. Dengan senibinanya yang unik, Masjid Lama Bandar Taiping telah digazetkan sebagai bangunan warisan di bandar ini.",
"Lokasi: Jalan Kota, Kampung Jambu, 34000 Taiping",
"Menara Jam Besar Taiping terletak ditengah-tengah bandar Taiping. Menara jam ini dibina pada tahun 1871. Rekabentuk menara jam ini telah dibuat oleh seorang arkitek berbangsa Inggeris manakala pembinaannya telah dilakukan oleh buruh tempatan bercirikan kolonial. Bangunan menara ini mempunyai pengaruh gaya rupa Palladian. Ianya menjadi mercu utama di bandar Taiping ini.",
"Menara jam ini asalnya merupakan sebuah Balai Polis Taiping yang dibina pada 1881. Kini ianya menjadi tarikan pengunjung kerana dijadikan pejabat pusat pelancongan.",
"Lokasi: 55, Jalan Kota, 34000 Taiping",
"Satu lagi Menara jam yang terdapat di Taiping terletak berdekatan dengan pasar. Menara jam ini dikenali sebagai New Clock Tower. Ia memiliki reka bentuk yang sangat unik dengan kaca berwarna-warni yang agak menarik untuk dilihat.",
"Namun jam pada menara ini sudah tidak berfungsi lagi. Terdapat tulisan “Pasar Lamar, 1885.” pada bangunan Menara. Kebiasannya pelancong hanya singgah sebentar sahaja di sini untuk mengambil gambar kenangan.",
"Lokasi: Jalan Taming Sari, Taiping 34000",
"Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman ini sesuai untuk anda berkelah dan bersantai bersama keluarga di petang hari. Keindahan Taman Tasik Taiping sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Banyak juga filem yang menjalankan penggambaran di sini.",
"Banyak aktiviti dan kawasan menarik lain yang anda boleh lawati di sekitar Taman Tasik Taiping. Antaranya Taiping Equine Park yang menyediakan aktiviti menunggang kuda. Selain itu, anda akan dapat lihat deretan kubur yang sangat tersusun di Taiping War Cemetery. Di sini juga terdapat kawasan air terjun dengan kemudahan asas untuk orang ramai iaitu Burmese Pool Waterfall.",
"Lokasi: Taiping Lake Garden, 12, Medan Istana 2",
"Tempat percutian Bukit Merah Laketown Resort merupakan destinasi percutian yang menyeronokkan bagi anda sekeluarga. Tempat ini mempunyai 2 jenis taman iaitu Waterpark dan Ecopark.",
"Antara aktiviti menarik yang dapat anda lakukan di Ecopark ini seperti Skycycle, Nature Trail dan Tropical Trail. Bahagian-bahagian taman yang terdapat di sini pula adalah seperti Reptile Park dan Pets Parks. Manakala Waterpark pula terdapat Body Slides, Water Speed Slides, Activity Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar dan banyak lagi.",
"Lokasi: Jalan Bukit Merah Semanggol, 34400 Simpang Ampat Semanggol",
"Ethno Valley merupakan pusat rekreasi yang terdapat di Changkat Jering. Jika anda dari bandar Taiping, ia mengambil masa kira-kira 25 minit untuk tiba di sini. ",
"Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini seperti memancing, mandi-manda di kolam renang, memanah dan sebagainya. Anda juga boleh membawa anak-anak melawat mini zoo atau taman herba.",
"Ethno Valley juga menyediakan penginapan yang sangat selesa, murah dan berbaloi. Resort yang berkonsepkan alam semula jadi ini mempunyai 18 buah unit chalet serta 3 buah homestay.",
"Lokasi: Jalan baru, kampung senduk, 34850 Changkat Jering",
"Aktiviti menunggang kuda akan menjadikan percutian anda di Taiping lain daripada yang lain. Ini kerana, tidak semua tempat bercuti ada taman kuda seperti ini. Malah, tidak ada bayaran dikenakan untuk memasuki Taiping Equine Park.",
"Anda boleh membeli lobak merah yang dijual di sini untuk memberi makan kepada kuda. Selain itu, anda juga boleh bersiar-siar sekitar taman ini untuk melihat kendang kuda, kawasan aktiviti dan terapi kuda.",
"Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (8.30pagi – 11.00pagi & 3.30petang – 7.00malam) | Sabtu & Ahad (8.30pagi – 7.00malam)",
"Lokasi: Taiping Equine Recreation,Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping",
"Burmese Pool merupakan kawasan perkelahan yang popular di Taiping. Ia terletak di Kaki Bukit Larut. Kolam ini dibina pada tahun 1870 dan merupakan kolam renang pertama dibangunkan di Malaysia. Suasana alam sekitar yang mendamaikan, disamping airnya yang jernih menjadi tarikan utama pengunjung untuk datang mandi-manda di Burmese Pool.",
"Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)",
"Lokasi: Burmese Pool, Taman Sentosa, Taiping",
"Selain Burmese Pool, ada satu lagi kawasan mandi-mandi ditemani alam semulajadi yang anda boleh lawati, iaitu Air Terjun Pecah Batu. Air terjun ini terletak di kaki Gunung Bubu, Trong. Kawasan ini jauh dari bandar Taiping, jauh dari pembangunan, membuatkan ia suatu kawasan yang terpelihara dengan alam semulajadi dan udara yang segar.",
"Suasana di sini amat tenang dan mendamaikan. Air terjunnya juga cantik. Terdapat tempat mandi yang cetek sesuai buat kanak-kanak. Namun, terdapat juga kawasan air dalam yang sesuai untuk orang dewasa. Sekiranya anda inginkan kawasan air terjun yang lebih cantik, anda boleh memanjat ke kawasan lebih atas.",
"Walau bagaimanapun, sekiranya cuaca kurang elok atau hari hujan, anda dinasihatkan tidak bermandi-manda di kawasan ini untuk elakkan fenomena kepala air.",
"Lokasi: Jalan Kuala Trong, 34800 Trong",
"Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.",
"Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.",
"Bagi anda yang menggemari aktiviti mendaki, jangan lepaskan peluang ini untuk mendaki Bukit Larut yang berketinggian 1250 meter dari paras laut. Laluan untuk mendaki juga telah ditar. Ini memudahkan anda untuk sampai ke puncak. Namun, bagi yang tidak mahu mendaki, khidmat sewa jeep turut disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.",
"Lokasi: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping",
"Kuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld adalah sebuah perkampungan nelayan. Ia terletak kira-kira 12km dari Bandar Taiping. Kuala Sepetang juga amat sinonim dengan mee udang. Terdapat banyak kedai yang menyajikan mee udang dengan pelbagai kualiti dan citarasa.",
"Selain mee udang, antara aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah melawat kilang arang, ikan masin dan kelip-kelip. Malah, tarikan utama kebanyakan pelancong di Kuala Sepetang adalah Hutan Paya Bakau Matang.",
"Matang Mangrove Forest Reserve merupakan hutan paya bakau yang terbesar di Malaysia dengan berkeluasan lebih daripada 40,000 hektar. Ia juga telah digazetkan sebagai hutan simpan sejak tahun 1906 seterusnya membuatkan Matang Mangrove Forest Reserve merupakan hutan simpan yang tertua di negara ini.",
"Lokasi: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang",
"Stesen Keretapi Taiping adalah stesen keretapi pertama di Tanah Melayu. Ia dibina pada tahun 1882 di tanah Sekolah Rendah King Edward VII sekarang diletak. Ia terbuka secara rasmi pada tahun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak yang pertama.",
"Antara 1890 ke awal 1990-an, stesen ini dipindah dari tempat asalnya ke aliran utama. Landasan keretapi ini dibina untuk menghubungkan Taiping ke Port Weld atau Kuala Sepetang untuk mengangkut bijih timah.",
"Stesen ini tidak lagi beroperasi, tetapi masih dikekalkan untuk tatapan umum. Landasannya pula telah dibuang pada sekitar pertengahan tahun 1980-an.",
"Lokasi: Stesen Keretapi Taiping, 34000 Taiping",
"Galeri multi-dimensi semakin banyak wujud di tempat pelancongan di negara kita, termasuklah Taiping. Di 5D Art Paradise Taiping, anda boleh bergambar aksi bebas mengikut kreativiti masing-masing. Sebelum datang ke sini, pastikan bateri telefon pintar anda penuh agar anda dapat berkreativiti sepuas hati dan mengabadikan setiap gambar mural dalam galeri telefon pintar anda.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 7.30pm)",
"Bayaran: 131 cm & Keatas RM25 | 91 cm – 130 cm RM20",
"Lokasi: No 25, Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak",
"Diusahakan oleh sebuah keluarga sejak lebih 30 tahun dahulu, menempatkan pelbagai jenis cendawan, Antaranya adalah cendawan tiram, cendawan lingzhi, cendawan susu harimau dan sebagainya. ",
"Di sini anda boleh meneroka pelbagai jenis cendawan sambil belajar bagaimana cara menanam dengan yang betul. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli cendawan segar di sini.",
"Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 4.30 petang)",
"Lokasi: Lot 1626, Lorong 1, Kampung Setia, 34700 Taiping",
"Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Taiping yang dikongsikan? Anda teruja?",
"Jangan lupa untuk pergi dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati."
] |
https://bidadari.my/sos-black-pepper/
|
Resepi
Resepi Sos Black Pepper Viral (Tersangat Sedap)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Resepi sos black pepper viral lain dari yang lain. Sesiapa yang sudah cuba ramai yang syok sendiri sebab boleh masak sos yang sedap sangat.",
"Jadi kali ini kami kongsikan resepi sos black pepper ala Afy AL Habibi yang dikongsikan di laman Facebook dalam ayat lebih ringkas. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Ramai followers yang sudah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa.",
"Resepi ini langsung tidak buat muak walaupun ianya menggunakan sos keju, serbuk cheese dan planta. Tampilan sos dengan warna yang menarik dan tekstur yang pas betul-betul berbeza dengan resepi lain. Anda wajib cuba resepi ini untuk dihidang dengan lamb chop dan chicken chop misalnya. Dijamin sedap lupa dunia.",
"Selain sos black pepper viral, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/video-betapa-pentingnya-memakai-sunblock/
|
Keluarga
Video: Betapa Pentingnya Memakai Sunblock
Oleh Ummu Hatim
|
[
"Oh sunblock [ Nina Sinso ]",
"Secara peribadi, saya sendiri memandang remeh tentang pemakaian sunblock. Saya berpendapat memakai sunblock ini merimaskan, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang agak panas. Saya juga sering menyalahkan sunblock sebagai punca munculnya jerawat di muka.",
"Teringat waktu dahulu, saya mula memakainya selepas emak saya sering memaksa saya memakainya. Sedikit pun saya tidak tahu kepentingannya. Sehingga kini pun, saya memakainya kerana “mak suruh”. Bukan kerana saya PATUT memakainya.",
"Segalanya berubah selepas saya menonton video ini. Terkejut! Baru saya Nampak betapa pentingnya sunblock. Saya yakin, persepsi anda pun turut berubah!",
"Video ini dihasilkan oleh Thomas Leveritt, seorang videopgrapher. Dalam video ini, dia menyuluh sinaran ultra-violet kepada muka orang ramai untuk mendedahkan kesan buruk matahari pada kulit manusia. Anda pasti terperanjat dengan keajaiban yang boleh dilakukan oleh sunblock!"
] |
https://bidadari.my/colek-buah/
|
Resepi
Resepi Colek Buah Mudah (Terpaling Sedap Di Tekak)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Makan buah rasa kurang kalau tidak ada colek buah, betul bukan? Siapa suka beli colek buah atau kuah rojak buah di kedai? Sekarang tidak susah lagi kalau ingin beli sebab banyak orang jual yang siap jadi.",
"Bagaimanapun juga, buat sendiri colek buah macam menarik bukan? Justeru, kalau buat sendiri boleh sesuaikan pedas manisnya, boleh letak kacang banyak mana pun, bersih, dan tidak mahal manapun, berbaloi puas makan. Jika anda teringin buat colek buah sendiri baik ikut resepi di bawah yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebook. Gerenti lebih sedap daripada kedai punya.",
"Buah-buahan semacam mangga, jambu, nenas, dan banyak lagi, amat sesuai dimakan dengan colek buah ini. Pekat dan pas rasa pedas manis. Jom petang-petang mengudap dengan colek buah.",
"Selain colek buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/rahsia-kecantikan-dalaman/
|
Kesihatan, Petua Tips
3 Rahsia Kecantikan Dalaman: Tips Kekal Menawan
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Topik tentang kecantikan sememangnya tidak akan pernah habis dibincangkan. Jom baca tentang rahsia kecantikan dalaman dengan lebih terperinci.",
"Apakah makna kecantikan yang sebenar bagi anda? Wajah yang sempurna tanpa cacat cela atau kulit yang cerah kemerahan? Atau adakah anda berbangga mempunyai bentuk badan yang kurus dan ramping?",
"Kebanyakan kita beranggapan kecantikan luaran seperti ini yang perlu diutamakan. Malahan, tak keterlaluan jika dikatakan bahawa sesetengah orang menganggap wanita yang cantik sangat bernasib baik.",
"Mengapa wujud anggapan seperti ini? Wanita yang cantik lebih mudah mendapat perhatian terutamanya daripada kaum lelaki. Apa saja yang mereka buat, pakai atau katakan lebih mudah diterima.",
"Sebenarnya, Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Jika yang kurus, putih dan tinggi itu definisi cantik. Jadi, apakah hikmah Allah menciptakan manusia yang gemuk, gelap dan pendek?",
"Justeru, dalam artikel ni, penulis akan mengupas topik berkaitan kecantikan yang sebenar. Semoga artikel ni dapat mengubah pemahaman para pembaca tentang kecantikan.",
"Kecantikan dalam erti kata yang sebenar ialah sesuatu yang indah dan menarik perhatian. Namun, tidak cukup jika anda mempunyai wajah yang cantik saja tetapi aspek dalaman terabai.",
"Aspek dalaman yang perlu dijaga ialah kesihatan tubuh, mental dan jiwa. Anda semua tentu pernah mendengar kata-kata ini:",
"“Outer beauty pleases the eye. Inner beauty captivates the heart.”",
"Maksudnya ialah kecantikan luaran sememangnya menarik perhatian orang. Namun begitu, seseorang yang cantik dalamannya lebih memberi tempat dalam hati kita. Mengapakah begitu penting kecantikan dalaman?",
"Jom baca tentang tips kecantikan dalaman untuk kekal menawan bukan saja pada luaran.",
"Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sentiasa awet muda, kita sanggup berhabisan untuk membeli produk wajah. Itu belum lagi dicampur dengan rawatan kecantikan sebulan sekali.",
"Untuk kelihatan sentiasa ramping, anda sanggup sekat makan. Tak keterlaluan jika kata ada yang tak makan nasi. Pantang dengar tentang produk kuruskan badan, pasti anda sanggup menabung.",
"Sebenarnya, kita juga perlu ‘melabur’ untuk kesihatan tubuh. Maksud melabur bukannya dengan membeli ubatan atau produk kesihatan. Kita perlu menjaga aspek pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif untuk kekal sihat.",
"Apabila kekal sihat, wajah akan nampak ceria dan berseri-seri. Ini akan memudahkan kita untuk membuat ibadah seperti solat, berpuasa dan mengerjakan haji atau umrah. Malah, kita dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai seperti bercuti, bersukan dan sebagainya.",
"Orang yang tidak menjaga kesihatan tubuh akan mudah mendapat sakit. Ini akan menjejaskan aktiviti harian, malahan untuk bekerja juga menjadi sukar.",
"Oleh itu, pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan dengan menitiberatkan aspek berikut:",
"Orang yang normal seharusnya mempunyai mental yang sihat. Mental yang sihat maksudnya berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat sesuatu. Orang yang sihat mentalnya mampu berfikir, membuat keputusan dan mempertimbangkan sesuatu dengan waras.",
"Tidak guna jika wajah saja yang cantik tetapi suka membuat sesuatu perkara dengan jalan yang singkat. Jika anda tergolong dalam golongan seperti ini, pastinya ia perlu diubah. Ia bukan saja memberi kesan buruk kepada anda tetapi juga orang sekeliling.",
"Bagaimana untuk membentuk mental yang sihat? Banyakkan bergaul dengan orang-orang yang positif. Selain itu, tanamkan dalam diri agar jangan mudah berburuk sangka dengan orang lain.",
"Paling penting tanamkan nilai keagamaan dan moral lebih-lebih lagi kepada anak-anak. Sentiasa ingatkan diri agar menjadi manusia yang baik kepada diri sendiri dan orang lain.",
"Sentiasa menjadi pendengar setia kepada masalah anak-anak. Berikan kasih sayang dan perhatian secukupnya. Ini akan membentuk nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak kecil lagi.",
"Jika ada orang yang memberi teguran, terima dengan hati yang terbuka. Jangan mudah marah dan menyampaikan kata-kata yang tidak elok. Ini kerana ia bukan saja memberi kesan negatif kepada orang yang dituju tetapi juga diri sendiri.",
"Jika anda mempunyai wajah yang cantik tetapi hati yang hitam, anda tetap hodoh. Berbeza pula dengan orang yang wajahnya biasa-biasa saja tetapi hatinya sangat cantik. Tahniah, andalah antara wanita tercantik dalam erti kata sebenar.",
"Orang yang mempunyai hati yang cantik akan terserlah di wajahnya. Mereka akan disenangi, disayangi dan dihormati oleh orang lain. Apakah tanda-tanda seseorang itu mempunyai hati yang cantik?",
"Sebagai manusia biasa kita selalu mengimpikan wajah yang menawan tanpa mempedulikan kecantikan dalaman. Bagi kita, itu perkara yang tersembunyi. Yang mungkin adalah kekurangan diri sebagai manusia biasa.",
"Setiap manusia pasti ada kekurangan dan tidak akan sempurna. Namun, kita boleh cuba untuk menjadi manusia yang sempurna. Kita pasti boleh menjadi wanita yang menawan dari segi rupa, akhlak, mental dan jiwanya.",
"Jika kita dapat menyeimbangkan ketiga-tiga aspek yang dibincangkan ini, pastinya kita tergolong dalam wanita yang cantik. Anda hendak menjadi wanita yang cantik? Lupakan stigma masyarakat yang mementingkan penampilan luaran.",
"Sedangkan yang tersembunyi di sebalik pakaian dan tudung, hanya kita saja yang tahu. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengubah pandangan lapuk ini.",
"Wajah yang cantik itu tidak semestinya mempunyai hati yang baik. Namun, orang yang baik pasti mempunyai wajah yang cantik. Itulah yang perlu kita sematkan dalam diri.",
"Itu saja perkongsian penulis tentang rahsia kecantikan dalaman. Para pembaca juga boleh membaca info tentang fikir positif. Klik sini iika berminat hendak membaca tentang didikan akhlak kanak-kanak."
] |
https://bidadari.my/resepi-daging-salai/
|
Resepi
Resepi Daging Salai Masak Kunyit (Dengan 4 Langkah Mudah)
Oleh Nabilah Ruza
|
[
"Selalunya kalau sebut Negeri Sembilan, pasti masakan pedas yang terlintas di kepala anda bukan? Hari ini kami akan berkongsikan resepi daging salai masak kunyit kepada anda!",
"Negeri Sembilan dengan kepedasan tidak dapat dipisahkan lagi. Semua sedia maklum bahawa orang Negeri Sembilan memang suka makan pedas! Tambah tambah lagi kalau makanan itu menggunakan cili api, lagilah suka.",
"Untuk mereka di luar sana yang memang suka pedas, anda boleh lah cuba resepi ini sendiri! Memang ternyata pedas. Rata rata netizen memberi feedback yang positif kepada resepi ini.",
"Apa anda tunggu lagi. Ayuh segera ke dapur! Boleh lah masak sebagai makan tengah hari atau pun makan malam untuk seisi keluarga anda.",
"Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mastura Ajam dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.",
"Selain resepi daging salai, kami juga mempunyai beberapa resepi daging lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.",
"Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
] |
https://bidadari.my/resepi-kek-tornado-cair-melimpah-dalam-mulut/
|
Resepi
Resepi Kek Tornado (Cair Melimpah Dalam Mulut)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mesti ramai yang mencari resepi kek tornado. Tidak perlu risau kerana kami akan hadirkan resepi kek tornado secara percuma kepada anda semua. Resepi kali ini kami datangkan daripada Ida Alina Salleh di laman Facebook. Resepi telahpun disesuaikan dengan tekak sendiri namun tanpa mengabaikan rasa kek tornado yang sebenar.",
"“Resepi ini adalah intepretasi Kek ala Tornado orang jauh”, kata Puan Ida, kerana kek ini sudahpun disesuaikan untuk ikut tekak orang yang suka makan dessert bercoklat tapi tidak kuat manis. Cuba buat sihat sedikit, kurangkan manis dan gunakan bahan premium, dan tidak guna ovalette. Dan menariknya, kek jadinya manis sedang elok, dan rasa coklatnya lebih menyeluruh.",
"Asasnya kek tornado terdiri daripada tiga komponen: Sponge coklat yang dikukus, lapisan cream cheese yang “light”, dan chocolate ganache. Jika anda ikut betul-betul resepi yang kami kongsikan ini konfirm kek tornado anda akan menjadi, teruja tengok coklat ganache yang cair dan melimpah itu.",
"½ cawan kopi panas ( ½ sudu teh kopi instan, ½ cawan air mendidih).",
"Gunakan whisk tangan saja, pukul telur dengan gula hingga rata, masukkan esen vanilla, campuran minyak, susu dan pukul hingga sebati.\nMasukkan bahan B yang sudah diayak. Kacau rata.\nMasukkan campuran kopi panas, dan kacau rata.\nKukus hingga masak (saya guna bekas besar, ambil masa 50 minit).",
"Selain kek tornado, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/diy-rak-baju/
|
Featured, Petua Tips
6 Idea DIY Rak Baju Boleh Buat Di Rumah
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Anda nak tak idea DIY rak baju yang boleh dibuat sendiri di rumah? Selain nampak menarik dan kreatif, kos membuatnya juga jauh lebih murah. Kini, terdapat pelbagai jenis cara yang boleh dilakukan untuk membuat DIY apa saja barangan penting.",
"Cakap saja nak DIY apa. Dari sekecil-kecil benda seperti kad kahwin hinggalah ke perabot besar juga boleh DIY. Kadangkala, almari baju boleh patah dan roboh setelah lama digunakan. Hendak beli yang baru bukannya murah bukan?",
"Kebanyakan wanita paling malas nak lipat kain. Betul tak? Baik ngaku cepat! Dengan DIY sendiri di rumah, kaum wanita bolehlah meminta suami, abang atau adik buatkan rak baju. Rak DIY tersebut boleh digunakan untuk meletakkan kain yang dilipat atau boleh saja digantung.",
"Lebih mudah tugas melipat kain nanti kerana lebih banyak rak gantung boleh dibuat. Anda pun nanti tidaklah malas sampai menggunung kain di dalam bakul nanti. Jadi, untuk memudahkan tugas para isteri dan juga untuk jimatkan kos, jom DIY rak baju di rumah.",
"Terdapat pelbagai idea untuk rak baju DIY. Di sini, penulis akan kongsikan 6 idea yang kreatif dan menjimatkan untuk anda. Untuk lebih memudahkan pemahaman anda, pautan video juga disertakan. Jom tonton!",
"Papan plywood juga dikenali sebagai papan lapis. Jika anda pergi ke kedai hardware terdapat pelbagai jenis papan plywood yang dijual. Yang membezakannya ialah ketebalan papan. Lebih tebal papan, lebih tinggilah harganya.",
"Namun, untuk membuat rak baju DIY, anda boleh membeli papan plywood yang murah saja. Harganya jauh lebih murah dari jenis kayu yang lain. Selain tidak berat, ia juga mudah diuruskan ketika membuat rak kayu nanti. Terdapat beberapa cara untuk membuat rak kayu menggunakan papan plywood. Anda boleh tontonnya di sini:",
"Penggunaan batang paip pvc sangat popular dalam pembuatan pelbagai jenis barangan DIY. Ada yang menggunakan batang paip ini untuk membuat tempat bermain anak-anak, hiasan rumah, pagar dan sebagainya.",
"Harganya yang murah, berkualiti dan struktur yang kukuh menjadikan paip pvc antara pilihan utama. Ini termasuk juga untuk membuat rak baju DIY. Terdapat pelbagai idea yang boleh ditiru iaitu sama ada rak biasa atau untuk tempat menggantung baju. Saksikan video kreatif ini.",
"Kebanyakan kayu pallet yang terdapat di negara kita diimport dari luar negara. Ia diperbuat daripada kayu pine. Kini, menjadi 1 trend mengubah suai perabot menggunakan kayu pallet.",
"Kayu pallet terpakai boleh dibeli di kedai-kedai hardware atau menjual kayu. Harganya juga murah dan tahan lama. Kayu pallet biasanya lebih tebal daripada papan plywood. Jika anda hendak rak kayu yang heavy duty, bolehlah gunakan kayu jenis ini. Saksikan idea menarik ini.",
"Kepingan kadbod biasanya digunakan untuk membuat barangan kraftangan. Namun, ia juga boleh dijadikan idea menarik untuk membuat rak baju DIY. Selain senang dibuat, kosnya juga sangat rendah. Taklah susah anda nak bersihkan rumah kerana rak kadbod ini ringan saja.",
"Dari segi ketahanan ia mungkin tidak begitu tahan lama berbanding paip pvc dan papan. Namun, dengan penjagaan yang baik tidak mustahil anda boleh menggunakannya selama bertahun-tahun. Jom tengok video di bawah.",
"Siapa sangka botol plastik boleh dijadikan rak baju DIY yang sangat cantik. Selain itu, anda juga boleh menggunakan baldi atau besen besar yang cantik. Selain murah, ia juga tahan lama dan mudah dibersihkan.",
"Lepas ni, jangan buang botol air mineral atau air bikarbonat. Anda akan perlukan ia untuk membuat rak ini. Gunakan idea anda sendiri untuk mencantikkan lagi rak tersebut. Nak lebih penjelasan, sila tonton pautan di bawah.",
"Sama seperti kepingan kadbod, anda boleh menggunakan kotak-kotak terpakai untuk membuat rak baju DIY. Antara kotak yang boleh digunakan ialah kotak televisyen, kotak kertas A4, kotak barangan runcit dan sebagainya.",
"Pastikan kotak tersebut tebal, keras dan kukuh. Jangan pula gunakan kotak yang sudah lembik dan tidak stabil. Jenuh anda nak siapkan rak baju DIY. Nak lebih jelas, tonton video berikut:",
"Bagaimana dengan idea-idea yang diberikan ini? Menarik untuk dicuba? Anda boleh jadikan video-video tersebut sebagai rujukan dan inspirasi untuk membuat rak baju DIY. Gunakan daya kreativiti yang tersembunyi untuk membuatkan isteri anda terpukau. Isteri tersenyum, anda juga tentu akan lebih bahagia.",
"Diharapkan anda gembira dengan perkongsian ini. Jika ada di antara pembaca Bidadari.my dah cuba idea DIY rak baju ini, kongsikan dengan kami. Kami mengalu-alukan kiriman anda itu. Moga menjadi inspirasi kepada orang lain juga.",
"Jemput baca tentang DIY hiasan cermin dinding dan idea DIY rak kasut yang mudah. Moga bermanfaat."
] |
https://bidadari.my/resepi-bomboloni-nutella/
|
Resepi
Resepi Bomboloni Nutella (Sedap dan Menyelerakan!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Sudah tentu kita semua pernah menjamah donat yang disaluti gula yang manis dan lazat. Adakah anda mahukan sesuatu yang berbeza? Jika anda mahu sesuatu yang berbeza tetapi iras-iras donat anda bolehlah mencuba resepi yang kita akan kongsikan pada hari ini. Resepi yang akan dikongsikan pada hari ini ialah resepi bomboloni nutella. Ianya seperti donat tetapi di dalamnya terdapat inti coklat nutella yang sangat lazat dan pastinya dapat menarik selera orang ramai. ",
"Ianya sesuai untuk dinikmati bersama-sama dengan rakan dan juga keluarga. Pastinya anda sudah tidak sabar untuk melihat cara-cara penyediaan bomboloni nutella ini bukan? Jadi mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya. ",
"Resepi ini dikongsikan oleh Aqel Orked dan telah mendapat banyak perkongsian dan komen positif di media sosial. ",
"Resepi – resepi lain yang menarik: ",
"Pelbagai lagi resepi selain daripada resepi ini yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda. Moga berjumpa lagi! "
] |
https://bidadari.my/rahsia-menjadi-ibu-bapa-berjaya-dalam-kerjaya-mendidik-anak/
|
Keluarga, Rohani
Rahsia Jadi Ibu Bapa Yang Berjaya Dalam Kerjaya Dan Mendidik Anak
Oleh aqirah
|
[
"Zaman sekarang tidak sama seperti dulu-dulu. Teknologi yang semakin berkembang pesat menjadikan kita juga perlu mengembangkan lagi ilmu kita. Menimba ilmu itu adalah satu ibadah yang diwajibkan untuk muslim. Begitu juga kepada bukan muslim. Kita hidup di negara yang berbilang kaum, maka kita memerlukan kerjasama untuk membangunkan negara.",
"Sama juga seperti ibu bapa yang kini semakin ramai yang berkerjaya, tidak sama seperti ibu bapa zaman dulu. Ibu bapa yang berkerjaya perlu membahagikan masa dengan kerja dan anak. Tetapi, mereka tidak mampu untuk menjaga anak sepanjang masa, sebab itu anak mereka dihantar ke pusat pengasuhan.",
"Mahu atau tidak mahu mereka terpaksa juga menghantar anak ke pusat pengasuhan. Ingin menjadi ibu bapa yang berjaya dan menjadi contoh kepada anak-anak bukan mudah. Ya, ramai ibu bapa di luar sana yang mahu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.",
"Bagaimana mahu menjadi seorang ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai rahsia menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak. Info ini dikongsikan oleh Puan Adlil Rajiah. Beliau merupakan seorang penulis keibubapaan yang cukup dikenali dengan cara penulisannya yang santai, menyentap jiwa dan menyentuh emosi pembaca. ",
"Tiga buku penulisan beliau yang berjudul “3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna”, “Why So Serious Parents?” dan “Parents, Welcome To My World” sering tersenarai dalam carta bestseller di kedai-kedai buku. Malah, ketiga-tiga buku ini turut dinobatkan antara Buku Paling Laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 & 2019 yang berlansung di PWTC. ",
"Rahsia Menjadi ibu bapa yang berjaya dalam kerjaya dan mendidik anak",
"Rahsia ini diambil dari pengalaman Puan Adlil Rajiah sendiri. Mari kita lihat rahsia beliau. Berikut adalah rahsia beliau :",
" 1) By giving as much exposure and experience as we can.",
" 2) By giving them space to make mistakes and fail at something. ",
"*Bukan susah mahu menjadi ibu bapa yang berjaya. Jika orang lain boleh mengapa kita tidak boleh. Berubah secara perlahan dari sekarang. Insyaallah, akan menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak. Setiap kejayaan yang kita kecapi adalah rezeki untuk kita. Anak-anak adalah rezeki terbesar bagi ibu bapa.",
"Setiap anak membawa rezeki ke dalam keluarga dalam pelbagai bentuk seperti kewangan yang stabil, keluarga yang bahagia dan pelbagai lagi. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/resepi-kuah-rojak/
|
Resepi
Resepi Kuah Rojak Mudah, Sedap dan Mesti Cuba
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Sedapnya kalau boleh mencicah buah pelam aka mangga muda petang-petang. Tapi kuah rojak yang jual tuh kadang-kadang tak kena dengan selera. Ada yang terpedas lah, termanis lah. jadi apa kata kita buat sendiri kuah rojaknya. Bolehlah cicah dengan buah seperti mangga muda, kedondong, nanas, jambu nanti. Terbayang sahaja dah kecur air liur kot.",
"Sebenarnya tak susah pun nak buat kuah rojak sendiri di rumah. Bahan-bahan nya pun tak susah. Cara-caranya pun tak renyah. hanya perlu kisar bahan-bahan dan masak kuah nya untuk pekatkan. Kemudian bolehlah tabur bijan dan kacang. Mudah kan?",
"Resepi dari Nor Hafiza Ghazali yang mendapat perkongsian ramai di laman muka buku ini pasti mudah diikuti dan dijamin sedap. Yang paling penting boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Apa lagi? Jom mencubanya. Boleh simpan buat stock nanti. Orang Kedah kata ” buat beda mencicah petang-petang nanti”. “Boleh ketagih tau”. ",
"Mudahkan? Tak payah pening-pening fikir macam mana nak buat. Orang Kedah kata “kacang ja kan?” jadi apa lagi? Selamat mencuba ya. Tips kalau nak kuah rojak tahan lama, simpanlah di dalam peti ais. Boleh tahan sampai berbulan. InsyaAllah tak berkulat.",
"Oh ya, selain dari resepi Kuih Rojak ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain."
] |
https://bidadari.my/anak-anda-minat-dengan-dunia-seni-kreatif-nah-senarai-10-pusat-seni-kraf-untuk-kanak-kanak/
|
Anak, Featured, Keluarga
Anak Anda Minat Dengan Dunia Seni Kreatif? Nah Senarai 10 Pusat Seni Kraf Untuk Kanak-Kanak
Oleh Faz
|
[
"Tahukah anda bahagian otak mana yang terbentuk dahulu dalam hidup manusia?",
"Tahukah anda pada umur berapa otak manusia berkembang dengan pesatnya?",
"Tahukah anda bahagian otak mana yang perlu dirangsang terlebih dahulu?",
"Menurut Dr. Putri Afzan Maria, seorang pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak, otak bahagian kanan terbentuk terlebih dahulu berbanding otak kiri. Proses ini berlaku dengan pesatnya ketika anak berusia 0 – 7 tahun pertamanya.",
"Manakala, pembentukkan otak kiri pula hanya bermula selepas umur 7 tahun. Perkembangan otak kanan perlu lengkap dahulu sebelum bermulanya perkembangan otak kiri.",
"Persoalannya, apakah fungsi otak kanan ini?. Apakah kepentingan kepada kanak-kanak yang dalam fasa ‘golden age‘ ini?. Fungsi otak kanan ialah:",
"Perkembangan otak kanan yang baik akan membantu dalam perkembangan otak kiri yang baik juga apabila kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas iaitu apabila mereka sudah bersedia untuk pembelajaran akademik secara formal kelak.",
"Berhenti daripada pendedahan kepada literasi dan numerasi terlalu awal kepada anak kecil tanpa mempelajari kaedah yang betul kerana khuatir akan merencatkan perkembangan otak kanan mereka yang sedang rancak berkembang.",
"Digalakkan ibu bapa kini merancang dan melakukan aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak kanan anak-anak mereka secara optimum. Salah satu caranya ialah dengan aktiviti seni kraf.",
"Bagi yang tidak mempunyai idea untuk beraktiviti seni dengan anak, jangan risau ya. Terdapat banyak pusat seni dan kraf yang ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak.",
"Nah! Senarai 10 pusat seni kraf yang boleh anda pertimbangkan untuk menghantar anak-anak anda berkarya.",
"1. My Art Studio, Ara Damansara",
"Menawarkan dua program yang berbeza mengikut tahap umur iaitu:",
"Mempunyai banyak cawangan di Malaysia. Antaranya dibeberapa lokasi berikut:",
"2. Art & Bonding, Desa Sri Hartamas",
"Lokasinya terletak di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Art & Bonding menawarkan pengalaman baru kepada kanak-kanak melalui seni kreatif yang penuh dengan aktiviti menarik.",
"Alamat: 22-3, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.",
"Menyediakan suasana yang interaktif, aktiviti yang menarik dan tenaga pengajar yang mempunyai dedikasi yang tinggi. Ini telah menjadikan Edenland Center salah satu pusat seni kraf yang mesti dikunjungi oleh kanak-kanak.",
"Pengalaman yang dirasai di sini pasti mampu menjadi platform untuk mencungkil potensi yang terdapat dalam diri kanak-kanak sebenar.",
"Alamat: No. 11A-1, Jalan Perdana 2, Taman Segar Perdana, 43200 Cheras, Selangor.",
"4. My Craft Studio, Damansara Jaya",
"My Craft Studio menyediakan ruang terbuka kepada si cilik dalam mengembangkan bakat dan potensi dalam diri mereka. Kanak-kanak akan belajar pelbagai teknik dan kemahiran melalui seni kraf yang dijalankan disini.",
"Alamat: 18C, SS22/21, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.",
"Pusat ini menggalakkan perkembangan mental kanak-kanak menerusi bidang seni origami.",
"Mereka akan belajar kemahiran dalam mereka pelbagai bentuk daripada kertas dan asas geometri yang terdapat dalam seni origami itu sendiri.",
"Secara tidak langung, seni origami ini akan membantu dalam perkembangan kognitif, kreativiti dan analitik si cilik.",
"Alamat: Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.",
"Lokasinya yang terletak di tengah ibu kota menjadikan Pandora sebuah pusat seni kraf yang mudah diakses.",
"Menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan dalam masa yang sama menggalakkan daya kreativiti kanak-kanak.",
"Alamat: 52A-1, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan, 52100 Kepong, Kuala Lumpur.",
"“The happiest moment of my day is when I’m with my students, when I see them smile, when I see the sense of satisfaction and achievement on their faces when their complete a project”.",
"Inilah luahan kepuasan oleh Ms. Pauline, pengasas studio ini. Melihat hasil kerja setiap pelajarnya ialah satu kegembiraan dan kebahagiaan buat dirinya sebagai tenaga pengajar.",
"Seni perlukan minat. Jika anak-anak anda cenderung ke arah bidang ini, buka jalan buat mereka mengembangkan bakat yang ada dengan menghantar mereka ke pusat-pusat seni kraf seperti Picco Artisto. Mereka pasti menjadi artis yang hebat!",
"Alamat: 69A, Jalan Bandae Rawang 2, Bandar Baru Rawang, 48000 Rawang Selangor.",
"8. Little Pick N Paint Studio, Ampang",
"Menyediakan silibus seni sesuai dari usia 3 tahun lagi. Antara program yang ditawarkan ialah:",
"Alamat: 89A, 1st Floor, Lorong Memanda 1, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor.",
"Lokasinya terletak di Setapak, Kuala Lumpur menjadikan pusat seni ini menjadi tumpuan ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing bagi mengasah bakat seni mereka.",
"Terdapat 4 jenis program yang ditawarkan iaitu:",
"Tenaga pengajar di sini percaya, setiap individu mempunyai keunikkan dan bakat tersendiri. Tiada silibus yang perlu diikuti disini. Malah, pelajar akan diberikan tugasan yang berbeza berdasarkan tahap keupayaan masing-masing.",
"Alamat: 2-10, 2nd floor, PV128, Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.",
"10. Apollo Art Class, Petaling Jaya",
"Apollo Art menawarkan pelbagai medium seni lukis daripada menggunakan water colour hingga ke oil painting. Kelas yang dijalankan sesuai dari kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun.",
"Mereka akan belajar tentang asas seni, campuran warna, melihat dan mewarna sesuatu objek dari perspektif yang betul. Jangan risau anak-anak anda akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman!",
"Alamat: Phileo Damansara 1, Suite 203 Block D Level 2, No 9 Jalan 16/11 Off Jalan 46350 Petaling Jaya, Selangor.",
"Mesti anda semua teruja untuk hantar anak ke pusat seni kraf seperti yang dikongsikan di atas bukan?Jom survey untuk anak-anak!."
] |
https://bidadari.my/tips-suami-isteri-bahagia-9-idea-romantik-untuk-suami/
|
Keluarga
Tips Suami Isteri Bahagia : 9 Idea Romantik Untuk Suami
Oleh Zafri Anuwar
|
[
"Hari ini kami kongsikan 10 tips suami isteri bahagia bagaimana menjadi romantik. Ianya tips yang mudah untuk anda aplikasikan. Cubalah wahai Sang Suami! :-)",
"Selesai sudah idea yang dikongsi. Semoga ianya bermanfaat. Adakah ini semua dambaan wanita? :-)"
] |
https://bidadari.my/punca-sakit-pinggang/
|
Kesihatan
5 Punca Sakit Pinggang Serta Tips Elakkan Selalu Sakit (JOM)
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Nak tahu punca sakit pinggang? Sakit pinggang bukanlah masalah yang asing bagi masyarakat di Malaysia. Kami pasti anda biasa mengalaminya. ",
"Namun apa yang membezakan ialah kekerapan anda dilanda sakit pinggang dan tahap kesakitan yang dialami. Ada orang cuma sakit pinggang biasa yang boleh hilang apabila berbaring. Ada orang sakitnya tahap serius, diurut oleh tukang urut berpengalaman masih tidak hilang.",
"Apakah yang dimaksudkan dengan sakit pinggang? Apakah puncanya? Apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada kerap sakit pinggang? Dan yang paling penting, apakah rawatan terbaik untuk sakit pinggang yang sedang anda alami sekarang.",
"Apakah yang dimaksudkan dengan sakit pinggang?",
"Sakit pinggang adalah ketidak selesaan atau kesakitan yang dialami pada kawasan pinggang. Sama ada di tengah pinggang, pinggang kanan, pinggang kiri, bahagian atas, atau bawah pinggang. Kesakitan pada kawasan tersebut digelar sebagai sakit pinggang. Tahap kesakitan sakit pinggang juga berbeza. Ada yang mengalami kesakitan pada satu-satu bahagian, dan ada yang mengalami kesakitan pada keseluruhan pinggang termasuk bahagian abdomen.",
"Dalam dunia perubatan moden, terdapat beberapa punca sakit pinggang yang telah dikenal-pasti. Jika anda kerap mengalami sakit pinggang dan tahap kesakitan menjadi semakin teruk, kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor dengan segera bagi memastikan bahawa adakah sakit pinggang yang anda alami berpunca daripada perkara-perkara berikut:",
"Jika anda mengalami sakit pinggang disebabkan oleh masalah tulang, kesakitan yang anda alami adalah pada bahagian tengah pinggang di mana tulang belakang anda berada. Di antara masalah tulang yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit pinggang ialah:",
"Sakit pinggang yang disebabkan oleh masalah otot dikenali sebagai Lumbago. Ini adalah di antara punca sakit pinggang yang paling kerap berlaku di Malaysia, terutamanya pada golongan yang berusis 30 tahun ke atas. Di antara masalah otot yang boleh menyebabkan anda sakit pinggang adalah:",
"Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah organ yang terlatak pada bahagian yang sakit, iaitu sama ada sakit di pinggang kanan atau pinggang kiri.",
"Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh trauma pada bahagian belakang yang menyebabkan berlakunya kecederaan pada organ, tulang ataupun otot yang terdapat pada bahagian tersebut.",
"Punca sakit pinggang yang seterusnya ialah masalah pada saraf yang terdapat di bahagian pinggang. Saraf yang biasanya terjejas ialah saraf sciatica ataupun saraf cengkeraman. Apabila saraf ini bermasalah, anda akan mengalami sakit pinggang yang teruk dengan kerap.",
"Bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada sakit pinggang dengan kerap?",
"Anda boleh mengelakkan sakit pinggang dengan mengamalkan tips-tips berikut:",
"Rawatan sakit pinggang bergantung kepada puncanya. Namun secara am, sakit pinggang boleh dihilangkan dengan pengambilan ubat seperti Ibuprofen, Naproxen, Mephenamic acid dan juga Paracetamol. Anda juga boleh tuam ais atau air panas pada bahagian yang sakit untuk menghilangkan sakit pinggang yang dialami.",
"Itulah dia punca sakit pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kaki kebas, punca kerap sembelit, dan punca pedih ulu hati."
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-di-miri/
|
Travel
15 Tempat Menarik Di Miri Yang Tak Ramai Pelancong Tahu
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Miri sememangnya pusat peranginan yang utama di Sarawak. Di sinilah letaknya gua terbesar di dunia dan tasik terbesar di Sarawak. Bunyi macam menarik, kan. Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Miri yang tak ramai pelancong tahu.",
"Berkeluasan 52,864 hektar, Taman Negara Gunung Mulu cukup kaya dengan flora dan faunanya. Kekayaannya ini menjadikan Taman Negara Gunung Mulu sebagai salah satu taman hijau yang paling banyak diselidiki di dunia. Dikatakan tumbuhan jenis vaskular sahaja terdapat lebih daripada 3000 spesies di dalam hutan ini.",
"Taman Negara ini juga menempatkan gunung yang memiliki gua-gua yang wajib diteroka sekiranya ke Sarawak seperti Gua Rusa dan Gua Air Jernih. Kalau anda nak tahu, di sini jugalah terdapatnya ruang bawah tanah yang terbesar di dunia yang dipanggil Sarawak Chamber sehingga dikatakan boleh memuatkan 40 buah kapal terbang! Memang banyak tarikan luar biasa di Taman Negara ini.",
"Kalau anda memiliki stamina yang tinggi, anda boleh merancang untuk mendaki sehingga ke puncak gunung untuk menikmati pemandangan yang seluas pandangan sekitar Taman Negara.",
"Bayaran: Dewasa MyKad: RM15, Pelancong: RM30 | Kanak-kanak MyKad: RM5, Pelancong: RM10 | Kanak-kanak 6 Tahun Kebawah Percuma | Warga Emas (60 Tahun Keatas) RM7",
"Alamat: Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak",
"Dari pusat bandaraya Miri untuk ke Hawaii Beach, hanya mengambil masa 25 minit pemanduan. Sampai sahaja di Kampong Bakam iaitu lokasi di mana terletaknya Hawaii Beach ini, anda perlu berjalan kaki melalui papan kayu yang disediakan untuk menuju ke destinasi yang diimpikan.",
"Sambil menikmati pemandangan pantai ‘hawaii’ ini anda boleh berbbq dengan menggunakan peralatan bbq yang disediakan dengan caj tambahan.",
"Gua Niah ini bukanlah gua yang biasa, kerana sebenarnya dari satu bahagian gua ke bahagian yang lain, memiliki tarikan tersendiri. Gua yang terdiri daripada sebuah Gua Besar dan beberapa Gua Kecil ini pernah menjadi penempatan awal manusia sekitar 40,000 tahun yang lalu.",
"Sebelum memasuki kawasan gua yang legend ini, anda perlu melalui laluan berpapan yang berketinggian beberapa kaki daripada lantai hutan sambil disajikan dengan udara segar dan bunyi kicipan burung serta haiwan-haiwan lain.",
"Setelah beberapa minit perjalanan, anda akan sampai ke Gunung Dagang dan seterusnya Kompleks Gunung Besar yang menjadi penempatan awal manusia beribu tahun yang lalu.",
"Apa-apa pun, sebelum anda ke sini dan berniat untuk menerokai gua-guanya, anda perlulah memakai penutup kepala untuk mengelak daripada terkena najis kelawar. Di samping itu, lampu suluh juga jangan lupa dibawa, kerana terdapat laluan yang gelap-gelita perlu dilalui untuk melihat banyak lagi gua-gua lain.",
"Alamat: Taman Negara Niah, 98200 Miri",
"4. Miri City Fan Recreation Park",
"Bertempat di dalam Miri Resort City, Miri City Fan Recreation Park merupakan taman indah yang berbentuk seperti kipas yang pernah mendapat anugerah lanskap bandar yang terbaik di Malaysia pada tahun 2001.",
"Taman yang berkeluasan 10.4 hektar ini memiliki tarikan-tarikan seperti Musical Fountain, Islamic Garden, Health Garden, Chinese Garden yang lengkap dengan kolam ikan koi dan Pustaka Miri. Tapi yang paling best sekali adalah kemudahan kolam renang awamnya, yang juga menawarkan kelas renang bagi anda yang berminat untuk belajar skill sunnah ini.",
"5. The Grand Old Lady No. 1",
"The Grand Old Lady No. 1 ini adalah nama yang diberikan kepada telaga minyak yang tertua di Malaysia yang menggunakan peralatan kabel, sebab itulah ianya digelar sebagai ‘Old Lady’ iaitu seorang ‘ibu’ yang cukup berharga bagi negaranya. Tanpa minyak, mana mungkin Malaysia sekaya ini.",
"Lokasinya, adalah di atas Bukit Kanada yang memaparkan pemandangan bandar Miri sekiranya anda berdiri di hadapannya. Anda boleh merancang untuk berjoging bersama keluarga di trek yang disediakan di sekitarnya.",
"Bukit ini adalah bukit batu kapur yang cukup terkenal kerana menyajikan pemandangan yang memukau sekitar Miri.Bukan itu sahaja, di sini jugalah terletaknya Muzium Petroleum untuk anda lawati bersama anak-anak bagi mengenali dengan lebih mendalam mengenai teknologi cari gali di Malaysia.",
"Kenapa dibina muzium petroleum di Bukit Kanada? Kerana di bukit yang sama inilah lokasinya telaga minyak pertama digali oleh syarikat Shell Sarawak pada tahun 1910.",
"Terletak 3 km dari bandaraya Miri, Taman Awam Miri merupakan taman indah yang dibina di atas bukit dikelilingi oleh lanskap penuh kehijauan yang menenangkan jiwa.",
"Jangan terkejut, kerana taman ini bukanlah seperti taman biasa yang memiliki trek berjoging dengan tempat bersantai tapi, ia sebenarnya cukup menarik dengan tarikan seperti jambatan gantung yang merentasi taman, menara peninjau, dan apabila turun dari menara peninjau ini pula anda akan terlihat kolam renang awam yang lengkap dengan gelongsor serta taman permainan dalam air, memang syoklah! Yang bestnya lagi, untuk bermandi-manda di kolam renang yang luas ini adalah percuma!",
"Alamat: Bintulu – Miri Rd, Taman Awam Miri, 98000 Miri",
"Bertempat di sebuah lokasi yang agak tersorok, iaitu di hujung ladang kelapa sawit yang mana anda perlu berjalan kaki dalam 30 meter untuk turun ke kawasan pantainya, Pantai Tusan Bekenu.",
"Apa istimewanya pantai ini sehinggakan orang sanggup bersusah-payah untuk datang melawat? Semua ini bermula pada tahun 2015, apabila seorang jurugambar tempatan telah menangkap foto yang memaparkan fenomena bio-luminescence ataupun air mata biru yang cukup mengujakan sesiapa sahaja yang melihat. Fenomena alam yang unik ini berlaku disebabkan gangguan oksigen yang berlaku terhadap mikroorganisme di dalam air.",
"Alamat: Exit Jalan Bekenu – Miri Coastal, 98150 Miri",
"Tebing Tusan adalah satu lagi tarikan lain yang terletak di Pantai Tusan Bekenu. Anda sekeluarga dapat melihat pembentukan-pembentukan batu yang unik pada bukit di tepian pantai yang telah dihasilkan oleh hempasan ombak yang berlaku tanpa henti.",
"Namun, dalam banyak-banyak pembentukan batu di sini, anda pasti akan tertarik dengan satu bentuk batu yang lain daripada yang lain, diberikan nama Batu Kuda, batu ini memang betul-betul kelihatan seperti kuda yang sedang minum air dari laut. Apa lagi? Inilah lokasi best bergambar!",
"Alamat: Exit Jalan Bekenu – Miri Coastal, 98150 Miri",
"10. Miri Crocodile Farm & Mini Zoo",
"Miri Crocodile Farm & Mini Zoo adalah sebuah lokasi yang patut dilawati di Sarawak. Kalau tak datang, memang rugi. Seperti namanya, Miri Crocodile Farm cum Mini Zoo, ia bukanlah sekadar memberi peluang untuk anda mendekati buaya-buaya yang tak terkira banyaknya, tetapi juga banyak haiwan lain di zoo mininya.",
"Antara haiwan eksotik yang terdapat di sini adalah beruang madu, monyet, python, landak, burung merak, dan banyak lagi termasuklah burung yang paling berbahaya di dunia, kasuari.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)",
"Bayaran: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM10",
"Alamat: Lot 164, 24Km Miri-Kuala Baram Road, 98000 Miri",
"Perhatian kepada kaki shopping, dah datang ke Miri tu, mai singgah ke Boulevard Hypermarket! Dah puas mencuci mata di Boulevard Hypermarket, anda hanya perlu melalui jambatan untuk ke pusat membeli-belah kedua yang terletak di sebelahnya iaitu Permaisuri Imperial City Mall.",
"Tak merancang untuk bershopping barang? Di sini jugalah anda dapat melihat pelbagai pilihan makanan ataupun sekadar menonton salah satu filem Hollywood terbaru di panggung wayangnya. Sudah berpanas-panas di luar, apa salahnya meluangkan masa di bawah aircond tempat bershopping kan?",
"Air Terjun Latak adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak di dalam Taman Negara Bukit Lambir. Taman Negara yang terletak sekitar 30 km dari Miri ini menempatkan kawasan air terjun yang dikatakan sebagai kawasan rekreasi yang terbersih di Malaysia. Betapa asyiknya dapat anda sekeluarga nikmati keindahan alam semula jadi tanpa sebarang nodaan ini.",
"Untuk menuju ke Air Terjun Latak yang juga merupakan air terjun tertinggi dan terbesar di dalam Taman Negara ini, anda sekeluarga hanya perlu berjalan kaki selama 20 minit dari HQ Taman Negara.",
"Sampai sahaja di kawasan air terjun, anda boleh berenang dengan penuh keseronokan dalam kolam yang terbentuk pada kaki air terjun. Kemudahan seperti meja berkelah, bilik persalinan dan tandas turut disediakan.",
"Alamat: Taman Negara Bukit Lambir, Miri",
"Terletak di Jalan Brooke, Pusat Kraftangan Miri adalah satu lokasi yang perlu anda lawati sekiranya berada di Miri. Apalah gunanya bercuti ke sesebuah tempat tanpa melihat di depan mata penghasilan produk tradisionalnya, setuju?",
"Di Pusat Kraftangan inilah anda dapat melihat demo pembuatan kraftangan yang berasal dari bahagian utara Sarawak. Anda juga dapat membeli pelbagai barangan seperti ukiran kayu dan barangan manik yang dihasilkan Orang Ulu, bakul, tikar Penan dan banyak lagi. Yang paling best, jualan makanan etnik dan subetnik Sarawak juga boleh ditemui di sini.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)",
"Alamat: Miri Handicraft Centre, Jalan Brooke, Miri",
"Tamu Muhibbah ataupun Pasar Muhibbah ini lebih kuranglah seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Di sinilah anda dapat membeli-belah aneka makanan dan ramuan khas dari Sarawak.",
"Dalam banyak-banyak produk yang dijual di sini, yang menjadi tarikan utama adalah Beras Bario. Beras yang harganya mengalahkan kemahalan harga Beras Wangi Siam. Beras Bario ini kalau di tempat lain agak mahal harganya, namun di Miri, boleh dikatakan harga yang ditawarkan untuk Beras Bario ini adalah yang lebih murah daripada di tempat lain.",
"Rumah Api Tanjung Lobang adalah sebuah stesen rumah api yang mula dibuka pada sekitar tahun 1930-an dan masih lagi aktif sehingga kini. Namun begitu, menara ini ditutup dari orang ramai kecuali kawasan tapaknya.",
"Untuk pengetahuan anda, di sebelah rumah api ini terdapat Memorial Perang Dunia Kedua untuk memperingati orang Sarawak, India dan Indonesia yang terkorban semasa peperangan ini berlaku.",
"Alamat: Jln Bunga Tanjung 2, 98000 Miri",
"Itulah dia 15 tempat menarik di Miri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda."
] |
https://bidadari.my/cara-basuh-baju/
|
Keluarga
9 Cara Basuh Baju Supaya Wangi dan Bersih
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Jom baca cara basuh baju. Hampir setiap hari kita akan membasuh baju kotor. Dengan teknologi canggih masa kini, hampir semua orang dah tak basuh baju secara manual menggunakan tangan lagi. Kini, sudah ada pelbagai jenis mesin basuh dengan pelbagai fungsi.",
"Namun, ramai suri rumah yang pening kepala apabila baju yang dibasuh tetap tak bersih, malah berbau kurang menyenangkan. Di manakah salahnya? Dah tukar sabun basuh pun, masalah yang sama berulang lagi.",
"Kalau nak tukar sabun tak ada masalah. Tapi tak mungkin pula nak tukar mesin basuh. Sebenarnya, perkara ni terjadi disebabkan oleh teknik membasuh baju yang salah. Apa yang biasa kita buat?",
"Kumpulkan baju-baju kotor dalam bakul. Kemudian, masukkan semuanya ke dalam mesin basuh dan masukkan sabun pencuci serta pelembut pakaian. Bila dah siap basuh, kita menyidai baju-baju seperti biasa. Betul ke cara ni?",
"Jangan risau. Dalam artikel ni, penulis akan kongsikan cara basuh baju supaya kekal wangi dan bersih. Lepas ni, anda tak akan merungut menyalahkan mesin basuh lagi. Jom semak!",
"Seelok-eloknya baju-baju kotor jangan dikumpulkan lama-lama dalam bakul. Lebih baik basuh pada setiap hari. Apabila anda mengumpulkan semua baju tu, pelbagai bau akan terperangkap. Bau peluh, tertumpah kari, terpercik kuah masakan dan sebagainya.",
"Kesemua ni akan menggalakkan bakteria membiak disebabkan keadaan baju yang lembap dan basah. Lebih lama baju dikumpulkan, lagilah kuat bau hapak yang terhasil.",
"Pakaian-pakaian yang nak dibasuh seelok-eloknya diasingkan ketika membasuh. Asingkan mengikut jenis ketebalan, material dan saiz. Jika anda membasuh cadar katil atau langsir yang tentunya bersaiz besar, jangan masukkan baju.",
"Ini disebabkan apabila mesin basuh berada dalam mode ‘wash’ dan ‘spin’, baju-baju tersebut akan terbelit. Kesannya pakaian tak akan menjadi bersih dan kotoran akan terperangkap pada bahagian yang tak dapat dibasuh.",
"Baju yang kotor atau berbau perlulah dicuci dengan tangan terlebih dahulu untuk menghilangkan kesan. Jika tertumpah warna atau terkena sambal sardin, jangan terus masukkan ke dalam mesin basuh dengan baju-baju yang lain.",
"Cara yang betul ialah cuci, bilas dan rendam seketika. Anda boleh memasukkan sedikit sabun pencuci dan pelembut fabrik. Ia dapat menanggalkan kekotoran walau hanya secara ringan.",
"Namun, jangan rendam terlalu lama sehingga berjam-jam atau semalaman. Apabila direndam lama, akan ada bau yang kurang sedap. Bila dimasukkan ke dalam mesin basuh, baju-baju lain juga akan terkesan sama.",
"#4 Gunakan Sabun dan Pelembut Fabrik",
"Jangan lupa masukkan sabun pencuci khas untuk pakaian dan pelembut fabrik. Hanya sabun jenis ni yang mampu menanggalkan kotoran degil. Apabila menggunakan pelembut fabrik, ia dapat melembutkan kain dan memudahkan proses pencucian.",
"Pelembut fabrik yang terdapat di pasaran direka dengan fungsi untuk mewangikan pakaian sekaligus. Oleh itu, pakaian anda akan kekal wangi walau selepas kering.",
"Terdapat 2 jenis sabun pencuci pakaian iaitu yang berbentuk serbuk dan cecair. Jika diperhatikan, jenis cecair jauh lebih mahal berbanding serbuk. Ini disebabkan sabun cecair lebih mudah sebati dan menyerap ke dalam pakaian berbanding sabun serbuk.",
"Manakala, jenis serbuk ada yang kurang efektif untuk larut dalam air. Ia akan kekal menjadi serbuk walaupun baju dicuci berkali-kali. Kesannya, selepas selesai proses mencuci, saki-baki serbuk pencuci masih melekat pada baju.",
"Penulis mencadangkan baju-baju dibasuh pada waktu pagi sebelum anda menyidainya. Jangan cuci baju malam sebelumnya, kemudian membiarkan ia di dalam mesin basuh atau bakul. Lama-kelamaan, bau hapak akan mula terhasil.",
"Setelah cuci pada paginya, terus jemur sekitar pukul 10.00 pagi. Pada waktu itu, cuaca dah mula panas dan berangin. Apabila baju benar-benar kering, anda boleh terus angkat.",
"Jangan tak tahu pula, nak sidai baju pun ada tekniknya. Jangan main jemur saja. Apa yang anda perlu buat ialah jemur baju ikut ketebalan dan material. Sidai baju kurung yang berkain nipis sebaris dan t-shirt yang tebal sebaris yang lain.",
"Jangan campurkan antara baju yang nipis dan tebal kerana tempoh masa untuk proses pengeringan setiap material tu berbeza. Baju yang nipis lebih cepat kering berbanding yang tebal. Kalau anda mencampurkannya, susah pula nak tahu mana yang kering dengan yang tak.",
"#8 Jangan Jemur dalam Rumah atau Bilik",
"Sidai pakaian yang dibasuh di tempat yang panas dan berangin. Seelok-eloknya, jemur di luar rumah. Jika anda menyidai di dalam rumah atau bilik yang mempunyai pengudaraan yang kurang baik, pakaian akan menjadi lembap.",
"Masa yang diambil untuk kering pun menjadi sangat lama dan pastinya bau kurang enak nanti. Jika kawasan rumah anda tidak mempunyai kawasan tanah lapang, boleh disidai di halaman rumah yang tertutup. Yang penting masih ada ruang untuk cahaya matahari masuk.",
"Anda mesti perasaan di bahagian dalam mesin basuh terdapat penapis (filter) yang menyedut kotoran dan habuk yang terdapat pada pakaian. Jangan lupa bersihkannya dengan kerap. Buang semua kotoran yang tersangkut dan membilasnya.",
"Jika kita biarkan kotoran terkumpul di dalamnya, lama-kelamaan nanti kotoran tersebut akan terkeluar semula. Ini kerana penapis tersebut dah tak mampu menampung kotoran lagi. Tak pasal-pasal baju yang dibasuh kotor semula.",
"Setakat ni saja perkongsian tentang cara basuh baju supaya wangi dan bersih. Jangan lupa kongsikan dengan keluarga, jiran dan sahabat handai. Jika pembaca yang dikasihi mempunyai tips-tips yang lain, sudilah berkongsi dengan kami. Jemput juga baca artikel cara cuci mesin basuh dan cara kemas rumah cara KonMari"
] |
https://bidadari.my/resepi-ayam-panggang-bbq/
|
Resepi
Resepi Ayam Panggang BBQ (Lazat Teramat)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mahu cuba resepi ayam panggang BBQ yang mendapat perkongsian ramai?",
"Setiap kali hari raya mahupun perayaan lainnya, ayam panggang BBQ selalu yang palng dicari. Menghabiskan masa semasa memanggang bersama rekan mahupun keluarga.",
"Ayam panggang BBQ biasanya selalu menjadi peneman acara kemah mahupun acara outdoor lainnya. Tentunya kepiawaian dalam memasak menggunakan resepi yang sedap adalah sangat penting.",
"Untuk itu kami menghadirkan resepi ayam panggang BBQ yang terbukti sedap kerana telah mendapat perkongsian ramai di Facebook. Resepi daripada Rosma Ros ini dibuat dengan penuh kasih sayang dan khas untuk anda pecinta BBQ.",
"Setelah ini tak perlu risau lagi mencari resepi ayam panggang BBQ yang menarik kerana resepi ini adalah tepat untuk anda tiru. Sila cuba di rumah anda.",
"Selain resepi ayam panggang BBQ, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-tomyam-putih-thai-mudah-dan-sedap/
|
Keluarga
Resepi Tomyam Putih Thai Mudah dan Sedap
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Siapa yang tidak sukakan masakan tomyam? Tomyam putih mahupun merah? Digabungkan dengan telur dadar dan nasi putih mampu buat penggemar tomyam menambah nasi yer. Uishh.. sedapnya kan. Tapi jangan tak tahu, kalau tak kena gaya masakan tomyam boleh jadi kurang sedap. Itu yang nak selamat dan senang makan di kedai ataupun masak menggunakan pes atau kiub tomyam segera. Lagi-lagi tomyam putih thai. Berbanding dengan tomyam merah ianya lebih susah sedikit untuk adjust rasa.",
"Tapi jangan risau, di sini kami kongsikan resepi mudah dari Syima Sani. Beliau pun dapat resepi ini dari jiran beliau. Sangat mudah dan hanya campak-campak sahaja. Bolehlah masakkan di rumah nanti. Selain nasi, tomyam juga boleh dimakan dengan mee, bihun dan kuey teow. Memang cukup sedap dan menyelerakan jika anda buntu untuk memikirkan menu apa untuk hidangan anda. Jom tengok resepi nya !",
"– Didihkan air & bahan *.",
"– Kemudian masukkan ayam hingga masak.",
"– Masukkan sayuran, cili & bawang (masak sekejap dan terus tutup api)",
"– Tambah gula, garam, daun limau & jus limau (sesuaikan rasanya)",
"Selain resepi tomyam putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/punca-hati-mati/
|
Rohani
Punca Hati Mati
Oleh Rabiatul Adaweeyah Othman
|
[
"Jom ketahui punca hati mati untuk renungan kita bersama.",
"Hati merupakan suatu organ penting yang bermulanya niat lalu diturunkan melalui mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya sebagai perbuatan dosa atau kebaikan yang membawa pahala. Jadi hati haruslah dijaga serta dididik dengan keimanan dan kebaikan supaya menjadi hati yang bersih dan bernilai.",
"Namun, hati juga boleh menjadi rosak, gelap, hitam dan busuk jika tidak dijaga, dibiarkan dan terdidik dengan noda dan dosa, apatah lagi terbiasa dengan kejahatan.",
"“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”",
"Bahkan selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:",
"“Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”",
"Hati yang terbiasa dengan perkara yang kotor akan terus menjadi hitam dan keras sehingga tidak dapat menerima apa-apa kebaikan lagi. Bahkan segala kejahatan, dosa serta maksiat adalah makanan kepada hati itu. Segala ilmu serta iman bagaikan terlantun keluar daripada hati-hati yang sekeras batu ini.",
"Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari, sebahagian daripada tanda mati hati itu adalah; Tidak berasa dukacita walau tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan, juga tidak menyesal jika berbuat sesuatu pelanggaran dosa.",
"Kenapa hati mati? Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati itu mati, antaranya;",
"Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:",
"Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a, akan empat perkara yang menyebabkan hati menjadi mati iaitu :",
"Sedangkan ada empat perkara yang menyebabkan hati bercahaya iaitu :",
"Jika sesuatu hal bermula dari hati, jadi penyelesaiannya juga adalah dari hati. Antara cara yang boleh diikhtiarkan bagi menemuai hati yang baru dan menyucikan hati adalah;",
"Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:",
"“Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi. Lalu orang bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?’ Jawab Rasulullah: ‘Membaca al-Quran dan mengingati mati’.”",
"Penutup: Santapan Rohani yang Baik, Menjadikan Hati itu Baik",
"Hati yang mati adalah satu malapetaka terhadap manusia itu. Kita bukan sahaja gagal bahkan tidak amanah dalam menjaga sesuatu amanah Allah yang sangat berharga. Dalam kata lain, sekiranya hati itu rosak, maka rosaklah jua sesorang manusia itu. Bahkan kegagalan ini akan dipersoaljawabkan di hadapan Allah SWT kelak.",
"“Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” ",
"Ingatlah, hati yang mati adalah hati yang tidak mendapat santapan rohani yang baik, seperti matinya jasad yang tidak mendapat makanan yang baik. Santapan rohani yang dimaksudkan itu adalah zuhud dengan duniawi, zikrullah serta bersahabat dengan golongan yang Allah kasihi.",
"Dengan itu haruslah kita gilapkan hati dengan iman dan amal agar ianya tidak berkarat dengan kekotoran, hitam, buta seterusnya mati!",
"Jemput juga membaca artikel menarik kami dan anda pasti menyukai tanda hati hitam dan rezeki Allah"
] |
https://bidadari.my/resepi-kuih-cara-pandan/
|
Resepi
Resepi Kuih Cara Pandan Versi Tradisional
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Kuih cara pandan ialah kuih tradisional Malaysia yang sangat disukai orang ramai. Kuih ini terbuat daripada tepung gandum yang digaul dengan air, santan dan daun pandan. Kuih ini biasanya di bakar dan diletakkan sedikit gula sebagai inti. Jadi pabila memakannya, dapat dirasai rasa lemak-lemak, bau pandan dan manis gula.",
"Kuih ini bolehlah nak menjamu selera bersama seisi keluarga. Boleh juga nak dijadikan menu hidangan minum petang untuk tetamu. Kalau tak sempat sarapan pun, boleh jer bungkus dan makan dalam kereta sambil-sambil dengar radio. Takdela nak stress sangat kalau jalan jem pun.",
"Jangan risau. InsyaAllah dengan mengikuti resepi dari Rosmita Ismail yang pasti sedap. Pasti gembira tak terkata. Yela, puas hati kan bila benda yang kita nak menjamu tuh datangnya dari air tangan kita yang penuh kasih sayang. Jom tengok resepi nya. Kalau nak buat jual pun boleh kerana pemilik resepi menggunakan resepi ini untuk menjual juga yer. Jom tengok.",
"Dah siap. Mudah ke mudah? Sekelip mata jer kan. Okay, selain resepi kuih cara pandan ini, kami juga ada resepi menarik yang lain ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-ikan-pari-rebus/
|
Resepi
Resepi Ikan Pari Rebus (Ringkas dan Ekspres!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Kadang – kadang, apa yang anda perlukan dalam sehari adalah makanan yang mudah untuk dimasak. Sekiranya anda mencari resepi sebegitu, resepi yang kami bawakan kali ini amat sesuai untuk anda. ",
"Hari ini kami bawakan resepi ikan pari rebus bersama sos istimewa yang amat enak, mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini juga sesuai untuk para amatur sediakan kerana pasti akan menjadi. Selain itu, bagi mereka yang sedang berdiet, resepi ini juga sesuai untuk anda. ",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Dtn Seri Nor dan telah mendapat komen positif di laman Facebook milik beliau. Jom kita tengok!",
"Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba!",
"Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!"
] |
https://bidadari.my/pulau-di-terengganu/
|
Travel
10 Pulau di Terengganu Yang Menarik dan Cantik
Oleh hani
|
[
"Mencari senarai pulau di Terengganu? Terengganu merupakan salah satu negeri yang mempunyai banyak pulau yang menjadi tarikan pelancongan di negara ini. Tidak hairanlah negeri ini sentiasa penuh dengan pelancong.",
"Anda juga boleh melakukan banyak aktiviti menarik di pulau-pulau di sini. Jadi, berikut kami senaraikan senarai 10 pulau di Terengganu untuk anda. Teruskan membaca!",
"Alamat: Pulau Perhentian, 22300 Besut Terengganu",
"Siapa sahaja yang tidak pernah terdengar nama pulau ini? Pulau Perhentian merupakan antara pulau di Terengganu yang tersohor namanya.",
"Pulau Perhentian ini mempunyai dua bahagian – Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Agak-agak apa beza kedua-dua bahagian pulau ini?",
"Pulau Perhentian Besar ini adalah bahagian utama yang selalu disinggah oleh pelancong. Di sini juga terdapat kebanyakan tempat penginapan yang mewah dan bertaraf tinggi.",
"Pulau Perhentian Kecil juga turut disinggah ramai disebabkan oleh harga di kebanyakan tempat yang murah. Kemudahan awam seperti kedai-kedai, balai raya, pondok polis dan klinik kesihatan juga turut disediakan di sini.",
"Nama pulau ini diambil sempena pasirnya yang putih dan bersih yang dikatakan persis kapas. Ini juga membuktikan yang Pulau Kapas yang terletak di Kuala Terengganu ini merupakan pulau yang cukup terpelihara. ",
"Anda boleh melakukan aktviti-aktiviti menyeronokkan seperti snorkeling, berkanu, berkayak dan menaiki teksi air. Ada juga pengunjung yang berkhemah di Tapak Khemah LongSha. Tidak perlu bawa khemah, semuanya sudah disediakan.",
"Selain daripada aktiviti snorkeling dan berenang, anda juga boleh mendaki bukit yang berdekatan dengan pulau ini. Pemandangan pulau yang sangat mempersonakan boleh dilihat dari puncak bukitnya, memang best!",
"Pulau Lang Tengah yang terletak di daerah Kuala Nerus ini juga merupakan antara pulau yang terbaik untuk anda melakukan aktiviti snorkeling dan selam skuba. ",
"Ini disebabkan oleh kepelbagaian spesis hidupan laut serta terumbu karang yang ada di pulau ini. Semestinya anda akan terjumpa dengan penyu-penyu di sini semasa menyelam, satu pengalaman yang sangat menakjubkan!",
"Selain itu, anda juga boleh menginap di resort bertaraf 4 bintang di sini. Ada pelbagai resort sebegitu yang boleh anda pilih, jadi alang-alang melancong, bermalam sahaja di resort mewah yang cemerlang servisnya.",
"Pulau Redang – antara pulau yang bukan sahaja terkenal di Terengganu, malah di Malaysia. Air lautan yang jernih serta pantai memutih yang biasa anda lihat di poskad memang ada di Pulau Redang!",
"Antara tarikan istimewa di sini ialah sandbank atau tebing pasir. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dan seterusnya, anda boleh berjalan-jalan sambil menghayati pemandangan lautan membiru yang indah.",
"Aktiviti lain yang boleh anda lakukan termasuklah bersiar-siar dengan menaiki teksi air atau bot, snorkeling dan menyelam skuba. Aktiviti menyelam sememangnya popular disebabkan oleh keindahan pulau ini.",
"Alamat: Pulau Bidung Laut, Kuala Terengganu, Terengganu",
"Pulau Bidong ini boleh dikatakan sebagai pulau yang penuh bersejarah di Terengganu. Pulau ini pernah menjadi penempatan sementara untuk pelarian Vietnam pada tahun 1978 hingga 1991.",
"Setelah itu, pulau ini dikatakan terbiar. Namun disebabkan oleh sektor pelancongan di Terengganu yang berkembang pesat, pulau ini kembali ‘hidup’ dan sering disinggah oleh orang ramai.",
"Anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan selam skuba untuk melihat terumbu karang di sini yang cantik dengan lebih dekat. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot yang memakan masa sekitar 40-45 minit.",
"Mungkin kebanyakan pembaca tidak pernah terdengar nama pulau ini. Walaupun tidak se-popular pulau-pulau yang lain, Pulau Rhu ini tetap diserbu oleh pengunjung disebabkan oleh tarikan istimewa di sini.",
"Tarikan yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan. Antaranya ialah berenang, snorkeling dan menaiki bot banana yang bukan sahaja menyeronokkan, malah selamat.",
"Keindahan serta kebersihan pulau ini juga turut dipuji ramai. Sama seperti pulau-pulau lain di Terengganu, air di pulau ini membiru dan jernih, persis kristal. ",
"Pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Kapas ini dikenali dengan nama Pulau Gemia. Namanya diambil bersempena dengan pohon yang boleh didapati di puncak bukit pulau ini.",
"Walaupun pulau ini sedikit terpencil berbanding pulau lain, ianya menjadi tempat pilihan ramai untuk bersantai disebabkan oleh suasana tenang dan damai di sini.",
"Pulau ini bukan sahaja indah, malah persekitarannya juga bersih. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari jeti Marang yang memakan masa sekitar 10-15 minit sahaja untuk tiba di sini.",
"Pulau Tenggol merupakan pulau terakhir di serangkaian pulau yang merangkumi Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Ia dihubungkan melalui feri ke Kuala Dungun.",
"Pulau ini juga sangat terpelihara. Airnya yang bersih, membiru dan jernih merupakan bukti yang pulau ini tetap terjaga walaupun dibanjiri oleh ramai pelancong.",
"Antara spesis hidupan laut yang ada di sini ialah penyu, berbagai jenis spesis ikan dan terumbu karang yang cantik-cantik. Anda boleh melihat spesis ini dengan lebih dekat jika anda melakukan aktiviti snorkeling.",
"Pulau Wan Man adalah sebuah pulau kecil di Kuala Terengganu. Di pulau ini juga terletaknya Taman Tamadun Islam Malaysia yang dibuka pada tahun 2008.",
"Pulau ini pada asalnya tiada pengunjung namun setelah Taman Tamadun Islam dibuka, ianya tidak putus-putus menerima kunjungan dari orang ramai. Masjid Kristal juga merupakan antara tarikan utama di pulau ini.",
"Mencari pulau yang terpencil untuk merehatkan minda? Di Terengganu, Pulau Rawa ini boleh dikatakan pulau hidden gem yang pasti sesuai disinggah untuk tujuan itu.",
"Pulau ini tidak mempunyai tempat penginapan, jadi anda perlu ke sini dengan menaiki bot yang memakan masa sekitar 1 jam untuk tiba. Disebabkan kekurangan pengunjung, ianya juga sangat bersih.",
"Airnya jernih membiru dan pasirnya juga putih. Aktiviti snorkeling juga boleh dilakukan disebabkan oleh variasi hidupan laut di sini, pasti lebih menyeronokkan!",
"Anda pasti teruja setelah membaca senarai pulau di Terengganu ini, bukan? Semuanya cantik-cantik dan mempunyai keunikan serta sejarah yang tersendiri. Alang-alang bercuti, singgah sahaja di pulau-pulau ini.",
"Selain artikel ini, kami juga menulis artikel tempat yang lain untuk dilawati. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial."
] |
https://bidadari.my/resepi-brownies-kedut/
|
Keluarga, Resepi
Resepi Brownies Kedut (Lazat, Menarik dan Mudah!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Jom cuba resepi brownies kedut ini!",
"Brownies yang mewah dengan rasa coklat. Kedutannya itu disebabkan penggunaan coklat yang banyak. Anda bebas menggunakan jenis coklat dan koko kegemaran anda. Tapi keenakkannya diterjemahkan oleh pengunaan koko dan coklat yg berkualiti.",
"Mudah saja pembuatannya, guna tangan pun boleh. Langkahnya yang mudah pasti membuatkan ia menjadi sebuah aktiviti yang baik untuk dilakukan bersama-sama anak-anak dan seisi keluarga.",
"Resepi ini telah dikongsi oleh Siti Sarah dan mendapat banyak perkongsian di laman sosial Facebook. Selamat mencuba!",
"1. Masukkan kesemua Bahan A dan cairkan. Boleh guna kaedah double boil atau boleh guna microwave. Bila dah cair dan sebati, ketepikan sampai sejuk atau suam-suam.",
"2. Dalam bekas lain, masukkan Bahan B. Pukul 3 biji telur dengan gula castor sampai sebati menggunakan whisk. Tambah esen vanilla.",
"3. Bila Bahan A yang cair tadi dah sejuk atau suam-suam sikit, campurkan dengan Bahan B yang dipukul tadi. Kacau sebati.",
"4. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak tadi. Kacau biar sebati. Jangan kacau terlalu lama ye.",
"5. Lapik loyang 9″ × 9″ dengan baking paper. Lebihkan baking paper dibahagian sisi kiri dan kanan loyang (tujuannya supaya mudah untuk keluarkan brownies) kemudian tuangkan bancuhan brownies tadi & ratakan.",
"6. Bakar pada suhu 170celcius selama 35-40 minit bergantung pada oven memasing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15-20 minit.",
"7. Bila dah masak, keluarkan brownies dari oven dan biarkan sejuk sebelum potong mengikut saiz yang anda suka.",
"Resepi – Resepi Lain Yang Menarik:",
"Selain daripada resepi Brownies Kedut ini, terdapat beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba. Jangan lupa mencuba ya!",
"Jangan lupa share artikel – arktikel kami bersama keluarga dan rakan rakan ya!"
] |
https://bidadari.my/balasan-anak-derhaka/
|
Keluarga
Balasan Anak Derhaka Menurut Ustaz Azhar Idrus
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Kalau dulu-dulu ada satu kisah tentang seorang anak derhaka yang bernama Si Tanggang atau di Indonesia digelar Malim Kundang. Malah jika anda ke Indonesia anda boleh melawat batu yang berbentuk manusia dan kapal pecah yang boleh dikaitkan dengan kisah balasan anak derhaka bernama Malim Kundang. ",
"Di dalam islam, kedua ibu bapa diletakkan pada kedudukan yang sangat mulia di mana anak-anak wajib mentaati dan menghormati mereka sehingga ke hujung nyawa. Itulah sebabnya kita biasa dengar orang kata anak derhaka biasanya akan mendapat balasan di dunia. Tak perlu tunggu tunggu balasan di neraka.",
"Tahukah anda bahawa derhaka kepada kedua ibu bapa adalah termasuk dalam empat dosa besar iaitu berada setaraf dengan tiga dosa besar yang lain iaitu:",
"Anak derhaka ialah anak yang tidak menghormati ibu bapanya dan tidak mahu berbakti kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah tua. Kenapa kita selalu mendengar orang kata dosa derhaka kepada ibu bapa akan dibalas secara cash di dunia? Yang sebenarnya ia adalah berdasarkan hadith yang berikut:",
"“Dua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.” ( Hadith riwayat Tabrani )",
"Jadi, apakah balasan bagi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya?",
"Ini adalah balasan yang paling ditakuti oleh semua manusia yang bergama islam. Syurga adalah idaman semua dan neraka adalah balasan yang paling ditakuti kerana azabnya tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia. Balasan untuk anak derhaka ialah diharamkan baginya untuk masuk syurga. Ia adalah berlandaskan hadith berikut:",
"“Ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah masuk syurga, iaitu pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua orang tua, dan juga seorang dayus (merelakan kejahatan berlaku di dalam keluargannya, merelakan isteri dan anak perempuannya berkelakuan serong)”. (Hadith riwayat Nasa’i dan Ahmad)",
"Keredhaan Allah adalah idaman setiap muslim. Ini kerana sekiranya hidup kita dimurkai oleh Allah, kita tidak akan mendapat hidup yang berkat dan berbahagia di dunia dan akhirat. Salah satu balasan untuk anak derhaka ialah dimurkai oleh Allah. Ia adalah berdasarkan hadith berikut:",
"“Keredhaan Allah tergantung keredhaan orang tua, dan murka Allah pun tergantung pada murka kedua orang tua”. (Hadith riwayat al-Hakim)",
"Tidak diterima oleh Allah amal ibadah dan Solatnya",
"Takutkah anda kalau kami katakan bahawa Allah menolak setiap amal ibadah dan solat yang dilakukan oleh seorang anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya? Ianya adalah berdasarkan hadith yang berikut;",
"“Allah tidak akan menerima Ibadahnya, solatnya orang yang dibenci kedua orang tuanya yang tidak menganiaya kepadannya”. (Hadith Riwayat Abu al-Hasan bin Makruf)",
" “Ada tiga hal yang menyebabkan terhapusnya seluruh amal, iaitu syirik kepada Allah, durhaka kepada orang tua dan seorang alim yg dipermainkan oleh orang dungu & jahil”. (Hadith Riwayat Thabrani). ",
"Tidak termasuk dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW",
"Nabi Muhammad tidak mengaku mereka yang menderhaka kepada ibu bapa sebagai umatnya. Menurut Ad-Dailamy, Rasulullah bersabda bahawa:",
"“Tidak termasuk dari golongan kami orang-orang yang diperluas rezekinya oleh Allah lalu ia tidak memberi nafkah kepada keluargannya”. (Hadith Riwayat Ad-Dailamy)",
"Termasuk dalam golongan mereka yang kafir",
"Golongan kafir ialah mereka yang menolak agama Allah dan menyembah tuhan selain Allah. Dari sudut pandangan islam, mereka yang menderhaka kepada ibu bapa adalah termasuk dalam golongan manusia yang kafir. Ia adalah berdasarkan hadith yang berikut:",
"“Jangan membenci kedua orang tuamu. Barang siapa Orang yang mengabaikan kedua orang tua, maka dia kafir”. (H.R. Muslim).",
"Sekali lagi, dosa merderhaka kepada kedua ibu bapa akan dibalas secara cash di dunia. Al-Hakim dan Al-Ashbahani, dari Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:",
"“Setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah SWT sekehendak-Nya sampai hari kiamat, kecuali dosa besar yang mendurhakai kedua orang tua. Sesungguhnya Allah SWT akan menyegerakan (balasan) kepada pelakunya didalam hidupnya sebelum mati”.",
"Dari Aisyah r.a, Rasulullah saw bersabda:",
"“Dikatakan kepada orang yang durhaka kepada kedua orang tua, berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku tidak akan mengampuni. Dan dikatakan kepada orang yang berbakti kepada orang tua, bahawa berbuatlah sekehendakmu, sesungguhnya Aku mengampunimu.” (Hadith Riwayat Abu Nu’aim).",
"“Sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak perjalanan seribu tahun, dan demi Allah tidak akan mendapatinya barang siapa yang derhaka kepada orang tuanya”. (Hadith Riwayat Thabrani)",
"“Apabila seseorang tidak meninggalkan doa bagi kedua orang tuanya, maka akan terputus rezekinya”. (Hadith Riwayat Ad-Dailamy)",
"Termasuk dalam golongan mereka yang kerugian besar",
" “sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina, sungguh kecewa dan hina orang yang mendapati orang tuanya atau salah satunya sampai tua, lantas ia tidak dapat masuk surga”. (H.R. Muslim). ",
"Itulah dia info tentang balasan anak derhaka yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang masalah adab anak zaman moden, tips mendapatkan anak solehah, dan tanggung jawab seorang anak kepada ibu bapanya. "
] |
https://bidadari.my/resepi-aiskrim-malaysia-bersusu/
|
Resepi
Resepi Aiskrim Malaysia Bersusu (Inovasi Rakyat Malaysia!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Aiskrim Malaysia adalah salah satu manisan terunik yang hanya boleh didapati di Malaysia. Sekiranya anda di luar negara, pasti aiskrim Malaysia merupakan salah satu perkara yang anda paling rindukan. Ianya merupakan manisan wajib untuk kita sewaktu zaman kanak kanak. Teringat pula zaman membeli aiskrim Malaysia daripada jiran dengan harga 20 sen sebatang. ",
"Kini, aiskrim Malaysia juga diubahsuai menjadi lebih unik. Kalau dulu mungkin kita hanya akan dapat aiskrim Malaysia perisa Milo atau Bandung, tapi kini kita akan dapat aiskrim Malaysia perisa Vanilla bersusu yang amat lazat. Sangat sesuai untuk dihidangkan kepada anak anak kita. ",
"Resepi yang unik ini telah dikongsikan oleh Aida Radzuan dan mendapat banyak like serta komen positif di media sosial. Jom!",
"Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba: ",
"Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!"
] |
https://bidadari.my/14-petua-hilangkan-selulit/
|
Petua Tips
14 Petua Hilangkan Selulit Paling Mudah Di Dunia (Semulajadi)
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Selulit adalah lemak yang terkumpul pada satu bahagian badan, terutamanya pada perut, peha, punggung dan lengan. Sebagai seorang wanita, selulit adalah satu mimpi ngeri. Jom kami kongsikan petua hilangkan selulit yang boleh anda amalkan.",
"Sebelum itu, apa kata kita kenal-pasti dulu apakah punca berlakunya selulit. Di antara punca selulit ialah:",
"Usah risau. Anda boleh hilangkan masalah selulit dengan cara:",
"Selulit terjadi disebabkan oleh berat badan yang berlebihan. Oleh itu, cara terbaik untuk menghilangkan selulit ialah dengan cara menurunkan berat badan. Kebiasaannya, selulit akan hilang seiring dengan penurunan berat badan. Semakin banyak berat badan yang hilang, semakin kurang selulit pada tubuh badan anda.",
"Diet seimbang merupakan cara hilangkan selulit yang kedua. Pengambilan kalori yang berlebihan dalam diet seharian mengundang selulit. Kalau anda nakkan badan yang cantik tanpa selulit, mulai hari ini sila amalkan diet yang seimbang.",
"Apabila anda rajin bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif, secara automatik selulit akan hilang. Apabila anda rajin bersenam, toksin dalam badan akan keluar melalui peluh. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi, selulit berlaku disebabkan toksin yang terkumpul pada lapisan kulit.",
"Apabila anda rajin bersenam, toksin tak sempat untuk berkumpul dibawah kulit. Makanya, selulit anda juga akan hilang. Bersenam juga membantu menurunkan berat badan. Untunglah, selulit hilang berat badan pun turun.",
"Makanan pedas menghasilkan toksin yang akan berkumpul dalam kelenjar lemak. Toksin yang terkumpul akan memusnahkan kolagen dalam kulit lalu menyebabkan berlakunya selulit. Oleh itu, kalau anda jenis yang sukakan makanan pedas, bolehlah kurangkan sedikit pengambilan makanan pedas untuk mendapatkan kulit bebas selulit.",
"Duduk terlalu lama akan menganggu peredaran darah lalu menyebabkan selulit berlaku. Oleh itu, elakkan daripada duduk terlalu lama. Sekiranya pekerjaan anda memaksa anda untuk duduk setiap masa, jangan lupa untuk bangun setiap 30 minit. Berjalan keliling pejabat sebelum duduk semula.",
"Tak sangka kan, tekanan perasaan pun boleh jadi punca selulit. Pada zaman serba moden ini, stress dan tekanan perasaan merupakan perkara yang tak boleh dielakkan. Namun anda boleh berusaha untuk mengurangkannya. Ingat ye, kurang stress bermakna kurang selulit.",
"Selain mengurangkan stress, anda juga perlu pastikan diri anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari. Bukan handphone sahaja yang perlu dicaj setiap hari, tubuh badan anda pun sama. Dapatkan rehat secukupnya, pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti, secara automatik masalah selulit juga akan berkurangan.",
"Anda penggemar kopi dan teh? Perasan tak, makin banyak anda minum kopi makin banyak selulit pada tubuh badan anda. Oleh itu, kalau nak hilangkan selulit, anda perlu kurangkan pengambilan kafein. Satu cawan sehari dah memadai.",
"Selain kafein, anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian sekiranya anda ingin mengurangkan selulit pada tubuh badan. Apabila anda kurangkan pengambilan gula, berat badan anda juga akan berkurangan. Menarik, kan!",
"Seperti gula, pengambilan garam yang berlebihan dalam diet seharian juga bukanlah perkara yang baik untuk tubuh badan. Taknak selulit pada badan? Kurangkan garam dalam makanan. Kalau anda nak selamat, boleh tukar garam biasa kepada garam bukit yang jauh lebih sihat.",
"Makanan berminyak juga merupakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan selulit pada badan anda. Mengurangkan makanan berminyak bukan sahaja membantu menurunkan berat badan malah ia juga membantu menghilangkan selulit.",
"Siapa yang tak suka makan makanan segera? Ianya bukan sahaj murah malah memudahkan kehidupan seharian. Lapar tapi malas nak masak? Boleh telefon makanan segera untuk penghantaran ke rumah. Anda dalam perjalanan, berasa lapar tapi malas nak berhenti, masuk saja ke drivethru dan pesan makanan kegemaran.",
"Semua orang tahu kesan buruk makanan segera kepada kesihatan namun ianya sangat susah untuk dielakkan. Jika anda tak dapat berhenti dari memakan makanan segera, sekurang-kurangnya anda boleh kurangkan. Kalau selama ni anda makan makanan segera 3 kali seminggu, mulai hari ini boleh kurangkan kepada sekali seminggu sahaja.",
"13. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan",
"Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan makanan yang wajib anda makan setiap hari kalau nak hilangkan selulit.",
"Salah satu punca selulit ialah ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan. Untuk menghilangkan selulit, anda perlu menyeimbangkan semula hormon tersebut. Minyak omega-3 membantu menyeimbangkan hormon dalam tubuh badan sekali gus menghilangkan selulit.",
"Itulah dia 14 cara untuk menghilangkan selulit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan menyukai perkongsian kami tentang makanan untuk diet, cara kuruskan badan dan petua rambut gugur."
] |
https://bidadari.my/khasiat-buah-manggis/
|
Kesihatan, Petua Tips
18 Khasiat Buah Manggis Buatkan Anda Rasa Nak Keluar Beli Sekarang Juga
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Jemput baca artikel khasiat buah manggis ini.",
"Buah manggis atau Garcinia mangostana L. merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Buah manggis memiliki kulit lembut yang tebal dan berwarna ungu pekat yang melindungi isinya yang bewarna putih dan boleh dimakan. Jika durian dipanggil raja buah, manggis pula adalah ratunya.",
"Dipercayai manggis berasal dari kepulauan Sunda dan Moluccas di Indonesia, manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan ia agak sensitif. Pokok manggis tidak mampu hidup dengan baik pada suhu di bawah 4 °C atau lebih dari 38 °C. Biji benih manggis akan mati pada suhu 7 °C.",
"Pokok manggis tumbuh setinggi 5 meter (15 kaki) dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna dan getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.",
"Jom ketahui apakah khasiat buah manggis.",
"Berita baik untuk anda yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Kandungan Xanthone dalam buah manggis membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma badan.",
"Menurut penyelidik dari UCSI dan Monash University Malaysia pada tahun 2018, sebatian asid hidroksisitrik atau HSA dalam manggis membantu proses menurunkan berat badan.",
"Dalam kajian mereka, HSA didapati merencatkan lipogenesis (pembentukan lemak), menurunkan kolesterol, meningkatkan penghasilan glikogen dalam hati, menurunkan selera makan dan meningkatkan proses thermogenesis (memanaskan badan).",
"Fenomena ini semua boleh dikaitkan dengan perubahan metabolisme yang menjurus kepada penurunan berat badan dan pengurangan kadar pertukaran karbohidrat menjadi lemak.to fats.",
"Buah manggis tinggi kandungan antioksidan, vitamin C dan vitamin E yang sangat membantu untuk mencantikkan kulit dan anti penuaan. Nak awet muda? Jom makan buah manggis.",
"Antara nutrien yang terkandung dalam manggis yang menyumbang kepada kesihatan kulit ialah seperti protein, vitamin C, asid folik, vitamin B1, vitamin B2 dan mineral seperti mangan, kuprum dan magnesium.",
"Menurut kajian lepas, nutrien ini penting bagi tubuh badan kita untuk melancarkan proses penghasilan DNA, regangan otot, penyembuhan luka atau parut, ketahanan badan dan penderiaan saraf.",
"Kaum wanita mudah dijangkiti kulat Candida yang menjadi punca masalah seperti keputihan. Buah manggis mencegah pertumbuhan kulat sekali gus mencegah berlakunya keputihan.",
"Kajian lepas melaporkan bahawa kandungan alfa-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria. Manggis juga mempunyai cathechins, polifenol dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.",
"Antara petua tradisional untuk mengecutkan ketumbuhan cyst ialah dengan merebus kulit manggis & minum airnya jika anda disahkan mempunyai cyst. Insya Allah cyst anda akan kecut.",
"Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.",
"Pemerhatian ini mungkin boleh dikaitkan dengan kehadiran sebatian bioaktif dalam manggis yang rata-rata bersifat anti keradangan yang boleh meredakan bengkak dan keradangan selain bertindak sebagai antioksidan.",
"Namun, dakwaan ini masih belum dan perlu dibuktikan secara saintifik dan klinikal.",
"Serbuk kulit manggis yang telah dijadikan minyak pula mampu dijadikan ubat sapu masalah kulit seperti ekzema. Caranya, jemur kulit manggis sehingga kering.",
"Kemudian campurkan dengan minyak kelapa dara untuk disapu kepada bahagian kulit yang mengalami ekzema.",
"Petua tradisional yang menjadi amalan turun temurun ini menggunakan manfaat manggis yang kaya dengan antioksidan.",
"Namun, diingatkan bahawa tidak semua jenis kulit bayi sesuai dengan kaedah petua ini. Maka, amalan petua ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati dengan melihat sebarang perubahan pada keadaan bayi.",
"Gonorea adalah penyakit kelamin yang dijangkiti melalui hubungan seks. Minum air rebusan manggis membantu mengatasi penyakit yang memalukan ini.",
"Caranya, masukkan kulit manggis sehingga setengah periuk, kemudian masukkan air sehingga penuh. Rebus sehingga air tinggal separuh periuk. Minum satu cawan pagi & malam.",
"Rebusan air manggis akan menghasilkan lebih banyak ekstrak antioksidan dan sebatian bioaktif yang boleh bekerja untuk membunuh mikroorganisma.",
"Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Taiwan pada tahun 2008, alfa-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit serta mempunyai kesan anti radang lebih baik dari ubat anti inflamasi lain.",
"Alfa-mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti arthritis.",
"Jurnal Food and Chemical Toxicology pada tahun 2008 ada menerbitkan manuskrip kajian yang mengulas kesan pengambilan manggis ke atas pencegahan dan rawatan arthritis.",
"Dilaporkan, kehadiran alfa-mangostin yang diekstrak daripada kulit buah manggis sekalipun, mampu merencatkan systemic anaphylaxis dan immunocytoadherence dalam spesimen tikus makmal bagi mengurangkan simptom arthritis.",
"Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai turut memiliki kemampuan mencegah penyakit berkaitan degeneratif saraf seperti nyanyuk.",
"Namun, hipotesis ini masih di peringkat awal dan perlu lebih banyak kajian yang lebih konklusif dijalankan.",
"Buah manggis mempunyai kandungan yang mampu mengurangkan masalah alahan atau alergi yang anda alami.",
"Pengkaji dari Jepun pada tahun 2002 telah melaporkan bahawa ekstrak buah manggis berupaya merencat penghasilan histamin yang merupakan sebatian penyebab alahan.",
"Kajian lebih terperinci seterusnya telah mengenal pasti kehadiran gamma-mangostin yang berperanan menyekat serangan alahan.",
"Penyakit asma tergolong penyakit yang berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Jika anda atau orang yang tersayang mengalami asma, amalan makan buah manggis boleh dilakukan dan perhatikan perbezaannya.",
"Sekumpulan penyelidik dari Korea Selatan pada tahun 2012 menemui bukti saintifik berkenaan kesan pengambilan diet buah manggis dengan rawatan asma. Dalam spesimen tikus makmal mereka yang diberikan ekstrak manggis selama 3 hari, kandungan xanthone dalam manggis dipercayai berperanan dalam mengurangkan simptom asma.",
"Model tikus mereka yang mempunyai gejala asma diperhatikan berkurangan dengan pengurangan sel keradangan dalam laluan pernafasan udara, tindak balas saluran udara yang lebih baik dan peningkatan sitokin Th2 yang membantu pernafasan yang lebih baik.",
"12. Membantu melawan jangkitan kuman atau bakteria",
"Jika anda dijangkiti bakteria atau virus, boleh makan buah manggis untuk melawan jangkitan tersebut. Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.",
"Manggis juga mempunyai cathechins, polifenol dan polisakanida yang berkesan untuk menjadi agen anti bakteria dan anti kulat selain mengandungi zat besi, niasin, kalsium, protein, serat, vitamin B1 dan B2.",
"Kandungan xanthone dalam buah manggis membantu menurunkan kadar LDL atau kolesterol jahat yang berlebihan didalam tubuh dan mencegah terjadinya penyempitan pada pembuluh darah.",
"Kandungan asid amino perlu berfungsi menghapuskan kolesterol jahat dalam badan.",
"Buah manggis yang tinggi kandungan antioksidan mampu mencegah berlakunya katarak dan glukoma iaitu gangguan yang diakibatkan oleh radiasi yang menghilangkan protein pada lensa mata.",
"Disenteri ialah jangkitan trek usus yang menyebabkan cirit-birit yang teruk diiringi darah dan pengeluaran mukus. Hirisan kulit manggis kering yang telah dijadikan serbuk boleh digunakan sebagai ubat disenteri. Serbuk tersebut boleh dicampur kedalam makanan atau minuman.",
"Penyelidik dari London pada tahun 2009 merupakan antara kumpulan penyelidikan yang berjaya melaporkan keberkesanan pengambilan buah manggis untuk mengubati penyakit disenteri ini.",
"Alpha- mangostin dan gamma-mangostin yang terdapat dalam xanthones dipercayai memiliki kemampuan mencegah pelbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan seperti kanser dan tumor.",
"Xanthones dipercayai melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser yang terdapat pada usus besar dan hati, serta dapat merencatkan pertumbuhan sel berbahaya yang menjadi punca penyakit leukimia.",
"Buah manggis kaya dengan Xanthones yang merupakan sejenis antioksidan. Ia juga kaya dengan vitamin C.",
"Buah ini dikatakan boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dengan kehadiran sebatian bioaktif dan antioksidan yang sentiasa melawan radikal bebas penyebab sistem imun menjadi lemah.",
"Apabila anda makan manggis, ia membantu melancarkan air kencing dan memastikan pundi kencing anda kosong dengan betul. Tiada sisa air kencing yang tertinggal dan secara langsung mencegah pembentukan batu karang.",
"Manggis juga dilaporkan kaya dengan komposisi air iaitu sebanyak 64.5% daripada komposisi keseluruhan.",
"Tambahan pula, kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Indonesia yang diterbitkan di Padjajaran Journal of Dentistry pada tahun 2017 melaporkan bahawa manggis memberi kesan diuretik atau cenderung untuk buang air kecil.",
"Itulah dia 18 khasiat buah manggis yang pasti buatkan anda rasa nak pergi beli sekarang. Semoga bermanfaat!",
"Jika anda sukakan artikel kami yang ini, anda juga mungkin menyukai tulisan kami berkenaan khasiat ulam, khasiat cempedak dan khasiat jambu batu.",
"Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof."
] |
https://bidadari.my/resepi-karipap-kentang/
|
Resepi
Resepi Karipap Kentang (Gebu dan Rangup)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Membuat karipap memang memerlukan kesabaran. Lagi jika ingin mendapatkan karipap dengan kulit yang rangup serta isi yang enak perlulah kepiawaian dengan selalu berlatih membuat karipap.",
"Seperti resepi perkongsian ramai daripada Raihana Hazali di Facebook. Resepi ini dipakai untuk membuat karipap yang biasanya dijual. Selain dijual dengan harga murah iaitu RM 1.00 untuk 4 keping. Karipap ini juga kulitnya rangup dan cantik kejadiannya. Tidak dinafikan resepi ini mencecah beribu-ribu perkongsian.",
"Supaya karipap tak terbukak masa goreng, sapukan sedikit air di hujung doh sebelom di claim. Dan supaya tak nak melekat masa simpan dalam peti ais untuk dijadikan frozen karipap mesti digoreng separuh masak dulu ataumasak dalam oven sekejap dan sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.",
"Tanpa buang masa, jom tengok resepi karipap kentang perkongsian ramai di bawah ini. Selamat mencuba.",
"Selain resepi karipap kentang, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-jejari-roti-goreng/
|
Resepi
Resepi Jejari Roti Goreng Salut Tepung Bestari, Anak Lagilah Suka!
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mencari resepi jejari roti goreng yang menarik? Idea menggoreng roti dengan tepung bestari telah dicadangkan oleh Yusreena Said Yusz di laman Facebook. Sedap yakmat patutlah viral sana sini.",
"Makanan ini boleh dijadikan makanan ringan untuk petang-petang. Boleh juga jadi kudapan untuk anda yang sibuk bekerja. Malah juga kanak-kanak tidak dinafikan amat suka makanan ini kerana ia amat menarik.",
"Roti yang lembut bersalut tepung apabila digoreng akan jadi garing di luar. Makanan ini paling sedap dimakan dengan sos cili ‘krup krap!!’ rasanya dan wanginya amat merangsang selera. Sila cubakan resepi paling mudah hanya dengan 2 bahan.",
"Resepi Jejari Roti Salut Tepung Bestari",
"Suka resepi jejari roti goreng ini? Kami turut menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, silalah baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-ayam-black-pepper/
|
Resepi
Resepi Ayam Black Pepper Yang Sedap (7 Langkah Mudah)
Oleh Nabilah Ruza
|
[
"Bukan mudah untuk dapatkan resepi ayam black pepper yang mampu memuaskan hati semua pihak. Tapi dengan resepi ini, semua yang makan pasti akan tersenyum lebar kerana kesedapannya.",
"Seramai 1.3 Ribu orang telah share resepi ini sejak ia di post. Ini membuktikan resepi ini memang terbaik! Rata rata netizen juga memberikan feedback yang positive! Resepi ayam black pepper ini juga telah menjadi punca pendapatan puan yang berkongsi resepi.",
"Resepi ini dikongsikan oleh Puan Balq ChemMela El-Qutb dan telah mendapat perkongsian ramai di Facebook.",
"Assalamualaikum. Hari ni saya nak share resepi ayam black pepper yang saya buat untuk biz lunchbox pestle n dish. Menu ni memang hot selling. Mudah dan sedappp. Cenggini",
"Bahan dan cara buat ade kat setiap gambar",
"2. Tumis bawang putih dan halia dengan minyak zaitun. Kalau untuk jualan saya campur dengan minyak masak biasa. Kadang kadang tambah minyak bijan",
"3. Masukkan ayam. Goreng manja manja je",
"4. Sos perapan ayam tadi jangan buang. Masukkan time ni. Buh air sikit. Saya masukkan carrot awal untuk bagi cepat empuk.",
"5. Tepung jagung sesudu. Larutkan dengan air sikit",
"6. Masukkan larutan tepung jagung tadi. Bubuh bay leaf dan perasakan dengan garam dan gula. Saya tak pakai aji. Cuma untuk jualan saya tambah kiub ikan bilis.",
"7. Bila dah mendidih, masukkan semua sayur. Kalau nak pedas tambah cili padi. Masak sampai sayur layu sikit dalam 1-2 min. Tutup api. Siap!!!",
"Selain resepi ayam masak merah, kami juga mempunyai beberapa resepi ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.",
"Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye."
] |
https://bidadari.my/khasiat-petai/
|
Petua Tips
23 Khasiat Petai Untuk Kesihatan (Jangan Pandang Sebelah Mata)
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Wah nak tahu khasiat petai? Jom baca artikel ini sampai habis.",
"Petai atau nama saintifiknya Parkia speciosa merupakan sayuran atau ulaman yang selalu digunakan dalam pemakanan dan masakan masyarakat Asia Tenggara khususnya Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia.",
"Nama “petai” digunakan di Malaysia dan Indonesia tetapi di Thailand, petai dikenali sebagai “sataw” manakala orang Jepun memanggilnya “nejirefusamame”. Petai biasanya dijual dalam bentuk buah atau yang sudah dikupas bijinya.",
"Petai mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Digabungkan dengan serat, petai memberikan, meningkatkan kadar segera dan berterusan tenaga.",
"Jika dibandingkan dengan epal, petai mengandungi 4 kali lebih banyak protrin, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, tiga kali ganda fosfor, lima kali lebih Vitamin A dan zat besi, dan dua kali ganda jumlah vitamin dan mineral lainnya.",
"Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8%, 11% karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1 dan C.",
"1. Mengawal sindrom PMS (sindrom pra-haid)",
"Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.",
"Keputusan kaji selidik dalam kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.",
"Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.",
"Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.",
"Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok.",
"Malah, US Food and Drug Administration (FDA) telah menyenaraikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.",
"Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.",
"Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar, bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.",
"Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat.",
"Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.",
"Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan mengikuti petua tradisional membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.",
"Secara saintifiknya, kedua-dua bahan petai dan madu membekalkan tenaga dan kalori untuk tubuh lebih bertenaga.",
"Petai mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.",
"9. Mengurangkan kegatalan kesan gigitan nyamuk ",
"Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk.",
"Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insya Allah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.",
"Petai yang tinggi vitamin B membantu menenangkan sistem saraf.",
"Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi.",
"Secara tidak langsung, dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.",
"Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.",
"Petai dianggap “penyejuk” dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung.",
"Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.",
"Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.",
"Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut berbau petai daripada berbau rokok.",
"Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda.",
"Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.",
"16. Mengatasi masalah cacing dalam badan",
"Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana ia akan keluar bersama najis.",
"Penyelidik India pada tahun 2018 ada mengulas mengenai amalan pemakanan jeruk petai yang mengandungi probiotik atau bakteri baik yang datang dari bakteria asid laktik jeruk petai, yang sangat membantu menjaga kesihatan usus.",
"Terdapat petua tradisional yang mencadangkan bahawa bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan ulang beberapa kali.",
"Petua ini belum dibuktikan secara saintifik oleh mana-mana kajian klinikal lagi bagi membantu merawat masalah demam kuning.",
"Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba petua tradisional untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan.",
"Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.",
"Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras cecair badan ke tahap seimbang.",
"Salah satu penelitian yang dibuat oleh The New England Journal of Medicine menunjukkan bahawa dengan mengamalkan pemakanan petai dapat membantu untuk mengurangkan risiko serangan stroke pada seseorang.",
"Sebatian biokatif peptida dalam petai dipercayai mengurangkan aktiviti enzim pertukaran angiotensin. Seterusnya, bertindak sebagai agen anti-hipertensi yang mengurangkan isipadu aliran darah dan meningkatkan pertukaran oksigen dalam darah bagi mengelakkan berlakunya kes stroke atau lumpuh.",
"Oleh itu, serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan anda dan mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut, cirit-birit dan perut berangin.",
"22. Menghilangkan rasa senak ketika kenyang",
"Jika anda adalah orang yang selalu senak selepas makan, petai adalah ubat yang mujarab.",
"Petai mengandungi antiasid yang mampu mengurangkan rasa senak dan mual selepas makan.",
"Orang asli mempercayai dengan makan petai dapat mengekalkan muda agak tampak lebih muda. Jadi, tak perlui ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup. Kandungan flavonoid dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh.",
"Menariknya, penyelidik dari Fakulti Perubatan AIMST, Kedah, melaporkan bahawa kandungan antioksidan dalam kulit buah petai adalah lebih tinggi daripada biji petai yang dikupas. Walaupun bahagian kulit petai ini boleh dimakan, tetapi ramai yang membuangnya menjadi sisa.",
"Dengan penemuan ini, adalah sangat digalakkan untuk memasukkan kulit petai beserta bijinya sekali dalam masakan atau ulaman anda!",
"Itulah khasiat petai yang ingin kami kongsikan. Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat gamat dan khasiat avokado.",
"Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof."
] |
https://bidadari.my/resepi-wantan-sup/
|
Resepi
Resepi Wantan Sup (Paling Menyelerakan)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mencari resepi wantan sup yang sedap?",
"Wantan ialah sejenis masakan khas yang mudah didapati di pelbagai hidangan di Cina. Wantan boleh dihidangkan sama ada digoreng atau disup.",
"Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi wantan sup. Resepi dikongsikan oleh Pungkreng Vavoom di laman Facebook. Semestinya resepi ini menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan mee goreng, mee sup dan nasi putih.",
"Jika ingin senang boleh beli wantan freeze di pasar raya. Kalau ingin buat sendiri, boleh cuba resepi kulit wantan di bawah ini. Tanpa buang masa, jom cuba buat resepi wantan sekarang juga. Selamat mencuba.",
"Selain resepi wantan sup, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/nasi-lemak-utara/
|
Resepi
Resepi Nasi Lemak Utara Sambal Sotong Paling Padu
Oleh Rahayu Z
|
[
"Kali ini kita akan terokai resepi nasi lemak utara. Perbezaan yang amat ketara antara nasi lemak utara dengan nasi lemak lain ialah pada nasi dia. Dimana nasi lemak utara berwarna kuning dan menggunakan beras basmathi. Warna kuning berasal daripada serbuk kunyit yang digunakan untuk merendam beras.",
"Cara penyediaan nasi lemak utara juga tidak kalah menarik. Nasi lemak dikukus tidak hanya dengan santan dan daun pandan tapi diikutsertakan dengan bahan tumis iaitu bawang, halia, jintan, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam. Tips supaya nasi masak elok ialah gunakakn sukatan yang sama untuk beras dan air/santan.",
"Nasi lemak utara sedap dihidangkan dengan sambal sotong dan acar timun. Di bawah ini juga kami sertakan resepi sambal lemak kosong dan sambal sotong sekali. Gerenti jika anda ikut resepi ini, nasi lemak utara jadi mudah. Resepi didatangkan daripada Mariana Zainal di laman Facebook.",
"Selain nasi lemak utara, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-maruku/
|
Resepi
Resepi Maruku (Sedap, Rangup Krup Krap!)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Siapa suka maruku? Nak dapat maruku yang sedap memang susah. Membuatnya pun perlu cuba berkali-kali supaya menjadi maruku yang krapp krupp.",
"Oleh itu, hari ini kami ingin berkongsikan resepi maruku lingkar yang sedap. Resepi ini telah mendapat perkongsian ramai di laman Facebook dikongsikan oleh Azie Mazidah. Perkongsian ini asalnya sekadar suka-suka untuk kawan-kawan dan saudara mara. Namun makin lama makin banyak permintaan untuk maruku ini. Bukti bahawa resepi ini memang sangat sedap.",
"Resepi maruku berasal dari negara India Selatan. Hingga sekarang maruku telah mengambil tempat dalam hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Maruku adalah ringan, sedap, rangup, senang dibuat dan murah kosnya.",
"Maruku yang biasa berbentuk bulatan seperti pada resepi ini. Maruku dibuat menggunakan acuan khas. Perasa maruku bergantung kepada selera seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Mari cuba buat maruku hari ini.",
"Selain resepi maruku, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.",
"Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/khasiat-buah-kulim/
|
Kesihatan
10 Khasiat Buah Kulim Yang Menakjubkan Manfaat No. 5 Pasti Buat Anda Terkejut
Oleh hannani
|
[
"Buah kulim atau nama saintifiknya Scorodocarpus borneensis (Baill.) Becc adalah sejenis buah yang dikenali sebagai Bawang hutan. Hal ini disebabkan bentuk dan rupanya yang seakan-akan sebiji bawang, telur, atau pear dengan diameter antara 3.5 cm. Mungkin tidak ramai yang tahu, khasiat buah kulim mempunyai pelbagai kebaikannya untuk kesihatan.",
"Buah kulim berasal dari pokok kulim yang boleh tumbuh sehingga 40 meter dan ditemukan di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Dari kajian yang dilakukan oleh Jabatan Agrikultur dan Sains Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak menyatakan bahawa kandungan di dalamnya adalah seperti:",
"Khasiat buah kulim boleh diguna pakai untuk merawat demam panas. Inilah yang kebanyakkannya dilalukan oleh perubatan cara tradisional orang zaman dahulu.",
"Caranya, dengan meminum air rebusan akar pokok buah kulim bagi menurunkan suhu badan seseorang.",
"Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, antioksida merupakan bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan kesan dari radikal bebas. Selain itu, antioksida juga menjadi barisan pertahanan terhadap risiko dijangkiti pelbagai jenis penyakit.",
"Seiringnya waktu, usia kita yang bertambah akan menyebabkan penghasilan antioksida juga berkurang. Wajar sekiranya kita mendapatkan sumber antioksida dari makanan lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.",
" Bahan antioksida yang dimaksudkan ini termasuklah beta karotena, lutein, likopena (lycopene). selenium, vitamin C dan vitamin E. ",
"Kajian yang dijalankan menemukan kesemua ekstrak metanolik pada buah kulim mempunyai sifat antioksida. Bahkan aktiviti antioksida turut ditemukan paling tinggi pada bahagian daun, kulit batang, dan buah kulim sendiri.",
"Ketidakhadaman adalah salah satu dari masalah rasa tidak selesa di bahagian abdomen yang terjadi selepas makan atau minum. Kembung perut juga menjadi salah satu dari simptom yang menjurus kepada masalah ketidakhadaman.",
"Secara tradisionalnya, buah kulim sering digunakan untuk merawat ketidakhadaman dan ketidakselesaan.",
"Tidak hanya khasiat buah kulim bersifat antioksida, malah ada beberapa bahagian lain padanya yang bersifat antimikrob. ",
"Ekstrak metanolnya juga turut ditemui memainkan peranan yang penting di dalam mencegah aktiviti bakteria MRSA. Dalam masa yang sama, ia berkemampuan untuk menyekat perkembangan Salmonella typhi dan Candida albicans.",
"Ini mungkin ramai tidak tahu bahawa buah kulim boleh mengelak dari masalah kembung perut pada bayi. Kembung perut bayi biasa berlaku disebabkan masalah angin dalam perut.",
"Secara purata seorang bayi akan mengeluarkan angin antara 13 hingga 21 kali setiap hari. Gas atau berangin perkara normal untuk terjadi pada bayi usia 1 hingga 4 bulan. Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaannya yang masih dalam proses perkembangan",
"Penemuan yang menyatakan bahawa buah kulim boleh mengelak kembung perut bayi ini sebenarnya telah dilakukan sendiri oleh pengkaji di Indonesia. ",
"Caranya dengan membaluti perut bayi dengah buah kulim yang digiling dan dicampurkan dengan air.",
"Buah kulim ini juga dikenali dengan nama Bawang Hutan kerana bau isinya seperti bau bawang putih malah baunya lebih menyengat daripada bau bawang putih.",
"Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika ada sesetengah dari kita yang mengantikan penggunaan bawang putih dalam masakan dengan biji buah kulim. ",
"Ulam-ulaman sangat sinonim dengan kesihatan awet muda berpanjang bagi wanita. Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, termasuklah yang tumbuh melata, pokok renek sehingga ke pokok besar. ",
"Cara makannya boleh secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain.",
"Vektor adalah agen yang memindahkan atau membawa mana-mana patogen berjangkit ke dalam organisma hidup yang lain. ",
"Menurut kajian, pokok kulim mempunyai kandungan sulfur yang tinggi untuk mencegah aktiviti vektor khususnya kepada nyamuk malaria. ",
"Di samping itu, kandungan methylthiomethyl disulfie I dan methylthiomethyl disulfie II pada buah ini sangat berpotensi untuk mencegah pembiakkan kulat. ",
"Komponen buah kulim memberi alternatif secara semula jadi untuk menjaga kesihatan jantung yang lebih baik. Ia bertindak memberi kesan terhadap sistem peredaran darah dalam badan.",
"Malah ia juga memberikan kelegaan bagi sesiapa yang ada masalah tekanan. Apa yang boleh kita lakukan adalah minum air rebusan buah kulim untuk membantu melancarkan pengaliran darah dan mengelakkan tekanan.",
"Semoga perkongsian mengenai khasiat buah kulim ini dapat memberikan anda ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mendapatkan alternatif perubatan yang bersifat tradisional dan semula jadi.",
"Selain dari artikel berkenaan dengan khasiat buah kulim, anda juga boleh baca artikel lain kami yang menarik berkaitan khasiat tumbuh-tumbuhan seperti:"
] |
https://bidadari.my/sunnah-nabi/
|
Rohani
30 Sunnah Nabi Yang Mudah Dipraktik Dalam Kehidupan Seharian
Oleh zulrina
|
[
"Sebagai seorang yang menganut dan mengamalkan ajaran Islam, kita berpegang kepada dua sumber utama dalam agama yakni Al Quran dan As Sunnah. Seperti yang kita maklum, Al Quran adalah kitab suci yang menjadi panduan sepanjang zaman oleh setiap muslim. Namun, tahukah anda apa itu sunnah? ",
"Sunnah menurut bahasa membawa maksud jalan manakala menurut istilah ulama hadis, sunnah dapat didefinisikan sebagai segala hal yang disandarkan kepada nabi, baik itu berupa perkataan, perbuatan, taqrir (ketetapan), mahupun sifat perangai atau sifat fizikal. Baik sebelum diutus menjadi nabi ataupun setelahnya. ",
"Jom kami kongsikan kepada anda 30 sunnah nabi yang mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita.",
"Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, maksudnya “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)",
"Senyum selalu! Ia perkara mudah yang boleh kita lakukan setiap hari. Senyum kepada sesiapa sahaja dapat menenangkan hati mereka, tidak salah untuk kita lakukan sunnah nabi yang memberi ganjaran pahala seperti bersedekah ini. ",
"Nabi S.A..W akan mengusap wajah dengan tangannya ketika bangun daripada tidur lalu membaca doa. ",
"“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”(Riwayat Muslim)",
"الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ",
"Alhamdulillaahil Ladzii Ahyaanaa Ba’da Maa Amaatanaa Wailaihin Nusyuur",
"Maksudnya : “Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami) akan dibangkitkan.” (Riwayat Muslim)",
"Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)",
"Hadist riwayat Anas bin Malik R.a, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturrahim) “ (Shahih Muslim).",
"Dari Anas bin Malik, Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang keluar dari rumahnya kemudian dia membaca doa: ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alaallahi haula wa laa quwwata illa billah’ (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah).",
"Maka pada saat itu dikatakan kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan (perlindungan), hingga syaitan-syaitan menjauhi darinya.",
"Lalu syaitan yang lainnya berkata kepada temannya: Bagaimana (engkau akan mengoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan (perlindungan).” (Riwayat Abu Daud)",
"Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)",
"Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.” (Hadis riwayat Muslim)",
"Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibbah).",
"“Apabila salah seorang antara kamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia berbaring.” (Riwayat Muslim).",
"“Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” (Riwayat Abi Daud).",
"Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)",
"“Demi Allah, aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada-Nya lebih dari 70 kali dalam sehari.” (HR Muslim).",
" “Apakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)",
"“Sesiapa antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah mencegah dengan tangan (kekuasaan); jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan) dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (tidak senang, setuju dan reda). Dan itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim) ",
"“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)",
"اللهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الخُبُثِ وَالخَبائِثِ ",
"Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas. Baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”. (Riwayat Bukhari)",
"Nabi SAW juga menutup kepalanya ketika memasuki tandas. Baginda membaca doa sebelum masuk tandas dan doa keluar tandas.",
"“Adalah Nabi saw apabila masuk ke tandas baginda menutup kepalanya.” (Hadith Baihaqi)",
"Artinya : “Aku minta keampunan-Mu ya Allah.” (Riwayat Tirmizi/Ahmad)",
"Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara.” Lalu beliau ditanya; ‘Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah? ",
"‘Jawab beliau: (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggalkan, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur.’ (Riwayat Muslim)",
"Dari Saidatina Aisyah r.ha.: “Sesungguhnya Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya.” (Riwayat Ahmad dan Al Baihaqi)",
"Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)",
"Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa “Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya)”, manakala malaikat satu lagi berdoa “Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan,” (Riwayat Sahih Bukhari/Muslim)",
"Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”. (Riwayat Muslim)",
"21. Solat Diawal Waktu Dan Saf Pertama",
"“Kalau saja manusia tahu pahala panggilan solat dan saf awal,jika mereka tidak mendapatkannya selain harus dengan mengundi, pasti mereka akan mengundi.” ( Riwayat Muslim)",
"Ia menunjukkan ramai orang bersungguh-sungguh ingin mendapatka saf bahagian hadapan kerana ganjaran yang diberikan amat luar biasa. Ia adalah sunnah nabi yang harus anda ikuti.",
"Sunnah nabi iaitu membaca Al-Quran amat mudah kita amalkan bergantung kepada jenis invididu. Jangan jadikan kekangan masa sebagai penghalang untuk kita beramal dengan sunnah nabi ini.",
"“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai pemberi syafaat bagi sahabatnya (orang yang membacanya).” (Riwayat Muslim)",
"“Siapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya,dosa-dosanya akan keluar dari jasadnya, bahkan sampai keluar dari hujung-hujung kukunya.” (Riwayat Muslim)",
"Sunnah nabi ini sering diamalkan oleh semua pelajar tahfiz dan golongan agama. Dosa akan terhapus sedikit dengan sedikit dengan mengamalkan sunnah nabi ini.",
"Aisyah radhiallahu anha, dia berkata, “Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam solat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang beliau menambah sesuai keinginannya.” (Riwayat Muslim)",
"“Lakukanlah solat malam oleh kalian, karena hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian. Ia pun dapat mendekatkan kalian kepada Rabb kalian, menghapus segala kesalahan dan mencegah dari perbuatan dosa.” (Riwayat Tirmidzi)",
"“Jika seseorang di antara kalian bersin, maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH (segala puji bagi Allah). Hendaklah saudaranya mengucapkan YARHAMUKALLAH (semoga Allah merahmatimu). Jika ia mengucapkan YARHAMUKALLAH, ucapkanlah YAHDIKUMULLAH WA YUSHLIH BAALAKUM (semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).” (HR. Bukhari) [Riwayat Bukhari)",
"27. Memberi Makan Kepada Orang Lain",
" “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)",
"“Apabila salah seorang dari kalian melihat mimpi yang ia benci, maka hendaknya ia meludah ke kiri sebanyak tiga kali dan berlindunglah kepada Allah dari kejahatan setan sebanyak tiga kali dan ubahlah posisi tidurnya” (Riwayat Muslim).",
"29. Membaca Basmalah Pada Setiap Pekerjaan ",
"Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Setiap perkara penting yang tidak dimulai dengan ‘bismillahirrahmanir rahiim’, amalan tersebut terputus berkahnya.” (Riwayat. Al-Khatib dalam Al-Jami’)",
"Oleh itu, kita disarankan memulakan setiap pekerjaan dengan bacaan Basmallah. Walaupun kerja yang dilakukan adalah mudah, jangan tinggal untuk membaca basmallah kerana ia adalah sunnah nabi.",
"“Barangsiapa yang ingin dibangunkan baginya bangunan di Syurga, hendaknya ia memaafkan orang yang mendzaliminya, memberi orang yang bakhil padanya dan menyambung silaturrahim kepada orang yang memutuskannya.” (Riwayat Thabrani)",
"Maafkan kesalahan orang lain adalah sunnah nabi yang ramai tak sedar. Mulai sekarang, maafkanlah segala kesalahan orang lain. Pasti hati anda akan tenang dan rezeki anda akan berjalan lancar.",
"Demikianlah 30 sunnah nabi yang dapat kita amal dan terapkan dalam kehidupan seharian. Selain memperoleh ganjaran dari Allah SWT, mengamalkan sunnah nabi juga sudah terbukti dari segi saintifik bahawa ia amat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran.",
"Jom baca juga adab pelajar dengan guru, kelebihan solat dhuha, doa penerang hati anak dan Panduan solat sunat rawatib."
] |
https://bidadari.my/resepi-phad-phed-kai/
|
Resepi
Resepi Phad Phed Kai (Sungguh Enak!)
Oleh Nur Dini Abd Aziz
|
[
"Tentunya ramai yang menggemari masakan dari negara jiran kita iaitu Thailand. Mereka mempunyai pelbagai jenis masakan yang unik dan sedap. Kebanyakan dari kita pastinya mengenali masakan tom yam yang memang terkenal yang berasal dari Thailand. ",
"Pada hari ini kita bukan hendak bercakap mengenai tom yam tetapi kita akan berkongsi resipi phad phed kai. Dalam bahasa melayu kita boleh panggil resipi ayam goreng pedas. Pastinya anda sudah tidak sabar hendak mencuba resipi ini bukan? Jadi mari kita lihat cara-cara menyediakannya.",
"Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Arini Sue dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook.",
"Nota: Kuantiti cili api bergantung kepada kepedasan yang anda mahu.",
"Resepi – resepi lain yang menarik:",
"Selain daripada resepi phad phed kai ini terdapat beberapa lagi resepi lain yang semestinya anda boleh cuba dan hidang kepada ahli keluarga. Jangan lupa untuk konsgikan resepi ini juga ya!"
] |
https://bidadari.my/resepi-kentang-putar/
|
Resepi
Resepi Kentang Putar Ala KFC (Rasa Sama!)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Siapa suka kentang putar? Atau di KFC menu ini dipanggil mashed potato. Kentang putar ini sangat terkenal yang berasal daripada restoran ayam goreng tersebut.",
"Kentang putar dibuat dengan cara yang sangat mudah. Ianya hanya memerlukan 3 bahan sahaja, kentang, susu segar dan serbuk lada sulah. Kemudian untuk kuahnya pula, memerlukan beberapa bahan yang senang dibeli di pasar raya.",
"Kentang putar boleh jadi alternatif untuk makanan bayi dan kanak-kanak. Pula untuk orang dewasa yang kurang makan nasi boleh cuba mengolah kentang putar. Selain dimakan bersama ayam goreng, kentang putar juga selalu dijadikan menu sandingan chicken chop mahupun roti.",
"Jika anda tercari-cari resepi kentang putar yang mudah, sedap dan sama seperti KFC, sila tengok resepi yang kami kongsikan ini. Resepi perkongsian ramai tentunya yang dikongsikan oleh Rosdiana Rapiah di Facebook. Selamat mencuba.",
"Selain resepi kentang putar, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/resepi-oats-diet-mudah-berkhasiat/
|
Resepi
Resepi Oats Untuk Orang Diet, Sedap Dimakan Waktu Pagi
Oleh aqirah
|
[
"Setiap pagi kita akan terkejar-kejar masa untuk pergi ke kerja, sekolah, kelas dan macam-macam lagi. Kadang-kadang hingga tidak sempat untuk bersarapan. Kalau ada gerai yang berdekatan bolehlah singgah beli, macam-macam ada nasi lemak, kuih muih, bihun, mi goreng dan pelbagai lagi.",
"Tetapi jika kita lihat makanan-makanan tersebut semuanya mempunyai kalori yang tinggi. Jika kita sedang berdiet, memang tidak boleh makan makanan yang tinggi kalori dan berminyak. Terpaksa kita tahan lapar di pagi hari dengan alasan diet.",
"Sebenarnya, sarapan pagi itu amat penting dalam diet kita sebab ia akan memberi tenaga kepada badan kita untuk melakukan kerja di waktu pagi sementara menunggu makan tengahari. Susah, bukan mahu jaga badan ini. Makanan apa yang mudah, cepat dan bagus untuk diet di waktu pagi?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai resepi oats yang baik untuk orang diet. Info ini dikongsikan oleh Puan Hani Shamsuddin. Puan hani gemar berkongsikan info-info berguna di laman Facebooknya.",
"Resepi Oats yang bagus untuk diet",
"Esok pagi tinggal sediakan toppings. Yang ni ikut tekak memasing. Nah list idea nak letak apa :",
"Simple jelah. Semua orang boleh buat. Oats ni dia dah sedia maklum kaya dengan fibre. Fibre ni kan melawaskan. So tak yah minum detox dah. Setel hajat.",
"*Mudahkan resepi ini. Oats ini juga bukan sahaja boleh dimakan waktu pagi malah waktu malam juga boleh kerana ia adalah makanan rendah kalori. Boleh buat oats lebih letak dalam bekas banyak-banyak.",
"Kalau lapar ambil sahaja dalam peti ais, letak topping dan siap sedia untuk makan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Jemput juga baca artikel tentang piramid makanan dan diet intermittent fasting",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/pokok-susu-nabi/
|
Petua Tips
17 Khasiat Pokok Susu Nabi yang Ramai Tak Tahu
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Pokok susu nabi? Mungkin bila dengar namanya, ramai yang yang tidak kenal. Namun, bila tengok gambar pokok tersebut, anda mesti pernah nampak di mana-mana.",
"Pokok susu nabi merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak khasiat perubatan kepada manusia. Justeru, penulis akan kongsikan khasiat pokok ini yang ramai orang tidak tahu. Sebelum itu, jom baca tentang info ringkas tentang pokok ini.",
"Nama saintifik bagi pokok susu nabi ialah euphorbia hirta. Ia merupakan spesies tumbuhan daripada keluarga euphorblaceae. Pokok ini juga dipanggil dengan beberapa nama lain seperti pokok susu kambing, ara tanah, gelan susu dan sebagainya.",
"Pokok susu nabi tumbuh meliar dan subur di kawasan tanah terbuka. Biasanya anda boleh melihatnya di halaman rumah, semak-samun, tepi jalan, taman dan kawasan terbiar.",
"Pokok ini mengeluarkan getah yang berwarna putih seakan-akan susu jika dipatahkan batangnya. Ketinggiannya lebih kurang 10 hingga 30 cm. Pokok susu nabi akan berbunga dan berbuah di celah-celah daun batang yang berbulu. Daunnya berwarna hijau kecoklatan dan batangnya hijau muda.",
"Ada kajian yang menunjukkan pokok susu nabi ini sangat baik bagi kesihatan manusia. Itulah sebabnya ia dijadikan antara ramuan dalam perubatan tradisional. Pokok ini disediakan dalam perubatan tradisional dalam bentuk segar atau kering.",
"Antara bahan aktif yang terdapat dalam pokok herba ini ialah flavonoid, phenol, asid amino, antibakteria, sedatif, antikulat, antiradang, quercetine dan banyak lagi. Tidak hairanlah ia menjadi tumbuhan yang mampu meringankan pelbagai jenis penyakit.",
"Kajian mendapati ekstrak etanol yang terdapat di dalam pokok ajaib mempunyai antimikroba yang tinggi. Ia sangat berkesan bagi memusnahkan bakteria salmonella typhi yang menyebabkan penyakit tifus.",
"Selain itu, ekstrak bunga, batang, akar dan daunnya mempunyai bahan antioksida yang tinggi. Ini menyebabkan pokok susu nabi banyak digunakan secara tradisional di Malaysia, Nigeria, Filipina, India, Indonesia dan sebagainya.",
"Jom kita baca antara khasiat yang tersembunyi dalam pokok susu nabi.",
"Caranya ialah rebus pokok yang baru dicabut. Gunakan air rebusan untuk berkumur.",
"Caranya ialah patahkan batang pokok. Sapukan getahnya di bahagian ketuat. Amalkan sehingga ketuat kering dan hilang.",
"Caranya ialah keringkan daun pokoknya yang segar. Kemudian, ambil sesudu teh daun yang dikeringkan. Rendam dalam air panas selama 5 hingga 10 minit. Amalkan 2 hingga 3 cawan sehari.",
"Caranya ialah sapukan sedikit getah pokok pada luka dan ruam. Amalkan sehingga luka dan ruam kering.",
"Kaum wanita yang ada masalah haid tidak teratur, senggugut dan sebagainya bagus amalkan air rebusan pokok ini.",
"Masyarakat Filipina menggunakan pokok 1001 khasiat ini untuk mengatasi masalah stres dan anxiety (kegelisahan). Caranya ialah rebus 50 g daunnya dengan 4 cawan air selama 3 hingga 4 minit. Minum secawan sebanyak 3 atau 4 kali sehari.",
"Bayi yang terkena sakit kuning atau jaundice boleh dimandikan dengan air perahan pokok ini.",
"Caranya ialah ambil sedikit getah pokok, sapukan pada kelopak mata atas dan bawah. Jangan pula titiskan getahnya di dalam mata ye.",
"Caranya ialah sapukan getahnya pada bahagian yang terkena jangkitan.",
"Kanak-kanak yang sering mengalami masalah kecacingan boleh menggunakan rawatan pokok herba ini. Caranya ialah ambil 15 hingga 30 g pokok ini (buang akar). Rebus daun pokok ini dengan beberapa helai daun betik.",
"Tambah 1 liter air selama dan masak selama 15 minit. Minum air sedikit sahaja setiap hari.",
"Caranya ialah air rebusan pokok herba ini diminum 2 kali sehari.",
"Bagi pesakit gout, rebuskan beberapa pokok susu nabi. Minum air rebusan setiap pagi dan petang.",
"Bagi pesakit demam denggi, jika hendak tambah platelet darah boleh amalkan petua ini. Caranya ialah daun yang telah dikeringkan dijadikan teh minuman.",
"Caranya ialah cabut pokok dengan akarnya sekali. Kemudian, cuci bersih-bersih dan ditumbuk halus. Sapukan pada bahagian bisul yang mempunyai mata.",
"Caranya ialah cabut pokok susu nabi dengan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dan tumbuk kasar. Sapu pada luka yang masih berdarah dan kulit lebam.",
"Caranya ialah tumbuk daunnya bersama-sama sedikit kunyit hidup dan minyak kelapa. Gosok pada bahagian kaki yang terasa gatal.",
"Caranya ialah rebus akar pokok ajaib ini dan minum 2 kali sehari.",
"Ambil setengah genggam daunnya dan basuh hingga bersih. Kemudian, tumbuk halus dan ditambahkan 3/4 cawan air suam dan 1 sudu besar madu asli. Minum airnya 2 kali sehari.",
"Setakat ini sahaja perkongsian penulis tentang khasiat pokok susu nabi. Rupa-rupanya pokok yang tumbuh meliar di sekelliling rumah, ada 1001 khasiatnya. Biasanya kita mencabut sahaja pokok tersebut kerana menganggapnya seperti rumput.",
"Namun begitu, ingin penulis nasihatkan para pembaca sekalian untuk mendapatkan info yang lebih tepat daripada pakar. Jika anda mempunyai penyakit yang serius seperti asma, pendarahan, demam denggi dan sebagainya, dapatkan rawatan di klinik atau hospital terlebih dahulu.",
"Dikhuatiri anda mempunyai alahan tertentu dan tidak pasti bahan yang tersembunyi di dalam pokok susu nabi. Justeru, jadikan rawatan ini sebagai usaha sampingan sahaja. Jangan pula mengabaikan perubatan moden iaitu pengambilan ubat-ubatan dan sebagainya.",
"Anda juga boleh baca tentang khasiat pokok kelulut dan petua guna pokok dukung anak. "
] |
https://bidadari.my/tips-tukar-tayar-kereta/
|
Featured, Keluarga
Tips Tukar Tayar Kereta Wanita Kena Tahu. Jangan Tahu Memandu Sahaja
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Ini tips tukar tayar wanita perlu tahu.",
"Bila dah ada kereta, perlu lakukan maintenance agar kereta kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutamanya sebagai persediaan untuk perjalanan yang jauh.",
"Salah satu aspek yang paling utama ialah tayar kereta. Tayar kereta perlu diganti apabila sampai masanya kerana tayar yang botak akan membahayakan keselamatan terutamanya jika anda memandu dalam keadaan jalan raya yang basah sama ada semasa hujan atau selepas hujan.",
"Namun bagi seorang wanita, pastinya anda takut-takut untuk pergi ke bengkel untuk menukar tayar kereta memandangkan betapa banyak cerita tak enak yang kita pernah dengar tentang bengkel kereta yang menipu pemandu wanita. Istmewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips tukar tayar kereta supaya anda tahu dan tidak mudah tertipu lagi.",
"Tayar yang rosak perlu diganti dengan segera",
"Apakah yang dimaksudkan dengan tayar yang rosak? Tayar dianggap sebagai sudah rosak jika ianya sudah pancit dan tidak dapat menampung angin yang dimasukkan ke dalamnya. Jika tayar Cuma bocor dan lubangnya boleh ditampal, tayar anda tidak perlu ditukar.",
"Selain pancit, tayar juga perlu ditukar jika ia mempunyai kesan lecetan, siatan, hirisan dan kelihatan berlubang pada bunga dan dinding tayar. Tayar kereta perlu ditukar kerana kita tidak tahu keadaan dalam tayar. Pada luaran mungkin kita lihat ianya Cuma kerosakan yang kecil namun rupanya tayar mengalami kerosakan teruk pada bahagian dalamnya lalu boleh membahayakan kelamatan semasa anda memandu.",
"Tayar hanya perlu ditukar jika ia telah haus",
"Rasanya info yang ni semua orang pun tahu. Namun apakah yang dimaksudkan dengan tayar yang telah haus? Apakah bila kita tengok bunga pada tayar dah mula botak, maksudnya kita perlu tukar tayar dengan serta-merta? Atau pun yang sebenarnya kita perlu tunggu sehingga taray betul-betul botak sebelum menukar tayar baru? Untuk pengetahuan anda, yang sebenarnya semua tayar di pasaran mempunyai indicator yang memberitahu bilakah masanya untuk menukar tayar.",
"Cuba lihat tayar anda, ia mempunyai indicator bunga haus atau dalam bahasa inggerinsya tread-wear indicator (TWI). Indikator bunga haus ini adalah berbentuk bar yang terletak antara blok bunga yang membolehkan anda mengecam tahap haus tayar. Bergantung kepada jenama tayar, indikator bunga haus pada tayar kebiasaannya ditanda dengan simbol anak panah, logo atau ditulis perkataan TWI.",
"Macam mana nak tahu sama ada tayar dah haus dan perlu ditukar? Apabila tayar tersebut digunakan, ia akan mulai haus dan terhakis. Apabila bar tersebut kelihatan separas atau sama rata dengan bunga tayar, maksudnya dah sampai masa untuk anda tukar tayar baru.",
"Mudah saja kan? Itulah pentingnya ada ilmu. Lepas ni takde lagi kisah tentang pemandu wanita yang tertipu di bengkel kereta. Tayar yang masih elok disuruh tukar baru kerana tak tahu nak periksa keadaan tayar kereta sendiri.",
"Tayar yang bengkak perlu diganti dengan yang baru",
"Tahukah anda bahawa tayar juga boleh membengkak di mana ia kelihatan menggelembung dan tidak normal seperti yang sepatutnya. Apabila tayar anda membengkak, kereta akan berasa seolah-lah tidak seimbang apabila anda bergerak. Kereta akan terasa seolah-lah tinggi sebelah dan perjalanan tidak lancar seperti yang sepatutnya. Malah kereta anda juga akan rasa bergegar.",
"Tayar boleh membengkak disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut:",
"Tayar bengkak perlu ditukar dengan segera kerana ia akan menyebabkan keneraan anda sukar dikawal terutamanya semasa anda sedang memecut dengan laju. Utamakan keselamatan. Sayangi nyawa anda. Tukar tayar dengan segera jika anda mendapati ia sudah bengkak dan menggelembung.",
"Tayar perlu ditukar jika ia mula merekah",
"Semasa proses pembuatan, tayar dihasilkan dengan minyak dan bahan kimia yang berfungsi untuk membuatkan tayar tahan lama dan tidak cepat merekah. Namun apabila anda menggunakan tayar, ia akan mula mengeras dan mengering akibat:",
"Macam mana cara untuk memeriksa sama ada tayar anda sudah merekah? Lihat tayar anda dari dekat dan perhatikan jika ada sebarang rekahan kecil antara bunga tayar, dinding tayar (sidewall) dan lekuk bunga (bead tire) yang melekap pada rim. Jika ada rekahan, maksudnya anda perlu keluarkan duit untuk menggantikan tayar yang baru.",
"Ini kerana rekahan boleh menyebabkan tayar kereta meletup semasa anda memandu. Jika ia meletup semasa anda sedang laju, ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan membahayakan nyawa.",
"Itulah dia info tentang tips tukar tayar kereta yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Lepas ni pastinya anda dah tahu bila masanya anda perlu tukar tayar kereta. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara jimat minyak kereta "
] |
https://bidadari.my/doa-neelofa-untuk-murah-rezeki/
|
Rohani
Doa Neelofa Untuk Murah Rezeki. Jom Amal
Oleh Zuraidah Muhidden
|
[
"Dalam agama Islam, berdoa adalah salah satu ibadah. Berdoa bermaksud memohon, memanggil dan meminta kepada Allah, Zat Yang Maha Agung lagi Maha Mendengar. Doa merupakan senjata dan perisai orang mukmin.",
"Kita sering berdoa kepada Allah apabila dilanda kesedihan, menyatakan perasaan syukur dan gembira, memohon sesuatu dan mendoakan orang lain. Begitulah dekatnya diri kita dengan Allah apabila sedang berdoa.",
"Jika kita berdoa dengan bersungguh-sungguh, ikhlas, penuh rendah diri dan tawaduk, in shaa Allah doa kita itu akan dimakbulkan oleh Allah. Jika masih belum dimakbulkan, jangan berhenti berdoa kerana Allah Maha Mendengar.",
"Dalam artikel ini, penulis akan kongsikan doa Neelofa untuk murah rezeki yang sering diamalkan oleh pelakon, pengacara dan usahawan terkenal di Malaysia iaitu Neelofa. Doa ini dikatakan merupakan amalan harian beliau untuk murah rezeki.",
"Apabila selebriti terkenal berkongsi sesuatu yang baik, pastinya ia akan menjadi ikutan dan contoh kepada para peminat mereka. Sesuatu yang baik itu tidak salah untuk dikongsikan bukan?",
"Semuanya bermula apabila seorang pengguna Twitter dengan nama @maiadnan berkongsi sebuah klip video melalui 1 tweet. Dalam video itu, Neelofa telah meminta orang yang mendengar doa yang disampaikan untuk menulisnya semula.",
"Doa itu tentang amalan berdoa yang beliau amalkan setiap hari bertujuan untuk dimurahkan rezeki. Video yang dikongsikan itu telah mendapat lebih 78 ribu retweets dan 76 ribu likes pada ketika itu. Jom baca doa yang diamalkan oleh Neelofa ini.",
"Rezeki yang tak pernah putus seperti air zam-zam,",
"Rezeki yang bertebaran di seluruh pelusuk dunia sepertimana air zamzam-Mu yang betebaran di seluruh dunia,",
"Rezeki yang boleh membantu untuk aku berdakwah di negara Islam dan membantu membawa pendakwah-pendakwah ke seluruh dunia untuk mereka berdakwah,",
"Rezeki yang boleh membawa aku, ibu bapa, keluarga, sahabat, guru-guru dan kenalan aku ke syurga-Mu Ya Allah.",
"Dalam Islam terdapat beberapa adab ketika berdoa kepada Allah. Kita dituntut untuk mengamalkannya. Hikmah beradab ketika berdoa ialah supaya setiap doa kita dimakbulkan.",
"Jika mengabaikannya, kita tergolong dalam orang yang melampaui batas dalam berdoa dan kemungkinan doanya tidak dimakbulkan.",
"Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, terdapat adab berdoa yang dianjurkan oleh Rasulullah iaitu:",
"Menurut Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, terdapat 8 ada-adab ketika berdoa iaitu:",
"Menurut, Menteri Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Dato’ Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ada 3 cara untuk memustajabkan doa. Antaranya ialah:",
"#1 Berdoa dengan yakin dan penuh harapan",
"Apabila berdoa, kita perlulah meminta kepada Allah dalam keadaan bersangka baik agar permintaan itu dikabulkan. Malahan, kita mestilah berdoa dalam keadaan penuh harapan dan takut doa itu ditolak.",
"Kita perlulah mengutamakan memuji Allah sebelum meminta sebarang hajat. Misalnya dengan membaca surah al-Fatihah. Ini kerana dalam surah tersebut, terdapat 5 pujian daripada ayat pertama hinggalah ayat ke-5 kepada Allah. Kemudian, pada ayat ke-6, ia diikuti dengan doa yang pertama.",
"Ketika berdoa, kita mestilah menyerahkan jiwa dan raga kepada Allah. Janganlah berdoa apabila ada hajat sahaja tetapi melupakan Allah apabila permintaan itu tertunai.",
"Seperti sabda Rasulullah menurut Riwayat al-Tirmizi (3382):",
"“Siapa yang suka Allah terima doanya ketika kesukaran dan kepayahan, hendaklah dia membanyakkan doa pada masa kemewahan dan kesenangan.”",
"Kesimpulannya, walau apapun hajat kita, yang penting hati kita tunduk kepada Allah dan buang jauh-jauh ego. Cepat atau lambatnya, bukanlah urusan kita. Yang paling penting, jangan hanya ingat Allah ketika dalam kesusahan dan kesempitan. Apabila senang, kita melupakan Sang Pencipta.",
"Jika ingin diluaskan rezeki, anda boleh cuba membaca doa Neelofa yang telah dikongsikan di atas. Sesungguhnya Allah Itu Maha Kaya, Maha Penyayang dan Maha Pemurah, tidak mustahil doa-doa kita akan sampai ke langit. Kita perlulah berusaha untuk mencapai impian, kemudian bertawakal kepada Allah.",
"Jangan lupa terus berdoa tanpa putus. Suatu hari nanti, doa kita itu pasti diperkenankan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:",
"“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”(Surah Ghaafir 60)",
"Jemput juga baca doa murah rezeki dan punca kurang rezeki"
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-di-sandakan/
|
Travel
13 Tempat Menarik Di Sandakan Yang Pasti Membuatkan Anda Teruja
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Sandakan yang juga dikenali sebagai Bandaraya Alam Semulajadi sememangnya kaya dengan pelbagai tempat menarik. Cuma kita je yang tak tahu. Jom kami kongsikan 13 tempat menarik di Sandakan yang pasti membuatkan anda teruja.",
"Pada tahun 1945, tapak Sandakan Memorial Park ataupun Taman Peringatan Sandakan ini pernah menjadi saksi kepada kekejaman tentera Jepun yang telah menjadikan sebilangan besar askar Australia dan British sebagai tawanan perang.",
"Bukan seorang dua yang terbunuh sewaktu menjadi tawanan, tetapi lebih daripada 2400 orang terkorban dan yang terselamat hanyalah 6 orang tawanan yang berjaya melarikan diri. Bayangkanlah situasi di Sandakan pada waktu itu.",
"Kini, untuk memperingati mereka yang telah terbunuh, memorial ini ditubuhkan. Anda juga dapat melawat sebuah muzium kecil yang ada di sini untuk mendalami lebih banyak lagi tentang sejarah Sandakan yang penuh dengan peristiwa hitam.",
"2. Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary",
"Nama lain bagi monyet ini adalah Monyet Belanda iaitu spesies monyet yang berhidung besar dan panjang. Untuk melihat keletah monyet unik yang hanya wujud di sekitar Borneo ini, anda boleh pergi ke Labuk Bay Proboscis Monkey Santuary.",
"Santuari ini terletak tidak jauh dari Kampung Semawang, di tengah-tengah kawasan hutan bakau di Labuk Bay, Sandakan. Sampai sahaja ke sini, anda perlu menaiki platform pemerhatian yang disediakan untuk mendekati haiwan eksotik ini, jangan risau, monyet ini bukanlah daripada spesies yang agresif. Jangan lupa untuk bawa kamera.",
"Waktu Operasi (Jadual Waktu Pemerhatian): Platform A (9.30am – 2.00pm) | Platform B (11.30am – 4.30pm)",
"Harga: Dewasa MyKad: RM15, Pelancong: RM60 | Kanak-kanak MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | Kamera RM10",
"Pasar Umum Sandakan merupakan pasar di dalam bangunan 3 tingkat. Macam-macam boleh dibeli di sini seperti sayur-sayuran, hasil laut dan buah-buahan yang segar di tingkat 1, dan barangan wanita di tingkat 2. Kalau anda nak merasa makanan tradisi orang Sabah, pasar inilah salah satu lokasi yang pasti tidak akan mengecewakan anda.",
"Waktu Operasi: Setiap Hari (3.00am – 7.30pm)",
"Sandakan Crocodile Farm terletak lebih kurang satu setengah jam dari bandar Sandakan. Jauh juga ya? Tapi percayalah, lawatan anda ke taman buaya ini terasa amat berbaloi kerana ia merupakan taman buaya yang terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 3000 ekor buaya di dalamnya.",
"Selain buaya, di sini juga terdapat taman kanak-kanak dan sebuah zoo mini yang menempatkan ikan Amazon bersaiz besar. Kalau anda datang pada hari Ahad ataupun cuti umum, anda bukan sahaja dapat melihat pertunjukan buaya, tapi juga pertunjukan ular.",
"Waktu Pertunjukan di Sandakan Crocodile Farm: ",
"Pertunjukan Buaya: Isnin – Jumaat (11:45am & 4.00pm)",
"Pertunjukan Buaya & Ular: Ahad & Cuti Umum (11.00am, 2.00pm & 4.00pm)",
"Waktu Diberi Makan: 9.00am – 4.30pm",
"Pulau yang terletak berhadapan dengan perkampungan Sim-Sim ini memiliki dua buah bukit batu pasir yang bercantum dengan satu sama lain pada ketinggian 600 kaki dari aras laut. Disebabkan kehadiran batu kapur ini, anda boleh menemui gua yang memukau dan unik untuk diterokai.",
"Airnya sangat jernih dan cantik. Jika anda naik ke puncak bukit ini pula, terdapat sebuah rumah api manakala sudut curam bukit ini diselubungi oleh hutan simpan dengan tumbuhan pinggir laut yang menjadi tarikan para pengkaji botani.",
"Sungai Kinabatangan sangat panjang. Berukuran 560 km, menjadikan ia sungai yang terpanjang di negeri Sabah. Anda sekeluarga dapat menikmati pelayaran yang seluas pemandangan, dan membuka mata anda tentang geografi sekitar Sabah yang menarik untuk diamati.",
"Di sepanjang perjalanan, anda akan disajikan dengan pemandangan ladang kelapa sawit, kawasan perkampungan dan bandar-bandar kecil sekitar Sabah. Bukan itu sahaja, pada waktu inilah anda boleh melihat kekayaan fauna yang ditawarkan muka bumi Borneo seperti orang utan, ungka, monyet, dan banyak lagi.",
"Kalau bernasib baik, mungkin juga gajah-gajah besar yang digelar Borneo Pygmy Elephants akan menunjukkan diri.",
"Pulau Lankayan adalah sebuah pulau yang cukup istimewa dan menawarkan lebih daripada 30 lokasi yang menarik untuk aktiviti menyelam yang kebanyakannya boleh diakses dengan menaiki bot beberapa minit dari jeti pulau.",
"Yang menariknya, ada juga kawasan menyelam yang memiliki bangkai kapal untuk diterokai. Antara hidupan laut yang dapat dilihat adalah ikan anemone, ikan kerapu, blue ribbon eel, juvenile cat fish dan bermacam-macam lagi. Semua ini dapat dinikmati secara HD di dalam air yang cukup jernih.",
"Merupakan sebahagian daripada Taman Laut Pulau Penyu, Pulau Selingan menempatkan sebuah pusat penjagaan dan penetasaan telur penyu yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada 1 Ogos 1996. Jenis penyu yang mendarat di sini adalah Penyu Karah dan Penyu Hijau yang selalunya datang mendarat ketika malam menjelma untuk bertelur.",
"Namun begitu, anda tidak dibenarkan berada di kawasan pantai ketika ini untuk mengelakkan penyu daripada berasa terganggu, namun sebenarnya renjer atau pihak pengurusan tetap bagi peluang untuk anda melihat penyu pada waktu ini dengan pengawasan mereka.",
"Harga: Dewasa MyKad: RM30, Pelancong: RM60 | Kanak-kanak MyKad: RM20, Pelancong: RM30 | Kamera (Tanpa Flash) RM10",
"Masjid Jamek Sandakan ataupun Masjid Jamek As-Sheikh Hasabollah At-Tohiri adalah sebuah masjid yang sudah pun berusia lebih daripada 130 tahun. Masjid tua yang dibina sekitar tahun 1880-an ini merupakan masjid yang memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu agama Islam ketika zaman pemerintahan British di Borneo Utara.",
"Masjid yang terletak di lereng bukit ini dikatakan telah diasaskan oleh pedagang dan pendakwah yang datang dari Yemen menggunakan hasil sumbangan penduduk setempat, namun ada juga yang mengatakan ianya telah dibina oleh seorang penduduk Sandakan berketurunan India Muslim.",
"Disebabkan usia masjid ini yang telah terlalu tua, sudah semestinya ia pernah melalui peristiwa yang menarik. Salah satunya adalah kerana ia pernah dijadikan tempat perlindungan beberapa tentera Jepun dan penduduk ketika Perang Dunia Kedua.",
"Terletak di hadapan High Court Sandakan, Sandakan Liberation Monument adalah sebuah monumen unik yang dibina untuk memperingati tentera bersekutu yang terkorban di Borneo Utara sewaktu menentang askar Jepun, sebuah pengorbanan yang membawa kepada pengakhiran Perang Dunia Kedua.",
"Tugu yang berbentuk senapang rifle dengan topi di hujungnya ini menunjukkan tradisi yang diamalkan tentera bagi melambangkan tempat dimana pejuang telah gugur.",
"Scout Nature Park adalah sebuah taman ahli pengakap yang mempunyai lanskap alam semula jadi indah untuk dinikmati. Jangan risau, anda yang tidak berpakaian pengakap pun boleh menjadikan taman ini sebagai tempat bersantai bersama keluarga. Selain melihat pemandangan hijau di sekitar, anda juga dapat mempelajari banyak tentang Persatuan Pengakap di Daerah Sandakan.",
"Secara keseluruhannya, Sabah sebenarnya banyak memiliki tugu yang unik yang sememangnya menarik untuk dijadikan latar belakang foto percutian. Salah satu tugu ini adalah yang terletak di Jalan Lubuk di mana terdapat sebuah bulatan yang ditengahnya berdiri dengan tegak tugu seekor buaya.",
"Muncung buaya ini dikatakan menghala ke arah Sandakan Crocodile Farm yang terletak tidak jauh dari sini. Apa lagi? Nampak sahaja Bulatan Buaya ini, teruslah singgah ke taman buaya yang terbesar di Malaysia ini ya. Sebelum itu jangan lupa untuk berselfie di depan tugu buaya berdiri ini.",
"13. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre",
"Orang Utan ataupun nama lainnya Wild Red Apes dapat dilihat dalam habitat semula jadinya sekiranya anda sekeluarga melawat Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Apabila tiba di sini, anda akan melalui laluan kayu yang akan membawa kaki anda menuju ke arah galeri dan platform tempat memberi Orang Utan makanan.",
"Disarankan untuk anda datang sekitar 30 minit awal sebelum waktu haiwan ini diberi makan kerana sekiranya anda terlewat, kemungkinan pekerja di pusat ini tidak akan membenarkan anda masuk. Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre turut menyediakan tempat solat, kedai cenderamata, pusat informasi yang memaparkan video 6 kali sehari, kafe dan tandas yang bersih.",
"Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (9.00am – 12.00pm & 2.00pm – 4.00pm) | Jumaat (9.00am – 11.00am & 2.00pm – 4.00pm) | Waktu Orang Utan Diberi Makanan (10.00am – 3.00pm)",
"Harga: Dewasa MyKad: RM5, Pelancong: RM30 | 18 Tahun & Kebawah MyKad: RM2, Pelancong: RM15 | Kamera RM10",
"Itulah dia 13 tempat menarik di Sandakan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jemput juga abca artikel tempat menarik di Labuan dan tempat menarik di Miri."
] |
https://bidadari.my/meroyan/
|
Hamil
Meroyan : Maksud , Punca , Tanda Dan Cara Rawatan
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Negara kita sering kali digemparkan oleh berita mengejutkan di mana ibu yang baru melahirkan, sedang berpantang, atau mempunyai anak kecil membunuh anaknya sendiri atau membunuh diri. Apabila berita sebegini sampai ke telinga kita perkara pertama yang akan terlintas di fikiran ialah ibu meroyan.",
"Tahukah anda bahawa meroyan bukanlah satu mitos yang dicipta oleh orang tua untuk menakutkan kita. Meroyan adalah perkara yang benar-benar berlaku dan ianya boleh meragut nyawa.",
"Dari sudut perubatan tradisional dan perbidanan melayu, meroyan adalah keadaan di mana seorang ibu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil akibat gangguan angin meroyan. Angin meroyan berlaku kerana ibu tersebut tidak berpantang dengan betul dan telah melanggar pantang-larang semasa berpantang.",
"Sebagai contoh, kemungkinan ibu tadi tidak memakai stoking seperti yang sepatutnya lalu menyebabkan diserang angin meroyan. Angin meroyan bukan sahaja boleh berlaku semasa berpantang malah boleh menyerang ibu beranak kecil yang kekurangan rehat dan tidur akibat kepenatan menjaga anak kecil.",
"Sementara dari sudut perubatan moden, meroyan adalah postpartum depression di mana seorang ibu mengalami tekanan perasaan selepas melahirkan bayinya. Ia adalah satu keadaaan yang dianggap sebagai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan dengan kadar yang segera kerana jika dibiarkan, ia akan menjadi semakin teruk dan boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini.",
"Kesimpulannya, ia adalah masalah kesihatan emosi yang dialami oleh seorang ibu yang baru melahirkan. Walau pun istilah yang digunakan dalam dunia perubatan moden dan tradisional adalah berbeza namun kedua-duanya bersetuju dengan kewujudan penyakit meroyan atau postpartum depression.",
"Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyumbang kenapa seorang ibu boleh mengalami meroyan. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:",
"Kebiasaannya terdapat beberapa tanda atau simptom yang akan ditunjukkan oleh seseorang yang meroyan. Di antara simptom yang perlu diperhatikan oleh mereka yang menjaga ibu baru bersalin ialah:",
"Sekiranya anda merasakan diri sendiri atau orang yang tersayang menunjukkan potensi untuk mengalami meroyan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah dapatkan bantuan dan rawatan dengan kadar yang segera. Pergi ke klinik dan ceritakan kepada doktor akan perihal yang sebenar.",
"Nanti doktor akan merujuk anda kepada doktor yang berkenaan. Anda akan diperiksa dan diberikan rawatan yang sepatutnya.",
"Itu lah dia info tentang meroyan yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Meroyan adalah sesuatu yang sangat serius malah boleh meragut nyawa. Oleh itu dapatkan rawatan denga n segera sekiranya simptom berkenaan mula menunjukkan diri.",
"Jika anda menyukai artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda tekanan perasaan, jenis kemurungan selepas bersalin, rawatan untuk kemurungan selepas bersalin."
] |
https://bidadari.my/buah-tangan-untuk-orang-sakit/
|
Petua Tips
15 Idea Buah Tangan Untuk Orang Sakit
Oleh zulrina
|
[
"Menziarahi orang sakit adalah amalan mulia yang dituntut dalam Islam. Adabnya lagi, lebih elok jika anda membawa buah tangan untuk orang sakit. Pasti si sakit akan berasa gembira dan benar-benar dihargai. ",
"Sekurang-kurangnya mereka dapat gunakan pemberian anda sepanjang berada di hospital. Ia juga bertujuan untuk meringankan beban pesakit dan keluarga pesakit. Tapi, runsing juga bila fikirkan apakah idea buah tangan yang sesuai untuk diberikan kepada orang sakit.",
"Jangan runsing lagi, jom lihat 15 idea buah tangan untuk orang sakit. Pasti salah satu idea buah tangan ini boleh anda berikan kepada orang sakit. Ada buah tangan yang berupa makanan, barangan dan lain-lain lagi. ",
"Anda boleh memberikan buah tangan bunga kepada orang sakit. Bunga di dalam jambangan ataupun pasu kecil boleh anda bawa. Idea ini amat menarik sekiranya pesakit yang anda lawati adalah wanita. Bunga tersebut bakal jadi peneman mereka di hospital atau rumah.",
"Secara umumnya, seringkali kita melawat orang sakit dengan membawa sebakul atau sebungkus buah-buahan bukan? Ini kerana buah-buahan adalah makanan kesihatan yang penting dan sedap untuk anda nikmati jika sakit. Tak salah kan jika anda bawa buah-buahan kepada orang sakit, mereka tidak perlu membelinya lagi.",
"Macam tak percaya sahaja anda boleh bawa lauk pauk. Apa salahnya kan? Lauk pauk boleh dimakan oleh orang sakit dengan nasi di hospital. Tetapi bawalah lauk pauk yang tidak berminyak, yang sihat dan tidak memudaratkan orang sakit. Bahaya pula takut orang sakit terkena tulang ikan atau makan makanan pedas pula.",
"Teddy bear sinonim sebagai hadiah untuk kanak-kanak, tetapi ia juga sesuai dijadikan hadiah untuk orang sakit terutamanya wanita. Anda boleh beli teddy baer yang besar atau sederhana. Jika teddy bear kecil, anda boleh jadikannya sebagai jambangan teddy bear yang comel.",
"Ramai saudara mara atau keluarga si sakit akan membelikan makanan berupa roti untuk mengalas perut di hospital. Anda boleh membawa buah tangan berupa biskut atau roti untuk diberikan kepada orang sakit. Namun, tidak salah jika anda sedekahkan kepada keluarga mereka yang menjaga si sakit juga. Bolehlah kumpul sedikit pahala dan lakukan nilai-nilai murni sesama manusia.",
"Bubur adalah makanan ruji bagi orang sakit. Selalunya ia merupakan menu makanan di hospital selain dari nasi, sup dan lauk. Buah tangan seperti bubur juga mungkin menepati citarasa pesakit yang anda lawati. Belikan sahaja sebungkus bubur sebagai buah tangan buat mereka.",
"Minyak aromaterapi atau minyak yang boleh mereka sapukan di kepala dan badan juga boleh anda jadikan buah tangan. Ramai yang lebih sukakan minyak aromaterapi kerana dapat merehatkan minda dan otak. Emosi dan perasaan juga akan mula stabil apabila menghidu minyak aromaterapi ini.",
"Set penjagaan diri yang boleh anda bawa adalah sikat, bedak powder, cotton bud, sapu tangan, spray mulut, deodorant dan lain-lain lagi. Set penjagaan diri ini mungkin ada gunakan untuk pesakit, siapa yang tahu kan? Tak salah juga jika anda ingin bawa set seperti berus gigi, ubat gigi dan juga shower mandian.",
"Stokin dan sapu tangan mempunyai kegunaannya yang tersendiri dan ia dilihat sebagai barang yang penting kepada orang sakit. Buatlah kelainan dengan memberikan keselesaan kepada orang sakit yang anda lawat di hospital. Mungkin sebenarnya mereka juga memerlukan stokin dan sapu tangan.",
"Terasa lebih dihargai jika kita dihadiahkan dengan losyen wajah dan badan kan? Bukan apa, itu barulah lain dari yang lain. Menarik sikit daripada makanan semata-mata. ",
"Orang sakit juga pasti akan menggunakan buah tangan yang anda beri jika mereka ingin wajah dan badan wangi dan selesa pada pagi dan malam hari terutamanya.",
"Bagi mengelakkan kebosanan orang sakit yang anda lawati, hadiahkanlah mereka bahan bacaan berupa majalah. Banyak majalah di pasaran atau kedai runcit boleh anda beli sebelum datang ke hospital. ",
"Pastikan majalah yang anda beri sesuai dengan mereka. Janganlah hadiahkan majalah berkaitan automotif dan kereta kepada pesakit wanita pula.",
"Kain tuala atau selimut masing-masing mempunyai peranan yang tersendiri. Orang sakit boleh gunakannya pada bila-bila masa yang mereka perlukan. Mereka juga boleh membawanya pulang untuk keperluan di rumah.",
"Anda boleh menjadikan susu sebagai buah tangan untuk orang sakit. Susu dalam botol ataupun kotak tiada masalah, asalkan ia mudah untuk diminum oleh orang sakit. ",
"Makanan sunnah seperti kurma, madu atau delima juga sesuai dijadikan buah tangan. Jika anda rajin, buatlah jus delima atau beli sahaja sebotol jus delima. Ia amat bagus untuk kesihatan.",
"Anda boleh memberikan kasut dalaman untuk dipakai di dalam bilik atau di hospital. Kasut ini selalunya dipakai di dalam rumah dan mempunyai pelbagai corak. Menariknya, ada juga corak berbulu-bulu. Ia memberi keselesaan kepada orang sakit dengan memakainya di hospital.",
"Anda sudah buat pilihan hadiah atau buah tangan yang ingin anda berikan kepada si sakit? Pilihlah buah tangan mengikut bajet dan kemampuan anda asalkan ikhlas memberi. Jom baca juga Spa Muslimah, Kebaikan Stevia dan Idea Doorgift Kahwin."
] |
https://bidadari.my/resepi-omelette-potato/
|
Resepi
Resepi Omelette Potato Popular Patut Cuba (Mudah dan Pantas)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Omelette ialah hidangan berasaskan telur dimasak menggunakan butter atau minyak masak olive oil sedikit di pan penggoreng tanpa minyak.",
"Kini hidangan ini tersedia dalam pelbagai jenis, salah satu antara jenis omelette yang disukai ramai ialah potato omelette alias omelette kentang. Macam mana cara membuat potato omelette?",
"Cara menyediakannya adalah mudah. Berikut di bawah ini kami kongsikan resepi omelette potato yang dibagikan oleh Rohayati Mujari di laman Facebook.",
"Hidangan ini tidak gunakan cheese namun rasanya seakan ada cheese. Sama dengan omelette lain, isi omelette kentang boleh diubah letak daging, ayam, cheese, chili flakes atau lain-lain.",
"Jom buat omelette potato. Mudah sangat-sangat cara buatnya. Lagi mudah daripada buat murtabak. Kosnya pun murah sangat. Selamat mencuba.",
"Selain resepi omelette kentang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/tempat-menarik-di-padang/
|
Travel
15Tempat Menarik Di Padang, Indonesia Yang Wajib Anda Lawati
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Bila sebut Padang, Indonesia pasti terus terbayang budaya minangkabau dan gunung berapinya. Tahukah anda, terdapat banyak tempat menarik di Padang. Jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Padang, Indonesia yang wajib anda lawati.",
"Jam Gadang merupakan menara jam yang terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi. Ala-ala Big Ben di London. Kalau anda sampai di Bukit Tinggi, Padang, jangan lupa untuk singgah di sini dan ambil gambar sebagai kenangan. Jam gadang ialah simbol Bukit Tinggi.",
"Selain itu, anda juga boleh menaiki kereta kuda untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Bukit Tinggi.",
"Istana asalnya telah terbakar akibat litar pintas lalu dibina semula. Senibinanya sangat cantik dengan ukiran yang halus. Dari sinilah asalnya datang rekaan bumbung minangkabau yang banyak terdapat di Negeri Sembilan. Memasuki Istana Pagar Ruyung seperti kembali semula ke zaman silam.",
"Istana ini setinggi 3 tingkat. Tingkat pertama untuk singgahsana dan bilik puteri-puteri yang telah berkahwin. Tingkat kedua untuk putri yang masih belum berkahwin. Dan tingkat ketiga adalah tempat penyimpanan barangan penting. Dapur ada dibelakang istana. Kiri istana adalah Tabuan Larangan dan kanan istana ada tempat menyimpan beras.",
"Di sini anda boleh menyewa pakaian minang untuk bergambar. Harganya cuma RM35,000 sahaja. Murah.",
"Pernah dengar kisah Si Tanggang yang derhaka kepada ibunya? Malin Kundang ialah versi Padang. Di sini terdapat batuan yang berbentuk seperti tong kayu, sauh, kapal, dan Malim Kundang yang sedang melutut memohon ampun daripada ibunya.",
"Siapa tak kenal penulis hebat Hamka? Penulis yang terkenal dengan karya Tenggelamnya Kapal Van Der Jick berasal dari Padang. Rumah ini terletak di penghujung Kelok 44. Suasanya sangat sejuk dan nyaman. Di sini anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang penulis hebat ini.",
"Kelok 44 umpama Cameron Highlands. Cuacanya sejuk dan nyaman. Anda akan dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi yang hijau dengan pemandangan sawah padi dan gunung berapi yang masih aktif. Di sini juga ada banyak pokok kulit kayu manis. Unik kan?",
"Di sini anda boleh berisitirehat melihat pemandangan sambil membeli-belah cenderamat berasaskan bunga cengkih dan kulit kayu manis.",
"6. Terowong Jepun atau Lubang Jepang",
"Terowong ini dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1942 dengan dengan kepanjangan 6 kilometer dan kedalaman 64 meter. Terdapat banyak jalan masuk ke terowong ini dan di dalamnya terdapat banyak bilik untuk menyimpan makanan, senjata dan pejabat.",
"Buruh binaan yang dikerah untuk membina terowong ini diambil dari Jawa, Kalimantan dan Sulawesi.",
"Tahukah anda, para peniaga di Bandung ambil stok barang jualan dari sini. Maksudnya harga barang di sini jauh lebih murah daripada di Bandung. Semuanya ada. Blouse, tudung, jubah, shawl, kain sulam, perhiasan rumah, dan sebagainya. Tapi beringat semasa shopping, jangan sampai terlebih muatan. Nanti mahal nak kena bayar kepada syarikat penerbangan.",
"8. Air Terjun Anai Lembah Mancur",
"Air terjun ini terletak betul-betul di tepi jalan. Tak perlu masuk jauh ke dalam. Ini adalah antara destinasi wajib bagi pelancong yang datang ke Padang. Orang tempatan juga suka datang ke sini. Air terjunnya sangat tinggi dan cantik. Bayaran masuk ialah RP2000. Kalau duit kita cuma enam puluh sen seorang.",
"Tasik yang terbentuk akibat letusan gunung berapi ini sangat indah. Saujana mata memandang. Sambil menikmati keindahan alam anda boleh minum kopi bersama apam labu yang menjadi ikon di sini. Apam labunya sangat sedap. Rugi kalau tak rasa.",
"Padang merupakan tempat asal budaya minangkabau, maka tak lengkap percutian anda kalau tak melawat ke Minangkabau Village. Di sini terdapat rumah-rumah berbentuk minangkabau yang berusia ratusan tahun. Semuanya dijaga dengan baik dan rapi. Anda juga boleh menyewa pakaian minangkabau untuk bergambar. Harganya sangat murah, cuma RM35,000 Rupiah.",
"Pernah dengar nasi padang? Nak makan yang original, sila makan di sini. Bila anda duduk je di meja, pekerja kedai akan keluarkan lauk dan letak atas meja. Penuh meja dengan lauk. Jangan pelik, anda tak perlu bayar untuk semua lauk yang dihidang kat atas meja.",
"Anda cuma bayar untuk lauk yang dimakan, walau pun sesudu. Senang cerita, asal sentuh je kena bayar. Nasi padang di sini memang sedap sangat. Kami dah pernah rasa. Kalau anda sampai ke Padang, Indonesi, jangan lupa untuk makan nasi padang di Kedai Makan Lamun Ombak.",
"12. Kedai Sanjai Ummi Aufa Hakim",
"Sanjai berlado adalah di antara makanan terkenal di Padang. Apa benda sanjai ni? Ia adalah kerepek ubi bersira. Rasanya lain sikit daripada yang ada di Malaysia. Bolehlah beli lebih sikit untuk dijadikan sebagai cenderamata kepada orang tersayang yang ditinggalkan di Malaysia.",
"Selain membeli kain sulaman, anda juga boleh melihat proses sulaman dibuat. Itulah menariknya Rumah Sulam Hajah Rosma. Bila dah melawat ke sini, barulah tahu rupa-rupanya satu kain sulam mengambil masa 2 hingga 4 bulan untuk siap. Patutnya harganya mahal.",
"Sepanjang anda di Padang, anda akan perasan yang orang di sana suka minum kopi. Kilang kopi Kiniko adalah antara kilang kopi yang popular dan menjadi tempat lawatan pelancong dari Malaysia. Kopinya pahit, betul-betul original. Ada juga kopi najis kelawar. Tapi, rasanya tak tertelan di tekak sebab dah tau dari mana datangnya.",
"Tasik di sini sangat cantik. Kalau anda datang pada musim durian, boleh makan durian sepuas-puasnya. Harga duriannya pun murah.",
"Itulah dia 15 tempat menarik di Padang, Indonesia yang ingin kami kongsikan untuk anda pada hari ini. Teringin nak bercuti ke sana? Jangan lupa untuk singgah di tempat-tempat menarik yang kami senaraikan di atas.",
"Kami harap anda sukakan senarai tempat menarik di Padang, tidak kisalah sama ada pantai di Padang ataupun tempat yang lain. Selain tempat di Padang, kami juga menulis artikel lain. Jemput baca dan jangan lupa share untuk panduan masa hadapan."
] |
https://bidadari.my/resepi-asam-laksa/
|
Resepi
Resepi Asam Laksa (Lain Dari Yang Lain)
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Sebut pasal laksa. Lain tempat, lain orang, lain panggilannya, lain caranya. Ada laksa kedah, laksa lemak, laksa kelantan, laksa sarawak, laksa penang, asam laksa,laksa johor dan sebagainya. Yang pasti kesemua jenis laksa-laksa ini menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Tetapi nak jumpa yang betul-betul puas hati dan kena selera nih sukar lah sikit. Jadi nak tak nak kenalah cuba buat sendiri. ",
"Marilah tengok resepi asam laksa dari Ben Safwan yang mendapat perkongsian ramai. Caranya pun mudah dan senang untuk dilakukan. Lepas nih bolehlah makan laksa nih kat rumah jer, ataupun bolehlah dijadikan menu untuk tetamu yang akan datang. Jom layan resepinya. ",
"P/s : Boleh masukkan petis udang 2 botol kecil kalau mahu. ",
"Cara Buat Resepi Asam Laksa :",
"Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba ya. "
] |
https://bidadari.my/tegangkan-payudara/
|
Keluarga
7 Petua Tegangkan Payudara ( Lebih-lebih Lagi Lepas Bersalin )
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Wanita dan kecantikan tidak dapat\ndipisahkan. Dari hujung rambut hingga hujung kaki semuanya akan dijaga dengan\nrapi. Salah satu perkara yang paling disayangi dan dijaga oleh wanita ialah\npayudara. Ia merupakan aset utama yang paling penting untuk menambat hati suami\ntercinta. Namun semakin kita berumur, payudara akan semakin kurang tegang\nlebih-lebih lagi selepas bersalin dan menyusukan anak.",
"Pastinya anda tercari-cari apakah\npetua dan cara tegangkan payudara yang berkesan dengan cepat. Terutamanya jika\nanda baru lepas bersalin dan merancang untuk menyusukan anak sekurang-kurangnya\ndua tahun. Tanggung jawab menyusukan anak mesti dilakukan, namun dalam masa\nyang sama kecantikan penting juga. Jangan sesekali diabaikan.",
"Kenapa payudara menjadi kendur selepas\nkita bersalin? Untuk pengetauan anda, payudara kebanyakan wanita menjadi kendur\nselepas bersalin kerana sepanjang tempoh kehamilan ligamen Cooper iaitu ligamen\nyang menghubungkan antara dada dan otot payudara akan menegang. Keadaan ligamen\nyang menegang akan menyebabkan ia menjadi lemah lalu menyebabkan payudara\nmenjadi besar dan layu ke bawah.",
"Ini adalah satu proses yang normal\ndi mana tubuh badan anda sedang bersedia untuk menyusukan bayi yang bakal\nlahir. Tahap pengenduran payudara yang berlaku adalah bergantung kepada:",
"Apakah petua tegangkan payudara yang\nboleh anda amalkan?",
"Petua yang pertama cara tegangkan\npayudara yang paling berkesan. Pilih nursing bra yang betul dan tepat dengan\nsaiz anda. Pemakaian nursing bra yang terlalu besar atau terlalu kecil akan\nmenyebabkan ia tidak dapat menampung payudara anda dengan baik lalu menyebabkan\npayudara menjadi kendur.",
"Pastikan\nanda memakai nursing bra setiap masa kecuali semasa tidur",
"Tarikah graviti adalah di antara\npunca payudara menjadi kendur. Oleh itu pastikan anda memakai nursing bra\nsetiap masa kecuali semasa tidur agar payudara anda sentiasa ditampung dengan\nbaik untuk melawan tarikan graviti yang menjadi punca payudara kendur.",
"Percayakah anda bahawa mengurangkan\nberat badan boleh mengatasi masalah payudara kendur. Ini kerana wanita yang\nmempunyai berat badan berlebihan akan mempunyai payudara yang besar dan kendur.\nApabila anda mengurangkan berat badan, payudara anda juga akan mengecil dan\nmenjadi padat lalu kurang kendur.",
"Macam mana nak turunkan berat badan?\nAmalkan gaya hidup sihat dengan cara menjada pemakanan dan rajinkan diri untuk\nbersenam. Selepas bersalin elakkan daripada senaman yang agresif. Lakukan\nsenaman ringan terlebih dahulu sehingga luka bersalin dan badan anda\nbetul-betul sembuh.",
"Tahukah anda bahawa terdapat sejenis\nurutan khas untuk mengangkan payudara? Ianya adalah urutan sendiri yang telah\ndiamalkan sejak dulu lagi dan terbukti sangat berkesan untuk menegangkan semula\npayudara yang kendur. Anda boleh membuat carian di Google tentang teknik urutan\nuntuk menegangkan payudara. Tak susah! Pasti anda boleh lakukannya setiap hari.",
"Selain urutan sendiri yang boleh anda lakukan di rumah, anda juga boleh berurut dengan bidan yang pandai untuk menegangkan payudara. Urutan tradisional melayu sememangnya terbukti berkesan untuk menegangkan payudara yang kendur. Selain urutan untuk menegangkan payudara, anda juga boleh mengamalkan urutan tradisional untuk:",
"Mandian\nair sejuk dan air panas secara berselang-seli",
"Satu lagi petua untuk menegangkan\npayudara yang anda boleh amalkan ialah dengan mengamalkan mandian air sejuk dan\nair panas secara berselang-seli. Semasa mandi, mandi dengan air panas dan air\nsejuk secara berselang-seli sambil mengurut lembut payudara anda.",
"Terdapat beberapa jenis senaman yang\nmembantu menguatkan otot dada dan menegangkan semula payudara yang kendur. Di\nantara senaman yang boleh anda lakukan ialah:",
"Anda boleh lakukan senaman dumbbel\npull-over dengan cara berikut:",
"2.\nSenaman tekan-tubi atau push up",
"Anda juga boleh melakukan senaman\ntekan-tubi, atau push-up. Jika anda tidak mampu melakukan\ntekan-tubi yang penuh, anda boleh buat secara separuh dengan meletakkan lutut\ndi atas lantai. Ia adalah senaman tekan tubi yang lebih mudah untuk anda\nlakukan.",
"Senaman terakhir yang boleh anda\nlakukan untuk menegangkan payudara yang kendur ialah dengan melakukan senaman\nchess press. Caranya sangat mudah. Anda cuma perlu:",
"Itulah dia petua dan cara tegangkan payudara yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang petua kempiskan perut dengan aur detox pink, kelebihan minyak argan, dan kebaikan aloe vera."
] |
https://bidadari.my/resepi-nasi-air-kelantan/
|
Resepi
Resepi Nasi Air Kelantan (Simple Sedap Naik Selera)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Mencari resepi nasi air? Pada perkongsian kali ini kami akan kongsikan resepi nasi air yang mudah dicubakan.",
"Kenapa diberi nama nasi air? Kerana nasi ini dimakan dengan kuah sup yang banyak sehingganya ia dipanggil nasi air. Nasi menggunakan beras putih biasa, namun dimasak dengan sedikit garam atau penyedap rasa. Cara menyediakan sup juga amat senang.",
"Nasi air boleh dijadikan makanan untuk orang yang tengah sakit dan tiada selera makan. Ataupun kanak-kanak yang senang makan hidangan nasi berkuah. Nasi air dihidangkan dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng dan daun bawang. Semakin menyelerakan bukan?",
"Jom buat nasi air. Resepi dikreditkan kepada Nurul Balqis di laman Facebook. Resepi untuk 6-7 orang makan.",
"Cara Nak Buat Sambal Kicap :",
"Selain resepi nasi air, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/kantung-bayi-kosong/
|
Keluarga
Kantung Bayi: Punca Dan Tanda-tanda Kehamilan Kosong Wajib Tahu
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Pernah dengar tentang phantom pregnancy atau kehamilan dengan kantung bayi kosong? Ia adalah keadaan di mana seorang ibu mengalami tanda-tanda kehamilan malah telah disahkan mengandung semasa mendapatkan pemeriksaa di klinik. ",
"Apabila imbasan ultrasound dilakukan akan kelihatan kantung bayi di skrin. Namun lama-kelamaan ibu merasakan bahawa tanda-tanda mengandung semakin hilang dan apabila ke klinik untuk pemeriksaan dan imbasan ultrasound, kantung bayi kelihatan kosong tanpa kehadiran bayi.",
"Kalau ikutkan orang tua zaman dahulu, jika keadaan ini berlaku mereka akan mengatakan bahawa bayi dalam kandungan telah hilang kerana dicuri oleh orang bunian. Ia adalah kepercayaan orang lama. Namun tahukah anda bahawa yang sebenarnya ada penjelasan dari segi sains untuk keadaan ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info tentang kantung bayi kosong termasuklah tanda dan punca-puncanya.",
"Apakah yang dimaksudkan dengan kantung bayi kosong?",
"Kantung bayi kosong atau kehamilan kosong dipanggil sebagai blighted ovum. Dari sudut perubatan moden, kehamilan dengan kantung bayi yang kosong berlaku kerana embrio tidak terbentuk atau tidak berkembang semasa proses kehamilan berlaku. Semasa proses kehamilan, ovum dan sperma akan bercantum lalu menempel pada dinding rahim. ",
"Setelah tempelan berlaku, sepatutnya embrio mula terbentuk dan berkembang dengan sempurna. Jika embrio langsung tidak terbentuk atau gagal untuk berkembang, maka berlakulah blighted ovum atau kehamilan dengan kantung bayi kosong. Ianya tidak ada sebarang kaitan dengan sebarang aktiviti paranormal atau alam ghaib.",
"Walau bagaimana pun, wanita yang mengalami kehamilan kosong akan tetap mengalami tanda-tanda kehamilan biasa kerana kehadiran plasenta atau kantung bayi di dalam rahim menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan, terutamnya hormon HCG yang akan meningkat sebaik sahaja seorang wanita mengandung.",
"Apakah punca seorang wanita mengalami kehamilan dengan kantung bayi kosong atau blighted ovum?",
"Sekali lagi kita akan melihat situasi ini dari sudut perubatan moden. Menurut kajian saintifik, terdapat dua punca kenapa keadaan ini berlaku iaitu disebabkan oleh:",
"Semasa proses kehamilan, janin akan terbentuk daripada kromosom yang datang daripada ibu dan bapanya iaitu XX dan XY. Untuk pembentukan janin yang sempurna, kromosom tersebut haruslah berada dalam keadaan yang normal dan sempurna. Apabila embrio terbentuk daripada kromosom yang tidak normal, secara automatik tubuh badan si ibu akan menolak embrio tersebut.",
"Apabila tubuh badan menolak embrio tadi, ia tidak akan berkembang dengan baik lalu menyebabkan kantung bayi kosong. Jikaembrio tadi berjaya terbentuk dan berjaya berkembang sekali pun, kebiasaannya kandungan tadi akan gugur sebelum mencecah usia 8 minggu kerana tubuh badan akan terus menerus menolak kehadiran embrio itu disebabkan oleh kromosom yang tidak normal dan dianggap sebagai benda asing yang menumpang di dalam rahim.",
"2. Sel tidak terbahagi dengan sempurna",
"Punca kedua kehamilan dengan kantung bayi kosong ialah disebabkan oleh sel janin yang tidak sempurna. Ovum dan sperma yang bercantum memiliki kromosom yang normal dan sempurna. Malangnya semasa proses persenyawaan, proses pembahagian sel tidak berjalan dengan baik di mana sel tidak terbahagi dengan sempurna. ",
"Apabila sel tidak terbahagi dengan sempurna, ia dianggap sebagai sel yang tidak normal lalu akan ditolak oleh tubuh badan si ibu. Sama seperti kes kromosom tidak normal di atas tadi.",
"Punca kehamilan dengan kantung bayi kosong yang seterusnya ialah disebabkan oleh faktor genetik yang dibawa oleh ibu atau pun ayahnya. ",
"Jika salah seorang daripada mereka mempunyai sejarah keluarga dengan kehamilan tanpa kantung bayi, maka mereka mempunyai risiko untuk mendapat kehamilan yang sama walau pun kromosom dalam sel ovum dan sperma mereka adalah normal dan sempurna serta proses pembahagian sel semasa persenyawaan telah berjalan dengan lancar.",
"Apakah tanda kehamilan dengan kantung bayi kosong?",
"Terdapat beberapa tanda atau simptom yang akan dialami oleh seorang ibu seandainya dia mengalami kehamilan dengan kantung bayi kosong. Walau bagaimana pun, kebanyakan tanda ini mungkin tidak disedari oleh si ibu. Di antara tanda kehamilan dengan kantung bayi kosong ialah:",
"Itulah dia info tentang kantung bayi kosong yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, kebaikan folik asid untuk ibu mengandung, dan susu kambing untuk ibu mengandung."
] |
https://bidadari.my/trigger-finger-jari-tidak-dapat-diluruskan/
|
Kesihatan
Fakta Mengenai ‘Trigger Finger’ Jari Tidak Dapat Diluruskan (Wajib Anda Tahu)
Oleh aqirah
|
[
"Selalu terjadi kepada diri sendiri, jari tidak dapat diluruskan secara tiba-tiba. Apabila diluruskan akan berbunyi ‘pop’ di jadi jari tersebut. Apakah dan kenapa ia berlaku sedemikian?",
"Anda mungkin rasa ia terjadi kerana jari jemari ‘cramp’ atau kejang. Hakikatnya, ia bukan kerana kejang tetapi disebabkan oleh ‘trigger finger’ atau bahasa melayunya adalah jari picu.",
"Mari kami kongsikan kepada anda tentang fakta mengenai ‘trigger finger’. Fakta ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia.",
"▪️Ia adalah masalah pada jari yang dialami disebabkan oleh keradangan pada ligamen A1 pulley (takal) yang membalut tendon pembengkok jari, atau keradangan tendon itu sendiri.",
"▪️Apabila berlaku keradangan, pulley dan tendon berkenaan membengkak, dan ini akan menyebabkan tendon tersekat di dalam terowong serta menghasilkan bunyi ‘pop’ ketika cuba untuk luruskan jari.",
"▪️Setiap kali tendon tersekat, ia akan bertambah radang dan keadaan boleh menjadi semakin teruk. ia juga boleh menyebabkan terjadinya biji kecil (nodule) pada kawasan jari.",
"▪️Aktiviti genggam dan memicit berulang kali",
"▪️Ia lebih kerap berlaku kepada populasi pesakit kencing manis dan wanita, biasanya dalam lingkungan 50-60an.",
"▪️Jari susah bergerak terutamanya pada waktu pagi",
"▪️Jari tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan",
"▪️Terdapat nodule (ketulan) pada pangkal jari yang terlibat",
"Trigger finger mempunyai beberapa tahap dan rawatannya bergantung pada klasifikasi ini.",
"▪️Tahap 1: Sakit pada bahagian pangkal jari tetapi jari tidak tersangkut.",
"▪️ Tahap 2: Jari tersangkut tetapi pesakit boleh meluruskan kembali jari tersebut tanpa bantuan.",
"▪️ Tahap 3: Jari tersangkut, dan perlu bantuan tangan sebelah untuk luruskan semula.",
"▪️Tahap 4: Jari tersangkut, dan tidak dapat diluruskan semula.",
"1. Ubat anti-radang dan tahan sakit.",
"1. Suntikan steroid pada pangkal jari untuk mengurangkan keradangan tendon dan pulley. ",
"*Anda tidak perlu bimbang lagi kerana ia bukanlah penyakit yang berbahaya tetapi tetap perlu berhati-hati. Jari picu ini boleh diselesaikan dengan pembedahan kecil oleh doktor pakar. ",
"Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, anda boleh pergi berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/tanda-sakit-perut-ketika-hamil/
|
Hamil, Kesihatan
Ketahui Maksud 4 Tanda Sakit Perut Ketika Hamil, Ini Kata Doktor
Oleh aqirah
|
[
"Pada awal kehamilan, ada banyak berlaku simptom-simptom yang tidak biasa berlaku terhadap para wanita. Antaranya wanita hamil akan mula mengidam makanan tidak kira masa dan tempat, perasaan yang tidak stabil, sakit perut dan pelbagai lagi.",
"Tetapi perkara yang selalu diadukan oleh wanita hamil adalah sakit perut. Pada awal kehamilan, wanita akan merasa sakit perut tetapi tidak tahu apa puncanya. Sakit perut yang rasanya seperti mahu period tetapi tidak ada apa-apa pun.",
"Mengapa hal ini berlaku? Apakah puncanya?",
"Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 tanda sakit perut ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. ",
"4 Tanda sakit perut ketika hamil",
"1️⃣️ Sakit Pada Bahagian Tengah Perut",
"Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud iaitu ketidakcernaan yang teruk,jangkitan virus dalam perut dan juga keracunan makanan.",
"2️⃣️ Sakit Pada Bahagian Bawah Perut",
"Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Contohnya ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia juga mungkin disebabkan keguguran,kelahiran pramatang,kehamilan ektopik,fibroid menyusut dan berdarah.",
"Selain itu,mungkin juga sakit perut tanda hamil ini adalah disebabkan pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta terpisah daripada dinding rahim sebelum masanya. Kehadiran plasenta adalah sangat penting kerana ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya.",
"Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan,maka ianya mungkin akan menjurus kepada sakit perut tanda hamil seperti kembung. Keadaannya sama seperti rasa ketika anda hendak datang haid.",
"Selalunya gejala ini terjadi pada ibu hamil ketika trimester I dan trimester III. Mungkin pada ketika ini pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.",
"Kebiasaannya anda akan mengalami kejang perut seminggu sebelum kehamilan disahkan. Kejang yang dialami seakan-akan macam rasa sakit senggugut.",
"Cara Mengatasi Sakit Perut Tanda Hamil",
"✅ Hindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan banyak gas yang boleh membuatkan perut anda kembung, seperti durian,air gas dan sebagainya.",
"✅ Pakailah pakaian yang longgar dan selesa untuk mengelakkan ketidakselesaan kepada perut dan pinggang ibu hamil.",
"✅ Amalkan senaman dan latihan pernafasan untuk menenangkan diri anda.",
"✅ Lakukan aktiviti seperti berjalan di pagi hari untuk membantu pencernaan sekaligus mengelakkan sakit perut tanda hamil.",
"✅ Amalkan pemakanan yang seimbang dan banyakkan sayuran dan buah-buahan dalam diet.",
"✅ Jangan biarkan diri anda berada dalam tekanan.",
"✅ Cukupkan masa untuk anda beristirahat.",
"*Jika berlaku tanda-tanda sakit perut ini, jangan risau. Cuba pergi ke klinik pakar untuk mendapatkan nasihat dan periksa kandungan. Insyaallah, semuanya akan baik-baik sahaja. Perbanyakkan rehat dan kurangkan aktiviti lasak. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini."
] |
https://bidadari.my/resepi-kari-ikan-jenahak/
|
Resepi
Resepi Kari Ikan Jenahak Super Sedap dan Lazat
Oleh Dhiaa Syamimi
|
[
"Encik Suami request nak makan Kari Ikan Jenahak resepi Sugu Pavitra yang pernah viral dulu ? Kalau buat, pasti bukan main lagi menambah-nambah bos makan ye. Almaklumlah resepinya tu macam best sangat kan. Resepi ini dikongsikan oleh Hasifah Che Mat . Menurut beliau, suami dan anakanda nya sangat suka dan kemain ceduk kuah karinya. Menurut beliau resepi ini diambil dari Bos LiLy Wahab II dan famous Youtuber Sugu Pavitra. Jom tengok resepinya. Beliau menggunakan ikan jenahak.",
"Baunya masyaAllah. Pasti tak sabar-sabar nak makan. Makan pula dengan nasi panas-panas. Uishhh.. Selain ikan jenahak, ikan tenggiri, ikan merah atau ikan kembung pun sedap.",
"Selain resepi kari ikan jenahak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.",
"Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/smartphone-bawah-rm800-terbaik/
|
Umum
15 Smartphone Bawah RM800 Terbaik
Oleh zulrina
|
[
"Smartphone adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu kini dan tiga daripada lima individu mengatakan bahawa mereka tidak dapat membayangkan hidup tanpa smartphone. ",
"Kita sedia tahu bahawa smartphone telah berkembang menjadi keperluan kita semua dalam apa jua aktiviti, malah harganya juga bergantung atas kelebihan yang dimiliki oleh smartphone tersebut. Untuk entri kali ini, mari kami senaraikan 13 smartphone bawah RM800 terbaik pilihan ramai.",
"Dilengkapi dengan chipset HiSilicon Kirin 960 dan memori berkapasiti 4GB menjadikannya sebagai salah satu smartphone bawah RM800 terbaik. Dari segi storan penyimpanan, smartphone ini dilengkapi dengan kapasiti sebesar 64GB dan slot kad memorinya pula dapat digunakan sehingga sebesar 256GB. ",
"Smartphone Huawei Mate 9 didatangkan dengan pilihan warna putih, emas, kelabu, biru dan merah. Berat smartphone ini adalah sekitar 190 gram dan dilengkapi dengan fingerprint scanner. Dari segi paparan skrin, saiznya 5.9 inci beresolusi 1080×1920 piksel yang menggunakan aspek rasio 16:9. Skrinnya juga dilengkapi dengan perlindungan screen proctector Corning Gorilla Glass 3.",
"Huawei Mate 9 menggunakan operasi sistem Android 7.0 dan boleh dinaik taraf kepada Android 9.0 yang menggunakan ROM EMUI 9. Dari segi kapasiti bateri smartphone ini, ia menggunakan bateri Li-Po sebesar 4000 mAh dan sistem pengecasan 22.5W. Kamera utama smartphone ini adalah 12MP dan 8MP untuk kamera swafoto.",
"Xiaomi Mi Note 3 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500 mAh jenis Li-Ion dan kuasa pengecasan sekitar 18W. smartphone bawah rm800 terbaik ini sesuai untuk mereka yang gemarkan swafoto dengan resolusi kamera depan 16MP dan kamera utama 12 MP. ",
"Dari segi storan penyimpanan pula, smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu 64GB (RAM 4GB) dan 128GB (RAM 6GB) yang masing-masingnya dilengkapi dengan chipset Qualcom Snapdragon 660.",
"Smartphone ini menggunakan skrin IPS LCD dengan saiz berukuran 5.5 inci dan beresolusi 1080×1920 piksel. Aspek rasio skrin ini pula 16:9 dan dilengkapi dengan perlindungan skrin jenis Corning Gorilla Glass 4. Terdapat pilihan warna biru dan hitam sahaja.",
"Smartphone Xiaomi Mi Note 3 juga antara smartphone bawah RM800 terbaik kerana turut dilengkapi dengan fingerprint scanner. Beratnya pula dikatakan hanya 163 gram. Dari segi operasi sistem, ianya menggunakan sokongan sistem Android 7.1 yang boleh dinaik taraf kepada Android 9.0 yang menggunakan ROM MIUI 11.",
"Dengan paparan skrin 6.5 inci (1080×2340 piksel), Honor 8X pasti memberi kepuasan visual kepada penggunanya dengan kamera utama 20MP dan kamera swafoto 16MP. ",
"Smartphone bawah RM800 terbaik ini dilengkapi dengan chipset Kirin 710F yang menyediakan RAM dengan variasi pilihan seperti 4GB (storan penyimpanan 64GB / 128 GB) dan 6GB (storan penyimpanan 64GB / 128GB). Tambahan pula, Bateri Honor 8X mampu bertahan sehingga 5 jam dengan kapasiti bateri 3750 mAh jenis Li-Po.",
"Smartphone TCL Plex mempunyai chipset Snapdragon 675 yang pantas dan tahan lama untuk permainan fon yang berat. Ia merupakan antara smartphone bawah RM800 terbaik. ",
"Selain memori 6GB RAM, smartphone ini padu apabila bermain PUBG secara langsung dan tidak lagging. Skrin lebar 6.53 inci juga dipadankan dengan resolusi tinggi 1080 piksel. Anda akan berasa puas hati dengan paparan visual daripada TCL Plex ini.",
"Bateri smartphone ini hanya berkapasiti 3820 mAH. Namun, apa yang bagusnya ia dilengkapi dengan pengecasan pantas.",
"Redmi 9 telah menjadi bualan bagi para pencinta smartphone dengan chipset Helio G80 yang mempunyai grafik beresolusi tinggi 1080 piksel serta bateri yang sangat besar iaitu 5020 mAh. ",
"Smartphone ini boleh mengendalikan permainan 60FPS kerana mempunyai RAM 6GB dan storan penyimpanan sebesar 128GB. Selain itu, smartphone terbaik ini didatangkan dengan pilihan RAM 3GB (storan penyimpanan 32GB) dan 4GB (storan penyimpanan 64GB dan 128GB).",
"Kameranya tidak sebagus dengan smartphone bawah RM800 terbaik yang lain kerana hanya mempunyai 13MP kamera utama dan 8MP kamera swafoto. Jadi, smartphone ini tidak sesuai bagi pencinta fotografi tetapi amat sesuai untuk para pencinta permainan video.",
"Nokia 5.1 mungkin mempunyai spesifikasi sederhana sahaja dengan resolusi 1080×2160 piksel (skrin 5.5 inci) dan baterinya hanya berkapasiti 3060 mAh tetapi dilengkapi dengan chipset Helio P60 dengan Android One. ",
"RAM smartphone ini pula hanya 2GB (storan penyimpanan 16GB) dan 3GB (storan penyimpanan 32GB). Kameranya pula dilengkapi dengan resolusi 16MP (kamera utama) dan 8MP (kamera swafoto) yang sememangnya amat sesuai untuk mereka yang inginkan smartphone bawah RM800 terbaik.",
"Smartphone ini sememangnya menjadi kegilaan para pemain permainan video kerana ia merupakan smartphone bawah RM800 terbaik. Ia dilengkapi dengan chipset Helio G70 yang memberikan prestasi terbaik ketika bermain permainan video dan bateri 5000mAh yang boleh bertahan sepanjang hari. Jadi, ini juga adalah antara smartphone bajet yang patut dimiliki oleh para gamers!",
"Memandangkan had bajet yang dianggarkan adalah bawah RM800, smartphone Nokia G20 ini berbaloi untuk dipertimbangkan kerana dilengkapi dengan LCD IPS 6.52 inci dengan resolusi HD+ 1600. Dilengkapi dengan chipset MediaTek, 4GB RAM dan 128GB storan penyimpanan. Walaupun tiada pengecasan pantas, baterinya berkapasiti 5,050 mAh.",
"Nokia G20 dikuasakan oleh Android One dan dilengkapi dengan bahagian belakang bertekstur cantik dengan kawalan keselamatan ‘fingerprint scanner’. Apa yang menakjubkan, kamera utama smartphone ini beresolusi 48MP.",
"Jika anda mencari telefon Samsung yang bagus tetapi ingin mengekalkan kos smartphone bawah RM800 terbaik, Galaxy A12 adalah jawapannya! ",
"Galaxy A12 mempunyai paparan skrin sebesar 6.5-inci. Di bahagian belakangnya pula, ia mempunyai empat kamera yang terdiri daripada sensor kedalaman 16MP, ultra-lebar 5MP, makro 2MP dan 2MP. Selain itu, Bateri smartphone ini berkapasiti 5,000 mAh yang menggunakan pengecasan USB-C.",
"OnePlus Nord N100 adalah smartphone yang cukup mengagumkan bagi smartphone bawah RM800 terbaik kerana mempunyai skrin LCD 6.52 inci, bateri 5,000mAh dan storan penyimpanan 64GB (RAM 4GB). Storage tersebut dapat dikembangkan sehingga 512GB melalui slot microSD. ",
"Di samping itu, smartphone ini dilengkapi dengan fingerprint scanner dan mempunyai speaker dual stereo. Dari segi kamera, ia memiliki kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP.",
"Moto G Power 2021 mempunyai chipset Snapdragon 662 dan dilengkapi dengan Android 10. Ia merupakan smartphone yang kukuh, berkebolehan dan mampu milik di bawah harga RM800. RAM yang dimiliki oleh smartphone ini didatangkan dengan dua pilihan iaitu 3GB (storan penyimpanan 32GB) dan 4GB (storan penyimpanan 64GB).",
"Ianya menggunakan kamera utama 48MP serta kamera selfie 8MP dan memiliki bateri berkapasiti 5000mAh. Selain itu, ia dilengkapi dengan pengecasan pantas 15W. Menarik bukan?",
"Smartphone Blackview BV5900 memiliki ketahanan yang kukuh bagi smartphone bawah RM800. Ianya kalis air dan habuk serta mempunyai bateri 5,580 mAh yang besar. Selain itu, ianya juga menggunakan pengecasan USB-C, NFC dan fingerprint scanner. Terdapat juga 3GB RAM dan 32GB storan yang boleh berkembang kepada 128GB.",
"Reka bentuk Blackview BV5900 sememangnya bukan untuk semua orang, tetapi jika anda seorang yang melakukan kerja lasak smartphone ini patut dimiliki oleh anda.",
"Demikian itu , smartphone bawah RM800 terbaik adalah Nokia 3.4 yang mempunyai reka bentuk moden dan paparan yang besar. Ia dilengkapi dengan chipset Snapdragon 460 dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memberikan hayat bateri sehingga dua hari. ",
"Nokia 3.4 juga mempunyai 3GB RAM dan 64GB storan penyimpanan. Sekiranya anda sedang mencari telefon kedua dengan bateri tahan lama atau telefon untuk anak anda, maka telefon ini adalah pilihan yang tepat.",
"Xiaomi Redmi 10 dianggap mempunyai rupa yang menarik dan elegan. Dengan badan yang nipis dan ringan menjadikan telefon ini selesa untuk dipegang.",
"Di bahagian bawah terdapat pembesar suara yang disertakan dengan Dual Stereo, yang menjadikan bunyi yang dihasilkan dari Xiaomi Redmi 10 boleh merosakkan telinga pengguna.",
"Dalam sektor kamera, Xiaomi Redmi 10 dilengkapi dengan 4 kamera yang mempunyai saiz yang berbeza.Untuk kamera utama berukuran 50 MP, lensa ultrawide berukuran 8 MP, kamera makro berukuran 2 MP, dan kamera sensor kedalaman berukuran 2 MP.",
" Akhir sekali , dengan saiz skrin 6.5, perbandingan skrin 20:9, dan mempunyai skrin HD+, realme C21Y dapat memberikan pengalaman yang baik untuk bermain permainan dan menonton filem. Reka bentuk yang ditawarkan juga unik. Garis seni geometri memberikan kesan yang kuat, dan dinamik.",
"Walaupun saiz kamera Realme C21Y tidak sebesar telefon sebelumnya, tetapi kamera dapat menghasilkan foto dengan jelas dengan menggunakan kamera utama 13 MP, lensa B&W 2 MP, dan lensa makro 2 MP.",
"Ciri-ciri kamera Realme C21Y juga pelbagai, iaitu ciri Super Nightscape, iaitu mencantikkan foto pada waktu malam, ciri Croma Boost memberikan kesan yang lebih cerah dan berwarna-warni, dan ciri AI Selfie Camera untuk mengambil swafoto.",
"Berikut adalah antara smartphone bawah RM800 terbaik pilihan ramai. Kebanyakannya adalah popular di Malaysia. Jom baca juga Pencuci muka untuk kulit kusam, pressure cooker terbaik, Kuali Non Stick Terbaik dan oven terbaik.",
"Pandangan di atas tidak mewakili pendapat Bidadari. Ia adalah penulisan perkongsian dan pendapat penulis."
] |
https://bidadari.my/resepi-corn-dog/
|
Resepi
Resepi Corn Dog Korean Viral (Dengan Mozarella Cheese Leleh)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Resepi korea viral masa kini anda wajib cuba. Corn dog namanya. Sedap sungguh rasa kudapan ini sebab itulah ‘harga’ dia pun sedap.",
"Kalau di kedai orang jual RM10-RM15 sebatang. Tapi harga sesuai juga sebab bahan mentahnya mahal dan buatnya renyah.",
"Memandangkan kalau 1 batang tidak akan cukup, beli banyak duit pula tidak cukup. Oleh kerana itu, buat sendiri saja. Jadi bertambah sedap sebab boleh makan banyak kali.",
"Sila cubakan resepi corndog viral oleh Alia Nella di laman Facebook. Makan corndog panas-panas cheese meleleh dalam mulut sedap sungguh.",
"Selain resepi corn dog, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya."
] |
https://bidadari.my/petua-baiki-nasi-mentah/
|
Petua Tips
Nasi Mentah Dan Lembik? 6 Petua Untuk Atasi Cara Lama Dan Moden
Oleh Siti Awadah
|
[
"Seringkali berlaku nasi mentah dan lembik. Alamak mak mertua pandang gerenti tak lulus untuk jadi menantu. Tak apalah, asalkan tahu bagaimana nak atasi masalah tersebut. Petua nasi mentah pun ada, maka tak perlulah bimbang sangat. Ternyata petua-petua ini sangat membantu menghilangkan rasa keras pada permukaan nasi yang telah dimasak. ",
"Jika masak nasi yang lebih susah seperti masak nasi lemak contohnya, tanpa rasa malu beritahu di sini yang selalunya masak nasi lemak ni bukanna tugas yang mudah. Manakan tidak, selalunya mentah, lembik atau berketul-ketul. ",
"Nasi Boleh Dimasak Mengikut Selera Masing-Masing",
" Nasi ini akan menjadi bertambah sedap apabila dapat makan mengikut citarasa masing-masing. Sebagai contoh, ada orang suka nasi putih yang berderai, ada yang suka melekit macam pulut dan ada pula yang suka makan nasi lembik atau lembut. ",
"Tetapi nasi mentah memang tiada siapa suka makan. Pelik juga bila nasi yang dimasak adakalanya boleh juga menjadi mentah sedangkan dah selalu masak nasi hari-hari. Dan disebabkan itu adalah perlu untuk kita tahu apakah petua baiki nasi mentah yang boleh digunakan saat kecemasan tu. ",
"6 Petua Mudah Bagaimana Untuk Baiki Nasi Mentah ",
"Di sini akan disenaraikan sebanyak enam petua mudah bagaimana untuk baiki nasi yang telah menjadi mentah. Terpulanglah pada anda ingin juga petua baiki nasi mentah yang mana satu. Enam petua tersebut adalah ;",
"Petua #1 : Letak Semangkuk Kecil Air panas",
"Petua elak nasi mentah yang pertama, Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas ke dalam periuk mangkuk kecil tersebut. Kemudian Buatkan satu lubang pada bahagian tengah periuk nasi, tolak nasi ketepi kemudian letakkan mangkuk itu betul-betul di tengah. ",
"Biarkan nasi keliling mangkuk tersebut dan tutup periuk nasi anda rapat-rapat. Biarkannya di atas api yang perlahan selama beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak. Kalau anda mengunakan periuk nasi moden tekan semula api ke bawah dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya sebagaimana yang diinginkan. ",
"Petua #2 : Renjiskan Sedikit Air Pada Nasi Mentah",
"Petua elak nasi mentah yang Kedua cara nih lebih mudah untuk anda cuba, caranya ialah bukak periuk nasi renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang mentah atau kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik ataupun kain kemudian tutup semula. Dan Biarkan nasi masak seketika. Nasi akan kembali pulih seperti biasa. ",
"Petua #3 : Renjiskan Nasi Yang Masih Mentah Dengan Air Garam",
" Petua elak nasi mentah yang ketiga ni lebih kurang sama dengan step yang kedua tadi cuma bezanya adalah air tersebut dicampurkan dengan sedikit garam. Apa yang perlu anda buat adalah dengan merenjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam itu ke atas nasi mentah tersebut. Pastikan nasi itu digaul dan dikacau dengan sempurna kemudian tutup semula periuk hingga nasi itu berwap dan masak semula.",
"Petua #4 : Gunakan Sebiji Bawang Merah",
"Petua elak nasi mentah yang keempat petua kali nih mengunakan bawang (ops, ini bukan makcik bawang ye). Caranya, ambil sebiji bawang dan potong nipis-nipis, kemudian masukkan bawang yang telah dihiris itu ke dalam periuk nasi anda. ",
"Setelah itu tudung periuk nasi dengan tudungnya dan jangan lupa untuk kecilkan juga api sedikit. Jika anda menggunakan periuk nasi elektrik (rice cooker), biarkan periuk dalam fungsi warm up setelah selesai masukkan hirisan bawang yang sudah dihiris tadi. Senang bukan?",
"Petua #5 – Gunakan 2 Biji Telur Ayam Mentah",
"Petua elak nasi mentah yang kelima merupakan petua yang paling kerap digunakan dan agak popular. Percaya ataupun tidak, telur sangat dipercayai dapat membantu masalah nasi mentah ini. Jadi jika nasi anda lembik dan mentah, masukkan saja 2 biji telur ayam mentah yang telah pun di basuh bersih ke dalam periuk nasi anda. ",
"Biarkan seketika dan jika telur itu masak dengan sempurna bermakna nasi anda juga telah berjaya diselamatkan dan tidak mentah lagi. Malah nasi yang lembik juga akan ikut kering dan masak dengan sempurna.",
"Petua #6 : Gunakan Periuk Pengukus ",
"Petua nombor enam ini dikatakan lebih kepada petua cara moden untuk anda cuba. Tapi rasanya orang lama pun dah ada guna kaedah ni. Apapun petua untuk nombor enam ini sangat bagus sewaktu ingin masak nasi lemak, nasi ayam, nasi tomato, nasi kenduri dan sebagainya. Banyak sangat kalau nak sebut semua nama nasi ni. ",
"Yang pasti cara terakhir untuk elak nasi dari menjadi mentah dan lembik ini memang sangat berkesan dan cepat. Apa yang anda perlukan adalah sebiji periuk kukus. Setelah itu kauk semua nasi mentah tadi, panaskan periuk kukus dah kukuskan nasi ke dalam periuk kukus tersebut sehingga ia betul-betul masak dengan sempurna. ",
"Insyallah nasi yang masih beberas pun akan kembali masak dengan sempurna. Cubalah kukus dalam 20 – 30 minit dan anda akan nampak hasilnya. ",
"Nasi Yang Mentah Jangan Dibuang, Tidak Baik!",
"Sejujurnya nasi ini adalah simbolik kepada rezeki yang Allah SWT kurniakan pada kita. Bak kata slogan sebuah iklan yang sebiji beras itu adalah seumpama setitik peluh petani. Memang benar dan mengapa pula kita hendak membazir. ",
"Jika nasi mentah atau lembik jangan panik sebaliknya anda boleh cuba semua tips sebagaimana yang telah dikongsikan tadi. Tak kisahlah anda ingin guna petua yang mana sekalipun asalkan ianya boleh boleh bantu menyelesaikan masalah nasi lembik dan mentah anda tu. Selamat mencuba. ",
"3 – Masak Apa Hari Ini"
] |
https://bidadari.my/ayam-korea-adabi/
|
Resepi
Resepi Ayam Korea Spicy ADABI (Macam Restoran)
Oleh Rahayu Z
|
[
"Ayuh sarapan ala Korean hari ini, kami ingin kongsi resepi untuk ayam goreng korean guna sos Adabi.",
"Keluaran baharu Abadi iaitu Sos Korea. Utama sekali para pencinta masakan Korea mestilah tahu sangat sos ini bukan?",
"Sebagaimana kita tahu, ayam goreng Korea bercirikan sos pedas. Untuk dapat makan ayam goreng Korea kenalah pergi restoran. Namun kalau makan di restoran boleh naik pitam tengok harga. Oleh itu, untuk puaskan selera Korea anda dengan resepi bajet, kami hadirkan resepi ringkas menyediakan ayam goreng pedas Korea dengan sos Adabi.",
"Sos ini pas rasa pedasnya. Tidak perlu tambah bahan-bahan lain yang renyah. Cukup pakai sos Adabi sahaja. Jika suka, boleh tambah sedikit madu untuk rasa yang lebih lazat. Berikut resepi ringkas ayam goreng Korea spicy Adabi dari Nor Eidzwan di laman Facebook hanya untuk anda.",
"Resepi Ayam Goreng Korean Spicy ADABI",
"Cadangan hidangan untuk 6 ketul potongan ayam saiz kecil.\nSelamat mencuba",
"Selain ayam goreng Korean spicy, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami."
] |
https://bidadari.my/resepi-roti-sandwich-telur-pembuka-selera/
|
Resepi
Resepi Roti Sandwich Telur Pembuka Selera
Oleh Fazeeda Abdul Malik
|
[
"Sarapan pagi adalah sangat penting sebagai permulaan hari kita untuk mendapat tenaga dan vitamin yang cukup untuk melakukan aktiviti harian. Pastikan kita tidak skip sarapan pagi dan jangan lupa untuk mengambil menu yang berkhasiat. Apa yang diambil di waktu pagi sangat penting kerana ia menentukan tahap kecergasan dan kesihatan kita.",
"Persoalannya, menu apa yang berkhasiat untuk sarapan pagi? Menu berkhasiat tidak semestinya menu yang rumit dan penuh pinggan makan. Menu yang simple pun menjadi! Contohnya, sandwich telur sangat bagus untuk hidangan sarapan kita.",
"Untuk menjadikan sandwich penuh khasiat, gunalah roti berbijirin penuh. Pastinya kandungan zat dan vitamin adalah lebih baik berbanding roti putih biasa. Telur pula pilihlah telur kampung atau organik untuk mendapatkan sumber protein yang tinggi. Protein yang cukup membuatkan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Dan jangan dilupa untuk ditambah ulaman sebagai pelengkap menu sandwich!",
"Hari ini kami akan kongsikan resepi sandwich telur yang telah dimuatnaik oleh saudara Lud Ibrahim di Facebook. Beliau telah menjadikan roti sandwich telur ini sebagai income tambahan beliau. Memang padu! Jom kita lihat resepinya.",
"– 10 biji Telur Ayam (Direbus)\n– 4 sudu makan mayonis\n– Lada sulah\n– Sebuku roti saiz bonanza\n– 3 biji Tomato\n– Salad\n– Butter untuk sapuan roti",
"1) Telur rebus dihancurkan\n2) Kemudian, masukkan mayonis dan lada sulah. Gaul rata.\n3) Untuk roti, sapukan butter ke atas roti.\n4) Kemudian, letakkan adunan telur tadi ke atas roti secukupnya dan ratakan\n5) Letakkan ulam salad dan tomato ke atas roti dan kepitkan.\n6) Akhir sekali, potong tepi roti dan potong menjadi segitiga. SIAP!",
"Kami pasti resepi ini memang sedap dan menjadi! Banyak lagi resepi-resepi lain di blog kami ini yang menarik untuk anda cuba. Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!"
] |
https://bidadari.my/makanan-karbohidrat/
|
Kesihatan
Makanan Karbohidrat : Jenis, Sumber Dan Kepentingan Perlu Tahu
Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
|
[
"Karbohidrat merupakan salah satu jenis makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Anda wajib mengambil karbohidrat dalam menu harian anda setiap hari walau pun semasa anda sedang berdiet dan dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Jom kami kongsikan info menarik tentang makanan karbohidrat yang wajib anda tahu.",
"Apakah yang dimaksudkan dengan makanan karbohidrat?",
"Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, karbohidrat adalah salah satu daripada komponen utama dalam sistem fisiologi manusia. Ia adalah jenis makanan yang sangat penting untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Karbohidrat merupakan sebatian organik yang terdiri daripada:",
"Karbohidrat boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:",
"Kenapa makanan karbohidrat sangat penting untuk tubuh badan manusia?",
"Terdapat pelbagai fungsi makanan karbohidrat. Di antara kepentingan karbohidrat kepada tubuh badan manusia ialah:",
"Apakah kesan kekurangan karbohidrat kepada tubuh badan?",
"Kekurangan karbohidrat dalam tubuh badan akan menyebabkan anda mengalami keadaan tidak bertenaga dan berisiko untuk mendapat penyakit berikut:",
"Apakah kesan lebihan karbohidrat dalam tubuh badan?",
"Jika kekurangan karbohidrat dalam badan boleh mengundang penyakit, ketahuilah bahawa karbohidrat yang berlebihan juga akan menyebabkan badan anda mendapat masalah dan penyakit seperti:",
"Di antara makanan yang menjadi sumber karbohidrat yang baik untuk tubuh badan ialah:",
"Itulah dia tadi info tentang makanan karbohidrat yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang panduan piramid makanan, makanan untuk diet, dan cara untuk kempiskan perut."
] |
https://bidadari.my/risiko-makan-kulit-ayam-goreng/
|
Kesihatan
Bahaya Kulit Ayam Untuk Wanita ( Gorengan Yang Mungkin Kita Tidak Sedar)
Oleh aqirah
|
[
"Ada berpendapat bahawa kulit ayam goreng itu bagus untuk menambah rasa dalam masakan. Selain itu, ada yang mengatakan lemak kulit ayam adalah lemak tidak tepu. Itu jauh tidak betul sekali.",
"Jadi yang manakah yang betul? Anda team mana?",
"Mari kami kongsikan info mengenai kulit ayam goreng daripada Dr. Suhazeli Abdullah.",
"Kajian yang dijalankan oleh Havard University berkaitan dengan kulit ayam sepertimana yang dilapurkan dalam akhbar tempatan tempoh hari. Suka dinyatakan bahawa penulisan dalam akhbar itu agak mengelirukan dan maklumat yang diberikan kesimpulan lengkap seperti saranan dari pengkaji Havard tersebut.",
"Kulit ayam memang mempunyai lemak tepu yang tinggi mengikut peratusan zatnya. Lemak tepu itu adalah lemak yang likat dan jika masuk dalam badan kita agak sukar untuk diuraikan menjadi zat dan akhirnya digunakan sebagai pembinaan badan serta tenaga. Justeru, lemak tepu itu akan berkumpul di dinding-dinding salur darah yang menyebabkan penyumbatan. Akhirnya, telalu banyak lemak yang tidak baik ini menjadikan setiap kita berisiko tinggi menghidapi serangan jantung, darah tinggi, strok dan pelbgai lagi.",
"Cumanya, pengkaji dari Havard itu menyatakan kulit ayam yang terdapat bersama dengan satu sajian ayam itu tidaklah mendatangkan pengambilan yang melebihi dari keperluan seharian lemak seseorang. Setiap dari kita memerlukan sejumlah kalori lemak untuk pembinaan sel-sel badan, pembinaan sel otak dan fungsinya. Lemak perlu, tetapi ambillah secara sederhana.",
"Pengambilan sepatutnya lemak tepu untuk sehari.",
"Persatuan Jantung Amerika (AHA) mencadangkan pengambilan lemak tepu hanya 5-6% sahaja dari jumlah kalori seharian. Seketul paha ayam yang bersalut kulit atau bahagian dada ayam berkulit masih lagi memenuhi kriteria pengambilan lemak seharian. Itu sahaja yang cuba disampaikan oleh artikel berkenaan. Masalah bagi kita adalah sajian kulit ayam yang tidak menepati resipi sihat. Andai kata kita makan kulit ayam sahaja sepinggan seperti yang dijual di pasar-pasar malam itu, jumlah lemak sudah melebihi keperluan. Apa yang berlebih itu akan akhirnya menjadi mudarat kepada badan.",
"Oleh demikian, penyajian makanan amat penting. Lemak-lemak tepu seperti kulit ayam, lemak lembu, kambing dan lain-lain lebih murni disajikan secara bakar, panggang atau masakan sup, tanpa gorengan. Ini kerana minyak masak (sawit) dari hasil goreng itu juga dikira lemak yang boleh meningkatkan lagi jumlah keperluan lemak seharian.",
"*Jangan kita dengar cakap-cakap angin daripada orang sekeliling yang tiada kajian yang sahih tentang kulit ayam. Rujuklah kepada doktor yang lebih banyak ilmu pengetahuan mengenai bab-bab kesihatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.",
"Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh sini."
] |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.