url
stringlengths
23
111
headline
stringlengths
36
164
content
list
https://bidadari.my/resepi-sardin-homemade-dan-yakin-selamat/
Resepi Resepi Sardin (Homemade dan Yakin Selamat) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Sejak dua menjak ini , kecoh tentang sardin yang tak bersih dan selamat. Sampaikan rata-rata takut nak makan . Tapi tuh la, hati nih nak juga makan kan. Jadi ibu-ibu semua, tak payah dah beli sardin yang dalam tin tuh, Boleh buat sendiri. Bukannya susah pun. Boleh dimasak atas dapur gas atau slow cooker ataupun pressure cooker. Di jamin tiada cacing, selamat dan yang penting 100% halal.", "Resepi daripada Fiza Mh‎ ini sangat mudah difahami dan dibuat. Ramai yang sudah mencuba. InsyaAllah menjadi. Bolehlah makan tanpa ragu-ragu. Jom tengok resepinya.", "Selamay mencuba !! Oh ya, selain dari Resepi Sardin, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. Jangan lupa kongsikan benda baik ini ya kepada yang lain. " ]
https://bidadari.my/tempat-menarik-di-korea/
Keluarga, Travel 20 Tempat Menarik Di Korea Untuk Peminat KPOP Oleh Aniuna
[ "Bagi mereka yang meminati K-Pop dan K-Drama, Korea semestinya menjadi destinasi pilihan untuk bercuti. Namun hakikatnya, Korea sangat ideal dilawati oleh semua orang. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Dan bagi anda yang sukakan produk kosmetik, Korea pasti membuatkan anda rambang mata. Anda boleh dapatkan face mask dengan harga yang jauh lenih murah daripada pasaran di Malaysia.", "Di sini, kami senaraikan 20 tempat menarik yang anda boleh lawati di Seoul, Busan dan Incheon.", "Lotte World merupakan taman tema indoor terbesar di dunia. Di sini terdapat 45 tarikan yang harus anda kunjungi. Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di sini. Selain itu, di kawasan outdoor Lotte World terdapat cartoon character parade yang berbeza-beza mengikut tema bulanan. Lotte World juga terdapat tempat membeli belah dan juga hotel bagi kemudahan pada pengunjung.", "Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.30pagi – 10.00malam) | Jumaat & Sabtu (9.30pagi – 11.00malam)", "Lokasi: 240 Olympic-ro, Jamsil 3(sam)-dong, Songpa-gu, Seoul", "2) Love Locks & N Tower Seoul", "N Seoul Tower atau Namsan Seoul Tower, salah satu bangunan ikonik di Seoul. Huruf ‘N’ untuk menara ini bermaksud NEW LOOK, iaitu nama baru selepas penstrukturan semula menara ini pada Disember 2005. Menara ini terletak di atas bukit, ditambah pula dengan ketinggian menara ini yang mencapai 777 kaki. Pastinya pemandangan yang akan anda nikmati di sini sangat segar dan indah.", "Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Love Locks. Tempat di mana anda bolah mengunci nama anda dan pasangan di sini sebagai simbolik cinta yang berkekalan.", "Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 11.00malam)", "Lokasi: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu, Seoul", "Seoul Central Mosque ini terletak di Itaewon. Masjid berkeluasan 1,500 meter persegi ini siap dibina pada 1976 dengan bantuan dana dari kerajaan Saudi dan negara timur tengah lain. Seoul Central Mosque terletak di antara Sungai Han dan Namsan.", "Masjid ini terdiri daripada pejabat, bilik kuliah, dewan solat utama di tingkat 2 dan dewan solat wanita di tingkat 3. Di sini juga terdapat sebuah madrasah dinamakan Prince Sultan Islamic School.", "Lokasi: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul", "Istana Gyeongbok merupakan antara istana yang tercantik dan terbesar di Seoul. Itulah sebabnya ia menerima ramai pengunjung berbanding istana lain.", "Mengikut sejarahnya, ia di bangunkan pada tahun 1395 semasa pemerintahan Dinasti Joseon. Ia pernah musnah semasa berlaku Perang Imjin (1592-1598). Namun semasa perintahan Raja Gojong, ia telah di baik pulih. Masa zaman penjajahan Jepun pada 1911, ia musnah lagi. Namun disebabkan rakyat Korea ini semangat nasionalis mereka tinggi, maka istana ini dibaik pulih sekali lagi sehingga ia tersergam indah sehingga kini.", "Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 6.00petang)", "Lokasi: 161 Sajik-ro, Sejongno, Jongno-gu, Seoul", "Dongdaemun Design Plaza (DDP) terkenal kerana seni binanya sangat futuristic dan unik. Ia direka oleh Zaha Hadid salah seorang arkitek erkenal yang hebat. DPP adalah pusat kreatif Korea. Di dalam nya terdapat Art Hall, Muzium, Design Lab, Design Market, dan Dongdemun History & Culture Park. Bagi penggemar drama Korea, pasti anda tahu lokasi ini pernah menjadi tempat penggambaran drama “My Love from the Star”.", "Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (10.00pagi – 7.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi – 9.00malam)", "Lokasi: 281 Eulji-ro, Euljiro 7(chil)-ga, Jung-gu, Seoul", "Cheonggyecheon River merupakan sungai buatan moden di tapak sungai lama sepanjang 0.9km. Semasa penjajahan Jepun di sini, mereka menimbus sungai ini untuk projek lain. Selepas merdeka ia di jadikan jalan raya dan seterusnya selama 20 tahun ia bertukar menjadi Highway. Namun pada 2005, perubahan drastik dilakukan untuk mewujudkan balik sungai ni. Walaupun dikritik kerana memakan belanja yang sangat besar, tapi ia menjadi keagungan sebagai pusat rekreasi awam dan pelancong.", "Bagi rakyat Malaysia, pasti anda akan terpegun melihat kebersihan serta kecantikan sungai ini. Sangat bersih dan terjaga rapi walaupun ia terletak di tengah-tengah bandar. Malah sungai ini juga tidak berbau. Ia seolah-olah menjadi satu tempat yang memberi ketenangan walaupun hanya sebuah sungai buatan.", "Myeong Dong adalah tempat wajib anda lawati ketika bercuti di Korea. Kawasan ini sangat meriah. Tempat ni merupakan syurga membeli-belah. Pelbagai barangan yang best dijual di sini seperti kosmetik, jenama spa global, kasut, pakaian dan macam-macam lagi.", "Tapi, anda dinasihatkan survey dahulu harga barangan di sini. Ini kerana, Myeongdong Market tersenarai sebagai Top 10 Most Expensive Shopping Street di dunia.", "Jika anda sudah survey harga di Myeong Dong Market, maka, Namdaemun Market adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli-belah. Ini kerana, harga di sini lebih murah. Hampir 1700 buah kedai terdapat di sini. Pelbagai barangan yang terdapat di sini adalah pakaian, peralatan menulis, karya seni, aksesori, topi, mainan, barangan kaca dan banyak lagi.", "Di sini juga terdapat pusat jualan borong, memang lokasi yang terbaiklah kalau anda ingin bawa balik cenderamata bagi ahli keluarga dan rakan-rakan anda di Malaysia. Malah, jika kemahiran tawar-menawar anda hebat, mungkin anda akan dapat harga yang super murah.", "Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (11.00malam – 4.00pagi)", "Lokasi: 21 Namdaemunsijang 4-gil, Namchang-dong, Jung-gu, Seoul", "Insadong merupakan sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tempat pelukis-pelukis di Korea mempelajari seni lukisan pada zaman Dinasti Joseon (1392-1910). Demi mengekalkan semangat keseniannya, Insadong kini menjadi galeri seni, pakaian, lukisan, kraftangan dan lain-lain lagi. Di sini juga, anda boleh membeli barangan untuk menghasilkan kaligrafi, bermacam jenis teh, hanji (kertas tradisional Korea), hanbok (pakaian tradisional Korea) dan lain-lain lagi.", "Namsangol Hanok Village ini sangat meriah kerana pelbagai acara dianjurkan di sini contohnya adat istiadat perkahwinan secara tradisional. Walaupun terletak di tengah-tengah bandar Seoul tapi perkampungan ini masih kekal dengan keaslian seni bina dan budaya masyarakat Korea zaman dulu.", "Di perkampungan ini terdapat 5 buah rumah tradisional yang di bina menyerupai seni bina asal era Joseon. Setiap rumah berbeza-beza fungsi, bentuk dan penghuni. Ada rumah rakyat biasa, rumah pegawai tertinggi dan rumah Permaisuri.", "Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00pagi – 9.00malam)", "Lokasi: 28 Toegye-ro 34-gil, Pildong 2(i)-ga, Jung-gu, Seoul", "Dongbaekseom Island bukanlah sebuah pulau yang jauh terpisah dari tanah besar. Ini kerana ia telah bercantum dengan tanah di kota Busan kerana proses pemendapan yang berlaku dari tahun ke tahun. Pulau ini sering dikunjungi pelancong untuk menikmati pemandangan matahari terbenam dan keindahan lautan. Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah monumen yang ditulis dengan puisi Choi Chi-won, patung duyung berdasarkan legenda Princess Hwagok, dan Rumah APEC Nurimaru.", "Lautan Gwangalli Beach sangat jernih airnya. Dari pantai ini anda dapat melihat gahnya jambatan Gwangandaegyo. Pada waktu malam, lampu-lampu di sepanjang jambatan ini dibuka, membuatkan jambatan ini nampak sangat cantik.", "Waktu terbaik untuk anda merasai keseronokan sebenar di pantai ini adalah pada bulan Oktober ketika Busan International Firework Festival diadakan. Antara pertunjukan yang dijalankan di sini sepanjang festival ini adalah pertunjukan cahaya laser dan bunga api yang penuh warna-warni.", "Taejongdae Park merupakan kawasan taman alam semulajadi yang terletak di penghujung selatan Pulau Yeongdo. Di sini turut disediakan kemudahan trem. Anda hanya perlu membayar 1500 Won untuk menaiki trem ini.", "Antara tempat menarik yang anda boleh lawati di Taejongdae Park adalah Observatory untuk melihat pemandangan sekitar, rumah api, tokong dan tapak dinosour. Pastikan anda berpakaian sesuai kerana angina laut di sini agak kuat.", "Lokasi: 24 Jeonmang-ro, Dongsam 2(i)-dong, Yeongdo-gu, Busan", "Jika di Seoul, ada Seoul Central Mosque. Di Busan, ada Masjid Al Fatah. Bagi muslim, bercuti ke negara bukan Islam merupakan suatu yang agak mencabar untuk mencari masjid dan juga restoren makanan halal. Namun, jika ada masjid, pasti kawasan sekitar masjid aka nada restoren halal.", "Jadi, jika anda singgah solat di Masjid Al Fatah, selepas solat, anda boleh mengisi perut di restoren halal yang terdapat di sini. Perut dan kenyang, barulah seronok nak berjalan semula.", "Bukan semua orang pandai untuk scuba diving melihat keindahan alam semula jadi di dasar laut. Jadi, bila ada tempat yang memberi anda peluang untuk melihat kehidupan di dalam laut dengan mata anda sendiri, pastilah harus anda manfaatkan peluang ini.", "Terdapat hampir 250 spesies haiwan marin berbeza di akuarium ini. Masa yang diambil untuk menikmati keindahan marin di sini adalah dalam sekitar 30 ke 40 minit.", "Waktu Operasi: Isnin – Khamis (10.00pagi – 8.00malam) | Jumaat – Ahad (9.00pagi – 10.00malam)", "Bayaran: Dewasa 29,000 Won | Kanak-kanak 23,000 Won", "Panjang Incheon Bridge adalah 21.39 km. Ini membuatkan ia sebagai jambatan yang ketujuh terpanjang di dunia. Dari jambatan ini anda dapat melihat keindahan air laut dan juga bandaraya Incheon. Seni bina jambatan ini juga cukup mengagumkan, pastikan anda merakam video sewaktu berada di atas jambatan ini untuk kenangan anda. Dan pastinya pemandangan di waktu malam akan lebih menarik dengan hiasan lampu yang menerangi jambatan ini.", "Incheon Grand Park bukanlah taman yang kecil tapi sebuah taman yang sangat ‘grand’ sesuai dengan namanya.  Terdapat gunung-ganang, taman botani, tasik dan rumah hijau di sini. Tanpa mengira musim, Incheon Grand Park sentiasa memiliki landskap yang cantih dan indah.", "Bukan hanya itu, taman besar ini juga turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti ruang berbasikal, berkhemah dan perpustakaan kecil di mana anda boleh mendapatkan buku untuk dibaca sambil menghirup udara segar.", "Waktu Operasi: Mac – Okt (5.00pagi – 11.00malam) | Nov – Feb (8.00pagi – 8.00malam)", "Jayu Park juga dikenal sebagai Freedom Park. Ia adalah sebuah taman di atas bukit yang memberikan anda pemandangan indah sekitar Incheon. Taman ini dijaga dengan baik. Ia dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan yang indah dipandang terutama sekali pada musim bunga. Kalau anda nak tahu, Jayu Park merupakan taman dengan gaya barat yang pertama di Korea.", "Lokasi: 25 Jayugongwonnam-ro, Bukseong-dong 3(sam)-ga, Jung-gu, Incheon", "Nama asal bagi Jeondeungsa Temple adalah Jinjongsa ketika zaman Dinasti Goryeo. Bangunan utama tokong ini, Daeungbojeon, memiliki seni bina yang begitu cantic seni ukirnya. Di dinding bangunan ini pula tertulis nama-nama pejuang Korea sewaktu penentangan terhadap tentera Perancis pada suatu ketika dahulu. Menurut kepercayaan, nama tersebut ditulis pada dinding untuk member nasib yang baik kepada pejuang-pejuang sewaktu dalam peperangan.", "Waktu Operasi: Setiap hari (7.30pagi – 6.30petang)", "Bayaran: Dewasa 3,000 Won | Remaja 2,000 Won | Kanak-kanak 1,000 Won", "Lokasi: 37-41, Jeondeungsa-ro, Gilsang-myeon, Ganghwa-gun, Incheon", "Incheon Children’s Museum adalah sebuah muzium interaktif ykhas buat kanak-kanak. Di sini anda dan anak-anak dapat melihat pelbagai pameran menarik yang dalam masa yang sama dapat mencungkil kreativiti mereka.", "Antara pameran interaktif yang terdapat di sini adalah Dino Exploration, Book Study, Teaching Tools Study, Global Village Culture Search, Science Exploration, bilik seni dan bilik 3D.", "Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00pagi – 6.00petang)", "Bayaran: Dewasa & Remaja 13 Tahun Keatas 5,000 Won | Kanak-kanak 6,000 Won", "Lokasi: 1 Bangchuk-ro, Gyeyang 2(i)-dong, Gyeyang-gu, Incheon", "Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Korea yang dikongsikan? Anda teruja?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati." ]
https://bidadari.my/insulin-bukan-penyebab-kanser/
Kesihatan Insulin Bukan Penyebab Kanser, Wajib Anda Tahu Oleh aqirah
[ "Adalah insulin penyebab kanser? Jom ketahui info sebenar tentang insulin.", "Adakah insulin penyebab kanser? Ramai yang berpendapat bahawa insulin adalah salah satu penyebab kanser. Oleh yang demikian, ramai yang tidak mahu mengambil insulin kerana takut akan mendapat kanser.", "Mari kami kongsikan info dari Dr. Suhazeli Abdullah mengenai insulin.", "Selain dari mengawal paras gula dalam badan, insulin juga bersifat mitogenik, iaitu membantu pembentukan normal sel-sel badan. Ianya bukan bersifat mutagenik, pembina sel-sel yang berkembang secara tidak normal sehingga menyebabkan kanser.", "Jangan salah-faham dalam istilah ini. Kajian yang lebih berwasit telah pun dilakukan menunjukkan bahawa bukan kehadiran insulin yang menyebabkan kanser, malah suasana darah yang tinggi gula (hiperglisemia, bagi kes kawalan gula tidak terkawal) adalah penyebab kepada meningkatkan risiko kanser terhadap pesakit kencing manis.", "Scara umumnya pesakit kencing manis akan mempunyai masalah ketahanan badan yang menurun (uncompromised). Oleh yang demikian tidak terkawalnya paras gula dalam badan seseorang pesakit akan meningkatkan lagi risiko pelbagai penyakit lain. Sebagai contohnya, pesakit kencing manis berisiko dijangkiti kuman Tuberkulosis tiga kali ganda berbanding individu yang normal.", "*Selepas mengetahui info sebenar tentang insulin, harap tiada lagi orang ramai yang menganggap insulin ini tidak bagus. Jika kita mengikuti setiap nasihat yang diberi oleh doktor, Insyaallah penyakit kita akan sembuh. ", "Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Dapatkan nasihat pakar yang berkaitan mengenai penyakit yang sedang anda hadapi.", "Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel penuh di sini." ]
https://bidadari.my/solat-sunat-aidilfitri/
Rohani Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri Serta Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Oleh hannani
[ "Bagaimanakah caranya melakukan solat sunat adilfitri secara berjemaah? Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan panduan mengerjakan solat sunat aidilfitri dengan betul.", "Pengertian dan tempoh waktu solat sunat aidilfitri", "Solat sunat aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan oleh umat Islam sebanyak dua rakaat pada 1 Syawal iaitu hari raya aidilfitri yang pertama. ", "Solat ini adalah afdhal untuk dilakukan secara berjemaah dan kemudian itu dibacakan dua khutbah. Tetapi ia juga boleh dilakukan secara bersendirian di rumah.", "Hadis tentang perintah melaksanakan solat hari raya", "Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Talhah bin ‘Ubaidillah R.A beliau berkata : ‘’Seorang lelaki telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan bertanyakan tentang Islam. Kemudian Rasulullah SAW menjawab :", "Maksudnya: (Kamu perlu) melaksanakan solat lima waktu sehari semalam.", "Kemudian lelaki itu bertanya: ‘’Adakah menjadi kewajipan ke atasku solat selainnya ?’’. Maka Nabi SAW menjawab :", "Maksudnya: Tidak, kecuali kamu ingin mengerjakan solat sunat.” – (Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 46 dan Muslim, No. 11)", "Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Ibn Al-Somit RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :", "خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللهُ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ", "Maksudnya: Allah SWT mewajibkan lima solat ke atas hamba Nya. Sesiapa yang melakukannya tanpa meninggalkan sedikit pun kerana meringan-ringankannya, Allah SWT menjanjikannya masuk syurga. Manakala sesiapa yang tidak melakukannya, Allah tidak menjanjikan apa-apa kepadanya. Sekiranya Allah kehendaki, Dia akan mengazabnya dan sekiranya Allah kehendaki, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga.” – (Hadis Riwayat Abu Daud, No. 1420)", "Justeru, berdasarkan beberapa riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa selain dari solat fardhu lima waktu, solat-solat yang lain itu adalah termasuk dalam bahagian solat sunat dan antaranya juga adalah solat hari raya.", "Solat sunat ini adalah sunat muakad iaitu solat sunat yang sangat diberatkan oleh Nabi SAW. ", "Rasullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini sejak pada ia disyariatkan sehinggalah baginda wafat. Begitu juga para sahabat RA berterusan melakukannya selepas kewafatan baginda Nabi. ", "Cara solat sunat aidilfitri ini sedikit berlainan dengan solat sunat lain yang kita pelajari. Dalam solat ini, kita disyariatkan untuk membaca  takbir sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat ke dua.", "Diriwayatkan oleh ‘Amr Bin Shuaib, dari bapanya dari datuknya, bahawa:", "Maksudnya: “Nabi SAW bertabir pada solat hari raya sebanyak tujuh kali dan lima kali.” – (Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 1278)", "Bagi lafaz solat sunat aidilfitri tersebut adalah seperti yang berikut:", "Selain dari cara solat sunat aidilfitri ini, anda juga boleh baca artikel panduan kami yang lain berkenaan solat sunat seperti:" ]
https://bidadari.my/karipap-ikan/
Resepi Resepi Karipap Ikan Lazat (Lain Dari Yang Lain) Oleh Rahayu Z
[ "Siapa suka karipap ikan? Kami yakin ramai yang suka karipap ikan. Jadi, kami tuliskan resepi karipap ikan yang konfirm lazat.", "Karipap ikan berbeza dengan karipap ikan bilis biasa ya. Isi karipap ikan tidak ada sambal, malah ia menggunakan kelapa parut, santan, bawang, dan halia sehingga warnanya putih sahaja. Bahan inti ini manis-manis masin. Buat basah-basah pun OK, mahu kering pun tidak mengapa.", "Resepi karipap ikan yang lazat ini kami datangkan daripada Badrul Dan Isteri yang berkongsi di laman Facebook. Di bawah ditulis juga resepi doh karipap yang mudah. Selamat mencuba.", "Selain karipap ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami." ]
https://bidadari.my/anak-tak-nak-makan/
Featured, Keluarga Anak Tak Nak Makan? Ketahui Punca, Kesan Dan Cara Atasi Oleh zulrina
[ "Anak tak nak makan, asyik nak menyusu je! Susu formula, susu ibu, susu kotak semua dia telan, asalkan susu! Nasi atau bubur? Jangan haraplah, bukan sahaja tak nak makan, tetapi tengok sahaja pun sudah tidak berselera.", "Kejadian ini sering berlaku kepada anak-anak kecil berumur 1 tahun ke atas. Jangan harap nak makan bubur, nasi, biskut bayi, makanan solid yang lain pun memang anak tak minat. Pening fikir macam mana nak buat, tapi lagi risau sebab tak tahu apa sebab dan puncanya.", "Umumnya, terdapat beberapa sebab terjadinya masalah anak tak nak makan. Anda harus kenal pasti dahulu puncanya, barulah mudah untuk anda cari jalan penyelesaiannya. Jom lihat sebab dan punca anak tak nak makan.", "Pernahkah anda menghadapi situasi yang sama setiap kali memberi anak makan? Anak akan menunjukkan muka tidak berminat, berselera pula jauh sekali. Hal ini berlarutan setiap hari dan sememangnya anak tak nak makan. Terfikirkah anda, kenapa perkara ini berlaku?", "Ya, anak yang kenyang sememangnya takkan lalu untuk makan. Mereka mungkin kenyang dengan susu yang berbotol-botol. Tetapi ia hanya sekejap, selagi tidak makan, mereka akan minta susu lagi apabila lapar.", "Semakin anak diberi makanan ringan, semakin sukar untuk mereka makan makanan ruji. Makanan ringan seperti kuih, biskut, kek, jajan dan gula-gula adalah contoh makanan ringan yang perlu anda elakkan untuk anak-anak. Apabila anak suka makanan yang bergula atau jajan sebegitu, mereka tidak akan mahu makan lain lagi.", "Ibu bapa juga bersalah dalam hal ini kerana tidak tahu selera anak. Biarpun ingin anak makan makanan yang berkhasiat, janganlah beri makanan yang tawar dan tidak ada rasa, anak anda pasti ingat dan takkan mahu makan lagi.", "Anda tak nak makan juga disebabkan oleh masalah penghadaman dan usus yang mereka hadapi. Tak ramai ibu bapa yang peka akan hal ini, namun anak yang mengalami masalah pencernaan tidak akan lalu untuk makan. Masalah penghadaman ini boleh berlaku akibat anak minum susu banyak terlalu kenyang dan juga akibat anak makan makanan ringan.", "Akibat tak nak makan makanan yang sesuai untuk usia mereka, anak akan mengalami beberapa kesan. Kesan yang menyebabkan anak tak nak makan ini adalah negatif dan tidak elok untuk kesihatan anak. Jangan biarkan masalah ini menjadi lebih parah. Jom lihat kesan jika anak anda tidak mahu makan.", "Apabila anak tak nak makan, mereka akan kekurangan vat makanan, vitamin dan nutrisi. Ia akan menyebabkan mereka tidak bermaya dan tidak bertenaga. ", "Benarkah jika tidak makan, boleh dijangkiti kuman dan bakteria? Benar. Sayur, buah dan makanan protein yang diambil akan menjadi pelindung tubuh badan daripada dijangkiti penyakit. Makanan yang diambil oleh anak juga akan menguatkan sistem imunisasi tubuh badan mereka.", "3. Anak Meragam Dan Tidak Selesa", "Sudah pasti anak akan lapar jika tidak makan. Biarpun minum susu sahaja, perut mereka juga akan mudah sakit. Pengambilan susu yang merupakan makanan cecair dan mempunyai 1 khasiat yang sama, akan menjejaskan tubuh badan anak juga. Proses pencernaan dan penghadaman akan mengalami sedikit masalah.", "4. Underweight Atau Kurang Berat Badan", "Bukan sahaja orang dewasa yang harus peka akan berat badan, tetapi anak kecil juga harus makan untuk memastikan berat badan mereka bersesuaian. Mereka harus mempunyai berat yang normal dan mengalami proses pembesaran dengan sihat.", "Anak tak makan akan menyebabkan mereka sering terasa pening dan sukar tumpu perhatian. Adakala duduk, berdiri akan membuatkan mereka tidak selesa dan akan bertukar posisi pula.", "Akibat tidak makan, nutrisi dan zat besi yang kurang dari tubuh badan anak akan menyebabkan beberapa perkara. Antaranya adalah kuku rapuh, rambut kusam, mata putih kebiruan dan lain-lain lagi.", "Atasi Masalah Anak Tak Nak Makan", "Setiap masalah perlu di atasi oleh semua ibu bapa, apatah lagi ia berkaitan dengan anak. Punca dan kesan anak tak nak makan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk lagi. Bagi mengelakkan hal ini berlarutan, anda perlu berikhtiar menggunakan cara moden, petua tradisional, tips dan lain-lain lagi.", "Ikut sahaja Petua tambah selera makan anak, pasti anak akan suka untuk makan. Mindset ibu bapa yang berbunyi “Lebih baik anak minum susu daripada tak nak makan terus” itu perlu anda buang jauh-jauh. ", "Sebenarnya, jika anda membiarkan anak minum susu sahaja dengan kerap, ia akan menyebabkan masalah usus, pencernaan dan lain-lain lagi memandangkan terdapat juga kandungan gula dalam susu.", "Pastikan Anak Mendapat Zat Yang Cukup", "Dengan memberi akan makanan yang berkhasiat, mereka pasti akan mendapat zat yang cukup untuk tubuh badan. Masalahnya jika mereka tidak mahu makan, anda harus kreatif dalam menyediakan makanan mereka yang lebih menarik dan sedap. Selain itu, amalan makan bersama-sama dan tidak memaksa mereka juga membantu untuk mereka cuba mula makan.", "Itulah dia punca, kesan dan cara atasi masalah anak tidak mahu makan. Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan, anak anda pasti akan makan juga! Jemput baca Petua tambah selera makan anak, Cara atasi bayi sedu, Tips pilih puting bayi dan Panduan urutan bayi yang betul." ]
https://bidadari.my/resepi-udang-goreng-tepung-2/
Resepi Resepi Udang Goreng Tepung Ala Restoran Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "“Udang!udang! Seekor seringgit!seekor seringgit! Mari murah!murah!”", "Heboh udang seringgit seekor baru – baru  ini menjadi viral dan buruan peminta udang. Tapi buntu bila memikirkan apa nak dimasak udang tu kan. Nak masak apa yg boleh memelihara keenakkan,keanjalan dan kemanisan isi udang.", "Makanan laut atau seafood ni perlukan teknik masakan yg cepat dan mudah. Ini untuk memelihara kesegaran isi seafood. Antara menu yang paling simple ialah goreng tepung ala restoran. Menu yang biasa jadi pilihan ialah udang goreng tepung.", "Resepi ini telah dikongsikan oleh Kitin Mahinah Pak Tam dan telah mendapat banyak perkongsian di Facebook!", "Nota: Letakkan ketulan ais didalam air dan bancuh. Pastikan garam terasa masin sebab selepas goreng rasa masin tidak terasa sangat. Jangan risau kerana semasa kita adun tepung memang akan terasa lebih masin.", "Wah mudah bukan? Resepi ini bukan sahaja mudah tapi dapat memberi kepuasan kepada sesiapa yang merasainya. Hidangkanlah resepi ini pada bila bila masa kerana ianya boleh dimakan bersama nasi atau begitu sahaja.", "Resepi – resepi lain yang menarik:", "Selain daripada resepi ini terdapat beberapa resepi lain yang menarik dan anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!" ]
https://bidadari.my/panduan-kelahiran-bayi/
Hamil 9 Panduan Mudahkan Kelahiran Boleh Amal Oleh Tasneem Haneem
[ "Kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya amat menyakitkan. Tetapi kesakitan itu adalah satu lumrah biasa untuk menglahirkan anak. Walau bagaimanapun, ianya boleh menjadi mimpi yang lebih teruk jika berlaku hal diluar sangkaan.", "Di sini kami kongsikan panduan untuk memudahkan kelahiran. semoga panduan kelahiran bayi ini membantu ibu-ibu di luar sana.", "Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran.", "Anda digalakkan untuk memulakan urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.", "Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi.", "Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.", "Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.", "Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kegel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian dilepaskan bakinya.", "Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran.", "Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk wdikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.", "Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu akhir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi.", "Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.", "Ketenangan fikiran dan kemantapan mental serta emosi sangat penting. Proses pelahiran akan berlangsung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopoh-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama.", "Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.", "Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan daripada yang tersayang. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami.", "Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.", "Selain daripada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani di dalam bilik bersalin nanti.", "Malah, pilihan kedua selain daripada suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.", "Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.", "Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya berbaring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi “turun” sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.", "Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak “keluar” dengan cepat.", "Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan." ]
https://bidadari.my/resepi-sos-black-pepper-homemade-lemak-dan-lazat/
Resepi Resepi Sos Black pepper (Homemade, Lemak dan Lazat) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Selain daripada sos cili dan sos tomato, sos black pepper juga merupakan antara sos yang perlu ada untuk menikmati makanan western seperti chicken chop, meatball, ayam dan daging bbq, steak dan sebagainya. Banyak jer pilihan yang ada dijual dipasaraya. tapi kalau nak lebih jimat terutamanya untk majlis keraian bolehlahh cuba buat sos black pepper homemade.", "Caranya pun tak susah. Hanya campur-campur sahaja. Tapi yang penting metilah kena ada lada hitam yang telah dikisar. Jika tak de, bukan namanya sos lada hitam lah. Bolehlah buat sos black pepper ini mengikut citarasa masing-masing. Boleh buat banyak sekaligu jika hendak siimpan untuk beberapa kali makan.Tapi haruslah di dalam peti ok.", "Tak pernah buat sos lada hitam ini? Nak cuba buat? Boleh lah tengok dan layan resepi dari Rohayati Romli ini. Ramai yang telah mencubanya. Jadi, apa lagi. Jom tengok dan selamat mencuba.", "Dah siap. Bolehlah rebus meatball untuk dimakan bersama. Bolehlah acah-acah makan meatball ikea. Ataupun boleh juga kalau nak makn bersama chicken chop. Selain resepi sos balck pepper ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya. Terima kasih. " ]
https://bidadari.my/jenis-darah/
Kesihatan Kenali Jenis Darah Anda (INFO Menarik Ramai Tak Tahu) Oleh Aniuna
[ "Jom belajar kenali jenis darah anda.", "Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.", "Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah.", "Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu. Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah.", "Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diiktiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT)", "Selain daripada Sistem ABO, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Kemudian sistem ini dimurnikan lagi dengan Sistem Rhesus yang diusahakan secara bersama dengan Alexander S Wiener pada tahun 1937.", "Sistem ABO ialah sistem kumpulan darah terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Dalam sistem ABO ada tiga jenis allele iaitu A, B dan O. Oleh kerana dalam setiap individu ada dua allele (satu dari bapa, satu dari ibu), kombinasi yang ada ialah AA, BB, AB, Ao, Bo dan oo.", "Allele A dan allele B adalah allele yang dominan (berpengaruh) manakala allele O adalah allele yang resesif (tidak berpengaruh). Oleh kerana allele O tidak kuat, ia selalunya di tulis dengan huruf kecil.", "Jenis darah setiap individu adalah seperti yang dinyatakan pada rajah di bawah.", "Contohnya, sekiranya darah anda jenis A, ini bererti ada dua kemungkinan, iaitu genotype darah anda ialah AA atau Ao. Anda boleh menentukan secara pasti sama ada anda AA atau Ao dengan melakukan ujian DNA.", "Sistem Rh ialah sistem kumpulan darah kedua terpenting dalam bidang pemindahan darah manusia. Antigen Rh yang terpenting ialah antigen D kerana inilah di antara lima antigen Rh utama yang paling mampu merangsang tindak balas sistem imun.", "Dalam sistem Rh, ada dua kemungkinan jenis darah seseorang iaitu berdarah Rhesus positif atau Rhesus negatif sahaja. Ada dua jenis allele iaitu Rh+ dan Rh- dan ia tidak bergantung kepada jenis darah ABO seseorang itu.", "Seseorang yang Rh positive mempunyai genotype:", "Seseorang yang Rh negative mempunyai genotype dari dua Rh- iaitu Rh-/Rh-", "Seperti juga sistem ABO, setiap bapa akan memberikan satu allele Rh dan ibu memberikan satu allele Rh kepada anak mereka.", "Persatan Transfusi Darah Antarabangsa kini mengiktiraf 30 sistem kumpulan darah (termasuk sistem ABO dan Rh). Maka, selain antigen ABO dan antigen Rh, terdapat banyak lagi antigen yang dinyatakan pada membran permukaan SDM.", "Misalnya, seseorang berdarah AB, D positif, dan pada masa yang sama M dan N positif (sistem MNS), K positif (sistem Kell), Lea atau Leb negatif (sistem Lewis), dan sebagainya, jadi ada positif atau negatif untuk setiap antigen sistem kumpulan darah. Kebanyakan sistem kumpulan darah dinamakan sempena nama pesakit yang antibodi masing-masing pertama kali ditemui dalam darah mereka.", "Genotype anak diambil dari ibu (satu allele) dan ayah (satu allele). Contohnya ibu berdarah A (ada dua kemungkinan iaitu genotype ibu AA atau Ao) dan ayah berdarah AB (genotype AB). Sila lihat rajah di bawah untuk penerangan.", "1)Kemungkinan 1 – Ibu AA dan ayah AB", "Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu AA dan ayah AB, kemungkinan yang berlaku ialah:", "Bagaimanapun, oleh kerana ibu berdarah A, ada lagi satu kemungkinan iaitu genotype ibu ialah Ao dan bapa AB (genotype bapa sama, tidak berubah).", "2)Kemungkinan 2 – Ibu Ao dan ayah AB", "Daripada rajah di atas, sekiranya genotype ibu Ao dan bapa AB:", "Jika kita gabungkan kedua-dua rajah di atas – sekiranya ibu berdarah A dan ayah berdarah AB – kita boleh membuat pengiraan:", "Kesimpulannya, sekiranya ibu berdarah A dan ayah AB, kemungkinan tertinggi anak akan berdarah A.  Anak juga tidak berkemungkinan berdarah O.", "Ramai yang menganggap kumpulan darah anak mestilah kombinasi kumpulan darah ibu bapa. Sebenarnya, ia tidak semestinya begitu. Pernah terdapat satu kejadian di mana seorang bapa meminta untuk membuat ujian ‘paternity’ hanya kerana kumpulan darahnya ialah B dan anaknya ialah A.", "Kerana dia berpendapat yang ianya mustahil untuk anaknya mempunyai kumpulan darah yang berbeza dengannya.", "Sebenarnya ianya tidak mustahil dan genetik adalah jawapan kepada kekeliruan bapa ini.", "Berikut adalah jadual ringkas kombinasi yang berkemungkinan untuk sistem ABO. Dengat hanya melihat jadual ini, anda boleh mengagak kumpulan darah anak itu. Malah, jika kumpulan darah anda A dan pasangan anda B, anak anda berkemungkinan mempunyai kumpulan darah A, B, AB atau O.", "Sama seperti sistem Rhesus, terdapat tiga faktor iaitu C, D dan E. Dan D merupakan yang paling penting. Tiada gen resesif yang sama dengan D.", "Selepas kelahiran, manusia mula membentuk antibodi di dalam badannya. Antibodi ini melindungi badan dari bahan-bahan asing seperti kuman yang memasuki sistem badan manusia. Bahan-bahan asing seperti kuman ini dipanggil antigen.", "Antibodi terhadap antigen darah juga berlaku. Sebagai contoh, seorang bayi yang berdarah O akan membentuk antibodi terhadap antigen darah A dan darah B sebaik sahaja dia mula makan makanan.", "Ini kerana antigen ini dijumpai di dalam makanan. Oleh itu seseorang yang berdarah O tidak boleh menerima darah daripada jenis A, B dan AB. Sekiranya diberi juga, satu proses dikenali sebagai ‘haemolytic transfusion reaction’ akan berlaku, di mana darah yang diberi itu akan dimusnahkan.", "Proses ini boleh membawa maut dan kerosakan anggota badan dalaman.", "Organ penderma juga bergantung kepada jenis darah seperti di atas. Contohnya, buah pinggang penderma dari jenis darah B tidak boleh diberi kepada pesakit berdarah A. Bagaimanapun, didapati pemindahan organ hati (liver) tidak bergantung kepada sistem darah ABO ini.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Jenis Darah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?", "Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/resepi-bingka-labu/
Resepi Resepi Bingka Labu (Lemak Manis) Oleh Rahayu Z
[ "Jom tengok resepi perkongsian kami cara membuat bingka labu lemak manis nan lembut dan padu.", "Akhir-akhir ini ramai perbincangan tentang resepi bingka labu. Bahkan perkongsian resepi ini di laman Facebook oleh ‎Sue Abdullah‎ sudah mencapai 2.9k perkongsian ketika artikel ini ditulis.", "Bingka dibuat daripada pelbagai bahan seperti : tepung gandum, telur, santan, gula pasir, dan garam. Ada banyak jenis lain bingka seperti bingka ubi, bingka kentang, bingka pandan, bingka durian dan lain-lain.", "Hidangan bingka labu boleh jadi alternatif jika anda tidak suka makan labu secara terus tanpa olah. Bahkan ada sebahagian anak yang tidak suka makan labu namun sangat gemar jika diolah jadi hidangan lain seperti bingka. Bingka labu yang lembut boleh membuat sesiapapun yang makan mesti akan suka.", "Selain resepi bingka labu, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-rempeyek/
Resepi Resepi Rempeyek Kacang Ikan Bilis (Rangup Krup Krap!) Oleh Rahayu Z
[ "Rempeyek krup krap. Macam sedap kalau dapat makan rempeyek yang garing dan rangup. Rempeyek dapat dibeli di pasar raya, selain itu rempeyek juga banyak dijumpai di kedai-kedai makan tradisional.", "Rempeyek ada pelbagai jenisnya, antaranya ada rempeyek ikan bilis, rempeyek kacang, rempeyek udang dan lain-lain. Rempeyek merupakan sejenis kerupuk tradisional. Ianya sedap diganding dengan makanan nasi berlauk ataupun dimakan macam itu sahaja.", "Rempeyek dibuat dengan mencampurkan bancuhan tepung dengan bahan kisar. Walaupun nampak mudah dan ringkas tapi kadang-kadang kalau tersilap sedikit saja bancuhannya adunan boleh jadi meragam dan rempeyek jadi keras. Tambah lagi bila melekat di acuan, boleh mendatangkan stress dibuatnya.", "Sekali-sekala boleh cuba membuat rempeyek sendiri, lebih berbaloi daripada beli. Makan lebih puas tanpa henti. Sangat seronok bila makan rempeyek buatan sendiri. Selamat mencuba resepi daripada Salizawati Kamaruddin di laman Facebook.‎ ", "Nota : Saya guna 2 kuali. Satu kuali untuk mencetak adunan. Lepas sudah masuk ke dalam acuan dan rempeyek sudah keras sedikit, masukkan pula ke dalam kuali untuk menggoreng. Bagi saya, cara ini lebih cepat sedikit.", "Selain resepi rempeyek, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.  Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/aktiviti-indoor-untuk-anak/
Anak, Keluarga Aktiviti Indoor Yang Bermanfaat Untuk Anak-anak Di Rumah Oleh Aniuna
[ "Rumah juga boleh dijadikan tempat belajar yang menggembirakan. Bagi ibu bapa yang berniat untuk hadkan screen time dari gajet, penulis ada solusi kepada ibu bapa yang boleh diaplikasikan untuk ibu bapa di rumah. Jom ketahui aktiviti indoor untuk anak yang menarik.", "Sebenarnya terlalu banyak aktiviti indoor yang anak-anak boleh lakukan di rumah. Tidak perlukan alatan yang pelik-pelik untuk mencipta aktiviti indoor buat anak-anak, ibu bapa boleh gunakan peralatan apa yang ada di rumah seperti bekas makanan, sudu, tali, alat tulis, sabun dan lain-lain. ", "Sediakan ruang yang luas untuk anak beraktiviti. Sekiranya memerlukan bahan yang basah, ibu bapa boleh sediakan alas di balkoni atau bawah garaj kereta.", "Aktiviti indoor untuk anak-anak di rumah penting supaya ibu bapa boleh mengurus anak dengan lebih lancar dan kurang tekanan. Emosi ibu bapa dan anak juga lebih terkawal. Anak-anak yang gembira akan membesar dengan lebih baik dari anak yang tertekan. Berikut adalah cadangan kepada ibu bapa semua. ", "Perancangan matlamat untuk dicapai adalah penting supaya ibu bapa nampak apa yang ingin dibuat mengikut kesesuaian umur anak.", "1- Tetapkan rutin sama (jadual harian)", "Anak-anak perlukan rutin yang sama setiap hari secara berjadual. Masa lebih mudah diatur dan diuruskan. Tidak dinafikan, ada terbabas dari garis masa yang ditekankan. Sekurang-kurangnya, anak sudah tahu dan faham apa perlu dilakukan setiap sela masa.", "Ibu bapa boleh buat jadual bersama-sama anak menggunakan gambar. Bila dibuat bersama-sama, anak-anak lebih mudah ingat. Tampal gambar pada papan atau kad manila. Letakkan jadual di tempat yang anak boleh tengok setiap hari.", "Bangun pagi, anak masih perlu mandi walaupun tidak ke sekolah, kemudian barulah makan dan bermain. ", "Anak-anak boleh diberi tugasan ringan membantu kerja rumah. Anak sekecil 2 tahun sudah boleh di arah untuk masukkan baju yang telah dipakai di dalam bakul. Manakala, anak yang sudah besar seperti 7 tahun boleh membantu basuh pinggan dan siapkan tempat makan. Ini boleh melatih anak-anak bertanggungjawab dan rasa penting keberadaan mereka di rumah.", "Aktiviti ini bertujuan untuk memperkenalkan ajaran Islam kepada anak-anak. Solat berjemaah, berzikir dan mengaji bersama-sama . Boleh juga buat slot seperti bacaan hadis, sirah dalam bulatan. Anak yang sudah besar boleh dilatih menjadi imam dan tukang iqamah. Anak yang dibawah 6 tahun mula diperkenalkan Alif, Ba, Ta. Moga rahmah dan berkah seisi rumahnya.", "Aktiviti meransang sensori melibatkan lima sensori asas seperti sentuhan, visual, rasa, hidu dan pendengaran. Tambahan dua lagi sensori iaitu vestibular dan proprioception. 8 tahun pertama selepas kelahiran, anak banyak belajar menggunakan deria. Ransangan deria boleh diberikan melalui bermain.", "Messy play, finger art, main playdough.", "Bermain tangkap buih, menampal kertas berwarna warni.", "Mencuba pelbagai jenis rasa masam, manis, pahit, tawar, masin, lembik dan keras.", "Mendengar pelbagai jenis bunyi perlahan atau kuat volumenya.", "Menolak dan mengangkat benda berat seperti bakul berisi baju,  mengemop lantai, bergayut di monkey bar (boleh digantikan dengan penghadang yang ada di dinding). Ibu bapa boleh rancang aktiviti berhalangan (obstacle course) yang ringkas menggunakan susunan kerusi, bakul, dan kotak dirumah.", "Motor kasar melibatkan semua otot besar. Otot tunjang seperti otot di bahagian belakang badan yang kuat akan membantu anak melakukan aktiviti motor halus dengan lebih baik. Lakukan senaman ringkas atau pun senam robik bersama-sama. Boleh juga menggunakan mainan seperti bola, badminton, pingpong, tali skipping. ", "Motor halus penting adalah kawalan otot tangan, jari dan kawalan mata (ocular). Motor halus adalah asas kepada makan, pakai baju, juga menulis. Boleh buat aktiviti seperti kepit sepit baju untuk kuatkan otot tangan. Masukkan butang ke dalam tali untuk koordinasi mata, tangan juga persepsi visual. untuk latihan picit masukkan batang ais krim ke dalam tabung. Baju berbutang juga boleh digunakan sebagai latihan motor halus.", "7- Aktiviti harian berfungsi seperti membakar kek ringkas dan berkebun. ", "Aktiviti harian berfungsi adalah aktiviti harian yang perlu dilakukan setiap hari. Untuk aktiviti masakan ringkas, terangkan kepada anak setiap langkah supaya anak jelas dengan aktiviti tersebut. Belikan anak apron kanak-kanak untuk mengajar tentang kebersihan. Ajak anak buat tugasan ringkas seperti bantu mengadun kek, meletakkan hiasan di atas kek. Bina satu kebun mini di rumah dan tanam tumbuhan yang senang tumbuh seperti taugeh. Beri tugas kepada anak untuk siram setiap hari. Anak akan rasa seronok melihat tumbuhan membesar.", "Aktiviti ini bertujuan merangsang perkembangan kognitif anak. Kemahiran kognitif merangkumi perhatian, memori, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Permainan seperti Puzzle, Word search dan Bingo adalah contoh aktiviti melibatkan pensil dan kertas. Ada banyak contoh aktiviti kognitif yang boleh di muat turun dari Google.com. Permainan sorok-sorok, Pukul Berapa Datuk Harimau, galah panjang pula aktiviti berfikir melibatkan pergerakan.", "Setiap aktiviti mempunyai tujuan dan manfaat tersendiri. Kehadiran ibu bapa adalah elemen paling utama dalam setiap aktiviti kerana ibu bapa ibarat fasilitator kepada anak-anak. Sediakan aktiviti yang tidak terlalu mencabar dengan tahap anak-anak supaya mereka tidak tertekan dan menikmati semua aktiviti dengan gembira. ", "Jemput juga abca artikel tentang  taman permainan best di KL Sleangor permainan membantu perkembangan bahasa anak dan DIY permainan anak" ]
https://bidadari.my/tips-ibubapa-memahami-karenah-anak-2-tahun/
Anak Tips IbuBapa: Memahami Karenah Anak 2 Tahun Oleh Dr Rozieta Shaary
[ "Terdapat sesuatu yang ajaib mengenai anak-anak 2 tahun ini.", "Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.\n\nMereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.", "Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.", "Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam ‘dunia’ dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun – 3 tahun.", "Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk. Ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.", "Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.", "Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.", "Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.", "Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.", "Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, ‘sayang mama nak mandikan sayang, ya’ dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan ‘no’ maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.", "Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing." ]
https://bidadari.my/khasiat-batang-saderi/
Kesihatan 7 Khasiat Batang Saderi Untuk Sihat (Turunkan Tekanan Darah) Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
[ "Nak tahu khasiat batang saderi? Artikel ini akan berkongsi tentang manfaat dan khasiat batang saderi untuk kesihatan yang mungkin kita tidak tahu.", "Batang saderi merupakan bahagian petiole (batang) pada spesis tumbuhan tidak berkayu yang dikenali sebagai Apium graveolens. Sayuran hijau yang kaya nutrien ini mengandungi sebanyak 90% air daripada berat keseluruhan. ", "Pokok saderi ini banyak dijumpai dan ditanam di kawasan seperti Eropah Selatan, Asia dan Afrika selain turut dijumpai di kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga 12 ke 16 inci. ", "Tumbuhan ini boleh hidup di permukaan tanah berpasir pada keadaan iklim sederhana. India merupakan pengeluar utama saderi di dunia dengan penghasilan sebanyak 4 ribu tan setahun.", "Batang saderi yang dihasilkan di Eropah berwarna keputih-putihan dan kurang hijau kerana tanamannya yang kurang menerima cahaya matahari. Maka, penghasilan klorofil yang memberi warna hijau adalah kurang disebabkan kurangnya cahaya matahari untuk proses fotosintesis yang maksimum.", "Terdapat pelbagai khasiat kesihatan yang boleh diambil daripada pemakanan batang saderi ini. Ada yang suka memakannya secara mentah, dijadikan ulam ulaman atau dikisar untuk dijadikan jus bersama pilihan buah atau sayuran yang lain.", "Oleh itu, artikel ini akan berkongsi khasiat kesihatan batang saderi yang selalu dikaitkan dengan petua menurunkan tekanan darah tinggi. ", "Petua tradisional ada mengajar kita untuk mengamalkan jus batang saderi (kadang-kadang dikisar bersama timun atau tomato) untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Menariknya, dakwaan ini telah dikaji secara lebih mendalam apabila melihat kesannya yang positif untuk menurunkan tekanan darah. ", "Analisis makmal mendapati bahawa batang saderi mengandungi sebatian yang bernama phtalide. Sebatian ini memberikan batang saderi aroma dan rasanya yang tersendiri. Kajian klinikal menunjukkan bahawa phtalide berperanan dalam melegakan otot licin dalam saluran pembuluh darah. Seterusnya, darah akan mudah mengalir dan mengurangkan tekanan darah.", "Pemerhatian selama 13 hari ke atas tikus yang diberikan ekstrak saderi telah menunjukkan penurunan tekanan darah tinggi yang positif.", "Essential oil atau minyak pati saderi semakin giat dihasilkan kerana manfaatnya yang tersendiri. Biji saderi dilaporkan mengandungi kira-kira 2% minyak pati yang memberikan aroma untuk kegunaan sebagai bahan perasa dan minyak wangi. ", "Minyak pati saderi menghasilkan bau seperti floral/bunga-bungaan dan oriental yang mewujudkan suasana yang menyenangkan. ", "Analisis makmal mengesan kehadiran limonene dan selinene sebanyak 60% dan 20% di dalam minyak pati. Namun, sebatian utama yang memberi bau kepada minyak pati ini ialah sedanenolide dalam kuantiti yang sedikit.", "Saderi mengandungi vitamin C yang tinggi yang mencukupi untuk diet seharian kita. Vitamin C ini ternyata terbukti dalam memberikan sokongan perlindungan sistem pertahanan badan dalam melawan radikal.", "Tambahan pula, saderi dikesan mengandungi sebatian yang bernama coumarins. Sebatian ini bermanfaat dalam mencegah radikal bebas daripada terus merosakkan sel. Seterusnya, hal ini boleh mengurangkan kadar mutasi.", "Coumarins juga bagus untuk tujuan meningkatkan aktiviti sel darah putih bagi menyingkirkan serangan berbahaya ke atas sel. ", "Sekiranya anda aktif bersukan atau kerap melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, jus berasaskan saderi boleh diamalkan untuk menggantikan elektrolit dalam tubuh yang hilang akibat aktiviti fizikal anda. ", "Kandungan natrium dan kalium dalam saderi juga agak tinggi untuk menggantikan garam mineral yang telah dikumuh melalui peluh anda.", "Ekstrak saderi dilaporkan mengandungi 85% sebatian phtalide yang berkesan dalam menurunkan kolesterol dan meningkatkan proses detoks. Penyingkiran air melalui buah pinggang akan menjadi lebih eifisien, lalu cepat membuang toksin dalam tubuh. ", "Kajian ke atas tikus makmal yang diberikan diet makanan ekstrak saderi selama 8 minggu menunjukkan penurunan tahap kolesterol yang ketara.", "Keradangan yang berlaku pada peringkat sel juga boleh dikurangkan dan mempercepatkan proses penyembuhan. ", "Disebabkan mekanisme saderi yang menyingkirkan toksin, hal ini sebenarnya membantu pesakit yang mengalami sakit sendi atau arthritis dan rheumatism. ", "Toksin yang menyebabkan sakit sendi dan lenguh otot tersebut dapat dikurangkan apabila disingkirkan melalui air kencing apabila saderi menggalakkan perkumuhan melalui buah pinggang.", "Saderi juga dilaporkan mengandungi serat makanan yang tinggi yang bagus untuk kesihatan. Para penyelidik mengakui bahawa diet yang tinggi serat seperti saderi ini amat bagus bagi tujuan merendahkan kolesterol, membantu melancarkan sistem pencernaan, meningkatkan tindak balas insulin dan gula dalam darah serta membantu laktasi atau pertambahan susu ibu.", "Didapati, saderi mengandungi 60% jumlah serat makanan, 5% lemak, 19% protein dan 9% kanji. ", "Kesan Sampingan Pengambilan Batang Saderi Berlebihan", "Batang saderi turut mengandungi kandungan garam yang tinggi khususnya natrium. Maka, pengambilannya perlulah dalam kuantiti yang sederhana kerana sodium boleh menyebabkan diuretik. ", "Diuretik ialah kehilangan air dari dalam badan. Badan yang diuretik juga akan menyingkirkan garam lain seperti kalium yang sebenarnya diperlukan oleh sistem badan. ", "Selain itu, pesakit yang sedang mengambil ubat cair darah tidak digalakkan mengambil diet berasaskan saderi kerana sebatian dalam saderi akan melambatkan proses pencairan darah. ", "Saderi banyak digunakan di seluruh dunia sebagai ramuan makanan dengan nilai tambahnya dalam bidang perubatan. Pengambilan saderi adalah lebih dalam bentuk makanan mentah atau ulam-ulaman tanpa dimasak kerana suhu yang tinggi ketika memasak boleh menghilangkan khasiat nutriennya. ", "Namun, pengambilannya perlulah dalam kuantiti yang sederhana dan bagi mereka yang sedang mengambil ubatan tertentu, sila dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar masing-masing. ", "Sowbhagya, H. B. (2014). Chemistry, technology, and nutraceutical functions of celery (Apium graveolens L.): an overview. Critical reviews in food science and nutrition, 54(3), 389-398. (link)" ]
https://bidadari.my/tempat-menarik-bangkok/
Travel 11 Tempat Menarik Di Bangkok 2019 Tak Ramai Pelancong Malaysia Tahu Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Jom ketahui tempat menarik di Bangkok.", "Bangkok adalah salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan anak muda Malaysia yang ingin melancong ke luar negara.", "Selain keunikan seninya, kelazatan makanan di kota Bangkok adalah tarikan utama di sana. Kali ini kami nak berkongsi 11 tempat menarik di Bangkok yang tak ramai pelancong Malaysia tahu.", "Percutian anda ke sesebuah negara takkan lengkap jika anda  tidak melawat bangunan bersejarahnya. Di Bangkok, Grand Palace adalah bangunan bersejarah yang wajib anda lawati. Istana dengan keluasan sekitar 214,000 kaki persegi  ini dibina pada tahun 1782. Ia pernah digunakan sebagai tempat tinggal keluarga diraja.", "2. Wat Pho / Wat Chetuphon", "Terdapat banyak tokong Budha di Bangkok memandangkan majoriti penduduk di sana adalah beragama Budha. Apa yang membuatkan Wat Pho atau Wat Chetuphon lain dari yang lain? Ia merupakan tokong Budha yang tertua di Bangkok. Ia dibina oleh Raja Rama I.", "Terletak berdekatan dengan banyak tarikan menarik di Bangkok seperti Wat Pho, Wat Phra dan Grand Palace, Khao San Road terkenal sebagai pusat berkumpul kaki backpackers di Thailand. Di sinilah anda dapat menemui ramai orang yang berjiwa traveler terutamanya pelancong dari negara barat.  Di sini terdapat kafe, hotel bajet, kedai-kedai buku dan sebagainya.", "4. Wat Arun atau Temple of The Dawn", "Tokong yang  berketinggian 79 meter ini terletak bersebelahan dengan Sungai Chao Phraya. Wat Arun ataupun digelar Temple of the Dawn ini telah wujud sejak zaman peperangan antara Siam dan Burma lagi. Dalam peperangan ini Siam telah dikalahkan. Mereka yang selamat dalam peperangan menentang Burma termasuklah general angkatan perang, General Taksin telah membina tokong ini.", "Di sinilah juga raja Thailand yang seterusnya mula membina istana.  Waktu yang paling menarik untuk melawati Wat Arun adalah sewaktu sebelum matahari terbenam kerana anda akan disajikan dengan pemandangan yang menakjubkan matahari terbenam di sebalik Sungai Chao Phraya.", "Tokong ini mempunyai sejarah yang sangat menarik. Pada sekitar tahun 1950-an, East Asiatic Company telah membeli sebidang tanah di sekitar sebuah tokong di Bangkok. Salah satu daripada perjanjian pembelian tanah tersebut adalah untuk membuang sebuah patung Buddha yang dibuat daripada plaster yang terletak di tanah ini. Namun begitu, ketika patung ini cuba diangkat menggunakan kren, kabelnya putus kerana keberatan patung ini yang agak luar biasa.", "Kerja-kerja pembuangan patung ini pun dihentikan semalaman. Keesokan paginya, beberapa orang sami telah melalui kawasan patung Buddha ini dan terlihat kilauan cahaya daripada lapisan plaster patung ini. Lapisan ini kemudiannya dibuang lalu mendedahkan sebuah patung Buddha yang berketinggian 3.5 m yang diperbuat daripada 5.5 tan emas asli.", "Patung tersebut ialah Wat Traimit, sebuah tokong dengan patung Buddha emas yang tidak diketahui asal-usulnya walaupun setelah banyak kajian dilakukan. Sisa-sisa plaster patung ini juga turut dipamerkan di sini.", "Erawan Shrine adalah sebuah tempat suci Hindu yang terletak di tengah Bangkok. Ia dibina pada tahun 1956 untuk menghilangkan nasib buruk yang menimpa mereka yang terlibat dalam pembangunan di kawasan sekitar tanah ini yang dipercayai berlaku kerana pemilihan tarikh yang salah untuk meletakkan batu asas pembinaan.", "Di antara perkara malang yang berlaku adalah seperti kos pembinaan yang lebih daripada bajet, kecederaan buruh-buruh binaan dan kegagalan kapal yang membawa batu marmar dari Itali untuk sampai ke tapak pembinaan. Setelah patung Brahma ini dibina, pembinaan bangunan dapat dijalankan dengan lancar.", "Giant Swing ataupun Buaian Gergasi ini bukanlah buaian seperti di taman permainan. Ia adalah tiang yang kelihatan seperti pintu gerbang yang tinggi. Giant Swing ini asalnya pernah digunakan untuk menjalankan majlis keagamaan selepas musim menuai padi.", "Dalam setiap kumpulan terdapat 3 orang peserta yang akan cuba mengimbangkan badan mereka pada sebuah papan yang sempit dan salah seorang daripada mereka akan dilantunkan sehingga ke ketinggian 25 meter dari paras tanah untuk cuba menangkap sekantung beg yang diisi dengan duit syiling perak menggunakan gigi mereka.", "Namun begitu, majlis ini telah menyebabkan banyak kematian sehingga diharamkan oleh King Rama VII pada tahun 1932.", "8. National Museum And Wang Na Palace", "Ia merupakan satu-satunya muzium yang ada di Thailand sehingga tahun 1970. Muzium ini mula dibuka oleh King Rama V untuk mempamerkan kesemua pemberian oleh ayahnya. Antara yang terdapat di muzium ini adalah batu-batu permata, pakaian, topeng Khon, senjata, emas, seramik, ukiran kayu, alat muzik dan banyak lagi.", "Di samping ini semua, tapak muzium ini juga tak kurang nilai klasiknya kerana ia dibina di dalam kawasan istana lama, Wang Na yang dibina pada tahun 1887. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menangkap gambar di dalam galeri-galeri muzium ini.", "Siapa Jim Thompson? Beliau merupakan seorang usahawan ternama yang terlibat dalam industri sutera Thailand sehingga dianugerahkan dengan anugerah ‘The Order of the White Elephant’ iaitu anugerah  khas yang diberikan kepada orang luar negara yang menyumbang kepada negara Thailand. Rumah Jim Thompson  dijadikan sebagai muzium sutera Thailand.", "Ini adalah syurga bagi anda yang kaki shopping. Dengan keluasan sekitar 27 ekar, Chatuchak Market menempatkan lebih daripada 8000 buah gerai menjadikan ia salah satu pasar yang terbesar di dunia. Setiap hari Sabtu dan Ahad ia mampu menarik hampir 200,000 orang pelawat.", "Sungai Chao Phraya adalah sungai yang terpenting dan terpanjang di Thailand. Ia sangat penting sehingga dinamakan sebagai Chao Phraya yang bermaksud Sungai Raja ataupun sungai milik tuhan. Sehingga ke hari ini sekitar 50,000 penduduk Thailand masih menggunakan sungai ini yang juga merupakan laluan feri untuk menuju ke tempat kerja.", "Sekiranya anda berpeluang ke Sungai Chao Phraya, jangan lepaskan peluang untuk menaiki feri merentasi sungai.", "Itulah dia 11 tempat menarik di Bangkok yang wajib anda kunjungi. Semoga bermanfaat untuk anda. Selamat bercuti!", "Anda suka tempat di atas? Ada cadangan lain tempat menarik patut kami tambah di sana? Selain tempat menarik di Bali, kami juga menulis artikel tempat melancong lain patut anda lawati. Jemput baca dan jangan lupa komen dan share ya." ]
https://bidadari.my/mm-cookie/
Resepi Resepi M&M Cookies (Comel Disukai Ramai) Oleh Rahayu Z
[ "Ramai yang tertanya-tanya resepi M&M cookies. Siapa punya anak suka beli coklat M&M tahulah. Coklat ini bulat-bulat kecil macam butang. Dia terdapat pelbagai warna. Rasanya sedap dan menyeronokkan dimakan.", "Maka, pada perkongsian ini kami tuliskan resepi biskut dengan hiasan coklat M&M dekat atas. Sudah dapat bayangkan kejadiannya lagilah comel dan mengancam. Anak-anak pun makin geram ingin makan.", "Mari cuba buat biskut M&M resepi daripada Nor Azliza Mohamed di laman Facebook. Selamat mencuba.", "Selain M&M cookies, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami." ]
https://bidadari.my/imam-syafie/
Rohani Kisah Imam Syafie Dan 10 Wasiat Terkenal (Biodata Dan Sumbangan) Oleh Noor Hazreen Mohd Mokhtiar
[ "Kita mengakui bahawa mazhab yang diguna pakai oleh orang Islam di Malaysia adalah daripada Mazhab Syafie namun kenalkah kita dengan Imam Syafie pengasas Mazhab Syafie dan tahukah kita mengenai 10 wasiat beliau?", "Imam Syafie merupakan salah seorang daripada empat orang imam yang terkenal dalam bidang masing-masing. Imam Syafie merupakan seorang yang sangat fasih dalam bidang fiqh dan pakar dalam bidang perdebatan.", "Imam Syafie merupakan pengasas kepada Mazhab Al-Syafie dan di Malaysia, mazhab imam Syafie merupakan rujukan utama dalam semua sudut hukum terutama sekali hukum ibadat  dan para ulama di Malaysia akan menentukan hukum berdasarkan kepada mazhab Imam Syafie.", "Imam Syafie dilahirkan pada bulan Rejab tahun 150 hijrah iaitu tahun yang sama dengan kewafatan Imam Abu Hanifah.  Imam Syafie dipercayai lahir di Gaza, Palestine.", "Nama penuh imam Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafie bin Said bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Melihat kepada nasab keturunannya, beliau berasal dari keturunan mulia iaitu keturunan Nabi Muhammad SAW.", "Imam Syafie mula belajar membaca al-Quran daripada ibunya  sehingga beliau berjaya menjadi seorang huffaz (hafal al-Quran).  Imam Syafie mengembara keseluruh pelusuk negara untuk menuntut ilmu dan atas kesungguhan beliau menuntut ilmu, guru –guru Imam Syafie tidak dikenakan sebarang bayaran semasa mengajar beliau.", "Beliau merantau ke bumi Mesir, Madinah, Iraq dan Yaman demi menuntut ilmu .", "Imam Syafie mempunyai akal fikiran yang cerdas dan mampu menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun dan pada usia 15 tahun beliau telah diberi keizinan untuk untuk memberikan fatwa dihadapan orang ramai.  Beliau juga menjawat jawatan sebagai guru besar dan mufti di Masjidil Haram.", "Imam Syafie mempunyai daya ingatan yang sangat baik dan mampu menghafal  pelbagai ilmu agama daripada ramai guru. Antara guru yang pernah mengajar Imam Syafie adalah; Sufyan bin Uyainah yang merupakan seorang mufti Mekah. Selain itu, Imam Syafie mendalami ilmu hadis daripada ramai guru iaitu Daud bin Abd Rahman Al-‘Aththar, Ibrahim bin Yahya Al- Aslami dan Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi.", "Imam Syafie merupakan hambaNya yang sangat kuat beribadah. Beliau membahagikan masa malamnya kepada tiga blok kehidupan iaitu sepertiga malam belian menunaikan kewajipan sebagai lelaki berkeluarga, sepertiga malam diperuntukkan untuk berzikir dan solat dan sepertiga lagi untuk tidur.  Imam Syafie merupakan antara hamba Allah yang menghabiskan 1 al-quran didalam solat sunat tahajud.", "Imam Syafie sangat terkenal sebagai figura yang rajin menulis dan ada antara ahli hadis dan ilmuan meminta beliau untuk menulis untuk dijadikan sebagai rujukan. Antara karya Imam Syafie yang mashyur sebagai rujukan adalah;", "Ikhtilaf al-Hadits ; membahaskan hujah mengenai hadis dan mempertahankan sunnah yang diwariskan oleh Nabi Muhammad .", "Al-Hujjah ; kitab ini ditulis oleh Imam Syafie ketika beliau sedang mengajar di Baghdad. Kitab ini membincangkan mengenai ilmu fiqh berdasarkan Qaul Qodim (pendapat lama).", "Al-Risalah ; ditulis atas permintaan Abdurrahman bin Mahdi dan membahaskan mengenai ilmu al-fiqh.", "Imam Syafie pernah menjadi mangsa fitnah. Ini berlaku ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha dan penulis istimewa kepada gabenor di Yaman. Memandangkan Imam Syafie bukanlah berasal dari Yaman tetapi berjaya menjawat jawatan penting telah menimbulkan rasa tidak puas hati . Imam Syafie ditangkap dan dirantai sementara menunggu hari pengadilan.", "Imam Syafie begitu tenang ketika diftinah dan beliau memohon kepada Allah untuk mendapat keadilan sewajarnya. Semasa di dalam bilik pemeriksaan, Imam Syafie menghadap sultan dalam keadaan melutut dan memberi salam. Kepetahan dan kebijaksanaan Imam Syafie telah membuatkan sultan lembut hati  dan akhirnya sultan telah mengarahkan supaya rantai ditangan Imam Syafie dibuka.", "Imam Syafie berkahwin pada usia 30 tahun dengan Humaidah binti Nafi’ dan mempunyai tiga orang anak iaitu seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Imam Syafie juga telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan dan dikurniakan seorang anak lelaki.", "Imam Syafie seorang yang rajin dan tekun dalam menuntut dan ini menyebabkan beliau kurang rehat dan menghidap penyakit buasir yang kritikal. Imam Syafie wafat di Mesir pada malam Jumaat hari akhir Rejab tahun 204 Hijrah seusai melaksanakan solat maghrib.", "Selain kitab sebagai panduan kepada para muridnya, Imam Syafie juga telah meninggalkan wasiat untuk dijadikan rujukan dan panduan umat Islam pada hari ini. Antara kata-kata mutiara Imam Syafie yang kita dapat pelajari adalah;", "Hak kepada Allah SWT ~ Maksudnya mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan keburukan, menggemari ketaatan dan sebaliknya membenci kemaksiatan.", "Hak kepada Rasulullah SAW ~ Bermaksud sentiasa bersalawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis), menyayangi sahabat baginda dan berlumba-lumba dalam mencari kelebihan daripada Allah.", "Hak kepada diri ~ Bermaksud mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang Allah anugerahkan.", "Hak kepada malaikat maut ~ Bermaksud menggandakan kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan menanam rasa cinta kepada Allah SWT.", "Hak kepada kubur ~ Bermaksud membuang tabiat suka menabur fitnah, menjauhi tabiat suka kencing merata-rata tempat, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.", "Hak kepada malaikat Munkar dan Nakir ~ Bermaksud tidak berdusta (berkata benar), meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati sesama manusia.", "Hak kepada Mizan (neraca timbangan amalan pada hari akhirat) ~ Bermaksud menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.", "Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) ~ Bermaksud membuang tabiat suka mengumpat, memiliki sifat warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.", "Hak kepada Malik, Malaikat Penjaga Neraka ~ Bermaksud menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.", "Hak kepada Ridhwan, Malaikat Penjaga Syurga ~ Bermaksud kita redha kepada qada’ dan qadar Allah, bersabar ketika menerima bala, bersyukur  atas nikmat pemberian Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.", "Kitab-kitab peninggalan ulama seperti Imam Syafie sewajarnya dijadikan bahan rujukan utama dalam kehidupan seharian supaya kita tidak alpa dan tersasar dari landasan yang benar. Semoga artikel ini memberi sedikit info dan manfaat buat anda .", "Jemput juga membaca artikel menarik tulisan kami seperti kisah Nabi Adam dan kisah nabi Khidir" ]
https://bidadari.my/7-cara-untuk-merangsang-perkembangan-bayi-0-3-bulan/
Keluarga 7 Cara Untuk Merangsang Perkembangan Bayi (0-3 bulan) Oleh Faz
[ "Tahun pertama bayi merupakan fasa yang amat kritikal dalam perkembangan otak manusia. Pada ketika ini, otak berkembang sangat pesat. Oleh sebab itu, rangsangan awal adalah sangat penting untuk memaksimumkan pertumbuhan dan perkembangan otak.", "Tahukan anda semasa dilahirkan, otak bayi mengandungi 100 billion sel otak yang dikenali sebagai neuron. Setiap neuron ini di hubungi oleh axon yang mempunyai beratus ribu dendrait. Dendrait merupakan bahagian sel otak yang menerima rangsangan.", "Rangsangan yang kerap dan berulang akan mengukuhkan jaringan (synapses) iaitu ibarat highway bagi otak. Apabila banyak jaringan synapses yang terbentuk, maka akan membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak bayi.", "Persoalannya, bagaimana cara untuk kita merangsang perkembangan otak bayi kita ketika di awal usia ini? Ikuti 7 amalan yang di kongsikan oleh Puan Nik Eliani binti Nik Nawi di dalam buku penulis beliau.", "1. Usap, Peluk dan Cium Bayi", "Ini semua tanda kasih dan sayang ibu bapa kepada anak-anak. Menurut Tony Buzan, kasih sayang adalah makanan otak. Kasih sayang yang dicurahkan kepada anak akan menyebabkan otak dan seluruh sistem badan anak menerima rangsangan dan akan berkembang dengan baik.", "Berbual-bual dengan bayi akan menambahkan kecerdasan bahasanya. Mereka akan terdedah dengan pelbagai perbendaharaan kata yang luas. Rangsangan ini akan sangat membantu dalam perkembangan bahasa di masa akan datang.", "Gantungkan mobile berwarna hitam putih dalam ukuran jarak 25cm atau 10 inci daripada penglihatan bayi. Cara ini selaras dengan kajian yang menyatakan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhati bentuk geometri yang berwarna hitam dan putih semasa di awal usia dan mereka hanya mempunyai daya penglihatan yang terhad.", "4. Mengimbas Kad Atau Objek Hitam Dan Putih", "Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merangsang daya penglihatan dan penyimpanan kosa kata bayi.", "Bagaimana pula caranya? Ikuti langkah ini:", "Aktiviti dan pergerakkan dalam menyanyi, menari dan mendodoi akan membolehkan bayi menerima pelbagai rangsangan yang membantu dalam perkembangan deria penglihatan, pendengaran dan sistem vestibular mereka.", "Pernah dengar midline crossing? Aktiviti pergerakan fizikal yang bersilang akan membantu dalam mengkoordinasi  otak kiri dan kanan bayi dan seterusnya meningkatkan potensi otak mereka. Aktiviti midline crossing ini sangat penting kerana akan mempengaruhi dalam proses membaca dan menulis kelak.", "Bacakan buku kepada bayi anda sambil jari kita menunjuk ke arah objek-objek di dalam buku tersebut. Gunakan pelbagai intonasi dan nada suara yang bersesuaian dengan jalan cerita. Adalah lebih baik jika buku-buku yang dibacakan itu berbentuk softbook dan mempunyai jenis tekstur fabrik  yang berbeza bagi merangsang daya sentuh (tactile) bayi.", "Jangan sia-siakan usia awal bayi anda. Lakukan pelbagai simulasi kerana akan membantu perkembangan bayi anda dalam segala aspek tumbesaran mereka.", "Sumber: Buku “Ajar Anak Kecil Membaca Awal” yang ditulis oleh Puan Nik Eliani Nik Nawi & Encik Othman Ahamad." ]
https://bidadari.my/resepi-sup-telur/
Resepi Resepi Sup Telur (Mudah Sangat) Oleh Rahayu Z
[ "Telur ialah lauk paling simple namun sedap. Kesukaan anak-anak terutamanya. Apatah lagi kalau sup telur. Memang boleh bertambah diorang makan. Makan sup telur dengan nasi putih atau meehun, sedap boleh hirup kuah.", "Resepi sup telur ini sangat-sangat mudah dan senang. Bahan-bahannya pula mudah dijumpai di rumah. Sup telur amat wangi. Wanginya boleh merangsang selera makan. Jika ingin pedas boleh bubuh cili.", "Sebagai pengganti sayur jika ada antara ahli keluarga yang tidak suka makan sayur. Boleh dicampur dengan kentang, carrot dan bahan lain.", "Resepi sup telur daripada Akma Abdullah ini boleh jadi rujukan untuk anda yang mencari resepi telur. Resepi telah kami kemaskan seperti di bawah ini. Selamat mencuba.", "Selain resepi sup telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/tips-cepat-hamil-hamid-arshat/
Hamil 10 Tips Cepat Hamil Dr Hamid Arshat (Pakar Bidang Kehamilan) Oleh Tasneem Haneem
[ "Setiap wanita yang berkahwin pasti inginkan zuriat untuk mewarnai alam rumah tangga mereka. Kata orang, anak itu penyeri dan pengikat kasih antara suami dan isteri. Oleh itu, ini mendorong naluri setiap pasangan untuk cepat memperolehi anak.", "Sudah tentunya pelbagai cara telah dibuat.Tidak kiralah dari sudut tradisional ataupun perubatan moden.", "Kami sangat tertarik dengan perkongsian oleh pakar perubatan bidan ini yang tidak asing. Info artikel ini datangnya daripada pakar kehamilan iaitu Dr Hamid Arshat. Ianya telah ditulis balik oleh Bidadari.My untuk membantu penghadaman ilmu.", "Di sini kami kongsikan 10 tips untuk cepat hamil yang datang daripada doktor pakar dalam bidang ini iaitu Dr Hamid Arshat.", "1. Kahwin awal. Untuk wanita, kahwin cepat bila ada peluang. Telah terbukti bahawa wanita berada dalam keadaan paling subur sebelum umur 20 tahun. Pada masa tersebut belum tumbuhnya endometriosis , fibroids dan lain-lain penyakit peranakkan", "2. Pemeriksaan doktor lebih awal. Lebih 80% pasangan biasanya akan hamil dalam masa setahun selepas kahwin. Oleh itu, jika anda mengalami masalah senggugut atau gangguan haid, silalah berjumpa dengan doktor secepat untuk pemeriksaan peranakkan dan ujian kesuburan.", "3. Semak kesihatan bersama. Tentukan status kesihatan suami isteri berada dalam keadaan terbaik. Buat rawatan jika adanya penyakit.", "4. Hubungan seksual. Mampu buat hubungan seksual yang sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.", "5. Waktu subur yang tepat. Pasangan mempunyai peluang hamil yang baik jika pusingan haid isteri adalah teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Kebiasannya, waktu subur atau ovulation berlaku pada hari ke14 jika pusingan adalah 28 hari dan hari ke16 jika pusingan 30 hari.", "Waktu subur boleh dikesan oleh catatan suhu BBT dan ovulation test kit.", "6. Hubungan yang kerap sewaktu subur. Hubungan seksual boleh dilakukan selang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Kekuatan benih suami berada dalam keadaan terbaik dalam jarak 48 jam.", "Baca al-Fatiha, ayat Qursi dan tiga Qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi dari gangguan syaitan.", "Jangan bangun untuk buang air atau mencuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggong selama 2-4 jam atau terus tidur.", "Jika ada peluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur.", "7. Berada dalam keadaan tenang. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat  penting untuk menjayakan kehamilan.", "8. Berat badan. Kawal berat badan. Kegemukkan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telor/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.", "9. Makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting untuk cepat hamil. Sebaikknya 70% makanan terdiri dari bahan-bahan segar segar mentah – buah-buahna dan sayur-sayuran.", "Minum juz segar dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan", "10. Mengambil vitamin. Makan supplement multivitamis, vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.", "*Semoga tips hamil yang dikongsikan membantu para pasangan berkahwin yang ingin mendapat cahaya mata. Pada kami apa yang penting adalah usaha, dan seterusnya kita serah kepada Allah swt." ]
https://bidadari.my/resepi-kek-batik-indulgence-confirm-puas-hati/
Resepi Resepi Kek Batik Indulgence (Confirm Puas Hati) Oleh Faten Asnida
[ "Siapa sahaja tak suka dengan kek batik kan? Kek paling mudah nak buat tanpa menggunakan sebarang mixer atau oven pun dah boleh jadi kek. Bahan-bahan yang nak buat pun mudah nak dapatkan. Resepi kek batik indulgence ini pasti membuatkan anda tak sabar nak hidangkan untuk anak-anak anda.", "Resepi asal kek batik ini ialah campuran biskut marie, mentega, serbuk koko dan telur. Ada juga resepi kek batik yang tidak menggunakan telur. Nama kek batik ini bermula dari orang British kerana mereka mengatakan corak pada kek itu seperti batik. Kali ini kami bawakan resepi kek batik yang telah diolah mengikut permintaan.", " Kek batik indulgence ini berbeza sedikit dengan kek batik asli. Kek batik indulgence ini mempunyai topping coklat ganache dan krim cheese di permukaan kek. Menyelerakan rasanya. Jom ikuti resepi kek ini oleh Muhammad Ali atau juga dikenali sebagai Mr Ali yang popular dan rajin berkongsi resepi kek batik indulgence ini di laman Facebook beliau.", "* gelatin adalah pilihan masing-masing nak masuk pun boleh tak nak masuk pun tak aoay. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.", "(gelatin 10 gram + 40 ml air panas (0astikan betul-betul panas) ", "larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair", "Menarik bukan resepi kek batik indulgence ini, makan pula waktu kek sejuk confirm satu hari dah habis. Sebab sedap sangat! Jangan lupa baca resepi lain yang menarik kami sediakan untuk anda ini. Paling penting jangan lupa share dan like. Terima kasih juga singgah di laman web kami." ]
https://bidadari.my/tips-menjaga-tindikan-telinga-anak/
Keluarga, Petua Tips 5 Tips Menjaga Tindikan Di Cuping Telinga Anak Oleh aqirah
[ "Pemakaian aksesori pada bahagian telinga ternyata boleh menambahkan seri kepada gaya penampilan seseorang itu. Tidak dapat dinafikan yang mengenakan subang atau anting-anting tampak cantik, tetapi perlu diingat bertindik melibatkan tanggungjawab yang besar khususnya dari segi penjagaan terutama sekali kepada kenak-kanak.", "Lazimnya, ibu bapa akan menindik telinga anak mereka seawal usia mereka lagi. Namun begitu, ramai yang tidak tahu akan pelbagai risiko terhadap kesan tindikan ini. Jadi, bagaimana ingin mengelakkan kesan sampingan tindikan di telinga anak-anak?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips menjaga tindikan telinga anak-anak. Tips ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau adalah seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. ", "Ramai ibu-ibu yang membawa anak mereka untuk melakukan tindikan di cuping telinga sejak anak-anak itu kecil lagi. Jika ia dilakukan di klinik, biasanya doktor akan nasihatkan tentang penjagaan tindikan baru.", "Antaranya, cucian luka, tanda-tanda jangkitan, dan tidak dibenarkan buka subang dalam jangka masa lama selagi belum melebihi 6 minggu dari hari tindikan. Ibu bapa lazimnya menjaga dengan baik sepanjang 6 minggu itu.", "Namun selepas itu, ramai ibu bapa terlupa tentang penjagaan lubang tindikan pada anak masing-masing. Jika anak anda bertindik sejak awal usia (1-4 tahun), kalian harus jaga tindikan mereka dengan baik sehingga mereka mampu menjaganya sendiri.", "1. Jangkitan pada tindikan agak mudah berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana, mereka belum tahu menjaga kebersihan tubuh sendiri. Mereka juga kadang kala tidak pandai mengadu jika ada tanda jangkitan.", "2. Kanak-kanak agak lasak, dan berisiko mencederakan cuping telinga kerana subang terkait pada baju, rambut, langsir, pokok atau apa jua di persekitaran mereka.", "3. Kecederaan dan jangkitan yang terabai boleh menyebabkan keradangan pada lubang tindikan, dan menyebabkan komplikasi pada cuping telinga seperti:", "Tips penjagaan tindikan di cuping telinga anak.", "Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang bertindik disarankan agar mengamalkan perkara-perkara berikut:", "1. Periksa cuping telinga anak anda setiap 2-4 minggu. Pastikan tidak sakit, merah, bengkak, berbau, kulit berubah warna atau bentuk.", "2. Semasa periksa, buka subang. Bersihkan cuping telinga dengan sabun. Cuci subang dengan larutan yang sesuai. Keringkan sebelum pakai.", "3. Digalakkan gunakan subang dengan material yang tidak menyebabkan alahan. Jika subang logam, emas paling kurang sebabkan alergi.", "4. Elak memakai subang lebih sebulan tanpa membuka dan memeriksa. Ajar anak tentang kebersihan.", "5. Jika ada tanda-tanda jangkitan atau kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan yang bersesuaian.", "*Ikuti tips seperti di atas, Insyaalah telinga anak tidak akan ada kesan sampingan selepas tindik telinga. Setiap ibu bapa ingin memberikan anak-anak mereka dengan pakaian dan aksesori yang cantik sebagai tanda kasih sayang mereka kepada anak-anak. Tetapi, perlu diingat keselamatan dan kesihatan juga perlu dijaga, ia juga tanda kasih sayang. Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini." ]
https://bidadari.my/mitos-tentang-kehamilan/
Hamil 5 Mitos Yang Selalu Dengar Tentang Kehamilan, Ibu Hamil Perlu Tahu dan Tidak Mempercayainya Oleh aqirah
[ "Orang dulu-dulu banyak perkara mitos yang diperkatakan oleh mereka. Mitos-mitos ini direka oleh nenek moyang kita untuk menjaga adab tingkah laku dan lebih berjaga-jaga. Ia terpulang kepada kita sama ada mahu mempercayainya atau tidak.", "Antara mitos yang dikatakan adalah jangan makan atas tilam nanti mimpi dikejar harimau. Nenek moyang kita cakap begitu kerana tidak mahu kita makan atas tilam nanti kotor. Setiap perkara yang dikatakan oleh mereka mungkin mempunyai maksud tersirat atau sekadar gurauan sahaja.", "Ada juga mitos yang berkaitan dengan kehamilan. Sampai sekarang kita masih dengar tentang mitos ini. Apakah mitos-mitos tersebut?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai mitos yang berkaitan dengan kehamilan. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi. ", " Mitos berkaitan kehamilan yang biasa didengar :", "1) Jangan duduk dimuka pintu, nanti susah nak beranak sebab bayi akan duduk di pintu rahim sahaja. Ini adalah tidak benar. Pintu rahim dan pintu rumah adalah berbeza.", "2) Jangan membelit tuala di leher, bimbang nanti tali pusat akan terbelit. Tali pusat terbelit terjadi kerana keaktifan bayi di dalam rahim ataupun ibu yang terlalu aktif dan trigger bayi untuk turut aktif bergerak.", "3) Jangan keluar rumah semasa gerhana matahari, bimbang anak akan ada tanda lahir. Sebenarnya, ia belum dikenalpasti apakah sebab terjadinya tanda lahir, tetapi dari segi medical, kemungkinan tanda lahir terhasilkerana pengumpulan pembuluh darah ataupun kejadiannya yang tidak normal ataupun mungkin juga kerana berlebihan pigmen pada kulit.", "4) Jangan lalu belakang orang yang hamil, nanti anak lahir ikut muka orang yang lalu belakangnya itu. Lalu belakang atau lalu depan, jika baka orang yang lalu lalang itu ada dalam sala-silah keturunan, haruslah ada sedikit sebanyak irasnya.", "5) Jangan menyiang ikan yang masih hidup, dikhuatiri akan menyebabkan bayi lahir sumbing. Sumbing merupakan masalah congenital sejak sebelum lahir. Tidak ada kena mengena dengan ikan mahupun ular. ", "*Kita sekarang hidup zaman teknologi. Banyak peralatan yang telah tercipta dan ilmu yang kita pelajari pada zaman ini. Semua perkara yang terjadi akan dikaji melalui sains. Jadi, jika kita jaga kandungan kita dengan baik dengan mendengar nasihat doktor, Insyaallah bayi kita akan dilahirkan dengan cukup sifat.", "Namun, jika bayi kita dilahirkan dengan penyakit mungkin ia faktor tidak menjaga pemakanan dengan baik semasa hamil. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini. " ]
https://bidadari.my/10-resepi-kek-blender/
Resepi 10 Kumpulan Resepi Kek Blender Disukai Ramai Oleh Saiful Izzuan
[ "Siapa yang tidak teruja membuat kek sendiri? Walaupun sebenarnya mudah untuk dapatkan kek di kedai kek. Tapi mestilah ada kalanya teringin buat kek sendiri bukan? Buat kek sendiri sepatutnya lebih puas dan seronok.", "Tapi tahukah anda, kalau ingin buat kek, kena paham juga alatan dan perkakas untuk buat kek tersebut. Bermula dari siapkan bahan-bahan hingga lah mengukus atau membakar kek. Untuk dapatkan kek yang cantik teksturnya, tiada ketul-ketul, sebati dan sesuai sukatan, kena guna alat pengadun eletrik. Boleh saja guna tangan tapi kena hadap risiko kebas tangan sebab menguli berjam-jam.", "Namun, tidak semua orang punya pengadun elektrik, bukan? Itulah cabaran sesungguhnya.", "Tapi tidak perlu anda risau akan itu, kerana ada alternatif lain yang boleh diguna jika anda tidak punya pengadun elektrik. Alat alternatif itu ialah blender. Blender merupakan alat penting di dapur, kebanyakan orang mesti punya bukan? Dan sememangnya blender serbaguna kerana boleh diguna sebagai pengadun bahan kek. Berikut ini kami kumpulkan resepi kek blender yang boleh diadun dengan menggunakan blender. Jemput baca resepi di bawah.", "Resepi kek blender mudah pertama yang boleh anda cuba ialah kek coklat moist kukus. Selain mudah, kek ini pula amat simple sebab masak kukus sahaja. Blender bahan hanya 5 minit boleh siap. Kek coklat moist kukus ini sesuai dijadikan kudapan minum petang. Anak-anak mesti suka. Resepi dikongsikan oleh Ibu Rabbani di laman Facebook.", "Selain daripada kek coklat, kek oren yang sedap pun boleh dibuat dengan kek blender. Siapa sangka kek oren sedap, lembut dan wangi yang disukai ramai mudah dibuat sendiri dengan alatan yang senang pula. Sila rasa sendiri keenakan kek oren blender dengan resepi yang dikongsikan oleh Ruhana Zalina di laman Facebook.", "Hantu cheese mari sini tengok resepi yang dikongsikan oleh Salimi Dolah di laman Facebook. Resepi mudah guna blender dan kukus sahaja. Bukan senang mencari resepi yang mudah sangat macam ini bukan? Kek ini boleh buat untuk sambut hari jadi sebab ianya cantik sangat. Resepi kek cheese ini memang mudah dan cepat siap. Tunggu sejuk dulu baru bubuh cheese leleh ya.", "Blender bahan topping sebati.Bila kek sudah sejuk tuang topping dan parut cheese.", "Resepi seterusnya ialah kek buah kukus. Walaupun kek buah ini diadun dengan menggunakan blender, tapi kejadiannya memang moist dan sedap sangat. Cara masak pula senang. Kek buah kukus resepi daripada Zaimah Zakaria di laman Facebook amat sesuai untuk minum petang ataupun untuk berniaga. Sekali cuba mesti teringin lagi.", "Ada jenis orang yang tidak pandai sangat buat kek, tambah tidak berapa minat sebab remeh sangat. Mereka rela pergi tempah dan beli kalau ingin makan kek. Jadi kalau ingin buat juga kena pilih kek yang senang sahaja, contoh kek yang dibuat guna blender. Kalau mudah macam itu kita gagah untuk buat. Suhasnida Ismail berkongsi kejayaan di laman Facebook di mana ia membuat burnt cheese cake mudah sebab pakai blender, cantik dan sedap pula keknya.", "Seterusnya kek yang paling senang buat sebab guna blender sahaja. Selepas diblend, kacau-kacau sekejap, masak, dan siap. Bahan pun simple sahaja. Siapa peminat kek pisang wajib cuba resepi Fauziah Ardell Daniyal di laman Facebook, gerenti menjadi.", "Tidak jemu buat kek minyak kukus sebab mudah sangat. Tidak perlu guna mixer, hanya guna blender sahaja. hasil kek lembut dan gebu. Wan Ruzita Wan Deraman berkongsi resepi di laman Facebook. Ada yang teringin buat? Mari tengok resepi di bawah.", "Ingat kek biasa-biasa saja yang boleh buat dengan blender, tapi kek kahyangan yang orang selalu jual mahal macam kek coklat cheese pun boleh dibuat dengan blender, tidak semestinya dengan mixer ya. Kepada yang tidak ada mixer jangan bersusah hati ya, guna blender pun boleh. Eta Mohd Said kongsikan resepi di laman Facebook.", "Tuang cream cheese ke atas kek coklat.Parut cheese cheddar sebagai hiasan.", "Kek Gula Hangus @ Sarang Semut", "Antara resepi kesukaan ramai. Siapa suka kek gula hangus? Resepi kali ini mudah tidak perlu peram, lebih jimat masa semestinya. Kek gula hangus lemak manis bikin ketagih. Sesuai dihidang untuk minum petang. Resepi yang dikongsikan Hidayah Jamaludin di laman Facebook untuk 1 adunan menggunakan saiz loyang 8 inci.", "Kek Karamel Coklat Versi Kedai Eco", "Siapa pernah beli kek karamel coklat Eco? Bila teringin makan tapi tengok orang lain jual RM 35 sebiji. Lebih baik kita cuba buat sendiri dengan bajet tidak sampai RM 10. Versi paling senang oleh Farra Hanis di laman Facebook. Yang ini versi derhaka sedikit sebab malas buat kek coklat sendiri, bilamana masuk kedai Eco, terus beli tepung kek coklat segera Eco. Letak 1 plastik tepung sudah cukup untuk dapat sebiji kek macam dalam gambar.", "Selain Kek Blender, kami juga menulis resepi menarik lain yang sedap dan patut cuba. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/makanan-jajan-90an/
Featured, Petua Tips 10 Makanan Jajan 90an Yang Mengimbau Memori Dulu-dulu Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Jika anda berumur 21 tahun dan ke atas, anda merupakan salah seorang manusia yang paling bertuah di dunia kerana anda merupakan anak yang lahir pada zaman 90an. Generasi yang dilahirkan pada tahun 90an adalah generasi yang paling bertuah dan mempunyai zaman kanak-kanak yang sangat meriah dan seronok. Terdapat pelbagai memori untuk kita kenang dan apa yang menarik, kesemua perkara tersebut sudah tidak wujud lagi sekarang. Malah anak-anak generasi sekarang tidak mengenali benda-benda tersebut.", "Sebagai contoh, anak zaman sekarang tidak kenal apa itu kaset dan walkman. Malah mereka juga tidak mengenali discman. Apabila kita sebut tentang kamera dengan filem yang perlu diproses, pastinya anak-anak kita akan ternganga kerana tidak memahami apa yang kita maksudkan.", "Di antara memori paling indah semasa kita kecil pastinya makanan dan jajan. Alangkah indahnya zaman kadan-kanak di mana kesemua jajan boleh kita makan tanpa siapa menghalang, tak seperti budak zaman sekarang yang disekat pemakannya.", "Istimewa untuk anda, hari ini kami ingin kongsikan beberapa makanan jajan 90an yang mengimbau memori dulu-dulu. Ada sesetengah daripadanya masih boleh kita jumpa pada hari ini. Dan ada juga yang sudah tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai walau pun jenuh dicari. Yang mana satu daripada jajan berikut pernah menjadi kegemaran anda?", "Kalau anda tak pernah makan bubble gum jenama ini, jangan sesekali berani mengaku yang anda adalah anak dari generasi 90an. Zaman dahulu apabila balik sekolah inilah di antara jajan yang kita cari di kedai runcit. Ada pelbagai perisa dan semuanya sedap. Di antara perisa yang ada ialah strawberi, anggur, melon dan oren. Yang mana satu kegemaran anda?", "Masih ingat gula-gula T-Drop yang keras dan bersalut gula kastor didalam bekas tin yang keras? Dulu-dulu inilah gula-gula kegemaran kita. Apabila tin dibuka, ambil masa dulu untuk pilih gula-gula warna apa yang nak dimakan sama ada merah, kuning atau hijau. Dah habis semua gula-gula, tiba masa untuk menjilat gula kastor yang tinggal di dalam bekas.", "Gula-gula Sugus yang kenyal dan manis pastinya mengimbau memori zaman kanak-kanak kita. Dengan perasa strawberi, anggur, atau oren, pastinya kita pernah mengunyah gula-gula ini sehingga rahang berasa lenguh. Kalau simpan dalam poket dan terlupa, tunggu sahaja dimarahi oleh ibu apabila Sugus mencair dan melekat didalam poket.", "Makanan jajan tahun 90an yang mengimbau memori kita yang seterusnya ialah Gula-gula Cap Udang. Gula-gula ini berasa manis dengan lapisan gula keras dibahagian luar dan berasa kacang tanah di tengahnya. Apa yang menarik, kertas nipis yang membalut gula-gula ini juga boleh dimakan.", "Anda pernah tergila-gilakan Gula-gula Rabbit yang lembut dan gebu bak susu ini. Ia adalah salah satu daripada jajan 90an yang popular. Namun baru sekarang kita tahu bahawa gula-gula ini adalah haram untuk dimakan kerana mempunyai bahan yang tidak halal.", "Anda suka gula-gula berbentuk duit yang manis dan masam ini? Ini andalah jajan 90an yang masih boleh kita beli pada hari ini Cuma harganya mungkin tidak semurah dulu. Ini adalah jajan kegemaran kami. Hari ini ia masih ada dijual memandangkan ia adalah bahan utama untuk membuat kek lapis Sarawak berperisa masam manis.", "Gula-gula keras berbentuk hati dengan rasa masam manis dan masin ini adalah di antara jajan rahun 90an yang paling susah untuk dilupakan. Sedap sungguh menghisap gula-gula ini sambil bermain dengan kawan-kawan sebaya. Kalau anda rasa teringin untuk makan gula-gula ini cuba cari di kedai runcit, ada sesetengah kedai masih menjual nano-nano. Rasanya masih sama seperti dulu.", "Dulu-dulu keropok jagung Binbin ini harganya Cuma 10 sen sebatang dan terdapat dua perasa iaitu sama ada disalut dengan coklat atau perasa ayam yang agak pedas. Yang mana satu perasa kegemaran anda? Kami dulu-dulu sukakan kedua-duanya. Kalau membeli, akan beli satu perasa coklat dan satu perasa ayam pedas.", "Anda suka makan durian? Pastinya keropok durian ini juga adalah jajan tahun 90an yang menjadi kegemaran anda. Keropoknya rangup dan rasanya memang sangat mirip dengan durian. Harga untuk satu plastik ialah 10 sen sahaja. Ada keropok yang berwarna kuning sahaja dan ada paket yang berwarna-warna di mana keropoknya berwarna merah, hijau dan kuning. Seronok sangat rasa kalau dapat paket yang berwarna-warni.", "Masih ingat lagunya? Nini Coklat Celup. Celup. Celup. Masa kecil dulu, Nini Coklat Celup boleh dikatakan sebagai jajan yang agak mahal dan kami tak mampu untuk makan jajan ini dengan kerap. Kalau teringin, terpaksa kumpul duit untuk membelinya. Bila dapat, rasa nikmat tak terkira. Biskutnya yang keras dan manis, dicicah pula dengan coklat yang cair pasti membuatkan kita tak puas makan. Sedar-sedar dah habis. Lagi cepat habis kalau ada yang minta berkongsi.", "Itulah dia info tentang makanan jajan 90an yang mengimbau memori dulu-dulu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang permainan tradisional zaman 90an dan makanan untuk otak" ]
https://bidadari.my/hijab-jaga-kehormatan-wanita/
Rohani 7 Manfaat Hijab Dalam Menjaga Kehormatan Wanita Oleh Siti Awadah
[ "Seorang wanita muslimah sememangnya diwajibkan untuk mengenakan hijab. Lagi-lagi setelah mencapai usia akil baligh. Mungkin ada yang merasa hijab ini merimaskan namun hakikatnya fungsi hijab ini jauh lebih dari itu. Ini kerana Hijab merupakan salah satu bentuk pemuliaan terhadap wanita yang telah disyariatkan dalam Islam.", "Berhijab merupakan kewajipan yang mesti ditunaikan bagi setiap wanita Muslimah. Itu memang tidak dinafikan kerana ia adalah tuntutan dalam agama Islam. Hijab ini sendiri sebenarnya adalah salah satu bentuk kemuliaan yang dipamerkan pada kaum wanita. Hijab itu sendiri boleh memberi suatu rasa ‘hormat’ dari orang lain terhadap seseorang wanita itu.", "Topik Hijab Turut Terkandung Di Dalam Al Quran", "Hal ini sebagaimana yang telah terkandung di dalam firman Allah SWT di dalam Surah An Nur (ayat ke 31) yang berbunyi :", "Katakanlah kepada wanita yang beriman ; “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.“", "Dalam ayat lain pada al-Ahzab [33]: 59:", "يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا ٥٩", "“Hai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin agar hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, sehingga mereka tidak diganggu/disakiti. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”", "Sedih Melihat Wanita Zaman Moden Ini Yang Tidak Semuanya Berhijab ", "Islam merupakan agama yang memuliakan wanita. Seorang wanita diperintahkan untuk menutup aurat, menjaga diri dari pergaulan dan fitnah serta kemuliaan-kemuliaan lainnya.", "Namun, semakin zaman beredar semakin maju juga cara kehidupan dan sedih juga rasa hati apabila ada di kalangan wanita sesama saudara dalam Islam yang tidak mengenakan hijab. Ada juga yang hanya pada pengenalan dirinya saja Islam tetapi berperwatakan yang sebaliknya dengan pakaian yang agak seksi dengan tambahan solekan tebal yang agak keterlaluan demi untuk menarik perhatian kaum lelaki. ", "Makin sedih apabila ada dikalangan wanita ini yang pada dasarnya memang benar mengenakan hijab tetapi tidak lain hanya sekadar salah satu gaya dalam berfesyen sebagai hiasan penutup kepala. Hijab yang ada sekarang juga lebih banyak yang mementingkan soal gaya berbanding dengan niat dan tujuan untuk berhijab itu sendiri. ", "Wanita Zaman Nabi SAW Sanggup Koyak Kain Panjang Demi Menutup Kepala", "Daripada Aisyah RA, dia berkata, “Semoga Allah merahmati para wanita generasi pertama yang berhijrah, ketika turun ayat : Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya….“ Maka mereka segera mengoyak-goyak kain panjang mereka untuk digunakannya sebagai penutup bahagian atas tubuh mereka.”", "Subhanallah! Ternyata sangat berbeza erti sehelai hijab itu pada wanita dulu berbanding dengan wanita yang hidup di zaman sekarang ini. ", "7 Sebab Mengapa Hijab Boleh Jaga Kehormatan Wanita Muslimah", "Mengenakan hijab ini sebetulnya boleh memberi banyak manfaat dan keutamaan terhadap seseorang wanita. Antara sebab-sebab utama mengapa hijab ini boleh jaga kehormatan wanita adalah :", "#1 – Hijab Boleh Menjaga Kehormatan Diri – percaya ataupun tidak hijab boleh memberi isyarat bahawa anda bukan seorang wanita murahan", "#2 – Hijab Boleh Membersihkan Hati – hijab yang di pakai akan membuatkan wanita itu rasa lebih berhati-hati dalam pelbagai perkara", "#3 – Hijab Boleh Melahirkan Akhlak Yang Mulia – wanita berhijab akan cuba untuk menjaga tingkahlakunya supaya tidak menjatuhkan maruah hijab itu sendiri", "#4 – Hijab Boleh Memberi Tanda Kesucian Peribadi Pada Si Pemakainya", "#5 – Hijab Boleh Menjaga dan Menutup Rasa Malu", "#6 – Hijab Boleh Bantu Mencegah Dari Keinginan dan Godaan Syaitan", "#7 – Hijab Boleh Menjaga Maruah Agama dan Maruah Diri Wanita Itu Sendiri", "Ternyata hijab ini adalah sebuah kewajipan bagi wanita Muslimah dalam mengabdikan diri kepada Islam. Hijab ini juga boleh dianggap sebagai sebuah cermin kesucian diri yang penuh kemuliaan untuk menutup rasa malu dan sebagainya. ", "Adab Berpakaian Yang Betul Untuk Para Wanita Solehah Menurut Tuntutan Agama Islam ", "Dalam soal memilih pakaian pula, para wanita Muslimah wajib memakai pakaian yang tidak menjolok mata. Antara syarat yang boleh dijadikan panduan dalam soal pemakaian ini adalah seperti :", "Tujuan berpakaian dengan menutup aurat dan sopan ini bukanlah bertujuan untuk melindungi diri dari suhu dan sebagainya. Sebaliknya pemilihan pemakaian yang betul ini secara tidak langsung dapat menutup segala perhiasan yang ada di tubuh (terutama pada bahagian kepala, leher dan dada) dari pandangan lelaki yang bukan mahram dan juga dari pandangan lelaki-lelaki yang ada niat jahat. ", "Jadilah Wanita Muslimah Yang Berhijab Dalam Menjaga Kehormatan Diri Sendiri", "Berhijab tu cantik tau! Nampak ayu dan sopan. Makin terserlah kecantikan seseorang wanita muslimah itu dengan mengenakan hijab. Makin gembira hijab yang di pakai dengan penuh tertib mengikut syariat agama akan dapat memberi amaran pada mana-mana lelaki bukan mahram supaya jangan cuba-cuba berani dekat. Ini kerana anda bukanlah seorang wanita yang mudah di goda untuk di ajak berbuat kejahatan. ", "Hijab jaga kehormatan wanita? Ya bagi saya ianya sangat-sangat benar dan semoga dengan adanya perkongsian ini dapatlah kita sama-sama berhijrah dengan memakai hijab yang betul mengikut landasan agama Islam tercinta. Jika sebelum ini tidak berhijab, marilah ubah dan terus istiqamah." ]
https://bidadari.my/punca-hormon-tidak-stabil/
Kesihatan 7 Punca Hormon Tidak Stabil Terbukti Kajian Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
[ "Masalah hormon tidak stabil boleh mempengaruhi sistem fisiologi tubuh, aktiviti fizikal dan menjejaskan emosi. Ayuh ketahui punca hormon tidak stabil melalui pembacaan artikel ini.", "Hormon merupakan molekul atau sebatian kimia yang membawa isyarat tertentu melalui sistem peredaran tubuh kepada organ tertentu untuk mengawal atur fungsi fisiologi dan kelakuan.", "Sistem endokrin merupakan tempat penghasilan hormon yang terdiri daripada kelenjar. Namun, hormon dilepaskan secara rembesan iaitu pelepasan secara sedikit demi sedikit untuk suatu tempoh.", "Terdapat 3 jenis hormon yang dikelaskan mengikut struktur kimianya:", "Komunikasi antara hormon dengan organ atau tisu adalah sangat penting bagi pengawal aturan dan aktiviti kelakuan seperti:", "Gangguan keseimbangan hormon akan mempengaruhi kecekapan sistem dan fungsi yang dinyatakan di atas. Hal ini sekali gus akan menjejaskan prestasi dan urusan seharian kita.", "Kajian penyelidik India pada tahun 2015 menemui kaitan antara diet makanan dengan hormon tidak stabil.", "Mereka menemu bual 127 golongan wanita berusia 17 – 40 tahun mengenai corak diet dan kesan ke atas kitar haid dan pertumbuhan bulu pada wajah yang menjadi penanda ukur ketidakstabilan hormon.", "Didapati, golongan yang tidak menjaga diet makanan yang seimbang merupakan golongan yang paling mengalami ketidakstabilan hormon (60.6%).", "Diet makanan mereka merangkumi makanan ringan, jajan, pedas, buah, sayur dan semua jenis.", "Manakala, golongan yang mendapat khasiat pemakan mencukupi melalui buah-buahan dan sayur-sayuran tidak menunjukkan simptom ketidakstabilan hormon bagi kedua-dua ukuran tersebut (0%).", "Sementara itu, penemuan kajian Reis et al. pada tahun 2010 dari Brazil mengaitkan masalah obesiti dengan punca hormon tidak stabil, khususnya masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.", "Menariknya, mereka membandingkan perubahan keadaan mati pucuk atau dikenali sebagai erectile dysfunction bagi mereka yang obes, sebelum dan selepas menjalani pembedahan gastric bypass  bagi mengurangkan berat badan.", "Hasilnya, terdapat perubahan yang sangat ketara bagi kandungan hormon seperti testosteron, FSH dan prolaktin yang menunjukkan peningkatan bagi masalah mati pucuk.", "Oleh itu, usaha mengubah gaya hidup untuk mencapai BMI normal boleh dilakukan sebagai salah satu usaha mencegah atau membaiki masalah mati pucuk.", "Yang dimaksudkan dengan penyakit 3 serangkai ialah kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Hal ini disebabkan ketiga-tiga masalah tersebut saling berkaitan disebabkan perubahan komposisi dan fisiologi darah.", "Kajian Reis et al. tadi turut ada menyelitkan ulasan mengenai risiko punca hormon tidak stabil bagi mereka yang mempunyai salah satu atau kesemua penyakit 3 serangkai tersebut.", "Perubahan kandungan hormon secara keseluruhan disebabkan oleh persekitaran sistem tubuh dan fisiologi yang terganggu apabila tubuh badan kita berhadapan dengan masalah penyakit ini.", "Amalan minuman yang memabukkan kerana mengandungi alkohol sememangnya mempunyai larangan yang berhikmah oleh agama kita.", "Menurut kajian sekumpulan penyelidik dari Itali pada tahun 1995, pengambilan alkohol telah menyebabkan penurunan mendadak hormon seksual bagi kedua-dua lelaki dan perempuan.", "Malah, akibat daripada ketidakstabilan hormon ini, risiko untuk berlakunya pembentukan kanser hati adalah semakin tinggi, ditambah dengan pengambilan alkohol berterusan.", "Khusus bagi golongan wanita, punca hormon tidak stabil berkemungkinan besar disebabkan oleh PCOS yang menjejaskan kualiti kesuburan untuk menimang cahaya mata.", "Kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Ukraine pada tahun 2020 melaporkan pengaruh PCOS ke atas penurunan level hormon kesuburan seperti FSH, LH, estrogen dan progesteron.", "Hasil kajian tersebut turut melaporkan faktor tambahan obesiti sebagai penyumbang kepada fenomena PCOS.", "Sebelum ini, terdapat fahaman bahawa ketidakstabilan hormon boleh menyebabkan kemurungan. Namun, penyelidik dari Belanda pada tahun 2007 melaporkan bahawa kemurungan juga boleh menyebabkan ketidakstabilan hormon.", "Secara asasnya, tekanan perasaan melampau yang menyebabkan kemurungan dapat dilihat dengan kandungan hormon kortisol yang sangat tinggi dalam sistem tubuh.", "Seterusnya, kortisol didapati mengganggu keseimbangan pada reseptor mineralocorticoid and glucocorticoid yang berperanan mengurangkan tahap tekanan. Hal ini seterusnya membuka lebih risiko cetusan masalah psikotik yang lain.", "Pertumbuhan sel kanser dilaporkan menyumbang kepada punca hormon tidak stabil. Terutama, jika berlakunya kanser di kelenjar pituitari yang merupakan pusat utama penghasilan banyak hormon.", "Selain itu, rawatan kanser dan ubatan seperti kemoterapi menyebabkan berlakunya ketidakstabilan hormon. Rawatan yang agresif demi membunuh sel kanser terpaksa berhadapan dengan kesan sampingan ketidakstabilan hormon.", "Antara punca hormon tidak stabil ialah diet pemakanan, obesiti, penyakit 3 serangkai, minuman beralkohol, PCOS, kemurungan, kanser dan rawatan kanser.", "Ketidakstabilan hormon ternyata menjejaskan sistem dan fungsi sebenar tubuh. Oleh itu, sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semoga bermanfaat! Jemput juga baca tentang tanda kemurungan , punca kemurungan kanak-kanak dan jenis kemurungan selepas bersalin" ]
https://bidadari.my/lelaki-curang-selepas-kahwin/
Keluarga Lelaki Curang Selepas Kahwin. Kehadiran Orang Ketiga, Siapa Patut Di Persalahkan? Oleh Tasneem Haneem
[ "Kes kehadiran orang ketiga dalam pasanga kita bukan perkara yang disukai. Tiada siapa mahu perkara ini berlaku. Lebih-lebih lagi apabila usia perkahwinan yang telah dibina sudahpun bertahun lamanya. Dalam kes seperti ini siapa yang sebenarnya bersalah?", "Tulisan daripada Puan Amalina Adam ini menarik untuk dilihat. Puan Amalina merupakan peguam dalam bidang Syarie. Boleh lihat link ini jika anda berminat untuk mengetahui perkara ini.", "Kali ini saya mempunyai kelapangan untuk menceritakan tentang isu “Orang Ketiga” yang seringkali menjadi “Pesalah Kasih” atau “Pesalah Cinta” dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Adakah benar-benar mereka ini wajib dipersalahkan? atau yang wajib dipersalahkan adalah “Orang Kedua” sebenarnya? atau kedua-duanya sekali wajib dipersalahkan?", "Siapakah pula “Orang Kedua” ini? Kini bukan lagi dipertontonkan hanya dalam sinetron mahupun drama ‘latin’ yang berpanjangan, namun menjadi kenyataan yang sebenarnya telah berlaku dalam norma kehidupan masyarakat kita ketika ini. Tambahan pula, keadaan semakin parah apabila timbulnya isu “Orang Ketiga” maka masing-masing akan membuka kisah silam mereka secara berleluasa di media sosial. Apakah yang terjadi? dan Bagaimana pula “Pesalah Kasih” ini boleh membebaskan dirinya sebebas-bebasnya? Baiklah.", "Sebenarnya pelbagai alasan untuk menjadi seorang “Pesalah Kasih” ataupun “Orang Ketiga” dalam sesebuah perhubungan pasangan terutamanya yang mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Kini tidak lagi hanya dikhaskan kepada wanita sahaja malah lelaki pun semakin memberanikan diri merebut posisi sebagai “Orang Ketiga”. Pendapat saya mudah sahaja tentang isu “Pesalah Kasih” ini iaitu kewujudan “Orang Ketiga” disebabkan terbentuknya ruang dalam sesebuah rumahtangga oleh pasangan kelamin itu sendiri sehingga diri mereka sebenarnya telah menjadi “Orang Kedua” dalam mewujudkan hubungan sulit bersama “Orang Ketiga”.", "Lebih mudah difahami dengan ungkapan “Seseorang yang bertamu tidak akan masuk dan duduk di dalam rumah tersebut sebelum dipersila oleh tuan rumah itu sendiri masuk ke dalam rumahnya”. – Maka Kini Secara Rasionalnya Anda Sendiri Boleh Menilainya.", "Kebanyakan di antara kita masih berdebat sesama sendiri tentang isu ‘Pesalah Kasih” dengan beranggapan bahawa suami yang lebih cenderung untuk terpengaruh dengan “Orang Ketiga” hanya alasan nafsu semata-mata dan ada pula sebahagian yang lain berpendapat isteri yang lebih cenderung untuk berlaku curang disebabkan faktor “Orang Ketiga” ini lebih kebendaan (harta), mempunyai sifat penyayang dan memberi lebih perhatian terhadap dirinya berbanding suaminya sendiri. Dalam ilmu sosial yang lebih luas, sebenarnya isu gender tidak seharusnya dipertikaikan lagi apabila seseorang itu sendiri sama ada lelaki mahupun wanita yang memilih untuk tidak berkelakuan jujur iaitu berlaku curang pada pasangannya sendiri.", "Dalam pengertian ini pula “Benci tetapi Sayang”, sebenarnya ayat tersebut lebih sesuai diungkapkan kepada “Orang Kedua” yang berpura-pura menafikan hubungan barunya apabila selepas sudah “terkantoi” dengan pasangan mereka bersama pembuktian yang wajar dan setelah itu masing-masing memikirkan alasan semunasabah mungkin seperti secara tiba-tiba pula membenci “Orang Ketiga” yang muncul dalam rumahtangga pihak-pihak tanpa sedar kononnya. Jadi, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang, bukan?", "Menariknya, bilamana seseorang suami yang “kantoi” rata-rata memberi alasan “Islam membenarkan Poligami” maka isteri tidak boleh menghalang hubungannya dengan “Pesalah Kasih”. Sebenarnya Ya betul ! Islam tidak melarang seseorang suami untuk memperisterikan wanita lain disebabkan itu adalah fitrah yang tumbuh dalam jiwa mereka tetapi perlu dilihat semula bagaimana pula cara mengawal dan mengungkapkan kecintaan poligami tersebut. Penulisan kali ini bukanlah untuk menjelaskan isu poligami atau dosa pahala mahupun hukum berpoligami dan sebagainya tentang poligami. Mungkin pada penulisan seterusnya nanti.", "Hendaklah diingatkan kepada “Pesalah Kasih” ini bahawa jika anda dengan sengaja berniat untuk memisahkan suami mahupun isteri atau menganggugugat rumahtangga dalam sesebuah ikatan perkahwinan yang sah di sisi syarak maka itu adalah “Haram”, termasuklah juga orang yang sengaja berpakat menjadi punca utama pasangan yang berkahwin itu menuntut perceraian tanpa sebab yang munasabah terhadap suami atau isterinya itu supaya mana-mana lelaki atau wanita lain boleh berkahwin dengan orang yang diceraikan ataupun orang yang meminta cerai. Langsunglah :", "نعوذ بالله من ذلك\n“Kami Berlindung kepada Allah dari Perkara itu”", "Oleh itu, jika anda berniat untuk menjadi “Pesalah Kasih” ini yang hendak mencintai suami ataupun isteri orang lain, maka berfikirlah terlebih dahulu jika anda pula yang berada di tempat pasangannya mahupun anda adalah dari ahli keluarga pasangan yang teranaiya itu suatu hari nanti, bagaimana pula perasaan anda pada ketika itu. Sekiranya anda adalah orang yang teranaiya dan dianaiya, maka laporkanlah kepada pihak yang berwajib. Waallahu’alam.", "Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran oleh penulis. Sumber asal link." ]
https://bidadari.my/posisi-seks-ketika-hamil/
Hamil, Keluarga Posisi Seks Ketika Hamil: Selesa Selamat Untuk Ibu Hamil Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Mengadakan hubungan seks bersama suami semasa mengandung, pastinya anda tertanya-tanya adakah ianya selamat terutamanya pada trimester pertama kehamilan di mana kandungan dikatakan masih berada dalam keadaan fragile atau mudah terjejas.", "Hinggakan ada pasangan yang tidak bersama pada trimester pertama kehamilan kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini ke atas bayi dalam kandungan.", "Sekiranya seks ketika hamil adalah selamat? Apakah posisi yang selamat dan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan? Apakah kekerapan hubungan seks yang selamat?", "Jika ketiga-tiga soalan ini bermain-main diminda anda, jom kami kongsikan maklumat menarik tentang posisi seks ketika hamil yang selesa dan selamat untuk ibu hamil serta info lain tentang seks ketika hamil.", "Adakah ianya selamat untuk melakukan hubungan seks semasa mengandung dan tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan?", "Jangan berasa malu sekiranya anda tertanya-tanya tentang persoalan ini. Ianya adalah normal malah pasangan lain juga bertanyakan soalan yang sama. Adalah normal bagi ibu bapa untuk menjaga kandungan dan ingin memastikan yang terbaik buat bayi dalam kandungan. Yang sebenarnya, melakukan hubungan seks semasa mengandung adalah selamat kerana:", "Berapa kerapkah anda boleh melakukan hubungan seks dengan selamat semasa mengandung?", "Yang sebenarnya tiada kekerapan yang ditetapkan untuk melakukan hubungan seks semasa mengandung. Anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu asalkan anda tidak mengalami perkara yang berikut:", "Jika anda tidak mengalami salah satu daripada keadaan di atas, maka anda boleh bersama suami tanpa perlu berasa risau akan keselamatan bayi dalam kandungan. Hubungan seks adalah sangat penting dalam rumah tangga dan ia mampu mengeratkan hubungan kasih sayang di antara suami dan isteri.", "Apakah posisi seks yang selesa dan selamat untuk ibu mengandung?", "Kami akan menyenaraikan posisi seks yang selamat untuk dilakukan oleh ibu mengandung mengikut trimester kandungan bagi memudahkan anda membuat bacaan.", "Untuk maklumat anda, posisi seks yang akan kami cadangkan biasanya selamat untuk dilakukan melainkan anda berasa sakit atau tidak selesa atau mungkin juga mengalami pendarahan. Jika anda mengalami salah satu daripada perkara yang kami sebutkan tadi, elakkan untuk melakukan posisi yang berkenaan.", "Posisi seks untuk trimester pertama kehamilan", "Bagi ibu yang berada dalam trimester pertama, posisi seks yang paling selesa dan selamat ialah dengan posisi berbaring di mana isteri berada di bawah atau suami datang dari arah belakang.", "Ini kerana biasanya dalam trimester pertama ibu masih dalam keadaan untuk menyesuaikan diri dengan kandungan dan mengalami morning sickness dan kepenatan. Melakukan hubungan seks sambil berbaring memberikan peluang kepada ibu untuk berehat dan bersantai tanpa banyak menggunakan tenaga.", "Sungguh pun begitu, jika anda berasa cergas anda boleh melakukan mana-mana posisi mengikut kemahuan anda. Apa yang paling penting, sentiasa alert dengan tubuh badan anda. Jangan paksa diri sekiranya anda berasa sakit, tidak selesa, atau tidak larat.", "Biasanya apabila memasuki trimester kedua, semua masalah seperti morning sickness dan keadaan lemah badan tiada lagi. Anda akan berasa sangat cergas dan aktif.", "Pada masa ini anda bebas untuk melakukan hubungan seks dengan posisi mana-mana yang selesa. Lebih-lebih lagi pada waktu ini perut anda belum terlalu besar, oleh itu nikmatilah hubungan seks mengikut kemahuan anda asalkan tidak menyebabkan anda mengalami pendarahan atau berasa sakit.", "Pada fasa ini perut anda adalah sangat besar. Elakkan posisi yang akan menyebabkan berlaku tekanan kepada perut anda dan elakkan juga posisi yang memerlukan anda mengeluarkan tenaga yang lebih. Anda lebih tahu apa yang selesa dan terbaik untuk diri anda.", "Itulah dia info tentang posisi seks ketika hamil yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang khasiat safron, asid folik untuk ibu mengandung, dan barang keperluan bayi baru lahir." ]
https://bidadari.my/mengurus-beg/
Petua Tips Ini Sebab Isteri Perlu Mengurus Beg Ketika Melancong Oleh Pak Utih
[ "Jika anda suami ingin membawa beg banyak-banyak serentak sama ada makan angin, balik kampung, semasa bershopping atau melancong, dinasihatkan serahkan kepada isteri yang menguruskan.", "Kerana minda wanita yang dilengkapi dengan sel “white matter – sel jaringan yang menghubungkan semua sel-sel ingatan dan sel-sel proses maklumat di dalam otak pemikirannya” yang banyaknya adalah 10x daripada lelaki, boleh dengan mudah dan berupaya menjaga dan menguruskannya dengan baik.", "Sebaliknya jika kita lelaki yang ditugaskan membawa beg lebih daripada dua, pasti kita akan tertinggal atau terlupa beg yang ketiga itu.", "Minda kita lelaki yang mudah fokus kepada sesuatu tugas, menyebabkan kita juga akan mudah juga terlupa perkara lain dalam waktu yang sama.", "Oleh itu, jika kita lelaki ingin membawa beg komputer atau beg yg ada nilai bersama2 ke dalam restoren untuk melapik perut, elok titipkan kepada isteri atau anak perempuan (jika ada bersama) menjaganya atau mengingatkan kita mengenai beg itu.", "Insya Allah mereka pasti mengingatkan kita semasa kita meninggalkan premis itu. Sel white matter mereka yang penuh dengan “networking” di otaknya dapat dengan mudah mengingatkan banyak perkara dalam satu masa. Asalkan kita minta dia ingatkan perkara itu.", "Dengan lain perkataan, wahai si isteri, jangan harapkan sangat suami anda boleh menaga beg atau barang-barang yang dia pegang lebih daripada dua yang ada di tangannya. Dia akan stres atau terlupa di antara dua.", "Gunakan strategi ini semasa melancong, in sya Allah ada rahmatnya" ]
https://bidadari.my/bayi-jatuh-katil/
Keluarga Bayi Jatuh Katil: Bahayakah?Apa Perlu Mak Ayah Buat Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Apabila bayi anda terjatuh dari tempat tinggi seperti katil, sofa, maupun buaian, semestinya anda perlu berasa risau dan cemas. Ini kerana tubuh badan dan organ dalaman bayi adalah sangat lembut dan mudah untuk mengalami kecederaan. ", "Ada bayi yang mengalami patah tulang seperti tangan atau tulang kolar akibat jatuh katil. Malah ada bayi yang mengalami kecederaan atau gegaran pada otak akibat jatuh katil.", "Yang sebenarnya, bayi terjatuh dari tempat tinggi seperti katil adalah sesuatu yang normal terutamanya bagi bayi yang sudah mula boleh bergerak seperti bergolek, meniarap atau merangkak. Namun ada jatuh yang normal dan ada jenis jatuh yang boleh membahayakan nyawa bayi anda. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info penting tentang bayi jatuh katil yang semua ibu bapa wajib tahu.", "Apa yang anda perlu buat sebaik sahaja bayi anda terjatuh dari katil?", "Perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah perhatikan sama ada kepala bayi anda terhentak atau tidak tak kira di sebelah depan atau belakang. Ini kerana hentakan pada kepala bayi adalah perkara yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Sebaik sahaja bayi anda terjatuh, perhatikan posisi kepalanya. Adakah ianya terhentak atau tidak. Jika kepada bayi anda tidak terhentak, insya Allah tiada apa yang serius untuk anda risaukan.", "Selain itu anda perlu terus memeriksa bayi anda dan perhatikan jika bayi anda mempunyai tanda-tanda berikut:", "Langkah seterusnya ialah jangan sesekali membiarkan bayi anda terus tidur selepas terjatuh dari katil. Anda perlu berusaha untuk memastikan bayi anda terus berjaga agar anda dapat memerhatikan jika anda yang tidak kena dengan bayi anda selepas terjatuh tadi. Perhatikan bayi anda sentiasa dan jangan biarkan bayi anda berseorangan. Di antara perkara yang perlu anda perhatikan ialah:", "Anda dinasihatkan untuk memerhatikan bayi anda sekurang-kurangnya 24 jam selepas dia jatuh. Ini kerana simptom kerosakan organ dalaman atau hantukan kuat pada kepala sehingga menyebabkan gegaran otak mungkin akan timbul dengan agak lambat. Apa yang terbaik ialah anda terus membawa bayi anda ke klinik untuk pemeriksaan teliti sejurus selepas bayi anda jatuh dari katil.", "Tips untuk mengelakkan bayi jatuh dari katil", "Pastinya anda risau kalau bayi anda akan jatuh dari katil lagi pada kemudian hari. Hari ini mungkin bayi anda terjatuh dan takde perkara serius yang berlaku. Masa hadapan kita tak tahu. Takut kalau berlaku perkara yang tidak diingini. Oleh itu, kami ingin kongsikan tips untuk mengelakakn bayi jatuh dari katil yang boleh anda amalkan iaitu:", "Itulah dia info tentang bayi najis bayi warna hijau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang bayi batuk berpanjangan bayi batuk dan Muhamamd Al Fatih" ]
https://bidadari.my/solat-sunat-tahiyatul-masjid/
Rohani Cara Solat Sunat Tahiyatul Masjid Serta Kelebihannya Oleh Rabiatul Adaweeyah Othman
[ "Solat sunat tahiyatul masjid adalah solat sunat yang dilakukan bagi menghormati dan memuliakan masjid seperti yang dianjurkan oleh agama Islam. Jom baca artikel ini tentang cara solat sunat tahiyatul masjid.", "Solat ini juga adalah solat sunat muakkad yang didirikan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan perkara lain.", "Imam al-Nawawi juga ada menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat Tahiyatul Masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat.", "Rasulullah S.A.W sangat menggalakkan untuk umat Baginda melazimi solat sunat ini. Daripada Abu Qatadah sabda Baginda S.A.W:", "“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi atau memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.”", "Waktu Didirikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid", "Tidak ada waktu-waktu tertentu yang disyaratkan bagi menunaikan solat sunat ini. Solat sunat ini boleh didirikan pada bila-bila masa sahaja sebaik melangkah masuk ke dalam masjid dan sebelum seseorang itu duduk mahupun melakukan sesuatu yang lain.", " “Sahaja aku Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana Allah Taala.” ", "Sebaik selesai menunaikan solat sunat ini, berniatlah beriktikaf di masjid seperti berikut:", "“Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.”", "Hikmah dan Kelebihan Menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid", "Penutup: Islam Sangat Menganjurkan agar Memuliakan Masjid", "Solat sunat Tahiyatul Masjid ini juga sering dilazimi oleh Rasulullah S.A.W, jadi sebagai  umatnya perlulah mencontohi Baginda dan mengikuti segala saranan  baginda.", "Ayuh baca lebih banyak artikel menarik kami yang lain sebagai santapan rohani bersama, seperti:" ]
https://bidadari.my/khasiat-lobak-putih-untuk-menurunkan-berat-badan-yang-ramai-orang-tak-tahu/
Petua Tips 11 Khasiat Lobak Putih (Serta Baik Untuk Buah Pinggang) Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Lobak putih biasanya dijadikan sup untuk dinikmati panas-panas. Tahukah anda kelebihan dan khasiat kesihatan pengambilan lobak putih dalam diet pemakanan seharian? Jom baca artikel ini.", "Lobak putih atau nama saintifiknya Raphanus sativus tergolong dalam famili Brassicaceae. Lobak putih mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan sebatian bioaktif, antaranya seperti vitamin A, betakaroten, vitamin B1, riboflavin, niasin, vitamin C dan E. Selain itu, sayur ini juga dilengkapi dengan beberapa mineral penting seperti zat besi, kalsium, mangan dan zat fostor.", "Lobak putih turut mengandungi asid oksalat, serat kasar dan asid folik. Di negara Korea, sayur lobak putih ini sering dijadikan antara bahan makanan yang dipanggil kimchi. Manakala di Jepun pula, kebaikan lobak putih sering dimanfaatkan sebagi salad dan dijadikan sashimi, sup atau pun ditumis serta dijadikan makanan yang dijerukkan yang dikenali sebagai takuan-zuke.", "Jom ketahui apakah khasiat lobak putih.", "Jika anda mengalami keputihan, termasuk keputihan semasa mengandung, lobak putih sangat membantu untuk membunuh kulat Candida yang menjadi punca keputihan.", "Kajian makmal melaporkan bahawa ekstrak lobak putih dengan kepekatan yang rendah (1–30 μg/ml) berjaya membunuh tiga jenis kulat Candida dengan kejayaan 30-40%.", "Selain masalah keputihan, lobak putih juga membantu kencing tak lawas.", "Kencing tak lawas yang kebiasannya disebabkan oleh kehadiran mikroorganisma boleh diatasi dengan pengambilan lobak putih yang mempunyai banyak komponen antimikrob.", "Jus lobak putih yang diminum secara teratur mampu menurunkan berat badan. Dengan meminumnya, perut kita akan terasa kenyang dengan lebih lama.  Ini membuatkan kita dapat mengurangkan jumlah makanan yag diambil. Selain itu, ia juga mengandungi kalori yang rendah sehingga tidak menaikkan berat badan jika dimanfaatkan sebagai kudapan.", "Setengah cawan lobak hanya mengandungi lebih kurang 12 kalori. Begitu juga dengan kandungan karbohidratnya yang sangat rendah, namun mengandungi banyak air.", "Siapa sangka lobak putih boleh dimanfaakan sebagai pemutih muka semulajadi yang selamat. Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita boleh campurkan lobak putih dengan minyak zaitun. Caranya cukup mudah:", "Kandungan air yang banyak dalam lobak putih ternayata dapat menjaga kelembapan kulit kita. Masalah kulit seperti kulit kering, bersisik dan mengelupas dapat dicegah dengan meminum jus lobak putih ini secara rutin.", "Kecantikan kulit kita akan terjaga dengan nutrisi yang terdapat dalam lobak putih seperti vitamin C, zinc, vitamin B kompleks dan fosforus.", "Lobak putih merupakan sayur yang memiliki sifat diuretik (merangsang air kencing) dengan kandungan potassium yang tinggi. Pengidap penyakit batu karang boleh minum setengah gelas jus lobak putih pada setiap pagi hari sebelum bersarapan.", "Pengambilan jus lobak ini sebelum makan berupaya melarutkan batu karang serta mendorong pelepasan batu karang dalam air kencing. Selain bermanfaat untuk menyembuhkan penyakit batu karang, ia juga akan mencegah batu karang daripada tumbuh kembali.", "Kajian terbaru tahun 2020 yang dijalankan di Iraq, melaporkan perbezaan kesan pengambilan jus lobak putih ke atas dua kumpulan tikus kajian yang mempunyai batu karang. Didapati, kumpulan yang mengambil jus lobak putih secara harian selama 28 hari menunjukkan kesan penyingkiran batu karang yang lebih baik.", "7. Menyembuhkan demam & panas badan", "Jus lobak putih yang dicampur dengan sedikit garam dikatakan cukup efektif untuk menyembuhkan demam dan panas badan. Bagai petua orang dahulu, bila demam, makan sup lobak putih.", "Kandungan air dan sifat diuretik lobak putih seperti yang dibincangkan dalam point sebelum ini ternyata membantu melegakan demam dan menurunkan suhu badan dengan menambahkan bendalir dalam badan dan penyingkiran melalui air kencing.", "Jika mengalami masalah buasir atau kerap sembelit, lobak putih sangat membantu. Lobak putih mengandungi zat yang sifatnya tidak mudah dihadamkan oleh tubuh kita.", "Jadi ia akan membantu melancarkan sistem penghadaman dan mengubati masalah sembelit yang kita alami. Penyebab utama penyakit buasir adalah kerana sembelit. Jadi, jika masalah sembelit kita semakin berkurangan, lambat laun penyakit buasir yang kita hidapi itu akan juga sembuh.", "Tambahan pula. lobak putih didapati mengandungi serat yang sangat tinggi yang baik untuk sistem pencernaan. Dilaporkan, hampir 30% daripada komposisi lobak putih ialah serat makanan yang sangat bagus untuk penghadaman.", "Sup lobak putih berfungsi untuk membersihkan buah pinggang. Ini resepinya:", "Lobak putih mengandungi kandungan nutrisi dan khasiat pemakanan yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman.", "Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa. Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.", "Lobak putih mengandungi ‘isothiocyanates’ yang dikatakan mampu membantu melawan sel kanser.  Selain itu, vitamin C yang terdapat pada lobak putih ini juga mudah larut dan diserap oleh tubuh sehingga mempunyai banyak kebaikannya untuk kesihatan.", "Lobak putih mengandungi antioksidan semulajadi yang mampu melawan radikal bebas di dalam tubuh dan menjaga daya ketahanan badan dari dalam.", "Di samping itu, pengkaji dari Jepun pada tahun 2008, melaporkan bahawa sejenis enzim yang banyak terdapat pada lapisan luar kulit lobak putih ini iaitu myrosinase, mempunyai sifat antimikrob, antikanser dan antimutagenik yang sangat baik.", "Mereka menasihatkan bahawa semasa penyediaan lobak putih untuk dimasak, bahagian luar lobak putih itu tidak dibuang terlalu banyak bagi mengelakkan lebih banyak khasiat myrosinase terbuang.", "Di antara khasiat lain lobak putih ialah:", "Itulah dia khasiat lobak putih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat yogurt dan khasiat gamat", "Artikel ini telah dikemaskini oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof" ]
https://bidadari.my/tips-mengatasi-anak-agresif/
Anak, Keluarga, Petua Tips 5 Tips Mengatasi Anak Agresif, Suka Pukul & Menendang Oleh Tasneem Haneem
[ "Cuba bayangkan keadaan ini. Anda melawat rumah kenalan yang turut mempunyai anak kecil. Anak kecil anda mula menegur anak kecilnya. Mereka bermain mesra, tetapi lama-kelamaan mereka mula bergaduh. Anak anda bertindak agresif terhadap anak kenalan tersebut. Apa perasaan anda? Apakah anda akan buat?", "Pembaca sekalian, suasana bayangan yang dikongsikan adalah perkara biasa yang terjadi untuk sebahgaian pasangan. Anak mereka bukan sahaja agresif, tetapi terlebih aktiviti fizikalnya. Berikut kami kongsikan perkongsian oleh Prof Dr Rozieta Shaary yang turut dikenali sebagai Ibu Rose dalam bidang psikologi rumah tangga. Semoga perkongsian beliau tentang tips mengatasi anak agresif membantu.", "Membesarkan anak-anak memang adakalanya mencabar. Ini adalah salah satu cara Allah mentarbiyahkan kita dan memastikan kita berjalan di jalan yang lurus. Kerana anak-anak juga adalah guru kepada kita.", "Anak-anak mengingatkan kita kepada banyak kelemahan dan kesilapan kita. Oleh itu, bila tersedar, ambillah langkah.", "Ibu ucapkan syabas kepada puan kerana tersedar akan kesilapan masa silam. Sebenarnya, itulah punca utama. Bila Allah hendak mengajar kita, Dia akan juga meletakkan kita di pihak menerima. Masa silam puan, ibu bapa puan di pihak menerima. Sekarang puan pula. Bila ini berlaku, maka terangkat hijab dari hati puan untuk sekarang memahami perasaan ibu bapa puan. Ini dinamakan hidayah atau awaken.", "Oleh itu setelah sedar, apakah yang puan boleh lakukan? Ya, tentunya memohon maaf dengan sepenuh hati daripada Allah. Serta menyatakan kesyukuran kerana diberi petunjuk.", "Kemudian, memohon maaf dari kedua ibu bapa puan. Jika mereka sudah tiada, maka puan berusaha menjadi anak yang doanya dan amalannya melapangkan kubur ibu dan bapa.", "Ketiga dan yang sangat penting, memaafkan diri kerana kesilapan masa silam.", "Bila anda melakukan ini dengan baik, maka terputuslah cengkaman tenaga negatif terhadap anak puan dan puan juga. Itulah diantara sebab mengapa Ustazah Nor Hafizah menggalakkan kita bersolat taubat bila berhadapan dengan masalah begini.", "Seterusnya, setelah melakukan semua ini, puan akan menjadi lebih lega dan mudah menghampiri anak puan dan kemungkinan besar perangai anak puan juga menjadi lebih tenteram.", "Langkah yang seterusnya, puan perlu menyatakan kasih-sayang puan kepada anak puan. Ibu sarankan juga puan memohon maaf sekiranya ada masanya puan keterlaluan menghukum. Puan perlu yakinkan anak puan bahawa dia seorang anak yang baik dan memang boleh berkelakuan baik.", "Sebenarnya bila hati puan lebih tenang dengan anak puan, dia dengan sendirinya akan kurang membuat perangai. Mengapa? kerana semua ini ada talian ghaib yang kita tidak nampak.", "\nSangkaan kita menjadi tali ghaib yang membawa ke dalam hidup kita apa yang paling kuat dan banyak kita fikir dan rasakan.", "Ini membawa kepada langkah seterusnya, iaitu, SENANTIASA BERSANGKA BAIK kepada anak kita. Maksudnya, jika kita nampak dia melakukan perangai yang teruk, maka pertama, kaji dulu apakah kefahamannya mengenai perkara itu.", "Kemudian, kaji mengapa dia melakukan perkara itu, adakah kerana bermain atau kerana dia tidak merasakan bahawa dia dikasihi.", "Seterusnya, jika dia memang melakukan kerana dia suka berkelakuan tidak baik. Maka bersangka baiklah bahawa dengan didikan penuh kasih-sayang dan ketegasan dari anda, anak itu akan mengubah kelakuannya. Banyaklah berDOA.", "Inilah O – Optimistic, di dalam Formula I-LOVE yang Ibu kongsikan di dalam mendidik anak-anak.", "5 Langkah Mendidik & Mengatasi Anak Agresif", "1- Minta ampun dengan Allah – Solat Taubat\n2- Minta maaf dari ibu bapa jika pernah mengasari mereka\n3- Maafkan diri anda\n4- Nyatakan kasih kepada anak dan mohon maaf jika pernah keterlaluan\n5- BERDOA dan bersangka baik dengan anak yang dia boleh membetulkan kelakuan. Maka carilah perubahan yang dia sudah mula lakukan walaupun sedikit. Puji dan hargai. lama-lama ia akan bertambah banyak." ]
https://bidadari.my/panduan-pengiraan-pembahagian-faraid/
Keluarga Panduan Pengiraan Pembahagian Faraid (Jangan Gaduh Jom Bahagi Pusaka Cara AlQuran) Oleh Siti Awadah
[ "Namun itu semua sememangnya sudah sering berlaku di dalam kehidupan yang sebenar. Terdetik di hati ini. Mengapa perlu bergaduh? Mengapa perlu berebut harta pusaka yang sememangnya bukan hasil tulang empat kerat sendiri? ", "Tak kasihankah pada roh ibu ayah yang memandang dengan penuh sedih dari sana? Ya Allah terasa sayu di hati andainya suatu masa kelak anak sendiri berbuat perkara yang sama. Kembali pada tajuk sebenar kita, panduan pengiraan pembahagian faraid ini sudah ada di dalam AlQuran. ", "Ya, pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah an-Nisa’. Mari kita renung dulu akan firman Allah S.W.T dalam ayat 11 yang terkandung di dalam surah an-Nisa’ ini. ", "“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.", "Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.", "Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.", "(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.", "(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”", "Jelas nyata terang lagi bersuluh yang Allah SWT sendiri telah sampaikan bagaimana pentingnya untuk dibahagikan harta pusaka yang ada mengikut landasan Islam demi untuk mengelakkan daripada berlakunya perpecahan dalam keluarga. Itulah Islam. Segalanya ada di dalam AlQuran yang menjadi panduan gaya hidup masyarakat muslim. ", "Nak tahu bagaimanakah sebenarnya jumlah penentuan dan garis panduan pembahagian faraid ini? Di sini disertakan serba sedikit info untuk bacaan anda di sana. Semoga dengan adanya perkongsian ini dapatlah memberi gambaran yang lebih jelas mengenai isu faraid ini. ", "Perkataan faraid itu sendiri membawa maksud KETETAPAN yakni garis panduan yang telah ditetapkan untuk diikuti dengan baik. Dan mengikut istilah dalam hukum Syarak, Faraid adalah proses pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Muslim. ", "Siapakah Waris Yang Sah Boleh Menerima Faraid?", "Faraid ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris yang sah dan layak seperti:", "Apakah bentuk atau jenis harta yang perlu dibahagikan dalam bentuk faraid ini?", "Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:", "Apakah harta yang ditinggalkan si mati boleh terus dibahagikan serta merta?", "Harta yang akan dibahagikan kepada waris adalah baki harta yang ada selepas tolak:", "Berapakah Jumlah Pembahagian Yang Akan Diterima Itu?", "Apakah Ada Kesan Jika Kewajipan Untuk Bahagikan Harta Mengikut Faraid Ini Tidak Dipedulikan?", "Semestinya ada. Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan sistem Faraid ni, kesan yang paling ditakuti ianya boleh memberi masalah lain yang lebih besar seperti : ", "AWAS! Tolong jangan pandang mudah kerana pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (terutama sekali waris-waris) untuk selesaikan. Apabila hukumnya wajib maka akan berdosa besar jika tidak ditunaikan sebagaimana yang telah di tuntut oleh Islam. ", "Dari jauh didoakan semoga urusan anda dipermudahkan dan jika ada sebarang kemusykilan anda boleh terus ke pejabat agama terdekat untuk mendapatkan pencerahan dan info yang lebih banyak untuk perkara yang berkaitan dengan isu faraid ini. ", "Untuk pengetahuan anda juga, kini telah ada Sistem Maklumat Faraid versi web yang telah disediakan oleh pihak USM dan dengan wujudnya lamanweb ini anda boleh cuba lakukan contoh pengiraan bagi faraid secara kasar dengan lebih mudah. " ]
https://bidadari.my/10-makanan-membakar-lemak-di-tubuh/
Kesihatan 10 Makanan Membakar Lemak Oleh Ummu Hatim
[ "Pasti ramai mengalami masalah lemak berlebihan di sekitar tubuh. Lebih-lebih lagi ibu yang baru melahirkan anak. Walaupun sebagai muslimah yang berpakaian sopan, lemak-lemak tersebut pasti tidak kelihatan di mata kasar orang ramai. Namun, kehadiran lebihan lemak ini pasti boleh mempengaruhi tahap keyakinan diri hingga menjadi sangat rendah. Suami pasti akan memujuk dengan mengatakan “tak apa sayang. Abang terima semua baik dan buruk awak”. Tetapi sebagai seorang isteri, pasti perasaan untuk sentiasa kelihatan cantik di mata suami sentiasa menebal. Tahukah anda, selain senaman yang kerap, lemak di tubuh juga boleh dibakar dengan memilih diet dan pemakanan yang betul. Mari kita lihat 10 makanan yang boleh membantu membakar lemak yang ada di tubuh.", "Oat bukan sahaja sedap, tetapi juga boleh mengurangkan rasa lapar. Oat mengandungi fiber yang membantu dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.", "Telur merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu membina otot badan dan kolestrol yang baik.", "Epal adalah antara buahan yang kaya dengan bahan antioksidan dan suplemen lain yang kuat. Paling utama, ia mengandungi Pectin yang membantu mengurangkan sel lemak dalam tubuh.", "Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu dalam sel-sel pertumbuhan dan membakar lemak dalam masa yang singkat.", "Bawang putih pula mengandungi Allicin yang mempunyai sifat-sifat anti-bakteria yang membantu mengurangkan kadar lemak sekaligus menghapuskan kolestrol yang tidak baik.", "Selain dari menjadi makanan sunnah, madu juga merupakan antara makanan terbaik untuk membakar lemak. Hanya tambahkan satu sudu madu kedalam air suam dan amalkannya setiap awal pagi.", "Green Tea atau teh hijau mula menjadi minuman pilihan terutamanya bagi mereka yang menjaga kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Ia sangat efektif untuk mengurangkan berat badan. Teh hijau ini mengandungi bahan antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan. Hanya amalkan 2 cawan sehari untuk hasil yang lebih baik.", "Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dalam badan dan juga membantu mengurangkan lemak.", "Tomato membantu pembakaran lemak dalam masa yang singkat. Selain itu, tomato juga didapati merupakan makanan anti kanser. Jadi, tidak salah untuk mula menjadikan tomato sebagai salah satu makanan diet anda mulai hari ini.", "Kegemaran setiap wanita! Dark chocolate mengandungi Flavonoids, iaitu sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Ia meningkatkan pertumbuhan serotonin di dalam darah dan juga membakar lemak.", "Jadi, sudah tahu apa makanan yang harus dipilih? Semestinya, dalam apa jua yang kita ambil, kita hendaklah berpada-pada. Makanan yang elok pun, sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan makanan tersebut menjadi tidak elok pada tubuh kita. Selain itu, menjaga pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk membakar lemak. Rutin senaman yang konsisten, dan pengambilan air kosong yang mencukupi juga merupakan antara faktor kejayaan. Elakkan pengambilan pil kurus yang banyak ada dijual di pasaran. Ia bukan sahaja tidak elok, malah dikhuatiri memudaratkan kesihatan badan untuk jangka masa yang panjang.", "Credit gambar: Allie Coremin, Kabsik Park, Junga, Liz Kcer" ]
https://bidadari.my/senarai-barang-keperluan-ibu-berpantang/
Hamil Senarai Barang Keperluan Ibu Berpantang: Boleh Mula Beli Semasa Kandungan 7 Bulan Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Ibu mengandung yang menanti hari untuk bersalin pastinya sedang berdebar-debar, tak sabar untuk menerima kelahiran orang baru. Dalam masa yang sama pastinya anda sedang sibuk menyediakan barang keperluan untuk anda dan bayi yang bakal dilahirkan. ", "Istimewa untuk anda, kali ni kami nak kongsikan senarai barang keperluan ibu berpantang sebagai panduan. Bolehlah anda beli perlahan-lahan, sedikit demi sedikit mulai hari ni agar tak tergempar jika ditakdirkan anda bersalin awal.", "Barang keperluan ibu semasa di hospital", "Ini adalah di antara barang keperluan ibu berpantang yang paling penting. Seeloknya, sebaik sahaja kandungan anda mencecah 8 bulan anda sudah boleh masukkan barang-barang keperluan semasa berada di hospital ke dalam beg dan letakkan di tepi pintu utama rumah supaya senang dicapai semasa anda dalam perjalanan untuk ke hospital.", "Jika anda keluar berjalan-jalan, membeli-belah, atau bekerja, beg ini boleh dibawa bersama. Manalah tahu kalau tiba-tiba anda mengalami sakit nak bersalin. Di antara barangan penting yang perlu ada di dalam beg hospital tersebut ialah:", "Barang keperluan bayi semasa di hospital", "Selain barang keperluan buat ibu, barang keperluan bayi juga tidak kurang pentingnya. Di dalam beg hospital tadi anda boleh masukkan barang keperluan bayi anda seperti:", "Pakaian pulang dari hospital untuk ibu dan bayi", "Barang keperluan ibu berpantang yang seterusnya ialah pakaian pulang dari hospital untuk ibu dan bayi. Adalah sangat penting untuk anda memastikan tubuh badan anda ditutup dengan sepenuhnya memandangkan anda berada dalam tempoh berpantang dimana badan sangat lemah. ", "Jangan juga lupa untuk menutup kepala bayi anda dan membungkus bayi dalam bedung semasa dalam perjalanan pulang.", "Semasa mengandung, anda sudah boleh membeli pakaian untuk dipakai semasa berpantang. Adalah sangat penting untuk anda menyediakan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa tempoh berpantang. ", "Ini kerana ibu berpantang sangat sensitif, dan pakaian yang tidak sesuai boleh menjejaskan kesihatan dan merosakan mood ibu tersebut. Di antara pakaian yang diperlukan semasa berpantang ialah:", "Set berpantang adalah di antara barang keperluan ibu berpantang yang paling penting. Adalah sangat penting untuk anda menggunakan set berpantang yang elok bagi membantu memulihkan semula rahim dan menyegarkan semula tubuh badan. Terdapat pelbagai jenama set berpantang di pasaran dan pastinya anda keliru tak tau nak pilih yang mana.", "Secara amnya, terdapat set berpantang moden dan tradisional. Terpulang kepada anda untuk memilih jenis mana yang sesuai dengan personaliti anda. Di antara barangan dalam set berpantang yang penting buat anda ialah:", "Itulah dia info tentang senarai barang keperluan ibu berpantang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan artikel ini, pastinya anda juga akan berminat untuk membaca perkongsian kami tentang set bersalin terbaik, tanda nak bersalin, dan petua cepatkan bukaan rahim" ]
https://bidadari.my/tempat-menarik-tokyo/
Travel 14 Tempat Menarik di Tokyo Yang Wajib Anda Lawati Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Ada sesiapa yang sedang merancang untuk pergi ke Tokyo, Jepun? Anda teringin ke sana pada musim bunga sakura? Atau musim sejuk? Musim mana pun pilihan anda, jom kami kongsikan 14 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati.", "Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Taman tema ini dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Manakala Tokyo Disneysea pula adalah taman tema fantasi yang dibina berdasarkan lagenda laut. Berbeza dengan Disneyland yang lebih cenderung ke arah golongan kanak-kanak, Disneysea dibina bertujuan untuk menghiburkan pelawat golongan dewasa.", "Gunung Fuji adalah gunung yang tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776.24 meter (12,389 kaki). Gunung Fuji amat terkenal di seluruh dunia kerana bentuk puncak gunung yang hampir sempurna dan sekata menyerupai bentuk kon. Di sekeliling Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.", "Harajuku merupakan pusat peragaan fasyen remaja yang paling extreme di Jepun. Di sini terdapat banyak butik pakaian terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Setiap minggu pada hari ahad, golongan remaja di Jepun akan berkumpul di Takeshita Street, Harajuku sambil mengenakan pakaian costume seperti cosplay yang mengerupai watak anime, ahli muzik punk dan sebagainya.", "Omotesando pula merupakan jalan pejalan kaki sepanjang 1 kilometer yang merentasi Harajuku hingga Meiji Shrine. Omotesando terkenal dengan reka bentuk senibina banggunan yang unik dan menakjubkan.", "Shinjuku Gyoen National Park adalah di antara taman tradisional yang tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Di dalam taman ini juga terdapat beberapa taman utama iaitu French Garden dan English Garden. Taman ini adalah kawasan tarikan utama masyarakat Jepun untuk bersantai bersama keluarga pada musim bunga sakura. Selain itu, pada musim luruh pula bunga di taman ini akan berubah warna menjadi kuning keemasan dan pemandangan pada waktu ini adalah amat cantik.", "5. Sensoji Temple dan Nakasime Street", "Sensoji Temple juga dikenali sebagai Asakusa Cannon temple adalah sebuah kuil Budha yang terletak di Asakusa. Sensoji Temple merupakan kuil yang tertua di Tokyo. Selepas memasuki pintu pagar utama kuil ini iaitu Kaminarimon (Thunder Gate), sepanjang perjalanan hingga ke pintu gate kedua Hozomon, terdapat deretan kedai cenderahati yang dipanggil Nakasime Street. Deretan kedai ini menjual pelbagai cenderahati tradisional Jepun yang unik dan menarik.", "Meiji Shrine dibina khas untuk Maharaja Meiji dan siap dibina pada tahun 1920. Semasa perang dunia kedua tercetus, kuil ini mengalami kerosakan namun diperbaiki semula selepas itu. Meiji Shrine adalah di antara kuil yang paling popular di Jepun. Pada 1 haribulan Januari setiap tahun, kuil ini akan dilawati oleh hampir 3 juta orang untuk menunaikan solat pertama (hatsumode). Kuil ini juga terkenal dalam kalangan pasangan kekasih sebagai tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan tradisional yang dikenali sebagai perkahwinan Shinto.", "Shibuya adalah di antara 23 bandar utama di Tokyo dan terkenal sebagai kawasan membeli-belah dan hiburan. Shibuya juga terkenal dengan kawasan persimpangan lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia yang dikenali sebagai Shibuya Crossing. Di Shibuya terdapat pelbagai butik pakaian yang menarik dan merupakan pusat bagi fashion remaja dan budaya. Selain itu, terdapat sebuah tugu anjing yang terkenal sebagai tempat perjumpaan bagi masyarakat Jepun iaitu Hachiko Statue. Lagenda mengatakan bahawa anjing yang bernama Hachiko ini setia menunggu kepulangan tuannya di hadapan stesen keretapi Shibuya setiap hari walaupun selepas tuannya itu meninggal dunia.", "Yoyogi park adalah taman yang terbesar di Tokyo dan amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah bersama keluarga. Di taman ini terdapat pelbagai tarikkan seperti tasik kecik, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini terletak bersebelahan dengan Meiji Shrine dan pengunjung akan dapat menikmati pemandangan Yoyogi Park yang cantik sepanjang perjalanan hendak ke Meiji Shrine.", "Tokyo Skytree adalah menara penyiaran televisyen dan merupakan mercu tanda bandar Tokyo. Menara ini adalah menara tertinggi di Jepun dan juga menara kedua tertinggi di dunia pada ketika siap dibina dengan ketinggian 634 meter. Terdapat dua dek pemerhati di menara ini iaitu pada ketinggian 350 meter dan 450 meter. Pengunjung berpeluang untuk menikmati keindahan pemandangan 360 darjah bandar Tokyo yang amat mempersonakan.", "Akihabara terkenal dengan pelbagai kedai elektronik. Selain itu, Akihabara juga merupakan syurga bagi penggemar anime dan manga. Antara tarikan utama yang unik di Akihabara ialah Maid Cafe, Gundam Cafe dan AKB48 Cafe and Shop.", "Shinjuku merupakan di antara 23 bandar utama di Tokyo. Shinjuku terkenal sebagai pusat membeli-belah, hiburan dan perniagaan. Stesen keretapi Shinjuku merupakan stesen keretapi yang paling sibuk di dunia. Antara tarikan utama di Shinjuku adalah Metropolitan Government Office, Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town, dan pelbagai pasaraya besar seperti Isetan, Takashimaya, Odakyu Department Store, Keio Department Store dan Big Camera.", "Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Odaiba bermaksud kubu dan telah dibina pada zaman dahulu dengan tujuan untuk mempertahankan Tokyo daripada serangan musuh. Namun kini Odaiba telah diubah suai menjadi destinasi pelancongan, hiburan dan pusat membeli-belah. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan banggunan yang menarik dan canggih.", "Di Ueno terdapat pelbagai muzium seperti Tokyo National Museum, National Museum for Western Art, Tokyo Metropolitan Art Museum dan National Science Museum. Bagi individu yang gemar akan sejarah, budaya dan kesenian, Ueno adalah tempat yang wajib anda lawati. Selain itu, di Ueno juga terdapat Ueno Zoo yang merupakan taman zoologi pertama di Jepun.", "Roppong merupakan tempat yang terkenal untuk melihat pemandangan keseluruhan Tokyo daripada dek pemerhati Roppongi Hill. Antara tarikan utama di Roppongi ialah Mori Tower yang merupakan banggunan tertinggi di Roppongi. Selain itu, terdapat juga Mori Art Museum dan Mori Garden berdekatan dengan Mori Tower.", "Itulah dia 14 tempat menarik di Tokyo yang wajib anda lawati. Selamat bercuti!", "Bagaimana artikel ini? Anda suka tempat menarik di Jakarta yang dikongsikan? Ada tempat cadangan lain patut kami kongsikan? Selain tempat di atas, kami juga ada menulis tempat menarik yang lain. Jemput baca. Jangan lupa share dan like artikel ini ya." ]
https://bidadari.my/makanan-diet-untuk-kurus/
Featured, Kesihatan, Petua Tips 8 Tips Makanan Diet untuk Kurus Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
[ "Mencari tips makanan diet untuk kurus? Mendapatkan tubuh badan yang langsing, kurus dan menawan memang menjadi idaman setiap dari kita yang mahukan keyakinan diri, menarik perhatian orang lain atau tujuan-tujuan lain yang tertentu. ", "Bagi yang mengalami masalah berat badan yang berlebihan, pastinya pelbagai cara akan diusahakan untuk mencapai berat badan yang ideal.", "Selain melakukan aktiviti fizikal, senaman dan aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh, tips makanan diet juga boleh diamalkan untuk kurus. Kita janganlah terlalu bergantung kepada ubat-ubatan dan suplemen yang mendakwa boleh menurunkan badan dengan drastic pada tempoh masa yang sekejap. Hal ini demikian kerana kandungan kimia bahan dan ramuan suplemen tersebut mengandungi bahan yang berbahaya kepada tubuh kita, setidak-tidaknya untuk jangka masa yang panjang.", "Oleh itu, artikel ini akan berkongsi mengenai antara contoh makanan yang boleh diamalkan sebagai tips makanan diet untuk kurus. Cadangan ini adalah berdasarkan hasil kajian penyelidikan saintifik yang dilaporkan oleh para penyelidik terdahulu (Mirmiran et al. 2014 dan Rao et al. 2013).", "Namun, anda sentiasa disarankan supaya sentiasa memastikan jenis alahan makanan anda dan mendapatkan nasihat perubatan doktor kesihatan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan tips makanan untuk diet.", "1. Sumber Makanan Karbohidrat dan Tinggi Serat", "Produk berasaskan karbohidrat penuh boleh dijadikan sebagai sumber asas membekalkan tenaga dalam diet makanan kita. Ramai yang bimbang untuk mengambil makanan ‘berat’ yang mengandungi karbohidrat ini disebabkan kandungan kanji dan gulanya. Namun, makanan tersebut sebenarnya tidak bersalah! Mereka membantu membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian dan merupakan sumber serat yang tinggi untuk melancarkan sistem penghadaman.", "Kesilapan yang biasa dilakukan yang menyebabkan berat badan makin bertambah dengan diet mengandungi sumber karbohidrat ini adalah apabila amaun yang diambil dalam komposisi yang sangat banyak atau berlebihan. Ditambah pula dengan hidangan sampingan yang banyak dan membahayakan kesihatan seperti berlemak, berminyak, tinggi gula dan garam. Amalan diet ini perlulah dalam kadar yang sedikit dan diulangi dengan kerap, bukannya hadap pada satu masa yang sama.", "2. Bijirin Penuh sebagai Ganti Nasi", "Sekiranya anda ingin mencari alternatif nasi yang sebelum ini menjadi sumber karbohidrat anda khuatir tabiat makanan anda tidak boleh dikawal dengan nasi dan lauk-pauk yang meriah, anda boleh cuba bijirin penuh sebagai ganti nasi yang sama-sama boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan aktiviti seharian.", "Antara bijirin penuh yang boleh diambil ialah gandung penuh, oat, rye dan barli. Malah, beberapa kajian ada menerbitkan kesan pengambilan makanan ini yang membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangankan saiz sel adiposity (lemak) yang seterusnya membantu kawalan gula dalam darah.", "Berbanding bijirin halus, bijirin penuh ini merupakan makanan yang mengandungi polisakarida kompleks tidak tercerna termasuklah serat larut dan serat tidak alrut, inulin, beta glukan dan kanji rintang. Ringkasnya, semua kandungan ini akan menjadikan anda kenyang lebih lama dan tahan sepanjang hari. Di samping itu, sistem pencernaan anda akan menjadi lebih lancar. Cubalah!", "Antara contoh kekacang yang boleh diamalkan adalah seperti kacang peas, kacang tanah, soya, kacang dhal dan kacang hijau. Kekacang merupakan sumber diet protein dan serat yang sangat bagus bagi mereka yang sedang berusaha untuk turunkan berat badan. Namun, cara penyediaan memasak kekacang ini perlulah dikendalikan secara sihat seperti rebus atau kukus berbanding dimasak secara gorengan berminyak atau masak berlemak.", "Di samping itu, protein dalam kekacang ini mampu menurunkan tahap kolesterol dalam plasma darah sebagaimana yang pernah dikaji sebelum ini. Kandungan protein yang tinggi juga boleh memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama, selain membantu proses pembaikan sel dan organ bagi mereka yang sedang mengalami masalah kegemukan yang ingin mengubah gaya hidup.", "Aneka jenis lemon dan limau merupakan antara contoh buah-buahan sitrus yang boleh diambil sebagai tips makanan diet untuk kurus. Analisis makmal menunjukkan bahawa buah-buahan sitrus adalah kaya dengan sebatian aktif seperti lutein, betaine, rubisculins, asid p-cumaric, asid ferulik dan violaxanthine.", "Sebatian tersebut sebenarnya membantu meningkatkan profil lipid anda dengan menyingkirkan kolesterol dari dalam tubuh. Tambah menarik, kapasiti antioksidan didapati meningkat dengan pengambilan diet buah-buahan sitrus, Hal ini bermaksud, anda boleh kelihatan lebih muda dan awet muda dengan kurangnya aktiviti penuaan apabila sebatian-sebatian tersebut bertindak sebagai antioksidan melawan radikal bebas dalam tubuh.", "Berbanding beras putih, beras perang mempunyai indeks glisemik dan bekalan glisemik yang lebih rendah. Hal ini bermaksud, gula dalam beras perang adalah lebih sedikit untuk menyebabkan potensi kegemukan. Selain itu, berdasarkan analisis, beras perang mempunyai kandungan nutrien yang lebih banyak berbanding beras putih, antaranya:", "Kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan diet beras perang berjaya mengawal kandungan gula dalam darah, dyslipidemia (kandungan lemak), fungsi endothelial, fungsi hati, dan obesiti terutamanya di bahagian abdominen (perut).", "6. Buah Tin dan Buah Kurma", "Kedua-dua buah tersebut sinonim dengan masyarakat Arab yang mengamalkan memakan buah-buahan tersebut. Kini, buah tin atau figs dan kurma kini mudah diperolehi walau di mana-mana kita berada.", "Terdapat banyak khasiat yang tersimpan dalam buah-buahan  ini. Sebagai contoh, kurma mampu memberikan perlindungan terhadap neuropati kencing manis dan melindungi buah pinggang akibat kerosakan oksidatif. Buah tin pula dilaporkan menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kepekaan insulin untuk mengawal gula dalam darah.", "Tindakan sel yang berlaku disebabkan diet makanan buah-buahan ini sememangnya sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjadi lebih sihat, dan sangat sesuai diamalkan oleh mereka yangs sedang mencari tips makanan  diet untuk kurus.", "Satu kajian telah melaporkan penemuan yang menarik berkenaan fungsi tomato sebagai buah atau hidangan yang boleh membantu mereka yang sedang berusaha untuk kurus. Seeloknya buah tomato dimakan mentah seperti makan epal bagi mengekalkan zat dan nutriennya yang mungkin hilang jika dikenakan suhu tinggi apabila dimasak.", "Hasil kajian tersebut mendapati bahawa tomato merupakan sumber makanan utama yang boleh membekalkan lycopene, beta karotena dan flavonoid. Sebatian ini semua membantu menurunkan tekanan darah dan kandungan lemak selain mengurangkan risiko kardiovaskular dan meningkatkan ciri antioksidan dan antipenuaan.", "Jika anda kurang menggemari buah tomato, antara alternatif buah lain yang boleh dimakan ialah anggur dan tembikai. Kedua-duanya memiliki ciri khas yang sama dalam meningkatkan metabolisme dan mengawal berat badan.", "Walaupun harganya agak mahal, adalah tidak rugi untuk mencuba menggunakan minyak zaitun dalam diet seharian. Tambahan pula, penggunaannya adalah dalam kadar yang sedikit, contohnya untuk dijadikan dressing salad dan minyak tumisan.", "Dilaporkan, minyak zaitun sangat berkesan dalam menurunkan kandungan kolesterol dan pembentukan atherosclerosis atau pembekuan saluran pembuluh darah. Selain itu, kadar metabolisme badan akan menjadi lebih terkawal dan bertambah baik. Hal ini ternyata amat membantu mereka yang ingin menurunkan berat badan.", "Diet makanan boleh dijadikan antara strategi untuk turunkan berat badan atau kurus. Namun, selain diet yang seimbang, gaya hidup yang sihat dan aktiviti fizikal yang cergas perlu tetap diamalkan.", "Jemput juga baca artikel selain tips makanan diet untuk kurus ini:" ]
https://bidadari.my/makanan-punca-jerawat/
Kesihatan, Petua Tips 5 Makanan Punca Jerawat Menurut Sains Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
[ "Benarkah makanan punca jerawat? Artikel ini akan mengupas kenyataan ini menurut kajian sains yang pernah dilakukan. Jom baca.", "Terma perubatan bagi jerawat atau acne ialah “acne vulgaris.” Ramai yang berpendapat bahawa hormon terutamanya dalam kalangan remaja dan ubat-ubatan menjadi punca jerawat.", "Hormon androgen memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jerawat. Walaupun hormon ini dikenali sebagai hormon lelaki, perempuan turut memilikinya yang menyebabkan baik lelaki mahupun perempuan, berdepan dengan masalah jerawat. Tambahan pula, bagi perempuan yang mengalami sindrom policistik ovari (PCOS), kandungan androgen mereka adalah lebih tinggi yang bakal menyebabkan jerawat yang lebih teruk.", "Hormon testosteron bukan sahaja dihasilkan di dalam testis lelaki, tetapi dihasilkan di dalam kulit kita. Enzim yang terdapat dalam kulit akan menukarkannya menjadi bahan yang menyekat liang dan kelenjar minyak kulit. Hal ini bukan sahaja menyebabkan jerawat, malah menjadi punca pembentukan bintik hitam dan putih yang lebih dikenali ramai sebagai white head dan black head.", "Kulit yang kotor dan mengalami kelenjar yang tersekat ini akan memerangkap bakteria yang sedia ada berada di permukaan kulit, Pripionibacterium acnes lalu menyebabkan jangkitan yang kita panggil, jerawat.", "Persepsi atau pendapat yang mengatakan bahawa jerawat berpunca daripada hormon datang daripada pemerhatian ke atas golongan remaja yang paling banyak menghadapi masalah jerawat sepanjang tempoh mereka akil baligh.", "Tapi, kenapa ada sebilangan remaja di kawasan lain khususnya etnik tertentu yang langsung tidak mempunyai jerawat?", "Berikut ialah dapatan kajian pakar alahan, hormon, penyakit kulit dan keadaan perubatan dari Amerika Syarikat, Dr. Ray Schilling yang memerhatikan kaitan remaja vs jerawat, tiada kes jerawat dicatatkan bagi komuniti ini:", "Persamaan mereka semua yang tidak mempunyai masalah jerawat ialah, diet pemakanan mereka tidak mengandungi gula, gandum, bijirin, alkohol, produk tenusu dan makanan segera yang tinggi minyak dan garam!", "Oleh itu, berikut ialah senarai makanan yang menjadi punca jerawat sebagaimana yang telah dilaporkan dalam kajian saintifik.", "Dalam satu kajian yang berskala besar melibatkan 42 000 orang responden jururawat di sebuah hospital, didapati mereka yang telah didiagnos dengan masalah jerawat dan acne yang serius semasa remaja, mengambil lebih 3 hidangan susu sehari berbanding mereka yang hanya mengambil 1 atau kurang hidangan susu sehari.", "Malah, pengambilan susu skim didapati lebih menyebabkan masalah jerawat berbanding susu segar. Jadi, para penyelidik berpendapat bahawa, kandungan lemak dalam susu bukanlah penyebab jerawat, tetapi kandungan hormon yang tinggi dalam susu skim berbanding susu segar yang menyebabkan punca jerawat.", "2. Roti (makanan tinggi indeks glisemik)", "Makanan yang tinggi nilai indeks glisemik seperti roti, gandum dan beras tertentu menyebabkan risiko jerawat yang semakin buruk.", "Makanan tinggi indeks glisemik ini mempunyai kaitan dengan kepekaan atau sensitiviti insulin yang akan mengubah kandungan hormon menyebabkan pembentukan jerawat.", "Ulasan pengkaji dalam artikel yang diterbitkan di Skin Therapy Letter pada tahun 2010 mengulas berkenaan kajian ke atas kumpulan kajian yang diberi diet makanan rendah indeks glisemik berbanding kumpulan kawalan, menunjukkan hasil tahap hormon SHBG (penyebab jerawat) yang jauh berkurangan berbanding kawalan.", "Di samping itu, diet rendah indeks glisemik ini menjadikan kumpulan kawalan tersebut turun berat badan, kawalan gula dalam darah yang lebih baik dan kepekaan insulin yang tinggi.", "Dalam artikel tersebut juga, ada mengulas mengenai mentaliti orang ramai yang mengaitkan coklat dengan jerawat. Hal ini telah disangkal oleh kajian lepas yang melihat kesan pengambilan 114 gram coklat sehari selama 4 bulan oleh 65 peserta kajian.", "Tiada hubungan yang jelas atau konklusif untuk mengesahkan dakwaan ini.", "Namun, terdapat golongan yang mempunyai alahan kecil yang boleh berdepan dengan masalah jerawat apabila kandungan aktif dalam coklat menyebabkan perubahan hormon kulit mereka.", "Walaupun belum ada lagi kajian terperinci berkenaan ini, namun sedia maklum melalui penerbitan saintifik sebelum ini bahawa asid lemak omega-6 adalah cenderung atau mudah untuk menyebabkan keradangan punca jerawat.", "Antara contoh makanan tinggi omega-6 ialah:", "Aiskrim tergolong dalam produk tenusu dan tinggi kandungan gula. Satu resepi yang sangat mengundang kehadiran jerawat!", "Hal ini dibuktikan melalui kajian oleh para penyelidik dari UKM pada tahun 2012. Mereka melihat trend risiko jerawat yang tinggi dalam kalangan responden yang makan ais krim sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.", "Lebih banyak makan aiskrim dalam seminggu, lebih tinggi risiko muka berjerawat!", "Makanan punca jerawat adalah disebabkan kandungan mereka yang mengaktifkan enzim dan hormon pembentukan jerawat. Namun, seandainya makanan yang dikatakan punca jerawat ini tidak menyebabkan anda mengalami masalah jerawat yang teruk, janganlah terus berhenti mengambilnya dalam diet makanan seharian kerana makanan tersebut turtu mempunyai khasiat perubatan lain yang diperlukan badan.", "Semua makanan boleh menjadi khasiat atau ‘racun’ cuma yang membezakannya ialah dos atau amaun yang diambil. Kekalkanlah bersederhana seperti yang dianjurkan dalam Islam.", "Baca juga artikellain tentang tips kecutkan jerawat dan cara hilangkan jerawat" ]
https://bidadari.my/resepi-roti-sosej-super-senang-dan-lazat/
Resepi Resepi Roti Sosej (Super Senang dan Lazat) Oleh Fazeeda Abdul Malik
[ "Hari ini kami akan kongsikan satu resepi yang sangat mudah & senang untuk dibuat iaitu roti sosej. Kadang-kadang bila kita beli roti sebuku tak habis-habis sehinggalah tarikh luput tiba. Ha time tu, x perlu nak rasa membazir sebab roti tu boleh digunakan untuk buat roti sosej ni tau. Tapi, kalau nak buat stok yang banyak, beli baru lah 2-3 bungkus pun tak mengapa ye dakk.", "Roti sosej ni elok dibuat stok terutamanya untuk golongan yang berkeluarga sebab anak-anak pasti akan gemarkannya. Ye lah kan bila disebut hot dog, pasti anak-anak berebut nak makan. Kalau boleh dibuat homemade hot dog, itu JAUH lebih BAIK tau. Homemade hotdog lebih berkhasiat buat sekeluarga terutama untuk anak-anak yang sedang membesar.", "Untuk roti pula, jika roti wholemeal atau roti bergandum penuh dijadikan pilihan berbanding dengan roti putih biasa, itu juga jauh lebih baik. Roti bergandum penuh sangat tinggi dengan vitamin dan serat yang dapat membantu menyokong pertumbuhan dan kesihatan anak-anak yang lebih baik. Jadi, pilihan di tangan ibu-ibu semua. Pilihlah yang terbaik!", "Roti Hot dog ni sesuai dihidang untuk sarapan pagi mahupun petang atau boleh juga dijadikan bekalan sekolah buat anak-anak. Jimat duit & kualiti makanan pun memang terjamin kan. Original masakan ibu yang lazat dan berkhasiat tiada tolok bandingnya. Resepi roti sosej ini dikongsikan oleh saudari Mazitah Ahmad Nur Solehah di Facebook.", "Selain resepi ini, kami juga banyak kongsikan resepi-resepi lain buat anda semua. Jemput tengok dan jangan lupa untuk LIKE dan Share ya! Selamat mencuba!" ]
https://bidadari.my/tips-untuk-ibu-mengandung-di-bulan-ramadhan/
Kesihatan Tips untuk ibu mengandung di Bulan Ramadhan Oleh Tasneem Haneem
[ "Tips untuk ibu mengandung di Bulan Ramadhan", "Wanita yang mengandung haruslah sentiasa menjaga kesihatan agar kandungan tidak terdedah kepada sebarang masalah. Selain itu, wanita mengandung mengamalkan cara hidup sihat dapat membantu dirinya untuk lebih cergas pada setiap masa. Tenaga merupakan perkara yang penting ketika mengandung oleh yang demikian ketika berpuasa wanita mengandung hendaklah memastikan mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti seharian. Pada bulan ramadhan, terdapat beberapa panduan yang boleh dirujuk oleh wanita hamil sebagai langkah menjaga kesihatan dari aspek pemakanan dan fizikal diri iaitu:", "Dengan itu, berbekalkan panduan yang diberikan ibu mengandung hendaklah sentiasa mengikut aturan dan menjaga kesihatan dengan baik. Jagalah pemakanan ketika bulan mengandung dan jaga lah kesihatan anda dari segi dalaman atau pun luaran. Ia amat penting untuk memastikan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Tambahan lagi, sahur mempunyai kelebihan iaitu ia boleh memberi tenaga kepada ibu hamil untuk tetap cergas pada waktu siang. Oleh itu, ibu mengandung haruslah bangun sahur dan mengamalkan yang sepatutnya. Seterusnya, makan ketika sahur akan memberikan nutrient yang penting kepada tubuh badan." ]
https://bidadari.my/resepi-sambal-ikan-bakar/
Resepi Resepi Sambal Ikan Bakar Viral Mak Boleh Cuba (Power) Oleh Rahayu Z
[ "Siapa yang tidak suka ikan bakar! Mesti semua orang suka ikan bakar bukan? Kombinasi rasa ikan segar yang dilumuri sambal ikan bakar lazat perlu diambil berat.", "Kelazatan ikan bakar sangat dipengaruhi oleh sambal yang digunakan untuk melumuri ikan. Untuk dapatkan ikan bakar yang sedap, pada perkongsian ini kami hadirkan resepi sambal ikan bakar yang sedap patut cuba.", "Dengan resepi sambal ikan bakar ala Ciksu Said di laman Facebook ini, gerenti akan terhasil ikan bakar sedap menjilat jari. Makan bersama nasi putih dan acar timun bikin ketagih.", "Resepi sambal ini boleh dibuat stock. Bila ingin bakar ikan, terus lumur sahaja sambal dekat ikan. Sangat senang dan mudah digunakan oleh mak yang ingin memasak cara mudah. Selamat mencuba.", "Note : Kalau ingin wangi, tabur daun limau purut atau daun kunyit.", "Selain resepi sambal ikan bakar, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/7-tips-buat-aktiviti-bersama-anak/
Anak, Rohani Nak Lakukan Aktiviti Bersama Anak Setiap Hari? Ini 7 Tips Praktikal Buat Para Ibu Oleh Eyza Faizah
[ "Dalam kesibukan kita menguruskan pelbagai perkara dalam kehidupan seharian, pastikan kita turut meluangkan masa yang berkualiti melakukan aktiviti bersama anak-anak.", "Kita boleh melakukan pelbagai perkara bersama mereka sama ada bermain, membaca buku, melakukan aktiviti kraf mudah atau mungkin berbual bersama mereka. Dengan cara ini, kita dapat lebih mengenali anak dan mereka akan lebih dekat dengan kita.", "Walau bagaimanapun, kadang-kala disebabkan kepenatan atau tiada ‘mood’, kita mungkin sering terlepas pandang untuk memperuntukkan masa berkualiti untuk beraktiviti bersama anak.", "Bagaimana cara untuk kita beraktiviti bersama dengan anak setiap hari atau sekurang-kurangnya hampir setiap hari? Apakah tips yang dapat menjadi pencetus kepada perkara ini?", "Ikuti perkongsian Puan Nurkhomsiah Bakrim melalui laman Facebook peribadinya tentang 7 tips melakukan aktiviti dengan anak setiap hari.", "TIPS 1 : ‘MINDSET’ DAN NIAT", "“Allah mewasiatkan ke atas kamu tentang anak-anak kamu.” ", "TIPS 2 : BERDOA KEPADA ALLAH", "TIPS 3 : SUSUN JADUAL PERIBADI", "“… Setiap wanita adalah penjaga di rumah suaminya dan bertanggungjawab kepada orang di bawah jagaannya.”", "(Direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)", "TIPS 5 : SEDIAKAN FAIL KHAS ‘HOMESCHOOLING’", "TIPS 6 : SEDIAKAN ‘HOMESCHOOLING TOOL BOX’", "TIPS 7 : DISIPLIN DAN KASIH SAYANG", "CIPTA MEMORI INDAH MELALUI ‘BONDING TIME’ YANG BERKUALITI", "Ayuh fikirkan sejenak. Jika tiada ruang waktu istimewa kita bersama anak-anak ketika mereka kecil, kelak apabila mereka dewasa, mungkinkah ada ruang waktu istimewa mereka untuk bersama dengan kita?", "Luangkan masa untuk mendidik anak-anak dengan melakukan aktiviti bersama mereka setiap hari. Walaupun hanya sebentar, ianya cukup bermakna buat mereka. Semoga tips-tips ini membantu dan dapat dimanfaatkan oleh kita dengan sebaik-baiknya.", "Mari sama-sama kita cipta memori indah bersama anak-anak melalui ‘bonding time’ yang berkualiti dengan mereka!", "*Sumber asal perkongsian ini adalah daripada Puan Nurkhomsiah Bakrim melalui laman Facebook peribadinya dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau." ]
https://bidadari.my/resepi-kek-butter-susu-sukatan-cawan-moist/
Resepi Resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan (Moist) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Terliurnya tengok gambar-gambar orang makan Kek Butter Susu. Nampak lembap dan sedap. Nak beli takut tak puas makan lah pula. Apa kata buat sendiri untuk makan sendiri dengan ahli keluarga. Boleh juga kalau nak menjamu tetamu yang datang.", "Kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Kek Butter Susu nih agak popular juga di kalangan orang ramai. Cara buatnya pun mudah. Hasil jualan kek, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan.", "Sesiapa pun boleh cuba membuat Kek Butter Susu menggunakan resepi dari Normilawati Nordin. Walaupun untuk ‘first timer’. Jangan risau! Resepinya sangat mudah kerana menggunakan sukatan yang tepat iaitu sukatan cawan. Tak de main agak-agak. ", "Resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan", " Senang dan mudahkan? Jangan lupa share resepi ini dengan yang lain. Sharing is caring. Oh ya, selain daripada resepi Kek Butter Susu Sukatan Cawan ini, kami juga menulis resepi yang lain. Jemput membaca dan mencuba. " ]
https://bidadari.my/resepi-roti-goreng-cadbury/
Resepi Resepi Roti Goreng Cadbury Viral (Patut Cuba) Oleh Rahayu Z
[ "Selamat petang semua. Kali ini kami akan kongsikan resepi berasaskan roti. Resepi roti goreng Cadbury yang mudah. Kudapan ini diperbuat menggunakan 2 bahan sahaja. Menggunakan roti keping gardenia dan coklat Cadbury.", "Resepi teramat mudah ini telah mendapat perkongsian sangat ramai, dalam masa yang singkat telah mencecah 114K perkongsian di laman Facebook, resepi dikongsikan oleh Sitjua Jua.", "Mesti anda tertanya macam mana boleh kudapan simpel ini menarik perhatian ramai? Semestinya boleh, kerana coklat Cadbury sebagai inti amat berperan menaikkan kualiti kudapan dengan menghasilkan rasa lemak coklat yang manis dan meleleh dalam mulut semasa dikunyah dengan roti lembut di luaran.", "Resepi ini sesuai untuk minum petang. Sesiapa yang tengah berdiet dimohon untuk tidak mencuba resepi ini demi mengelak makan yang berlebihan dan terlupa akan diet saking sedapnya kudapan ini.", "Selain resepi roti goreng Cadbury, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-mee-hailam-dapat-kuah-pekat/
Resepi Resepi Mee Hailam (Dapat Kuah Pekat) Oleh Faten Asnida
[ "Sedap juga kan dapat makan mee hailam waktu hujan begini. Dapat pulak hirup kuah yang pekat dan likat cukup buatkan anda tersandar. Kali ini kami bawakan anda resepi mee hailam yang rasa sama macam dikedai.", "Untuk pengetahuan anda juga, mee hailam ini merupakan hidangan masyarakat Cina di Perak. Paling menarik kuah mee hailam ini diperbuat daripada kuah rebusan daging atau tulang untuk menambahkan lagi rasa kuah mee ini.", "Kuah mee hailam juga tidak boleh terlalu pekat dan tidak terlalu cair nanti boleh hilang rasa keenakan mee hailam. Sekarang ini nak jumpa mee hailam kebanyakannya ada di kedai Siam.", " Jarang kedai melayu yang menghilangkan Mee hailam ini. Tapi jangan risau kami bantu anda dapatkan resepi mee hailam untuk anda cuba. Jom baca perkongsian oleh NorSilah Abdullah yang mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau ", "Menarik dan tertarik bukan resepi mee hailam yang kami kongsikan ini. Pasti anda tak sabar nak cuba. Jangan lupa nak lagi sedap letak lagi banyak lauk dan pekatkan kuah pasti ngam! Oh satu lagi jangan lupa juga share dan like ya. Terima kasih datang singgah di laman web kami. Kami sajikan pelbagai resepi menarik hanya untuk anda." ]
https://bidadari.my/10-resepi-ringkas-memasak-bersama-anak-kecil/
Keluarga, Resepi 10 Resepi Ringkas Memasak Bersama Anak Kecil Oleh Faz
[ "Kanak-kanak memang fitrahnya suka memasak dan mencuba sesuatu perkara yang baru. Teringat kembali zaman kanak-kanak kita dahulu, di mana sangat gemar bermain pondok-pondok dan masak-masak bersama rakan-rakan yang lain. Antara memori yang pasti diingati ialah:", "Begitulah zaman kanak-kanak kita dahulu. Memori main masak-masak bersama rakan taulan masih segar terpahat dalam ingatan hingga kini.", "Namun, peredaran masa dan perbezaan minat generasi kini telah menyaksikan perubahan dalam corak permainan zaman kanak-kanak waktu ini. Sudah jarang kita dapat lihat anak-anak bermain seperti zaman kita dahulu yang bebas bermain di luar. Mungkin faktor keselamatan, kawasan perumahan yang tidak sesuai atau isu gajet yang keterlaluan pada zaman sekarang telah menyebabkan segala permainan tradisi sudah semakin dilupakan. ", "Sebagai ibu bapa kita perlu mengambil inisiatif agar anak-anak masih boleh bebas bermain dengan menyediakan persekitaran yang selamat sama ada di dalam atau di luar rumah. Contohnya, anak-anak boleh diajak bersama-sama untuk memasak makanan kegemaran mereka di rumah. Jom kita lihat koleksi resepi mudah untuk memasak bersama si kecil anda!.", "Resepi di atas memang sangat mudah dilakukan oleh anak kecil. Bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka, malah dapat belajar pelbagai kemahiran semasa proses memasak seperti kemahiran motor halus, membaca dan mendengar arahan. ", "Daya fokus dan keyakinan diri turut meningkat apabila mereka mampu menyelesaikan setiap tugasan masakan yang diberikan. Jom main masak-masak!" ]
https://bidadari.my/doa-mudah-bersalin/
Hamil, Petua Tips Doa Mudah Bersalin Untuk Para Ibu Oleh Aniuna
[ "Bagi seorang ibu hamil, pasti saat kelahiran bayi adalah saat yang ditunggu setelah 9 bulan mengandungkan anak di dalam rahim. Namun, perasaan berdebar, risau, takut, teruja, gembira, semuanya bercampur-baur kerana proses kelahiran bayi adalah suatu situasi yang mencabar bukan setakat perlu tabah menahan sakit, tetapi juga si ibu sentiasa mengharapkan agar proses kelahiran dapat berjalan lancar dan nyawa ibu dan anak selamat.", "Terdapat bermacam-macam tips dan petua yang dikongsikan untuk permudahkan proses kelahiran, sama ada daripada petua orang dulu-dulu, mahupun nasihat perubatan daripada doktor dan juga jururawat. Namun begitu, bagi seorang Muslim adalah sangat baik jika tips dan petua ini diiringi dengan amalan doa agar Allah memberi kemudahan sewaktu proses bersalin nanti.", "“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”", "Surah Maryam sangat sinonim dengan ibu hamil. Bukan setakat amalkan ayat 26, Surah Maryam sahaja, malah ada juga yang menyarankan agar ibu hamil membaca keseluruhan Surah Maryam sebagai amalan sewaktu hamil agar mudah bersalin. Ini kerana, dalam surah ini terdapat kisah Maryam ra, ibu kepada Nabi Isa as yang melahirkan Nabi Isa as sendirian di tengah padang pasir.", "Walaupun tidak ada sebarang dalil yang menetapkan surah ini dibaca sewaktu hamil, namun, seperti ayat Al-Quran yang lain, setiap baris ayatnya mempunyai fadilat yang tersendiri. Malah terdapat doa-doa yang sangat bagus diamalkan melalui potongan-potongan ayat al-Quran.", "Dalam Surah Maryam khususnya, kita akan dapat menghayati beberapa pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehamilan dan keibubapaan. Secara tidak langsung, ia menyokong kenapa surah ini amat sesuai untuk kita baca sewaktu mengandung dan agar mudah bersalin.", "2) Ayat 38, Surah Ali Imran", "“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”", "Doa ini dibaca oleh Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya walaupun umur Nabi saat itu telah pun tua. Muda-mudahan, asbab dari doa ini, anda bukan sahaja dikurniakan zuriat yang soleh solehah, tetapi juga proses bersalin juga diberi kemudahan oleh Allah swt.", "“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”", "Ayat ini mengisahkan tentang kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna. Doa ini juga sesuai diamalkan semasa bersalin kerana pengorbanan seorang ibu yang bertarung antara hidup dan mati semasa proses kelahiran. Sebagaimana di akhir ayat 11, Surah Fatiir menyatakan bahawa segalanya mudah bagi Allah, maka doa ini elok diamalkan agar memudahkan proses bersalin.", "“Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, apa yang kurang sempurna, dan apa yang bertambah dalam rahim. Dan setiap sesuatu ada kadar ukuran di sisi-Nya.”", "Setiap apa yang berlaku di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah swt. Kesemuanya telah tertulis di Lohmahfuz, tidak akan bertambah dan tidak akan berkurang. Oleh sebab itu, ketika dalam proses bersalin, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemudahan. Ini kerana, Allah adalah Dzat yang Maha Mengetahui segala sesuatu.", "“Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.”", "Ayat ini mengandungi penjelasan bahawa setelah Allah melahirkan kita dari rahim seorang ibu, maka Allah menjadikan kita mengetahui segala sesuatu yang sebelumnya tidak kita ketahui. Dia telah memberikan kepada kita beberapa anugerah seperti akal fikiran, penglihatan dan pendengaran. Mudah-mudahan dengan doa ini, bukan sahaja proses bersalin dipermudahkan tetapi juga anak yang lahir tersebut dikurniakan anugerah akal yang sihat, pendengaran dan penglihatan yang baik dan menjadi hamba Allah yang bersyukur.", "“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”", "Ayat ini adalah doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan Nun. Harapannya, anak dalam kandungan juga dapat keluar dengan mudah seperti mana ikan Nun tersebut memuntahkan Nabi Yunus keluar daripada perutnya. Malah, doa ini juga sesuai dibaca ketika kita berada dalam kesusahan, agar Allah beri jalan keluar dari kesusahan tersebut dan permudahkan segala urusan.", "“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.”", "Sebenarnya Surah al-Zalzalah menceritakan kisah sewaktu hari kiamat berlaku. Namun potongan ayat 1-2 surah ini boleh diamalkan ketika ingin bersalin agar ‘beban-beban berat’ yang dikandung oleh si ibu dapat dikeluarkan dengan mudah seperti mana bumi mengeluarkan beban-beban berat yang dikandungnya.", "Ayat-ayat tersebut hanyalah sebahagian daripada doa yang boleh diamalkan, namun sebenarnya seluruh ayat dalam Al-Quran boleh dijadikan amalan doa yang mustajab. Apa yang penting, keyakinan bagi orang yang berdoa memohon pertolongan daripada Allah SWT dan menyerahkan segalanya kepada-Nya.", "Sebagaimana janji Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:", "“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.” (Surah Al-Isra, ayat 82)", "Mohonlah agar dipermudahkan urusan melahirkan anak tidak kiralah sama ada anda bersalin secara normal mahupun melalui pembedahan. Yang penting adalah nyawa anda dan bayi yang dilahirkan selamat. Dan yakinlah bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa hamba-Nya yang memohon dengan bersungguh-sungguh.", "Selain artikel doa mudah bersalin , jemput juga membaca artikel lain tulisan kami seperti amalan ibu mengandung, cara tanam uri dan juga doa untuk anak.Oh ya, jangan lupa untuk share dan like artikel ini jika dirasakan bermanfaat." ]
https://bidadari.my/resepi-biskut-dam/
Resepi Resepi Biskut Dam Cookies Koleksi Dulu-Dulu Simple Dan Sedap Oleh Rahayu Z
[ "Kami imbau anda untuk mengenang masa dulu-dulu. Projek hari ini kita cuba buat resepi biskut dam yang mampu bangkitkan kenangan raya zaman dulu bersama daripada ‎‎Midah Mohamad‎ di laman Facebook.", "Biskut dam memiliki rupa yang agak unik dan kotak-kotak. Umumnya kotak-kotak tersebut terbahagi antara pelbagai macam warna. Warna yang biasa dibuat ialah coklat dengan krim.", "Biarpun penyediaan biskut ini agak sukar dan memakan masa, ianya amat sedap dan disukai ramai. Anda kena memiliki sabar yang tinggi jika ingin membuat biskut dam. Antara proses yang kena dibuat ialah menguli, memotong, mencantum, potong lagi dan membakar. Yang penting kena sabar dan jangan terburu-buru ya.", "Kami menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan resepi di bawah ini. Terima kasih telah berkungjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya." ]
https://bidadari.my/resepi-kek-lapis/
Resepi Resepi Kek Lapis Sarawak (Masam Manis dan Lazat) Oleh Rahayu Z
[ "Kek Lapis Sarawak ialah kek lapis yang lazimnya dihidangkan di Sarawak, Malaysia. Kek lapis biasanya dihidangkan pada majlis-majlis khas. Biasanya dipanggil kek lapis sarawak, kek lapis moden sarawak atau kek lapis sahaja.", "Kek lapis sarawak biasanya dijadikan buah tangan bagi sesiapa yang datang daripada Sarawak. Sesiapa yang bercuti ke Sarawak belum best lagi kalau belum mencuba atau membeli kek lapis ini sebagai oleh-oleh. Kek lapis juga biasa dihidangkan pada majlis-majlis besar, hari raya mahupun majlis perkahwinan.", "Kek lapis Sarawak sangat sedap. Anda yang teringin memakan kek lapis Sarawak tidak perlu lagi jauh-jauh pergi ke Sarawak membeli kek ini, juga tak perlu beli di kedai kek kerana rasanya belum tentu sedap sesuai selera anda.", "Yang perlu anda lakukan iaitu, baca resepi yang kami kongsikan di bawah ini. Resepi kek lapis masam manis yang dikongsikan oleh Salwa Adam di Facebook. Seterusnya, anda cuba resepi kek ini kemudian sajikan kek lapis sedap buatan anda kepada jiran dan kerabat anda. Sila cuba.", "1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul2 kembang. Bila angkat mixer adunan tak menitik.", "2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.", "3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Mix hingga sebati.", "4. Masukkan kuning telur dan mix kan sebati.", "5. Sambil mixer ON, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis.", "6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan mix hingga sebati.", "7. Panaskan periuk kukus dahulu. Kemudian bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada taste masing-masing ingin warna kek terang mana. Sedia untuk dikukus.", "8. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun haw flakes. Tutup periuk kukus dan tunggu hingga ± 10 min.", "9. Kemudian masukkan lapisan kedua dan susun haw flakes. Selang selikan warna.", "10. Ulang step yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20 min. Siap.", "Selain resepi kek lapis, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/2-syarat-utama-untuk-kahwin-awal/
Keluarga 2 Syarat Ilmu Utama Untuk Kahwin Awal Oleh Wan Asrul Al-Kalantani
[ "Sambil-sambil jari ligat menari-nari di papan kekunci menaip buku. Terperasan satu mesej pesanan peribadi, soalannya agak menarik dan rasanya perlu dijawab untuk perhatian dan penerangan kepada semua.\n\nSoalan berbunyi ;", "“Assalam Ustaz, saya tertarik dengan posting ustaz berkaitan nikah awal iaitu semasa belajar dan tentang kehidupan selepas berkahwin awal. Buat pengetahuan ustaz, saya masih belajar dan mempunyai kawan wanita.", "Kami serius ingin hidup bersama, cuma bagaimana untuk meyakinkan keluarga yang kami perlu berkahwin awal dan apakah sebenarnya yang perlu ada untuk kahwin awal? Minta pandangan ustaz. Dari insan yang ingin tahu.”", "*************************************************************************************\nSoalannya kelihatan pendek, ringkas. Tetapi jawapannya panjang dan tidak seringkas soalannya. Maka, jawapannya perlu dikongsi di sini untuk tatapan ramai.", "2 syarat ilmu untuk kahwin awal [Rose Day]", "Waalaikummussalaam WarahmatULLAHi Wabarakaatuh, semoga Tuan yang bertanya dan sekaliannya berada di dalam rahmat dan Hidayah ALLAH sentiasa.", "Adapun berkaitan soalan yang diajukan, pertama sekali suka untuk sang faqir kongsikan kisah yang berusia lebih kurang 16 tahun lepas, sewaktu sang faqir dalam tarbiyyah ALLAHyarham guru tersayang.", "“Boleh saya tahu, umuq berapa Tok Su masa menikah?”", "Guru tersayang mengangkat matanya yang sedang menunduk menelaah kitab-kitab untuk disyarah pada malam yang bakal menjelma. Menjawab.", "“Awat hang nak tau? Galaq nak menikah dah ka?”", "“ Bukan galaq, saja nak tau.”", "“Umuq 17 tahun aku menikah dah”", "“Tu dia, mudanya, lagu mana tu Tok Su menikah muda?” Berminat hendak tahu.", "“Hang ingat menikah nie nak seronok saja ka? Menikah nie nak latih diri jadi khalifah, bukan benda main-main.”", "“Orang dulu menikah tak pakai duit kot-kot mana, lagi-lagi kalau nak menikah dengan anak tok guru, depa nak ilmu, tara mana ilmu hang ada, tara tu lah hang layak menikah.”", "“Ilmu apa yang kena ada Tok Su, kalau nak menikah awal?”", "“Mudah ja, nyatakan kesemua 68 aqaidul Iman beserta syarahnya, nyatakan rukun syahadah beserta sifatnya, nyatakan rukun-rukun solat beserta sifat solat,", "nyatakan keseluruhan hukum tajwid dalam surah Al Fatihah, hang ada jawapan untuk soalan nie, hang layak jadi suami kepada seorang wanita.”", "Terkedu bicara sewaktu itu. Dan setelah bertahun-tahun ‘pulun’ mengaji dan ditarbiyyah oleh Allahyarham guru-guru . Tersedar akan sang faqir bahawa, ilmu adalah kunci segala-galanya.", "Ilmu yang paling utama adalah AQIDAH, seterusnya IBADAH dan selanjutnya ilmu-ilmu lain. 2 perkara ini kunci kepada pasangan muda yang ingin memulakan masjid dalam usia muda.", "Soal kerja, harta atau pangkat, itu bukan perkara wajib dalam sesuatu struktur perkahwinan yang ingin mencapai rahmat dan redha Allah s.w.t.", "Setelah ada jawapan bagi 4 soalan tersebut beserta faham dan tahqiq, baharulah sang faqir mengambil keputusan untuk menikah. Jika Allahyarham Guru tersayang menikah dalam usia seawal 17 tahun, sang faqir terlajak lebih sedikit, iaitu menikah dalam usia 20 tahun.", "Maka, ketahuilah bahawa perkahwinan bukan semata-mata untuk keseronokan hidup bersama pasangan, tetapi ianya adalah suatu jambatan menuju kepada rahmat dan redha Allah.", "Jadi, kepada orang muda yang memasang niat ingin berkahwin awal. Cuba lengkapkan diri dengan jawapan kepada 4 soalan tersebut, insyaAllah akan bahagia rumahtangga.", "Kepada yang sudah berkahwin, tetapi tidak mempunyai jawapan kepada soalan-soalan tersebut, maka, sudah tiba masa mengorak langkah mencari jalan kebahagiaan.", "Dengan cara tersebut, bukan kita akan yakinkan keluarga, malahan Allah s.w.t yang akan hantarkan keyakinan ke dalam jiwa sanubari keluarga bahawa kita mampu menikah awal.", "Yakinlah, apabila dengan ilmu yang diamalkan dengan faham dan tahqiq, ianya akan membantu keseluruhan proses kehidupan menuju akhirat.", "Menikah dengan ilmu dan faham bukan dengan nafsu dan keinginan semata, insyaAllah bahagia rumahtangga.", "“Long, hidup kena ado ilmu. Ado ilmu boleh hidup, takdok ilmu, hidup pun tok guno.”", "Mulakan dengan Allah, hidup dengan Allah, berakhir juga dengan Allah. InsyaALLAH, selamat dunia akhirat.", "Jom baca panduan yang telah kami kongsikan di dalam Bidadari.my. Semoga panduan ini membantu. Jangan lupa untuk share dan like juga. Manlah tahu oanduan ini berguna untuk amsa hadapan." ]
https://bidadari.my/resepi-bombolini-red-velvet-cheese/
Resepi Resepi Bombolini Red Velvet Cheese (Dessert Viral Disukai Ramai) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Kali ini, kami kongsikan resepi Bombolini Red Velvet Cheese. Bombolini ini menggunakan red velvet sebagai bahan asas dan untuk filling hanya menggunakan cheese. Walupun fillingnya hanya cheese. Dah cukup sedap tau. Resepi yang dikongsikan oleh Nojha Izaniey Ibrahim di laman Facebook ini mendapat perhatian ramai tau. Tambah-tambah resepi ini digunakan oleh beliau untuk menjual.", "Jadinya, kalau ada yang nak buat meniaga pun boleh. Bombolini nih agak popular juga di kalangan orang ramai terutamanya di kalangan orang muda. Hasil jualan nya, bolehlah kalau nak menambah pendapatan sampingan untuk keluarga.", "Jom tengok resepinya. Pasti anda rasa tak sabar untuk membuatnya.", "Selain resepi Bombolini Red Velvet Cheese , kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya ." ]
https://bidadari.my/barang-dapur/
Petua Tips Senarai Barang Dapur Wajib Ada: Tips Bagi Yang Masuk Rumah Baru Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Bagi anda yang baru mendirikan rumah tangga atau berpindah ke rumah baru, pastinya anda sedang teruja untuk menyediakan persiapan rumah baru. Salah satu daripada perkara penting yang mungkin anda terlepas pandang ialah senarai barang dapur wajib ada.", "Kata orang, dapur adalah jantung sesebuah rumah. Itulah sebabnya apabila anda memasuki rumah baru, dapur yang lengkap dengan semua kelengkapan yang perlu adalah sangat penting.", "Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan senarai barang dapur wajib ada yang mungkin anda terlepas pandang dalam kesibukan menyediakan persiapan untuk masuk ke rumah baru. Semoga bermanfaat buat anda.", "Ini adalah benda paling penting yang perlu ada di dapur setiap rumah. Kalau anda tak beli pinggan mangkuk alamatnya tak makanlah anda sekeluarga. Tak semestinya anda perlu beli set pinggan mangkuk yang mahal dan berjenama. Beli yang biasa dan murah pun tak mengapa. Namun nasihat kami elakkan daripada membeli pinggan mangkuk plastic kerana dikhuatiri mengandungi satu bahan yang bernama BPA yang boleh membahayakan kesihatan.", "Jika pinggan mangkuk yang anda beli adalah dibuat dari plastik yang mengandungi BPA, apabila anda mengisi makanan panas ke dalam pinggan mangkuk tadi, haba dari makanan akan menyebabkan BPA dari plastik masuk ke dalam makanan dan seterusnya masuk ke tubuh badan anda. Di antara senarai pinggan mangkuk yang perlu anda beli adalah seperti berikut:", "Selain pinggan mangkuk, cawan dan gelas juga adalah benda penting yang wajib anda beli semasa masuk ke rumah baru. Seperti pinggan mangkuk, untuk cawan dan gelas, anda tidak perlu membeli alatan atau set berjenama yang mahal. Apa yang penting semestinya elakkan daripada membeli cawan atau gelas yang diperbuat daripada plastik.", "Apakah beza di antara cawan dan gelas? Cawan biasanya rendah dan boleh digunakan untuk minum air panas dan air sejuk sementara gelas biasanya lebih tinggi dan biasanya digunakan untuk minum air sejuk sahaja. Anda juga boleh pilih untuk membeli cawan dalam bentuk set yang datang dengan jag. Kalau ada tetamu datang menziarahi anda, cantik sikit nampaknya bila anda keluarkan set cawan bersama jag air.", "Kalau dah ada dapur semestinya anda akan memasak. Untuk memasak, anda memerlukan periuk. Untuk permulaan anda tak perlu beli periuk yang banyak. Dua biji periuk sudah memadai. Anda boleh pilih sama ada nak beli periuk besi, stainless steel, aluminium, kaca, tanah liat, atau boleh juga boleh beli periuk yang dibuat daripada batu granite. Ada bermacam-macam jenis periuk yang dijual di pasaran.", "Bagi anda yang baru nak memulakan keluarga, kami cadangkan untuk beli periuk yang bersaiz kecil atau sederhana sahaja memandangkan anda akan memasak untuk beberapa orang sahaja. Tak  perlu beli periuk yang besar melainkan jika anda jenis suka ajak kenalan dan ahli keluarga datang makan di rumah.", "Selain periuk, kuali juga sangat penting. Periuk biasanya digunakan untuk memasak makanan berkuah seperti gulai. Sementara kuali pula digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran, nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya. Seperti periuk, anda juga boleh memilih untuk membeli kuali dari jenis yang mana mengikut pilihan hati sama ada:", "Kuali juga dijual dalam pelbagai saiz. Seperti periuk, untuk anda yang baru nak mulakan hidup berkeluarga, cadangan kami anda Cuma perlu beli satu atau dua kuali bersaiz kecil dan sederhana. Itu sudah memadai.", "Nak memasak pastinya anda memerlukan pisau untuk memotong bahan masakan. Ada pelbagai jenis pisau, namun pada kamu apa yang penting ialah:", "Nanti anda boleh beli pisau-pisau yang lain. Atau kalau anda ada bajet, boleh beli set lengkap pisau.", "Sudu dan garfu juga sangat penting untuk anda gunakan semasa makan makanan yang berkuah atau makanan dari jenis mee atau pasta. Kurang manis kalau anda gunakan sudu dan garfu dari plastic dan ia juga tidak tahan lama. Sudu garfu yang dibuat dari besi adalah pilihan terbaik dan tahan lama.", "Anda perlukan senduk untuk memasak makanan yang berkuah seperti gulai dan sup. Beli dua senduk sudah memadai. Satu anda gunakan untuk memasak makanan pedas atau sup dan satu lagi anda guna untuk masak makanan manis seperti bubur.", "Spatula digunakan untuk menggoreng. Anda boleh pilih sodek yang dibuat daripada besi, kayu, atau pun plastik tahan panas.", "Anda perlukan besen untuk membasuh ikan, daging dan ayam. Selain itu anda juga perlukan besen untuk membersihkan sayur-sayuran.", "Anda perlukan penapis untuk menapis bahan masakan. Beli penapis yang kecil untuk menapis teh, dan penapis bersaiz sederhana untuk mencuci bahan masakan yang lain.", "Kami cadangkan anda beli sekurang-kurangnya dua papan pemotong. Satu papan pemotong untuk memotong ikan, ayam, daging, dan bahan masakan yang berdarah. Sementara papan pemotong kedua digunakan untuk memotong bahan masakan yang tidak berdarah. Kalau anda ada bajet, boleh juga beli papan pemotong khas untuk memotong roti.", "Itulah dia info tentang senarai barang dapur wajib ada di setiap rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang jenis kuali ,cara hilangkan hitam bawah kuali , ubah suai dapur dan tips dekorasi rumah" ]
https://bidadari.my/15-tanda-tanda-kanser-hati-yang-anda-wajib-tahu/
Kesihatan 15 Tanda-tanda Kanser Hati yang Anda Wajib Tahu Oleh Meedanadira
[ "Kanser hati adalah kanser yang terdiri daripada tumor hepatik malignan pada atau dalam hati.", "Terdapat beberapa kanser yang boleh terbentuk dalam organ hati.", "Jenis kanser hati yang sering ditemui adalah ‘hepatocellular carcinoma’ yang terbentuk bermula pada sel hepatosit.", "Kanser hati yang jarang berlaku pula adalah ‘intrahepatic cholangiocarcinoma’ dan hepatoblastoma.", "Bukan semua kanser yang menjangkiti hati adalah kanser hati.", "Ada juga kanser di bahagian lain seperti kanser usus, jantung dan payudara yang boleh merebak sehingga ke bahagian hati.", "Kanser yang merebak ke Kawasan lain ini dipanggil kanser metastatik.", "Kanser yang merebak hingga ke hati lebih biasa ditemui berbanding kanser hati.", "Hanya segelintir sahaja pesakit kanser hati yang mempunyai peluang untuk sembuh.", "Hal ini kerana, kanser ini sukar dikenalpasti dan kebanyakan penderita kanser ini tidak menunjukkan simptom-simptom awal.", "Dalam kebanyakan kes, kanser ini hanya dikenalpasti selepas kanser berada pada tahap yang membimbangkan.", "Justeru itu, perhatikan gejala-gejala ini sebelum terlambat:", "1. Kehilangan berat badan yang abnormal", "3. Sakit pada abdomen bahagian atas", "4. Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit", "5. Hati membesar, rasa ada sesuatu di bawah tulang rusuk di sebelah kanan", "6. Limpa membesar, rasa ada sesuatu di bawah tulang rusuk di sebelah kiri", "7. Sakit di bahagian abdomen atau berhampiran bahu kanan", "8. Pembengkakan pada abdomen disebabkan cecair berkumpul di dalam perut", "11. Perubahan warna kuning pada kulit dan pada mata putih (penyakit kuning)", "Sehingga kini, belum ada punca yang benar-benar tepat dan jelas bagi kanser ini.", "Walabagaimanapun, dalam sesetengah kes, puncanya dapat dikenalpasti.", "Contohnya, jangkitan virus hepatitis yang kronik boleh menyebabkan kanser hati.", "Kanser hati berlaku apabila berlaku perubahan pada DNA sel hati (mutasi).", "Mutasi DNA menyebabkan sel-sel mungkin membahagi tanpa kawalan dan akhirnya membentuk tumor.", "Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko menghidap kanser hati. Antara faktor yang anda perlu beri perhatian adalah:", "1. Jangkitan hepatitis B virus (HBV) atau hepatitis C yang kronik", "Menurut Persatuan Kanser Amerika, hepatitis C adalah punca utama kanser hati di A.S.", "Individu yang mempunyai kedua-dua hepatitis B atau C berisiko tinggi untuk menghidap kanser hati berbanding individu yang sihat, kerana kedua-dua bentuk penyakit ini boleh menyebabkan ‘Cirrhosis’ (parut pada hati).", "Kebanyakan kes kanser hati berkait dengan parut pada hati.", "Keadaan yang progresif dan tidak dapat dipulihkan ini menyebabkan tisu hati berparut dan meningkatkan peluang anda untuk menghidap kanser hati.", "Alkohol dan virus hepatitis adalah punca utama penyakit ‘Cirrhosis’.", "Penyakit hati yang dapat meningkatkan risiko kanser hati termasuklah ‘hemochromatosis’ dan penyakit Wilson.", "Jika ibu, bapa, abang, atau kakak seseorang mempunyai kanser hati, individu ini mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kanser hati.", "Orang yang menghidap diabetes yang minum alkohol dalam kadar yang berlebihan mempunyai risiko kanser hati yang tinggi.", "Pengumpulan lemak dalam hati meningkatkan risiko kanser hati.", "6. Terdedah kepada aflatoxins dalam jangka masa lama.", "Aflaksin adalah racun yang dihasilkan oleh kulat yang sering terjadi pada tanaman yang tidak disimpan dengan cara yang betul.", "Tanaman seperti jagung dan kacang boleh tercemar dengan aflatoxins.", "Pencemaran Aflatoxin biasa terjadi di Afrika dan Asia.", "Mengambil alkohol berlebihan setiap hari selama bertahun-tahun boleh mengakibatkan kerosakan hati dan meningkatkan risiko kanser hati.", "Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah, seperti pesakit HIV / AIDS mempunyai risiko kanser hati yang lima kali lebih besar daripada individu yang sihat.", "Peratusan lelaki yang menghidap kanser hati lebih tinggi berbanding wanita.", "Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh gaya hidup kaum lelaki.", "Lelaki cenderung merokok dan minum alkohol lebih banyak daripada wanita.", "Individu yang bergantung kepada penggunaan air telaga yang mengandungi toksin arsenik semulajadi mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat beberapa penyakit, termasuk kanser hati.", "Hepatektomi separa dijalankan untuk membuang bahagian hati yang mempunyai tumor bersaiz kecil.", "Pembedahan ini boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan dan masalah pembekuan darah, jangkitan dan radang paru-paru.", "Pesakit yang menjalani pemindahan hati tidak boleh mempunyai tumor yang lebih besar daripada 5 cm atau beberapa tumor yang lebih besar daripada 3 cm.", "Risiko untuk kanser berulang terlalu jika pesakit yang mempunyai tumor lebih besar daripada ini menjalani pemindahan hati.", "Jika pemindahan berjaya, risiko untuk kanser berulang akan berkurangan, dan fungsi normal organ juga dapat dipulihkan.", "Dalam sestengah kes, sistem kekebalan tubuh boleh ‘menolak’ organ baru.", "Sistem kekebalan tubuh akan menyerang organ baru kerana ia dianggap sebagai benda asing.", "Hal ini menyebabkan peluang untuk melaksanakan pemindahan menjadi sukar.", "Ubat-ubatan yang menekan sistem imun untuk menerima organ baru juga boleh membawa kepada jangkitan serius dan perebakan tumor metastasis.", "3. Rawatan untuk tumor yang tidak boleh diubati", "Kanser hati yang di tahap kritikal, mempunyai kadar kelangsungan hidup yang sangat rendah.", "Walau bagaimanapun, terdapat langkah-langkah yang boleh diambil oleh pakar perubatan untuk merawat gejala kanser dan melambatkan pertumbuhan tumor.", "Bahan seperti alkohol disuntik terus ke dalam tumor.", "Laser dan gelombang radio juga boleh digunakan.", "Radiasi diarahkan pada tumor dan akan membunuh sel kanser.", "Pesakit mungkin mengalami loya, muntah-muntah, dan keletihan.", "Ubat-ubatan tertentu disuntik ke dalam hati untuk membunuh sel kanser.", "Dalam ‘chemoembolization’, bekalan darah ke tumor disekat secara pembedahan atau mekanikal.", "Seterusnya, ubat-ubatan anti-kanser terus masuk ke dalam tumor.", "Cara rawatan kanser hati dilakukan berdasarkan jenis kanser hati.", "Anda perlu mengambil langkah-langkah pencegahan ini untuk mengelakkan penyakit kanser hati:", "3. Pengambilan vaksin hepatitis B terutama bagi golongan seperti di bawah;", "a. Pengguna dadah yang berkongsi jarum.", "b. Individu yang melakukan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan hepatitis B", "c. Jururawat, doktor, doktor gigi dan individu yang bekerja dalam bidang perubatan yang terdedah kepada jangkitan", "d. Pelancong yang melawat negara yang mempunyai kes hepatitis B", "5. Merawat penyakit yang boleh membawa kepada kanser seperti ’hemochromatosis’" ]
https://bidadari.my/tabiat-buruk-menyebabkan-sakit-belakang/
Kesihatan 8 Punca Sakit Belakang Dan Tabiat Buruk Yang Perlu Dihentikan Oleh Ummu Hatim
[ "Kenali 8 tabiat buruk yang menyebabkan punca sakit belakang yang perlu dihentikan.Semua ini adalah aktiviti yang kita buat sama ada sedar ataupun tisak sedar. ", "Menghidap sakit belakang, pasti akan menjejaskan kualiti hidup anda dan membataskan aktiviti seharian anda. Selain dari kesan jangka panjang yang buruk apabila mengambil ubat tahan sakit yang kerap, penghidap sakit belakang juga terpaksa bergantung pada orang lain untuk menjalani kehidupan seharian.", "Saya yakin, pasti ramai antara kita mengalami masalah ini. Tahukah anda, kadang kala tabiat buruk anda juga merupakan antara punca sakit belakang ini berlaku?", "Ketahui 8 tabiat buruk ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. InshaAllah mana-mana tabiat tersebut sekiranya dielakkan, boleh mengurangkan sakit belakang anda.", "Tilam yang bagus tahan sehingga 8 ke 10 tahun. Sekiranya anda tidak menukar tilam anda lebih dari 10 tahun, terdapat kebarangkalian untuk tulang belakang anda tidak memperoleh sokongan yang sepatutnya.", "Gantikan tilam lama anda dengan tilam yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Benar, tilam yang bagus sangat mahal. Tetapi apa salahnya berbelanja lebih asalkan tubuh badan anda kekal sihat. Bak kata mak saya, “wang boleh dicari, tetapi bukan kesihatan”.", "Mengangkat barang yang berat, terutamanya untuk wanita boleh menyebabkan ketidakseimbangan pada bahu dan tulang belakang anda. Kaum wanita terkenal dengan suka membawa beg tangan yang berat. Macam-macam diisi.", "Kadang kala, isi kandungannya tidak masuk akal. Lebih besar beg tangan mereka, lebih banyak barangan yang diisi. Cuba kurangkan barang yang mahu dibawa dan bertukarlah ke beg tangan yang lebih kecil. Hadkan dengan membawa barang yang betul-betul perlu sahaja. Anda mesti tak mahu sekiranya bahu anda senget sebelah kan? Pasti menjejaskan penampilan.", "3. Memakai kasut bertumit tinggi atau kasut tiada tumit", "Kasut bertumit yang terlalu tinggi untuk anda akan memaksa badan anda melengkung, memberikan lebih tekanan pada sendi anda. Kasut tanpa tumit juga tidak elok untuk anda, bergantung pada jenis kaki anda.", "Sandal yang tidak menyokong belakang anda, bukan sahaja merosakkan belakang anda, ia juga mengakibatkan pengagihan berat badan yang tidak sekata pada kaki. Setiap orang mempunyai ketinggian kasut bertumit yang ideal sesuai dengan berat dan ketinggian masing-masing.", "Kajian mendapati bahawa orang yang pemaaf menghadapi perasaan tertekan, kemarahan, kebencian, dan kesakitan yang kurang berbanding orang yang suka menimpan dendam.", "Ketahuilah, emosi, ketegangan otot dan pemikiran anda berkadar terus mempengaruhi kekuatan signal sakit pada anda. Menyimpan dendam bukan sahaja tidak elok untuk anda secara fizikal, malah mempengaruhi emosi anda ke arah yang lebih negatif.", "Oleh itu, marilah kita sama-sama menjadikan Rasulullah s.a.w kita sebagai contoh. Jangan sekali-kali menyimpan dendam, malah mendoakan yang baik-baik sahaja kepada orang yang berbuat jahat pada kita. InshaAllah hidup kita lebih tenang dan diredhai oleh Allah. Penyakit pun tiada.", "Berita buruk untuk mereka yang bekerja dihadapan komputer setiap hari! Duduk sepanjang hari kelihatan selesa dan tidak memenatkan. Tetapi tahukah anda, ia sangat buruk untuk kesihatan.", "Kebanyakan dari kita tidak mengekalkan postur tubuh yang sepatutnya sewaktu duduk dihadapan komputer setiap hari. Keadaan ini melemahkan otot belakang anda akibat tidak melakukan sebarang aktiviti. Selain itu, duduk juga menyebabkan tekanan pada tulang belakang anda lebih 50 peratus berbanding berdiri!", "Seeloknya sekali sekala sewaktu bekerja, berjalan atau berdiri seketika untuk mengelakkan sakit belakang. Mesti ada yang suka mendengar fakta ini. Boleh la anda menjadikannya alasan untuk pergi bergosip di meja rakan-rakan kan? Hehe.", "Tekanan perasaan adalah masalah yang biasa terutamanya bagi wanita. Ditambah lagi dengan waktu PMS, hormon yang tidak stabil membuatkan emosi sukar dikawal.", "Tetapi tahukah anda, tekanan perasaan boleh menyebabkan sakit belakang? Sekiranya anda tertekan, seluruh badan anda akan turut tertekan termasuklah otot disekirar leher dan tulang belakang. Sekiranya anda tidak mampu mengawal tekanan perasaan anda, otot yang tegang tidak dapat berehat dan menyebabkan kesakitan.", "Jadi sekiranya anda mengalami sakit belakang, cuba rehatkan diri anda. Lakukan aktiviti yang boleh mengurangkan rasa tertekan tersebut seperti pergi menghirup udara segar, bersenam dan berbual dengan rakan baik. InshaAllah sakit belakang anda akan beransur berkurang.", "Senaman membantu dalam membina otot-otot yang boleh menyokong tulang belakang anda. Sekiranya anda penghidap sakit belakang yang kronik, anda pasti sudah biasa dengan fisioterapi.", "Fisioterapi juga merupakan salah satu bentuk senaman yang khas untuk membina otot-otot untuk menyokong tulang belakang anda. Doktor anda juga pasti akan menggalakkan anda berenang bagi menguatkan otot belakang.", "Oleh itu, kurangnya bersenam boleh menyebabkan otot anda keras atau kejang dan boleh juga menyebabkan disc tulang belakang anda lari. Sungguhpun sibuk, anda sepatutnya meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Jangan mencipta seribu alasan.", "8. Makan terlalu banyak makanan ringan", "Tidak memeranjatkan, pengambilan makanan yang berkalori tinggi dan kurang nutrien boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Kenaikan berat badan tersebut akan membebankan tulang belakang anda.", "Berat badan yang berlebihan terutamanya pada bahagian tengah badan boleh menyebabkan tulang pelvis anda tertarik ke atas, mengakibatkan tekanan pada belakang badan.", "Individu yang obes mempunyai risiko yang tinggi menghidap osteoarthritis. Mengurangkan berat badan sebanyak 5 hingga 10 peratus boleh mengurangkan masalah sakit belakang anda." ]
https://bidadari.my/fakta-appendiks/
Kesihatan Fakta Mengenai Appendiks Yang Anda Patut Tahu! Oleh aqirah
[ "Kita selalu dengar mengenai penyakit appendik, tapi adakah anda benar-benar tahu tentang penyakit appendik. Mari kita ketahui lebih lanjut tentang appendik.", "Kami kongsikan info mengenai appendik yand diterangkan oleh Dr. Suhazeli Abdullah.Semoga tips ini memberi kesedaran kepada kiota.", "Nama dia appendik sebab dia ada kat hujung usus besar. Sebelum usus besar adalah usus kecil yang berlingkar dalam perut kita.", "Appendik ni gunanya untuk simpanan sistem pertahanan badan. Terdapat sel-sel Limfosit yang boleh menjadi sumber sel-sel imuniti apabila diperlukan. Tetapi appendik bukan kilang utama. Sum-sum tulang adalah kilang utama.", "Sepanjang kehidupan, seseorang mempunyai keberangkalian menghidapi appendisitis sebanyak 10%. Bergantung kepada nasib masing-masing.", "Punca atau risiko penyakit appendisitis ini tidak diketahui. Orang tua-tua percaya penyebab appendisitis adalah suka makan cabai. Tidak semestinya! Semua kaum boleh berlaku appendisitis. Tetapi kecenderungan orang berkulit putih adalah tinggi.", "Antara Mangsa Yang Mudah Mendapat Appendiks", "Julat umur yang selalu berlaku appendisitis adalah antara 10 hingga 30 tahun. Tetapi remaja belasan tahun mempunyai kekerapan paling tinggi. Satu dari 4 kemasukan ke wad pesakit appendicitis ini adalah remaja.", "Selepas perang dunia ke 2, jumlah kes appendicitis semakin berkurang setelah sistem kesihatan kita bertambah baik. Komplikasi dari appendicitis seperti appendik pecah, jangkitan kuman seluruh perut juga berkurangan kerana pengesanan dan pembedahan dapat dilakukan dengan cepat.", "Jika sudah kena appendicitis seperti sakit perut (terutamanya sakit di pusat dan perut sebelah kanan bawah), dinasihatkan segera ke kecemasan klinik atau hospital. Rawatan bomoh atau pawang atau makanan suplemen tidak dapat membantu menyembuhkan appendicitis. Bedah segera adalah terbaik bagi mengelakkan komplikasi yang lebih teruk atau maut. Jangan teragak-agak membuat keputusan setelah berbincang dengan pakar bedah anda.", "*Appendik sering berlaku di kalangan remaja yang berumur seawal umur 10 tahun. Maka, sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga kesihatan anak-anak. Jika mereka mengalami sakit perut yang teramat sakit, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran penuh daripada penulis. Baca artikel penuh di sini." ]
https://bidadari.my/pantang-larang-penyakit-tiroid/
Kesihatan 9 Pantang Larang Penyakit Tiroid Yang Perlu Pesakit Elak Dari Makan Oleh hannani
[ "Tiroid merupakan salah satu dari penyakit yang biasa dikalangan masyarakat Malaysia. Bagi yang tidak tahu, tiroid adalah kelenjer berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher dan berfungsi bagi menghasilkan hormon tiroid. Hormon tersebut pula bertanggungjawab untuk mengawal metabolisme badan seperti tumbesaran dan mengawal protein serta lemak dalam badan. Bagi penghidap penyakit tiroid, apakah pantang larang penyakit tiroid yang perlu anda tahu untuk elak kesan yang lebih parah?", "Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada ada mengenai pantang larang penyakit tiroid khususnya dalam pengambilan makanan setiap hari. ", "Hipertiroidisme dan hipotiroidisme adalah dua masalah yang sering terkait dengan perubahan pada gangguan hormon tiroid. Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Sedangkan hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah.", "Kedua-dua masalah perubahan hormon tiroid ini boleh membawa kepada kesan negatif kepada fungsi jantung seseorang. Hal ini disebabkan oleh jantung terpaksa bekerja kuat untuk meningkatkan daya pengecutan otot dan kadar denyutan jantung.", "Untuk mengelak dari berlaku sesuatu yang lebih buruk pada masalah tiroid anda, pantang larang penyakit tiroid wajib diambil peduli. ", "Sejak dulu kala lagi, makanan yang berasaskan soya sudah menjadi seteru kepada pesakit tiroid disebabkan adanya bahan yang dikenali sebagai isoflavones. Makanan yang dimaksudkan dalam kategori ini adalah tempe, edamame, tofu, dan miso. ", "Sesetengah kajian mendapati bahawa terlalu banyak soya dalam badan pesakit tiroid boleh mendatangkan hipotiroidisme. Walaupun begitu, kajian menerusi Laporan Saintifik pada bulan March 2019, menyatakan sebaliknya. ", "Sungguhpun begitu, kajian lain mendapati soya ini berpotensi untuk mengurangkan kesan maksima ubat tiroid yang dimakan. Oleh yang demikian, disarankan kepada pesakit yang mahu mengambil makanan berasaskam soya untuk membuat konsultasi terlebih dahulu kepada doktor anda. ", "2. Sayuran seperti brokoli dan kubis", "Sayur jenis cruciferous seperti brokoli dan kobis bunga yang tinggi kandungan nutrisi serta serat ini boleh menganggu penghasilan hormon tiroid khususnya kepada pesakit yang memang rendah kandungan iodinnya. Sayur mungkin pilihan No.1 bagi orang normal tetapi tidak bagi pesakit tiroid.", "Ini telah dibuktikan sendiri dari kajian Mayo Clinic. Disarankan untuk pesakit yang mahu ambil sayur ini sebagai diet makan pastikan masak ia terlebih dahulu dan hadkan juga pengambilannya kepada 5 auns sahaja sehari.", "Pantang larang pesakit tiroid khususnya yang berhadapan dengan masalah hipotiroidisme, dinasihatkan juga agar elak dari mengambil makanan dari gluten. Makanan proses yang dimaksudkan ini adalah seperti spageti, roti, gandum, tepung gadum, barli, dan bijirin. ", "Ini kerana gluten dikatakan akan menyebabkan usus kecil mengalami keradangan dan seterusnya mengehadkan keberkesanan ubat tiroid. Menurut sebuah artikel yang dimuatkan dalam jurnal Endocrine Connections, hipotiroidisme dan penyakit seliak (CD) selalunya berlaku sekali.", "Apa yang pasti, langkah lebih selamat adalah dengan mengurangkan terus pengambilan gluten untuk kesan mendadak yang kita tidak pernah jangka. ", "Masyarakat Melayu memang tidak lari dengan makanan berlemak khususnya yang bergoreng. Sedar atau tidak makanan tinggi lemak seperti ini dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. ", "Mentega, marjerin, dan lemak daging haiwan adalah antara makanan berlemak yang sangat tidak sihat dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit. Setiap kali anda makan, tubuh hanya dapat 0 nutrisi dan tinggi kalori.", "Apa sahaja makanan yang bergula tentu ia menjadi pilihan ramai kerana lebihan gula boleh menyebabkan seseorang itu mudah ketagih untuk mengambil gula dalam kuantiti yang banyak. Pesakit hipotiroidisme mempunyai kadar kebolehan metabolisma yang sangat rendah.", "Apabila makanan bergula diambil tanpa had, badan tidak mampu untuk memproses gula tersebut lagi dengan cepat. Kesannya, ia membawa kepada kegemukan dan risiko penyakit diabetes.", "6. Makanan sejuk beku dan proses", "Makanan segera atau sejuk beku mempunyai kandungan sodium yang sangat tinggi di mana bagi pesakit hipotiroidisme menjauhi makanan yang ada sodium adalah kemestian. Terlalu banyak sodium akan membawa risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung.", "Menurut Persatuan Jantung Amerika, orang yang mempunyai risiko peningkatan tekanan darah tinggi harus mengehadkan pengambilan natrium mereka kepada 1,500 miligram sehari.", "Mendapat serat yang cukup dalam makanan seharian memang baik untuk tubuh badan, tetapi apabila berlebihan ia akan menyukarkan perawatan pesakit hipotiroidisme. Cadangan yang dikeluarkan oleh Daily Guidelines for Americans berkata, orang yang berumur 50 tahun ke atas hanya perlu mengambil 25 hingga 38 grams serat setiap hari.", "Kandungan serat yang tinggi pada sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan bijiran akan menganggu penyerapan hormon tiroid.", "Sebut sahaja tentang minuman berkafein pasti dalam otak kita sudah terdetik air kopi di waktu pagi. Mengikut kajian dalam jurnal Tiroid, kafein telah didapati menghalang penyerapan penggantian hormon tiroid. ", "Orang yang mengambil ubat tiroid dan dalam masa yang sama minum kopi setiap pagi sebenarnya mempunyai tahap tiroid yang tidak terkawal lagi. Namun jika tidak mampu ubah tabiat sebagai pencinta kopi, jarakkanlah pengambilannya sekurang-kurangnya 30 minit.", "Alkohol mendatangkan malapetaka kepada kedua-dua masalah hormon tiroid yang diulas tadi. Hal ini kerana, alkohol didapati boleh memberi kesan toksik pada kelenjar tiroid dan menekan keupayaan badan untuk menggunakan hormon tiroid. ", "Diharapkan artikel mengenai pantang larang penyakit tiroid ini dapat memberikan anda khususnya penghidap masalah tiroid di luar sana sedikit informasi yang bermanfaat untuk penjagaan diri jangka masa panjang. Ingat kesihatan itu perkara utama dalam hidup kita, dan jauh lebih bernilai dari emas dan wang ringgit. Kesihatan yang sihat tidak boleh dijual beli dengan sesuatu yang lain. ", "Selain dari artikel berkenaan dengan pantang larang penyakit tiroid ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain dan menarik seperti:" ]
https://bidadari.my/kalori-nasi-ayam/
Kesihatan Kalori Nasi Ayam Oleh zulrina
[ "Nasi ayam tak perlu lagi disangkal akan kesedapannya. Orang kita memilihnya sebagai makanan pilihan tak kira waktu siang atau malam. Ia  juga ada pelbagai jenis, ada nasi ayam penyet, nasi ayam hainan, nasi ayam kukus dan macam-macam lagi inovasi terhadap makanan yang satu ini. ", "Makanan ini juga menjadi makanan seharian atau pada majlis-majlis tertentu kerana cirinya yang melengkapi bagi sesebuah hidangan. Protein, karbohidrat, serat, vitamin dan banyak lagi. Selain berkhasiat, ia pastinya enak.", "Nasi ayam biasannya disediakan dengan nasi yang dimasak dengan margerin, daun pandan, serai serta halia. Itu ciri khas nasi ayam. Kemudian lauk wajib semestinya ayam.  Ada yang hanya menggoreng. Ada juga yang memilih bakar atau sekadar rebus. Namun sebelum proses itu, ayam terlebih dahulu diperap untuk mendapatkan rasa yang sedap. Akhirnya disajikan dengan sambal dan kicap. Timun dan salad pula menjadi pelengkap. ", "Kesimpulannya, ia berbalik kepada cara penyediaan. Bagi anda yang ingin memasak nasi ayam, pastikan anda menyediakan resepi dan bahan mengikut garis kesihatan yang sesuai. Cari sahaja di internet, ramai yang berkongsikan resepi nasi ayam versi sihat.", "Jom baca juga kalori roti, kalori mee goreng dan kalori mee goreng." ]
https://bidadari.my/keperluan-kalsium/
Kesihatan Keperluan Kalsium Mengikut Tubuh Badan? Tepuk Dada Tanya Dulu Suku Etnik Mana… Oleh Dr. Muhammad Jefri Mohd Yusof
[ "Setiap manusia terbukti mempunyai keperluan diet yang berbeza berdasarkan banyak faktor. Rupa-rupanya, berdasarkan kajian saintifik, etnik seseorang turut memainkan peranan dalam pengambilan dan keperluan diet, khususnya pengambilan kalsium! Artikel ini mengupas isu etnik dan keperluan kalsium yang bersesuaian mengikut tiga etnik utama dunia (kulit hitam, kaukasian dan oriental).", "Kalsium (simbol kimia: Ca) ialah nutrien unik dalam tubuh di mana kekurangan nutrisi bagi unsur ini tidak akan menganggu fungsi metabolik dalam tubuh.", "Ciri ini telah menyebabkan kekurangan kalsium dalam tubuh lambat dikesan. Memahami manfaat kesihatan daripada populasi atau etnik tertentu yang kerap mengamalkan permakanan berasaskan kalsium dapat menerangkan peranan dan kelebihan pengambilan kalsium dalam diet makanan.", "Penduduk yang mengambil makanan kaya kalsium bergantung kepada pemahaman bagaimana", "Fungsi metabolik kalsium yang telah dikenal pasti adalah berdasarkan dua ciri: ion kalsium melekat pada molekul protein ATAU ikatan kalsium dengan atom oksigen pada sisa glutamate dan aspartat untuk membentuk protein berfungsi.", "Di peringkat selular, protein tidak mengandungi kalsium.", "Kehadiran kalsium ke dalam molekul protein ini akan mengubah bentuk dan mengaktifkan ciri dan fungsi protein tersebut. Keperluan protein terhadap kalsium adalah begitu kuat dengan memperuntukkan ruangan khas sebesar saiz sel untuk dimasuki kalsium.", "Selepas diaktifkan, protein tersebut akan menjadi aktif untuk menggalakkan pelepasan kalsium yang tersimpan dalam sel lain, contohnya dalam sel otot.", "Kalsium ialah unsur kelima paling banyak dijumpai dalam biosfera dan hadir dalam kepekatan yang tinggi dalam semua habitat di air dan di daratan.", "Kalsium diambil dari tanah oleh akar pokok lalu menjadi tisu tumbuhan, yang kemudiannya dimakan oleh haiwan. Kelimpahan kandungannya ditunjukkan dalam rangka besar haiwan herbivor seperti gajah dan haiwan tenusu, dari kambing ke kerbau air.", "Manusia dan primat lain dianggarkan memakan diet dengan kepadatan kalsium melebihi 80 mg/100 kcal.", "Kini, diet yang rendah kalsium adalah fenomena yang sering dilaporkan.", "Pada zaman primitif, keadaan yang serupa terjadi apabila diet berasaskan makanan benih, misalnya, bijirin, kekacang dan buah-buahan diamalkan yang mempunyai kepadatan kalsium yang rendah.", "Sebaliknya hari ini, lebih daripada 60% daripada jumlah pengambilan tenaga semua manusia hidup di planet ini berasal dari tanaman benih, melainkan jika terdapat usaha sendiri untuk mengambil diet yang mengandungi komponen tenusu besar, bagi mengelakkan kes kekurangan kalsium dalam sistem tubuh.", "Walaupun revolusi pertanian (yang menanam tanaman makanan benih) berlaku kira-kira 10,000 tahun yang lalu, pelbagai faktor terutamanya amalan pengeluaran makanan telah menggalakkan pengambilan kalsium pada tahap yang tinggi sehingga zaman logam (1000 SM di Timur Tengah dan 1500 AD di hemisfera Barat).", "Ringkasnya, di zaman moden ini, fisiologi permakanan kita adalah seperti di zaman paleolitik!", "Pengambilan Kalsium Berdasarkan Etnik Utama Dunia", "Rajah contoh tiga etnik utama dunia, dari kiri, berkulit hitam (Black), oriental dan kaukasian Sumber: news.brown.edu", " Adalah tidak menghairankan bahawa osteoporosis (masalah tulang) ialah perkara lazim yang berlaku dalam populasi manusia.", "Ini adalah pemerhatian biasa bahawa wanita kaukasian (berkulit putih) berusia seawal 50 tahun di Eropah dan Amerika Utara mempunyai sekurang-kurangnya peluang 50% untuk mengalami patah tulang akibat osteoporosis. Masalah ini tidak semestinya terhad kepada golongan wanita kaukasian.", "Lelaki kaukasian di Amerika Syarikat mempunyai risiko berdasarkan umur (38%) untuk mengalami patah tulang femoral atas (tulang peha atas) berbanding dengan wanita kaukasian.", "Wanita Afrika-Amerika turut mempunyai risiko yang lebih kurang sama (36%), manakala lelaki Afrika-Amerika mempunyai risiko yang paling rendah (20%).", "Statistik kecederaan tulang pinggul mungkin lebih tepat berbanding dengan keretakan pada tulang lain, maka gejala tersebut biasanya digunakan sebagai tanda penyakit osteoporosis.", "Walau bagaimanapun, gejala ini tidak boleh digunakan untuk membuat perbandingan pengambilan kalsium antara kaum, kerana risiko patah tulang pinggul sangat berkaitan bukan hanya pada jisim tulang di pinggul, tetapi pada ciri anatomi tulang itu sendiri seperti panjang paksi pinggul, sudut pinggul, padding tisu lembut di pinggul, dan indeks jisim badan (BMI), yang mana adalah berbeza antara tiga etnik utama dunia iaitu Hitam (Black), Oriental dan Kaukasian.", "Pada masa dahulu, etnik oriental, yang boleh dicirikan dengan penempatan di Asia, mengalami kurang osteoporosis berbanding orang kulit putih, walaupun pengambilan kalsium yang lebih rendah.", "Hujah ini mendorong kepada pernyataan kalsium tidak boleh menjadi punca penting untuk kesihatan tulang. Hujah ini telah disangkal dengan mengaitkan risiko kepatahan tulang yang lebih rendah dalam kalangan etnik oriental kerana mempunyai rangka tubuh dan geometri tulang yang lebih kecil.", "Selanjutnya, pengambilan kalsium, apabila dilaraskan kepada jisim badan oriental yang sering lebih rendah, secara amnya mencatatkan kandungan kalsium tinggi atau lebih tinggi daripada etnik kaukasian Amerika Utara.", "Kecekapan penyerapan kalsium dari pengambilan mereka juga adalah setanding dengan etnik lain menggunakan kaedah yang sama.", "Lau dan rakan-rakannya, dalam beberapa kajian, telah mengenal pasti pengambilan kalsium rendah sebagai satu daripada dua faktor risiko utama untuk patah tulang pinggul masyarakat Cina di Hong Kong.", "Mereka membuat kesimpulan bahawa pengambilan kalsium yang rendah merupakan ancaman kesihatan awam yang utama bagi penduduk di situ.", "Satu kajian di Amerika Utara pula membandingkan jisim tulang lengan 192 wanita berkulit hitam dan 782 wanita berkulit putih dan kaitan dengan pengambilan kalsium oleh setiap individu.", "Hasilnya, kebanyakan atau kedua-dua kumpulan tersebut mempunyai pengambilan kalsium di bawah keperluan minimum masing-masing dan perlu ditingkatkan.", "Sebahagian besar kajian terhadap kesan pengambilan kalsium terhadap kualiti tulang dilakukan di Afrika Selatan dan Gambia, di mana kekurangan zat makanan pada peringkat global ini telah merumitkan tafsiran kajian pengambilan kalsium.", "Berdasarkan kajian yang telah dijalankan juga, walaupun masih belum dapat menyimpulkan kaitan antara pengambilan kalsium dengan kes osteoporosis dalam kalangan etnik kaukasian dan oriental, etnik kulit hitam dilaporkan berhadapan dengan risiko kesihatan yang lebih teruk seperti masalah buang pinggang dan strok sekiranya pengambilan kalsium yang mencukupi diabaikan." ]
https://bidadari.my/resepi-lobak-putih/
Resepi Resepi Sup Lobak Putih (Sesuai Untuk Orang Berpantang, Tambah Susu) Oleh Rahayu Z
[ "Ingin kulit cantik? Ingin sihat? Ingin banyakkan susu ibu? Ingin hilangkan demam anak? Jom makan sup lobak putih.", "Lobak putih membawa banyak kebaikan. Antaranya membantu detosifikasi dalam tubuh, hilangkan sembelit, cegah kanser, menjaga kesihatan jantung, bahkan dapat menjaga kesihatan kulit. Patut kulit orang Korea halus mulus, sebab makan kimchi lobak putih yang banyak khasiat ini.", "Orang melayu mengenal lobak putih sebagai makanan untuk ‘berpantang’. Namun tidak hanya untuk orang berpantang tapi kesemua orang amat dialu-alukan untuk makan lobak putih demi untuk kesihatan.", "Antara resepi lobak putih yang paling dicari ialah sup lobak putih. Seperti yang dikongsikan oleh Ukhtiey Khairunnisa’ di laman Facebook. Selamat mencuba.", "Selain resepi sup lobak putih, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-puding-cocktail-sejuk-dan-nyaman/
Resepi Resepi Puding Cocktail Buah-buahan (Sejuk dan Nyaman) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Puding Cocktail ini selalunya boleh dilihat di majlis makan-makan, hotel dan sebagainya sebagai pemanis mulut. Ia menjadi kegemaran orang ramai disebabkan rasa ‘kaya’ nya. Mana tak nya, sudahlah lemak berkrim, sejuk ditambah pula dengan buah-buahan yang segar. Nescaya ada yang mengulanginya. Rasa tak puas kalau menjamahnya hanya sedikit.", "Membuat Puding Cocktail tidaklah terlalu sukar. Bahannya pun tidak rumit dan mudah di dapati di mana-mana sahaja. Boleh sahaja jika kita hendak membuatnya di rumah. Mudah dan cepat. Tidak makan masa. sangat sesuailah dengan mak-mak yang ada anak kecil. ", "Bolehlah mencuba resepi dari Juliana Ramli. Semoga ianya boleh membantu para suri rumahtangga dalam mencari idea untuk mempelbagaikan juadah untuk seisi keluarga.", "Mudahkan? Sekelip mata jer dah siap. Selain daripada resepi Puding Cocktail ini, terdapat juga resepi sedap dan mudah yang lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/permainan-tradisional/
Petua Tips 12 Permainan Tradisional yang Wajib Anda Perkenalkan Kepada Anak Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Permainan tradisional merupakan warisan yang wajib kita pertahankan supaya kekal sehingga ke generasi yang akan datang. Sayangnya, kebanyakan anak muda zaman sekarang sudah tidak mengenali permainan tradisional. Apa kata kita ubah keadaan ini?", "Jom kita perkenalkan semula permainan tradisional supaya dekat dihati anak-anak kita.", "Apabila sebut perkataan permainan tradisional, permainan pertama yang muncul di minda kami ialah congkak. Terimbas kembali memori bermain congkak semasa kecil dahulu. Istimewanya, kami mengorek tanah untuk dijadikan sebagai congkak dan ramai-ramai cari batu jalan untuk dijadikan sebagai buahnya. Kadang-kadang ada yang bergaduh sehingga menangis apabila kalah.", "Dalam permainan congkak, terdapat 7 lubang pada setiap pihak, dan pemain akan mendapat satu lubang besar yang dipanggil sebagai rumah. Anda boleh belikan set congkak sebagai hadiah kepada anak-anak dan bermain bersama semasa hujung minggu. Tak perlu lagi keluar window shopping di pusat membeli-belah.", "Dulu zaman sekolah rendah, galah panjang merupakan permainan kegemaran ramai. Masing-masing akan berdiri memeluk tiang sambil menunggu untuk menangkap kawan yang berlari laju dalam cubaan untuk melepasi penjaga- penjaga tiang. Habis waktu sekolah, permainan galah panjang akan disambung di halaman rumah pula.", "Petak-petak besar akan dilukis diatas tanah menggunakan ranting kayu. Pemain akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan akan menjaga petak, manakala satu kumpulan lagi akan berlari melepas penjaga petak. Galah panjang merupakan permainan yang sangat menyeronokkan.", "Lompat getah  juga merupakan permainan tradisional kegemaran kami. Sangat-sangat mengundang nostalgia.  Terdapat dua permainan yang boleh dimainkan dengan gelang getah yang disambung-sambungkan ini.", "Permainan pertama ialah zerofon. Untuk permainan ini, anda dan kawan-kawan akan melompat getah mengikut ketinggian. Bermula dari lutut, naik ke pinggang, diikuti bahu dan kepala.", "Permainan kedua, kami panggil skipping. Untuk permainan ini, getah akan diayun-ayunkan sambil ramai-ramia menyanyi, dan seorang pemain akan melompat-lompat seperti menari di atas getah tersebut.", "Permainan tradisional teng-teng juga dipanggil sebagai jengket-jengket. Terdapat dua jenis permainan teng-teng. Permainan pertama kami panggil teng-teng kapal terbang, seperti gambar di bawah. Dipanggil kapal terbang kerana bentuknya yang seakan-akan kapal terbang.", "Permainan teng-teng yang kedua merupakan kegemaran kami, bentuknya ialah segi empat dengan petak-petak untuk dipijak. Yang menariknya, serpihan kaca digunakan sebagai buah untuk dibaling.", "Siapa yang lahir tahun 80an dan 90an pasti akan kenal dengan permainan legend ini. Permainan mudah tapi sangat menyeronokkan. Peralatan yang diperlukan ialah beberapa pasang selipar. Selipar keras adalah pilihan utama. Pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan.", "Kumpulan pertama akan membuat balingan ke arah selipar dan membuat cubaan untuk menyusun kembali selipar, manakala kumpulan kedua akan membaling selipar ke arah kumpulan lawan. Siapa yang terkena selipar akan terkeluar. Sakitnya bukan kepalang, tapi tetap nak main.", "Permainan tradisional baling tin lebih kurang sama seperti baling selipar. Bezanya, untuk permainan baling selipar, benda yang akan disusun ialah selipar manakala bagi permainan baling tin, pemain akan membuat cubaan untuk menyusun tin susu.", "Permainan tradisional yang seterusnya ialah rounders yang lebih kurang sama seperti baseball dan kriket. Pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan, dan bermain dengan memukul bola menggunakan kayu besbol buatan sendiri dan membuat satu pusingan larian.", "Yang ini merupakan permainan tradisional yang sangat menyeronokkan. Bermain pondok-pondok bermakna anda boleh jadi apa sahaja, di mana sahaja. Nak jadi orang kaya, nak jadi peniaga kedai makan, nak main kawin-kawin, semua pun boleh. Pondok-pondok merupakan permainan yang menggalakkan anda berimaginasi dengan menggunakan apa-apa sahaja yang ada di sekeliling.", "Gunakan tanah untuk main masak-masak dalam tin susu. Nak bina rumah? Cari pelepah kelapa atau dahan kayu sebagai tiang dan gunakan daun pisang sebagai bumbung dan dinding rumah. Kalau emak tak marah, boleh pinjam bekas plastik, cawan plastik dan periuk buruk untuk dibuat main.", "Anda pernah main lompat tikus waktu kecik dulu? Ini merupakan permainan tradisional yang memerlukan anda berlari, melompat dan merangkak dalam usaha untuk melepasi tangan dan kaki dua orang pemain dari kumpulan lawan. Semakin lama, halangan akan menjadi semakin tinggi dan makin susah untuk dilepasi.", "Untuk bermain konda kondi, anda memerlukan dua kayu iaitu kayu ibu dan kayu anak. Anda akan membuat cubaan untuk menyungkit kayu anak menggunakan kayu ibu. Selepas berjaya mengungkit kayu anak,  dan perlu berlari untuk mengejar dan menangkap kayu anak  yang berjaya dibaling.", "Siapa pernah main permainan tradisional pukul berapa datuk harimau? Permainan ini sememangnya mendebarkan. Salah seorang pemain akan menjadi harimau. Apabila sampai pukul 12, harimau tadi akan mengejar pemain-pemain lain. Siapa kena tangkap, dia pula akan menjadi harimau.", "Permainan tradisional ini lebih kurang sama seperti pukul berapa datuk harimau. Bezanya, untuk permainan ibu ayam dan musang, akan ada seorang pemain menjadi musang, seekor ibu ayam, dan pemain lain akan menjadi anak ayam. Anak-anak ayam akan beratur di belakang ibu ayam yang mendepakan tangannya untuk mengelakkan anak-anaknya daripada dimakan musang.", "Itulah dia beberapa permainan tradisional yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang doa untuk anak, faedah membaca, dan nama anak perempuan" ]
https://bidadari.my/resepi-ayam-masak-ingkung-jawa-masakan-tradisi-jawa/
Resepi Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa (Masakan Tradisi Jawa) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa merupakan salah satu masakan tradisi masyarakat Jawa yang amat menyelerakan. Ayam dimasak seekor membolehkan dagingnya sangat berjus dan lembut tau.", "Resepi tradisi Jawa ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan di laman Facebook.", "Dah siap. Insyallah hidangan ini akan sangat menyelerakan. Masyarakat Jawa selalu buat ini untuk bancaan, kesyukuran atau majlis-majlis istimewa. Memang sangat sedap dimakan bersama nasi putih atau Nasi Ambeng. Apa lagi, jangn lupa cuba ya resepi ini.", "Selain resepi ini, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami." ]
https://bidadari.my/tips-mengawal-gangguan-emosi-anak/
Anak, Keluarga Tips Mengawal Gangguan Emosi Anak-Anak Oleh Dr Rozanizam Zakaria
[ "Salah satu cara mengawal gangguan emosi anak-anak (merajuk, mengamuk, tantrum, marah, menangis) ialah dengan menamakan emosi itu.", "Kalau dalam komunikasi dalam bahasa Inggeris, teknik ini sangat sinonim dengan empathy.", "“I can see you’re UPSET”\n“I think you’re SAD at the moment”\n“From what i heard so far, I can tell that you’re ANGRY”\n“I can tell you’re GRUMPY, am I right?", "Dalam bahasa Melayu pun kita boleh apply, mungkin dalam susun ayat yang berbeza. “Abang marah ke?” ” Kakak merajuk ke?”", "Contohnya, bila anak mengamuk tak dapat benda dia nak, instead of kita invest effort naik suara lawan suara dia, lebik baik kita ambil more in-control step.", "Pegang anak tersebut, dapatkan eye contact, kemudian namakan emosinya. “Adik marah? Sebab tak dapat phone? Adik nak sangat main phone? ok. Papa tahu adik nak, adik suka tengok cerita dekat telefon, betul? Tapi sekarang dah lewat, tak boleh. Esok pula”. Make sure you talk in confident tone. repeat if necessary.", "Dengan kaedah ini, anda akan jimatkan pembaziran emosi, tengkingan yang tidak perlu dan perbalahan yang tak berpenghujung.", "Namun yang penting kita namakan emosi itu pada anak kita dalam keadaan yang ikhlas dan ingin memahami.", "Dengan menamakan emosi kita mencapai beberapa perkara:", "#1 Kita menunjukan kepada anak kita yang kita mendengar, memahami atau cuba memahami.", "#2 Kita mengajar mereka untuk kenal emosi dan seterusnya mengurusnya dengan baik.", "#3 Kepercayaan (trust) akan lebih mudah terbina bila kita berurusan dengan isu yang sama,", "#4 Apabila kepercayaan terbina, anak akan lebih terbuka, mudah dibawa berbincang dan kurang buat hal.", "Dengan orang dewasa pun boleh buat. Tak percaya try dengan husband atau wife. (Buat dengan ikhlaslah, kalau perli memang lagi angin orang tu)." ]
https://bidadari.my/pokok-keladi/
Umum 15 Pokok Keladi Viral Cantik Untuk Hiasan Oleh Saiful Izzuan
[ "Pokok keladi atau nama saintifiknya Caladium kini semakin viral dan terkenal terutama dalam kalangan ibu-ibu. Lantaran itu, ada yang menjualnya cecahan ribuan ringgit mengikut jenis atau spesies.", "Majoriti pokok keladi yang mencecah ribuan ringgit merupakan spesis unik, jarang ditemui dan terhad di pasaran. Siapa sangka, keladi yang dahulunya terbiar kini menjadi buruan ramai orang untuk dijadikan hiasan.", "Ramai yang tak tahu pokok keladi mempunyai ribuan spesis.  Setiap keladi mempunyai bentuk dan corak berbeza. Ramai kaum ibu khususnya kian gemar menanam pokok keladi untuk dijadikan hiasan di halaman rumah. Ada juga yang meletakkannya dalam setiap sudut rumah.", "Jika ada yang tak tahu, pokok keladi perlulah ditanam ditempat yang terlindung dari cahaya matahari secara terus untuk kekal membesar dengan cantik. Pastikan tanah sentiasa lembab dan gunakan baja untuk mendapatkan daun yang lebat.", "Ada yang sedang mencari hadiah untuk isteri atau ibu? Elok sangat beri pokok keladi yang viral ini. Bagi anda yang hendak mencari pokok keladi viral yang cantik tetapi tidak tahu nama dan spesis, jangan risau kami sediakan 15 spesis pokok keladi yang umum.", "Keladi spesis ini sering dijadikan hiasan dalaman rumah. Bentuk daunnya mempunyai corak seakan kekoyakkan. Sebenarnya banyak jenis pokok monstera yang cantik. Namun ini adalah salah satu darinya .", "Dari sudut kesihatan, keladi ini dapat memperbaiki kualiti udara persekitaran. Ia mampu menyerap formaldehyde yang tidak elok pada kesihatan manusia. Keladi ini juga sesuai diletakkan di luar rumah namun elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus.", "Tropical Storm adalah antara keladi yang sering ditanam sebagai hiasan. Keladi Tropical Storm mempunyai warna yang menyerlah iaitu kehijauan dan sedikit keputihan atau kekuningan di tengah-tengah daun. Penjagaannya juga sangat mudah.", "Jika anda mencari pokok keladi hiasan selain warna hijau, apa kata beli Red Stardust yang mempunyai corak menarik dan berwarna merah yang menyerlah. Keladi ini juga mudah dijaga selain sesuai diletakkan untuk hiasan dalaman rumah atau pejabat.", "Keladi White Christmas mempunyai corak yang menawan kerana pada daunnya akan timbul corak yang memutih dan urat yang halus. Spesis ini mudah membiak atau merimbun dan tahan panas. Namun untuk dapatkan corak putih yang menyerlah, letakkan keladi ini di bawah teduhan.", "Angel Wings atau nama lainnya Caladium Bicolor mempunyai bentuk seakan hati. Lazimnya spesis ini mempunyai warna sedikit kehijauan di sekeliling daun dan di tengah-tengahnya kemerahan dan sedikit putih. Angel Wings juga mudah dijaga.", "Keladi Pink Burst juga mempunyai bentuk hati dengan keliling daun berwarna hijau dan ditengah-tengahnya merah jambu. Keladi spesis ini mudah ditemui. Jika anda ingin menanam spesis ini, anda digalakkan untuk meletakkannya di luar rumah untuk mendapat cahaya matahari yang cukup.", "Jika anda inginkan warna daun yang lebih menyerlah, letakkannya di bawah pencahayaan yang cukup dan pastikan tanah sentiasa lembab.", "Wildfire juga mempunyai corak yang menyerlah. Bentuk daunnya seakan hati namun lebih bujur dan sekeliling daun bergerigi besar. Warnanya pula merah terang pada bahagian pusatnya, berurat putih dan kehijauan dengan tompokan merah di bahagian luar.", "Spesis ini mengambil masa yang lama untuk merimbun dengan anggaran selama 3 minggu. Namun, ramai yang menyukainya kerana cantik dijadikan hiasan.", "Spesis ini hampir sama bentuknya dengan keladi Wildfire namun coraknya berbeza. Carolyn Whorton mempunyai urat tebal berwarna merah dan tompokannya besar berwarna merah jambu.", "Turut dikenali sebagai keladi bomba, keladi ini sangat popular dan senang untuk diperolehi. Salah satu sebab ramai yang memilih Carolyn Whorton adalah ianya mudah dijaga.", "Ramai yang keliru pokok keladi Green Spider dan Festivia. Cara nak membezakannya adalah dengan melihat warna batangnya. Jika batangnya berwarna hijau, ia adalah Green Spider manakala batang hitam adalah Festivia.", "Daun keladi ini berwarna merah menyerlah dengan urat berwarna hijau. Lagi cantik apabila keladi ini mula merimbun. Selain mudah dijaga, ianya juga senang untuk membiak.", "Jika anda mencari keladi untuk hiasan dalaman rumah, apa kata anda letakkan spesis ini. Lebih-lebih lagi rumah yang berkonsepkan minimalis atau alam. Spesis ini turut dikenali sebagai keladi kemoyang.", "Daunnya kehijauan dan bergaris cantik serta batangnya berwarna merah. Harganya di pasaran ada yang murah dan ada juga dijual dengan harga kayangan.  Keladi ini sesuai untuk hiasan dalam rumah.", "Popular dengan nama keladi Albino, keladi ini mempunyai daun kehijauan dengan tompok keputihan. Nak jadikan hiasan dalaman atau di luar rumah juga sesuai. Pokok keladi Albino memerlukan penjagaan yang rapi kerana pada peringkat anak pokok, spesis ini sangat sensitif dengan persekitaran.", "Di Malaysia spesis ini dikenal sebagai Keladi Komando. Corak daunnya seakan celoreng tentera, keladi ini mempunyai dua kombinasi warna iaitu hijau pekat dan hijau muda. Seperti kebanyakan spesis keladi yang lain, Hilo Beauty berbentuk hati.", "Pokok keladi paling unik ini mempunyai warna yang gelap tetapi sangat menyerlah.  Pada awalnya, black coral akan tumbuh dengan warna daun menghijau. Tetapi jangan risau kerana warnanya akan bertukar menjadi kehitaman tidak seperti spesis Black Magic. Semakin berusia daun, semakin gelap warnanya.", "Keladi Heart Desire mempunyai urat tebal berwarna putih di samping daun kehijauan dan tompokan seperti percikan yang berwarna merah. Keladi spesis ini mudah membiak sama ada melalui pecahan rumput atau ubinya.", "Cara penjagaan sangat mudah. Anda boleh meletakkannya di kawasan yang redup atau terkena cahaya matahari secara penuh. Namun warnanya akan berbeza mengikut kadar pencahayaan yang diterima.", "Dragon Scale tak kurang hebatnya. Daun dengan kombinasi warna hijau gelap dan sedikit hijau terang menyerlahkan lagi keladi tersebut. Dengan garisan atau tulang yang halus, corak daun seolah-olah timbul.", "Memang cantik jika dijadikan tanaman hiasan lebih-lebih lagi apabila diletakkan di dalam rumah. Cara penjagaan amat mudah. Anda cuma perlu memastikan tanah sentiasa lembab dan tidak terkena cahaya matahari secara terus.", "Ini baru beberapa spesis pokok keladi yang kami paparkan. Namun cukup untuk memberi informasi buat anda yang baru ingin berjinak dalam tanaman keladi atau ingin memberi hadiah kepada isteri atau ibu.", "Setiap spesis ini mempunyai cara tanaman dan penjagaan yang berbeza. Sekiranya anda ingin membelinya, pastikan anda tahu cara dan tips penjagaan agar pokok keladi tumbuh dengan segar dan cantik.", "Paling penting, setiap pokok memang mempunyai keunikan tersendiri. Patutlah ada yang sanggup dapatkan pokok keladi walaupun harganya mampu membeli seutas rantai emas.", "Kami juga ada menulis artikel lain seperti:" ]
https://bidadari.my/petua-sebelum-menempuhi-pembedahan-caesarean/
Hamil, Petua Tips 5 Petua Sebelum Menempuhi Pembedahan Caesarean, Boleh Amalkan Bagi Si Ibu Hamil Oleh aqirah
[ "Bersalin ada 2 cara iaitu pembedahan atau salin secara normal. Selalu ibu hamil yang tidak mampu untuk bersalin secara normal atau ada sebab-sebab tertentu perlu menjalani pembedahan caesarean. Prosesnya agak berbeza dengan bersalin secara normal.", "Si ibu hamil perlu berpuasa selama 6 jam sebelum pembedahan dilakukan. Itu yang dikatakan oleh doktor pakar kerana jika tidak berpuasa risiko isi kandungan dalam perut akan regurgitated ( terkeluar ) dan boleh memasuki paru-paru semasa pemberian bius penuh. ", "Jadi, baik berpuasa 6 jam sebelum pembedahan. Selain itu, ada juga petua sebelum menjalani pembedahan caeserean. ", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai petua sebelum menghadapi pembedahan caesarean. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi ", "5 Petua sebelum menghadapi pembedahan caesarean", "Malam-malam tu buat solat hajat. Selagi boleh solat tu buatlah. Minta bantuan dari Allah. Minta jauhkan segala ketakutan. Segala perjalanan pembedahan tak aan berjalan lancar tanpa izin Allah. Doktor hanya bantu sahaja. Kalau tak mampu nak solat, mengaji pun ok sangat dah.", "2. Mohon maaf daripada suami dan ibu bapa", "Mintak maaf pada suami, mak dan ayah. Kalau depa ni jauh, apa guna henfon mahal-mahal kan? Call dorang mintak maaf atas salah silap dan mintak dorang doakan segalanya berjalan lancar. Ni penting. Kalau redha sesama manusia kita dapat, Allah akan redha dgn kita. Semua urusan akan mudah.", "Selesaikan hutang-hutang yg ada. Kalau ada berhutang dengan orang pegi settlekan. Takpayah kalut, online banking kan ada.", "Akhir sekali, yakin sepenuhnya dengan doktor yang akan bedah korang esok. Saya akan jumpa pesakit yang akan saya bedah biasanya malam sebelum pembedahan, nak bagitau pesakit bahawasanya sayalah doktor bedah dorang esok, sambil borak-borak ringkas. Tak ade lah pesakit terpinga pinga tertanya-tanya doktor mana yg akan buat operation kan ?", "Biasanya saya akan mulakan segala macam prosedur dan pembedahan dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum korang ‘ditidurkan’ oleh doktor bius selawat pada Nabi dan doa buat kali terakhir untuk dipermudahkan. Ingat, doa adalah senjata utama kita. Doa dan terus berdoa. Jangan pernah berhenti berharap.", "*Ikuti petua ini, Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar. Perasaan takut dan gementar memang ada, tetapi dengan berbekalkan redha, semuanya akan berjalan dengan baik. Berdoa banyak-banyak, minta semuanya akan baik-baik sahaja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/tips-latih-anak-umur-2-tahun/
Keluarga, Petua Tips 8 Tips Latih Anak Umur 2 Tahun Ke Atas Kurangkan Minum Susu Formula Oleh aqirah
[ "Apabila anak sudah mencecah 2 tahun, mereka akan semakin banyak minum susu formula kerana banyak menggunakan tenaga untuk bermain. Selera mereka juga semakin bertambah. Waktu ini, ibu bapa perlu banyak membeli susu formula, mereka akan sering meminta susu kerana lapar dan haus.", "Ada yang sampai satu kotak susu formula hanya bertahan seminggu sahaja kerana anak kuat menyusu. Bayangkan kalau satu kotak susu formula anggaran berharga RM28 darabkan dengan 4 minggu, maka sebulan kos untuk susu formula sahaja sudah mencecah RM112. Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu latih mereka untuk makan makanan biasa selain susu formula.", "Bagaimana mahu latih mereka untuk makan makanan biasa?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 8 tips latih anak berumur 2 tahun ke atas makan makanan biasa. Info ini dikongsikan oleh Dr Aimi. Beliau bekerja di klinik Taqwa di Bangi. Klinik Taqwa sesuai dengan setiap golongan bermula seawal dari dalam rahim. Terutama sekali untuk para wanita yang hamil dan ingin membuat pemeriksaan perut.", "Ciri-ciri anak (lebih 2 tahun) minum susu terlalu banyak", "1. Minum susu lebih 3 botol sehari untuk anak lebih 2 tahun. Kalau dah 3, 4 tahun tu lagi lah kena kurang susunya. Paling pun 1 -2 botol sehari.", "2. Bila lapar minta susu, dah kenyang susu, taknak makan.", "3. Selalu berhingus / batuk berkahak.", "4. Terlalu memilih makanan, hujung-hujungnya kena kasi susu juga.", "6. Kulit yang kering dan gatal.", "8 Tips latih anak makan makanan biasa", "1. Berikan kata dua pada anak. Makan dulu baru susu. Selagi tak makan, tak ada susu.", "2. Ibu bapa harus sepakat dan hati kental. Jangan ada yang mengalah bila tengok anak menangis dan protes taknak makan.", "3. Bila anak dah rasa sendiri yang dia lapar kalau tak makan, dan susu tak ada sebagai pengganti makanan, anak akan belajar untuk makan.", "4. Berikan 2 menu makanan, dan berikan anak kuasa untuk memilih. Contohnya, “Abang nak makan nasi ayam atau bihun sup malam ni?”. Jangan tanya terlalu umum seperti “Abang nak makan apa malam ni?”, nanti dia jawab nak aiskrim pula hehehe.", "5. Pilih susu segar / penuh krim / susu tanpa gula. Anak tak perlukan lagi susu formula setelah 2 tahun ke atas. Nutrisi akan diperoleh dari pemakanan yang sihat.", "6. Ajar anak minum susu dalam cawan. Kalau anak bergantung pada botol untuk tidur, berikan hanya untuk tidur. Boleh kurangkan jumlah sedikit demi sedikit.", "7. Berikan masa yang spesifik di mana anak seharusnya berhenti botol. Contohnya dari awal harus katakan pada anak “Abang bila dah masuk 3 tahun, tak perlu susu botol dah. Abang dah besar, boleh minum dari cawan saja macam ibu”. Selalu ingatkan, sampailah pada hari tersebut, harus terus berhenti.", "Beli lah cawan dengan design paling disukainya sebagai motivasi. Kalau anak belum bersedia, boleh anjakkan tapi berikan syarat seperti kurangkan jumlah / jarakkan selang sehari. Sehingga anak boleh terima dan rasakan sebenarnya botol itu tak penting.", "8. Tapi jangan la pula gantikan susu dengan makanan instant seperti roti, biskut dan jajan. Lagi kurang nutrisi anak nanti. Kalau susah nak sediakan makanan khas untuk anak, berikan apa yang kita makan. Biasanya anak-anak akan lebih cepat lapar berbanding kita yang dewasa, sentiasa sediakan jajan sihat / buah-buahan untuk dikunyah.", "*Ikuti tips ini yang dikongsikan oleh doktor aimi, Insyaallah, akan nampak hasilnya. Apabila anak sudah pandai makan, mudahlah ibu bapa tidak perlu lagi pening-pening mahu pergi beli susu formula banyak-banyak lagi. Kos juga dapat dikurangkan. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/fakta-penyakit-chikungunya/
Kesihatan Ketahui Fakta Mengenai Penyakit Chikungunya Oleh aqirah
[ "Pernahkah anda dengar mengenai penyakit chikungunya? Penyakit Chikungunya telah melanda di negara Malaysia lebih kurang 12 tahun yang lalu. Ketika itu kes penyakit Chikungunya amat tinggi sehingga menjejak angka ribuan, begitu juga tahun berikutnya.", "Namun bermula tahun 2011 angka kes penyakit Chikungunya telah menurun dan Malaysia dapat mengawal kes ini dengan baik sekali. Sama juga dengan tahun berikutnya. Pada tahun 2017, angka kes penyakit Chikungunya kembali meningkat kepada ratusan tetapi hanya sekejap sahaja. Tahukah anda apa itu penyakit Chikungunya?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai fakta mengenai penyakit Chikungunya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.", "Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.", "Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.", "Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.", "Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.", "Adakah penyakit ini boleh membawa maut?", "Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.", "Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.", "Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?", "Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.", "Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar. Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk", "Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.", "Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit", "Perbezaan antara demam denggi dan penyakit chikungunya ?", "Chikungunya tidak ada pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian. Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari", "Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?", "Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.", "*Berikut adalah persoalan-persoalan yang selalu ditanya mengenai penyakit Chikungunya. Walaupun penyakit Chikungunya ini tidak merbahaya seperti demam denggi, namun kita masih perlu berhati-hati dan menjaga kebersihan diri dan tempat kita tinggal. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/resepi-kuah-yong-tau-fu/
Resepi Resepi Kuah Yong Tau Fu Super Pekat dan Sedap (Homemade) Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Rata-rata kalau pergi pasar malam mesti pernah ambil kan Yong Tau Fu. Tapi itulah sekali beli kadang-kadang tak sedar berpuluh dah habis duitnya. Lagi terasa kalau beli untuk makan satu keluarga besar. Sakitlah dompet kalau macam tuh kan. Jadi, untuk jimatkan duit di zaman kegawatan ekonomi ini, apa kata cuba buat kuah Yong Tau Fu ini sendiri dan belilah segala bahan-bahan frozen. Pasti puas makan punyalah. Sebenarnya nak buat kuah Yong Tau Fu ini senang sahaja. Bahan-bahan nya pun tak susah pun nak cari. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Umi Azmi yang mendapat perhatian ramai warga netizen di laman muka buku (Facebook). Resepi yang dikongsikan sangat mudah. Tak percaya?", "  (Bahan yang bertanda * bahan untuk blend)  ", "1. Panaskan minyak. 2. Tumis bahan blend yang bertanda *. 3. Tumis sampai pecah minyak 4. Kemudian masukkan gula melaka. 5. Tambah air secukupnya, masak dengan api perlahan. 6. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. 7. Selepas itu, masukkan air tepung jagung, masak lagi sampai betul-betul hilang rasa tepung jagung. 7. Perasakan garam jika perlu. Siap. Sedikit tips dari pemilik resepi. Masak sehingga betul betul pekat baru power dan kaw sedap (tambah bancuhan tepung jagung jika sos cair). Sos ni boleh disimpan dalam peti ais. Bila nak makan boleh panasakan semula. Ha. Mudah ke mudah? Bolehlah cuba buat nanti. Lagi cantik kalau buat hari yang sepatutnya pergi pasar malam. Boleh elak dari ajakan ke sana dan sudah pastilah boleh jimat duit sedikit. Kena bijak lah kan waktu ekonomi tak satbil nih. Di sini, kami juga ada kongsikan resepi menarik lain untuk dicuba. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain tau blog bidadari.my blog pelbagai resepi anda." ]
https://bidadari.my/resepi-nasi-goreng-ayam/
Resepi Resepi Nasi Goreng Ayam Tahun 80-an (Menggamit Memori) Oleh Nur Dini Abd Aziz
[ "Terdapat pelbagai variasi cara untuk menyediakan nasi goreng ayam yang dapat kita lihat pada hari ini. Setiap satu daripanya membawa rasa yang berbeza mengikut cara kita menyediakannya. Pada tahun 80-an dahulu juga cara penyediaan nasi goreng ayam ini agak berbeza daripada yang ada dijual di kedai-kedai pada hari ini.", "Nasi goreng ayam ini boleh dikatakan sukar untuk ditemukan lagi pada hari ini. Jika anda adalah salah seorang daripada peminat nasi goreng ayam variasi tahun 80-an ini anda sangat bertuah pada hari ini. Pada hari ini, kami akan berkongsikan resepi nasi goreng ayam tahun 80-an.", "Resepi nasi goreng ayam tahun 80-an ini telah dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian. ", "P/S: Lebihan rebusan ayam boleh dijadikan sup. Cuma tambahkan garam dan perasa serta sedikit bawang goreng.", "Resepi – resepi lain yang menarik:", "Terdapat variasi jenis resepi yang anda boleh cuba selain daripada resepi ini. Jangan takut untuk mencuba dan hidangkan kepada yang tersayang ya! Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini di media sosial anda. Sehingga berjumpa lagi!" ]
https://bidadari.my/resepi-ikan-patin/
Resepi Koleksi 10 Resepi Ikan Patin Paling Gojes Oleh Rahayu Z
[ "Siapa tidak kenal ikan patin? Ikan patin sejatinya terkenal dengan masak tempoyak. Sebenarnya ada banyak resepi boleh cuba antaranya masak asam pedas, sambal tumis, kengsom, masak cuka dan lain-lain masakan yang menyelerakan.", "Ikan patin merupakan ikan air sungai yang biasa diternak di kolam-kolam atau sangkar. Kernanya rasa ikan patin sedikit hanyir ini sesuai dimasak mengikut resepi berbasiskan asam. Ikan patin dagingnya putih, manis dan menyelerakan amat disukai masyarakat malaysia. Bahkan daging ikan patin seringkali dikomersilkan bentuk fillet.", "Kami ada 10 resepi ikan patin yang mudah dan senang untuk anda cuba. Di mana kumpulan resepi ini sememangnya paling banyak dicari di laman Facebook. Cara masak yang kena dengan tekak dan sedap memang kami syorkan untuk cuba. Jom tengok resepi di bawah ini.", "Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh Pahang", "Siapa yang tidak merasa lagi patin tempoyak? Rugi betul kalau tidak cuba lauk ini. Masak tempoyak merupakan identiti khas ikan patin. Tempoyak ialah durian yang ditapaikan, rasanya berkelainan dan unik jadi kegemaran sesetengah orang. Faris Ibrahim berkongsikan resepi patin tempoyak di laman Facebook. Rahsianya lagi pekat kuah adalah lagi sedap.", "Berbasiskan tempoyak, dengan menggaul dan lumurkan tempoyak bersama kunyit hidup yang diblend, tambahkan sedikit cili api supaya pedas meletop. Bahan pais ini diperap bersama ikan patin kemudian dibakar. Kejadiannya memang menggoda selera. Resepi dikongsikan oleh Anggerik Rosni di laman Facebook. Jangan lupa letak petai supaya makin sedap. Boleh bakar atas dapur atau airfryer. Siap.", "Letak tomato dalam masakan ini pun sedap kerana makin terasa asam-asam masin kuahnya. Jangan lupa ikan digoreng garing dulu supaya rasa enak lemak ikan. Ayuh ikut resepi Umi Mas di laman Facebook. Makan dengan nasi putih sedap lemak-lemak masam masin.", "Kalau dapat patin sangkar sungai Pahang sedap lah pula dibuat masak tomyam macam Adnan Bin Mat Abu yang berkongsi resepi di laman Facebook. Resepi amat sedap dan senang dicuba, rasa pula macam tomyam dekat restoran.", "“Jangankan makan, tengok pun tidak pernah”. Mesti ada dalam kalangan pembaca yang tidak pernah makan ‘susu’ ikan patin ini. Mungkin ramai yang tidak suka namun bila sudah masak rasanya umphh..sedappp. ‘Susu’ ikan patin akan kita masak asam pedas. Resepi dikongsikan oleh Norlida Alwi di laman Facebook.", "Sajian Thailand kengsom memang paling kena dengan citarasa orang Malaysia. Cara menyediakannya pula mudah dan senang. Selalunya orang akan buat ikan siakap namun Eiisha Daud masak dengan ikan patin. Macamana ya rasa dia? Ayuh cubakan.", "Nak tunggu apa lagi, kalau dapat makan nasi putih dengan sambal tumis patin tempoyak memang berselera lah makan. Kalau tidak percaya cubalah dulu resepi sambal patin tempoyak yang dikongsikan oleh Muhtasib Raudah di laman Facebook. Lazat teramat makan tidak cukup sepinggan. Jangan lupa ikan patin digoreng garing dahulu.", "Ikan patin bakar makan dengan nasi panas dan ulam-ulaman gojes betul. Senang saja cara dia hanya guna pais Adabi dan sedikit bahan-bahan rencah untuk naikkan rasa dia jadi makin pekat terangkat. Resepi ikan bakar ALeya Seolihah bukan biasa-biasa, sekali cuba mesti nak lagi.", "Tidak sampai setengah jam siap sudah lauk ini. Makan dengan nasi panas-panas lebih nikmat. Kalau di atas tadi ‘susu’ patin, sekarang pula kita guna ikan patin semua. Sesiapa yang asyik buat masak tempoyak saja boleh cuba resepi asam pedas patin oleh Nani Habib pula, serius sedap buat resepi ini, senang dan mudah pula. Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.", "Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi", "Akhir sekali ini resepi yang tidak boleh anda lepas. Pasalnya masak lemak cili api ikan patin ini memang sedap sangat. Rasa lemak, pedas, masin menyatu dalam masakan ini. Dapat pula makan dengan keropok dan ulam memang menjadi. Tuang kuah lemak ke atas nasi putih panas ummph sedap tiada tandingan. Resepi dikongsikan oleh Hidayah Azman di laman Facebook.", "Selain resepi ikan patin, kami juga menulis kumpulan resepi lain yang menarik. Sila baca dan cubakan resepi di bawah. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-donat-gebu-sedap/
Resepi Resepi Donat Gebu 3S ( Sedap, Senang, Simple) Oleh Rahayu Z
[ "Mahu resepi donut gebu? Apakah anda antara penggemar makanan manis seperti donat? Anda selalu teringin membeli dan memakan donat favorit anda? Mulai sekarang anda tidak perlu penat pergi ke gerai donat untuk menikmati makanan favourite anda tersebut.", "Mulai hari ini selepas anda membaca artikel ini anda patut untuk mencuba sendiri resepi donat gebu yang kami kongsikan dan boleh membuat donat kesukaan anda bila-bila masa sahaja.", "Donat ialah makanan khas barat yang sudah lama popular di seluruh negara. Ianya dibentuk dengan menyatukan kedua sisi adunan doh berbentuk persegi panjang hingga membentuk cincin atau menggunakan pemotong automatik yang sekaligus membuat lubang di tengah adunan doh donat.", "Resepi donat gebu ini hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit bagi menghasilkan 130 biji donat gebu. Tutorial dan resepi ini menjanjikan 2 kebaikan yg nyata iaitu penggunaan masa yang minimum dan penghasilan donat yang sedap dan gebu.", "Tekstur dalaman donat gebu ini lembut dan spongy namun garing di luar, kekal lembut walaupun sudah sejuk.", "Resepi ini tidak perlu menggunakan acuan, tidak perlu bancuh yis guna air suam, tidak perlu perap adunan doh, tidak perlu teknik tumbuk2 adunan doh utk keluarkan angin, tidak perlu masa yg lama utk tunggu adunan doh kembang. Semoga perkongsian yang didapat daripada Noorastella Muhamma di Facebook ini bermanfaat untuk pembaca semua. Sila dipraktikkan.", "Resepi Donat Gebu 3S ( Sedap, Senang, Simple)", "Selamat mencuba resepi donat gebu yang kami kongsikan.." ]
https://bidadari.my/penyakit-rohani-jasmani/
Rohani Hubungan Di Antara Penyakit Rohani Dan Jasmani, WAJIB Tahu Oleh Nik Fatin Fuadi
[ "Sesetengah daripada kita percaya dan yakin bahawa setiap penyakit jasmani berkait rapat dengan penyakit rohani. Hal ini kerana kita dapat melihat walaupun seseorang itu mempunyai populariti dan kemewahan tetapi ianya tidak dapat memberikan kesembuhan kesihatan kepadanya termasuk menghilangkan kegelisahan hati.", "Mari kita lihat input menarik daripada Puan Izzah Ahmad mengenai penyakit Rohani dan Jasmani. ", "Seorang Profesor Muslim di Jepun telah melakukan penyelidikan luar biasa (tidak disebutkan bagaimana cara penyelidikan dilakukan). Hasil kajiannya mendapati bahawa kebanyakkan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani. ", "Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah:", "Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud:", "“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi, dan kamu tidak memperoleh seorang pelindung dan tidak pula penolong selain Allah.” As Syuura ayat 30-31.", "*Sebagai seorang Islam, kita hendaklah mendekatkan diri kepada Allah di samping memohon keampunan kepadaNya di atas setiap perbuatan yang dibuat kerana kita mungkin tidak sedar kesalahan yang dilakukan. Akan tetapi, ianya hendaklah diiringi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.", "*Diharapkan dengan perkongsian ini akan dapat membantu anda supaya sentiasa muhasabah diri dalam melakukan sesuatu. ", "Sumber yang asal boleh rujuk di sini." ]
https://bidadari.my/perempuan-cantik/
Petua Tips 7 Ciri Perempuan Cantik Menurut Sains. Wanita Perlu Tahu! Oleh zulrina
[ "Cantik adalah perkataan yang sangat versatil dan mempunyai banyak makna yang berbeza. Untuk benar-benar menjadi wanita atau perempuan yang cantik, anda harus cantik dari dalaman dan luaran. ", "Dalaman dan luaran seseorang memainkan peranan yang penting bagi emosi dan perbuatan mereka sepanjang hari. Jika akhlaknya baik, maka cantiklah yang dilihat kepada mereka. Jika tidak, pasti akan ada kekurangannya.", "Jangan ingat cantik itu hanya di mata kasar, tetapi cantik juga mempunyai fakta dan menurut sains yang telah terbukti. Jom kami kongsikan 7 ciri perempuan cantik menurut sains wanita perlu tahu.", "Tidak ada yang lebih cantik daripada seorang perempuan yang mempunyai semangat. Seorang perempuan yang bersemangat pasti tidak akan mudah untuk menyerah apabila mempunyai masalah. ", "Semangat ini hanya dirasai oleh diri sendiri sahaja. Perempuan yang bersemangat juga pasti sentiasa berkeyakinan tinggi serta tidak menghiraukan segala perkara negatif yang dilontarkan kepadanya. ", "Menurut kajian, mereka yang gembira dan tidak menghiraukan emosi stress dan perkara negatif akan lebih awet muda berbanding mereka yang selalu tertekan. Ciri perempuan cantik menurut sains ini adalah benar!", "Perempuan sememangnya mempunyai hak untuk memakai alat solek dan tidak ada yang salah dengannya. Walau bagaimanapun, perempuan sebenarnya tidak perlu bersembunyi di sebalik wajahnya yang asli. ", "Seorang perempuan yang cantik tidak akan melakukan sesuatu yang berlebihan untuk sesiapa sahaja kecuali untuk diri sendiri sama ada dari segi pakaian ataupun alat solek.  Menurut sains, wanita lebih cantik jika berhias secara natural.", "Di dalam agama Islam juga turut menyatakan bahawa kecantikan seorang perempuan terletak pada apa yang ia pakai dan tidak melanggar hukum syarak. Firman Allah S.W.T.:", "“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”", "Seorang perempuan cantik tidak berperang untuk mendapatkan perhatian, tetapi secara semula jadi dikurniakannya. Daya tarikan perempuan yang cantik itu adalah bahawa dia tidak perlu bekerja keras atau berjuang untuk mendapatkan perhatian. ", "Dia yakin dan merendah diri serta tidak menonjolkan diri sebaliknya orang-orang disekelilingnya akan berceritakan tentangnya. Sama seperti para isteri nabi yang disanjungi. Begitulah menurut sains dan psikologi, wanita yang tidak mengejar perhatian akan menjadi buruan lelaki selalunya.", "4. Tahu Bagaimana Cara Untuk Bercakap", "Tidak ada yang lebih buruk daripada perempuan yang tidak tahu bagaimana menggunakan percakapannya. Seorang perempuan yang tahu bagaimana berfikir untuk mengeluarkan percakapannya adalah seorang yang sangat cantik. ", "Melalui percakapan juga, kita dapat mengetahui bagaimana cara pemikirannya. Agama Islam juga turut menyatakan perempuan yang cantik itu lahir dari percakapannya serta akhlaknya yang baik. Sabda Rasulullah S.A.W.:", "“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian, tapi ia melihat hati dan amal kalian”", "(Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)", "5. Berdikari Dan Mampu Lakukan Sendiri", "Seorang perempuan yang tidak memerlukan bantuan dari seorang lelaki adalah perempuan yang yakin dan berdikari. Keyakinan adalah kunci keindahan sebenar. ", "Kerana menjadi seorang perempuan bukan tentang memerlukan seorang lelaki malah seorang perempuan yang cantik memahami bahawa berusaha dengan diri sendiri sudah cukup memadai bagi dirinya.", "Tidak ada yang lebih menarik daripada seorang perempuan yang misteri, seorang yang menjaga urusannya secara peribadi dan menceritakan benda-benda yang tidak perlu kepada dirinya sendiri. ", "Tidak ada yang lebih buruk daripada orang yang bercakap akan hal-hal yang tidak sepatutnya. Oleh itu, perempuan cantik hanyalah mereka yang berkata perkara yang penting dan tidak bercakap kosong sehingga tiada faedah. Seorang perempuan yang cantik penuh dengan kejutan.", "Ini adalah antara ciri terpenting bagi seorang perempuan dalam menentukan kecantikan mereka. Biasanya dengan memasak, mereka akan menyerlahkan sifat kecantikan yang tersendiri. ", "Selain itu dengan memasak juga akan membuatkan mereka menjadi lebih penyayang. Menurut sains, perempuan yang pandai memasak adalah perempuan yang menghargai masa dan menyediakan keselesaan untuk orang lain, ia adalah perkara yang indah dilakukan oleh mereka.", "8. Software Dan Pengiraan Algorithm – Teknik Golden Ratio (Pertama Menurut Sains)", "Dr. Julian Da Silva, pakar kecantikan dari London telah menemui cara bagi menilai kecantikan wanita secara kaedah ilmiah. Beliau menggunakan teknik Golden Ratio untuk megukur kecantikan seseorang wanita. Teknik ini telah wujud sejak zaman Yunani Kuno lagi, kini ia boleh digunakan melalui komputer atau software sahaja.", "Teknik golden ratio akan mengira ukuran wajah seseorang berdasarkan kaedahnya yang telah ditetapkan. Antara wanita tercantik di dunia menurut sains adalah Kendall Jenner, Kate Moss, Amber Heard dan lain-lain lagi.", "Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengubah ciptaan Allah tetapi kita masih boleh menjadi cantik dari sudut sains psikologi. Perempuan yang cantik adalah mereka yang menjadi diri sendiri dan tidak suka untuk meniru gaya orang lain. ", "Perempuan yang cantik juga tidak terletak pada alatan soleknya ataupun cara solekannya. Kecantikan sebenar adalah dari hati budi dan sikap pemikirannya.", "Jom baca juga jenis aurat perempuan, cara didik anak perempuan, hadiah hari jadi anak perempuan dan tanda hamil anak perempuan. Semoga bermanfaat!" ]
https://bidadari.my/resepi-bibimbap-korea/
Resepi Resepi Bibimbap Korea Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Sekarang ini boleh dikatakan makanan-makanan dari luar negara semakin menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di antaranya Bibimbap Korea, Sushi Jepun, Vietnamese Roll dan banyak lagi. Tapi yela kan , bila sebut makanan luar negara ini, pastinya harga nya bukan biasa-biasa. Nak makan selalu mestilah pening juga kan. Tambah-tambah zaman kegawatan ekonomi.", "Tapi, tapi tetap rasa nak makan kan? Cubalah buatnya sendiri di rumah. Pasti lebih jimat dan lebih puas. Nak makan banyak mana pun boleh. Sangatlah bijak ekonomi terutama untuk yang ahli keluarga nya ramai.", "Bibimbap korea merupakan makanan yang mengandungi semua diet makanan yang diperlukan oleh tubuh badan. Jadi sudah pastinya makanan ini sihat dan berkhasiat untuk tumbesaran anak-anak.", "Dibawah ini kami kongsikan resepi bibimbap korea yang telah dikongsikan olehNursalwani Kamal di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Resepinya mudah sahaja. Jemput baca dan mencubanya.", "Dah siap. Bolehlah enjoy your Bibimbap! Tapi ingat tau, ini resepi untuk satu hidangan. Boleh gandakan menikut perkiraan masing-masing ya. Selamat menjamu selera.", "Selain resepi Bibimbap Korea, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya" ]
https://bidadari.my/proses-ovulasi-wanita/
Keluarga Ketahui Proses Ovulasi Pada Wanita Untuk Hamil Oleh Tasneem Haneem
[ "Disini dikongsikan tentang pengertian ovulasi untuk wanita. Semoga artikel ini memberi pemahaman yang jelas tentang pengertian ovulasi, masa dan tanda-tanda ovulasi berlaku.", "Setiap bulan, tubuh anda bersedia untuk  hamil dengan cara melepaskan hormon perangsang folikel (FSH). Setiap folikel menghasilkan estrogen iaitu hormon yang lain, yang mana perlu mencapai tahap tertentu untuk menghasilkan ovulasi.", "Apabila estrogen yang cukup telah dihasilkan – biasanya 12 hingga 18 hari selepas kitaran bermula – telur matang, lebih kecil daripada kepala pin, akan pecah dari folikel yang paling matang. Pelepasan telur ini dikenali sebagai ovulasi.", "Pembinaan estrogen di dalam folikel merangsang gelombang hormon ketiga, “luiteinizing hormone” (LH). Dalam masa 24 jam gelombang LH anda, telur akan muncul dari folikelnya dan dengan segera dibawa ke tiub fallopio.", "Sementara itu, folikel yang kosong – sekarang digelar sebagai “corpus luteum” – mula menghasilkan hormone yang lain, “progesterone”, yang menghalang pelepasan telur-telur lain dalam tempoh kitaran.", "“Corpus luteum” berfungsi selama 12 hingga 16 hari, selepas tahap “progesterone” jatuh dan kitaran bermula semula.", "Bolehkah Saya Tahu Bila Saya Berovulasi?", "Kira-kira 1 per lima daripada semua wanita berpengalaman dalam kesakitan pada bahagian perut. Hal ini dikenali sebagai “mittelschmerz” semasa ovualsi berlaku. Kelembutan atau rasa tidak selesa pada buah dada adalah biasa.", "Kebanyakan wanita akan mengalami pengeluaran dari vagina yang agak elastik (cuba rentangkannya antara 2 jari) pada hari ia hampir pasti untuk berovulasi. Kit ramalan ovulasi biasanya digunakan untuk mengesan gelombang LH yang mendahului pelepasan telur, sementara pemetaan suhu badan (Basal Body Temperature atau BBT) boleh digunakan sebagai penilai ovulasi.", "Apa Yang Berlaku Kepada Telur Selepas Ovulasi?", "Ini bergantung kepada sama ada persenyawaan berlaku atau tidak. Jika telur disenyawakan dalam jangka masa beberapa jam selepas ia dilepaskan, ia akan menggunakan minggu seterusnnya atau lebih untuk berjalan melalui tiub fallopio ke uterus, di mana ia akan ‘menggali’ ke dalam lapisan rahim dan memulakan proses membentuk bayi.", "Jika telur tidak disenyawakan, ia akan hancur selepas 12 hingga 24 jam dan akan diserap ke dalam tubuh atau dikeluarkan bersama-sama aliran haid." ]
https://bidadari.my/cara-memandu-kereta-auto/
Keluarga, Petua Tips Cara Memandu Kereta Auto: 9 Tips Kena Tahu Oleh Zuraidah Muhidden
[ "Jika tanya pada kebanyakan wanita, antara kereta automatik (auto) dan manual yang mana satu jadi pilihan? Pasti kebanyakan akan memilih kereta auto. Ini kerana memandu kereta auto jauh lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan kereta manual.", "Nama pun kereta auto kan, tinggal tarik gear tanpa perlu tekan minyak pun kereta boleh bergerak sendiri. Jika yang cekap, tak ada masalah. Bagaimana yang masih terkial-kial nak pandu kereta?", "Oleh itu, artikel ni akan membincangkan tips dan petua cara memandu kereta auto. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada penulisan ini.", "Pada asasnya, semua kereta auto mempunyai sistem gear yang sama. Gear kereta auto terdiri daripada:", "Bagi sesetengah kereta auto, terdapat fungsi tambahan gear seperti berikut:", "#2 Apabila Enjin Kereta Auto Dihidupkan", "Untuk pastikan enjin hidup, anda mesti tolak gear ke kedudukan Neutral (N) atau Park (P). Ada beza ke kedudukan N dan P? Mestilah ada. Pada posisi N, gear kereta ialah bebas (free). Bila anda lepaskan break tangan (hand break), kereta anda boleh bergerak.", "Manakala pada kedudukan P pula, gear kereta akan dikunci. Oleh itu, jika anda melepaskan brek tangan, kereta tak akan bergerak. Perlu diingat untuk sistem keselamatan, jika gear berada dalam keadaan Reverse (R) atau Drive, kereta tak boleh dihidupkan.", "Apabila enjin kereta dah dihidupkan, turunkan brek tangan dan kaki kanan menekan pedal brek kaki. Kemudian dengan tangan kiri, tekan button lock pada gear (jika ada) dan bawa gear kereta anda pada kedudukan Drive (D). Seterusnya, lepaskan brek kaki dan tekan pedal minyak guna kaki kanan secara perlahan-lahan.", "Jangan sesekali tekan minyak secara mengejut. Ini akan membuat kereta anda terlajak ke depan dengan laju. Situasi ini tentulah amat berbahaya. Untuk kereta auto, kaki kiri tak berfungsi berbanding kaki kanan untuk menekan pedal brek dan pedal minyak. Jangan lupa kereta auto tak ada clutch.", "#3 Apabila Naik Bukit Dengan Kereta Auto", "Berbanding kereta manual, naik bukit dengan kereta auto jauh lebih mudah. Anda tak perlu fikirkan tentang tukar gear dan clutch. Cuma anda perlu tahu bila nak menggunakan gear D4, D3 dan D2.", "Bila nak gunakan ketiga-tiga gear tu? Bila pandu kereta auto di lebuh raya, gear memadai berada pada kedudukan D4. Walaupun sedang memandu di jalan raya yang agak curam, bila pandu kereta dengan kelajuan tinggi, gear D4 boleh digunakan.", "Manakalan gear D3 dan D2 digunakan ketika memandu di jalan raya yang curam dan berselekoh tajam. Jika anda menggunakan gear D4, anda perlu sentiasa tukar gear. Oleh kerana, jalan pendek dan berselekoh, kereta anda tak dapat kekalkan momentum untuk kekal pada posisi gear D4.", "Gear akan sentiasa berubah-ubah dengan turun ke D3, naik semula ke D4 dan turun semula. Selain perjalanan jadi tak lancar, lambat-laun gear kereta anda pasti akan rosak.", "Langkah terbaik hanya gunakan gear D3. Jika jalan curam, gear kereta anda akan gunakan gear D2, naik ke gear D3 dan kekal di situ.", "#4 Apabila Turun Bukit Dengan Kereta Auto", "Cara terbaik untuk turun bukit, kekalkan gear pada kedudukan di D4. Untuk perlahankan kereta, anda hanya gunakan pedal brek. Bagaimana pula jika nak turun bukit yang curam jika pandu kereta dengan kelajuan tinggi?", "Jika nak perlahankan kereta gunakan teknik brake tapping. Maksudnya, anda cuma perlu pijak dan lepaskan pedal brek. Apabila anda pijak pedal brek, secara automatik gear akan turun ke D3 walaupun pada kelajuan tinggi di lebuh raya.", "D3 dengan kelajuan tinggi akan menghasilkan Putaran Per Minit (RPM) yang tinggi iaitu 3500 ke atas. Ini akan mengakibatkan engine braking.", "#5 Pandu Kereta Auto Di Selekoh Z", "Ketika berada di selekoh Z jangan pandu secara terburu-buru dan perlahankan kereta anda. Kawal pedal brek dan stereng dengan cekap.", "#6 Apabila Kereta Auto Berhenti Di Lampu Isyarat", "Apabila berhenti di lampu isyarat, biarkan gear pada kedudukan D. Anda hanya perlu tekan brek kaki. Namun jika berada agak lama, anda boleh tukar gear pada kedudukan N dan hanya tekan pedal brek kaki dengan menggunakan kaki kanan.", "Apabila lampu isyarat bertukar ke lampu hijau, anda boleh tukar gear pada kedudukan D. Kemudian, lepaskan brek dan pada masa yang sama tekan pedal minyak secara perlahan-lahan.", "#7 Apabila Kereta Auto Potong Kenderaan Lain", "Apa yang ada perlu lakukan jika nak potong kenderaan lain ialah tekan minyak ke dalam sedikit bergantung pada kelajuan kereta anda. Bagi kereta yang mempunyai gear 3, anda boleh alihkan kedudukan D ke 3 untuk tambah kuasa pecutan. Jangan lupa, lepas potong kenderaan, tukar semula gear kereta anda pada posisi D.", "#8 Parking Kereta Auto Di Kawasan Berbukit", "Jika anda meletakkan kereta di kawasan berbukit, pastikan kedudukan gear kereta berada di P. Jangan lupa pula tarik brek tangan.", "#9 Apabila Kereta Auto Terperangkap Dalam Kesesakan Jalan Di Kawasan Berbukit", "Mana tahu tengah bercuti di Cameron Highlands, tiba-tiba sangkut pula dengan kesesakan. Jangan kalut. Ni caranya yang boleh anda lakukan iaitu biarkan gear pada kedudukan D.", "Anda harus menekan brek kaki. Apabila kereta mula bergerak, lepaskan brek dan tekan pedal minyak. Penggunaan brek tangan sebelum tekan pedal minyak sangat penting untuk elakkan kereta anda terundur ke belakang.", "Kesimpulannya, kereta auto banyak membantu pemandu yang inginkan keselesaan dan cara pemanduan yang mudah. Tak hairanlah, kereta auto paling banyak menjadi pilihan pemandu wanita dan warga bandar yang selalu menghadap kesesakan jalan raya.", "Paling penting, tak kira anda menggunakan kereta auto atau manual, keselamatan diri sendiri dan pengguna lain perlu diutamakan. Berhati-hati di jalan raya, jadilah pemandu yang berhemah dan bertimbang rasa.", "Jemput juga baca artikel tips tayar dan cara jimat minyak kereta." ]
https://bidadari.my/penyakit-malaria/
Kesihatan Ketahui Lebih Lanjut Penyakit Malaria, Anda Perlu Tahu Oleh aqirah
[ "Pernahkah anda dengar mengenai penyakit Malaria? Penyakit Malaria sudah wujud di Malaysia sejak awal tahun 2000 lagi. Ketika itu, kes tercatat tinggi dengan jumlah 12,000 kes tetapi pada tahun 2016 kes telah berturun kepada 2,300 kes. Pada tahun 2017, malang sekali kes meningkat kepada 4,000.", "Penyakit Malaria ini masih membawa ancaman kepada rakyat Malaysia, maka kita perlu peka terhadap penyakit ini kerana masih tiada lagi vaksin untuk penyakit ini. Apa itu penyakit Malaria ?", "Mari kami kongsikan info sebenar penyakit Malaria. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.", "Malaria adalah penyakit disebabkan oleh parasit plasmodium. Penyakit merebak melalui gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti parasit (dipanggil sporozoites) berkenaan. Apabila parasit masuk kedalam tubuh manusia ia akan bergerak melalui salur darah dan terus ke hati. Di dalam hati, parasit menjadi matang dan masuk semula ke dalam sistem darah dan membiak. Dalam masa 48 hingga 72 jam selepas jangkitan, sel darah merah pecah, dan mengeluarkan/melepaskan lebih banyak parasit(merozoites) dan lebih banyak sel darah merah dijangkiti.", "Pusingan hidup berbeza mengikut jenis Plasmodium. Untuk P.vivax 48 jam, P.malariae 72 jam dan P.falciparum antara 36 hingga 48 jam. Malaria menyebabkan anaemia akibat kemusnahan sel darah merah. Masalah ini menyebabkan bilangan hemoglobin yang dilepaskan ke dalam sistem peredaran darah berlebihan selepas sel darah pecah. Gejala utama biasanya timbul seawal 8 hari atau selewat-lewatnya setahun kemudian.", "Gejala malaria berlaku dalam pusingan antara 48 hingga 72 jam, akibat pelepasan merozoites yang berlebihan ke dalam salur darah. Anaemia terjadi akibat dari kemusnahan bilangan sel darah merah yang terlalu banyak dan paras hemoglobin yang berlebihan disalurkan ke dalam sistem darah selepas ianya pecah. Malaria juga boleh dipindahkan secara semulajadi semasa anak dalam kandungan dan melalui pemindahan darah. Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada kebanyakan negara tropika.", "Setiap tahun Bahagian CDC menganggarkan 300 hingga 500 juta kes malaria dengan kematian melebihi satu juta. Sesetengah negara di dunia, nyamuk pembawa malaria menjadi kebal kepada racun serangga, manakala antibiotik tidak memberi kesan kepada parasit. Oleh itu jangkitan penyakit ini sukar dikawal. Salah satu daripada 4 jenis parasit malaria iaitu Malaria Falciparum mengakibatkan kemusnahan yang besar kepada sel darah merah. berbanding dengan parasit lain. Ia akan membiak dalam tempoh beberapa jam selepas gejala awal dikesan.", "Pesakit malaria pulih sepenuhnya selepas mendapat rawatan tetapi, kes jangkitan Falciparum kurang memuaskan , kerana ketahanan ( resistant) parasit terhadap ubat anti-malaria adalah tinggi.", "*Anda semua tidak boleh mengambil hal ini secara remeh kerana vaksin bagi penyakit ini masih belum ditemui. Anda wajib menjaga kebersihan diri dan jauhi tempat-tempat kotor. Jika anda mempunyai tanda atau gejala seperti di atas, cepat-cepat pergi berjumpa doktor.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/punca-bibir-kering/
Kesihatan 11 Punca Bibir Kering Dan Menggelupas Serta Cara Mengatasi Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Bibir kering adalah keadaan yang sangat dibenci oleh para gadis dan wanita. Ini kerana masalah bibir kering akan menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Bukan itu sahaja, malah gincu bibir tidak akan melekat dengan baik semasa anda berhias. Malah bibir kering juga menyakitkan. Apakah punca bibir kering? Bagaimana cara untuk mengatasinya?", "Terdapat pelbagai punca bibir kering, dan tanpa anda sedari yang sebenarnya anda sering melakukan perkara-perkara tersebut. Jom kami kongsikan punca bibir kering yang pastinya membuatkan anda terkejut.", "Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, tubuh badan anda akan menjadi kering. Apabila badan anda menjadi kering, semua organ dan anggota badan termasuk kulit akan menjadi kering juga. Akibanya, bibir anda juga akan menjadi kering. ", "Oleh itu, pastikan anda minum air yang secukupnya setiap hari iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.", "Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan", "Masalah dehidrasi juga adalah punca bibir kering yang paling kerap terjadi. Masalah dehidrasi boleh berlaku disebabkan oleh perkara-perkara berikut:", "Oleh itu, kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik, elakkan diri daripada dehidrasi.", "Terdedah kepada sinaran matahari yang terik", "Punca bibir kering yang seterusnya ialah terdedah kepada sinaran matahari yang terik. Yang ini pasti anda selalu buat, kan? Apabila anda suka berjemur dibawah panas matahari, bibir anda akan menjadi kering, menggelupas, dan berdarah. ", "Oleh itu, elakkan daripada berada di luar semasa matahari terik. Jika perlu keluar jangan lupa gunakan payung untuk melindungi muka anda daripada terkena matahari secara langsung.", "Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjadi punca bibir anda menjadi kering. Lihat sahaja pokok-pokok di luar tingkap anda. Apabila cuaca panas ia akan mengalami masalah kekurangan air lalu menjadi kering dan layu. Begitu juga halnya dengan bibir anda. ", "Cuaca panas akan menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, pastikan anda minum air dengan banyak semasa cuaca panas bagi mengelakkan bibir daripada menjadi kering.", "Selain cuaca yang terlalu panas, cuaca yang terlalu sejuk juga adalah di antara punca bibir kering. Cuaca sejuk yang kami maksudkan ialah cuaca dengan suhu yang sangat sejuk seperti di Bukit Fraser atau Cameron Highlands. Pejabat dengan penyaman udara yang terlalu sejuk hingga anda rasa nak beku juga termasuk dalam cuaca terlalu sejuk yang kami maksudkan. ", "Kalau anda perasan, duduk dalam suhu yang sejuk akan menyebabkan kulit dan bibir anda menjadi kering. Keadaan ini berlaku kerana cuaca yang sejuk akan menyerap lembapan dari tubuh badan termasuk bibir anda.", "Punca bibir kering yang seterusnya ialah keadaan udara yang kering. Udara yang kering biasanya berlaku dalam persekitaran berhawa dingin. Jika anda duduk dalam tempat berhawa dingin dalam tempoh yang lama, contohnya semasa bekerja, bibir anda akan menjadi kering. ", "Oleh itu, jika tempat kerja ada mempunyai penghawa dingin, pastikan anda pakai lip balm untuk melindungi permukaan bibir agar lembapan tidak hilang.", "Tabiat suka menjilat bibir adalah satu perbuatan yang kurang menarik dan boleh menyebabkan bibir anda menjadi kering. Ini kerana dalam air liur manusia terdapat enzim yang akan menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh itu, kalau anda adalah seorang yang suka menjilat bibir, hentikan tabiat tersebut supaya bibir anda tidak kering lagi.", "Selain tabiat suka menjilat bibir, tabiat suka menggigit bibir juga akan menjadi punca bibir kering. Apabila anda suka menggigit bibir, ia akan menyebabkan bibir anda melecet atau luka. ", "Malah apabila anda menggigit bibir, air liur akan melekat pada bibir lalu enzim yang ada dalam air liur akan menyebabkan bibir anda kering. Oleh itu, hentikan tabiat suka menggigit bibir hari ini juga.", "Punca bibir kering yang ini pastinya akan membuatkan anda terkejut. Ramai orang suka bernafas melalui mulut tanpa disedari. Bagaimana tabiat suka bernafas melalui mulut boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Untuk pengetahuan anda, apabila anda bernafas melalui mulut, ia akan menyebabkan wap air liur melekat pada dinding bibir. ", "Ingat tak tadi kami ceritakan tentang enzim dalam air liur yang boleh menyebabkan bibir menjadi kering? Oleh itu, hentikan tabiat suka bernafas melalui mulut kalau anda nak bibir yang lembab dan cantik.", "Jika anda suka makan makanan yang tinggi dengan garam, tak hairanlah kalau bibir anda kering. Ini kerana garam adalah punca bibir kering. Oleh itu, untuk mendapatkan bibir yang cantik anda perlu jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang tinggi garam. Pilih makanan yang sihat.", "Sesetengah ubat-ubatan boleh menjadi punca bibir kering. Di antara ubat yang telah dikenal-pasti sebagai pencetus masalah bibir kering adalah seperti berikut:", "Oleh itu, jika anda mengalami masalah bibir kering selepas mula mengambil ubat yang kami senaraikan di atas, sila berbincang dengan doktor anda.", "Itulah dia punca bibir kering yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca cirit birit dan punca sawan" ]
https://bidadari.my/resepi-kuih-lompat-tikam/
Resepi Resepi Kuih Lompat Tikam Yang Lembut, Sedap dan Manis Oleh Rahayu Z
[ "Kuih lompat tikam memang sedap dan lazat. Apakah anda tercari-cari resepi lompat tikam yang lazat terangkat? Mari tengok resepi kuih lompat tikam yang mudah sedap dan lazat daripada Wani Suhaimi ‎di Facebook ini.", "Kuih lompat tikam diperbuat daripada tepung beras, pulut dan disiram dengan air nisan (kuah gula melaka). Tepung beras dibuat menjadi adunan lunak serupa bubur dan biasanya diberi warna hijau dan putih. Beras pulut pula diberi pewarna merah. Sehingganya tampilan kuih lompat tikam ini sangat merangsang selera.", "Kuih lompat tikam boleh dijadikan hidangan untuk jualan. Mahupun dimakan bersama keluarga. Rasa manis kuah melaka sangat menyatukan rasa hidangan ini. Kanak-kanak pula semestinya suka kuih ini sebab ia manis dan menarik.", "Tanpa tunggu lama, sila tengok resepi kuih lompat tikam yang dikongsikan oleh Wani Suhaimi‎ di Facebook dan telah kami suntingkan pada perkongsian resepi kali ini. Selamat mencuba.", "Selain resepi lompat tikam, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/resepi-ayam-goreng-mamak/
Resepi Resepi Ayam Goreng Mamak (Bikin Ketagih) Oleh Rahayu Z
[ "Anda perasan tak kenapa ayam goreng mamak itu rasa sedapnya lain. Sudah cuba buat sendiri ayam goreng tapi tidak juga sama rasa dengan ayam goreng kedai mamak. Hujung-hujungnya buat ayam goreng tepung biasa saja.", "Tidak jarang ada kawan atau bahkan keluarga anda sendiri suka beli ayam goreng mamak. Dengan alasan sedap, rangup, dagingnya empuk, tidak pedas walau warnanya merah seperti itu, bahkan kanak-kanak juga suka.", "Maka demi penyelesaian untuk penasaran anda, kami berkongsi resepi ayam goreng mamak yang sedap, rangup dan confirm keluarga anda akan menyukainya! Resepi ini dibahagikan oleh Qhamcyahh Hidayat di Facebook dan telah mendapat perkongsian ramai.", "Mulai hari ini, anda dan keluarga tidak perlu lagi pergi kedai mamak setakat beli ayam goreng saja. Boleh buat ayam goreng mamak sedap selepas ini. Lagi ayam goreng satu ketul mahal juga kan. Kalau buat resepi sendiri anda boleh berjimat juga selepas ini. Sila cuba resepi ini.", "1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.", "2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.", "Sangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam goreng mamak kesukaan anda.", "Selain resepi ayam goreng mamak, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/punca-penyakit-buah-pinggang/
Kesihatan Punca Penyakit Buah Pinggang Yang Ramai Suka Buat Tanpa Sedar Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Sakit buah pinggang merupakan antara penyakit yang paling ditakuti di dunia. Sebelum kami kupas tentang punca sakit buah pinggang, jom ketahui tahap-tahap sakit buah pinggang. Dalam dunia perubatan, terdapat 5 tahap kerosakkan buah pinggang iaitu:", "Bagi mengelakkan penyakit buah pinggang, jom ambil tahu apakah puncanya dan cuba sebaik yang mungkin untuk mengelakkan:", "Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal yang membekalkan darah kepada buah pinggang, penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.", "Tekanan darah tinggi adalah keadaan di mana berlakunya tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang lalu menyebabkan berlakunya sakit buah pinggang.", "Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.", "Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin bahan buangan dari badan. Apabila kita tidak minum air kosong yang secukupnya, toksin dan bahan buangan akan mula berkumpul dalam buah pinggang dan boleh menjadi punca sakit buah pinggang.", "5. Pengambilan garam (sodium) yang terlalu banyak", "Tubuh kita memerlukan garam untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. Bebanan yang terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.", "Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam. Tabiat suka menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang.", "Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.", "8. Terlalu banyak makan ubat tahan sakit", "Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.", "Alkohol boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati. Tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang akan menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang.", "10. Tidak mengambil vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan", "Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang.", "11. Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan", "Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.", "12. Pengambilan minuman berkarbonat secara berlebihan", "Seperti garam dan kafein, minuman bergas atau berkarbonat juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.", "13. Mengambil protein dari sumber binatang secara berlebihan", "Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.", "Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik seperti insomnia selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita memperbaiki kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita perlu berikan masa tubuh kita untuk sembuh dan sembuh dengan sendiri tanpa gangguan.", "Punca-punca lain penyakit buah pinggang adalah seperti berikut:", "Itulah dia punca penyakit buah pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata, simpton penyakit buah pinggang, dan petua hilangkan gastrik." ]
https://bidadari.my/faktor-ayah-harus-menjadi-idola-anak/
Keluarga, Rohani Ketahui Faktor-Faktor Utama Ayah Harus Menjadi Idola Anak Oleh aqirah
[ "Remaja kini lebih tertarik kepada artis-artis di luar atau dalam Malaysia. Jika dilihat sekarang, remaja mula menjadikan artis kegemaran mereka sebagai idola dan bercita-cita untuk berjaya seperti idola mereka. Ia bukanlah perkara yang buruk jika anak kita menjadikan artis sebagai idola mereka. Malah, ia boleh menjadi semangat kepada mereka untuk melakukan sesuatu perkara.", "Tetapi alangkah bagusnya jika ayah yang menjadi idola pertama mereka untuk menaikkan semangat. Banyak manfaat jika anak menjadikan ayah mereka sebagai idola dan ia mampu mengeratkan lagi hubungan antara ayah dan anak.", "Apakah faktor-faktor kenapa ayah harus menjadi idola anak-anak ?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.", "Faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola anak", "Antara faktor-faktor utama ayah harus menjadi idola kepada anak-anak adalah ketika meningkat remaja, perubahan hormon dan fizikal membuatkan anak perempuan kita mula tertarik dengan mereka yang berlainan jantina.", "Ketika itu akan berlaku satu perlawanan bonding kerana anak kita akan mula membuat bonding dengan kawan kawan dan orang yang mereka minat dan suka. Jika bonding kita dengan anak perempuan kita lebih kuat, maka kita yang akan memenangi hati anak perempuan kita. Dia akan lebih mendengar pendapat dan nasihat kita. Dia akan lebih menurut kata kita.", "Tetapi bahaya jika bonding orang luar lebih kuat dibandingkan bondingnya dengan kita. Maka anak perempuan kita akan lebih mendengar kata mereka. Ketika itu, kalau baik kawan kawan anak kita maka baiklah dia. Kalau rosak kawan kawan anak kita maka rosak jugalah anak kita. Untunglah kalau anak kita dikelilingi orang baik tetapi kalau sebaliknya? Itu yang bahaya.", "Jadi kepada semua Daddy, Papa, Ayah, Abi dan semua yang mempunyai anak perempuan. Jadilah cinta pertama anak kita. Ajarkan mereka rasa cinta kepada agama. Ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada kita ibubapanya dan ajarkan kepada mereka rasa cinta kepada diri mereka sendiri juga.", "Tanpa kita sedar, seorang ayah bukan cuma pencari nafkah semata. Ayah juga adalah idola anak perempuannya. Seorang ayah juga adalah superhero anak anak mereka sehingga ke hujung usia", "*Kesimpulannya, sebagai seorang ayah, kita perlu memastikan anak perempuan kita selamat dan selesa apabila bersama. Lebih baik lagi, jika anak perempuan kita mula terbuka hati untuk berkongsikan masalah mereka kepada kita dan membuatkan kita adalah orang yang sangat dipercayai di mata mereka. Maka, jadilah hero dan idola di mata mereka.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/bunga-raya-malaysia/
Keluarga 10 Keistimewaan Bunga Raya Malaysia Sebagai Manfaat Kepada Manusia Oleh Siti Awadah
[ "Bunga raya adalah bunga kebangsaan Malaysia. Semua orang tahu akan hal ini. Tapi pernah tak ambil kisah tentang keistimewaan bunga raya ini dengan lebih detail. Tahu tak yang bunga raya ini ada bermacam jenis dan warna. Malah bunga raya Malaysia ini juga dapat menjadi bahan utama untuk kecantikan, kesihatan dan lain-lain lagi.", "Ada banyak spesis dan warna bunga raya di atas muka bumi ini. Ada spesis yang seratus peratus dari ciptaan Ilahi dan ada yang telah dikacukkan untuk menjadi spesis bunga raya yang terbaru dan terkini. Untuk bunga raya bunga kebangsaan, Malaysia memilih bunga raya berwarna merah berbanding warna yang lain.", "image via : My Info Malaysia Blog", "Kepentingan Bunga Raya Malaysia Sebagai Bunga Kebangsaan", "Bahagian dan ciri-ciri bunga raya dikaji satu persatu untuk mencari apakah kelebihan bunga ini untuk dikaitkan dengan sebuah negara. Selain bunga raya, terdapat bunga lain yang beraa di dalam senarai semasa pemilihan bunga kebangsaan itu dilakukan. Tarikh pemilihan ini adalah pada akhir tahun 1958, yakni sebaik saja selepas kemerdekaan.", "Pada akhir tahun 1958 tersebut, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan adalah Bunga Raya, Bunga Kenanga, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.", "Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.", "Warna merah pada bunga raya melambangkan maksud keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Hingga ke saat ini, bunga raya digunakan sebagai simbol pada logo-logo, lencana, bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit syiling negara Malaysia.", "10 Keistimewaan Bunga Raya Sebagai Manfaat Kepada Manusia", "#1 – Membantu menurunkan tekan Darah Tinggi dan kadar kolesterol dalam darah", "Terdapat satu kajian menggunakan haiwan secara konsisten menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak bunga raya mampu mengurangkan tekanan darah bergantung kepada dos yang tertentu. Pada masa yang sama, kajian menunjukkan bahawa jumlah kolesterol ( LDL-cholesterol dan trigliserida) turun dalam kebanyakan haiwan yang mempunyai masalah hyperlipidemic dan kencing manis. ", "Walaubagaiman sekali pun, HDL-cholesterol tidak akan terjejas secara amnya oleh penggunaan ekstrak bunga raya ini. Kebanyakan kajian awal juga menunjukkan bahawa minum teh bunga raya untuk 2-6 minggu mengurangkan tekanan darah dengan jumlah yang kecil pada orang dengan tekanan darah yang normal atau sedikit tinggi. ", "Ekstrak bunga raya ini TIDAK membantu mengawal tekanan darah tinggi bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal atau terlalu tinggi. ", "#2 – Membantu dalam masalah UTI (urinary tract infection)", "Penyelidikan awal telah mendapati bahawa orang-orang yang mempunyai kateter kencing yang tinggal di pusat penjagaan jangka panjang yang mengambil ekstrat bunga raya mempunyai peluang 36% lebih rendah untuk mendapat jangkitan saluran kencing berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. ", "Untuk pengetahuan umum, penggunaan bunga raya ini bukan berasakan kajian yang menyeluruh. Jadi, ianya memerlukan pantauan daripada yang lebih pakar. ", "#3 – Membantu dalam mengurangkan berat badan ", "Bunga Raya adalah salah satu tradisional ubat yang sangat baik untuk penurunan berat badan. Bunga tumbuhan ini didapati mengandung asid hydroxycitric, bahan yang biasa dijumpai dalam kebanyakan pil penurunan berat badan. ", "Kajian menunjukkan bahawa Bunga raya ini mengandungi inhibitor enzim yang merangsang pembebasan amilase, enzim yang membantu dalam memecahkan kanji dan gula. Ini membawa kepada pengurangan penyerapan bahan-bahan ini dalam tubuh badan. Pada masa yang sama, bunga raya juga mempunyai sifat diuretik yang menghalang pengekalan air atau cecair di dalam badan.", "#4 – Membantu mengelakkan rambut gugur  ", "Jika kita bimbang akan masalah keguguran rambut, bunga raya boleh membantu mengelakkan keguguran rambut. Hal ini disebabkan, ianya kaya dengan vitamin A dan C serta asid amino. Ianya dapat membantu untuk memerangi keguguran rambut dan mendorong pertumbuhan rambut. ", "#5 – Membantu meningkatkan immune sistem", "Bunga raya mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan anti-bakteria. Elemen-elemen ini bergabung untuk memberikan asas yang kuat dan meningkatkan daya tahan tubuh untuk melindungi tubuh daripada menangkap selesema atau selesema.", "Buat pengetahuan umum sejak zaman dahulu lagi, bunga raya telah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan penyakit salah satunya adalah demam. Disebabkan ekstrak bunga raya mempunyai kesan penyejukan, ianya mampu mengurangkan demam.  ", "Sekiranya suhu demam terlalu tinggi atau tidak turun selama 2 atau 3 hari berturut-turut,  disarankan untuk berjumpa doktor.", "Pokok bunga raya mempunyai antioksidan yang tinggi dalam vitamin C. Ianya membantu mencegah jerawat kerana ia mempunyai sifat anti-radang. Pada masa yang sama, antioksidan yang tinggi mampu meningkatkan dan mengekalkan keanjalan kulit serta berjaya menangani garis halus dan kedut. ", "#8 – Membantu menenangkan tekanan perasaan ", "Beberapa polifenol utama yang terdapat pada bunga raya telah menunjukkan kesan perlindungan pada otak serta membantu meningkatkan aliran darah. Justeru itu, ianya mampu mengawal perubahan mood seseorang tetapi ianya masih tidak mempunyai kajian yang mendalam berkenaan dengan ekstrak bunga raya mampu mengawal atau menenangkan tekanan perasaan. ", "Walaubagaiman sekalipun, dengan kepelbagaian warna pada bunga raya ini ianya membantu menenangkan fikiran kerana setiap warna yang terdapat pada bunga raya ini membantu dalam kawalan emosi.  ", "Penyembuhan luka adalah proses pembaikan setelah kecederaan pada kulit dan tisu lembut lain. Aplikasi topikal bunga raya meningkatkan penguncupan dan penutupan luka dan kesannya dapat dilihat dengan jelas mulai hari ke-4 selepas pengunaannya. ", "Penyelidikan phytochemical awal mengenai ekstrak bunga raya menunjukkan kehadiran flavonoid, saponin, terpenoid dan tanin. Jadi, kajian telah menunjukkan bahawa flavonoid  menyembuhkan luka, ianya disebabkan oleh sifat-sifat antimikrobnya. ", "#10 – Membantu mengawal penyakit Kencing Manis", "Penyelidikan terbaru menggunakan bunga raya untuk rawatan kencing manis. Pelbagai bahagian tumbuhan ini menunjukkan hasil yang berpotensi untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan lipid. Ekstrak bunga raya mungkin boleh menurunkan kadar gula dalam darah, jadi berjumpalah dengan pakar untuk dos pengambilan ubat kencing manis.", "Jemput baca artikel menarik lain khasiat bunga cengkih pada manusia," ]
https://bidadari.my/pelan-menarik/
Keluarga Pelan Menarik COVID-19 Oleh AIA Malaysia Tawar Untuk Kanak-kanak dan Ibu Hamil Oleh Zafri Anuwar
[ "Ada pelan menarik yang ditawarkan oleh AIA Malaysia untuk kanak-kanak dan ibu hamil. ", "Dalam pada negara terus menentang wabak COVID-19, AIA Malaysia ingin terus membantu golongan rentan yang semakin terdedah kepada risiko iaitu kanak-kanak dan ibu hamil dengan menawarkan Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma kepada golongan ini. Tawaran ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ oleh syarikat insurans dan takaful berkenaan yang turut melancarkan sebuah penyelesaian komprehensif yang baharu untuk kanak-kanak.", "Melalui perlindungan percuma ini, AIA berhasrat untuk menyediakan jaringan keselamatan kepada kanak-kanak dan ibu hamil di Malaysia dengan memberikan Pendapatan Hospital sehingga RM150 setiap hari sehingga maksimum 14 hari sekiranya disahkan positif COVID-19 dan memerlukan kemasukan hospital. Tawaran ini terbuka kepada kanak-kanak (17 tahun dan ke bawah) serta ibu hamil termasuk pelanggan sedia AIA, tanpa perlu mendaftar untuk sebarang pelan AIA yang baharu.", "Ben Ng, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd. berkata: “Kami memahami kebimbangan para ibu bapa berkenaan kebajikan dan keselamatan anak-anak mereka ketika musim pandemik ini. Statistik menunjukkan bahawa terdapat lebih 82,000 kes COVID-19 yang melibatkan bayi dan kanak-kanak setakat bulan Mei 2021 dan yang turut sama membimbangkan adalah jumlah ibu hamil yang memerlukan rawatan rapi disebabkan COVID-19 juga telah meningkat kepada lima peratus pada bulan Ogos 2021.”", "“Pada bulan Jun lalu, kami telah menawarkan perlindungan COVID-19 percuma akibat kesan sampingan vaksinasi dan untuk kuarantin di rumah kepada rakyat Malaysia, namun kami menyedari bahawa ramai ibu hamil dan kanak-kanak masih terdedah kepada penyakit berjangkit tersebut. Perlindungan pendapatan hospital terbaru kami membolehkan kami memberikan perlindungan COVID-19 tambahan kepada golongan rentan ini agar lebih ramai keluarga dapat menikmati ketenangan fikiran ketika mengharungi tempoh sukar ini,” tambah Ben.", "Perlindungan Pendapatan Hospital COVID-19 Percuma ini tersedia sehingga 30 Disember 2021, ataupun sehingga jumlah had tuntutan mencecah RM1 juta, mana-mana yang dahulu dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Pemohon yang berminat boleh mendaftar sebelum 30 September 2021 melalui Perancang Hayat AIA dan boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.aia.com.my", "AIA sentiasa menjadi peneraju utama dalam menyediakan perlindungan COVID-19 dari                hujung-ke-hujung (end-to-end) kepada para pelanggannya. Selain daripada perlindungan percuma, pelan-pelan perubatan dan penyakit kritikal syarikat itu juga merupakan antara sebilangan kecil pelan di dalam pasaran yang menawarkan perlindungan untuk kemasukan hospital akibat COVID-19 serta komplikasi vaksin di hospital swasta.", "Bersama-sama dengan kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’, AIA turut memperkenalkan sebuah penyelesaian inovatif dan baharu iaitu A-Life Joy Xtra yang melindungi kanak-kanak dari dalam kandungan sehingga dilahirkan dan seterusnya. Sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan yang fleksibel, A-Life Joy Xtra bukan sahaja menyediakan perlindungan yang komprehensif serta simpanan untuk kanak-kanak, tetapi juga didatangkan dengan pelbagai pilihan rider yang memenuhi pelbagai keperluan perlindungan sekaligus memberikan ibu bapa ketenangan dan jaringan keselamatan sepanjang membesarkan anak-anak mereka.", "Salah sebuah rider tersebut adalah A-Plus BabyCare Xtra, pelan pertama di pasaran yang menanggung perbelanjaan perubatan bayi yang dianggap perlu serta caj berkaitan hospital dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran – manfaat yang secara lazimnya dikecualikan oleh  kebanyakan pelan berkaitan kanak-kanak. Pelan ini juga melindungi kos rawatan dan kemasukan hospital yang disebabkan oleh penyakit kuning neonatal serta 19 keadaan kongenital. Selain itu, ibu hamil juga dilindungi dari peringkat awal kehamilan (13 minggu) sehingga melahirkan anak.", "Rider A-Plus ParentCare Xtra pula menampilkan ciri unik AIA iaitu Vitality Joy Wallet, di mana anak tersebut akan menikmati pelbagai ganjaran apabila ibu bapa menyertai AIA Vitality dan memilih untuk kekal sihat sepanjang program kesihatan demi anak mereka. Manfaat Vitality Joy Wallet ini juga menggalakkan ibu bapa untuk mengutamakan kesihatan mereka dan menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, di samping menikmati pelbagai ganjaran seperti pemeriksaan gigi dan mata untuk anak mereka.", "AIA Malaysia juga menawarkan penyelesaian patuh syariah yang sama menerusi pelan A-Life Ikhtiar child solution yang sesuai untuk ibu bapa yang ingin memilih untuk menyertai skim Takaful Keluarga. Pelan tersebut juga didatangkan dengan dua pilihan rider yang menyediakan ciri-ciri serta faedah patuh syariah yang sama.", "“Keputusan untuk melancarkan kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’ ini adalah tepat pada masanya, seiring dengan segala ketidakpastian dan kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan anak-anak kita. Kami ingin memperkenalkan sebuah penyelesaian kanak-kanak yang akan memastikan para  ibu bapa menikmati ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa anak-anak mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan dan perlindungan yang berkualiti sepanjang fasa tumbesaran kritikal. Harapan kami adalah supaya pelan-pelan yang dilengkapi dengan manfaat ekosistem Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh AIA akan memperkasa ibu bapa dalam merancang masa hadapan yang lebih terjamin serta dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna bersama anak-anak mereka.” ujar Ben.", "Maklumat lanjut mengenai kempen ‘Anakku Sihat, Negaraku Hebat’, pelan kanak-kanak serta tawaran terbaru, sila layari www.aia.com.my/anakkuhebat" ]
https://bidadari.my/resepi-nasi-ayam-hainan-2/
Resepi Resepi Nasi Ayam Hainan Ala Chicken Rice Shop Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Setiap kali lalu Chicken Rice Shop, terbau-bau harum semerbak nasi ayam nya. Terdapat pelbagai menu nasi ayam kat situ. Antaranya Nasi Ayam Hainan. Untuk menu ini sebenarnya tak susah pun nak membuatnya. Para suami pun boleh mencubanya. Sebab tak delah langkah-langkah yang kena tunggu pecah minyak dan sebagainya. Cuma hanya sediakan bahan-bahannya dan campurkan.", "Resepi penuh yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman ini sangat mudah dan senang untuk diikuti dan difahami. Jom tengok resepinya. Pasti tak menyesal.", "1. Panaskan periuk dengan air secukupnya. Setelah mendidih. Masukkan semua bahan2 di atas dan kecilkan api. Rebus ayam selama 40 minit dengan api paling kecil. Jangan di kacau ayam untuk mengelakkan kulitnya atau isi terkoyak. 2. Setelah 40 minit angkat ayam dan rendam terus dalam air berais untuk menghentikan proses masaknya ayam tersebut3. Ayam kenalah sepenuhnya masak . Jika dipotong tulangnya masih berdarah maka anda tidak cukup memasaknya.", "1. Basuh beras dan toskan. 2. Tumis majerin , campakkan rempah 4 beradik dan daun pandan seketika sehingga naik bau.3. Masukkan bawang putih dan bawang merah dan masak sehingga menguning4. Masukkan beras dan gaul serata5. Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya seperti menanak nasi biasa. Jika air rebusan tidak cukup boleh tambah air biasa. Ikut kesesuaian. *Jumlah air bergantung pada jenis beras digunakan. Letak sedikit garam jika perlu", "1. Blend halus cili, tomato dan bawang putih. Gunakan sedikit air rebusan ayam tadi2. Perasakan dengan cuka, gula dan garam mengikut citarasa. 3. Masak sekejap diatas dapur.", "1. Campurkan bawang putih dan halia parut di atas. Boleh tambahkan sedikit air rebusan ayam dan masukkan minyak. Gaul rata. Perasakan dengan garam.2. Panaskan campuran sebentar dengan api perlahan untuk membuang rasa pedar halia dan bawang putih. Jangan sampai garing ya. Boleh buat dan simpan di dalam bekas. Masukkan sedikit minyak lagi supaya ia tahan lama.", "Resepi kicap minyak bijan untuk Ayam", "1. Minyak bijan 3 sudu besar2. Kicap cair 2 sudu3. Sedikit air rebusan ayam ", "1. Campurkan semua bahan2 diatas dan masukkan sedikit air rebusan ayam yang masih panas.", "1. Air rebusan ayam 2. Lobak merah cincang halus3. Garam jika perlu4. Lobak masin5. Bebola ayam 6. Daun bwg dan daun sup (;hiris)", " Cara penyediaannya: 1. Celur sawi sekejap dan toskan.2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau, dan masukkan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air rebusan ayam.3. Selepas itu masukkn air bancuhan tepung Jagung.. Terpulang nak pekat mana.4. Susun sawi dalam pinggan dan curahkan sos tadi, taburkan bawang goreng ke atasnya.. Siap sedia untuk dihidang.", "Sangat mudah kan? Buat encik-encik suami yang teringin untuk cuba masakkan untuk isteri dan keluarga tercinta pun boleh cuba resepi ini. Sekali sekala bolehlah tunjuk skill. Selain dari resepi Nasi Ayam Hainan Ala Chicken Rice Shop ini, terdapat juga resepi menarik yang lain. Semoga bermanfaat. " ]
https://bidadari.my/resepi-ketam-masak-kam-heong/
Resepi Resepi Ketam Masak Kam Heong Mudah dan Mesti Cuba Oleh Dhiaa Syamimi
[ "Hmm.. hujung minggu nih tak tahu nak masak apa untuk seisi keluarga? Buntu? Nak idea atau cadangan menu tengah hari? Apa kata cuba masakkan Ketam Masak Kam Heong pula. Ala-ala masakan chinese. Bolehlah tukar selera sikit.", "Jadi untuk kali ini, kami kongsikan resepi Ketam Kam Heong dikongsikan oleh Nisa Liyana yang menjadi kegemaran ramai. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dan cara penyediaannya pun ringkas dan senang. Apa lagi jom tengok resepinya.", "1. Goreng ketam separuh masak dulu.2.Tumis bawang besar, bawang putih, cili & daun kari hingga baik bau.3.Masukan bancuhan rempah kari dan udang kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.4.Masukan kicap & sos tiram.Tambah sedikit air untuk lebihkan kuah. Perasakan dgn garam & gula. 5. Bila kuah dah sedap ikut selera korang, masukan ketam dan gaul rata dengan kuah. Biarkan sampai ketam betul2 masak. Then sedia untuk dihidang.", "Dah siap tuh. Jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih. Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya. Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik. Terima kasih sudi melawat blog kami." ]
https://bidadari.my/malam-nisfu-syaaban/
Rohani Kelebihan Malam Nisfu Syaaban Menarik Kita Tahu Oleh Aniuna
[ "Nisfu Syaaban adalah daripada perkataan Arab. Nisfu bermaksud setengah atau separuh, manakala Syaaban pula adalah nama bulan dalam kalendar Islam. Malam Nisfu Syaaban adalah malam pada separuh bulan Syaaban iaitu pada malam 15 hb Syaaban.", "Mengikut kepercayaan, Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).", "Malah, terdapat juga beberapa hadis yang menceritakan tentang kelebihan Malam Nisfu Syaaban. Di dalam hadis-hadis tersebut disebutkan bahawa Malam Nisfu Syaaban adalah malam pengampunan, oleh sebab itu sangat disarankan agar kita menghidupkan malam ini dengan amal ibadah.", "Percanggahan Pendapat Tentang Kelebihan Malam Nisfu Syaaban", "1) Tidak Ada Keutamaan Khusus Pada Malam Nisfu Syaaban ", "Menurut pendapat yang paling kuat adalah tiada kelebihan pada Malam Nisfu Syaaban. Kedudukan malamnya adalah sama dengan malam-malam hari yang lain (kecuali Lailatul Qadar). Dikatakan semua dalil yang menyebutkan keutamaan malam Nisfu Syaaban adalah hadis lemah.", "Al-Hafidz Abu Syamah mengatakan dalam kitabnya tentang bulan Syaaban;", "“Para ulama ahli hadis dan pengkritik perawi berkata, ‘Tidak terdapat satupun hadis sahih yang menyebutkan keutamaan malam Nisfu Syaaban.” (al-Ba’its ‘ala Inkaril Bida’)", "Bahkan dikatakan terdapat beberapa hadis dhaif tentang keutamaan malam Nisfu Syaaban, yang tidak boleh dijadikan landasan. Malah dikatakan, hadis yang menyebut tentang keutamaan solat kesemuanya berstatus palsu.", "2) Terdapat Keutamaan Khusus Pada Malam Nisfu Syaaban", "Pendapat ini berdasarkan hadis sahih dari Abu Musa al-Asyaari ra, iaitu Nabi saw bersabda;", "إنَّ اللهَ لَيَطَّلِعُ في ليلةِ النِّصفِ من شعبانَ، فيَغفِر لجميعِ خلقِه إلا لمشركٍ أو مُشاحنٍ", "Maksudnya, “Sesungguhnya Allah melihat pada malam pertengahan Syaaban. Maka Dia mengampuni semua makhluknya, kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.” (HR Ibn Majah, at-Tabrani, dan dishahihkan al-lbani)", "Kebanyakan ulama dalam Mazhab Hanbali meyakini terdapat keutamaan pada malam Nisfu Syaaban. Ini juga sesuai dengan keterangan Imam Ahmad selain ada banyaknya hadis yang berkait dengan hal ini, serta dibenarkan oleh berbagai riwayat dari para sahabat dan tabi’in.", "Beberapa kelebihan malam Nisfu Syaaban ada disebutkan dalam beberapa hadis. Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm;", "“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: ‘Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban’.”", "Berkata Imam Ghazali melalui kitabnya Ihya Ulum al-Din; “Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.”", "Oleh kerana itu, terdapat para tabi’in yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan dua cara iaitu sebahagiannya hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam, lalu bersembahyang sunat dengan memakai wangian, bercelak mata dan memakai pakaian yang terbaik.", "Dan sebahagian lagi melakukannya dengan bersembahyang sunat dan berdoa secara bersendirian di rumah.", "Amalan Membaca Surah Yaasin Sebanyak 3 Kali Pada Malam Nisfu Syaaban", "Sudah menjadi amalan dalam masyarakat Islam di Malaysia sejak dulu untuk membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban. Surah Yaasin dibaca dengan setiap satunya diniatkan memohon:", "Malah, ada juga yang menyarankan solat tertentu dan ada yang berpuasa pada keesokan harinya (15 Syaaban).", "Sebenarnya tiada amalan khusus yang diwajibkan pada malam Nisfu Syaaban. Adalah menjadi bid’ah jika kita mewajibkan ibadat tertentu pada malam itu, namun melakukan sebarang ketaatan pada malam itu sebagai memenuhi malam yang sangat istimewa itu adalah tidak dilarang.", "Membaca al-Quran dari mana-mana surah termasuk surah Yaasin juga dikira sebagai satu ketaatan. Hendak membaca banyak kalipun tiada halangan tetapi bukan bilangan yang dikejar, tetapi bacalah dengan memenuhi hak-hak bacaan yang sebenar dan lakukanlah dengan tertib, tadabbur dan ta’aqqul.", "Kesimpulannya, tidak salah untuk menghidupkan amal ibadah pada malam Nisfu Syaaban. Tetapi amalan-amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi saw. Ini kerana, tidak ada amalan khusus yang diajarkan oleh Nabi untuk kita lakukan pada malam Nisfu Syaaban.", "Benarkan Buku Amalan Ditutup Pada Malam Nisfu Syaaban? ", "Sebenarnya tidak dijumpai suatu dalil mahupun keterangan ulama bahawa buku catatan amal manusia ditutup pada malam Nisfu Syaaban. Dalil yang ada, cumalah sebuah hadis dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya,", "يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ", "Maksudnya, “Wahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Syaaban?”", "ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ", "Maksudnya, “Ini adalah bulan yang sering dilalaikan kebanyakan orang, bulan antara Rejab dan Ramadan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rabb semesta alam. Dan saya ingin ketika amal saya diangkat, saya dalam keadaan berpuasa.” (HR an-Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai sanadnya hasan)", "Dalam hadis di atas, Rasulullah saw mengkhabarkan, salah satu waktu dimana amal para hamba Allah swt dilaporkan adalah ketika bulan Syaaban. Dan kerana itu, Baginda memperbanyak puasa di bulan Syaaban. Harus diketahui juga baha Rasulullah saw tidak menentukan pada hari keberapa peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, peristiwa itu terjadi selama satu bulan. Kerana itulah, Nabi berpuasa satu bulan pada bulan Syaaban tanpa memilih hari-hari tertentu. Baginda juga tidak menyarankan agar kita memilih pertengahan Syaaban untuk puasa. Yang Baginda lakukan adalah memperbanyakkan puasa sepanjang bulan Syaaban.", "Selain itu, penting juga untuk kita perhatikan bahawa hadis ini sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Nabi Muhammad saw hanya menyatakan bahawa ketika bulan Syaaban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.", "Tidak ada istilah penutupan buku amal dalam Islam. Umat Islam sentiasa dituntut untuk beramal sehingga ke hujung hayat. Allah swt berfirman,", "Maksudnya, “Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.” (Surah al-Hijr, Ayat 99)", "Para ulama tafsir sepakat bahwa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih waras.", "Nabi saw menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah dalam beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat daripada Rasulullah saw tentang apa yang perlu dijaga dalam kehidupan ini. Nasihat yang Baginda saw sampaikan sangat ringkas,", "Maksudnya, “Katakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah.” (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya sahih)", "Istiqamah sifatnya berpanjangan dan konsisten. Dari sini, kita dapat ketahui bahawa tiada istilah istirehat dalam beramal atau buku catatan amal ditutup sementara diganti buku yang baru.", "Amalan kita dihisab oleh malaikat setiap masa. Oleh itu, tidak kiralah pada tahun bila, bulan apa, hari apa sekalipun, yang paling penting buat kita selaku hamba Allah swt adalah sentiasa perbanyakkan amal dan beristiqamah dengan amalan baik.", "Bagaimana dengan artikel berkenaan Malam Nisfu Syaaban yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:" ]
https://bidadari.my/punca-bayi-tidak-mahu-minum-susu-formula/
Keluarga 5 Punca Bayi Tidak Mahu Minum Susu Formula Dan Apa Ibu Bapa Perlu Buat Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Ibu bapa mana yang tak risau kalau secara tiba-tiba bayi anda tak mahu menyusu. Selama ni elok je bayi anda menyusu. Sukatan yang sama, tiap kali menyusu pasti habis. Bila bayi taknak menyusu hati mula dilanda resah. Otak mula memikirkan benda yang bukan-bukan. Untuk pengetahuan anda, yang sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menjadi punca bayi tidak mahu minum susu formula.", "Bayi yang tidak sihat biasanya akan kurang menyusu. Kita orang dewasa pun ada kalanya bila sakit boleh hilang selera makan juga, betul kan? Kalau secara tiba-tiba bayi anda tidak mahu minum susu formula, perhatikan fizikal bayi anda. Adakah suhu badannya panas bila disentuh? Adakah perutnya keras dan sedikit buncit? Perhatikan juga najis bayi anda. Adakah normal atau sedikit lain daripada biasa. Jangan lupa juga untuk mendengar bunyi pernafasan bayi anda.", "Selain itu anda juga boleh perhatikan tingkah laku bayi anda. Adakah bayi anda aktif seperti biasa atau kelihatan sedikit lemah. Cuba agah dan ajak bayi anda bermain untuk melihat jika dia memberikan respons yang normal atau sebaliknya. Jika anda perasan ada kelainan pada bayi anda, sila bawa ke klinik untuk pemeriksaan dengan segera.", "Satu lagi punca bayi taknak minum susu formula yang kita tak perasan ialah disebabkan oleh posisi menyusu yang tidak selesa. Mungkin anda meletakkan bayi anda dalam posisi yang tidak digemarinya setiap kali menyusu. Oleh itu, cuba ubah posisi bayi anda jika dia enggan untuk minum susu. Sebagai contoh, jika anda selalu memberikan bayi anda susu sambil membaringkan bayi anda di atas tilam, apa kata anda tukar dengan meletakkan bayi anda di atas riba.", "Atau pun jika selama ni anda memberikan bayi anda susu sambil dia terbaring dalam keadaan rata di atas tilam, anda boleh cuba meletakkan bantal di bawah kepada bayi anda supaya kepalanya terangkat dan brada dalam posisi lebih tinggi daripada tubuh badan. Percayalah! menukar posisi menyusu adalah di antara cara yang berkesan untuk mengatasi masalah bayi taknak minum susu formula.", "Perasan tak, ada kalanya bayi anda tidak mahu menyusu apabila anda menukar susu formulanya kepada jenama atau perasa yang baru. Ini kerana bayi anda mungkin terkejut dengan rasa baru susu yang diminum. Selama ini bayi anda dah biasa dengan susu yang diminum, tiba-tiba anda berikan susu yang baru dengan rasa yang baru. Jika bayi anda tidak mahu minum susu formula yang anda baru tukar, apa yang anda perlu lakukan ialah beri masa kepada bayi anda untuk menyesuaikan diri dengan susu yang baru.", "Pada awalnya bayi anda mungkin tidak mahu menyusu kerana masih tidak dapat mengenali rasa susu yang baru. Mungkin juga bayi anda tidak menyukai rasa susu yang baru. Namun jika anda terus memberikan bayi anda susu baru, lama-kelamaan dia akan biasa dengan susu yang baru dan menyukainya seperti susu yang lama. Apa yang penting, anda perlu bersabar.", "Apabila bayi anda semakin besar, perutnya juga semakin matang dan tidak perlu menyusu dengan kerap seperti sewaktu dia baru dilahirkan. Perut yang matang membolehkan bayi anda menyusu dengan lebih banyak dalam satu masa dan tidak akan mudah lapar lagi. Oleh itu, semakin bayi anda membesar semakin jarang dia menyusu. Jika anda berikan susu semasa bayi anda sedang kenyang, semestinya dia akan menolak susu tersebut.", "Selain itu, semakin bayi anda membesar perkembangan motornya juga berlaku dengan rancak. Di antaranya ialah bayi anda akan mula pandai untuk memasukkan jari ke dalam mulut. ", "Apabila anda melihat bayi memasukkan jari ke dalam mulut, mungkin anda memikirkan yang bayi anda lapar lalu membancuh susu untuknya. Sedangkan bayi anda memasukkan jari ke dalam mulut kerana sedang melakukan eksplorasi dan mengenali diri sendiri, bukannya disebabkan oleh lapar.", "Ada kalanya anda memberikan susu kepada bayi kerana bayi anda menangis dan tidak mahu duduk dibawah bila diletakkan. Anda menyangka bayi anda mengamuk kerana lapar dan mahu minum susu. Sedangkan yang sebenarnya bayi anda masih kenyang. Cuma dia rindukan sentuhan anda dan mahu dipeluk serta dibelai. Ia juga boleh menjadi punca kenapa bayi anda tidak mahu minum susu formula. Oleh itu jika bayi anda tidak mahu menyusu namun masih menangis, itu mungkin petanda yang dia mahukan perhatian dari anda.", "Punca bayi tidak mahu minum susu formula yang terakhir ialah disebabkan oleh bayi anda pernah tersedak susu. Bayi anda menjadi fobia dan takut untuk menyusu kerana takut mengalami tersedak susu yang menyakitkan sekali lagi. Kedengaran seperti kelakar tapi ia adalah punca yang kita selalu tak perasan. Oleh itu jika bayi anda baru sahaja mengalami tersedak susu, berikan susu dengan perlahan-lahan dan dalam jumlah yang sedikit dahulu. Jika bayi anda menyusu dengan normal, baru anda berikan susu seperti biasa.", "Itulah dia info tentang punca bayi tidak mahu minum susu formula yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang panduan susu ibu susu untuk ibu hamil dan ibu susuan" ]
https://bidadari.my/bunga-kelulut/
Petua Tips Bunga Kelulut: Ketahui Bunga Yang Disukai Lebah Kelulut Oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria
[ "Di Malaysia terdapat dua jenis lebah iaitu lebah madu atau lebah biasa dan juga lebah kelulut. Kedua-dua lebah ini adalah berbeza dari segi fizikal malah keduanya menghasilkan madu dengan rasa dan tekstur yang berbeza. Masihkan anda ingat, semasa sekolah dulu kita ada belajar bagaimana lebah membuat madu, iaitu dengan cara mencari debunga dari pokok bunga di persekitarannya.", "Hari ini kami akan berkongsi tentang bunga kelulut iaitu bunga yang menjadi kegemaran lebah kelulut. Bunga-bunga ini juga adalah bunga yang debunga diambil oleh lebah kelulut untuk dijadikan sebagai madu. Semoga bermanfaat buat anda.", "Perbezaan di antara lebah madu biasa dan lebah kelulut", "Terlebih dahulu, jom kami kongsikan apakah perbezaan di antara lebah madu biasa dan lebah kelulut. Untuk yang pakar, biasanya mereka boleh membezakan keduanya dengan sekadar melihat dengan sekilas, namun bagi kita yang tidak mengenali lebah dengan dekat, di antara perbezaan yang paling ketara ialah:", "Bunga yang disukai oleh lebah kelulut", "Sekarang kita dah kenal lebah kelulut serta rasa madunya, maka tiba masa untuk mengetahui apakah jenis bunga yang menjadi kegemaran madu kelulut. Kalau anda merancang untuk menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madunya sama ada untuk kegunaan sendiri atau pun untuk tujuan komersial, berikut adalah di antara jenis tumbuhan yang wajib anda tanam di kawasan persekitaran sarang lebah kelulut anda:", "Anda suka makan ulam? Jika anda suka makan ulam, pastinya salah satu daripada ulam yang menjadi kegemaran anda ialah pucuk ulam raja. Ulam raja menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang sedap dan baunya yang wangi. Bau wangi pada pokok ulam raja membuatkan ianya menjadi pokok kegemaran lebah kelulut. Maka tak hairanlah kalau anda akan menjumpai seekor dua lebah kelulut semasa mengambil ulam untuk dijadikan sebagai menu.", "Lebah kelulut akan berada di sekira bunga kuning yang tumbuh pada pokok ulam raja untuk mendapatkan debunganya. Oleh itu, jika anda mengambil pucuk ulam raja sila berhati-hati, dan elakkan daripada terpicit lebah kelulut yang berada di dalam bunganya. Jika anda ingin menternak lebah kelulut untuk madu, menanam pokok ulam raja adalah sangat mudah dan ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Sekejap sahaja ia akan membiak.", "Bunga kelulut yang seterusnya ialah bunga ros jepun atau bunga pukul sembilan yang biasanya ditanam oleh para ibu sebagai perhiasan di sekeliling rumah. Bunga ros jepun menjadi pilihan para ibu kerana bunganya yang cantik dengan pelbagai warna serta mudah untuk dijaga. Lebah kelulut juga menyukai bunga ini dan akan selalu kelihatan bermain di kelopak bunga ros jepun untuk mendapatkan debunganya.", "Bunga Air Mata Pengantin atau nama lainyya Mexican creepers, Coral vines, dan Antigonon leptopus adalah satu lagi bunga kelulut yang selalu dijumpai di halaman rumah di Malaysia. Namun anda perlu berhati-hati kerana bunga ini bukan sahaja menarik perhatian lebah kelulut malah juga disukai oleh lebah madu biasa yang bersengat. Oleh itu, jika anda menanam pokok bunga ini di sekeliling rumah, sila berhati-hati semasa mendekatinya kerana dikhuatiri akan disengat oleh lebah madu.", "Tahukah anda bahawa bunga melati yang berwarna putih dan berbau harum juga merupakan salah satu daripada bunga kelulut. Bunga melati atau juga dikenali sebagai bunga jasmine ialah bunga yang menjadi kegemaran ibu-ibu kerana baunya yang harum serta bunganya yang cantik. Bunga melati menjadi kegemaran lebah kelulut kerana baunya dan mempunyai debunga yang lazat.", "Bunga kelulut yang seterusnya ialah bunga pisang atau pun jantung pisang. Lebah kelulut sangat sukakan jantung pisang.Oleh itu, jika anda merancang untuk menternak madu kelulut, salah satu daripada pokok yang boleh anda tanam di kawasan tersebut ialah pokok pisang. Bukan sahaja jantungnya menjadi kegemaran lebah kelulut malah anda boleh nikmati hasil buah pisang dari pokok tersebut.", "Lebah kelulut juga sukakan bunga matahari yang berwarn kuning terang. Ianya merupakan salah satu bunga kelulut yang mudah untuk ditanam dan mudah untuk dijaga. Untuk menanam bunga matahari, anda cuma perlu taburkan biji benihnya dan siram sehari sekali. Jika ditanam di tanah yang subur, pokok bunga matahari akan tumbuh dengan tinggi dan menghasilkan bunga matahari yang besar.", "Tanaman bunga matahari bukan sahaja baik untuk lebah kelulut malah ianya sangat cantik untuk dipandang. Jika anda suka makan kuaci, petik sahaja biji kuaci yang ada di tengah-tengah bunga matahari. Biji kuaci tadi boleh terus dimakan begitu sahaja atau boleh juga anda sangai sebentar di atas kuali.", "Itulah dia perkongsian bunga kelulut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang bunga raya Malaysia dan khasiat bunga cengkih" ]
https://bidadari.my/hadiah-untuk-suami/
Keluarga 16 Hadiah Untuk Suami Pilihan Terbaik Oleh zulrina
[ "Kadang-kadang kita keliru memikirkan barangan yang akan dijadikan hadiah untuk suami kita. Namun untuk membahagiakan hatinya, kita perlu hadiahkan sesuatu yang bermakna dan akan dikenang selama-selamanya. Jom kami kongsikan 16 hadiah untuk suami pilihan terbaik.", "1. Passport Holder / Pebbled Card MANGO MAN", "Sekiranya suami anda adalah seseorang yang gemarkan melancong, apa kata anda hadiahkannya passport holder Mango Man Card ini. ", "Barangan ini akan memudahkan suami anda untuk membawa pasport atau kad pentingnya ke mana sahaja dan disimpan di dalam poketnya yang tidak akan membuatnya tercicir.", "Suami anda adalah orang yang gemar membaca buku di mana sahaja dan suka menyelerakkan buku di mana sahaja? Tidak perlu risau, berikannya rak buku pokok.", "Dengan harga yang sangat berpatutan, kini suami boleh menyimpan koleksi buku kegemarannya dengan cantik dan teratur. Apa yang lagi menakjubkan, ia akan kelihatan berada seolah-olah di perpustakaan.", "Semua orang pasti suka menonton filem, betul tak? Sekiranya anda ingin menonton filem, anda pasti mahukan kelantangan suara yang tinggi. Terutama untuk suami anda yang gemar maraton filem, beri dia Speaker Tanpa Wayar Mudah Alih SONY SRS-XB2. ", "Ia mudah digunakan dan senang dibawa ke mana sahaja, walaupun bercuti. Sekarang, anda juga boleh menonton filem dengan suami anda.", "4. Pensil Warna + Warna Air Derwent Academy", "Adakah suami anda pandai melukis? Hebat! Mengapa tidak kejutkannya dengan set pensil warna + warna air Derwent Academy Color ini. ", "Dengan 48 batang pensil warna, suami anda pasti dapat meluangkan lebih banyak masa dengan bakat melukisnya pada waktu hujung minggu.", "5. Set Pomade Hanz De Fuko", "Sekiranya suami anda seorang yang serius dan sangat mementingkan penampilan atau kebersihan rambutnya, set pomade Hanz De Fuko ini adalah hadiah yang paling sesuai untuknya. Kini, anda dan suami anda dapat melakukan rutin penjagaan kecantikan bersama-sama.", "6. Kamera CCTV IP Prolink Full HD Smart WIFI", "Kamera CCTV IP PROLink Full HD Smart WiFi ini siap membantu dan melindungi keselamatan anda seisi keluarga. Tidak perlu keluarkan wang yang banyak untuk membeli CCTV di kedai elektronik lain kerana ia juga mempunyai fungsi yang sama. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau tentang keselamatan seisi keluarga.", "Sekarang, amat sukar untuk mencari masa untuk menghabiskan masa dengan aktiviti keluarga, betul tak? Mengapa anda tidak hadiahkan suami anda dengan permainan papan seperti monopoly, kad UNO dan sebagainya. ", "Dengan melakukan aktiviti seperti ini pada hujung minggu, maka dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.", "Anda rimas dengan suami yang sering memainkan muzik dengan kelantangan suara yang sangat kuat? Kini anda tidak perlu risau lagi, berikannya headphone JBL T450BT ini. Dengan harga yang berpatutan, ianya juga sangat senang dibawa ke pejabat ataupun berehat. Sekarang anda tidak perlu lagi risau dengan bunyi muzik yang membingitkan telinga anda.", "9. Kasut Sukan New Balance Koze Fitness Men’s", "New Balance adalah salah satu jenama yang popular terutamanya bagi mereka yang aktif dalam sukan. Sekiranya suami anda termasuk di antara mereka yang aktif dalam aktiviti sukan lasak, berikan kasut sukan New Balance Koze Fitness Men’s ini sebagai hadiah. ", "Kasut ini juga sesuai dipakai ketika keluar berjalan-jalan dan melakukan aktiviti seharian.", "10. Amazon Fire HD 10 Alexa", "Inilah dia, hadiah terbaik untuk pemain permainan video. AMAZON Fire HD 10 Alexa adalah antara tablet yang digemari oleh mereka yang gemar bermain permainan dalam talian. ", "Dengan skrin lebar dan paparan yang lebih jelas, suami anda akan merasa lebih selesa semasa menggunakan tablet ini dan ianya juga sesuai untuk melayari internet.", "11. Minyak Wangi Dior Sauvage Eau De Toilette", "Pilihan paling mudah untuk diberikan sebagai hadiah kepada suami adalah minyak wangi DIOR Sauvage Eau De Toilette adalah salah satu minyak wangi yang menjadi kegilaan ramai, terutamanya bagi golongan lelaki. Dengan wangian dan bau yang tahan lama, suami anda pasti menyukainya!", "Semua orang pandai mengambil gambar tetapi apa yang membezakannya adalah minat yang mendalam. Sekiranya suami anda adalah orang yang gemarkan fotografi atau mempunyai hobi mengambil gambar, berikan kamera Canon EOS 1300D ini sebagai hadiah yang pasti akan memberikan detik indah sepanjang masa.", "13. Coffee Maker Morphy Richards 172002", "Adakah suami anda taksub dengan kopi? Berikan kejutan dengan Morphy Richards 172002 Accent Coffee Maker Espresso ini. Ianya sangat memudahkan rutin harian, terutama pada waktu pagi ketika kesuntukan masa untuk ke pejabat. Coffee Maker ini sangat senang digunakan, malahan anda juga boleh tumpang sekaki.", "Siapa kata telefon pintar murah tidak berkualiti? Sekiranya suami anda adalah seorang yang suka berjimat cermat tetapi sukakan teknologi dan masih mahu mengekalkan gaya terkini, telefon pintar Oppo ini adalah pilihan terbaik untuknya. ", "Dengan harga di bawah RM500, hadiah untuk suami yang mampu milik ini setanding dengan telefon pintar yang mahal yang berharga ribuan ringgit.", "Siapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka Casio? Jam tangan berjenama ini boleh diberikan kepada suami anda sekiranya beliau adalah orang yang suka bergaya. Reka bentuk yang sangat cantik dan klasik, pastinya menjadi kegemaran suami anda untuk memakainya setiap masa!", "16. Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser", "Diffuser ini sangat baik untuk menjaga kesihatan anda seisi keluarga. Ianya juga dapat mengurangkan habuk dan debu kotor serta bau busuk yang memenuhi kediaman anda. ", "Anda tidak perlu lagi risau tentang kesihatan anak dan suami kerana pasti mereka akan berasa tenang ketika pulang dari tempat kerja.", "Itulah dia 16 idea hadiah untuk suami yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, kami pasti anda pasti akan suka perkongsian kami tentang tanggung jawab isteri, tips menjadi isteri yang baik, dan keluarga bahagia.", "Produk di atas adalah cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman. Ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari.my." ]
https://bidadari.my/bacaan-bsp-normal/
Hamil Panduan Bacaan BSP Normal Untuk Ibu Hamil Bagi Kesihatan Diri dan Kandungan Oleh hannani
[ "Mendapatkan bacaan BSP normal bagi ibu hamil bukanlah satu perkara yang sukar sebenarnya. Namun begitu tidak dinafikan ramai yang bergelut dengan masalah paras gula yang tinggi dalam darah secara tiba-tiba ketika hamil. ", "Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk mendapatkan bacaan BSP normal yang terbaik. ", "Ujian BSP atau juga dipanggil sebagai blood sugar profil (BSP test) adalah pemeriksaan yang dijalankan bertujuan untuk memeriksa profil gula dalam darah ibu. ", "Pentingnya ibu hamil dapat bacaan BSP normal", "Menurut pakar kesihatan, kepentingan ujian BSP kepada ibu hamil khususnya adalah untuk mengetahui paras gula dalam darah ibu bagi memudahkan urusan memantau tahap kesihatan ibu secara menyeluruh.", "Justeru itu, doktor biasanya akan sedaya upaya untuk memastikan bacaan BSP normal pada ibu hamil. Hal ini sangat penting bagi memastikan mereka tidak terkena penyakit kencing manis.", "Bacaan BSP ibu yang terlalu tinggi atau rendah, kedua-duanya memberi risiko yang tersendiri kepada kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan.", "Kadar bacaan BSP normal untuk ibu hamil", "Masalah bacaan gula dalam darah yang meningkat bagi ibu hamil ini dipanggil sebagai Gestational Diebetes Mellitus (GDM). Hal inilah yang sangat dikhuatiri oleh mana-mana ibu hamil. ", "Diabetes gestasi ini biasanya berlaku pada trimester kdua kehamilan dan doktor akan memeriksanya di antara minggu ke-24 dan 28.", "Justeru itu, para ibu perlu sentiasa mengawal paras gula dalam darah bagi memastikan kesihatan kandungan dalam keadaan baik dan dalam masa yang sama mengelakkan lebih banyak komplikasi semasa kelahiran nanti.", "Secara umumnya, bacaan normal ini perlu dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ketika berpuasa dan selepas makan. ", "Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan bahawa kadar bacaan paras normal bagi ibu mengandung adalah:", "Ujian BSP biasanya dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan, farmasi atau pusat kesihatan yang ada. ", "Namun begitu, kita juga sebenarnya boleh lakukannya sendiri di rumah dengan menggunakan alatan yang sesuai iaitu glukometer.", "Di sini, kami kongsikan prosuder ringkas bagi membuat ujian BSP di rumah.", "1. Berpuasa sebelum membuat ujian BSP", "Ibu hamil yang mahu menjalani ujian BSP ini perlulah berpuasa sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mengambil darah.", "2. Ambil sampel darah 4 kali sehari", "Ujian perlu dilakukan sebanyak 4 kali sehari yang mana memerlukan hanya setitik atau dua titik sampel darah sahaja di hujung jari. ", "3. Tentukan waktu sampel darah diambil", "Sampel darah biasanya akan diambil pada jam 8.00 pagi, 12.00 tengahari, 6.30 petang, dan 9.30 malam.", "Setelah selesai menjalankan ujian BSP, pastikan rekod atau catatkan bacaan tersebut ke dalam kertas khas yang diberikan oleh klinik kesihatan.", "Cara ambil bacaan gula menggunakan glukometer", "Glukometer adalah sejenis alat perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Tujuan alat ini digunakan adalah untuk memantau kandungan glukosa dalam darah.", "Kita perlu tahu setiap glukometer ini datangnya bersama peralatan asas seperti test strip’, jarum lancet dan kapas beralkohol.", "Berikut ini kami tunjukkan langkah bagaimana untuk mengambil bacaan gula sendiri menggunakan glukometer.", "Selain dari tips mengenai bacaan BSP normal ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain berkenaan diebetes seperti:" ]
https://bidadari.my/persoalan-penyakit-rotavirus/
Anak, Kesihatan Ketahui 6 Persoalan Mengenai Penyakit Rotavirus, Ini Jawapannya Oleh aqirah
[ "Pernahkah anda dengar mengenai penyakit Rotavirus? Penyakit Rotavirus ini tidak asing lagi dari kanak-kanak di Malaysia. Selain itu, kes penyakit Rotavirus di Malaysia juga ada pada setiap tahun. Jadi, ibu bapa yang tiada pengalaman mengenai penyakit ini akan berasa risau dan takut.", "Banyak persoalan yang dituju dan ditanyakan mengenai penyakit Rotavirus ini. Antara persoalannya telah pun mempunyai jawapannya.", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 persoalan penyakit Rotavirus. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.", "1. SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT SERANGAN ROTAVIRUS?", "Hampir setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus ini dan lebih di kalangan usia tiga bulan hingga dua tahun.Jangkitan ini boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan sampel najis.", "Ada lima spesies Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak kanak. Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan tersebut untuk kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.", "2. APAKAH GEJALA YANG AKAN DIHADAPI OLEH PESAKIT?", "Gejala dehidrasi seperti letih/lesu, bibir dan lidah kering, tiada air mata ketika kanak-kanak menangis, cengkung kedua mata, ubun-ubun mencengkung ke dalam (pada bayi kecil) dan kekurangan air kencing.", "Masalah utama virus ini boleh menyebabkan pesakit mendapat penyahidratan (kehilangan cecair atau bendalir badan) atau dehidrasi yang teruk sehingga menyebabkan kerosakan pada organ dalaman seperti buah pinggang.", "Jika penyahidratan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut disebabkan daripada komplikasi kegagalan buah pinggang.", "Cara penyebaran rotavirus adalah melalui feco oral iaitu virus merebak melalui pendedahan daripada najis ke mulut kanak-kanak lain.", "Sebagai contoh,ia berlaku jika seseorang menukar lampin bayi, terkena najis pada tangan dan dia tidak membasuh tangan lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.", "Sekiranya kanak-kanak lain menyentuh peralatan atau permukaan tersebut dengan tangannya dan selepas itu tangannya di masukkan ke dalam mulut, virus tersebut tersebar ke kanak kanak itu.", "Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar. Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih.", "5. APAKAH JENIS RAWATAN YANG PERLU DILAKUKAN?", "Di Malaysia,jangkitan rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebabkan kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah(intravena).", "Kira kira 25 sehingga 50 peratus kes cirit-birit yang memerlukan kemasukkan wad berpunca dari Rotavirus", "Tiada rawatan yang khusus untuk membunuh virus tersebut dan rawatan lebih penting dalam memastikan pesakit yang mengalami sakit ini adalah mempunyai kandungan air yang mencukupi dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi(kehilangan air dan garam galian yang teruk menerusi muntah dan cirit).", "Untuk menpercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus ini, pastikan ibu bapa memberi anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin jika muntah.", "Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman air garam (ORS) untuk mengelakkan dehidrasi.Sekiranya mengalami dehidrasi yang teruk, pesakit memerlukan rawatan hospital dengan memberikan cecair melalui intravena.", "6. APAKAH LANGKAH MENGELAKKAN VIRUS INI?", "Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana mudah merebak.Beberapa kaedah pengawalan adalah pembasmian kuman di tempat permainan atau nurseri dengan kerap dan amalan kebersihan diri dengan mencuci tangan selepas menukar lampin atau pergi ke tandas .", "Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( World Health Organisation,WHO) menyarankan pelalaian imunisasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.", "Di Malaysia , walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini masih boleh di dapati di klinik atau hospital swasta.", "Vaksinasi dalam bentuk cecair yang perlu diminum boleh di beri pada bayi seawal usia enam minggu . Terdapat dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua atau tiga dos.", "*Berikut adalah persoalan yang sering tertanya-tanya oleh ibu bapa yang tiada pengalaman mengenai penyakit Rotavirus ini. Anda tidak perlu bimbang jika anak anda kemungkinan mempunyai penyakit ini. Hal ini kerana, anda boleh dapatkan vaksin di klinik dan hospital swasta. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diebri kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini." ]
https://bidadari.my/resepi-ikan-haruan/
Resepi 10 Resepi Ikan Haruan Boleh Untuk Sembuhkan Luka Oleh Rahayu Z
[ "Sekilas nampak macam ikan keli namun bukan. Ikan haruan ialah sejenis ikan air tawar. Ikan haruan hidup di air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai.", "Haruan terkenal dengan khasiatnya di mana ia dipercayai dapat membantu menyembuhkan luka dalaman serta luaran. Sejak turun-temurun, mereka yang menjalani pembedahan atau kecederaan serius digalakkan menikmati sup haruan. Bahkan kajian ilmiah pula banyak dilakukan untuk mengkaji lagi khasiat ikan haruan. Kita patut bersyukur masih boleh mendapati ikan ini sebagai penyembuh luka alami.", "Oleh itu, apabila anda tercari resepi ikan haruan yang sesuai tekak, sinilah tempatnya. Kami telahpun tuliskan 10 resepi haruan. Sila cubakan mana-mana resepi yang rasa sedap dan sesuai tekak. Sayang sangat jika anda tidak cuba masak ikan yang kaya akan manfaat ini bukan? Jom sihat bersama ikan haruan.", "Siapa biasa makan ikan pekasam? Kalau tahu cara masak yang betul, memang sedap sangat ikan haruan pekasam ini. Sedap dimakan dengan pulut @ nasi putih. resepi dikongsikan oleh Kherel Botaq di laman Facebook.", "Asam pedas ikan haruan cara orang kedah, resepi dari orang lama. Dengan kuah yang pekat, makan dengan nasi putih, sedap terangkat betul. Resepi dikongsikan oleh Ieta Afiya di laman Facebook.", "Ikan haruan masak lada hitam ini simple-simple saja tapi sedap menyengat. Resepi yang dikongsikan oleh Nazhatulshima Hashim di laman Facebook amat mudah, semudah campak-campak dan tumis-tumis sahaja.", "Bila haruan lada hitam belum buat anda terliur, mungkin boleh cuba masak gulai siam. Tidaklah kebosanan masak haruan goreng, dibuat sup atau dibakar cicah air asam. Daun limau purut itulah yang buat dia jadi rasa siam. Resepi dikongsikan oleh Arpah Musman di laman Facebook.", "Orang yang selepas surgeri atau lepas sunat biasanya dibagi makan sup haruan sebab katanya cepat bagi sembuh luka. Jadi untuk mempercepatkan luka baik, baiknya anda cuba resepi Mastura Liyana untuk masak sup haruan. Tidak rasa hanyir dan boleh hirup kuah untuk buat ubat. Yang baru lepas bersalin pun bagus amalkan.", "Ikutkan tips Zuraini Mat Arshad di laman Facebook, kalau ingin makan masak cuka esok, kita kena masak malam ini, baru umpphh! Apapun jom cubakan resepinya.", "Resepi gulai ikan haruan yang dikongsikan Ben Safwan ini sepatutnya pakai daun kaduk tapi di sini ganti dengan daun kesum dan letak pucuk manis, sedap juga rasanya. Tips dari mak tuan punya resepi cakap kena letak beras tumbuk/kisar supaya ikan tidak hanyir. Bila siap betul sedap tidak rasa hanyir langsung ikan itu.", "Ikan haruan masak lemak versi Melaka. Resepi turun-temurun daripada arwah nenek sampai mak tuan punya resepi, Eqyn Lunch Box di laman Facebook. Resepi asal yang sejak dulu menggunakan cili kering dan lada hitam. Resepi ini tidak ada tumis-tumis sebab nanti minyaknya akan keluar sendiri. Lauk ini pula sedap dimakan dengan pucuk ubi celur ulam.", "Ramaikah yang suka makan macam ini? Bantut haruan merupakan ikan dibelah belakang, disumbat dengan rempah ratus dan kelapa parut kemudian dibakar atau dipanggang. Bakar ikan ini lapik dengan daun kunyit atau daun pisang supaya makin wangi dan sedap. Resepi dikongsikan oleh Kordial Habbatus Sauda Jauzaa di laman Facebook.", "Ikan haruan lui suan (nama pangilan thailand) ala masakan thailand. Rasa dia macam ikan 3 rasa tapi bila masuk semua bahan dia lebih sedap dari ikan 3 rasa macam selalu. Nurul Ain Nalydia berkongsi resepi ikan haruan lui suan di laman Facebook. Kesedapannya ikut cita rasa masing-masing ingin pedas, manis atau masin mana yang kita mahu.", "Selain resepi kumpulan ikan haruan, kami juga menulis resepi kumpulan lain yang menarik dan senang. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa Like dan Share resepi ini ya." ]
https://bidadari.my/perang-tabuk/
Keluarga, Rohani Perang Tabuk Dan 10 Pengajaran Yang Boleh Dipelajari Oleh Rabiatul Adaweeyah Othman
[ "Ketahui tentang Perang Tabuk dan pengajaran yang boleh kita pelajari daripada peristiwa penting ini.", "Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631M) dan Rasulullah bersama pasukan Islam pulang dari perang pada 26 Ramadan. Peristiwa ini berlaku di suatu kawasan paling utara di semenanjung tanah Arab yang bernama Tabuk. Perang ini juga merupakan perang terakhir yang disertai dan diketuai oleh Rasulullah selepas berhijrah ke Madinah. Ketika itu Baginda berusia 53 tahun.", "Sebaik mendapat berita tentang ancaman Rom terhadap Islam, Rasulullah SAW segera mengarahkan pasukan Islam bersiap sedia. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, pasukan Islam akhirnya bersedia serta mengharungi perjalanan ke Tabuk dalam 20 hari perjalanan.", "Perang Tabuk merupakan peperangan yang melibatkan bilangan pasukan Islam yang ramai serta mempunyai cabarannya yang tersendiri, antara ujian yang perlu dilalui oleh pasukan Islam ketika itu adalah;", "Selain itu, Perang Tabuk membawa banyak pengertian dan pengajaran kepada kepada umat Islam, iaitu sewaktu sebelum berangkat ke Tabuk, sehinggalah peperangan selesai. Antaranya adalah;", "Dalam peperangan ini jelas memperlihatkan golongan yang benar-benar ikhlas berjuang. Mereka adalah golongan yang menyahut seruan jihad dengan segera dan sukarela kerana benar-benar cintakan agama Islam. Ada juga golongan yang berdalih apabila tidak mahu menyertai perang. Ada culas serta mencari kepentingan diri sendiri dengan menarik diri dalam peperangan, serta masih ada yang ragu-ragu serta tidak mengikut arahan semasa perjalanan ke Tabuk dan sebagainya.", "Bahkan dalam Perang ini, terdapat tiga orang sahabat Rasulullah SAW iaitu Ka’ab Bin Malik, Mararah al Rabi’ dan Hilal bin Umaiyah yang menarik diri daripada berjuang di medan Tabuk. Awalnya Rasulullah ingin membenarkan tetapi Allah SWT memperingatkan melalui surah at-Taubah: 111 tentang jihad. Sebagai hukuman (selepas perang) Ka’ab bin Malik diasingkan daripada isterinya selama 40 malam dan mereka turut dipulaukan oleh Rasulullah dan sahabat  memulau mereka selama 50 hari.", "Begitu juga selepas pulang dari Tabuk, memperlihatkan ramai umat Islam yang tinggal di Madinah masih goyang pendirian tentang Islam sehingga ada yang terpengaruh dengan golongan munafik.", "Dalam setiap peperangan, menjadi kebiasaan bagi umat Islam untuk menyumbang dan membantu membuat persiapan peperangan melebihi kemampuan mereka sendiri. Dalam Perang Tabuk, Uthman bin Affan telah memberikan sebanyak  1,000 dinar,  900 ekor unta, 100 ekor kuda selain  menanggung persiapan peperangan, seperti senjata, makanan serta ubat-ubatan pasukan Islam.", "Selain itu, Saidina Umar al-Khattab juga mendermakan separuh hartanya untuk peperangan ini. Malah Saidina Abu Bakar menyerahkan seluruh hartanya.  Manakala Abdul Rahman Auf memberikan 200 uqiyah perak. Ramai lagi sahabat yang turut menderma  sedangkan mereka sendiri dalam kesusahan. Tidak cukup dengan menyerahkan wang dan harta, mereka turut menyerahkan jiwa dan nyawa demi Islam.", "#3 Umat Islam Yang Cintakan Berjihad ", "Semasa pasukan Islam ingin berangkat ke Tabuk, terdapat golongan yang benar-benar mahu berjihad dan beperang dengan ikhlas menangis kerana tiada kelengkapan untuk menyertai peperangan itu, terutamanya mereka tidak mempunyai tunggangan untuk ke sana. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan Ansar dan bani Amru bin Auf.", "Mereka terpaksa ditinggalkan dalam kesedihan dan tangisan kerana tidak mampu menyumbang apa-apa dan digelarkan sebagai ‘al-Bakka’un’(orang-orang yang menangis).", "Allah SWT mengabadikan hal ini dengan berfirman:", "“Mereka kembali, sedangkan mata mereka bercucuran air mata kerana sedih tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan.”", "#4 Mengenali Musuh Islam Yang Sebenar", "Muncul banyak golongan yang menentang Islam dalam diam ketika itu, tambahan lagi semasa peninggalan Rasulullah SAW ke Tabuk. Antaranya golongan musuh dalam selimut atau munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan munafik ini terbahagai kepada tiga kumpulan;  kumpulan pertama adalah yang mempengaruhi tentera Islam supaya tidak menyertai perang dan mereka sendiri tidak menyertainya.", "Rasulullah SAW sedar akan hal tersebut dan sangat bimbang lebih ramai umat Islam yang terpengaruh. Baginda SAW mengambil tindakan tegas dengan mengutuskan Talhah bin Ubaidillah menghadapi mereka iaitu dengan membakar rumah seorang Yahudi bernama Sulaim yang menjadi tempat kaum munafik berkumpul.", "Kumpulan kedua pula bertindak memecahkan tentera Islam untuk mengkhianati Rasulullah SAW. Mereka adalah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan cuaca yang panas dan sebab penting diri yang lain,  walaupun mempunyai kelengkapan yang lengkap. Mereka terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar.", "Golongan ketiga pula adalah mereka yang menunggu kepulangan Rasulullah SAW untuk merasmikan atau menunjukkan sebuah masjid yang mereka bina untuk bermegah-megah selain mengkhianati Islam.", "Disebabkan itulah Perang ini juga dikenali sebagai ‘Perang Pembongkaran’  kerana membongkarkan sikap golongan munafik berserta rancangan, serta tipu daya mereka terhadap  umat Islam dan Rasulullah SAW.", "#5 Usaha Musuh yang Sentiasa Menjatuhkan Islam", "Semasa Rasulullah SAW di Tabuk, pelbagai hal berlaku di Madinah. Muncul Abu Amir ar-Rahib dari suku Khazraj bertindak memecah-belahkan umat Islam semasa ketiadaan Baginda. Sebelum Rasulullah SAW tiba di Madinah dahulu, dia mempunyai kedudukan mulia di kalangan bani Khazraj. Namun dengan adanya Rasulullah SAW, dia tidak lagi dianggap sebagai orang penting.", "Lalu, bagi mengembalikan kedudukannya, dia membina sebuah masjid berdekatan dengan Masjid Quba. Masjid Dhirar atau ‘masjid bencana’ ini dibina dan sering dikunjungi oleh kaum munafik  untuk mengubah ajaran Allah selain memecah-belahkan umat Islam.", "Sebaik sahaja pulang dari Tabuk, Rasulullah SAW membakar masjid ini dan  80 orang kaum Muslim yang tidak ikut perang memohon keampunan Rasulullah SAW. Kesemua mereka dimaafkan, tetapi tiga orang ditangguhkan; Kaab bin Malik, Murarah bin ar-Rabi dan Hilal bin Ummayah.", "Perjalanan ke Tabuk sangat sukar dengan  mengambil masa hampir 20 hari dengan jarak yang sangat jauh iaitu kira-kira 700-800km dari kota Madinah.  Dalam keadaan yang kekurangan makanan dan minuman, pasukan Islam terpaksa melalui jalan yang berpadang pasir dengan cuaca yang sangat terik sehingga dikatakan tumit kaki mereka merekah.", "Pasukan Islam juga mengalami kekurangan kenderaan dan diriwayatkan seekor unta dinaiki sehingga 10 orang tentera. Sebab itulah mereka juga digelarkan sebagai ‘Jaisyul Usrah’ yang bermaksud ‘pasukan yang dalam kesulitan’.", "#7 Bukti Kerasulan dan Mukjizat Rasullulah SAW", "Dalam perjalanan menunju ke Tabuk juga, ditunjukkan banyak bukti kerasulan Rasulullah SAW melalui pertolongan Allah SWT. Antaranya ketika para tentera Islam mengadu  kehausan kerana keadaan padang pasir yang kering.  Baginda memanjatkan doa agar diturunkan hujan, lalu Allah SWT memperkenankan doa Baginda dengan menurunkan hujan yang lebat dan pasukan Islam dapat mandi serta minum.", "Selain itu, Allah SWT menunjukkan mukjizat Baginda dengan mengeluarkan air melalui celahan jari Baginda dan diminum oleh ribuan tentera Islam.", "#8 Berhadapan Dengan Pasukan Yang Kuat", "Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan terkuat ketika itu. Pasukan tenteranya yang ramai memenangi banyak peperangan besar kerana kekuatan dan kegagahan meraka.", "Disebabkan itulah Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu meluaskan kuasa sehingga ke negara Arab. Bahkan dalam Perang Tabuk ini, pasukan Rom telah diketuai oleh Hercules dengan 40,000 tentera dan dibantu oleh Bani Ghassan untuk menawan kerajaan Islam.", "Walaubagaimanapun, ketika sampai di Tabuk, Allah SWT menimbulkan rasa takut dan gentar kepada  tentera Rom sehingga tidak berani menghampiri pasukan Islam.  Diriwayatkan mereka melihat 100,000 tentera malaikat yang berada dalam pasukan Islam sehingga akhirnya mereka berundur.", "#9 Kekuatan dan Perpaduan Islam Melemahkan Musuh", "Tiba di Tabuk, Rasulullah SAW dan pasukan Islam mendapati pasukan musuh tiada. Namun Baginda terus menawarkan perjanjian perdamaian dengan kerajaan-kerajaan di sekitar Tabuk, untuk menjamin keselamatan dan keamanan mereka selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi Islam.", "Semua kabilah menerima tawaran Baginda  itu dengan tangan terbuka. Termasuklah Yuhana bin Ru’bah seorang penguasa yang datang menawarkan perdamaian bersama Rasulullah dan sanggup membayar jizyah.", "Kebijkasanaan Rasulullah SAW ini telah menguatkan benteng Islam dan menjadikan pertahanan pasukan Baginda semakin kukuh, lalu berjaya menakutkan pihak musuh sehingga menyekat kemaraan musuh.", "Pasukan tentera Islam telah membuat perancangan yang teliti dan berhati-hati yang diketuai oleh Baginda SAW sendiri. Pasukan Islam mahukan peperangan berlaku di kawasan luar kota suci Madinah dan Mekah. Sehingga akhirnya meraka bersetuju untuk bertempur di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Pada awalnya Rasulullah SAW tidak menjelaskan secara rinci tentang lokasi peperangan ini.", "Walaupun tentera Islam bersedia dengan 30,000 orang  tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda dan dipimpin oleh Baginda sendiri, untuk menentang kekuatan Rom. Rasulullah SAW tetap mempunyai rancangan dan stretegi tersendiri dengan menguatkan penyatuan Islam di sekeliling wilayah Tabuk, seperti Ailah, Jarba’ dan Azruh, sehingga akhirnya pihak musuh berundur.", "Sebenarnya, Rasulullah SAW membawa strategi penting iaitu dakwah yang berjaya menawan serta mengislamkan kaum Musyrikin, bukannya memerangi atau menjajah mereka. Taktik ini bukan sahaja menguatkan kedudukan pertahanan Islam tetapi telah mempersaudarakan Muslim yang berbeza bangsa.", "Penutup: Tabuk menunjukkan musuh Islam yang  nyata dan di bawah selimut", "Selepas melalui pelbagai cabaran, pertempuran di Tabuk tidak berlaku dan berakhir tanpa pertumpahan darah. Pun begitu, ujian Tabuk masih berterusan di Madinah dengan musuh Islam yang lebih dasyat iaitu menghadapi kaum munafik yang lebih berbahaya.", "Kaum Munafik yang berpura-pura merupakan racun paling berbisa yang kesannya sedikit demi sedikit akan menghancurkan Islam daripada dalam. Andai ketika sewaktu Rasulullah masih hidup pun golongan ini sudah ada dan berani untuk menghancurkan Islam, apatah lagi kini pastilah mereka semakin berani.", "Tinggal kita ini yang harus bertindak seperti mana untuk mengekang usaha mereka dan mempertahankan Islam dengan sebaik mungkin, dengan nyawa sekalipun!", "Jemput juga baca artikel menarik kami yang lain, seperti: Peperangan Dalam Islam dan Biodata Salahuddin al-Ayyubi" ]
https://bidadari.my/self-care-untuk-bahagia-diri-sendiri/
Rohani 2 Cara ‘Self Care’ Untuk Bahagiakan Diri Sendiri Boleh Cuba Oleh aqirah
[ "Kita selalu mementingkan orang lain dulu sehingga kita lupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Pendapat orang lain diutamakan, pendapat sendiri tidak dapat untuk diluahkan. Kita terlalu menjaga hati orang sekeliling sehingga lupa bahawa diri kita juga memerlukan perhatian.", "Selain itu, kita juga sibuk untuk mengenali diri orang lain, bagaimana dengan diri kita sendiri? Adakah kita sudah cukup mengenali diri kita, kehendak kita dan matlamat hidup kita?", "Kita seharusnya mengutamakan diri kita dulu kerana jika diri kita tidak merasa bahagia, bagaimana kita mahu membahagiakan orang yang kita sayang? Kita tidak boleh hidup bertopengkan muka bahagia tetapi di dalam hati kita tidak ada rasa kebahagiaan.", "Bagaimanakah kita mahu membuat diri kita rasa bahagia?", "Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 2 cara ‘self care’ untuk membahagiakan diri sendiri. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting.", "Tiap kali saya berjaya capai matlamat atau target dalam hidup saya, saya akan celebrate diri saya sendiri. Awak semua pun sama, kena belajar untuk berterima kasih pada body dan diri awak semua.", "Habis lipat kain, buat kopi panas ke. Habis kemas seluruh rumah, bukak shoppe sedas ke. Itupun dikira Self Celebration juga.", "Terutamanya bab emotion lah. Macam mana kita nak cinta anak kita kalau kita tak mulakan dengan mencintai diri kita sendiri? Bagaimana kita nak ubati hati anak kita kalau kita tak ubati hati kita sendiri?", "“We can’t give what we don’t have”", "*Ingat, kita bukan pentingkan diri tetapi kita perlu utamakan kebahagian sendiri. Kemudian, baru kita boleh membuat orang sekeliling kita gembira kerana kita mula tahu apa itu erti bahagia. Sekali sekala kita buat sesuatu yang kita suka tanpa hiraukan orang sekeliling boleh memberi kesan positif kepada diri kita. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.", "Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini. " ]
https://bidadari.my/tandas-cangkung/
Kesihatan Tandas Cangkung Atau Tandas Duduk Dari Sudut Kesihatan. Pilih Yang Ini! Oleh zulrina
[ "Kekok bukan jika anda sering gunakan tandas cangkung, tiba-tiba terpaksa gunakan tandas duduk pula? Dari kecil mungkin anda terbiasa dengan tandas cangkung tetapi bila sudah pindah rumah, bekerja, ke rumah mertua dan tandas awam, anda mungkin akan gunakan tandas duduk.", "Zaman sekarang, tandas duduk lebih banyak pembinaannya berbanding dengan tandas cangkung. Jika anda ke tandas awam sekalipun, 3 tandas adalah tandas duduk, hanya 1 tandas yang merupakan tandas cangkung.", "Jenis-jenis tandas ini berbeza mengikut tempat dan kemodenan. Seperti negara-negara barat, kebanyakan menggunakan tandas duduk. Berbeza pula dengan tandas di negara Islam, kebanyakannya menggunakan tandas cangkung atas faktor kebersihan.", "Tandas Cangkung Dan Tandas Duduk Dari Sudut Kesihatan", "Ada perbezaan antara tandas cangkung dan tandas duduk selain dari bentuknya iaitu perbezaan dari segi kesihatan tubuh badan anda. Cara membuang air besar pun bakal mempengaruhi kesihatan tubuh badan anda sebenarnya terutamanya bahagian perut dan punggung. Jom lihat Tandas Cangkung Dan Tandas Duduk Dari Sudut Kesihatan.", "Ada orang selesa gunakan tandas cangkung sebab ia terlalu bebas dan tidak perlu duduk berkepit terkena punggung di bahagian tempat duduk. Ia amat tidak selesa bahkan kotor. Tandas cangkung kelihatan lebih selesa daripada tandas duduk. Anda juga takkan sakit perut jika menggunakan tandas cangkung berbanding sakit perut menggunakan tandas duduk ketika proses pembuangan.", "2. Mudah Membasuh Dan Membersihkan Diri", "Tandas jenis cangkung lebih mudah untuk membersihkan diri anda dan juga membersihkan tempat atau kotoran najis. Bagaimana pula dengan tandas duduk? Susahnya nak basuh, anda perlu basuh dengan cara duduk atau berdiri separuh! Kerana itulah tandas cangkung banyak dibina di negara Islam untuk memudahkan dibasuh dengan bersih.", "Apabila anda duduk di tandas duduk, pasti sukar untuk anda keluarkan semua najis kerana semasa anda duduk, anorektal akan menegang. Berbanding dengan membuang air besar di tandas cangkung, anorektal akan lurus dan memberi ruang untuk semua najis anda keluar dengan mudah. Doktor juga menyarankan untuk gunakan tandas cangkung.", "Tahukah anda, menurut hasil kajian di Pakistan, membuang air besar dengan cara mencangkung akan mengurangkan simptom fisur. Fisur adalah kesan yang terjadi jika seseorang itu meneran berlebihan. Ia mengakibatkan luka pada lapisan dubur, sakit, darah keluar dari rektum dan susah untuk duduk. Gunakanlah tandas cangkung untuk elakkan fisur.", "Bagi pesakit, wanita mengandung, orang tua dan mereka yang tertentu, anda disarankan menggunakan tandas duduk untuk menjaga kesihatan. Lutut, perut, kandungan dan lain-lain harus dijaga dan dilindungi jika anda adalah mereka yang tertentu. Pilihlah tandas mengikut kesesuaian dan kesihatan diri anda.", "Dalam membuang air besar, ia juga memerlukan kepuasan. Maklumlah, jika tidak puas, pasti akan nak ke tandas sahaja setiap masa dan berulang kali. Pilihlah tandas yang benar-benar berikan anda kepuasan dalam membuang air besar. ", "Tandas cangkung memudahkan proses pembuangan anda di mana anda boleh membuang sepenuhnya dan keluarkan semua sekali. Tidak ada najis yang tersekat dan tidak dapat keluar sekiranya posisi tandas cangkung anda gunakan.", "Sekiranya anda seorang yang pembersih dan tidak lalu duduk di atas tandas duduk, carilah tandas cangkung. Namun, jika tandas duduk sahaja yang ada, nak tak nak, melabur sajalah!", "Anda boleh tutup bahagian yang akan anda duduk dengan menggunakan tisu tandas atau anda boleh jirus dahulu bahagian duduk sebelum duduk di situ. Gunakanlah tandas dengan cara yang lebih mudah.", "Jika tandas duduk, gunakanlah dengan meletakkan kerusi kecil di bahagian kaki anda. Kaki anda naik ke atas kerusi kecil tersebut untuk memudahkan proses pembuangan. Anorektal anda akan terbuka sedikit dan mudah untuk settle kan segalanya.", "Cangkung (Buang Air Besar Dan Kecil) Dalam Islam", "Dalam Islam, hal buang air besar dan kecil juga telah diajarkan sejak 1400 tahun lalu lagi. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara-caranya kepada kita bermula dari adab buang air sehinggalah cara membersihkannya. ", "Cara Dan Adab Buang Air Besar Atau Kecil", "Ketika membuang air kecil atau besar, tekan sedikit perut bahagian kiri dengan perlahan untuk memastikan najis mudah keluar. Pastikan buang air tidak memerlukan anda menghadap kiblat. Buang air sehingga betul-betul habis dan cucikannya sehingga benar-benar bersih. ", "Sekiranya tiada air, nabi SAW mengajar kita bersihkannya dengan cara beristinjak. Anda boleh menggunakan kurang 3 biji batu atau tulang yang keras dan kering. Jangan biarkan tangan kanan anda menyentuh atau terkena najis untuk menjaga kebersihan dengan lebih baik lagi.", "Dari sudut kesihatan pula, anda boleh meneran dengan lama tetapi jangan lebih dari 15 minit. Ia bahaya untuk bahagian peranakan anda terutamanya wanita yang selepas keguguran, yang sedang hamil dan juga sedang ikhtiar hamil.", "Tandas Cangkung Terbaik, Sihat Dan Selamat", "Itulah jawapannya, tandas cangkung adalah tandas yang terbaik, sihat dan selamat. Dari segi kesihatan, memang tandas cangkung amat disarankan untuk kita gunakan tetapi ia bergantung kepada kemahuan anda juga. ", "Ada rumah yang mempunyai orang tua, tidak perlulah anda membuat tandas cangkung kerana mereka sakit lutut dan tidak larat lagi mencangkung. Semua orang tua kebanyakan memilih tandas duduk. ", "Buat anda yang muda remaja, kanak-kanak, dewasa, tandas cangkung adalah tandas yang perlu anda gunakan. Ianya untuk keselesaan sekaligus kesihatan anda. Selesanya dapat guna tandas cangkung! Lega rasanya~", "Sekarang sudah tahu nak buat pilihan tandas? Pilihlah tandas cangkung yang semestinya lebih baik daripada tandas duduk. Jom baca tentang Simbol tandas seluruh dunia, Punca dan rawatan buasir, Punca dan rawatan cirit-birit dan Senarai buah tangan untuk orang sakit pula." ]
https://bidadari.my/resepi-pajeri-terung/
Resepi Resepi Pajeri Terung (Rahsia Paling Kaw!) Oleh Rahayu Z
[ "Rahsia pajeri kaw akan diungkapkan pada perkongsian kali ini. Resepi pajeri terung oleh Zalina Yahaya yang dikongsikan di Facebook ini memiliki rahsia kesedapan yang tidak semua pajeri punya.", "Bahan-bahan dan cara memasak lebih kurang sama sahaja namun suatu perbezaan akan terasa jika tahu teknik rahsia memasak pajeri terung kaw!", "Merujuk sumber, rahsianya ialah sewaktu menumis bahan. Kalau mahu sedap, jangan tumis bahan tumbuk dengan rempah. Kalau ada bahan tumbuk macam bawang, halia dan bawang putih, kena tumis bahan itu dulu bagi betul-betul garing. Selepas itu baru masukkan rempah atau cili dan biar sampai pecah minyak.", "Guna bahan-bahan asas buat pajeri. Follow step resepi di bawah ini, maka anda akan dapat menghasilkan pajeri terung yang boleh dibanggakan. Resepi sama boleh digunakan untuk buat pajeri nenas. Sila cuba.", "Selain resepi pajeri terung , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.", "Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya." ]