url
stringlengths 47
133
| content
list |
---|---|
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/pm-anwar-sangkal-dakwaan-rumah-terbuka-di-tiga-negeri-kerana-prn
|
[
"PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana negeri-negeri berkenaan bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).",
"“Negeri banyak, semua, Selangor ada… Tidak, tidak (bukan hanya negeri pembangkang),” katanya ringkas kepada pemberita di Masjid As-Salam, Pangsapuri Petaling Perma, di sini hari ini.",
"Semalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah pada 29 April, diikuti Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei) selain Anwar dijangka menghadiri tiga lagi majlis rumah terbuka di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. ",
"Beliau yang tiba di masjid berkenaan pada kira-kira 1 tengah hari turut diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan Shamsul Firdaus Mohamed Supri.",
"Anwar dan jemaah turut mendengar khutbah bertajuk ‘Meraih Hasil Tarbiah Ramadan’ yang disampaikan Ketua Biro Dakwah masjid berkenaan Mohamad Firdaus Mahad.",
"Selesai menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Mohamad Firdaus, Perdana Menteri meluangkan masa bersalaman serta beramah mesra dengan beberapa jemaah sebelum meninggalkan masjid itu kira-kira pukul 2.15 petang. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/ahmad-zahid-fadillah-ucap-selamat-hari-raya-doakan-umat-islam-dapat-keberkatan
|
[
"KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.",
"“Saya doakan seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Maaf zahir dan batin,” kata Ahmad Zahid menerusi media sosialnya.",
"Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dalam ucapan yang dimuat naik di laman Facebook berkata ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan.",
"Beliau berkata Ramadan mengajar erti kesyukuran, kesabaran, pengorbanan dan kesederhanaan serta bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan dan bersederhana dalam semua perkara.",
"\"Syawal pula mengajar kita erti perkongsian, berkongsi kegembiraan dengan mereka yang tersayang, mengeratkan hubungan yang sedia terjalin dan memperbaharui ukhuwah sesama kita.",
" “Selamat Hari Raya Aidilfitri saya titipkan buat keluarga dan juga kenalan. Bagi yang pulang ke kampung halaman masing-masing semoga tuan dan puan sentiasa berhati-hati semasa perjalanan pulang berhari raya ke kampung halaman,” katanya yang turut mendoakan semoga ukhuwah sesama rakyat Malaysia sentiasa berkekalan. ",
"Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/pdrm-laksana-kadar-khas-bayaran-saman-rm50-setiap-satu
|
[
"GUA MUSANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik termasuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya bermula hari ini hingga 21 Mei depan.",
"Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata kadar khas itu julung kali dilaksanakan oleh pihak PDRM bagi memberi peluang ke atas saman yang tidak boleh dikompaun untuk diselesaikan. ",
"Beliau berkata potongan hampir 85 hingga 86 peratus tersebut untuk menzahirkan hasrat kerajaan menyumbang dari segi memberi kemudahan kepada rakyat dengan mengurangkan bebanan dihadapi masyarakat. ",
"“Kita buka kerana keluhan masyarakat yang jika (saman) disekat tidak boleh dibuat pembaharuan lesen, pembaharuan cukai jalan jadi kita buka supaya masyarakat semua boleh merasai dan dapat kemudahannya,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di laluan alternatif Gua Musang di sini semalam.",
"“Cuma kita sekat hanya kes-kes melibatkan pihak ketiga, contohnya kes dalam perbicaraan yang itu kami tak boleh kerana masih tergantung dengan perbicaraan dan sebagainya,” katanya. ",
"Pada masa sama, beliau menyeru masyarakat supaya mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan malah tempoh pembayaran juga diberi sehingga selepas perayaan Aidilfitri. ",
"“Saya mahu tekankan saman yang tidak boleh dikompaun itu perlu diambil kesempatan ini (kerana) sebelum ini tidak pernah (dilaksanakan) dalam sejarah PDRM kerana kami terikat pada peraturan tetapi kerajaan tengok apa yang boleh dibantu, maka kita bantulah sebaik mungkin. "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/rakyat-malaysia-disaran-jalani-ujian-kendiri-covid-19-sebelum-pulang-ke-kampung
|
[
"KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati rakyat Malaysia untuk menjalankan ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya.",
"Selain itu, pertubuhan itu juga menasihatkan agar menggunakan pensanitasi tangan dan memakai pelitup muka sebagai perlindungan bagi membendung wabak COVID-19 daripada merebak kepada warga emas.",
"Perkara itu dinyatakan menerusi ciapan pertubuhan itu menerusi akaun Twitter @WHOMalaysia yang turut ditweet semula oleh Twitter rasmi Kementerian Kesihatan @KKMPutrajaya.",
"Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk dilaporkan meningkat sebanyak 26.2 peratus pada minggu epidemiologi ke-15 dari 9 hingga 15 April berbanding minggu sebelumnya.",
"Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa kebanyakan pesakit adalah kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu yang mempunyai komorbiditi. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/dua-pegawai-bertugas-di-bangladesh-ditahan-sprm-adalah-pegawai-jabatan-imigresen
|
[
"KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh, yang ditahan kerana disyaki menerima rasuah, merupakan pegawai Jabatan Imigresen.",
"Wisma Putra menerusi ciapan di Twitter semalam memaklumkan kedua-dua pegawai lelaki dan wanita itu sebelum ini ditempatkan sementara untuk bertugas di Pejabat Atase di suruhanjaya tinggi berkenaan.",
"“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan kementerian ini akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dalam penyiasatan berhubung kes tersebut, selari dengan hasrat dan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam membanteras gejala rasuah,” menurut ciapan itu.",
"Ciapan itu dimuat naik bagi menjelaskan laporan media berhubung SPRM menahan reman dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka kerana disyaki menerima rasuah bagi pengeluaran Visa Luar Negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini.",
"Kementerian Luar sentiasa memberi perhatian utama kepada aspek integriti dalam kalangan kakitangan awam di kementerian itu dan yang bertugas di perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara. ",
"Terdahulu, media melaporkan dua pegawai agensi penguat kuasa itu ditahan pada 17 April lepas sebaik hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan direman tiga hari bermula 18 April.",
"Menurut sumber penahanan dua pegawai itu berikutan SPRM mengesan beberapa transaksi kemasukan wang yang mencurigakan ke dalam akaun bank kedua-dua suspek dan mereka telah diarahkan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan.",
"Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat beberapa tangkapan lain akan dibuat selepas ini. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/pm-ajak-rakyat-malaysia-lakukan-pecutan-terakhir-ramadan
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak masyarakat Muslim melakukan pecutan terakhir Ramadan yang berbaki satu hari dengan melakukan amal ibadah sebelum menyambut Aidilfitri Sabtu ini.",
"Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur dapat berbuka puasa bersama jemaah Masjid Ashabus Solihin di Taman Rakan, Kajang dan menunaikan solat Maghrib bersama mereka malam tadi.",
"“Alhamdulillah diberi kesempatan berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib bersama para jemaah lain,” kata Anwar yang turut berkongsi gambar di media sosialnya.",
"Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan bahawa umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri Sabtu ini.",
"Sebelum ini dilaporkan buat julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri sempena sambutan Aidilfitri 2023 akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.",
"Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan semalam turut memaklumkan Anwar tidak akan mengadakan Rumah Terbuka pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/21/kerajaan-teliti-mekanisme-tangani-isu-tiket-penerbangan-mahal-ke-sabah-sarawak
|
[
"SEPANG: Kementerian Pengangkutan sedang meneliti mekanisme bagi mengatasi masalah harga tiket penerbangan mahal menjelang semua musim perayaan terutama bagi laluan ke Sabah dan Sarawak.",
"Menteri berkenaan Anthony Loke berkata beliau telah diberi mandat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet yang lepas untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu.",
"“Pihak kementerian juga cari jalan dan inisiatif menyelesaikan masalah ini bukan sahaja untuk sambutan Hari Raya malah perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai.",
"“Malah hampir dua bulan lalu pelbagai perancangan dan perbincangan telah dibuat umpamanya tambah kuota tiket sejak Mac lepas bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 malam tadi. ",
"Beliau berkata pihak kementerian sedang merangka inisiatif bagi membantu pelajar yang ingin pulang bukan sahaja semasa musim perayaan tetapi juga cuti semester. ",
"Kumpulan sasaran bagi inisiatif itu ialah pelajar di institut pengajian tinggi awam dan mereka akan dikenal pasti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.",
"“(Mekanisme) ini juga sedang kita perincikan tetapi yang utama, kita sudah mengenal pasti dan dapatkan data pelajar dari Sabah serta Sarawak yang menuntut di Semenanjung.",
"“Begitu juga pelajar Semenanjung yang menuntut di dua negeri itu. Kumpulan ini ada lebih 50,000 orang dan kita sudah sasarkan mereka ini bakal dibantu,” katanya. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/kerajaan-tidak-bercadang-tetapkan-sop-khas-aidilfitri
|
[
"KULAI: Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas kepada orang ramai bagi mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19 sempena perayaan Aidilfitri.",
"\"Kita tidak perlu panik, walaupun ada peningkatan, kita lihat seperti subvarian Omicron, mungkin ia mudah berjangkit tetapi kes itu (tahap) keterukan adalah sangat rendah,\" katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, di sini malam ini.",
"Sementara itu, mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib esok, beliau berkata perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.",
"\"Bagi menjawab siapa pengganti Tan Sri Dr Noor Hisham saya minta bersabar. Sudah ada nama-nama yang berpotensi untuk menggantikan beliau, dalam masa terdekat saya akan umumkan,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/umat-islam-di-malaysia-sambut-aidilfitri-sabtu-ini
|
[
"KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Sabtu, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.",
"“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/raih-ribuan-ringgit-dengan-mengukir-inai
|
[
"KOTA BHARU: Seorang pengukir inai di sini meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit apabila hasil sentuhan kreatif beliau mendapat sambutan menggalakkan menjelang perayaan Aidilfitri.",
"Zafira Hanafi, 28, berkata gerai yang diusahakan bersama rakannya di sebuah pasar raya menjadi tumpuan golongan wanita dan kanak-kanak sejak dua minggu lepas, sehingga mereka tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.",
"“Setiap kali menjelang Aidilfitri tempahan untuk ukiran inai memang meningkat tiga kali ganda berbanding hari biasa. Ukiran inai ini seolah menjadi pelengkap aksesori kepada wanita untuk tampil bergaya pada hari raya.",
"“Dalam sehari, saya menerima antara 40 hingga 50 tempahan ukiran inai dengan lebih 1,000 corak ditawarkan,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di sini hari ini.",
"Ibu kepada tiga anak itu berkata harga bagi setiap ukiran inai berbeza mengikut corak yang dipilih iaitu serendah RM10 hingga RM50 bagi kedua-dua belah tangan.",
"Zafira mengakui tidak pernah mengikuti sebarang kursus atau latihan berkaitan ukiran inai, sebaliknya kebolehan dimilik secara semula jadi selain minat yang mendalam.",
"“Saya memang meminati subjek lukisan sejak di bangku sekolah lagi, malah adik-beradik saya juga meminati seni lukis selain bapa saudara saya mempunyai kemahiran melukis mural,” katanya yang mampu meraih pendapatan hampir RM10,000 pada setiap musim perayaan.",
"Seorang pelanggan, Nor Ain Natasha Rosli, 17, berkata beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja Zafira yang kemas, unik dan teliti.",
"“Saya memang suka berinai dan selalunya saya akan mendapatkan khidmat Zafira kerana kerana beliau sangat teliti, kemas dan inai yang diukirnya menepati cita rasa,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/sprm-tahan-dua-pegawai-agensi-penguat-kuasa-di-kedutaan-malaysia-di-bangladesh
|
[
"KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangladesh kerana disyaki menerima wang rasuah bagi pengeluaran Visa Luar Negara dan kemasukan pelancong serta pekerja Bangladesh ke negara ini.",
"Menurut sumber kedua-dua pegawai lelaki dan wanita itu, ditahan pada 17 April lepas sebaik hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.",
"“SPRM ada mengesan beberapa transaksi kemasukan wang yang mencurigakan ke dalam akaun bank kedua-dua suspek dan mereka telah diarahkan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan kes tersebut.",
"“Mereka direman tiga hari bermula 18 April selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Selasa (18 April),” menurut sumber itu.",
"Sehingga hari ini, pembekuan akaun dan penyitaan harta alih/tak alih melibatkan penyitaan lapan bidang tanah dianggarkan bernilai kira-kira RM3.1 juta, menurut sumber itu.",
"Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.",
"“Saya tidak menolak kemungkinan terdapat lagi beberapa tangkapan lain akan dibuat selepas ini. SPRM juga sedang mengesan seorang individu bernama Siti Liyana Sakijan untuk membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.",
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Jayaraj Rajan di talian 016-6371082. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/persiapan-akhir-aidilfitri-warga-kota-meriah-elak-raya-terkejut-dan-pembaziran
|
[
"KUALA LUMPUR: Bahu bertemu bahu. Itulah kemeriahan dan tahap kesesakan yang dapat digambarkan ketika tinjauan Bernama di sekitar Pasar Chow Kit, di sini hari ini menjelang sambutan Aidilfitri.",
"Pasar Chow Kit yang terletak di tengah pusat bandar raya antara Jalan Raja Laut dan Kampung Baru, di sini menjadi lokasi tumpuan orang awam membeli barang mentah untuk menyiapkan juadah raya bagi meraikan 1 Syawal.",
"Teringat akan insiden 'raya mengejut’ tahun lepas apabila umat Islam menyambut hari kemenangan itu awal sehari dari jangkaan, suri rumah Sheranisa Zainuddin, 30, tidak ketinggalan membuat persiapan awal walaupun tarikh sambutan Aidilfitri masih menjadi teka-teki.",
"\"Saya rasa sama ada Hari Raya akan jatuh pada Jumaat atau Sabtu, saya sedialah beli awal-awal takut nanti susah beli di saat akhir,” katanya sambil menambah dia akan meluangkan hari lebaran bersama keluarganya di Ampang. ",
"Bagi Khairul Anuar Abdullah, 49, pula persiapan rayanya pada tahun ini dilakukan dalam keadaan sederhana dengan anggaran belanja RM300 ke bawah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. ",
"“Kita perlu lebih berjimat-cermat sebelum, semasa dan selepas sambutan perayaan serta berhemah dalam perbelanjaan harian kita. Jadi dalam kita menyambut (Hari Raya) ini kita (perlu) lebih memikirkan apa barangan keperluan yang perlu kita sediakan,” katanya. ",
"Kelihatan menjinjit beg yang dipenuhi barangan basah, penjawat awam Norhayati Muhammad Sidik, 35, ketika ditemui Bernama berkongsi persiapan raya berjalan lancar dan tiada masalah mendapatkan bahan diperlukan dengan harga berpatutan. ",
"“Setakat ini semuanya baik, tetapi kita bersedia awal sebab tak nak macam tahun lepas mengejut, jadi hari ini kita dah standby mungkin esok raya, jadi kita standby beli barang,” katanya.",
"Selain itu, kemeriahan persiapan akhir turut dirasai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman apabila tinjauan mendapati berlaku kesesakan lalu lintas disebabkan oleh orang ramai yang memenuhi kawasan itu untuk membeli-belah. ",
"Seorang pekerja swasta Badrul Naim, 33, yang akan pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah pada malam ini ketika ditemui sedang membuat persiapan saat akhir dengan membeli kuih dan baju raya untuk ibunya. ",
"“Saya sedang mencari baju raya untuk mak saya dan sedikit kuih raya untuk tetamu di kampung dan telah berbelanja sebanyak RM300 untuk sepasang baju kurung, tudung mak saya, baju melayu dan juga sedikit kuih,” katanya.",
"Bagi pekerja hotel Amrina Asyikin, 22, pula dia amat gemar membeli-belah pada saat akhir di hujung Ramadan kerana menurutnya harga yang ditawarkan oleh penjual lebih murah, selain mengambil 'mood' untuk menyambut Aidilfitri. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/aidilfitri-jpj-fokus-sifar-kemalangan-pengangkutan-awam
|
[
"KUALA LUMPUR: Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak dibenarkan lagi memandu.",
"Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata pihaknya mengambil serius isu tersebut dan meletakkan sifar kemalangan pengangkutan awam sebagai fokus Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2023.",
"Katanya, setakat ini tiga kes melibatkan pemandu bas disyaki menggunakan bahan terlarang telah direkodkan, hasil pemeriksaan rambang dijalankan JPJ bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan sempena Hari Raya Aidilfitri.",
"“Sekiranya berlaku kemalangan melibatkan bas-bas pengangkutan awam ini kesannya sangat tinggi. Satu bas membawa lebih kurang 40 nyawa (40 penumpang), ia menyebabkan satu kehilangan yang amat besar,” katanya semasa menjadi tetamu sebuah program televisyen hari ini.",
"Dalam usaha mengurangkan kes kemalangan sempena sambutan Aidilfitri kali ini, Lokman berkata pihaknya juga akan menempatkan pegawai dan anggota di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/penumpang-bas-boleh-lapor-kesalahan-pemandu-bas-melalui-aplikasi-myjpj
|
[
"KUCHING: Penumpang bas kini boleh menjadi mata dan telinga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan melaporkan sebarang kesalahan pemandu bas melalui aplikasi MyJPJ. ",
"Antara kesalahan besar yang boleh membahayakan penumpang ialah memandu melebihi had laju 90km/j, merokok atau pemandu yang menggunakan telefon pintar semasa memandu. ",
"\"Kami mahu pemandu ini sedar bahawa mereka sedang diperhatikan,\" kata Norizan kepada media di terminal bas Kuching Sentral semasa operasi pemeriksaan mengejut sempena Ops Hari Raya Aidilfitri, hari ini.",
"\"Malah bas dari Kalimantan juga diperiksa mengikut undang-undang Malaysia. Ia juga didapati mengikut spesifikasi,\" katanya sambil menambah pemeriksaan merangkumi tayar bas, brek, enjin, lampu depan, isyarat belok, pemantul, sistem GPS dan sebarang saman tertunggak.",
"Tambahnya, ujian dadah turut dijalankan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ke atas semua pemandu bas di tiga terminal bas utama di Kuching, Sibu dan Miri."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/malaysia-kecewa-pelaksanaan-eudr-diluluskan
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengambil perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kebimbangan Malaysia dan seluruh sektor minyak sawit dengan berkesan dan cepat selepas negara anggota EU mengundi untuk meluluskan perjanjian perundingan mengenai Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).",
"“Peraturan itu adalah usaha disengajakan untuk meningkatkan kos dan mewujudkan halangan untuk sektor minyak sawit Malaysia termasuk lebih 450,000 pekebun kecil.",
"“Ia akhirnya akan meningkatkan kemiskinan, mengurangkan pendapatan isi rumah dan memudaratkan masyarakat luar bandar di Malaysia, hasil undian itu sangat berbeza dengan komitmen EU yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.",
"Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ia adalah mengecewakan untuk menyaksikan EU menarik diri daripada pasaran global dan mewujudkan dasar perlindungan (prot",
"“Langkah ini amat tersasar terutamanya apabila anggota ASEAN dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) semakin mendapat pengaruh dan menarik rakan kongsi baharu dari seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Fadillah berkata EUDR tidak adil dan berfungsi hanya untuk melindungi pasaran minyak sayuran domestik tidak cekap dan tidak dapat bersaing dengan eksport minyak sawit Malaysia yang cekap dan produktif.",
"“EU kini mesti komited untuk melibatkan diri dengan kedua-dua kerajaan dan industri daripada negara pengeluar termasuk sebagai sebahagian daripada platform penebangan hutan yang sedang berlangsung sekarang,” katanya.",
"Fadillah berkata Malaysia mengulangi semula kedudukan terasnya bahawa pengecualian pekebun kecil diperlukan dalam EUDR untuk menghalang pengimport Eropah daripada meminggirkan pekebun kecil daripada rantaian bekalan.",
"\"Mengklasifikasikan Malaysia sebagai berisiko tinggi adalah tidak wajar. Malaysia komited terhadap pemuliharaan hutan dan pertanian mampan yang telah diiktiraf oleh institusi global terkemuka seperti Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB dan Bank Dunia,\" katanya.",
"Beliau berkata EU harus mengiktiraf faedah daripada piawaian Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), ia adalah pensijilan kemampanan mandatori dan mengiktirafnya sebagai laluan kepada pematuhan EUDR. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/aidilfitri-polis-tumpu-76-lokasi-hotspot-kemalangan-seluruh-negara
|
[
"GUA MUSANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan kepada 76 lokasi hotspot yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh negara sempena sambutan perayaan Aidilfitri.",
"Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan adalah sikap pengguna jalan raya seperti keletihan, ketegangan emosi serta memandu sambil bermain alat komunikasi.",
"\"Kita juga akan memantau melalui udara bagi melihat kesesakan lalu lintas untuk membantu anggota yang bertugas di lapangan mengambil tindakan selanjutnya,\" katanya kepada pemberita selepas menyantuni pengguna jalan raya di laluan alternatif Gua Musang, di sini hari ini."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/musim-perayaan-kpdn-tambah-kuota-ron95-diesel-bersubsidi
|
[
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata penambahan itu diberikan kepada 4,030 stesen minyak di seluruh negara dan langkah itu adalah sebagai persediaan mengelakkan kekurangan bahan mentah sebagaimana yang pernah berlaku tahun lepas.",
"\"Sempena cuti Aidilfitri, Wesak dan Hari Pekerja, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ambil tindakan proaktif dah meluluskan kuota tambahan RON95 dan diesel kepada syarikat minyak, jadi kita sudah tengok keperluan musim perayaan ini,\" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jualan Rahmah Daging Import di Pasar Raya Econsave Pontian di sini hari ini.",
"Pada Mei tahun lepas, dilaporkan beberapa stesen minyak mengalami masalah kehabisan bekalan petrol akibat berlakunya penjualan luar jangkaan sehingga 50 peratus susulan sambutan Aidilfitri.",
"Sementara itu, beliau berkata KPDN menerima banyak aduan mengenai peniaga tidak mempamerkan tanda harga ke atas barangan sejak 1 Ramadan lepas, termasuk yang disenaraikan dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri.",
"Bagaimanapun, Salahuddin berkata pihaknya mengambil pendekatan mesra dengan hanya memberikan nasihat kepada peniaga terlibat dan tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan secara berulang.",
"\"Setakat ini tiada pelanggaran tentang skim harga maksimum cuma KPDN menerima banyak aduan hingga ratusan aduan peniaga tidak letak tanda harga dan apabila saya sendiri buat lawatan mengejut, memang ada peniaga berbuat begitu,\" katanya.",
"Beliau turut memaklumkan terdapat peniaga di beberapa lokasi menjual ayam segar melebihi harga kawalan iaitu RM9.40 sekilogram, kerana mereka mendakwa menerima bekalan daripada dua hingga tiga lapisan pemborong selain terpaksa meletak caj memotong sebanyak RM1.",
"\"Kita telah merujuk perundangan, apabila mereka (peniaga) mempamerkan harga ayam RM9.40 dan memberitahu mempunyai caj RM1 untuk upah potong, selagi mana pelanggan bersetuju (untuk membayar jumlah itu) ia tidak menjadi kesalahan,\" katanya.",
"Berkenaan Jualan Rahmah Daging Import, beliau berkata sebanyak 90 cawangan Econsave di seluruh negara menawarkan 500 tan daging kerbau import pada harga RM14.90 sekilogram berbanding harga siling RM20 sekilogram yang ditetapkan kerajaan.",
"Sementara itu Salahuddin dalam kenyataan memaklumkan kementerian itu telah meluluskan kuota tambahan 1.2 juta liter iaitu empat peratus untuk petrol RON95 dan 1.1 juta liter atau lapan peratus diesel bersubsidi bagi menampung permintaan sempena perayaan itu.",
"“KPDN mengambil maklum akan kemungkinan besar berlaku peningkatan penggunaan bahan api berdasarkan jumlah kenderaan yang luar biasa di jalan raya bagi perjalanan pulang ke kampung, kunjung-mengunjung dan destinasi-destinasi lain,” katanya.",
"Beliau berkata KPDN sentiasa memantau barang kawalan termasuk pembekalan petrol RON95 dan diesel bersubsidi di seluruh negara terutama di kawasan sempadan negara serta kawasan luar bandar tertentu, bagi mengurangkan risiko ketirisan subsidi yang diakibatkan oleh kenderaan asing dan sektor yang tidak layak.",
"\"Semua stesen minyak diharap meningkatkan kawalan supaya jualan petrol RON95 dan diesel bersubsidi hanyalah untuk kenderaan yang memiliki nombor pendaftaran tempatan,\" katanya dan menambah KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana stesen minyak yang culas serta tidak mematuhi peraturan berkenaan.",
"Salahuddin turut mengingatkan pengusaha stesen minyak untuk mematuhi waktu operasi stesen minyak dan tidak menutup stesen seliaan mereka tanpa kebenaran KPDN. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/pm-terima-kunjungan-michelle-yeoh-di-putrajaya
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pemenang anugerah Oscar kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya di Putrajaya hari ini. ",
"Anwar berkata dalam pertemuan itu Yeoh atau Michelle Yeoh Choo Kheng, 61, berkongsi dan mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya, terutama dalam mencapai tingkat kejayaannya hari ini. ",
"“Beliau (Yeoh) turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya,” katanya dalam Facebooknya, hari ini. ",
"Perdana Menteri turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan dengan Yeoh dilihat turut membawa trofi kemenangan kejayaan merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) baru-baru ini.",
"Anwar menyifatkan pencapaian Yeoh yang menjadi rakyat Malaysia dan warga Asia pertama memenangi Anugerah Oscar, berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa dan mengucapkan semoga anak seni kelahiran Ipoh itu terus maju jaya dan beroleh kejayaan.",
"Yeoh disanjung dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi peranan utama bagi filem 'Everything Everywhere All at Once' pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood itu di Teater Dolby di Los Angeles, 12 Mac lepas.",
"Selain anugerah Oscar, Yeoh turut memenangi anugerah kategori sama di beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Anugerah Screen Actors Guild (SAG). - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/bekalan-telur-ayam-bagi-sambutan-aidilfitri-mencukupi-dvs
|
[
"DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya sentiasa meneliti status bekalan telur ayam secara berterusan dari semasa ke semasa, bagi memastikan bekalan telur ayam yang diambil oleh rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata sebanyak 942 juta biji setiap bulan tidak terputus.",
"\"Selain itu, turut dilaksanakan program intervensi dalam pengedaran telur ayam dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan bekalan sumber protein itu boleh diperolehi di seluruh negara sepanjang Aidilfitri ini,\" katanya.",
"Menurut kenyataan itu, DVS sentiasa komited dalam memastikan bekalan telur ayam negara terus stabil dan sentiasa prihatin terhadap keperluan serta kebajikan rakyat Malaysia. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/wanita-disyaki-dirogol-ditemukan-trauma-di-tepi-jalan
|
[
"IPOH: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan trauma dan cedera di sekitar Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park dekat sini semalam.",
"Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam yang kemudian membuat laporan polis.",
"\"Hasil siasatan awal, mangsa seorang wanita warga tempatan telah dirogol di rumahnya oleh seorang lelaki suspek warga tempatan yang tidak dikenali, mangsa berjaya melarikan diri dari tempat kejadian setelah dirogol dan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi,\" katanya dalam kenyataan di sini. ",
"Yahaya berkata polis memberkas lelaki tempatan berumur 43 tahun itu di rumah mangsa dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing. ",
"Hasil semakan polis, beliau berkata suspek memiliki beberapa rekod jenayah narkotik lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine. ",
"\"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan pihak polis mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari bermula 9 hingga 25 April untuk siasatan lanjut,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/20/gempa-bumi-lemah-di-beluran-tiada-ancaman-tsunami-metmalaysia
|
[
"KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.",
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/jumlah-kemasukan-pesakit-covid-19-ke-hospital-meningkat-262-peratus-kkm
|
[
"KUALA LUMPUR: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 26.2 peratus pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME 15/2023) iaitu dari 9 hingga 15 April 2023 berbanding minggu sebelumnya.",
"KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas serta individu dengan komorbid namun peningkatan itu tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa.",
"“Dari 1 Jan 2023 hingga 15 April 2023, kadar kes kematian (CFR) COVID-19 dilaporkan adalah 0.3 peratus (berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus).",
"“Sebanyak 80.7 peratus melibatkan pesakit berumur 60 tahun dan ke atas manakala 82.6 peratus adalah dalam kalangan individu dengan komorbid,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan kematian pesakit yang tidak pernah divaksinasi adalah enam kali lebih tinggi berbanding pesakit dengan satu dos penggalak.",
"Berdasarkan data tahun ini setakat 17 April, hanya 50 peratus atau 16,327,196 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (819,150 individu) menerima dos penggalak kedua.",
"“Justeru, orang ramai terutamanya individu berisiko tinggi disarankan untuk mendapatkan dos penggalak disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada dos terakhir,” katanya. ",
"KKM turut mengingatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan langkah berjaga-jaga bagi membendung peningkatan jangkitan semasa musim perayaan walaupun negara berada dalam Fasa Peralihan COVID-19.",
"Masyarakat juga dinasihat untuk sentiasa mengamalkan TRIIS (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan Rawatan) bagi individu yang bergejala dan sekiranya ujian COVID-19 didapati positif, individu tersebut perlu mengasingkan diri, kekal berada di rumah dan tidak menerima tetamu. ",
"“Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka di kawasan sesak, sempit dan ramai orang bagi melindungi golongan berisiko tinggi seperti warga emas, individu dengan komorbid atau imuniti rendah serta kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19,” katanya.",
"KKM turut mengingatkan orang ramai untuk mendapatkan rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan, berhenti untuk rehat seperti singgah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi mengurangkan stres, rasa penat serta mengantuk. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/sukarelawan-askar-wataniah-tentera-maritim-terima-bantuan-khas-aidilfitri
|
[
"SHAH ALAM: Kerajaan akan memperluas Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada tiga badan sukarelawan iaitu Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.",
"“Semua akan masuk bawah bantuan kategori sukarelawan Aidilfitri,” katanya selepas tinjauan ramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan PKNS di sini hari ini. ",
"Pada 29 Mac lepas, kerajaan mengumumkan lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300.",
"Beliau berkata umat Islam dan rakyat di negara ini tidak mungkin dapat mengangkat Malaysia menjadi negara MADANI sekiranya tidak sanggup membuat perubahan di semua peringkat, dari atas sampai ke bawah.",
"“Sebab itu kalau tindakan keras dan tegas saya mula dari atas kerana rosaknya sistem negara adalah dari pimpinan di atas,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Pelajar Tahfiz serta Anak Yatim di Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang hari ini. ",
"Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai slogan berkaitan Melayu, Islam, kesatuan dan keadilan digunakan oleh pemimpin terdahulu namun semua itu tidak memberi kesan serta makna jika tiada keikhlasan dan tekad untuk mengamalkannya. ",
"“Kita amanahkan pimpinan dan pimpinan silih berganti, berapa ramai Perdana Menteri berganti beberapa tahun ini... tetapi keadaan masih sama, rasuah masih berleluasa... Jadi saya nak ubah, saya nak umat Islam di Malaysia termasuk Selangor ubah persepsi ini... siapa jadi pemimpin, bagi kerjasama dan bertanggungjawab bersihkan negara daripada kekusutan lampau,” katanya.",
" Beliau turut mengingatkan umat Islam di Malaysia agar mengambil peluang tempoh saki-baki beberapa hari dalam Ramadan ini untuk terus menjadikan bulan suci ini sebagai madrasah untuk membersihkan kerohanian diri masing-masing serta menghayati pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/saya-mahu-rehat-dahulu-kata-dr-noor-hisham
|
[
"PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).",
"Dr Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ KKM ketika negara berdepan pandemik COVID-19, merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan wabak itu dalam negara.",
"“Rehat dulu,\" katanya ringkas ketika ditemui media selepas mengimbas kad perakam waktu pada pukul 4.17 petang sebagai simbolik hari terakhir bertugas di KKM hari ini.",
"Beliau diiringi Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni dan warga KKM yang turut hadir mengucapkan selamat bersara kepadanya.",
"“Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar, COVID-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik dan memang saya tertunggu-tunggu untuk bersara,” kata Dr Noor Hisham.",
"Dr Zaliha dalam satu hantaran di Facebook beliau merakamkan penghargaan kepada Dr Noor Hisham atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di KKM. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/daftar-pemilih-tambahan-mac-2023-dibuka-untuk-semakan
|
[
"KUALA LUMPUR: Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2023 (DPT BLN3/2023) yang diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai hari ini hingga 18 Mei depan.",
"Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN3/2023 mengandungi 39,604 nama warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas yang didaftarkan bagi tempoh 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.",
"SPR menyediakan lima kaedah semakan iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my dan portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.",
"Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau menghubungi hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-88927218.",
"SPR menyeru warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac, dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status supaya menyemak nama mereka dalam DPT BLN3/2023.",
"\"Sekiranya mereka mendapati nama tidak disenaraikan dalam DPT BLN3/2023, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,\" katanya.",
"Ikmalrudin berkata pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih, boleh membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya dengan mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.",
"Menurutnya borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN3/2023. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/k-media-lancar-mesin-layan-diri-iot-memperkasa-industri-pengiklanan
|
[
"KUALA LUMPUR: K Media Marketing Sdn Bhd (K Media) baru sahaja melancarkan mesin layan diri IoT yang menandakan pencapaian penting bagi kumpulan medianya. Hasil kerjasama bersama perusahaan perniagaan sosial Allegra Technologies Sdn Bhd, mesin layan diri IoT bersedia untuk menawarkan pengiklan peluang menarik untuk pengiklanan inovatif selain memenuhi keperluan pengguna.",
"“Dengan mesin layan diri IoT, pengiklanan wrap-around adalah lebih berkesan kerana ia bukan sekadar mesin layan diri yang ringkas. Ia adalah mesin pintar yang menggunakan teknologi canggih seperti IoT untuk meningkatkan pengalaman layan diri untuk pengguna. Mesin ini mampu mengumpul dan menganalisis data dalam masa nyata, membolehkannya menawarkan cadangan produk yang diperibadikan berdasarkan keutamaan pengguna,” kata Pattrik Ting Ching Dong, Pengurus Besar (Jualan) K Media.",
"Dengan reka bentuk yang besar pada bahagian luar, mesin layan diri IoT bukan sahaja cantik dari segi visual, tetapi juga berfungsi sebagai alat pemasaran yang berkuasa menarik perhatian orang dan pelanggan berpotensi.",
"Ringkasnya, ini adalah mesin unik di mana pengguna boleh membeli produk pelbagai manakala pengiklan boleh mempamerkan barangan mereka melalui skrin luaran yang besar. Sebagai contoh, pembelian telefon bimbit baharu melalui mesin ini hanya memerlukan pengguna melakukan beberapa langkah mudah dan produk tersebut akan dihantar ke lokasi mesin tertentu.",
"Pembayaran adalah pantas dan mudah kerana mesin ini menggunakan pembayaran e-dompet seperti GrabPay, Allipay dan e-dompet TnGo, seterusnya menyumbang kepada ekonomi digital.",
"Ia mempunyai antara muka skrin sentuh yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mesin. Platform Allegra IoT mampu memperoleh data daripada pelawat untuk menganalisis aliran orang, serta umur dan jantina melalui sistem analisis AI.",
"Di samping itu, terdapat skrin video 55 inci pada bahagian hadapan mesin, membolehkan paparan iklan yang dinamik dan menarik perhatian, seterusnya menjamin pengalaman yang lebih bermakna dan menghiburkan sementara menunggu produk dikeluarkan.",
"Kerjasama ini telah menjadikan 25 lokasi di Lembah Klang tersedia dengan mesin layan diri IoT dan pengembangan masa depan akan mengikut permintaan pasaran.",
"Pada majlis pelancaran yang diadakan di pejabat K Media di Wisma Dang Wangi pada hari Selasa, syarikat itu juga mengumumkan peluang untuk membeli bersama pengiklanan wrap-around di Mesin Layan Diri IoT (IoT Vending Machine) bersama-sama dengan platform dalam talian, media sosial, radio dan cetak mereka. Langkah ini dipercayai akan membantu pengiklan mencapai jutaan pembaca yang disasarkan di seluruh negara.",
"“Kami percaya mesin layan diri IoT akan menjadi perkara penting dalam kehidupan seharian kami, dan pengiklanan menyeluruh ialah cara yang kreatif dan berkesan untuk digunakan bagi menjangkau pengguna, dan kami juga berharap melalui inisiatif ini, kami akan menetapkan standard untuk inovasi dan kreativiti dalam pengiklanan,” ulas Pattrik.",
"Dalam hal lain, K Media juga akan memperkenalkan K+, perkhidmatan masa nyata peribadi dan terjamin baharu yang direka untuk meningkatkan pengalaman pembaca, pelanggan, penaja dan pengiklan K-Media.",
"Ditubuhkan pada 2020, K Media Marketing ialah entiti media berita Kumpulan See Hua (dengan penerbitan iaitu See Hua Daily News, The Borneo Post, dan Utusan Borneo) dan Oriental Daily Sdn Bhd (dengan penerbitan iaitu Oriental Daily News dan The Busy Weekly) ."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/kkm-rakam-penghargaan-35-tahun-khidmat-sumbangan-dr-noor-hisham
|
[
"KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).",
"Dr Zaliha berkata dalam tempoh itu, Dr Noor Hisham mencatatkan banyak penglibatan dan pencapaian di dalam negara mahupun di peringkat global, yang dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia agar setanding negara luar.",
"“Meraikan majlis persaraan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Majlis ini merupakan tanda penghargaan dan penghormatan di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham sepanjang perkhidmatan beliau di KKM.",
"“Saya mewakili pihak KKM ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham di atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan di kementerian ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.",
"Dr Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ ketika negara berdepan pandemik COVID-19 akan bersara wajib pada Jumaat ini selepas lebih tiga dekad berkhidmat, dan beliau merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan COVID-19 di negara ini. "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/ada-kebarangkalian-gempa-bumi-berlaku-di-malaysia-nrecc
|
[
"PUTRAJAYA: Malaysia mempunyai kebarangkalian untuk berlaku gempa bumi berdasarkan kepada bukti empirikal, demikian menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).",
"Sebagai langkah mitigasi jangka panjang, NRECC memaklumkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menjalankan program libat urus dengan pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan dalam aplikasi penggunaan peta bahaya seismik.",
"“Program kesedaran awam juga dilaksanakan kepada pihak berkuasa negeri, penduduk tempatan dan sekolah yang terdedah kepada ancaman risiko gempa bumi,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berhubung risiko gempa bumi di Malaysia.",
"Gegaran gempa bumi kuat yang berpusat di Malaysia pernah berlaku dengan kekuatan 6.0 hingga 6.3 skala Richter di Sabah pada 1923, 1958, 1976 dan 2015, manakala gegaran terkuat di Sarawak berlaku pada 1996 dengan 5.3 skala Richter.",
"Di Semenanjung Malaysia turut pernah berlaku beberapa gegaran gempa bumi dengan pusat gempa tempatan di Bukit Tinggi di Pahang, Empangan Kenyir di Terengganu, Kuala Pilah di Negeri Sembilan serta Manjung dan Temenggor di Perak dengan julat kekuatan antara 1.6 hingga 4.6 skala Richter yang berlaku pada 1984, 1985, 1987, 2007, 2009, 2010 dan 2013.",
"Bagi memantau pergerakan sesar aktif yang berpotensi menyebabkan gempa bumi, NRECC memaklumkan JMG telah memasang enam stesen Penanda Aras Gempa Bumi (PAG) aktif di Sabah dan 54 PAG pasif di enam negeri meliputi 29 stesen PAG pasif di Sabah, Pahang (13), Selangor (6), dan masing-masing dua stesen di Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak serta dipantau secara masa nyata.",
"JMG juga telah menerbitkan Peta Bahaya Seismik Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada 2019 yang mencirikan zon bahaya bencana seismik berdasarkan ‘Peak Ground Acceleration’ (PGA) yang digunakan sebagai rujukan untuk membuat reka bentuk bangunan yang tahan gegaran gempa bumi.",
"Menurut NRECC, kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Sumatera, Indonesia berpotensi mengaktifkan sesar-sesar kuno di Semenanjung Malaysia dan kesan gegaran boleh dirasai di beberapa lokasi di pantai barat Semenanjung, dengan magnitud gempa bumi yang boleh terhasil adalah bergantung kepada saiz sesar kuno yang diaktifkan.",
"“Bagi Sabah dan Sarawak, kejadian gegaran gempa bumi adalah disebabkan oleh kombinasi pengaktifan sesar kuno akibat daripada himpitan oleh pergerakan tektonik Plat Filipina dan Plat Eurasia serta pergerakan sesar aktif tempatan,” menurut NRECC. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/polis-putus-sebahagian-jari-digigit-penagih-dadah
|
[
"KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis putus sebahagian jarinya apabila digigit lelaki yang berada di bawah pengaruh dadah di hadapan pos pengawal Balai Polis Sungai Besi di sini, Isnin lepas.",
"Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian pada 10.15 malam itu suspek berusia 34 tahun datang ke balai polis berkenaan dan menjerit mahu menyimbah asid.",
"“Suspek kemudian bertindak agresif menyimbah air ke badan dan muka seorang daripada anggota polis yang bertugas di pos berkenaan sebelum meluru masuk ke dalam balai,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurutnya, anggota polis berpangkat Koperal berusia 40 tahun itu bersama dua lagi anggota cuba menahan suspek yang kemudian bertindak menggigit jari manis di tangan kanan anggota polis tersebut sehingga putus di bahagian hujung.",
"Katanya, suspek yang direman sehingga Jumaat ini pernah mendapatkan rawatan psikatrik pada 2020 namun tidak memiliki sebarang kad rawatan mental. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/enam-banduan-dibebaskan-dari-penjara-labuan-dapat-beraya-dengan-keluarga
|
[
"LABUAN: Enam banduan beragama Islam hari ini dibebaskan dari Penjara Labuan di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti).",
"Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan Supt. Richard Robin berkata seorang daripada enam banduan yang dibebaskan itu berasal dari Sipitang, Sabah, manakala lima yang lain adalah warga Labuan.",
"Beliau berkata mereka adalah antara lebih 1,000 banduan di seluruh negara yang terpilih bagi pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) bermula hari ini.",
"“Kesemua mereka dijadual dibebaskan bulan depan dan dua bulan lagi, dan mereka telah menunjukkan kelakuan baik serta patuh sepenuhnya dengan program pemulihan sepanjang dalam tahanan,” katanya kepada pemberita selepas pembebasan banduan terbabit di Penjara Labuan di Jalan Bukit Timbalai di sini hari ini.",
"“Kami berharap ahli keluarga menerima kepulangan banduan tersebut dengan hati terbuka bagi membolehkan mereka menebus kesilapan dan kembali hidup seperti biasa,” katanya.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata sempena Aidilfitri, Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan OBB di bawah Program PBSL Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti).",
"Anwar berkata pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi penjara Malaysia melibatkan lebih 1,000 banduan sepanjang Ramadan dan Syawal. - Bernama"
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/keputusan-rayuan-ke-sekolah-khusus-esok
|
[
"PUTRAJAYA: Keputusan penawaran serta penempatan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 kategori Rayuan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2023/2024 dikeluarkan esok (20 April), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).",
"KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi kategori rayuan itu, seramai 1,783 murid Tingkatan 1 dan 404 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SBP manakala 1,886 murid Tingkatan 1 dan 971 murid Tingkatan 4 ditawarkan ke SMKA."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/kadar-khas-bayaran-saman-semua-saman-layak-diskaun-kecuali-dalam-perbicaraan-mahkamah
|
[
"KUALA LUMPUR: Semua saman trafik untuk kesalahan pada 2022 dan sebelumnya layak menikmati Kadar Khas Bayaran Saman RM50 kecuali saman yang masih belum selesai perbicaraan mahkamah kerana ia merupakan luar bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).",
"Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata tawaran yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berbeza daripada tawaran diskaun saman PDRM sehingga 60 peratus sempena Peringatan Hari Polis ke-216 baru-baru ini.",
"Beliau berkata diskaun sempena Hari Polis sebelum ini mempunyai beberapa jenis saman yang tidak layak untuk diberikan diskaun pengurangan antaranya kes kemalangan, kesalahan tidak boleh kompaun, tidak patuhi isyarat lampu merah dan saman berstatus waran.",
"“Tetapi bagi Kadar Khas Bayaran Saman yang diumumkan Perdana Menteri semalam ia berbeza dan lebih berbaloi daripada diskaun 60 peratus itu kerana orang awam hanya perlu bayar RM50 untuk satu saman.",
"“Orang awam boleh membayar saman terbabit secara dalam talian melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara bermula dari 21 April hingga 21 Mei 2023,” katanya kepada Bernama hari ini.",
"Mat Kasim berkata PDRM juga tidak menetapkan had jumlah saman trafik yang boleh dibayar oleh orang awam dalam tempoh itu serta mengalu-alukan mereka untuk menjelaskan kesemua saman yang ada.",
"Semalam, Anwar mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman sebanyak RM50 bagi semua saman trafik tahun 2022 dan sebelumnya, bermula 21 April hingga 21 Mei. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/19/kpt-hargai-peranan-media-khalid
|
[
"DAMANSARA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yakin jalinan kolaboratif di antara agensi kerajaan dan pengamal media penting agar dasar yang digubal dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat, sahih dan difahami.",
"Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meraikan 170 pengamal mediacetak, elektronik dan dalam talian bagi menzahirkan penghargaan atas segala sumbangan dan kerjasama mereka melalui Majlis Tautan Kasih Bersama Media yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini di Damansara pada malam Selasa.",
"Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hadir memeriahkan majlis dan meluangkan masa beramah mesra bersama para pengamal media yang hadir. ",
"Pada majlis itu juga, KPT melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang bernilai RM1,000 kepada 10 orang anak-anak pengamal media yang cemerlang dalam pendidikan dan kurang berkemampuan.",
"Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.",
"Sumbangan Simpan SSPN Prime ini diharapkan dapat meningkatkan motivasi pembelajaran, membantu golongan yang memerlukan dalam aspek pendidikan dan menggalakkan penabungan melalui Simpan SSPN sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN sebagai agensi di bawah KPT. ",
"Sempena perayaan Aidilfitri ini, PTPTN turut mengadakan Cabutan WOW! Syoknya Raya yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah hampir RM50,000.00 kepada 23 pemenang bermula 1 Mac sehingga 31 Mei ini. Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar 1 peratus juga sedang berlangsung sehingga 31 Julai 2023 sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan. ",
"Pada majlis sama, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengadakan perkongsian ilmu mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pendidikan fleksibel dan kursus jangka pendek melalui program APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan ‘micro-credentials’ yang ditawarkan oleh IPT bagi membolehkan pihak pengamal media meningkatkan ilmu bagi memenuhi keperluan industri. ",
"Semua jenis APEL ini membolehkan pengalaman lampau individu yang diperoleh melalui pendidikan formal atau tidak formal dinilai seterusnya diiktiraf bagi tujuan akses kemasukan, pemindahan kredit dan pengiktirafan.",
"Turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, pegawai-pegawai kanan bahagian dan ketua-ketua jabatan dan agensi di bawah KPT serta naib-naib canselor dari universiti-universiti sekitar Lembah Klang."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/agong-berkenan-menerima-menghadap-berbuka-puasa-bersama-pm
|
[
"KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Abdulaziz di sini hari ini. ",
"Mesyuarat itu merupakan aktiviti mingguan Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat dengan Perdana Menteri dalam urusan serta isu berkaitan kerajaan. ",
"Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa di Dewan Santapan Besar istana tersebut. ",
"Turut berangkat ke majlis berbuka puasa itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda Seri Paduka termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. ",
"Selain itu, majlis turut disertai Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan pentadbiran kerajaan negeri serta pegawai kanan kerajaan. ",
"Sebelum itu, Perdana Menteri turut bertemu dengan lebih 3,000 penjawat awam negeri ini di Kompleks Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, bagi menyampaikan amanat beliau. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/istana-negara-nafi-keluar-kenyataan-berhubung-isu-integriti-perkhidmatan-awam
|
[
"KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial hari ini.",
"“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.",
"“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut catatan itu. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/selenggara-lebuh-raya-dihenti-sementara-pastikan-kelancaran-perjalanan-pengguna
|
[
"KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan kerja-kerja penyelenggaraan di semua lebuh raya dihentikan sementara bermula hari ini hingga 7 Mei. ",
"Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan tidak mengganggu perjalanan orang ramai sepanjang perayaan Aidilfitri sekali gus memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna lebuh raya. ",
"“Kerja penyelenggaraan itu perlu bagi memastikan lebuh raya kita berada pada tahap terbaik, tetapi kerja-kerja itu kita boleh tangguh dahulu supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya semasa perayaan ini. Itu yang penting,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan persiapan lebuh raya dan tol di Plaza Tol Gombak di sini hari ini. ",
"Beliau berkata pemberhentian kerja penyelenggaraan itu dipersetujui semua syarikat konsensi lebuh raya dan arahan tersebut dikeluarkan berikutan tular video di media sosial berhubung kesesakan teruk di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak disebabkan penutupan lorong kecemasan dan kiri untuk kerja-kerja penyelenggaraan.",
"Ditanya berhubung kesiapsiagaan lebuh raya menerima aliran trafik yang tinggi, Nanta berkata beliau diberi jaminan syarikat konsensi lebuh raya telah menyediakan khidmat pengguna terbaik melibatkan kesediaan ‘Emergency Response Team’ dan maklum balas kepada konsensi lebuh raya daripada pengguna.",
"Sementara itu, dalam satu kenyataan beliau berkata pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan bermula 12.01 tengah malam esok (19 April) hingga 11.59 malam pada 21 April (Jumaat) dan pada 24 April (Isnin) bermula 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.",
"“Pemberian tol percuma selama empat hari bagi semua kelas kenderaan di semua 33 lebuh raya ini merupakan kali pertama diberikan oleh kerajaan kepada pengguna lebuh raya. Sebelum ini tempoh terpanjang bagi tol percuma adalah selama dua hari bersempena cuti Tahun Baharu Cina 2023 di semua lebuh raya.",
"“Walaupun tiada bayaran tol dikenakan, pengguna kad Touch ‘N Go masih perlu menyentuh kad di peranti yang terdapat di lorong tol,” katanya. ",
"Beliau berkata kementerian menjangkakan sebahagian besar daripada pengguna lebuh raya akan merebut peluang untuk menikmati tol percuma dengan menyusun semula jadual perjalanan pulang ke kampung.",
"Antara lebuh raya terlibat dengan pemberian 33 Tol Rahmah percuma ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 dan 2.",
"Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan tol percuma selama empat hari di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri melibatkan semua kelas kenderaan. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/ops-bersepadu-aidilfitri-jpj-kuat-kuasa-tujuh-kesalahan-tidak-dibenar-dikompaun
|
[
"Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata kesalahan tersebut membabitkan memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.",
"\"Turut dikuatkuasakan ialah Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan di jalan raya iaitu pada dua hari sebelum perayaan iaitu 20 dan 21 April serta dua hari selepas perayaan iaitu pada 24 dan 25 April, bertujuan mengelakkan risiko berlakunya nahas di jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,\" katanya. ",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri di gerai juadah Ramadan Taman Prima Saujana, di sini, hari ini.",
"Sementara itu, Hasbi berkata seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terlibat dalam Ops Bersepadu yang bermula hari ini sehingga 27 April ini bersempena sambutan Aidilfitri dengan pendekatan operasi memfokuskan kepada 76 lokasi black spot di jalan persekutuan yang menjadi antara kawasan yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi. ",
"Beliau berkata selain itu, pendekatan menerusi strategi covert dan overt termasuk penggunaan dron di lokasi tertentu bagi memantau dan merakam etika pemanduan yang tidak selamat oleh pemandu serta pelanggaran peraturan kesalahan jalan raya, turut akan dilaksanakan JPJ.",
"Katanya, antara penguatkuasaan lain yang dilaksanakan adalah dengan melakukan penyamaran sebagai penumpang bas ekspres, pemantauan dan penguatkuasaan di jajaran black spot kemalangan, pelaksanaan persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) dan Ops Khas Motosikal.",
"\"JPJ juga mengadakan Pra Ops Hari Raya bermula 14 April hingga semalam yang melibatkan pemeriksaan bas di 76 buah depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara bagi memastikan bas sentiasa berada dalam keadaan road worthiness serta melakukan pemeriksaan mengejut di Stesen Penguatkuasa, Hentian Rehat dan Rawat serta Hentian Sebelah di lebuhraya seluruh negara,\" katanya.",
"Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang turut hadir pada program berkenaan, berkata keanggotaan dalam Ops Bersepadu akan ditambah mengikut keperluan dan boleh mencecah sehingga 2,300 hingga 2,500 anggota. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/jualan-khas-syawal-madani-catat-jualan-rm45-juta
|
[
"ALOR GAJAH: Jualan Khas Syawal Madani yang bermula Sabtu lepas berjaya mencatatkan RM4.5 juta nilai jualan, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.",
"Beliau berkata nilai tersebut adalah hasil penglibatan 1,462 usahawan di 38 lokasi bagi outlet pemasaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara.",
"“Melihat kepada perkembangan positif yang dicatat hanya dalam tempoh tiga hari ini, kita akan teruskan program sebegini pada perayaan utama lain seperti Aidiladha, Deepavali dan Krismas. ",
"“Pada masa sama, sasaran untuk mencapai RM13 juta nilai jualan juga mampu direalisasikan dalam tempoh dua hari lagi (menjelang Syawal),” katanya kepada media pada Program Jelajah Ramadan Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan bersama usahawan Melaka di Padang Sebang di sini hari ini. ",
"Mohamad menjelaskan pihaknya juga merancang untuk meneruskan dengan program jualan terus dari ladang dan Jualan Agro Madani dengan menyasarkan 2,000 outlet selepas Syawal ini. ",
"Terdahulu pada majlis berkenaan, seramai 160 penerima terdiri daripada golongan asnaf dan kakitangan FAMA menerima sumbangan berupa kit makanan, di samping 40 orang anak yatim dan 20 ibu tunggal yang turut menerima sumbangan duit raya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/keunikan-malaysia-yang-membentuk-diri-saya-menjadi-sepertimana-hari-ini-michelle-yeoh
|
[
"KUALA LUMPUR: Walaupun tidak menetap di Malaysia, pelakon antarabangsa Tan Sri Michelle Yeoh, 61, melahirkan rasa bangga dengan negara kelahirannya, yang menurutnya memainkan peranan penting dalam membentuk dirinya sepertimana hari ini.",
"“Kita telah belajar untuk hidup dan menghayati budaya masing-masing. Itu menjadikan saya sebagai seseorang yang global antarabangsa.. jadi walau ke mana saya pergi, saya tidak nampak sebarang perbezaan dalam diri seseorang.",
"\"Sebaliknya saya melihat bagaimana saya boleh belajar daripada orang lain kerana apabila kita berada di sini, kita belajar bagaimana untuk belajar daripada rakan Melayu, India dan Cina,\" katanya pada sidang media pertamanya di Malaysia di sini hari ini, sejak kemenangan penuh bersejarah yang diraihnya apabila memenangi anugerah Oscar bulan lepas.",
"Pelakon yang menenangi Anugerah Akademi itu benar-benar gembira dapat kembali ke tanah air dan pada masa yang sama, menurutnya kepulangan itu membolehkan beliau merasai makanan kegemaran Malaysia yang memang amat dirindunya.",
"“Seronok dapat kembali ke Malaysia. Saya sudah menjamah nasi lemak, mee kari, nga choy kai dan (char) hor fun sejak pulang ke rumah. Sebab itu saya nampak sangat gemuk (berat badan bertambah),\" katanya secara berseloroh.",
"Yeoh yang memulakan kerjayanya di Hong Kong sebelum bergelar bintang Hollywood berkata beliau sedang meninjau cabaran baharu dalam kerjayanya termasuk sebagai penerbit, namun menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menjadi pengarah.",
"\"Pengarah tidak mempunyai kehidupan. Saya terlalu sayangkan hidup saya, saya suka jadi penerbit, pernah menjadi penerbit sebelum ini, dan sekarang saya boleh mula kembali melakukannya... kini saya boleh mempelbagaikan lagi penerbitan, kerana orang ramai sudah mula mendengar, dan menghargai apa yang anda boleh tampilkan.",
"\"Sebagai seorang pelakon, saya suka dengan apa yang boleh saya lakukan. Saya sangat bertuah kerana dapat mengatakan bahawa lakonan bukan pekerjaan semata-mata, ia adalah suatu cetusan rasa minat yang mendalam. Saya juga sentiasa sukakan cabaran,\" katanya.",
"Yeoh mencipta sejarah tersendiri bulan lepas apabila menjadi rakyat Malaysia dan warga Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-95.",
"Beliau disanjung dengan anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam melakonkan peranan utama, bagi filem 'Everything Everywhere All at Once' pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood itu di Teater Dolby di Los Angeles.",
"Selain anugerah Oscar, Yeoh turut memenangi anugerah kategori yang sama di beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Anugerah Screen Actors Guild (SAG). - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/menteri-kesihatan-berbuka-puasa-bersama-pengamal-media-melafazkan-penghargaan
|
[
"“Ini sebenarnya pertemuan pertama saya bersama ketua-ketua pengarang media yang mendukung peranan yang cukup besar dalam menterjemahkan aspirasi kerajaan, khususnya aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pelbagai medium dan platform komunikasi,” kata Dr Zaliha. ",
"Dalam ucapan pembukaannya, beliau menzahirkan harapan agar pihak media dapat bekerjasama dengan pihak KKM dalam memberi maklumat sebenar dari pihak KKM kepada rakyat di luar. ",
"“Saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang telah diberikan oleh ramai ketua editor, pengurus-pengurus rancangan TV, dan juga radio serta semua pengamal media yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan maklumat kesihatan sampai kepada masyarakat,” katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/cuckoo-lancar-kempen-ramadan-raya-cuckoo
|
[
"KUALA LUMPUR: Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) mengambil pendekatan yang tampil segar untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat menerusi kempen Ramadan-Raya CUCKOO.",
"Kempen ini yang berpusat pada filem perayaan jenama dengan penampilan kameo artis tersohor Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan artis antarabangsa Korea Selatan terkemuka Lee Minho, dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan CUCKOO sebagai salah satu jenama Pencipta Kediaman Sihat terunggul di Malaysia. ",
"Kempen Ramadan-Raya Lawan Lesu Dengan CUCKOO ini membawa Rakyat Malaysia dalam perjalanan untuk membongkar misteri penduduk kampung yang nampak lesu bagai zombi, mencari penawar, dan memberi inspirasi untuk menjadi #SAMASAMAHealthier bagi menyambut raya yang lebih sihat dan ceria menerusi filem dan aktiviti-aktiviti kempen.",
"“Kempen ini mengambil inspirasi besar daripada pengalaman kami semasa pandemik di mana perayaan bukan sekadar perayaan, tetapi ia juga merupakan peringatan untuk kita kekal sihat supaya dapat berkumpul dan meraikannya bersama orang tersayang. ",
"\"Dengan ini, kami fikir mengapa tidak mencuba sesuatu yang berbeza tapi tampil menarik untuk membawa mesej ini yang juga relevan. Ia bukan sahaja dapat menonjolkan lagi tema jenama #SAMASAMAHealthier kami malah juga dapat mengingatkan dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO International, Queenie Goh.",
"Selain daripada filem Raya CUCKOO, konsep filem ini juga telah diperluaskan merentasi pelbagai medium, termasuk iklan sosial, digital, TV, papan iklan, lawatan media, aktiviti-aktiviti, kit PR, penempatan radio, dan juga promosi istimewa untuk produk CUCKOO bagi pengalaman jenama yang lebih menyeluruh. ",
"“Elemen-elemen yang dilihat dalam filem perayaan ini berbeza daripada apa yang biasa kami lakukan sebagai jenama bagi menarik minat rakyat Malaysia serta mengukuhkan dan menonjolkan lagi mesej #SAMASAMAHealthier kami. Dalam filem ini, kita boleh melihat orang kampung yang kelihatan lesu bagai zombi sebagai manifestasi kehidupan yang tidak sihat dan bagaimana Ayu menyelamatkan kampungnya dengan melawan lesu dengan CUCKOO. ",
"\"Kisah mencengkam yang dilihat ini mencerminkan semangat berterusan kami untuk membantu rakyat Malaysia memiliki kehidupan yang lebih sihat di samping menerapkan unsur-unsur yang menyeronokkan, menarik dan tampil segar,” kata Queenie.",
"Sempena kempen Ramadan-Raya CUCKOO, CUCKOO juga akan menawarkan tiga tawaran menarik di bawah Promosi Untuk Lawan Lesu yang mampu dimiliki untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia melawan lesu dan memiliki kehidupan yang lebih sihat, termasuk penyewaan penapis Air CUCKOO daripada RM55 sebulan, Penapis Air dan Penapis Udara CUCKOO pada RM120 sebulan, dan tilam CUCKOO A-Series daripada RM99 sebulan dengan pemberian rangka katil percuma.",
"Sebuah trak bergerak juga telah diaktifkan di kawasan Lembah Klang dan Johor yang beraliran trafik tinggi, termasuk di atas jalan raya, pusat beli-belah dan bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan-Raya CUCKOO. ",
"Bagi sesiapa yang singgah di trak bergerak ini, mereka boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menebus hadiah percuma dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,000 termasuk sebuah Penapis Udara CUCKOO K Model. ",
"Bagi membantu rakyat Malaysia melawan lesu, CUCKOO juga telah menyediakan dua jenis kit kecemasan eksklusif - Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO dan Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO versi mini. ",
"Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO boleh dimenangi menerusi peraduan media sosial yang akan diadakan, manakala Kit Kecemasan Anti Lesu CUCKOO versi mini boleh ditebus menerusi cawangan Brandstore dan Brandkiosk tertentu di seluruh Malaysia."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/tiga-individu-ditahan-dipercayai-dera-rogol-budak-7-tahun
|
[
"IPOH: Polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita semalam kerana dipercayai terlibat dengan kes merogol dan mendera seorang kanak-kanak perempuan di Manjung.",
"Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Boo Kim berkata seorang lelaki membawa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu ke sebuah balai polis di Manjung pada 11.50 pagi semalam, selepas menjumpai kanak-kanak itu di tepi jalan dalam keadaan tidak terurus dan kusut.",
"“Pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan dipercayai mangsa telah dirogol dan didera serta terdapat kesan kecederaan lama dan baharu.",
"“Sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menahan kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun itu di pekarangan sebuah balai polis pada 9.30 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Choong berkata kesemua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman hingga 23 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/kuota-internet-tambahan-percuma-sempena-aidilfitri
|
[
"PUTRAJAYA: Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini.",
"Beliau dalam kenyataan berkata inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi. ",
"Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat adalah Maxis yang menyediakan bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas dibeli dan ia sah hingga 15 Mei ini.",
"CelcomDigi pula menyediakan pelan video HD 555GB RM5.00 untuk melayari video dan tempoh sah laku selama empat hari, iaitu juga hingga 15 Mei ini.",
"Unifi Mobile pula memberikan pulangan tunai RM5 dengan pelan Internet prabayar 4G/5G, manakala RM35 data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari yang sah hingga 5 Mei. ",
"Umobile menyediakan bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan dan ia sah hingga 31 Mei 2023 manaka YES memberikan bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari, dan ia juga sah hingga 15 Mei. ",
"“Kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.",
"Fahmi berkata usaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat adalah selari dengan konsep Rahmah dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/skim-simen-rahmah-tawar-satu-juta-simen-pukal-pada-harga-rm290-setiap-tan-metrik
|
[
"PUTRAJAYA: Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) menawarkan satu juta tan metrik simen pukal (bulk cement) pada harga RM290 setiap tan metrik di bawah Inisiatif Skim Simen Rahmah untuk pemaju perumahan swasta mampu milik, berbanding harga pasaran RM410.",
"Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam kenyataan hari ini berkata penurunan sebanyak RM120 setiap tan metrik itu bersamaan insentif 29.3 peratus daripada pembekal simen.",
"Beliau berkata nilai satu juta tan metrik simen itu akan ditukarkan kepada 20 juta kampit simen standard dengan berat 50 kilogram.",
"\"Pada masa ini, nilai harga kampit simen di pasaran adalah RM22.50 sekampit dan akan diturunkan kepada RM17.50 sekampit iaitu penurunan sebanyak 22.2 peratus sekampit atau bersamaan RM5 sekampit,\" katanya.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sempena Perayaan Aidilfitri 2023 hari ini berkata harga simen pada kadar berpatutan akan ditawarkan kepada pemaju rumah mampu milik yang membangunkan kategori rumah berharga RM300,000 ke bawah.",
"Nga berkata 20 juta kampit simen itu akan dibekalkan kepada pemaju perumahan swasta mampu milik secara berperingkat pada harga yang telah diberikan insentif oleh pengeluar dan pembekal simen selama maksimum empat tahun mengikut tempoh pembinaan pemajuan berkenaan iaitu sehingga 30 Jun 2028.",
"\"Contohnya untuk harga rumah asal bernilai RM300,000 dan pengurangan sebanyak RM5,000 atau 2.38 peratus menjadikan harga jualan baharu sebanyak RM295,000. Inisiatif ini sekali gus akan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat dalam komitmen pembiayaan perumahan,\" katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/osc-30-plus-ditambah-baik-kelulusan-dikurangkan-kepada-21-hari-anwar
|
[
"KUALA LUMPUR: Prosedur Pusat Setempat (OSC) 3.0 Plus ditambah baik dengan tempoh kelulusan dikurangkan kepada 21 hari, manakala agensi wajib dirujuk untuk kelulusan pula dikurangkan kepada lima agensi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Anwar berkata perkara itu antara penambaikan dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-41 yang diadakan semalam antara pihak-pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.",
"Sebelum ini, tempoh kelulusan OSC 3.0 Plus, iaitu satu sistem penyampaian prosedur pemajuan yang antara lain digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menerima permohonan pemajuan adalah 42 hari, manakala agensi wajib dirujuk adalah 19 agensi.",
"“Antara keputusan yang dipersetujui termasuk keperluan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dan PBT untuk mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan, sekali gus memudahkan urusan perniagaan (ease of doing business),” katanya menerusi catatan di Facebook, hari ini.",
"Beliau berkata usaha mempercepatkan tempoh kelulusan pembangunan itu secara tidak langsung diyakini mampu menambah baik persekitaran pelaburan selain meningkatkan daya saing negara.",
"Selain itu, Anwar berkata mesyuarat turut membincangkan cadangan pengukuhan sektor pertanian, terutama keperluan menetapkan keluasan guna tanah bagi tujuan pengeluaran pertanian dan sumber makanan negara.",
"Beliau berkata MPFN juga berpandangan aspek kawal selia pengurusan dan pembangunan ladang penternakan perlu terus diperkasakan menerusi pemakaian Garis Panduan Perancangan Ladang Penternakan Ayam.",
"Sementara itu, cakna dengan isu banjir kilat yang sering meresahkan rakyat, MPFN bersetuju bahawa Pemakaian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dalam Pembangunan Tanah perlu diaplikasikan sebagai salah satu solusi dalam menangani isu banjir kilat.",
"Anwar berkata MPFN akan terus memastikan perancangan pembangunan bandar bergerak kepada Perbandaran Madani untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan mewujudkan persekitaran yang berdaya huni.",
"“Kerajaan kekal komited meneruskan kerjasama dan penyelarasan pembangunan di antara Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri demi mencapai agenda membangun negara Madani. Insya-Allah,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/ketetapan-pemakaian-pelitup-muka-semasa-solat-aidilfitri-diumum-dalam-masa-terdekat-mohd
|
[
"KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.",
"Beliau berkata walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi tersebut sebelum keputusan mengenainya diambil.",
"“Dalam Islam memang kita digalak untuk berjaga-jaga, lebih-lebih lagi dalam hal mengawal diri bagi pastikan wabak COVID-19 tidak merebak, namum sebarang ketetapan perlu dirunding dan dibincangkan dengan pihak berwajib terlebih dahulu.",
"“Saya akan berbincang segera dengan Ketua Pengarah Jakim (Datuk Hakimah Mohd Yusoff) dan Mufti Wilayah Persekutuan (Datuk Prof Madya Luqman Abdullah) bagi melihat keperluan mewajibkan pemakaian pelitup muka oleh jemaah ketika menunaikan solat sunat Aidilfitri,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan mewajibkan atau menggalakkan pemakaian pelitup muka ketika solat Aidilfitri sebagaimana dilakukan Perlis.",
"Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini dilaporkan bertitah jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di seluruh Perlis digalakkan memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID akhir-akhir ini.",
"Titah berkenaan adalah selaras dengan pelaksanaan solat Aidilfitri di seluruh negeri itu yang turut digalakkan untuk dilaksanakan di tanah lapang (musolla) yang diselaraskan pada 8 pagi, sama seperti pelaksanaan pada tahun sebelum ini.",
"Bercakap kepada pemberita selepas menjadi tetamu Program Nota Rohani: Raikan Kemenangan Istiqamah Beribadah di Bernama Radio di sini hari ini, Mohd Na'im berkata hasil perbincangan itu kemudiannya akan dibawa dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan sebelum keputusan mengenainya diumumkan dalam masa terdekat.",
"Dalam pada itu, beliau turut menyarankan setiap negeri mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggunakan pendekatan sebagaimana dilakukan Perlis bagi bersama-sama menghalang kemungkinan penularan jangkitan COVID-19.",
"“Bagi masjid dan surau di bawah Jakim, kita akan mulakan perbincangan mengenai ketetapan pemakaian pelitup muka, manakala untuk negeri-negeri lain, kita serahkan kepada kebijaksanaan majlis agama dan pengurusan masjid dan surau menentukan pendekatan terbaik masing-masing,” katanya.",
"Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan dilaporkan berkata tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/pelajar-tahfiz-maut-11-cedera-ketika-pulang-membeli-baju-raya
|
[
"KOTA BHARU: Seorang pelajar tahfiz maut, manakala 11 lagi cedera apabila van dinaiki mereka terbabas memasuki parit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, dekat sini pada 11.32 pagi tadi.",
"Dalam kejadian itu, van yang dinaiki pelajar tahfiz tersebut dipercayai dalam perjalanan pulang daripada membeli pakaian raya di sebuah pasar raya berhampiran.",
"Mangsa, Wan Ahmad Izzat Alauddin, 12, meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.",
"Ibu mangsa, Wan Noor Azilah Wan Sulaiman, 48, berkata dia yang tinggal di Kampung Tapang, di sini mengetahui berita kemalangan itu melalui aplikasi kumpulan WhatsApp pusat tahfiz berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.",
"“Saya sampai di tempat kejadian 20 minit kemudian, luluh hati apabila melihat tubuh anak telah ditutup. Dalam keadaan masih keliru, saya kuatkan diri untuk melihat juga keadaannya yang telah kaku dan berlumuran darah di bahagian kepala,” katanya ketika ditemui pemberita di HUSM di sini hari ini.",
"Wan Nor Azilah berkata sepatutnya dia akan menjemput anaknya malam ini untuk pulang beraya di kampung neneknya di Felda Ciku 7, Gua Musang.",
"Wan Nor Azilah berkata jenazah Wan Ahmad akan dibawa pulang petang ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Ciku 7.",
"Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa Alam Nasut Ilias berkata pihaknya tiba di tempat kejadian pada 11.45 pagi dan mendapati seorang mangsa telah meninggal dunia, manakala 11 lagi pelajar dan seorang pemandu cedera.",
"Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang meninggal dihantar ke HUSM untuk bedah siasat. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/kes-covid-19-dalam-negara-masih-terkawal-dr-zaliha
|
[
"KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa. ",
"Beliau berkata kes kematian akibat COVID-19 juga masih rendah dengan pesakit yang meninggal dunia melibatkan warga emas dan individu yang mempunyai penyakit komobid. ",
"Katanya meskipun penularan subvarian Omicron adalah lebih cepat berbanding varian sebelum ini, namun ia masih lagi terkawal dan tidak mempunyai simptom yang teruk. ",
"“Subvarian yang kita (KKM) kenal pasti adalah XBB 1.5, XBB 1.16 dan XBB 1.9.1 dan ia masih lagi jenis Omicron,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi town hall Kertas Putih Kesihatan di sini hari ini. ",
"“Kami juga mengalakkan individu yang bergejala untuk melakukan ujian saringan COVID-19 serta pakai pelitup muka khususnya di hari raya ini ketika bertemu dengan keluarga dan sebagainya. Jika anda mempunyai gejala, elakkan menyebarkan virus tersebut kepada keluarga yang lain,” katanya. ",
"“Saya menerima pelbagai respons positif, ada yang mengucapkan terima kasih kepada KKM kerana membantu doktor yang terlibat dan insya-Allah kita akan lihat skim-skim (yang) lain (juga),” katanya. ",
"Pada 4 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.",
"Terdahulu, Dr Zaliha turut melancarkan laman sesawang Kertas Putih Kesihatan bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan serta memberi cadangan atau pandangan mengenai inisiatif tersebut."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/hampir-2000-tunggakan-permohonan-lesen-psv-selesai-dalam-masa-terdekat-loke
|
[
"PUTRAJAYA: Permohonan hampir 2,000 Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang tertunggak melibatkan pemandu berdaftar di bawah Grab Malaysia di Lembah Klang dijangka selesai dalam tempoh seminggu selepas cuti perayaan Aidilfitri.",
"Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah Kementerian Pengangkutan (MOT) memansuhkan ujian teori bagi permohonan lesen PSV dapat membantu mempercepat proses permohonan.",
"\"Dengan memansuhkan ujian teori, mereka hanya perlu menduduki kelas teori secara fizikal atau dalam talian, maka proses itu agak cepat dan kita boleh keluarkan lesen PSV kepada semua pemandu e-hailing yang telah menduduki kelas teori tersebut,\" katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lesen PSV di sini hari ini.",
"Sebelum ini, katanya banyak permohonan belum dapat diadakan ujian teori atau diberikan lesen PSV kerana mereka bukan saja perlu menduduki kelas teori tetapi juga perlu mengambil giliran mendapatkan ujian teori yang diadakan di institut memandu, manakala operator e-hailing (EHO) seperti Grab Malaysia pula di pusat ujian di pejabat mereka.",
"\"Setiap minggu mereka perlu mendapat giliran untuk mendapatkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan untuk hadir ke pejabat mereka untuk mengendalikan ujian. Jadi, sudah tentu kapasiti agak terhad kerana setiap minggu mungkin kita hanya dapat mengadakan ujian untuk sekitar 300 orang sahaja,\" katanya.",
"Pada 10 April lepas, Loke mengumumkan beberapa penambahbaikan yang melibatkan dasar iaitu had usia maksimum penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun, pemansuhan ujian teori bagi lesen PSV dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) serta pengenalan kelas teori dalam talian.",
"Pada majlis hari ini, Loke menyerahkan lesen PSV kepada 300 pemandu Grab termasuk 210 Orang Kurang Upaya (OKU), yang merupakan kumpulan pertama pemandu Grab yang menerima lesen PSV susulan keputusan pemansuhan ujian teori bagi pengambilan lesen PSV.",
"\"Mengikut data yang kita peroleh daripada EHO, pemandu OKU pendengaran mampu pandu kereta dengan baik, bawa penumpang dengan baik, (jadi) tidak timbul isu keselamatan kepada penumpang. Mereka adalah pemandu berhemah.",
"\"Atas pertimbangan itu, maka saya memberikan pengecualian kepada pemandu-pemandu OKU khususnya pemandu OKU pendengaran yang kita rasa boleh membantu mereka dari segi menambah pendapatan,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/aktiviti-luar-bilik-darjah-dibatalkan-jika-bacaan-ipu-tidak-sihat
|
[
"SEREMBAN: Pihak sekolah perlu membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 101, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.",
"Beliau berkata tindakan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada Kementerian Pendidikan (KPM) dan surat pekeliling turut dikeluarkan di setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tindakan lanjut.",
"“Sekiranya bacaan IPU meningkat hingga 200 ke atas KPM akan mengarahkan sekolah ditutup. Bacaan IPU 101 ke atas adalah tidak sihat, jadi jika ia berlaku sebarang aktiviti di luar bilik darjah tidak dibenarkan.",
"“Pada masa sekarang semua pelajar dinasihatkan memakai pelitup muka, kerap minum air serta mengurangkan aktiviti ketika cuaca panas,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) Kampung Baru Rahang di sini hari ini.",
"Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun lepas apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala. ",
"Terdahulu, Lim turut melawat SJK Tamil (T) Lobak dan SJK (C) San Min bagi menyampaikan bantuan RM200,000 bagi setiap sekolah tersebut untuk pembangunan dan penyelenggaraan perluasan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).",
"Lim berkata terdapat 4,620 sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) sama ada susur landai, susur tangan, tandas OKU dan parkir OKU.",
"“KPM sedang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawainya bagi pemantauan secara berkesan serta berterusan demi memastikan semua sekolah dilengkapi kemudahan dan infrastruktur yang bersesuaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) selaras dengan piawaian ditetapkan,” katanya.",
"Menurutnya KPM juga menyediakan laluan khas bagi calon MBPK mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk keperluan di sekolah rendah.",
"“Calon MBPK yang ingin memohon hendaklah sihat tubuh badan, boleh mengurus diri sendiri, aktif dalam kegiatan kokurikulum dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.",
"Katanya seramai 62 orang graduan dalam bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran akan menamatkan pengajian di IPG pada Mei ini. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/harga-simen-berpatutan-ditawar-kepada-pemaju-rumah-mampu-milik-pm
|
[
"PUTRAJAYA: Harga simen pada kadar berpatutan akan ditawarkan kepada pemaju rumah mampu milik yang membangunkan kategori rumah berharga RM300,000 ke bawah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"\"Ini akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah maksimum sehingga RM5,000 mengikut jenis dan harga rumah,\" katanya dalam sidang media di sini hari ini.",
"Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar berpatutan itu untuk manfaat pemaju rumah mampu milik.",
"Mengambil kira pengurangan harga simen itu berbanding harga pasaran, Anwar berkata ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan.",
"Beliau berkata langkah itu adalah bagi merealisasi hasrat Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/kadar-diskaun-khas-untuk-pengusaha-menu-rahmah-pm
|
[
"PUTRAJAYA: Kadar diskaun khas harga barangan mentah akan diberikan kepada pengusaha menu Rahmah bagi memastikan kelestarian inisiatif itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan dengan usaha sama pasar raya terpilih bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha menu Rahmah pada kadar diskaun khas.",
"“Melalui ikhtiar ini, diharapkan dapat memberi kelegaan kepada para pengusaha dan seterusnya memastikan kelangsungan pelaksanaan menu Rahmah yang telah memberikan manfaat besar khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.",
"Anwar berkata kerajaan amat menghargai sumbangan pengusaha menu Rahmah yang sama-sama menjayakan aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. ",
"“Pada masa yang sama, kerajaan turut cakna dan prihatin dengan kos pengeluaran yang perlu ditanggung pengusaha bagi mendapatkan bekalan bahan mentah,” kata beliau. ",
"Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melancarkan inisiatif menu Rahmah bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat terutamanya golongan miskin.",
"Bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19 April ini dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan. ",
"Selain itu katanya Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.",
"“Bagi tujuan ini, PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas,” katanya.",
"Anwar turut mengumumkan yang PDRM akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei bagi semua saman trafik PDRM untuk kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya.",
"“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023,\" katanya bahawa PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/pm-satu-hari-kelepasan-am-tambahan-sempena-hari-raya-aidilfitri
|
[
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi memudahkan rakyat membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan hari raya dan pulang ke kampung halaman.",
"Beliau berkata sekiranya 1 Syawal jatuh pada Jumaat (21 April) maka kerajaan menetapkan 24 April iaitu Isnin sebagai hari kelepasan am tambahan berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.",
"Seandainya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu (22 April), maka kerajaan menetapkan hari Jumaat iaitu 21 April sebagai hari kelepasan am tambahan, kata beliau pada sidang media di sini hari ini.",
"\"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,\" kata Anwar.",
"Pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada Khamis, 20 April oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.",
"Anwar berkata sempena Aidilfitri, Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti).",
"Beliau berkata langkah itu bagi memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.",
"\"Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,\" kata perdana menteri. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/kerajaan-persekutuan-tambah-baik-pemberian-sokongan-kepada-kerajaan-negeri-tahun-ini-pm
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah menambah baik pemberian dan sokongan kepada Kerajaan Negeri untuk tahun 2023, antaranya meningkatkan pemberian berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (Pemberian TAHAP) kepada RM400 juta.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan tersebut telah diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023 yang dipengerusikannya dan dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakil dari setiap negeri.",
"“Keputusan ini menzahirkan komitmen serta kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan projek pembangunan mengikut keutamaan dan acuan negeri masing-masing dan seterusnya dapat memperkukuh lagi momentum pemulihan ekonomi ke arah pembangunan Malaysia MADANI,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata Majlis Kewangan Negara turut bersetuju dengan kenaikan peruntukan pemberian Pemindahan Fiskal Ekologi (EFT) kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun 2022 sebagai galakan khusus kepada negeri-negeri yang mewartakan kawasan perlindungan baharu.",
"Bagi tujuan penambahbaikan ke atas pinjaman Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian Kewangan bersetuju mempertimbangkan dan meminda kaedah pengeluaran kepada secara bayaran kemajuan kerja melibatkan pinjaman baharu bagi projek-projek pembangunan di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia.",
"Perdana Menteri berkata pendekatan ini dapat menyegerakan proses penyaluran peruntukan yang disediakan secara pinjaman, membantu kerajaan negeri yang mempunyai masalah aliran tunai dan bergantung kepada peruntukan pinjaman bagi melaksanakan projek pembangunan serta akan melancarkan pelaksanaan projek-projek pembangunan.",
"Menurutnya, Kerajaan Persekutuan turut bersetuju agar pakej insentif cukai bagi pelaburan ke negeri dilanjutkan bagi tempoh peralihan dua tahun sehingga 31 Dis 2024 melibatkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah untuk mengimbangi pembangunan di seluruh negara melalui aktiviti pelaburan yang dilaksanakan oleh pihak swasta.",
"Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga akan menambah baik penggunaan peruntukan di bawah Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri bagi menyelenggara jalan dan kerja-kerja lain yang berkaitan di kawasan perumahan berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan serta penggantian papan tanda nama jalan dan lorong bagi jalan.",
"Beliau menambah kerajaan negeri turut disaran untuk memberi keutamaan kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negeri masing-masing kepada kontraktor Kelas G1 hingga G4 dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa syarikat konsesi besar sahaja.",
"“Langkah ini bertujuan untuk membantu kitaran ekonomi kontraktor-kontraktor kecil dengan lebih adil dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara lebih tuntas,” jelas beliau.",
"“Ini terutamanya untuk menangani masalah jalan raya berlubang yang menjadi antara penyumbang kepada kemalangan. Peruntukan tambahan ini juga akan dikhususkan untuk manfaat kontraktor-kontraktor kecil Bumiputera,” kata Anwar.",
"Katanya, penambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala turapan Jalan Persekutuan meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023.",
"Anwar berkata kerajaan persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan dengan kerajaan negeri berada pada tahap yang terbaik dan hasrat ini dimanifestasikan melalui peningkatan peruntukan yang disalurkan dalam pelbagai bentuk pemberian kepada kerajaan negeri setiap tahun. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/18/pak-jamil-hayat-banduan-seumur-hayat-paling-lama-dipenjara-kini-bebas
|
[
"TAIPING: Setelah 40 tahun menghabiskan hayat di dalam tirai besi, tarikh 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, 22 Mac lepas.",
"Tempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama di negara ini menerima hukuman kini bebas, dan kembali ke kampung halamannya di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia, awal pagi ini.",
"“Bila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.",
"“Saya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.",
"“Pagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Penjara Taiping, semalam.",
"Jamil berkata beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidupnya di kampung halaman, namun jauh dari sudut hatinya berat untuk meninggalkan sebuah bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.",
"“Saya seronok dapat ‘ampun’, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada tapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti seorang sahabat dan bukan sebagai banduan,” katanya.",
"Penjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan apabila sehingga kini beliau telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.",
"Sebelum dipindah ke Penjara Taiping dari Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja. ",
"Malah katanya berbekalkan ilmu agama yang dipelajari selama di kampung dahulu, 40 tahun meraikan hari raya di penjara, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya.",
"Jamil seterusnya menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar dari melakukan perbuatan yang tidak baik.",
"“Ketika muda, bila pegang pistol perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja. Saya bukan orang yang baik, apabila di Indonesia dulu pun selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak tahun 90-an. ",
"“Saya tekad untuk ubah semua. Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban. Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.",
"Pengarah Penjara Taiping Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bharu pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.",
"Menurut Nazri pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.",
"“Ia mendapat sokongan dari Pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat. Buku laporan kajian hukuman empat tahun sekali bahagian 6 peraturan 54 peraturan-peraturan penjara 2000 iaitu sebanyak 28 buku penyata empat tahun, dibuat untuk rayuan pengampunan,” katanya.",
"Nazri menyifatkan Pak Jamil sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.",
"“Dia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila dia menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca Al-Quran. Hubungan Pak Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja Jamil Hayat, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinan melalui ilmu yang diperoleh,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/pasukan-petugas-1mdb-fokus-rungkai-perjanjian-dengan-goldman-sachs
|
[
"KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berperanan menyelesaikan beberapa isu membabitkan skandal itu kini memberi penumpuan kepada perjanjian dengan Goldman Sachs.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berdasarkan maklumat awal, pasukan khas diketuai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani itu berpendapat perjanjian bersama Goldman Sachs harus dirungkai semula.",
"“Saya bersetuju (dirungkai semula), kerana dari awal saya anggap perjanjian ini dibuat secara gopoh gapah, maka ia timbulkan banyak persoalan... kerana kita harus diberi banyak.",
"Umpamanya dengan IPIC (International Petroleum Investment Co)… dengan mereka dahulu nak selesai dengan jumlah yang kecil, bila kita bertegas.. kita dapat 1.8 bilion dolar (AS$), itu besar.",
"Sebab itu saya kata orang kadang pandang remeh soal ketelusan dan ketegasan tapi ini soal menyelamatkan wang rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini. ",
"Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media mengenai perkembangan terkini pasukan siasatan khas diketuai Johari itu selain turut dianggotai wakil kementerian dan wakil peguam negara yang ditubuhkan bulan lepas.",
"Untuk rekod, penyelesaian dengan bank pelaburan antarabangsa itu dicapai pada tahun 2020 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.",
"Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Anwar berkata kerajaan akan meneliti cadangan veteran DAP, Lim Kit Siang yang meminta kerajaan menerbitkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC).",
"“Maklumat ini (cadangan Kit Siang) baru sampai kepada saya, saya akan teliti bersama Jemaah Menteri, kerana prinsip kita dalam kerajaan ini, seperti mana (dedahkan) Laporan Nahas Double Six 1976, pendirian kita ialah tidak harus simpan, tetapi maklumat harus diperluas kepada rakyat,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/lelaki-ditahan-bersama-rokok-seludup-bernilai-rm124-juta
|
[
"MUAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas kira-kira 1.2 juta batang rokok putih serta kretek dipercayai diseludup bernilai RM1.24 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Naib Kadir, Bukit Pasir, di sini, tiga hari lepas.",
"Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata lelaki berumur 54 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang Jumaat, hasil risikan selama empat minggu oleh pasukan Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.",
"Beliau berkata pihaknya menemukan 118 bungkusan besar rokok pelbagai jenama terdiri daripada 4,000 karton selain turut merampas sebuah kereta Proton Wira, dua telefon bimbit dan wang tunai RM1,699 dalam serbuan itu.",
"\"Ketika serbuan, lelaki itu sedang menyusun rokok-rokok berkenaan di rumah yang disewanya dan rokok-rokok itu dipercayai untuk dipasarkan di sekitar daerah sini, ini merupakan rampasan terbesar bagi tahun ini,” katanya pada sidang media di IPD Muar di sini hari ini.",
"Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki itu tiada pekerjaan tetap, dan mula terlibat dalam aktiviti jualan rokok seludup sejak setahun lepas. - BERNAMA"
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/serah-kepada-sprm-untuk-siasat-pm-anwar
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung kes pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"“Tidak wajar beri apa-apa telahan dalam isu Menteri KSM (Kementerian Sumber Manusia) ini selain daripada beliau dipanggil untuk beri jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh SPRM.",
"“Kena bezakan juga siasatan atau pendakwaan… jadi siasatan itu kita serah pada SPRM… kemudian kalau tiada pendakwaan tak apa, kalau ada itu soal lain,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini. ",
"Semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan Sivakumar hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan susulan penahanan beberapa pegawainya yang dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing.",
"Terdahulu baru-baru ini SPRM telah menahan dua pegawai kanan Sivakumar bagi membantu siasatan, susulan aduan yang diterima suruhanjaya itu berhubung kes membabitkan pengambilan pekerja asing.",
"Sementara itu, ditanya sama ada Sivakumar perlu bercuti sehingga siasatan selesai, Anwar berkata ketika ini belum ada sebarang pertuduhan terhadap menteri berkenaan."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/kerajaan-lulus-peruntukan-tambahan-rm5-juta-perkasa-karya-sasterawan-negara
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM3 juta bagi pengurusan Yayasan Karyawan, dan RM2 juta bagi usaha mempopularkan karya sasterawan negara.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada barisan sasterawan negara, dan membolehkan sehingga 60 judul baharu diterbitkan serta dikembangkan menjadi karya agung yang boleh diteladani.",
"“Kita tidak mahu hasil karya hanya berlegar dalam kalangan elit yang memenuhi rak buku di perpustakaan peribadi mereka. Selain daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Yayasan Karyawan itu khusus tugasnya untuk meningkatkan usaha memperkenalkan kepada khalayak karya besar Melayu.",
"“Saya akan memberikan apa sahaja sokongan yang perlu kerana bagi saya ini adalah berkenaan survival bangsa,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (Empat jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Balai Budaya Tun Syed Nasir di sini hari ini.",
"Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Febuari lepas, tiga agensi yang terlibat dalam terjemahan dan penerbitan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia serta Yayasan Karyawan diperuntukkan RM20 juta bagi menggalakkan aktiviti berkenaan. ",
"Mengulas mengenai kepentingan untuk memperkasakan karya dan ilmu sastera, Anwar berkata kekuatan ekonomi semata-mata tidak akan menjamin kekuatan sesebuah bangsa, negara atau tamadun.",
"“Bagi saya ia adalah satu tugas besar. Bagi membangkitkan, membangun, dan memperkasa bangsa itu harus berteraskan kekuatan bahasa budaya dan dengan memunggah semula, menggali dan menghebahklan khazanah bangsa kita sendiri.",
"“Kekuatan ekonomi itu tidak akan menjamin kekuatan bangsa, negara dan tamadun tanpa usaha memperkasakan bahasa, budaya dan menggali khazanah, ” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/konflik-sudan-kerajaan-bawa-pulang-rakyat-malaysia-jika-ada-risiko
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan memantau rapi konflik berlaku di Sudan ketika ini dan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara berkenaan sekiranya situasi semasa memberi risiko kepada keselamatan mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"“Saya dapat laporan pagi tadi…kita rasa keadaan rakyat kita di sana (ketika ini) masih terkawal… tapi sebaik sahaja ada risiko, kita akan terus bawa mereka pulang,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin (4 Jilid) dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini hari ini.",
"Konflik di Sudan, yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.",
"Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyarakan agar kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.",
"Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka dalam titah baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu ketika ini. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/bawa-pulang-rakyat-malaysia-jika-keadaan-di-sudan-bertambah-tegang
|
[
"KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.",
"Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka dalam titah baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu ketika ini.",
"\"Seri Paduka turut menyeru seluruh masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT agar rakyat Malaysia berada di bawah lindungan-Nya dan ketegangan di Sudan dapat dihentikan dengan segera,\" menurut catatan itu.",
"Konflik di Sudan yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.",
"Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan semalam menasihati rakyat Malaysia di Sudan supaya berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara. ",
"Zambry berkata Mesyuarat Antara Agensi diadakan pagi semalam untuk mendapatkan maklumat terkini situasi semasa di Sudan dan berbincang mengenai cadangan yang sesuai bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin semasa konflik. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/isu-perkhidmatan-penerbangan-luar-bidang-kuasa-tribunal-tuntutan-pengguna
|
[
"PUTRAJAYA: Pertikaian berkaitan perkhidmatan syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).",
"Menurut KPDN perkara berkenaan sudah dikuatkuasakan pada 1 Mac 2016 melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, Seksyen 99(1)(c) yang dipinda dengan memasukkan Seksyen 99(1)(ca).",
"Kenyataan tersebut sebagai maklum balas kepada aduan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mengenai perkhidmatan pengangkutan udara terutama berkenaan harga, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan pada 16 April.",
"Pengguna disaran menyimpan atau merakam semua transaksi apabila berhubung dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan terus kepada Mavcom berserta bahan bukti, melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau e-mel kepada [email protected]. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/sivakumar-nafi-laporan-rumah-pejabat-digeledah-sprm
|
[
"PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar (gambar) hari ini menafikan laporan bahawa pejabat dan kediaman beliau digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam (Ahad).",
"\"Tiada, tiada,\" katanya ketika ditanya mengenai satu laporan media yang memetik sumber memberitahu bahawa SPRM menggeledah pejabat dan kediamannya, selepas beliau hadir untuk memberi kenyataan di pejabat SPRM. ",
"Sivakumar yang ditemui pemberita selepas majlis pra-pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini hari ini berkata, semalam beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di sini untuk memberi kenyataan.",
"\"Saya tidak ditahan. Saya ke sana (SPRM) semata-mata untuk memberikan kenyataan, jadi saya kata akan bagi kerjasama,” katanya ketika ditanya mengenai kehadiran beliau ke SPRM semalam.",
"\"Biar mereka (SPRM) buat siasatan. (Ia) masih dalam proses siasatan dan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh, itu sahaja,\" katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/lelaki-serang-pemandu-di-lampu-isyarat-labuan-ditahan
|
[
"LABUAN: Polis Labuan telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang melakukan serangan terhadap seorang pemandu lelaki dengan gambarnya dirakam oleh dashcam dalam kejadian di sini, baru-baru ini.",
"Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata tangkapan dibuat semalam pada 3.45 petang, selepas laporan polis dibuat oleh mangsa berusia 26 tahun pada 12 April lalu.",
"\"Lelaki itu akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk memohon perintah tahanan reman bagi siasatan lanjut,\" katanya kepada Bernama hari ini.",
"Ahmad berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 323, 427 dan 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah serta menyebabkan kerosakan (pada kenderaan mangsa).",
"Menerusi video yang tular di media sosial, suspek yang memandu kereta Proton dilihat bertindak menumbuk seorang pemandu kereta di belakangnya, dalam kejadian di lampu isyarat di Jalan Patau-Patau."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/menang-kereta-selepas-belanja-keluarga-beli-persiapan-aidilfitri
|
[
"MELAKA: Rezeki membelikan persalinan baharu buat ahli keluarga bagi menyambut Syawal di Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah, sebuah kereta Proton Persona 1.6 bernilai RM49,242 menjadi milik Muhammad Sharul Aiemi Abdullah.",
"Langsung tidak menyangka dikurniakan rezeki melalui cabutan bertuah itu, Muhamad Shahrul Aiemi, 21, hilang kata saat dihubungi penganjur yang menyampaikan berita itu kepadanya semalam.",
"\"Masa cuti awal bulan ini, saya ada belikan pakaian dan berbelanja dalam jumlah RM800 di bazar ini untuk ahli keluarga sebagai persiapan raya. Sebelum ini tak pernah pun masuk apa-apa cabutan bertuah tapi kali ini, entah kenapa tergerak hati mahu menyertainya. Lagi pula orang tua yang suruh sebab katanya manalah tahu ada rezeki.",
"\"Ketika dihubungi, awal-awal ingat betul ke tidak dapat kereta tapi bila tengok Tik Tok penganjur dan teringat ada masuk cabutan bertuah tempoh hari, saya semak semula tiket cabutan bertuah. Memang betul menang,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima replika kunci kereta yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada majlis perasmian Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) Jalan Hang Tuah di sini malam tadi. ",
"Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Datuk Shadan Othman dan penganjur Melgrab Muhd Fikri Mohd Ali.",
"Beliau yang baru sahaja tiga bulan menamatkan latihan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan bertugas di Negeri Sembilan juga menganggap kemenangan itu sebagai kejutan dan hadiah buat keluarganya untuk Aidilfitri ini.",
"\"Sebenarnya keluarga masih belum tahu saya menang dan saya harap kereta baharu ini akan memberi keselesaan untuk ibu dan ayah saya semasa mereka pergi beraya nanti,\" katanya.",
"Dalam pada itu, Abdul Razak berkata pihaknya akan berbincang dengan agensi berkaitan bagi memasukkan Melgrab dalam kalendar pelancongan negeri selepas melihat perkembangan positif penganjuran yang berjaya meraih jualan lebih RM3 juta menerusi 158 peniaga.",
"\"Melihat sambutan dan penerimaan yang baik termasuk pengunjung dari luar seperti dari Negeri Sembilan, Johor dan Kuala Lumpur, saya akan berbincang dan masukkan penganjuran bazar ini dalam kalendar pelancongan Melaka. ",
"\"Ini juga secara tidak langsung akan menarik pelancong domestik khususnya untuk datang ke sini bagi melihat dan meraikan kemeriahan Melgrab di samping membantu industri perhotelan dan perniagaan lain yang agak perlahan sepanjang Ramadan,\" katanya.",
"Beliau berkata penjualan pelbagai produk yang merangkumi aspek persiapan Aidilfitri seperti pakaian, kasut dan songkok juga memberi impak dan tambah nilai kepada kehadiran pengunjung yang mencecah lebih 1.5 juta orang sejak 1 Ramadan lepas.",
"\"Mungkin selepas ini jika ada produk dan rekaaan baharu, ia boleh diketengahkan di bazar ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkannya sebagai persiapan hari raya. Malah pengisian yang dilakukan penganjur seperti kutipan tabung Ramadan untuk diberikan kepada golongan memerlukan juga membuka peluang kepada pembeli dan penjual untuk membuat amal jariah,\" katanya.- BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/lelaki-bakar-mercun-tepi-mrr2-ditahan-polis
|
[
"KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dalam sebuah video tular yang dilihat sengaja membakar mercun di tepi Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Lotus Ampang, di sini, baru-baru ini telah ditahan polis.",
"Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki warga tempatan berusia 35 itu ditahan pada pukul 10 malam kelmarin di tepi Jalan Dagang, di sini.",
"Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek, seorang pemandu lori telah membakar mercun jenis cake (138) shot atas permintaan pelanggan premis milik kawannya.",
"\"Suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau serta negatif ujian saringan dadah telah dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini dan dibenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari sehingga Rabu depan. ",
"\"Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menggunakan apa-apa bahan letupan yang mungkin boleh membahayakan nyawa atau kerosakan harta atau kecederaan pada orang,\" katanya dalam kenyataan semalam. ",
"Mohamad Farouk berkata suspek juga disiasat mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana bermain dan membakar mercun dan bunga api.",
"Beliau berkata polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan menggunakan bahan letupan membahayakan nyawa atau kerosakan atau kecederaan.",
"Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan tindakan suspek yang membakar mercun di atas MRR2 berhadapan Petronas Lotus Ampang yang dirakam orang ramai. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/kementerian-pertahanan-susun-pendekatan-perkasa-tvet-untuk-anak-tentera
|
[
"ALOR GAJAH: Kementerian Pertahanan sedang menyusun pelbagai pendekatan dalam usaha memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam kalangan anak tentera khususnya di peringkat pengajian tinggi.",
"Timbalan Menterinya Adly Zahari berkata antara inisiatif yang dilakukan kementerian itu ialah mengadakan pertemuan dengan Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk merangka program bersesuaian seperti latihan berkaitan TVET dan padanan pekerjaan untuk anak tentera.",
"\"Terdapat banyak skim bantuan pendidikan di peringkat diploma dan ijazah yang disediakan di kementerian terutama di bawah Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain bantuan one-off kepada anak tentera yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.",
"\"Anak tentera juga merupakan satu kumpulan yang agak besar tetapi mereka yang memilih melanjutkan pengajian dalam bidang TVET agak kurang dan kita juga sebelum ini banyak tumpu memperkasakan TVET dalam kalangan anggota pertahanan yang hendak pencen,\" katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Alor Gajah di sini malam tadi.",
"Beliau berkata usaha memperkasa TVET dalam kalangan anak tentera bukan sahaja memberi latihan yang bersesuaian dengan mereka tetapi juga menyediakan sumber manusia berkemahiran dan berkualiti khususnya untuk industri di negara ini.",
"Katanya, ia selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Pengerusi Majlis TVET negara untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan terutama dalam bidang TVET. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/17/ambil-peluang-libat-diri-dalam-ekonomi-digital-noktahkan-kemiskinan
|
[
"KUALA LUMPUR: Rakyat perlu mengambil peluang melibatkan diri dalam ekonomi digital dengan memanfaatkan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan bagi menoktahkan kemiskinan, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.",
"Beliau berkata dengan kemudahan sedia ada seperti Pusat Ekonomi Digital (PEDi), tiada alasan bagi orang ramai untuk tidak berusaha bagi menoktahkan kemiskinan yang menjadi aspirasi Kerajaan Perpaduan ini. ",
"\"Saya harap kemudahan ini dimanfaat sebaiknya, singgah ke PEDi belajar bagaimana untuk terlibat dalam ekonomi digital, bagaimana kemudahan ini boleh memajukan ekonomi kita. Di situ kita boleh melihat bahawa di pihak kerajaan, kita tidak berniat memberi ikan semata-mata. ",
"”Memang kita bagi bantuan sama ada bakul makanan, Bakul Rahmah, subsidi dan sebagainya tapi lebih daripada itu untuk benar-benar mengatasi masalah kemiskinan untuk menoktahkan kemiskinan, kita perlu sediakan joran,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Komuniti Seri Pantai anjuran Touch 'n Go Sdn Bhd, TNG Digital Sdn Bhd dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.",
"Terdahulu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaksikan penyerahan sumbangan komputer tablet oleh Ketua Pegawai Eksekutif Touch 'n Go Sdn Bhd Praba Sangarajoo kepada murid sekolah yang juga penghuni di PPR Seri Pantai.",
"Beliau berkata kerajaan akan memastikan terdapat kemudahan PEDi sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (1DUN 1PEDi) menjelang tahun hadapan. ",
"Sementara itu, Fahmi turut mencadangkan penggunaan kaedah pembayaran nirtunai dengan menggalakkan penggunaan e-dompet dan kod QR di bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur.",
"Beliau mengusulkan sasaran penggunaan teknologi itu sekitar 90 peratus menjelang tahun hadapan dan perkara itu akan dibincangkan dengan pihak industri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh bagi membantu lebih ramai peniaga dan penjaja memanfaatkan aplikasi berkenaan. ",
"Ditanya perkembangan berkaitan Digital Nasional Bhd (DNB), Fahmi berkata Kabinet masih meneliti perkara itu dengan pihak berkaitan namun belum ada keputusan dibuat.",
"\"Dalam usaha kita untuk melaksanakan rangkaian 5G, insya-Allah pada minggu ini Jemaah Menteri mungkin akan berbincang dan akan putuskan,\" katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/aidilfitri-elak-pembelian-panik-bekalan-makanan-mencukupi
|
[
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata rakyat tidak perlu bimbang kerana pihak penguat kuasa sentiasa memantau bekalan barangan mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran bagi memastikan sama ada ia mencukupi atau sebaliknya.",
"\"Berbelanjalah dengan gembira dan jangan melakukan pembelian panik kerana pihak penguatkuasaan akan memantau bekalan setiap hari untuk memastikan ia mencukupi memandangkan permintaan tinggi menjelang Syawal,\" katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.",
"\"Kita berharap orang ramai dapat menyemak senarai harga barangan yang kita umumkan supaya senang untuk kita kenal pasti peniaga terbabit kerana setiap aduan daripada pengguna kita akan ambil maklum,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/sivakumar-beri-keterangan-kepada-sprm-hari-ini
|
[
"PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar hari ini hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan susulan penahanan beberapa pegawainya yang dipercayai berkaitan isu pengambilan pekerja asing.",
"Sementara itu, seorang pembantu kepada Sivakumar berkata menteri berkenaan hadir di SPRM pada kira-kira 10 pagi dan meninggalkan bangunan tersebut kira-kira setengah jam kemudian.",
"Sivakumar juga dilaporkan berkata bahawa beliau sedia memberi kerjasama kepada agensi siasatan terutama SPRM berhubung penahanan pegawai dari pejabatnya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/bubur-che-minah-sayang-juadah-berbuka-penghuni-penjara-penor
|
[
"KUANTAN: Bubur lambuk resipi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi juadah berbuka puasa istimewa penghuni Penjara Penor di sini hari ini, selepas Seri Paduka Baginda berkenan mencemar duli berangkat memasak juadah itu di pekarangan bengkel tenun di penjara itu. ",
"Tunku Azizah secara berseloroh turut berkenan menamakan bubur lambuk yang antara bahannya ialah santan, udang kering, isi ikan dan sayur-sayuran yang disediakan itu, sebagai 'Bubur Che Minah Sayang' bersempena nama Seri Paduka Baginda. ",
"\"Kalau di Pahang, kita panggil bubur lambuk itu yang ada daun, tapi di KL (Kuala Lumpur) bubur (yang diisi) daging pun dipanggil bubur lambuk. Jadi saya nak tukar nama, tak nak panggil bubur lambuk dah …. Bubur Che Minah kerana Tuanku Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) panggil saya Che Minah. ",
"\"Harap-harap semua cukup sedap, cukup rasa kerana kita semua berpuasa, jadi tak boleh merasa,\" titah Tunku Azizah semasa ditemui pada Majlis Memasak Bubur Lambuk Bersama Penjara Penor hari ini. ",
"Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Nordin Muhamad, Pengarah Penjara Pahang Datuk Abu Hasan Hussain dan Pengarah Penjara Penor Fayrouz Ahmad Zawawi. ",
"Selain itu, Tunku Azizah juga menyifatkan pengalaman pertama mencemar duli memasak di penjara itu adalah untuk menunaikan janji yang dibuatnya kepada penghuni yang “berada” di bengkel tenun penjara berkenaan.",
"\"Saya sudah berjanji dengan mereka di tempat tenun untuk datang memasak ... teringat pula (sekarang) bulan puasa, jadi saya kata buat bubur lambuk. (Tapi) tak baik jika hanya bagi pada mereka (penghuni bengkel tenun). Disebabkan itu, saya belanja seluruh penghuni penjara ini,\" titah Seri Paduka Baginda. ",
"Pada majlis itu, sebanyak tiga periuk bersaiz besar digunakan untuk menyediakan juadah itu dengan kerjanya bermula pada pukul 10 pagi, yang dijangkakan dapat menghasilkan lebih 2,500 mangkuk bubur lambuk.",
"Sementara itu, seorang penghuni yang dikenali sebagai Fauzi, 42, berkata ia merupakan pengalaman kali pertama dia membantu menyediakan juadah itu kerana bubur lambuk Pahang agak berbeza daripada yang pernah dimakannya di kampung halaman di Sarawak. ",
"\"Seronok sebab dah lama tak dapat bergotong-royong memasak pada bulan puasa atau sebelum raya ... walaupun tak sama seperti pengalaman di dapur bersama keluarga, sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu kepada suasana itu,\" katanya yang sudah 16 tahun berada di penjara kerana kesalahan merogol. ",
"Seorang lagi penghuni, Arif, 45, berkata pengalaman itu “baharu” buat dirinya kerana tidak pernah membeli apatah lagi memasak bubur lambuk walaupun berasal dari Shah Alam, Selangor dan pernah menetap di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang popular dengan juadah itu sepanjang Ramadan. ",
"\"Nasib baik saya selalu tolong mengacau dodol di kampung … tak kekok untuk kembali mengasah bakat hari ini kerana bubur lambuk perlu sentiasa dikacau supaya tidak berkerak di dasar periuk,\" katanya yang akan beraya buat tahun ke-22 di balik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara 41 tahun kerana kesalahan rompak dan rogol.",
"Anak jati Kuantan, Seelan, 28, pula menyifatkan dirinya menanggung kerja yang “paling berat” kerana ditugaskan untuk menjadi “tukang rasa” kesemua tiga periuk bubur itu bagi memastikan hidangan itu cukup rasa. ",
"Dia yang menjalani hukuman penjara enam tahun kerana merompak juga menyifatkan pengalaman itu sebagai antara kenangan yang baik kepadanya sebelum dibenarkan keluar tahun hadapan. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/kelantan-kuala-lumpur-johor-catat-bacaan-ipu-tidak-sihat
|
[
"Berdasarkan laman sesawang sistem pengurusan indeks pencemaran udara (APIMS), Segamat, Johor mencatatkan bacaan status kualiti udara tidak sihat IPU 152 setakat 4 petang ini.",
"Cheras, Kuala Lumpur juga Kota Bharu dan Tanah Merah, Kelantan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 106, 107 dan 104 setakat 4 petang hari ini.",
"IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya). ",
"Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menerusi satu klip video yang dimuat naik dalam akaun TikToknya menunjukkan keadaan bangunan di Sekijang yang hampir tidak kelihatan dengan jarak penglihatan kurang daripada 200 meter. ",
"\"Beberapa hari kebelakangan ini kita mendengar berita negara dilanda jerebu di beberapa kawasan sahaja dan di antara kawasan yang terlibat yang terkesan teruk adalah di kawasan saya sendiri iaitu di Sekijang, Segamat,” katanya.",
"Beliau berkongsi bacaan IPU tidak sihat antara 145 ke 150 setakat semalam dan menasihat orang ramai di kawasan terjejas supaya berhati-hati di dalam melakukan aktiviti luar.",
"\"Jerebu ini sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit seperti radang mata, hidung gatal, sakit tekak, batuk, selesema dan kegatalan kulit."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/lelaki-bakar-kedai-telefon-pintar-marah-cinta-ditolak
|
[
"IPOH: Berang cintanya ditolak, seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai menjual telefon pintar sehingga kerugian kira-kira RM100,000 di Langkap dekat Teluk Intan petang semalam.",
"Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata anggota Balai Polis Langkap menerima laporan kejadian pada 3.19 petang daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang bekerja di kedai telefon berkenaan.",
"Beliau berkata dalam laporannya, wanita berkenaan menyatakan lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu datang ke premis itu pada 2.30 petang lalu mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan serta melemparkan kata-kata berunsur lucah.",
"“Disebabkan terlalu takut, wanita berkenaan bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan. Semasa laporan dibuat, kedai tempat wanita itu bekerja yang juga milik adiknya telah dilaporkan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
" Lelaki itu beberapa bulan kebelakangan ini sering kali datang ke kedai itu dalam keadaan mabuk serta cuba memikat wanita berkenaan namun wanita itu menolak dengan cara baik kerana telah berkahwin dan mempunyai tiga anak.",
" “Semasa tangkapan dijalankan, lelaki itu didapati melecur di bahagian muka, tangan dan kaki. Lelaki itu ditangkap dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya sambil menambah lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/malaysia-kutuk-pertempuran-di-sudan-gesa-adakan-dialog
|
[
"PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-keras pertempuran yang meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, ibu negara Sudan, yang telah mencetuskan pergolakan dan mengorbankan nyawa mereka yang tidak bersalah. ",
"Sempena bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini dan sejajar dengan nilai murni Islam, Malaysia menyeru kedua-dua pihak untuk segera menghentikan permusuhan dan bertenang, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini.",
"“Dialog dan rundingan yang bermakna adalah satu-satunya kaedah untuk merintis laluan ke arah memulihkan keamanan dan kestabilan di Sudan,” menurut kenyataan itu.",
"Malaysia menggesa semua pihak mengutamakan keselamatan orang awam dan bekerjasama ke arah mewujudkan persekitaran yang aman dan stabil demi kemajuan dan kemakmuran rakyat Sudan.",
"Malaysia kekal bersolidariti dengan rakyat Sudan dan akan terus menyokong usaha ke arah penyelesaian yang berkekalan dan aman bagi konflik itu."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/seramai-120-individu-ditahan-tidak-punyai-lesen-jual-bunga-api
|
[
"KUALA LUMPUR: Seramai 120 individu telah ditahan di seluruh negara kerana melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3,389,180 bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu.",
"Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata kesemua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.",
"“Polis Diraja Malaysia sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara menyeluruh serta berterusan di seluruh negara termasuk terhadap penjualan bunga api dan mercun secara dalam talian melalui platform media sosial serta e-dagang.",
"“Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dengan penjualan bunga api dan mercun secara haram kerana tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Pada masa sama, Noorsiah berkata polis telah menerima sebanyak 6,526 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/dakwaan-harga-tiket-kelas-ekonomi-kl-tawau-rm3138-tidak-tepat-loke
|
[
"PUTRAJAYA: Dakwaan harga tiket mencecah RM3,138 bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini adalah tidak tepat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.",
"Menerusi kenyataan media, Loke berkata beliau menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) Kapten Izham Ismail hari ini dan telah dimaklumkan mengenai percanggahan fakta terbabit.",
"“Izham telah mengesahkan semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan Kuala Lumpur-Tawau pada hari tersebut telah habis dijual dan tiket yang tinggal hanya kelas perniagaan.",
"“Beliau juga mengesahkan harga tiket tersebut bukan untuk kelas ekonomi tetapi untuk kelas perniagaan dan harga tiket tersebut ialah RM2,863.40 dan bukan RM3,138,” katanya.",
"Loke berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang dilapor menyifatkan harga tiket bagi kelas ekonomi penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau pada 20 April ini terlalu mahal iaitu RM3,138.",
"“Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau atas keprihatinan terhadap isu tiket penerbangan yang tinggi dan pandangan mengenai tambahan kapasiti,” katanya.",
"Loke turut memaklumkan akan mengadakan sidang media esok di Kementerian Pengangkutan di sini untuk memberikan fakta tambahan mengenai kapasiti penerbangan bagi sambutan Aidilfitri tahun ini. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/tekun-salur-rm83-bilion-pembiayaan-mikro-sejak-1998-hingga-mac-tahun-ini-saraswathy
|
[
"TANJUNG MALIM: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pinjaman mikro sebanyak RM8. 3 bilion sejak penubuhannya sehingga Mac tahun ini. ",
"Timbalan Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP) Saraswathy Kandasami berkata pembiayaan itu memanfaatkan 752,177 ushawan melalui 170 cawangannya di seluruh negara. ",
"\"Kerajaan terus komited membantu usahawan negara memgembangkan perniagaan mereka, melalui Tekun bukan hanya pinjaman kewangan disediakan malah juga khidmat nasihat dan jaringan perniagaan,\" katanya ketika berucap merasmikan Jelajah Hari Usahawan Negeri Perak 2023@Jualan Ambang Aidilfitri Daerah Mualim di sini hari ini. ",
"Saraswathy berkata untuk Perak pula, Tekun menyalurkan pembiayaan mikro kepada RM546 juta termasuk Skim Pembiayaan Usahawan Masyarkat India (SPUMI) sebanyak RM52. 8 juta telah disalurkan kepada 3,932 usahawan masyarakat India. ",
"Selain Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), satu lagi agensi di bawah KUSKOP setakat ini telah membantu lebih 300,000 ahlinya yang terdiri daripada usahawan wanita melalui tujuh skim pinjaman serendah RM5,000 sehingga RM30, 000.",
"Justeru KUSKOP melalui Institut Keusahawanan Negara (Insken) antaranya menyediakan program-program bimbingan dan pembangunan kapasiti keusahawanan bagi meningkatkan hasil jualan produk mereka. ",
"\"Secara mudahnya, khidmat bimbingan disediakan daripada asas perniagaan hinggalah kepada khidmat bimbingan pemasaran domestik dan pasaran ke luar negara,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/penghantaran-pulang-anak-panda-yi-yi-sheng-yi-ke-china-ditangguhkan
|
[
"KUALA LUMPUR: Penghantaran pulang anak panda Yi Yi dan Sheng Yi ke China yang dijadualkan pada bulan depan ditangguhkan, kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana.",
" Beliau berkata keputusan tersebut dibuat oleh Kerajaan China kerana kes COVID-19 di negara itu dilaporkan meningkat dan ketika ini masih belum ada tarikh rasmi untuk penghantaran pulang kedua-dua anak panda berkenaan.",
"“Tahun ini sudah dua, tiga kali ditangguhkan kerana situasi COVID-19 di China, namun kedua-dua anak panda ini tetap akan dibawa balik...mungkin penghujung tahun ini atau awal tahun depan, bergantung dengan keputusan Kerajaan China,” katanya selepas ditemui pemberita pada majlis iftar bersama media dan penaja di sini, semalam.",
"Media sebelum ini melaporkan anak panda Yi Yi dan Sheng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara akan dihantar terus ke Chengdu pada pertengahan Mei ini selepas ia tertangguh beberapa kali.",
"Yi Yi dan Sheng Yi merupakan anak kepada pasangan Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang dipinjamkan kepada Kerajaan Malaysia pada 2014 untuk tempoh 10 tahun, sempena ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China. ",
"Program pinjaman di bawah Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Panda Gergasi Antarabangsa itu, membolehkan Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan mengenai pemuliharaan Panda Gergasi, selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.",
"Sehingga kini, pasangan panda berkenaan yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, melahirkan tiga ekor anak panda, iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Jan 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021. ",
"Rosly@Rahmat berkata ketika ini Yi Yi yang berusia lima tahun dan Sheng Yi yang bakal berusia dua tahun masing-masing mempunyai berat di bawah 50 kilogram.",
"Mengenai program perjanjian yang bakal berakhir melibatkan Fu Wa dan Feng Yi pada tahun depan, beliau berkata perkara itu sedang dibincangkan dengan Kerajaan China dengan syarat-syarat baharu.",
"“Dalam kontrak kita 10 tambah 10, jadi sekarang kerajaan kita sedang berunding untuk sambung kontrak itu mungkin tidak sampai 10 tahun lagi,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/semua-jabatan-agensi-di-bawah-kpkm-siap-sedia-hadapi-keadaan-cuaca-panas
|
[
"KLANG: Semua pegawai di jabatan dan agensi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersiap sedia serta sentiasa memantau dari semasa ke semasa keadaan cuaca panas yang dijangka menjejaskan sektor pertanian negara.",
"Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setakat ini keadaan stok pertanian negara masih terkawal dan pihaknya akan memastikan khususnya barangan keperluan harian mencukupi.",
"“Kita pantau keadaan itu dari semasa ke semasa. Ini memang kita pantau dalam bentuk harian. Pegawai kita antaranya di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) setiap masa pantau supaya stok ada dan mencukupi,” katanya.",
"“Kita sedia juga (ada pelan) kecemasan kalau perlu import (barangan pertanian) jika berlaku sebegitu rupa. Kita sudah ada tempat (dari mana nak diimport) kalau perlu buat dalam keadaan segera,” katanya. ",
"Terdahulu, Mohamad hari ini turut melancarkan Jualan Agro MADANI di bertempat di Kampung Johan Setia di sini dan jelasnya penganjuran program itu akan dilaksanakan di sembilan lokasi lain sekitar Selangor dan Kuala Lumpur selepas ini.",
"Katanya, Jualan Agro MADANI merupakan projek rintis berkonsepkan jualan pada harga berpatutan berfokuskan kepada pengguna yang memerlukan dan platform dalam menyediakan ketersediaan serta akses kepada pengguna dalam mendapatkan barangan keperluan seterusnya memberi ruang pasaran kepada usahawan. ",
"“Melalui program ini, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih. ",
"“Antara fokus lokasi melalui Jualan Agro MADANI adalah di outlet peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar,” katanya.",
"Mohamad berkata sasaran nilai jualan bagi program berkenaan adalah sekitar RM150,000 bagi 10 kali penganjuran dan dijangkakan seramai 5,000 pengunjung akan hadir dengan menikmati penjimatan sejumlah RM45,000."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/lima-2023-tayang-lebih-100-aset-aeroangkasa-maritim
|
[
"KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 aset daripada industri aeroangkasa dan maritim akan dipamerkan kepada pengunjung Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 yang berlangsung di Langkawi bulan depan.",
"Pengarah Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine) Muhammad Aqlan Pacleb berkata sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.",
"\"Kali ini juga ada empat hingga lima pertunjukan udara antaranya Sukhoi Russia, August 1st dari China, Black Eagles (Korea), The Jupiter Aerobatic (Indonesia) dan ini adalah persembahan aerobatik terbesar,\" katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama.",
"Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine Anita Jacobson berkata pihaknya selaku penganjur LIMA 2023 menyasarkan pelawat pameran tersebut iaitu pelawat perdagangan dan pelawat awam masing-masing dijangka mencecah 45,000 dan 250,000 pengunjung.",
"“Untuk tiga hari pertama LIMA 2023 iaitu pada 23 hingga 25 Mei, ia hanya terbuka kepada pelawat perdagangan. Kami beri peluang untuk mereka yang travel dari luar mahupun dalam negara bertemu dengan pemain industri bagi membincangkan perkara berkaitan perniagaan mereka.",
"“Bagi dua hari yang terakhir (26 dan 27 Mei), LIMA 2023 akan terbuka kepada pelawat awam untuk menyaksikan pameran berkaitan aset pertahanan serta keselamatan negara dan sebagainya,” katanya.",
"Pameran edisi kali ini melibatkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pertahanan (bagi Industri Pertahanan Maritim dan Aeroangkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersial Maritim dan Aeroangkasa).",
"Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan pada 2019 dan tidak diadakan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/bekas-penagih-dadah-oku-raih-rm7000-semusim-usahakan-tanaman
|
[
"PASIR MAS: Akibat tersalah memilih kawan semenjak 20 tahun lalu, perjalanan kehidupan Ali (bukan nama sebenar) berubah sekelip mata apabila terjerumus dengan kegiatan penyalahgunaan najis dadah.",
"Ali, 44, yang juga Orang Kurang Upaya (Penglihatan) berasal dari Mukim Kubang Sepat, di sini, mula mengambil bahan terlarang (pil kuda) sewaktu berusia 24 tahun yang pada ketika itu dia bekerja sebagai buruh binaan.",
"\"Saya ambil pil kuda ini sebab pengaruh rakan-rakan dan saya guna duit saya sendiri untuk beli pil kuda yang dijual dengan harga RM10.",
"\"Bayangkan betapa banyak duit saya buang begitu sahaja semata-mata makan benda terlarang itu yang langsung tidak beri faedah kepada diri saya malah ia sebenarnya merosakkan kehidupan saya dan memalukan keluarga,\" katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.",
"Bercerita lanjut, Ali berkata selepas ditahan polis pada tahun 2020 di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya yang dikehendaki menjalani program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI) tidak kurang dari dua tahun hingga tiga tahun, dia mula mencari dirinya kembali dan terdetik rasa keinsafan untuk berubah.",
"\"Selepas keluar dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu, saya mula mengambil alih tanaman yang pernah diusahakan ibu di tepi sungai Kelantan seluas 1.21 hektar dengan menanam buah dan sayuran iaitu tembikai, jagung, timun serta terung.",
"\"Alhamdulillah, setakat ini permintaan orang ramai sangat memberangsangkan dan saya mampu meraih pendapatan bersih sebanyak RM7,000 semusim,\" katanya yang turut dibantu oleh dua pekerja.",
"Ali berkata hasil titik peluhnya itu turut mendapat perhatian daripada agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk membantu dia mengusahakan tanaman terbabit.",
"\"Saya berasa sangat bangga dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana tidak meminggirkan bekas penagih dadah seperti saya, malah banyak memberi bantuan dan pertolongan.",
"\"Oleh itu, saya seru kepada semua bekas penagih dadah supaya berubahlah demi masa depan yang lebih cerah, cari peluang yang diberikan kerajaan dan jangan sesekali merasakan diri kita ini tidak diterima masyarakat. Percayalah najis dadah itu banyak kesan buruk,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/polis-kesan-tiga-lelaki-bantu-siasatan-kes-pukul
|
[
"SEREMBAN: Polis sedang mengesan tiga lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran di Taman Permai Seremban seperti video yang tular di laman sosial sejak semalam.",
"Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai V. Raja Kumar, 29, S. Agilan, 24, dan Suresthiran.",
"“Siasatan mendapati ketika kejadian pada dua hari lepas, mangsa seorang buruh berusia 16 tahun dikatakan sedang makan bersama rakannya di restoran berkenaan sebelum diserang oleh tiga lelaki yang dikenali.",
"“Mangsa turut ditarik sehingga ke luar restoran dan telah dipukul berkali-kali, tidak lama kemudian dia berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis pada 3.46 pagi. Motif pergaduhan disyaki kerana perselisihan faham,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Nanda berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.",
"Semalam, tular beberapa video berdurasi 10 hingga 23 saat memaparkan seorang lelaki dipukul tiga lelaki di restoran berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/runtuhan-di-tasik-kenyir-kerajaan-persekutuan-akan-beri-perhatian-segera
|
[
"KUALA NERUS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian segera terhadap masalah runtuhan tanah di sekitar Tasik Kenyir demi keselamatan rakyat Terengganu.",
"Anwar berkata meskipun Terengganu merupakan negeri pembangkang, namun Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus bersama-sama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah rakyat. ",
"“Yang baru disebut kepada saya iaitu tentang masalah di Tasik Kenyir kerana berlaku runtuhan dan saya bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) kalau itu satu hal yang benar-benar mendesak, kalau untuk menjamin keselamatan kawasan Tasik Kenyir dan Terengganu kerana limpahan air dan kerosakan yang mungkin berlaku, tentunya saya bagi perhatian segera.",
"Walaupun Menteri Besar (Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) daripada parti lain, itu tidak menjadi masalah. Kalau masalah itu masalah rakyat kita mesti hadapi bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Malaysia MADANI: Perdana Menteri Bersama Rakyat Terengganu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, di sini semalam.",
"Majlis berbuka puasa bersama pemimpin nombor satu negara itu turut dihadiri Ahmad Samsuri dan Mohd Zuki beserta kira-kira 1,500 pelajar dan rakyat dari sekitar Kuala Nerus.",
"Sebagai contoh katanya Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri-negeri pembangkang dalam Belanjawan MADANI yang diumumkan Februari lepas dengan pertambahan peruntukan kepada negeri-negeri termasuk Terengganu, selain pengumuman projek tebatan banjir yang turut melibatkan Terengganu dan Kelantan.",
" Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata beliau terbuka dengan sebarang kritikan dan teguran daripada kerajaan negeri termasuk negeri pembangkang terhadap sebarang tindakan dan keputusannya asalkan ia tidak mempunyai unsur serangan peribadi yang memecah-belahkan rakyat.",
"“Saya akan tingkatkan kerjasama dengan negeri-negeri cuma saya harap rakan-rakan negeri terutama pembangkang di peringkat Persekutuan juga akan dapat beri kerjasama dan laluan supaya kita dapat lakukan dengan cara baik,” katanya.",
"Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sumbangan 100 Bakul Rahmah UMT (Universiti Malaysia Terengganu) kepada golongan miskin di Daerah Kuala Nerus.",
"Turut berlangsung, upacara penyerahan zakat daripada Maybank Bhd; Bank Rakyat; Etiqa Takaful Bhd; Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM); RHB Bank; AmBank Group Bhd; Perumahan Kinrara Bhd dan Takaful Malaysia Sdn Bhd berjumlah RM815,211 kepada Tabung Zakat Pelajar UMT.",
"Terdahulu Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata kunjungan Perdana Menteri ke Terengganu pada hari ini adalah gambaran komitmen dan semangat hubungan proaktif antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.",
"\"Konsep muafakat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri atas dasar kepentingan rakyat akan memberi harapan kepada mereka. Pemimpin adalah tempat rakyat mengadu dan bertanggungjawab membawa negara ke masa depan lebih baik,\" katanya.",
"Beliau berkata atas dasar menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, pemimpin juga perlu keluar daripada politik kuno dan dangkal yang tidak berkesudahan. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/pm-terima-jemputan-ke-sambutan-ulang-tahun-ke-75-deklarasi-hak-asasi-manusia
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan dari Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk untuk menghadiri acara sambutan memperingati Ulang Tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR75). ",
"“Malaysia menyokong inisiatif yang dilaksana oleh Pesuruhjaya Tinggi Turk sejajar dengan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk mengangkat martabat dan menegakkan hak asasi manusia di bawah kerangka Malaysia MADANI.",
"Menurut Perdana Menteri beliau menjemput Pesuruhjaya Tinggi Turk untuk melawat Malaysia dan mengulangi komitmen negara untuk bekerjasama rapat dengan beliau bagi mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/rakyat-malaysia-di-sudan-selamat-wisma-putra-pantau-rapat-situasi-di-khartoum
|
[
"PUTRAJAYA: Kementerian Luar memantau rapat situasi di Khartoum, Sudan, berikutan pertempuran antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu, yang telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu. ",
"Menurut kenyataan kementerian, Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan bahawa di beberapa kawasan tertentu di bandar raya itu telah dilanda kekacauan berikutan perkembangan itu .",
"Kedutaan Malaysia yang kini beroperasi sementara dari kediaman Duta Malaysia ke Sudan boleh dihubungi di talian: +249 90 075 3633, +249 18 328 6379 atau e-mel: [email protected]."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/16/cuepacs-mohon-kerajaan-timbang-tambah-baik-skim-pembantu-tadbir-n19
|
[
"KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan penambahbaikan skim perkhidmatan pembantu tadbir melalui pertambahan gred daripada lantikan N19 kepada gred baharu.",
"Presidennya Datuk Adnan Mat (gambar) berkata penambahbaikan itu wajar dilakukan kerana kira-kira 350,000 pegawai pembantu tadbir di bawah skim itu telah menjalankan tugas yang melangkaui tugasan hakiki berdasarkan skim sedia ada.",
"“Skim ini dipanggil skim pembantu tadbir yang telah berkhidmat melangkaui tugasan biasa yang mereka ada satu ketika dulu, tetapi oleh kerana kelayakan semasa kemasukan, mereka masih dikekalkan dalam kelayakan masuk SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) maka itulah gajinya, sedangkan tugasan harian telah melangkaui beban skim yang sedia ada.",
"“Fungsi kita (pembantu tadbir) berubah kerana zaman juga berubah, seluruh dunia berubah, kena ubah bentuk skim ini, kerana dengan cara ini kita ada sedikit kelegaan dalam bentuk kenaikan gred dan kelebihan kenaikan gaji tahunan yang boleh berubah sedikit daripada biasa,” katanya. ",
"Adnan berkata terdapat skim yang setara dengan skim pembantu tadbir yang grednya telah berubah, seperti juruteknik yang sebelum ini di gred maksimum J17 telah bergerak ke J29. ",
"“Pembantu tadbir kewangan sudah berubah nama jawatan kepada pegawai audit dan naik gred kepada W29. Itulah yang kita mahukan kerana yang setara lantikan dengannya telah berubah, maka ini juga kita minta daripada kerajaan, dengan cara ini supaya mereka ada sedikit kelebihan dengan kenaikan gaji,” katanya. ",
"Sementara itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap penjawat awam dengan memberikan pembayaran emolumen dan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang diawalkan kepada semalam. ",
"“Ini adalah satu bantuan untuk berbelanja bagi tujuan memenuhi kehendak keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri… bagaimanapun, kita hendaklah bijak berbelanja agar tidak menjadi masalah di hari kemudian,” katanya. ",
"Pada 10 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Penjawat Awam Persekutuan akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 dan bayaran gaji pada 14 April, iaitu awal tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini. - BERNAMA "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/tumpu-rd-untuk-tingkat-produktiviti-fadillah
|
[
"KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof mahu tumpuan diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian. ",
"Ini kerana menurut Fadillah, peningkatan hasil pertanian akan menjamin keselamatan makanan negara, selain bagi tujuan eksport seperti kelapa sawit, lada, koko dan sebagainya. ",
"\"Pengeluaran getah, susu getah kita sudah menurun, tetapi kita merupakan nombor satu dalam mengeluarkan hasilan getah seperti sarung tangan getah asli dan sebagainya tetapi terpaksa import bahan mentah,\" ujarnya. ",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Persatuan Teknologikal Malaysia (TAM) Kebangsaan 2023 di sebuah hotel di sini hari ini. ",
"Hadir sama Presiden Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Datuk Ts Ir Dr Siti Hasmah Tapsir yang juga penceramah pleno bagi persidangan tersebut, Presiden TAM Ts Tung Chee Kuan dan Pengerusi TAM Cawangan Sarawak Ts Ir Dr Ting Sie Chun. ",
"Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menambah dalam bidang perabot, negara berada dalam kedudukan keenam dunia tetapi juga terpaksa mengimport bahan mentah. ",
"Justeru katanya, di sinilah peranan ahli teknologi dan juruteknik untuk mereka kembangkan penyelidikan mereka, turun padang berjumpa peladang dan pekebun bagi melihat sendiri cara mereka bekerja serta memperkenalkan kaedah baharu yang bersifat automasi kepada mereka bagi meningkatkan produktiviti. ",
"\"Jadi, ini adalah bidang yang saya mahu lihat kerjasama dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan semua agensi di peringkat kerajaan persekutuan mahupun negeri,\" katanya. ",
"Ini kerana katanya, ahli teknologi dan juruteknik memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan pemain industri mengadaptasi teknologi dalam semua bidang. ",
"\"Dari perspektif saya sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, saya dapat melihat teknologi memainkan peranan penting dalam memperkasakan produktiviti dan kualiti komoditi kita. ",
"\"Saya mengucapkan tahniah kepada TAM dengan sokongan MBOT atas kejayaan menganjurkan persidangan yang bermakna ini untuk membawa pelbagai sektor bersama dalam satu platform bagi bertukar-tukar ilmu, kemahiran dan kepakaran dalam bidang teknologi,\" katanya. \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/cuaca-panas-kebakaran-tanah-gambur-antara-punca-jerebu
|
[
"KOTA BHARU: Jerebu yang sedang dialami negara ketika ini berpunca daripada insiden kebakaran kawasan seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan pembakaran terbuka, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.",
"Beliau berkata cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini dan aktiviti ekonomi yang kembali beroperasi selepas COVID-19 turut menjadi penyumbang kepada keadaan itu.",
"Keadaan berjerebu ini bukan hanya di Malaysia tetapi juga berlaku di negara-negara rantau ASEAN,\" katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada 50 orang asnaf di Kampung Parit Pasir Tumboh, di sini hari ini",
"Sementara itu, Nik Nazmi berkata pelbagai agensi kerajaan sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran tanah gambut yang berlaku di Kampung Beoh Mukim Beris Lalang di Bachok yang berlaku sejak 27 Mac lepas.",
"Beliau berkata pada mulanya kebakaran hanya melibatkan kawasan seluas lima hektar namun kini sudah merebak kepada kawasan seluas antara 20 hingga 50 hektar.",
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan telah mengeluarkan notis arahan kepada semua pemilik tanah supaya bertanggungjawab dan mengambil langkah sebaiknya untuk elakkan tanah diceroboh atau dibakar,\" katanya.",
"Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata JAS Kelantan juga telah mengerakkan pasukan operasi mencegah kebakaran terbuka dengan melakukan pemeriksaan harian di semua kawasan tanah gambut yang mudah terbakar dalam tempoh musim kering ini.",
"\"Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah lakukan operasi pengepaman telaga tiub di kawasan tersebut sejak 29 Mac sehingga kini bagi mengalirkan air ke parit dan alur air berhampiran bagi melembapkan tanah supaya dapat mengelak kebakaran daripada terus merebak",
"Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah menyelenggara saliran yang tersekat bagi memudahkan aliran air seterusnya meningkatkan paras air di alur dan mengekalkan kelembapan tanah,\" katanya. "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/imam-siak-guru-kafa-dan-takmir-terima-sumbangan-khas-isnin-ini
|
[
"PUTRAJAYA: Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta takmir akan dibuat mulai Isnin ini (17 April), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.",
"Menerusi kenyataan media hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.",
"Katanya, bantuan khas berkenaan adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas.",
"“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menghargai jasa bakti para murabbi ummah yang mendidik masyarakat selain berharap penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada golongan ini dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri,” katanya.",
"Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkan berita gembira itu dilaporkan berkata kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, siak, guru KAFA serta takmir yang membabitkan peruntukan lebih RM40 juta. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/polis-tahan-pemandu-treler-terbabit-kes-langgar-lari-korban-dua-wanita
|
[
"IPOH: Polis menahan seorang pemandu treler yang dipercayai terbabit dalam kejadian langgar lari hingga mengorbankan dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, Tanjong Malim, pada 29 Mac lepas.",
"Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu dilakukan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Melaka pada 11.57 malam semalam.",
"“Akibat kemalangan itu, lelaki tersebut telah menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikannya pada 30 Mac iaitu sehari selepas kejadian",
"“Pihak kami juga merampas sebuah treler ‘bulk tanker’ jenis Volvo di Kerling, Selangor dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi di sebelah kanan tengah kenderaan itu,” katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/kpdn-beri-jaminan-bekalan-barangan-mencukupi-menjelang-aidilfitri
|
[
"KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan barangan keperluan asas mencukupi menjelang sambutan perayaan Aidilfitri ini.",
"Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata perkara itu adalah susulan sesi libat urus yang dilaksanakan KPDN bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) termasuk agensi-agensi penting seperti Jabatan Perikanan, Jabatan Veterinar serta pihak pembekal. ",
"\"Saya difahamkan bekalan mencukupi menjelang Hari Raya ini, maka tidak perlu bimbang. Sekiranya terdapat perubahan, KPDN akan memberi notis atau pemberitahuan awal bagi mana-mana bekalan barangan yang tidak mencukupi.",
"\"Tetapi setakat ini jangan bimbang, bekalan keperluan pada masa kini adalah mencukupi. Sehubungan itu rakyat tidak perlu melakukan pembelian panik menjelang sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan harga barangan sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 di sebuah pasar raya, di sini hari ini. ",
"Salahuddin berkata SHMMP Hari Raya Puasa 2023 itu akan dilaksana berkuat kuasa hari ini hingga 30 April dengan 30 jenis barangan dikawal di bawah skim itu termasuk enam jenis barangan daripada kategori ayam dan telur, yang telah dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.",
"Sementara itu, beliau berkata KPDN telah mengenal pasti sejumlah 1,700 peniaga Rahmah berdaftar di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan dan menu yang berkualiti hasil maklum balas yang diterima daripada pengguna.",
"\"Saya telah berbincang dengan beberapa pihak terutamanya pihak pasar raya, kita akan cuba memperkukuhkan lagi rantaian bekalan khusus kepada para peniaga 'Menu Rahmah' supaya mereka juga boleh diberikan tawaran harga barangan Rahmah,\" katanya.",
"Terdahulu, Salahuddin turut melancarkan program Pakej Fisioterapi Rahmah BeVital yang menawarkan khidmat rawatan fisioterapi serendah RM20 bagi golongan B40 dan RM5 untuk golongan asnaf miskin.",
"Beliau berkata inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Fisioterapi BeVital terletak di Selayang di bawah 'Payung Rahmah' itu, mampu memberi akses penjagaan kesihatan yang berkualiti dan menyeluruh kepada golongan yang kurang berkemampuan. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/jualan-syawal-madani-di-113-outlet-tawar-harga-30-peratus-lebih-murah
|
[
"PETALING JAYA: Jualan Syawal MADANI yang diadakan sempena Aidilfitri di 113 outlet di seluruh negara, menawarkan pelbagai barangan keperluan harian dengan harga yang lebih rendah sehingga 30 peratus berbanding harga di pasar biasa.",
"Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata program jualan itu dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menerusi Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok (MNS), bermula hari ini sehingga hari raya nanti.",
"“Jualan Syawal MADANI dianggarkan lebih murah berbanding pasar luar dengan perbezaan harga kira-kira 10 hingga 30 peratus kerana Fama yang berada di bawah KPKM bukan berasaskan keuntungan tetapi lebih kepada berasaskan perkhidmatan dan kita bukan mahu bersaing dengan pasar luar. ",
"“Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih-muih untuk keperluan hari raya yang turut dijual di outlet pemasaran ini,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Syawal MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, di Pasar Tani Seksyen 6, Kelana Jaya, di sini hari ini. ",
"Pada masa yang sama, Mohamad turut mengingatkan setiap usahawan di outlet pemasaran Fama agar mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHIMMP) Hari Raya Puasa 2023 yang telah dikeluarkan oleh pihak KPDN.",
"Sementara itu Mohamad turut memberi jaminan bekalan jaminan bekalan telur, daging, ayam, sayur-sayuran dan kelapa untuk sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, adalah mencukupi.",
"Katanya pengguna tidak perlu bimbang untuk mendapatkan barang keperluan itu kerana persediaan awal untuk menambah bekalan barangan berkenaan sentiasa dibuat oleh agensi di bawah kementeriannya.",
"\"Ayam, daging tiada masalah dan ini pun dah tinggal seminggu lagi untuk berhari raya, Insya-Allah cukup. Bekalan telur pun mencukupi dan kalau sesuatu tempat itu tiada bekalan telur, kita akan arahkan Fama untuk memenuhi keperluan di situ,\" katanya.",
"Mengulas tentang isu pengimportan bekalan bekalan telur ayam, Mohamad berkata pihak kementerian setakat ini telah membuat garis panduan yang membolehkan pengimportan dilakukan pada bila-bila masa sekiranya negara mengalami masalah kekurangan bekalan.",
"\"Tiada garis masa yang diperuntukan untuk telur import ini dan kita telah berbincang dengan semua pengeluar telur serta pengguna, bila keadaan runcing kita boleh import pada bila-bila masa,\" katanya.- BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/34643-permohonan-fsa2-layak-dengan-jumlah-rm722-juta-setakat-14-april
|
[
"KUALA LUMPUR: Sebanyak 74,392 permohonan telah diterima di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) setakat 14 April 2023, dengan 34,643 daripadanya adalah permohonan yang layak dengan jumlah RM722 juta, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).",
"Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata KWSP menjangkakan jumlah permohonan FSA2 akan terus meningkat, lebih-lebih lagi setelah Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan BSN MyRinggit Insan-i pada Sabtu.",
"“Kami berbesar hati kerana MBSB Bank dan BSN menyokong FSA2, yang kami percaya akan membantu ahli yang mempunyai isu kecairan tunai untuk mendapatkan pembiayaan peribadi tanpa impak yang serius terhadap simpanan persaraan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.",
"Fasiliti ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong oleh pendapatan yang berpatutan untuk memastikan mereka mampu membiayai pembiayaan peribadi tersebut dan komited kepada pembayaran balik bulanan tanpa menjejaskan kecukupan dan jaminan pendapatan persaraan mereka, katanya.",
"Menurut KWSP, jumlah kelayakan untuk pembiayaan peribadi ini adalah berdasarkan jumlah simpanan dalam Akaun 2, dengan jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum RM50,000.",
"Ahli boleh membuat permohonan pembiayaan peribadi secara dalam talian melalui MBSB Bank atau BSN, dan setelah diluluskan, ahli boleh mengemukakan permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun kepada KWSP berdasarkan jumlah pembiayaan yang diluluskan.",
"“Di bawah Fasa 1, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank.",
"“Amaun pengeluaran yang tertakluk kepada jumlah dalam Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun akan dibuat ke akaun bank ahli apabila ahli mencapai umur antara 50 hingga 55 tahun mengikut pilihan umur pengeluaran ahli,” tambah dana persaraan itu.",
"KWSP memaklumkan permohonan akan dibuka selama setahun, membolehkan ahli KWSP mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun.",
"Ahli boleh melayari http://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk menyemak kelayakan bagi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dan jumlah yang boleh dipohon di bawah fasiliti tersebut.",
"KWSP juga menyarankan ahli untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit mereka melalui Self-Service Terminal (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan Kos Pengesahan Transaksi (TAC) untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi.",
"Layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai FSA2. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/aidilfitri-pdrm-akan-laksana-op-lancar-op-selamat
|
[
"KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April ini bagi memastikan kelancaran pergerakan pengguna jalan raya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.",
"Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata fokus Op Lancar tersebut adalah di semua kawasan yang dijangka berlaku kesesakan aliran lalu lintas akibat pergerakan pengguna jalan raya.",
"Beliau berkata seluruh jentera PDRM di lapangan akan diatur gerak melibatkan anggota balai dan elemen kereta peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), rondaan bit serta risikan, selain mendapatkan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi melancarkan aliran trafik .",
"“Ia akan diatur gerak secara holistik dan sistematik bagi mengurangkan beban kesesakan trafik di lebuh raya, jalan-jalan negeri serta jalan perbandaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Sementara itu, Acryl Sani berkata selain Op Lancar, PDRM juga akan melaksanakan Op Selamat ke-20 bermula 20 hingga 27 April bertemakan ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Destinasi’ bagi memastikan keselesaan rakyat menyambut Aidilfitri kali ini.",
"Menurutnya fokus utama operasi itu adalah untuk memastikan aliran trafik lancar, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan.",
"“Dalam Op Selamat ini, PDRM akan memfokuskan kepada pengurangan kadar jenayah harta benda seperti kes pecah rumah melalui elemen MPV, URB serta rondaan bit yang akan diatur gerak secara holistik dan sistematik di taman perumahan, premis perniagaan dan pusat ibadat yang menjadi tumpuan orang ramai, selain mengurangkan beban kesesakan.",
"“Selain itu, pemantauan udara oleh unit dron Pasukan Gerakan Udara turut dijalankan bagi memantau dan mengesan lokasi titik panas yang telah dikenal pasti, seterusnya menyalurkan info tersebut kepada elemen di lapangan untuk tindakan,” katanya.",
"Beliau meminta pengguna jalan raya agar peka dengan informasi terkini berkaitan aliran trafik semasa melalui portal dan saluran rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia serta pihak konsesi lebuh raya, selain menggunakan aplikasi navigasi bagi merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.",
"Menurutnya keprihatinan pengguna jalan raya untuk bersama-sama menyalurkan sebarang maklumat sama ada melalui rakaman video atau gambar mengenai tingkah laku pengguna kenderaan yang melanggar peraturan dan undang-undang, juga amat dipuji serta dihargai.",
"“PDRM menasihatkan pengguna jalan raya agar bertimbang rasa dalam pergerakan lalu lintas, sentiasa berhemah, berhati-hati dan fokus di dalam pemanduan sepanjang masa agar Hari Raya Aidilfitri dapat disambut dalam suasana kekeluargaan dan kesejahteraan,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/kementerian-siap-siaga-hadapi-kemungkinan-jerebu
|
[
"KUALA TERENGGANU: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlakunya fenomena jerebu ekoran cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini.",
"Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan di kawasan yang ‘sensitif’ seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka.",
"“Sebenarnya kita sudah ada sistem untuk bersiap sedia menghadapi jerebu cuma dalam dua atau tiga tahun ini sebab COVID (COVID-19) jadi bila isu COVID ini kita tengok masalah pembakaran dan sebagainya kurang, (aktiviti) industri pun kurang, jadi kali ini keadaan sudah kembali sedia kala jadi kita bersedia untuk berdepan dengan fenomena tersebut,” katanya.",
"Nik Nazmi berkata kementerian sedang melakukan persiapan dari segi bekalan air termasuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya berlakunya isu kekurangan bekalan air ekoran taburan hujan yang kurang. ",
"Bernama semalam melaporkan fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara adalah disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.",
"Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata setakat Rabu, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.",
"Namun, Muhammad Helmi berkata fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/aidilfitri-jbpm-beku-80-peratus-cuti-pegawai-anggota-di-seluruh-negara
|
[
"KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membekukan 80 peratus cuti pegawai dan anggota bomba di seluruh negara bagi siap siaga sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kecemasan dan kebakaran sepanjang musim perayaan Aidilfitri.",
"Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata pembekuan cuti itu melibatkan 10,174 keanggotaan dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 30 April.",
"“Persediaan awal yang dilaksanakan oleh JBPM bagi mencegah berlakunya kebakaran semasa musim perayaan, antaranya melalui kempen kesedaran keselamatan kebakaran yang disasarkan kepada komuniti perumahan, pusat-pusat perniagaan dan lain-lain. ",
"“Masyarakat diingatkan untuk sentiasa meningkatkan aspek keselamatan pencegahan kebakaran di premis dan kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung agar tidak berdepan sebarang kerugian,” katanya kepada Bernama.",
"“Risiko berlakunya kebakaran meningkat pada musim perayaan dan penting untuk semua pihak meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengambil langkah mencegah kebakaran,” katanya.",
"Ditanya sama ada JBPM ada mengenal pasti kawasan hotspot berpotensi berlaku kebakaran, Abdul Wahab berkata tiada hotspot kebakaran struktur boleh dikenal pasti memandangkan kebakaran struktur berlaku di atas beberapa faktor dan tidak terikat dengan hanya satu faktor seperti peningkatan suhu.",
"“Walau bagaimanapun JBPM tetap bersedia dan mengambil kira premis-premis yang menjadi tumpuan orang ramai untuk sambutan Hari Raya dan sempena Ramadan.",
"Selain itu, JBPM juga melaksanakan penempatan pasukan bersedia yang menjalankan rondaan secara berjadual beberapa lokasi di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur yang dikenal pasti sebagai laluan utama. ",
"Sementara itu, Abdul Wahab berkata JBPM tidak melaksanakan rondaan khusus berkaitan penggunaan mercun dan bunga api, justeru beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika musim perayaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/kdn-akan-bentang-kertas-kerja-bawa-keluar-kanak-kanak-dari-depot-tahanan
|
[
"KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan kertas kerja kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat, mengenai usaha kerajaan untuk membawa keluar kanak-kanak dari depot tahanan imigresen.",
"Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kini KDN dalam peringkat akhir mengumpul data-data mengenai jumlah, umur dan keberadaan kanak-kanak di depot tahanan seluruh negara.",
"Beliau berkata dalam melengkapkan kertas kerja berkenaan, KDN telah melakukan beberapa libat urus dengan pihak berkepentingan dan pakar antaranya Pengasas MERCY Malaysia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar.",
"\"Daripada jumlah berkenaan, 351 mendiami depot tahanan bersama penjaga manakala 679 lagi tanpa penjaga,\" katanya dalam sidang media di program singgah sahur di Depot Tahanan Imigresen Semenyih, di sini awal pagi ini. ",
"Saifuddin berkata KDN sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan kanak-kanak yang berada di depot tahanan imigresen dengan memastikan mereka mendapat akses kesihatan dan menerima rawatan sewajarnya sekiranya sakit, selain memberi akses pendidikan.",
"\"Setakat ini, terdapat lima depot tahanan imigresen yang menyediakan kelas bagi kanak-kanak ini antaranya di sini (Depot Tahanan Imigresen Semenyih), Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas di Johor dan Depot Tahanan Imigresen Belantik di Kedah,\" katanya.",
"Sementara itu, Saifuddin berkata sejak Januari sehingga 12 April lepas seramai 14,139 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang ke negara masing-masing melibatkan seramai 10,625 lelaki dewasa, 2,907 perempuan dewasa, 364 kanak-kanak lelaki dan 243 kanak-kanak perempuan.",
"Mengulas lanjut, beliau berkata tempoh seseorang ditahan di depot tahanan imigresen sebelum dihantar pulang adalah bergantung kepada seberapa segera dokumentasi dapat disiapkan oleh negara asal.",
"\"Setakat ini, Indonesia merupakan negara yang paling cepat menyediakan dokumentasi untuk warganya yang ditahan di sini, oleh itu kita dapat lihat warganya paling ramai dihantar pulang,\" katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/kkd-minta-ahli-parlimen-teliti-isu-pop-di-sekolah
|
[
"KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diminta untuk meneliti masalah kemudahan gentian optik ‘Point of Presence’ atau titik kehadiran (PoP) di setiap sekolah di kawasan mereka dan memaklumkannya kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi membolehkan isu liputan Internet dapat diselesaikan dengan segera.",
"Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementeriannya mahu memastikan golongan guru dan murid memperoleh infrastruktur serta prasarana Internet yang baik supaya dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran dan pengajaran.",
"“Hujung Mac lepas, saya rasmikan PoP di Padang Terap, Kedah dengan kita (KKD) mengusahakan kelengkapan jaringan gentian optik sehingga ke pintu sekolah. Cumanya (penyediaan PoP) dari pintu sekolah ke dalam sekolah itu melibatkan kos kerana setiap sekolah, tapaknya lain.",
"“Jadi, saya akan maklumkan kepada Ahli Parlimen lain untuk teliti isu ini supaya masalah Internet menjadi sejarah terutamanya kepada pihak sekolah,” katanya ketika berucap pada program Cahaya Ramadan bersama Gardenia anjuran Gardenia Bakeries di sini semalam.",
"Pada Mac lepas, Fahmi dilapor berkata sebanyak 55 sekolah luar bandar di Kedah telah dilengkapi dengan PoP yang dapat memperluas jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah-sekolah yang terlibat serta kawasan sekitar.",
"Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan semua lapisan masyarakat untuk menyemak setiap maklumat yang diterima sama ada ia sahih atau sebaliknya sebelum menyebarkannya.",
"“Hal ini supaya kita tidak menjadi penerus kepada penyebaran maklumat yang palsu, salah atau fitnah. Kita semua perlu berhati-hati dalam menerima, menyampaikan atau menyebarkan sesuatu maklumat kerana itu (tindakan sebar maklumat salah) seakan menyambung masalah dan kita seharusnya menyelesaikannya,” katanya.",
"Sementara itu, menyentuh mengenai dakwaan bahawa 1 Syawal mungkin disambut awal dari dijangkakan, Fahmi sekali lagi menyeru rakyat supaya menunggu pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.",
"“Bukan merujuk maklumat daripada WhatsApp, TikTok, Facebook atau dari jiran tetapi rujuk kenyataan yang akan dibuat atau pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Insya-Allah pada 8 malam, Khamis minggu depan,” katanya.",
"Pada program tersebut, Fahmi turut menyampaikan duit raya sebanyak RM200 kepada setiap 50 keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Lembah Pantai. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/ketegasan-kerajaan-tadbir-negara-bantu-tingkat-pendapatan
|
[
"SUNGAI PETANI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketegasan kerajaan mentadbir negara menerusi dasar-dasar diperkenalkan berjaya membantu meningkatkan hasil pendapatan Malaysia.",
"Sebagai contoh, beliau berkata hasil yang diperoleh menerusi kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semakin bertambah dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, terutama cukai-cukai dikenakan ke atas golongan kaya.",
"\"Lembaga Hasil Dalan Negeri memperoleh kutipan yang melonjak naik cukup tinggi dan angka akan diumumkan kemudian. Jadi maknanya bila kita lakukan satu sikap pendirian kita yang tegas tauke-tauke besar dan saudagar-saudagar kaya yang jarang nak bayar cukai penuh, semua kena bayar penuh sekarang.",
"Kita tunjukkan kita jangan bertolak ansur, orang bawahan kena bayar cukai, (tetapi) orang kaya, maha kaya cuba mengelak dari membayar cukai (sebelum ini). Kita bagi isyarat dua tiga bulan lalu dan hasil kita melonjak naik tinggi,\" katanya ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri MADANI di sini semalam.",
"Perdana Menteri berkata jika pelaburan asing dan ekonomi negara bertambah baik dalam tempoh satu atau dua tahun, beliau memberi jaminan keutamaan akan diberikan kepada penjawat awam untuk menikmati kenaikan gaji dan elaun.",
"Sementara itu, Anwar mengumumkan bahawa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri tahun ini tidak akan diadakan di Kompleks Sri Perdana, Putrajaya.",
"Anwar berkata beliau dan anggota Jemaah Menteri, sebaliknya akan turun ke negeri-negeri dan menyertai majlis-majlis dianjurkan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri yang akan dimulakan dengan negeri ini di Alor Setar pada 29 April ini.",
"\"Jadi kita ada minat sikit dengan Alor Setar kerana saya diberitahu makanan di Alor Setar itu jauh lebih lazat daripada tempat lain,\" katanya.",
"Sementara itu, Anwar berkata beliau sudah menghantar nama calon bagi mengisi jawatan Ketua Audit Negara kepada Yang di-Pertuan Agong dua minggu lepas.",
"Beliau berkata proses untuk menamakan calon jawatan itu perlu melalui beberapa prosedur sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.",
"“Semua proses sudah selesai. Ya, saya persembahkan dua minggu lepas...ada prosedur seperti dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berkenaan, ",
"Turut hadir pada majlis itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/penahanan-pegawai-kanan-menteri-sumber-manusia-keputusan-sprm-pm
|
[
"BUKIT MERTAJAM: Penahanan beberapa pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan keputusan badan itu sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Anwar berkata sebagai Perdana Menteri, beliau hanya meminta SPRM untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja sekiranya mempunyai asas untuk berbuat demikian.",
"“Jangan kita mendahului daripada segi menjangka apa-apa yang lain kerana saya tidak ada pemakluman selain daripada dimaklum tentang penahanan (jika) tak salah tiga orang pegawai di kementerian (sumber manusia),” katanya.",
"Media melaporkan pegawai kanan kepada V Sivakumar ditahan SPRM dalam serbuan di kementerian itu pagi kelmarin sementara seorang lagi pegawai kanan kepada menteri berkenaan ditahan semalam bagi membantu siasatan.",
"Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek telah menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan. - BERNAMA\n "
] |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.