url
stringlengths 47
133
| content
list |
---|---|
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/masa-tepat-untuk-malaysia-gubal-undang-undang-tentang-pengurusan-sisa-makanan
|
[
"KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya untuk Malaysia menggubal undang-undang khusus mengenai pengurusan sisa makanan kerana ia akan menunjukkan komitmen negara dalam menangani masalah global yang kritikal itu, kata Ratu Bumi Malaysia 2022 Dr Kajel Kaur Gill.",
"Dr Kajel Kaur berkata undang-undang baharu mengenai pengurusan lebihan makanan telah lama terhenti di Malaysia dan berharap kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan segala usaha yang diperlukan untuk menggubal undang-undang bagi menggalakkan amalan mampan rantaian bekalan makanan.",
"\"Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan yang lazat dan tanpa disedari, kita membuang makanan yang boleh dimakan sehingga menyumbang kepada pembaziran makanan. ",
"“Justeru, satu-satunya cara untuk menghentikan tabiat membazir makanan dalam kalangan masyarakat adalah dengan melaksanakan undang-undang berkesan yang boleh menggalakkan amalan mampan.",
"\"Menggubal undang-undang mengenai sisa makanan di Malaysia akan menyediakan rangka kerja yang komprehensif dalam menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi,\" katanya sambil menambah bahawa ia juga selaras dengan komitmen negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), termasuk SDG 12, yang memberi tumpuan kepada penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab.",
"Dr Kajel memberitahu Bernama semasa sidang media yang diadakan baru-baru ini bagi mengumumkan perkembangan pertandingan ratu cantik ‘Ratu Bumi Malaysia 2023’.",
"Sebagai permulaan, katanya, restoran di Malaysia boleh meletakkan papan tanda seperti 'Makan apa yang anda boleh' atau 'Jangan terlalu teruja dengan hidangan' sebagai langkah bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang sisa makanan.",
"Sementara itu, Dr Kajel Kaur, yang merupakan pemegang lesen pertandingan ratu cantik Ratu Bumi Malaysia 2023, berkata pertandingan ratu cantik Ratu Bumi Malaysia 2023 akan diadakan pada Ogos tahun ini dengan pemenang akan mewakili Malaysia ke pertandingan ratu cantik antarabangsa yang akan diadakan di Vietnam pada akhir tahun.",
"Pencinta haiwan kelahiran Ipoh itu mengasaskan pertubuhan bukan kerajaan yang digelar 'No Strays On Streets' bagi memastikan haiwan terbiar diberi makan, diberi vaksin, diselamatkan, dikebiri dan memiliki tempat tinggal. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/tiada-perbincangan-mengenai-spdrm-dengan-mana-mana-pihak-ksm
|
[
"PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak berhubung Sistem Pengambilan Pekerja Asing dan Pengurusan Sumber Manusia (SPDRM).",
"“KSM berharap penjelasan itu akan menjawab sebarang persoalan atau kekeliruan dalam kalangan majikan atau industri khususnya perwakilan diplomatik negara-negara sumber di negara ini mengenai SPDRM,” menurut kenyataan itu.",
"Penjelasan KSM itu merujuk kepada laporan media semalam, antaranya menyatakan bahawa SPDRM dikatakan dapat menangani isu pemerdagangan orang serta mempercepat kemasukan pekerja asing ke negara ini.",
"Menurut laporan itu juga, SPDRM dikatakan memenuhi peraturan pengambilan pekerja asing termasuk syarat yang ditetapkan di negara ini serta negara-negara sumber. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/lebih-298-juta-pengguna-muat-turun-daftar-myjpj
|
[
"KOTA BHARU: Sebanyak 2.971 juta pengguna kenderaan sudah memuat turun dan mendaftar melalui aplikasi MyJPJ sejak diperkenalkan pada 10 Feb lepas, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim.",
"\"Sekarang ini kita pamerkan untuk membiasakan masyarakat mengenai MyJPJ digital dan menjelang pertengahan tahun ini aplikasi ini akan dinaik taraf untuk menunjukkan dan memperbaharu lesen,\" katanya. ",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama 40 Anak Yatim dan Asnaf yang turut dihadiri Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah, di sini malam tadi.",
"\"JPJ akan menggunakan alat Smart Management Enforcement Device (SMED) bagi mereka yang ada isu berhubung ketiadaan liputan Internet dan kesukaran penggunaan telefon. ",
"\"Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SMED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital,\" katanya.",
"\"Penguatkuasaan bagi Op Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.",
"\"Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan, yang kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi kerja pemasangan cerucuk jambatan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C,\" katanya.",
"Beliau berharap pengguna jalan raya tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelak kesesakan. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/penangguhan-pewartaan-untuk-pastikan-pskl-2040-ikut-kerangka-malaysia-madani
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penangguhan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) adalah bagi memastikan ia mengikut kerangka Kerajaan Perpaduan berlandaskan konsep Malaysia MADANI.",
"“Ada tauke-tauke besar marah saya, saya bekukan sebab mahu kelulusan ikut kerangka pemikiran baharu kita… kalau kamu buat projek besar dengan untungnya beratus juta atau berbilion, silakan tetapi mesti ada projek yang kamu lakukan itu membantu kalangan yang berpendapatan rendah… kerajaan tidak mampu nak belanja keseluruhannya untuk rakyat yang berpendapatan rendah.",
"“Kita syaratkan ada projek yang memberi faedah kepada rakyat biasa. Kalau tidak, orang miskin tidak boleh duduk di Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di sini semalam. ",
"Perdana Menteri juga berkata antara perkara yang diilhamkan beliau bagi pembangunan di ibu kota ialah memastikan setiap gerai dan warung kelihatan cantik, bersih dan berseni.",
"Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PSKL 2040 akan ditangguh hingga 31 Mei bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.",
"Melalui kenyataan itu, Anwar memaklumkan beliau mengambil perhatian pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen tersebut ditangguh untuk memberi peluang lebih luas kepada pihak berkepentingan lain bagi menyatakan pendapat terhadap pelan pemajuan Kuala Lumpur. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/rm6375-juta-bkka-untuk-pekebun-kecil-getah
|
[
"PAPAR: Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM63.75 juta kepada 318,642 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.",
"Beliau, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dengan penyaluran bantuan melalui kementeriannya dan Risda itu, setiap pekebun kecil getah akan memperoleh BKKA sebanyak RM200.",
"Katanya ia bertujuan meringankan beban kewangan dan memberi keceriaan kepada golongan pekebun kecil getah dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidiliftiri yang bakal tiba.",
"“BKKA yang disalurkan ini adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan seramai 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sabah 2023 di Masjid As Salam, Kampung Benoni di sini semalam.",
"Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.",
"Sementara itu, dalam kenyataan media mengenai pengumuman itu yang diedarkan kepada pemberita pada majlis berkenaan, bakal penerima BKKA adalah daripada kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022.",
"“BKKA disasarkan kepada pekebun kecil getah yang mempunyai keluasan kebun di bawah 2.5 hektar. Pemohon bantuan boleh menyemak status bayaran melalui laman sesawang https://bmt.risda.gov.my,” menurut kenyataan itu. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/prn-ph-bn-setuju-kerusi-penyandang-kekal-kepada-parti-menang-pru14
|
[
"GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju semua kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.",
"Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memaklumkan kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN kelak, yang diadakan baru-baru ini.",
"“Perbincangan pusingan pertama telah dibuat antara PH dan BN, perbincangan itu bersetuju untuk melibatkan beberapa parameter yang akan memandu ke arah pengagihan kerusi pilihan raya antaranya kerusi penyandang akan kekal untuk parti yang menang pada PRU14.",
"“Kami menjangkakan pengagihan kerusi akan selesai semuanya sebelum penamaan calon PRN bagi enam negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri MADANI di sini semalam.",
"Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan dan pembahagian kerusi membabitkan PH dan BN menjelang PRN di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.",
"Dilaporkan enam negeri itu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.",
"Mengulas lanjut, beliau berkata rundingan pembahagian kerusi di peringkat negeri sedang berjalan ketika ini dan ia dibuat berdasarkan keputusan di peringkat sekretariat PH yang disampaikan di negeri terlibat.",
"“Di Kedah dan Selangor sedang berjalan mesyuarat tersebut, manakala Pulau Pinang dan Negeri Sembilan belum lagi (mesyuarat) namun telah dijadualkan dalam masa terdekat.",
"“Dua hari lepas saya berada di Terengganu dan saya sampaikan taklimat tatacara rundingan itu, sehari dua lagi saya akan ke Kelantan pula untuk sampaikan taklimat sama,” katanya.",
"Saifuddin Nasution berkata jika terdapat parti yang mahu tambahan kerusi dan ia tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka akan dibawa dan diselesaikan di peringkat pimpinan pusat. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/polis-kesan-individu-main-mercun-hingga-menyebabkan-kecederaan
|
[
"KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera dalam kejadian di Kampung Changkat, Gombak, di sini pada 31 Mac lepas.",
"Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad berkata pihaknya mengesan rakaman video kejadian berkenaan yang tular sejak semalam memaparkan sekumpulan individu bermain mercun dengan menghalakan ke sebuah rumah.",
"“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12.05 tengah malam pada 31 Mac lepas menyebabkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 19 dan 24 tahun cedera di paha dan telinga,” katanya dalam kenyataan malam ini.",
"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nur Atikah Adnan di talian 018-3648044 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/anwar-nafi-runding-isu-kawasan-cari-gali-minyak-dengan-china
|
[
"KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan pemimpin pembangkang bahawa kerajaan berunding dengan China berhubung isu pertikaian kawasan cari gali minyak di Laut China Selatan ketika lawatan rasmi beliau ke republik itu baru-baru ini.",
"\"Kebetulan China tuntut kawasan tengah laut itu. Saya jawab kepada pimpinan China, saya katakan kami terpaksa teruskan projek itu kerana ia berada di kawasan kami.",
"“Lautan bawah bidang kuasa Malaysia, jadi kita teruskan. Dia kata dia pun tuntut, tak mengapa kita akan teruskan tetapi mereka (pembangkang) pusing kata saya runding sebab kononnya projek (cari gali) tak jalan,\" katanya ketika berucap pada Program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah di sini semalam.",
"Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor mengecam Anwar kerana dianggap cuai dalam membuat kenyataan berhubung isu Laut China Selatan.",
"Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan Malaysia akan meneruskan pendekatan diplomatik dalam hubungannya dengan negara lain termasuk China demi memastikan Laut China Selatan kekal aman, stabil dan selamat untuk laluan perdagangan.",
"Pendekatan ini selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan antaranya penyelesaian konflik secara aman serta mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan seperti dipersetujui oleh negara anggota ASEAN dan China pada 2002. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/dasar-kerajaan-perpaduan-mesti-amal-keseimbangan-mengikut-al-quran
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap dasar yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan mengamalkan keseimbangan sepertimana ditekankan dalam al-Quran.",
"“Sebab itu tidak boleh langgar segala bukit bukau dirobohkan, pokok balak ditebang sesuka hati, jahanam kerana tiada equilibrium atau keseimbangan (diamalkan)… bila kerosakan berlaku, (bencana) akan selalu menimpa rakyat terutama rakyat yang lebih rendah kedudukan mereka atau miskin.",
"“Apabila seseorang itu diamanahkan atau dilantik (sebagai) menteri, beliau mewakili semua rakyat maknanya keluhan rakyat mesti didengar dan dasar kerajaan mesti mengambil kira perimbangan yang disebut dalam al-Quran,” katanya.",
"Perdana Menteri juga berkata pemimpin Melayu dan Islam tidak seharusnya hanya berbicara mengenai soal hidup bangsa Melayu dan berjuang menggunakan agama Islam sebaliknya perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.",
"“Biar orang tengok ada orang Melayu yang bersih dan tidak korup, menjaga serta prihatin terhadap nasib orang yang susah dan miskin,” katanya.",
"Sempena Hari Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini, Anwar menyeru umat Islam supaya memanfaatkan ia dengan membaca, menghadam dan seterusnya memahami ayat-ayat dalam kitab suci itu.",
"Nuzul Al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda.",
"Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan wang tunai RM200 kepada setiap 300 asnaf dan fakir miskin bagi Parlimen Lembah Pantai dengan jumlah keseluruhan penerima sumbangan Nur Ramadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tahun ini ialah 3,300 orang. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/aidilfitri-maritim-malaysia-aktifkan-semula-op-khas-pagar-laut-banteras-aktiviti-rentas
|
[
"GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaktifkan semula Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan Malaysia bagi mengekang dan memerangi jenayah rentas sempadan pada musim perayaan Aidilfitri kali ini.",
"Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata operasi siri 1/2023 kali ini akan diadakan dari 9 hingga 30 April ini. ",
"\"Justeru, mereka mengambil kesempatan melakukan aktiviti penjenayah seperti membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan kontraband serta barang-barang kawalan, pencerobohan serta lain-lain jenayah melalui jalan laut,\" katanya selepas merasmikan pelancaran Op Khas Pagar Laut hari ini.",
"Katanya 800 pegawai dan anggota penguatkuasa akan terlibat, dengan kekuatan 45 buah pelbagai aset milik agensi dalam melaksanakan rutin rondaan dan penguatkuasaan di kawasan perairan negara.",
"Sementara itu merujuk kepada Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) setakat ini, Saiful Lizan berkata berkata pihaknya dijangka menerima kapal pertama OPV 1 pada 24 Julai tahun ini, manakala untuk OPV 2 hujung tahun ini, dan OPV 3 awal tahun depan. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/lebih-200000-veteran-atm-termasuk-tidak-berpencen-terima-bkka-17-april-ini
|
[
"ALOR GAJAH: Lebih 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM350 setiap seorang pada 17 April ini. ",
"Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pembayaran berkenaan membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan kepada golongan veteran khususnya mereka yang tidak berpencen agar dapat mengurangkan beban kewangan membuat persiapan sempena Aidilfitri.",
"\"Kita mempunyai veteran tidak berpencen sekitar 79,000 orang manakala mereka yang berpencen lebih 100,00 orang dan kesemua mereka akan mendapat manfaat ini yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2023 Feb lepas,\" katanya kepada pemberita di Freeport A'Famosa Outlet di sini hari ini.",
"Beliau berkata demikian selepas Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk dengan Kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah melibatkan 1,500 bekas bubur.",
"Mengulas lanjut, Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah berkata kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan turut meraikan anggota tentera yang bertugas di luar negara seperti di Lebanon sempena Hari Raya akan datang.",
"Beliau berkata pelbagai sumbangan dan keperluan menyambut hari raya akan disalurkan kepada golongan berkenaan yang terlibat dalam misi keamanan di luar negara.",
"\"Ada sebahagian kepimpinan Kementerian Pertahanan akan menyambut Aidilfitri bersama dengan mereka yang tidak dapat pulang beraya kerana tugas menjaga keamanan antaranya pasukan Malbatt (Malaysian Battalion) di Lebanon,\" katanya.",
"Dalam pada itu, beliau berkata kawalan keselamatan dan rondaan di sempadan negara termasuk laluan tikus dan lokasi panas terus dipertingkatkan bagi mengekang kemasukan warga asing atau sebarang aktiviti penyeludupan menjelang Hari Raya. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/agong-zahir-dukacita-kutuk-sekeras-kerasnya-serangan-terbaharu-rejim-israel
|
[
"KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu tentera rejim Israel terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa baru-baru ini.",
"Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata Seri Paduka menyifatkan tindakan itu sebagai perbuatan keji dan amat zalim serta tidak berperikemanusiaan lebih-lebih lagi kerana ia berlaku dalam bulan mulia yang sepatutnya aman.",
"“Seri Paduka turut menyifatkan tindakan tentera rejim Israel itu bukan sahaja menyalahi undang-undang malah mencabuli hak asasi manusia serta kesucian masjid itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.",
"Selain itu, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa Malaysia dan rakyatnya sentiasa bersolidariti bersama Palestin serta menyeru rakyat untuk terus memperjuang prinsip keadilan dan sikap saling menghormati di samping menentang sebarang bentuk keganasan serta kezaliman sesama manusia.",
"Zahari berkata Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan sokongan terhadap ketetapan kerajaan yang menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), supaya rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah keji itu dan segera membebaskan semua tahanan Palestin.",
"Al-Sultan Abdullah bertitah Malaysia menyokong dan berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini bahawa rakyat Palestin berhak mendapat sebuah negara yang merdeka serta berdaulat berdasarkan garis sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara selaras dengan undang-undang dan inisiatif di peringkat antarabangsa.",
"Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata Seri Paduka turut bertitah agar kerajaan memainkan peranan menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk bersatu padu membantu menangani masalah yang dihadapi oleh Palestin.",
"Baginda turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk sama-sama berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing supaya rakyat Palestin dilindungi serta tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel.",
"“Seri Paduka turut menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam untuk mengadakan solat sunat hajat serta doa selamat termasuk di kediaman sendiri bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin daripada niat jahat rejim Israel,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/laut-china-selatan-malaysia-teruskan-pendekatan-diplomatik-membabitkan-negara-lain
|
[
"PUTRAJAYA: Malaysia akan meneruskan pendekatan diplomatik dalam hubungannya dengan negara-negara lain termasuk China dalam usaha bersama demi memastikan Laut China Selatan kekal aman, stabil dan selamat untuk laluan perdagangan, menurut Kementerian Luar ( Wisma Putra) pada Sabtu.",
"Pendekatan ini adalah selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), antaranya, penyelesaian konflik dengan aman dan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan, seperti dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN dan China pada 2002, menurut kenyataan Wisma Putra.",
"Wisma Putra memaklumkan bahawa pendekatan rundingan juga sedang diambil negara-negara anggota ASEAN dan China untuk memuktamadkan sebuah Kod Tatalaku di Laut China Selatan.",
"“Negara-negara anggota ASEAN dan China komited terhadap proses ini bagi menghasilkan sebuah Kod Tatalaku berdasarkan undang-undang antarabangsa, termasuk KUUL 1982 (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982),” menurut kenyataan itu.",
"Kerajaan Malaysia tegas dan komited untuk mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan Malaysia di dalam kawasan maritimnya seperti yang terkandung dalam Peta Baru Malaysia 1979, menurut kenyataan itu.",
"Malaysia berpendirian teguh bahawa isu-isu berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman dan konstruktif, berdasarkan undang-undang antarabangsa termasuk KUUL 1982.",
"Rujukan kepada ‘rundingan’ semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Parlimen pada 4 April 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermaksud sebarang isu berkaitan Laut China Selatan perlu dibincangkan atau diselesaikan secara aman menggunakan platform sedia ada dan juga melalui saluran diplomatik, dan tanpa menjejaskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara, untuk mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan (escalation) dan ancaman atau penggunaan kekerasan (threat or use of force).",
"Dalam temu bual dengan China Daily semasa lawatannya ke China minggu lepas, Anwar berkata tiada penyelesaian mudah bagi tuntutan bertindih wilayah di Laut China Selatan tetapi masalah itu bukanlah satu yang tidak dapat diatasi selagi ada ruang dialog. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/bukit-aman-tubuh-pasukan-khas-siasat-kes-babitkan-3r
|
[
"KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja (3R).",
"Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata pasukan itu, yang ditubuhkan pada 22 Mac lepas, diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 JSJ.",
"“Objektif pasukan khas ini adalah memastikan siasatan dijalankan dengan segera dan (hasil siasatan) dikemukakan kepada pejabat Peguam Negara dalam tempoh tujuh hari,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata tujuh kertas siasatan melibatkan kes 3R dibuka bagi tempoh 27 Mac hingga Khamis lepas dengan empat daripadanya berkaitan penghinaan terhadap institusi diraja, dua membabitkan agama dan satu berbaur elemen perkauman.",
"“Setakat ini, dua individu telah ditahan membabitkan kes penghinaan terhadap institusi diraja dan perkauman manakala seorang lagi dalam proses dikesan,” katanya.",
"Noorsiah turut menasihati orang ramai agar tidak memuat naik gambar, video sensitif dan perkara yang melangkaui aspek 3R sehingga menyebabkan fitnah serta mengundang kemarahan masyarakat.",
"Beliau berkata orang ramai turut disaran menggunakan media sosial dengan bijak terutama yang menyentuh isu 3R bagi menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta agama terpelihara.",
"“Sebarang bentuk penularan berita palsu, berkecenderungan menghasut atau ugutan yang boleh menyebabkan kegentaran awam melalui platform media sosial akan diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 serta kesalahan yang termaktub mengikut Kanun Keseksaan,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/alumni-al-azhar-kubu-pertahanan-akidah-umat-islam
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendidikan, kefahaman dan fikrah Islam yang dipelopori oleh alumni Universiti Al-Azhar, Mesir menjadi ‘kubu pertahanan’ akidah umat Islam.",
"Dalam perutusan video sempena Sambutan Hari Al-Azhar Sedunia hari ini, beliau berkata menjadi tradisi bagi universiti terulung Islam itu menghasilkan para ilmuwan yang memberi sumbangan besar bukan hanya kepada Malaysia malah seluruh dunia.",
"Perdana Menteri berkata justeru, para ilmuwan Universiti Al-Azhar diharap dapat terus memperluas dakwah kesedaran dan pengisian ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat MADANI.",
"“Sebab itu di Seri Perdana, saya menganjurkan majlis dan secara kebetulan sama ada syeikh yang datang dari Al-Azhar ataupun mufti atau ilmuwan yang majoriti besarnya adalah kelulusan atau alumni Al-Azhar,” katanya pada majlis anjuran Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia (WOAG Malaysia) di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.",
"Perdana Menteri juga mendoakan agar perjumpaan itu dapat menghasilkan kejayaan yang baik untuk mengangkat martabat umat Islam melalui pencerdasan dan kecelikan budaya berdasarkan kefahaman terhadap Islam. ",
"Program sambutan itu diadakan sempena genap 1,083 tahun penubuhan Universiti Al-Azhar dan sambutan Hari Al-Azhar Sedunia di peringkat global itu dicetuskan oleh Pejabat Syeikh Al-Azhar di Mesir. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/ibu-dera-anak-umur-10-bulan-ditahan
|
[
"KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita berumur 26 tahun di kediamannya di Petaling Jaya kerana disyaki mendera anak sendiri yang baru berumur 10 bulan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, Khamis lepas.",
"Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata kesan lebam dapat dilihat di seluruh badan bayi itu, dipercayai akibat penderaan."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/perwataan-pskl-2040-ditangguh-hingga-31-mei
|
[
"KUALA LUMPUR: Pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) akan ditangguhkan sehingga 31 Mei bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu akan membolehkan DBKL mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam satu tempoh yang mencukupi bagi memberi penjelasan, di samping mendapatkan maklum balas sewajarnya berkaitan pewartaan PSKL 2040.",
"Anwar yang mempengerusikan sesi pembentangan Draf PSKL 2040 oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL semalam, mengambil maklum bahawa proses penyediaan dokumen itu dilaksanakan mengikut keperluan yang diperuntukkan di dalam Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dengan teratur.",
"“Kendatipun begitu, saya juga mengambil perhatian akan pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen ini ditangguhkan bagi memberi peluang yang lebih luas kepada pihak berkepentingan yang lain untuk menyatakan pandangan terhadap pelan pemajuan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/kerajaan-tambah-rm35-juta-peruntukan-bagi-program-perkasa-komuniti-ppr
|
[
"SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM35 juta untuk program memperkasakan komuniti projek perumahan rakyat (PPR) di Selangor dan Kuala Lumpur.",
"Perdana Menteri berkata peruntukan itu dijangka memberi manfaat kepada 50,000 penduduk PPR menerusi program Kita Untuk Kita (K2K), khususnya melibatkan kira-kira 12 perumahan yang dikenal pasti bermasalah dan tenat.",
"\"Saya juga bincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya percepatkan proses dengan tidak ikut tender yang biasa dan (tempoh) panjang, tetapi tender terhad supaya dipercepatkan (untuk peruntukan berkenaan),\" katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program K2K yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir, di sini.",
"Program K2K antaranya bertujuan membina kapasiti dan memperkasa peranan komuniti untuk menggalas tanggungjawab bersama terkait hal pengurusan bangunan dan persekitaran serta pengisian di kawasan perumahan awam.",
"Mengulas berhubung pelan struktur Kuala Lumpur yang baharu, Anwar berkata pelan berkenaan yang sepatutnya diluluskan bulan ini ditangguhkan sehingga akhir Mei depan bagi membolehkan beberapa pindaan dilaksanakan.",
"Anwar berkata pindaan itu antaranya bukan sahaja akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai mercu tanda berdasarkan pembangunan infrastruktur semata-mata, tetapi turut menekankan aspek kehijauan dan kebersihan. ",
"\"Sebab itu saya tangguhkan (lulus pelan Kuala Lumpur baharu). Cadangan pindaan itu sudah pun diluluskan di peringkat pegawai tapi saya beritahu edarkan pelan itu supaya ahli politik, syarikat, pakar dan badan bukan kerajaan dapat bagi pandangan terakhir untuk kita baiki,\" katanya.",
"Sementara itu Anwar berkata beliau akan mempertimbangkan supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/pelantikan-ahli-mainpp-hakim-syarie-adalah-amanah-menguruskan-pentadbiran-agama-islam
|
[
"GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Hakim Syarie perlu menggalas tugas serta peranan mereka dengan penuh tanggungjawab, dan pelantikan mereka ke jawatan itu merupakan satu amanah untuk menguruskan pentadbiran Agama Islam di negeri itu.",
"Dalam titah Baginda, Al-Sultan Abdullah berharap pelantikan itu dapat sedikit sebanyak memberi semangat kepada yang berkenaan, untuk meneruskan dan menegakkan Syariat Islam dengan sempurna.",
"“Beta bangga dapat menganugerahkan watikah pelantikan kepada ahli-ahli MAINPP dan Hakim-hakim Syarie. Di sini beta ingin ingatkan bahawa lantikan ini adalah besar maknanya dengan penuh tanggungjawab dan amanah dari Allah untuk kita uruskan pentadbiran agama Islam.",
"“Beta kagum dengan pentadbiran urusan agama Islam di Pulau Pinang yang diuruskan dengan baik di bawah naungan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di bawah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang,” titah baginda.",
"Seri Paduka Baginda hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 15 ahli MAINPP dan 17 Hakim Syarie di sebuah hotel di sini bersempena lawatan selama tiga hari ke negeri ini.",
"Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor disusuli ucapan sembah menjunjung kasih oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.",
"Mengetuai penerima ahli MAINPP adalah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua MAINPP, diikuti Timbalan Yang Dipertua MAINPP Datuk Dr Roslan Ahmad dan Ketua Setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.",
"Antara penerima watikah pelantikan Hakim Syarie termasuk Datuk Muhamad Abdul Karim Wahab, Datuk Mohd Amran Mat Zain dan Datuk Mohd Syukor Sahabudin."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/mot-lulus-527-penerbangan-tambahan-sempena-aidilfitri
|
[
"PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) telah meluluskan 527 penerbangan tambahan sempena Aildilfitri tahun ini, melibatkan perkhidmatan penerbangan daripada enam syarikat iaitu Malaysia Airlines, Batik Air, AirAsia, Firefly, MASWings dan MYAirline.",
"Menerusi kenyataan di sini hari ini, MOT memaklumkan langkah yang diambil bersama Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) itu bertujuan menampung permintaan yang tinggi ketika musim perayaan melibatkan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.",
"“MAVCOM telah meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi-destinasi utama dalam Malaysia,” menurut kenyataan itu.",
"Penerbangan tambahan itu melibatkan 118 penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Kota Kinabalu, penerbangan ke Tawau (70), penerbangan ke Sandakan (32), penerbangan ke Kuching (102), penerbangan ke Sibu (34), penerbangan ke Miri (20) dan penerbangan ke Bintulu (14).",
"Menurut MOT, MAVCOM turut meluluskan penerbangan tambahan lain untuk memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih tinggi bagi menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan.",
"“Tiket tambang tetap tersebut telah dijual dengan pantas. Malah, tiket tambang biasa turut menyaksikan kadar pembelian tinggi dan membawa kepada peningkatan harga bagi tiket yang berbaki,” menurut MOT.",
"MOT memaklumkan pihaknya bersama MAVCOM turut melaksanakan langkah intervensi apabila kapasiti yang dtawarkan syarikat penerbangan tambang rendah tidak mencukupi dengan mengadakan perbincangan bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB).",
"Menurut MOT, langkah itu membawa kejayaan apabila MAB bersetuju untuk meningkatkan kapasiti penerbangan iaitu 40 penerbangan menggunakan pesawat Airbus A330 bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.",
"MOT berkata ia merupakan tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang telah dijadualkan untuk beroperasi dalam Semenanjung Malaysia, 2,149 penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak, serta 2,033 antara Semenanjung Malaysia dan Sabah. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/kjaan-tiada-konflik-kepentingan-dalam-permohonan-pengampunan-diraja-buat-najib
|
[
"SHAH ALAM: Tiada konflik kepentingan bagi kerajaan, susulan keputusan UMNO yang berhasrat mempersembahkan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau berkata perkara berkenaan tidak seharusnya berbangkit memandangkan proses permohonan pengampunan dibenarkan untuk dibuat oleh sesiapa sahaja, selain semua pihak perlu patuh kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan. ",
"“Walaupun melalui proses, dan saya ada dalam proses itu, namun akhirnya soal penganugerahan pingat dan pengampunan - itu wewenang dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, dan tidak perlu dibahas secara awam kerana proses itu mesti dilalui,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Rights To The City: Kita Untuk Kita (K2K) di Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom, di sini hari ini. ",
"Anwar berkata adalah terlalu awal untuk beliau memberikan sebarang ulasan mengenai perkara itu memandangkan tiada sebarang kertas atau proses yang dilaksanakan setakat ini untuk permohonan berkenaan, selain keputusan yang dibuat di peringkat UMNO.",
"“Saya tidak mahu menghalang sesiapa dalam perkara itu, tetapi apa sahaja proses di mahkamah adalah amat bebas, ia perlu dipatuhi dan dihormati. Akhirnya apa sahaja keputusan, ia adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong semata-mata,” katanya.",
"Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan membidas kenyataan yang dibuat Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam beliau kerana mahu berunding dengan China berhubung wilayah Malaysia.",
"“Masalah sekarang, beliau tidak baca kenyataan saya bahawa kita akan teruskan projek cari gali Petronas (di kawasan Laut China Selatan). Tiada langsung saya sebut nak tolak ansur, dan ini yang saya sampaikan kepada negara China yang tidak dilakukan oleh beliau,” katanya. ",
"“Secara konsisten saya sebut cari gali oleh Petronas tetap diteruskan di kawasan yang kita percaya sebagai kawasan kita, tetapi sekarang China cakap tidak, ini kawasan bertindih. Saya kata OK.. boleh bincang,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/08/nuzul-al-quran-pm-anwar-seru-umat-islam-banyakkan-baca-al-quran
|
[
"Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau bersempena Nuzul al-Quran yang disambut hari ini berkata kitab suci yang diturunkan pada bulan Ramadan itu mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk yang meluruskan perbedaan antara yang haq dan batil.",
"Beliau berkata ia juga sebagai satu bentuk kesyukuran atas turunnya mukjizat Allah SWT yang menjadi sumber kekuatan dan kejayaan umat kelak.",
"Anwar berkata dalam bulan Ramadan juga terdapat peristiwa besar seperti Perang Badar pada tahun kedua Hijrah dan pembukaan Kota Makkah pada tahun kelapan Hijrah yang menunjukkan siri peristiwa dalam bulan Ramadan ini penting dan strategik dalam konteks sejarah perjuangan dakwah Rasulullah SAW.",
"Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 keputeraan baginda. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/petugas-kesihatan-perkhidmatan-awam-tolak-anjuran-mogok-utamakan-pesakit-dr-zaliha
|
[
"PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menghargai komitmen dan profesionalisme tinggi petugas kesihatan dalam perkhidmatan awam yang meletakkan keutamaan pesakit melebihi kepentingan peribadi dengan menolak anjuran mogok melibatkan doktor baru-baru ini. ",
"Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata mogok bukanlah satu jalan penyelesaian terbaik bagi menangani setiap permasalahan yang timbul, sebaliknya perkara itu perlu ditangani secara lebih berhemah dan profesional menerusi platform yang betul.",
"“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menolak anjuran untuk mogok dalam kalangan doktor baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.",
"Media melaporkan kumpulan doktor kontrak merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari dari 3 hingga 5 April dengan tidak akan hadir bertugas serta mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.",
"Dr Zaliha berkata hebahan mengenai Mogok Doktor Malaysia yang telah ditularkan dalam laman sosial dengan dijangka melibatkan antara 8,000 hingga 12,000 doktor kontrak telah gagal melumpuhkan perkhidmatan kesihatan seperti yang dirancang oleh penganjur.",
"“Kod etika profesional dalam kalangan pegawai perubatan dan yang lainnya perlulah dipelihara dan sentiasa menjadi pedoman ke arah memartabatkan institusi perubatan di negara ini kepada suatu anjakan paradigma yang sentiasa disegani,” katanya. ",
"Beliau berkata anjuran mogok itu dilihat lebih bersifat ancaman dan provokatif serta mempunyai kepentingan tertentu sehingga sanggup mengambil kesempatan terhadap keselamatan dan nyawa rakyat.",
"“Saya juga ingin merakamkan rasa terima kasih kepada kepimpinan tertinggi KKM, pengarah-pengarah kesihatan negeri dan hospital serta ketua perkhidmatan dalam kesiapsiagaan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan tempoh hari,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/ramalan-hari-raya-akan-dibincang-dalam-jawatankuasa-fatwa
|
[
"PUTRAJAYA: Ramalan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa 1 Syawal di kebanyakan negara adalah pada 21 April, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.",
"\"Jadi saya rasa kita kena tunggu. Kita akan bincang di peringkat Jawatankuasa Fatwa, seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya tidak terkejut (sambut raya).",
"\"Saya tidak mahu mendahului dan serah kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk keputusan,\" katanya kepada media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam melaksanakan program kebersihan, di sini hari ini.",
"Di Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.",
"Portal Gulf News melaporkan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di UAE mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.",
"Bagaimanapun, menurut laporan itu beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.",
"Dalam pada itu, ditanya persediaan yang perlu dilakukan umat Islam untuk berdepan sebarang kemungkinan, Mohd Na'im meminta umat Islam agar bersabar kerana penentuan tarikh hari raya terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.",
"\"Bagaimanapun ada satu kaedah dalam syarat yang menyebut 'tindakan pemerintah yang bertanggungjawab itu didasarkan kepada kepentingan awam'. Jadi saya ingat itu kriteria yang akan digunakan nanti untuk memudahkan rakyat,\" katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/umat-islam-perlu-bersatu-walau-berbeza-pandangan-agong
|
[
"KEPALA BATAS: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah umat Islam perlu mempunyai keinginan untuk bersatu walaupun berbeza pandangan kerana inilah sifat yang boleh memajukan diri, negeri dan negara.",
"“Ini adalah satu fenomena yang kurang sihat dan tidak sihat langsung,” titah Seri Paduka pada majlis Pemasyhuran Masjid Jamek Ar Rahmani Kampung Banggol, di sini hari ini.",
"Seri Paduka berharap pentadbiran masjid di bawah naungan Majlis Agama Islam Pulau Pinang di bawah Yang Dipetua Negeri Pulau Pinang perlu diuruskan dan diimarahkan dengan sebaik mungkin.",
"Hadir sama Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Dipetua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.",
"Pada majlis berkenaan, Seri Paduka berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Jamek Ar Rahmani Kampung Banggol sebelum menunaikan solat Jumaat bersama rakyat jelata. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/mahasiswa-perlu-bawa-pemikiran-baharu-jadikan-pendidikan-bina-adab-ketamadunan
|
[
"SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mahasiswa bahawa pendidikan yang diperoleh mereka seharusnya dapat membina adab dan ketamadunan yang tinggi dan bukan bertujuan untuk mendapatkan profesion, kedudukan serta kuasa.",
"Beliau berkata di bawah Kerajaan MADANI pimpinannya, beliau dengan jelas membantah dan melontarkan asakan yang kuat kepada kelompok penguasa elit yang menggunakan kuasa untuk membolot kekayaan negara dan menggunakan jawatan untuk mengkayakan kroni dan sanak saudara. ",
"\"Saya asak dan bukan sahaja bantah tindakan ini tetapi pemikiran ini harus dirombak,\" katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Perdana Menteri bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia di sini hari ini.",
"\"Saudara (mahasiswa) bertanggungjawab bukan sahaja membina profesion dan keluarga tetapi membina tamadun dan tamadun itu tegak dengan keyakinan dengan nilai dan ilmu yang tinggi,\" katanya.",
"Menjawab soalan peserta mengenai demonstrasi atau bantahan, Anwar berkata mahasiswa perlu berfikir secara kreatif dan tidak semestinya menggunakan kaedah seperti tahun 70-an atau 80-an dalam menyampaikan ketidakpuasan hati kerana keadaan kini sudah berubah.",
"Beliau berkata tiada masalah untuk golongan anak muda untuk membuat sebarang bantahan dan kerajaan tidak akan mengongkong golongan itu namun perlu mengikut peraturan serta tidak membawa pemahaman ekstrem berkaitan perkauman dan agama. ",
"“Kalau ada masalah dengan kementerian, biar menteri dengar dan arahan kita adalah memberikan ruang untuk mahasiswa mengeluarkan pandangan. Tidak perlu mengambil jalan seperti yang kita lakukan dahulu,” katanya. ",
"“Ini antara fitnah yang disebarkan bahawa jika Anwar jadi perdana menteri, UiTM akan ditutup… Padahal kalau saudara tahu sejarah saya semasa memimpin mahasiswa antara yang paling keras adalah bagi penubuhan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan menuntut ITM pada masa itu dinaik taraf kepada UiTM.",
"“Banyak orang yang berjasa mengenai perkara itu tetapi kita konsisten dalam bab itu dan tidak pernah membangkitkan, malah dalam kerajaan Perpaduan hari ini kita tidak meninggalkan aspek ini kerana ini adalah kenyataan,” katanya. ",
"Berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Anwar berkata akta berkenaan tidak sesuai untuk dibatalkan namun boleh dipinda mengikut kesesuaian. ",
"“Beberapa peruntukan lain dalam akta itu penting, jadi untuk membatalkannya saya fikir itu tidak sesuai sebagaimana disebut menteri kita boleh pinda beberapa peruntukan yang perlu diperjelas,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/bantuan-e-dompet-rm200-diperluas-kepada-semua-mahasiswa
|
[
"SHAH ALAM: Kerajaan akan memperluas bantuan e-Dompet 2023 kepada semua mahasiswa di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. ",
"\"Saya akan putuskan supaya e-Dompet boleh dimanfaatkan semua mahasiswa,” katanya ringkas pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia di sini hari ini.",
"Isu itu dibangkitkan oleh seorang wakil pelajar yang mendapati Belanjawan 2023 meletakkan kategori penerima bantuan e-Dompet berjumlah RM200 adalah individu berusia 18 hingga 20 tahun, menyebabkan sebahagian mahasiswa tidak mendapat manfaat selain tidak boleh memohon bantuan bagi kategori bujang.",
"Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut memberi jaminan bahawa Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan mengadakan beberapa rancangan segera bagi memastikan akses Internet di semua kampus di seluruh negara dalam keadaan baik. ",
"Menjawab pertanyaan berkaitan harga tiket penerbangan domestik yang tinggi, Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berhubung perkara itu.",
"“Tetapi ini di luar skop kerajaan (harga tiket penerbangan) kecuali dengan beri subsidi. Ini masuk akal dan mungkin kita perlu berunding dengan syarikat penerbangan. (Mungkin) setahun sekali diberikan… boleh, nanti kita bincang,” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/anggota-polis-disyaki-seludup-mercun-berdepan-tindakan-tegas
|
[
"KUALA LUMPUR: Anggota polis yang ditahan kerana disyaki menyeludup mercun dan bunga api di Machang, Kelantan Selasa lepas akan dikenakan tindakan tegas.",
"Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata selain berhadapan tindakan undang-undang, anggota itu juga akan dikenakan tindakan dalaman kerana menggunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.",
"\"Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti anggotanya terlibat dengan kegiatan jenayah,\" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.",
"Selasa lepas, seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan di Machang bersama rakannya ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000.",
"Beliau turut mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/3223-jualan-rahmah-seluruh-negara-sejak-januari-babitkan-nilai-rm52-juta
|
[
"SEREMBAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan 3,223 Jualan Rahmah di seluruh negara membabitkan keseluruhan jualan bernilai RM52 juta sejak Januari hingga kini.",
"Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata ia melibatkan 118 Parlimen dengan jualan barangan lebih murah sehingga potongan 30 peratus berbanding harga pasaran sekali gus bertujuan membantu mengurangkan kos hidup rakyat.",
"“Di peringkat Kementerian, kami luluskan RM125,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri dengan keseluruhan RM100 juta yang boleh digunakan hingga hujung tahun untuk melaksanakan Jualan Rahmah.",
"“Sebelum ini pun memang ada (Jualan Rahmah) yang ia merupakan inisiatif dengan kerjasama sesetengah pasar raya, tetapi dengan subsidi yang kami tawarkan, insya-Allah lebih giat lagi akan dilakukan...dengan ada pakej Rahmah, barang berharga RM70 dijual RM50 selain pelbagai diskaun,” katanya.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Jualan Rahmah peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.",
"Pelaksanaan inisiatif berkenaan diadakan selama tiga hari mulai hari ini membabitkan 11 pasar raya terpilih selain pengunjung pada hari ini turut diberikan baucar e-dompet berjumlah RM20 untuk digunakan bagi membeli barangan.",
"Dalam pada itu, Fuziah berkata kebanyakan pengilang telah menyatakan kesediaan mereka untuk turut melaksanakan Jualan Rahmah yang akan diumumkan secara satu persatu dalam waktu terdekat.",
"“Ada pengilang sudah mula buat inisiatif ini...mereka ambil masa lama kerana perlu berbincang secara terperinci dengan peruncit terlebih dahulu memandangkan ia ada kesan dengan stok sedia ada...dijangka lebih banyak pengilang akan sertai kami laksanakan Jualan Rahmah,” katanya.",
"Mengenai stok minyak masak bersubsidi dalam negara, beliau berkata bekalannya mencukupi ketika ini dan KPDN sentiasa melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini termasuk penyelewengan, ketirisan dan pencatutan.",
"“Kami keluarkan 60 juta paket minyak masak sebulan, itu kuota kami, jadi dari segi jumlah tidak kurang, tapi apabila berlaku ketirisan, ada keadaan orang ramai tak dapat beli minyak masak namun penguat kuasa sentiasa turun padang untuk pastikan keperluan dan harga dikawal,” katanya.",
"Sementara itu, Aminuddin berkata selain Jualan Rahmah, kerajaan negeri juga sebelum ini turut mengadakan kolaborasi bersama KPDN negeri bagi membantu usahawan tempatan dan menangani peningkatan harga barang termasuk penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia dan NS Fest. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/lelaki-dicekup-bawa-36-kg-heroin-bernilai-rm128000
|
[
"IPOH: Polis Perak memberkas seorang lelaki bersama kira-kira 3.6 kilogram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM128,000 di sebuah pasar raya di sini, Rabu lepas.",
"Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata siasatan awal mendapati suspek berumur 25 tahun itu dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak Februari lepas dan dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di sekitar Ipoh.",
"“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, pihak polis telah menjumpai sebuah beg galas yang mengandungi lapan peket plastik berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 3,660 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.",
"Yahaya berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.",
"Sementara itu, Yahaya berkata tindakan pelucuthakan harta juga diambil terhadap suspek di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan sitaan wang tunai milik suspek sebanyak RM1,100. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/kkm-lulus-tambahan-indikasi-evusheld-cegah-jangkitan-covid-19
|
[
"PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju memberikan kelulusan tambahan indikasi kepada produk Evusheld 100 miligram per milimiter (mg/ml) Solution For Injection (Tixagevimab 100 mg/ml dan Cilgavimab 100 mg/ml) keluaran Astrazeneca AB, Sweden.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan kelulusan produk berkenaan dibuat pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383 yang bersidang semalam.",
"Sebelum ini, Mesyuarat PBKD ke-372 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk sama dan status pendaftaran bersyarat itu masih kekal dan kelulusan baharu terkini adalah khusus untuk tambahan indikasi bagi rawatan COVID-19.",
"Evusheld digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 dewasa dan remaja (berusia 12 tahun ke atas dengan berat badan sekurang-kurangnya 40 kilogram), yang tidak memerlukan bantuan oksigen dan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID 19 yang lebih teruk.",
"Ia juga digunakan ke atas individu yang berkemungkinan tidak memperoleh tindak balas imun mencukupi terhadap vaksinasi COVID-19 atau individu yang tidak disyorkan vaksinasi COVID-19."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/skim-penipuan-pelaburan-planetrade-tumpas-dalang-utama-dan-pengarah-syarikat-didakwa
|
[
"KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan skim penipuan pelaburan Planetrade dengan penahanan tiga lelaki dan enam wanita tempatan termasuk seorang pengarah syarikat yang mengendalikan skim berkenaan.",
"Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata dalang utama kes berkenaan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, manakala pengarah syarikat itu dituduh di bawah Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan.",
"“Ada antara yang ditahan merupakan pelabur atau mangsa skim yang berperanan sebagai ‘authorised introducer’ iaitu menerima komisen bagi setiap pelabur yang dibawa masuk ke dalam skim itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Menurutnya sejak Jan 2021 hingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menerima 92 laporan polis berkaitan skim penipuan pelaburan itu dengan nilai kerugian RM17,547,414.50.",
"Noorsiah berkata polis juga berjaya membekukan aset-aset merangkumi 27 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM700,533.47, enam kenderaan anggaran nilai RM1,165,800 dan 11,000,000 unit saham di empat syarikat yang berkaitan.",
"Sementara itu, beliau turut menggesa sekiranya terdapat lagi individu yang telah menjadi mangsa skim pelaburan berkenaan untuk tampil segera membuat laporan polis.",
"Sebelum ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendakwa terdapat kira-kira 300 mangsa penipuan skim pelaburan berkenaan masih belum membuat laporan polis kerana diugut pihak tertentu bahawa mereka akan turut ditangkap dan direman. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/permohonan-pengambilan-khas-guru-dibuka-mulai-hari-ini-lim
|
[
"IPOH: Permohonan bagi pengambilan khas guru menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dibuka mulai hari ini untuk menampung kekurangan sumber pengajar di seluruh negara ketika ini.",
"Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata siswazah berminat boleh membuat permohonan mengisi kekosongan itu terutamanya dalam empat mata pelajaran kritikal iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.",
"“Para graduan sama ada daripada bidang pendidikan atau bukan pendidikan juga boleh membuat permohonan sekiranya berminat menjadi guru atau guru sementara.",
"“Mereka boleh membuat permohonan melalui laman web dan kita harap pengambilan ini boleh mengatasi kekurangan guru di seluruh negara terutama dalam mata pelajaran tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2023 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy di sini hari ini.",
"Beliau berkata tiada tarikh tutup ditetapkan buat masa ini dan mereka yang pernah memohon sebelum ini tetapi tidak berjaya boleh mengemukakan semula permohonan mengikut opsyen mata pelajaran diperlukan Kementerian Pendidikan (KPM).",
"KPM dilaporkan kekurangan guru kira-kira 4.49 peratus atau 19,431 orang berikutan persaraan wajib, persaraan pilihan, kenaikan pangkat, cuti belajar, cuti tanpa gaji, meletak jawatan dan meninggal dunia.",
"Dalam pada itu, Lim berkata kira-kira 1,000 pelajar menghadiri Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2023 di sekolah berkenaan bermula 9 pagi tadi yang dianjurkan dengan kerjasama KPM dan Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming Malaysia dan Gabungan Lembaga Pengelola Sekolah Malaysia.",
"Katanya tujuan utama pameran itu ialah menyediakan platform bagi pelajar sekolah menengah, khasnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengetahui tawaran atau peluang disediakan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bersesuaian. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/anggota-polis-ditahan-bawa-mercun-dan-bunga-api-guna-kenderaan-pdrm
|
[
"KOTA BHARU: Seorang anggota polis dan rakannya ditahan ketika membawa pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM25,000 menggunakan kenderaaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Machang, Selasa lepas.",
"Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan kedua-dua suspek berumur 32 dan 35 tahun itu serta rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) Pengkalan Chepa kira-kira 7.45 malam selepas melihat kenderaan terbabit dalam keadaan mencurigakan.",
"“Anggota PGA8 telah menahan Toyota Hilux PDRM di lampu isyarat Wakaf Bata, Machang, hasil pemeriksaan menemukan 15 kotak coklat dan 12 bungkusan guni di bahagian kenderaan tersebut yang mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM25,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Muhamad Zaki berkata hasil semakan mendapati seorang daripada suspek merupakan anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Terengganu manakala seorang lagi suspek bekerja sebagai mekanik dan mempunyai lima rekod lampau berkaitan kes narkotik. ",
"“Mereka ditahan reman selama empat hari bermula Rabu hingga esok untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/anggap-serius-dakwaan-aktiviti-jual-beli-organ
|
[
"KUALA LUMPUR: Sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap sebagai sesuatu yang amat serius oleh semua pihak kerana ia merupakan eksploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan. ",
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (gambar) berkata sekiranya terdapat aktiviti melibatkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ia perlu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.",
"\"Pihak berkuasa boleh menggunakan peruntukan sedia ada di bawah akta itu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak atau individu jika pemerdagangan orang berlaku untuk tujuan pengalihan organ secara haram,\" katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.",
"Dr Noor Hisham berkata perkhidmatan pendermaan organ dan transplantasi di negara ini melibatkan pendermaan organ daripada penderma hidup atau penderma selepas kematian (kadaverik) serta penerima organ iaitu pesakit yang mempunyai masalah kegagalan organ sama ada buah pinggang, hepar, jantung atau paru-paru. ",
"Dr Noor Hisham berkata dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu jelas sebagaimana dalam Akta Tisu Manusia 1974 yang mengawal selia aktiviti pengambilan organ bagi tujuan perawatan daripada penderma selepas kematian (kadaverik).",
"Beliau berkata Malaysia juga telah menandatangani Deklarasi Istanbul mengenai Pemerdagangan Organ dan Pelancongan Transplan 2008 yang menyatakan bahawa organ untuk transplantasi haruslah diagihkan secara saksama kepada penerima sesuai, tanpa mengenal jantina, etnik, agama, status sosial atau kewangan.",
"Menurut Dr Noor Hisham deklarasi itu menekankan bahawa amalan yang menyasarkan individu atau golongan miskin dan lemah sebagai penderma organ perlu dilarang kerana ia dilihat sebagai menggalakkan pemerdagangan organ, pelancongan transplan dan komersialisasi transplan.",
"Katanya bagi memperketat tadbir urus perkhidmatan transplantasi di negara ini, KKM menubuhkan jawatankuasa transplantasi yang mengawal selia program pendermaan organ dalam kalangan penderma semasa hidup melibatkan pasangan bakal penderma dan penerima yang tidak mempunyai perkaitan kekeluargaan atau pasangan bakal penderma dan penerima bukan warganegara.",
"Beliau berkata jawatankuasa itu menilai pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah perubatan, kesihatan mental dan tahap sosioekonomi semua permohonan pembedahan transplantasi bagi memastikan bakal penderma mempunyai sistem sokongan yang baik selepas pembedahan.",
"“Pembentukan tadbir urus perkhidmatan yang kemas sangat penting bagi melindungi hak bakal penderma dan memastikan pendermaan organ tidak melibatkan sebarang paksaan atau mempunyai unsur pemerdagangan.",
"\"Konsisten dengan kewajipan negara dan antarabangsa, kementerian tidak menyokong mana-mana individu atau organisasi yang terlibat di dalam aktiviti perolehan organ secara haram serta tidak beretika dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa siasatan sekiranya diperlukan,\" katanya. ",
"Beliau menasihati orang ramai yang berikrar sebagai penderma organ agar memaklumkan hasrat mereka kepada ahli keluarga bagi menjayakan perkhidmatan transplantasi beretika di negara ini. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/07/malaysia-who-terus-jalin-kerjasama-pacu-agenda-kesihatan-rakyat
|
[
"KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosi kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama itu penting bagi memastikan setiap rakyat walau di mana sahaja berada boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi. ",
"Beliau berkata hari ini Malaysia bersama-sama masyarakat antarabangsa meraikan Hari Kesihatan Sedunia dan 7 April 2023 juga merupakan ulang tahun ke-75 Pertubuhan WHO.",
"“Justeru, sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini turut mempamerkan perkongsian serta kerjasama erat antara Kerajaan Malaysia dan WHO yang telah terjalin sejak 65 tahun yang lalu.",
"Beliau berkata tema 'Kesihatan untuk Semua' tahun ini adalah selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia MADANI yang kerajaan mengiktiraf hak untuk kesihatan sebagai hak asasi penting manusia bagi mencapai kehidupan bermaruah. ",
"\"Hak untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi,\" kata Perdana Menteri. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/dewan-negara-luluskan-rang-undang-undang-pindaan-kesalahan-seksual-kanak-kanak
|
[
"KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih menyeluruh kepada kanak-kanak seterusnya membanteras jenayah seksual kepada golongan terbabit, diluluskan di Dewan Negara, hari ini.",
"Ia diluluskan tanpa pindaan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dengan dibahaskan 10 Senator.",
"Menurut Azalina pindaan yang dilakukan itu mengambil kira kes jenayah yang begitu sofistikated, seiring kemajuan teknologi dan memerlukan pindaan kepada takrifan atau interpretasi jenayah itu diperluaskan.",
"“Mungkin ada yang beranggapan hukumannnya (dalam pindaan) kecil dan tak banyak… tetapi apabila pendakwa raya menuduh mana-mana pihak, contohnya dalam Seksyen 5 membuat (bahan penganiayaan seksual), menghasil, mengarahkan perbuatan penghasilan...ia akan berantai.",
"Bukannya satu seksyen tidak boleh pergi ke seksyen lain...kalau campur boleh jadi 100 tahun (hukuman penjara), ‘membuat’ sahaja hukumannya dah 30 tahun, kemudian dituduh buat persediaan untuk hasilkan, tambah 10 tahun.",
"Menggunakan kanak-kanak kena lagi 20 tahun, dia tukar-tukar pula (kandungan) kena lagi 15 tahun, dia jual pula...lagi 15 tahun... jadi jangan khuatir kata hukumannya rendah,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.",
"Bagaimanapun Azalina berkata pada masa yang sama, terdapat aspek negatif apabila hukuman dikenakan terlalu berat dan lama kepada pesalah khususnya apabila ia melibatkan anggota keluarga mangsa kerana ia boleh mendatangkan kemungkinan kes itu tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.",
"Selain itu, dalam usaha untuk mengatasi jenayah seksual kanak-kanak, Azalina berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama syarikat telekomunikasi (telco) juga boleh memainkan peranan dengan memantau serta menurunkan kandungan-kandungan pornografi yang terdapat dalam talian.",
"“Kalau di negara barat mereka ada tanggungjawab untuk pantau, turunkan atau buang kandungan pornografi… tetapi kalau syarikat telco hendak buat duit daripada berapa banyak kandungan yang dilayari, sudah tentu mereka tidak akan turunkan kandungan.",
"Sebab itu kita berharap selepas pindaan ini dibuat, KKD dapat mainkan peranan dengan Akta Komunikasi yang ada supaya dapat masuk dan pantau kandungan-kandungan seperti ini,” katanya.",
"Terdahulu ketika membentangkan rang undang-undang itu Azalina berkata antara pindaan yang dilakukan terhadap rang undangf-undang itu ialah menggantikan terminologi “pornografi kanak-kanak” kepada “bahan penganiayaan seksual kanak-kanak” dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).",
"Selain itu, Azalina berkata Fasal 15 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 26A dan 26B ke dalam Akta 792 adalah untuk memberi mahkamah kuasa membuat perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/rang-undang-undang-keterangan-saksi-kanak-kanak-diluluskan-di-dewan-negara
|
[
"KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi memberikan perlindungan yang lebih meluas kepada golongan itu dalam melalui proses kehakiman. ",
"Ia diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentang untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said setelah dibahaskan enam Senator.",
"Azalina ketika menggulung perbahasan berkenaan berkata pindaan yang dilakukan itu merupakan fasa satu daripada pindaan-pindaan yang akan dilakukan bagi memperkasakan lagi akta berkenaan. ",
"“Tetapi ia memerlukan banyak perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti Majlis Peguam Negara (MPN) kerana bagi pihak MPN ada beberapa elemen yang perlu mereka tekankan kalau kita buat pindaan secara menyeluruh,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.",
"Katanya, pindaan itu juga dibuat bagi memastikan akta berkenaan yang tidak pernah dipinda selama 16 tahun, supaya kekal relevan dan selari dengan Akta Kanak-Kanak 2001. ",
"“Kerajaan berharap dengan menjadikan sistem keadilan di Malaysia lebih mesra kanak-kanak ia akan menggalakkan pelapor oleh kanak-kanak dan keluarganya dengan isu seperti stigma dan budaya malu dapat dibendung secara berperingkat,” katanya. ",
"Rang undang-undang itu antara lain juga bertujuan menaikkan had umur kanak-kanak daripada 16 kepada 18 tahun, memasukkan peruntukan berhubung dengan pendengaran khas (special hearing) bagi saksi kanak-kanak memberikan keterangan serta melarang soalan tidak wajar kepada mereka. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/fasa-dua-pindaan-akta-berkaitan-jenayah-seksual-kanak-kanak-pada-sesi-parlimen-akan
|
[
"KUALA LUMPUR: Obligasi mandatori kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk menyekat sebarang bahan penderaan seksual kanak-kanak antara cadangan bagi fasa dua pindaan kepada undang-undang berkaitan perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan berkata ia disasar dilakukan pada persidangan Parlimen akan datang dengan mengambil kira pandangan daripada Civil Society Organisations (CSOs), Pesuruhjaya Kanak-kanak, pakar akademik dan pihak berkepentingan lain.",
"Beliau berkata cadangan lain yang dikemukakan ialah memperluas penggunaan pendengaran praperbicaraan yang mandatori bagi kes melibatkan kanak-kanak untuk menggalakkan pegawai kehakiman mengurus kes melibatkan kanak-kanak secara lebih proaktif dan menetapkan peraturan asas cara atau kaedah kanak-kanak memberikan keterangan.",
"Cadangan pindaan juga berhubung pemansuhan keperluan sokongan mandatori bagi semua keterangan kanak-kanak dan ia diterima secara sama dengan keterangan-keterangan lain serta pemansuhan keperluan transkrip dalam bahasa asal yang diberikan kanak-kanak semasa rakaman video.",
"“Bagaimanapun, cadangan-cadangan ini akan terus dikaji secara lebih mendalam dan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dan pakar yang berkaitan akan terus dilaksanakan sebelum persidangan Parlimen yang akan datang,” katanya.",
"Menurut Azalina kerajaan juga dalam proses penggubalan rang undang-undang khusus bagi menubuhkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang bebas seperti yang telah dipersetuju Jemaah Menteri.",
"“Kerajaan MADANI tidak berkompromi terhadap jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan melihat bahawa pindaan kepada akta-akta ini merupakan suatu langkah kukuh dalam usaha untuk membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia,” katanya.",
"Kerajaan juga menyeru orang ramai membuat laporan di balai polis terdekat sekiranya mengetahui tentang kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak atau menghubungi Talian Kasih di 15999.",
"Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan di Dewan Negara hari ini. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/individu-guna-akaun-palsu-untuk-menghendap-boleh-dikenakan-tindakan
|
[
"KUALA LUMPUR: Mana-mana individu yang menggunakan akaun palsu untuk melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan tindakan sekiranya identiti mereka dapat dikesan melalui sistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).",
"Tindakan itu susulan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap.",
"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata siasatan tetap akan diteruskan walaupun hanya menggunakan akaun palsu.",
"“Dalam hal ini, MCMC perlu mengambil langkah proaktif untuk mengesan siapakah di belakang akaun palsu yang diwujudkan itu,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan di Dewan Negara di sini hari ini, dengan perbahasan sebelum itu turut disertai oleh enam Senator.",
"Ramkarpal berkata isu menghendap bukan lagi satu isu yang baharu memandangkan banyak negara telah memperkenalkan undang-undang berkenaan bagi tujuan menangani masalah itu yang semakin membimbangkan.",
"“Perbuatan menghendap hari ini bukan sahaja melibatkan perbuatan fizikal semata-mata seperti dahulu, tetapi turut dilakukan menggunakan media sosial serta menggunakan alat pengesan seperti alat sistem pengesanan global dan juga dron,” katanya.",
"Menurut Ramkarpal, elemen yang perlu dibuktikan berlakunya perbuatan menghendap mengikut Seksyen 507A ini, perbuatan itu haruslah berulang sekurang-kurangnya dua kali diikuti terdapat gangguan dan mangsa berada dalam keadaan stres atau ketakutan.",
"Selain itu, Ramkarpal berkata sekiranya siasatan menunjukkan penghendap melakukan hendapan atas arahan orang lain, orang itu juga boleh dituduh di bawah Seksyen 34.",
"“ … dalam setiap kesalahan prinsip, jika ada dalang di sebaliknya, dia boleh didakwa dengan niat bersama melakukan kesalahan utama itu,” katanya.",
"Terdahulu ketika membentangkan RUU itu, Ramkarpal berkata antara pindaannya melibatkan Fasal Satu iaitu memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta berkenaan.",
"“Kedua memasukkan bab dan peruntukan baharu ke dalam Akta 593 untuk memberi mahkamah kuasa atas permohonan, untuk mengeluarkan satu perintah perlindungan terhadap seseorang yang sedang disiasat atau dituduh di bawah 507A Kanun Keseksaan.",
"“Seterusnya Fasal Tiga yang memperuntukkan hukuman kepada mana-mana pihak yang ingkar arahan perlindungan iaitu pemenjaraan hingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/kebergantungan-terhadap-orang-tengah-perlu-dikurangkan-anwar
|
[
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebergantungan terhadap orang tengah perlu dikurangkan dalam usaha memastikan harga barangan dalam pasaran negara ini dapat dikawal.",
"Ditemui pada program jualan Agro Rahmah di Bazar Ramadan, Presint 3 di sini hari ini, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata harga barang boleh dikawal sekiranya orang tengah mengambil keuntungan yang berpatutan.",
"Mengambil contoh harga barang pada jualan Agro Rahmah itu, beliau berkata harga sayur dan barangan basah yang dijual adalah lebih murah kerana tidak melalui orang tengah. ",
"“Kita tengok kalau sayur hijau lebih murah, kerana tidak melalui orang tengah dengan keuntungan berlebihan…jadi harga jauh lebih rendah dari pasar biasa.",
"“Begitu juga harga barang makanan lain seperti buah, ikan dan udang… Kalau dapat kurangkan peranan orang tengah atau orang tengah ambil keuntungan berpatutan, harga boleh dikawal,” katanya. ",
"Ditanya mengenai inisiatif kerajaan memerangi orang tengah, beliau berkata kewujudan pasar tani dan program Agro Rahmah adalah antara pendekatan yang dilaksana bagi mengawal harga barang.",
"“Kalau kita bawa hasil itu dari ladang terus ke pasar, harga itu jauh lebih rendah… barang-barang import itu kita tidak dapat kawal tetapi hasil dalam negeri boleh dikawal,” katanya.",
"Anwar turut mengumumkan sewa gerai bazar Ramadan di Presint 3 dikurangkan daripada RM1,000 kepada RM850 bagi memberi keuntungan lebih kepada peniaga.",
"Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/malaysia-perlu-kukuh-bersama-asean-dalam-aspek-kedaulatan-maritim-negara-dr-kelvin-yii
|
[
"Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii (gambar) berkata, aspek penting diberi keutamaan walaupun isu Laut China Selatan memerlukan penyelesaian diplomatik.",
"\"Pertikaian ini sudah berlanjutan melibatkan, pertama tuntutan bertindih ke atas ciri maritim (iaitu pertikaian wilayah) dan kedua tuntutan bertindih hak maritim (EEZ) antara empat negara penuntut utama iaitu China, Vietnam, Filipina dan Malaysia.",
"\"Oleh itu, untuk penyelesaian sewajarnya, rundingan diplomasi mungkin diperlukan tetapi Malaysia mesti meletakkan dirinya di posisi kukuh bersama-sama ASEAN bagi meningkat dan mempergiatkan rundingan mengenai Tatakelakuan (COC) bagi mengurus pertikaian ini,\" katanya kepada Utusan Borneo hari ini.",
"Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin bahawa Malaysia telah memaklumkan kepada China bahawa ia bersedia untuk berunding mengenai pertikaian di Laut China Selatan yang melibatkan tuntutan kedua-dua negara.",
"Perdana Menteri berkata, rundingan itu perlu walaupun penganalisis mengingatkan negara Asia Tenggara itu bahawa ia tidak harus tunduk kepada tekanan ekonomi kuasa besar serantau tersebut.",
"Jadi untuk penyelesaian yang sewajarnya, rundingan diplomatik mungkin diperlukan tetapi Malaysia mesti meletakkan dirinya dengan kukuh bersama-sama ASEAN untuk meningkatkan dan mempergiatkan rundingan mengenai Tatakelakuan (COC) untuk menguruskan pertikaian itu, ujarnya.",
"\"Ini adalah kepentingan dan keselamatan awam kerana kebanyakan wilayah yang dipertikaikan ini berdekatan dengan Sarawak dan menjadi kepentingan kita, menjaga wilayah dan sumber kita.",
"\"Walaupun dengan keperluan diplomasi, Malaysia mesti berdiri teguh dan menyertai mana-mana rundingan berdasarkan apa yang diputuskan dalam keputusan timbang tara antarabangsa pada 2016,\" tambahnya.\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/kpdn-harap-lebih-banyak-hotel-sertai-inisiatif-payung-rahmah
|
[
"KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap lebih banyak syarikat perhotelan akan menyertai inisiatif ‘Payung Rahmah’ dengan menawarkan pakej tertentu bagi membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan domestik.",
"Menteri berkenaan Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini dua hotel telah menyertai inisiatif tersebut iaitu Hotel Elopura di Sandakan, Sabah dan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.",
"“Pakej ini adalah satu tarikan yang sangat bernilai bagi mereka yang hendak datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, tetapi pada masa sama dapat meningkatkan pertumbuhan industri perhotelan dan pelancongan domestik.",
"“Jadi dengan usaha ditunjukkan oleh hotel-hotel ini, kita mengharapkan supaya banyak lagi syarikat perhotelan akan dapat menyediakan Pakej Rahmah seperti ini dalam apa jua bentuk dan tidak semestinya hanya pada Ramadan,” katanya.",
"“Semalam dalam pasca mesyuarat Kabinet, saya telah melontarkan pandangan kepada rakan-rakan sepasukan supaya kerajaan memulakan usaha untuk membina satu sistem dalam apa bentuk sekali pun bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan (usaha bantu ringankan beban rakyat).",
"“Ini penting supaya kebajikan rakyat yang memerlukan tidak dipinggirkan dengan kita akan memastikan bantuan yang diberikan mudah, berlandaskan satu sistem yang telus mengikut data-data kementerian berkaitan,” katanya. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/seramai-15000-banduan-bekas-banduan-disasar-dapat-pekerjaan-tahun-ini
|
[
"KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) dengan kerjasama Jabatan Penjara (JPM) menyasarkan seramai 15,000 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney akan mendapat pekerjaan tahun ini.",
"Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata ketika ini terdapat seramai 77,000 banduan yang sedang dipenjarakan, mampu menjadi tenaga kerja produktif dan bersedia untuk ditempatkan dalam sektor pekerjaan, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing. ",
"“Sehubungan itu saya menyeru supaya lebih banyak majikan tampil bagi memberi peluang kedua kepada golongan ini untuk meneruskan kehidupan baharu selepas menjalani hukuman,” katanya.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani Nota Kolaborasi (NoC) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan JPM di Wisma Perkeso di sini hari ini. ",
"Beliau berkata sejak 2021 hingga Mac lepas, seramai 588 banduan, bekas banduan dan penghuni Sekolah Henry Gurney telah mendapat tawaran pekerjaan menerusi inisiatif seperti Program Penempatan Penghuni Bebas Lesen dan Program Re-Entry@MyFutureJobs.",
"Sementara itu, Sivakumar berkata tenaga kerja asing dari Kemboja dijangka meningkat hasil dua Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemboja pada 27 Mac lepas.",
"Dalam lawatan kerja yang turut disertai beliau itu, katanya Kemboja bersetuju memberikan latihan dan pendedahan terhadap tenaga kerja mereka, sebelum dihantar ke Malaysia.",
"Menurutnya mengikut rekod kementerian itu, setakat ini terdapat seramai 4,422 pekerja Kemboja di negara ini dengan 926 orang daripadanya merupakan pekerja domestik. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/cadangan-pendekatan-tempoh-kerjakan-haji-tidak-mampu-kurangkan-kos
|
[
"KUALA LUMPUR: Cadangan untuk memendekkan tempoh mengerjakan haji terutamanya bagi jemaah muassasah tidak dapat membantu Tabung Haji (TH) mengurangkan kos bagi menunaikan ibadah berkenaan, malah hanya akan menaikkan kos.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dengan memendekkan tempoh, ia akan menyebabkan jemaah haji untuk menginap di Makkah dan Madinah semasa waktu kemuncak haji, sekali gus menyumbang kepada kenaikan kos. ",
"“Bagi pakej jemaah haji muassasah yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji, tempoh mereka ada di tanah suci adalah antara 40 hingga 45 hari.Tempoh ini (turut) mengambil kira jadual penerbangan carter yang diluluskan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.",
"“Secara amnya dengan memendekkan tempoh pakej muassasah, ini bermakna jemaah haji yang akan ke Arab Saudi akan mula menginap di Makkah dan Madinah pada waktu puncak iaitu harga tiket penerbangan dan sewaan bangunan adalah amat tinggi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini. ",
"Ia bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Senator Datuk Mohd Hisham Yahaya yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan untuk mengkaji semula tempoh ibadah haji bagi mengurangkang kos menunaikan ibadah itu.",
"Menurut Mohd Na’im TH telah berusaha untuk mengawal kenaikan kos ini dengan perjanjian kontrak jangka panjang yang telah dimeterai bersama beberapa pihak di Arab Saudi membabitkan penerbangan, penginapan, sajian makanan dan pelbagai perkhidmatan lain.",
"Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah meningkat kepada RM30,850 tahun ini berbanding RM28,623 tahun lepas. - BERNAMA \n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/kpt-jangka-pindaan-auku-dibentang-hujung-tahun-ini
|
[
"PUTRAJAYA: Rang undang-undang berhubung cadangan pindaan Seksyen 15 dan 16 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam beberapa perkara termasuk aktiviti berpersatuan, dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.",
"Bercakap kepada media selepas Sesi Townhall AUKU di sini hari ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rang undang-undang AUKU 1971 itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pertengahan Jun ini.",
"\"Kementerian sedang dalam proses memuktamadkan fasal-fasal yang melibatkan pelajar dan akan menambahkan lagi ruang dan kebebasannya untuk bergerak sepanjang masa sebagai mahasiswa, ini melibatkan soal kegiatan yang mereka jayakan dan juga soal tanggungjawab dan peluang mereka untuk mengendalikan sendiri akaun mereka,\" katanya.",
"Mohamed Khaled berkata kementerian mengambil maklum keluhan mahasiswa yang tidak bebas untuk membuat aktiviti di dalam kampus kerana perlu merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti selain berdepan dengan kekangan kewangan untuk menganjurkan sebarang aktiviti.",
"\"Memandangkan ini perkara yang kita percaya boleh atasi soal perasaan mahasiswa yang tersekat, kita akan pinda perkara ini lebih-lebih lagi kita berpendapat ini juga satu cara kita bangunkan kematangan dan kedewasaan pelajar-pelajar, bila dia bertanggungjawab, dia sendiri mengurus dan menjaga akaun dan dia sendiri menguruskan jenis aktiviti.",
"Terdahulu, semasa berucap di hadapan 500 mahasiswa dan pegawai akademik dari 20 universiti awam, Mohamed Khaled berkata sekiranya pindaan terhadap AUKU berjaya dilaksanakan kerajaan juga akan meminda Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM).",
"Langkah itu bagi memastikan mahasiswa UiTM yang tidak tertakluk kepada AUKU turut mendapat kebebasan yang sama seperti pelajar di universiti awam yang lain.",
"“UiTM tidak tertakluk kepada AUKU tetapi fasal yang ada mirip dengan AUKU jadi kita akan pinda juga supaya tiada yang boleh mengatakan pelajar UiTM terkebelakang daripada universiti lain sebab akta universiti mereka tidak dipinda,” katanya. ",
"AUKU ialah akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya.",
"Hanya Seksyen 15 dan 16 di bawah AUKU yang secara khusus memperuntukkan aspek mahasiswa, manakala selainnya mengenai kuasa menteri dan pentadbiran universiti secara umum termasuklah cara pengurusan hal ehwal kewangan universiti.",
"Pada 10 Dis 2018, Dewan Rakyat meluluskan pindaan AUKU membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus, sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan dalam bersuara serta berpolitik.",
"Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberi jaminan akan menghapuskan peruntukan dalam AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/346-juta-penerima-bayaran-khas-kewangan-aidilfiri-berjumlah-rm1572-bilion
|
[
"KUALA LUMPUR: Seramai 3.46 juta orang akan menerima Bayaran Khas Kewangan Aidilfiri (BKKA) berjumlah RM1.572 bilion yang akan disalurkan pada 17 April ini.",
"Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penerima terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan.",
"“Seramai 1.4 juta penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan MySTEP akan menerima RM700 dengan implikasi RM988 juta.",
"“Sementara itu, satu juta pesara kerajaan termasuk veteran tidak berpencen akan menerima RM350 dengan implikasi RM350 juta,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini hari ini.",
"Ahmad berkata 850,000 penerima yang terdiri daripada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan masing-masing menerima RM200 dengan nilai keseluruhan RM170 juta.",
"Bagi sukarelawan pula, sebanyak 213,000 orang yang terdiri daripada sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba turut menerima manfaat daripada BKKA berjumlah RM64 juta.",
"Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan BKKA kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb 2023.",
"Pada 29 Mac lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan inisiatif tambahan Belanjawan 2023 baharu melibatkan bantuan Aidilfitri yang diperluas kepada golongan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/lelaki-ditahan-bersama-pelbagai-jenis-dadah-bernilai-rm227914
|
[
"GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang merupakan penagih dan pengedar tegar dadah sebelum merampas pelbagai jenis dadah yang bernilai RM227,914 dalam dua serbuan di Air Itam dan Jelutong di sini pada Isnin.",
"Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis menyerbu kawasan parkir sebuah apartment di Air Itam pada 12.30 tengah hari dan menahan lelaki berusia 52 tahun itu.",
"\"Pemeriksaan ke atas lelaki itu, polis merampas 100 keping aluminium foil yang mengandungi 1,000 biji pil eramin 5 bernilai RM8,000 di dalam beg silangnya dan dipercayai suspek ketika ditahan mahu menghantar dadah tersebut kepada pembelinya.",
"\"Susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah di Jelutong pada 4 petang dan merampas pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 4,502 gram (g), heroin (982g), ganja (43.3g), ketamin(87.5g), serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)(1,317g), 850 biji eramin 5, ekstasi(1,400 biji) dan pil kuda (800 biji),\" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.",
"Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati lelaki yang tidak bekerja itu mendapatkan bekalan dadah daripada pelbagai sindiket sebelum membungkusnya semula dan menjual untuk pasaran tempatan.",
"Katanya lelaki yang mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah itu boleh dikatakan seperti \"kedai serbaneka\" menjual dadah kerana dia boleh dikatakan memiliki semua jenis dadah yang dijual di pasaran.",
"\"Lelaki itu dipercayai menjual dadah tersebut di pelbagai lokasi mengikut jenis dadah contohnya seperti pil dan MDMA dijual di pusat hiburan sekitar negeri ini kerana mendapat permintaan tinggi pelanggan di situ.",
"\"Berdasarkan siasatan kami juga mendapati rekod lampau suspek sejak 2014 dan kali terakhir dia dikenakan hukuman pada 2019 di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, lelaki itu memang penagih dan pengedar dadah tegar serta beberapa kali dikenakan hukuman penjara,\" katanya.",
"Beliau berkata lelaki itu kini direman selama enam hari hingga 9 April bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.",
"Menurutnya semua dadah itu boleh digunakan 31,060 penagih dan susulan penahanan lelaki itu polis menyita sebuah motosikal serta sebuah kereta yang kedua-duanya bernilai RM37,500 dan wang tunai sebanyak RM2,010.",
"Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata polis Pulau Pinang meluluskan 246 permohonan menjual bunga api di negeri itu setakat ini iaitu 61 di daerah Seberang Perai Tengah, 45 di Timur Laut, 28 di Barat Daya, 12 di Seberang Perai Selatan dan 100 di Seberang Perai Utara. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/serangan-masjid-al-aqsa-unsc-perlu-pastikan-rejim-israel-bertanggungjawab-desak
|
[
"KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera.",
"Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan semasa serbuan tersebut.",
"“Malaysia terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam,\" kata beliau di Twitter hari ini.",
"Tentera Israel pada Rabu menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki untuk malam kedua berturut-turut dan menyerang jemaah Palestin. ",
"Menurut laporan media, tentera Israel menyerbu Dewan Solat Al-Qibli di kompleks Masjid Al-Aqsa selepas solat tarawih, melepaskan bom pegun, memukul jemaah Palestin dan menahan kira-kira 350 jemaah.",
"Menurut Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, polis Israel mula membebaskan tahanan dengan syarat mereka dipindahkan dari Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama Baitulmaqdis selama seminggu.",
"Israel menduduki Baitulmaqdis Timur, kawasan terletaknya Al-Aqsa, semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/kelewatan-pembinaan-tidak-jejas-keupayaan-lcs
|
[
"KUALA LUMPUR: Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini.",
"Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.",
"“...Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, syaf juga (kita guna) yang sama.",
"“Namun kita perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System) , kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik...termasuk juga kita sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway,” katanya.",
"Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah yang ingin mengetahui sama ada kelewatan pembinaan LCS menjejaskan kemampuan kapal itu dengan penggunaan barangan lama pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.",
"Sementara itu, Mohamad berkata Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam urusan melibatkan siasatan dan pendakwaan berkaitan pembinaan LCS.",
"“Ada syarikat yang kita nak lupuskan daripada menjadi orang tengah dan persetujuan untuk ini telah kita capai, cuma ada satu kaveat yang kita tidak mahu iaitu mereka minta dikecualikan daripada apa jua sebarang tindakan pada masa akan datang.",
"“Kami tidak mahu berkompromi dalam hal itu, sebab apa, bagi kami di Kementerian Pertahanan, terpulang kepada agensi yang menyiasat...dan agensi pendakwaan itu bukan dalam ruang lingkup kementerian jadi siapa sahaja yang akan disiasat terpulang kepada mereka” katanya.",
"“Kita akan bayar (syarikat) Contraves Advance Devices ini, pembayaran tersebut memang perlu dibayar untuk menyelesaikan (bayaran) kepada OEM (Pengilang Peralatan Asal),” katanya. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/kekerapan-penerbangan-domestik-ditambah-sempena-aidilfitri
|
[
"Beliau berkata banyak penerbangan tambahan telah diluluskan termasuk syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan menggunakan pesawat lebih besar atau wide body bagi menampung permintaan. ",
"Menurutnya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah memaklumkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan dalam mesyuarat pasca-Kabinet kementerian itu semalam mengenai kelulusan pertambahan penerbangan itu.",
"Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi di sini hari ini, Loke berkata pelaksanaan harga tetap untuk penerbangan akan turut dilakukan.",
"“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun. Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,\" katanya yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/peruntukan-untuk-pembangkang-tiga-mp-wakili-pn-adakan-rundingan
|
[
"KOTA BHARU: Tiga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah dilantik untuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima Ahli Parlimen pembangkang.",
"Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin.",
"\"Kami telah ada tiga wakil daripada pembangkang untuk mengadakan rundingan yang dijangka diadakan dalam masa terdekat,\" katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada asnaf, di sini malam tadi.",
"Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PN turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak pernah menolak prinsip untuk memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun ia perlu dimulakan dengan proses rundingan.",
"\"Kami menyambut baik kenyataan beliau dan kami nak tengok bukti. Kami harap dapat disegerakan dan saya jangka rundingan itu sekali sahaja dah boleh selesai,\" katanya.",
"Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata rundingan pembahagian kerusi untuk PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berjalan lancar.",
"\"Pengagihan kerusi dah berjalan di peringkat jawatankuasa rundingan namun belum dibawa ke jawatankuasa induk untuk disahkan, saya kira tidak ada banyak masalah dan berjalan lancar,\" katanya.",
"Dalam pada itu mengulas mengenai ura-ura bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa akan menyertai PAS, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai berita tersebut tetapi mengalu-alukannya sekiranya benar.",
"\"Kami dengar ura-ura dia nak bersama PAS dan kami mengalu-alukan penyertaannya, bukan sahaja beliau tetapi sesiapa sahaja daripada UMNO yang kena gantung atau dipecat,\" katanya. - BERNAMA"
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/buruh-binaan-direman-bantu-siasatan-kes-bunuh-isteri
|
[
"DUNGUN: Seorang buruh binaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 April, bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya dengan tukul besi di Bukit Besi dekat sini, pagi semalam.",
"Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.",
"Dalam kejadian kira-kira 8 pagi semalam, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Besol di Bukit Besi, selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lepas.",
"Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah dilapor berkata kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang berusia 30-an sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.",
"Mangsa memiliki lapan anak iaitu tujuh orang hasil perkahwinan terdahulu dan seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan suspek. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/umat-islam-perlu-pertahan-institusi-masjid-daripada-jadi-gelanggang-politik-agong
|
[
"MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak.",
"Seri Paduka bertitah masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati sekali gus menjadi contoh kepada agama-agama lain.",
"“Kita tak mahu adanya institusi masjid ini tempat kita berpecah belah… Nauzubillah. Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini dipelihara oleh kita umat Islam, bukan pemimpin semata-mata tetapi kariah masjid berkenaan.",
"“Saya akan sentiasa ingatkan khususnya di Pahang masjid tak boleh dicampuri unsur-unsur politik waima siapa sekali pun,” titah baginda pada majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razzaq dan Majlis Berbuka Puasa di Bachang, di sini, semalam.",
"Hadir sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan turut diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.",
"Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengucapkan tahniah Atas pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menguruskan lawatan Seri Paduka ke negeri berkenaan sebelum ini.",
"“Hari ini begitu besar erti kepada saya dan keluarga dapat hadir (ke Melaka). Kali ketiga sejak 2019. Dalam masa tiga, empat tahun ini saya dapat kenal tiga Ketua Menteri seperti mana saya berpengalaman di Kuala Lumpur dengan empat Perdana Menteri.",
"“Ini adalah satu sejarah bagi saya dan keluarga dan sudah tentu ini akan tercatit dalam sanubari dan ingatan saya selepas saya pulang ke Pahang nanti,” titah Seri Paduka.",
"Terdahulu, Seri Paduka berdua berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dengan pesawat khas pada jam 11.56 pagi bagi memulakan lawatan dua hari ke Melaka. "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/kdn-terima-150000-permohonan-status-warganegara
|
[
"KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini telah menerima sebanyak 150,000 permohonan untuk mendapatkan status kewarganegaraan termasuk kes kanak-kanak tanpa negara, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.",
"Beliau berkata daripada jumlah tersebut, kementeriannya telah membuat keputusan sama ada diluluskan atau ditolak terhadap 5,700 permohonan sejak Januari lalu dengan menetapkan sasaran menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan pada tahun ini.",
"Menurutnya, antara faktor menyebabkan permohonan ditolak ialah pemohon tidak pernah tinggal di negara ini, tiada komitmen untuk tinggal di sini dan gagal memenuhi semua prasyarat keperluan dokumentasi lengkap.",
"\"Maksudnya dalam pertimbangan permohonan isu kewarganegaraan ini, semua prasyarat keperluan dokumentasi digariskan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan, bukan sebarang akta, jadi kami di KDN perlu mematuhi dengan semua syarat-syarat itu,\" katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini, malam tadi.",
"Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata serangan siber itu berbentuk 'defacement' dan mengakibatkan muka hadapan laman sesawang JIM ditukar kepada paparan imej lain. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/06/pelantikan-tetap-doktor-ikut-kriteria-diurus-secara-teratur
|
[
"KUALA LUMPUR: Perjawatan 12,800 doktor tetap akan mengambil kira pegawai perubatan yang telah menamatkan latihan siswazah dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memenuhi syarat pelantikan secara tetap.",
"Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata Kementerian Kesihatan (KKM) komited dan akan menyusul perkara itu agar urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.",
"\"Selain daripada itu, KKM juga sedang memperhalusi isu-isu yang lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul semasa sesi Townhall pada 22 Feb 2023 yang lalu.",
"\"Perkara ini akan dibentangkan ke hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) yang telah ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac,\" katanya dalam kenyataan semalam.",
"Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap ke jawatan tetap dalam tempoh tiga tahun dengan membabitkan peruntukan tambahan RM1.7 bilion.",
"Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun lokum kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan dan profesional di KKM selain pegawai perubatan.",
"\"Di samping itu, KKM masih meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (housemanship) yang turut memberi implikasi kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/cukai-barangan-mewah-bukan-alternatif-kepada-gst
|
[
"KUALA LUMPUR: Cukai barangan mewah yang akan diperkenalkan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, bukanlah alternatif kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.",
"Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) juga sedang memperhalusi cadangan pelaksanaan cukai berkenaan, termasuk struktur percukaian seperti jenis barang yang dikategorikan sebagai barangan mewah, nilai ambang mengenakan cukai tersebut serta kadar terbabit. ",
"\"Kaedah pengenaan cukai juga sedang diperhalusi sama ada memperkenalkan cukai baharu atau memperluas skop sistem percukaian sedia ada,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara, hari ini.",
"Berikutan itu, Sim berkata MOF sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan termasuk pengilang, peruncit dan industri pelancongan dalam memastikan cadangan pelaksanaan cukai barangan mewah itu dapat diterima baik oleh semua pihak, mudah dilaksanakan dan tidak memberi kesan negatif ke atas sektor perlancongan dan peruncitan negara.",
"\"Ia diperkenalkan bagi mengenakan cukai ke atas barangan yang dianggap bukan keperluan dan dibeli oleh golongan berkemampuan dan berpendapatan tinggi,” katanya. ",
"Justeru, katanya, kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST kerana sebarang perubahan dasar berkaitan cukai akan memberi kesan bukan sahaja kepada ekonomi, malah ke atas kos sara hidup rakyat. ",
"\"Ketika rakyat bergelut dengan pelbagai cabaran kos sara hidup dalam fasa pemulihan pasca pandemik COVID-19 ini termasuk kadar inflasi, ini bukanlah masa yang sesuai untuk pengenalan semula GST,” katanya.",
" Beliau berkata, kerajaan juga sememangnya menjalankan kajian berterusan dalam meneliti secara menyeluruh satu sistem percukaian yang seimbang, adil dan saksama supaya dapat menyokong dan meningkatkan kutipan hasil cukai negara tanpa membebankan rakyat selain berdaya saing terhadap ekonomi negara. ",
"Menyentuh Belanjawan 2023, Sim berkata ianya menyasarkan bantuan yang lebih strategik, berkesan dan bersasar kepada golongan memerlukan dengan mempertimbang keadaan inflasi dan ekonomi negara.",
"\"Belanjawan 2023 juga bertujuan membina semula golongan (berpendapatan sederhana) M40 yang amat terjejas sejak lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19 yang mana pendapatan mereka turun lebih daripada 50 peratus, di samping membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana,” katanya. ",
"Persidangan Dewan Negara pada Rabu telah meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/harga-petrol-diesel-kekal-bagi-tempoh-6-hingga-12-april
|
[
"“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk berkenaan telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.",
" Kementerian itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/dewan-negara-lulus-belanjawan-2023
|
[
"KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju. ",
"RUU itu adalah untuk perbelanjaan berjumlah RM388.10 bilion iaitu RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/poster-tular-kredit-shopee-rm400-palsu-jpm
|
[
"KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Bantuan Kredit Shopee RM400 seperti disebarkan menerusi poster bertajuk ‘Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia’ yang tular di media sosial adalah palsu."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/312-pop-berjaya-disiapkan-bekalkan-internet-berkelajuan-tinggi
|
[
"KUALA LUMPUR: Sebanyak 312 kawasan titik kehadiran (PoP) telah berjaya disiapkan di seluruh negara setakat 31 Mac 2023 sekali gus memanfaatkan sejumlah 32,448 premis untuk melanggan dan menikmati internet berkelajuan tinggi.",
"Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata pelaksanaan projek berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk memastikan liputan internet secara meluas di seluruh negara terutamanya bagi kawasan luar bandar. ",
"\"PoP ialah penyediaan infrastruktur jalur lebar hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara dengan lebih baik. ",
"Pelaksanaan ini akan menjadikan lokasi berhampiran sekolah luar bandar sebagai hab untuk menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis-premis kerajaan berhampiran dan masyarakat sekelilingnya dengan radius 2.5 kilometer (km) hingga tiga km,\" katanya. ",
"Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini .",
"Katanya, secara keseluruhan fasa satu bagi projek berkenaan akan melibatkan sebanyak 630 lokasi, manakala fasa dua pula akan melibatkan 3,693 lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023, telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM725 juta bagi melaksanakan ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan hampir 3,700 buah sekolah.",
"Sementara itu, Teo berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat ini tidak pernah menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berhubung kewujudan iklan mencolok mata yang dipaparkan menerusi iklan di dalam portal berita dalam talian.",
"“Memang terdapat pelbagai jenis iklan yang tertera di alam maya dan ada di antaranya tak sesuai atau tidak ingin dilihat oleh sesetengah orang. Oleh itu masyarakat disarankan untuk menjaga informasi peribadi dan menghindari daripada mengklik iklan yang mencurigakan.",
"Beliau turut meminta orang ramai supaya tampil membuat aduan kepada MCMC atau Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), sekiranya ada iklan-iklan yang sedemikian tertera di laman-laman sesawang yang dilayari. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/pm-pengerusi-mesyuarat-pelaburan-china-pastikan-tindakan-berkesan-dilaksana
|
[
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat berhubung pelaburan syarikat China di negara ini bagi memastikan tindakan segera dan berkesan dilaksanakan.",
"Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini susulan keputusan syarikat gergasi China yang bersetuju melabur di Malaysia.",
"“Saya sendiri bersama rakan-rakan akan turun berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan, terutama yang terima sumbangan pelaburan besar dari negara China,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini.",
"“Kerajaan negeri dan majlis perbandaran harus memastikan proses-proses (berkaitan) dipercepatkan supaya jangan jadi masalah kepada syarikat, namun peraturan harus dipatuhi sepenuhnya.",
"Anwar berkata projek pelaburan dari China melibatkan syarikat Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dan Rongsheng Petrochemical Co, dijangka dapat dimulakan selewat-lewatnya Mei ini.",
"Menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri ke China baru-baru, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/ptptn-umum-305-peratus-dividen-sspn-2022
|
[
"PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) bagi 2022 sebanyak 3.05 peratus.",
"Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Pengumuman Dividen Simpan SSPN 2022 dan Pelancaran Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 di sini hari ini berkata pemberian dividen itu melibatkan anggaran peruntukan RM266.17 juta yang akan memanfaatkan kira-kira 5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN.",
"\"Malah, merupakan kadar dividen yang kompetitif kerana lebih tinggi berbanding kadar keuntungan simpanan di akaun semasa dan simpanan tetap di sesetengah bank yang menawarkan kadar faedah keuntungan antara hanya 2.05 peratus hingga 2.75 peratus,\" katanya.",
"Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Seri Abdul Razak Jaafar dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid.",
"Mohamed Khaled berkata tahun lepas, Simpan SSPN merekodkan nilai simpanan yang membanggakan sekalipun negara berdepan dengan persekitaran ekonomi yang tidak menentu.",
"\"Deposit Simpan SSPN yang diterima pada tahun lepas berjumlah RM3.36 bilion iaitu 119.93 peratus lebih tinggi berbanding sasaran awal sebanyak RM2.8 bilion.",
"Dari segi pembukaan akaun baharu, Mohamed Khaled berkata sebanyak 491,984 akaun telah dibuka pada tahun lepas berbanding sasaran sebanyak 400,000 akaun.",
"Beliau berkata sambutan menggalakkan masyarakat ke atas Simpan SSPN bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana simpanan itu disokong dengan pelbagai keistimewaan dan manfaat.",
"\"Selain menjadi satu-satunya produk simpanan yang memberikan keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan hingga RM8,000 setahun, Simpan SSPN turut dilengkapi dengan perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan hingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin kerajaan dan pelaburan patuh syariah,\" katanya.",
"Mohamed Khaled pada majlis itu turut melancarkan Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 pada kadar satu peratus sebagai hadiah istimewa kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat penabungan dalam jangka masa panjang dan sebagai ganjaran tambahan selain dividen tahunan.",
"Beliau berkata Ganjaran Kesetiaan itu akan dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan minimum RM500 dalam tempoh promosi iaitu bermula 5 April hingga 31 Julai 2023 dan layak disertai oleh pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada 2004 hingga 31 Dis 2019.",
"\"Dengan pemberian 3.05 peratus dividen dan satu peratus Ganjaran Kesetiaan, saya harap kedua-dua insentif ini akan terus memberi galakan dan meningkatkan keyakinan pendeposit Simpan SSPN,\" katanya.",
"Sementara itu, PTPTN dalam kenyataan medianya memaklumkan agihan dividen akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing secara dalam talian melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN mulai esok. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/laporan-akhir-insiden-nahas-sabah-air-dinyahklasifikasi-didedahkan-kepada-umum-minggu
|
[
"PUTRAJAYA: Laporan akhir siasatan nahas pesawat Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens bersama rombongan beberapa anggota Kabinet negeri yang terhempas di perairan Sembulan pada 1976, telah dinyahklasifikasi dan akan didedahkan kepada umum minggu depan.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan berhubung tragedi yang turut digelar ‘Double Six’ kerana berlaku pada 6 Jun 1976 telah dinyahklasifikasi mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).",
"“Laporan penuh berhubung nahas Sabah Air akan dihebahkan kepada umum pada minggu depan melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini. ",
"Beliau berkata keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira tuntutan oleh keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan.",
"Anwar berkata pendedahan kepada umum berhubung laporan tersebut juga adalah selari dengan dasar keterbukaan dan ketelusan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan.",
"“Isu itu telah menimbulkan banyak persoalan dan keresahan kerana selepas 47 tahun tuntutan daripada rakyat Sabah untuk mengetahui apa hasil daripada pasukan penyiasat berhubung kemalangan tersebut.",
"Dalam kejadian tersebut, pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang dikendalikan Sabah Air membawa rombongan berkenaan yang dalam perjalanan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. ",
"Pada 8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk dinyahklasifikasi berhubung insiden tersebut. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/05/pembinaan-kabel-dasar-laut-pelaburan-swasta-tidak-libat-dana-kerajaan
|
[
"KUALA LUMPUR: Pembinaan kabel dasar laut di negara ini kebanyakannya tidak melibatkan dana kerajaan, sebaliknya dilakukan oleh pihak swasta menggunakan dana sendiri.",
"Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata syarikat yang terlibat melihat pembinaan kabel dasar laut berkenaan mempunyai nilai komersial dan atas dasar itu mereka sanggup membinanya tanpa bergantung kepada dana kerajaan.",
"“Untuk kabel laut sedia ada termasuk yang asas ataupun sistem kabel East-West dari Mersing ke titik terminasi di Kuching oleh Sacofa Sdn. Bhd … itu semua dana mereka sendiri.",
"“Kecuali daripada TM (Telekom Malaysia Berhad) yang menggunakan dana TM sendiri dan sedikit dana daripada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menerusi USP (Pemberian Perkhidmatan Sejagat),” katanya.",
"Teo berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Senator Apandi Mohamad berkenaan jumlah kos dikeluarkan kerajaan dalam pemasangan sistem kabel dasar laut, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.",
"Beliau berkata dana kerajaan pula digunakan untuk menjaga kawasan pedalaman yang tidak mempunyai nilai komersial dan tiada syarikat telco yang berminat untuk melabur membina menara baharu.",
"“Untuk itu kita guna dana kerajaan daripada USP untuk membina menara baharu di kawasan itu bagi pastikan seluruh Malaysia boleh dijaga,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/kerajaan-kaji-semula-pelarian-pencari-suaka-bekerja-di-sektor-perladangan
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mengkaji dan meneliti semula kemungkinan penggunaan tenaga kerja sementara daripada komuniti pelarian dan pencari suaka di Malaysia, dalam usaha menangani isu kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan. ",
"Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa ini, kerajaan di bawah MKN jelas tidak membenarkan pelarian atau pencari suaka untuk bekerja di semua sektor di Malaysia termasuk sektor perladangan. ",
"“Sebelum ini terdapat projek rintis yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membenarkan golongan pelarian ini bekerja, namun projek ini tidak berjaya dan perkara ini dalam kajian semula oleh pihak MKN,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara di sini hari ini. ",
"Perkara tersebut dibangkitkan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang mencadangkan kementerian berkenaan meneliti penggunaan tenaga kerja sementara daripada komuniti pelarian atau pencari suaka bagi menangani isu kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan negara. ",
"Selain itu, Fadillah juga berkata kerajaan sentiasa komited untuk mendokong sektor agrikomoditi di sebalik pelbagai cabaran yang dihadapi menerusi pelbagai usaha bagi memastikan produk agrikomoditi berdaya saing, selain penekanan terhadap aspek pembangunan dan pengkomersialan teknologi.",
"\"Kementerian ini sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai kaedah dalam memodenkan peralatan dan kaedah penanaman dalam sektor sawit termasuk mempergiat promosi penggunaan mekanisasi dan automasi melalui Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP),” katanya.",
"Jelas beliau, kementerian berkenaan dan pihak industri turut membiayai MARCOP melalui geran padanan sebanyak RM60 juta secara keseluruhan pada 2021 dan sebanyak 23 permohonan telah diterima sehingga kini. ",
"\"Pada masa sama, dana berjumlah RM50 juta turut disediakan pada tahun ini melalui geran sepadan yang diumumkan semasa Belanjawan 2023 untuk mengalakkan automasi serta perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan (AI),” katanya. ",
"Mengenai menaik taraf pelaksanaan program biodiesel daripada B10 ke B30 seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), Fadillah berkata perluasan program berkenaan adalah tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur di depoh-depoh yang terlibat dan akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun. ",
"“Terdapat keperluan untuk menyemak semula sasaran tersebut dan ketika ini, program B10 dalam sektor pengangkutan adalah mandatori di Malaysia dan program B20 telah pun dilaksanakan di Langkawi, Labuan, Sarawak (kecuali Bintulu),” tambahnya. "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/rang-undang-undang-pinda-akta-kesihatan-mental-dibentang-kali-pertama-di-dewan-rakyat
|
[
"KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 yang antara lain membolehkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana orang yang cuba membunuh diri, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.",
"Rang undang-undang bagi meminda Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615) itu dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.",
"Menerusi rang undang-undang tersebut, pegawai intervensi krisis juga boleh menangkap mana-mana orang yang difikirkan mempunyai kecelaruan mental yang boleh berbahaya kepada dirinya atau kepada orang lain atau harta.",
"Selain itu, pegawai intervensi krisis boleh semasa menjalankan kuasa di bawah sub seksyen (2) untuk memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selainnya masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu atau memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu.",
"Menurut rang undang-undang itu, pegawai berkenaan yang telah menangkap orang di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan seberapa segera yang praktik, tetapi tidak lewat daripada 24 jam selepas penangkapan itu, membawa orang berkenaan kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwartakan untuk pemeriksaan.",
"Pada masa yang sama Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) (No.2) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2023 bacaan kali pertama."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/vep-kepada-kenderaan-persendirian-asing-dilaksana-secara-berperingkat
|
[
"KUALA LUMPUR: Pelaksanaan caj permit masuk kenderaan (VEP) bagi kenderaan persendirian asing yang masuk ke negara ini sedang dilakukan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.",
"Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata VEP yang sebelum ini dimulakan di sempadan Malaysia-Singapura akan dipanjangkan di sempadan Malaysia-Thailand sebelum dilaksanakan di sempadan Malaysia-Indonesia di Sabah dan Sarawak.",
"\"Bagaimanapun perkara ini sudah tentu mengambil masa untuk pelaksanaannya,\" katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.",
"Beliau berkata ketika ini, Akta 715 iaitu Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 hanya mempunyai kawalan kuasa ke atas kenderaan perdagangan asing.",
"Untuk kenderaan persendirian pula, katanya kemasukan kenderaan berkenaan tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk kewajipan untuk memohon Permit Peredaran Antarabangsa (ICP).",
"Sementara itu, berkenaan kehadiran kereta sapu asing di negara ini, Loke berkata melalui pindaan rang undang-undang itu juga, kementerian boleh menetapkan peraturan pelesenan yang seragam kepada kenderaan asing yang beroperasi di negara ini sama seperti peraturan yang ditetapkan kepada kenderaan perdagangan Malaysia.",
"\"Kenderaan sapu ini kelak akan diwajibkan untuk berdaftar dan dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), kalau berkaitan dengan kenderaan asing. Apabila ada punca kuasa ini, maka mereka (pemilik kenderaan asing) juga tertakluk kepada syarat dikenakan kepada kenderaan tempatan,\" katanya.",
"Selain itu, beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diminta untuk menyediakan garis panduan bersesuaian untuk memudahkan penunggang p-hailing mendapatkan Lesen Memandu Vokasional (GDL).",
"Beliau berkata kementerian berkenaan maklum dengan rungutan penunggang p-hailing berikutan peraturan itu, namun kerajaan sama sekali tidak berniat untuk menyusahkan mereka.",
"“Kita akan buat secara mudah, hakikat kita nak laksanakan (lesen GDL) adalah supaya mereka ada kesedaran berhubung keselamatan jalan raya,” katanya.",
"Rang Undang-Undang Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 pula bertujuan meminda Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987, antaranya memperuntukkan kenderaan p-hailing menjadi kenderaan barangan yang tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/lebih-ramai-rakyat-malaysia-perlu-terlibat-dalam-industri-tangkapan-tuna-mohamad
|
[
"KUALA LUMPUR: Lebih ramai rakyat Malaysia perlu melibatkan diri dalam industri tangkapan ikan tuna memandangkan bilangan rakyat negara ini yang terlibat dalam industri itu masih rendah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.",
"Beliau berkata buat masa ini hanya 11 vesel yang mengambil bahagian dalam industri berkenaan berbanding 74 vesel yang telah diperuntukkan oleh Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan itu.",
"“Projek ini amat besar dan boleh mendatangkan hasil pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakan termasuk pendapatan kepada negara dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.",
"“Buat masa sekarang, kita hanya ada 11 vesel (yang terlibat), kita diberi kuota 74 oleh itu melalui ucapan saya ini, pihak yang ingin mengusahakan dengan modal yang besar boleh terlibat dalam tangkapan tuna ini,” katanya.",
"Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) di Dewan Negara hari ini bagi menjawab soalan Senator Datuk Paul Igai yang ingin tahu kuota vesel dan kejayaan serta penglibatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam industri berkenaan. ",
"Beliau berkata Malaysia perlu menghantar laporan data berkenaan status sumber, pendaratan, bilangan vesel kepada IOTC setiap tahun dan penglibatan yang sedikit itu mencetuskan kebimbangan kepada industri dalam negara. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/covid-19-kkm-saran-lakukan-saringan-kepada-pelajar-guru-susulan-peningkatan-kluster
|
[
"KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan kepada sektor pendidikan untuk melakukan saringan kepada pelajar, guru dan kakitangan susulan 11 daripada 18 kluster COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ketujuh 2023 (ME 13/2023) dari 26 Mac hingga 1 April, adalah kluster pendidikan.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu enam kluster adalah melibatkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu tiga kolej dan masing-masing satu di sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.",
"“Peningkatan kes dan kluster COVID-19 pada ketika ini berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac 2023. Peningkatan kes ini juga disebabkan oleh pergerakan masyarakat yang banyak sewaktu musim cuti sekolah lepas,” katanya.",
"Untuk itu, sektor pendidikan disaran untuk menjalankan saringan bergejala terhadap pelajar, guru dan kakitangan sebelum masuk ke kawasan sekolah atau institusi serta menjalankan ujian RTK-Ag ke atas murid, guru, dan kakitangan mengikut strategi pengujian COVID-19.",
"Selain itu, ibu bapa juga perlu memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya bergejala serta menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan COVID-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa agar tindakan pencegahan segera diambil.",
"Dr Noor Hisham dalam pada itu turut mengingatkan pegawai kesihatan daerah agar kes positif yang dilaporkan pihak sekolah atau institusi pendidikan perlu disiasat dan dijalankan penilaian risiko untuk menilai status penularan jangkitan selain tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan.",
"Selain itu, orang ramai juga disaran untuk terus mengamalkan TRIIS [Test (Uji), Report (Lapor), Isolate (Asing), Inform (Maklum), and, Seek (Dapatkan rawatan)] bagi mengawal penularan COVID-19.",
"Mengenai perkembangan kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 24.1 peratus pada ME 13/2023 berbanding ME 12/2023 dengan kumulatif kes baharu sebanyak 5,052,337 kes manakala 5,004,546 bagi kes sembuh. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/12-rang-undang-undang-diluluskan-di-parlimen
|
[
"Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dalam ucapan penangguhannya menzahirkan rasa syukur kerana pada persidangan Dewan Rakyat kali ini, pembukaan penggal parlimen dapat dilaksanakan dengan penuh istiadat setelah tiga tahun negara berhadapan dengan penularan wabak COVID-19.",
"“Mesyuarat pada kali ini juga telah memperlihatkan pelbagai pembaharuan yang diterapkan dalam urusan Dewan Rakyat antaranya jumlah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan kerap kali melebihi daripada 10 pertanyaan lisan.",
"“Ini disusuli urusan Kamar Khas yang telah memberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat seramai tujuh ahli daripada pihak kerajaan dan enam ahli daripada pihak pembangkang untuk mempengerusikan secara sementara mesyuarat Kamar Khas di bawah Peraturan Mesyuarat 16 (5), tidak pernah terjadi,” katanya.",
"Persidangan yang bermula 13 Feb lepas dimulakan dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.",
"Memetik Titah Diraja, Seri Paduka menzahirkan permuafakatan tercapai dalam kalangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan membolehkan negara menjana pertumbuhan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat, selain dapat mewujudkan kestabilan politik.",
"Buat pertama kali pada sidang ini juga, sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) pada setiap Selasa dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Selain itu, sebanyak 12 rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2023, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.",
"Pemerkasaan undang-undang terhadap pesalah jenayah kanak-kanak turut mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan. ",
"Selain itu Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan), Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 turut diluluskan. ",
"Tidak ketinggalan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.",
"Sesi kali ini turut diwarnai dengan gelagat dan drama Ahli Parlimen pembangkang yang beberapa kali menimbulkan kekecohan sehingga memaksa Johari dan dua timbalannya mengeluarkan amaran, malah ada diarahkan keluar dewan seperti Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).",
"Antara isu sering dibangkitkan semasa sesi perbahasan adalah mengenai pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), isu kesihatan dan doktor kontrak, sekolah daif dan pertahanan negara."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/bernard-dompok-dilantik-pengerusi-sme-corp-yang-baharu-wakil-persatuan-dan-dewan
|
[
"\nPelantikan itu diumumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SME Corp di pejabat menteri, di sini, hari ini.",
"\nBeliau berharap dengan pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang baharu mewakili Dewan Perniagaan Melayu, India, Cina, Kadazandusun dan Dayak akan membantu kerajaan khususnya kementerian memberikan perkhidmatan terbaik kepada usahawan SME di seluruh negara.",
"\n“Kementerian kita khususnya SME Corp menghadapi cabaran besar memenuhi pelbagai keperluan usahawan SME di seluruh negara, tetapi saya percaya dengan gabungan pemimpin baharu dan sedia ada, SME Corp dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat khususnya usahawan SME,” katanya.",
"\nAnggota perbadanan SME Corp yang lain ialah Noor Afifah Abdul Razak; Datuk Dr.Zunika Mohamed; Datuk Koong Lin Loong; Bell Aggan @ Bell Ak Bernard Aggan; Datuk Ladislaus Maluda; Ir.Ter Leong Leng; Prof.Datuk Dr. Abdul Razak Omar dan Cham Owi Tong.",
"\nTurut hadir pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah SME Corp ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy dan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Sri Suriani Ahmad.",
"\n“Saya telah mengatakan kepada warga kementerian bahawa tanpa mengurangkan fokus kementerian sedia ada di seluruh negara, saya mahu fokus tambahan untuk Sabah dan Sarawak.",
"\n“Dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini juga bersetuju bukan sahaja fokus tambahan tetapi belanjawan tambahan untuk Sabah dan Sarawak.",
"\n“Bukan kita mengabaikan kawasan lain, cuma ada keperluan yang lebih besar untuk kita membantu Sabah dan Sarawak yang selama ini merasakan mereka terpinggir dari arus pembangunan termasuk dalam bidang keusahawanan,” katanya.",
" \nEwon percaya dengan pelantikan ahli lembaga pengarah yang baharu dan sedia ada mewakili pelbagai kaum dalam pentadbiran SME Corp akan memberi nilai tambah perkhidmatan kepada para usahawan di negara ini.",
"\nSementara itu Suriani berkata, SME Corp adalah antara agensi penting dalam pembangunan keusahawan di bawah Kuskop selain Tekun Nasional untuk usahawan mikro dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) serta Institut Koperasi Malaysia (IKMA) untuk usahawan.",
"\n“Kami di kementerian amat berbangga dan mengalu-alukan Bernard Dompok sebagai pengerusi baharu SME Corp. Beliau bukan sahaja seorang pemimpin yang dikenali tetapi berpengalaman luas dalam pentadbiran negara,” katanya.\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/jangan-terlalu-selesa-angkuh-hingga-kelompok-lain-tidak-boleh-diraikan-pm
|
[
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata orang Melayu Islam yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini tidak harus berasa terlalu selesa dan angkuh sehingga menganggap kelompok lain tidak boleh diraikan.",
"Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah antara pengajaran yang dilihatnya ketika melakukan lawatan kerja ke Kemboja baru-baru ini, iaitu penduduk beragama Islam hanyalah 10 peratus di dalam negara yang majoritinya beragama Buddha.",
"\"Jadi bila saya diberi penghormatan untuk sampaikan ucapan sebelum ke masjid, saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti penganut Buddha meraikan minoriti umat Islam dengan Iftar dan beberapa ruang (lain) termasuk menteri seorang Muslim.",
"\"Saya kata satu pengajaran, sebab kita kadang-kadang bila majoriti, kita rasa terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap, oleh yang demikian tidak boleh raikan kelompok-kelompok yang lain,\" katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.",
"Anwar berkata sementara menjaga kepentingan majoriti Melayu Islam di Malaysia, beliau memilih untuk memegang prinsip saling homat-menghormati dan meraikan serta memberi hak kewarganegaraan kepada semua. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/cukai-vape-pendekatan-sederhana-kerajaan-kawal-selia-produk-merokok
|
[
"KUALA LUMPUR: Langkah mengenakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik merupakan antara pendekatan sederhana yang diambil kerajaan untuk mengawal selia produk merokok yang mengandungi nikotin serta menghentikan tabiat merokok dalam kalangan rakyat di negara ini. ",
"Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa sama, kerajaan tetap tegas melarang perbuatan itu dilakukan di tempat-tempat seperti di sekolah dan Parlimen selain meningkatkan kempen advokasi bagi memberi kesedaran bahaya merokok terutama terhadap golongan muda.",
"“Mengambil tindakan agak ekstrem dengan mengharamkan vape, nikotin atau rokok itu, agak drastik dan tidak mampu dikendalikan oleh mana-mana negara di dunia. Ramai yang memilih untuk merokok walaupun kita keluarkan kempen.",
"“Sementara kita menjalankan kempen tentang kesan negatifnya, kita teruskan juga dengan (langkah) percukaian ini sekadar untuk tidak menjadikan bahan itu daripada tersebar luas dan murah.",
"“Saya setuju bahawa badan-badan kesihatan dan profesional semuanya tanpa kecuali, memang menentang keras soal ini (menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952). ",
"“Tetapi pada hemat kerajaan buat sementara ini, kita sukar untuk mengharamkan tetapi kita boleh meningkatkan kesedaran supaya orang memilih...(untuk tidak merokok),” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.",
"Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu justifikasi tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952.",
"Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan komited untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik pada sidang Dewan Rakyat, Mei ini.",
"“Pada prinsipnya, kita akan terus bentang rang undang-undang ini (rang undang-undang berkaitan kawalan produk merokok)…pada peringkat awal kita setuju sekalikan rang undang-undang ini dengan cukai vape, tetapi oleh kerana banyak bantahan maka kita cadangkan Menteri Kesihatan rundingkan semula dengan teliti bersama Ahli-ahli Parlimen serta badan kesihatan.",
"“Ia bukan untuk melengahkan kerana ia akan dilaksanakan pada tahun ini juga dan ia (rundingan) supaya ada persefahaman berhubung beberapa peruntukan terutama pelaksanaan yang dianggap terlalu keras, namun pada peringkat sekarang Jabatan Kastam tetap akan mengawal pengedarannya,” kata beliau.",
"Semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas, kerajaan mengumumkan cadangan untuk mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan peranti pengewapan elektronik. ",
"Pada 1 April lepas, media melaporkan kerajaan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml). - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/elaun-on-call-diperluas-kepada-pegawai-perubatan-di-enam-klinik-projek-rintis
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju supaya elaun ‘on call’ diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi menangani kesesakan di hospital.",
"\"Kerajaan bersetuju bahawa elaun tugas pegawai perubatan selepas waktu pejabat yang ‘on call’ di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital dan waktu peluasan dipanjangkan merangkumi hari kelepasan mingguan.",
"\"Saya juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mengkaji kemudahan ini supaya ia dipanjangkan kepada semua selain pegawai perubatan,\" katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.",
"Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah elaun ‘on call’ kepada doktor. ",
"\"Kadar semasa elaun tugas on call sama ada berkhidmat secara tetap atau kontrak yang diarah menjalankan tugas panggilan selepas waktu bekerja biasa di hospital kerajaan, hospital universiti, hospital Angkatan Tentera Malaysia atau hospital klinik desa, masih bersesuaian dengan penetapan kadar mengikut hari tugas jam.",
"Mengenai isu penyerapan doktor kontrak dalam perkhidmatan awam, beliau berkata kerajaan menjangkakan seramai 12,800 daripada 20,330 doktor lantikan kontrak akan diserap dalam tempoh tiga tahun.",
"\"Pada tahun ini, kita jangka 4,300 doktor kontrak diserap,\" katanya dan menambah tuntutan penyerapan dalam kalangan doktor kontrak ke lantikan tetap adalah munasabah kerana isu itu sudah lama tertangguh.",
"\"Namun untuk menyelesaikan isu ini pada tahun ini, kita tidak mampu, tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan (sediakan) peruntukan tambahan RM1.7 bilion daripada RM3 bilion emolumen untuk Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2023,\" katanya.",
"Anwar berkata jumlah RM1.7 bilion itu merangkumi peruntukan tambahan bagi keperluan pegawai kontrak serta pelantikan ke jawatan tetap yang diserap daripada pegawai kontrak.",
"Anwar seterusnya menyampaikan penghargaan kepada semua doktor kontrak kerana tidak meneruskan rancangan pihak tertentu untuk mengadakan mogok sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.",
"Perdana Menteri bagaimanapun berkata kerajaan akan terus komited menangani isu berkenaan kerana doktor kontrak telah berkhidmat secara baik dan negara memerlukan perkhidmatan mereka.",
"Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan asal Wilfred yang ingin tahu jumlah keseluruhan pegawai perubatan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam dan implikasi kewangan yang terlibat, sekiranya semua anggota kesihatan berkenaan diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.",
"Sementara itu, Anwar berkata sekiranya ada mana-mana petugas kesihatan termasuk pembantu perubatan pentadbir yang diberhentikan atau tidak disambung tanpa sebab, maka kerajaan akan mengambil tindakan supaya mereka bertugas semula.",
"\"Dasar kita, bukan sahaja doktor tetapi semua pegawai terlibat dalam bidang perubatan ini termasuk pembantu perubatan, ahli farmasi dan petugas klinik kesihatan adalah dilayan dengan sama,\" katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/petronas-akan-teruskan-projek-cari-gali-di-laut-china-selatan-pm
|
[
"KUALA LUMPUR: Petronas tetap akan meneruskan projek cari gali di kawasan Laut China Selatan walaupun ketika ini terdapat pertindihan tuntutan dengan China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Beliau berkata ini kerana Malaysia menganggap bahawa projek cari gali yang dilakukan ketika ini berada di dalam kawasan atau wilayah negara.",
"“Bagaimanapun kalau negara China anggap ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan, tapi sementara itu, untuk usaha cari gali, kita akan teruskan. Saya tidak mahu elak daripada meneruskan rundingan, kerana ini pendiran ASEAN.",
"“ASEAN merasakan semua tuntutan bertindih harus diselesaikan secara rundingan, tapi setakat ini Malaysia bertegas bahawa ini (projek cari gali) adalah di kawasan atau wilayah Malaysia,” katanya pada sesi waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini. ",
"Beliau menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada Perdana Menteri ada membincangkan isu berhubung keselamatan serantau dalam lawatan rasminya ke China baru-baru ini, terutamanya dengan kehadiran tentera laut China di Laut China Selatan.",
"Anwar berkata pendirian Malaysia berhubung usaha cari gali berkenaan juga telah disampaikan kepada Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya Li Qiang dalam lawatan rasminya ke negara tembok besar itu baru-baru ini.",
"“Memang perkara ini diangkat kerana kedua-dua pihak itu ada tuntutan bertindih di Laut China Selatan terutama kebimbangan negara China kerana Petronas telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang juga dituntut oleh negara China,” katanya. ",
"Berhubung kehadiran kapal dan tentera laut China di Laut China Selatan, Perdana Menteri berkata negara itu telah menjelaskan bahawa ia berada di perairan antarabangsa, namun Kementerian Luar akan terus memantau dan mengeluarkan bantahan sekiranya terdapat perlanggaran. ",
"Anwar berkata Malaysia dan ASEAN tegas dengan pendirian untuk tidak menyokong sebarang usaha yang boleh meningkatkan ketegangan terutama dalam bidang ketenteraan.",
"“Sebab itu bila diumum penubuhan AUKUS, Malaysia menyatakan keresahan dan kebimbangan agar perkara ini tidak meledak sebagai suatu yang akan dianggap provokatif yang akan menyebabkan negara China meningkatkan kegiatan mereka di rantau,” katanya.",
"Pada 30 Mac lepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai anggota ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN) termasuklah dalam isu berkaitan perlucutan senjata nuklear, pencegahan percambahan nuklear dan penggunaan teknologi nuklear secara aman. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/anwar-jawab-isu-vape-pegawai-perubatan-kontrak-lawatan-ke-china-di-dewan-rakyat
|
[
"KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab persoalan berkaitan produk cecair bagi kegunaan alat rokok elektronik atau vape serta perkhidmatan pegawai perubatan secara lantikan kontrak, pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini.",
"Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan laman rasmi Parlimen, persoalan mengenai justifikasi tindakan kerajaan menyahsenaraikan produk cecair dan gel nikotin yang digunakan dalam alat rokok elektronik daripada Akta Racun 1952 akan diajukan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat).",
"Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) pula bertanya mengenai jumlah keseluruhan pegawai perubatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam serta implikasi kewangan yang terlibat sekiranya semua anggota kesihatan itu diserap masuk dan seterusnya dilantik secara tetap.",
"Sementara itu, Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengemukakan soalan mengenai hasil positif lawatan Perdana Menteri ke China baru-baru ini, dari segi ekonomi dan peluang pelaburan serta manfaat yang rakyat Malaysia peroleh kelak.",
"Selesai sesi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dijadual membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, masing-masing bagi bacaan kali pertama.",
"Kemudian, persidangan diteruskan dengan Perdana Menteri juga dijadual mengemukakan usul dengan mencadangkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dan Wong Shu Qi (PH-Kluang), masing-masing dipilih sebagai Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi Majlis Parlimen Ke-15.",
"Selain itu, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, serta Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023, turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat untuk bacaan kali kedua.",
"Pada 28 Feb lepas, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi iaitu pada 3 dan 4 April, menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 31 hari."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/penjara-sebatan-hukuman-gantian-paling-sesuai-bagi-11-kesalahan-mati-mandatori
|
[
"KUALA LUMPUR: Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata hukuman gantian perlu setimpal dengan keseriusan jenayah yang dilakukan dan tidak mengakibatkan kejanggalan dengan hukuman lain yang kurang serius.",
"“Kombinasi hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah-jenayah lain,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat semalam.",
"Rang undang-undang itu, yang bertujuan memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan serta mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan, diluluskan selepas bacaan kali ketiga setelah dibahas oleh 10 Ahli Parlimen.",
"Melalui undang-undang itu, mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.",
"Ia melibatkan Seksyen 121A iaitu kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri, Seksyen 130C (melakukan perbuatan pengganas), Seksyen 130I (mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas) dan Seksyen 302 (kesalahan membunuh) di bawah Kanun Keseksaan.",
"Selain itu, beliau berkata penggubalan rang undang-undang tersebut merupakan suatu akta ‘omnibus’ kerana ia merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah.",
"Ramkarpal berkata perundangan sistem keadilan jenayah di Malaysia diwujudkan sejak sekian lama dan terdapat banyak peruntukan sedia ada yang dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan jenayah semasa.",
"“Dalam hal ini, keputusan kerajaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dilihat sebagai langkah yang tepat dalam usaha kerajaan mewujudkan sistem perundangan yang dinamik, progresif dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya.",
"Rang undang-undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/04/gempa-bumi-kuat-landa-utara-sumatera-beberapa-negeri-mungkin-rasa-gegaran-metmalaysia
|
[
"Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.",
"Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima satu panggilan berhubung gegaran itu daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras di sini.",
"Semakan di laman sosial Twitter pula mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran malah ada yang mengongsikan tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/tidak-benar-keluar-kwsp-kerajaan-bertanggungjawab-lindungi-rakyat-rafizi
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi rakyat terutamanya golongan yang berisiko seperti pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk hari tua.",
"Beliau berkata walaupun tuntutan ini jika dibenarkan boleh dilihat sebagai satu program kerajaan yang sebenarnya tidak melibatkan wang atau usaha kerajaan, tetapi akan mengurangkan simpanan hari tua daripada caruman rakyat sendiri.",
"“Apabila dana KWSP menyusut, ini akan mengehadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik.",
"“Ini akan membawa kesan kepada pencarum-pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman KWSP kerana jika pulangan secara keseluruhannya rendah, maka pencarum-pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu,” katanya menerusi hantaran video di laman Instagram hari ini.",
"Rafizi berkata tindakan kerajaan sebaliknya ialah untuk menambahkan lagi caruman dan simpanan hari tua kepada pencarum dan bukannya membenarkan pengeluaran seperti yang dituntut segelintir pencarum.",
"“Oleh sebab itu kerajaan memilih jalan yang memberi kebaikan kepada semua pihak, bukan memilih jalan singkat yang akan meninggalkan masalah kepada pemimpin lain pada masa hadapan untuk diselesaikan,” katanya. ",
"Rafizi berkata demikian mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran KWSP bersasar ditolak pada permulaan persidangan Dewan Rakyat pagi tadi. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/sumbangan-tunai-rahmah-fasa-dua-dikreditkan-mulai-5-april
|
[
"KUALA LUMPUR: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa dua akan dikreditkan ke akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat mulai 5 April ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).",
"MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran STR fasa dua yang melibatkan nilai RM1.26 bilion itu akan disalurkan kepada 8.7 juta penerima golongan B40.",
"Menurut kenyataan itu, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh yang sama.",
"“Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai pada tarikh sama dan penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April.",
"Sementara itu, bagi pembayaran fasa tiga dan empat akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Julai dan November ini, dengan mengambil kira permohonan baharu atau kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.",
" Sehingga 31 Mac lepas, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.",
"Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya pembayaran STR fasa dua diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau sekurang-kurangnya awal April, sebelum sambutan Aidilfitri. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/stesen-minyak-tanpa-subsidi-diperluas-di-kawasan-sempadan-negara-secara-berfasa
|
[
"PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini bersetuju dengan perluasan stesen minyak tanpa subsidi secara berfasa di kawasan sempadan negara bagi menangani ketirisan diesel bersubsidi.",
"Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu memaklumkan lokasi stesen minyak tanpa subsidi itu dicadangkan di Rantau Panjang dan Bukit Bunga (Jeli) di Kelantan serta Tebedu, Ba’Kelalan dan Lundu (Sarawak).",
"Beliau berkata lokasi stesen minyak terbabit juga dicadangkan di Pengkalan Hulu (Perak), Tambak Johor dan Second Link (Johor), Padang Besar dan Wang Kelian (Perlis) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah). ",
"Katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menguatkuasakan OPS TIRIS selama enam bulan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos tahun ini bagi membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi.",
"Ahmad Zahid berkata setakat 31 Mac lepas, sebanyak 3,424 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara yang melibatkan 92 kes dengan jumlah 88 tangkapan dan nilai rampasan RM3.02 juta membabitkan 41 kes serahan menerusi OPS TIRIS itu. ",
"Beliau juga berkata inisiatif Rahmah, yang bermula dengan Menu Rahmah, kini diperluas dan dikembangkan kepada barangan seperti tekstil serta perkhidmatan seperti insurans.",
"KPDN memperkenal Program Payung Rahmah bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan) dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan serta barangan keperluan asas.",
"Ahmad Zahid berkata setakat 1 April lepas, terdapat sejumlah 1,706 pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang melaksanakan program Menu Rahmah manakala Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi menawarkan menu berbuka puasa pada harga Menu Rahmah.",
"Beliau berkata mesyuarat itu juga bersetuju agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meneliti cadangan menaik taraf Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai Agensi Sekuriti Makanan. ",
"“KPKM juga akan mendayaupayakan FAMA dalam meluaskan jaringan pemasaran dengan menumpukan kepada kawasan berkepadatan tinggi dan kawasan luar bandar yang kurang akses kepada khidmat peruncitan,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/tujuh-lelaki-seorang-wanita-myanmar-ditahan-disyaki-terlibat-pergaduhan
|
[
"JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga Myanmar disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan hingga menyebabkan kematian seorang lelaki senegara di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram, di sini, malam tadi.",
"Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata kesemua lelaki berusia 22 hingga 51 tahun dan wanita berusia lingkungan 35 tahun itu ditahan pada 11.45 malam.",
"“Siasatan di tempat kejadian iaitu di sebuah bilik sewa mendapati kejadian berpunca daripada beberapa orang dalam kalangan mereka mabuk dan mengakibatkan pergaduhan.",
"“Seorang daripadanya yang berusia lingkungan 32 tahun meninggal dunia disyaki ditikam dengan objek tajam pada bahagian dada kiri, manakala seorang lagi berusia 51 tahun cedera di bahagian lengan kanan,\" katanya dalam kenyataan hari ini.",
"Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.",
"Mohd Sohaimi berkata polis merampas beberapa barangan termasuk cadar, dua baju terdapat kesan disyaki darah, dua seluar terdapat kesan disyaki darah, satu pelitup muka dan tiga botol kosong minuman keras.",
"Beliau berkata pihaknya pada masa sama turut mengesan seorang lelaki warganegara sama dikenali sebagai Myint Hlaing, berusia 41 tahun, dipercayai juga terlibat dalam kejadian itu.",
"Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan, ASP Nik Samsuriah Daud di talian 013-727 2120 atau 07-386 4222. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/ubah-lorong-terbiar-jadi-bazar-ramadan
|
[
"SUNGAI PETANI: Tiga pemuda mengambil inisiatif “menghidupkan” lorong terbiar dengan mengubahnya menjadi lokasi bazar Ramadan Raya yang dikenali ‘Basah Tekak’ 2.0 di Jalan Patani di sini.",
"Ketiga-tiga mereka Ainol Zulkarnain Zainal Abidin, 39, Muhammad Daniel Halis, 33, dan Muhammad Aiman Mohd Tajudin, 25, berusaha menaik taraf dan mencantikkan lorong tersebut dengan kos kira-kira RM20,000.",
"Ainol Zulkarnain berkata idea mengubah lorong terbiar itu kepada tempat kegiatan ekonomi bermula tahun lepas secara kecil-kecilan sebelum penglibatan lebih ramai usahawan muda pada tahun ini dengan terdapat 16 gerai jualan.",
"“Kali pertama kami mengadakan program ‘Basah Tekak’ ini, kami hanya memanggil beberapa rakan untuk sama-sama berniaga. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjana pendapatan dengan berniaga di tempat yang semakin menjadi tumpuan orang ramai ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.",
"Tinjauan mendapati dinding di kawasan lorong itu dihiasi lukisan mural yang cantik dan diterangi cahaya lampu sehingga mencetuskan suasana menarik kepada pengunjung untuk singgah di gerai minuman dan makanan, selain pakaian raya serta aksesori wanita yang dijual pada harga berpatutan.",
"Ainol Zulkarnain berkata pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang meluluskan permit untuk bazar itu beroperasi di lorong berkenaan.",
"“Kami berterima kasih kepada pihak MPSPK yang memberikan permit untuk kami menjalankan perniagaan di sini dan diharap terus mendapat sokongan untuk menambah baik operasi perniagaan di lorong ini,” katanya.",
"Beliau berkata lorong bersebelahan kedai kopinya itu sebelum ini terbiar dan gelap, selain kebersihannya tidak terjaga sekali gus berisiko berlaku kes jenayah seperti ragut dan apabila lorong itu dinaik taraf ia berpotensi menjadi tempat tarikan pelancong.",
"Sementara itu, seorang pengunjung bazar itu, Muhammad Aiman Roslee, 24, berkata beliau gemar datang ke situ untuk minum kopi sambil melihat dekorasi lorong yang cantik.",
"“Lorong ini dulu biasa saja, tetapi mereka buat jadi luar biasa. Setahu saya, belum ada lagi di Kedah yang buat konsep seperti ini, harga jualan barang di sini juga berpatutan. Sesuai untuk seisi keluarga dan golongan muda datang ke sini,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/solidariti-bersama-doktor-kontrak-tetapi-tidak-setuju-tindakan-mogok-cuepacs
|
[
"IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersolidariti dengan isu doktor kontrak namun tidak bersetuju dengan langkah kumpulan itu yang mahu melancarkan mogok di seluruh negara sebagai memprotes isu perjawatan mereka yang masih tergantung.",
"Adnan berkata kumpulan itu sendiri tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk mengambil tindakan perusahaan seperti mogok kerana mereka tidak berkesatuan, pada masa sama boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.",
"\"Maka dengan itu telah mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak,\" katanya di sini hari ini.",
"Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) Perak di sini hari ini.",
"Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu itu berkata kerajaan akan memastikan situasi menang menang dicapai supaya tiada pihak berasa rugi atau tersingkir. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/harga-runcit-minyak-masak-sawit-tulen-kekal-sehingga-7-mei-salahuddin
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan dan pihak industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak tulen untuk tempoh 8 April hingga 7 Mei ini bagi memastikan pengguna tidak terjejas dengan kenaikan harga runcit minyak masak sawit tulen menjelang sambutan Aidilfitri. ",
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata harga runcit maksimum bagi minyak masak kelapa sawit tulen (botol) adalah RM 6.90 bagi kuantiti 1 kilogram (kg), RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM 30.90 bagi 5kg. ",
"\"Pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik berdasarkan nilai tuntutan sebenar.",
"\"Pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti iaitu individu boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000,\" katanya.",
"Selain itu, Salahuddin berkata KPDN akan meneruskan pemantauan di samping menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN.",
"Terdahulu, beliau memaklumkan terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah untuk Mac berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan matrik.",
"Beliau berkata purata harga minyak sawit mentah untuk Mac 2023 adalah sebanyak RM4,139 per tan matrik berbanding RM3,908 per tan matrik pada Februari 2023 sekali gus menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan harga siling bergerak. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/kpt-tidak-amalkan-kepolisan-pendidikan-ke-atas-universiti
|
[
"GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak akan mengamalkan “kepolisan pendidikan” untuk mengawal universiti dalam soal berkaitan aktiviti politik di kampus, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.",
"“Kita mahu melahirkan graduan yang berilmu dan kita juga mahu bangunkan kekuatan pemikiran mereka, oleh itu kita tidak mahu mereka taksub dengan satu-satu pemikiran dari awal.",
"“Saya tidak kawal pihak universiti dan kementerian tidak berminat untuk melakukan ‘educational policing’. Saya bukan polis mahu jaga mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.",
"Apabila ditanya mengenai kemungkinan membenarkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti, beliau berkata baru-baru ini ada perbahasan oleh wakil rakyat di Parlimen yang menyatakan bahawa ini adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.",
"Katanya pada sesi perbahasan tersebut, semua wakil rakyat secara konsensus bersetuju dengan pendirian parti politik tidak boleh wujud di institusi pengajian tinggi."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/segera-laksanakan-program-biodisel-b15-tingkat-penggunaan-sawit-tempatan
|
[
"KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta segera menaik taraf pelaksanaan program biodiesel B10 kepada B15 bagi memastikan Malaysia kekal sebagai pemain utama serta penanda aras bagi harga minyak sawit dunia. ",
"Senator Datuk Lim Pay Hen berkata rancangan Indonesia untuk memperkenalkan penanda aras sendiri bagi harga minyak sawit mentah (MSM) pada Jun, boleh memberi ancaman kepada negara industri sawit tempatan terutama selepas negara jiran itu melancarkan program B35 bagi meningkatkan permintaan domestik.",
"“Solusi (untuk segera menaik taraf pelaksanaan program biodiesel) ini adalah bagi menyelamat industri sawit negara kerana telah tertangguh berkali-kali. Jadi, jika serius, kerajaan perlu bergerak pantas,’’ katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara di sini, hari ini. ",
"“Jadi, soalan saya adakah kita akan sempat dalam dua tahun sahaja untuk menaik taraf dan mencapai matlamat pengenalan program B30 di dalam RMK12?” katanya.",
"Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rancangan Indonesia untuk memperkenalkan penanda aras sendiri bagi harga MSM akan memberi kesan kepada keseluruhan rantaian industri perladangan sawit, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat dunia. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/ruu-kewangan-2023-diluluskan-di-dewan-rakyat
|
[
"Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata RUU itu bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 selain melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta berkaitan. ",
"Pindaan tersebut termasuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 [Akta 812] dengan menggantikan perkataan “dan 2022” dengan perkataan “2022, 2023 dan 2024” bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), katanya di Dewan Rakyat hari ini.",
"\"Tahun hadapan, kita akan melihat semula dasar ini dan mengambil maklum balas daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang untuk membuat keputusan seterusnya,\" katanya.",
"Sementara itu, pindaan lain termasuk memperluas skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk meliputi kos pemeriksaan, intervensi awal dan rawatan pemulihan bagi anak-anak kurang upaya pembelajaran seperti autisme dan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan dengan potongan cukai yang dibenarkan terhad kepada RM4,000,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/ahli-parlimen-pembangkang-keluar-dewan-rakyat-protes-tidak-bahas-isu-kwsp
|
[
"KUALA LUMPUR: Permulaan persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh selepas semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan selepas tidak berpuas hati apabila permintaan untuk membahaskan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar ditolak.",
"Antara yang kelihatan meninggalkan Dewan Rakyat ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad (PN-Machang), Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang).",
"Wan Ahmad Fayhsal sebelum itu bangkit membawa perkara berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) meminta kebenaran untuk membahaskan perkara itu kerana ia berkaitan dengan kepentingan orang ramai dan memaklumkan permohonannya membawa usul berkenaan pagi ini telah ditolak pejabat Dipertua Dewan Rakyat, Jumaat lepas.",
"“Tetapi saya mendapat banyak pandangan dan keresahan daripada rakyat bahawa penjelasan dan ulasan daripada menteri dan timbalan menteri kewangan baru-baru ini tidak memuaskan, jadi izinkanlah kami untuk bahas perkara ini hari ini dengan berbaki dua hari lagi tamat sesi persidangan,” katanya.",
"Bagaimanapun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong menolak perkara itu dan memaklumkan mengikut Peraturan Mesyuarat 43 keputusan Speaker adalah muktamad dan sekiranya tidak berpuas hati, usul itu boleh dikemukakan sekali lagi.",
"Namun keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa Ahli Parlimen termasuk Shahidan dan Hamzah yang bangkit memohon supaya Alice mempertimbangkan perkara itu sekali lagi kerana ia menyentuh kepentingan, namun Alice tegas dengan keputusan yang telah dibuat.",
"“Kalau begitu caranya...kalau tidak mahu ia dibahaskan, kita boleh keluar untuk menunjukkan kita protes perkara ini,” kata Hamzah yang kemudian bertindak keluar dewan sebelum diikuti oleh Ahli Parlimen pembangkang yang lain.",
"Bagaimanapun ahli pembangkang dilihat memasuki semula Dewan Rakyat selepas mengadakan sidang media di luar dewan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan 2023 yang dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim.",
"Terdahulu Sim membentangkan rang undang-undang itu bagi meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.",
"Sesi perbahasan kembali hangat selepas Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mendakwa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berbohong apabila menyatakan Kedah merupakan antara negeri yang paling banyak kehilangan tanah rizab Melayu dalam persidangan sebelum ini.",
"Hal itu menyebabkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) bangun meminta Awang menarik balik perkataan bohong berkenaan kerana disifatkan sebagai unparliamentary atau bercanggah dengan peraturan Parlimen sebelum Alice turut meminta Ahli Parlimen Pendang itu berbuat demikian. ",
"“Kalau fakta berkenaan tidak betul, kata fakta itu silap dan tidak betul dan minta balik dia (menteri) rujuk balik kepada fakta, tidak boleh kata terus kata dia bohong dalam dewan,” katanya sebelum berlaku pertikaman lidah beberapa ketika sebelum beliau meminta wakil rakyat berkenaan keluar dewan jika enggan bertenang.",
"Kekecohan tidak berhenti setakat itu apabila Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) yang digantung selama tiga hari daripada Dewan Rakyat bermula Rabu lepas, hadir ke persidangan hari ini.",
"Kehadirannya itu menimbulkan pertanyaan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Md Nor kerana Che Mohamad Zulkifly masih dalam tempoh penggantungan.",
"Rabu lepas, Ramli mengeluarkan perintah penggantungan selama tiga hari kepada Che Mohamad Zulkifly kerana kerap kali bangun mencelah dan enggan duduk apabila diarahkan berbuat demikian walaupun telah diberikan amaran sebanyak tiga kali. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/ptptn-peruntuk-rm231000-bagi-bantuan-pengajian-kpt-ptptn-prihatin-kepada-pelajar-usm
|
[
"KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperuntukkan sebanyak RM231,000 kepada 462 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan pelajar berkenaan.",
"Menurut PTPTN dalam kenyataan, peruntukan itu merupakan antara inisiatif perbadanan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi program Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin untuk membantu pelajar kurang berkemampuan.",
"“Setiap pelajar USM itu terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar layak menerima bantuan sebanyak RM500 secara sekali beri dan disalurkan ke dalam akaun bank pelajar. ",
"“Pelaksanaan program ini juga adalah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan USM bagi memastikan penerima adalah dari kumpulan sasaran yang layak,” menurut kenyataan itu.",
"Majlis penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin kepada pelajar USM telah diadakan di Masjid Al-Malik Khalid USM, Pulau Pinang, semalam, sempena Majlis Iftar USM yang disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.",
"Turut hadir Pengerusi Lembaga Gabenor USM Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Ir Dr Abdul Rahman Mohamed dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid.",
"Menurut PTPTN, inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin diadakan untuk menyalurkan bantuan sara hidup kepada pelajar yang kurang berkemampuan di institusi pengajian tinggi (IPT) lain bagi meringankan beban kewangan pelajar.",
"“Diharapkan inisiatif Bantuan Pengajian KPT-PTPTN Prihatin ini memberi sinar kepada para pelajar untuk terus mencipta kejayaan hebat dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi kebanggaan ibu dan ayah,” menurut kenyataan itu. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/malaysia-kecam-tindakan-bakar-al-quran-di-denmark
|
[
"Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini, perbuatan keji itu bukan kali pertama dilakukan di Denmark pada tahun ini. ",
"Di sebalik bantahan dan kecaman yang disuarakan oleh umat Islam di seluruh dunia, kerajaan Denmark dilihat masih enggan menghentikan perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima itu.",
"“Perbuatan Islamofobia yang dilakukan pada Ramadan ketika umat Islam dituntut untuk bersabar itu disifatkan bertujuan menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,” menurut kenyataan itu.",
"Selain itu, Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kitab suci agama dihormati dan dilindungi sepenuhnya sambil mengambil tindakan yang signifikan untuk memerangi Islamofobia dan menggalakkan kehidupan yang harmoni, aman serta damai dalam kalangan rakyat yang berbeza agama selaras dengan Hak Asasi Manusia.",
"Sejak beberapa bulan kebelakangan ini terdapat tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik, terutamanya di Denmark dan Sweden yang bertindak membakar al-Quran atau merancang untuk melakukannya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/kwsp-perincikan-mekanisme-bagi-fsa2-bermula-7-april
|
[
"KUALA LUMPU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) yang akan dilaksanakan dalam dua fasa, bermula 7 April bagi fasa satu. ",
"Menurut KWSP dalam kenyataan hari ini, ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon menerusi bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN), selain mempertimbangkan penyertaan lebih banyak bank.",
"“Semasa fasa satu, yang akan bermula pada 7 April dan kekal dibuka selama setahun, ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian,” menurut KWSP.",
"Institusi itu memaklumkan dengan kemudahan berkenaan semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun Dua KWSP.",
"“Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun Dua KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun,” menurut kenyataan itu.",
"Jelas KWSP, kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank yang mengambil bahagian di bawah program itu adalah antara empat hingga lima peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu lapan hingga 15 peratus.",
"“Sekiranya ahli membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun Dua ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada mana-mana peringkat umur antara 50 dan 54 tahun mengikut pilihan ahli.",
"“Jika ahli memilih Pengeluaran Umur 55 Tahun, KWSP akan membayar prinsipal dan dividen terkumpul daripada Akaun Dua ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank pada umur 55 tahun,” menurut kenyataan itu.",
"Selain itu, KWSP memaklumkan jumlah yang dibayar akan digunakan untuk menjelaskan baki pembiayaan peribadi, sekiranya ada, sebelum memulangkan sebarang lebihan kepada ahli.",
"Menurut badan itu, simpanan ahli akan kekal dalam Akaun Dua dan terus menerima dividen tahunan KWSP, seterusnya membolehkan mereka menerima manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen ke atas simpanan persaraan, di samping masih memenuhi keperluan kewangan jangka pendek mereka.",
"“Ahli boleh membatalkan notis awal Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan memaklumkannya kepada KWSP sekiranya telah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi mereka.",
"“Sebaik sahaja notis awal dibatalkan, jumlah yang dipohon untuk pengeluaran (prinsipal dan dividen terkumpul) dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk pengeluaran prapersaraan lain daripada KWSP,” katanya",
"Menurut KWSP, FSA2 bertujuan membantu ahli mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan dan simpanan dalam Akaun Dua hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).",
"“Pihak bank akan mentadbir sepenuhnya proses permohonan untuk pembiayaan peribadi melalui kemudahan ini, tertakluk kepada penilaian pembiayaan dan rangka kerja kredit mereka.”",
"Menurut KWSP, permohonan pembiayaan peribadi boleh dibuat secara dalam talian menerusi institusi perbankan yang mengambil bahagian dan ahli perlu melakukan semakan kelayakan sebelum memohon di https://fsa2.kwsp.gov.my yang turut menyediakan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti itu bermula 5 April ini.",
"Ahli juga perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit menerusi terminal kendiri di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan kod pemberian kuasa transaksi (TAC) untuk pengesahan identiti.",
"Untuk maklumat lanjut mengenai FSA2, ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/caj-yuran-pibg-kpm-sentiasa-pantau-elak-bayaran-bebankan-ibu-bapa
|
[
"KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau dan memastikan pihak sekolah mematuhi prosedur ditetapkan supaya caj yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa, Dewan Negara diberitahu hari ini. ",
"Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM melalui Surat Pemakluman Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada 15 Sept 2021 telah memberi peringatan kepada sekolah-sekolah agar tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan PIBG dan pematuhan kepada garis panduan yang telah disediakan. ",
"“Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 membenarkan PIBG untuk mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang merupakan Pendaftar Negeri.",
"“Dalam hal ini, Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011 Garis Panduan Kutipan/Bayaran Keperluan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah berkaitan sebagai rujukan pihak sekolah,” katanya pada sesi soal jawab bagi jawapan lisan di Dewan Negara hari ini. ",
"Fadhlina turut menyarankan agar para ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG yang dianjurkan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat dan justifikasi berkaitan caj yuran PIBG yang dikenakan.",
"“Sekiranya ada aduan haruslah dikemukakan secara mengikut aturan dan proses serta sekiranya ada aduan KPM akan kenal pasti dan akan turun bersama pendaftar negeri iaitu Pengarah JPN untuk memastikan pembetulan itu dibuat sama ada melalui mesyuarat ataupun ditetapkan oleh mana-mana peraturan lain di bawah pendaftaran negeri,” katanya. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/had-usia-teksi-e-hailing-sabah-sarawak-labuan-dinaikkan-kepada-15-tahun
|
[
"KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada 15 tahun.",
"Menurut APAD dalam kenyataan hari ini, langkah itu sejajar hasrat Kementerian Pengangkutan untuk melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah penambaikan sistem pengangkutan negara.",
"Menurut agensi itu pelanjutan tersebut terguna pakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-ailing yang telah mencapai had usia maksimum bermula 1 Jan tahun ini.",
"Antara syarat lain ialah semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri terjamin, menurut kenyataan itu.",
"“Sehubungan itu, pihak APAD berharap pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti,” katanya.",
"Maklumat dan pertanyaan lanjut boleh didapati di laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD berhampiran. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/malaysia-sedia-runding-dengan-china-isu-pertikaian-laut-china-selatan
|
[
"Anwar berkata ketika mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden China Xi Jinping sempena lawatan rasminya ke China, isu Laut China Selatan dibangkitkan kerana syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), mempunyai pelantar terbesar bagi projek cari gali yang beroperasi di kawasan berkenaan.",
"\"Di kawasan itu ada tuntutan yang sama dari China. Saya beritahu bahawa sebagai negara kecil yang memerlukan sumber minyak dan gas, kita terpaksa teruskan tetapi kalau syaratnya harus ada rundingan, maka kita sedia berunding,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.",
"Anwar berkata ketika lawatannya ke China itu, beliau turut menyentuh isu Myanmar dan pelarian Rohingya biarpun mengetahui China mengamalkan dasar tidak campur tangan.",
"“Tetapi ada hampir 200,000 pelarian Rohingya di sini (Malaysia). Jadi sama ada kita suka atau tidak, apa yang berlaku di Myanmar, yang menafikan hak penduduk Myanmar sendiri termasuk Rohingya, itu beri kesan kepada kita,” katanya yang turut memaklumkan bahawa Myanmar juga tidak mahu menerima hampir 200,000 pelarian terbabit. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/jabatan-agensi-kerajaan-diminta-anjur-majlis-ilmu-sepanjang-ramadan
|
[
"PUTRAJAYA: Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.",
"\"Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya,\" katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.",
"Anwar berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan. - Bernama "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/syarikat-terkemuka-china-setuju-jadikan-malaysia-hab-serantau
|
[
"PUTRAJAYA: Beberapa syarikat terkemuka dari China telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.",
"Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Anwar berkata perincian mengenai perkara itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.",
"\"Selalunya hab serantau mereka adalah di negara-negara lain (negara jiran), tapi ini kali pertama beberapa syarikat memilih untuk menjadikan (Malaysia) sebagai hab serantau mereka,” katanya yang kembali ke Malaysia semalam selepas mengadakan lawatan rasmi ke China.",
"Anwar dalam pada itu berkata beliau telah mengusulkan kepada syarikat-syarikat terkemuka China untuk mengutamakan pengambilan pekerja tempatan yang berkelayakan untuk operasi mereka di negara ini.",
"Bagaimanapun, Anwar berkata kerajaan bersedia meluluskan permohonan untuk mengambil pekerja dari China dengan segera namun syarikat terbabit perlu membuktikan usaha mengambil pekerja tempatan yang diperlukan tidak berjaya.",
"Selain itu, turut diusulkan ialah program latihan kursus dalam syarikat seperti Proton Holdings Bhd dengan tujuan memberi keutamaan kepada pemilihan anak tempatan dalam syarikat, sebelum ruang dibuka kepada profesional dari China.",
"Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri selama empat hari ke China, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi bernilai RM170 bilion, hasil daripada pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara perniagaan di China dan Malaysia dalam pelbagai bidang terutamanya teknologi hijau dan ekonomi digital. ",
"China telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 2009. Pada 2022, jumlah perdagangan dua hala bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus daripada 2021. - BERNAMA\n "
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/anwar-sifatkan-kejayaan-besar-di-china-hasil-kerjasama-rentas-kementerian
|
[
"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan luar biasa sempena lawatan rasmi beliau ke China baru-baru ini adalah hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama rentas kementerian yang telah dilaksanakan sebaik mungkin.",
"Menurutnya, hasil usaha penjawat awam menyusun acara, kira-kira 50 syarikat gergasi China yang bernilai berpuluh bilion dolar dapat dihimpunkan sempena lawatan itu.",
"“Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar, tapi semua kementerian terkait berbincang dan menemui mereka sebelum ada pertemuan itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.",
"Sempena lawatan rasmi Anwar ke China itu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.",
"Anwar dalam pada itu berkata kaedah cekap dan bersih perlu dilaksanakan dalam setiap urusan bagi menarik dan menambah keyakinan pelabur dalam negara.",
"“Budaya lama (jika) mahu dibersihkan mengambil masa lama, jadi saya minta kerjasama saudara kerana apabila imej itu baik, ia mudah sekali,” katanya."
] |
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/03/dewan-rakyat-tumpu-rang-undang-undang-bacaan-kedua-hari-ini
|
[
"KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diteruskan dengan beberapa rang undang-undang dibentangkan untuk bacaan kali kedua, termasuk Rang Undang-Undang Kewangan 2023.",
"Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat di laman rasmi Parlimen, rang undang-undang yang dijangka dibentang dan dibahaskan adalah Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.",
"Turut dijangka dibentangkan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, serta Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023.",
"Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023 turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini.",
"Pada 28 Februari lepas, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 ditambah dua hari lagi iaitu pada 3 dan 4 April, menjadikan tempoh bersidang keseluruhan selama 31 hari."
] |
Subsets and Splits
No community queries yet
The top public SQL queries from the community will appear here once available.