url
stringlengths
47
133
content
list
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/pm-mahu-kastam-kemuka-laporan-lengkap-penyeludupan-dadah-ke-australia
[ "SUNGAI PETANI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) diarah menyediakan laporan lengkap dan terperinci berhubung rampasan 336 kilogram (kg) heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas.", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mahu laporan itu dibentangkan kepadanya dalam tempoh dua minggu, bertujuan mengetahui bagaimana dan punca kejadian itu berlaku, yang disifatkannya sebagai mengaibkan negara.", "\"Tentang bagaimana penyeludupan besar dadah ke Australia yang mengaibkan kalau dibuktikan sah penyeludupan besar-besar itu dari Pelabuhan Klang, Selangor. Soalnya bagaimana boleh dalam sistem yang canggih sekarang ini boleh bolos begitu besar jumlahnya. ", "Jadi saya dah minta pihak kastam yang bertanggungjawab untuk memberikan laporan penuh tentang punca apa yang berlaku, bagaimana dah 12, 16 kali hal demikian berlaku sehingga ditangkap di Australia dan menunjukan kelemahan sistem kita yang mesti diatasi,\" katanya.", "Anwar berkata beliau turut mengarahkan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk membantu siasatan dan mahu laporan penuh dan lengkap dibentangkan bagi memastikan penyeludupan seumpama itu dihalang daripada berulang.", "Menurut beliau, perkara itu bukan soal kecil atau berkaitan jumlah dadah yang diseludup bernilai ratusan juta semata-mata, tetapi yang ditekankan adalah kelemahan dalam sistem keselamatan negara. ", "\"Dalam soal kita berbicara soal tata kelola pengurusan kerajaan yang baik, menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa, hal-hal begini masih berlaku. Oleh demikian kita tidak harus tolak ansur, kita harus lebih keras tindakan kita terhadap penjenayah,\" katanya.", "Pada 10 April lepas, media melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kg heroin dianggarkan bernilai AUD268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, 13 Mac lepas.", "Dadah itu dilaporkan disorok dalam dua blok konkrit simen, masing-masing seberat 500kg dan semakan mendapati penghantaran itu diisytiharkan sebagai aksesori panel solar yang tiba 13 Mac lalu di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia. ", "Sementara itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan penguatkuasaan di bawah KDN bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia yang melaksanakan peranan penting dalam menjamin keselamatan negara.", "\"Benar kita catat pertumbuhan, benar kita dapat adakan pilihan raya yang bebas, benar kita boleh hidup dengan selesa, tetapi jangan kita lupa bahawa ini berkat keamanan yang kita capai dan tonggaknya pasukan polis dan pasukan keselamatan,\" katanya.", "Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/15/kenderaan-barangan-dilarang-guna-jalan-raya-pada-20-21-24-dan-25-april
[ "MOT dalam kenyataan semalam memaklumkan larangan itu akan dikuatkuasakan pada 20 dan 21 April ini (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April ini (selepas perayaan) mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman melibatkan jalan persekutuan.", "Menurut kenyataan itu larangan berkenaan bertujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.", "“Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan dikuatkuasakan bersama-sama ‘road-ban’ ini. Menurut Perintah Had Laju Kebangsaan bertarikh 13 April 2023 dan Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Persekutuan) (Larangan Masa Tertentu) , had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 kilometer (km) sejam di seluruh Malaysia,\" menurut kenyataan itu.", "Selain itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan yang ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.", "MOT memaklumkan larangan itu melibatkan lori pembawa dan lori jongket yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan, lori pengangkut rendah, treler tiang, treler pelantar, lori balak, jentera berat beroda, trak tunda dan traktor (kecuali jentera berat beroda, trak tunda dan traktor yang digunakan bagi maksud operasi kecemasan dan menyelamat).", "Dalam pada itu, masa larangan sepanjang masa turut dikenakan kepada lori yang berat dengan muatannya melebihi 7.5 tan yang mengangkut simen, besi, keluli, batu, pasir, tanah, amang, bijih timah, arang batu atau bahan binaan atau bahan galian yang lain.", "“Road-ban dari 12 tengah malam hingga 8 pagi pula dikenakan kepada lori kontena yang mengangkut barangan (kecuali lori kontena yang mengangkut barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya).", "Masa larangan itu turut dikenakan kepada lori kargo yang mengangkut barangan elektronik atau elektrik atau bahan industri kimia dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan perindustrian di dalam negeri yang sama dan sebaliknya,” menurut kenyataan itu.", "Lori kargo tanpa muatan serta lori yang mengangkut tandan buah kelapa sawit segar, produk kelapa sawit mentah, getah sekerap dan susu getah turut sama dikenakan masa larangan tersebut.", "Tempoh larangan dari 6 petang hingga 6 pagi dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan tertakluk kepada had masa operasi yang dibenarkan di atas jalan tertentu pula dikenakan ke atas kren bergerak dan lori pembancuh simen. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/dua-anggota-polis-cedera-ditikam-pengedar-dadah
[ "KOTA BHARU: Dua anggota polis berpangkat lans koperal mengalami kecederaan selepas ditikam seorang pengedar dadah dalam kejadian di tepi jalan Kampung Siput Meranti, Pasir Mas, dekat sini semalam.", "Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kedua-dua anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berumur 28 dan 29 tahun itu mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan akibat kejadian itu.", "\"Lans Koperal Aminullah Islahudin Selvan, 29, mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, luka tusukan di siku serta luka di betis kanan manakala Lans Koperal Mohammad Arif Ismail, 28, cedera pada tangan kanan dan bahagian belakang badan,\" katanya pada sidang media di IPK Kelantan, di sini hari ini.", "Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata hasil pemeriksaan ke atas plastik hitam yang dibawa suspek, polis menemukan 12,000 biji pil yaba dan 282.90 gram heroin.", "\"Suspek positif methamphetamine telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,\" katanya.", "Sementara itu, Muhamad Zaki berkata dalam satu kes berasingan, polis berjaya merampas 30,000 biji pil yaba bernilai RM330,000 pada Selasa lepas di tepi sungai di Rantau Panjang.", "\"Rampasan dilakukan apabila anggota polis berjaya menahan seorang lelaki warga Thailand berumur 27 tahun. Ketika ditahan suspek sedang menggalas beg mengandungi dadah terbabit.", "\"Suspek yang tidak boleh berbahasa Melayu telah direman selama 14 hari bermula Rabu hingga 25 April depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/pegawai-kanan-menteri-sumber-manusia-ditahan-sprm
[ "Semalam, dilaporkan seorang pegawai kanan kepada Sivakumar ditahan SPRM dalam serbuan di Kementerian Sumber Manusia pagi semalam berkaitan isu pengambilan pekerja asing.", "Sivakumar yang maklum berhubung penahanan pegawai tersebut dilaporkan berkata beliau dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/rakyat-perlu-mohon-untuk-perpaduan-jalur-lebar-tetap
[ "KUALA LUMPUR: Rakyat yang ingin mendapatkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap perlu membuat permohonan kepada syarikat penyedia perkhidmatan kerana ia tidak dilaksanakan secara automatik.", "Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata selepas permohonan dilakukan, pihak penyedia perkhidmatan akan memaklumkan tentang proses serta syarat yang perlu dipenuhi untuk pakej berkenaan. ", "“Sebagai contoh, mereka mungkin pelanggan sedia ada tetapi pada pakej yang berbeza. Setelah pakej pada hari ini dilancarkan, maka mereka boleh berhubung dengan penyedia perkhidmatan untuk melakukan perubahan kepada pakej baharu.", "“Sekiranya cukup semua syarat, maka ia akan diluluskan oleh syarikat penyedia perkhidmatan Internet jalur lebar talian tetap,” katanya selepas melancarkan Pakej Perpaduan Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA)@MyKabel di Dataran PPR Kerinchi di sini hari ini. ", "Fahmi berkata kontrak antara penyedia perkhidmatan dengan pelanggan tidak melibatkan kerajaan, bagaimanapun pelanggan masih boleh menyalurkan sebarang aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekiranya terdapat masalah. ", "Mengenai program hari ini, beliau berkata sebagai permulaan sebanyak 40,000 unit PPR disasarkan oleh syarikat penyedia perkhidmatan iaitu TIME dotCom (Time) untuk Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.", "Ia melibatkan PPR Kampung Baru Hicom, PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang 2 dan PPR Taman Putra Damai di Selangor; PPR Kerinchi dan PA Desa Rejang di Kuala Lumpur; PPR Melana Indah 2 di Johor serta PPR Kampung Melayu di Pulau Pinang.", "Pakej tersebut menyediakan Internet berkelajuan 100 Mbps dengan data tanpa had RM69 berserta kontrak langganan 24 bulan, 30 peratus lebih murah berbanding harga pakej semasa sekitar RM99 di kawasan perumahan berstrata.", "Dalam pada itu, Fahmi berkata tahap capaian 5G di Kuala Lumpur kini adalah 97.5 peratus berbanding 54.7 peratus capaian di seluruh negara.", "Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Digital Ma. Sivanesan, Pengarah Eksekutif Time Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Azmi Abdul Hamid. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/aidilfitri-tldm-pertingkat-rondaan-kawalan-keselamatan-di-perairan-negara
[ "KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempertingkatkan rondaan kawalan keselamatan di perairan negara dan melaksanakan beberapa operasi menjelang Aidilfitri.", "Panglima TLDM Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob berkata penugasan TLDM berterusan seperti biasa selama 24 jam dan pusingan kapal anggota yang bertugas telah ditetapkan untuk memastikan operasi berkenaan sentiasa berjalan.", "“Penugasan ini membolehkan kita semua berhari raya dengan tenang dan selesa. Selain itu, TLDM juga bergabung dengan agensi penguatkuasaan lain bagi meronda perairan negara.", "“Saya juga akan berbuka puasa dan bersama-sama dengan warga TLDM yang bertugas semasa hari raya serta melawat mereka pada malam raya di lima stesen TLDM di luar pantai di sekitar Laut China Selatan,” katanya. ", "Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan kunjungan di semua bahagian Markas TLDM sempena Aidilfitri di Wisma Pertahanan, di sini hari ini. ", "Abdul Rahman turut mengambil kesempatan memberi nasihat dan peringatan kepada warga TLDM supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa memandu pulang ke kampung serta beraya secara sederhana.", "Selain itu, beliau juga berkesempatan berinteraksi secara dalam talian bersama 43 warga TLDM yang sedang berkursus dalam pelbagai kepakaran di 15 negara.", "Negara berkenaan adalah Jepun, Singapura, Arab Saudi, Filipina, Thailand, United Kingdom, Bangladesh, Korea Selatan, Pakistan, Taiwan, India, Jerman, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/lelaki-bakar-13-motosikal-ditahan-di-klcc
[ "KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan ditahan polis semalam beberapa jam selepas insiden 13 motosikal dan empat skuter elektrik terbakar di ruangan parkir pusat beli-belah Suria KLCC, di sini.", "Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata suspek berusia 34 tahun itu direman sehingga 19 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.", "Beliau berkata sejurus menerima laporan berkaitan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi telah membuka satu kertas siasatan.", "\"Dalam tempoh beberapa jam, polis berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan serta merampas sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, sebuah topi keledar, sepasang sarung tangan dan satu pemetik api.", "\"Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini sebanyak 10 laporan polis telah diterima daripada pihak yang terlibat dalam kejadian itu,\" katanya dalam kenyataan hari ini.  ", "Semalam, sembilan motosikal dan empat skuter elektrik terbakar sepenuhnya manakala empat motosikal yang lain, terbakar antara tiga hingga 20 peratus, dalam kejadian pada 3.45 petang itu. ", "Dalam perkembangan berasingan, Noor Dellhan berkata 11 individu termasuk warga asing telah ditahan semalam kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian.", "Beliau berkata suspek yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun itu ditahan hasil serbuan di sebuah premis di Jalan Ampang, di sini. ", "\"Hasil siasatan, sindiket ini telah beroperasi selama hampir sebulan dan kesemua tangkapan berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan yang menawarkan pekerjaan dalam talian kepada warganegara asing di luar negara." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/kpwkm-draf-ruu-warga-emas
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mendrafkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas yang bertujuan untuk menjaga kesejahteraan golongan itu. ", "Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dalam satu kenyataan hari ini berkata RUU yang meliputi perlindungan kebajikan dan hak asasi serta pemerkasaan warga emas itu, dijangka dibentangkan pada tahun depan.  ", "Katanya sehubungan itu, kementerian akan menjemput beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi pandangan supaya pelan tindakan bagi 2023–2030 adalah inklusif dan menyeluruh demi kesejahteraan warga emas. ", "“Cadangan daripada NGO serta pihak berkaitan dialu-alukan dalam usaha meningkatkan tahap kehidupan warga emas di Malaysia,” katanya yang mengakui keperluan untuk memastikan negara bersedia menjelang 2030 dengan Malaysia dijangka mencapai status ‘negara tua’.  - BERNAMA \n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/persekutuan-usaha-bina-hubungan-baik-dengan-kerajaan-negeri-pembangkang
[ "BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha membina hubungan baik dengan kerajaan negeri yang diterajui pembangkang bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa didahulukan selaras konsep MADANI. ", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini dapat dibuktikan apabila Kerajaan Persekutuan tetap mengutamakan apa-apa keperluan yang diminta kerajaan negeri yang bersifat segera dan mendesak, walaupun terdapat perbezaan politik. ", "Beliau berkata sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah projek Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Golok, Kelantan, berikutan masalah banjir yang sering dialami negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) itu. ", "“Kerana masalah banjir ini serius, masalah banjir di Kelantan lebih berat daripada masalah banjir di Permatang Pauh, jadi walaupun kita boleh bantu sedikit di sini (Pulau Pinang) kita kena beri keutamaan (Kelantan) walaupun kerajaan negeri itu berbeza parti, ini kenyataan. ", "“Sebab itu saya nak bezakan fakta dan rekaan, rekayasa, di dalam politik kita kena beringat,” katanya dan menambah apa yang dituturkan mestilah berdasarkan fakta dan bukan semberono.", "Anwar berkata dalam pertemuannya dengan Menteri Besar Kelantan, beliau juga mengambil maklum cadangan-cadangan penambahbaikan yang diutarakan, dengan sebahagiannya dipersetujui beliau dan turut mengarahkan pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan segera. ", "Mengulas lanjut, Anwar berkata hubungan baik dengan kerajaan negeri juga dibuktikan menerusi lawatannya ke Terengganu esok, apabila Menteri Besar Terengganu sendiri turut mengalu-alukan kedatangan tersebut dan memberikan kerjasama yang baik.", "“Itulah cara kerjasama Persekutuan dengan negeri, masa pilihan raya kita lawanlah,  lepas itu amanlah, baru boleh jaga kehidupan rakyat. Jadi itulah yang saya harap dalam kalangan kita supaya ada semangat bahawa perbezaan ini mempertajam hubungan persaudaraan dalam kalangan kita,” katanya. ", "Beliau berkata walaupun terdapat naratif yang mengatakan bahawa beliau tidak memberikan peruntukan sama rata kepada negeri, namun hakikatnya, peruntukan untuk empat negeri yang dipimpin PN tetap ditambah dalam Belanjawan 2023.", "Terdahulu, Perdana Menteri berkata masjid berperanan penting sebagai tonggak memperkukuh keimanan, dengan jawatankuasa masjid perlu mengimarahkan rumah Allah itu menerusi aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kefahaman kepada Islam dan mengelakkan perpecahan.", "“Masjid lambang keislaman dan kehidupan masyarakat Islam, ia bukan didirikan untuk kebanggaan atau bermegah-megah tapi untuk membawa ketakwaan kepada Allah SWT,” katanya. ", "Sebelum itu, Anwar melancarkan pembangunan Masjid Mengkuang Titi yang akan dibina dengan kos keseluruhan RM9 juta iaitu peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM5.4 juta dan RM1.1 juta daripada kerajaan negeri manakala baki RM2.5 juta lagi adalah hasil sumbangan diperoleh pihak pengurusan masjid. ", "Masjid dengan reka bentuk bangunan dua tingkat itu dibina di tanah berkeluasan 1.29 hektar milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang dijangka mampu menampung sejumlah 1,500 jemaah pada satu-satu masa." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/agong-permaisuri-ucap-selamat-menyambut-tahun-baharu-tamil-vaisakhi
[ "KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai Puthandu dan Vaisakhi kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.", "Menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan semoga perayaan itu membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh di Malaysia." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/pm-ucap-selamat-menyambut-tahun-baharu-chithirai-vaisakhi
[ "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai dan Vaisakhi kepada seluruh masyarakat Tamil dan Sikh di negara ini.", "Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berharap semoga tahun baharu ini membawa kegembiraan kepada semua dan mendoakan agar ikatan kekeluargaan yang terjalin sentiasa utuh dalam kebahagiaan.", "\"Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memperteguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini. #MalaysiaMADANI,\" menurut catatan itu." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/sumber-rujukan-terhad-antara-cabaran-perubatan-tradisional-dan-komplementari-belum-kukuh
[ "SHAH ALAM: Sumber rujukan yang terhad serta kekurangan kepakaran dalam perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) antara cabaran utama yang dikenal pasti mengapa bidang itu belum bertapak dengan kukuh di Malaysia.", "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata selain itu pengharmonian metodologi penyelidikan klinikal dengan prinsip dan teori perubatan tradisional turut dikenal pasti antara cabaran utama.", "Susulan itu, Dr Zaliha berkata dengan pelancaran buku Framework on Traditional and Complementary Medicine Research in Malaysia and Guildeline for Herbal Medicine Research hari ini dapat meningkatkan kuantiti serta kualiti penyelidikan bidang berkenaan.", "“Di samping itu, ia diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama dan kolaborasi pelbagai pihak seiring dengan hasrat Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melestarikan bidang PT&K untuk kebaikan dan manfaat rakyat Malaysia.", "“Selain itu, produk herba dengan pembuktian kukuh berpotensi dijadikan pilihan rawatan selain daripada ubat konvensional dan seterusnya membantu menangani jurang rawatan bagi penyakit yang sukar dirawat dengan ubat konvensional sedia ada,” katanya dalam ucapan sempena pelancaran buku rangka kerja dan garis panduan tersebut di Institut Kesihatan Negara hari ini.  ", "Jelasnya lagi, produk herba dengan pembuktian kukuh juga telah diterima oleh pihak regulatori bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.", "Dr Zaliha berkata buku rangka kerja PT&K itu memberikan gambaran menyeluruh tentang status terkini penyelidikan bidang perubatan itu dalam negara yang terdiri daripada beberapa perkara penting antaranya tadbir urus, domain penyelidikan, isu dan cabaran berkaitan pelaksanaan, penilaian penyelidikan dan hala tuju serta keutamaan semasa bagi penyelidikan PT&K di Malaysia.", "Dr Zaliha berkata bagi garis panduan penyelidikan perubatan herba, ia akan merangkumi tatacara penyelidikan dalam membangunkan produk herba berasaskan bukti saintifik.", "“Ini termasuk maklumat yang komprehensif mengenai data yang diperlukan untuk pembangunan produk herba yang merangkumi kualiti, praklinikal dan klinikal,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/mempengerusikan-mesyuarat-jawatankuasa-pandemik-who-pengalaman-seumur-hidup-dr-noor
[ "KUALA LUMPUR: “Ini pengalaman seumur hidup mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi dalam WHO,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi pesanan WhatsApp kepada Bernama hari ini.", "Dr Noor Hisham yang akan bersara daripada perkhidmatan awam dalam tempoh seminggu, berada di Geneva bagi mempengerusikan mesyuarat kedua Jawatankuasa Tetap Pencegahan, Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan Kesihatan (SCHEPPR) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang diadakan dua hari bermula semalam.", "Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama jawatankuasa itu bagi tempoh antara satu hingga dua tahun pada mesyuarat pertamanya, yang diadakan secara maya, pada 12 Dis tahun lepas.", "Isnin lalu, media melaporkan Dr Noor Hisham akan bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 21 April selepas 35 tahun berkhidmat dalam kerajaan.", "Dalam ucapan pada mesyuarat itu, Dr Noor Hisham menekankan peranan utama SCHEPPR adalah untuk menyokong dan mengukuhkan WHO, Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) dan Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB). ", "Beliau berkata taklimat pengenalan oleh Jawatankuasa Pengawasan dan Penasihat Bebas (IOAC), Lembaga Pemantauan Kesiapsiagaan Global (GPMB) dan Program Kecemasan Kesihatan WHO (WHE) turut diberikan kepada ahli Jawatankuasa Tetap (SC) berorientasikan kerja mereka. ", "“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jawatankuasa tetap ini tidak akan bertindak sebagai pendua, sebaliknya melengkapkan tugasan baik yang dilakukan oleh IOAC dan GPMB. Adalah penting bagi SC untuk memberi keutamaan kepada kerja yang digariskan dalam TOR dan kekal fokus dalam perbincangan dan pertimbangannya,” kata beliau.", "Lembaga Eksekutif 34 anggota WHO, semasa mesyuarat tahunannya pada Mei tahun lepas, bersetuju membentuk SCHEPPR untuk membantu mempercepatkan tindak balasnya terhadap kecemasan kesihatan global seperti COVID-19.", "Jawatankuasa Tetap hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk menjalankan kerja tetapnya dan boleh memutuskan untuk mengadakan mesyuarat luar biasa untuk menangani perkara-perkara yang mendesak. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/motac-berjaya-tarik-450000-pelancong-china-semasa-lawatan-pm
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berjaya menarik 450,000 pelancong dari China selepas menandatangani dua perjanjian semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu, bulan lepas.", "Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata kejayaan itu adalah hasil promosi Tourism Malaysia yang dilakukan semasa lawatan bersama Perdana Menteri ke Beijing, China pada 29 Mac lalu.", "“Sewaktu kami membuat promosi tentang Malaysia di Beijing, ada beberapa travel agensi yang berjaya kami jumpa dan setakat ini yang sudah menandatangani perjanjian dua syarikat. Satu syarikat akan membawa 350,000 pelancong dan satu lagi akan membawa 100,000 pelancong manakala yang selebihnya masih dalam proses penyediaan dokumentasi.", "“Oleh itu ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan iaitu berhubung visa dan tempat duduk kapal terbang. Kami akan adakan beberapa siri perbincangan bersama syarikat penerbangan, Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri tentang perkara tersebut,” katanya pada majlis Iftar Menteri Pelancongan Seni dan Budaya bersama diplomat asing di sini, semalam.", "Beliau berkata perkara itu adalah antara usaha kementerian berkenaan dalam mencapai sasaran 5 juta pelancong dari negara China pada tahun ini. ", "Pada majlis itu, selain mempamerkan masakan Malaysia, ia turut mengetengahkan unsur seni dan budaya tempatan antaranya persembahan alat muzik tradisional gambus dan sape serta pameran kraftangan songket, batik dan ukiran kayu tempatan oleh Kraftangan Malaysia. ", "“Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam memperkukuh lagi kerjasama dalam memasarkan dan mempromosikan penawaran pelancongan negara kita kepada dunia terutamanya dalam persiapan Tahun Melawat Malaysia (VMY) pada 2025,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/berita-gembira-untuk-pengguna-pelan-prabayar-menjelang-isnin
[ "KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (gambar) akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar (prepaid) menjelang Isnin ini. ", "“Pada waktu ini saya belum bersedia untuk membuat sebarang pengumuman tetapi harapan saya dalam masa yang singkat ada beberapa perkara dapat kita persetujui insya-Allah saya harap ada berita baik terutama bagi pengguna prabayar, kita akan tahu dua tiga hari, menjelang Isnin ini,” katanya kepada media selepas program Kasih@HAWANA 2023 di sini hari ini.", "Fahmi berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lepas terdapat beberapa perkara yang diminta perdana menteri untuk diteliti. ", "Ditanya berkenaan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan pejabat Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar  berhubung urusan pengambilan pekerja asing, Fahmi berkata orang ramai perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa itu menjalankan tugas sebaiknya. ", "“Sekiranya ada apa-apa kes yang dibawa ke mahkamah kita akan ikuti (perkembangan) dan sebelum itu kita tak boleh prasangka kerana kita tak ada maklumat yang tepat dan penuh.", "“Dan semua menteri telah diminta untuk memberi peringatan (kepada pegawai) dan saya sendiri dalam pasca-Kabinet  ada beri peringatan kepada semua supaya berhati-hati kerana jangkaan adalah tinggi bahawa kerajaan ini komited untuk membersihkan Malaysia daripada gejala rasuah,” katanya. ", "Semalam Sivakumar dalam kenyataan memaklumkan beliau dan kementerian akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM berhubung penahanan seorang pegawai di pejabat menteri itu bersabit isu membawa masuk pekerja asing.", "Mengenai permohonan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Fahmi berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/santuni-rakyat-ketika-lawatan-di-beberapa-negeri-pahat-kenangan-manis-buat-agong
[ "LIPIS: Menyantuni rakyat dalam siri lawatan ke beberapa negeri pada bulan Ramadan meninggalkan kenangan manis buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "\"... banyak kenangan manis khususnya bila mengunjungi bazar Ramadan kerana beta dapat menyantuni rakyat setempat khususnya di Labuan, Melaka dan Pulau Pinang yang amat beta hargai... beta dan Raja Permaisuri serta anakanda dapat berkenalan dan bersalaman (dengan rakyat) dan sedikit sebanyak dapat eratkan silaturahim.", "“Beta sebagai Sultan Pahang, mewakili orang Pahang, rapatkan silaturahim dengan orang Labuan, Melaka dan Pulau Pinang,\" titah baginda pada Majlis Perasmian Masjid Baharu Benta di sini yang kemudian dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Ketika bertitah, Seri Paduka sekali lagi mengingatkan bahawa kesucian, kemuliaan dan keharmonian institusi masjid perlu terus dipertahan dengan menjadikan ia sebagai tempat beribadah semata-mata. ", "\"... Jangan sentuh hal peribadi, politik dan perkara lain... di luar pagar masjid, terpulang pada budi bicara sendiri… Pihak pentadbir masjid perlu awasi mana-mana pihak nak ambil peluang bagi ceramah dan ajaran yang kurang memuaskan... saya harap semua yang ingin berceramah di Pahang harus dapat tauliah,\" titah baginda.  ", "Baginda turut menzahirkan harapan agar setiap masjid dan surau di Pahang ditadbir urus sebaik mungkin dengan pelbagai kelas agama serta aktiviti keagamaan di samping dapat menyatukan penduduk setempat. ", "Masjid Al-Sultan Abdullah, yang berkeluasan lebih tiga hektar, siap dibina pada 17 Mac 2020 dengan kos sebanyak RM9.7 juta dan mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. ", "Pada majlis itu, Seri Paduka berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan memerlukan sebelum berbuka puasa bersama penduduk daerah ini dan menunaikan solat Maghrib berjemaah. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/kdn-tumpu-selesai-permohonan-kewarganegaraan-kategori-anak-angkat
[ "SEREMBAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi keutamaan terhadap permohonan status kewarganegaraan kategori anak angkat selain individu yang lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan.", "Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata permohonan bagi kategori membabitkan anak angkat adalah tertinggi daripada jumlah keseluruhan status kewarganegaraan yang masih belum selesai melibatkan 133,436 permohonan.", "\"Misalnya tadi, apabila ditanya kepada penerima surat kelulusan kewarganegaraan, ada dalam kalangan ibu bapa telah menjaga anak angkat mereka sejak umur satu hari, tempoh permohonan ada yang 12 tahun dan sembilan tahun.", "\"Apabila kita keluarkan surat warganegara ini bermaksud akses kepada pendidikan, kesihatan mereka lebih baik. Bagi kategori yang lahir sebelum merdeka pula, mereka sudah mencecah usia 70 hingga 80 tahun, jumlahnya dalam 3,000 pemohon,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini semalam.", "\"Jumlah yang masih belum selesai (bagi) kewarganegaraan 133,436 (permohonan) … tiga bulan pertama KDN meluluskan 6,079 permohonan. Tahun ini saya tetapkan sasaran 10,000 permohonan.", "\"Kelulusan ini datang daripada pelbagai kategori … apa pun kategorinya keutamaan adalah kepada anak angkat yang paling banyak dan mereka yang lahir sebelum kemerdekaan,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/prn-rundingan-agihan-kerusi-ph-bn-boleh-dimulakan
[ "SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) di enam negeri boleh memulakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).", "Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.", "“Mana-mana yang mencapai persetujuan kami anggap bersetuju dan bagi yang belum bersetuju, perkara itu akan diangkat ke peringkat jawatankuasa di peringkat Pusat untuk dimuktamadkan,\" katanya kepada pemberita pada majlis penerapan nilai-nilai murni dan iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI di sini semalam.", "Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias  dilaporkan berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan PH negeri bagi mencari persefahaman, selain turut meminta diberikan tambahan dua kerusi DUN dalam PRN nanti. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/ahli-dewan-negara-mahu-kerajaan-naikkan-denda-tiada-vep-10-kali-ganda
[ "KUCHING: Seorang Ahli Dewan Negara meminta kerajaan mempertimbang kenaikan denda kepada RM500 bagi pemilik kenderaan asing yang didapati tidak memohon Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan negara.", "Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata cadangan bagi meningkatkan jumlah denda RM50 yang dikenakan buat masa ini sudah dikemukakan kepada kerajaan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet. ", "“Perkara ini perlu melalui proses di Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawahnya... kemungkinan ada jumlah siling juga untuk saman ini,” katanya kepada pemberita di Majlis Iftar Media bersama beliau, di sini semalam.", "Beliau berkata setakat ini, VEP hanya berkuat kuasa untuk kenderaan dari Singapura yang melalui pintu masuk antarabangsa di Johor dan akan diperluas di sempadan negara membabitkan Thailand, Indonesia serta Brunei. ", "Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Isnin lepas, Ahmad turut mengusulkan agar kerajaan mengenakan syarat ketat VEP ke atas kenderaan luar yang pernah atau mempunyai rekod saman tinggi di Malaysia." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/kerajaan-akan-pelihara-negara-rakyat-daripada-konflik-perkauman
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus dalam kancah konflik perkauman sempit, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.", "Dalam perkongsian di laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan juga akan meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecah-belahkan masyarakat.", "“Kunci kepada perpaduan kaum yang kita kecapi selama ini adalah saling menghormati, yang menjadi salah satu unsur penting dalam membangunkan Malaysia MADANI,” menurut catatan itu.", "Bersempena sambutan Hari Songkran, Anwar menyeru seluruh masyarakat keturunan Siam untuk bersama-sama rakyat Malaysia yang lain bersatu hati serta berkongsi tujuan dan tekad di samping mengekalkan perpaduan dan kerjasama bagi membangunkan negara.", "“Dengan itu, kita akan sama-sama membawa Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera. Selamat menyambut Perayaan Songkran kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia,” katanya.", "Songkran, yang terkenal sebagai festival air, adalah sambutan Tahun Baharu Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/14/laporan-awal-program-ekonomi-sempadan-tunjuk-hasil-positif
[ "KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan hari ini antara lain mendengar pembentangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai hasil awal projek rintis Program Ekonomi Sempadan (Projek Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi).", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempengerusikan mesyuarat itu hari ini, berkata  pelbagai kesan serta impak positif diperoleh daripada projek rintis yang dilaksanakan di Perlis dan program tersebut adalah usaha KPDN untuk mengatasi ketirisan minyak petrol serta diesel terutama di kawasan berhampiran sempadan negara.", "“Laporan awal menunjukkan subsidi kerajaan dapat diselamatkan kerana penjualan minyak petrol dan diesel ini tidak melibatkan peruntukan subsidi. Malahan peluang untuk meningkatkan pendapatan negara juga tinggi melalui cukai jualan yang dikenakan ke atas kenderaan asing,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.", "Beliau berkata KPDN merekodkan kes penyelewengan yang rendah di Perlis sepanjang tempoh projek rintis dilaksanakan setakat ini manakala isu trafik sesak di stesen minyak di negeri itu juga telah reda dengan pelaksanaan tersebut.", "Anwar berkata KPDN akan mengeluarkan perincian pencapaian projek rintis itu sepanjang dua bulan pelaksanaannya serta dalam kajian kemungkinan untuk dipanjangkan ke negeri lain.", "Perdana Menteri berkata selain itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mempergiat Program Pembangunan Pemasaran dengan menyasarkan Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) sebanyak 2,000 lokasi pada tahun ini berbanding 1,000 lokasi tahun lepas.", "“Jualan ini dijangka memberi manfaat kepada semua lapisan pengguna termasuk peniaga kerana harga yang ditawarkan adalah jauh lebih rendah kerana dibawa terus dari sumber bekalan,” katanya.", "Beliau berkata FAMA juga mengadakan Jualan Khas Ramadan Madani di 268 lokasi seluruh negara terdiri daripada pasar tani, pasar tani kekal, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Medan Niaga Satok selain Jualan Khas Syawal Madani di 113 outlet pemasaran FAMA bermula 15 April ini yang memberi peluang kepada rakyat mendapatkan bahan bagi persediaan Aidilfitri.", "Anwar berkata pada mesyuarat itu, KPDN turut membentangkan status inisiatif Rahmah iaitu Jualan Rahmah di 16 pasar raya besar dan rangkaiannya melibatkan 118 kawasan Parlimen serta 8,223 lokasi manakala 71,400 Bakul Rahmah diedarkan oleh 10 penyumbang utama kepada penerima miskin tegar.", "Beliau berkata Menu Rahmah pula telah dilaksana di 1,706 premis makanan dan restoran selain Bazar Ramadan Rahmah yang disertai 913 peniaga di 41 lokasi.  ", "Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berada pada tahap tertinggi, Perdana Menteri berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama-sama PROTON dan PERODUA pula telah melancarkan Pakej Rahmah bagi servis kenderaan bermotor pada harga jauh lebih murah.", "“Ini merupakan usaha Kerajaan Malaysia MADANI serta semua pihak terutama pemain pelbagai industri seperti peruncitan, makanan dan minuman, tekstil, perhotelan, perkilangan berasaskan makanan dan yang terkini automotif bagi membantu rakyat Malaysia MADANI,” katanya.", "Anwar berkata mesyuarat itu turut mengambil maklum pembentangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia bagi melaksanakan satu lagi inisiatif RAHMAH dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada satu tarikh lain.", "Selain itu, beliau berkata Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan KPDN sedang memperinci kaedah subsidi lebih bersasar dan satu kertas pembentangan akan diangkat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada mesyuarat seterusnya.", "Pada masa sama, Perdana Menteri menempelak dakwaan yang menyatakan beliau tidak lagi fokus kepada agenda menangani kos sara hidup dengan menyifatkan ia sebagai tuduhan liar semata-mata. ", "Anwar berkata beliau dibantu oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri melalui beberapa jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan (JPP) NACCOL yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang telah dua kali bersidang.", "“Selepas ini, beliau akan mempergiat usaha pemantauan dan pelaksanaan dasar serta strategi Kerajaan Malaysia MADANI dengan mengadakan mesyuarat setiap bulan,” katanya.", "Perdana Menteri juga berkata adalah wajar semua pihak bersama-sama dengan kerajaan menggembleng usaha membantu rakyat serta mengurangkan polemik kerana kos sara hidup adalah agenda nasional dan menuntut pendekatan seluruh negara. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/malaysia-tiada-bantahan-australia-dedah-laporan-tragedi-double-six
[ "PUTRAJAYA: Australia akan turut mendedahkan laporannya mengenai nahas pesawat Sabah Air terhempas yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens bersama beberapa anggota Kabinet negeri pada 1976 dan Malaysia tiada bantahan berhubung perkara itu.", "“Tiada isu yang timbul jika mereka mendedahkan laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) di sini hari ini.", "Beliau berkata Malaysia telah berkomunikasi dengan kerajaan Australia melalui Suruhanjaya Tinggi negara itu di sini mengenai taiming laporan itu akan dikeluarkan.", "“Pihak Australia menghormati kerajaan kita kerana nahas itu berlaku di Malaysia dan mereka juga telah meminta pandangan serta persetujuan kita untuk mengeluarkan laporan berkenaan,” katanya.", "Dalam tragedi itu, juga dikenali sebagai 'Double Six,' sebuah pesawat ringan buatan Australia jenis Nomad 9M-ATZ kendalian Sabah Air yang membawa sekumpulan kenamaan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah pada 6 Jun 1976. ", "Laporan akhir siasatan nahas itu telah diklasifikasikan sebagai dokumen terbuka dan boleh diakses di laman sesawang Kementerian Pengangkutan bermula semalam (12 April).", "Sebelas nyawa telah terkorban dalam tragedi itu termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah iaitu Fuad, Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah), Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).", "Turut terkorban Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah), Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah), Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).", "Tragedi itu turut meragut nyawa Koperal Said Mohammad (Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah), Johari Fuad Stephens (anak Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ).", "Media tempatan melaporkan bahawa anggota keluarga Fuad berkata langkah menyahklasifikasi laporan siasatan Malaysia berhubung nahas itu tidak lengkap jika pihak Australia tidak mengeluarkan laporannya.  ", "Pada 5 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan untuk mendedahkan laporan akhir tragedi Double Six itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.", "Pada 8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk menyahklasifikasi laporan berhubung insiden itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/jakim-sangkal-laporan-cerapan-1-syawal-1443h-tidak-sah
[ "PUTRAJAYA: Laporan yang menyatakan hasil cerapan 1 Syawal 1443H yang ditetapkan pada 2 Mei 2022 tidak sah dan terbatal, adalah tidak benar, menurut Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) hari ini.", "Jakim dalam kenyataan hari ini, sebagai maklum balas terhadap laporan bertajuk \"Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat Dan Teliti\" menegaskan hasil cerapan tersebut telah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.", "\"Pada petang 29 Ramadan 1443H, anak bulan telah berjaya dikesan melalui teleskop oleh salah seorang ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan imej yang diperolehi telah disemak oleh jawatankuasa berkenaan,\" menurut Jakim.", "Selain itu, Jakim memaklumkan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang merupakan ahli jawatankuasa tersebut juga telah dapat mencerap hilal (anak bulan/bulan sabit) menerusi peralatan teodolit.", "Menurut Jakim imej yang diperoleh kemudiannya disahkan oleh Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan yang bertugas pada petang tersebut dan dilaporkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang berada di lokasi cerapan rasmi Menara Kuala Lumpur.", "Satu perbincangan khusus juga kemudiannya dilaksanakan oleh mufti bersama pakar falak dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan imej yang diperolehi dengan membandingkan data-data hilal yang disediakan, sebelum keputusan menerima kenampakan tersebut dibuat, menurut kenyataan itu. ", "Jakim dalam kenyataannya juga menyangkal artikel berkenaan yang menyatakan laporan kenampakan hilal Syawal 1443H tidak direkodkan dalam laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia kerana semakan di laman sesawang itu mendapati rekod tersebut boleh diakses di pautan https://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan.", "Jakim berkata semua pihak diminta berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau sebarang kandungan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal supaya tidak berlakunya kegusaran dan polemik yang boleh menjurus kepada ketidaktenteraman awam.", "\"Jakim menyeru masyarakat awam supaya menghentikan sebarang polemik dan menunggu hasil keputusan cerapan Syawal 1444H yang akan diisytiharkan pada malam 29 Ramadan 1444H/ 20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Malaysia,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/saya-mampu-bayar-hutang-tidak-pernah-difailkan-muflis
[ "KUALA LUMPUR: Pengasas Country Heights Holdings Bhd (CHHB) Tan Sri Lee Kim Yew menjelaskan bahawa beliau berada dalam kedudukan kukuh sebagai seorang usahawan di negara ini serta mampu membayar hutang.", "“Saya jauh daripada mengalami insolvensi (tidak mampu membayar hutang). Saya telah mengumpulkan aset ketara serta tidak ketara sepanjang 50 tahun pengalaman saya (dalam bidang ini).", "Beliau membuat penjelasan tersebut selepas berita mengenai dakwaan dirinya muflis itu tular di media sosial dan turut memberi kesan terhadap mereka yang bimbangkan keadaan dirinya.", "Lee sebaliknya mendakwa beliau telah menjadi sasaran seorang warga asing, Patrick Healy yang juga peguam serta rakyat Amerika Syarikat (AS) dan pernah bertugas dengan syarikat miliknya di AS yang dikenali sebagai Club Excellence Inc.", "Menurut Lee, selepas menutup syarikat tersebut kerana tidak lagi berminat menjalankan perniagaan di AS, Healy telah bertindak membawa perkara itu ke pihak Mahkamah Timbang Tara AS tanpa kehadirannya.", "Susulan itu, Healy membawa penghakiman tersebut ke sebuah mahkamah Malaysia (Mahkamah Tinggi Shah Alam) yang mana beliau mendapat Perintah Adjudikasi (AO) dan Perintah Penerimaan (RO) terhadap Lee pada 26 Januari.", "“Susulan hakikat bahawa saya menjadi sasaran serangan di media sosial, saya bertindak menulis kepada Ketua Setiausaha Negara untuk membolehkan peguam kedua-dua belah pihak berunding bagi mengetepikan perintah mahkamah tersebut.", "“Sekiranya gagal, saya akan memfailkan pernyataan keadaan saya kepada Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi (MDI) dengan memberi deposit tunai RM3 juta untuk langkah seterusnya ke atas Healy,” katanya.", "Sementara itu, CHHB menerusi kenyataan kepada para pemegang sahamnya hari ini, memberi jaminan bahawa “insiden peribadi” salah seorang pemegang sahamnya tidak akan menjejaskan prestasi kewangan mahu pun operasi syarikat.", "“Kami ingin menegaskan bahawa insiden peribadi mereka adalah perkara peribadi dan tidak akan menjejaskan operasi CHHB. Kami mempunyai pasukan pengurusan cekap dan struktur tadbir urus korporat yang kukuh bagi memastikan operasi perniagaan terus berjalan tanpa gangguan,” kata Pengarah Urusan Datuk Mircle Yap.", "Yap juga menekankan bahawa kumpulan itu amat menghargai kepercayaan para pelabur dan sebarang keadaan kewangan dan insolvensi mana-mana pemegang sahamnya, tidak akan menjejaskan prestasi kewangan atau operasinya.", "“Kumpulan ini mengiktiraf dan menghargai dasar tadbir urus korporat Bursa Malaysia yang utuh dan akan terus berdedikasi untuk mengekalkan standard etika serta profesionalisme terbaik,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/mef-seru-dasar-pengeluaran-kwsp-disemak-semula
[ "KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyeru agar dasar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.", "Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata pengeluaran satu pertiga daripada simpanan KWSP untuk ahli yang telah mencapai umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun diperkenalkan apabila umur persaraan adalah 55 tahun.", "“Pada Julai 2013, kerajaan menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun tetapi dasar pengeluaran untuk umur 50 dan 55 tahun kekal. Dasar sedemikian membawa kepada dakwaan bahawa pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi apabila mereka bersara pada usia 60 tahun,” katanya.", "“Penting bagi ahli KWSP untuk membina semula simpanan persaraan mereka dan MEF menyokong penuh keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran seterusnya daripada simpanan KWSP yang bertujuan untuk hari tua,” katanya.", "Bagaimanapun, Syed Hussain berkata bahawa MEF yakin bahawa tiada krisis masalah tunai dalam KWSP kerana dana persaraan itu kekal kukuh dari segi kewangan walaupun empat pengeluaran khas berkaitan wabak COVID-19 telah dilaksanakan.", "Beliau berkata bahawa walaupun prestasi pasaran ekuiti yang lemah pada 2022, strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi berkesan dalam memastikan pulangan yang munasabah ke atas pelaburannya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/rangka-wanita-ditemukan-dalam-bagasi
[ "JOHOR BAHRU: Rangka mayat seorang wanita yang telah mereput dijumpai di dalam sebuah beg bagasi di kios perhentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, semalam.", "Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata bagasi itu ditemukan seorang lelaki yang kemudiannya melaporkan penemuan tersebut kepada pihak polis pada 1.50 tengah hari.", "Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati rangka mayat itu sukar untuk dijustifikasi dari segi jantina, umur dan tempoh kematian, berikutan mayat telah mereput lebih 50 peratus berdasarkan pandangan mata kasar, selain terdapat ulat.", "“Bagaimanapun, rangka mayat itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini bagi proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.", "Katanya berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan HSA setakat 2.30 petang tadi mendapati, wanita berkenaan dianggarkan berusia 25 tahun ke atas dan telah meninggal dunia sejak dua minggu lepas, selain terdapat kecederaan di kepala.", "Bagaimanapun, Tok berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.", "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-2850204. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/kemasukan-pesakit-covid-19-ke-hospital-tidak-bebankan-perkhidmatan-kesihatan
[ "PUTRAJAYA: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital Kementerian Kesihatan (KKM) pada awal bulan ini meningkat namun tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.", "Beliau berkata kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital meningkat 17.6 peratus pada awal April berbanding Mac lepas dengan majoriti pesakit adalah golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan individu dengan komorbid.", "“Walau bagaimanapun kebanyakan kes bergejala ringan, stabil dan situasi COVID-19 kekal tidak membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini berhubung situasi terkini COVID-19 di Malaysia.  ", "Dr Zaliha berkata setakat awal tahun hingga Selasa lepas (11 April), kematian COVID-19 dilaporkan hanya dengan kadar kematian (CFR) 0.3 peratus berbanding gelombang Delta dengan CFR yang tinggi iaitu sebanyak 2.1 peratus.", "Beliau berkata berdasarkan data sehingga Selasa lepas juga, hanya 50 peratus atau 16,325,561 penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (818,420) sahaja telah menerima dos penggalak kedua.", "“Justeru, orang ramai terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi disarankan untuk mendapatkan dos penggalak disebabkan berlaku penurunan imuniti dalam tempoh tiga hingga enam bulan daripada dos terakhir,” katanya.", "“KKM terus memantau situasi COVID-19 serta varian terdapat di dalam dan luar negara selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optima bagi memastikan kesejahteraan rakyat untuk hidup bersama virus COVID-19,” katanya. - Bernama" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/petronas-sasar-mencapai-pelepasan-karbon-sifar-bersih-menjelang-2050
[ "KUALA LUMPUR: Petronas berhasrat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, dengan pelaksanaan pelbagai strategi dan penyelesaian yang terkandung dalam pelan Laluan Menuju Keluaran Karbon Sifar Bersih 2050 (Pathway to Net Zero Carbon Emissions 2050). Dalam sesi bersama pengamal media baru-baru ini di Hotel Mandarin Oriental, Petronas berkongsi harapan syarikat tersebut untuk membangunkan persekitaran yang lebih hijau dan meningkatkan kemampanan untuk masa depan.", "Kemampanan adalah kebimbangan global yang mendesak yang telah menjadi penting dalam dunia hari ini. Dalam menghadapi cabaran alam sekitar yang semakin meningkat seperti perubahan iklim, kekurangan sumber dan kemerosotan ekosistem, ia adalah penting bagi individu dan organisasi untuk mengambil tindakan untuk mengurangkan isu-isu ini. Memahami kepentingan kemampanan, Petronas membangunkan Laluan Petronas kepada Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 yang akan menangani pelepasan daripada operasinya termasuk sasaran pertumbuhan untuk penyelesaian tenaga yang lebih bersih.", "Menggariskan tiga krisis utama yang memberi kesan kepada kemampanan (perubahan iklim, kehilangan alam semula jadi dan ketidaksamaan), sektor bisnes memainkan peranan penting dalam membangunkan persekitaran yang lebih mampan dan lebih hijau. Di peringkat global, semakin banyak organisasi menggabungkan pemahaman sains iklim ke dalam strategi dan perancangan jangka panjang mereka. Malah, majoriti penandatangan Paris Agreement, termasuk Malaysia, telah membuat ikrar pelepasan karbon bersih sifar dan komited untuk memperhalusi lagi sasaran pengurangan pelepasan.", "“Laporan terkini menunjukkan bahawa kita mesti mengurangkan pelepasan global di bawah 50 peratus menjelang 2030,” kata Ketua Pegawai Kelestarian Petronas, Charlotte Wolff-Bye yang menekankan peranan penting perniagaan dalam usaha kemampanan.", "Sambil Kerajaan Malaysia bergerak ke arah mengurangkan keamatan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 (berbanding KDNK dari paras 2005), Petronas komited untuk menyokong peralihan tenaga negara. Peralihan ini dijangka dapat mengubah ekonomi dan membuka kawasan pertumbuhan baharu, terutamanya dalam perniagaan rendah karbon untuk menjadi lebih inklusif dan mewujudkan peluang untuk pemain tempatan.", "Merangkumi sasaran jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang, Pelepasan Karbon Sifar Bersih Petronas 2050 dipandu oleh empat prinsip utama, iaitu, jawatan kerajaan, konteks perniagaan, rangka kerja antarabangsa dan sains iklim.", "“Sasaran kami adalah untuk mengehadkan pelepasan gas rumah hijau kami pada 49.5 juta tan karbon dioksida bersamaan untuk pelepasan Skop 1 dan Skop 2 bagi operasi Malaysia kami menjelang 2024, dan mencapai pengurangan 50 peratus dalam pelepasan metana daripada operasi rantaian nilai gas asli Groupwide kami dengan 2025,” kata Petronas.", "Sementara itu, sasaran Petronas 2030 adalah untuk mencapai pengurangan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 25 peratus daripada paras 2019 untuk operasi Groupwide berdasarkan pendekatan saham ekuiti.", "“Risiko iklim adalah risiko perniagaan. Ini penting untuk difahami kerana jika anda tidak menguruskan risiko fizikal, daripada perubahan iklim, perniagaan akan terjejas dalam jangka panjang,\" ulas Wan Sayuti Wan Hussin, Ketua Strategi, Dasar dan Peraturan, Kemampanan Korporat Petronas. ", "Untuk mengurangkan pelepasan rumah hijau operasi, Petronas akan melaksanakan empat tuas penyahkarbonan utama: pembakaran dan pengudaraan rutin sifar, elektrifikasi, kecekapan tenaga, tangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).", "Selain itu, Petronas juga memberi peluang penjanaan nilai sambil merealisasikan matlamat sifar karbon bersihnya. Misalnya, tenaga boleh diperbaharui, mobiliti hijau dan ekonomi bulat.", "Pada tahun 2012, Komitmen Karbon Petronas telah diperkenalkan dengan menyasarkan pengurangan dalam pembakaran dan pembuangan serta meningkatkan kecekapan tenaga. Ini telah mengakibatkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau terkumpul kira-kira 17.5 juta tan karbon dioksida bersamaan sehingga 2021.", "Selama bertahun-tahun, Petronas telah bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Negeri, serta organisasi bukan untung untuk menyokong dan membiayai projek alam sekitar dan biodiversiti. Ini termasuk projek pemuliharaan hutan hujan di Imbak Canyon, Sabah dan pemulihan biodiversiti marin dan projek BEACON di Sarawak." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/akta-syarikat-pindaan-2016-akan-dibentang-di-parlimen-pada-mei-ini
[ "KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Syarikat 2016 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada Mei ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.", "Beliau berkata RUU yang dirangka oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bertujuan untuk memperkasa dan menambah baik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat.", "“Selepas Dewan Rakyat, RUU itu kemudiannya akan dibentangkan di Dewan Negara dan perlu diwartakan sebelum boleh dikuatkuasakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun SSM Ke-21 di sini hari ini.", "Pengerusi SSM Ahmad Sabki Yusof berkata penambahbaikan dan pindaan itu akan membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat yang bersesuaian agar syarikat boleh terus beroperasi. ", "Beliau berkata inisiatif itu penting untuk membantu sektor korporat yang menghadapi masalah kewangan, terutamanya akibat daripada kesan pandemik COVID-19 agar dapat kekal beroperasi dan menjana ekonomi negara.", "“Sekiranya tiada mekanisma penyelamat korporat, ini bermakna pemiutang boleh mengambil tindakan undang-undang dan memohon pengisytiharan insolvensi, justeru, kami mahu mengelakkannya,” katanya.", "Sementara itu, Fuziah menggesa peniaga mikro untuk tampil dan berdaftar secara sukarela dengan SSM untuk memudahkan proses pengumpulan data dan menerima bantuan subsidi bersasar seperti minyak masak agar pada masa depan dapat dilakukan dengan lancar dan efektif.", "“Sekiranya mereka mahu memohon untuk subsidi bersasar seperti peniaga pasar malam, penjaja dan pengusaha warung, sebaik-baiknya mereka berdaftar kerana mereka menggunakan minyak dalam kuantiti yang banyak,” katanya.", "Jumlah terbesar perbelanjaan bagi tujuan subsidi kepenggunaan adalah sebanyak RM66.3 bilion yang merangkumi subsidi petrol, diesel dan gas asli cecair untuk memasak, skim subsidi minyak masak, subsidi bil elektrik serta subsidi harga ayam dan telur. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/kerajaan-komited-bantu-perkembangan-industri-tenaga-boleh-diperbaharui-ahmad-maslan
[ "TANJUNG MALIM: Kerajaan komited membantu pembangunan dan perkembangan industri tenaga boleh diperbaharui di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.", "“Kerajaan juga menyediakan dana RM2 bilion dalam Belanjawan 2023 bagi menyokong sektor tenaga hijau dan lestari, termasuk pembiayaan projek atau start-ups yang menggunakan teknologi hijau atau amalan rendah karbon,” katanya berucap semasa lawatan kerjanya ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim di Sungai Slim, dekat sini hari ini.", "Ahmad berkata selain itu, Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) akan dilaksanakan dengan pertambahan peruntukan sejumlah RM3 bilion hingga 2025 dan skop pembiayaan diperluas kepada lebih banyak projek lestari, seperti Stesen Janakuasa Hidro Kecil dan EVs (kenderaan elektrik).", "Katanya, kerajaan mengiktiraf pembangunan yang melibatkan karbon sifar bersih ataupun “net-zero emissions” menjelang 2050 dan berharap penyertaan lebih ramai daripada sektor swasta.", "“Termasuklah penyertaan daripada G Capital Berhad (GCAP) dan PHREC (Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn Bhd). Kita tahu bahawa sumber ini ialah sumber yang tidak terlibat bahan-bahan mentah yang turun naik (tidak menentu) harganya dan tidak melibatkan peningkatan kos,” katanya.", "GCAP melalui PHREC, ialah pemegang konsesi di Perak bagi 49 sungai untuk pembinaan loji kuasa hidroelektrik kecil dengan jumlah anggaran kapasiti sebanyak 286.1 megawatt (MW), di samping beberapa loji kuasa hidroelektrik kecil berkapasiti 26 MW yang akan dibangunkan di Pahang.", "Dengan pelaburan sebanyak RM4.5 bilion, GCAP dalam kenyataan memaklumkan projek stesen hidroelektrik berkapasiti 300 MW dijangka mampu menghasilkan pendapatan sekurang-kurangnya RM12 bilion dari tarikh operasi komersial. ", "Menurut GCAP sehingga kini, terdapat tiga loji kuasa hidroelektrik kecil dengan kapasiti sebanyak 29 MW di Perak yang sudah beroperasi dan bekalan elektrik yang dihasilkan disalurkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui perjanjian pembelian tenaga boleh diperbaharui (REPPA) yang ditandatangani.", " “Kini, misi konsesi adalah untuk membangunkan loji kuasa hidroelektrik selebihnya yang berkapasiti 257.1 MW di Perak dan 26 MW hidroelektrik di Pahang.", "“Sebanyak 110 MW daripadanya telah memperoleh Kelulusan Tarif Galakan (FiT) dan baki 118.2 MW sudah dirancang dengan kajian prakelayakan dan sistem kuasa yang lengkap, bersedia untuk bidaan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) di bawah Skim FiT,” menurut kenyataan itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/37-pengendali-bas-henti-henti-diberi-kemudahan-dana-isbsf-2023
[ "PUTRAJAYA: Sebanyak 37 pengendali bas henti-henti diberi kemudahan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) melibatkan peruntukan RM169.87 juta tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.", "Sebanyak 26 syarikat pengendali menerima kontrak selama tiga tahun, manakala 11 syarikat menerima kontrak setahun, katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian ISBSF 2023 di sini hari ini.", "“Bukan semua pengendali akan dapat kontrak tiga tahun. Hanya pengendali yang mencapai prestasi 70 peratus dan ke atas dalam tempoh 2021 hingga 2022 sahaja akan dapat tempoh tiga tahun untuk kontrak baharu ini,” katanya.", "Dana ISBSF diperkenalkan pada 2012 bagi membantu pengendali bas henti-henti menampung kos operasi harian terutama laluan di kawasan luar bandar, selain membantu mereka meneruskan perkhidmatan di laluan yang mengalami kerugian dengan subsidi kerajaan.", "Beliau berkata kerajaan telah menambah baik kontrak perjanjian dana ISBSF 2023 iaitu pengusaha perlu mematuhi beberapa perkara, antaranya ketepatan masa dan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai.", "Loke berkata pengendali bas henti-henti perlu memastikan sistem pembayaran tanpa tunai dipasang dan digunakan untuk melayakkan mereka menerima subsidi ISBSF kerana kerajaan akan mewajibkan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai.", "“Pengendali akan dibayar kos maksimum RM450 sebulan untuk setiap kenderaan yang dipasang sistem tanpa tunai bagi memastikan tidak berlaku lagi ketirisan hasil tambang yang dikutip,” katanya.", "Beliau berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk membatalkan kontrak sekiranya terdapat pengendali yang gagal mencapai prestasi yang dikehendaki dan tahap perkhidmatan serta prestasi mereka dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat melalui sistem pemantauan berpusat.", "“Mana-mana pengendali yang gagal memenuhi kriteria yang telah ditetapkan akan dikenakan tindakan seperti amaran dan pengurangan pembayaran dana bagi bulan atau tahun semasa serta seterusnya penamatan kontrak,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/bayaran-kenaikan-elaun-guru-kafa-diberi-secara-tunggakan-jakim
[ "PUTRAJAYA: Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuat secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.", "Beliau berkata Jakim memahami kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara ‘one-off’ kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas.", "Dalam Belanjawan 2023 itu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.", "Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir, dengan 70,000 orang akan menerima sumbangan itu melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.", "\"Dengan kenyataan ini, Jakim menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan ‘one-off’ kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,\" kata Hakimah. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/had-kelayakan-pendapatan-bagi-rmr-dinaikkan-ke-rm5000
[ "PUTRAJAYA: Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah bagi permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bermula bulan lepas, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.", "Bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Kunci RMR di sini hari ini, beliau berkata ini akan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat untuk memohon RMR.", "\"Pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di laman web SPNB dan tiada lagi permohonan melalui ejen, ia dibuat secara telus dan tidak ada lagi ejen kutip bayaran,\" katanya.", "Nga berkata antara inisiatif baru RMR adalah tempoh bayaran bulanan dipanjangkan antara 16 hingga 25 tahun dengan bayaran bulanan kekal RM300, selain pemohon boleh memilih enam reka bentuk ditawarkan SPNB dan memilih reka bentuk dalaman yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing seperti mengekalkan tiga bilik atau diubah menjadi dua bilik.", "\"Selain reka bentuk rumah yang moden dan berdaya huni, SPNB juga dalam usaha mendapatkan sijil pengiktirafan daripada SIRIM sebagai piawaian kualiti yang diakui di peringkat antarabangsa bagi semua unit yang dibinanya,\" katanya.", "Nga berkata dalam Belanjawan 2023, kerajaan memperuntukkan subsidi pembinaan rumah sebanyak RM358 juta kepada SPNB untuk membina 4,250 unit RMR tahun ini pada harga kos bermula RM75,000 seunit.", "Terdahulu, Nga menyerahkan surat tawaran dan kunci rumah kepada 40 penerima program RMR dari Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/raja-permaisuri-agong-berkenan-berangkat-ke-world-quranhour-2023
[ "KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menyertai program World #QuranHour 2023 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).", "Tunku Azizah tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM pada 11.45 pagi bagi sama-sama mengikuti program yang membawa tema “Memanusiakan Ummah” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World.", "World #QuranHour kali ke-8 ini diadakan secara fizikal setelah tiga tahun ia hanya disiarkan secara dalam talian serta stesen televisyen berikutan pandemik COVID-19.", "Edisi tahun ini mengangkat Surah Al-Insan iaitu surah ke-76 sebagai surah utama dan ia diadakan serentak di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 22 Ramadan 1444 Hijrah bermula 12 tengah hari hingga 1 tengah hari. ", "Menurut Penganjur Warisan Ummah Ikhlas Foundation, Surah Al-Insan dipilih bagi menanamkan nilai-nilai memanusiawikan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar iaitu orang berkebajikan yang terkandung dalam surah tersebut.", "Program World #QuranHour itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Syeikh Hasan Abdul Ghani Abu Sittah dan bacaan Surah Al-Baqarah oleh Ustaz Abdul Khair Jalil. ", "Ia diikuti bacaan Surah Al-Insan secara bergilir oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Termizi Ali, Ustaz Amirahman Abas, Muhammad Harith Hakimi Mohd Rostan, Ustaz Husaini Mahmur dan Syeikh Rami As-Sousi dari Palestin. ", "Sementara itu, sesi tadabbur pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidikan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Fazrul Ismail, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Jurulatih Utama Tadabbur Centre Ustaz Syaari Ab Rahman selepas setiap lima ayat daripada surah itu dibacakan. ", "Raja Permaisuri Agong kemudian bersama-sama hadirin World #QuranHour melafazkan ikrar untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membentuk kerangka pemikiran dan sistem operasi diri berpandukan 11 karakter Al-Abrar dalam Surah Al-Insan yang diketuai Penceramah Bebas Amin Idris.", "Tunku Azizah sempat bertemu dan beramah mesra bersama kira-kira 3,000 orang yang hadir termasuk mahasiswa UIAM sebelum berangkat meninggalkan majlis. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/gaji-awal-cuepacs-nasihat-penjawat-awam-bijak-berbelanja
[ "KUALA LUMPUR: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Adnan Mat menasihatkan penjawat awam untuk tidak berbelanja secara berlebihan agar dapat bertahan hingga kemasukan gaji seterusnya.", "“CUEPACS merakamkan ribuan terima kasih atas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinannya untuk diawalkan pembayaran gaji dan BKKA bagi bulan April 2023.", "“Gaji yang diterima itu sama pada setiap bulan sebenarnya jadi mereka (penjawat awam) telah pun meletakkan gaji itu untuk pembayaran tetap seperti bil utiliti, bayaran pinjaman dan perbelanjaan anak-anak yang bersekolah,” katanya kepada Bernama hari ini. ", "Beliau berkata dengan langkah itu, penjawat awam boleh merancang perbelanjaan supaya bersesuaian dengan kewangan mereka, agar Aidilfitri mampu disambut dengan lebih selesa dan meriah. ", "Sebelum ini CUEPACS mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini daripada tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu 17 April.", "“Berbelanjalah mengikut bentuk acuan perbelanjaan masing-masing dan janganlah dalam bentuk acuan yang mereka tidak mampu kerana mereka akan merana jika perbelanjaan tidak disusun dengan lebih awal,” katanya. ", "Sementara itu, seorang guru Mohd Hafiz Mohd Fami berkata beliau gembira apabila gaji dan BKKA diawalkan kerana dapat memberi nilai tambah kepada perbelanjaan keluarga untuk menyambut Aidilfitri.", "\"Saya bersyukur dan gembira kerana sedikit sebanyak saya dapat membeli barangan keperluan dan membuat persiapan dengan lebih awal menjelang hari raya,” katanya pada Bernama.", " Anggota keselamatan beruniform Muhammad Aiman Abd Aziz berkata apabila jadual gaji diawalkan ia dapat memberi peluang kepada yang sudah berkeluarga untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah dan bagi yang bujang boleh digunakan kepada keluarga serta diri sendiri. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/29-ramadan-penentu-1-syawal-mufti-wilayah
[ "KUALA LUMPUR: Penentuan tarikh sambutan Hari Raya di negara ini berdasarkan kriteria apabila kenampakan anak bulan berada pada ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan yang dicerap pada 29 Ramadan setiap tahun.", "Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berkata di Malaysia penentuan tarikh Hari Raya adalah melalui kaedah gabungan antara ilmu Hisab (kiraan) dan Rukyah (anak bulan) atau lebih dikenali Imkanur-Rukyah iaitu menepati kadar tinggi hilal dan jarak lengkung antara hilal (sabit pertama selepas ijtima') dan matahari.", "\"Penetapan kita adalah berdasarkan kepada hukum syarak di mana pada 29 Ramadan akan dibuat cerapan anak bulan untuk dilihat sama ada hari raya pada keesokan harinya ataupun kalau anak bulan tidak kelihatan maka akan beraya pada lusa.", "\"Jadi itu yang kita amalkan selama berpuluh tahun dan sepatutnya tidak timbul isu tentang perkara ini, yang menjadi isu apabila ada pihak membawa pandangan negara lain yang berasaskan kepada pengiraan negara lain dan yang baru ini mengatakan bahawa raya pada hari Jumaat,\" katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.", "Luqman berkata melalui pemerhatian yang dijalankan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutan bersama beberapa agensi yang terlibat menunjukkan bahawa saiz anak bulan yang dijangka adalah dua darjah dan memustahilkan untuk hari raya jatuh pada hari Jumaat.", "\"Berdasarkan kepada pengiraan kita pada 29 Ramadan ini pada hari Khamis ketinggian anak bulan tidak mencapai kriteria itu lagi iaitu berada pada ketinggian dua darjah, kebiasaanya pada 29 belum nampak lagi dan dari segi pengiraan adalah tipis dan tak mungkin akan nampak anak bulan.", "\"Bagaimanapun kita bergantung juga pada kuasa Allah, sebab itu pada pengiraan semasa kita katakan raya adalah pada hari raya Sabtu tetapi pengesahan yang tepat bergantung kepada kenampakkan anak bulan pada 29 Ramadan, kita hanya jangkakan hari raya mengikut keadaan semasa berdasarkan Imkanur-Rukyah,” katanya.", "Luqman berkata jangkaan yang berada pada takwin semasa kini berpandukan perkembangan ilmu astronomi dan pejabat mufti sememangnya sentiasa berbincang bersama bahagian astronomi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) mengenai data berkenaan.", "“Apa yang berlaku pada tahun lepas adalah apabila jangkaan yang dibuat adalah lima darjah iaitu hampir dengan kriteria yang telah ditetapkan dengan ketinggian tiga darjah dan 6.4 lengkungan.", "Beliau berkata selain itu tarikh Hari Raya mestilah bergantung kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April ini bagi penentuan tarikh permulaan 1 Syawal.", "“Maklumat daripada 29 lokasi cerap anak bulan di seluruh Malaysia akan dikumpulkan selepas itu akan dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja barulah umumkan kepada masyarakat,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/atm-tidak-tetapkan-kuota-kaum-dalam-pengambilan-anggota-mohamad
[ "KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak pernah menetapkan kuota kaum bagi pengambilan anggota ATM, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.", "“Mereka nampak ada kerja lain seperti berniaga yang memberikan dan menjanjikan pulangan yang lumayan...jadi ia bukan disebabkan tidak ada pelan persaraan,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2023 di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.", "Mohamad berkata ATM mempunyai banyak perancangan bagi mempersiap anggotanya untuk persaraan, antaranya pelbagai kursus peralihan yang dianjurkan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera.", "Selain itu, katanya, pelbagai perancangan dibuat untuk menarik golongan bukan bumiputera menyertai ATM antaranya membuka permohonan secara dalam talian dan mengadakan jerayawara di seluruh negara.", "“Nampaknya ia amat tidak menggalakkan dan masih rendah. Oleh itu, kami tidak mahu perkara ini berterusan dan berharap kerjaya sebagai anggota tentera akan lebih menarik minat semua kaum,” katanya.", "Mengulas mengenai isu pembelian meriam mudah gerak (SPH) 155mm, Mohamad berkata walaupun proses perolehan aset itu dibatalkan tetapi senjata berkenaan tetap akan dibeli menerusi tender terbuka.", "“Meriam berkenaan diperlukan tentera darat terutamanya Kor Artileri tetapi proses perolehannya kami batalkan kerana dia dulu melalui runding terus, jadi kami telah buat tender terbuka.", "Terdahulu, Mohamad menyampaikan 15,000 bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada anggota tentera yang bertugas di perbatasan dan perairan negara yang akan diedarkan sebelum perayaan itu. ", "“Sumbangan ini adalah untuk warga ATM yang bertugas semasa hari raya dan yang tidak bersama keluarga tercinta semasa sambutan berkenaan,” katanya.", "Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/media-bebas-dan-selamat-tunjang-demokrasi-tema-hawana-2023
[ "KUALA LUMPUR: ‘Media Bebas dan Selamat, Tunjang Demokrasi’ dipilih sebagai tema Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang akan diadakan di Ipoh pada 27 hingga 29 Mei ini.", "Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin berkata antara faktor pemilihan tema tersebut adalah untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dan juga keselamatan wartawan dalam menjalankan tugas mereka.", "“Definisi selamat itu bukan setakat wartawan dapat menjalankan tugas dengan selamat di lapangan, kami juga memberi definisi selamat itu lebih luas lagi iaitu wartawan juga perlu selamat daripada tindakan undang-undang, gangguan dan ugutan yang semakin menjadi fenomena di seluruh dunia.", "“Kita mahu beri penekanan bahawa dalam menjalankan tugasnya, maka seorang wartawan itu sebolehnya diberi satu perlindungan dan tidak diancam dalam konteks menegakkan kebenaran dan membolehkan wartawan menjalankan tugas dengan bebas,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penganjuran HAWANA 2023 secara maya, hari ini.", "Roslan berkata pelbagai acara menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan program tersebut pada tahun ini seperti pertandingan mencari harta karun, boling dan juga mini karnival.", "Roslan berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah berkenan untuk berangkat menghadiri Majlis Makan Malam Hawana 2023 yang ditaja oleh kerajaan negeri Perak pada malam 27 Mei nanti.", "“Kemudian pada 28 Mei akan dianjurkan satu forum antarabangsa yang akan turut melibatkan jemputan dalam kalangan wartawan ASEAN. Kemuncaknya adalah pada 28 Mei apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan hari kemuncak HAWANA 2023,” katanya sambil menambah persiapan program tersebut telah mencapai tahap 70 peratus.", "Beliau berkata kerjasama yang diterima daripada agensi-agensi media lain disifatkan sebagai positif dengan ada yang menyatakan hasrat mereka untuk terlibat secara langsung dengan penganjuran HAWANA 2023.", "“Ada beberapa acara juga yang telah disyorkan oleh mereka termasuk ada yang berhasrat untuk mengadakan seminar bagi memberi kefahaman yang lebih baik berkenaan fungsi dan tugas wartawan.", "“Media lain juga akan turut mempromosikan HAWANA 2023 ini. Dalam erti kata lain HAWANA 2023 ini sebenarnya adalah satu acara yang melibatkan semua media di Malaysia,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/zailani-hidupkan-kembali-tradisi-nyalakan-pelita-kekabu
[ "JERTIH: Menjelang hari raya, pelbagai idea menghias kediaman timbul dan tidak dinafikan, orang dulu-dulu lebih kreatif sehinggakan buah kekabu pun boleh dijadikan pelita.", "Seorang petani, Mohd Zailani Mohd Nor, 48, dari Kampung Alor Belanga, Hulu Besut di sini berkata pelita kekabu bagaimanapun tidaklah popular sebagaimana pelita buluh, malah ia hampir tenggelam ditelan zaman.", "“Saya mula serius menghidupkan semula tradisi menyalakan pelita raya buah kekabu sejak tahun lepas. Ia adalah cara tradisional masyarakat di Besut untuk menerangi kegelapan malam pada zaman dahulu.", "“Saya belajar membuat pelita kekabu ini daripada arwah datuk saya sebelum terlintas untuk mempopularkannya kembali memandangkan generasi sekarang ramai yang tidak tahu buah kekabu pun boleh dijadikan pelita selain untuk buat bantal dan tilam,” katanya kepada Bernama.", "Mohd Zailani berkata cara membuatnya hanyalah menggunakan buah kekabu muda yang dibelah dua dan setiap biji buah boleh menghasilkan dua pelita.", "“Pelita kekabu ini mampu menyala sehingga satu jam sahaja, namun buah yang sama boleh digunakan berulang kali,” katanya yang turut menjalankan perniagaan lemang setiap kali Ramadan.", "Mohd Zailani berkata bagaimanapun cabaran untuk menghasilkan pelita kekabu tetap ada kerana buah itu bermusim, tidak seperti buluh yang boleh diperoleh pada bila-bila masa.", "Mengulas lanjut, Mohd Zailani berkata bagi menghidupkan kembali pembuatan pelita kekabu, dia ada melakukan demonstrasi membuat pelita itu di Program Pelita Beautiful Terengganu 2022 di Kuala Terengganu tahun lepas.", "Malah, dia merancang membawa sebanyak 3,000 buah kekabu pada program sama minggu ini berbanding 2,500 buah kekabu untuk dijadikan pelita dan diagihkan kepada pengunjung pada tahun lalu.", "“Ada juga yang menghubungi saya mahu membeli pelita tersebut tetapi setakat ini saya belum jual lagi tapi tengok lah macam mana selepas ini,” katanya.", "Selain pelita buah kekabu, pada program sama kali ini, Mohd Zailani akan mempromosi satu lagi produk  pelita tradisi iaitu pelita buah kelapa.", "Katanya, tempurung kelapa dibuang isi kemudian ditebuk beberapa lubang sebelum dimasukkan minyak masak terpakai dan dinyalakan api pada sedikit isi kelapa yang direndam di dalam minyak tersebut." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/kanak-kanak-perempuan-melecur-46-peratus-ketika-bermain-bunga-api
[ "PENDANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun melecur 46 peratus pada bahagian anggota badannya dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api di hadapan rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang di sini, Selasa lepas.", "Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam semasa Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi bermain bersama dua abangnya yang masing-masing berumur tujuh dan 10 tahun.", "\"Pihak polis menerima panggilan pada 2.45 pagi daripada doktor di bahagian kecemasan, Hospital Pendang memaklumkan kejadian menimpa kanak-kanak itu yang terbakar pada bahagian anggota badan sebanyak 46 peratus akibat (dipercayai) terkena mercun,\" katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Arriz Sham berkata ibu bapa mangsa mendengar teriakan kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba dan kemudian mereka mendapati api sedang membakar tubuh anak mereka yang dipercayai terkena pelita api yang dipasang di hadapan rumah ketika cuba mencucuh api pada bunga api itu.", "\"Kedua-dua abang mangsa tidak dapat ditemu bual kerana masih dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut. Mangsa kini ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar),\" katanya.", "Arriz Sham berkata doktor tidak dapat menentukan punca kecederaan mangsa setakat ini sama ada disebabkan minyak pelita atau bunga api dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/kpkm-teruskan-tradisi-agih-bubur-lambuk-kepada-warga-kementerian
[ "PUTRAJAYA: Tradisi memasak dan mengagihkan sebanyak 1,500 pek bubur lambuk untuk dikongsi bersama warga kementerian diteruskan menerusi penganjuran Program Agihan Bubur Lambuk yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu di Wisma Tani di sini, petang Rabu.", "Mohamad berkata, bubur lambuk merupakan hidangan simbolik dan menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia khususnya pada bulan Ramadan, selain antara juadah yang sihat dan seimbang untuk berbuka puasa.", "Justeru katanya, inisiatif dan kerjasama bersepadu antara Kelab Kebajikan dan Sukan KPKM atau lebih dikenali sebagai Kelab Tani bersama PUSPANITA Cawangan KPKM dan pihak Agrobank telah melaksanakan Program Agihan Bubur Lambuk bagi diagihkan kepada warga kementerian.", "Program tahunan KPKM ini juga katanya, merupakan wadah untuk memupuk semangat kebersamaan dalam satu pasukan selain dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kementerian.", "“Pelaksanaan aktiviti seperti ini adalah selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan dalam membentuk masyarakat yang progresif ke arah membina masa hadapan yang madani buat negara,” katanya.", "Menurut Mohamad, sempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi, kementeriannya turut memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi, terutamanya bagi lapan komoditi utama iaitu telur, ayam, daging, ikan, sayur, buah, beras dan susu segar.", "Selain itu, beliau turut berkongsi berita gembira mengenai pemberian Bantuan Kewangan Khas Aidifitri (BKKA) bernilai RM200 secara ‘one-off’ kepada nelayan dan pesawah yang akan memanfaatkan seramai 38,500 nelayan dan 240,000 pesawah di seluruh negara.", "Sebagai tambahan katanya, BERNAS turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada KPKM dan akan diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.", "“Bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap, kementerian akan menyelesaikan pembayaran sebelum Jumaat ini, manakala bagi negeri lain akan menerima bantuan khas ini pada peringkat seterusnya setelah bakinya disalurkan kelak,” jelasnya.", "Mohamad berkata, BKKA diharap dapat membantu serta meringankan beban golongan sasar khususnya pesawah dan nelayan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri, selain menjaga kebajikan golongan berkenaan.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/kpdn-cadang-perluas-mysavefood-ke-pasar-malam-seluruh-negara-selepas-syawal
[ "JASIN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang memperluas kempen menyelamatkan pembaziran makanan MYSaveFood ke pasar malam seluruh negara selepas Aidilfitri ini.", "Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh berkata kempen itu telah mendapat maklum balas positif daripada persatuan peniaga yang bersedia untuk bekerjasama selain turut melibatkan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA).", "“Jika kita lihat inisiatif MYSaveFood ini telah menunjukkan kesan positif apabila sejumlah 19.84 tan makanan dapat diselamatkan daripada pembaziran pada Ramadan ini.", "“Program ini melibatkan pengumpulan lebihan juadah tidak terjual yang dilakukan selepas waktu berbuka puasa, seterusnya diasing dan ditimbang bagi tujuan rekod sebelum diagihkan kepada golongan sasar yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.", "Terdahulu beliau hadir pada program MYSaveFood Ramadan di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Bandar Baru Merlimau yang turut dihadiri Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Melaka Allex Seah Shoo Shin dan Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar.", "Mengulas lanjut, Fuziah berkata menurut Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), pada tahun ini dianggarkan sejumlah 75,000 tan sisa makanan dibazirkan jika tiada tindakan diambil untuk menyelamatkan makanan tersebut.", "“Data itu diperoleh daripada jangkaan sebanyak 19,228 tan sisa makanan dibuang setiap hari di seluruh negara pada Ramadan berbanding 16,720 tan sisa makanan dikumpul pada hari biasa, iaitu pertambahan 2,508 tan atau 15 peratus,” katanya.", "Beliau berkata KPDN juga telah bekerjasama dengan pihak hotel terpilih seluruh Malaysia untuk menyelamatkan makanan yang tidak disentuh dengan memanjangkan jangka hayat makanan tersebut melalui proses retort. ", "“Sejumlah 792 pek makanan bersamaan 62 kilogram telah melalui proses retort dan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/409-anggota-pegawai-utk-pdrm-terima-elaun-khas-bermula-feb
[ "SUNGAI BESAR: Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Februari tahun ini.", "Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).", "“Untuk (elaun) ini, (UTK) merupakan satu unit elit iaitu mereka bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik. ", "“Jadi JPA telah membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini untuk diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Februari tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini.", "Terdahulu, Saifuddin menerusi Facebook rasminya memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan pemberian elaun itu kepada anggota dan pegawai UTK semalam.   ", "Beliau juga berkata cuti kira-kira 90 peratus daripada 130,000 anggota dan pegawai PDRM di seluruh negara akan dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan pada musim perayaan ini.", "Saifuddin berkata meskipun ketika musim perayaan, penugasan PDRM dalam semua aspek amat penting dan pihaknya tidak akan berkompromi daripada segi tanggungjawab menjaga keselamatan, mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.", "\"Semua perkara perlu diambil kira seperti penugasan kawalan trafik yang meningkat pada musim perayaan ini manakala elemen keselamatan lain juga diberi tumpuan kerana pada musim cuti ini, kebanyakan masyarakat balik ke kampung dan meninggalkan kediaman atau premis perniagaan mereka,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/harga-istimewa-tiket-penerbangan-buat-mahasiswa-ipta-akan-diumum
[ "Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.", "Beliau berkata walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.", "“Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi … kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/13/kpm-akan-perluas-konsep-sekolah-bimbingan-jalinan-kasih-ke-negeri-lain
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperluaskan konsep Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri-negeri lain khususnya di Sabah dan Sarawak bagi memelihara pendidikan kanak-kanak jalanan dan terpinggir.", "Menterinya Fadhlina Sidek (gambar) berkata SBJK menyediakan pendidikan formal untuk memelihara nasib kanak-kanak yang menghadapi masalah sosial, tanpa dokumen, tercicir dalam pelajaran dan yatim piatu. ", "“Insya-Allah kita melihat dalam jangka masa panjang untuk membuat perluasan kepada konsep sekolah ini di negeri-negeri lain seperti Sabah dan Sarawak yang mempunyai isu-isu seperti ini khususnya yang terkait rapat dengan kanak-kanak tanpa dokumen dan golongan rentan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Iftar Santunan Kasih di SBJK di sini semalam.", "Beliau berkata konsep pendidikan di sekolah itu tidak mengikut sistem pendidikan arus perdana, sebaliknya mengikut keperluan murid sekolah berkenaan, yang mengambil kira elemen kasih sayang dan akses kepada pendidikan formal. ", "Terdahulu pada majlis itu Fadhlina menyerahkan replika kunci kepada Penolong Kanan Pentadbiran SBJK Mohd Zafrol Abdullah sebagai simbolik penyerahan bangunan akademik fasa satu sekolah berkenaan.", "Menurutnya sejumlah RM21 juta diperuntukkan bagi dua fasa pembangunan sekolah itu dengan RM13 juta untuk membangunkan bangunan akademik dalam fasa satu dan RM8 juta untuk membangunkan asrama pada fasa dua.   " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/bayaran-bantuan-aidilfitri-pekebun-kecil-getah-mulai-jumaat-ini
[ "KUALA LUMPUR: Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan dibuat mulai Jumaat ini (14 April), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dalam catatan terbaharu di Facebooknya berkata, penyaluran BKKA yang diawalkan dari tarikh 17 April yang ditetapkan sebelum ini, adalah bagi membolehkan penerima membuat persediaan awal untuk menyambut Aidilfitri.", "“BKKA yang diawalkan penyaluran ini bakal memanfaatkan seramai 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di mana masing-masing menerima bantuan berjumlah RM200 seorang,” katanya.", "Ahmad Zahid berkata bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM63.75 juta dan penerima adalah dalam kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022.", "BKKA adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 Mac lepas, melibatkan seramai 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/kerajaan-lancar-laman-sesawang-malaysia-sulucase
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengambil tindakan melalui media dan hubungan diplomatik dalam menangani tuntutan kumpulan Sulu, menerusi penubuhan satu Sekretariat Khas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.", "Beliau berkata ini kerana kumpulan yang membuat tuntutan itu telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang tidak benar, memutar belit tafsiran sejarah dan memburukkan imej negara.", "\"Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU), Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengambil tindakan untuk melancarkan laman sesawang rasmi Malaysia iaitu malaysia-sulucase.gov.my.", "\"Laman sesawang ini memberikan fakta yang betul dan sahih, di samping menangkis tohmahan kumpulan berkenaan, dan ia juga bagi membolehkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengikuti perkembangan kes ini secara telus dan benar,\" katanya semasa melancarkan laman sesawang berkenaan di Perdana Putra di sini hari ini.", "Azalina berkata laman sesawang itu akan sentiasa diperkemas dan ditambah maklumat, dokumen dan pelbagai lagi dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan kes tuntutan berkenaan.", "\"Ia boleh diakses dalam lima bahasa secara berperingkat iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Tagalog bagi membolehkan pelbagai pihak dan media antarabangsa mengikuti dan memahami kes ini melalui kebenaran yang dikemukakan oleh kerajaan.", "\"Saya berharap warga media dan rakyat Malaysia khususnya akan mengakses serta mengikuti kes ini dengan teliti mengikut laman sesawang rasmi Malaysia, kerana pelaporan dan sebaran maklumat yang tidak benar atau tidak tepat, akan mempunyai kesan besar dan serius kepada kedaulatan dan keselamatan negara,\" katanya.", "Sementara itu, Fahmi berkata KKD memainkan peranan berkait aspek perancangan komunikasi dalam pembangunan laman sesawang itu dengan menggunakan sumber yang ada di kementerian.", "\"Kita bantu dalam penilaian, terutama dari segi pelan komunikasi, di samping dari segi sokongan kepada agensi utama (di bawah kementerian), yakni Bernama dan RTM, dan kita pastikan bantuan dalam naratif keseluruhan bagi strategi yang telah dipilih kerajaan (dalam perkara ini),“ katanya.", "\"Ini merupakan keputusan kabinet, untuk kita bekerjasama sebagai satu pasukan, jadi tanggungjawab kami adalah untuk membantu Azalina membuat rancangan dan pelaksanaannya. Kita ada (sokongan) bersamanya,” katanya.", "Pada 21 Feb lepas, Azalina semasa dalam sesi persidangan Dewan Rakyat berkata ahli-ahli Sekretariat Khas berkenaan merangkumi Kementerian Luar, KKD, Majlis Keselamatan Negara, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Peguam Besar Sabah dan pakar-pakar perundangan tempatan, dengan Sekretariat dipengerusikan beliau sendiri, manakala timbalan pengerusinya ialah Peguam Cara Negara II atau penggantinya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/fama-diarah-selesaikan-isu-bekalan-ayam-tidak-cukup-di-beberapa-tempat
[ "PUTRAJAYA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.", "Ditemui pemberita selepas Program Agihan Bubur Lambuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di sini hari ini, Mohamad berkata FAMA akan melihat dan mencuba mencari jalan untuk menampung kekurangan bekalan itu.", "“Kekurangan sementara bekalan di sesuatu tempat menjelang musim perayaan kadang-kadang berlaku, tapi kementerian memberi jaminan bekalan makanan adalah mencukupi terutama bagi lapan komoditi utama iaitu telur, ayam, daging, ikan, sayur, buah, beras dan susu segar,” katanya.", "Terdahulu, sebuah media melaporkan peniaga di Pasar Besar Klang khuatir bekalan ayam tidak mencukupi seminggu sebelum Aidilfitri di sebalik permintaan tinggi daripada pengguna.", "Media tersebut melaporkan masalah bekalan ayam dijangka melanda utara tanah air menjelang Sya­wal ini ekoran isu kekurangan anak ayam yang dialami penternak terutama di Kedah. ", "Sementara itu, Presiden Kelab Tani KPKM Datuk Badrul Hisham Mohd berkata sempena program hari ini, sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini.", "“Ini tahun kelima penganjuran program agihan bubur lambuk dan kita meneruskan tradisi memasak bubur sebanyak lima kawah untuk diagihkan,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/harga-petrol-diesel-kekal-bagi-tempoh-13-hingga-19-april
[ "“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.", " Kementerian itu memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/permohonan-pingat-jpn-bagi-kakitangan-awam-keselamatan-zaman-darurat-dibuka
[ "Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Azmi Abu Kassim dalam kenyataan hari ini berkata bagi petugas polis termasuk kakitangan awam dalam perkhidmatan polis Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia, mereka mestilah bertugas bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 17 Okt 1990.", "“Bagi pasukan polis negara Komanwel yang pernah berkhidmat dalam perkhidmatan polis Persekutuan Tanah Melayu pula adalah bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 30 Ogos 1957, yang dikenali sebagai perkhidmatan semasa darurat,” katanya.", "Azmi berkata permohonan boleh dibuat di pejabat Cawangan Hal Ehwal Awam/Pesara Polis Kontinjen dan Daerah yang berdekatan dengan menyertakan dokumen salinan kad pengenalan, kad pesara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Surat Pengesahan Rekod Perkhidmatan dari Bahagian Rekod Jabatan Pengurusan Bukit Aman.", "“Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen, Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai akan membantu pemohon dalam memudahkan urusan pengesahan dokumen sokongan. Bagi pengesahan rekod perkhidmatan pemohon pula, mereka boleh menghubungi Cawangan Rekod Personel di Jabatan Pengurusan PDRM atau menghubungi 03-2266 8114 / 8115 / 8117,” katanya. ", "Beliau berkata PDRM berharap Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia, Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir Awam Polis Sabah dan Kesatuan Pegawai Awam Polis Sarawak dapat membantu ahlinya serta individu yang layak membuat permohonan.", "Menurutnya sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan PJPN, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan PDRM di talian 03-2266 8387.", "PJPN dianugerahkan kepada petugas polis dan PDRM termasuk kakitangan awam keselamatan bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara semasa dalam perkhidmatan polis di Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia ketika zaman darurat. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/malaysia-alami-gerhana-matahari-separa-pada-20-april
[ "KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada 20 April ini bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.", " Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula 11 pagi hingga selewat-lewatnya 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.", "“Bagi pemerhati di Semenanjung Malaysia, litupan permukaan matahari ketika maksimum adalah pada kadar satu peratus hingga 15 peratus, manakala di Kuching, Sarawak mencecah sehingga 30 peratus dan di Kota Kinabalu, Sabah pula 34 peratus dan yang tertinggi 43 peratus di Tawau,” menurut kenyataan itu.", "Menurut MOSTI, Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa 2023 akan diadakan di Planetarium Negara Kuala Lumpur dan di bandar Tawau, dengan cermin mata gerhana (eclipse glasses) percuma  diedarkan di kedua-dua lokasi bagi membolehkan pengunjung menyaksikan fenomena itu dengan selamat.", "Beberapa teleskop dengan penuras khas juga akan disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan keadaan itu dengan lebih jelas dan selamat, selain mengabadikan gambar gerhana sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal (DSLR) yang digabungkan dengan kemudahan pencerapan yang disediakan.", "MOSTI turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana ia boleh merosakkan retina mata dan boleh mengakibatkan buta kekal.", "Selain itu, penstriman langsung di laman Facebook dan Youtube Planetarium Negara turut disediakan, dengan imej yang bakal dikongsikan adalah fenomena gerhana di Malaysia atau imej yang diambil daripada lokasi lain di seluruh dunia yang turut mengalami gerhana matahari hibrid atau separa.", "“Kenampakan fenomena gerhana matahari separa juga amat bergantung kepada keadaan cuaca semasa di sesuatu lokasi ketika kejadian gerhana sedang berlaku pada 20 April nanti.", "“Sekiranya sesuatu lokasi mengalami litupan awan tebal atau mendung atau mungkin juga hujan, maka fenomena gerhana matahari separa tidak dapat disaksikan dari lokasi tersebut,” menurut kenyataan itu.", "MOSTI turut menasihatkan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa untuk tidak berada terlalu lama di bawah sinaran matahari yang boleh menyebabkan nyahhidrat atau kehilangan terlalu banyak air daripada badan.", "Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/laporan-siasatan-tragedi-double-six-dikelaskan-sebagai-dokumen-terbuka
[ "PUTRAJAYA:Laporan siasatan akhir nahas pesawat Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens kini dikelaskan sebagai dokumen terbuka dan ia boleh diakses di laman web Kementerian Pengangkutan bermula hari ini.", "Mengumumkan perkara itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau telah mengelaskan semula laporan tersebut sebagai dokumen terbuka dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.", "Beliau berkata proses untuk menyahklasifikasi laporan tersebut telah selesai pada 6 April lepas selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan laporan tragedi yang turut digelar ‘Double Six’ itu dinyahklasifikasi pada 5 April.", "“Mulai hari ini, laporan lengkap tersebut dapat dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia di: https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.", "Beliau berkata laporan siasatan akhir kemalangan udara Nomad N22B 9M-ATZ disiapkan pada 25 Jan 1977 dan kemudian dibentangkan ke Jemaah Menteri pada Mac 1977.", "“Namun begitu, hasil siasatan laporan tersebut tidak pernah diumumkan. Oleh demikian, selama hampir 47 tahun ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat tidak dapat mengetahui fakta dan sebab di sebalik nahas kemalangan udara tersebut,” katanya. ", "Sebanyak 11 nyawa terkorban dalam tragedi Double-Six termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah ketika itu iaitu Fuad (Ketua Menteri Sabah); Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah); Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).", "Turut terkorban adalah Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah); Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah);  Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).", "Selain itu, Koperal Said Mohammad (Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah); Johari Fuad Stephens (anak kepada Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ) turut terkorban.", "Loke berkata setiap insiden penerbangan haruslah disiasat secara telus dan menyeluruh untuk menerap kepercayaan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dalam membina sebuah industri penerbangan yang berkredibiliti dan menepati piawian tertinggi.", "“Kementerian Pengangkutan komited untuk meneruskan dasar keterbukaan ini,” katanya yang turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga dan waris mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi ‘Double Six’.", "Anwar pada 5 April lepas berkata keputusan mendedahkan laporan akhir tragedi ‘Double Six itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan oleh keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang inginkan maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan.", "Dalam kejadian tersebut, pesawat Nomad 9M-ATZ keluaran Australia yang dikendalikan Sabah Air membawa rombongan berkenaan yang dalam perjalanan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan, ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah. ", "Pada 8 Mac lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk dinyahklasifikasi berhubung insiden tersebut. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/kkm-hasilkan-pelan-strategik-kurangkan-gula-rakyat-malaysia-2023-2025
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menghasilkan Pelan Strategik Mengurangkan Gula dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2023- 2025)  yang akan melibatkan tindakan multisektoral. ", "Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) ke-16 yang berlangsung di ibu pejabat KKM di Putrajaya semalam dan dipengerusikan beliau sendiri. ", "Beliau berkata turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Timbalannya Lukanisman Awang Sauni, serta 18 wakil kementerian/agensi dan empat wakil pertubuhan bukan kerajaan iaitu Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO).  ", "“Dalam mesyuarat ini, satu usul telah dibentangkan bagi melaksanakan Pensijilan Makanan Selamat KKM sebagai syarat perkhidmatan pembekalan makanan semasa mesyuarat dan majlis rasmi di semua fasiliti kementerian di Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. ", "Beliau berkata mesyuarat MKMPK16 turut dimaklumkan mengenai Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan, sistem pemantauan secara dalam talian bagi Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (MS-NPANM), pelaksanaan perjanjian peringkat ASEAN berkaitan pemeriksaan dan pensijilan bagi produk makanan.", "Katanya turut dibincangkan pewartaan akuan nutrien baharu bagi asid lemak trans dan akuan fungsi baharu bagi antioksidan daripada minyak sawit serta komitmen industri dalam penghasilan produk makanan dengan pilihan lebih sihat.", "“Mesyuarat ini akan dijadikan platform yang tepat untuk perbincangan dan penyelarasan aktiviti bagi menangani isu terkini keselamatan makanan dan pemakanan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia MADANI,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/lebih-50000-mohon-fasiliti-sokongan-akaun-dua-kwsp
[ "PUTRAJAYA: Seramai 59,230 orang telah memohon Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat semalam sejak dibuka pada 7 April, dengan hanya 27,705 sahaja daripada jumlah itu yang layak, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.", "\"Mereka yang tidak layak itu kerana umur mereka di bawah 40 tahun, kerana kita dah maklumkan bahawa hanya yang berumur 40 ke atas yang layak,\" katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Akauntan Negara (JANM) di sini hari ini.", "FSA2 ialah satu kemudahan yang bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Setakat ini, dua bank mengambil bahagian dalam FSA2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional.", "Ahmad berkata meskipun kerajaan tegas tidak membenarkan pengeluaran KWSP walaupun ada cadangan ia diberikan kepada ahli yang benar-benar terdesak, pengeluaran KWSP bagaimanapun dibenarkan bagi tujuan perumahan, pendidikan, kesihatan, pelan perlindungan tertentu seperti sakit kronik dan sebahagian kos haji RM3,000.", "\"Kita tak kata apabila kita tak benarkan, maka tak boleh keluar KWSP. KWSP masih lagi boleh dikeluarkan. Ada lima perkara yang boleh dikeluarkan untuk Akaun 2 KWSP.  Akaun 1 memang tidak dibenarkan untuk pengeluaran kerana ia adalah khas untuk tujuan persaraan,\" katanya.", "Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebelum ini dilaporkan berkata adalah lebih mudah membenarkan orang ramai mengeluarkan simpanan KWSP berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.", "Sementara itu, Ahmad berkata setakat 31 Dis lepas, jumlah aset dan liabiliti yang telah diakaunkan di Sistem Bersepadu Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berjumlah RM2.85 trilion.", "\"Tahun ini kemungkinan kita dapat RM30 bilion aset lagi untuk diakaunkan,\" katanya dan menambah majoriti aset itu berada di dalam negara. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/jumlah-wang-tidak-dituntut-rm11-bilion-ahmad-maslan
[ "PUTRAJAYA: Terdapat kira-kira RM11 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) milik awam yang masih belum dituntut setakat Mac lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.", "Beliau berkata Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah menerima serahan WTD selaras dengan Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut (Akta 370) daripada syarikat atau firma berjumlah kira-kira RM14.1 bilion dari tahun 1977 sehingga bulan lepas.", "\"Sebahagian besar daripada RM11 bilion WTD ini, kerajaan laburkan dalam simpanan tetap selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957, (dan) faedah yang diperoleh (daripada simpanan tetap) diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan.", "\"Daripada simpanan tetap itu, kita dapat faedah RM250 juta dan wang itu kita guna untuk rakyat,\" katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke JANM di sini hari ini.", "Ahmad berkata WTD ditakrifkan sebagai wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa lebih setahun, wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh lebih tujuh tahun, dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa lebih dua tahun.", "Pemilik WTD diseru supaya menuntut wang masing-masing dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS, kaunter JANM di seluruh negara atau melalui mel yang dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya.", "Menurutnya, portal eGUMIS yang dilancarkan pada 2020 menerima kira-kira 17.2 juta pelawat setakat bulan lepas dengan bilangan pengguna berdaftar adalah hampir 4.4 juta pengguna.", "\"Dalam tempoh sama, sebanyak 354,912 permohonan tuntutan WTD dalam talian telah diterima dan daripada jumlah itu, sebanyak RM199 juta amaun tuntutan WTD telah diproses,\" katanya.", "Beliau berkata kerajaan juga berhasrat meminda Akta 370, antaranya cadangan pindaan terhadap tempoh pindahan ke Akaun Hasil Disatukan dari 15 tahun ke 10 tahun, takrifan semula WTD menurut Seksyen 8(a) dan 8(c) Akta 370, dan amaun denda yang dikenakan pada syarikat atau firma bagi ketidakpatuhan.", "\"Akta ini terlalu lama tak dipinda maka kita cadangkan untuk dipinda,\" katanya dan menambah bahawa kerajaan menjangka dapat membentangkan pindaan akta berkenaan pada hujung tahun ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/pelaksanaan-shmmp-16-hari-bermula-15-april-libatkan-30-barangan
[ "PUTRAJAYA: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Aidilfitri melibatkan 30 barangan­ akan dilaksanakan selama 16 hari bermula Sabtu ini (15 April) sehingga 30 April.", "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata 30 jenis barangan di bawah skim itu termasuk enam barangan daripada kategori ayam dan telur, yang telah dikawal di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, berkuat kuasa sejak 5 Feb tahun lepas.", "Barangan yang dikawal di bawah SHMMP 2023 itu adalah daging lembu tempatan kecuali daging Batang Pinang, daging lembu import, daging kerbau import dari India, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol, ikan Demudok.", "Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering kerinting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.", "“Tempoh pelaksanaan SHMMP kali ini bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga. Pengguna dapat harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.", "Bagaimanapun, katanya harga barang bersubsidi  seperti minyak masak, ayam,  telur, tepung dan gula masih  kekal  selepas tamat tempoh 16 hari tersebut.", "Beliau berkata senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan SHMMP itu ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti cuaca, ekonomi global, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan permintaan serta penawaran.", "Menurutnya, SHMMP tersebut dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 yang membolehkan penentuan harga dibuat, dan harga maksimum yang telah ditetapkan di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.", "Salahuddin turut memberi jaminan bekalan barangan yang dikawal tersebut mencukupi di pasaran setelah melakukan sesi libat urus dengan pemain industri dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.", "“Saya harap pengguna tidak panik dan membuat pembelian panik…rakyat tak perlu tergesa-gesa dapatkan barangan menjelang hari raya ini sebab bekalan sentiasa ada,” katanya.", "Beliau berkata pegawai penguat kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi strategik di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/pengampunan-kepada-najib-budi-bicara-agong-azalina
[ "PUTRAJAYA: Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.", "Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.", "“Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya.", "Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.", "Haniff sebelum ini dilaporkan berkata mengikut Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib sendiri, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh Najib dan Jabatan Penjara.", "Azalina berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran laman web Malaysia-Sulucase.gov.my di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.", "Sebelum ini, media melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat Jumaat lepas, sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.", "Najib kini menjalani hukuman 12 tahun penjara setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/kwsp-nafi-dakwaan-mengenai-krisis-tunai-pindaan-akta
[ "KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menafikan spekulasi yang tersebar, mendakwa tentang krisis tunai yang dihadapi dana persaraan itu selain menyangkal bahawa Akta KWSP 1991 akan dipinda untuk menghalang pesara daripada mengeluarkan simpanan mereka.", "Jelasnya, segala aktiviti jual beli aset luar negara adalah sebahagian daripada operasi pelaburan KWSP mengikut alokasi aset strategiknya sambil menegaskan bahawa langkah itu bukan untuk membayar pengeluaran prapersaraan.", "KWSP mengeluarkan kenyataan bagi menafikan spekulasi yang tersebar melalui WhatsApp yang merujuk kepada satu rencana akhbar antarabangsa bertarikh 7 April 2023, bertajuk “Bank Negara says Malaysians could run out of savings 19 years too soon”. ", "\"Apa yang diketengahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)  ialah situasi yang membimbangkan bagi pesara yang disebabkan oleh isu struktur seperti gaji yang rendah, yang sememangnya wujud sebelum pandemik melanda,\" katanya.", "Menurut BNM di dalam laporannya, simpanan median untuk kumpulan umur 51-55 hanya akan bertahan lima tahun selepas pengeluaran pada umur 55, dan ia telah menurun kepada sekitar tiga tahun selepas pengeluaran berkaitan pandemik.", "Laporan itu selanjutnya menyatakan bahawa rata-rata rakyat Malaysia akan menghadapi risiko kehabisan simpanan persaraan mereka 19 tahun sebelum kematian, dengan jangka hayat global meningkat kepada 77 tahun ke atas menjelang 2050, katanya.", "Selain itu, golongan milenial dalam lingkungan umur 26-40 tahun berkemungkinan menghadapi cabaran kewangan yang ketara, kerana ramai berhadapan kesukaran untuk memenuhi had Simpanan Asas KWSP sebanyak RM240,000.", "Sehingga Mac 2023, 70.5 peratus daripada 7.2 juta ahli sektor formal aktif berumur 18-55 tahun tidak memenuhi had Simpanan Asas KWSP mengikut umur manakala 3.1 juta atau 39 peratus ahli yang membuat pengeluaran khas dan berumur di bawah 55 tahun setakat Januari 2023 masih belum mula membina semula simpanan mereka.", "\"Keutamaan kami dalam perkara ini adalah untuk membina semula simpanan persaraan dan memperluaskan perlindungan kepada mereka yang berada di luar skop semasa Akta KWSP 1991.", "\"KWSP juga sedang berbincang dengan kerajaan mengenai pembaharuan yang berpotensi untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang semakin terjejas akibat pandemik,\" katanya.", "Ia turut menyarankan ahli agar hanya rujuk kepada berita sahih daripada sumber rasmi, dan bukannya spekulasi melalui media sosial. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/49000-pekebun-kecil-getah-bakal-terima-bantuan-khas-aidilfitri
[ "PUTRAJAYA: Kira-kira 49,000 pekebun kecil getah di seluruh negara akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM9.8 juta, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).", "KPK dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan BKKA Aidilfitri itu akan disalurkan melalui Lembaga Getah Malaysia kepada pekebun kecil getah berdaftar dengan keluasan kebun getah melebihi 2.5 hektar sehingga enam hektar.", "Pada masa yang sama, BKKA akan turut disalurkan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kepada pekebun kecil yang memiliki kebun getah dengan keluasan 2.5 hektar ke bawah.", "\"BKKA 2023 khusus kepada pekebun kecil getah ini diharapkan dapat meringankan beban pekebun kecil getah di seluruh negara dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidilfitri yang menjelang tiba,\" katanya.", "Pada  29 Mac lepas, Perdana Menteri Daruk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan BKKA sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/fuad-a-kiram-diklasifikasikan-sebagai-pengganas
[ "PUTRAJAYA: Salah seorang penuntut daripada Kumpulan Sulu yang dikenali sebagai Fuad A Kiram  telah diklasifikasikan sebagai pengganas, kata Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.", "Beliau berkata Fuad telah disenaraikan dalam entiti yang diklasifikasi sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berkuat kuasa 6 April lepas.", "“Kementerian Dalam Negeri telah memaklumkan bahawa seorang penuntut Fuad A Kiram yang juga salah seorang pengasas Royal Sulu Force iaitu satu kumpulan pengganas, telah diklasifikasikan sebagai entiti pengganas oleh kerajaan,” katanya dalam satu taklimat media di sini semalam.", " Fuad atau nama sebenarnya Muhammad Fuad Abdullah Kiram, 69, merupakan salah seorang yang daripada lapan individu yang mendakwa waris Kumpulan Sulu dan sedang membuat tuntutan terhadap Sabah termasuk beberapa aset milik Malaysia di luar negara. ", "Pada Februari tahun lepas, agensi berita di Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu Dr Gondoza Stampa telah mengarahkan Malaysia membayar pampasan sebanyak US$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris Sultan Sulu. ", "Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah atau pampasan berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 yang dikatakan telah melanggar Perjanjian 1878 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.", "Terdahulu pada majlis sama, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tuntutan berkenaan melalui timbang tara komersial serta prosiding terhadap Malaysia dibiayai oleh dana litigasi dikenali sebagai Therium untuk menuntut sebanyak US$14.9 bilion daripada Malaysia.", "Azalina juga berkata fakta kes tuntutan Kumpulan Sulu itu adalah tidak begitu kukuh kerana sehingga kini belum diketahui sama ada mereka yang membuat tuntutan itu benar-benar waris Sultan Jamalul Kiram II.", "Beliau berkata tuntutan pihak Sulu terhadap Malaysia juga mengabaikan kehendak rakyat Sabah untuk membentuk Malaysia pada 1963 seperti yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Cobbold. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/12/pm-anwar-berbuka-puasa-dengan-penggamal-media-dan-penggiat-seni
[ "KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 pengamal media dan penggiat seni hadir berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada petang Selasa.", "Tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua agensi media, wartawan, jurukamera serta penggiat seni tempatan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu oleh artis-artis tempatan dan menunaikan solat maghrib bersama Anwar. ", "Turut hadir Menteri Komunikasi Dan Digital Ahmad Fahmi Fadzil, selebriti tempatan Ifa Raziah, Datuk AC Mizal, Dina Nadzir dan Datuk Suhaimi Baba." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/op-bersepadu-jpj-sempena-perayaan-aidilfitri-bermula-18-hingga-27-april
[ "BENTONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula dari 18 hingga 27 April ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.", "Beliau berkata sebanyak 231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan atau “hotspot” yang mana pemantauan akan ditingkatkan di kawasan terlibat. ", "\"Kalau kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan biasanya pendekatan yang digunakan adalah menempatkan kereta peronda untuk mengadakan rondaan supaya dengan kehadiran pegawai penguat kuasa pemandu akan lebih berhati-hati.", "\"Saya harap pengguna patuh kepada peraturan jalan raya terutama di kawasan Pahang kerana ia merupakan laluan utama ke Pantai Timur dari Lembah Klang dan sudah tentu berjuta kenderaan akan lalu. Selain itu, kita juga akan laksanakan larangan kepada kenderaan berat seperti biasa,\" katanya. ", "Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat Baharu JPJ Bentong, di Jalan Chamang, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim. ", "Sementara itu, Loke memaklumkan selain di daerah ini dua lagi bangunan baharu JPJ sedang dibina iaitu masing-masing di Sarikei, Sarawak dan Muar, Johor. ", "Menyentuh mengenai pembinaan cawangan baharu JPJ Bentong, Loke ketika berucap berkata ia bertujuan menggantikan pejabat sedia ada yang terletak di Taman Datuk Shah Bandar Hussin, di sini yang telah beroperasi sejak 1983. ", "Katanya pejabat yang berada di bangunan kedai kini telah daif dan tidak dapat menampung kunjungan orang awam iaitu seramai 180 pelanggan setiap hari atau 50,000 pelanggan setahun. ", "Justeru, beliau berkata kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan berkonsepkan pejabat pintar di tapak berkeluasan kira-kira 0.6474 hektar dengan peruntukan RM10.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan ia dijangka siap pada April 2025. ", "Hanya terletak kira-kira satu kilometer dari pusat bandar Bentong, pejabat baru yang mudah diakses dapat memanfaatkan hampir 120,000 penduduk daerah ini dan masyarakat sekitar selain kakitangan JPJ sendiri. ", "\"Kerajaan sedar bagi memastikan JPJ boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, di samping memperkasakan aspek digital, infrastruktur sewajarnya harus disediakan agar tadbir urus JPJ kekal mantap dan relevan,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/mot-seboleh-bolehnya-tidak-mahu-campur-tangan-isu-kadar-tambang-lantai-e-hailing
[ "PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MoT) seboleh-bolehnya tidak mahu campur tangan berhubung harga lantai tambang e-hailing, sebaliknya mahu ia ditentukan oleh kuasa pasaran, kata Menterinya Anthony Loke.", "Loke berkata pihaknya maklum mengenai gesaan persatuan pemandu e-hailing (EHO) yang mahu kerajaan campur tangan berhubung isu tambang itu termasuk penyeragaman kadar tambang antara bandar.", "“Kita faham permintaan mereka supaya kerajaan menetapkan harga lantai untuk e-hailing. Setakat ini, cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan dan belum ada apa-apa keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan (NLTF) Bil 1/2023, di sini hari ini.", "Loke berkata MOT juga memahami harapan pemandu mengenai perkara berkenaan memandangkan pemandu tidak boleh memandu dengan kerugian selain terdapat kos operasi yang perlu ditanggung.", "“Tetapi kita perlu faham bahawa kalau ada harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna mungkin akan lebih meningkat jadi ia merupakan pertimbangan yang perlu diambil kira. Jadi kita biarkan pasaran untuk tentukan harga dan ada harga dinamik antara EHO, pemandu dan penumpang,\" katanya.", "Dilaporkan pemandu e-hailing kian terdesak kerana kadar tambang semakin tidak menentu ekoran persaingan dari beberapa pengusaha perkhidmatan itu dan biarpun persaingan harga menguntungkan pengguna, ia sebaliknya membebankan pemandu e-hailing yang perlu menanggung kos minyak, tol, penyelenggaraan dan sebagainya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/dewan-negara-labuh-tirai-13-ruu-diluluskan
[ "KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 14 hari bermula 13 Feb lalu yang menyaksikan 13 rang undang-undang (RUU) diluluskan.", "Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, dalam ucapan penangguhannya mencadangkan supaya kerajaan mengorak langkah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa undang-undang membabitkan Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan. ", "\"Usaha haruslah dilangkahkan supaya sekurang-kurangnya ketiga-tiga undang-undang ini mendapat versi yang sahih dalam bahasa kebangsaan supaya apa yang dianggap sebagai testimoni atau pun tanda bukti besar kepada perjuangan nasional dapat kita daftarkan menerusi usaha itu,\" katanya.", "Rais turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Kabinet yang telah memenuhi janji mereka untuk hadir menjawab pertanyaan Senator di Dewan Negara sepanjang persidangan berlangsung.", "Persidangan yang bermula 13 Feb lepas dimulakan dengan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.", "Memetik Titah Diraja, Seri Paduka menitahkan wakil rakyat menjaga nama baik dan kehormatan Parlimen, berkhidmat setulus hati dan ketepikan agenda politik sempit selain menjadikan kestabilan landskap politik menerusi ikatan perpaduan dijadikan manifestasi dalam membentuk bangsa Malaysia dan era Malaysia baharu yang gemilang.", "Sementara itu, antara tumpuan dalam persidangan kali ini adalah kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan ke Dewan Negara bagi bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) pada 29 Mac yang turut mengumumkan beberapa inisiatif tambahan antaranya melibatkan pemberian bantuan Aidilfitri dan pengecualian cukai.", "Selain Belanjawan 2023, sebanyak 12 rang undang-undang turut diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023,  Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023.", "Turut diluluskan adalah Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.", "Selain itu, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023, Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan), turut diluluskan.", "Dalam pada itu, Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi antara topik perbahasan yang berlangsung dalam suasana sedikit emosi apabila para Senator dalam dewan bertindak berdiri selama satu minit dengan sebelah kaki sebagai tanda sokongan dan bersolidariti kepada Senator Isaiah Jacob.", "Turut hangat dibahaskan adalah berkaitan pengeluaran lanjutan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan usul bagi membahaskan perkara berkenaan dikemukakan Senator Datuk Razali Idris, mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara, semalam.", "Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, Dewan Negara akan bersidang semula selama enam hari bermula 19 hingga 27 Jun ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/polis-sahkan-bayi-cedera-akibat-jatuh-di-lantai-bukan-didera
[ "PASIR GUDANG: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan membabitkan bayi lelaki 10 bulan di kediaman pengasuhnya di Taman Kota Masai di sini seperti yang tular di laman sosial pada Februari lepas.", "Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt. Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai.", "“Kita menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan yang juga warga tempatan berusia 27 tahun memaklumkan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun pada 9 pagi 23 Feb lepas di Taman Kota Masai.", "\"Pada 5 petang hari sama, isteri lelaki berkenaan menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka jatuh tersembam di atas lantai dan apabila isteri pengadu mengambil anaknya dari rumah pengasuh dia kesan kecederaan benjol pada bahagian dahi dan kemerahan pada kedua belah pipi,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Mohd Suhaimie berkata mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaan yang mendapati dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri dan atas kepala akibat terjatuh di atas lantai.", "“Tiada kesan dipukul di anggota badan bayi berkenaan serta emosinya juga didapati interaktif, ceria dan stabil dan siasatan juga mendapati bayi berkenaan juga dihantar ke rumah pengasuh sebaliknya bukan pusat jagaan seperti dalam maklumat yang tular.", "\"Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan keputusan kes tiada tindakan selanjutnya kerana tidak wujud elemen kesalahan pengabaian, penganiayaan, pembuangan atau pendedahan terhadap mangsa yang jatuh tersembam,\" katanya.", "Pada 23 Feb lepas, seorang wanita memuat naik imej bayi lelakinya yang serta khuatir cahaya matanya itu menjadi mangsa penderaan. Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai pihak. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/dewan-negara-lulus-rang-undang-undang-pemansuhan-hukuman-mati-mandatori
[ "KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang diluluskan Dewan Negara hari ini tidak akan memberi kesan kepada peningkatan kes-kes jenayah berat.", "Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata kadar jenayah tidak hanya bergantung kepada hukuman berat semata-mata, malah tiada kajian menunjukkan hukuman mati sebagai langkah pencegahan jenayah yang terbaik.", "“Malah sebelum ini satu jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara sudah pun membuat kajian mengenai perkara ini dan mendapati kesan pencegahan tidak seperti yang dikatakan. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi kadar berlakunya jenayah seperti aspek ekonomi, sosial dan psikologi.", "Kadar jenayah juga adalah bergantung pada keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, kefahaman orang ramai mengenai kesan jenayah dan juga peluang untuk melakukan sesuatu jenayah itu,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di Dewan Negara di sini hari ini.", "Ramkarpal berkata Rang Undang-undang itu adalah suatu akta omnibus kerana merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah.", "Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 denga lebih suara bersetuju selepas ia dibahaskan 12 Senator.", "Rang undang-undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/ruu-pengangkutan-awam-darat-pindaan-2023-bagi-kawal-selia-perkhidmatan-p-hailing
[ "KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Negara hari ini antara lain bagi membolehkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengawal selia syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing.", "Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata rang undang-undang itu bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bagi mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan termasuk penggunaan motosikal dalam perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing.", "“Isu-isu dibangkitkan diambil maklum dan merupakan perkara yang menjadi asas kenapa kerajaan mengambil keputusan untuk mengawal selia industri ini. Perkara-perkara terbabit kelak akan dikawal selia oleh pihak APAD,” katanya.", "Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Abun Sui Anyit yang ingin mengetahui apakah tindakan Kementerian Pengangkutan bagi menangani isu manipulasi sistem operator yang dilihat sebagai menindas pendapatan yang dijana penunggang p-hailing dalam ucapan penggulungan kementerian itu di persidangan Dewan Negara di sini hari ini. ", "Sementara itu, persidangan Dewan Negara hari ini turut meluluskan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023 yang bertujuan meminda Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987. ", "Hasbi ketika menggulung rang undang-undang itu berkata kementerian bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka satu draf kurikulum atau silibus pembelajaran bagi penunggang p-hailing mendapatkan lesen vokasional. ", "“...dan keperluan untuk lebih berhati-hati di jalan raya, memahami dan meramal bahaya di jalan raya sebagai seorang penghantar (dan) mengingati konsep asas penunggangan selamat atau ikhtisar-ikhtisar modul asas Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ),” katanya. ", "Menurut Hasbi kursus tersebut boleh ditawarkan oleh institut memandu dan syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing namun akan dipantau dan dikawal selia sepenuhnya oleh pihak JPJ dan kadar fi bagi mendapatkan lesen berkenaan hanya akan diputuskan selepas punca kuasa perundangan itu ditetapkan. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/kos-sara-hidup-terus-jadi-tumpuan-kerajaan-rafizi
[ "KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus melaksanakan inisiatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat terutamanya dalam menangani isu kos sara hidup, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.", "Beliau berkata sejak awal tahun ini, kerajaan telah melaksanakan Menu Rahmah yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Perpaduan di bawah program Payung Rahmah yang disasarkan untuk membantu golongan miskin.", "Katanya kerajaan juga telah melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan​. ", "“Apabila lebih banyak juadah makanan dijual pada harga lebih rendah sama ada melalui Menu Rahmah atau IPR, itu akan mewujudkan persaingan yang akan meredakan kenaikan harga barang makanan siap yang seterusnya membantu kerajaan mengekang inflasi,” katanya baru-baru ini. ", "Terbaru, bersempena dengan bulan Ramadan, kerajaan juga memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di bawah inisiatif Payung Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di 38 lokasi di seluruh negara. ", "Pelaksanaan BRR merupakan hasil kerjasama peniaga melalui libat urus bersama KPDN dalam menawarkan harga Menu Rahmah sebagai usaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.", "Inisiatif lain bagi mengurangkan beban rakyat juga termasuklah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Tahun Baru Cina 2023 pada Januari lepas, melibatkan lapan jenis barangan, antaranya ikan bawal putih, udang putih, bawang putih dan daging babi.", "Kerajaan juga menjalankan Program Penyeragaman Harga (PPH) dengan peruntukan sebanyak RM200 juta pada tahun ini, bertujuan memastikan penduduk luar bandar terutamanya pedalaman dan pulau, menikmati tujuh harga barangan keperluan pada kadar sama seperti di bandar.", "Ini termasuklah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandum, minyak masak tulen, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON 95 dan diesel. ", "Sehingga kini, PPH memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta penduduk meliputi 798 kawasan luar bandar membabitkan enam negeri merangkumi Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. ", "Dalam pada itu, melalui Kementerian Komunikasi dan Digital, beliau berkata menterinya, Fahmi Fadzil telah memperkenalkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih atau dikenali sebagai Pakej Perpaduan yang bernilai RM30.", "Fokusnya, bagi meningkatkan capaian Internet untuk golongan belia, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40), orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis. ", "Bagi bantuan sosial pula, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion telah disalurkan secara berperingkat sejak 17 Jan 2023. ", "“Berdasarkan situasi semasa, kadar inflasi dijangka kekal terkawal, iaitu antara 2.8 peratus dan 3.8 peratus pada 2023 berikutan prospek yang lebih stabil.", "“Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh, berdaya tahan dan mampan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. ", "Berdasarkan usaha kerajaan ini, kadar inflasi di negara ini juga mula dilihat kesannya apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Februari 2023 kekal menyederhana pada 3.7 peratus sepertimana Januari 2023, berbanding 4.7 peratus yang merupakan kadar tertinggi inflasi pada Ogos 2022. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/15-pelajar-sekolah-cedera-selepas-van-dinaiki-dirempuh-treler-balak
[ "GUA MUSANG: Seramai 15 pelajar sekolah mengalami kecederaan apabila van sekolah yang dinaiki mereka terbalik akibat dirempuh dan diseret sejauh 19 meter oleh sebuah treler balak dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di simpang tiga berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, petang semalam.", "Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata akibat daripada kemalangan itu tiga murid perempuan berusia tujuh hingga 10 tahun mengalami cedera parah manakala selebihnya cedera ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang.", "\"Kanak-kanak berusia tujuh tahun mengalami patah tulang selangka sebelah kanan, manakala kanak-kanak berumur lapan tahun mengalami kecederaan darah beku di dahi dan kanak-kanak berumur 10 tahun pula terkehel tulang paha kanan.", "\"Kemalangan terbabit dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Kia Spectra dengan cuai keluar simpang untuk membelok ke kanan sebelum dilanggar oleh sebuah treler muatan balak datang dari arah kanan,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Beliau berkata akibat daripada pelanggaran tersebut pemandu treler balak tidak dapat mengawal kenderaannya dan masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan Perodua Myvi sebelum merempuh van Nissan Urban yang membawa pelajar sekolah terbabit sehingga terbalik. ", "Susulan itu, van tersebut yang dinaiki pelajar berusia tujuh hingga 17 tahun, turut merempuh sebuah kereta Honda Civic yang berada di belakangnya. ", "“Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya,\" katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/kkd-bincang-gabung-nacsa-dan-csm-untuk-kukuhkan-keselamatan-siber
[ "KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berbincang untuk menggabungkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini. ", "Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata penggabungan dua agensi itu juga dilihat dapat membantu menggerakkan usaha penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia seperti yang dihasratkan KKD sebelum ini.", "“Kami sedang berbincang dengan agak mendalam dan di peringkat selanjutnya mengenai penggabungan NACSA dengan CSM tetapi kita belum sampai ke peringkat di mana penubuhan itu boleh berlaku lagi. ", "Ini kerana kita perlu bawa rang undang-undang ke Parlimen tetapi (penggabungan) ini antara beberapa perkara yang kita lihat perlu kita lakukan untuk memastikan data rakyat selamat dan tidak boleh dicuri serta disalah guna untuk aktiviti scammer,” katanya selepas Majlis Apresiasi Pengamal Media bersama beliau semalam.", "Beliau turut mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pengeluaran wang bagi perbelanjaan Aidilfitri supaya berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan.", "“Sekiranya ada mana-mana individu menjadi mangsa scam, tolong hubungi  Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 kerana kalau telefon ini dalam masa beberapa jam setelah scam berlaku hilang duit ada transaksi, Insya-Allah Bank Negara dapat bekerjasama dengan bank-bank untuk halang duit disalur keluar,” katanya. ", "Dalam pada itu menjelang Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang akan disambut pada 28 Mei ini di Ipoh, Perak, Fahmi berkata beliau mahu wakil media meneruskan perbincangan dalam kalangan mereka tentang masa depan industri itu di negara ini. ", "Beliau juga telah meminta timbalannya Teo Nie Ching untuk meneliti beberapa dasar bagi memastikan hak dan kebebasan media terjamin dan kebajikan warga media lebih terbela.", "“Tekanan yang dimaksudkan bersifat ekonomi dan juga bakat serta tenaga kerja jadi mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita teliti sekiranya perlu kita  gubal apa-apa undang-undang baharu seperti kita bincangkan sebelum ini iaitu Majlis Media Malaysia dapat disegerakan dan diselaraskan,” katanya. ", "Ini supaya ia bukan sahaja menepati cita rasa masing-masing tetapi menyesuaikan manfaat dengan keadaan dan keperluan untuk memastikan supaya media dapat berfungsi sebagai tiang seri demokrasi untuk pastikan wujud semak imbang,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/11/polis-sahkan-pihak-berkuasa-australia-rampas-336kg-heroin-dari-msia-ke-brisbane
[ "KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Pihak Berkuasa Australia telah berjaya merampas 336 kilogram (kg) dadah jenis heroin yang dibawa masuk dalam sebuah kontena dari Malaysia ke Brisbane, Australia pada 13 Mac lepas.", "“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sedang menjalankan siasatan dengan berpandukan maklumat yang diterima dari pihak Polis Persekutuan Australia (AFP) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.", "AFP dalam kenyataan minggu lepas memaklumkan Pasukan Sempadan Australia (ABF) berjaya mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen yang masing-masing seberat 500kg.", "Menurut kenyataan itu, semakan mendapati penghantaran berkenaan diisytiharkan sebagai aksesori panel solar dalam kontena yang tiba 13 Mac lepas di Pelabuhan Brisbane dari Malaysia.", "Kenyataan itu memaklumkan pegawai ABF yang memeriksa kontena berjaya mengesan ratusan bungkusan tersembunyi di dalam blok konkrit simen berkenaan dan keputusan ujian ke atas bahan dalam bungkusan positif dadah jenis heroin. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/pengendali-pelancongan-bantu-hidupkan-semula-sektor-pelancongan-negara
[ "BINTULU: Pengendali pelancongan memainkan peranan penting dan proaktif dalam mempromosikan sektor pelancongan di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.", "Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, bagi tujuan itu kementeriannya bersama agensi-agensi berkaitan membincangkan lebih lanjut dengan pengendali pelancongan tempatan mengenai perkara itu.", "\"Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengukuhkan perjanjian kerjasama kebudayaan dengan China bagi mengaktifkan semula industri pelancongan di kedua-dua negara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sebelum ini,\" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.", "Beliau memetik sebagai contoh, wilayah Chongqing merupakan bandar keempat terbesar China, wajar diberi perhatian khusus bagi menambahkan aliran lawatan pelancongan dari kedua-dua negara.", "\"Dalam jangka masa panjang, bukan sahaja membantu mempromosikan sektor pelancongan di kedua-dua negara namun menggalakkan perkongsian seni dan budaya antara kedua-dua negara,\" jelasnya.", "Menurutnya, kelancaran proses kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara khususnya prosedur visa terus dibuat penambahbaikan bagi melancarkan perjalanan pelancong tiba di pintu masuk utama negara.", "Katanya, MOTAC meneruskan usaha drastik bagi memulihkan sektor pelancongan di negara ini dijalankan secara berperingkat-peringkat sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/fsa2-kwsp-bukan-cagaran-kepada-pihak-bank
[ "KUALA LUMPUR: Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan berbentuk cagaran oleh peminjam terhadap pihak bank, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar).", "\"Cagaran maksudnya (pihak bank) mempunyai hak untuk menguatkuasakan cagaran apabila berlaku kegagalan daripada pihak peminjam, maksudnya jika pinjam RM5,000, tak bayar, serta-merta ambil RM5,000.", "\"Ahli mempunyai hak untuk membuat pengeluaran apabila mencapai umur 50 atau 55 tahun kerana ahli masih dilindungi di bawah Seksyen 51 Akta KWSP 1991,\" katanya ketika menggulung usul pengeluaran lanjutan KWSP di Dewan Negara, hari ini.", "Terdahulu, usul bagi membahaskan pengeluaran lanjut KWSP dikemukakan Senator Datuk Razali Idris, mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.", "Dalam pada itu, Ahmad turut menjelaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP buat kali yang kelima kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.", "“Kalau kita hendak popular bagi sahaja (luluskan) semua pengeluaran, keluarkan sahaja RM5,500 atau RM3,300 sampai kosong tetapi kerajaan ini kerajaan bertanggungjawab sebab itulah kita tidak benarkan,” katanya." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/penginapan-tak-patuh-akta-446-jtksm-selamatkan-226-warga-asing
[ "NILAI: Jabatan Tenaga Kerja dan Sumber Manusia (JTKSM) menyerbu sebuah penginapan haram yang tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta menyelamatkan 226 warga asing, di Bandar Baru Nilai di sini hari ini.", "Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata kesemua warga Bangladesh dan Nepal yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an itu, dibawa masuk ke negeri ini menerusi kuota pekerja asing yang diluluskan kepada tiga syarikat pencucian dan pembersihan, serta sebuah syarikat pembuatan.", "Beliau berkata mereka ditempatkan sementara di tempat penginapan transit itu kira-kira 40 hari lepas, dengan ada dalam kalangan warga asing tersebut belum mendapat kerja seperti yang dijanjikan.", "“Tadi kita telah masuk ke rumah transit pekerja asing ini, amat mendukacitakan apabila kita melihat keadaan mereka. Mereka tidak tahu apa yang berlaku, risau malah ada yang menangis. Saya lihat mereka muram dan jelas menunjukkan emosi mereka terganggu.", "“Kita lihat tadi ada tiga tingkat dan setiap tingkat berkeluasan kira-kira 1,800 kaki persegi yang diletakkan lebih 60 individu. Ini menyalahi undang-undang dan bahaya, kalau ada insiden seperti kebakaran dan sebagainya apa akan berlaku kepada mereka, ” katanya kepada pemberita selepas tinjauan mengejut di penginapan haram itu di sini.", "Susulan itu, beliau berkata empat kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) terhadap empat majikan yang terbabit dalam kes tersebut.", "Menurut Sivakumar kesemua warga asing itu akan dipindahkan segera hari ini ke tempat penginapan yang lebih sesuai iaitu kira-kira 30 kilometer dari lokasi penginapan haram tersebut, bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.", "“Selain itu, kita juga akan menukar kepada majikan lain yang sesuai dan benar-benar memerlukan pekerja,” katanya dan menambah serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada Kedutaan Bangladesh berhubung perkara itu.", "Dalam pada itu, tinjauan media di dalam bilik penginapan tersebut mendapati ia dilengkapi katil dua tingkat dengan tilam yang usang serta hanya mempunyai dua ke tiga kipas industri, selain tidak mempunyai sistem pengudaraan dan cahaya yang baik.", "Sementara itu, Sivakumar memberi amaran tidak akan berkompromi dengan perkara sedemikian dan mengingatkan majikan supaya menyediakan penginapan bersesuaian serta mesti ada kekosongan pekerjaan kepada buruh yang dibawa masuk ke dalam negara.- BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/lelaki-cedera-perah-di-kedua-dua-tangan-akibat-mercun-diubah-suai
[ "KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki cedera parah dikedua-dua belah tangannya, dipercayai akibat terkena mercun yang telah diubah suai di Kuala Nerus, awal pagi tadi.", "Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail ketika dihubungi berkata kejadian tersebut disedari abang mangsa berusia 29 tahun selepas terdengar bunyi letupan kuat berdekatan rumahnya yang disangkakan terdapat pergaduhan dan terus menghubungi pihak polis.", "“Bagaimanapun sebaik bergegas keluar dari rumah, abang mangsa mendapati adiknya mengalami kecederaan pada kedua-dua tangan. Abang mangsa tidak mengesyaki ia perbuatan jahat daripada mana-mana pihak kerana kejadian ini akibat perbuatan bermain mercun,” katanya.", "Katanya, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.", "Wan Mohd Zaki berkata ia adalah kejadian kedua berlaku di Terengganu sejak Ramadan ini, selepas kejadian empat kanak-kanak mengalami kecederaan akibat letupan mercun yang diubah suai pada 4 April lepas. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/salah-guna-kuasa-sprm-tahan-dua-wanita-termasuk-seorang-penjawat-awam
[ "KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan dua wanita termasuk seorang ketua pembantu tadbir di sebuah jabatan di negeri ini kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya dengan menyokong syarikat milik adik iparnya bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan di jabatan tersebut.", "Menurut sumber SPRM, kes salah guna kuasa itu dipercayai telah berlaku sejak 2019 dan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan yang keseluruhannya mencecah kira-kira RM30,000.", "Sumber berkata suspek pertama yang juga ketua pembantu tadbir berusia lingkungan 40-an ditahan pada 1.45 tengah hari manakala pemilik syarikat berusia lewat 30-an ditahan pada 2.10 petang di pejabat SPRM Terengganu ketika hadir memberi keterangan. ", "Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/penjawat-awam-terima-gaji-bantuan-kewangan-selewatnya-14-april
[ "IPOH: Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya 14 April ini, diawalkan tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini. ", "Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang diumumkan sebelum ini. ", "\"Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewatnya 14 April kita selesaikan,\" katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya di sini hari ini. ", "Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.", "Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.", "Katanya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan memanfaatkan hampir satu juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.", "Sementara itu, Anwar kemudian melakukan Lawatan Rahmah ke Bazar Ramadan Taman Jati di sini dan menghabiskan masa selama 30 minit di bazar itu. ", "Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching. ", "Dalam kunjungan itu Anwar beramah-mesra dengan pengunjung serta peniaga dan sempat bergambar dengan mereka, selain membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/kpdn-selangor-rampas-10000-beg-tangan-tiruan-berjenama-bernilai-rm1-juta
[ "SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hari ini merampas kira-kira 10,000 unit beg tangan tiruan berjenama eksklusif dan terkenal dianggarkan bernilai RM1 juta, susulan serbuan di dua premis dalam sebuah pasar raya di Klang, di sini hari ini.", "Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata dalam serbuan yang dijalankan sekitar 1 tengah hari itu, turut ditahan empat warga tempatan termasuk tiga wanita berusia lingkungan 18 hingga 38 tahun.", "Beliau berkata pihaknya menggerakkan sembilan anggota ke dua premis tersebut membabitkan sebuah stor simpanan dan premis jualan, yang disyaki ia telah beroperasi sejak tiga tahun lepas.", "“Tindakan operasi hari ini merupakan hasil risikan yang dijalankan selama dua minggu oleh Pasukan Risikan KPDN Selangor dengan kerjasama wakil cap dagangan berdaftar, berhubung aktiviti mencurigakan melibatkan cap dagangan yang diwakili.", "“Berdasarkan rekod tindakan kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019, serbuan pada hari ini melibatkan nilai rampasan terbesar pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan.   ", "Mohd Zuhairi berkata pihaknya menyita kesemua barangan berkenaan, seterusnya disimpan dan dikawal di bawah pengurusan ekshibit KPDN Selangor sepanjang siasatan berjalan.", "“Kes ini akan disiasat di bawah kesalahan Seksyen 102(1)(c), Akta Cap Dagangan 2019 iaitu melibatkan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100, Akta Cap Dagangan 2019.", "“Hukuman bagi kesalahan di bawah Seksyen 102(1)(c) ini, bagi individu denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap satu barang atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi pertubuhan atau syarikat denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap satu barang, jika sabit kesalahan,” katanya.", "Dalam pada itu, beliau turut meminta agar pemilik bangunan untuk bertanggungjawab dan berusaha memastikan premis atau lot yang disewakan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar peruntukan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 atau mana-mana perundangan yang dikuat kuasa di bawah KPDN. - BERNAMA" ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/kadar-pengangguran-feb-2023-turun-kepada-35-peratus
[ "KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran Malaysia pada Februari tahun ini menurun kepada 3.5 peratus dengan 591,900 orang penganggur, menurun 0.1 peratus berbanding 3.6 peratus dengan  596,100 penganggur pada Januari, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).", "Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan tenaga buruh pada Februari menunjukkan peningkatan dengan kedudukan pasaran buruh negara terus stabil sejajar perkembangan aktiviti ekonomi semasa.", "“Justeru, bilangan tenaga buruh pada Februari 2023 berada pada trend menaik, dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus kepda 16.78 juta orang (Januari 2023: 16.76 juta orang), merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh pada 69.9 peratus (Januari 2023: 69.8 peratus).", "“Situasi yang menggalakkan ini adalah berikutan pertambahan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala bilangan penganggur menunjukkan trend penurunan,” katanya dalam kenyataan berkaitan Statistik Tenaga Buruh Malaysia, Februari 2023, hari ini.", "Mengulas lanjut mengenai kedudukan guna tenaga, beliau berkata kategori pekerja meliputi 75.7 peratus, yang merangkumi komposisi terbesar penduduk bekerja pada Februari dengan peningkatan 0.1 peratus kepada 12.25 juta orang berbanding 12.24 juta orang pada Januari.", "“Penduduk bekerja sendiri turut mencatatkan kenaikan 0.5 peratus merekodkan 2.89 juta orang pada Februari 2023 (Januari 2023: 2.88 juta orang),” katanya.", "Mohd Uzir berkata mengikut sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus meningkat terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman, perdagangan borong dan runcit serta pentadbiran dan khidmat sokongan.", "Beliau berkata pada masa yang sama, bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan trend yang sama. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/bayaran-bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-2023-diawalkan-kepada-14-april
[ "PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan dari 17 April kepada 14 April ini.", "Menerusi surat edaran bertarikh hari ini, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed memaklumkan perubahan tarikh itu mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dalam membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.", "“Sukacita dimaklumkan bahawa, mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara Kerajaan Persekutuan dalam membuat persediaan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi, kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023,\" menurut surat edaran itu.", "Surat itu juga memaklumkan arahan berkenaan pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan, tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing.", "Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.", "Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan kontrak akan menerima RM700 manakala BKKA sebanyak RM350 pula akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/apmm-terengganu-rampas-rokok-putih-bernilai-rm12-juta
[ "KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dua juta batang rokok putih bernilai RM1.2 juta di muara Sungai Setiu di Setiu, semalam.", "Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Khairulanuar Abdul Majid berkata aktiviti penyeludupan itu dikesan kira-kira 5.30 pagi berdasarkan maklumat risikan selama beberapa hari.", "Beliau berkata sebuah bot APMM telah dikerah bagi melaksanakan Operasi Khas Seludup Rokok Putih (Op Serop) di lokasi yang dikenal pasti iaitu di perairan Besut dan maklumat itu kemudiannya disalurkan ke pasukan APMM di darat untuk penahanan.", "“Menyedari kehadiran bot APMM, suspek yang berada di dalam bot berkenaan melarikan diri dengan memasuki kawasan cetek untuk meloloskan diri,\" katanya pada sidang media di Jeti APMM Terengganu di sini hari ini.             ", "Mohd Khairulanuar berkata suspek berjaya melarikan diri dengan terjun ke dalam air dan gagal dikesan memandangkan keadaan persekitaran yang sangat gelap.", "Beliau berkata bagaimanapun pasukan APMM darat berjaya mengesan sebuah lori lima tan dalam keadaan mencurigakan di kawasan sekitar muara Sungai Setiu.", "\"Pemeriksaan menemukan 200 kotak besar rokok putih seludup yang dibalut dengan plastik hitam dalam lori berkenaan. Kita masih menyiasat sumber rokok terbabit yang dipercayai untuk edaran dalam Terengganu,\" katanya.", "Khairulanuar berkata APMM Terengganu akan meningkatkan kawalan di sekitar perairan negara untuk membendung aktiviti pencerobohan dan penyeludupan yang semakin berleluasa. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/jkdm-rampas-900040-rokok-seludup-di-pasir-puteh-machang
[ "TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 900,040 batang rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM606,899 dalam tiga serbuan berasingan di Pasir Puteh dan Machang pada Selasa lepas.", "Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan pertama yang dilakukan di Kampung Gong Stopa, Pasir Puteh berjaya merampas 20,520 batang rokok serta menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun.", "“Sejumlah 28,800 rokok seludup pelbagai jenama pula berjaya dirampas dalam serbuan kedua di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Dato' di jajahan sama,” katanya pada sidang media di JKDM Pengkalan Kubor di sini hari ini.", "Wan Jamal Abdul Salam berkata sebanyak 850,620 batang rokok seludup pelbagai jenama turut dirampas menerusi serbuan ketiga di sebuah rumah tidak bernombor di Taman Sri Machang.", "Menurutnya hasil siasatan mendapati mondus operandi adalah suspek membawa masuk rokok berkenaan dalam jumlah yang kecil menggunakan kenderaan penumpang sebelum disembunyikan di tempat penyimpanan.", "“Rokok seludup itu kemudiannya diedarkan dalam jumlah yang sedikit untuk pasaran tempatan menggunakan kenderaan sama bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.", "Beliau berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pembekal rokok seludup terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) serta Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.", "“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,00 yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/dewan-negara-lulus-tiga-ruu-di-bawah-kementerian-kewangan
[ "KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan tiga Rang Undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan (MOF) berkaitan perbelanjaan tambahan kerajaan, penambahbaikan pentadbiran cukai, serta levi keuntungan luar biasa.", "RUU terlibat ialah RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023; RUU Kewangan 2023; serta RUU Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023 yang diluluskan dengan suara majoriti.", "Ketika membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2022 berjumlah RM60.17 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan adalah untuk membiayai perbelanjaan bekalan.", "“Peruntukan tambahan perbelanjaan mengurus pertama 2022 dibentangkan bagi memperoleh kelulusan terhadap perbelanjaan yang tidak diperuntukkan atau yang tidak diperuntukkan dengan sepenuhnya dalam Belanjawan 2022 yang lepas,\" katanya.", "Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata RUU Kewangan 2023 adalah untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Kewangan 2018.", "Beliau berkata kerajaan akan meneruskan kutipan levi keuntungan luar biasa bagi menjana hasil tambahan yang boleh digunakan untuk membiayai program pembangunan negara.", "“Bagi tujuan tersebut, Perintah Levi Keuntungan Luar Biasa (Buah Kelapa Sawit) 2023 telah diwartakan pada 31 Januari 2023 bagi mengenakan dan mengutip levi ke atas pengeluaran buah kelapa sawit berkuat kuasa mulai 1 Februari 2023." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/permohonan-pengampunan-diraja-najib-tidak-pernah-dibincang-di-kabinet
[ "PUTRAJAYA: Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia bukan urusan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.", "\"Proses itu adil kepada semua pihak. Siapa-siapa sahaja boleh mohon pengampunan tapi sama ada itu dibenarkan atau tidak terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong.", "Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/ujian-teori-lesen-vokasional-psv-gdl-dimansuhkan
[ "PUTRAJAYA: Ujian teori bagi pengambilan Lesen Vokasional untuk kategori Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) dimansuhkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.", "Dalam sidang media berhubung penambahbaikan prosedur Lesen Vokasional, di sini hari ini, Loke berkata calon bagi pengambilan Lesen Vokasional PSV dan GDL hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sebelum Lesen PSV dikeluarkan.", "\"Namun calon-calon bagi kategori Lesen PSV untuk bas dan GDL untuk lori bersendi masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali atau praktikal sebelum mendapat Lesen Vokasional,\" katanya di pejabatnya hari ini.", "Loke berkata kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional juga akan dibenarkan secara dalam talian sama ada menerusi platform disediakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Memandu (IM) atau syarikat perniagaan pengantaraan yang berkelayakan yang telah dikawal selia oleh JPJ.", "Beliau berkata pihak IM atau syarikat perniagaan pengantaraan perlu menggunakan modul atau silibus pengajaran kelas teori Lesen Vokasional dalam talian yang ditetapkan oleh JPJ sepenuhnya.", "\"Pihak JPJ akan menetapkan syarat-syarat dan peraturan berkaitan kelayakan penyediaan platform dalam talian dan mengawal selia kelas teori bagi memastikan kesahihan dan integriti calon,\" katanya.", "Beliau berkata data dan maklumat kehadiran calon akan diintegrasi dengan sistem MySIKAP bagi membolehkan Lesen Vokasional dikeluarkan secara terus kepada calon tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal ke kaunter JPJ.", "Loke berkata silibus kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional terutamanya melibatkan perkhidmatan e-hailing dan teksi akan disemak semula dan ditambah baik oleh JPJ dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).", "Loke berkata langkah penambahbaikan itu diambil ekoran keluhan syarikat pengendali e-hailing (EHO) dan pemandu kerana terpaksa meluang masa terlalu lama untuk kelas teori yang kini dibenarkan secara dalam talian dan dikecualikan ujian teori.", "Ditanya tanpa ujian teori akan menjejaskan aspek keselamatan, Loke berkata pemandu e-hailing dan teksi mempunyai lesen memandu dan proses penambahbaikan itu dibuat bersama JPJ, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan pemegang taruh bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan aspek keselamatan.", "Loke juga mengumumkan had usia maksimum penggunaan kenderaan dalam kelas teksi dan e-hailing dilanjutkan kepada 15 tahun daripada 10 tahun berkuat kuasa 1 Jan 2023.", "\"Dengan itu, kerajaan membenarkan kenderaan yang telah mencapai had usia 10 tahun terdahulu namun masih belum mencapai usia 15 tahun untuk kembali beroperasi,\" katanya.", "Loke berkata walaupun had usia kenderaan ditingkatkan namun pemandu mesti memastikan aspek kebersihan dan keselamatan dipatuhi dengan membuat pemeriksaan berkala setiap tahun." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/sisa-makanan-ketika-ramadan-meningkat-setiap-tahun
[ "ISKANDAR PUTERI: Sisa pepejal khususnya melibatkan sisa makanan yang dikutip Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) ketika Ramadan dilihat semakin meningkat setiap tahun. ", "Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata ia dibuktikan menerusi jumlah kutipan sisa pepejal ketika Ramadan tahun lepas yang mencatatkan sebanyak 252,521 tan berbanding 208,143 tan pada 2019.", "\"Peningkatan berlaku setiap tahun dan dalam tempoh lima tahun ini kita dapat lihat ia meningkat sehingga 21 peratus, daripada pandangan kementerian langkah pertama adalah untuk kurangkan penghasilan sisa makanan. ", "\"Berdasarkan kepada penelitian data tadi, sebanyak 44.5 peratus daripada sisa pepejal yang dikutip itu adalah sisa makanan dan jumlah itu agak besar nilainya,\" katanya pada sidang media selepas merasmikan Operasi SWM Environment Negeri Johor Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023, di sini malam tadi.", "Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Ismail Mokhtar dan Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin. ", "Justeru Akmal Nasrullah berkata orang awam khususnya diharap dapat bekerjasama bagi mengelakkan lambakan sisa makanan berlaku antaranya dengan memanfaatkan operasi kutipan.", "Sementara itu, Mohd Norlisam berkata seramai 4,475 kakitangan SWM Environment akan bertugas dengan 588 jentera antaranya lori kompaktor, lori open tipper dan lori Roll-On Roll-Off (RORO) akan digunakan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan operasi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.", "\"Operasi tersebut akan tertumpu kepada perkhidmatan kutipan sisa pepejal terutamanya di 150 kawasan seperti kawasan perumahan berkepadatan umat Islam yang ramai, pusat bandar dan jalan-jalan utama.", "\"Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan agar tidak meletakkan sebarang halangan di sepanjang laluan lori kompaktor termasuk kawasan yang berhampiran lokasi penempatan tong sampah bagi memastikan kelancaran operasi kutipan sisa domestik,\" katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/al-sultan-abdullah-imbau-kenangan-masa-kecil-di-istana-mangga-tunggal
[ "PEKAN: \"Inilah tempat saya dilahirkan,\" demikian titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebaik melangkah memasuki Istana Mangga Tunggal, di sini iaitu tempat baginda diputerakan hampir 64 tahun yang lepas. ", "Seri Paduka yang ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah meluangkan masa lebih setengah jam melawat istana yang dibina oleh seorang tukang Melayu yang mahir dan sering membina istana raja pada zaman dahulu, Awang Mat Ali. ", "Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang ketika bertitah menzahirkan harapan agar istana berkenaan dapat dijadikan galeri dan dibuka kepada orang awam untuk melihat sendiri tempat Seri Paduka dibesarkan bersama kekanda dan adinda baginda. ", "\"Saya harap kita buka untuk orang ramai buat galeri, kalau tak ada orang jaga dan tengokkan sayang juga... Alhamdulillah dah nampak elok sikit,\" titah baginda ketika melawat istana berkenaan selepas mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf dan miskin yang mendiami Tanah Kesultanan Pekan, di sini semalam. ", "Istana yang namanya diambil sempena peristiwa sepohon pokok mangga yang berbuah hanya sebiji pada setiap kali musim buah di kawasan istana tersebut, turut memaparkan pelbagai koleksi potret Seri Paduka bersama keluarga selain masih menempatkan beberapa perabot asal dan barangan antik.  ", "Ketika kunjungan berkenaan, Seri Paduka membawa pengamal media melihat sendiri kamar baginda diputerakan pada tanggal 30 Julai 1959, selain menceritakan kenangan baginda bersama Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad ketika berada di ruang santap dan dapur. ", "Selain itu, Seri Paduka juga berkongsi kisah zaman kanak-kanak baginda yang sering bermain bola bersama rakan sekolah termasuk peristiwa yang Al-Sultan Abdullah terjatuh pokok sehingga mengalami patah tangan. ", "Malah, Seri Paduka juga secara santai menceritakan pengalaman ngeri dan 'gangguan' yang dialami oleh petugas dan kekanda baginda ketika menetap di istana itu dahulu.  ", "Istana Mangga Tunggal dibina pada 1934, pada awalnya didiami oleh Tengku Panglima Perang iaitu ayahanda kepada Almarhum Tengku Ampuan Afzan yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang yang pertama. ", "Istana yang kini berusia hampir 90 tahun itu juga merupakan tempat bersemayam Almarhum Sultan Ahmad Shah sebelum baginda bersemayam di Istana Abu Bakar. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/kanak-kanak-perempuan-rentung-dalam-kebakaran-rumah
[ "GEORGE TOWN: Seorang kanak-kanak perempuan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi.", "Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Mohd Shakir Abdullah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.19 malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira lima minit kemudian.", "\"Sebaik tiba kami mendapati dua buah rumah yang terletak bersebelahan dengan setiap rumah berkeluasan 464 meter persegi sedang terbakar dan api marak, pihak bomba menjalankan operasi pemadaman.", "\"Kami turut menerima maklumat awal memaklumkan terdapat seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah dan selepas kerja pemadaman selesai, pihak bomba menjalankan pemeriksaan dan menemukan mayat mangsa dalam keadaan rentung,\" katanya ketika dihubungi di sini hari ini. ", "Mohd Shakir berkata mayat kanak-kanak perempuan itu ditemukan dalam bilik tidur di rumah pertama yang terbakar lebih 80 peratus pada 12.33 tengah malam tadi manakala rumah kedua terbakar kira-kira 50 peratus.", "Katanya kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran pada 12.45 tengah malam dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 10 minit kemudian." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/tarikh-lihat-anak-bulan-syawal-20-april
[ "KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.", "Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.", "Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang. ", "Lokasi lain yang turut terpilih ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.", "Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.", "Di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah; Kampus Antarabangsa Labuan; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang dan Bukit Pelindong, Kuantan." ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/rm72-bilion-nilai-projek-kepada-kontraktor-jana-wibawa-di-kkdw-dibatalkan
[ "MACHANG: Sebanyak RM7.2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibatalkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.", "Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan untuk membatalkan tender tersebut dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan projek itu akan ditender semula.", "\"Kita tahu ada sedikit gangguan dari segi pelaksanaan dan yakinlah sekiranya tata etika dan peraturan diikuti ia akan dilakukan dengan segera, insya-Allah projek itu akan siap dalam tempoh yang ditentukan,\" katanya.", "Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kelantan 2023 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.", "Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata syarikat yang terbabit dalam projek Program Jana Wibawa yang dilaksanakan ketika pandemik COVID-19, berpeluang menyertai tender terbuka yang akan dikeluarkan kerajaan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/isu-pengampunan-najib-tiada-desakan-politik-ikut-prosedur-sedia-ada
[ "MACHANG: Hasrat UMNO mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada bekas Presiden parti itu Datuk Seri Najib Tun Razak adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.", "Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya telah mengikuti semua prosedur perundangan sedia ada sebelum membuat rayuan kepada Lembaga Pengampunan untuk memberi pertimbangan itu.", "\"Kami sebagai sebuah parti politik tentunya mengikut semua prosedur perundangan sedia ada dan apabila prosedur diikuti, ia terserah kepada Lembaga Pengampunan,” katanya selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kelantan 2023 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu di sini semalam.", "Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.", "Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata pihaknya sudah berikhtiar untuk memperoleh tarikh bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.", "Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tidak seharusnya berbangkit kerana sesiapa sahaja dibenar mengemukakan permohonan bagi memperoleh pengampunan dan semua pihak perlu mematuhi peraturan serta syarat yang ditetapkan. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/25-peratus-lagi-capai-sasaran-80-peratus-liputan-5g
[ "KUALA LUMPUR: Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung Mac lepas telah mencapai 55 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.", "Beliau berkata ia adalah perkembangan positif dan menunjukkan kerajaan berada pada landasan tepat dalam memastikan sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G sebelum akhir tahun ini, dapat dicapai.", "“Kita ada lebih kurang 25 peratus untuk kita mencapai 80 peratus capaian rangkaian 5G bagi kawasan yang berpenduduk menjelang hujung 2023. Yang penting kita ingin pastikan pelaksanaan ini tidak tergendala.", "“Dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, ada beberapa pertimbangan yang telah diberikan tentang apa yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses itu,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Cahaya Ramadan di Dataran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di sini semalam.", "Fahmi berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu ini bagi memuktamadkan dasar dan hala tuju pelaksanaan 5G di Malaysia.", "Terdahulu beliau mengagihkan 500 pek makanan dan wang tunai sumbangan Yayasan TM kepada penduduk PPR Kerinchi yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, golongan B40, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).", "Yayasan TM telah memperuntukkan sebanyak RM260,000 untuk pelaksanaan Program Sumbangan Cahaya Ramadan di seluruh negara bagi tahun ini dan setakat ini seramai 2,100 orang telah menerima sumbangan tersebut. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/kpwkm-serah-kepada-polis-siasat-dakwaan-bayi-perempuan-diabaikan-di-taska
[ "KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyerahkan kepada polis untuk menyelesaikan siasatan mereka berhubung dakwaan seorang wanita bahawa bayi perempuannya telah diabaikan di sebuah taska baru-baru ini.", "Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau dimaklumkan bahawa seorang suspek turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan akan menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak polis.", "“Ia (taska) berdaftar. Sebab itu agak mudah untuk kita mengambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Kasih Ramadan KPWKM di sini semalam.", "Beliau mengulas isu tular di media sosial yang mendakwa taska terbabit mengabaikan bayi perempuan berusia setahun sebulan itu tanpa sebarang pengawasan di dalam bilik isolasi dan telah menjadi mangsa gigitan kanak-kanak lain.", "Nancy berkata pihaknya mengambil tanggung jawab bagi memastikan pengusaha taska berdaftar mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Taska 1984 bagi memudahkan pengesanan sebarang kes yang berlaku di premis mereka.", "“Malah kami sudah mengadakan garis panduan untuk staf-staf dan kita menguatkan lagi syarat-syarat untuk dipatuhi oleh mereka... dari semasa ke semasa, kita akan melihat apa lagi yang kita perlukan untuk kita memperbaiki keadaan di taska-taska,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/10/pengumuman-tarikh-1-syawal-umat-islam-diingat-rujuk-sumber-rasmi
[ "SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan bagi pengumuman tarikh 1 Syawal dan sambutan Aidilfitri.", "Beliau berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu. ", "“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja… jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp... kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu…", "“ ...yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati malam tadi. ", "Terdahulu, Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kerana menganjurkan anugerah itu bagi mengiktiraf usahawan tempatan atas jasa yang disumbangkan kepada ekonomi negara. ", "“Insya-Allah, saya akan minta pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec untuk pastikan kita ada sinergi kerana kita ingin pastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri lain juga kepada kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi ekonomi digital,” katanya. - BERNAMA\n " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/agong-raja-permaisuri-santuni-asnaf-di-pekan
[ "PEKAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Golongan Asnaf dan Miskin yang menetap di Tanah Kesultanan Pekan di sini.", "Turut berangkat ke majlis yang diadakan di pekarangan Istana Mangga Tunggal di sini, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.", "Pada majlis itu, Seri Paduka berdua mengurniakan sumbangan peribadi dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada 116 individu yang turut menerima kuih raya serta bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa.", "“Kerusi roda sedia ada telah rosak dan sumbangan ini memang rezeki untuk beli yang baharu kerana saya ada masalah saraf tunjang selepas terlibat dengan kemalangan ketika menunggang motosikal empat tahun lepas,” katanya.", "Bekas petugas Kelab Polo Diraja Pahang di sini, Ismail Abdul Majid, 64, pula berkata sumbangan itu akan digunakan untuk membuat persiapan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. ", "“Alhamdulillah dalam bulan Ramadan terima kurniaan ini... malah berasa terharu apabila baginda turut bertanya khabar dan masih mengingati saya kerana sering bertemu di kelab polo dahulu,” kata bapa kepada empat anak itu. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/polis-tahan-lelaki-bertindak-samseng
[ "BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai bertindak seperti samseng jalanan dengan merosakkan nombor plat sebuah lori dalam kejadian Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh, di sini, semalam.", "Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San, berkata rakaman video kejadian membabitkan lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Saga berwarna merah itu turut tular sejak semalam sebelum pihak polis menjalankan siasatan menahan suspek berusia 30-an tersebut.", "\"Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian pergaduhan itu membabitkan pemandu kereta dan pemandu lori tersebut dipercayai berlaku di Jalan Permatang Janggus menghala ke Permatang Pauh semalam namun masa kejadian tidak dapat dipastikan.", "\"Dalam video tular berdurasi dua minit 50 saat itu, sebuah kereta dan lori masing-masing berhimpit-himpit di antara satu sama lain dan akhirnya kedua-dua pemandu rkenaan berhenti sebelum berlaku pergaduhan.", "“Pemandu kereta dilihat telah mengeluarkan satu objek dari bahagian belakang keretanya sebelum merosakkan nombor plat hadapan lori berkenaan,\" katanya dalam kenyataan hari ini.", "Sementara itu dalam perkembangan lain, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, dalam  kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya menyita sebanyak 18 buah motosikal geng mat rempit mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mengeluarkan 131 saman kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di daerah itu, awal pagi tadi.", "Menurut kenyataan itu, operasi dijalankan di sekitar kawasan tumpuan mat rempit sering melakukan aksi berbahaya atau berlumba haram seperti di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, Jalan Sultan Azlan Shah dan Persiaran Bayan Indah. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/cuepacs-cadang-gaji-diawalkan-pada-14-april
[ "KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.", "Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.", "\"CUEPACS yakin bahawa kerajaan mampu melaksanakan perkara tersebut kerana ia tidak melibatkan proses yang sukar selain dapat memberi kemudahan kepada kakitangan kerajaan sendiri.", "\"CUEPACS juga menyeru agar majikan di peringkat swasta turut berbuat demikian sebagai salah satu usaha menjaga kebajikan warga pekerja,\" katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.", "Beliau berkata CUEPACS juga berharap pembayaran gaji awal itu turut melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang dijadualkan dibayar pada tarikh penerimaan gaji iaitu 17 April ini.", "Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata akan mempertimbang supaya pembayaran gaji penjawat awam pada bulan April dapat diawalkan, sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri. ", "Adnan berkata CUEPACS menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap perkara itu kerana inisiatif bayaran gaji awal dapat memberi kelegaan kepada penjawat awam.", "\"Khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung, mereka boleh membuat pembelian lebih awal berbanding saat-saat akhir pada minggu terakhir Ramadan,” katanya. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/tar-umt-anjur-hari-terbuka-pada-15-dan-16-april
[ "TAR UMT dalam kenyataan berkata, Hari Terbuka sempena pengambilan tahun 2023 itu akan berlangsung di semua kampusnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah.", "Sehubungan itu katanya, ibu bapa dan pelajar dijemput hadir ke Hari Terbuka TAR UMT dari jam 10 pagi hingga 5 petang.", "Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TAR UMT di talian 03-4145 0100/23, sambungan 3478/3519 atau 011-1084 3326 atau layari laman web di www.tarc.edu.my. " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/puspakom-tawar-pemeriksaan-kenderaan-sukarela-percuma-sempena-aidilfitri
[ "SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula esok hingga 20 April sebagai langkah memastikan keselamatan pemanduan pada Aidilfitri.", "Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari 8 pagi hingga 5 petang.", "Beliau berkata Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web www.puspakom.com.my atau Facebook, Puspakom Sdn Bhd.", "Menurut Mohammed Shukor pemeriksaan secara sukarela itu tertumpu kepada aspek keselamatan termasuk pemeriksaan brek, pelincir sisi, tayar, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan serta cermin gelap.", "“Kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan yang menggunakan peralatan komputer, yang seterusnya maklumat ini mereka boleh gunakan sebagai rujukan untuk melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama " ]
https://www.utusanborneo.com.my//2023/04/09/inisiatif-bitara-madani-laksana-usaha-beri-lebih-keselesaan-kepada-orang-ramai
[ "KUANTAN: Program Inisiatif Bitara MADANI kini melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi lebih keselesaan kepada orang ramai seperti mengurangkan kesesakan di hospital, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pembangunan sekolah daif di seluruh negara.", "Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kesemua inisiatif berkenaan yang dikelolakan oleh Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) itu melihat kepada pelaksanaan yang menggunakan kos rendah, berimpak tinggi dan boleh dilakukan secara pantas.", "\"Dalam hal ini, perekayasaan proses kerja dan semakan semula peraturan dibuat oleh penyelaras bersama STAR iaitu Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sendiri.", "\"Ia amat penting untuk melihat penambahbaikan bagi memendekkan, memudahkan serta mengoptimumkan sumber yang ada dalam pelaksanaan sesebuah inisiatif,\" katanya semasa berucap merasmikan Persidangan MyMudah 2023 peringkat Pahang di sini hari ini.", "Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman dan Pengarah Pembangunan Pahang Datuk Zulkifli Yaacob. ", "Mohd Zuki berkata bagi konteks negeri pula, inisiatif MyMudah diperkenalkan dengan tujuan memudahkan urusan perniagaan agar dapat memberi kelebihan kepada kerajaan negeri menarik lebih banyak pelabur.", "Pada ucapannya, Mohd Zuki juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pahang kerana berjaya menubuhkan Unit MyMudah yang pertama di wilayah Pantai Timur di samping kejayaan melaksanakan projek MyMudah seperti inisiatif F8 bagi menambah baik urusan pembinaan oleh Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan isu berkaitan penginapan sementara pekerja asing oleh Majlis Daerah Cameron Highlands. - Bernama " ]